41
UPSR TATABAHASA OLEH: CIKGU NORMAH BINTI AWAL BAHASA MELAYU PROGRAM MOTIVASI

Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

UPSR TATABAHASA

OLEH:CIKGU NORMAH BINTI AWAL

BAHASA MELAYU

PROGRAM MOTIVASI

Page 2: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

KERTAS 1

KOD UPSR: 011

Page 3: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA
Page 4: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

Imbuhan digunakan untuk memberikan maksud yang berlainan kepada kata dasar mengikut konteks ayat.

Imbuhan terdiri daripada: Imbuhan Awalan, Imbuhan Akhiran, Imbuhan Apitan/Imbuhan Awal dan Akhir serta Imbuhan Pinjaman.

Contoh: ditulis, tulisan, penulisan, memperluas, sasterawan, juruterbang

Page 5: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

1. Penjaja minuman dikehendaki ………………. dari menggunakan pewarna yang tidak dibenarkan.

A berhenti

B berhentikan

C memberhenti

D memberhentikan

2. Majlis Perbandaran sedang ………… sungai itu untuk mengelakkan kejadian banjir kilat.

A mendalam

B kedalaman

C memperdalam

D pedalaman

PENGGUNAAN IMBUHANPENGGUNAAN IMBUHAN

Tahniah!Jawapan anda

betul

Tahniah!Jawapan anda

betul lagi

Page 6: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

Perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bilangan sesuatu benda dan unsur-unsur yang hidup seperti binatang dan manusia

Boleh digunakan untuk menyebut sesuatu tempat.

Digunakan sebelum kata nama atau unsur konkrit.

Contoh: Sepasang kasut, sekaki cendawan, seutas tali, sekawan lembu

Page 7: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

1. Hanya …….. penduduk di kawasan itu mendapat peluang masuk ke beberapa ……… maktab perguruan.

A segelintir ……….buah

B segolongan ……..biji

C sekelompok …….deret

D sekumpulan …….buah

2. Pak Man mengambil ……… pulut dan ………… inti kelapa untuk dibuat pulut panggang.

A segenggam ……. secubit

B sebuku ……… seketul

C sekepal ……sesudu

D seketul …….sekepal

PENJODOH BILANGANPENJODOH BILANGAN

Page 8: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

Dikenali juga sebagai ungkapan Erti yang dibawanya berlainan daripada

kata asalnya Tidak membawa maksud secara terus Termasuk dalam bahasa kiasan Contoh: Anak emas bermaksud anak yang

paling disayangi.

Page 9: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

1. Penceramah itu berhujah dengan memberikan contoh yang …… kepada para hadirin.

A ada akal

B cari akal

C masuk akal

D panjang akal

2. Pak Samad terpaksa …………. untuk menarik perahunya ke pantai kerana ombak besar.

A bertegang urat

B berkaki ayam

C bermandi peluh

D berpeluk tubuh

SIMPULAN BAHASASIMPULAN BAHASA

Page 10: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

Penggunaan kata yang betul dalam ayat. Penggunaan golongan kata yang sesuai

seperti: Kata Nama, Kata Kerja, Adjektif, Kata Ganti Nama dan lain-lain.

Calon perlu menguasai kosa kata mengikut sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Page 11: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

1. Pekerja restoran itu berjalan sambil …….. sedulang hidangan.

A mengandar

B membimbit

C mengangkut

D menatang

2. Meon ………….. semak di belakang rumahnya dengan sebilah parang panjang.

A mencantas

B menebas

C menetak

D memotong

PENGGUNAAN KATA TEPATPENGGUNAAN KATA TEPAT

Page 12: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

Kata Hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan: Kata dengan kata, atau frasa dengan frasa, atau klausa dengan klausa.

Contoh: apabila, tetapi, jikalau, semenjak Penanda Wacana pula digunakan untuk

menghubungkan dua ayat yang mempunyai perkaitan.

Contoh: Selain itu, Namun demikian, Sehubungan dengan itu

Page 13: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

1. ……… tidak berjaya dalam pertandingan itu, …….. dia tidak berputus asa.

A Walaupun …… namun

B Walaupun …….bagaimanapun

C Meskipun ……. walaupun begitu

D Meskipun ……. di samping itu

2. ……… menunggu kepulangan ibunya, Milah mengemas rumah ……… kelihatan kemas dan teratur.

A Setelah ……..jika

B Sebelum ……agar

C Sementara …..supaya

D Semenjak ……kerana

KATA HUBUNG/PENANDA WACANAKATA HUBUNG/PENANDA WACANA

Page 14: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

Kata Sendi digunakan untuk menghubungkan kata nama dengan kata atau frasa yang lain.

Terletak di depan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama.

Contoh: di, kepada, pada, dari, daripada, hingga, sampai, dengan, bagi, untuk, sejak, terhadap.

Page 15: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

1. Surat rayuan itu ditujukan ………. para dermawan ……… mengumpulkan derma membina surau di kampung itu

A dengan …….untuk

B dari …… dengan

C kepada …… bagi

D untuk ……. bagi

2. Ukiran yang diperbuat ………… kayu jati itu telah disiapkan oleh Pak Hassan ………… minggu lepas.

A dengan ……. di

B dari …….. semenjak

C daripada …….. pada

D daripada …….. sementara

PENGGUNAAN KATA SENDIPENGGUNAAN KATA SENDI

Page 16: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

Kata yang memberikan maksud atau makna yang sama.

Maksud adalah berdasarkan maksud kata dasar atau mengikut konteks ayat yang digunakan.

Contoh: pandai seerti dengan bijak

Page 17: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

1. Bekas lombong itu telah ditimbun dengan tanah untuk dijadikan kawasan perumahan.

A ditutup

B dilupus

C dikambus

D diselubung

2. Daud sering membantah arahan ketuanya supaya datang awal ke pejabat.

A menafikan

B menghalang

C membangkang

D membendung

PERKATAAN SEERTIPERKATAAN SEERTI

Page 18: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

Kata yang mempunyai maksud atau makna yang bertentangan dengan makna asal kata yang diberi.

Contoh: kurus lawannya gemuk

Page 19: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

Kata yang diulang lebih daripada sekali. Terdiri daripada: Ganda Seluruh Kata,

Separa, Menyaling, Berima Mempunyai maksud berlainan: Majmuk,

Tunggal, Saling, Berulang-ulang Contoh: rama-rama, lelaki, tembak-

menembak, bukit-bukau

Page 20: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

1. Suasana…………..di dalam bilik darjah itu tiba-tiba senyap apabila guru besar lalu.

A huru-hara

B kacau-bilau

C hiruk-pikuk

D kucar-kacir

2. Rambut pengemis itu ………….. dan bajunya pula ………...

A porak-peranda ……… calar-balar

B lintang-pukang …….. carik-carik

C kelam-kabut ………. compang-camping

D kusut-masai ………. koyak-rabak

PENGGUNAAN KATA GANDAPENGGUNAAN KATA GANDA

Page 21: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

3. Pilih perkataan berganda yang bergaris di dalam ayat di bawah yang membawa maksud berulang-ulang.

I Penyokong pasukan Brazil melonjak-lonjak kegembiraan.

II Mereka melambai-lambai tangan ke arah ibunya.

III Chong Beng lari lintang-pukang apabila dikejar anjing.

IV Raju bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasnya.

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C II, III dan IV sahaja

D I, II, III dan IV

PENGGUNAAN KATA GANDAPENGGUNAAN KATA GANDA

Page 22: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

1. Hubungan mereka semakin renggang selepas kejadian itu.

A tahan

B dekat

C rapat

D hampir

2. Jamil mendongakkan kepalanya apabila namanya dipanggil.

A menurunkan

B menundukkan

C memalingkan

D membongkokkan

PERKATAAN BERLAWANPERKATAAN BERLAWAN

Page 23: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

4. Pilih perkataan berganda yang bergaris di dalam ayat di bawah yang membawa maksud banyak.

I Sekolah saya telah mengadakan majlis ramah-tamah dengan guru-guru baru.

II Jamuan itu khusus untuk anak-pinak keluarga Pak Samad.

III Lauk-pauk yang disajikan itu sungguh menyelerakan.

IV Kami terpaksa merentasi bukit-bukau sebelum tiba di tempat yang dituju.

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C II, III dan IV sahaja

D I, II, III dan IV

PENGGUNAAN KATA GANDAPENGGUNAAN KATA GANDA

Page 24: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

5. Pilih perkataan berganda yang bergaris di dalam ayat di bawah yang membawa maksud menyaling

I Mereka tumbuk-menumbuk kerana tidak berpuas hati.

II Polis dan perompak tembak-menembak di hadapan bank itu.

III Daud berhempas-pulas menyangkul di ladangnya

IV Man dan Mon bersiar-siar di tepi pantai.

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C II, III dan IV sahaja

D I, II, III dan IV

PENGGUNAAN KATA GANDAPENGGUNAAN KATA GANDA

Page 25: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

6. Pilih perkataan berganda yang bergaris di dalam ayat di bawah yang membawa maksud tunggal

I Kanak-kanak itu seronok bermain jongkang-jongket.

II Kakak memasang langit-langit di dalam biliknya.

III Ayah menyangkutkan songkoknya pada tupai-tupai.

IV Kuda-kuda rumah itu masih kukuh.

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C II, III dan IV sahaja

D I, II, III dan IV

PENGGUNAAN KATA GANDAPENGGUNAAN KATA GANDA

Page 26: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

Anda perlu memilih jawapan yang paling sesuai untuk soalan yang dikemukakan.

Fahami keseluruhan ayat tanya dan kenal pasti perkara pokok yang ditanya.

Page 27: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

1. Siapakah pemenang pertandingan memancing itu?

A Saya pasti Jasman akan memenangi pertandingan memancing itu.

B Saya rasa Jasman yang memenangi pertandingan memancing itu.

C Yang memenangi pertandingan memancing itu ialah Jasman.

D Yang akan memenang pertandingan memancing itu ialah Jasman.

2. Mengapakah kapal itu tenggelam ke dasar laut?

A Kapal itu tenggelam sejak tahun 1689 lagi.

B Benar, kapal itu sudah tenggelam ke dasar laut.

C Kapal itu tenggelam kira-kira 20 meter ke dasar laut.

D Kapal itu tenggelam kerana terlanggar ketulan air batu.

MEMBINA JAWAPAN MEMBINA JAWAPAN

Page 28: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

Anda perlu membaca keseluruhan jawapan yang diberi.

Kenal pasti perkara pokok yang diperkatan dalam ayat tersebut.

Pilih soalan yang menepati jawapan yang diberi.

Page 29: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

1. Sifat tekun perlu ada pada seorang pengukir kayu.

A Apakah yang perlu ada pada seorang pengukir kayu?

B Mengapakah seorang pengukir kayu perlu tekun dan sabar?

C Bagaimanakah sifat seorang pengukir kayu?

D Adakah sifat tekun sabar mesti ada pada seorang pengukir kayu?

2. Abang berpakaian kemas untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan sepejabatnya.

A Mengapakah abang berpakaian kemas?

B Apakah pakaian yang abang pakai ke majlis perkahwinan?

C Siapakah yang berpakaian kemas di majlis perkahwinan itu?

D Bagaimanakah abang berpakaian kemas?

MEMBINA SOALAN MEMBINA SOALAN

Page 30: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

Ayat yang mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang diberikan.

Baca dengan teliti dan fahami maksud ayat dengan meneliti perkataan demi perkataan.

Dapatkan maklumat untuk keseluruhan ayat.

Page 31: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

1. “Marilah kita pergi sekarang sebelum terlambat,” kata Ali kepada adiknya

A Ali memberitahu adiknya supaya pergi pada masa itu sebelum terlambat.

B Ali menyuruh adiknya pergi cepat supaya tidak terlambat.

C Ali mengajak adiknya pergi pada waktu itu juga supaya mereka tidak terlambat.

D Ali dan adiknya diarahkan pergi cepat sebelum terlambat.2. Ayah akan mengadakan kenduri doa selamat pada malam esok..

A Kenduri doa selamat malam esok ayah adakan.

B Kenduri doa selamat diadakan di rumah ayah malam esok.

C Pada malam esok, kenduri doa selamat akan diadakan oleh ayah.

D Pada malam esok kenduri doa selamat ayah akan diadakan.

AYAT SAMA MAKSUD AYAT SAMA MAKSUD

Page 32: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

Anda perlu memilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul mengikut konteks ayat sama ada Ayat Penyata, Ayat Tanya atau Ayat Seru.

Teliti setiap tanda baca yang terdapat pada ayat. Pilih hanya ayat yang paling tepat penggunaan

tanda bacanya.

Page 33: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

1. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.

A Kata ibu, “tolong ambilkan, secawan kopi panas.”

B Kata ibu, “Tolong ambilkan secawan kopi panas.”

C Kata ibu, “Tolong ambilkan secawan, kopi panas.”

D Kata ibu, “tolong ambilkan secawan kopi panas.”

2. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.

A “Mengapa? Kamu masih berada di sini!” tanya Zamani.

B “Mengapa kamu, masih berada di sini,” tanya Zamani.

C “Mengapa kamu masih berada di sini? Tanya Zamani.”

D “Mengapa kamu masih berada di sini?” tanya Zamani.

TANDA BACA TANDA BACA

Page 34: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

Kata banyak makna ialah kata yang membawa maksud yang berbeza dalam konteks ayat yang berbeza.

Anda perlu membaca dengan teliti ayat yang diberi untuk menentukan kata yang digunaka adalah betul mengikut konteks.

Page 35: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul..

I Pokok yang baru ditanam itu luntur apabila tidak mendapat air.

II Air sungai menjadi luntur setelah hujan turun dengan lebat sejak beberapa hari yang lalu.

III Ingatan kepada keluarganya tidak luntur walaupun dia tinggal berjauhan.

IV Warna kain itu luntur setelah dibasuh beberapa kali.

A I dan II sahaja

B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D I, II, III dan IV

KATA BANYAK MAKNAKATA BANYAK MAKNA

Page 36: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

2. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul..

I Nombor tiga ialah nombor ganjil.

II Kejadian ganjil itu menggemparkan penduduk kampung.

III Zana berkelakuan ganjil semenjak kemalangan itu.

IV Rumput di padang itu dipotong sehingga ganjil.

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D I, II, III dan IV

KATA BANYAK MAKNAKATA BANYAK MAKNA

Page 37: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

Anda perlu mengetahui Tatabahasa Melayu berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Baca ayat dengan teliti dan kenal pasti kesilapan tatabahasa sama ada dari aspek: Kata atau Struktur Ayat

Pilih hanya ayat yang menggunakan tatabahasa yang betul.

Page 38: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

1. Pilih ayat-ayat yang betul.

I Kita akan membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat yang akan datang.

II Pekedai itu mempamerkan barang jualannya di hadapan kedai itu.

III Ibu baru menerima surat dari abang yang belajar di Universiti Malaya.

IV Dia berasa bangga kerana diberi peluang melawat ke tempat- tempat bersejarah.

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja

D I, II, III dan IV

PILIH AYAT YANG BETULPILIH AYAT YANG BETUL

Page 39: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

2. Pilih ayat-ayat yang betul.

I Ramai murid-murid mengikuti Klinik Didik itu.

II Majlis itu dihadiri oleh orang kebanyakan sahaja.

III Kerja-kerja pedalaman sungai sedang giat dijalankan.

IV Zaki telah kandas dalam ujian memandu tempoh hari.

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja

D I, II, III dan IV

PILIH AYAT YANG BETULPILIH AYAT YANG BETUL

Page 40: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

Calon perlu menyemak setiap soalan dan jawapan untuk mengelakkan kesilapan.

Semak nombor soalan, angka jawapan dan tanda hitam memenuhi ruangan yang disediakan.

Semak Angka Giliran, Nombor Surat Beranak, Kod Kertas dan Nama anda betul.

Kira jumlah tanda hitam adalah cukup 50. Jika kurang bermakna ada soalan yang belum berjawab, tetapi jika lebih, mungkin ada soalan yang ditanda dua jawapan.

Page 41: Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

Banyakkan membaca buku-buku tambahan untuk menambah perbendaharaan kata

Buku teks perlu dibaca dan cuba jawab soalan yang diberikan.

Buat latihan menjawab contoh-contoh soalan UPSR tahun-tahun lepas atau soalan-soalan ramalan.

Sentiasa berdampingan dengan guru untuk mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar.

Adakan perbincangan dalam kumpulan. Sentiasa mengikuti akhbar sisipan Didik

yang terbit setiap Selasa dalam Berita Harian.