24

Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Anda boleh mendapatkan salinan digital e-novel Andai Ku Bercinta Lagi daripada http://ashikinangel.blogspot.com/2013/09/promosi-separuh-harga-e-novel.html

Citation preview

Page 1: Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan
Page 2: Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

CINTA 6

Kedatangan tahun 2003 ini telah membuatkan perjalanan hidup Dania semakin

menarik dan mencabar. Pada tahun ini, Dania berada di tingkatan 3 dan perlu bersiap sedia

untuk menduduki peperiksaan yang agak besar dalam hidupnya iaitu Penilaian Menengah

Rendah (PMR). Bermula pada bulan Januari lagi, pelbagai program akademik dan jati diri

telah dirancang untuk pelajar tingkatan 3. Program Kem Patriotik sedang menanti Dania.

Semua pelajar tingkatan 3 perlu berkumpul di Dewan Besar bagi mendengar taklimat

yang akan disampaikan oleh guru penyelaras PMR berkaitan Kem Patriotik. Pembahagian

kumpulan juga akan dilakukan pada masa yang sama. Dania benar-benar berharap akan

mendapat ahli kumpulan yang sememangnya satu kepala dengan dirinya. Pasti segalanya

akan berjalan dengan baik dan mengembirakan.

Dania hanya duduk dan memerhatikan sahaja kawasan dewan yang sesak dengan

pelajar itu. Sudahlah sesak, panas pula. Tangan kanan Dania digerakkan seperti kipas.

Ditambah lagi dengan keadaan yang berpeluh ini, kalau ikutkan hati lebih baik Dania duduk

di dalam kelas sahaja. Sebelum taklimat dimulakan, semua pelajar akan dibahagikan

mengikut senarai nama yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan akan mempunyai ahli yang

terdiri dari kelas 3 Amanah, 3 Bestari, 3 Cekal, 3 Dedikasi, 3 Efisyen, 3 Futuristik dan 3

Harmoni.

Arahan telah dikeluarkan oleh Cikgu Mat Isa yang cukup terkenal dengan

kesungguhannya dalam melaksanakan sesuatu perkara. Cikgu yang bertubuh agak besar itu

merupakan seorang guru yang cukup istimewa. Walaupun dia mengajar mata pelajaran

pendidikan seni, tetapi beliau juga mempunyai kemahiran psikologi. Di dalam dewan tersebut

Page 3: Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu pada bahagian hadapan adalah untuk pelajar yang

telah mempunyai kumpulan dan untuk bahagian belakang adalah untuk pelajar yang belum

dibahagikan kumpulan.

Dania hanya menanti dengan penuh sabar kerana dia merasakan namanya akan

dipanggil paling lewat. Pada saat yang terluang itu, Dania hanya berdiri di suatu sudut dewan

sambil menghabiskan masanya dengan memerhati rakan-rakan lain yang masih belum

disebutkan nama.

Akhirnya, pandangan Dania terhenti pada seraut wajah yang pernah meninggalkan

luka yang dalam dihatinya. Adam, lelaki yang satu itu masih belum mempunyai kumpulan.

Sedangkan pada saat itu bilangan pelajar yang masih belum mempunyai kumpulan telah

tinggal sedikit sahaja. Tiba-tiba wujud satu perasaan yang resah dalam diri Dania. Saat itu,

Dania hanya mampu berdoa.

“Ya Allah, tolonglah aku. Janganlah kau satukan aku dan Adam dalam kumpulan

yang sama. Sesungguhnya dia telah melukakan hati aku" doa hati Dania perlahan.

"Mohd Adam Zachary Dato’ Shukri"

"Nur Dania Insyirah Mohd Affendy"

Betapa saat itu lutut Dania bagaikan begitu lemah dan seakan tak mampu untuk

berdiri. Dalam doa yang masih bersisa itu. Akhirnya, telah tertulis dalam suratan takdir

bahawa Dania dan Adam berada dalam kumpulan yang sama. Bagaikan tersungkur di

hadapan takdirnya sendiri, Dania mengambil tempat untuk berbaris di belakang Adam. Saat

itu bagaikan wujudnya satu ruang sepi di antara mereka berdua.

"Kumpulan 6,7 dan 8 akan naik bas nombor 5" lantang suara Cikgu Zul memberikan

arahan. Pemilik suara tersebut hanya memiliki tubuh yang tinggi lampai dan kurus tetapi

tetap bersemangat waja. Perjalanan yang memakan masa selama hampir satu jam setengah itu

Page 4: Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

membuatkan Dania agak keletihan. Namun, pemandangan sawah bendang yang luas

terbentang itu masih menjadi teman yang setia di sepanjang perjalanan.

Setelah sampai ke destinasi, semua pelajar diarahkan turun dari bas. Dalam fikiran

Dania berpendapat bahawa kawasan yang tanah lapang yang berhampiran bukit tinggi itu

merupakan tapak perkhemahan mereka. Tetapi rupanya jangkaan Dania meleset kerana tapak

perkhemahan mereka terletak di kawasan lain.

Beg-beg milik semua pelajar telah diletakkan di dalam trak untuk diangkut ke

kawasan tapak perkhemahan. Di kawasan berbukit yang tandus dan bertanah gersang itu,

semua pelajar perlu berbaris mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Tidak dapat Dania

bayangkan bagaimana agaknya hidup dirinya untuk tiga hari itu sepanjang berada di bawah

pengawasan tentera.

Tiba-tiba di tepi Dania,meluncur laju sebuah kenderaan pacuan empat roda yang

dipandu oleh tentera. Kenderaan tersebut betul-betul berhenti di hadapan Dania dan seorang

lelaki keluar dalam keadaan yang lengkap berpakaian tentera. Mengikut perkiraan Dania, usia

lelaki tersebut dalam usia 35 tahun dan keatas. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Kapten

Salmi. Orang memiliki susuk tubuh yang tegap dan sasa. Pastinya pada zaman mudanya

dahulu dia memiliki rupa paras yang kacak dan menjadi rebutan gadis-gadis pinggitan. Geli

hati Dania saat membayangkan keadaan tersebut.

Program pertama akan bermula di kawasan tanah lapang tersebut. Kumpulan Dania

akan dibimbing oleh Staff Mohammadiah dan Staff Rosli. Sebelum berlansungnya program

abseiling, setiap kumpulan diberikan sehelai kain putih dan tiga marker pen yang berlainan

warna. Kain putih tersebut perlu dijadikan sebagai bendera kumpulan dengan melukiskan

haiwan yang mewakili kumpulan tersebut. Bendera yang bagi setiap kumpulan juga perlu

dijaga dengan baik sepanjang Program Kem Patriotik berlansung. Kumpulan Dania telah

memilih Jaguar sebagai simbol kekuatan kumpulan mereka.

"Siapa yang sanggup nak jaga bendera ini sepanjang kem? Kalau boleh saya nak

lelaki yang ambil tanggungjawb ini" soal salah seorang staff yang menjaga kumpulan Dania.

Apabila Staff Mohammadiah bertanyakan soalan tersebut semua ahli kumpulan tersebut

Page 5: Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

hanya mendiamkan diri, termasuk Dania. Bagi Dania, untuk menjaga bendera tersebut

pastinya memerlukan seorang yang benar-benar layak dan bertanggungjawab.

"Saya sanggup mengambil tanggungjawab ini" balas satu suara yang tiba-tiba sahaja

memecahkan kesunyian di antara mereka. Dania memandang kepada arah pemilik suara

yang sedang tenang duduk bersandar pada sebatang pokok.. Kemudian pemilik jasad tersebut

berdiri dengan yakinnya. Sungguh tidak Dania menyangka bahawa Adam telah menawarkan

dirinya untuk memikul tanggungjawab tersebut. Adam benar-benar memiliki satu daya

tarikan yang kuat pada Dania.

CINTA 7

Dengan kerjasama daripada pihak tentera dan bomba, program abseiling dijalankan

dengan jayanya. Dania begitu teruja kerana pertama kali terlibat dengan aktiviti abseiling

yang turun dari kawasan tinggi dengan menggunakan tali. Walaupun Dania mempunyai

acrophobia iaitu penyakit fobia terhadap tempat tinggi. Namun, apabila difikirkan kembali

sampai bila agaknya dia perlu duduk dibawah hanya disebabkan ketakutan dirinya sendiri

Page 6: Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

kerana mungkin ada sesuatu yang lebih menarik yang dapat dilihat dari tempat yang lebih

tinggi.

Pada mulanya hanya pelajar lelaki yang mengambil bahagian. Tercabar juga

kewibawaan Dania pada saat itu, kerana tiada lansung pelajar perempuan yang mengambil

bahagian. Dania sangat pantang apabila terasa dirinya dicabar. Akhirnya, Dania mengambil

keputusan yang dia seharusnya mengatasi ketakutan dalam diri sendiri. Dania telah bersiap

sedia menunggu giliran yang seterusnya.

"Woi! Aku yang pegang benda ini dulu la" tingkah Dania kepada Faris yang

memegang kejap safety belt tersebut.

Namun, kelihatan Faris seperti tidak mahu melepaskan tangannya. Entah dari mana

datangnya kekuatan dalam diri Dania, terus sahaja dia merentap tali pinggang tersebut

daripada tangan Faris dan berjalan menuju ke puncak bukit tersebut. Faris hanya memandang

sinis pada Dania.

Setelah siap memakai safety belt dengan sempurna, Dania memandang kebawah bukit

tersebut. "Hish…." Kecut perut dibuatnya. Dania merasakan macam hendak terburai semua

isi perut .Tangan Dania pun dah jadi lemah longlai dan sejuk macam mayat hidup.

"Safety man…On!" bergetar suara laungan Dania kepada pegawai bomba yang berada

di bawah sambil menunjukkan ibu jarinya keatas

.

Aliran adrenaline semakin laju. Dania cuba melawan ketakutan. Dengan perlahan-

lahan Dania meloncat ke bawah. Pada mulanya, agak kurang lancar tetapi setelah beberapa

ketika segalanya berada dalam kawalan. Lebih kurang dalam enam kali loncatan, Dania telah

sampai ke daratan. Dia sedar dalam diam Adam memerhatikan dirinya dari kejauhan. Setelah

agak penat dan panas menanti di situ Dania mula bergerak menuju ke bawah pokok getah

untuk berteduh sambil memerhatikan rakan-rakan yang lain.

Kemudian Dania mengambil tempat di belakang Adam. Adam hanya diam membisu

di situ. Dia bagaikan bukan Adam yang Dania kenali dulu atau mungkin kerana Dania sendiri

yang telah mengelakkan diri dari Adam.

Page 7: Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

Setelah selesai program abseiling pada pukul 5.30 petang, semua pelajar perlu

berjalan kaki sejauh 4 km untuk sampai ke tapak perkhemahan yang terletak di Bukit Wang.

Tapak perkhemahan tersebut benar-benar terletak di hujung kawasan taman rekreasi Bukit

Wang. Apabila tiba di kawasan tapak perkhemahan, matahari telah beransur-ansur tenggelam

di ufuk barat. Semua pelajar berkejar-kejar untuk bersiap sedia bagi menunaikan solat asar

dan menunggu aktiviti seterusnya.

Waktu mandi merupakan saat yang paling menimbulkan masalah. Bagi pelajar lelaki

pastilah segalanya akan berjalan lancar. Tetapi lain pula ceritanya bagi pelajar perempuan.

Tambahan pula, tempat mandi yang disediakan untuk pelajar perempuan terletak betul-betul

di tepi sungai. Apa yang membezakan ialah bagi pelajar lelaki disediakan kawasan mandi

yang terbuka. Manakala untuk pelajar perempuan ialah kawasan separuh tertutup di bahagian

yang bertakung. Bagi Dania, semua itu hanya masalah kecil sahaja kerana dia selalu mandi

sambil mengenakan pakaian lengkap setiap kali melakukan aktiviti luar.

Setelah selesai, mereka perlu berkumpul di kawasan tanah lapang yang dipenuhi

dengan batu kerikil. Akibat kepenatan daripada aktiviti abseiling yang agak extreme

ditambahkan lagi dengan jarak perjalanan yang agak jauh dari tempat aktiviti ke tapak

perkhemahan menyebabkan ramai pelajar yang terlewat untuk berkumpul.

Oleh kerana kelewatan yang berlaku, menyebabkan Dania serta kawan-kawannya

yang lain terpaksa menyilangkan tangan di belakang leher seperti pendatang haram tanpa izin

yang ditahan ketika operasi serbuan secara besar-besaran. Hendak atau tidak terpaksalah

Dania berjalan seperti itik yang kena tahan. Tetapi seronok juga keadaan sebegitu, rasanya

mungkin dia tidak akan mengalami lagi keadaan sebegitu bersama-sama teman-teman yang

lain.

Selesai makan malam, semua pelajar menunaikan solat Maghrib secara berjemaah

yang diimamkan oleh Muhammad Alif di bawah langit malam yang dipenuhi oleh bintang-

bintang di langit utara. Tempoh di antara solat Magrib dan Isyak telah diisi dengan pengisian

tazkirah daripada Tuan Haji Nazir yang memegang jawatan sebagai Penolong Pengetua Hal

Page 8: Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

Ehwal Pelajar di MRSM Pendang. Selepas solat Isyak pula, Kapten Salmi yang bertindak

selaku kem komander telah menyampaikan taklimat untuk program kedua yang akan

berlansung pada malam itu.

Sewaktu taklimat aktiviti disampaikan, telah membuatkan Dania mula terasa seram

sejuk kerana segalanya disampaikan dalam keadaan separuh berbisik. Segala tindakan yang

mereka lakukan dan katakan bagai ada sesuatu yang sedang melihat dan mendengar. Bulu

roma Dania mula berdiri. Sejuk rasanya. Kapten Salmi juga turut memberikan kata laluan

yang perlu mereka ingati sepanjang program tersebut berjalan.

Setelah tamat taklimat yang disampaikan oleh Kapten Salmi, program Operasi

Burung Hantu pun bermula. Setiap kumpulan yang diketuai oleh pegawai-pegawai telah

bergerak ke lokasi yang ditetapkan. Sebelum bergerak ke kawasan yang hendak dituju Dania

telah bersiap sedia dengan semua alatan wajib yang diperlukan seperti pisau, lighter dan

surah Yassin.

Saat itu Dania lihat jam tangannya telah menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.

Staff Mohammadiah dan Staff Rosli telah membawa kumpulan Dania menuju ke kawasan

kaki bukit yang agak menyeramkan kerana dilitupi kawasan hutan yang tebal. Setelah

berjalan selama setengah jam dan tiba di suatu kawasan, mereka telah diarahkan untuk

menutup mata dan hanya mendengar segala arahan yang diberikan.

Mereka dibawa berjalan dalam satu barisan lurus. Dania menjadi orang terakhir di

dalam barisan tersebut. Manakala, Adam pula menjadi orang pertama kerana bertindak

sebagai ketua dan memegang bendara kumpulan yang perlu dipertahankan. Dalam beberapa

minit kemudian, seorang demi seorang daripada mereka dipisahkan dan diletakkan di tempat

yang berlainan dalam jarak yang tertentu.

"Semua boleh buka mata" satu arahan telah diberikan.

Setelah membuka mata, Dania hanya melihat pemandangan gelap yang ditemani oleh

cahaya bulan. Keadaan itu benar-benar membuatkan jantung Dania berdegup kencang selaju

Page 9: Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

kereta Ferrari. Tambahan pula, pada malam tersebut bulan purnama begitu terang dengan

struktur keadaan hutan primer itu telah menyebabkan cahaya bulan benar-benar menyuluh

tepat keatas wajah Dania. Entah berapa kali agaknya Dania mengulangi bacaan ayat Kursi

sambil menggenggam pisau kecil yang sentiasa dibawa ke mana sahaja.

Malam itu Dania telah bertekad, seandainya ditimpa bahaya saat itu, Dania akan

menggunakan pisau yang dibawa untuk mempertahankan dirinya walau dengan apa cara

sekalipun. Aura askar komander mula menguasai Dania. Bagi Dania, penting untuk dirinya

sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan yang mungkin berada di luar jangkaan.

Pokok di hadapan Dania tiba-tiba bergerak. Saat itu, Dania membayangkan pelbagai perkara

imaginasi di dalam otaknya termasuklah ada bayangan toyol yang duduk di celah pokok-

pokok tersebut..

Tetapi pada saat itu, Dania mula merasakan perasaan keseorangan. Perasaan itu

membuatkan Dania merasa sesak dan kesedihan. Ketika itu Dania terkenangkan segala dosa

yang telah dilakukan sepanjang hidupnya. Dia hanyalah insan yang lemah dan sentiasa lupa

serta lalai. Hampir menitis air mata Dania. Namun, Dania tetap bertahan kerana dia perlu

menjadi tabah dalam hidup ini. Tepat pada pukul 2.30 pagi Staff Mohammadiah dan Staff

Rosli telah mengumpul kembali semua ahli kumpulan. Sebelum mereka bergerak kembali ke

kawasan perkhemahan, seorang daripada ahli kumpulan tersebut tidak ditemui.

Diana....Hilang.

Hampir sepuluh minit kemudian barulah Diana ditemui, rupa-rupanya Diana begitu

nyenyak tidur berhampiran sungai tempat dia ditinggalkan. Hampir kelam-kabut semua orang

dibuatnya. Namun, pada saat itu Dania benar-benar bersyukur kepada Allah s.w.t. Malam

itu, semua pelajar mempunyai peristiwa masing-masing. Zaidi juga begitu ketakutan sehingga

dia telah membacakan Asma’ul Husna dengan kuat dan hampir didengari seluruh penghuni

rimba tersebut. Zaidi adalah antara manusia egoistik dan tinggi diri yang pernah dikenali

oleh Dania.

Page 10: Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

CINTA 8

"Bangun!!...Bangun!!"

Bunyi jeritan dari pembesar suara ditambah pula dengan jeritan askar-askar telah

mengejutkan Dania dari lena yang indah. Rasanya bagaikan baru sahaja Dania melelapkan

mata, maklumlah malam tadi Dania hanya tidur beralaskan plastik kanvas di atas lapisan

batu-batu kerikil yang dirasakan bersaiz sebesar penumbuk. Kawasan tempat tidur yang telah

digunakan itu meninggalkan acuan tersendiri akibat susunan batu kerikil yang mengalas tidur

Dania. Corak yang ditinggalkan kelihatan seperti lakaran gambar mangsa jenayah yang

dibunuh.

"Aduh!...Sakitnya badan aku. Lebam-lebamlah agaknya lepas ni. Ish, betul-betul la

askar-askar ni. Dengki betul tengok aku tidur nyenyak sikit. Tak sempat aku nak jumpa

dengan putera Gunung Tahan dalam mimpi tadi." Dania hanya bermonolog sendirian.

Selesai solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh Mohammad Alif, semua pelajar

perlu bersiap-siap untuk melakukan senaman aerobik. Selalunya senaman aerobik di kaca

televisyen akan diiringi oleh alunan muzik rancak. Istimewa senaman aerobik yang dilakukan

pada kali ini adalah diiringi oleh suara-suara sumbang peserta kem serta jeritan lantang

daripada staff-staff yang mengawasi.

Paling istimewa dalam sesi senaman ini ialah terdapat tambahan gerakan versi baru

yang dirasakan boleh dipraktikkan untuk mematahkan tulang rusuk pihak lawan dengan

penuh efisyen. Selain itu, mungkin juga boleh digunakan dalam solekan special effect yang

Page 11: Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

pastinya akan memberikan kesan semula jadi warna biru pada badan iaitu berguling-guling

secara berkala di atas lapisan batu-batu kerikil yang bersaiz sebesar penumbuk itu.

"Baiklah, aku nak kau orang berguling 20 kali kekiri dan 20 kali kekanan dalam

pusingan yang serentak dan seragam" ucap salah seorang pegawai.

"Ya Allah, belum sempat pun aku nak bernafas dah kena guling 20 kali lagi. Mahu

lebam teruk badan aku nanti. Agaknya beginilah namanya cara hidup seorang askar. Kalau

beginilah keadaannya mesti aku akan surrender awal-awal" ucap Dania dalam nafas yang

termengah-mengah.

"1,2,3,4,5,...! Dum!"

"Aduh!..."Kepala Dania begitu sakit bagai dihempas dengan batu dan terasa berpusing

dua-dua biji mata Dania.

"Siapalah agaknya manusia yang ada masalah mata ini? Sampaikan disepaknya

kepala aku yang bersaiz sekian punya besar ini. Apa dia ingat tapak kaki dia tu saiz macam

tapak kaki bayi ke" sungut Dania dalam hati.

"Opss, sorry. Saya tak sengajalah" ucap satu suara.

Dania perlahan-lahan memandang ke arah tuan empunya suara yang meminta

kemaafan daripadanya. Saat itu, melihat Adam berdiri di hadapan Dania sambil meminta

maaf dengan wajah yang kosong. Namun, disebabkan malas untuk mngambil pusing dengan

apa yang telah berlaku maka Dania hanya menganggukkan kepalanya dengan perlahan-lahan

sebagai tanda telah memaafkan insan tersebut.

"Dalam 30 minit, aku nak semua orang berada dalam kumpulan" arah Staff

Mohammadiah kepada semua peserta.

Page 12: Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

Selepas 30 minit, semua pelajar telah berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.

Staff Mohammadiah dan Staff Rosli kemudiannya membawa kumpulan Dania pergi mendaki

bukit. Sepanjang perjalanan itu, Dania sentiasa mengambil peranan untuk membantu peserta

perempuan dalam kumpulan tersebut. Pelbagai halangan yang terpaksa mereka tempuhi.

Tetapi di sebalik itu, Dania juga turut mempelajari pelbagai perkara dan pengalaman

baru yang mungkin tidak akan dipelajari dari buku-buku teks di sekolah. Dania begitu asyik

menikmati panorama pemandangan hutan hijau yang dihiasi dengan pelbagai spesies

tumbuhan dan hidupan liar yang unik.

Setelah melalui perjalanan yang mendatar di sepanjang laluan pendakian maka

bermulalah ujian pendakian yang mencabar ketahanan fizikal peserta kem. Mereka terpaksa

mendaki bukit yang curam dan menempuhi pelbagai halangan. Disebabkan perasaan

bertanggungjawab yang bersarang di dalam diri maka Dania cuba untuk menyumbangkan

bantuan dengan membantu teman-temannya yang memerlukan bantuan bagi mengharungi

curam yang merbahaya itu.

Selesai menghulurkan bantuan, barulah Dania menyedari bahawa dia telah

ketinggalan di belakang. Mungkin rakan-rakan Dania yang lain tidak menyedari bahawa

Dania telah tertinggal di belakang. Maka terpaksalah Dania berusaha sendirian untuk

mendaki cerun yang agak curam itu.

Ketika Dania sedang terkial-kial berusaha untuk mendaki curam tersebut dan pada

saat dia hampir berjaya. Tiba-tiba Dania mula kehilangan keseimbangan dan hampir

tergelincir jatuh ke dalam jurang. Namun, sebelum Dania sempat tergelincir jatuh ke dalam

jurang. Tiba-tiba tangan Dania telah dicapai oleh seseorang yang menariknya daripada jatuh

ke tepi jurang. Saat itu, Dania tercungap-cungap menarik nafas lega dengan debar yang masih

mengganas di dalam hati.

"Terima kasih sebab selamatkan saya" kata Dania.

"Awak tak apa-apa ke?" tanya insan yang menjadi penyelamat Dania.

Page 13: Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

Mendengar suara tersebut telah menyebabkan degupan jantung Dania seakan-akan

terhenti. Perlahan-lahan Dania memandang ke arah insan yang telah menyelamatkan

nyawanya. Peluh dingin memercik di wajah Adam yang kelihatan begitu risau dengan

keadaan Dania. Dania kehairanan. Bagaimana Adam boleh menyelamatkan dirinya,

sedangkan Adam sepatutnya telah berada di barisan hadapan kerana dia merupakan pembawa

bendera kumpulan. Dania benar-benar yakin bahawa hanya dia seorang sahaja yang tertinggal

di belakang.

Dalam keadaan yang masih terpinga-pinga itu. Tiba-tiba Adam menghulurkan

tangannya kepada Dania. Mungkin niatnya hanya sekadar ingin membantu Dania. Walaupun

Dania tahu Adam tak patut berbuat demikian kerana dia bukan muhrim kepada Dania.

Namun dengan keadaan Dania yang masih kurang berdaya dan terkejut membuatkan Dania

memerlukan seseorang untuk membantu dia kembali berdiri. Saat Adam mencapai tangan

tersebut, Dania dapat merasakan pegangan yang sangat kejap dari tangan Adam. Dania rasa

selamat.

CINTA 9

Tahun 2004 telah menjelang tiba. Pada tahun ini, bermulalah perjalanan hidup Dania

ke dunia tingkatan 4 dan bakal menghadapi SPM. Dunia menengah atas ini tidak banyak

bezanya dengan keadaan Dania sebelum ini ketika di menengah rendah. Namun, saat ini

boleh dikatakan bahawa dunia yang bakal dihadapi nanti merupakan zaman untuk Dania

Page 14: Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

menginjak ke alam dewasa. Tetapi permasalahan yang membelenggu fikiran Dania adalah

sama ada ingin terus kekal di MRSM Pendang atau pun bertukar ke MRSM Serting?

"Nia....Nia nak pilih belajar kat mana ni? Mama dan abah akan setuju dengan apa

sahaja pilihan Dania. Tapi kalau boleh biarlah dekat dengan rumah. Kalau ada apa-apa

masalah senanglah mama dengan abah nak datang" bicara Puan Norish yang sememangnya

lemah lembut. Itulah mama dan abah yang amat disayangi Dania. Mereka sentiasa akan

mengutamakan pendapat Dania sebelum membuat sebarang keputusan.

"Nantilah, Nia fikirkan dulu. Nia perlukan masa untuk berfikir. Esok atau lusa Nia

akan berikan jawapannya pada mama dan abah" ucap Dania dalam keadaan fikiran yang

kusut. Fikiran Dania yang sememangnya sedang berkecamuk telah menyebabkan segalanya

mula berbelah bagi. Dua pilihan yang berada di dalam tangan Dania memerlukan dia untuk

melakukan pertimbangan yang sewajarnya. Dua tempat yang berbeza, memberikan jalan

kehidupan yang juga berlainan untuk Dania.

MRSM Serting merupakan satu tempat yang baru bagi Dania. Tapi itulah permintaan

mama dan abah dan mungkin membuatkan Dania memerlukan masa untuk menyesuaikan

diri. MRSM Pendang pula telah hampir menjadi sebahagian daripada hidup Dania. Dia benar-

benar selesa berada di sana, pelbagai kenangan hidupnya tersimpan di sana.

Dania hanya mampu bermonolog sendirian bagi mencari jawapan yang pasti.

Berharap semoga Allah S.W.T akan membantu dirinya untuk memilih yang terbaik dalam

hidup. Segalanya mula berperang di dalam diri Dania sendiri. Malam itu, Dania lebih senang

bersendirian merenung bintang-bintang malam dari meja belajar yang terletak berhampiran

tingkap.

Tangannya mula membelek-belek simpanan buku-buku agama, doa-doa harian serta

solat-solat sunat yang tersusun rapi di rak buku kayu. Akhirnya, mata Dania terpaku pada

sesuatu yang cukup menarik perhatiannya. Tangan Dania mula berhenti menyelak pada satu

muka surat yang tertulis perkataan 'Solat Istikharah'. Mungkin istikharah ialah jawapan bagi

persoalan di fikiran Dania kini. Mungkin juga inilah jalan yang Allah s.w.t ingin tunjukkan

kepadanya.

Page 15: Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

Usai solat Isyak Dania hanya duduk berteleku sebentar di atas sejadah. Dia benar-

benar mengharapkan semoga doanya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t serta dapat memilih

yang terbaik. Dania memulakan solat Istikharah dalam keadaan yang begitu tenang dan sunyi.

Ketika setiap mata insan yang menghuni di dalam rumah kecil itu sedang nyenyak

diulit mimpi indah. Hanya sesekali bunyi unggas cuba mencelah di balik keheningan malam

yang dingin. Dalam doanya yang terakhir, Dania titipkan harapan semoga Allah s.w.t akan

membantu dirinya. Saat itu, Dania benar-benar terasa dirinya begitu kerdil sekali.

"Kembalilah kepada kekasih pertama" ucap suara di dalam mimpi. Kedengaran

seperti suatu gurauan tetapi tngkapan tersebut benar-benar memberikan kesan mendalam

kepada memori Dania semenjak bangkit dari tidur yang lena

Dania kembali lagi ke tanah jelapang padi yang luas saujana mata memandang itu

untuk meneruskan kembali perjuangan dalam kehidupan. Dalam tempoh sebulan lebih lagi

pendaftaran pelajar-pelajar baru bagi tingkatan 1 dan 4 akan bermula. Pelajar tingkatan 4

akan mendaftar lebih awal berbanding pelajar tingkatan 1. Pastinya bilangan mereka akan

melebihi pelajar senior kerana ramai di antara pelajar senior telah berpindah ke MRSM lain.

Tidak kurang juga ada telah tersingkir daripada sistem pendidikan MARA kerana tidak dapat

memenuhi syarat-syarat minima yang dikehendaki.

Pendaftaran pelajar-pelajar baru bagi pelajar tingkatan 1 dan 4 telah berlalu semenjak

2 minggu yang lepas. Bila sahaja bermula sesi pendaftaran yang baru, pasti pelbagai ragam

dapat dilihat. Bagi adik-adik di tingkatan 1 sememangnya cukup terkenal dan akrab sekali

dengan penyakit home-sick atau dengan nama lain ialah penyakit rindukan rumah. Biarpun

begitu, kedatangan mereka sebagai ahli baru di dalam komuniti tetap disambut baik.

Namun, keadaan yang berbeza dapat dilihat apabila kedatangan pelajar-pelajar

tingkatan 4 yang kurang disambut mesra. Barangkali memang beginilah keadaannya apabila

pelajar MARA mula bergabung dengan pelajar-pelajar daripada kementerian. Kelihatannya

umpama menerima saudara tiri yang ingin meragut kasih.

Page 16: Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

Jam telah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam, tapi entah kenapa mata Dania

masih juga tak mahu lena. Dania cuba berjalan-jalan dan mengambil angin malam di tepi

beranda tingkat empat hostel yang duduki. Dania merasakan dirinya sudah cukup garang dan

amat ditakuti oleh orang lain. Di rumah pun adik-adik Dania takut pada Dania. Tetapi entah

kenapa adik-adik tingkatan 1 yang mulanya takutkan Dia tetapi kini ramai pula yang akan

datang mengadu nasib kepada Dania sekiranya terdapat masalah.

Dalam tiga minggu lagi peperiksaan semester 1 akan bermula. Kelihatan ramai pelajar

yang mula bertungkus lumus untuk mengkhatamkan pembacaan bagi setiap

subjek.Terutamanya pelajar tingkatan 5 kerana pada tahun ini mereka akan menduduki

Peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM). Dania juga akan turut menduduki peperiksaan

SPM. Perpustakaan pula sentiasa kelihatan penuh dengan pelajar-pelajar yang ingin

mengulangkaji dalam keadaan yang aman dan tenang dengan kemudahan bagi mendapatkan

buku-buku yang dikehendaki.

"Dania... kau dah mula buat ulang kaji ke?" tanya Faziana yang merupakan teman

sekelas Dania.

"Belum lagilah Faz.....tak pe ada masa lagi kan. Hehehe..." balas Dania kepada

pertanyaan Faz.

Begitulah Dania, jarang benar mahu melakukan persediaan dengan awal. Namun,

sukar untuk mengubah sesuatu yang sememangnya telah menjadi darah dagingnya. Bagi

Dania tidak mengapa untuk melakukan begitu, asalkan segala perkara yang perlu diselesaikan

itu dilakukan dengan sepenuh hati. Itulah kelemahan yang ada pada Dania.

Page 17: Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

CINTA 10

Seiring dengan jam dinding yang berdetik, kelihatan seorang pemuda yang tinggi

lampai dan bertubuh sasa sedang mengemaskan beg pakaiannya. Begitu banyak pakaian yang

dimasukkan ke dalam luggage miliknya seperti mahu pergi ke suatu tempat yang jauh untuk

satu tempoh masa yang lama. Baru semalam majlis doa selamat telah diadakan bagi

mendoakan kesejahteraan setiap ahli keluarga di dalam rumah tersebut.

Kepenatan dan rasa lenguh di setiap sendi badannya masih lagi bersisa. Namun,

Adam mengerti bahawa segalanya perlu dilakukan dengan segera kerana masa telah semakin

suntuk. Sekiranya tidak diuruskan dengan sebaiknya mungkin akan mengundang masalah

yang tidak diingini.

"Adam…." panggil Datin Marziah

"Ya, mama. Masuklah, Adam tengah mengemas ni" ucap Adam pada insan yang

berada di luar. Datin Marziah menjengah masuk apabila mendengar balasan suara Adam.

"Adam dah siap mengemas semua barang ke? Flight Adam pukul 9.30 malam kan?"

tanya Datin Marziah kepada anak terunanya. Datin Marziah mengambil tempat di sisi katil

Adam sambil memerhatikan setiap perbuatan anaknya itu.

"Haah.... flight Adam pukul 9.30 malam. Adam dah nak siap kemas semuanya ada

sikit lagi je yang tinggal" ucap Adam.

Page 18: Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

"Baguslah kalau macam tu. Pastikan dokumen-dokumen penting dah simpan dengan

baik. Nanti susah kalau ada yang kurang. Esok kita akan bertolak awal sebab takut jalan

sesak sebab mungkin nanti bertembung dengan orang-orang yang baru balik kerja" terang

Datin Marziah.

"Baik, mama" balas Adam dalam nada yang menurut sahaja kata mamanya. Setelah

itu, Datin Marziah berlalu pergi meninggalkan Adam untuk melakukan segala persiapan

untuk perjalanan panjang itu.

Setelah selesai mengemas, Adam hanya duduk di balkoni biliknya sambil melihat

bintang-bintang yang bersinar. Bintang-bintang itu kelihatan seperti butiran beribu berlian

yang terapung di langit malam. Segalanya begitu tenang dengan bertemankan angin malam

yang bertiup sempoi-sempoi bahasa.

Adam mencapai telefon Samsung Note II miliknya dan aplikasi mesej pesanan ringkas

dibuka. Satu demi satu ucapan selamat yang diterima daripada teman-teman rapat dibaca oleh

Adam dengan penuh perhatian. Namun, mesej pesanan ringkas yang diterima daripada Dania

beberapa malam yang lalu masih berlegar di dalam kotak fikiran Adam. Pesanan yang

ringkas tetapi begitu terkesan di hati Adam

Buat Adam;

Masa telah berlalu untuk bertahun-tahun lamanya dan keadaan sentiasa berubah. Namun,

hati ini masih merasakan bahawa masih ada rasa sayang yang tersimpan untukmu. Moga

kau akan sentiasa selamat dan berjaya di rantauan. Doaku akan sentiasa mengiringimu.

Daripada Dania

Setelah bertahun-tahun terputus hubungan semenjak tamat tingkatan 3, tiba-tiba gadis

ini muncul kembali dalam hidupnya demi untuk meluahkan rahsia hati yang terpendam.

Tindakan tersebut pastinya telah mengundang kejutan yang sangat dahsyat di dalam jiwa

Adam. Dalam keadaan Adam terleka berfikir tanpa disedari dia terlena sehingga dinihari.

Mungkinkah rasa hati yang sentiasa menafikan perasaan itu akan berubah suatu hari nanti.

Adam sendiri sudah tidak begitu pasti dengan hati miliknya.

Page 19: Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

Lapangan Terbang KLIA kelihatan padat dengan kehadiran ribuan manusia yang

pelbagai rupa dan warna kulit. Ditambah lagi kehadiran kumpulan pelajar-pelajar Kolej

MARA Banting yang akan berlepas ke kota London untuk melanjutkan pelajaran dalam

bidang pengkhususan masing-masing. Masing-masing begitu segak mengenakan sepasang

blazzer hitam dikenakan bersama pin bendera malaysia yang disematkan di dada mereka.

"Adam, selepas sampai sana nanti kena pandai-pandai jaga diri. Belajar betul-betul.

Solat jangan tinggal, jaga akhlak dan sentiasa ingat Allah s.w.t" pesan Dato’ Shukri kepada

putera tunggalnya.

“Kalau ada apa-apa masalah jangan lupa beritahu mama dan papa” tambah Datin

Marziah.

"Baiklah mama, papa. InsyaAllah Adam akan sentiasa ingat pesanan tu. Mama dan

papa pun perlu jaga diri elok-elok. Jangan selalu rindukan Adam. Adam akan selalu call

rumah nanti" ucap Adam untuk menenangkan hati mama dan papanya.

Sedih rasa hati mereka untuk melepaskan Adam pergi. Tetapi mereka harus

merelakan pemergian Adam kerana anaknya itu pergi bagi menuntut ilmu di negara asing

untuk dibawa pulang ke Malaysia demi membangunkan negara. Ketika mereka cuba

menahan hiba di dalam jiwa masing-masing. Tiba-tiba mereka dikejutkan oleh pengumuman

bagi penumpang penerbangan ke London.

‘ Perhatian kepada penumpang pesawat MAS 3401 penerbangan ke Lapangan Terbang

Haethrow, London. Pesawat akan berlepas selepas setengah jam. Diharapkan semua

penumpang telah berada di atas pesawat untuk penerbangan seterusya’

"Nampaknya flight Adam dah nak berlepas. Adam perlu masuk sekarang" ucap

Adam.

Page 20: Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

Datin Marziah meleraikan pelukannya pada Adam. Adam mencapai beg sandang

miliknya yang terletak di atas kerusi dan perlahan-lahan berjalan menuju ke balai

berlepas.Sambil melambaikan tangan dan menatap wajah setiap ahli keluarganya buat kali

terakhir agar dapat disisipkan dalam memori ingatannya sebagai pemberi semangat untuk

terus berjaya. Hazrina dan Halina yang merupakan kakak kepada Adam juga merasakan

kesedihan di dalam hati mereka untuk berpisah dengan adik bongsu kesayangan itu.

Mata Adam melilau mencari tempat duduknya yang bernombor 11A sambil kakinya

melangkah perlahan menyusuri lorong kecil itu. Setelah beberapa minit, Adam bertemu

dengan teman duduknya bagi sepanjang penerbangan itu. Adam duduk bersebelahan teman

baikmya, Aizat.

Aizat akan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Manchester.

Manakala Adam pula dalam bidang perniagaan di University College of London. Sebelum

pesawat MAS 3401 berlepas, beberapa orang pramugara dan pramugari berdiri di lorong

tengah untuk memberikan penerangan berkaitan keselamatan bagi sepanjang tempoh

penerbangan.

"Ladies and gantlemen, please fastern your seat belt. We will depart within 10 minutes.

Thank you for choosing Malaysian Airlines. Your safety is our priority" ucap kapten melalui

pembesar suara.

Setelah pengumuman dibuat, isyarat lampu tali kalendar telah dipasang. Menandakan

setiap penumpang harus berada di tempat duduk masing-masing. Selepas kapal terbang

berada dalam keadaan yang stabil dan selamat, barulah isyarat tali pinggang kalendar

dipadamkan. Adam mencapai sesuatu di dalam beg galasnya, sebuah novel yang bertajuk The

Gold Blood hasil tulisan Heather Farway dikeluarkan untuk membunuh kebosanannya bagi

sepanjang penerbangan. Dia lebih berminat membaca novel yang berunsurkan mistik dan

penyiasatan.

Entah berapa lama dia membaca novel tersebut tanpa sedar pandangan matanya

semakin kabur. Beberapa minit kemudian Adam terlena dan hanya hembusan nafasnya sahaja

yang kedengaran. Tubuhnya kini berbalut selimut berwarna hijau lumut yang diminta

Page 21: Andai ku bercinta lagi sesi 2 -sambungan

daripada pramugari sebentar tadi bagi menangkis kesejukan penghawa dingin yang mula

mencengkam.

Ditambahkan pula dengan kesejukan malam di latitud yang tinggi, benar-benar

mencengkam sehingga ke tulangnya. Pasti Kota London telah menanti dengan seribu satu

kejutan buat Adam. Perjalanan selama 13 jam itu benar-benar membuatkan Adam terbuai

dengan lena yang panjang.