30
BAHASA MELAYU KLASIK Disediakan oleh: Busra, Hakimi & Alliya

Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

  • Upload
    stpmvi

  • View
    406

  • Download
    27

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

BAHASA MELAYU KLASIK

Disediakan oleh:Busra, Hakimi & Alliya

Page 2: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

-Bahasa Melayu Klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan pada abad ke-14 hingga abad ke-19. Pada zaman ini, pengaruh Arab dan agama Islam sangat giat berkembang di Nusantara.

-Bahasa Melayu klasik ialah bahasa yang berkembang selari dengan pengaruh agama Islam di Asia Tenggara.

-Bahasa Melayu ini berkembang pesat pada zaman kerajaan Melayu Melaka (1403-1511), kemudiannya berpindah ke Aceh, dan akhirnya Johor-Riau.

-Bahan bukti pertama penggunaan Bahasa MelayuKlasik terdapat pada batu bersurat Kuala Berang,Terengganu, bertarikh 4 Rejab 702 Hijrahbersamaan 22 Februari 1303

-Zaman Bahasa Melayu Klasik melibatkan zamankerajaan Melayu Melaka, Aceh dan Johor-Riau.

-Bahasa klasik ini lebih jelas berbanding dengan bahasa kuno.

Definisi

Page 3: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik

Sistem tulisan

dan Ejaan

Kosa KataTatabahasa

Page 4: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

Sistem Tulisan dan Ejaan■ Ciri Bahasa Melayu

Klasik ditandai oleh adanya aksara atau sistem tulisan jawi.

■ Tulisan Jawi ialah tulisan yang berasal daripada Bahasa Arab kemudian disesuaikan dengan bunyi Bahasa Melayu.

■ Bukti terawal tulisan jawi digunakan dalam Bahasa Melayu terdapat pada batu brsurat di Sungai Teresat, Kuala Berang, Terengganu.

Page 5: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

Kosa Kata1) Pengaruh bahasa Arab yang ketara, khususnya bagi istilah yang berkaitan dengan hukum Islam.■ Allah taala■ daulat■ wallahualam■ insan■ daulat■ Fardhu

2) Penggunaan bahasa istana:■ beradu (tidur)■ bersiram (mandi)■ gering (sakit)■ santap (makan)■ mangkat (meninggal dunia)

Page 6: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

3) Terdapat kosa kata klasik: ■ ceritera (cerita)■ masyghul (sedih)■ amarah (marah■ masyghul (sedih, dukacita)■ berahi (cinta)

4) Penggunaan kata pangkal ayat (perdu perkataan)■ alkisah■ arakian■ hatta■ maka■ sebermula■ syahadan

Page 7: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

5) Penggunaan kata penegas pun dan –lah:■ Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti

dikhatankan orang rupanya.■ Syahbandar pun turunlah.■ Sebermula maka tatkala itu semata-mata ‘alam pun

belum jadi ‘arasy dan kursi pun belum jadi, langit dan bumi pun belum jadi, darat dan laut pun belum jadi…

Page 8: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

TatabahasaImbuhan1) Awalan mar- dan ni- dalama Bahasa Melayu Kuno bertukar menjadi awalan ber- dan di- dalam Bahasa Melayu Klasik■ Contohnya:-marlepas menjadi berlepas-niparwat menjadi diperbuat

2) Awalan kata kerja aktif maN- dalam Bahasa Melayu Kuno menjadi meN- dalam Bahasa Melayu Klasik.■ Contohnya:-mawawa menjadi membawa-manghidupi menjadi menghidupkan-manglari menjadi melarikan-mangujari menjadi mengujari

Page 9: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

Struktur Ayat

a. Penggunaan ayat majmuk – ayatnya panjang ala ayat Arab kerana menggunakan kata hubung.

b. Terdapat ayat susunan songsang 

c. Penggunaan ayat pasif.

Contoh penggunaan bahasa Melayu klasik dalam karya sastera:

"Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung, dan segala menteri dan Orang Besar-besar, segala sida-sida duduk di seri balai; maka segala anak raja-raja itu duduk dikelek-kelekan balai kiri kanan, dan segala sida-sida yang muda-muda duduk diselang-selang antara Bentara, dan hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang, dan kepala bentara yang di kiri itu, daripada anak cucu menteri yang patut akan menjadi Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung; dan kepala bentara yang di kanan itu, daripada anak cucu hulubalang yang akan patut jadi Laksamana dan Seri Bija Diraja; dan barang siapa bergelar Sang Setia bakal Seri Bija Diraja, dan barang siapa bergelar Sang Guna bakal Laksamana, dan barang siapa bergelar Tun Pikrama bakal Bendahara."

Page 10: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

Perkembangan Aksara Jawi■ Tulisan Jawa merupakan sejenis tulisan yang

menggunakan aksara atau huruf Arab. Tulisan Jawi ini menjadi tulisan bahasa Melayu klasik.

■ ‘Jawi’ berasal daripada perkatan ‘Jawa’, iaitu Pulau Jawa.

■ Omar Awang berpendapat bahawa istilah ‘JawI’ berasal daripada perkataan Arab al-Jawah, yang merujuk kepada Pulau Sumatera.

■ William Marsden mengambil pendapat W.G Werndly bahawa perkataan ‘Jawi’ dikaitkan dengan perkataan ‘Jawa’ seperti yang dinyatakan oleh Marco Polo sebagai nama lama bagi Pulau Sumatera.

■ Stamford Raffles menyatakan bahawa perkataan ‘Jawi’ dikaitkan dengan orang Melayu yang bersifat kacukan.

Page 11: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

Bahan Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Klasika) Batu Bersurat1) Batu Bersurat di Pagar

Ruyung, Minangkabau (1356 Masihi)

-zaman praklasik-dikenali sebagai batu bersurat Bukit Gombak-munggunakan huruf Palava tetapi menerima pengaruh Arab-mengandungi bentuk puisi sajak Sanskrit tentang pemerintahan raja-awalan mar- dan ni- telah bertukar kepada ber- dan di-

Page 12: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

2) Batu Bersurat Minye Tujuh, Acheh (1380 Masihi)-zaman praklasik-dikenali sebagai batu bersurat Minyak Tujuh/Ratu al-AlaMunggunakan campuran tulisan India (kawi) dengan tulisan Arab-terdiri daripada lapam baris ayat sajak Sanskrit yang disebut sebagai upajati

Page 13: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

3) Batu Bersurat Terengganu (1303 Masihi)-bukti terawal tentang perkembangan Bahasa Melayu Klasik.-dijumpai di Sungai Teresat, Kuala Berang, Terengganu pada tahun 1887.-batu bersurat ini bertarikh 22 Februari 1303 Masihi/ 4 Rejab 702 Hijrah-menerima pengaruh Islam-bertulisan Jawi yang merupakan campuran system ejaan Arab dengan system ejaan Melayu.-Batu bersurat ini mengandungi peraturan dan undang-undang, dan hukuman berasaskan hukum Islam.-menurut Amat Johari Moain, batu bersurat ini terpahat hukum hudud Islam.-teks yang terpahat pada batu bersurat ini dicatatkan pada empat penampang

Page 14: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

b) Batu Nisan Malik al-Salleh-dijumpai di Pasai-batu nisan ini terdapat nama pemilik maqam, iaitu Sultan Malik al-Salleh-bertarikh 1297 Masihi/ 696 Hijrah-mempunyai pengaruh Hindu dan Islam-terdapat kata-kata dalam Bahasa Arab yang diukir pada batu nisan tersebut-terdapat petikan ayat al-quran, surah al-Hasyar, ayat 22-24-terdapat satu puisi sufi Arab serta sajak juga dalam Bahasa Arab.

Page 15: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

c) Hukum Kanun1) Hukum Kanun Melaka-merupakan teks undang-undang yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.-pertama kali digunakan pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Syah.-digubal sebagai panduan bagi seseorang pemerintah dalam menjalankan pemerintahan kerajaan tersebut.-isi kandungannya: undang-undang jenayah, muamalat, dan kekeluargaan-bertujuan untuk melindungi kerajaan, rakyat dan negeri Melaka.-menjadi bukti penting penggunaan Bahasa Melayu Klasik dalam undang-undang lama.

Page 16: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

2) Hukum Kanun Pahang-digubal berasaskan Hukum Kanun Melaka.-disusun dari tahun 1592 hingga 1914, iaitu semasavzaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyyudin Shah.-dipengarui oleh undang-undang Islam.-kandungannya: ■ undang-undang jenayah■ undang-undang muamalat■ Undang-undang keluarga dan perkahwinan■ Undang-undang adat dan perlembagaan■ Kesalahan agama dan ibadah

Page 17: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

d) Surat AwalBukti penggunaan tulisan Jawi dapat dilihat daripada beberapa surat awal:■ Dua pucuk surat Sultan Ternate kepada Raja

Portugal■ Surat izin perniagaan daripada Sultan Acheh

kepada Sir James Lancaster.■ Surat jawapan izin berdagang daripada Sultan ‘Ala

al-Din Syah kepada Kapten Harry Middleton.■ Surat Sultan Perkasa Alam Johan Berdaulat Acheh

kepada Raja Inggeris, James I.

Page 18: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

e) Naskah Sastera Klasik1) Aqa’id al-Nasafi (1590 M/ 998 H)-merupakan manuskrip Bahasa Melayu tertua dalam bentuk buku.-hasil karya Abu Hafis Umar ibn Muhammad idn Ahmad al-Nasafi, seorang ulama fiqah dan usuluddin.2) Sejarah Melayu-Tun Sri Lanang merupakam pengarang dan penyusun Sejarah Melayu.-merupakan karya sejarah tentang kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka.3) Misa Melayu-dikenali sebagai Hikayat Raja KaLaut dan dihasilkan oleh Raja Chulan Ibn Raja Abdul Hamid.-berbentuk prosa dan puisi dalam tulisan Jawi-menceritakan sejarah raja-raja Melayu yang memerintah negeri Perak.4) Hikayat Hang Tuah-dihasilkan pada zaman kesultanan Melaka.-karya Bahasa Melayu Klasik yang ditulis dalam bentuk prosa

Page 19: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

Fungsi Bahasa Melayu Klasik■ Lingua Franca-Bahasa Melayu telah digunakan sebagai alat perhubungan utama dalam kalangan masyarakat dan digunakan juga oleh orang yang menggunakan Bahasa yang berlainan.■ Bahasa Pentadbiran-Bahasa Melayu digunakan sebagai Bahasa pentadbiran oleh kerajaan Melayu seperti kerajaan Pasai-Samudera, Melaka, Johor Lama, riau-Lingga dan sebagainya.■ Bahasa Ilmu-terdapat beberapa karya yang dihasilkan dalam Bahasa Melayu.-dipelajari oleh orang bukan Melayu dan juga Bahasa melayu dijadikan Bahasa untuk penyebaan agama Islam.■ Bahasa Undang-undang-undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Pahang ditulis dalam Bahasa melayu.-ia menjadi rujukan bagi menentukan hukuman bagi kesalahan tertentu.■ Bahasa Persuratan

Page 20: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

Contoh Soalan STPM Bahasa Melayu Klasik

1) Yang manakah ciri bahasa Melayu klasik?

 I Banyak menggunakan ayat pasif  II Kata pinjaman jarang digunakan III Banyak menggunakan ayat majmuk IV Penggunaan kata pangkal adalah ketara  A. I dan II      B. I dan III     C. I, III dan IV D. II, III dan IV

Page 21: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

2) Antara yang berikut, yang manakah ciri bahasa Melayu klasik? 

I Menggunakan tulisan kawi II  Sering menggunakan bahasa dalam III  Sering menggunakan ayat songsang IV  Banyak menggunakan ayat aktif berbanding ayat pasif.

A I dan II   B I dan IV   C II dan III      D III dan IV

Page 22: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

3) Antara yang berikut, yang manakah tidak benar tentang bahasa Melayu klasik? 

A. Tidak wujud pendepanan predikat dalam binaan ayat.B. Banyak menggunakan partikel dalam ayat. C. Bentuk ayat pasif lebih banyak digunakan. D. Penggunaan kata pangkal ayat meluas.

Page 23: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

4) Pernyataan yang berikut adalah benar tentang bahasa Melayu klasik kecuali 

A. menyerap unsur bahasa Jawa kuno B. meminjam beberapa unsur bahasa Arab C. mengekalkan pengaruh bahasa Sanskrit D. menjadi media penghasilan karya sastera dan penyebaran ilmu

Page 24: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

5)Antara prasasti yang berikut, yang manakah yang menggunakan tulisan Jawi? 

I  Batu nisan Malik-al-Salleh  II  Batu bersurat di Minye TujuhIII Batu bersurat di Pagar Ruyung IV Batu bersurat di Sungai Teresat  A. I dan II   B. I dan IV    C. II dan III       D. III dan IV

Page 25: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

Setelah besarlah terlalu baik parasnya anak raja ketiga itu. Anak yang tua dinamai oleh Raja Aftabul Ardh Nila Pahlawan dan yang tengah dinamai Nila Utama lalu diberikan seekor lembu putih oleh Raja Aftabul Ardh...

6) Antara yang berikut, yang manakah ciri bahasa Melayu klasik yang terdapat dalam petikan diatas? I  Penggunaan ayat songsang   II  Penggunaan struktur ayat pasif III Penggunaan kata pangkal ayat   IV Penggunaan laras bahasa istana 

A. I dan II    B. I dan III    C. II dan IV        D. III dan IV

Page 26: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

7) Batu bersurat yang manakah yang mencatatkan satu pengaruh baru dalam sejarahperkembangan bahasa Melayu selain pengaruh bahasa Sanskrit?

I  Batu bersurat di Karang Brahi, Jambi II  Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh III Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang IV Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau 

A. I dan II   B. I dan III    C. II dan IV       D. III dan IV

Page 27: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

8) Yang berikut ialah ciri bahasa Melayu klasik kecuali

A. banyak menggunakan partikel B. menggunakan kata pangkal ayat yang ketara C. banyak menggunakan kata pinjaman daripada bahasa Jawa D. banyak menggunakan ayat yang panjang dan berbelit-belit

Page 28: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

•Undang-undang Laut•Hukum Kanun Melaka•Undang-undang Lama Johor

9) Yang manakah penyataan yang benar tentang naskhah undang-undang di atas? I  Terdapat pengaruh agama Islam II  Buku pertama tulisan Jawi digunakan III Banyak menggunakan kosa kata Arab IV Terdapat pengaruh bahasa Sanskrit dan bahasa Portugis 

A. I dan II B. I dan III

C. II dan IV D. III dan IV

Page 29: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

10) Petikan di atas memperlihatkan ciri bahasa Melayu klasik yang berikut kecuali penggunaan 

A. ayat pasifB. ayat songsangC. kata pangkal ayat D. kosa kata bahasa istana

Hatta, datanglah pada musim di hadapan, maka Raja Jambuga Rama Mudeliar punmenyuruh berlengkap kapal. Setelah sudah lengkap semuanya, maka baginda punmenitahkan supaya hantarkan Tuan Puteri Nila Pancadi itu, dengan beberapahulubalang, Nina Marikana Ampama panglimanya. Maka naiklah Puteri Nila Pancadi ke kapal dengan perwira-perwiranya. Maka hulubalang itu pun belayarlah bersama-sama tuan puteri dengan beberapa buah kapal dan sambuk dan batil sertanya.

Page 30: Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)

SEKIAN TERIMA KASIH

Idola BUSRA