Transcript
Page 1: Tugasan Fonetik Dan Fonologi Pn.ariani

KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKASURAT

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 LATARBELAKANG PERJUANGAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA 1

3.0 MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU 3

4.0 PEDOMAN UMUM SEBUTAN BAKU 6

5.0 HALANGAN UNTUK MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU 7 DALAM BIDANG PENDIDIKAN

6.0 PENUTUP 9

7.0 REFLEKSI 10

8.0 RUJUKAN 11

9.0 LAMPIRAN 12

Page 2: Tugasan Fonetik Dan Fonologi Pn.ariani

1.0 Pendahuluan

Artikal bertajuk “Adil terhadap sebutan baku” yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia

pada 7 haribulan Febuari tahun 2000 ini sebenarnya adalah lebih kepada rayuan daripada

Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Profesor Datuk Dr. Nik Safiah Karim. Rayuan ini

mewakili semua tokoh bahasa di Malaysia untuk mengekalkan sebutan baku bahasa Melayu

dalam sistem pendidikan negara ini. Usaha ini seolah-olah merupakan usaha terakhir beliau

untuk mendapatkan sokongan kabinet kerajaan Malaysia untuk mempertimbangkan

kesinambungan perjuangan mendaulatkan sebutan baku bahasa Melayu di Malaysia,

setelah kajian dibuat oleh Menteri Pendidikan Malaysia dan diserahkan ke Parlimen.

“Adil terhadap sebutan baku” diterbitkan juga hasil daripada manifestasi dalam

segala usaha, perancangan dan matlamat akhir tentang sebutan baku bahasa Melayu.

Sejak sebelum merdeka lagi bibit-bibit perjuangan tentang bahasa dan peranannya telah

dijelmakan demi mencapai kegemilangan budaya bangsa dan perpaduan. Kupasan

menyeluruh dalam tugasan ini akan membuktikan “Adil terhadap sebutan baku” bukan

sahaja sebagai “artikel murahan” tetapi ia adalah mewakili “maruah bangsa”.

2.0 LATARBELAKANG PERJUANGAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA

a. Kecelaruan Penggunaan Bahasa Di Malaysia

Harapan dan matlamat artikal “Adil terhadap sebutan baku” adalah mahukan

penggunaan bahasa melayu berada dalam keadaan paling sempurna dalam setiap bidang

dan aspek. Harapan ini perlukan perjuangan. Kita agak “lemas” dan terkadang merasa

marah apabila berlaku pengunaan bahasa melayu yang tidak betul dan diistilahkan sebagai

“kecelaruan bahasa”. Kerap terdapat beberapa kesalahan dalam penggunaan bahasa, yang

terjadi oleh sebab beberapa hal. Pengaruh yang pertama yang kerap terdapat merosakkan

bahasa ialah dari bahasa Inggeris.Dalam sebuah iklan untuk kereta, terdapat ayat ‘di bawah

RM10,000’, sebab timbulnya kesalahan ini jelas apabila terlihat versi Inggerisnya yang

berbunyi ‘under RM10,000’, padahal  mungkin lebih tepat dikatakan ‘kurang daripada

RM10,000’. Kekacauan begini juga terjadi apabila terdapat struktur ayat yang berbentuk

Kata Sifat + Kata Nama dalam bahasa Inggeris, yang bulat-bulat ditiru ke dalam bahasa

Malaysia, seperti Emas Restoran, Sayang Mas Merah Restoran, Pulau Klinik, dan Sentosa

Klinik. Sepatutnya, nama-nama perniagaan ini disebut Restoran Emas, Restoran Minah,

Restoran Sayang Mas Merah, Klinik Pulau dan Klinik Sentosa. Nama-nama perniagaan

yang seperti ini, yang menggunakan bahasa yang salah dari segi tatabahasa adalah

MUKASURAT 1

Page 3: Tugasan Fonetik Dan Fonologi Pn.ariani

merbahaya dalam perkembangan bahasa kalau tidak dibetulkan. Ia mungkin akan

menimbulkan bahasa pasar. Di samping itu terdapat pula kesalahan tatabahasa seperti 

yang terdapat dalam ruangan bahasa Malaysia di akhbar Straits Echo. Bahasanya amat

ganjil dan penuh kesalahan yang menjolok mata, satu daripadanya ialah ayat ini: Malaysia

terletak di hampiran khatulistiwa dan tidak berhampiran. Dari segi sebutan tidaklah terhingga

banyakkannya. Sedikit daripada contoh ini ialah masih ramai penutur bukan bumiputera

yang tidak tahu membezakan dara dengan darah,dada dengan dadah, bahkan kata-kata

yang tidak berakhir dengan h diberi huruf h seperti Tanjung- Bunga, Bagan Datuh, Teluk

Datuh dan lain-lain.

Memang, kalau mahu diperkatakan, banyak lagi kesalahan-kesalahan tatabahasa

seperti ini. Tetapi memadai dengan sedikit contoh di atas. Sebenarnya, kalau suatu model

bahasa baku yang baik harus diperkembangkan maka eloklah kesalahan-kesalahan seperti

ini jangan dibiarkan berpanjangan, ia mesti dibetulkan. Bagaimana cara ini dapat dilakukan

adalah suatu persoalan lain dan terletak di luar dari tugas kertas ini.

b. Memperkembangkan Bahasa Malaysia Baku

Artikal “Adil terhadap sebutan baku” ditulis bersandarkan rumusan ruang likup masa

yang lama dengan menyusuri liku-liku perkembangan Bahasa Malaysia Baku itu sendiri.

Malaysia perlu supaya bahasa kebangsaannya itu diperluaskan bagi membolehkan

kesefahaman berkembang di kalangan rakyatnya.

Kegagalan dalam mempelaksanakan bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 1967

itu disebabkan oleh, pertama sepuluh tahun adalah suatu jangka masa yang amat pendek

untuk mempelaksanakan sebuah bahasa yang masih pada peringkat yang serba kurang

untuk mengambil alih sistem pendidikan dan pentadbiran bagi seluruh negara. Keduanya

dasar kerajaan itu tidak dilaksanakan dengan jujur dan tegas. Kekurangan ketegasan

inilah yang menimbulkan atau menyebabkan sikap yang tidak jujur pula di kalangan

masyarakat Malaysia yang tidak menuturkan bahasa Malaysia. Salah satu daripada

sebabnya ialah mereka tidak percaya penuh kepada sistem pendidikan di Malaysia, lebih-

lebih lagi yang di dalam bahasa Malaysia. Sikap yang tidak jujur dari kalangan ahli

masyarakat telah dengan cara tidak langsung melemahkan kepercayaan orang ramai

terhadap sistem pelajaran dalam bahasa Malaysia. Belajar melalui sekolah kebangsaan

yang mempunyai bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar, merupakan suatu halangan,

dan bukannya kemudahan.

Page 4: Tugasan Fonetik Dan Fonologi Pn.ariani

Usaha dengan menamakan bahasa kebangsaan pada masa itu sebagai bahasa

Malaysia. Walau bagaimanapun yang termaktub di dalam perlembagaan sebagai bahasa

Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Jadi istilah bahasa Melayu masih digunakan di sini

apabila perlu menurut konteksnya.

Selepas 1969, Langkah yang berkesan itu ialah dengan melaksanakan bahasa

Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah secara berperingkat-peringkat,

hingga ke pusat pengajian tinggi pada tahun 1982 dan dalam bidang sains pada tahun

1983. Sebenarnya bahasa Malaysia sudah mampu untuk mengendalikan penyampaian ilmu

dalam bahasa Malaysia di peringkat pengajian tinggi. Taraf bahasa Malaysia juga dari segi

ekonomi dan perjawatan telah dipertinggikan. Kelulusan kepujian bahasa Malaysia di

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia menjadi suatu keperluan bagi mendapat jawatan, ataupun

penetapan dalam jawatan bagi mereka yang sudah ada dalam jawatan. Walaupun banyak

bantahan, pihak Kementerian Pelajaran telah bersikap tegas dan terus melaksanakan

dasarnya. Ini telah menghasilkan suasana yang agak baik.

  Keperluan buku-buku teks dalam bahasa Malaysia yang digunakan di sekolah-

sekolah ditambah bilangannya dan ini dapat dijayakan dengan usaha dan kerjasama DBP.

Guru-guru bahasa Malaysia juga dilatih dengan ramainya dan dilatih semula untuk

membolehkan mereka menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa pengantar di

sekolah-sekolah untuk memperkembangakan bahasa Kebangsaan, sekurang-kurangnya di

kalangan mereka di dalam bidang pendidikan. Penggunaan bahasa Malaysia dalam siaran

radio dan televisyen atau dalam alat sebaran am yang lain diperluas. Siaran ini masing-

masing dikenali sebagai rangkaian Nasional, Biru, Merah dan Kuning. Bahasa yang

digunakan untuk memperkenalkan rancangan-rancangan ini ialah bahasa Malaysia.

Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah,1999). Jika dilihat

dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap

dan kukuh. Peranan bahasa Melayu dalam semua bidang tidak perlu dipertikaikan lagi, ia

merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. Keyakinan negara dalam

meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada

sistemnya yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik

Ismail, 2008 bahawa:

”Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem, dengan asas yang padu dan kukuh ini, bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh ”.

MUKASURAT 2

Page 5: Tugasan Fonetik Dan Fonologi Pn.ariani

Namun sebagai bahasa yang hidup  dan berkembang, bahasa Melayu khususnya

bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman kesultanan Melayu lagi

sehingga pada masa ini. Kini, bahasa Melayu baku menghadapi cabaran dan tekanan

ekoran arus pemodenan dan globalisasi. Penggiat bahasa risau, pendidik bimbang apatah

lagi pejuang bahasa yang melihat kian hari bahasa Melayu kian tersisih. Kegagalan

meletakkan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan

bahasa Melayu baku dengan jayanya.

3.0 MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

a. Definisi Konsep Memartabatkan Bahasa Melayu

Perjuangan akhir artikal ini adalah untuk memartabatkan bahasa Melayu yang

merupakan satu proses pembinaan bahasa yang dijalankan secara berterusan dalam sudut

sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan laras bahasa.

Menurut Nik Safiah Karim (2004 :34), pemantapan sistem bahasa sebagai persediaan

menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu,

teknologi dan segala bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh,

walaupun proses ini masih berterusan dan masih memerlukan pemantapan untuk

memartabatkan bahasa Melayu.

Untuk memartabatkan bahasa Melayu, banyak usaha yang perlu dilakukan oleh

pelbagai pihak khususnya pihak kerajaan. Perkembangan bahasa Melayu dapat

dipraktikkan dalam sistem pendidikan negara. Melalui pendidikan sesuatu perancangan itu

dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah diatur oleh pihak kerajaan.

Pemantapan dari segi pembinaan bahasa itu sendiri perlu seiring dengan perkembangan

pendidikan. Jika kedua-dua konsep ini dapat digabungkan nescaya usaha untuk

memartabatkan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Implimentasi

Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan Negara.

b. Bahasa dan Sebutan Baku Bahasa Melayu

Istilah bahasa baku dan bahasa standard merujuk kepada perkara yang sama. Di

dalam Kamus Dewan 1989, perkataan ‘baku’ ini membawa pengertian “yang (sudah)

diterima umum sebagai betul dan sah….dan dapat dijadikan asas perbandingan” .

Pembakuan merujuk kepada proses pengekodan bahasa. Biasanya pengekodan

bahasa ini membabitkan aspek tatabahasa, sebutan ejaan, pengkamusan dan peristilahan.

Para sarjana telah memberikan definisi kepada konsep bahasa baku. Antaranya Garvin dan

MUKASURAT 3

Page 6: Tugasan Fonetik Dan Fonologi Pn.ariani

Mathiot mendefinisikan bahasa baku sebagai “a codified form of language, accepted by and

serving as a model to a larger speech community”. Definisi oleh Garvin dan Mathiot ini

menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu adalah bahasa baku jika bahasa berkenaan

dikodifikasi dan diterima oleh masyarakat secara umum serta menjadi model kepada

masyarakat bahasa tersebut.

Secara tidak langsung kita boleh katakan bahawa satu persetujuan telah dicapai oleh

sesuatu masyarakat untuk memillih satu variasi daripada beberapa variasi yang ada dalam

masyarakat tersebut untuk dijadikan model yang terbaik sebagai bahasa baku.

Variasi di sini bermaksud kelainan bahasa, iaitu misalnya Kelantan mempunyai

variasi bahasanya ang tersendiri, orang kampung di kawasan pedalaman juga mempunyai

variasinya sendiri. Kelainan ini sebenarnya merupakan cabang-cabang daripada Bahasa

Melayu atau dengan kata lain, kelainan bahasa itu juga dirujuk sebagai dialek.

Definisi yang diberikan oleh Garvin dan Mathiot menyatakan bahawa bahasa baku

itu merupakan bahasa yang dikodifikasi. Maksud kodifikasi ialah hasil pengumpulan serta

penyusunan pelbagai peraturan mengenai sesuatu bahasa sehingga bahasa itu menjadi

suatu keseluruhan yang bersistem dan teratur. Oleh itu bahasa yang telah dikodifikasi

adalah bahasa yang bersistem atau mempunyai peraturan.

Ini tidak bermaksud bahasa-bahasa lain atau variasi-variasi lain tidak bersistem dan

berperatura. Bahasa atau variasi yang tidak dikodifikasi juga mempunyai peraturan atau

sistemnya yang tersendiri. Akan tetapi, sesuatu bahasa atau variasi yang tidak dikodifikasi

mmepunyai kepelbagaian sistem yang mungkin berbeza daripada seorang dengan seorang

yang lain dalam komuniti bahasa tersebut. Contohnya orang Kedah mempunyai variasinya

sendiri, begitu juga orang Perak dan masyarakat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Bahasa baku sering kali menjadi pendebatan dalam kalangan pencinta-pencinta ba-

hasa terutama dalam sebutan bahasa baku. Masyrakat sering kali mempertikaikan ba-hawa

bahasa baku sama seperti bahasa Indonesia. Namun, masyarakat tidak menyedari bahawa

bahasa baku telah lama diamalkan.

“…bahasa Melayu baku telah mempunyai asas sejak berabad-abad yang silam. Bahasa Mekayu telah memiliki tradisi yang teguh dalam hal sistem dan strukturnya. Sistem bahasa yang lahir daripada tradisi itulah yang kita sebut tatabahasa.tatabahasa itulah yang menjadi asas bahasa baku……..” 1

1.Awang Sariyan. 2005, Tuntutan Bahasa, Asas Pegangan Pelajar, PJ Parson Malaysia

Sdn. Bhd ; ms 177

MUKASURAT 4

Page 7: Tugasan Fonetik Dan Fonologi Pn.ariani

Sistem bahasa baku lebih menyeluruh kepada masyarakat kerana ia boleh difahami

oleh semua penutur bahasa tersebut. Sebenarnya bahasa baku ini digunakan hanya dalam

majlis atau situasi-situasi rasmi sahaja. Ramai yang berpendapat bahawa Bahasa Melayu

Johor-Riau sebagai bahasa baku kerana penggunaannya yang meluas dalam bidang

pentadbiran dan juga di sekolah. Sebagai bahasa yang mempunyai penutur yang ramai,

khususnya di negeri Johor, Melaka, Selangor dan sebahagian besar Perak dan juga

berdasarkan faktor sejarah, sudah tentu bahasa ini menjadi asas kepada pembentukan

Bahasa Melayu Baku. Akan tetapi, bukanlah bahasa tersebut merupakan bahasa baku yang

sebenarnya. Dalam proses perkembangan Bahasa Melayu Baku, ia akan membentuk

imejnya tersendiri. Kini Bahasa Melayu Baku adalah Bahasa Melayu yang dikodifikasi dan

seragam sifatnya.

Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan

serentak dengan KBSM (1988). Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah seperti yang

berikut:

i. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat

ii. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna

bahasa digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi.

iii. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, supaya sistem

sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan

tatabahasa, kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah), sistem ejaan, dan

laras bahasa.

iv. Secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta

mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan

penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

di peringkat sekolah

Berdasarkan kenyataan Nik Safiah ini, ternyata bahawa Bahasa Melayu Baku ini

merupakan bahasa milik semua. Bahasa baku ialah bahasa standard, mempunyai

struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa

kata. Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang

utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Sebutan baku pula mencakup

aspek fonologi sahaja. Sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan ejaan)

bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor.2

2. Sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956)

MUKASURAT 5

Page 8: Tugasan Fonetik Dan Fonologi Pn.ariani

4.0 PEDOMAN UMUM SEBUTAN BAKU

Bagi memastikan usaha memartabatkan Bahasa Melayu berjalan lancar, maka suatu

panduan diwujudkan sebagai ikutan ramai. Langkah mewujudkan buku ini juga bukti dan

alasan kepada Datok Dr.Nik Safiah Karim merayu kepada kerajaan supaya adil dalam

memutusakan kesinambungan Bahasa dan Sebutan Baku Bahasa Melayu di sekolah.

Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu ini berdasarkan kepada dokumen-dokumen

pedoman sebutan baku bahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka, khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut :

i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1998.

ii. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1994.

iii. Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991.

Perancangan mengenai pembakuan sebutan bahasa Melayu menjadi salah satu

objektif Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu yang telah termaktub dalam Akta Dewan Bahasa

dan Pustaka 1959 ( Disemak 1978; Pindaan dan Peluasan 1995). Terdapat beberapa

objektif yang dicatatkan sebagai tujuan-tujuan Lembaga Pengelola DBP mengenai perkara

ini iaitu “ untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai

dalam bahasa kebagsaan;”

Sebutan baku di institusi pendidikan khususnya di sekolah telah dilaksanakan secara

serentak dengan KBSM (1988). Matlamat Sebutan baku ini dilaksanakan dengan bertujuan

untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan

dalam situasi yang formal atau rasmi.

           Merujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu 1996: 46 telah

mentakrifkan sebutan baku sebagai sebutan yang digunakan dalam situasi rasmi. Segala

urusan yang ditakrifkan sebagai rasmi termasuklah:

i. Siaran melalui media elektronik seperti pembacaan berita, ulasan, dan pengacaraan

sesuatu majlis.

ii. Ucapan pada khalayak ramai seperti pidato, ceramah, perbahasan, kuliah dan

pengumuman.

iii. Pengajaran dan pembelajaran formal di institusi pendidikan oleh [pegawai

pensyarah, pelajar dan guru.]

iv. Komunikasi rasmi dan perbincangan di sector awam, seperti mesyuarat rasmi, temu

duga ucapan dalam upacara rasmi dan wawancara.

MUKASURAT 6

Page 9: Tugasan Fonetik Dan Fonologi Pn.ariani

Selain itu juga, sebutan baku dilihat bertujuan untuk memantapkan sistem dan struktur

dalaman bahasa Melayu agar sistem sebutannya menjadi mantap sejajar dengan

pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata yang merangkumi perbendaharaan

kata umum dan istilah, sistem ejaan serta laras bahasa.

5.0 HALANGAN UNTUK MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DALAM BIDANG

PENDIDIKAN

a. Halangan daripada Faktor-faktor Kerancuan

i. Faktor yang pertama ialah gangguan daripada bahasa ibunda, dialek atau bahasa daerah,

serta bahasa lisan atau bahasa pasar.  Penggunaan bahasa-bahasa tersebut sedikit

sebanyak mengganggu usaha pembakuan bahasa Melayu kerana dengan penggunaan

bahasa-bahasa tersebut di dalam kehidupan seharian, pengguna bahasa Melayu sukar

untuk membandingkan bahasa baku yang betul dan tidak.

ii. Pengaruh bahasa asing juga merupakan penyebab penutur bahasa Melayu melakukan

kesalahan.  Kesalahan ini berlaku kerana penggunaan istilah yang tidak tepat.  Pengaruh

media massa juga merupakan faktor terpenting yang menyebabkan kerancuan terjadi. 

Bahasa yang digunakan oleh radio, televisyen, atau akhbar sering menjadi ikutan pengguna

bahasa.   Pencipta istilah ini tidak mengetahui bagaimana istilah baru dibentuk seperti yang

ditetapkan oleh DBP dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia

( DBP, 1975) yang sudah menggariskan tujuh langkah pembentukan istilah.

iii. Faktor ketiga ialah buku yang berbeza huraian atau pegangan.  Di negara kita ini, ada

pelbagai buku, baik buku tatabahasa mahupun buku teks Bahasa Melayu, yang digunakan

di sekolah.  Bagi pengguna bahasa yang mendalami bidang bahasa Melayu di institusi

pengajian tinggi, mereka pernah didedahkan kepada buku tatabahasa yang ditulis Za’ba,

Asmah Omar dan lain-lain.  Pelajar sekolah pula didedahkan kepada aspek tatabahasa

berdasarkan buku tatabahasa pegangan, iaitu Tatabahasa Dewan.  Kekeliruan berlaku

berpunca daripada ketidakseragaman huraian dari segi ejaan, golongan kata dan

tatabahasa.

iv.Faktor seterusnya ialah pengguna bahasa Melayu tidak mengetahui sistem bahasa. 

Setiap bahasa di dunia ini mempunyai sistemnya tersendiri.  Oleh sebab pengguna bahasa

tidak mengetahui sistem ini, maka mereka melakukan kesalahan. 

MUKASURAT 7

Page 10: Tugasan Fonetik Dan Fonologi Pn.ariani

v.Faktor yang kelima ialah kejahilan dalam kalangan pengguna bahasa.  Ada sesetengah

pihak yang mengaku tahu, tetapi sebenarnya tidak tahu, malah aspek bahasa yang salah

dikatakan yang salah dikatakan betul, manakala aspek bahasa yang betul dikatakan salah. 

b. Pengaruh Bahasa Inggeris Dalam Pendidikan

Peranan Bahasa Melayu dalam agenda pembangunan negara yang baru itu makin

tidak diambil kira lagi. Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu diseru supaya menguasai

bahasa Inggeris jika mereka hendak menjadi bangsa yang maju. Proses globalisasi

digunakan sebagai alasan bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia mesti mengetahui

bahasa Inggeris. Menurut Omar Mohd Hashim (1993: 13) mengatakan bahawa kelemahan

pelajar Melayu dalam menguasai bahasa Inggeris mula menjadi isu negara seolah-olah

bahasa Inggeris itu merupakan bahasa pengantar utama di sekolah mahupun di universiti

manakala kelemahan pelajar dalam menguasai bahasa Melayu dipandang sepi.

c. Ketidakmampuan Menguasai Bahasa Melayu Dengan Baik Dan Sikap Negatif

Kekangan yang jelas ketara untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam pendidikan

ialah kurangnya tenaga pengajar yang mahir dan tidak menguasai bahasa Melayu dengan

sebaiknya. Abdul Hamid Mahmood (1993 : 21) ramai guru masih menggunakan dialek

setempat semasa mengajar mata pelajaran bahasa Melayu dan bukannya menggunakan

bahasa standard. Budaya berbahasa yang sebenarnya tidak dapat diterapkan oleh

golongan pengajar dan tenaga pengajar tersebut. Selain itu, masalah penggunaan dialek

bahasa Melayu di bilik darjah masih ada hingga hari ini.

d. Pengaruh Bahasa Slanga

Kekacauan bahasa sering kali berlaku dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Menurut Ismail Jusoh (2000:48),mengatakan bahawa bahasa slanga dilahirkan oleh sesuatu

kumpulan. Kumpulan ini mencipta istilah dan kata-kata yang bermakna dan hanya difahami

oleh kumpulan itu sahaja. Mereka menggunakan istilah-istilah tersebut dalam ber-

komunikasi.Apabila wujudnya bahasa slanga secara tidak langsung terbinalah pelbagai

golongan mengikut identiti mereka. Bahasa Slanga adalah satu kelainan bahasa yang

dicirikan oleh perbendaharaan kata yang baru digubal dan cepat berubah. Bahasa Slanga

ini cepat merebak dan cepat pula hilang mengikut peredaran zaman.

MUKASURAT 8

Page 11: Tugasan Fonetik Dan Fonologi Pn.ariani

e. Kekurangan Buku-buku Ilmiah Sebagai Rujukan

Masalah yang dihadapai oleh golongan pelajar mahupun pendidik dewasa ini ialah

kurangnya buku-buku ilmiah yang boleh digunakan sebagai rujukan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Kebanyakan buku-buku yang terdapat di pasaran semuanya menggunakan

bahasa Inggeris. Keadaan ini sangat menyukarkan terutamanya golongan pelajar universiti.

Para pelajar universiti sukar membuat rujukan tentang sesuatu perkara kerana tidak

terdapat penterjemahan dari segi istilah. Buku-buku ilmiah ini didatangkan dari luar negara

untuk rujukan para pelajar.

f. Pengajian Tinggi.     

Menurut Hashim Musa (1996), yang paling serius ialah penubuhan kolej swasta dan

separuh swasta dan institusi pengajian tinggi kerajaan yang kesemuanya berpenghantar

bahasa Inggeris. Menurut beliau lagi, faktor ini ditambah pula oleh gejala globalisasi yang

menekankan penggunaan bahasa Inggeris dengan pesatnya. Selain itu, faktor-faktor itu

disertai juga oleh penggunaan bahasa Inggeris yang memang berleluasa dalam sektor

swasta yang tidak pernah tergugat atau digugat.

6.0 PENUTUP

Pencapaian perancangan bahasa di Malaysia dapat dilihat daripada beberapa segi.

Bahasa Melayu (Malaysia) telah dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi

sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 dan Akta

Bahasa Kebangsaan 1963/67. Bahasa merupakan satu unsur penting yang dapat

membentuk identiti sesebuah negara. Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan dan bahasa rasmi negara adalah wajar sekali. Pelaksanaannya dalam bidang

pentadbiran dan pendidikan sedang dijalankan secara progresif. Sebelum Malaysia merdeka

pada tahun 1957, bahasa Melayu hanya digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah

rendah sahaja, dan untuk membuat pemakluman mudah pentadbiran.

Hari ini bahasa Melayu bukan sahaja digunakan seluruhnya sebagai bahasa

pentadbiran kerajaan, tetapi juga menjadi bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah

dan pengajian tinggi. Kesemua langkah ini telah berlaku dalam satu jangka masa yang

pendek sahaja, iaitu dalam jangka masa lebih kurang 30 tahun. sewaktu proses

perancangan dijalankan, banyak kelemahan dalam sebutan, ejaan, tatabahasa, peristilahan

dan perkamusan dapat diperhatikan. Masalah kelemahan dalam sebutan dan intonasi

MUKASURAT 9

Page 12: Tugasan Fonetik Dan Fonologi Pn.ariani

misalannya akan dapat diatasi dengan pengajaran yang sistematis dan teratur. Sebutan-

sebutan dan pola-pola intonasi hendaklah dideskripsikan sepenuhnya. Sementara itu,

masalah dalam ejaan dapat diselesaikan sekiranya sebuah kamus yang lebih lengkap

daripada Kamus Dewan dapat disediakan. Kamus yang mengandungi penjelasan tentang

sebutan dan kata terbitan di samping makna sahaja tentu akan lebih berkesan dalam

menyelesaikan masalah ini. Walau bagaimanapun, penampilan masalah-masalah tersebut

tentunya tidak menumpulkan minat dan semangat golongan perancang, pemikir dan

cendekiawan bahasa Melayu untuk terus membina bahasa Melayu menjadi bahasa moden.

Dengan cara ini, Malaysia akan melahirkan rakyat yang dwibahasa menjelang tahun

2020. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan harus sentiasa dipelihara. Dalam usaha

mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kita harus lebih dahulu memupuk jati diri

dalam kalangan masyarakat terutama golongan yang tiada jati diri terhadap bahasa, yang

terlalu kuat sentimennya terhadap bahasa Melayu dan golongan yang kurang kepercayaan

dan keyakinan diri terhadap bahasa Melayu. Bahasa menunjukkan bangsa dan maju bahasa

majulah bangsa.

7.0 REFLEKSI

Fonetik dan fonologi Bahasa Melayu merupakan satu subjek cabaran baru kepada

saya. Saya pernah belajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah dahulu.

Jadi saya tidaklah janggal sangat dengan mata pelajaran ini.Tugasan diberi lebih kepada

mengulas secara kritis artikal ”Adil terhadap sebutan baku – Nik Safiah, daripada Utusan

Malaysia.Pertama sekali saya dapatkan salinan artikal berkenaan dan memahami maksud

sebenar dan sebab-sebab artikal ini diterbitkan. Beberapa sebab penting disenaraikan bagi

menjadi sandaran perbincangan. Paling penting ialah Nik Safiah mengharapkan Sebutan

Baku yang diperjuangankan oleh pejuang-pejuang bahasa tidak dihapuskan.

Saya menyenaraikan isi-isi penting yang menjadi alasan kukuh sebutan baku ini

tidak dimansuhkan seperti sejarah pelaksanaan, penyediaan pedoman umum sebutan baku,

peranan agensi awam contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka dan kesungguhan

pelaksanaannya. Bahan-bahan berdasarkan tajuk-tajuk kecil dicari melalui internet dan ke

Perpustakaan Daerah Baling dan Negeri Kedah bermula.

Bahan sebutan baku dapat diambil melalui laman-laman web. Masalah yang timbul

ialah

MUKASURAT 10

Page 13: Tugasan Fonetik Dan Fonologi Pn.ariani

i. bahan dalam tajuk peranan agensi kerajaan dalam memperjuangkan bahasa

melayu. Cari mengatasinya hanya memberi tumpuan kepeda peranan Dewan

Bahasa dan Pustaka sahaja.

ii. Bahan-bahan yang dijumpai kurang dalam media elektronik kerana ruang masa

berlaku artikal ini bukan di zaman internet. Untuk selesaikan masalah tersebut,

bahan-bahan dalam bentuk buku menggantikannya.

iii. banyak bahan-bahan dijumpai terlalu panjang dan isinya tidak berfokus. Kehendak

tugasan mahukan 2500 hingga 3000 patah perkataan dengan tidak melebihi 15

muka surat. Untuk mengatasinya, pendekataan meringkaskan karangan dibuat di

setiap sub tajuk.

Semasa membuat kesimpulan kerja kursus ini saya menjadi serba salah bila terbaca

artikal “Sebutan baku lenyapkan identiti bahasa Melayu – Prof.Dr.Asmah Omar. Beliau

yang menyokong penuh keputusan kerajaan memansuhkan sebutan baku daripada

digunakan oleh stesen-stesen penyiaran dan di sekolah-sekolah berkata, langkah itu

sepatutnya telah lama dibuat. Daripada kenyataan begini, saya dapati perjuangan sebutan

baku bahasa melayu memang banyak halangan tetapi saya tetap bersetuju sebutan baku

bahasa melayu dikekalkan demi faedah dan kebaikkan negara untuk jangka panjang.

( 4,209 patah perkataan )

8.0 RUJUKAN

Abdullah Hassan(1987). 30 tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd. Hamid Mahmood (1993). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printed (M).

Ani Awang dan Zumurni Hamzah. Ke arah Memartabatkan Bahasa Melayu. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp. Diakses pada 14.7.2013.

Awang Sariyan (2006). Bahasa Melayu dalam Mendepani Era Globalisasi: Upaya dari Sudut Pengayaan Khazanah Ilmu. Dlm Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail bin Dahaman (Penyunting) (1996). Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, (1991). Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Amin Arshad ( 2005). Bahasa Melayu Tinggi. UPM Serdang, Selangor

MUKASURAT 11

Page 14: Tugasan Fonetik Dan Fonologi Pn.ariani

Nik Safiah Karim et.al.,(1993). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sufean Hussin (1996). Pendidikan di Malaysia – Sejarah Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://www.utusan.com.my/utusan info.asp.- Martabatkan Bahasa Melayu Pada Zaman Globalisasi. Diakses pada 14.2.2010.

http://www.malaysiakini.com/news/108063-PPSMI Dimansuhkan

9.0 LAMPIRAN

Sebutan baku lenyapkan identiti bahasa Melayu

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Asmah Omar berkata, sistem sebutan baku bahasa Melayu yang diamalkan sejak tahun 1988 boleh melenyapkan identiti bahasa Melayu asal yang telah digunakan sejak zaman-berzaman.

Beliau yang menyokong penuh keputusan kerajaan memansuhkan sebutan baku daripada digunakan oleh stesen-stesen penyiaran dan di sekolah-sekolah berkata, langkah itu sepatutnya telah lama dibuat.

''Tanpa sebutan baku, kedaulatan bahasa Melayu masih kekal, lagipun bahasa baku tidak melambangkan identiti kemelayuan apabila dituturkan'' ujarnya kepada Utusan hari ini.

Beliau menyifatkan penghapusan sebutan baku tidak akan melemahkan kedudukan bahasa Melayu.

Asmah mengulas pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Rais Yatim Khamis lalu bahawa kerajaan mengarahkan pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu dimansuhkan termasuk penggunaannya di stesen televisyen dan sekolah.

Keputusan jemaah menteri itu bagaimanapun menimbulkan reaksi yang pelbagai daripada berbagai-bagai pihak.

Ekoran itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu, mesyuarat kabinet esok akan meneliti maklum balas mengenai pemansuhan sebutan baku itu sebelum minit mesyuarat mengenainya minggu lepas diluluskan.

MUKASURAT 12

Page 15: Tugasan Fonetik Dan Fonologi Pn.ariani

Mengulas lanjut mengenai sebutan baku itu, Asmah berkata, ia tidak langsung mencerminkan bahasa Melayu yang dikenali mempunyai alunan lagu dan irama yang indah.

''Bahasa baku bila digunakan tidak kedengaran macam bahasa Melayu selain ia juga merupakan bahasa yang dibuat-buat dan intonasinya bila dituturkan agak kasar,'' ujarnya.

Jelasnya, bahasa baku tidak langsung melambangkan ketulenan bahasa Melayu Johor-Riau yang modulnya telah digunakan sejak dahulu lagi.

Tambah beliau, Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) juga tidak pernah menyatakan bahawa bahasa baku adalah bahasa Melayu yang harus dituturkan di negara ini.

Katanya, MABBIM hanya bersetuju penggunaan sebutan baku digunakan bagi menentukan istilah kata pinjaman - istilah yang diambil daripada bahasa Inggeris.

Sehubungan itu beliau menyeru semua pihak tidak lagi perlu mempertikaikan keputusan kerajaan menghapuskan penggunaan bahasa baku walaupun telah digunakan selama 12 tahun.

''Saya rasa tidak usah buang masa, buang tenaga untuk mempertikaikan perkara itu sebaliknya kita harus beri perhatian bagi membangunkan dan memartabatkan kembali bahasa Melayu,'' ujarnya.

Beliau menyifatkan isu sebutan baku itu sebagai perkara kecil yang tidak perlu dibesar-besarkan.

Jelasnya, adalah lebih baik semua pihak memberikan tumpuan untuk memartabatkan kembali bahasa Melayu.

Oleh: AMRAN MULUP

MUKASURAT 13

Page 16: Tugasan Fonetik Dan Fonologi Pn.ariani

Adil terhadap sebutan baku - Nik SafiahKUALA LUMPUR 6 Feb. - Kabinet disaran agar membuat pertimbangan yang adil terhadap rayuan tokoh-tokoh bahasa untuk mengekalkan sebutan baku bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara ini.

Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Profesor Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, sebutan bahasa yang diamalkan dalam pengajaran selama ini tidak menimbulkan masalah, sebaliknya telah diterima dengan baik.

''Kita harap kabinet akan dapat membuat pertimbangan yang saksama terhadap rayuan berkenaan memandangkan sebutan baku mempunyai tujuan baik kerana ia dapat mendaulatkan bahasa Melayu yang seragam,'' katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohammad, pada 27 Januari lalu yang antara lain menyebut bahawa isu sebutan baku untuk pendidikan sekolah akan dikemukakan secepat mungkin kepada kabinet.

Tambah Musa, keputusan kajian sama ada sebutan baku wajar diteruskan dalam sistem pendidikan akan dikemukakan kepada kabinet selepas kata putus dicapai di antara pihak-pihak yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan.

Nik Safiah berkata, pelaksanaan bahasa dan sebutan baku bahasa Melayu ternyata mempunyai faedah jangka panjang untuk membina satu rupa bangsa Malaysia yang bersefahaman.

''Saya ambil contoh di Eropah terdapat usaha selama 300 tahun untuk membakukan bahasa utama negara masing-masing seperti yang berlaku di Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan Perancis,'' ujarnya.

Menurut beliau, berbanding dengan usaha Malaysia untuk membakukan sebutan dan bahasa Melayu yang hanya bermula 11 tahun lalu, ternyata ia telah berjaya diterima dengan baik kerana masyarakat berbilang kaum sedar terhadap faedah masa depannya.

''Lagipun penggunaan sebutan baku bahasa Melayu hanya untuk pendidikan di sekolah dan ia bukan menimbulkan masalah kepada masyarakat umum kerana ia tidak dipaksa untuk pertuturan sepanjang masa,'' jelasnya.

Beliau menegaskan, masyarakat harus sedar bahawa maksud baku ialah seragam atau standard dan usaha ke arah itu sedang diperjuangkan secara evolusi dalam sistem pendidikan selama ini.

Sementara itu, Ketua 1 Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Yaakub Isa, berharap kabinet dapat mempertahankan kepentingan sebutan baku dalam sistem pendidikan kerana usaha itu perlu bermula dari sekarang bagi membina satu rupa bangsa Malaysia yang cemerlang, sekali gus mengekalkan perpaduan.

Beliau yang juga tokoh bahasa percaya kabinet bersedia membuat pertimbangan wajar terhadap harapan pakar dan tokoh-tokoh bahasa berhubung dengan kepentingan sebutan baku untuk keperluan pendidikan.

MUKASURAT 14