32
INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI ASIA INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI ASIA (KEBAIKAN DAN KEBURUKAN) (KEBAIKAN DAN KEBURUKAN)

Bab 3 Interaksi antara tamadun di asia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI ASIA INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI ASIA (KEBAIKAN DAN KEBURUKAN) (KEBAIKAN DAN KEBURUKAN)

Page 2: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

MAKSUD INTERAKSIMAKSUD INTERAKSIMenurut Kamus Dewan edisi

ketiga, interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain.

Interaksi juga bermaksud tindak balas antara dua atau beberapa pihak.

Page 3: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Positif Negatif

Page 4: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Kesan Positif Kesan Positif : : (Tamadun (Tamadun

Islam,Yahudi,Kristian) Islam,Yahudi,Kristian) Beberapa kesan positif telah dikesan semasa

zaman kemunculan Islam di Tanah ArabDalam Perlembagaan Madinah (Sahifah

Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad saw,di Madinah hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut-penganut agama lain telah diberi perlindungan.

Di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli intelektual daripada kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian.

Page 5: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Kesan Positif Kesan Positif : : (India, Cina)(India, Cina)Agama Buddha disebarkan ke Negara

China melalui interaksi ini. Astronomi India turut diperkembangkan di

Negara China oleh ahli-ahli astronomi India

Terdapat kemahiran teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China.

Antaranya ialah teknologi pembuatan kertas, bahan letupan, percetakan, penggunaan kompas dan lain-lain.

Selain itu, usaha-usaha penterjemahan buku-buku koleksi astronomi India telah diterjemahkan ke dalam bahasa China.

Page 6: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Kesan Positif Kesan Positif : : (Islam, China)(Islam, China)

Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini

Interaksi ini menyebabkan perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan.

Hasil daripada interaksi ini wujud penyebaran agama Islam di negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan Cina

Mempelajari mengenai kompas,teknologi percetakan, teknologi bahan letupan dan pembuatan kertas.

Turut berlaku dalam teknologi logam dan pembuatan tembikar

Tamadun China pula mendapat pelbagai ilmu pengetahuan baru seperti perubatan, astronomi dan farmasi

Page 7: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Kesan Positif Kesan Positif : : (Islam, Melayu)(Islam, Melayu)

Hubungan antara tamadun Islam dengan tamadun Melayu telah meninggalkan kesan yang amat ketara melalui perdagangan.

Kesan positif yang penting ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban dan Mataram.

Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu.

Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu.

Pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian,material seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Page 8: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Kesan Positif Kesan Positif : : (China, Melayu)(China, Melayu)

Melahirkan kesan positif dalam kemahiran dan teknologi serta kebendaan.

Tamadun China membawa teknologi membuat gula daripada tebu ke Kepulauan Melayu, perusahaan sutera, pembuatan tembikar serta pertukangan logam.

Interaksi antara tamadun China dengan tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan.

Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, imigrasi dan hubungan diplomatik.

Contohnya kemuncak hubungan diplomatik Negara China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka.

Page 9: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Kesan Positif Kesan Positif : : (China, Jepun)(China, Jepun)

Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan tulisan.

Agama Buddha dari Negara China telah dikembangkan dalam Tamadun Jepun.

Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan dengan agama asal orang Jepun, iaitu agama Shinto

Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman

kemuncak semasa zaman Nara dan Heian.

Page 10: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Di samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang dibawa oleh Tamadun China ke Jepun

Tulisan Cina telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun

Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam tamadun Jepun.

Ajaran Konfusianisme yang memberi penekanan kepada institusi keluarga telah memantapkan lagi institusi kekeluargaan Jepun.

Interaksi antara tamadun China dengan Jepun telah berlaku secara aman dan penerapan tamadun China dalam Tamadun Jepun telah memperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.

Page 11: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Kesan Negatif : Kesan Negatif : (Yahudi, Kristian, Islam)(Yahudi, Kristian, Islam)

Di Eropah misalnya hubungan antara orang-orang Kristian dengan Yahudi telah mengalami kemerosotan sejak awal.

Kesan konflik tersebut maka berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9 dan ke-18 Masihi.

Perkara ini berlaku akibat daripada faktor-faktor perbezaan agama, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial.

Islam dengan Kristian bertembung dalam zaman pertengahan di Eropah.

Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak melancarkan beberapa siri ke atas orang-orang Islam yang dikenali sebagai peperangan Perang Salib

Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam dan Yahudi.

Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik

Page 12: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Kesan Negatif : Kesan Negatif : ((India, Islam)India, Islam)

Terdapat peristiwa-peristiwa yang mana orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu

Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut-penganut agama Hindu dan kuil Hindu yang dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam

Raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan beberapa upacara keagamaan Hindu.

Aurangzeb merupakan raja Moghul yang bertindak keras terhadap penganut-penganut Hindu.

Baginda telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang baru, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan sebagainya.

Page 13: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Kesan Negatif : Kesan Negatif : (India, China)(India, China)

Tamadun India dengan tamadun China juga berlaku konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat Cina pada zaman pemerintahan Dinasti Han Timur

Kemasukan agama tersebut telah mendapat tentangan cendekiawan Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han.

Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama tersebut

Page 14: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Kesan Negatif :Kesan Negatif :((Islam, China)Islam, China)

Berlaku interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun China pada tahun 751 masihi.

Tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih

Pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiyah mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di Negara Chin

Permusuhan antara orang Islam dengan orang China juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan.

Pada abad ke-8 Masihi penduduk Han di tenggara negara China telah bermusuh dengan orang Islam kerana iri hati dengan kemewahan yang dinikmati oleh orang Islam dalam aktiviti perdagangan.

Pada 876 masihi berlaku pemberontakan di Canton menyebabkan lebih kurang 120,000 terbunuh

Page 15: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

FAKTOR YANG FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ANTARA MEMPENGARUHI ANTARA

TAMADUNTAMADUNToleransi kepimpinan Nilai Pemikiran Keinsanan Geografi Institusi

Page 16: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Interaksi Tamadun China Interaksi Tamadun China dan India dan India

Tamadun ini telah berinteraksi kira-kira pada abad ke-2 sebelum masihi

Penyebaran Agama Buddha ke China pada masa pemerintahan Dinasti Han (zaman Han Timur) merupakan kemuncak kepada interaksi antara tamadun China dan India.

Oleh kerana Buddhisme lahir dalam suasana budaya India, maka China juga telah berkongsi banyak persamaan dengan budaya masyarakat India.

Selain itu, berlakunya persamaan dalam aspek kesusasteraan, kesenian, muzik dan sebagainya.

Pada peringkat awal penyebaran Buddha di China,berlaku penentangan antara budaya dalam ajaran Buddha dari sudut kekeluargaan, politik,etika serta moral orang-orang China yang telah pun meresap dalam falsafah-falsafah warga tempatan China terutama falsafah Konfusianisme.

Page 17: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Agama Buddha kemudiannya telah mengalami proses penyesuaian dengan tradisi budaya China tetapi prinsip-prinsip asas ajaran Buddha tidak terjejas.

Kesan interaksi positif antara tamadun China dengan India ialah beberapa alat muzik dan struktur muzik India diasimilasikan dalam tamadun China.

Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular di istana dan di kalangan bangsawan China.

Semasa Dinasti Tang ( 618-907), teknologi membuat gula dari tebu diperkembangkan pada zaman Tamadun China.

Manakala kesan positif interaksi tamadun yang diterima oleh India pula terdapat ciptaan-ciptaan sains dan teknologi orang China yang telah berkembang di dalam masyarakat India.

China juga mendapatkan khidmat ahli-ahli cendekiawan India dalam bidang astronomi seperti Gautama yang telah diambil berkhidmat dalam kerajaan Dinasti Tang.

Page 18: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Beliau bertanggungjawab memperkenalkan sistem kalendar China yang lebih tepat daripada tahun 727 masihi

Perkembangan dalam bidang kesusasteraan juga turut menerima kesan interaksi antara tamadun China dan India.

Kewujudan pelbagai jenis puisi, cerita dongeng, kisah-kisah teladan,kias yang berkaitan dengan Buddha telah mempengaruhi tulisan sastera China.

Selain itu, percampuran dan penyerapan bahasa Sanskrit dan Pali ke dalam bahasa China turut berlaku.

Contoh yang paling ketara ialah kemunculan pengajian fonetik di zaman Dinasti Sui adalah kesan perhubungan tamadun China dan India.

Selepas abad ke-10 masihi, perkembangan ini agak merosot dan lebih bersifat hubungan diplomatik dan perdagangan.

Page 19: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Interaksi Tamadun Islam Interaksi Tamadun Islam dan Chinadan China

Berlaku pada awal abad ke-3 masihi dan telah adanya utusan dari Parsi dihantar ke istana kerajaan Wei.

Orang-orang Arab menggunakan dua laluan penting untuk ke China iaitu :

Laluan Sutera iaitu jalan darat yang merentasi Khurasan,Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking

Jalan laut yang digunakan pada abad ke-5 masihi merentasi laut Arab ke Benua Kecil India dan Kepulauan Melayu hingga ke Canton di tenggara China.

Terdapat catatan yang menyatakan bahawa pada abad ke-5 masihi kapal-kapal China telah sampai ke Teluk Parsi

Page 20: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Pada pertengahan abad ke-7 masihi,ramai pedagang Arab telah menetap di daerah tenggara China seperti Kwang Cho (Canton),Chang Chow dan Chuan Cow.

Hubungan perdagangan antara Arab dan China menjadi semakin rancak pada abad ke-8 dan mereka telah mendirikan masjid-masjid di kawasan Guangzhou dan Guanzhou.

Selepas beberapa abad kemudian,munculnya beberapa tokoh Muslim tempatan seperti Wang Daiyu (1550-1658), Ma Zhu (1640-1711),Liu Zhi (1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874).

Penglibatan tokoh–tokoh ini turut mempengaruhi hasil penulisan dan usaha penterjemahan selepas mereka.

Buku pertama yang dihasilkan oleh penulis China Muslim ialah Zhengjiao Zhengquan yang telah diterbitkan pada tahun 1642.

Page 21: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Penulis China banyak menggunakan konsep-konsep yang sedia ada dalam ajaran Konfusianisme bagi memperkenalkan Islam kepada masyarakat tempatan.

Terdapat persamaan elemen ajaran Konfusianisme dengan ajaran Islam seperti xiao (penghormatan kepada ibu bapa),zhong (kesetiaan),shu (altruisme) yang telah banyak membantu penulis-penulis China muslim memperkenalkan ajaran Islam kepada mayarakat China.

Pada zaman Dinasti Tang (618-907),seorang sarjana China Muslim yang berasal dari Parsi iaitu Li Xun telah menyusun sebuah buku bertajuk Materia Medica : Seberang Laut sebanyak 6 jilid.

Buku ini telah membincangkan mengenai 124 jenis ubat di Arab.

Sementara itu seorang ahli astronomi Parsi iaitu Jamaluddin telah memberi sumbangan penting penciptaan kalendar baru untuk Kublai Khan pada tahun 1267 masihi

Abjad Arab telah mula digunakan dalam Tamadun China ketika pemerintahan Dinasti Yuan.

Kesan interaksi tamadun China,Tamadun Islam turut juga menyumbang dalam aspek senibina.

Masjid-masjid yang bersenibina Arab banyak dibina di Xinjiang (Sinkiang ).

Page 22: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Interaksi Antara Tamadun Interaksi Antara Tamadun China dan JepunChina dan Jepun

Interaksi antara tamadun China dan Jepun berlaku melalui perantaraan semenanjung Korea semasa zaman Raja Packhe yang memerintah Korea.

Korea telah menerima pengaruh China sejak abad ke-2 masihi lagi.

Raja Packhe telah meminta bantuan Jepun bagi mengatasi tentangan puak utara pada kurun ke-2 masihi.

Penglibatan ramai tentera Jepun di Korea pada ketika itu telah menyebabkan unsur-unsur tamadun China yang terdapat dalam budaya Korea telah meresapi budaya Jepun.

Kesan langsung tamadun China dapat dikesan dalam penggunaan tulisan.

Sistem tulisan China telah memperkembangkan tradisi tulisan di Jepun.

Tulisan China telah digunakan sebagai perantaraan komunikasi sosial dan penciptaan kesenian dalam masyarakat Jepun yang telah membawa kepada perkembangan intelektual.

Tulisan ini digunakan untuk menyimpan rekod-rekod mengenai mitos-mitos agama Shinto dan rekod-rekod pentadbiran Jepun.

Kompilasi Kojiki (rekod purba Jepun) telah menunjukkan gabungan antara tulisan China dan tulisan Jepun.

Page 23: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Kompilasi puisi yang terkenal iaitu Man’yoshu pada tahun 760 masihi turut memperlihatkan penggunaan gabungan perbendaharaan kata pinjaman China ke dalam perbendaharaan kata Jepun.

Kesan interaksi ini dapat juga dilihat dalam aspek binaan. Contohnya dalam Bandar Nara telah dibina mengikut corak dan plan pembinaan Bandar Chang’an iaitu bandar pemerintahan dalam Dinasti Sui.

Ajaran-ajaran Konfusianisme yang dibawa masuk ke Jepun turut menerima kesan serta perubahan.

Konsep “ mandat dari syurga “ yang telah digunakan dalam memperkukuhkan institusi raja.

Agama Buddha juga telah melalui satu proses asimilasi dengan agama asal orang-orang Jepun iaitu Shinto.

Pada tahap ini Shinto telah mengiktiraf kewujudan dua dewa iaitu dewa-dewa luar dan dewa tempatan.

Ajaran Buddha yang mementingkan ajaran dan konsep kasih-sayang,moral dan kerohanian telah memberi satu sumbangan penting kepada orang-orang Jepun.

Pada abad ke-10 masihi ajaran Buddha yang berkembang ialah yang mementingkan Amida atau Amitabha sebagai lambang penyembahan penting.

Page 24: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Interaksi Antara Tamadun Interaksi Antara Tamadun India dengan Asia India dengan Asia

Tenggara Tenggara Secara teologi, interaksi ini telah memberi peluang

kepada perkembangan agama Hindu dan Buddha kepada masyarakat Asia Tenggara.

Agama Hindu telah diterima sebagai agama yang penting dalam kerajaan-kerajaan awal di AsiaTenggara seperti di Funan,Angkor,Majapahit,Kedah Tua dan lain-lain.

Mazhab agama Hindu yang banyak tersebar di Asia Tenggara ialah mazhab Saivisme, Vishnuisme dan Brahmanisme.

Agama Hindu turut mempengaruhi sistem pentadbiran dan politik Asia Tenggara dengan kewujudan konsep “devaraja”.

Konsep ini meletakkan kesucian seseorang raja setaraf dengan dewa.

Mazhab agama Buddha pula yang berkembang di Asia Tenggara ialah mazhab Mahayana dan Hinayana (agama Buddha Theravada).

Page 25: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Agama Buddha Mahayana adalah ajaran Buddha yang dipengaruhi oleh kepercayaan-kepercayaan kaum India.

Srivijaya pernah menjadi pusat pengajaran dan perkembangan ajaran Buddha Mahayana seperti yang dilaporkan oleh I-Tsing seorang mubaligh agama Buddha dari China yang pernah singgah di Srivijaya pada abad ke-7 masihi.

Sebahagian besar penduduk tanah besar Asia Tenggara iaitu di Thailand,Myanmar,Burma dan Laos menerima agama dari Mazhab Buddha Hinayana

Kemunculan tulisan Sanskrit dan Pali yang berkembang di Asia Tenggara adalah kesan interaksi tamadun ini.

Bahasa Sanskrit telah diterima menjadi bahasa penting di istana.

Kitab-kitab agama Hindu iaitu Mahabarata dan Ramayana menjadi sumber pengajaran awal di Asia Tenggara.

Page 26: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Aktiviti penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab ini telah dilakukan selapas wujudnya interaksi antara Asia Tenggara dengan tamadun Islam.

Perkara ini kerana kitab-kitab diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi.

Istilah-istilah sanskrit turut memperkayakan perbendaharaan kata masyarakat Asia Tenggara.

Kemunculan banyak alat-alat muzik dan pengaruh dalam kesenian dan tarian juga adalah kesan daripada interaksi ini.

Kedatangan dan hubungan masyarakat India dan penduduk Asia Tenggara secara amnya telah menyebabkan berlakunya perkahwinan campur secara meluas semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Makanan berasaskan roti dan kari juga dilihat sebagai kesan interaksi antara tamadun ini.

Selain itu, tamadun India juga mempengaruhi sistem perundangan Asia Tenggara. Contohnya kaedah dalam undang-undang Hindu yang digunakan dalam Undang-undang Melaka dan Perundangan Majapahit.

Page 27: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Interaksi Antara Tamadun Interaksi Antara Tamadun Islam dengan Asia Islam dengan Asia

Tenggara Tenggara Perkembangan Agama Islam telah memberi

sumbangan yang besar kepada perkembangan dan penerimaan tamadun Islam di kawasan Asia Tenggara.

Asia Tenggara telah lama dikenali oleh pedagang-pedagang Islam sejak abad pertama hijrah.

Sebahagian besar pedagang-pedagang Islam datangnya dari Yaman iaitu sebuah kerajaan Arab yang bergiat penting dalam perdagangan.

Snouck Hurgronje merupakan cendekiawan yang mengatakan bahawa Islam di Asia Tenggara datangnya dari India.

Pendapat beliau telah mendapat sokongan daripada beberapa tokoh seperti D.G.E Hall, R.O Winstedt,Vlekke, Mouqutte,B.Harrison dan Bousquet dan masing-masing mengaitkan penglibatan pedagang-pedagang Islam dari Gujerat.

Page 28: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Interaksi Antara Tamadun Interaksi Antara Tamadun Islam dengan EropahIslam dengan Eropah

Bermula sejak terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika Utara,Sepanyol dan Sicily.

Pendapat tokoh tamadun menyatakan Sepanyol dan Sicily adalah merupakan pintu masuk Islam ke benua Eropah dan dianggap jambatan kemasukan tamadun Islam ke dalam tamadun Eropah.

Proses interaksi ini berlaku dalam dua cara iaitu cara aman dan peperangan.

Proses cara aman berlaku melalui perdagangan. Perang Salib yang berlaku dalam tempoh yang panjang

antara orang Eropah dengan Islam merupakan interaksi konflik.

Terdapat beberapa faktor berlakunya perang Salib ini.Antaranya ialah:

Penindasan yang dilakukan oleh pemerintah Kristian kepada penganut Islam

Ketidakseimbangan ekonomi Peranan paderi Kristian yang menyeru orang-orang

Kristian untuk berperang dengan orang-orang Islam

Page 29: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Perkembangan dan usaha penterjemahan buku-buku adalah kesan interaksi positif yang berlaku.

Penterjemahan buku falsafah Greek telah menghubungkan orang-orang Eropah dengan tamadun Greek (Yunani).

Hal ini kerana penterjemahan buku telah dilakukan dengan pesat semasa pemerintahan Bani Abbasiyah.

Hasil penulisan orang-orang Greek meliputi bidang-bidang sains, sejarah, matematik, falsafah telah dikembangkan oleh cendekiawan Islam.

Proses interaksi antara Islam dan Eropah berlaku secara aman pada awalnya,diikuti konflik apabila tercetusnya perang salib yang berlaku selama 200 tahun (antara abad ke-12 masihi hingga 14 masihi).

Sebelum perang salib,Eropah berada dalam zaman gelap (abad ke-4 hingga ke-14 masihi)

Pada ketika itu, orang Islam telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu pada pertangahan kurun ke-7.

Page 30: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

Kemuncak perkembangan tamadun Islam berlaku pada abad ke-10 hingga ke-12 masihi.

Sepanyol menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan Islam di Eropah.

Universiti-universiti Sepanyol di Cordova, Seville, Malaga dan Granada telah menjadi pusat pengajian terpenting kepada pelajar Kristian.

Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, matematik, astronomi dan seni muzik yang berkembang pesat di Sepanyol telah mempengaruhi pemikiran orang-orang Eropah.

Orang-orang Islam Sepanyol telah menyumbang karya-karya penting dalam bidang seni muzik.

Pada abad ke-12,karya-karya mereka telah diterjemahkan dalam bahasa latin dan memberi peluang kepada masyarakat Eropah mempelajari seni ini.

Page 31: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

KESIMPULANKESIMPULAN Interaksi antara tamadun di Asia menunjukkan bagaimana orang-

orang terdahulu menjalinkan hubungan diplomatik sehingga tercetusnya revolusi pembangunan dan peradaban sesuatu tamadun.

Beberapa faktor positif telah dikenalpasti hasil pertembungan antara tamadun. Antaranya ialah :

Sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi dan memerintah negara dengan penuh keadilan dan kesaksamaan

Sikap golongan beragama seperti sami dan paderi yang sentiasa cuba mewujudkan suasana harmoni, memberi tafsiran yang sejagat dan cenderung kepada semangat keinsanan.

Selain itu, tamadun sesebuah masyarakat bersifat keterbukaan. Elemen-elemen atau ciri-ciri tamadun luar yang diterima oleh

sesuatu tamadun akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian. Sementara kesan negatif pula seringkali mewujudkan konflik antara masyarakat yang memilki tamadun yang berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti teologi, ekonomi, sosial dan politik.

Kesimpulannya,bagi tamadun yang lebih lama terbina akan mempengaruhi tamadun yang baru dan lebih bersifat receptive (penerima).

Hasilnya sesuatu tamadun dapat mengasimiliasikan pengaruh luar seterusnya akan semakin berkembang dan melahirkan pelbagai perubahan-perubahan penting.

Page 32: Bab 3   Interaksi  antara tamadun di asia

RUJUKANRUJUKAN Internet : http://kejuruteraanbangunan.blogspot.com/2010/05/bab-6-

interaksi-antara-tamadun-dan.html http://www.perlis.uitm.edu.my/citu/images/stories/gallery/

citu/web/mal-india.pdf http://tamanilmu.com/downloads/

RB_Pengajian_Tamandun_Islam_2.pdf Buku : Penerbit Universiti Malaya,Tamadun Islam dan Tamadun Asia,

Kuala Lumpur,Universiti Malaya, 2001. Mahayudin Hj. Yahaya, Tamadun Islam,Penerbit Fajar Bakti

Sdn. Bhd.,Shah Alam,Selangor Darul Ehsan, 2001. Azhar Hj. Mad. Aros,Tamadun Islam dan Tamadun Asia

(TITAS),Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,Shah Alam,Selangor Darul Ehsan, 2004.

Sazelin Arif,Ahmad Ridzwan Mohd Noor,Nooraini Sulaiman,Mahadi Abu Hassan,Ali Hafizar Mohamad Rawi, Tamadun Islam dan Tamadun Asia,McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd., Shah Alam,Selangor Darul Ehsan,2007