31
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI SEMESTER 1 PANDUAN PEMBELAJARAN ___________________________ PENGAJIAN PROFESIONAL _____________________________________ EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada November 2008

17097218 -murid-dan-alam-belajar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

murid dan alam belajar

Citation preview

Page 1: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUSEKOLAH RENDAH (PGSR)MOD KURSUS DALAM CUTI

SEMESTER 1

PANDUAN PEMBELAJARAN___________________________

PENGAJIAN PROFESIONAL_____________________________________

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUPEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABerkuat kuasa pada November 2008

Page 2: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

NAMA PELAJAR : SELVAM A/L PERUMAL

NO.K.P. : 660119-05-5409

OPSYEN : PGSR- BAHASA TAMIL

AMBILAN : November 2008

Semester : Satu

Nama Mata Pelajaran : EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar

Email : [email protected]

PENGENALAN

Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai konsep alambelajar murid; pelbagai teori pembelajaran; implikasi faktor perbezaanindividu, motivasi, gaya pembelajaran terhadap pemilihan dan pengaplikasianpendekatan dan strategi pengajaran pembelajaran.

Di samping interaksi dengan pensyarah pada masa cuti, anda bolehmenggunakan panduan pembelajaran ini untuk memperkukuhkanpengetahuan dan kemahiran anda dalam beberapa tajuk (Tajuk 1 – 7). Harapanda mendapat pengalaman belajar yang menarik dan mencabar.

HASIL PEMBELAJARAN

(1) Menjelaskan konsep alam belajar dan pengajaran-pembelajaran

(2) Menjelaskan kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.

(3) Menghuraikan teori-teori pembelajaran utama dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran.

(4) Memilih dan mengaplikasi pendekatan serta strategi pengajaran pembelajaran yang sesuai berdasarkan teori pembelajaran

(5) Mengaplikasi pengetahuan tentang perbezaan individu, gaya pembelajaran dan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

(6) Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Page 3: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

TAJUK 1 ALAM BELAJAR

PENGENALAN

KONSEP ALAM BELAJAR

Alam belajar murid terdiri daripada dua komponen. Cuba kaji Rajah 1 dan

nyatakan dua komponen itu. Di bawah setiap komponen, nyatakan elemen-

elemennya.

Alam Fizikal:-

Fizikal boleh diibaratkan sebagai ‘guru yang kedua’ bagi seseorang pelajar

dalam bilik darjah. Alam fizikal banyak mencerminkan gaya pengajaran seorang guru

di bilik darjah. Sususan kerusi dan meja , pokok-pokok dalam pasu, gambar-gambar

pemandangan, papan kenyataan , hasil kerja pelajar akan mengwujudkan satu

keadaan yang kondisif untuk seseorang pelajar.Penyusunan meja kerusi pelajar

sebagai gaya auditorium, gaya bersemuka ,gaya off-set ,gaya seminar dan gaya

cluster akan membantu pelajar untuk meningkatkan pelajaran mereka.

Psikososial:-

Faktor psikososial seperti nada suara yang sesuai, suasana yang kondusif ,

tingkah laku yang diterima dan saling berbudi bahasa akan membantu seorang

pelajar dalam aspek keselamatan dan keselesaan mereka dalam persekitaran

sekolah.Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah

Page 4: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

didampingi, beramah tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang

keselamatan dan keselesaan pelajar akan memenuhi keperluan-keperluan

psikososial murid-murid yang diajar.

KOMUNITI PEMBELAJARAN

Pembelajaran murid amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Teori Ekologi

Bronfenbrenner menjelaskan pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap

perkembangan dan pembelajaran individu.

Cuba melayari internet tentang teori ini dan nyatakan elemen-elemen dalam

setiap sistem dalam model Bronfenbrenner.

1. Mikrosistem.

Persekitaran yang terdekat dimana kanak-kanak mempunyai interaksi secara

langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh ibubapa, adik

beradik,rakan-rakan,jiran dan guru.

2. Mesosistem.

Perhubungan antara mikrosistem.Apa yang berlaku dalam satu mesosistem boleh

mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan rumah

boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh rumah-sekolah, rumah

jiran, sekolah-jiran.

3. Ekosistem.

Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung

tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada

kanak-kanak dan dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh

Page 5: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

sekolah-pasar raya, kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang

dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi

perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

4. Makrosistem.

Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma ,nilai-nilai dan amalan

masyarakat . Misalnya dalam sesetengah masyarakat peranan jantina dititik

beratkan (santrock 200H).Di sesetengah Negara, kaum lelaki diberi peranan yang

lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan

yang penting

5. Kronosistem.

Perubahan keadaan dalam sesuatu tempat masa .Misalnya kanak-kanak hari ini

lebih berfokus kepada permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak

dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

Interaksi elemen-elemen dalam 5 sistem ekologikal Teori Ekologi

Bronfenbrenner boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid.

Apakah implikasi teori ini kepada anda sebagai seorang guru?

Implikasi Sistem Teori Ekologi Bronfenbrenner kepada guru.

Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek dan

rohani seorang pelajar. Persekitaran yang membina dan positif akan membantu

pelajar mencapai kecemerlangan dalam akedemik manakala persekitaran yang tidak

sesuai atau negatif akan membantutkan segala usaha yang diambil oleh pelajar

Page 6: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

tersebut. Persekitan yang diwarisi oleh seorang pelajar akan membentuk tingkah

laku yang akan mencorakkan perkembangan akedemik dan sahsiah. Oleh yang

demikian persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid

secara mutlak.

PERANAN DAN KEPENTINGAN MAIN DALAM PEMBELAJARAN MURID-MURID

Pernahkah kita berfikir bahawa kanak-kanak memerlukan main dalam

perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif.Terdapat 2 kategori main iaitu

permainan sosial dan permainan kognitif. Dengan merujuk kepada nota kuliah

dan carian internet, cuba senaraikan 3 jenis permainan tradisional

untuk setiap kategori.

Permainan Sosial

1. Permainan congkak

2. Permainan batu seremban

3. Permainan main guli

Permainan Kognitif

1. Permainan galah panjang

2. Permainan lari ikat kaki

3. Permainan tingting

Pilih satu permainan tradisional dan nyatakan kepentingannya kepadaperkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak.

Jenis Permainan Tradisional: Permainan sepak raga bulatan

Perkembangan Intelek Perkembangan sosioemosi

Perkembangan Fizikal

Dapat belajar cara mengimbangkan bola dalam bulatan yang ditetapkan

Dapat berkomunikasi dengan baik dan tunjuk ajar yang berterusan untuk mengimbangi bola.

Pergerakan kaki, tangan,mata dan badan.Permainan yang memerlukan pergerakan pantas.

Page 7: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

TAJUK 2 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KONSEP PENGAJARAN

Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu

pengetahuan yang meliputi aktiviti 1perancangan, 2pengelolaan, 3penyampaian,

4bimbingan dan 5penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk

menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu,

menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar

untuk belajar dan mencabar pelajar kearah pencapaian potensi optimum.

Apakah respon anda terhadap gambar di bawah yang dikaitkan dengan konsep

pengajaran dan pembelajaran?

Gambar 1 adalah berkaitan pengajaran seorang ibu kepada anaknya di rumah. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dimana banyak tumpuan adalah kepeda proses pengajaran dan tunjuk ajar oleh ibu.

Gambar 2 adalah bimbingan seorang guru kepada anak muridnya dimana guru mengambil berat tentang pelajaran anak muridnya.

Gambar 3 adalah berkaitan pembimbing rakan sebaya dimana rakan sekelas akan membantunya dalam proses pembelajaran.

KONSEP PEMBELAJARAN

Konsep pembelajaran adalah perubahan tingkah laku. Ramai ahli psikologi

menyatakan pembelajaran adalah proses, melalui latihan atau pengalaman

organisma, dan menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal.

Page 8: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE

Gagne(1968) mengatakan pembelajaran bergerak daripada tahap yang paling

mudah kepada yang kompleks. Beliau telah mengenalpasti lapan jenis

pembelajaran dan setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar

telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.

Dalam jadual hieraki pembelajaran Gagne(1968), lengkapkan ciri-ciri

pembelajaran untuk setiap peringkat.

Hieraki Pembelajaran Ciri-ciri Pembelajaran yang berlaku & Contoh1. Pembelajaran Isyarat Seseorang individu mempelajari gerak balas

terhadap sesuatu isyarat.Contohnya,apabila seseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk.

2. Pembelajaran Gerak Balas Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekalkan.Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80 %.Ibunya memberi pujian,”bagus,Ali pandai”.Ali akan mengulangi tingkah laku itu lagi untuk mendapatkan pujian daripada ibunya.

3. Rangkaian Motor Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permainan,muzik,elektronik,mekanikal dan lain-lain.Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.

4. Pertalian Bahasa Untuk menyatakan sesuatu prinsip,pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan fakta,data,dan konsep.Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa.Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu.

5. Diskriminasi Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu,untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan.Pada masa yang sama,pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbanding maklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yang

Page 9: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

berlainan.Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.

6. Konsep Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi,iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat.Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa.Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.

7. Hukum Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus,prinsip dan generalisasi.

8. Peneyelesaian Masalah Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip,rumus,generalisasi,konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam penyelesaian masalah,iaitu mengenal masalah,mencari maklumat,membuat hipotesis,membuat pilihan ,membuat rumusan.

KLASIFIKASI HASIL PEMBELAJARAN GAGNE

Gagne juga telah mengklasifikasi hasil pembelajaran kepada lima jenis

pembelajaran. Dengan merujuk kepada nota kuliah dan carian internet, sila

lengkapkan jadual di bawah.

Kategori HuraianMaklumat lisan Mendapatkan semula maklumat yang

disimpan:Keadaan dalaman yang menyokong termasuk:-ilmu sedia ada;-strategi untuk memperoses maklumat baru;

Kemahiran Intelek Operasi mental yang membolehkan murid-murid memberi respon kepada

Page 10: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

pelbagai konsapsi mereka berhubung dengan persekitaran di mana mereka berada.Keadaan dalaman yang menyokong.

Strategi Kognitif PerencanganKawalan diriPemantuan pemikiran dan pembelajaran oleh murid-murid termasuk:-khusus kepada tugas-umum-eksekutif

Sikap Satu keadaan dalaman atau semulajadi yang mempengaruhi pilihan tindakan seseorang;

Kemahiran motor Kebolehan untuk melakukan pergerakan fizikal mengikut urutan;Melibatkan tiga tahap:

(i) Belajar urutan yang berkenaan;

(ii) Amalkan pergerekan tersebut;

(iii) Murnikan pergerakan berasaskan maklum balas daripada persekitaran;

TAJUK 3 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

PENGENALANPernahkah anda mengenali dan membaca hasil penemuan bagi tokoh-tokoh

yang berkaitan dengan teori pembelajaran di bawah?:

Jean Piaget ,SeymourPapert ,Jerome Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey

Apa pula tanggapan dan persepsi anda terhadap gambar di bawah? Apakah

yang anda fikirkan? Adakah anda pernah melihat sebelum ini? Mungkin anda

pernah mempelajarinya sewaktu mengikuti kursus perguruan diperingkat sijil

perguruan sebelum ini. Berikan respon anda.

Page 11: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

Dengan menggunakan format yang disediakan, anda dikehendaki membuat

catatan tentang ujikaji yang dilakukan oleh setiap tokoh teori pembelajaran serta

hasil penemuannya. Kemudian anda harus memberikan komen terhadap hasil

penemuan tokoh berkenaan.

Tokoh Ujikaji Hasil Dapatan Komen

Burrhus F. Skinner

(1904 – 1990)

Kotak Skinner. Seekor tikus yang sedang melompat-lompat disekeliling kotak tiba-tiba menekan butang yang akan mengeluarkan seketul makanan.Tanpa membuang masa tikus itu akan mengulangi menekan butang tersebut untuk mendapatkan makanan.

Jika seorang kanak-kanak diberi pujian selepas melakukan susuatu yang diingini ,maka kanak-kanak itu akan mengulangi lagi tingkah laku tersebut untuk mendapatkan pujian atau pun peneguhan.

Faktor ganjaran iaitu peneguhan positif dan dendahan iaitu peneguhan negatif akan berperanan membentuk perkembangan kanak-kanak. Peneguhan positif perlu dipergiatkan dari masa kesemasa dan peneguhan negatif perlu dihentikan.

Albert Bandura

(1925 –

Kajian patung Bobo yang berfokuskan kepada pola tingkahlaku berhubung kait dengan tingkahlaku agresif .

Kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan.Melalui proses memerhati orang lain,seseorang

Pemerhatian dan pengekalan merujuk kepada perolehan atau pembelajaran sesuatu tingkahlaku, manakala penghasilan

Page 12: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

sekarang) individu membentuk satu idea bagaimana kelakuan dilaksanakan dan apakah kesannya.

semula dan motivasi menentukan mutu atau kualiti mencontohi tingkahlaku yang dikenalpasti.

Ivan PetrovichPavlov (1849 - 1936)

Melatih anjing untuk mengeluarkan air liur apabila kedengaran bunyi loceng.(konsep rangsangan dan gerakbalas)

Pavlov berpendapat pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan anatar rangsangan dengan gerak balas.

Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan ini dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan inimdikenali sebagai pelaziman klasik.

Abraham Maslow

( 1908- 1970)

Hirarki keperluan Maslow.Keperluan Fisiologi, keselamatan, kasih sayang, harga diri dan penyempurnaan kendiri.

Keperluan manusia boleh disusun mengikut satu hirarki bermula dengan keperluan fisiologi,diikuti dengan keselamatan,kasih sayang,harga diri dan berakhir dengan penyempurnaan kendiri.

Secara semulajadi murid-murid kita hendaklah mempunyai kawalan kendiri ke atas apa yang hendak mereka pelajari, bertindak ke ats persekitaran dan membuat pilihan atau keputusan, setiap individu berusaha bersungguh-sungguh untuk menimba pengalaman seharian dan guru menjadi fasilitator.

Jean Piaget

(1896- 1980)

Kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif.

Dua proses penting dalam membina kefahaman tentang dunia persekitaran ialah organisasi dan adaptasi.Adaptasi dibahagikan kepada asimilasi

Emapat tahap perkembangan berkait rapat dengan umur. Setiap tahap perlu diberi penekanan khusus mengikut tahap

Page 13: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

dan akomodasi. perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut.

Lev Vygotsky

( 1896- 1934)

Kebolehan intelek adalah spesifik kepada budaya di mana kita dipelihara dan dibesarkan. Kebanyakan daripada apa yang kita berfikir dan cara berfikir dipengaruhi oleh budaya.

Murid-murid biasanya membina pengetahuan secara individu serta sosial. Penyediaan persekitaran yang kondusif akan membantu pelajar menilai dan memanipulasi persekitara tersebut.

Guru harus memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi mencari inteprestasi maing-masing. Setiap murid adalah berbeza dan guru harus memainkan peranan sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pembelajaran murid-murid.

TUGASAN

Anda di kehendaki menyediakan satu portfolio berkaitan dengan teori

pembelajaran dengan mengemukakan sekurang-kurangnya dari 3 bahan yang

berbeza dari sumber-sumber tertentu bagi setiap teori pembelajaran, iaitu teori

pembelajaran behavioris, teori kognitif dan konstruktivis, teori humanistik dan

teori pembelajaran sosial.

REFLEKSI

Anda perlu membuat refleksi serta menilai setiap teori pembelajaran yang

dipelajari dan menganalisis sejauh manakah teori-teori itu berguna dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dengan berpandukan kepada mata pelajaran

major masing-masing.

TAJUK 4 MODEL, PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH

Page 14: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

PENGAJARAN

Berpandukan kepada bahan yang dikumpulkan, anda perlu merumuskan dengan

bantuan satu pengurusan grafik untuk membanding beza teori-teori

pembelajaran yang dibincangkan.

PENGENALAN

Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti

perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa

model pengajaran yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai

panduan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih

berkesan

JENIS-JENIS MODEL PENGAJARAN.

1. Model Pemprosesan Maklumat

• Konsep

• Pengajaran konsep

- Inkuiri

- Ekspositori

• Implikasi Model Pemprosesan Maklumat dalam pengajaran dan

pembelajaran.

2. Model Behavioral

• Pengajaran Langsung (Direct Instruction) untuk penguasaan kemahiran

Page 15: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

• Pembelajaran Masteri

• Implikasi Model Behavioral dalam pengajaran dan pembelajaran

3. Model Sosial

• Pembelajaran Koperatif

• Main Peranan & Simulasi

• Implikasi Model Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran

4. Model Personal

• Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora)

- Kesedaran Peribadi

- pemupukan konsep kendiri dan harga diri yang tinggi

• Implikasi Model Personal dalam pengajaran dan pembelajaran

Jenis ModelPengajaran

Contoh Huraian Implikasi terhadapPengajaran danPembelajaran dalambilik darjah

1. Model pemprosesanMaklumat

Inkuiri Model ini,murid melibatkan diri dalam menguji konsep dan hipotesis.

Murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, menganalisis data,menyemak hipotesis dan membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul.

Ekspositori Model ini murid akan akan menerima isi pelajaran dari guru.

Murid tidak digalakkan memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari.Mereka hanya mempelajari apa yang patut dipelajari sahaja.

2. Model Behavioral

PengajaranLangsung

Model ini berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara

Kaedah ini agak sesuai untuk mengajar bacaan dan metematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang

Page 16: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

langsung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran.

mirip kepada penerokaan dan penemuan.

Pembelajaran Masteri

Model ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran dimana faktor perbezaan individu diambil kira.

Dalam kaedah ini isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid-murid agar murid dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing

3. Model Sosial PembelajaranKoperatif

Model pembelajar ini berfokuskan kepada perkembangan konsep dan kemahiaran melalui kerja berkumpulan.

Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan anatar ahli kumpulan dan pembelajaran ini juga mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid.

Main Peranan& Simulasi

Main peranan membantu murid-murid memahami tingkahlaku sosial ,peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan berkesan. (Watak lakonan) Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demonstrasi,praktis dan latihan khusus.

Main peranan amat berguna dalam P&P sains sosial di mana murid-murid kita dapat memahami keprihatinan,nilai dan perspektif orang lain. Simulasi membantu murid-murid untuk melihat perwakilan objek yang sebenar.

Page 17: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

4. Model Personal Synectics Model ini mengajar kemahiran menyelesaikan masalah,aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain.

Murid-murid akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk mengaplikasi prosedur-prosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.

DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP PENDEKATAN

Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Ia merujuk kepada cara

bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Terdapat

beberapa pendekatan yang boleh anda guna di dalam bilik darjah iaitu

pendekatan induktif, deduktif, integratif, eklektik dan tematik.

AKTIVITIBerdasarkan pengalaman anda, terangkan satu contoh pelajaran/aktiviti untuksetiap jenis pendekatan

JenisPendekatan

Prinsip Pembelajaran Contoh aktiviti

Induktif Mengajar dari spesifik ke umum

Pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu penulisan.Tajuk yang khusus perlu diberi penerangan yang jelas dengan membentuk soalan-soalan yang berkaitan secara lisan dan mengembangkan tajuk dengan fakta-fakta yang relevan.

Deduktif Mengajar dari umum ke spesifik

Pengajaran mata pelajaran Sains.Membuat ujikaji berkaitan tajuk yang diajar supaya pelajar dapat meneroka hubungan antara elemen-elemen yang khusus.

Integratif Mengintegrasi isi kandungan &

Tugasan kumpulan yang diberikan oleh guru.Pelajar akan menggunakan

Page 18: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

kemahiran ke dalam satupelajaran

kemahiran asas komunikasi untuk berfikir,mensistesis dan memberi pendapat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.Pendekatan ini lebih berpusatkan kepada pelajar.

Eklektif Kombinasi deduktif, induktif atauIntegrative

Lembaran kerja yang diberikan oleh guru kepada pelajar untuk sesuatu mata pelajaran akan lebih menitik beratkan perbezaan individu dari segi minat, kebolehan,pengalaman, pengetahuan sedia ada.Pelajar dapat menyiapkan kerja yang diterima kerana ia menepati aras kebolehannya.

Tematik Mengajar pelajaran mengikut satutema sahaja

Guru mengajar tajuk yang sama bagi satu minggu untuk semua mata pelajaran.Tema yang sama akan diperjelaskan mengikut mata pelajaran yang diajar. Contohnya pengajaran haiwan peliharaan akan diperjelaskan dalam Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Metematik dan Sains.Tema yang sama akan diajar oleh semua guru.

DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP STRATEGI

Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh didefinisikan kebijaksanaan

memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan supaya boleh

menghasilkan pencapaian yang optimum.

Strategi-strategi yang boleh digunakan dalam bilik darjah adalah seperti berikut:

Page 19: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

• Strategi Pemusatan guru

• Strategi Pemusatan murid

• Strategi Berasaskan bahan

• Strategi Berasaskan tugasan/aktiviti

AKTIVITI

Anda dikehendaki melayari internet http://vels.vcaa.vic.edu.au/support/ teaching.

Html atau merujuk sumber-sumber lain untuk memahami dengan mendalam

strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PEDAGOGIBESTARI

Elemen-elemen bestari yang terkandung dalam Kursus Latihan Guru Bestari

melibatkan:

4. Ciri-ciri pelajar (kecerdasan pelbagai, kecerdasan emosi dan gaya

pembelajaran)

2. Pendekatan Pembelajaran (Pendekatan berpusatkan pelajar, individu,

berfikrah, berbantukan teknologi, berasaskan otak dan berasaskan projek)

5. Strategi Pengajaran-Pembelajaran (strategi-strategi direktif, pemerhatian,

mediatif, 19uclear19c19, kolaboratif, pemudahcaraan, konteks luar, kontekstual,

kajian masa depan dan strategi metakognitif)

AKTIVITI

Sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian(RPH) untuk mata pelajaran yang

anda mengajar di sekolah. Anda dikehendaki mengintegrasikan elemen-elemen

Page 20: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

bestari yang sesuai ke dalam RPH anda.

Anda boleh melayari website ini: http://www.moe.gov.my untuk mengetahui

dengan lebih mendalam tentang sekolah bestari.

INTEGRASI KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN

Kemahiran 20uclear melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan,

kemahiran belajar, kemahiran menilai dan mentaksir dan kemahiran teknologi

maklumat dan komunikasi. Sebagai seorang pendidik dan pelajar, kemahiran ini

amat penting dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Cuba

dapatkan maklumat lanjut dari sumber-sumber rujukan yang sesuai dan

persembahkan maklumat ini dalam bentuk grafik. Pemilihan bentuk grafik

(jadual/peta minda/pengurusan grafik) adalah bebas. Simpan latihan ini di dalam

portfolio anda

TAJUK 5 PERBEZAAN INDIVIDU DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli

dalam satu kumpulan individu dalam aspek temperamen, tahap tenaga, pola

persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak (Borich & Tombari,

1997).

Slavin (2005) pula menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam

konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau menjelaskan kepelbagaian murid

dari segi tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran,

Page 21: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakar serta minat.

Perbezaan Individu

1. Budaya dan Etnik

2. Jantina

3. Kecerdasan

4. Gaya Pembelajaran

5. Sosio ekonomi

TEORI KECERDASAN PELBAGAI GARDNER

Howard Gardner telah memperkenalkan 9 jenis kecerdasan. Di bawah adalah

jadual yang menunjukkan jenis-jenis kecerdasan yang ada pada setiap orang.

Cuba layari internet dan lengkapkan sifat-sifat utama untuk setiap jenis

kecerdasan.

Kecerdasan Pekerjaan Sifat-sifat UtamaLogik Matematik Saintis, pakar statistik

ahli nuklear, ahli kaji

bintang

-Berminat dengan nombor.-Suka pada penaakulan dan penyelesaian masalah.-Gemar menyukat, mengukur dan mengurus data.

Linguistik/Bahasa Pengarang,penyair,

wartawan, pemidato, ahli

politik

-Berminat dengan perkataan,sama ada lisan atau bertulis.-Mahir membaca, menulis, bercerita dan menghafal perkataan.-Gemar membaca dan mencatat nota.

Muzikal Penggubal lagu, penyanyi,

pemain alat-alat muzik

-Gemar dengan ritma, muzik dan pendengaran.-Peka terhadap bunyi, ritma dan pic.-Boleh menyanyi, bermain alat muzik, dan

Page 22: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

menggubah lagu.-Menggunakan lagu atau ritma untuk belajar.

Ruang (Spatial) Pelaut, juruterbang,

pelukis

-Gemar berkaitan ruang.-Mahir dari segi visualisasi dan manipulasi objek secara mental.-Mempunyai ingatan visual yang kuat.-Mahir dari segi kordinasi mata-tangan.-Cenderung kepada seni.

Kinestetik badan Penari, ahli sukan, ahli

Gimnastik

-Gemar dengan kemahiran pergerakan motor halus.-Cenderung kepada sukan,tarian atau lakonan.-Belajar melalui aktiviti fizikal.

Interpersonal Juru jual, kaunselor, guru -Gemar berinteraksi dengan orang lain.-Bersifat ekstrovert dan pandai berkomunikasi.-Boleh bekerjasama dalam kelompok.-Gemar melibatkan diri dalam perbincangan atau perbahasan.

Intrapersonal Ahli ulama, ahli falsafah,

ahli psikologi dan ahli

teologi.

-Berkaitan dengan kapasiti introspektif dan refleksi kendiri.-Bersifat introvert dan gemar bekerja perseorangan.-Mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi.-Bersifat memahami emosi, matlamat dan motivasi sendiri.

Naturalist Ahli botanist, ahli pencinta

Alam

-Gemar berkaitan dengan alam semulajadi.-Berupaya menghubungkait maklumat dengan persekitaran semulajadi.-Gemar menanam tumbuh-tumbuhan.-Gemar berinteraksi dengan haiwan.

Existentialist Individu yang berminat -Berkobolehan untuk menimbulkan dan

Page 23: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

tentang hayat, evolusi

manusia dan kematian

membuat refleksi mengenai persoalan berbentuk falsafah, berkaitan dengan kehidupandan kematian.

GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (2000)

Perbezaan Individu yang kedua dan relevan dengan profesion kita adalah

perbezaan gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran sesorang merujuk kepada

stail pembelajarannya. Pada umumnya terdapat tiga jenis gaya pembelajaran

iaitu Visual, Audio dan Kinestetik. Akan tetapi, Dunn & Dunn (2000)

memperkenalkan lima rangsangan yang boleh mempengaruhi gaya

pembelajaran seseorang. Jadual berikut menunjukkan faktor-faktor yang

memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya pembelajaran murid.

Lengkapkan ruang yang kosong.

Faktor Faktor Huraian

Rangsangan

Persekitaran

Cahaya Ada pelajar yang suka belajar suasana terang dan sederhana terang. Tidak ramai pelajar yang suka belajar dalam cahaya yang malap dan terlalu terang.

Bunyi Ada pelajar yang suka belajar dengan bunyi muzik dan ada pelajar yang suka belajar dalam keadaan yang senyap dan sunyi.

Suhu Suasana sejuk dan nyaman dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran

Reka bentuk tempat Susunan kerusi meja

Page 24: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

Belajar dalam bilik darjah yang selesa dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran.

Rangsangan Emosi Motivasi Motivasi intrinsik dan ekstrinsik.Motivasi intrinsik suka belajar dengan insiatif sendiri dan motivasi ekstrinsik suka mengikut yang berstruktur daripada guru.

Keazaman & Tanggung-

Jawab

Pelajar yang mempunyai keazaman yang kuat akan mengambil insiatif sendiri dan dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang.

Struktur Pelajar yang struktur suka membuat peraturan sendiri dan mengikut apa yang distruktur.

Sosial Perseorangan Suka belajar secara sendiri dan tidak berharap orang lain berdamping dan mengganggunya semasa belajar.

Berpasangan Belajar bersama rakan karib dan boleh memperolehi banyak kemajuan melalui interaksi dua hala.

Berkumpulan Gaya pembelajar merangkumi ciri perbincangan dan kerjasama.

Orang dewasa Belajar bersama orang yang disanjung contohnya seperti ibubapa.Orang dewasa dapat menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi.

Fisiologi Masa Belajar Memilih waktu tertentu untuk belajar.Ada pelajar yang lebih suka belajar pada waktu pagi ataupun pada waktu malam.

Mobiliti Terdapat belajar yang suka berdiri atau berjalan

Page 25: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

sana sini semasa belajar. Ada pelajar yang suka menukar tempat duduk kerap kali semasa belajar.

Pemakanan Terdapat pelajar yang suka makan, atau minum semasa belajar.

Persepsi Terdapat pelajar yang membuat andaian semasa belajar.

Psikologi Otak Kiri & Otak Kanan Mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang logik, analitis, bahasa, fakta, matematik dan ingatan.(kiri)Mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang kreatif, sintesis, warna, rekabentuk, perasaan, irama, muzik dan imaginasi.(Kanan)

Refleksi Pelajar yang suka belajar dengan cara berfikir.

Gerak hati Belajar bergantung kepada angin atau moodnya.

Global/Analitik Suka belajar sesuatu dengan teliti. Suka menganalisis fakta dan isi pelajaran secara terperinci dan secara menyeluruh.

REFLEKSI DAN TUGASAN:

Dalam pengajaran seharian anda, pernahkah anda jumpa murid yang

mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza? Cuba anda senaraikan

perbezaan-perbezaan itu. Dengan mengambilkira perbezaan murid anda,

sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian yang mengandungi aktiviti yang

bersesuaian dengan kepelbagaian kecerdasan dan gaya pembelajaran murid.

Cuba anda hasilkan RPH berdasarkan mata pelajaran major anda dan serah

kepada pensyarah untuk disemak.

Page 26: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

TAJUK 6 MOTIVASI UNTUK PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Motivasi bermakna sesuatu kuasa yang mendorongkan seseorang melakukan

sesuatu untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang penting yang

membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif, disamping menjadikan

proses pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah dan

menggembirakan (Kamarudin Hj Husin, 1993)

Santrock (2008) mengatakan “motivation is the reason why people behave the

way they do. Motivated behavior is energized, directed, and sustained”. Motivasi

adalah kuasa yang menggerakkan manusia mencapai sesuatu matlamat.

Terdapat dua jenis motivasi yang umum. Beri definisi untuk setiap jenis motivasi

dengan contoh.

1. Motivasi Ekstrinsik: Huraian: Motivasi ini adalah penggerak yang mendorong pelajar

untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran nyata yang disediakan. Motivasi ini hanya

berfokuskan kepada ganjaran yang diberi.

Contoh: Ganjaran yang jelas dan nyata seperti member markah, gred,agregat,keistimewaan ,

penghargaan, pujian persaingan dan sebagainya.

2. Motivasi Intrinsik: Huraian: Motivasi ini menggerakkan pelajar untuk melakukan sesuatu

kerana percaya ia tindakan yang betul dan baik.Motivasi ini wujud dari dalaman pelajar.

Motivasi ini melibatkan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Ia

melibatkan perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara dan melibatkan penggunaan

praktikal perkara yang dipelajari.

Page 27: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

Contoh: Mereka yang gemar mengumpul barang-barang antic sanggup belanjakan ribuan

ringgit kerana motivasi ini akan menggerakkan mereka melakukan perkara ini.

Nilai sesuatu aktiviti atau tugasan mempengaruhi motivasi seseorang

melakukkan sesuatu. Tugasan mempunyai tiga jenis nilai yang penting kepada

murid ,iaitu nilai pencapaian (attainment value), nilai minat atau intrinsik dan nilai

utiliti.

Nilai pencapaian: Pentingnya melakukan sesuatu tugasan dengan baik.

Kejayaan sesuatu tugasan memenuhi keperluan peribadi.

Nilai Intrinsik/Minat: Keseronokan yang didapati dari melakukan sesuatu

tugasan.

Nilai Utiliti: Sumbangan sesuatu tugasan kepada pencapaian sesuatu matlamat.

AKTIVITI APLIKASI

Baca scenario-scenario berikut dan kenalpasti samada aktiviti ini mempunyai

nilai pencapaian,nilai intrinsik atau nilai utiliti.

1. Ibu saya sediakan masakan yang sedap. Masakan beliau menunjukkan

perasaan kasih sayang terhadap keluarga. Beliau juga adalah seorang

isteri dan ibu yang baik. Akan tetapi beliau tidak suka memasak.

Jawapan: Nilai Utiliti.

2. Ayah saya adalah seorang yang handal dalam memberi ucapan umum.

Beliau menunjukkan banyak kualiti kepimpinan. Beliau memegang banyak

jawatan pentadbiran yang penting dalam syarikatnya dan

mempengerusikan majlis gereja. Jadi apabila ayah saya di minta menjadi

Page 28: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

Presiden dalam salah satu aktiviti gereja, beliau setuju walaupun

menghadapi kekangan masa.

Jawapan: Nilai Pencapaian dan Nilai Intrinsik

3. Teresa menghasilkan kraftangan yang cantik. Beliau menghadiahkan

kepada kawan dan keluarga sebagai hadiah. Apabila saya mencadangkan

bahawa beliau sepatut jual kraftangan yang dihasilkan, Teresa

mangatakan itu bukan matlamatnya.

Jawapan: Nilai Intrinsik

4. Jerry adalah murid yang pandai dalam Algebra dan digelar ”professor”

oleh kawan-kawannya. Dia merasa agak malu sebab sebenarnya beliau

tidak suka Algebra. Akan tetapi beliau sedar bahawa dia perlu mencapai

prestasi yang baik dalam matematik supaya dia boleh mencapai citacitanya

sebagai seorang angkasawan.

Jawapan: Nilai Pencapaian

5. Ali menjadi seorang ahli dalam Kelab Alam Sekitar. Beliau menegaskan

bahawa beliau tidak mempunyai kepakaran dalam aspek alam sekitar

tetapi beliau mengakui amat menghargai kecantikan dan ketenangan

alam sekitar.

Jawapan: Nilai Intrinsik

Page 29: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

TEORI-TEORI BERKAITAN MOTIVASI

Teori motivasi boleh dilihat dari perspektif Teori Pembelajaran Tingkahlaku/

Behaviorisme, Teori Pembelajaran Kognitif, Teori Humanisme dan Teori

Pembelajaran Sosial-kognitif. Dengan merujuk nota kuliah dan carian internet

isikan jadual di bawah.

Jadual Menjelaskan Tentang Beberapa Perspektif Tentang Motivasi

Konsep Idea Utama HuraianPerspektif tentangMotivasi

Behaviorisme Sumber motivasi ialah Ekstrinsik.Lebih mementingkan pengukuhan, ganjaran ,imsentif dan dendaan. Ahli teoris Skinner.

Humanistik Sumber motivasi intrinsik. Lebih mementingkan keperluan harga diri, kepuasan kendiri dan penentuan kendiri. Ahli teoris Maslow, Rogers.

Kognitif Sumber motivasi intrinsik.Mementingkan kepercayaan, atribut kejayaan dan kegagalan, jangkaan. Ahli teoris Weiner, Vroom.

Sosial-Kognitif

Sumber motivasi intrinsik.Mementingkan penglibatan dalam komuniti pembelajaran, identiti melalui penglibatan dalam aktiviti kumpulan. Ahli teoris Lave,Wenger.

TAJUK 7 PEMBENTUKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

Page 30: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

HASIL PEMBELAJARAN

(1) Membuat refleksi tentang aspek-aspek yang mempengaruhi persekitaran

bilik darjah

(2) Melakarkan pelan bilik darjah yang mempunyai persekitaran pembelajaran

yang kondusif

PENGENALAN

Cuba renung kembali tajuk-tajuk yang anda telah pelajari. Aspek manakah paling

mempengaruhi persekitaran bilik darjah? Berdasarkan pengalaman anda

sebagai pengurus bilik darjah, bagaimana anda dapat mewujudkan

persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik darjah?

Cuba anda melakarkan pelan bilik darjah yang mempunyai persekitaran

pembelajaran yang kondusif dengan maklumat dan pengetahuan yang diperolehi

sepanjang kursus ini. Rajah di bawah menunjukkan contoh susunan bilik darjah

yang selesa. Selain daripada susunan fizikal bilik darjah yang selesa, apakah

aspek-aspek lain yang harus di beri perhatian dalam menghasilkan persekitaran

pembelajaran yang kondusif?

Contoh susunan bilik darjah sekolah rendah yang selesa

Page 31: 17097218 -murid-dan-alam-belajar

Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif boleh dikekalkan sekiranya tiga perkara ini dipatuhi.

1. Strategi Umum2. Prosedur dan peraturan3. Kerjasama murid

1.Strategi umum- Strategi Autoritatif dan Mengurus kumpulan

Strategi Autoritatif-Guru memantau tingkah laku murid-murid di samping menggalakkan mereka untuk berdikari dari segi pemikiran dan perlakuan.

Mengurus kumpulan1. Menyedari apa yang berlaku dalam bilik darjah.2. Mampu menangani situasi dalam bilik darjah yang bertindan tindih.3. Mengekalkan kesinambungan isi pelajaran yang disampaikan.4. Libatkan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran.

2. Prosedur peraturan1. Rutin pentadbiran2. Pergerakan murid keluar masuk kelas3. Pengurusan bilik darjah4. Rutin pengajaran dan pembelajaran5. Interaksi antara guru dan murid

3.Kerjasama murid 1. Membina hubungan positif dengan murid. 2. Berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama 3. Memberi ganjaran bagi tingkahlaku yang susuai.