26
NAMA AIMRAN ARIFFIN BIN MOKHTAR KELAS 3 BAKTI NO. KAD PENGENALAN 960510-06-5049 NAMA GURU PUAN ROHAIZANI BINTI NAZRI

Bahasa Melayu Isu Semasa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Isu Semasa terkini dalam bab sains dan teknologi

Citation preview

Page 1: Bahasa Melayu Isu Semasa

NAMA AIMRAN ARIFFIN BIN MOKHTAR

KELAS 3 BAKTI

NO. KAD PENGENALAN 960510-06-5049

NAMA GURU PUAN ROHAIZANI BINTI NAZRI

Page 2: Bahasa Melayu Isu Semasa
Page 3: Bahasa Melayu Isu Semasa

Inovasi: USM bina pesawat pemantauBerita Harian:2011/03/10

Boleh jadi 'mata' di udara bagi ketahui keadaan sebenar di sesuatu persekitaran PENYELIDIK Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta pesawat pemantau tanpa pemandu (UAV) yang berupaya memudah dan mempercepatkan kerja pemantauan persekitaran khususnya dalam industri agrikultur. Reka cipta pertama seumpamanya menggunakan teknologi tempatan itu boleh diaplikasikan bagi pelbagai keperluan, termasuk memantau aliran trafik jalan raya, kualiti udara dan air, pembebasan karbon, ketenteraan dan sebagainya. Dalam bidang agrikultur pula, UAV yang dikenali sebagai Greentech 2020 boleh diguna pakai bagi memantau dan memungut data sawah padi, sungai dan pencerobohan hutan.Ketua Penyelidik UAV, Pusat Reka Bentuk Mikroelektronik Negara (CEDEC) USM, Endri Rachman, berkata istimewanya pesawat mudah alih itu boleh dilihat daripada kepelbagaian aplikasinya dan reka bentuknya yang bercirikan teknologi hijau. Katanya, UAV yang bersifat ‘mata di udara’ itu turut berpotensi digunakan bagi kerja pemantauan di lokasi bencana alam termasuk kawasan dilanda banjir, tsunami, gempa bumi dan sebagainya. “Pesawat ini boleh bertindak sebagai pendahulu dalam memantau sesuatu lokasi tanpa kehadiran manusia. Ia berupaya memungut data penting yang mana ia akan dipaparkan terus kepada skrin komputer. “Teknologi ini membolehkan pengguna hanya duduk di depan komputer melakukan kerja analisis dan mengambil tindakan mengikut keperluan,” katanya. Beliau berkata, UAV yang berkelajuan sehingga 55 km/sejam berkenaan mempunyai kapasiti penerbangan pada ketinggian sehingga 300 meter di udara dan mampu bertahan sehingga 60 minit dengan radius penerbangan mencapai 50 kilometer. “Paling penting, UAV ini boleh diterbangkan dengan mudah (handlaunch) tanpa memerlukan landasan khas dan tidak menggunakan petrol sebagai bahan bakar yang boleh menyumbang kepada pencemaran udara,” ujarnya. Endri berkata, pesawat yang dibangunkan dengan geran Universiti Penyelidikan (RU) berjumlah RM400,000 itu diterbangkan menggunakan kuasa motor elektrik. Katanya, pesawat sebegitu yang sudah ada di pasaran semuanya dibangunkan menggunakan kepakaran luar negara dan kosnya mencecah RM35,000 seunit, dua kali ganda lebih tinggi daripada kos yang diperlukan jika menghasilkannya sendiri. “Buat permulaan, pesawat yang sudah sedia beroperasi ini dilengkapi pelbagai cip elektronik termasuk sensor,kamera, GPS dan sebagainya, namun ia boleh diubah suai dan ditambah mengikut keperluan tertentu,” katanya. Katanya, penyelidikan UAV yang siap sepenuhnya November lalu turut mendapat sentuhan penyelidik bersama iaitu Pengarah CEDEC, Prof Madya Dr Othman Sidek dan pembantu penyelidik, Mohd Nurazri Zahari dan Faisal Abdurrachman.

Dasar Sains dan Teknologi Negara

Latarbelakang 

ENDRI menunjukkan pesawat UAV yang dicipta menggunakan teknologi tempatan.

Page 4: Bahasa Melayu Isu Semasa

Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Ini bermakna kemajuan penuh dalam semua aspek kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Menurut Wawasan 2020, hasrat mencapai taraf yang benar-benar maju hanya boleh dicapai dengan mengatasi sembilan cabaran strategik yang telah ditentukan.

Kemajuan keupayaan Sains dan Teknologi adalah cabaran yang keenam di antara sembilan cabaran yang disenaraikan. Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan sumber-sumber sains dan teknologi yang ada dalam negara supaya mencapai hasrat "menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan."

Matlamat meningkatkan keupayaan sains dan teknologi berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu "ekonomi yang cekap teknologinya mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih." Keupayaan Sains dan Teknologi dan Kaitannya Dengan Pembangunan Sektor PerindustrianPembangunan satu negara yang maju yang berasaskan kepada keupayaan menjayakan pelaksanaan program dengan segera dan usaha mempercepatkan perindustrian adalah hasrat utama Wawasan 2020. Dalam melaksanakan dasar ini, Wawasan 2020 telah mengenalpasti beberapa masalah perindustrian yang perlu diatasi, antaranya ialah:(i) Asas sektor pembuatan negara ini terlalu sempit dan sebahagian besar eksport barangan pengeluaran bergantung kepada barangan elektrik dan elektronik serta tekstil sahaja. Kejayaan mewujudkan satu sektor perindustrian yang dinamik bergantung kepada usaha dan keupayaan untuk mempelbagaikan asas sektor pembuatan;(ii) Sungguhpun pelaburan kian bertambah, umpamanya penambahan industri perkilangan di zon perdagangan bebas, namun permintaan mereka terhadap barangan perantaraan tempatan amatlah kecil. Kebanyakan perolehan barang perantaraan mereka masih diimport berasaskan kepada sebab pengusaha-pengusaha barangan perantaraan negara ini tidak berupaya mengeluarkan barangan yang bermutu atau pada kos dan harga yang berpatutan. Tindakan perlu diambil untuk mengatasi kelemahan rangkaian antara industri dalam ekonomi dan juga keupayaan teknologi pengusaha-pengusaha tempatan;(iii) Peningkatan nilai barangan yang kecil dan tumpuan industri yang terlalu menekan kepada kerja pemasangan dan proses pengeluaran yang mudah; dan (iv) Kos pengeluaran yang kian meningkat disebabkan oleh kenaikan kos tenaga kerja, bahan mentah dan kos pengendalian. Peningkatan kos ini perlu diimbangkan dengan peningkatkan kecekapan dan produktiviti.

Kepentingan peranan sains dan teknologi dalam usaha mencapai strategi dan matlamat rancangan pembangunan ekonomi telahpun menerima pengakuan umum di kalangan pakar-pakar akademik dan industri. Oleh yang demikian peningkatan tahap kepakaran pengurusan, pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi adalah merupakan satu daripada penyelesaian yang telah ditentukan dalam Wawasan 2020 untuk mengatasi masalah-masalah di atas. Kebenaran ini boleh dilihat dalam peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi penyelidikan pertanian seperti RRIM, PORIM, MARDI dan juga Universiti Pertanian dan sumbangan mereka kepada pertumbuhan sektor pertanian di negara ini.

Page 5: Bahasa Melayu Isu Semasa

Pengurusan sains dan teknologi yang bijak nyata telah memberikan hasil kepada ekonomi negara apabila usaha-usaha penyelidikan ini dapat mengekalkan taraf negara ini sebagai pengeluar getah, kelapa sawit, koko dan lada yang utama di dunia. Kejayaan ini telah dicapai hasil dari kesedaran Kerajaan tentang perhubungan yang rapat antara rancangan membangunkan keupayaan sains dan teknologi dengan rancangan pembangunan ekonomi negara, dan perkaitan ini telah diambilkira mulai Rancangan Malaysia Kelima apabila sains dan teknologi diberi peranan yang diselaraskan dengan pembangunan ekonomi keseluruhan.

Walau bagaimanapun beberapa masalah baru telah timbul apabila orientasi dan pendekatan pembangunan negara yang selama ini menekankan pembangunan sektor pertanian semakin bertukar kepada pembangunan sektor perindustrian.

Masalah utama adalah jentera, dasar dan institusi-institusi sokongan sains dan teknologi yang ditubuhkan lebih menekankan kepada pembangunan sektor pertanian. Ini bermakna strategi mempelbagaikan ekonomi negara dengan pemindahan penekanan rancangan daripada membangunkan sektor pertanian kepada sektor perindustrian sepatutnya diikuti oleh pemindahan jentera dan dasar sains dan teknologi yang sedia ada atau menubuhkan infrastruktur sains dan teknologi yang baru untuk menyokong usaha-usaha pembangunan sektor perindustrian.

Sebenarnya pada peringkat awal, perkembangan dan kemajuan sektor perindustrian tidak mendapat sumbangan yang sama daripada sumber-sumber sains dan teknologi seperti dalam pembangunan sektor pertanian. Pendapat ini disokong oleh penemuan-penemuan yang terkandung dalam Kajian Pelan Induk Perindustrian (PIP) yang dijalankan bersama oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dan UNIDO. Kajian ini telah mengenalpasti antara masalah utama yang dihadapi oleh sektor perindustrian di negara ini ialah terlalu bergantung kepada jenis-jenis pengeluaran yang tertentu, kekurangan keupayaan untuk meningkatkan mutu pengeluaran dan daya saing, dan terlalu bergantung kepada pengimport teknologi dan perkhidmatan teknik akibat kekurangan keupayaan sendiri untuk membangunkan sains dan teknologi dalam sektor perindustrian. Antara sebab yang dinyatakan dalam laporan PIP adalah seperti berikut:

(i)Kekurangan keupayaan teknologi dalam industri-industri tempatan iaitu keupayaan untuk memilih, memperolehi, menyerap dengan jayanya,   mencipta dan memperdagangkan teknologi moden.

(ii) Kadar pemindahan teknologi yang tidak memuaskan daripada akibat keengganan pembekal teknologi untuk memindahkan teknologi dan juga keupayaan teknologi yang dibekalkan adalah rendah.

(iii)Peruntukan yang tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan khasnya penyelidikan dan pembangunan perindustrian sebagai sumbangan kepada pembangunan sektor perindustrian.

(iv) Tiada insentif untuk menggalakkan pembangunan teknologi tempatan dan penggunaannya.

(v) Walaupun ada beberapa institusi,agensi dan kementerian terlibat dengan penyelidikan dan pembangunan, perolehan teknologi dan pemindahan, namun tidak ada satu mekanisma yang berkesan untuk menyelaraskan dasar sains dan teknologi,

Page 6: Bahasa Melayu Isu Semasa

memperuntukkan tanggungjawab dan tugas penyelidikan dan pembangunan, menentukan keutamaan dan mengawal pemindahan teknologi dengan cara yang lebih berkesan.

(vi) Kekurangan tenaga saintifik dan teknik untuk menjalankan aktiviti P&P yang berterusan. Nisbah penyelidik dalam 10,000 penduduk di negara ini adalah sangat rendah (0.3%) berbanding dengan 15-18 peratus di Perancis dan Jerman Timur serta antara 28-30 peratus di Jepun dan Amerika Syarikat.

Dengan itu, PIP telah memperakukan bahawa satu tindakan yang berterusan untuk pembangunan teknologi bersama-sama dengan pelaksanaan program pembangunkan sektor perindustrian adalah perlu dilaksanakan. Untuk mencapai strategi ini PIP telah menekankan bahawa program dan dasar membangunkan keupayaan sains dan teknologi perlu dijadikan sebagai satu faktor asas kepada rancangan membangunkan sektor perindustrian

Dasar Sains dan Teknologi

Selaras dengan strategi mengutamakan pembangunan sains dan teknologi, Kerajaan pada bulan April 1986 telah mengumumkan Dasar Sains dan Teknologi Negara. Dasar Sains dan Teknologi Negara adalah bertujuan "menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat dan untuk melindungi kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan sosioekonomi negara."

Dasar Sains dan Teknologi Negara memberi fokus kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan lain-lain bidang yang berkaitan.

Strategi Penentuan Keutamaan

Untuk mencapai matlamat dasar sains dan teknologi yang disebutkan di atas tindakan pertama adalah untuk mengintegrasikan rancangan pembangunan sains dan teknologi dengan rancangan pembangunan ekonomi dengan tujuan mengorientasikan sumber-sumber sains dan teknologi kepada aspek-aspek penggunaan secara praktis. Tindakan ini adalah bertujuan membangunkan sektor perindustrian supaya berupaya memilih, memperolehi, menyerap, menginovasi dan mengubahsuai pengetahuan sains dan teknologi untuk membangunkan satu sektor pengeluaran yang setanding dengan sektor perindustrian di  negara-negara maju.

Rancangan untuk membangunkan keupayaan sains dan teknologi adalah berasaskan kepada matlamat meningkatkan keupayaan sains dan teknologi negara sebagai sumbangan kepada pembangunan negara. Matlamat asas ini boleh dipecahkan kepada dua, iaitu:

(i) Pembangunan keupayaan sumber-sumber sains dan teknologi negara ini seperti  tenaga teknik dan saintifik, institusi-institusi penyelidikan, institusi-institusi pengajian tinggi, dan lain-lain ke arah pembentukan keupayaan teknologi tempatan (develop indigenous technology capability).

(ii) Pembangunan keupayaan pengusaha-pengusaha tempatan dalam memilih, merunding, menyerap, menyesuaikan, membaih dan menginovasikan teknologi asing

Page 7: Bahasa Melayu Isu Semasa

(keupayaan menerima pemindahan teknologi) yang mengalir masuk ke dalam negeri ini melalui perjanjian kerjasama, pembelian terus, kerjasama teknik, projek-projek usahasama, penggunaan lessen atau franchise dan lain-lain.

Strategi pembangunan sains dan teknologi yang menjadi asas kepada keupayaan memajukan satu sektor perindustrian yang dinamik akan meliputi beberapa faktor utama seperti berikut:

(i) Pembangunan,Keselamatan dan Kesejahteraan Sosial Sains dan teknologi akan diberi keutamaan dalam dasar pembangunan negara. Sumber sains dan teknologi akan digunakan untuk mempertingkatkan kesejahteraan rakyat menjamin pekerjaan, keselamatan dan kekayaan negara .

(ii) Perkaitan Dasar Sains dan Teknologi Negara Dengan Dasar-Dasar Lain Dasar sains dan teknologi akan diintegrasikan dalam Rancangan Pembangunan dan akan diberi keutamaan yang sama seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pertanian Negara, dan lain-lain.

(iii) Peningkatan Perkhidmatan Saintifik Perkhidmatan sains dan teknologi di negara ini yang meliputi beberapa bidang saintifik dan perkhidmatan teknik sokongan akan dipertingkatkan lagi untuk menyumbangkan kepada kejayaan rancangan pembangunan negara.

(iv) Berdikari Matlamat berdikari akan menjadi matlamat utama dalam usaha membangunkan kemahiran sains dan teknologi supaya mengelakkan keadaan terlalu bergantung kepada keupayaan sains dan teknologi negara-negara maju.

(v) Maklumat Sains dan Teknologi Satu pusat maklumat sains dan teknologi perlu ditubuhkan untuk memudahkan pengumpulan data mengenai sumber-sumber sains dan teknologi . Maklumat sumber-sumber sains dan teknologi adalah mustahak untuk memudahkan tugas-tugas pengurusan, perancangan, penyelarasan dan pengawasan pelaksanaan dasar.

(vi) Penyelidikan dan Pembangunan Keutamaan akan diberikan kepada: (a) Penggunaan penyelidikan dan pembangunan dalam memajukan sumber-sumber pertanian, teknologi pengeluaran barangan dan memajukan proses yang sesuai serta juga bidang kesihatan.(b) Menubuhkan satu sistem pengurusan penyelidikan dan pembangunan yang berkesan dan juga membangunkan infrastruktur sokongan sains dan teknologi seperti pejabat patent, institusi penyelidikan dan pembangunan institusi reka bentuk perindustrian, perundingan teknik dan maklumat dengan tujuan memperkukuhkan kemudahan asas untuk menjamin pemindahan teknologi dan memperkenalkan produk yang baru.(c)Menggalakkan sektor perindustrian melabur dalam usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan melalui insentif, menubuhkan jentera perhubungan antara sektor swasta dengan institusi sains dan teknologi awam, menggalakkan usahasama dalam memperdagangkan hasil-hasil penyelidikan dan menekankan usaha-usaha dalam

Page 8: Bahasa Melayu Isu Semasa

penyelidikan dan pembangunan gunaan dan penyesesuaian.

(vii) Tenaga Manusia Satu rancangan pembangunan tenaga manusia jangka masa panjang yang saintifik dan teknikal akan digubal untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian yang kian berkembang. Ini melibatkan perubahan dalam sistem pelajaran, usaha membangunkan kesedaran di kalangan rakyat terhadap potensi sains dan teknologi serta juga menjamin supaya tenaga teknik dan saintifik dikekalkan dalam bidang yang sesuai.

(viii) Peranan Sektor Swasta Sektor swasta akan digalakkan untuk berunding dan bekerjasama dengan jentera sains dan teknologi sektor awam untuk memenuhi keperluan penyelidikan dan pembangunan mereka.

(ix) Pemindahan Teknologi Pemindahan teknologi akan digalakkan dan disokong dengan latihan, perjanjian kerjasama, usaha penyelidikan dan pembangunan dan satu mekanisma perlu ditubuhkan untuk mengkaji kemajuan pemindahan teknologi melalui aktiviti pengawasan, penilaian dan kajian.

(x) Komputerisasi Usaha untuk meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dalam pelajaran, industri dan pengurusan penyelidikan akan diberi keutamaan.

(xi) Pusat-Pusat Kecemerlangan Sains Akademi Sains akan ditubuhkan dan mekanisma untuk mengawasi kemajuan sains dan teknologi di dunia khasnya dalam bidang kejuruteraan genetik, bioteknologi, komunikasi, elektronik dan kaji hayat dan lain-lain bidang sains dan teknologi juga akan ditubuhkan.

(xii) Pelan Tindakan Satu pelan tindakan akan digubal untuk melaksanakan strategi-strategi tersebut.

Pelaksanaan

Untuk melaksanakan Dasar Sains dan Teknologi, Rancangan Malaysia Kelima (RM5) telah memperuntukkan sebanyak $4146 juta di bawah tanggungjawab Majlis Penyelarasan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN). Majlis ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan anggotanya terdiri daripada wakil agensi-agensi pusat dan juga saintis-saintis terkenal.

Seterusnya dalam Rancangan Malaysia Keenam (RM6), Sektor sains dan teknologi telah diperuntukkan sebanyak $600 juta. Peruntukan ini ditujukan kepada rancangan memaju dan menyelaraskan projek-projek penyelidikan dan pembangunan dengan tujuan mempertingkatkan keupayaan teknologi tempatan. Implikasi yang penting berkaitan dengan tindakan ini adalah rancangan pembangunan sains dan teknologi pada pertama kalinya disatukan dalam rancangan pembangunan ekonomi negara di bawah RM5. Integrasi rancangan pembangunan sumber-sumber sains dan teknologi dalam RM5 dan RM6 akan menumpukan sumbangannya kepada usaha-usaha Pembaunan ekonomi.

Page 9: Bahasa Melayu Isu Semasa

Untuk menyelaras dan menguruskan pembahagian peruntukan RM5 dan RM6, MPKSN telah memperkenalkan satu skim khas, Program Penekanan Penyelidikan Di Bidang Keutamaan (IRPA: Intensification of Research in Priority Areas). Matlamat skim ini adalah untuk menentukan supaya projek-projek penyelidikan yang dijalankan oleh institusi-institusi diselaraskan untuk mencapai matlamat membangunkan keupayaan teknologi. Di bawah strategi ini, projek-projek penyelidikan dan pembangunan dibahagikan kepada 4 sektor iaitu, pertanian, industri, strategik dan perubatan. Berdasarkan statistik yang terkandung dalam RM6, 50 peratus daripada jumlah peruntukan penyelidikan dan pembangunan di RM5 telah digunakan dalam sektor pertanian, 34 peratus sektor perindustrian dan 17 peratus sektor-sektor lain.

Skim ini telah memperkenalkan sistem pengurusan penyelidikan dan pembangunan yang lebih terpusat. Mekanisma IRPA juga telah menggerakkan proses rundingan dan pencapaian kata sepakat di kalangan ahli sains dari sektor awam dan swasta. Tambahan pula, MPKSN telah disusun semula dan satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sains dan Teknologi telah dibentuk.

Selaras dengan strategi meningkatkan keupayaan teknologi, Majlis Penyelarasan dan Pemindahan Teknologi Perindustrian yang dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan dianggotai oleh pengusaha-pengusaha tempatan yang terkenal, pegawai-pegawai agensi pusat dan pakar-pakar teknik dan saintifik daripada institusi-institusi penyelidikan, telah menubuhkan satu Jawatankuasa pada tahun 1987 untuk menggubal Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian.

Pelan tindakan ini digubal khas dengan tujuan menyokong pelaksanaan PIP. Walaupun teknologi dan masalah pembangunan keupayaan teknologi perindustrian telah dikenalpasti dalam PIP, pelan ini masih belum menyenaraikan tindakan-tindakan atau strategi-strategi yang jelas untuk diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian digubal khas untuk menentukan strategi dan rancangan teknologi yang perlu dilaksanakan bersama-sama dengan pelaksanaan PIP. Dua puluh sembilan kajian yang melibatkan setiap sektor perindustrian telah dijalankan oleh pakar-pakar tempatan dan ini diikuti dengan perbincangan oleh ahli-ahli Konsortium Penyelidikan Kebangsaan yang ditubuhkan khas untuk tujuan membincang dan mendapatkan persetujuan melaksanakan Pelan tersebut. Pelan itu dibentang dan dipersetujui oleh Kerajaan pada 30hb. Mei 1990. Kerajaan telah menerima 42 syor yang terkandung dalam Pelan tersebut yang dikumpulkan di bawah 5 Penekanan Strategik. Rancangan Malaysia Keenam telah memperuntukkan sebanyak $166 juta untuk melaksanakan syor-syor tersebut.

Penutup

Pembangunan sektor perindustrian adalah unsur penting dalam hasrat negara ini mencapai taraf negara maju. Perindustrian membawa pertambahan nilai yang tinggi, pendapatan dan pekerjaaan kepada tenaga manusia negara ini lebih dari aktiviti-aktiviti pertanian, harga pasaran pengeluarannya juga adalah lebih stabil dan faktor produktiviti yang tinggi. Keupayaan untuk membangunkan satu sektor perindustrian yang dinamik, yang berupaya bersaing dalam pasaran dunia, yang mengeluarkan barangan yang setanding dari segi kos dan mutu dengan barangan negara-negara maju, bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan keupayaan menggunakan atau menginovasikan teknologi-teknologi pengeluaran. Dasar Sains dan Teknologi yang semakin dititik beratkan oleh Kerajaan menunjukkan minat dan responsif kepada usaha membangunkan keupayaan sumber-sumber sains dan teknologi ke arah mempertingkatkan sumbangannya dalam proses melahirkan sektor perindustrian yang dinamik.

Page 10: Bahasa Melayu Isu Semasa

KEBAIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI

[]Melalui kepakaran dalam bioteknologi,teknik dan teknologi pertanian akan mengalami transformasi.Teknik-teknik moden yang efektif dalam bidang penanaman,penternakan dan penuaian akan membantu meningkatkan produktiviti.Bioteknologi juga akan membantu dalam penghasilan baka,benih dan racun bagi memajukan sektor pertanian.Pertanian yang berorientasi intensif teknologi bukan sahaja meningkatkan kualiti makanan tetapi juga menjamin kelangsungan makanan.Lantarannya,usaha berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan dapat membantu memelihara ekologi tanaman yang akan meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

[]Meningkatkan taraf hidup manusia seperti penciptaan teknologi laser.Penciptaan teknologi laser telah memainkan peranan yang penting dalam bidang komunikasi dan perindustrian.Kini,teknologi laser digunakan secara meluas dalam bidang telekomunikasi mengganti peranan kabel dengan obtik fiber.Jalur laser yang lebih luas membenarkan maklumat seperti bunyi dan suara dihantar dengan lebih cepat dan tepat serta meminimumkan risiko kehilangan data.Selain itu,bidang prindustrian turut berkembang maju dengan kemunculan penggunaan laser.Laser merupakan alat pemecah dan pemotong yang termoden.Laser dapat memotong batu permata,intan,kaca,malah kepingan logam tanpa mengeluarkan haba,bunyi dan sisa kotoran.Oleh demikian,dapatlah kita memutuskan bahawa teknologi laser mampu meningkatkan taraf hidup manusia dengan meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil industri serta mencetuskan perkembangan dalam bidang komunikasi dan perindustrian.

[]Meningkatkan taraf hidup manusia melalui perkembangan dalam bidang perubatan dan kesihatan.Kemajuan sains dan teknologi membawa kepada pengenalan ubat-ubatan baru untuk pelbagai jenis penyakit kronik yang tidak dapat disembuhkan dahulu,menambahbaikkan fungsi dan meningkatkan kualiti ubat-ubatan yang sedia ada dan lain-lain,misalnya penyakit barah.Tambahan pula,penyakit-penyakit yang dihadapi dapat ditentukan dengan cepat dan tepat semasa diagnosis dijalankan sebelum kemunculan tanda-tanda yang ketara.Oleh itu,penyakit itu dapat diubati dengan efektifnya sebelum dikesan lewat.Selain itu,risiko penyakit dapat kita kurangkan melalui program vaksinasi.Kemajuan sains dan teknologi juga membawa kemudahan dalam menjalankan pembedahan.Penggunaan mesin untuk menjalankan operasi dapat mengurangkan risiko dan kesilapan yang akan berlaku terutamanya bagi operasi yang agak rumit dalam prosesnya.

[]Berupaya memajukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) yang semakin penting dalam era maklumat.Kepesatan ini di Malaysia dapat mempermudah kita berhubung dengan orang lain serta meningkatkan kualiti hidup rakyat.Kebelakangan ini,manusia semakin bijak dan kian mahir dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) untuk mencipta peralatan berteknologi seperti internet,canggih telefon bimbit dan satelit.Internet membolehkan kita melayari laman web untuk mencari maklumat dan boleh berbalas e-emel dengan sesiapa sahaja walaupun seseorang itu berada di tempat yang jauh.Penciptaan komputer riba juga telah memudahkan pergerakan kita dan mudah dibawa ke mana-mana tempat.Telefon bimbit juga memberi kesenangan kepada rakyat kini untuk berkomunikasi dari jarak jauh.Tambahan pula,penggunaan satelit turut membolehkan kita memberi isyarat kecemasan kepada negeri asing dan sebaliknya di negara lain juga.Projek

Page 11: Bahasa Melayu Isu Semasa

Koridor Raya Multimedia(MSC) akan dapat menjadi lebuh raya maklumat melalui input sains dan teknologi yang secukupnya.

[]Memajukan bidang pendidikan.Contohnya,pelancaran satelit pertama Malaysia, MEASAT membantu dalam menjayakan program pendidikan jarak jauh. Hal ini secara tidak langsung mencapai matlamat kita untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berilmu. Kemudahan-kemudahan ini bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh penduduk Malaysia malah oleh penduduk negara-negara lain di rantau ini yang berada dalam lingkungan jejak MEASAT. Hal ini juga merealisasikan konsep "langit terbuka" yang diharapkan dapat membuka minda masyarakat supaya lebih inovatif, keatif, berdaya tahan dan berdaya saing.

[]Menjadikan komunikasi dan perhubungan antara manusia mudah dan cepat.Penggunaan teknologi serabut optik membolehkan pelbagai maklumat dan informasi dalam bentuk digital disalurkan kepada media massa sepantas kilat.Ciptaan satelit serta alat teknologi seperti telefon bimbit,telefaks,Internet dan sebagainya untuk tujuan hiburan dan perhubungan telah berjaya membatasi had masa dan tempat, sekali gus menjimatkan masa,tenaga dan kos pengguna secara berlipat ganda.Selain itu,hubungan antara manusia dapat dirapatkan lagi walaupun mereka berkomunikasi dari jarak yang jauh.Dalam bidang penyiaran, kejadian dan acara-acara yang berlaku di negara-negara lain boleh ditonton secara langsung melalui satelit dengan berterusan. Hal ini meningkatkan tahap ilmu dan budaya sesuatu masyarakat sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi.

KEBURUKAN SAINS DAN TEKNOLOGI

[]Dunia dilanda variasi nahas seperti kemalangan jalan raya dan nahas udara hasil daripada penciptaan variasi kenderaan.Hal ini mengorbankan banyak nyawa manusia.Misalnya,akhbar Berita Harian yang bertarikh 21 Disember 2010 telah memamaparkan tragedi kemalangan jalan raya di km15,jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai di mana sebuah bas dua tingkat milik San Express Holidays melanggar pembahagi jalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang telah mengakibatkan 28 orang yang berada di dalam bas tersebut terbunuh.

[]Manusia mencipta senjata-senjata moden, misalnya senjata nuklear yang sangat berbahaya. Senjata-senjata ini jauh lebih canggih daripada senjata-senjata zaman dahulu dan dapat membunuh manusia dengan lebih mudah dan cepat. Senjata-senjata ini menjadi alasan bagi sesetengah negara untuk bersengketa sehingga berlaku peperangan.Uswahnya,negara Israel tetap menggunakan senjata biologi untuk berperang di Gaza,Palestin walaupun diharamkan oleh Konvensi Senjata Biologi 1972 yang ditandatangani lebih daripada 100 negara telah menyebabkan beribu-ribu penduduk Gaza yang tidak berdosa mati dalam keadaan yang menyeksakan.

[] Menjadikan manusia semakin malas melaksanakan tugasan seharian dengan adanya penciptaan robot yang memudahkan tugasan manusia.Hal ini kerana manusia masa kini kurang menggunakan tenaga dan hanya bergantung kepada robot yang membantu mereka dalam tugasan seharian.Implikasinya,manusia kurang melakukan senaman dan menyebabkan mereka mudah diserang pelbagai jenis penyakit yang berbahaya.

[] Penciptaan internet dan komputer menjadikan manusia leka kerana asyik melayari laman web atau bermain permainan computer.Hal ini mengakibatkan masa senggang terbiar

Page 12: Bahasa Melayu Isu Semasa

begitu sahaja tanpa diisi dengan aktiviti yang berfaedah.Akibatnya,variasi kerja dan aktiviti tertunda atau tergendala.

[] Penambahan kes-kes jenayah seperti jenayah siber. Bagi mereka yang mahir dan mempunyaipengetahuan teknologi yang tinggi, mereka dapat menjalankan aktiviti penipuan dengan mudahseperti mencipta kad kredit palsu atau menipu orang ramai dengan penyebaran maklumat palsumelalui internet.Misalnya,surat khabar Kosmo! yang bertarikh 16 Mac 2011 memaparkan kes komputer kumpulan perbankan terkemuka,Citigroup Inc diceroboh di New York,Amerika Syarikat telah mengakibatkan kehilangan wang berjumlah berpuluh-puluh juta dolar Amerika dari akaun para pelanggan.

Komputer Citigroup diceroboh

WALAUPUN wujud kebimbangan kes sistem komputer Citibank di Amerika Syarikat telah digodam, para pelanggan bank itu di Kuala Lumpur malam tadi tetap berurusan seperti biasa.

KOSMO!:16 Mac 2011

NEW YORK - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat kini menjalankan siasatan terhadap kegiatan penggodam terhadap kumpulan perbankan terkemuka, Citigroup Inc yang mengakibatkan kehilangan wang berjumlah puluhan juta dolar Amerika dari akaun para pelanggan, lapor The Wall Street Journal kelmarin.

Page 13: Bahasa Melayu Isu Semasa

Institusi kewangan itu bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya sistem komputer mereka telah diceroboh.

"Tidak ada pencerobohan dan tidak ada apa-apa kerugian yang ditanggung,'' jelas Citigroup dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, memang pada waktu tertentu berlaku kes-kes seperti pecah amanah atau masalah ketirisan membabitkan sistem pihak ketiga tetapi mereka sentiasa mengambil tindakan segera untuk menjaga kepentingan pelanggan dan Citigroup.

Bagaimanapun, The Wall Street Journal melaporkan bahawa seorang pelanggan Citibank, institusi perbankan di bawah Citigroup mendapati wang simpanannya sebanyak AS$1 juta (RM3.5 juta) telah lesap dan akhirnya didapati disalurkan kepada bank di Latvia dan Ukraine.

Mayat bergelimpang atas jalan, longkangBERITA HARIAN:2010/12/21

SIMPANG PULAI: “Saya melihat bas persiaran itu terhoyong-hayang dan laju turun bukit membelok selekoh tajam. Selepas itu, bas dua tingkat itu terus langgar konkrit pembahagi jalan sebelum terbalik ke dalam longkang dengan bahagian bumbung menghentam batu bukit,” kata Monat Rahen, antara saksi terawal yang melihat kemalangan itu di Kilometer 15 di sini, pagi semalam.Monat, 19, berkata, dia menyaksikan kejadian itu ketika bersama seorang lagi rakan menaiki kereta dalam perjalanan menghala ke Cameron Highlands. “Kami lihat ada penumpang tercampak keluar dari bas, termasuk kanak-kanak dan warga emas. Keadaan menjadi cemas apabila kebanyakan penumpang cedera dan menjerit meminta tolong,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

ANGGOTA penyelamat mencari mangsa yang terselamat dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, semalam.

Page 14: Bahasa Melayu Isu Semasa

Seorang lagi saksi, Muhammad Shafwan Mohd Nan, 17, berkata ketika tiba di kawasan kemalangan itu, dia melihat ada seorang warga emas berusia lingkungan 60-an sudah tercampak keluar dari kenderaan itu.Dia juga melihat mayat bergelimpang atas jalan raya, termasuk ada kanak-kanak terbaring dalam longkang dipercayai tercampak dari bas serta beberapa mangsa yang cedera dan berlumuran darah keluar dari bas yang terbalik.“Saya bersama tiga lagi rakan lain dalam perjalanan bercuti di Cameron Highlands menaiki bas henti-henti bersama lebih 10 penumpang lain. Pemandu bas kami terpaksa menghentikan kenderaan selepas laluan itu ditutup. Saya dan penumpang lain berusaha membantu, tetapi keadaan terlalu ngeri. “Tangisan dan jeritan meminta tolong kedengaran dari bas yang terbalik, selain kelihatan banyak darah di bahagian tempat duduk. Sejurus kemudian, pasukan penyelamat tiba dan saya melihat ada mayat dibawa keluar dari bas berkenaan,” katanya.Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, Ahmad Aminudin Abdul Rahim, berkata ketika tiba di tempat kejadian kira-kira jam 12.10 tengah hari, beliau melihat ada beberapa tubuh bergelimpangan di jalan raya dan ada yang terhumban dalam longkang, tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada mangsa sudah meninggal dunia.Bagaimanapun, katanya, kebanyakan kepala dan tubuh cedera parah, manakala semua mangsa dalam bas tersepit di tempat duduk.“Saya ada nampak seorang kanak-kanak dalam bas dan mendengar bunyi orang mengerang kesakitan, jadi kami berusaha menyelamatkan nyawa mereka,” katanya.Beliau berkata, mangsa pertama yang cedera dikeluarkan pada jam 12.13 tengah hari, manakala, mangsa terakhir pada jam 2.55 petang, manakala sebahagian besar mangsa duduk di tingkat atas bas berkenaan.

Ajar pelajar sains perkara positifOleh Azli Ayob dan S Anand Kumar 2010/06/16Salah guna teknologi bawa kemusnahan KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tenaga pengajar bidang sains dan kejuruteraan perlu mendidik pelajar mereka menggunakan ilmu saintifik untuk perkara positif bagi memelihara keamanan dunia sejagat.Bekas Perdana Menteri berkata, walaupun teknologi sains kini berkembang pesat sehingga banyak menyumbang kepada kesejahteraan manusia, bidang itu boleh membawa kemusnahan jika disalahgunakan. “Sebagai contoh, pengetahuan sains seperti kemahiran menghasilkan bom nuklear boleh disalahgunakan untuk tujuan pembunuhan, manakala kecekapan menghasilkan plastik daripada petroleum didapati mencemarkan alam sekitar kerana ia tidak mudah reput. “Dulu, dunia sains berbangga dapat menghasilkan plastik daripada bahan petroleum dan ia adalah satu penemuan hebat tetapi malangnya kini mereka tidak menemui cara bagaimana untuk melupuskannya sehingga lautan dicemari plastik. “Bom nuklear pula terbukti membunuh seperti yang berlaku di Nagasaki dan Hiroshima. Melihat kepada perkara ini maka ada kebaikan dan keburukan dalam bidang sains.

Page 15: Bahasa Melayu Isu Semasa

“Maka amat penting untuk memupuk nilai baik kepada pelajar supaya mereka dapat menggunakan pengetahuan saintifik dengan cara yang positif,” katanya. Dr Mahathir berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Ke Arah Kelestarian: Kejuruteraan, Teknologi dan Kemanusiaan’ sempena Kongres Kejuruteraan Sains dan Teknologi Sedunia (ESTCON) 2010 di sini, semalam. Kira-kira 1,200 pakar sains dan kejuruteraan menghadiri ESTCON selama tiga hari bermula semalam, anjuran Universiti Teknologi Petronas (UTP) dengan sokongan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Hadir sama, Naib Presiden Eksekutif (Perniagaan Hiliran) Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Rektor UTP, Datuk Dr Zainal Abidin Kasim. Dr Mahathir yang juga Canselor UTP berkata, ahli sains perlu bertindak bijak dengan mencari jalan bagi melupuskan secara selamat sebarang penemuan atau bahan yang dihasilkan. “Ini kerana, saintis tahu bagaimana untuk menggunakan teknologi nuklear bagi menghasilkan tenaga elektrik atau bom pemusnah tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk melupuskan sisa nuklear secara selamat buat selama-lamanya. “Hari ini, seseorang boleh menghancurkan dunia dengan menggugurkan sebutir bom nuklear tetapi kita belum menemui jalan bagaimana untuk memastikan nuklear tidak mendatangkan bahaya kepada manusia,” katanya. Sehubungan itu, katanya, amat penting untuk tenaga pengajar sains dan kejuruteraan mendidik pelajar mereka mengenai kesan negatif yang kemungkinan wujud apabila ilmu sains disalahgunakan. “Sains seharusnya membantu kita menjalani kehidupan yang lebih baik dan sihat dan bukannya untuk tujuan merosakkan atau memusnahkan kehidupan manusia,” katanya.

Perniagaan internet lubuk rezeki generasi milineum2010/06/16HARI ini perniagaan internet di Malaysia bukanlah sesuatu yang asing lagi. Perniagaan seumpama ini semakin digemari lantaran keberkesanan Internet sebagai medium komunikasi dan pemasaran. Sehubungan itu, peningkatan jumlah pengguna internet juga dilihat sebagai tanda positif untuk berkecimpung dalam perniagaan seumpama itu. Bagi usahawan internet, Mohd Suhaimy Abu Bakar, 30, atau lebih dikenali sebagai Shuth, perniagaan internet adalah satu bentuk perniagaan untuk masa depan kerana kebanyakan perniagaan dan kedai baru akan dibuka dalam bentuk perniagaan internet berbanding perniagaan kovensional.“Kedai buku terbesar di dunia bukanlah terletak di Amerika, China atau Jepun tetapi di internet iaitu amazon.com manakala pasar raya terbesar di dunia pula ialah eBay. Tidak mustahil suatu hari nanti semua orang akan lebih gemar membeli-belah di internet

Page 16: Bahasa Melayu Isu Semasa

berbanding pasar raya,” katanya kepada Bernama. Menceburi bidang perniagaan bukanlah impian Shuth ketika kecil. Tetapi setelah memasuki alam pekerjaan, beliau mula bercita-cita menjadi usahawan. Hal ini kerana Shuth menyedari kebaikan dan keburukan antara bekerja makan gaji dengan bekerja sendiri. Pada masa ini Shuth menjalankan beberapa jenis perniagaan internet yang lebih menumpukan kepada perkhidmatan penyewaan ‘webhosting’, penerbitan serta penjualan ‘eBook’. Sebelum menceburi bidang perniagaan, anak kelahiran Muar ini pernah bekerja sebagai eksekutif IT yang menguruskan bahagian multimedia dan juga pembangunan web di sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Menyedari betapa pentingnya memiliki kebebasan masa dan juga kewangan, beliau cuba menceburi bidang perniagaan kerana percaya bidang ini mampu memberikan semua itu. ‘Saya sedar, cara terbaik untuk memiliki kedua-dua kebebasan itu ialah dengan menceburi diri ke dalam dunia perniagaan,’ jelasnya. Sedia mengambil tanggungjawab 100 peratus dan sentiasa berfikiran positif ialah prinsip hidup Shuth untuk menjadi seorang usahawan berjaya. Beliau juga berpendapat, untuk menjalani kehidupan yang lebih gembira dan bebas, berniaga dan menjadi seorang usahawan adalah pilihan paling tepat. Menurut Shuth, ada kajian yang menyatakan bahawa golongan yang bekerja sendiri dan berniaga mempunyai kehidupan yang lebih gembira dan memuaskan berbanding golongan yang makan gaji. Bagi lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini, setakat ini tiada halangan terlalu besar dihadapi beliau kecuali sedikit kritikan ketika melancarkan ‘eBook’ yang pertama pada 2005. “Saya menerima e-mel dan juga panggilan telefon daripada seseorang yang mencerca saya dan mengatakan saya penipu sebab menjual ‘eBook’ di internet. Pada masa itu, saya sedikit kecewa tetapi kembali bersemangat apabila melihat semakin ramai orang membeli ‘eBook’ dari sehari ke sehari. “Pada pendapat saya, saya menjual ilmu dan maklumat, bukannya menjual fail kosong. Dunia sudah maju dan zaman sudah berubah, zaman ini ialah zaman informasi dan maklumat. Pada zaman ini, maklumat ialah sesuatu yang sangat penting dan berharga, jadi tidak hairanlah jika orang ramai akan mula memperdagangkannya di alaf baru ini,” jelasnya. “Kejayaan yang saya rasa paling besar dalam hidup saya selepas menceburi bidang ini ialah apabila saya dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga dan melihat anak-anak saya membesar di hadapan mata saya setiap hari,” katanya bangga. Penulis buku terlaris, Rahsia Blogger ini didorong oleh seorang rakannya yang mahu beliau berkongsi ilmu mengenai blog kepada orang ramai. Buku itu menceritakan peluang yang ada untuk mendapatkan wang di internet. Harapan Shuth adalah selepas membaca buku berkenaan, mereka dapat melihat dan bertindak merebut peluang yang ada. Generasi milineum atau nama lainnya, generasi Y, yang membesar dengan kewujudan internet, lebih gemar menggunakan internet untuk tujuan bersosial dan berhibur seperti Facebook, Myspace, ‘games’ (permainan mata) dan sebagainya. Menurut Shuth, golongan ini mempunyai peluang cerah dalam bidang perniagaan internet selagi mereka mempunyai minat untuk berniaga serta menyedari kepentingan internet bagi tujuan perniagaan. Shuth berkata golongan belia harus bijak mengambil peluang dan menggunakan ruang sedia ada ke arah sesuatu yang berfaedah dan menguntungkan. – BERNAMA

Page 17: Bahasa Melayu Isu Semasa

Usir pigmentasiOleh Shaidah Shafie2010/07/05Formula terbaru Avon Anew 360 White bantu lahirkan kulit sempurna PIGMENTASI sering menjadi persoalan besar dalam minda kebanyakan wanita kerana kewujudan elemen berkenaan secara tidak langsung menimbulkan cela pada kulit wajah seiring dengan pertambahan usia yang dialami. Selain pigmentasi akibat perubahan usia atau faktor lain, perubahan yang mungkin bakal dialami adalah kulit kehilangan keanjalan, wujud kedutan dan warna bertukar menjadi kusam selain kering tidak bermaya.Begitupun, jika anda prihatin mengenai kesihatan kulit wajah dan melakukan langkah bijak menjaganya sejak awal dengan mengikuti rutin paling asas seperti membersih serta menyapu krim khas bersesuaian, tentunya masalah berkaitan dapat diatasi walaupun tidak sepenuhnya. Sehubungan itu, pastikan langkah awal diambil bagi kulit kekal cerah dan tegang walaupun usia meningkat. Jika anda tidak memiliki kulit cantik seperti ketika remaja sekalipun, sekurang-kurangnya ia kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar. Doktor kulit dan ahli pigmentasi Jabatan Dermatologi, Fakulti Perubatan Universiti Bandaraya Nagoya, Dr Yuji Yamaguchi, berkata pigmentasi adalah antara masalah serius yang lazim dialami wanita kerana banyak faktor. “Antaranya adalah faktor usia, keadaan persekitaran dan mungkin kesilapan menggunakan produk penjagaan juga boleh menimbulkan pigmentasi pada kulit wajah. Bagaimanapun, penyelidikan di makmal sains mengenai pigmentasi ini menunjukkan ada cara tertentu yang boleh dilakukan bagi mengatasi kulit gelap itu,” katanya pada majlis pelancaran produk penjagaan kulit Anew 360’ White ‘Avon Laboratory of Beauty Discoveries’ di ibu kota, baru-baru ini. Turut hadir, Presiden Avon Malaysia, Thailand dan Vietnam, Mansoor Wan Abdullah; Pengarah Kosmetik Avon RMBC (Avon Regional Brand Manager Centre) Angeline Nobel; Pengarah Asia Tenggara Cluster Avon, Sarah McIntosh; Naib Presiden Pemasaran Serantau, Angela Fang dan Ratu Malaysia/Dunia 2008/09 yang juga Duta Anew, Soo Wincci. Dr Yamaguchi berkata, pigmen kulit yang menyumbang kepada pigmentasi mengandungi beberapa bahan tertentu yang boleh dikawal dengan cara khusus berdasarkan penyelidikan sains yang dilakukan di makmal Avon. “Pigmen kulit diketahui dikawal oleh tiga enzim iaitu tyrosinase dan bahan dinamakan TRP1 dan TRP2. Kebanyakan produk kecantikan yang ada di pasaran hanya memfokus kepada satu enzim saja. “Penyelidikan yang dilakukan pula membolehkan kami memfokuskan kepada ketiga-tiga enzim untuk mengelakkan berlakunya pigmentasi pada kulit,” katanya. Selain mengandungi enzim yang menyebabkan cela pada kulit, ada banyak lagi elemen lain mempengaruhi kulit manusia seperti kalsium yang berupaya menjadikan kulit wajah cantik atau sebaliknya kerana kalsium juga ada keburukan serta kebaikan tersendiri kepada manusia. “Pigmen pada kulit mempunyai hubung kait dengan kalsium. Malah, kalsium memainkan peranan penting dalam pengawalan pembentukan pigmen. Pengurangan pengaliran kalsium terhadap sel pigmen boleh mengatasi pembentukan pigmen pada kulit. “Apa yang teknologi kami lakukan adalah mengawal tiga enzim pada kulit yang ada kaitan dengan pengeluaran pigmen. Teknologi berkenaan juga mengurangkan pengaliran kalsium ke sel pigmen dan mengurangkan pembentukan pigmen,” katanya.

Page 18: Bahasa Melayu Isu Semasa

Sehubungan itu, teknologi berkenaan yang terdapat dalam Anew White menolong merangsang sel tenaga selain menjadikan kulit anjal dan kelihatan hidup, selain metabolisme yang baik akan menyebabkan sel kulit berfungsi pada tahap penuh. Dengan penggunaan produk rangkaian Anew 360 White yang mengandungi bahan inovatif berfungsi menghentikan pengeluaran pigmen gelap, kulit akan kelihatan lebih cerah dan bersinar serta cantik. Anew juga mempunyai enam bahan revolusi yang memberi tenaga kepada sel kulit supaya tidak mengalami cela dan tompokan gelap. Produk rangkaian penjagaan wajah Anew 360 White dihadirkan dalam empat jenis, clarifying cleanser 100 mililiter, activating lotion 100ml, protective cream SPF20 PA++ 30gm dan vitalizing cream 30gm. Ia sudah berada di pasaran sejak Mei lalu. INFO: Anew 360 White Berada di pasaran sejak Mei lalu. Sebarang maklumat mengenainya hubungi talian bebas tol Avon di 1-800-22-2866 atau layari www.my.avon.com. clarifying cleanser 100 mililiter, RM39.90 (Sabah & sarawak RM45.90) Activating lotion 100ml RM45.90 (Sabah & Sarawak RM52.80) Protective cream SPF20 PA++30gram RM79.90 (Sabah & Sarawak RM91.90) Vitalizing cream 30g RM79.90 (Sabah & Sarawak RM91.90) Bahan inovasi dalam Anew berupaya mengurangkan pigmen gelap pada wajah. Penggunaan krim malam dan siang Anew hendaklah digunakan mengikut peraturan disarankan. Gincu mineral rapikan bibir TIDAK sempurna rejim kecantikan wanita sekiranya mengabaikan olesan warna merah pada bibir setiap kali tampil ke majlis atau acara tertentu. Sapuan gincu pada bibir juga sebenarnya bertindak melindungi bibir daripada kekeringan melampau. Sehubungan itu, Avon menggabungkan mineral pelbagai khasiat sebagai ramuan khusus dalam gincu dihasilkan bagi menjadikan bibir sihat dan bermaya. Dihasilkan dengan 100 peratus bahan dan warna mineral semula jadi, Smooth Mineral Lipstick memberi warna gemilang sekali gus melicin, melembap dan melindungi bibir dengan SPF 15. Gincu berasaskan mineral ini juga bertekstur ringan berkrim memberi pilihan kemasan nipis hinggalah pekat dan mewah. Rumusan kompleks mega lembapan di dalamnya kaya dengan vitamin, aloe serta lepa koko yang membuatkan bibir kekal lembut bernutrisi serta lembap. Lebih penting lagi, ia bebas bedak, bebas pewarna tiruan, bebas haruman dan bahan pengawet, jadi ia amat sesuai untuk kulit sensitif. Ia turut diperkaya dengan vitamin tertentu dan bahan antioksidan yang menjadikan bibir cantik, kemas dan mewah sempurna. Smooth Mineral Lipstick boleh didapati dalam 10 rona neutral yang memikat untuk sinar teranggun dan kemasan versatil. Ia dijual pada harga RM25.90 (Sabah dan Sarawak RM28.90) dan boleh didapati melalui wakil Avon atau Butik Kecantikan Avon seluruh negara.

Antara warna yang ditawarkan adalah pink berry, pink quartz, rose garnet, plum craze, rumberry, apricot glow, crystal coral, cranberry, brick red dan rosy brown. Pada acara sama, perunding kecantikan Avon, Zulfazli Suhadi, membuat demontrasi cara mengenakan gincu yang betul supaya bibir kelihatan sempurna. Wangian harum hebatkan penampilan WANGIAN antara kelengkapan dandanan diri yang sama sekali tidak boleh diabaikan. Malah wangian juga adalah teman akrab hampir kebanyakan individu kerana tanpa semburan haruman, mungkin ada yang berasa tidak lengkap penampilan mereka pada hari berkenaan. Pada acara sama, haruman terkini Avon, Ungaro Fever for Her yang diperkenalkan duta wangian Avon, Nor Fazura Sharifuddin, menyuntik kelainan apabila ia diperkenalkan pada petang itu.

Page 19: Bahasa Melayu Isu Semasa

Haruman didatangkan dalam botol berbayang tubuh wanita yang anggun dengan lekukan serta lipatan mengimbau lapisan dress couture lambang ikonik negara. INFO: Langkah cantik - Panduan mengenakan gincu Lakar garisan menggunakan pensil bibir pada sekeliling bibir. Lakukan sapuan penuh menggunakan pengilat bibir untuk meratakan lakaran warna terang pada birai bibir. Zulfazli membuat kemasan supaya bibir kelihatan menawan dan cantik. Gincu yang disapu sempurna pada bibir menjadikan anda juga tampil sempurna. INFO: Ungaro Fever for Her Ungaro Fever for Her sesuai untuk wanita yang berani tampil yakin. Bersifat sofistikated, menggoda, sensual dan moden. Mengandungi adunan kabut kayuan hangat dan bunga-bungaan ultra feminin. Raspberry, mawar mekar dan patchouli adalah antara bahan yang digunakan untuk haruman