Download docx - Teknik Pengajaran Komsas

Transcript

1.0 PENDAHULUANSastera merupakan satu bidang seni kreatif di mana bahasa adalah medium pengantarnya. Sastera ditandai dengan beberapa unsur khusus yang mampu membentuk tamadun dan peradaban sesuatu masyarakat selain memperlihatkan sikap dan pandangan pengarangnya. (Arbaie et al,2008) Secara ringkasnya sastera dilengkapi dengan unsur-unsur yang berikut:S Seni bahasa yang indahA Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran pengarangS Sensori atau daya sensitiviti pengarangT Tersurat & tersiratE Estetika atau keindahan dari segi bahasaR Realiti kehidupanA Alternatif

Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi yang digunakan dapat memberi kesan penghayatan kepada pembaca. Ianya mempamerkan kepakaran dan keahlian seorang pengarang itu untuk meluahkan dan mengungkapkan makna yang difikirkan.Adunan teknik-teknik yang sesuai dan ketepatan diksimenjadikan sesebuah karya itu hidup dan bertenaga.Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dipengaruhi oleh beberapa unsur penting iaitu guru, murid, persekitaran dan bahan bantu mengajar. Namun, guru memainkan peranan penting dalam menentukan murid belajar. Teknik yang diaplikasikan oleh guru merupakan aset penting sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai atau sebaliknya. Kaedah yang menarik dan berkesan amat penting khususnya dalam mengajar subjek Bahasa Melayu.

Sehubungan dengan itu, kebanyakan murid beranggapan bahawa mengikuti pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah amat membosankan berbanding dengan mata pelajaran lain. Bagi pihak guru pula mereka berpendapat bahawa pengajaran Bahasa Melayu agak sukar untuk menarik perhatian murid. Kesannya ialah mata pelajaran Bahasa Melayu kurang diminati oleh murid dan tiada komitmen yang sewajarnya daripada guru.

2.0 KOMSASPerkataan sastera berasal daripada bahasa Sanskrit,castrayang membawa maksud kitab suci. Kesusasteraan pula membawa pengertian sebagai segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan mahupun melalui lisan dan pendengaran, (Harun Mat Piah et al;2006 hlm 6). Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah bahasa. Sastera bermula dari tradisi lisan dan semakin berkembang mengikut peredaran semasa.Pernyataan ini disokong oleh M.K Danziger dan W.S Jahnson (1983:2) yang mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau bertulis. Bahkan sastera juga merangkumi semua aspek yang menggunakan bahasa yang bersifat kreatif, menurut Ismail Husein (1998:23). Ini juga ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid (1997:13) yang memberi pengertiansastera sebagai satu seni yang bercorak intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik.Selain daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan tersusun, sastera juga diiringidengan unsur akaliah. Dalam erti kata lain, seorang pengarang perlu memikirkan perutusan, amanat, atau lontaran idea yang ingin disampaikan atau dikongsi dan direnungi bersama oleh pembaca.(Arbaie et al,2008 hlm 1) Unsur akaliah ini merupakan langkah pertama yang perlu ditetapkan sebelum terhasilnya sesebuah karya.Dengan perutusan yang diingin disampaikan, seorang pengarang perlu mengolah dan menggabungkan serta melengkapi karyanya itu dengan daya rasa atau sensitiviti mereka. (Arbaie et al,2008 hlm 1). Untuk itu, seorang pengarang haruslah bersifat sensitif atau peka dan prihatin akan masyarakatnya. Pengamatan pengarang akan masyarakatnya dijadikan sumber asas dalam menghasilkan sesebuah karya. Kewujudan pelbagai daya rasa ini akan membangkitkan dan meninggalkan kesan perasaan kepada pembacanya. Daya rasa seperti belas simpati, benci , marah atau geram akan dihubungkaitkan dengan fenomena yang dipaparkan. Karya itu akan lebih bernilai sekiranya apa yang dipaparkan pernah dilalui atau dialami oleh pembaca.Sastera juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat. Sastera tidak terhasil dengankekosongan.(Araie et al,2008 hlm 5). Ianya terhasil atas dorongan tertentu dengan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di persekitaran. Penafsiran pembaca yang berencam mengundang pembaca memikirkan mesej yang ingin disampaikan. Namun tidak semua lambang yang tersurat itu memberi erti apa yang tersirat. Akan wujud makna-makna simbolik di sebalik kata-kata yang diungkapkan.Dalam kesusasteraan Melayu, pengkategorian sastera dilakukan berdasarkan zaman atau masa sesebuah hasil sastera itu dikesan atau wujud. (Arbaie et al,2008 hlm 8). Secara umumnya, pengkategorian sastera akan merujuk kepada tradisional dan moden. Sastera Melayu tradisional meliputi dua genre iaitu prosa dan puisi.

Genre prosa dan puisi moden :

Genre prosa dan puisi tradisional adalah seperti yang tersenarai:

Sastera Melayu tradisional merupakan karya-karya yang telah diwarisi secara turun-temurun. Sastera tradisional disebarluaskan melalui lisan dan memberi gambaran cara hidup atau budaya sesuatu masyarakat. Ia bersifat kolektif atau hak milik bersama. Tiada sesiapa yang tahu siapa pengarangnya dan tidak diketahui tarikh sesuatu sastera itu dihasilkan. Ianya lahir di kalangan masyarakat masa lampau dan disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi yang lain kerana pada umumnya masyarakat pada zaman tersebut masih belum mengenal huruf dan tidak tahu menulis. Penyebaran sastera Melayu tradisional juga terhad disebabkan khalayak yang terbatas dan bersifat esklusif.Oleh kerana ianya disampaikan melalui lisan, banyaklah berlakunya perubahan dan tokok tambah serta penyesuaian. Tema, latar serta watak dalam sastera tradisional berpusat kepada masyarakat yang mewarisinya dan dipandang tinggi oleh masyarakat tersebut sehinggakan karya-karya itu dianggap suci dan keramat.Sastera Melayu Moden pula mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan sastera Melayu tradisional. Jika sastera Melayu tradisional tersebar melalui lisan, maka sastera Melayu moden pula disebarkan melalui tulisan. Penyebaran hasil-hasil sastera yang berbentuk tulisan ini semakin berkembang dengan kehadiran mesin cetak. Penyebaran ini semakin meluas dan berjaya menembusi masyarakat pembaca yang ramai. Ini berbeza dengan sastera tradisional yang hanya diketahui oleh golongan tertentu sahaja. Jika sastera Melayu tradisional terhad kepada sesebuah masyarakat tertentu sahaja yang bersifat esklusif, sastera Melayu moden pula merupakan sebaliknya. Ianya bersifat individu atau perseorangan kerana disertakan dengan nama pengarangnya. Ianya tidak lagi bersifat kolektif atau kepunyaan umum tetapi khusus dimiliki oleh pengarangnya. Bahkan sastera Melayu moden mempunyai sistem hak cipta terpelihara. Walaupun ciri-ciri sastera tradisional dan moden ini bertentangan, namun masih terdapat persamaan dari segi fungsi sesebuah karya sastera itu dihasilkan.Kesusasteraan Melayu, khususnya komsas boleh memainkan peranan penting dalam pembentukan emosi kerana kesusasteraan Melayu yang merupakan wadah fikiran, dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah membenarkan murid-murid atau kanak-kanak sedar akan perasaan sendiri semasa mereka memikirkan perasaan orang lain.Kesusasteraan Melayu, seperti karya-karya seni yang lain bukan sahaja memukau deria rasa dan intelek peminatnya, bahkan memaparkan kehidupan, menenangkan keadaan huru-hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah. Secara singkat hal ini bermakna bahawa unsur-unsur kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berupaya untuk membentuk dirinya agar menghormati orang lain, membina sahsiah yang elok, dan bersikap toleransi. Selain itu, nilai-nilai estetik yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dapat mendidik murid mengamalkan keperibadian yang seimbang. Proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan mewujudkan jati diri murid serta berilmu pengetahuan. Sebagai contoh cerpen Diari Seorang Pengawas memaparkan secara langsung dunia murid. Pengarang mengemukakan watak murid yang bertanggungjawab terhadap tugasnya, dan ia merupakan satu role model yang wajar bagi seorang murid yang menjadi pengawas di sekolah (Sehijau Warna Daun, 2002: 50).Di samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu akan dapat memotivasikan murid untuk belajar melalui bahan-bahan yang dibaca. Dengan ini, bahan yang dibaca atau yang didengar akan menyalurkan pemikiran positif, kreatif, dan kritis dalam proses pendidikan seumur hidup. Bahan-bahan komponen kesusasteraan Melayu akan dapat menarik perhatian murid terhadap topik yang akan disampaikan. Keadaan ini akan memupuk perkembangan daya cipta atau imaginasi murid dalam proses pembelajaran secara berterusan.

3.0 TEKNIK PENGAJARAN KOMSASPelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu baru diperkenalkan pada tahun 2000, oleh itu kajian terperinci terhadap hasil perlaksanaannya masih belum banyak dilakukan oleh mana-mana penyelidik bahasa atau mana-mana ahli pendidik setakat ini. Walau bagaimanapun sudah banyak kajian serta penulisan yang berkaitan dengan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah yang telah dibuat oleh para pengkaji bahasa atau ahli-ahli akademik serta para pelajar di institusi pengajian tinggi. Othman (2001) dalam artikelnya Strategi Pengajaran Bahan Sastera Dalam Bahasa Melayu antara lain menulis, bagi mencapai keberkesanan maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, haruslah wujud perancangan atau strategi yang mantap dari pihak guru, pelajar, dan teks yang dipilih. Guru yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang 2 kesusasteraan akan membawa pengajaran di dalam kelas ke tahap yang lebih tinggi yang mendorong pelajar-pelajar melalui proses pemikiran aras tinggi (Cohen 1991). Mempelajari komsas kadang-kadang membosankan para pelajar terutama bagi mereka yang kurang meminati bidang sastera. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk menarik minat pelajar mempelajari komsas. Guru-guru biasanya akan mengadakan sesi perbincangan di dalam kelas untuk membuat kajian dalam pelbagai aspek terhadap sesebuah karya sastera yang terdapat dalam antologi yang dikaji. Kaedah stereotaip inilah yang menimbulkan kebosanan kepada pelajar. Bagi menggelakkan pelajar jemu mempelajari komsas, maka pelbagai kaedah boleh digunakan oleh guru bagi mengaktifkan pelajar dalam mempelajari komsas.Alternatif atau kaedah lain yang boleh dijalankan oleh guru salah satunya, dengan cara menjadikan karya sastera yang terdapat dalam komsas sebagai bahan ujian untuk Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) dalam mana pelajar menggunakan bahan komsas untuk bercakap di depan kelas. Untuk tujuan ini pada peringkat awal guru bolehlah membuat pembahagian tugas kepada para pelajar iaitu setiap pelajar diberi tugasan untuk membaca sebuah karya yang ditetapkan.Dalam pengajaran dan pembelajaran komsas, banyak aspek yang dapat diketengahkan dalam sesi pembelajaran. Bagi pelajar yang dikehendaki bertutur berkaitan dengan puisi sama ada puisi tradisonal atau sajak, akan diuji di depan kelas berhubung dengan aspek-aspek berikut;

Manakala bagi pelajar yang diberi tugasan berkaitan dengan prosa, sama ada prosa tradisional, cerpen atau drama, pelajar dikehendaki bercakap di khalayak pelajar lain berhubung dengan aspek-aspek di bawah.

Kaedah pengajaran ini menarik perhatian para pelajar kerana setiap orang diberi tanggungjawab untuk membuat persembahan di dalam kelas. Pelajar-pelajar lain juga akan diberi peluang untuk mengajukan soalan kepada rakan mereka yang berucap di depan kelas. Oleh itu setiap pelajar akan menyiapkan diri masing-masing untuk aktiviti yang akan dijalankan. Pelajar-pelajar yang akan membuat persembahan sudah tentu akan membuat persediaan yang rapi. Begitu juga pelajar-pelajar lain akan bersedia dengan soalan-soalan yang bakal ditanya. Pengalaman penulis yang mengendalikan aktiviti ini di dalam bilik darjah melihat pelajar-pelajar seronok menjalani aktiviti kerana setiap orang ada peranan.

Guru juga mendapat manfaat kerana dapat menjalankan dua kerja dalam satu masa. Hal ini kerana guru dapat menilai markah pelajar untuk PLBS, dan dalam masa yang sama juga pengajaran komsas dapat dijalankan. Namun begitu, banyak lagi kaedah dan teknik yang digunakan bagi melaksankan pengajaran dan pembelajaran komsas ini. Berikut merupakan beberapa teknik yang dapat digunakan bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran komsas.

TEKNIK KERUSI PANAS.

Kerusi panas merupakan satu teknik dalam latihan asas penghayatan watak dan perwatakan. Teknik ini sering digunakan dalam latihan asas teater untuk membuat justifikasi tentang perwatakan sesuatu peranan yang akan dilakonkan berdasarkan skrip atau improvisasi sesuatu cerita yang akan dipentaskan. Biasanya pelakon akan cuba mengimaginasikan gaya atau aksi watak tersebut dalam semua aspek seperti cara bercakap, berjalan, pemikirannya dan seumpamanya. Pelakon juga dikehendaki mengkaji berkenaan watak contoh tentang umur, gambaran fizikal dan bagaimanakah dia akan bertindak. Dalam aktiviti kerusi panas ini m kita boleh melihat pelbagai aspek pada diri watak yang dikaji berdasarkan teks yang disediakan. Langkah ini sangat seronok diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah khususnya untuk pengajaran KOMSAS.Langkah-langkah pengajaran menggunakan teknik kerusi panas adalah seperti berikut :

Guru memilih pelajar yang akan memainkan peranan watak dalam cerpen, novel atau drama yang dipilih. Pelajar yang dipilih dikehendaki duduk di kerusi yang disediakan di hadapan kelas dan menghadap pelajar lain. Pelajar-pelajar lain akan mengemukakan soalan kepada watak yang duduk dihadapan. Manakala murid yang memegang watak tersebut perlu menjawab soalan berdasarkan watak yang dipegang. Semasa sesi soal jawab bermula guru akan mengawal kelas dan memberhentikan aktiviti apabila cukup masa yang ditetapkan. Di akhir sesi soal jawab, guru akan merumuskan watak dan perwatakan yang telah dimainkan oleh murid yang dipilih.

Berikut merupakan cara pelaksanaan aktiviti kerusi panas secara berkumpulan yang boleh dijalankan secara serentak dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran :

Guru akan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan mengikut keperluan dan kepentingan watak dalam karya. Setiap kumpulan akan diberikan tugasan untuk membincangkan watak dan perwatakan yang bersesuaian. Setiap kumpulan juga diminta untuk menyediakan soalan untuk diajukan kepada kumpulan lain yang memegang watak yang telah ditetapkan. Setelah soalan disiapkan, seorang wakil akan diminta duduk di kerusi di hadapan kelas manakala ahli kumpulan lain yang akan mengajukan soalan kepadanya tentang watak dan perwatakan di kerusi panas. Jika pemegang watak tersebut tidak dapat menjawab soalan tersebut, maka ahli kumpulan yang lain akan dapat membantu pelajar tersebut untuk menjawab secara spontan. Manakala rakan-rakan yang lain akan mencatat nota tentang watak dalam lembaran grafik.

Melalui aktiviti ini murid dapat menjelaskan watak dan perwatakan menerusi teknik kerusi panas. Selain itu, murid juga akan dapat menyenaraikan nilai dan pengajaran berserta huraian. Murid dapat menjelaskan tema dan persoalan dalam bahan KOMSAS yang dibaca. Aktiviti ini sangat menarik dan akan dapat dilakukan oleh pelajar dengan baik. Aktiviti ini juga membolehkan pelajar memahami sesuatu watak dengan lebih mendalam kerana mereka meletakkan diri mereka sebagai watak yang berkenaan. Sesungguhnya jika kita berada di situasi sebenar, adakalanya kita akan berasakan kita mungkin tidak mampu untuk melalui dugaan dan ujian yang dilalui oleh watak. Pemilihan pelajar yang tepat, apatah jika mereka benar-benar menghayati watak itu akan menjadikan mereka akur dengan kisah dan jalan cerita dalam karya KOMSAS ini.

Teknik ini juga dapat mengungkapkan jalan cerita atau dikenali sebagai plot dan teknik plot walaupun hanya melihat kepada watak dan perwatakannya. Di samping itu, guru juga berpeluang untuk memberikan motivasi kepada para pelajar untuk menjadi seorang yang mempunyai kebolehan pelbagai dan sentiasa membina diri menjadi seorang yang prihatin kepada banyak aspek di dunia ini.Contoh pengajaran kerusi panas:

Arahan: Setiap murid perlu membaca cerpen Kasut Kelopak Jantung.Semasa membaca, cuba kenalpasti perwatakan Cikgu Harun dan tandakan kata kerja serta peribahasa yang dijumpai. Perwatakan Cikgu Harun telah disenaraikan sebagai panduan. Setiap kumpulan perlu berbincang dan memikirkan soalan-soalan berkaitan dengan perwatakan Cikgu Harun. Setiap kumpulan perlu bersedia dengan seorang wakil untuk melakonkan watak Cikgu Harun. CIKGU HARUN : Guru darjah tiga di sebuah sekolah pedalaman. Beliau telah bersara tiga puluh daripada tugas mendidik. PerwatakanSeorang yang penyabar Seorang yang bertanggungjawab Seorang yang berjiwa sensitifSeorang yang mempunyai perasaan simpati Seorang yang prihatin

TEATER PEMBACA

Teater Pembaca merupakan satu cara menghidupkan sebuah skrip pendek. Skrip pendek ini dapat dilihat dalam drama atau cerpen. Teater pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripada skrip pendek. Teater pembaca dikenali sebagai teater minda kerana audiens dibiar untuk membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca. Dalam teknik ini, pelakon tidak perlu menghafal dialog dan persembahan yang dijalankan sepenuhnya membaca teks. Aktiviti teater pembaca ini akan mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan terbatas dan mimik muka.Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid-murid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita yang disampaikan berlaku di hadapan mereka. Dalam pelaksanaan teknik ini, ruang yang luas tidak diperlukan kerana teknik ini boleh dijalankan secara spontan. Teknik ini juga tidak memerlukan latihan yang lama.Sesuai dalam melatih keterampilan berbahasa, ia melibatkan gaya pengucapan dan penyampaian yang bersahaja serta bersesuaian dengan situasi dan watak yg dilakonkan. Teater pembaca ini menekankan aspek 'membaca'.

Berikut merupakan teknik pelaksanaan teater pembaca :

Beberapa orang murid dipilih untuk memainkan watak berdasarkan jumlah pelakon dalam skrip. Seorang pencerita dipilih untuk membaca bahagian penceritaan atau naratif dalam skrip. Sebelum TP bermula, guru harus menyediakan ruang lakon di hadapan kelas atau ruang yang menghadap penonton. Pelakon boleh duduk di atas kerusi atau berdiri. Pembaca ditempatkan di bahagian tepi kiri atau kanan, manakala pelakon lain di bahagian tengah mengadap penonton. Semasa aktiviti TP dilaksanakan, pelakon akan membaca dialog mengikut urutan dalam skrip. Pelakon yang tiba gilirannya akan bergerak selangkah ke hadapan dan membacakan dialog dengan penuh perasaan, seolah-olah berlakon di atas pentas. Selesai membaca skrip, dia akn berundur semula ke tempat asal. Seorang pelajar juga boleh diminta untuk melaksanakan tugas sebagai pembantu teknik untuk mengarahkan penonton terlibat membantu dari segi kesan bunyi atau chorus seperti lagu dan sebagainya.

Teater pembaca adalah satu aktiviti drama yang melibatkan sekumpulan pelajar membaca sebuah cerita dengan intonasi yang betul disertai dengan penghayatan yang tinggi. Aktiviti yang dapat menimbulkan suasana cerita yang menarik dan mudah difahami. Aktiviti yang mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka bagi membantu pelajar memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita itu sedang berlaku di hadapan mereka.

Mengkombinasikan dengan nada, intonasi, gerak aksi terbatas atau ekspresi pelakon. TP juga melibatkan bantuan daripada beberapa orang chorus atau suara latar seperti kesan bunyi, lagu dan sebagainya daripada penonton atau sekumpulan ahli. TP sesuai untuk melatih ketrampilan berbahasa kerana melibatkan gaya pengucapan dan penyampaian yang bersahaja sesuai dengan watak. TP tidak melibatkan set dan prop yang berat. Guru hanya perlu menyedia prop mudah seperti tanda yang boleh memperkenalkan identiti watak seperti tanda nama atau pakaian di kepala yang diperbuat daripada kertas araupun bahan yang terbuang.

TEKNIK PETA MINDA

Teknik peta minda merupakan teknik yang menggunakan kaedah ringkas dalam menyatakan sesuatu fokus. Murid-murid mampu mengingati fakta-fakta penting tentang topik-topik yang dipelajari oleh mereka dalam tempoh masa yang singkat. Langkah-langkah pelaksanaan teknik peta minda :Guru perlu menyatakan fokus yang hendak dibincangkan. Fokus tersebut biasanya merupakan topik-topik penting dalam kajian bahan komsas seperti tema, persoalan, perwatakan, latar masyarakat, nilai dan pengajaran. Guru hendaklah mengenal pasti kata kunci yang berkaitan dengan fokus sebagai pancaran peristiwa atau huraian. Sekiranya perlu peta minda tersebut juga hendaklah dilengkapkan dengan nama-nama watak/tempat sebagai panduan kepada murid untuk mengaitkan antara fokus dengan kata kunci. Seterusnya guru membimbing murid-murid menghuraikan peta minda dengan membina ayat demi ayat. Dalam setiap ayat semestinya ada penyataan dan huraian/contoh. Bahagian yang terakhir murid-murid dikehendaki membentuk perenggan bagi menghasilkan wacana yang sempurna tentang peta minda yang dibincangkan.

1

Berikut merupakan contoh pelaksanaan teknik peta minda dalam pengajaran komsas :Peta Minda 1 : Novel Terminal Tiga Fokus : Perwatakan Rimpa

Huraian/peristiwa; a) Seorang yang berani(Rimpa berani berhijrah ke Kuala Lumpur untuk belajar di ASK) b) Seorang yang bertanggungjawab(Rimpa mencari ayahnya sampai ke Nabawan) c) Seorang yang penyayang(Rimpa menyayangi keluarganya) d) Seorang yang mengenang budi(Rimpa sentiasa menziarahi Bang Maily) e) Seorang yang tabah(Rimpa tabah menghadapi dugaan hidup)

TEKNIK TIGA DALAM SATUTeknik Tiga Dalam Satu merupakan satu bentuk pelaksanaan pengajaran yang dijalankan di bilik darjah. Teknik ini dapat mengatasi beberapa masalah murid dalam pembelajaran komsas. Antara masalah yang dapat diselesaikan ialah dapat menyelesaikan pertindihan penyataan dan huraian yang boleh mengelirukan murid. Selain itu, teknik ini dapat mengelakkan murid terbeban kerana terpaksa membaca banyak topik. Teknik ini juga dapat memberikan kemahiran kepada murid dalam menjawab soalan-soalan pemahaman serta membimbing murid cara bijak belajar. Melalui teknik ini murid-murid akan lebih cepat faham dan mudah mengingati proses pembelajaran.

Berikut merupakan pelaksanaan teknik tiga dalam satu :Contoh Novel Seteguh Karang : Langkah 1 a) Guru menyatakan topik-topik yang akan dibincangkan kepada murid iaitu nilai, latar masyarakat dan pengajaran. b) Guru bersoal jawab dengan murid tentang konsep nilai, latar masyarakat dan pengajaran. c) Guru membuat pengukuhan terhadap jawapan pelajar bagi konsep-konsep tersebut.

Langkah 2 a) Guru menjelaskan kepada murid-murid bahawa dalam menyatakan atau menghuraikan nilai, latar masyarakat dan pengajaran terdapat perbezaannya. b) Guru membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan iaitu A,B dan C. c) Kumpulan A membincangkan nilai, kumpulan B tentang latar masyarakat dan kumpulan C tentang pengajaran. d) Berdasarkan jawapan murid guru memaparkan jadual untuk menjelaskan ketiga-tiga aspek tersebut boleh dibuktikan melalui satu huraian/contoh sahaja. BilNilaiLatar MasyarakatPengajaran Huraian/Contoh

1

Keberanian Masyarakat yang berani.Kita haruslah berani menyahut cabaranAwanis berani menunggang motosikal yang tiada brek.

2Tolong-menolongMasyarakat yang saling membantu.Kita haruslah saling bantu membantu.Kak Nor menumpangkan awanis dirumahnya.

3Kasih-sayangMasyarakat yang penyayang.Kita haruslah saling menyayangi.Anita menyayangi kedua-dua kakak angkatnya itu.

4Ketabahan Mayarakat yang tabah.Kita hendaklah tabah menghadapi ujian.Awanis redha dengan kematian kedua-dua ibu bapanya.

Langkah 3 a) Murid-murid diminta menjelaskan perbezaan antara teknik menjawab nilai, latar masyarakat dan pengajaran berdasarkan jadual. b) Seterusnya murid-murid dikehendaki membuat latihan lanjutan untuk menguji pemahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. c) Berdasarkan pemerhatian didapati melalui kaedah ini murid-murid dapat menyampaikan jawapan dengan tepat.

Teknik Tiga Dalam Satu dapat membantu murid menguasai topik yang dipelajari dengan lebih cepat dan berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat dilangsungkan dalam suasana yang menyeronokkan. Seterusnya mampu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

4.0 CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KOMSASBerikut merupakan contoh rancangan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik peta minda :TingkatanSatu

Masa80 minit

GenreProsa Tradisional

TajukBudi Seorang Bapa Angkat

Fokus Utama10.6Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan

Aras 1(vii)Memerihalkan latar dalam cerita

Fokus Sampingan2.5Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan

Aras 1(ii)Mengemukan idea yang sesuai dalam perbincangan

ObjektifPada akhir pelajaran, pelajar dapat :i. Mengenal pasti latar tempat, masa dan masyarakat tang terdapat dalam prosa yang dikajiii. Melukis gambaran suasana berdasarkan prosa yang dikajiiii. Menulis 5 kata adjektif yang terdapat dalam prosa yang dikaji

Kemahiran BahasaKemahiran MembacaKemahiran Berfikir

Sistem Bahasa

Tatabahasa : Kata Adjektif

Pengisian KurikulumIlmu : SejarahNilai : Bersabar, Berbudi Pekerti, Bepekerti, Bertanggungjawab

Kemahiran Bernilai Tambah

Kajian Masa Depan (KMD)

Pengetahuan Sedia AdaSinopsis, Tema dan Persoalan serta Watak dan Perwatakan daripada Prosa Budi Seorang Bapa Angkat

LangkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi(5 minit)Soalan:1. Berdasarkan gambar-gambar yang dipaparkan tadi, bolehkah kamu menjangkakan tempoh masa zaman tersebut?2. Nyatakan suasana dan tempat yang dinyatakan dalam gambar tersebut? Guru menayangkan imej/gambar di hadapan kelas. Murid memberikan pandangan masing-masing tentang tempoh masa dan suasana masyarakat berdasarkan gambarajah. Guru mengaitkan perbincangan dalam set induksi dengan tajuk pelajaran pada hari ini iaitu tentang latar masa, tempat dan masyarakat. Guru mengaitkan perkara yang dibincangkan dengan isi pelajaran pada hari ini

K.Berfikir:MenghubungkaitMenjana idea

K.ICT:MS Power Point

Nilai murni:Hormat menghormatiMenghargai orang lain

Langkah 1(30 minit)Lembaran pengurusan grafik yang melibatkan tiga aspek: Latar Masa Latar Tempat Latar MasyarakatAktiviti Berkumpulan Pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan akan membincangkan aspek berikut: Kumpulan 1: Latar Masa Kumpulan 2: Latar Tempat Kumpulan 3: Latar Masyarakat Guru mengarahkan pelajar untuk berbincang dalam kumpulan bagi mengesan ketiga-tiga jenis latar dengan merujuk kepada teks komsas. Lembaran pengurusan grafik disediakan kepada pelajar bagi memudahkan perbincangan berlangsung dengan baik. Wakil kumpulan membentangkan laporan hasil perbincangan dan murid lain memberikan pendapat tentang laporan kumpulan.K.Belajar:Mengumpul maklumatMenyoal

K.Berfikir:MenghubungkaitMenjana Idea

BBM:Lembaran Pengurusan Grafik

Nilai murni:BekerjasamaHormat-menghormati

LangkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Langkah 2(15 minit)Pembentangan Kumpulan melibatkan tiga aspek: Latar Tempat Latar Masa Latar Masyarakat

Pembentangan Kumpulan Guru mengarahkan pelajar untuk memurnikan hasil perbincangan pada kertas sebak dalam bentuk peta minda. Wakil kumpulan membentangkan laporan hasil perbincangan dihadapan pelajar. Selesai pembentangan daripada setiap kumpulan, guru akan memberikan ulasan bagi hasil perbincangan pelajar tersebut.

K.Berfikir:Menjana Idea

BBM:Kertas sebak Marker pen

Nilai murni:Bekerjasama

Langkah 3(15 minit)Soalan:

1. Bandingkan suasana masa kini dan masa dahulu?2. Bandingkan masyarakat kini dan masyarakat dahulu?3. Bandingkan kehidupan masa kini dan masa dahulu?

Perbandingan Gaya Hidup Guru mengarahkan pelajar berbincang dalam kumpulan untuk membuat perbandingan gaya hidup masyarakat sekarang dengan masyarakat yang terdapat dalam teks yang dikaji. Guru meminta wakil kumpulan untuk melaporkan perbincangan. Guru dan pelajar bersoal jawab tentang gambaran masyarakat zaman akan datang dan pelajar memberikan pendapat sendiri.K.Berfikir:MembandingbezaKajian Masa Depan

Nilai murni:Bekerjasama

LangkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Langkah 4(15 minit)Sistem bahasa Kata Adjektif:1. Cerdas2.Pandai3.Muda4.Keemas-emasan5.Berseri-seri

Kata Adjektif Dengan merujuk kepada teks komsas yang dikaji, pelajar berbincang dalam kumpulan untuk mengesan kata adjektif yang terdapat dalam teks tersebut. Pelajar mengisi lampiran Wakil kumpulan menyebutkan hasil perbincangan tentang kata adjektifKemahiran Belajar:Pembelajaran Masteri

BBM:Lampiran

Nilai murni:Bekerjasama

Penutup(10 minit)Soalan:Apakah isi pelajaran yang telah kamu pelajari pada hari ini?Rumusan Guru bertanyakan maklum balas pelajar berkenaan pelajaran hari ini tentang aspek latar dalam bahan prosa Guru meminta seorang pelajar memberikan rumusan tentang isi pelajaran yang dipelajari pada hari ini.

K.Berfikir:Menjana Idea

Nilai murni:Kasih Sayang

5.0 PENUTUPKeberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dipengaruhi oleh beberapa unsur penting iaitu guru, murid, persekitaran dan bahan bantu mengajar. Namun, guru memainkan peranan penting dalam menentukan murid belajar. Teknik yang diaplikasikan oleh guru merupakan aset penting sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai atau sebaliknya. Kaedah yang menarik dan berkesan amat penting khususnya dalam mengajar subjek Bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, kebanyakan murid beranggapan bahawa mengikuti pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah amat membosankan berbanding dengan mata pelajaran lain. Bagi pihak guru pula mereka berpendapat bahawa pengajaran Bahasa Melayu agak sukar untuk menarik perhatian murid. Kesannya ialah mata pelajaran Bahasa Melayu kurang diminati oleh murid dan tiada komitmen yang sewajarnya daripada guru.Kesimpulannya teknik-teknik yang telah dinyatakan di atas dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memantapkan penguasaan peristiwa dalam komsas khususnya novel dan cerpen. Di samping itu dapat membantu guru memberikan penjelasan yang kukuh kepada murid untuk menyelesaikan masalah teknik dalam menjawab soalan yang mempunyai perbezaan bentuk. Seterusnya dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan lebih menarik dan menyeronokkan murid.

BIBLIOGRAFIArbaie Sujud. 2008.Sastera Melayu Suatu Pengantar .Kuala Lumpur : Tinta PressSdn Bhd.

Asmah Haji Omar. 2008.Ensiklopedia BAHASA MELAYU.Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka

Harun Mat Piahet al. 2006.Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 1997. Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Disertasi untuk ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden, Universiti Malaya

http://www.moe.gov.my/jpnselangor/images/stories/kertaskerja/hjh%20ghazani/laporan%20TMB%20Komsas.pdf dilayari pada 15 April 2013

http://www.slideshare.net/wanizzahwanshamshudin/pengenalan-komsas dilayari pada 15 April 2013

http://teknikdankaedahmengajarkomsas.blogspot.com/ dilayari pada 1 Mei 2013

http://lamanbahasa-aliza.blogspot.com/2011/04/teknik-mengajar-komsas.html dilayari pada 5 Mei 2013