23
PENGENALAN Kerap kali kita menghadapi situasi di mana seseorang cuba meyakinkan kita tentang sesuatu pandangan dan mengharap kita akan menerima pandangan itu. Ini dikenali sebagai „menghujah kes‰ atau „membentangkan sesuatu hujah‰. Kadang kala penaakulan mudah difahami tetapi ada juga masanya ia amat sukar. Sama juga apabila kita cuba membentangkan sesuatu kes, kadang kala ianya mudah bagi orang lain memahaminya pada masa lain mungkin sukar. Topik ini akan menghuraikan metode bagi mengenal pasti apakah penaakulan yang dibentangkan apabila seseorang menghujah kes dan bagaimana untuk membentangkan penaakulan dengan jelas. Terdapat beberapa kemahiran asas pemikiran kritikal yang perlu kita mahir jika kita mahu berjaya dalam pemikiran kritikal dalam situasi sebenar. Anda tidak T T o o p p i i k k 3 3 Mengenal Pasti Sebab dan Penyelesaian HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti sama ada penaakulan wujud dalam sesuatu hujah; 2. Mengenal pasti perkataan yang digunakan dalam bahasa penaakulan; 3. Menggunakan Peta Pemikiran bagi menganalisis dan menilai hujah; 4. Mengaplikasikan ujian-ujian bagi menilai keesahan dan penerimaan dakwaan; dan 5. Mengenal pasti tanggapan dan menilai inferens dalam sesuatu hujah.

20140414111123 topik 3 mengenal pasti sebab dan penyelesaian

Embed Size (px)

Citation preview

� PENGENALAN

Kerap kali kita menghadapi situasi di mana seseorang cuba meyakinkan kita tentang sesuatu pandangan dan mengharap kita akan menerima pandangan itu. Ini dikenali sebagai „menghujah kes‰ atau „membentangkan sesuatu hujah‰. Kadang kala penaakulan mudah difahami tetapi ada juga masanya ia amat sukar. Sama juga apabila kita cuba membentangkan sesuatu kes, kadang kala ianya mudah bagi orang lain memahaminya pada masa lain mungkin sukar. Topik ini akan menghuraikan metode bagi mengenal pasti apakah penaakulan yang dibentangkan apabila seseorang menghujah kes dan bagaimana untuk membentangkan penaakulan dengan jelas. Terdapat beberapa kemahiran asas pemikiran kritikal yang perlu kita mahir jika kita mahu berjaya dalam pemikiran kritikal dalam situasi sebenar. Anda tidak

TTooppiikk

33

� Mengenal Pasti Sebab dan Penyelesaian

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti sama ada penaakulan wujud dalam sesuatu hujah;

2. Mengenal pasti perkataan yang digunakan dalam bahasa penaakulan;

3. Menggunakan Peta Pemikiran bagi menganalisis dan menilai hujah;

4. Mengaplikasikan ujian-ujian bagi menilai keesahan dan penerimaan dakwaan; dan

5. Mengenal pasti tanggapan dan menilai inferens dalam sesuatu hujah.

� TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN 60

boleh menilai sesuatu kes bagi menyokong kepercayaan atau keputusan melainkan anda jelas dengan kes itu.

MENENTUKAN SAMA ADA WUJUDNYA PENAAKULAN

Pertama sekali, perlu disedari bahawa kita menggunakan bahasa untuk pelbagai tujuan. Di samping menggunakannya untuk mempengaruhi orang lain, kita juga menggunakan bahasa bagi tujuan huraian dan maklumat, seperti melaporkan sesuatu peristiwa, menghurai perkara-perkara, bercerita, berjenaka, berjanji dan sebagainya. Walaupun bahasa mempunyai peranan penting dalam perbualan, apa yang menjadi minat ialah bagaimana bahasa digunakan dalam penaakulan. Penaakulan ialah satu proses pembuatan inferens daripada maklumat yang diberikan. Perenggan-perenggan berikut disediakan untuk melihat sama ada anda dapat mengenal pasti wujud atau tidak penaakulan. Senario 1 Sebuah jam mahal dan beberapa ketul berlian terjatuh dari begnya, semasa James tergesa-gesa keluar dari Bahagian Kastam. Sebaik sahaja tiba di tempat menunggu teksi, beliau mendapati semua teksi di sana sudahpun mempunyai penumpang. James berlari ke arah teksi berdekatan yang tiada penumpang dan melompat ke dalamnya semasa ia mula bergerak, lalu mengacu pistol ke kepala pemandu sambil berkata, „Ke bandar!‰. Teksi itupun membelok ke jalan raya (Morton, 1988). Perenggan di atas adalah hanya perenggan huraian mudah, ia tidak menyediakan sebab-sebab bagi penyelesaian, walaupun kita secara semula jadi membuat inferens semasa membaca perenggan tersebut. Senario 2 Kebanyakan masalah persekitaran tidak boleh diselesaikan oleh individu, mahupun komuniti; misalnya, pencemaran alam yang disebabkan oleh asap ekzos kenderaan sebenarnya adalah masalah global, maka masalah seperti itu hanya boleh ditangani oleh badan di peringkat antarabangsa. Senario 2 menyediakan sebab-sebab bagi penyelesaian yakni, sesetengah masalah hanya boleh diselesaikan di peringkat antarabangsa.

3.1

TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN � 61

Rajah 3.1: Philip Henry Gosse

Sumber: http://www. Parlouraquariums.org.uk/ Seorang ahli teologi dan biologi, Gosse (1810-1888) (Rajah 3.1) menghadapi satu dilema. Beliau merupakan seorang penganut agama Kristian yang kuat dan menerima penerangan yang tercatat dalam Kitab Injil tentang asal usul manusia; tetapi pada masa yang sama beliau juga seorang ahli sains. Gosse sedar bahawa bumi ini sudah tua dan berumur berjuta tahun. Fakta ini disokong oleh bukti daripada kajian-kajian geologi dan fosil. Bagaimanakah beliau hendak menyelesaikan konflik fakta antara agama dan sains ini? Bumi ini dicipta oleh Tuhan dalam tahun 4004 sebelum Masehi yang bertentangan dengan rekod fosil yang menyatakan bumi adalah lebih tua daripada itu. Sudah tentu tidak ada bukti yang boleh menyokong atau menyangkal dakwaannya. Ini hanyalah satu senario. Ia tidak mengandungi apa-apa fakta sensitif. Walau bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada ahli fakulti untuk menentukan kebenarannya. Senario 3 tidak menyediakan sebab bagi penyelesaian. Ia hanya mengolah satu „penyelesaian‰ yang mungkin kepada masalah tetapi tiada sebarang penaakulan. Maka, adalah terbukti bahawa ada kalanya kita menggunakan bahasa untuk tujuan menghurai sesuatu keadaan. Ada kalanya pula kita menggunakan bahasa untuk menakul dan mencapai satu penyelesaian. Ada pula masanya kita menggunakan bahasa untuk mencemuh, menghina atau menyinggung perasan orang lain. Kebanyakan artikel dalam surat khabar melaporkan peristiwa tetapi beberapa artikel dan surat yang ditulis kepada editor surat khabar selalunya mengandungi hujah dalam menyokong sesuatu kesimpulan. Jarang sekali bagi novel-novel mengandungi penaakulan. Sebaliknya bagi buku teks, selalunya penulis akan berusaha untuk menyampaikan maklumat dan hujah-hujah. Akhir sekali, perdebatan di Parlimen selalunya mengandungi penaakulan dan cemuhan.

� TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN 62

CONTOH-CONTOH PENAAKULAN

Untuk memahami penaakulan, kita akan mengkaji contoh berikut. Bayangkan terdapat seorang pelajar bernama Peter. Beliau baru selesai mengikuti kursus Pemikiran Kritikal dan gagal dalam peperiksaan yang telah diambilnya pada akhir semester. Bayangkan pula beliau menghantar nota ini kepada pensyarahnya: „Peperiksaan itu tidak adil. Saya sudah belajar subjek ini selama beberapa hari, membaca bahan sebanyak empat kali, menumpu kepada perincian penting dan belajar lagi. Sepatutnya saya mendapat gred yang baik selepas melakukan semua ini. Peperiksaan itu yang tidak adil.‰ Merujuk kepada nota ini, jelas bahawa Peter menghujah bahawa „peperiksaan itu tidak adil‰ dan pada dasarnya itulah kesimpulan beliau. Perhatikan bahawa kesimpulan dalam contoh ini dinyatakan pada permulaan penaakulan dan dinyatakan sekali lagi pada akhir nota ini, mungkin untuk menekankan rungutannya. Anda juga mungkin menganggap bahawa harapan Peter adalah agar pensyarahnya menyemak semula peperiksaan itu atau pada jawapannya atau jawapannya sepatutnya diberi markah baik oleh pensyarah atau pensyarah lain yang pakar dalam bidang ini. Yang penting ialah sesuatu perlu dilakukan bagi menyelesaikan kesilapan ini, dan ini tersirat dalam nota tersebut. Maka, anda mungkin berkata bahawa inilah cara Peter menyelesaikan masalah. Ada masanya orang tidak meluahkan sepenuhnya perasaan mereka. Peter menyatakan beberapa sebab bagi meneguhkan kesimpulannya apabila beliau berkata, „Saya sudah belajar subjek ini selama beberapa hari, membaca bahan sebanyak empat kali, menumpu kepada perincian penting dan belajar lagi‰. Ini adalah sebab-sebab mengapa Peter mengatakan peperiksaan itu tidak adil. Antara pengajaran yang boleh kita dapati daripada contoh di atas adalah:

(a) Mudah bagi kita untuk melihat sebab-sebab yang dipersembahkah bagi setiap penyelesaian. Apa yang diperlukan hanyalah pemahaman pada penggunaan biasa bahasa.

(b) Anda sekarang telah memahami apa yang dimaksudkan dengan „kesimpulan‰ dan „sebab‰ dalam konteks yang ditunjukkan di atas. Kita mengguna perkataan ini dalam kegunaan harian.

(c) Kesimpulan boleh diselit pada permulaan dan penghujung sesuatu hujah. Walaupun ia tidak diluahkan, ia masih boleh difahami daripada apa yang tersirat dalam pernyataan.

3.2

TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN � 63

(d) Bagi menentukan sama ada sesuatu hujah itu adalah baik atau tidak, bukan sesuatu yang mudah. Apa yang diperlukan adalah memahami apa yang telah dikatakan, apa yang diandaikan dan apakah konteksnya.

1. Baca perenggan di bawah yang telah diadaptasi dari sekeping surat kepada akhbar Amerika yang diterbitkan beberapa tahun yang lalu.

Kita patut membawa balik tentera dari Eropah. Ancaman dari Rusia telah berakhir, Empayar Kejam telah jatuh; sekarang orang Eropah boleh menjaga diri mereka sendiri kerana ancaman pada keamanan telah berkurangan dan negara sudah menjadi kaya; dan kita perlu mengurangkan defisit kerajaan persekutuan dengan cepat jika kita mahu memastikan ekonomi negara tidak jatuh.

(a) Apakah kesimpulam dalam hujah ini?

(b) Apakah yang hendak diyakinkan oleh pengarang?

(c) Apakah sebab-sebab yang diberikan untuk menyokong kesimpulannya?

(d) Adakah terdapatnya andaian (sesuatu yang tidak dinyatakan dalam teks)?

(e) Sekali lagi, anda mungkin mahu memberi komen ringkas sama ada hujah ini baik atau tidak.

2. Kita perlu menjadikan perjalanan dengan kereta api lebih menarik kepada pelancong. Terdapat terlalu banyak kereta di jalanan sehingga mengancam persekitaran dan keselamatan manusia. Semua orang mahukan jalan menjadi kurang sesak tetapi mereka masih mahukan keselesaan perjalanan dengan kereta. Orang tidak akan mengenepikan kereta dan diganti dengan kereta api tanpa sebarang insentif baru.

(a) Apakah penyelesaian hujah ini?

(b) Apakah yang hendak diyakinkan oleh pengarang?

(c) Apakah sebab-sebab yang diberikan untuk menyokong penyelesaian (yakni, secara implisit tetapi tidak dinyatakan)?

SEMAK KENDIRI 3.1

� TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN 64

BAHASA PENAAKULAN

Terdapat beberapa perkataan dan frasa yang selalunya mempunyai ciri-ciri bagi menunjukkan bahawa seseorang itu berhujah akan sesuatu kes atau membentangkan sebab-sebab bagi penyelesaian. Antara perkataan dan frasa yang digunakan bagi menunjukkan pengakuan itu adalah penyelesaian kepada sebab-sebab yang telah dibentangkan adalah:

(a) Oleh itu

(b) Jadi

(c) Maka

(d) Oleh sebab itu

(e) Oleh yang demikian

(f) Yang membuktikan bahawa

(g) Mewajarkan kepercayaan/memperlihatkan

(h) Boleh disimpulkan bahawa

(i) Dari mana kita boleh membuat kesimpulan

(j) Justeru itu/ia menunjukkan bahawa

(k) Mesti Walau bagaimanapun, tidak semestinya penggunaan frasa-frasa tersebut menunjukkan kewujudan penyelesaian pada sesuatu hujah, tetapi selalunya begitulah. Tambahan pula, bahasa seperti itu selalunya memberikan kita petunjuk kepada struktur penaakulan. Frasa-frasa ini dikenali sebagai „penunjuk kesimpulan‰ kerana ia memberi petanda kewujudan sesuatu kesimpulan di mana penaakulan telah diberikan. Sebagai tambahan, terdapat juga perkataan atau frasa yang selalu digunakan bagi menunjukkan kewujudan sebab, dan dikenali sebagai „penunjuk sebab‰. Antara penunjuk sebab yang biasa digunakan ialah:

(a) Oleh kerana

(b) Semenjak

(c) Terhadap

(d) Diikuti daripada fakta bahawa

(e) Sebabnya ialah

(f) Pertamanya

(g) Keduanya

3.3

TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN � 65

Apabila kita merujuk kepada kedua-dua „penunjuk penyelesaian‰ dan „penunjuk sebab‰ kita selalunya merujuk kepada „penunjuk hujah‰, yakni petanda yang membantu memahami sama ada penaakulan dan hujah itu wujud dan apakah hujah pengarang.

1. Dalam contoh-contoh yang berikut, kenal pasti perkataan dan frasa „penunjuk hujah‰. Juga, kenal pasti ayat-ayat yang menunjukkan sebab dan kesimpulan berkaitan:

(a) Dalam satu perlawanan bolasepak, John Terry telah melakukan satu kesalahan serius dan dihantar ke luar padang.

(b) Pembantu rumah berada di dapur. Dalam kes ini, tidak mungkin beliau menembak majikannya yang berada di bilik bacaannya. Maka, tidak mungkin pembantu rumah yang melakukannya.

(c) Tanggapan Gerakan Hijau adalah salah kerana menyeru agar kita mengitar semula bahan seperti kertas dan kaca sebab kertas berasal daripada pokok, satu sumber yang boleh diperbaharui dan kaca dibuat daripada pasir yang banyak dan murah. Malah, sesetengah bandar raya di Amerika, skim kitar semula diberhentikan disebabkan kos terlalu mahal.

2. Dalam perenggan di bawah, nyatakan perkataan manakah yang

digelapkan adalah penunjuk sebab dan yang mana adalah penunjuk kesimpulan, kemudian nyatakan yang manakah adalah ayat sebab dan kesimpulan. Akhir sekali, nyatakan sebab yang diberi oleh pengarang untuk menyokong kesimpulan berkaitan. Kebanyakan ibu bapa mahukan anak mereka memperoleh kejayaan dalam kerjaya. MMemandangkan pendidikan itu penting bagi kejayaan, adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa untuk memberikan anak-anak mereka pendidikan terbaik. JJuga kerana kepentingan ekonomi negara untuk mempunyai penduduk berpendidikan yang tinggi, kerajaan sepatutnya membantu ibu bapa memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. JJusteru itu, semua ibu bapa harus mendapat bantuan kewangan untuk menampung kos pendidikan anak-anak mereka, jadi ibu bapa berpendapatan rendah mendapat kredit cukai pendapatan dan mereka yang berpendapatan tinggi mendapat pengecualian cukai pendapatan.

SEMAK KENDIRI 3.2

� TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN 66

PETA PEMIKIRAN UNTUK PEMAHAMAN DAN PENILAIAN PENAAKULAN

Setakat ini, kita telah melihat banyak penaakulan berbeza dan penjelasan tentang bagaimana untuk memahami dan menilai penaakulan itu. Kita telah melihat cebisan penaakulan kecil, memikirkan bagaimana hendak mengendalikannya dan menumpu pada kesilapan biasa dalam tindakan terhadap penaakulan. Tanpa bantuan, kebanyakan individu cenderung bertindak segera dengan mencabar dakwaan yang mereka tidak setuju. Mereka akan membentangkan pendapat mereka sendiri tanpa memikirkan hujah yang tersedia dan sebagainya. Kunci kepada pemikiran kritikal berkesan adalah dengan bertanyakan soalan yang betul. Di sini dibentangkan satu model asas atau „peta pemikiran‰ � satu alat yang boleh membantu dalam menilai penaakulan sebagaimana yang dapat dilihat dalam Jadual 3.1. Pada dasarnya, peta pemikiran ini adalah satu senarai soalan-soalan utama yang sepatutnya anda tanya apabila menganalisa hujah � biarpun hujah anda sendiri atau orang lain.

Jadual 3.1: Peta Pemikiran � Analisis Kemahiran dan Penilaian Hujah

Analisis

1. Apakah kesimpulan/ beberapa kesimpulan utama? (Mungkin tersurat atau tersirat; boleh dinyatakan dalam bentuk cadangan, atau penjelasan dan sebagainya. Kewujudan petunjuk penyelesaian seperti „oleh itu‰ boleh membantu) [Tujuan: Ia membantu dalam mengorganisasikan pemikiran anda tentang penaakulan jika anda tahu apa yang pengarang cuba pujuk dan/atau meyakinkan anda]

2. Apakah sebab-sebab (data, bukti dan sebagainya.) dan struktur?

3. Apa yang diandaikan (yakni, implisit atau tidak diendahkan, mungkin dalam konteks tersebut)?

4. Menjelaskan maksud (berdasarkan terma, dakwaan atau hujah) yang memerlukannya.

3.4

TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN � 67

Penilaian

5. Adakah sebab-sebab itu diterima oleh anda? (Ini termasuklah sebab eksplisit dan tanggapan yang tidak dinyatakan � ini mungkin juga melibatkan penilaian dakwaan fakta, definisi dan pertimbangan nilai dan pertimbangan ketelusan sumber).

(a) Adakah penaakulan menyokong penyelesaian? (Contohnya, adakah hujah yang menyokong itu kuat tanpa sebarang keraguan (beyond reasonable doubt) atau lemah)?

(b) Adakah terdapatnya pertimbangan/hujah lain berkaitan yang menguatkan lagi atau melemahkan kes? (Anda mungkin telah tahu ini atau mungkin perlu membangunnya) [Tujuan: Juga dikenali sebagai „critico-creative thinking‰, yang memerlukan kita memikirkan tentang idea-idea lain yang membantu dalam mencapai pertimbangan baik.

6. Apakah penilaian keseluruhan anda berdasarkan pada apa yang anda telah perolehi?

Set soalan pertama adalah berdasarkan analisis. Anda tidak boleh memberi respon dengan sewajarnya terhadap sesuatu hujah tanpa memahami hujah itu terlebih dahulu. Maka, soalan analitikal yang diberikan di atas membantu anda untuk memahami apa yang dinyatakan dan dihujahkan. Ini diikuti oleh soalan-soalan penilaian yang akan membantu anda dalam menentukan sama ada anda diyakinkan oleh hujah tersebut. Peta Pemikiran bukan sahaja sepatutnya digunakan semasa mempertimbangkan penaakulan orang lain, ia juga sepatutnya digunakan apabila anda membangun penaakulan sendiri. Jika anda mempunyai kes yang bagus, anda sepatutnya boleh menyusunnya agar pembaca atau pendengar dapat memahami dengan jelas apa yang anda hendak nyatakan. Penggunaan „bahasa penaakulan‰ banyak membantu dalam pembuatan kesimpulan dan penaakulan yang jelas dan tidak kabur.

� TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN 68

1. Ada kalanya, kita boleh dipesongkan dengan „penaakulan‰ yang tidak betul tetapi meyakinkan. Perhatikan berikut: Tiga sekawan makan di sebuah restoran. Bil berjumlah RM25. Disebabkan RM25 tidak mudah dibahagikan dengan 3, mereka memutuskan untuk memberi RM10 seorang. Mereka memberi RM30 kepada pelayan restoran yang memberi balik RM5. Dari lebihan itu, mereka mengambil RM1 setiap orang dan memberi tip kepada pelayan restoran RM2 selebihnya. Jadi, sebenarnya mereka membayar RM9 seorang (RM10 tolak RM1 yang dikembalikan). Tiga kali RM9 ialah RM27. Pelayan restoran mengambil RM2. Jadi jumlahnya ialah RM29. Apa yang berlaku pada RM1 selebihnya? Walaupun tidak kelihatan seperti itu, ini adalah satu masalah logik bukannya matematik. Anda dibawa kepada penyelesaian salah bahawa RM1 selebihnya tidak boleh dikira, oleh kerana penaakulan salah. Di manakah kesalahan dalam penaakulan ini? Bolehkah pengaplikasian Peta Pemikiran mendedahkannya? Jika boleh, huraikan lebih lanjut jawapan anda.

2. Bagi perenggan berikutnya, gunakan peta pemikiran untuk membantu anda menganalisis hujah (tonjolkan sebarang tanggapan penting) dan tuliskan satu respons penilaian ringkas: Pameran seni yang besar yang mengumpul lukisan daripada seluruh dunia adalah tidak bagus bagi lukisan. Apabila lukisan-lukisan dialihkan, terdapat bahaya kemalangan dan kerosakan atau kemusnahan, dan juga tidak bagus untuk lukisan terdedah kepada tekanan dan kepanasan. Jumlah jenayah yang dilakukan oleh individu di bawah umur 17 tahun berganda dalam tujuh tahun kebelakangan. Akta Keadilan Jenayah yang telah menjadi peraturan tahun ini sepatutnya menukar trend ini. Kanak-kanak yang melakukan jenayah tahu bahawa hukuman adalah minimal. Tetapi Akta baru akan membolehkan ibu bapa bertanggungjawab ke atas denda dan kompaun, dan juga dipaksa hadir dengan anak mereka yang berumur bawah 17 tahun di mahkamah. Jumlah denda mengikut pendapatan ibu bapa dan ibu bapa kaya mungkin perlu membayar sehingga $5,000 bagi jenayah anak mereka.

SEMAK KENDIRI 3.3

TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN � 69

PENERIMAAN SEBAB

Kita telah pun melihat bahawa sesetengah teknik diperlukan bagi memahami apa yang dimaksudkan oleh pengarang, terutamanya dalam proses penaakulan. Seterusnya, kita akan melihat proses penilaian penaakulan pengarang. Ini adalah penting kerana apabila seseorang memberi sebab yang bertujuan untuk memujuk kita bersetuju dengan sesuatu pendapat, kita bukan sahaja mahu memahaminya, malah ingin menilai dakwaannya. Dalam kata lain, kita mahu menentukan sama ada ia adalah satu penaakulan baik dan sama ada kita patut meyakini. Bagi melakukannya dengan berkesan, kita perlu menanyakan soalan-soalan yang betul. Secara amnya, orang selalu bertindak dengan dua cara terhadap penyelesaian yang dibuat oleh orang lain. Jika mereka setuju dengan penyelesaian, mereka berkata, „Ya, saya setuju dengan itu‰, tanpa mempertimbangkan perincian hujah. Jika mereka tidak setuju, mereka berkata, „Saya tidak setuju dengan itu‰, dan menyatakan sesuatu yang berlawanan dengan penyelesaian, seperti menyangkalnya. Bukanlah menjadi kebiasaan bagi pendengar untuk mengambil hujah secara serius dan menganalisis keesahannya. Bagi memperoleh kebenaran tentang sesuatu isu, seseorang perlu menjadi sistematik dan berkemahiran. Kita akan melihat bagaimana hendak melakukannya dengan lebih lanjut. Bagi membentuk konteks, mari kita lihat pada contoh, dan menggunakannya untuk menjelaskan persoalan yang akan ditanya, dan bagaimana ia dijalankan: Dalam konteks umum, kebanyakan bakal ibu bapa lebih menyukai anak lelaki. Maka, jika orang boleh memilih jantina anak mereka, kemungkinan besar terdapat lebih ramai lelaki berbanding perempuan dalam populasi kita dalam masa akan datang. Ini akan mengakibatkan satu masalah sosial yang serius. Oleh itu kita sepatutnya menghalang penggunaan teknik yang boleh menentukan jantina anak. Jika kita perlu menilai secara sistematik, kita mesti bertanya soalan-soalan berikut:

(a) Adakah sebab-sebab ini boleh dditerima (benar, sah, fakta, dan sebagainya.)?

(b) Adakah penaakulan mmenyokong kesimpulannya?

(c) Adakah terdapatnya ppertimbangan/hhujah llain yyang bberkaitan?

(d) Apakah ppenilaian kkeseluruhan aanda ttentang ttopik iini?

3.5

� TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN 70

Pertama sekali, kita harus menentukan sama ada benarkah bahawa „kebanyakan bakal ibu bapa lebih menyukai anak lelaki berbanding anak perempuan‰. Berdasarkan pada pengetahuan am, dakwaan ini mungkin benar dalam sesetengah budaya, misalnya di India dan Cina, tetapi tidak benar di negara lain. Bagi mengesahkan hal ini, kita mesti membuat kajian atau mencari maklumat untuk mengesahkan kenyataan ini. Persoalan yang menyusul ialah: „Adakah penaakulan ini menyokong kesimpulan yang diberi?‰. Jika benar bahawa „kebanyakan bakal ibu bapa lebih menyukai anak lelaki‰, maka bukankah juga benar bahawa jika orang boleh memilih jantina anak mereka, kebarangkalian terdapatnya lebih ramai lelaki dari perempuan dalam populasi? Jika orang lebih suka lelaki dan boleh mendapat anak lelaki, tidakkah lebih berkemungkinan bahawa lebih ramai lelaki daripada perempuan yang akan dilahirkan? Sukar untuk melihat apa-apa yang salah berkenaan inferens korelasi ini. Alasan berikutnya ialah, „Ini akan mengakibatkan satu masalah sosial yang serius‰, dan persoalannya ialah sama ada dakwaan ini boleh diterima atau tidak. Bukan mudah untuk menentukan sebabnya kerana ia bergantung sama ada terdapatnya lebihan lelaki yang besar atau kecil dalam masyarakat. Persoalan seterusnya ialah, „Adakah dakwaan yang sebelumnya menyokong kesimpulan bahawa kita sepatutnya menghalang penggunaan teknik yang boleh menentukan jantina anak?‰. Jika kita membenarkan teknik ini digunakan memang akan menghasilkan ledakan populasi lelaki, yang akan menghasilkan masalah sosial yang serius; mungkin kita perlu menghalangnya. Walau bagaimanapun, ada satu lagi persoalan yang perlu ditanya: „Adakah pertimbangan atau hujah lain yang berkaitan dengan pernyataan ini?‰. Inilah masanya pemikiran kita tentang sesuatu isu itu perlu kritikal dan kreatif. Di sini kita perlu berfikir dari-luar-kotak untuk sampai kepada penerimaan sesuatu hujah atau dakwaan. Mengapakah ia sangat penting? Ini bermaksud kita telah pun menganalisis pernyataan secara konstruktif dan sekarang lebih jelas dan bersedia untuk menentukan keesahan dan kebolehpercayaan dalam menyokong sesuatu penyelesaian yang kita bukan sahaja faham, malah boleh terima. Bagi membuat kesimpulan, apabila anda telah jelas tentang apa yang pengarang hendak katakan dan apakah sebab dan penyelesaiannya, anda bolehlah menilai penaakulannya.

TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN � 71

MEMPERTIMBANGKAN KEBOLEHTERIMAAN SESUATU DAKWAAN

Terdapat beberapa persoalan tentang penerimaan sesuatu dakwaan, yang akan membawa kepada pertimbangan terhadap tahap kebolehpercayaan. Secara umum, terdapat enam tahap bagi pertimbangan kebolehpercayaan sesuatu dakwaan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2.

Rajah 3.2: Enam langkah dalam menilai kebolehpercayaan sesuatu dakwaan

3.6

Nyatakan pertimbangan atau hujah tambahan yang berhubung dengan persoalan larangan penggunaan teknik bagi pemilihan jantina anak.

AKTIVITI 3.1

� TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN 72

Sekarang, mari kita teroka setiap langkah dalam proses penilaian kebolehterimaan dengan terperinci.

(a) SSejauh mana pastinya dakwaan itu? Sama ada sesuatu dakwaan itu boleh diterima atau tidak bergantung kepada kekuatan komitmen. Dakwaan yang diberi boleh diterima sebagai „tekaan‰ atau „kemungkinan‰, walau bagaimanapun, penerimaan akan dipertimbangkan dengan piawai yang lebih teliti jika ia dinyatakan sebagai benar atau pasti.

(b) AAdakah konteks dakwaan mempengaruhi penerimaannya? Sama ada sesuatu dakwaan itu diterima atau tidak bergantung pada konteks dan cara ia dibina.

(c) AAdakah dakwaan memerlukan penentuan pakar/kajian? Ada kes-kes yang mana sebab-sebab yang diberikan untuk kesimpulan terpilih memerlukan pengetahuan khusus atau input kepakaran dalam menentukan kesahihannya. Kadangkala anda memperoleh pengetahuan, ada kalanya tiada disebabkan bukan bidang anda. Maka, ia menjadi satu cabaran atau tidak mungkin bagi anda untuk mempertimbang kekuatan hujah itu.

(d) AAdakah ia diketahui atau dipercayai ramai? Ada kala sebab yang dibentangkan itu diketahui atau dipercayai oleh ramai orang.

(e) SSejauh manakah dakwaan itu sepadan dengan kepercayaan dan pendapat kita yang lain ? Kadang kala sebab yang anda fikirkan „selari‰ dengan kepercayaan yang lain, ada kalanya tidak.

(f) AAdakah ia datang dari sumber yang boleh dipercayai? Kita boleh menerima atau menolak sesuatu dakwaan berdasarkan kredibiliti, kebolehpercayaan dan keesahan sumbernya.

TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN � 73

MEMPERTIMBANGKAN KREDIBILITI SUMBER

Kepercayaan dan pendapat kita dibentuk oleh apa yang dibaca dalam surat khabar, apa yang ditonton di TV atau dengar di radio. Sumber-sumber ini boleh menjadi rujukan apabila kita perlu menentukan sama ada apa yang diperkatakan itu benar atau tidak. Pada bahagian ini, kita akan melihat kriteria yang diperlukan bagi mempertimbangkan kredibiliti sumber-sumber dakwaan. Antara kriteria yang perlu kita tumpukan adalah:

(a) RReputasi sumber boleh dipercayai;

(b) Sama ada sumber mempunyai kkepentingan ddiri;

(c) Sama ada terdapatnya bbukti atau kkesahan dakwaan daripada sumber-sumber bebas;

(d) Sama ada sumber mempunyai kkepakaran atau llatihan yang berkaitan;

(e) Sifat dakwaan itu sendiri; dan

(f) Sama ada sumber boleh memberi ssebab-sebab yang boleh dipercayai bagi dakwaan yang dibuat.

Untuk memeriksa kebolehpercayaan sumber-sumber dakwaan, mari kita lihat setiap soalan dalam Jadual 3.2.

3.7

Bincangkan penerimaan dakwaan dalam perenggan berikut. Sebuah syarikat besar Norway bernama Norsk Hydro mahu menternak lebih banyak ikan di laut dengan menabur baja ke laut. Syarikat produk baja terbesar ini percaya bahawa ini akan menambah penumbuhan algae, seterusnya menambah jumlah ikan. Ahli sains marin dari Norway dan Kanada yang diupah oleh Norwegian Research Council berkata bahawa ini tidak mungkin. Mereka berkata teknik ini tidak menghiraukan prinsip asas ekologi marin dan mungkin akan mengakibatkan kemusnahan. [Diadaptasi daripada „NorwayÊs fish plan- a recipe for disaster‰, New Scientist, 13 Januari 1996]

SEMAK KENDIRI 3.4

� TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN 74

Jadual 3.2: Lima Kriteria Diperlukan bagi Mempertimbangkan Kredibiliti Sumber Dakwaan

1. Soalan-soalan tentang individu/sumber

(a) Adakah mereka memiliki kepakaran/pengetahuan/latihan/pengalaman berkaitan?

(b) Adakah mereka mempunyai keupayaan untuk memerhati dengan teliti (termasuk keupayaan lain seperti pendengaran, hampirnya dengan peristiwa, ketiadaan gangguan, kesesuaian peralatan dan kemahiran dalam mengendali peralatan)

(c) Adakah reputasi mereka mencadangkan mereka boleh dipercayai?

(d) Adakah sumber mempunyai kepentingan diri atau menunjukkan berat sebelah?

2. Soalan-soalan tentang keadaan/konteks di mana dakwaan dibuat

3. Soalan-soalan tentang bidang kuasa sumber yang memberi/atau boleh memberi sokongan dakwaan.

(a) Adakah dakwaan berdasarkan sumber-sumber utama atau sekunder?

(b) Adakah dakwaan berdasarkan pada bukti secara langsung atau tidak langsung?

(c) Adakah dakwaan berdasarkan pada rujukan terus kepada pertimbangan kredibiliti?

4. Soalan-soalan tentang sifat dakwaan yang mempengaruhi kredibilitinya.

(a) Adakah ia boleh dipercayai atau tidak?

(b) Adakah ia satu pemerhatian asas atau pertimbangan yang dirumus?

5. Adakah terdapatnya bukti atau keesahan daripada sumber-sumber lain?

Kesimpulannya, kita boleh mengkategorikan kriteria di atas kepada lima bahagian yang mengandungi soalan-soalan tentang:

(a) IIndividu/ssumber yang kredibilitinya kita pertimbangkan;

(b) KKeadaan/kkonteks di mana dakwaan dibuat yang mempengaruhi kredibilitinya;

(c) JJustifikasi bahawa sumber memberi atau boleh memberi sokongan dalam menyokong dakwaan yang mempengaruhi kredibilitinya;

(d) SSifat ddakwaan yang mempengaruhi kredibilitinya; dan

(e) Sama ada terdapatnya bbukti/kkeesahan daripada sumber-sumber lain.

TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN � 75

MENILAI INFERENS

Apabila kita berhujah tentang sesuatu kes, kita membentangkan sebab bagi menyokong kesimpulan, tafsiran dan pembuatan keputusan. Dalam kata lain, kita membuat kesimpulan berdasarkan alasan kita sendiri. Selalunya, hujah-hujah mengandungi kedua-dua alasan dan inferens, dan „inferens‰lah yang kita gunakan untuk berpindah dari alasan ke kesimpulan. Ini boleh dilihat dalam contoh berikut. Sesetengah orang telah menyelesaikan masalah pengangguran mereka sama ada dengan mencari kerja atau sanggup bekerja dengan pendapatan rendah. Jadi semua penganggur boleh buat perkara yang sama. Dalam contoh di atas, inferens ialah pergerakan daripada „Sesetengah orang telah menyelesaikan masalah pengangguran mereka‰ kepada „semua penganggur boleh buat perkara yang sama‰. Namun demikian, sebab-sebab dan inferens-inferens perlu dinilai secara berbeza. Dalam kebanyakan situasi, penting untuk menilai sama ada sebab yang diberikan adalah benar atau boleh diterima.

3.8

Anda sedang mendengar kes di mahkamah tentang kereta Jason yang berlanggar dengan kereta lain. Beliau didakwa memandu melebihi dua kali had laju yang ditetapkan dan tiga kali had alkohol yang dibenarkan dalam darah. Jason menafikan dakwaan itu tetapi doktor yang memeriksanya mengatakan bahawa beliau berbau alkohol dan ujian darah menunjukkan terdapatnya alkohol dalam darah tiga kali lebih daripada had yang dibenarkan. Siapakah yang boleh dipercayai dan mengapa?

SEMAK KENDIRI 3.5

Fikirkan beberapa contoh orang atau „sumber‰ (seperti BBC atau TV3) yang anda tahu dan tentukan bidang di mana mereka mempunyai reputasi yang baik dan bidang di mana mereka mempunyai reputasi yang tidak baik. Bincangkan dengan rakan anda.

AKTIVITI 3.2

� TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN 76

Sebaliknya, pertimbangan sama ada inferens berasaskan sebab-sebab itu adalah benar atau tidak adalah satu perkara yang lain. Mari kita lihat contoh berikut. Otak kaum wanita adalah pada puratanya lebih kecil berbanding otak kaum lelaki, oleh sebab itu wanita adalah kurang cerdik daripada lelaki. Kebanyakan orang tidak pasti mengapa otak wanita lebih kecil daripada otak lelaki tetapi mereka sangat yakin bahawa kesimpulan yang dikemukakan itu tidak benar. Walaupun sebab itu benar, tiada hubungan antara saiz otak dan kepintaran, maka alasan yang diberi tidak menyokong kesimpulannya. Respons pertama menunjukkan fakta bahawa kita menjangka dapat melihat hubungan antara sebab dan kesimpulan jika salah satu daripadanya dapat menjustikasikan yang lain � satu kaitan yang kita boleh persepsikan dan terima. Respons kedua pula menyatakan, walaupun sebab adalah benar tetapi ada sebab untuk kita memikirkan bahawa penyelesaian itu tidak benar, maka inferens yang dibuat adalah tidak bagus. Namun begitu, respons kedua adalah lebih munasabah. Maka, idea yang penting di sini ialah sebab bukanlah sesuatu yang membuatkan kita menerima kesimpulan yang diberi, dan jika anda boleh memikirkan cara lain untuk membuktikan sebab itu benar dan pada masa yang sama, kesimpulan itu salah, maka inferens yang dibuat adalah salah. Ujian untuk pertimbangan inferens adalah: Adakah alasan yang diberi itu benar (atau sekurang-kurangnya boleh diterima) dan kesimpulannya salah (atau sekurang-kurangnya tidak boleh diterima) berlaku pada masa yang sama? Jika jawapan pada persoalan di atas adalah „Tidak‰, maka inferens (yakni progres dari sebab ke kesimpulan), memaksa anda menerima kesimpulan jika alasannya adalah benar. Sebaliknya, jika jawapan adalah „Ya‰, maka inferens gagal, atau tidak boleh dijustifikasikan. Dalam contoh di atas, kita menghadapi keadaan di mana alasan itu adalah benar tetapi inferens dari sebab ke kesimpulan tidak dapat dibuktikan. Dalam kata lain, inferens tidak didapat dijustifikasikan kerana alasannya mungkin benar dan pada masa yang sama kesimpulannya adalah salah. Maka, terbuktilah bahawa cara untuk menentukan sama ada inferens dijustifikasikan adalah amat berbeza daripada ujian penentuan sama ada sebab boleh diterima atau tidak.

TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN � 77

Jika anda telah menghafal fakta utama dalam buku ini, anda akan berjaya dalam peperiksaan pemikiran kritikal, dan anda telah menghafalnya. Oleh itu anda akan berjaya dalam peperiksaan. Dalam contoh di atas, alasannya adalah benar, maka, kesimpulannya juga mestilah benar, dan ini membuatkan inferens yang baik. Walau bagaimanapun, sebab yang mengatakan bahawa anda hanya menghafal fakta bagi berjaya dalam peperiksaan adalah tidak benar. Oleh itu, hujah ini gagal untuk membuktikan kesimpulan bukan kerana ia menghasilkan inferens yang tidak baik, tetapi disebabkan oleh salah satu daripada alasan yang diberi adalah palsu. Kesimpulannya, bagi sesuatu hujah untuk berjaya membuktikan kesimpulan, ia mesti menepati dua perkara berikut:

(a) Alasannya mestilah benar atau sekurang-kurangnya boleh diterima; dan

(b) Inferens yang digarap daripada alasan tersebut perlulah bagus.

Seterusnya, akan diperkenalkan konsep „sah secara deduktif‰, standard tertinggi bagi semua pertimbangan inferens. Bolehkah anda fikirkan satu cara yang mana alasannya mungkin benar dan kesimpulannya mungkin salah? Jika jawapan pada persoalan adalah „Tidak‰, maka inferens adalah sah secara deduktif, dan jika jawapannya adalah „Ya‰, maka inferens tidak sah secara deduktif.

Aplikasikan ujian yang telah dijelaskan untuk menentukan sama ada inferens yang dikenal pasti dalam perenggan di bawah boleh dijustifikasikan.

(a) Kerja seorang instruktor memandu adalah mencabar dan berganjaran. Seseorang memperoleh kebebasan bekerja untuk diri sendiri dan tidak perlu lulus dalam peperiksaan „A‰ levels. Oleh sebab itu, kerja yang sesuai bagi sesiapa yang tidak memiliki „A‰ levels adalah instruktor memandu.

(b) Jika iklim dunia menjadi lebih panas, ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan akan cair dengan kadar yang sangat pantas. Jika ais cair, kita akan melihat kesan air naik di lautan. Terdapat bukti paras air naik, jadi iklim dunia mestilah lebih panas.

SEMAK KENDIRI 3.6

� TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN 78

Maka, jika sesuatu hujah adalah sah secara deduktif, kebenaran alasan akan menjanjikan kebenaran kesimpulannya; jika alasannya adalah benar, kesimpulan juga mestilah benar, tidak ada kemungkinan lain. Satu contoh yang baik adalah jika benar „semua ikan paus adalah mamalia‰ dan „semua mamalia melahirkan anak‰, maka mestilah benar bahawa „semua ikan paus melahirkan anak‰. Di sini tidak mungkin alasannya benar dan kesimpulannya salah. Oleh itu, ini adalah hujah sah secara deduktif.

Dalam kebanyakan teks, mudah untuk menjumpai andaian. Instruktor sekolah memandu adalah satu pekerjaan yang mencabar dan berganjaran. Seseorang memperoleh kebebasan bekerja untuk diri sendiri dan tidak perlu lulus dalam peperiksaan „A‰ levels. Oleh sebab itu, kerja yang sesuai bagi sesiapa yang tidak memiliki „A‰ levels adalah instruktor memandu. Sesiapa yang membaca perenggan di atas akan cepat mengandaikan bahawa jika satu „perkerjaan yang mencabar dan berganjaran dengan kebebasan bekerja

1. Bandingkan silogisme berikut.

(a) Semua manusia adalah mortal atau akan mati. Socrates adalah seorang manusia. Oleh itu, Socrates adalah mortal.

(b) Semua pemerhati burung mempunyai teropong. Bob mempunyai teropong. Oleh itu, Bob adalah pemerhati burung.

Apakah perbezaannya, jika ada, antara dua silogisme di atas? Adakah kedua-dua kesimpulan mengikuti penegasan masing-masing secara logik? Adakah kedua-dua kesimpulan boleh diterima?

2. Pertimbangkan yang mana satu antara hujah berikut adalah sah

secara deduktif dan yang mana tidak. Jelaskan dalam setiap kes mengapa anda membuat keputusan sebegitu.

(a) Tom benci semua orang yang Mary suka dan Mary sukakan Tom. Jadi Tom mesti bencikan dirinya sendiri.

(b) Pembantu rumah berada di dapur. Dalam kes ini, tidak mungkin beliau menembak majikannya yang berada di bilik bacaan. Maka, tidak mungkin pembantu rumah yang melakukannya.

SEMAK KENDIRI 3.7

TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN � 79

untuk diri sendiri‰ menarik pada anda, maka menjadi seorang instruktor memandu tidak memerlukan lebih daripada „tidak memiliki A levels‰. Ini dikenali sebagai tanggapan implisit (tersirat atau tidak diperkatakan). Inferens di sini adalah lemah disebabkan alasannya boleh jadi benar tetapi kesimpulannya salah. Sukar untuk kita tentukan apa yang diandaikan dan dalam situasi ini, kita terus kepada tanggapan yang menonjol, terutamanya apabila kualiti inferens adalah penting. Oleh itu, strategi amnya ialah kita patut meletakkan pada hujah dan penjelasan tanggapan yang:

(a) Berkemungkinan dalam konteks, atau

(b) Memahami apa yang diperkatakan; atau

(c) Nampak perlunya membuatkan penaakulan sekuat mungkin (jika benar)

� Sesuatu kes tidak boleh dinilai bagi menyokong kepercayaan atau keputusan

melainkan individu jelas akan apa kesnya. Seseorang perlu menentukan alasan dan kesimpulan yang dibuat dalam kes itu.

� Bahasa penaakulan menggunakan beberapa jenis perkataan dan frasa, dikenali sebagai „penunjuk kesimpulan‰, yang menunjukkan satu kesimpulan dibina daripada sesuatu dakwaan.

� Peta Pemikiran digunakan dalam pemahaman dan penilaian sesuatu penaakulan merangkumi satu senarai persoalan penting seperti:

� Apakah kesimpulan/beberapa kesimpulan utama;

� Apakah sebab dan strukturnya;

� Apa yang diandaikan;

� Menjelaskan apa yang diperlukan;

� Adakah alasannya boleh diterima atau tidak; dan

� Apakah penilaian keseluruhan apabila analisis sesuatu hujah

dilakukan.

� Dalam penilaian penerimaan alasan, persoalan penting yang perlu ditanya merangkumi:

� Sama ada alasan itu diterima atau tidak

� Adakah penaakulan menyokong kesimpulannya

� TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN 80

� Adakah terdapatnya pertimbangan/hujah lain; dan

� Apakah penilaian keseluruhan.

� Enam langkah terlibat dalam pertimbangan penerimaan secara mahir sesuatu dakwaan adalah:

� Sejauh manakah dakwaan boleh dipastikan;

� Adakah konteks dakwaan mempengaruhi penerimaannya;

� Adakah dakwaan memerlukan keputusan pakar;

� Adakah dakwaan diketahui atau dipercayai ramai;

� Sejauh manakah dakwaan selari dengan kepercayaan kita yang lain; dan

� Adakah dakwaan dibuat daripada sumber yang boleh dipercayai.

� Dalam mempertimbangkan kredibiliti sesuatu sumber dengan mahir, kriteria utama yang memerlukan perhatian adalah reputasi sumber yang boleh dipercayai:

� Sama ada sumber mempunyai kepentingan sendiri;

� Sama ada terdapatnya bukti/keesahan daripada sumber-sumber bebas;

� Sama ada sumber mempunyai kepakaran atau latihan berkaitan;

� Sifat dakwaan itu sendiri;

� Sama ada sumber boleh memberi alasan yang boleh dipercayai bagi dakwaan yang dibuat.

� Apabila kita berhujah tentang sesuatu kes, kesimpulan adalah dirujuk (dibuat inferens) daripada alasan-alasan.

� Bagi mencapai kejayaan dalam sesuatu hujah dalam menjustifikasikan kesimpulannya, alasannya mestilah benar atau sekurang-kurangnya boleh diterima dan inferens yang didapati daripada alasan-alasan itu perlulah inferens yang baik.

TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN � 81

Inferens

Keesahan deduktif

Kredibiliti sumber

Penaakulan

Penerimaan dakwaan

Penerimaan sebab

Peta pemikiran

1. Jika iklim dunia menjadi lebih panas, ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan

akan cair dengan kadar yang sangat pantas. Jika ais cair kita akan melihat kesan air naik di lautan. Terdapat bukti paras air naik, jadi iklim dunia mestilah lebih panas. Adakah hujah ini mempunyai andaian implisit?

2. Dalam setiap contoh berikut, tentukan sesuatu yang diandaikan secara implisit dan jelaskan bagaimana tanggapan mempengaruhi inferens (adakah ia membuatkannya lebih diterima atau menunjukkan yang ia lemah)?

(a) Jika sebuah bangunan itu terbakar habis, apa yang tinggal hanya debu dan serpihan batu. Sekarang terdapat debu dan serpihan batu. Oleh itu, bangunan telah terbakar habis.

(b) Seorang guru sedang berbual dengan rakan sekerjanya tentang muridnya, Jones, sebelum peperiksaan. Beliau mengatakan bahawa Jones telah bekerja keras, maka dia akan lulus peperiksaan.

Moore, B. N., & Parker, R. (2005). Critical thinking (8th ed.). New York: McGraw

Hill. Vaughn, L. (2004). The power of critical thinking: Effective reasoning about

ordinary and extraordinary claims, USA: Oxford University Press. Wright, L. (2001). Critical thinking: An introduction to analytical reading and

reasoning. New York: Oxford University Press.