Download pdf - TEKS MC PENUTUPAN

Transcript

TEKS PENGACARA PERASMIAN PENUTUPAN PERKHEMAHAN DAN ANAK ANGKAT SEBAGAI PROGRAM BINA INSAN GURU PERINGKAT IPG KPM TARIKH : 14.07.2011 TEMPAT : KG. SEBALING SEBATU

BIL

CUE Apabila Penghulu tiba di pintu utama

ANN Mengumumkan ketibaan En. Penghulu Dun Sg. Rambai Arif b. Omar,

CATATAN

1.

Protokol majlis

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Yang dihormati, En. Azman bin Kanil, Kem Komandan Bina Insan Guru siri II, IPG Kampus Perempuan Melayu Yang dihormati, En. Mohd Farid bin Abu Bakar Penolong Penyelaras Program BIG, IPG Kampus Perempuan Melayu Yang Berusaha, Ketua Jurulatih Bina Insan Guru Siri II, En. Abu Bakar b. Miskon Yang Berusaha, Wan Rosnani binti Wan Ahmad, Penghuluwati BIG Siri 2 Fasililator-fasililator, para penduduk kampung Sebatu, peserta Program Bina Insan Guru Serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Apabila VIP bersedia

2.

Menyatakan kesyukuran

Sirih berlipat siri pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi,

kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di dalam Perasmian Program Perkhemahan dan Anak Angkat bagi Program Bina Insan Guru peringkat IPG KPM.

3.

Bacaan doa

Warga Dewan yang mulia, Menadah tangan tanda kerendahan, Lafaz Bismillah memperkukuh tautan, Doa dipohon penuh pengharapan, Agar Majlis mendapat keberkatan

Untuk memberkati majlis pada pagi ini, dengan sukacitanya dijemput saudari Nadiah binti.. ________________________ dari PISMP Pendidikan Khas 4 untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Setelah selesai bacaan doa........... Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

4.

Ucapan Alu-aluan oleh guru pelatih

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan hormatnya mempersilakan Wan Rosnani binti Wan Ahmad, Penghuluwati Program Bina Insan Guru Siri II IPG KPM untuk memberi ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. (pause) Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

5.

Ucapan oleh Kem Komandan

Sidang dewan yang mulia, Kini tibalah waktu yang dinantikan iaitu ucapan Perasmian Penutupan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu. Sehubungan dengan itu majlis mempersilakan En. Azman bin Kanil, Kem Komandan Bina Insan Guru siri II, IPG Kampus Perempuan Melayu untuk menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan penutupan rasmi Perkhemahan dan Anak Angkat Dengan penuh takzimnya dipersilakan. Setelah selesai ucapan .....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian yang berusaha En. Azman bin Kanil, Kem Komandan Bina Insan Guru siri II, atas ucapan dan kesudian beliau menutup rasmi (nama program itu tadi) itu tadi.

6.

Nyanyian lagu rasmi

Lagu- Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis pada pagi ini telah sampai ke penghujungnya. Merdu bertingkah alunan suara, Kadang tak sedar tersilap kata,

Andai terlanjur patah bicara, Serendah hati kemaafan dipinta. -Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci wabilahi............

7.

Dengan bismillah kita mulai , Alhamdulillah wassala tanabi, Dengan takdir Illahi Rabbi, Selesailah sudah upacara merasmi. Songket biru tampak berseri, Tenunan indah buat arjuna, Tersilap bicara harap maafi, Ketemu lagi, di lain acara.

8.

Majlis mengumumkan Yang Berbahagia En. Arif bin Omar meninggalkan majlis. Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci wabillah.....wassalamualaikum w.b.t.