9
BAHASA SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI DR MURSHIDI

Bahasa sebagai alat komunikasi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bahasa sebagai alat komunikasi

BAHASA SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI

DR MURSHIDI

Page 2: Bahasa sebagai alat komunikasi

• Komunikasi: satu bentuk tingkah laku sosial dan untuk memenuhi keperluan tersebut mereka yang berkomunikasi perlu menguasai beberapa perkara seperti berikut:

1) Bagaimana hendak menarik perhatian pendengar.

2) Cara memulakan dan mengakhiri pembicaraan/ perbualan.

3) Cara mencelah perbualan.4) Cara mendapatkan penjelasan kesilapan.5) Cara memperbetulkan kesilapan.6) Bagaimana mempengaruhi orang lain untuk

melakukan sesuatu.

Page 3: Bahasa sebagai alat komunikasi

• Komunikasi dalam sesuatu bahasa boleh berlaku dalam dua cara:

(i) secara lisan. (ii) secara tulisan.• Komunikasi secara lisan bermaksud penutur

menganjurkan bunyi-bunyi bahasa untuk di dengar dan di fahami oleh pendengar.

• Komunikasi secara tulisan bermaksud penulis mencatatkan dan menggunakan tanda-tanda yang dapat dilihat atau dibaca bagi menyampaikan idea atau perkara yang terkandung dalam fikiran penulis kepada pembaca.

• Penutur dan penulis perlu mempunyai kebolehan dan keupayaan tertentu apabila menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, seperti memilih bentuk bahasa yang sesuai dengan konteks perbualan dan penulisan.

Page 4: Bahasa sebagai alat komunikasi

• Penggunaan bahasa sebagai alat komunikasi perlu mengambil kira ciri-ciri konteks komunikasi yang terdiri daripada penutur, pendengar, topik pembicaraan, latar belakang, latar tempat dab tujuan komunikasi.

Berikut adalah penjelasan mengenai perkara tersebut:• a) Penutur: seseorang penutur perlu diketahui terlebih dahulu untuk

membolehkan mesej penutur dapat difahami oleh pendengar. Contoh: ujaran “Ada kes baharu hari ini” (sukar difahami jika

pendengar kurang jelas tentang identiti penutur.)Ujaran boleh memberikan pelbagai makna bergantung pada siapa

penuturnya. Misalnya: • Penuturnya seorang doktor, maka ujaran tersebut boleh membawa

makna kes yang merujuk kepada pesakit• Penuturnya seorang anggota polis, ujaran tersebut membawa

maksud kes jenayah.• Penuturnya seorang guru, maka ujuran bermaksud kes yang

melibatkan pelajar, misalnya kes ponteng sekolah.

Page 5: Bahasa sebagai alat komunikasi

• b) Pendengar: kepentingan mengenal pasti pendengar sama pentingnya dengan mengenal pasti penutur.

• Pendengar yang berbeza seperti rakan sebaya, suami isteri, orang tua serta yang berbeza status atau mempunyai gelaran akan membuatkan ujaran yang sama ditafsirkan secara berbeza.

Contoh:Ujaran “Nakalnya budak-budak kita” • Jika pendengar itu terdiri daripada suami atau isteri akan

dapat memahami bahawa “budak-budak itu” bermaksud anak-anak mereka.

• Jika pendengar itu terdiri daripada guru sebagai rakan sejawat di sekolah, ujaran yang sama akan berbeza tafsirannya, iaitu bermaksud murid-murid mereka.

Page 6: Bahasa sebagai alat komunikasi

• c) Latar belakang komunikasi/perbualan: latar belakang komunikasi termasuklah masa, tempat, situasi dan hubungan antara penutur dengan pendengar.

• Pengetahuan latar belakang ini membolehkan makna ujaran dapat difahami dengan lebih tepat.

• Perhatikan ujaran berikut: 1) “kalau kita tengok tv tu macam-macam hal berlaku” 2) “budak-budak kena lempang, minta duit orang, orang pukul

orang.”3) “Bahaya betul”• Ujaran tersebut sangat kabur kerana kita tidak mengetahui latar

belakang komunikasi tersebut. • Jika kita tahu hubungan antara penutur dengan pendengar, iaitu

bapa pelajar dengan guru, tentu kita dapat meneka bahawa situasi ini berlaku di sekolah yang mungkin ada kaitannya dengan masalah disiplin pelajar yang semakin merungsing.

Page 7: Bahasa sebagai alat komunikasi

• Topik pembicaraan: topik yang dibicarakan atau dikomunikasikan juga penting kerana dengan mengetahui topik yamg dibicarakan mudahlah kita memahami ujaran yang diucapkan dan mengetahui maksud penutur. Topik pembicaraan yang berada dalam pengetahuan dan pengalaman yang sama antara penutur dengan pendengar memudahkan mereka mencapai matlamat komunikasi. Sebaliknya, jika topik pembicaraan hanya diketahui oleh penutur tetapi tidak diketahui oleh pendengar atau respon pendengar menjadi tidak tepat.

• Tujuan komunikasi: terdapat berbagai-bagai tujuan, bergantung kepada suasana, iaitu formal atau tidak formal, seperti seminar, mesyuarat, temu duga, temu bual, ucapan atau perbualan biasa.

Tujuan komunikasi bukan sahaja mengandungi gambaran keseluruhan tentang sesuatu peristiwa komunikasi, seperti peranan penutur dan pendengar, topik dan latar belakang, malah secara tidak langsung memberikan maklumat tentang konteks komunikasi itu sendiri. Ada kalanya pendengar tidak mengetahui tujuan ujaran itu dilafazkan, tetapi berdasarkan nada suara, mimik muka dan gerak badan (bahasa badan/ body language) dapat membantu pendengar memahami maksud sebenar komunikasi tersebut.

• Contoh: ujaran “siapakah nama kamu?”, “umur kamu berapa tahun?”, “kamu tinggal di mana?”, “Apakah pekerjaan bapa kamu?”

• Ini menunjukkan bahawa komunikasi tersebut berujuan mendapatkan maklumat peribadi daripada pemdengar. Berdasarkan situasi komunikasi ini kita dapat membuat andaian bahawa ujaran ini dituturkan oleh seorang guru kepada muridnya.

Page 8: Bahasa sebagai alat komunikasi

Keberkesanan komunikasi

• Komunikasi dua hala yang melibatkan penutur dan pendengar memerlukan kedua-dua pihak mempunyai kemahiran berbahasa:

1) Penutur harus boleh bercakap dengan jelas melalui sebutannya yang betul, kemas, teratur dan berupaya menggunakan intinasi, jeda, tekanan dan gaya yang tepat.

2) Pendengar pula harus boleh mendikriminasikan bunyi-bunyi ujaran, mendengar dengan teliti, memahami dan mentafsirkan percakapan yang didengar dan seterusnya bertindak balas terhadap apa yang didengarinya itu.

• Komunikasi yang berkesan melibatkan penutur dan pendengar berketerampilan serta mesej yang jelas dan mudah difahami. Jarak dan pelbagai halangan atau gangguan boleh mempengaruhi keberkesanan komunikasi.

Page 9: Bahasa sebagai alat komunikasi

• bahasa yang digunakan sebegai alat komunikasi manusia melibatkan dua perkara, iaitu jarak tempat dan jarak masa.

• Jarak tempat: menyebabkan penutur dan pendengar tidak berhadapan antara satu sama lain. Walau bagaimanapun melalui teknologi canggih yang ada hari ini berkomunikasi masih boleh berlaku, iaitu melalui perantara telefon, komputer dan Internet.

• Jarak masa: apabila seseorang mahu merakamkan sesuatu untuk pengetahuan generasi yang terkemudian daripadanya, maka dia boleh merakamkan pertuturannya melalui pita rakaman atau menuliskannya di atas kertas atau buku. Dengan cara ini, dia masih dapat menyatakan fikiran, kehendak dan pendapat kepada orang lain walaupun jarak kehidupan antara mereka memakan masa berpuluh-puluh tahun.