Download pdf - Tamadun Jepun

Transcript

Tamadun Jepun20.1 LATAR BELAKANG DAN PENUBUHAN: SEJARAH TAMADUNJEPUN 20.1.1 Asal-usul Nama Jepun dan Geografi Nama untuk negara Jepun atau Nihon (Nippon) datum bahasa Jepun bermakna Tanoh Matahari Terbit dan juga dikenali sebagai Yamato. Istilah Nihon digunakan buat pertama kalinya oleh cendekiawancendekiawan Korea pada awal kurun ke-7 yang berkunjung ke negara Jepun. Istilah Nippon pula digunakan dengan meluas semasa Era Meiji (1868-1912) dan Era Taisho (1912-1926). Istilah Nihon digunakan dengan meluas dan dirujukkan kepada Jepun selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Kepulauan Jepun mengandungi empat buah pulau utama iaitu Pulau Honshu, Kyushu, Shikoku dan Hokkaido, dan dianggarkan terdapat sejumlah hampir enam ratus buah pulau kecil di sekitarnya. Tumpuan utama penduduk Jepun sejumlah besamya menetap di Pulau Honshu, Kyushu dan Shikoku. Jepun mengalami ikiim sederhana yang mengalami empat musim iaitu musim bunga, panas, luruh dan sejuk. Purata suhu di Jepun sentiasa berubah-ubah setiap tahun misalnya, suhu di Tokyo biasanya dalam lingkungan 37 C pada bulan Januari meningkat kepada 39 C pada bulan Ogos. Keadaan muka bumi yang berlainan mempengaruhi keadaan suhu. Kawasan pantai barat dan barat laut Pulau Hokkaido dan Honshu misalnya, terletak dalam kawasan yang berhawa dingin dan bersaiji apabila tiba musim sejuk. Dari segi ekonomi, Jepun merupakan negara yang kaya dengan sumber dan hasil bumi, terutamanya arang batu tetapi memiliki kawasan tanah subur untuk bercucuk tanam yang terhad. Galian sulfur juga terdapat dengan banyaknya hasil daripada letusan gunung berapi yang aktif. Selain arang batu dan sulfur, negara ini juga kaya dengan sumber alam lain terutamanya besi, zink, aluminium, kromium, magnesium dan uranium. Gunung yang terkenal di Jepun ialah Gunung Fuji yang mempunyai ketinggian 12,461 meter. Daripada sejumlah 250 buah gunung yang terdapat di Jepun, kebanyakannya merupakan gunung berapi aktif dan masih mengeluarkan lahar. Dianggarkan sejumlah lebih daripada 50 buah gunung berapi yang aktif dan pergerakan bawah tanah menghasilkan lebih dari seribu pancutan dan kolam air panas di Jepun. Negara Jepun terletak dalam lingkungan gunung berapi yang aktif di Asia Pasifik (TimurJauh). Lanar gunung berapi di Jepun merupakan punca utama kesuburan tanah dan bersesuaian untuk kegiatan pertanian. Di peringkat awal, kegiatan ekonomi utama masyarakat Jepun ialah kegiatan pertanian dan perikanan. Kawasan dataran yang subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian kebanyakannya terletak di

kepulauan Honshu. Tiga kawasan dataran tersebut ialah Kanto (Teluk Tokyo), Kinai (Teluk Osaka) dan di Teluk Ise. Dataran- dataran ini berpenduduk padat, merupakan kawasan pengeluaran makanan, sumber kekayaan dan kekuasaan, dan dataran ini merupakan punca perselisihan dan persaingan di kalangan tuan-tuan tanah dan keluarga-keluarga feudal. Kawasan yang sesuai untuk kegiatan pertanian merangkumi hanya seperlima daripada negara Jepun. Faktor terpenting disebabkan bentuk muka bumi yang tidak rata, sekiranya terdapat sungai ia dipisahkan oleh bukit-bukau atau gunung- ganang. Keadaan muka bumi yang tidak rata mengakibatkan aktiviti pengangkutan dan komunikasi (perhubungan) tidak berjalan dengan begitu baik dan lancar. Sungai terpanjang ialah Sungai Shinano yang mengalir di barat selatan kepulauan Honshu dan sejauh 229 batu yang dianggap kurang sesuai kerana keadaannya yang cetek hanya sesuai untuk pengangkutan ringan sahaja. Jepun memiliki kawasan yang kaya dengan sumber air laut dan orang Jepun amat bergantung sepenuhnya kepada sumber ini. Kekayaan sumber air ini kemudiannya memainkan peranan untuk mengain sistem pengairan, pertanian, perindustrian dan perikanan. 20.1.2 Sejarah Awal Orang Jepun dan Keluarga Diraja Jepun Menurut teorinya, orang Jepun dikatakan berasal dari tiga keturunan iaitu Orang Ainu (Kaukosid), Orang Mongoloid (China-Monggolia) dan Nusantara (Asia Pasifik). Sebahagian besar orang Jepun merupakan keturunan Mongoloid dan mempunyai pertalian rapat dengan orang Cina, Vietnam, Thailand, Burma dan lain-lain. Orang Jepun berketurunan Mongoloid sampai ke Kyushu melalui negara China dan berhijrah ke Honshu. Shikoku dan Hokkaido. Orang Jepun telah bercampur-aduk dengan kumpulan-kumpulan bangsa lain, antaranya dengan orang Ainu. Dari segi sejarahnya, orang Ainu (bangsa proto-Caucasoid) telah menduduki Jepun lebih awal berbanding dengan orang Mongoloid, iaitu lebih kurang 5,000 tahun dahulu. Peningkatan kemasukan orang Mongoloid yang berlanjutan sehingga kurun ke-8 lelah mendorong orang Ainu untuk berpindah ke utara Hokkaido. Dalam proses perpmdahan ini berlaku penyerapan orang Amu ke dalam suku bangsa Jepun. Mereka merupakan masyarakat primitif yang hidup memburu dan memungul makanan, dan dipercayai memiliki kebudayaan yang sama dengan Zaman Neolitik, dengan peralatan budaya diperbuat danpada serpihan batu yang leiah digilapkan, tulang ikan dan tanah liat. Sejarah awal tamadun Jepun dikenali sebagai zaman/owo^ iaitu istilah yang berasal daripada barangbarang yang dicipta dari sejenis tanah liat iaitu Jomon. Dari segi kegiatan ekonomi, mereka merupakan masyarakat yang belum berkemahiran dalam bertani (bercucuk Lanam). maka itu mereka mengamalkan kegiatan memburu bmatang, menguup hasi! hutan dan mengutip hasil laut terutama menangkap ikan dan kerang. Dari segi kebudayaan, mereka masih menggunakan kulit binatang atau kul;t kayu sebagai

pakaian. Mereka menggunakan peralatan budaya yang diperbuat daripada batu batan, tulang- belulang dan kayu. Melalui kaedah arkeologi auu cangali, dibuktikan penemuan artifak-artifak antaranya kulit kerang vang ditanam bersama tulang manusia di dalam perkuburan orang Jomon; dan tembikartembikar Jomon yang mempunyai kehalusan sent dan corak-corak luar biasa. Penemuan-penemuan mi membuktikan masyarakat asli Jepun telah mencapai tarafseni kebudayaan yang tinggi menjelang tahun 5000SM. Dan segi sosial, dipercayai masyarakat ini telah mengikut aliran hidup yang kolektif dan tetap tanpa jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin. Mereka tinggal menetap dengan sent bina tempat tinggal iaitu rumah dengan menggali lubang dan dindingnya diperbuat daripada jerami. Dari segi kepercayaan, mereka mempercayai suatu jenis kuasa ghaib melalui penciptaan rupa-rupa patung Dewi dari tanah liat dan gada-gada batu yang besar yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ilmu sihir. Dalam aspek pengkebumian, orang yang meninggal tidak dikebumikan menggunakan keianda, tangan dan kaki dilipat dan kadangkala di dada mereka diletakkan batu yang besar untuk menghalang daripada menjelma semula. Menjelang tahun 200SM, pengaruh kebudayaan Cina mulai mengalir masuk ke negara Jepun dan Dinasti Han (206SM-24 TM), ketika itu mula menekankan pengaruhnya ke atas Jepun. Kemasukan kebudayaan Cina dan pertembungan ini telah membawa kepada perubahan-perubahan dalam masyarakat Jepun sehingga membentuk kebudayaan baru yang dikenali sebagai Yayoi. Nama ini diambil dari suatu jenis periuk belanga tembikar yang dicipta pada ketika itu iaitu dari zaman prasejarah Jepun sehingga hampir kurun ke-4 Masihi. Barang-barang tembikar ini bercirikan garisan-garisan Inrus dan corak- corak Ibi yang mudah dan kemas. Antara yang diperkenalkan ialah teknik membuat perkakas tembaga dan besi, jenis periuk belanga dan tembikar yang baru dan sem berkebun. Barang-barang tembikar ini bercirikan garisan-garisan Inrus dan corak-corak Ibi yang mudah dan kemas. Corak lebih cantik, menarik, berwarna-warni, teknik pembuatan yang lebih kukuh dipelajari daripada teknik pembuatan tembikar Korea. Era Yayoi dibezakan dengan pengenalan peralatan logam dari benua Asia terutamanya dari negara China. Di peringkat ini, kegiatan memburu binatang dan mengutip hasil hutan masih diteruskan tetapi perbezaan yang ketara ialah pengetahuan tentang pertanian. Masyarakat zaman ini telah mencapai peningkatan dan kemajuan dalam pertanian antaranya tentang penggunaan tanah, tenggala untuk membajak dan pengairan. Mereka telah menjalankan kegiatan penanaman padi sawah dan sistem batas. Pembukaan tanah-tanah, penanaman padi dan pengairan telah meningkatkan pengeluaran bahan makanan (lebihan), dan diperkenalkan amalan menyimpan beras dan barangan pertanian lain. Peningkatan ini membawa kepada wujudnya jurang perbezaan di antara golongan kaya dengan golongan miskin, terutama perubahan mengenai status atau kedudukan dalam masyarakat. Pada zaman kebudayaan Yayoi ini, terbentuk perbezaan-perbezaan di dalam kedudukan sosial dan politik di antara pemerintah dan diperintah. Kemunculan lebih ramai pemimpin-pemimpin politik

seperti di Yamato (Nara) dan Kyushu, dan di kalangan mereka ini kumpulan Yamato (nenek-moyang keluarga Imperial Jepun) muncul sebagai kumpulan politik yang paling berkuasa ke atas kumpulankumpulan lain yang dipanggil Uji. Menjelang kurun ke-4, kekuasaan kumpulan Yamato meliputi seluruh negara Jepun kecuali di beberapa daerah di Kyushu. Pemimpin-pemimpin Yamato mengabsahkan mereka berketurunan Dewi Matahari (Amateresu) dan menentukan bahawa pemujaan dewi ini merupakan penyembahan terulung di negara ini. Simbol kekuasaan dan alat kebesaran keluarga dirajaJepun (Imperial Jepun) ialah sebuah cermin tembaga, sebuah pedang best yang panjang dan permata yang melengkung (magatama). Menurut sejarahnya, kumpulan Yamato merupakan kalangan pemimpm terawal dan membawa kepada perpaduan terhadap negara tersebut, dan melaksanakan dasar imperialisme terutama ke atas beberapa bahagian di Semenanjung Korea. 20.1.3 Sejarah Awal Penubuhan Negara Jepun dan Peranan Korea Sebagai Jambatan Kemasukan Tamadun Cina Menurut catatan Rekod atau Kojiki perkara-perkara purba, empayar Jepun telah diasaskan pada tahun 660SM iaitu pada Zaman Yayoi. Pemerintah ketika itu, Maharaja Jimmu Temo yang merupakan maharaja kelima dari keiurunan Dewi Matahari menjadikan Kashiwara, ibu kota di Yamato dan menjalankan dasar mengukuhkan empayar Jepun. Selama 1,100 tahun, sehinggalah semasa pemerintahan Maharaja Yuryaku, Jepun menumpukan perhatian kepada pengukuhan empayar termasuk menakluki sebahagian daripada Semenanjung Korea. Apakah kepentingan Korea kepada negara Jepun ketika itu? Penaklukan Korea telah membuka hubungan langsung antara Jepun dengan Semenanjung Korea, dan melaluinya membuka jalan kepada kemasukan agama Buddha dan pengaruh kebudayaan Cina ke Jepun. Di peringkat ini, Korea memainkan peranan penting sebagai jambatan kemasukan kebudayaan Cina ke negara Jepun. Pada tahun 552 M, Raja Pakche iaitu salah seorang daripada pemerintah tiga kerajaan di Korea telah mempersembahkan beberapa buah buku mengenai doktrin agama Buddha dan sebuah patung Buddha kepada Kerajaan Imperial di Jepun. Maharaja Jepun ingin menganut agama Buddha tetapi menerima tentangan hebat daripada menteri-menteri. Beliau memberi patung (Buddha) kepada Perdana Menteri Soga yang mendirikan sebuah kuil. Kuil ini kemudiannya telah dibakar oleh beberapa pegawai kerana dianggap membawa wabak penyakit yang dahsyat ke seluruh negara. Walaupun di peringkat awal kemasukan agama Buddha wujud penentangan dan perasaan tidak puas hati, namun agama ini akhirnya diberikan kedudukan yang kuat. Penerimaan dan pengukuhan kedudukan agama Buddha di Jepun dimainkan oleh peranan pengaruh Maharani Suiko Putera Mahkota Umayado (572-621 M) dan Putera Umayado ini dikenali sebagai Shotoku Taishi.

Shotoku Taishi mudah menerima agama Buddha dan baginda merupakan wall agama Buddha pertama dan penaung pelajaran terulung di Jepun. Penerimaan agama Buddha dan pengaruh kebudayaan Cina terutama mengenai idea-idea dan ilmu pengetahuan, telah membawa kepada perubahan dan pembaharuan. Apakah perubahan dan pembaharuan yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan semasa pemerintahan Shotoku Taishi ini? Antaranya ialah pada tahun 604 M, Shotoku Taishi memperkenalkan Perlembagaan 17 Artikel yang berasaskan ajaran agama Buddha; konsep politik dan etika Konfucius. Hubungan antara Jepun dengan Korea dan China semakin meningkat, sehingga ramai tukang yang mahir dalam sent bina, seni pahat, sent lukis dan kerja-kerja logam dan sebagainya telah dibawa masuk dari Korea. Dalam bidang seni bina, beliau telah membina kuil-kuil yang indah, termasuk kuil Horyuji (Nara). Shotoku Taishi mengirim suatu utusan yang besar ke negara China pada tahun 607 M dan utusan-utusan seterusnya. Kebudayaan Cina memainkan peranan dalam pembentukan tamadunJepun untuk selama setengah kurun berikutnya. 20.2 PEMBINAAN, PERKEMBANGAN, DAN PEMANTAPAN TAMADUN JEPUN SEHINGGA 1912 20.2.1 Pembaharuan Taika dan Kod Taiho Dalam proses pembentukan tamadun Jepun ini, kematian Shotoku Taishi pada tahun 621 M tidak memutuskan hubungan antaraJepun dengan negara China secara langsung dan tidak secara langsung melalui Korea. Utusan-utusan ke negara China membawa idea-idea dan ilmu pengetahuan Cina balik ke negara Jepun. Selain melalui saluran diplomatik, Jepun telah mengirim sejumlah besar pelajarnya ke China dan pelajar-pelajar ini memainkan peranan penting membawa masuk mengenai ilmu sains dan kesusasteraan. Pada tahun 645 M berlaku suatu rampasan kuasa yang dipimpin oleh sekumpulan pelajar yang kembali dari negara China dan mereka memperkenalkan beberapa perubahan yang dikenali sebagai Pembaharuan Taika. Pembaharuan Taika merangkumi sistem politik dan pentadbiran, kebudayaan dan pelajaran, dan ia mempercepat pengaliran masuk idea-idea, pemikiran dan nilai-nilai moral agama Buddha dan Konfucius ke negara Jepun. Antara pembaharuan terpenting ialah pengenalan struktur kerajaan yang sistematik iaitu sistem pentadbiran pusat berasaskan sistem kerajaan Tang di negara China. Pada kurun ke-8, terdirinya sebuah ibu kota mengikut contoh Chang-an di China iaitu Kota Nara. Pada tahun 702 M, diperkenalkan Kod Taiho (Taihoryo) dan melaluinya struktur kerajaan telah dikaji semula. Berdasarkan sistem baru ini, Kerajaan Pusat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Jabatan Pemujaan ffingi-kan) dan Jabatan Negara (Dajo-kan). Jabatan Pemujaan lebih penting berbanding

dengan Jabatan Negara. Menurut kod ini, negara Jepun dibahagikan mengikut wilayah (kuni) dan setiap wilayah ditadbir oleh gabenor (kami) yang dilantik oleh Kerajaan Pusat. Wilayah-wilayah dibahagikan kepada beberapa daerah (Gun atau Kori) dan ditadbir oleh gabenor-gabenor daerah (Gunshi). Bilangan wilayah semakin meningkat apabila tanah-tanah baru diterokai dan dimajukan. Menjelang kurun ke-8, terdapat sejumlah 66 buah wilayah yang mengandungi 592 daerah. Pegawai- pegawai di peringkat wilayah dan daerah bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan kestabilan; mengutip cukai dan mengambil tenaga buruh untuk kerja wajib. Daftar penduduk dan peruntukan tanah dikekalkan. Sistem baru yang diperkenalkan ini merupakan pengaruh dari kebudayaan Cina terutama struktur kerajaan dinasti Tang. Pembaharuan Taika dan Kod Taiho telah membina asas dan membawa kepada pembentukan sebuah kerajaan yang lebih sistematik (lengkap) dan teratur. Di samping itu dari segi pencapaian, kemunculan aristokrasi yang memainkan peranan penting dalam struktur Kerajaan di Yamato. Kelas aristokrat ini kemudiannya, memainkan peranan penting (dominan) dalam sejarah perkembangan politik Jepun sejak kurun ke-8 sehingga kurun ke-12 Masihi. 20.2.2 Zaman Nara (710-784 M) Dalam adat resam keluarga diraja Jepun, Maharaja atau Maharani yang menaiki takhta akan bertukar tempat atau memindahkan ibu negara (pusat kerajaan) dan ini merupakan suatu tradisi penting. Tradisi ini tidak diikuti oleh Maharani Gemmyo apabila pada tahun 710 M beliau mendirikan ibu negara yang tetap di Nara dan diikuti hampir keseluruhannya oleh pemerintah-pemerintah terkemudian. Nara merupakan pusat pentadbiran, pusat agama Buddha dan perkembangan keseniaan dan terletak di bawah pengaruh keluarga Fujiwara. Berdasarkan peranan sebagai pusat agama Buddha, ia berhubungkait dengan aspek politik, kesenian, seni tulis dan kesusasteraan. Di bidang politik, wujud cubaan untuk mempengaruhi politik dari kalangan sami Buddha terhadap keluarga diraja Jepun tetapi dapat dihalang dan dikawal sepenuhnya. Pada waktu ini diperkenalkan penciptaan Daibutsu (patung Buddha) yang terkenal. Selaras dengan perkembangan agama Buddha, banyak kuil Buddha dibina dan termasuklah Horyuji, iaitu sebuah kuil terawal yang kesemuanya merupakan binaan kayu tertua di dunia. Istana keluarga diraja serta kerabat dan golongan bangsawan terutama kerabat Fujiwara mengadakan upacara-upacara agama Buddha yang penting. Dalam konteks ini, ramai Maharaja Jepun yang telah bersara menjadi sami-sami Buddha. Di Nara, agama Buddha dikatakan menikmati lebih banyak sokongan daripada Shintoisme. Kemasukan agama Buddha ke Jepun disertai oleh kesenian-kesenian dari negara China yang lain. Dalam bidang seni

tulis dan kesusasteraan, orang Jepun sudah biasa dengan tulisan Cina tetapi pada zaman Nara orang Jepun buat pertama kalinya telah berjaya menghasilkan kesusasteraan mereka menggunakan bahasa Cina. Karya sastera yang dihasilkan berbentuk penulisan sejarah (historiografi) dan antara yang terpenting ialah Nihonshoki (Nihongi) yang disusun dalam bahasa Cina pada tahun 720 M. Berdasarkan kepada penulisan sejarah, Zaman Nara merupakan zaman yang menandakan kemuncak peminjaman kebudayaan dari negara China. 20.2.3 Zaman Heian (794-1185 M) Pada tahun 794 M, Maharaja Kammu telah mendirikan ibu negara baru di Heian- Kyo (Kyoto) dan menjadi pusat kerajaan diraja selama hampir 1,100 tahun iaitu sehingga era pemerintahan Meiji. Selepas pemindahan ibu negara ini, keluarga Fujiwara semakin berkuasa terutama di antara tahun 866 sehingga 1,160 dan zaman ini juga dikenali sebagai Zaman Fujiwara. Keluarga Fujiwara mulai memonopoli jawatan-jawatan Pemangku Raja (Sessho) dan Pengarah-pengarah Awam (Kampaku), dan perlantikan jawatan Perdana Menteri merupakan hak turun-temurun. Pemangku Raja Fujiwara yang paling berkuasa dan terkenal ialah Michinaga yang menguasai sepenuhnya kerajaan diraja di antara tahun 996-1017 M. Kedudukan pengaruh keluarga Fujiwara semakin meningkat serta berjaya mengekalkan kuasa-kuasa mereka sepenuhnya sehingga kemudiannya kuasa mereka dilemahkan oleh golongan tentera atau perwira (samurai). Dalam Zaman Heian, berlaku pembaharuan-pembaharuan yang mencorakkan pembentukan tamadun Jepun sama ada dalam bidang politik, ekonomi atau kebudayaan. Dalam bidang politik, muncul kelas aristokrat yang dikuasai keluarga Fujiwara. Mereka menguasai dan memiliki sejumlah besar tanah yang diperolehi sebagai hadiah kerana perkhidmatan mereka. Manakala biara atau kuil Buddha yang berkuasa juga memiliki sejumlah besar tanah. Golongan aristokrat di peringkat wilayah memiliki hubungan istimewa dengan aristokrat di peringkat pusat (Kyoto) atau biara-biara yang berpengaruh, terutama untuk melindungi daripada pemungut-pemungut cukai kerajaan pusat. Dalam bidang ekonomi, golongan aristokrat semakin meningkat kekayaan dan hasil kerajaan pusat semakin merosot yang dalam jangka masa panjang menyumbang kepada kemerosotan kuasa dan pengaruh pemerintah. Dalam bidang kebudayaan, hubungan antara Jepun dengan China tidaklah berbentuk peminjaman sebaliknya unsur-unsur pinjaman dengan unsur-unsur Jepun. Mereka berusaha untuk mencapai kematangan intelektual dan tidak lagi pinjam-meminjam atau bergantung kepada kebudayaan Cina. Pada tahun 960 M, Jepun mengambil keputusan menamatkan hubungan rasmi dengan China dan perkembangan kebudayaan diberikan suatu imej yang baru. Pada waktu ini, berlaku perkembangan

senarai tulisan Jepun atau Kana. Kana dibahagikan kepada dua iaitu hiragana iaitu sesuatu huruf adalah dalam bentuk berangkal atau bergaya dan satu lagi ialah katakana. Sistem Kana telah member! rangsangan kepada perkembangan puisi (waka), prosa dan kegiatan kesusasteraan dalam bahasa Jepun. Antara hasil kesusasteraan yang luar biasa ketika itu ialah sebuah novel berjudul The Tale of Genji karya Lady Murasaki. Kurun ke-10 dan ke-11 merupakan zaman keemasan bagi perkembangan prosa Jepun. Kesenian dan pertukangan iaitu lukisan, ukiran, seni bina dan lain-lain menunjukkan ciri-ciri Jepun. Keluarga Fujiwara memainkan peranan penting dalam perkembangan kesenian kerana mereka merupakan penaung. Manakala dalam bidang keagamaan, agama Buddha Tendai dan mazhab Buddha dikenali sebagai Shingon telah diperkenalkan oleh Saicho dan Kukai. Pada Zaman Heian, perubahan, pembaharuan dan pencapaian- pencapaian memberikan kesan positif terhadap pembentukan kebudayaan tamadun Jepun. Perkembangan ini memperlihatkan unsur-unsur atau ciri-ciri Jepun yang lebih jelas berbanding sebelum ini, seolah-olah dibayangi oleh unsur- unsur tamadun Cina. Menjelang akhir kurun ke-11, keluarga Fujiwara tidak lagi menonjolkan pemimpinpemimpin yang berkeupayaan dan berkaliber. Sebaliknya, muncul dua keluarga penting vang begitu berpengaruh iaitu Minamoto dan Taira yang terdiri daripada golongan Tentera atau perwira dan menuntut hak keturunan mereka daripada keluarga diraja. Dalam persaingan dan pertelingkahan antara dua keluarga mi. ke.uarga Minamoto memenangi persaingan ini dan mereka kemudiannya mengsaasKan Kesyogunan Kamakura. 20.2.4 Zaman Kamakura (1185-1331 M) Kemuncak kepada persaingan dan pertelingkahan antara Keluarga Taira dengan keluarga Minamoto ialah peperangan vang meie:ui paaa tahun 11SC hmgga 1185M. Dalam peperangan tersebut. keluarga Mmamoto memenangi peperangan ini dan pemimpinnya Minamoto Yonmoro muncul sebagai pemimpin yang paling berkuasa di Jepun. Tindakan pertama beliau ialah mendirikan ibu negennya di Kamakura dan mewujudkan era baru dalam sejarah tamadun Jepun iaitu Zaman Kamakura (1185-1331 M). Yoritomo membenarkan keluarga diraja dan keluarga Fujiwara meneruskan kerajaan mereka di Heian. Pada tahun 1192, beliau mengambil gelaran Sei-I-Taishogun (Panglima) dan ini merupakan bentuk pemerintahan kediktaktoran tentera atau kesyogunan pertama di Jepun iaitu Kesyogunan Kamakura. Kerajaan berbentuk tentera ini dikenali sebagai Bakufu (Kerajaan Khemah). Pada Zaman Kamakura, berlaku beberapa perubahan, pembaharuan dan pencapaian penting terhadap pembentukan tamadun Jepun. Dalam bidang politik, diperkenalkan pemerintahan berbentuk ketenteraan (Kesyogunan) dan di waktu ini mulanya berakar umbi sistem feudal di Jepun. Dalam bidang ekonomi, Kesyogunan Kamakura memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Jepun

terutamanya berlaku peningkatan hasil pengeluaran pertanian dan pembuatan serta penggunaan peralatan untuk pertanian. Peningkatan hasil pertanian dan pembuatan ini mendorong kepada lebihan hasil pengeluaran sehingga membawa kemunculan pasar-pasar dan kedai-kedai, dan peningkatan kegiatan perniagaan. Peningkatan perniagaan mendorong pertumbuhan ekonomi wang dan pertukaran wang, sehingga membawa kepada urbanisasi (perbandaran) baru. Di samping itu, berlaku peningkatan dalam aktiviti pertukangan tangan. Peningkatan dalam bidang ekonomi, mendorong kemunculan pedagang-pedagang dan mereka ini kemudiannya membentuk persatuan-persatuan perdagangan (guilds). Dalam bidang kebudayaan, perkembangan dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa politik yang terbahagi kepada dua iaitu pertama, Maharaja dan golongan bangsawan di Kyoto meneruskan adat-adat tradisional aristokrasi. Keduanya, suatu jenis kebudayaan baru sedang dipopularkan di kalangan golongan perwira, terutamanya di Kamakura (Kesyogunan Kamakura). Di Kyoto, kegiatan kesenian dan kesusasteraan berkembang pesat terutamanya kerana minat yang ditunjukkan oleh golongan aristokrat terhadap puisi (waka) Jepun. Antara hasil karya yang terkenal ialah antologi puisi-puisi Jepun berjudul Shin Kokin Wakashu (Kokin Wakashu Baru) yang disusun pada tahun 1205; dan karya-karya Saigyo (1181190) yang merupakan seorang sami dan penyajak terkenal. Kebanyakan puisi ini diminati oleh golongan aristokrat. Manakala di kalangan orang kebanyakan, diperkenalkan penulisan prosa bergaya baru dengan menggunakan stall yang bersemangat. Antara karya tersebut ialah Heike Monogatari (Cerita Keluarga Heike) yang memperihalkan kebangkitan dan kejatuhan keluarga Taira pada tahun 1233. Perkembangan dalam bidang seni lukis dan seni ukir memperlihatkan peranan penting golongan aristoktrat. Lukisan atas gulungan kertas (e- makimono) dan lukisan potret merupakan seni yang begitu terkenal dan penting. Unkei dan Kaikei merupakan dua pengukir terkenal yang mengukir patungpatung Raja-raja Dewa (Kongo Rikishi). Dalam bidang keagamaan, pada zaman ini muncul pelbagai mazhab agama Buddha. Di kalangan golongan aristokrat, mazhab agama Buddha Tendai dan Shingon kekal dan popular. Antara mazhab yang muncul ialah mazhab Jodo (1175) yang diasaskan oleh Sami Honen (1132-1212) dan popular di kalangan golongan kebanyakan; mazhab Jodo-Shinshu (Ikkoshu) yang diasaskan oleh Shinran (1173-1262); mazhab Hokkeshu yang diasaskan oleh Nichiren (1222-1283); dan mazhab Buddha Zen yang di bawa masuk ke Jepun semasa Zaman Heian popular terutamanya di kalangan kelas perwira. Pada tahun 1333, Kesyogunan Kamakura digulingkan oleh Maharaja Godaigo (1288-1339) dengan sokongan beberapa jeneral iaitu Kusunoki Masashige (1294-1336), Nitt Yoshisada (1301-1338) dan Ashikaga Takauji (1305-1358). Maharaja Godaigo gagal untuk mempertahankan kekuasaan dan pengaruh keluarga diraja dan pada tahun 1335 digulingkan oleh Ashikaga Takauji. 20.2.5 Kesyogunan Ashikaga (1338-1533 M)

Pada tahun 1335, Ashikaga Takauji telah melancarkan pemberontakan dan penentangan terhadap kerajaan diraja (Keluarga Imperial) yang dipimpin oleh Maharaja Godaigo. Kejayaan menundukkan kuasa keluarga diraja mendorong kepada Ashikaga Takauji untuk melantik dirinya sebagai Sei-ITaishogun pada tahun 1338 dan mengasaskan Kesyogunan Ashikaga. Berbanding Kesyogunan Kamakura, Kesyogunan Ashikaga dari segi politik gagal untuk mengenakan kawalan sepenuhnya ke atas kelas tentera wilayah dan daimyo atau tuan-tuan tanah feudal. Kegagalan mi akhirnya menyebabkan ia mengalami kemerosotan dan akhirnya, Syogun Yoshiaki dipecat oleh Oda Nobunaga seorang daimyo yang paling berpengaruh pada tahun 1753. Pada zaman Kesyogunan Ashikaga, negara Jepun telah mengalami beberapa perubahan, pembaharuan dan pencapaian dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan sosial, dan agama. Dalam bidang ekonomi, perubahan penting berlaku dalam bidang pertanian dan perindustrian. Dalam bidang pertanian, setiap tahun diusahakan dua jenis tanaman iaitu selepas penanaman padi ditanam pula gandum atau barli, dan penggunaan kuda dan sapi untuk proses penanaman; tanaman teh dan kapas ditanam secara besarbesaran dan diperkenalkan sistem pengairan. Dalam bidang perindustrian, pembuatan dan pengeluaran barangan tembikar dan perlombongan terutama emas, perak dan tembaga semakin meningkat. Dalam bidang ekonomi, muncul organisasi-organisasi yang serupa dengan persatuan (za) atau guilds yang berperanan memonopoli pengeluaran dan pemasaran sebarang barangan. Pertumbuhan ekonomi mi telah menggalakkan kemunculan persatuan-persatuan kewangan (Tanomoshiko/Mujinko) dan pertumbuhan ekonomi wang. Ini meningkatkan hubungan perdagangan di peringkat tempatan dan luar negeri. Dalam bidang kebudayaan, berlaku perubahan dan pencapaian terutamanya dalam seni bina, sent lukis, kesusasteraan dan sebagainya. Antara seni bina penting ialah Pavillion Emas (Kinkaku) di Kitano, Kyoto dan Pavillion Perak (Ginkaku) di Higashiyama, Kyoto yang dibina oleh Ashikaga Yoshimitsu dan Ashikaga Yoshimasa. Mengenai seni lukis, muncul dua pelukis terkenal ialah Tosa Mitsunobu dan Kano Motonobu. Mengenai kesusasteraan, muzik dan tarian dipopularkan dalam Zaman Muromachi; Sarugaku (sejenis pengajuan komik) dan Dengaku (sejenis tarian dan muzik) begitu popular di kalangan rakyat; No iaitu drama menjadi popular di kalangan golongan aristokrat dan bangsawan tempatan. Upacara teh (Chanu-yut) dan penyusunan bunga (Ikehana) menjadi popular terutama di kalangan aristokrat. Dalam bidang agama, muncul beberapa mazhab agama Buddha seperti Judo Shinshu yang begitu terkenal dan biara- biara (terakoya) berkembang dengan pesat. Secara umumnya, perubahan, pembaharuan dan pencapaian zaman Kesyogunan Ashikaga ini merupakan warisan yang penting kepada tamadun Jepun masa kini. Kemerosotan Kesyogunan Ashikaga

menimbulkan huru-hara politik untuk suatu jangka waktu yang dikenali sebagai Sengoku Jidai (era peperangan). 20.2.6 Zaman Sengoku Jidai Zaman Sengoku Jidai merupakan zaman yang penuh dengan persaingan dan peperangan di kalangan daimyo-daimyo untuk merebut kekuasaan, pengaruh dan keunggulan. Dan segi politik, zaman Sengoku Jidai merupakan zaman ketidakstabilan politik yang penuh dengan perpecahan dan peperangan. la berlangsung sekitar akhir kurun ke-15 dan awal kurun ke-16. Ketidakstabilan politik ini akhirnya membawa kemunculan seorang pemimpin tentera yang teragung iaitu Oda Nobunaga (1534-1582). Oda Nobunaga merupakan tokoh yang berperanan penting ke arah penyatuan negara Jepun di samping seorang tokoh agung lain iaitu Hideyoshi. Zaman Sengoku Jidai menyaksikan bagaimana pemerintahnya, Oda Nobunaga menggalakkan hubungan kebudayaan dengan orang-orang Eropah. Dalam zaman ini, walaupun wujud ketidakstabilan politik tetapi kegiatan ekonomi dan kebudayaan tetap berkembang terutamanya melalui peranan Oda Nobunaga dan Hideyoshi. Dalam bidang ekonomi, pedagang-pedagang {chonin) telah memperluas kegiatan perniagaan mereka ke seluruh negara Jepun dan monopoli za atau persatuan-persatuan dipecahkan pada tahun 1568. Kedua- dua pemimpin agung tentera ini menggalakkan perkembangan kegiatan perdagangan. Mata wang syiling tembaga telah digunakan dengan meluas dan dipertingkatkan pengeluaran emas, perak dan tembaga untuk memudahkan percetakan syiling-syiling ini. Diperkenalkan pendaftaran tanah baru dan sistem cukai tanah yang lebih tersusun. Dalam bidang kebudayaan, pencapaian dalam seni bina dengan pembinaan istana-istana yang indah antaranya Istana Fushimi, yang dalamnya mengandungi pintu-pintu sorong (fusuma) dihiasi dengan lukisan-lukisan. Muncul beberapa pelukis terkenal iaitu Kano Eitoku dan Kanu Sanraku yang melukis penuh dengan kekayaan warna-warni dan kualiti kehidupan. Upacara minum teh di kalangan orang Jepun begitu terkenal dan ini mendorong kepada perkembangan kesenian tembikar, terutamanya membuat cawan dan teko untuk upacara teh. Melalui hubungan kebudayaan dengan Barat terutama di zaman Oda Nobunaga, pelbagai jenis barangan Barat diperkenalkan (tembakau, jam, cermin mata, topi, seluar panjang, kerusi, roti) terutamanya oleh pedagang dan pengembang agama Kristian. Bahasa Jepun diperkayakan perbendaharaannya dengan menerima masuk istilah-istilah asing terutama dari bahasa Portugis (roti [pao], seluar dalam [gibao], butang [botan] dan dalam bahasa Jepun ialah pan, jihan dan botan); bahasa Sepanyol (jabon atau sabun iaitu shabon dalam bahasa Jepun); dan bahasa Belanda (doek iaitu itik dan zukku dalam bahasa Jepun). Dalam bidang agama, dasar Oda Nobunaga yang menyambut baik dan membenkan perlindungan membolehkan mubaligh-mubaligh Kristian dari

pelbagai mazhab (Jesuit, Franciscan, Dominican) menyebarkan agama ini ke seluruh Jepun. Menjelang tahun 1582, terdapat lebih kurang 200 buah gereja dan hampir 150,000 penganut Kristian. Orang Jepun yang memeluk agama Kristian terdiri dari kalangan petani dan golongan daimyo. Namun begitu, beliau bersikap tegas dan keras terhadap beberapa mazhab agama Buddha terutamanya mazhab Tendai dan mazhab Ikko dengan matlamat untuk mengawal mazhab- mazhab ini. Berbeza dengan Hideyoshi, beliau bertoleransi dengan mazhab- mazhab agama Buddha terutamanya mazhab Tendai kecuali mazhab Ikko dan bertindak tegas terhadap penganut Kristian. Antaranya ialah mengeluarkan undang-undang mengharamkan agama Kristian dan mengarahkan semua paderi keluar dari Jepun, dan penganut Kristian Jepun telah dianiaya. Namun begitu beliau menyambut baik kedatangan pedagang-pedagang Portugis. Toleransi terhadap mazhab agama Buddha telah mendorong agama ini berkembang pesat di Jepun. Zaman Sengoku Jidai berakhir apabila salah seorang pemimpin tentera agungnya, iaitu Hideyoshi mati pada tahun 1598 dan kekuasaan politik di bawah pengaruh sekutunya, Tokugawa leyasu (1542-1616). 20.2.7 Kesyogunan Tokugawa (1603-1867 M) Tokugawa leyasu merupakan sekutu paling berkuasa kepada Hideyoshi semasa zaman SengokuJidai. Kematian Hideyoshi telah membuka ruang kosong kepada politik Jepun. Ini membuka peluang kepada Tokugawa leyasu untuk menguasai politik di antara tahun 1603 sehingga 1616 dan kemudiannya mengasaskan Kesyogunan Tokugawa. Beliau merupakan pemimpin teragung di Jepun pada kurun ke-17 dan Kesyogunan Tokugawa merupakan pemerintah kerajaan tentera paling lama (1603-1867). Berbanding Oda Nobunaga dan Toyotomi Hideyoshi, leyasu berjaya memenuhi tanggungjawab menyatukan Jepun berbanding kedua- duatokohtadi. Secara umumnya, pemerintahan Kesyogunan Tokugawa membawa zaman kestabilan dan keamanan yang berlangsung selama hampir 200 tahun kepada negara Jepun, dan mengamalkan sistem feudalisme. Dalam bidang politik dan pemerintahan, selepas tahun 1630-an pemerintahan Kesyogunan Tokugawa mengambil keputusan untuk melaksanakan dasar pemencilan Jepun dengan menutup pintu kepada dunia luar dan ia berlangsung hampir selama 200 tahun. Dalam bidang ekonomi, sebelum tahun 1630-an pemerintahan Kesyogunan Tokugawa telah menggalakkan perdagangan terutama dengan perdagangan asing dan membuka pintu kepada kemasukan semula agama Kristian. Apabila dasar pemencilan dilakukan, perdagangan asing telah diharamkan dan orang asing diusir keluar. Mubaligh-mubaligh serta penganut agama Kristian Jepun dihukum bunuh. Faktor utama membawa dasar pemencilan ialah kerana tercetusnya Pemberontakan Shimbara (1637-1638) di Kyushu yang dianggap oleh Bakufu sebagai pemberontakan penganut Kristian Jepun terhadap pemerintahan Kesyogunan Tokugawa.

Dalam sistem sosial Bakufu, wujud pembahagian kelas masyarakat yang begitu ketat iaitu di puncak piramid ialah golongan bangsawan (kuge), daimyo dan Hatamoto. Golongan rakyat jelata dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu pahlawan (samurai); kaum tani (Nomin); petukang {Shonin); dan saudagar (Chonin). Golongan samurai Tokugawa menikmati kedudukan istimewa di kalangan rakyat jelata. Dalam bidang pendidikan, masyarakat Tokugawa merupakan golongan berpelajaran. Bakufu dan tuan-tuan tanah mendirikan sekolah-sekolah elit untuk anak-anak samurai, dan terdapat hampir 60,000 sekolah-sekolah kampung (terakaya) didinkan terutama untuk menampung keperluan pendidikan anakanak petani. Di peringkat ini, kemahiran-kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira merupakan sukatan utama. Pembelajaran bahasa Belanda atau Rangaku dan kajian terhadap buku-buku klasik Cina dan Kung Fu Tze telah dilakukan yang juga mendapat sokongan daripada golongan daimyo. Dalam bidang kesusasteraan, muncul beberapa tokoh sastera dan penyair-penyair yang agung antaranya Chikamatu Monzaemon (pengarang drama), lhara Saikaku (penulis novel) dan Matsuo Basho (pakar haiku atau pantun tujuh belas suku kata). Di samping itu, muncul seorang sejarawan Jepun yang terkenal iaitu Aral Hakuseki yang menulis sebuah karya berjudul Koshitsu (Suatu Tinjauan Penulisan Sejarah Purba). Seni lukis terutamanya ukiyo-e, puisi, sastera, kabuki dan sebagainya berkembang pesat dan di antara pelukis terkenal ialah Hishikawa Moronobu pengasas sekolah sem lukis ukivo-e. Kesyogunan Tokugawa mengalami zaman kemerosotan dan keruntuhan berikutan sistem politik dan pemerintahan Bakufu yang dianggap semakin lemah kerana masalah-masalah dalaman termasuk penentangan yang menggunakan slogan 'SonnoJoi' iaitu 'Junjung Maharaja: Usir Orang-orang Gasar' (orang-orang asing). Ini ditambah dengan masalah-masalah luaran terutamanya dengan kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Jepun. Akhirnya, kerajaan berbentuk tentera ini runtuh pada tahun 1867 dan secara langsung menamatkan sistem feudalisme. Kejatuhan Kesyogunan Tokugawa telah membuka ruang kepada proses pemodenan Jepun melalui dasar Pemulihan Meiji (1868-1912) dengan pengembalian atau pemulihan kuasa kepada Maharaja Jepun. 20.2.8 Zaman Meiji (1868-1912 M) Dengan kejatuhan Kesyogunan Tokugawa, suatu peristiwa penting berlaku di negara Jepun iaitu Pemulihan Meiji pada tahun 1868. Matlamat utama pemulihan ini ialah untuk mengembalikan semula Maharaja kepada kedudukannya yang sebenar sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi dan bersesuaian dengan keturunannya dari Dewi Matahari. Maharaja Meiji berusia 16 tahun ketika berlangsungnya peristiwa ini maka itu beliau hanyalah merupakan ketua negara yang simbolik kerana kepimpinan kerajaan dikuasai oleh beberapa pemimpin samurai muda terutama dari suku kaum Satsuma dan Choshu atau oligarki Sat- cho. Pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji menyedari bahawa

kedatangan kuasa- kuasa Barat merupakan suatu ancaman kerana dasar imperialisme mereka. Bagi menghadapi ancaman ini, pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji bermatlamat untuk menjadikan kerajaan baru sebuah negara yang kaya (ekonomi) dan tentera yang kuat (Fukoku Kyohei) di samping memodenkan negara tersebut. Untuk mencapai matlamat tersebut, dasar pemodenan dilaksanakan iaitu yang meliputi pembentukan semula institusi-institusi politik, ekonomi dan sosial menurut garisan panduan dari Barat. Langkah pertama ke arah modenisasi Jepun ialah sistem feudalisme dihapuskan. Dengan pemansuhan sistem feudalisme maka beberapa dasar mengenainya diperkenalkan iaitu semua tanah diserahkan dan merupakan hak milik diraja; memansuhkan tentera feudal dan memperkukuhkan tentera pusat; negara Jepun dibahagi-bahagikan menurut daerah (Ken); mengambil alih beban hutang semua daimyo dan Han (kerajaan bawah kuasa feudal); penghapusan sistem atau hierarki sosial ketat terutama menghapuskan sistem kelas; memperkenalkan sistem kerahan tentera moden. Dalam bidang ketenteraan, angkatan tentera darat dan laut dipermodenkan menurut cara Barat dengan memperkenalkan industri persenjataan moden; sistem kerahan tentera moden; dan latihan-latihan ketenteraan melalui penubuhan akademi-akademi tentera. Dalam bidang perundangan, diperkenalkan beberapa pembaharuan untuk membentuk suatu sistem undang- undang moden. Sistem undang-undang moden amat penting untuk diperkenalkan kerana ia merupakan syarat mutlak bagi mengkaji semula perjanjian-perjanjian yang dianggap berat sebelah, iaitu perjanjian antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat sekitar tahun 1850-an dan 1860-an di samping untuk memenuhi perkembangan kapitalisme (industri). Pada tahun 1873, kerajaan Jepun telah melantik seorang peguam Perancis, Gustave Roissonade de Fontarabe sebagai penasihat kepada Kementerian Keadilan. Peraturan dan sistem undang-undang moden telah berjaya menghapuskan perjanjian-perjanjian berat sebelah dan membentuk sebuah masyarakat industri moden. Bagi mencapai matlamat pembentukan negara sebagai sebuah kuasa ekonomi dan ketenteraan yang moden maka bidang pendidikan dibenkan tumpuan penting oleh pemimpin-pemimpm Pemulihan Meiji. Pendidikan merupakan alat transformasi untuk mencapai matlamat mi dan kesannya, sistem pendidikan berbentuk moden diperkenalkan. Kerajaan Jepun telah menghantar pelajar-pelajarnya ke seberang laut untuk mempelajari bidang pentadbiran, sains dan teknik perindustrian Barat dan mengambil sejumlah besar pakar untuk mengajar kemahiran kepada rakyat Jepun di dalam negeri. Pada tahun 1871 ditubuhkan Kementerian Pelajaran dan sistem pendidikan yang seragam. Pada tahun 1886, ditubuhkan Universiti Diraja Tokyo yang merupakan pusat pendidikan tertinggi di Jepun. Universiti ini juga berperanan sebagai sekolah latihan dalam perkhidmatan aw am (pentadbiran), pusat pendidikan dan pusat penyelidikan. Sistem pendidikan Jepun menekankan kepatuhan dan penghormatan terhadap Maharaja dan negara (nasionalisme), pendidikan berorientasikan Barat dan pendidikan moral (etika

Kung Fu Tze). Proses modenisasi dilaksanakan dalam bidang komunikasi yang meliputi perhubungan dan pengangkutan. Dalam bidang perhubungan, diperkenalkan penggunaan telegraf yang jauh lebih pesat berbanding dengan pembinaan landasan keretapi dan menjelang tahun 1880, hampir semua bandarbandar besar memiliki sistem perhubungan moden ini. Dalam bidang pengangkutan, diperkenalkan pengangkutan kereta api melalui pembinaan landasan-landasan kereta apt untuk mengangkut penumpang dan barangan ekonomi. Menjelang tahun 1881,Jepun sudah memiliki landasan kereta api sepanjang 26 batu, dan landasan kereta api antara Kyoto-Otsu (1880) dibina sepenuhnya oleh juruterajurutera Jepun. Ini membuktikan dari segi komunikasi, ianya sudah mencapai taraf atau melebihi taraf sebuah negara Barat. Dalam bidang kebudayaan, berlaku perubahan dalam beberapa kesenian iaitu seni lukis, seni muzik, seni drama dan lain-lain. Seni lukis tradisional Jepun dipulihkan dan diperbaharui; lukisan minyak menjadi semakin terkenal dan lukisan gaya Barat terutama penggunaan warna-warna terang begitu diminati pelukis-pelukis Jepun. Seni muzik gaya Barat iaitu instrumental dan vokal menjadi semakin terkenal; piring-piring hitam Barat membanjiri pasaran muzik; dan tarian-tarian Barat antaranya tarian ballroom. Alat-alat muzik tradisional antaranya shakuhachi, koto dan samisen dan gaya muzik tradisional Jepun iaitu gagaku telah dihidupkan semula dengan gabungan antara seni muzik tradisional dengan Barat. Mengenai seni drama, kabuki zaman Edo yang diminati oleh golongan saudagar-saudagar (kelas terendah struktur sosial) telah mengalami perubahan penting dan seni drama ini mendapat penghormatan sosial yang tinggi di zaman Meiji. Drama Kabuki mengalami perubahan-perubahan lain dalam bentuk peralatan dan muzik, struktur panggung dan teknik penggunaan lampu. Selain itu diperkenalkan pementasan sandiwara gaya Barat iaitu Shingeki. Seiring dengan perkembangan Kabuki, industri perfileman berkembang pesat dengan filem-filem bisu di peringkat awal. Industri perfileman mencapai kemajuan dalam penggunaan teknologi teknik kamera moden, penggunaan sarikata, teknik sinaran tiruan, 'prop' dan sebagainya. Dalam bidang kesusasteraan, berlaku beberapa perubahan dan pengenalan kepada beberapa aliran kesusasteraan baru. Di peringkat awal Pemulihan Meiji, minat terhadap kesusasteraan Barat semakin meningkat sehingga mendorong kepada penterjemahan karya-karya Barat termasuk terjemahan berbentuk biografi tokoh-tokoh Barat seperti Homer, Shakespeare, Voltaire, Rousseau dan lain-lain. Antara karya yang diterjemahkan lalah Pilgrim's Progress, The Bible (Old Testament) dan Social Contract. Melalui karya-karya terjemahan mi, masyarakat Jepun terutama golongan elit telah terdedah dengan idea-idea Barat, ilmu pengetahuan dan sains, pemikiran politik, kebudayaan dan sosial, pendidikan dan sebagainya. OdaJunichiro merupakan penterjemah terkenal yang menerima pendidikan dari University of Edinburgh (Scotland). Kegiatan penterjemahan telah membawa kepada perkembangan bentuk kesusasteraan baru yang menggunakan perbendaharaan bahasa Jepun iaitu

gembun itchi oleh penulis-penulis novel. Antara tokoh terkenal ialah Futabatei Shimei dengan karya terjemahannya berjudul Rendezvous (1889). Berdasarkan penterjemahan buku-buku Barat, maka bahasa Inggeris merupakan bahasa asing terpenting di zaman Pemulihan Meiji. Tokoh-tokoh kesusasteraan lain yang terkenal ialah Baba Tatsui, Kanagaki Robun, Kawashima Chunosuke, Suyehiro Tetcho, Sudo Nansui, dan lain-lain. Terdapat penulis-penulis Jepun yang mengilhamkan pemikiran politik dan sistem politik Barat antaranya Fukuzawa Yukichi, Kato Hiroyuku dan Itagaki Taisuke. Ideaidea dan pemikiran politik Fukuzawa Yukichi mengenai pemodenan telah menjadi panduan dan semangat kepada pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji. Idea-idea pemikiran dan teori- teori ekonomi yang membawa kepada doktrin laissez-faire (perdagangan bebas) telah dipelopori oleh Taguchi Ukichi, melalui penulisannya berjudul Dasar Ekonomi (Keizai Saku) pada tahun 1882. Di negara Jepun juga, berlaku perkembangan persuratkhabaran. Akhbar harian pertama dalam bahasa Jepun ialah Nisshin Shinjishi (Reliable Daily News). Penerbitan akhbar menggunakan mesin cetak yang diimport dan ini memperkenalkan industri pencetakan di Jepun. Menjelang tahun 1875, terdapat sejumlah lebih 100 jenis surat khabar dan majalah berkala dicetak di Jepun. Untuk memperkukuh semangat nasionalisme dan membma sebuah masyarakat yang mantap terutama dalam menghadapi pengaruh negatif dari Barat maka pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji berpendapat suatu ideologi negara perlu dibentuk. Diperkenalkan ideologi rasmi Kokutai berhubungkait dengan kerohanian masyarakat Jepun dan sebahagian darinya memberikan kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya kepada Maharaja Jepun yang dianggap suci. Kokutai telah membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat yang memudahkan pemodenan negara Jepun. Pemimpin-pemimpin Jepun telah mewujudkan asas kerohanian bagi masyarakat dan kerajaan dengan memperkenalkan agama rasmi iaitu bentuk Shinto Negara. Sebelum diperkenalkan Shinto Negara, Shintoisme merupakan suatu sistem agama purba yang mempunyai empat bentuk iaitu Shinto Istana Diraja (Koshitsu Shinto), Shinto Tempat-tempat Suci ffinja Shinto), Shinto Mazhab (Kyoha Shinto) dan Shinto Rakyat (Minkan Shinto). Perkembangan agama Buddha telah disekat oleh pemimpin- pemimpin Pemulihan Meiji bagi membolehkan kerajaan member! keutamaan kepada Shinto Tindakan keras dilakukan terhadap agama Buddha antaranya mengeluarkan kitab-kitab suci Buddha dan patung-patung dari tempat suci Shinto untuk dibakar dan dihanyutkan. Namun begitu kemudiannya, pemimpin- pemimpin Buddha dapat memujuk kerajaan untuk mengubahsuaikan dan melonggarkan dasar-dasar yang keras terhadap agama Buddha. Berbanding dengan agama Buddha, ajaran Kung Fu Tze (Konfusianisme) memainkan peranan penting dan bertanggungjawab memperkukuhkan nilai-nilai tradisional yang memberikan rangka etika dan ideologi, membawa kepada kesedaran moral. Ajaran Kung Fu Tze dapat bergabung dan berharmoni dengan Shinto Negara. Agama Kristian telah diberikan kebebasan semula untuk berkembang dengan menubuhkan pusat-pusat keagamaan iaitu di Nagasaki (Khatolik Roman), Yokohama (Presbyterian) dan Hakodate (Gereja Ortodoks Greek) pada tahun 1870-an; pembukaan sekolah-sekolah agama Kristian

oleh mubaligh- mubaligh; dan pencetakan majalah-majalah agama Kristian. Perkembangan agama Kristian terhalang kemudiannya dengan kemunculan beberapa persatuan atau kumpulan berfahaman nasionalis seperti Nippon-sin (The Japanese), Nippon Kokkyo Daido-sha (Persatuan Cara Agung, Agama Kebangsaan Jepun). Persatuan dan kumpulan ini bertekad dan bermatlamat untuk menyanjung tradisi serta warisan negara dengan mengetepikan pengaruh kebuuayan Barat. Secara umumnya, dasar Pemulihan Meiji (1868-1912) telah membawa negara Jepun ke arah matlamat sebuah negara perindustrian yang kaya dan memiliki kekuatan angkatan tentera (politik) yang dianggap moden. Pencapaian dalam pelbagai bidang terutamanya melalui hubungan dengan Barat mendorong kepada pemodenan negara Jepun. Natijahnya, ini meletakkan Jepun sebagai negara tunggal di Asia yang muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi dan ketenteraan, setaraf dan dapat menyaingi kuasa-kuasa Barat. 20.3 PANDANGAN SEMESTA MASYARAKAT JEPUN DAN SUMBANGAN AGAMA DALAM PEMBINAAN TAMADUN JEPUN Dalam tamadun Jepun, terdapat pelbagai agama yang wujud dan yang terpenting ialah Shintoisme iaitu agama purba yang telah wujud sejak 2,000 tahun dahulu. Agama Buddha dan Konfusianisme pula mempengaruhi corak kerohanian dan kehidupan sosial orang Jepun sejak kurun ke-6 lagi. Manakala agama Kristian, memberikan dampak ke atas kebudayaan dan keintelektualan sejak diperkenalkan pada tahun 1549 dan kembali semula pada kurun ke-19. Dalam konteks ini, kehidupan tradisi, pertemuan dan interaksi telah membawa kepada proses pinjam-meminjam dan pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain sehingga membawa penggabungan dan pembentukan tamadun Jepun baru. Ciri-ciri kebudayaan ini juga disumbangkan melalui faktor geografi negara Jepun. Jepun merupakan sebuah negara kepulauan dan dikelilingi oleh lautan tetapi mempunyai hubungan yang berkekalan dengan China sejak zaman purba lagi. Kedudukan yang jauh antara kedua-dua negara ini tidak menghalang kemasukan pengaruh kebudayaan Cina sama ada secara langsung atau tidak langsung tetapi tidak dari segi ketenteraan dan kawalan kuasa politik dari China terutama semasa pemerintahan Kesyogunan Tokugawa. Pemerintah Jepun menjalankan dasar menghalang dan mengawal sebarang bentuk kemasukan unsur-unsur budaya asing, dan ini menyumbang kepada proses mencerna dan menyesuaikan apa yang diterima. Dasar pengasingan dan bentuk geografi Jepun telah mencorakkan pembinaan budaya yang istimewa walaupun terdapat pengaruh dari kebudayaan Cina dan berjaya mengekalkan identiti budaya yang berterusan sehingga masa kini. 20.3.1 Pandangan Semesta

Mengenai kepercayaan di kalangan orang Jepun, digambarkan seolah-olah wujudnya dua konsep ketuhanan. Konsep pertama, mengenai entiti kuasa luar biasa yang memberikan pemeliharaan, menjaga dan mengasihi. Antaranya termasuklah konsep syurga dan dunia Konfusianisme, Amida dewadewa Shintoisme, dewa-dewa tempatan dan nenek moyang. la dibayangi pula di dalam kekuasaan politik serta keibubapaan. Upacara keagamaan yang diamalkan terhadap entiti ini adalah dengan bercirikan penghormatan iaitu mengharapkan restu dan membalas segala pemberian. Konsep kedua, adalah lebih sukar untuk dijelaskan. la mungkin dianggap asas kepada kejadian atau realiti bagi asas dalaman. la dapat dilihat sebagai Tao oleh orang Cina; Neo-Konfusianisme Li, yang kebiasaannya diterjemahkan sebagai 'taakulan' dan Hsin atau hati dan pemikiran. Li pula terdapat dalam konsep Buddha-alam semula j adi dan Kami, Shintoisme iaitu di dalam interpretasi falsafahnya. Kedua-dua konsep ketuhanan ini tidaklah seharusnya dianggap saling bersaing dan sekiranya terdapat sedikit konflik keagamaan ia akan diselesaikan dengan teori tahap kebenaran iaitu konsep ketuhanan. Hanya terdapat beberapa bentuk Zen yang dianggap ekstrim yang tidak menenma pandangan semesta ini. Mazhab-mazhab dan tanah asal iaitu negara China yang menekankan kepercayaan kepada Amida iaitu Dewa dalam pandangan semesta ini masih boleh menerima interpretasi metafizik. Kebanyakan mazhab dan pergerakan kebangsaan menekankan kombinasi kedua- dua konsep ini. Dalam konteks ini, manusia menerima restu daripada tuhan, alam semula jadi, kuasanya dan manusia akan menjadi tidak berdaya tanpa mendapat restu ini. Manusia adalah mikrokosmos manakala tuhan dan alam semula jadi adalah makrokosmos. Manusia dianggap sebagai dunia dan syurga kecil, di dalam diri manusia terdapat Buddha alam semula jadi atau Tao atau Li atau hati yang sebenar {hoshin, ryoshin) sama seperti Li.. Dalam erti kata lain, keadaan manusia semula jadi akan dicemari oleh kekotoran daripada sifat mementingkan diri dan nafsu. Agama-agama di negara Jepun kecuali Shintoisme telah diperkenalkan dan masuk ke Jepun sejak zaman purba lagi iaitu sejak terbentuknya interaksi antara tamadun Jepun dengan tamadun Cina sama ada melalui Semenanjung Korea, dan kemudiannya bennteraksi dengan tamadun Barat. Interaksi antara tamadun membolehkan pengenalan kepada unsur-unsur yang terdapat pada sesuatu tamadun, ini termasuklah agama. Kemasukan Buddhisme, Konfusianisme serta Kristian tidaklah diterima dengan bulat-bulat oleh masyarakat. Sebaliknya, masyarakat Jepun telah menapis atau menyaring dan menerima unsur-unsur yang dianggap bersesuaian dengan keperluan dan kepentingan masyarakat. 20.3.2 Agama Shinto Masyarakat Jepun telah mempunyai kepercayaan agama purba iaitu Shinto (cara Tuhan-tuhan [The Way of the Gods]) atau Kami-no-Michi wujud lebih awal berbanding agama Buddha dan Konfusianisme di

Jepun. Agama ini dianggap sebagai agama peribumi yang tidak memiliki doktrin-doktrin falsafah dan prinsip-prinsip moral sebagaimana agama Buddha; tidak mempunyai pengasas atau guru-guru atau waliwali; dan tidak mempunyai kitab suci. Tidak terdapat dokumen-dokumen atau rekod-rekod khas bertulis mengenainya kecuali beberapa sumber berbentuk kompilasi (kutipan) dalam Kojiki (Tulisan Mengenai Peristiwa-peristiwa) pada tahun 712, Nihonshoki (Susurgalur Jepun) padatahun 720, Kogoshu (Petikan Daripada Ungkapan-ungkapan Purba) pada tahun 807 dan Engishiki (Upacara Era Engi) pada tahun 927. Pandangan semesta Shinto adalah sama sebagaimana dengan pandangannya terhadap manusia iaitu manusia itu adalah baik dan tidak ada istilah dosa di dalam kehidupannya. Shinto meletakkan dunia sebagai tumpuan utama tetapi tidak menafikan kewujudan dunia lain. Menurut legenda purba Jepun, Kami iaitu Dewi Amaterasu menjadikan atau mewujudkan bumi Jepun dengan tanah yang baik dan diperintah olehnya untuk selama-lamanya. Terdapat tiga dunia lain iaitu Takama no hara (syurgd), Yomi no kuni (dunia bawah/neraka) dan Tokayonokuni (dunia). Dalam bentuk asalnya, Shinto merupakan suatu jenis pemujaan terhadap alam, pemujaan terhadap roh nenek moyang dan sebagainya, dan dianggap tidak merupakan agama yang teratur. Agama Shinto memiliki banyak tuhan dan setiap golongan (suku) atau Uji memuja satu tuhan. Di dalam peperangan, golongan yang memenangi peperangan, tuhannya akan disembah dan menjadi penting manakala golongan yang kalah, tuhan yang dipuja akan berkurangan kepentingannya. Penyatuan masyarakat Jepun semasa pemerintahan Yamato telah membawa kepada penggabungan dalam satu polisi keagamaan dengan mitos dan sistem upacara seluruh negara bertumpu kepada Dewi Matahari. Tuhantuhan agama Shinto dikenali sebagai Kami dan dalam konteks ini, Kami merujuk kepada Dewi Matahari yang merupakan nenek moyang kepada keluarga diraja Jepun. Pada zaman purba, sehingga tahun 550 M, tidak terdapat agama sebagai sebuah institusi. Ketika itu, yang wujud ialah himpunan legenda-legenda yang diperturunkan dari generasi ke generasi mengenai asal-usul pembentukan negara Jepun dan Maharaja itu sebagai Tuhan. Terdapat pelbagai Kami yang berbeza tetapi mempunyai beberapa ciri persamaan iaitu pertama, Kami tidak mempunyai bentuk. Untuk menjelmakannya ia perlulah diseru dan ianya menjelma dalam bentuk yang bersesuaian. Bentuk ini dikenali sebagai Yorishiro yang biasanya berbentuk kurus dan panjang seperti pokok, batu berbentuk panjang dan seumpamanya. Anak patung terawal bukanlah sebagai alat permainan tetapi ia merupakan tempat persinggahan sementara bagi Kami. Sesetengah orang dianugerahkan sebagai pengantara antara Kami dengan manusia yang biasanya terdiri dari kaum wanita yang disebut Miko. Kedua, Kami tidak mempunyai moral yang mempunyai kuasa dan bertindak balas sama ada disukai atau tidak oleh manusia, berdasarkan kepada layanan atau tindakan manusia terhadap mereka. Sekiranya manusia

melayani dengan baik iaitu dengan upacara-upacara yangteratur, pemberian-pemberian dan pemujaan yang penuh khusyuk, Kami ini akan membalas dengan restu di dalam bentuk hasil tuaian (pertanian) yang baik, perlindungan dari kebakaran, penyakit dan sebagainya. Begitu juga sebaliknya, manusia akan terdedah kepada pencemaran dan dikenakan sumpahan (tatari). Ketiga, Kami menetap di dunianya yang tersendiri dan hanya melawat manusia pada musim-musim tertentu. Matsuri merupakan upacara Shinto yang paling asas. Keempat, kebanyakan daripada Kami tidak menyukai darah, kekotoran dan kematian. Manusia yang mengalami luka atau kecederaan berdarah, wanita yang melahirkan bayi serta wanita yang dalam keadaan haid dan yang menghadapi kematian mestilah menjauhi daripada Kami. Dan akhirnya, Kami digunakan untuk merestui kepentingan kebendaan (material). Sesetengah Kami dipohon untuk pelbagai permintaan, ada Kami yang dipohon untuk pembenan yang tertentu, memulihkan daripada penyakit, mengatur perkahwinan yang bahagia dan berbagai-bagai permohonan lagi. Sejak Zaman Heian dan zaman seterusnya, Shintoisme telah dipertemukan dengan Buddhisme. Pertemuan antara dua fahaman agama ini membawa kepada sistem kepercayaan saling melengkapi, iaitu Shintoisme memuja Kami dan melalui Buddhisme diserapkan nilai etika dan moral. Shintoisme tidak mempunyai nilai etika dan moral; dan kekurangannya dilengkapi dengan nilai etika dan moral dalam Buddhisme. Sesetengah sistem berusaha untuk menyerapkan falsafah dan doktrinnya kepada percampuran kebudayaan ini. Antaranya membawa kepada pembentukan doktrin Honjisuika, iaitu menerangkan Kami sebagai manifestasi sementara Buddha yang sebenar atau Boddhisatva. Pemujaan terhadap Kami tidak berbeza dengan cara memuja Boddhisatva. Semasa zaman pemerintahan Kesyogunan Tokugawa, Shintoisme telah bertentangan arah dengan Buddhisme, dan beberapa pemikiran cuba untuk menyesuaikan Shinto dengan Neo-Konfusianisme, dimulakan oleh Hayashi Kazan pada awal kurun ke-17 Masehi. 20.3.3 Pengaruh Agama Buddha Buddha menyatakan dunia adalah tidak wujud dan ianya penuh dengan penderitaan. Menurutnya, penderitaan wujud kerana nafsu daripada dalam diri manusia. Dengan mengetahui punca-punca penderitaan ini, manusia akan mengenali diri sendiri dan dunia, dan dengan ini penderitaan akan berakhir. Di dalam ajaran Buddhisme, untuk memadamkan ilusi-ilusi adalah dengan kembali semula kepada dharma Buddha dan ajarannya. Buddhisme di negara Jepun memperlihatkan dua aspek yang berbeza iaitu ianya menyediakan atau membentuk kepada dua golongan masyarakat. Pertamanya, golongan yang berkesanggupan untuk menerima satu agama yang penuh dengan disiplin dan kedua, golongan majoriti yang tidak mempunyai aspirasi sebenar untuk menerima ajaran Buddhisme.

Buddhisme telah memberikan dua sumbangan terpenting kepada ketamadunan Jepun dari sudut kepercayaan dan keagamaan. Pertamanya, kebanyakan kuil mazhab memperolehi pendapatan daripadajampi-jampi untuk menyembuhkan penyakit, memohon keselamatan daripada kemalangan dan mendapatkan jodoh yang baik. Kedua, sumbangan dalam urusan kematian, sama ada dari segi praktikal dan kerohanian. Oleh sebab Shinto tidak menyukai kekotoran dan pencemaran termasuklah kematian, maka Buddhisme diperlukan untuk memenuhi kekurangan atau keperluan ini dan dapat mengisi keperluan kerohanian orang Jepun. Sejumlah kecil orang Jepun dapat menerima ajaran Buddhisme mengenai dunia yang penuh dengan penderitaan, iaitu Buddhisme mempunyai kaedah-kaedah atau amalan kerohanian dengan tanggapan ianya akan membawa kesedaran. Di dalam Shintoisme tidak wujud istilah-istilah mengenai moral, sebaliknya Buddhisme memperkenalkan istilah-istilah moral mengenai konsep belas kasihan, kebijaksanaan, mengasihani dan tain-lain yang berkaitan dengan kerohanian (spiritual). Pengenalan dan kemasukan Buddhisme ke Jepun melalui Semenanjung Korea membawa bersama-sama dalam bentuk separuh magis. Kemasukan agama ini membawa bersama-sama sutra iaitu ianya menjanjikan perlindungan kepada sesuatu negara sekiranya ia dianuti dengan penuh ketaatan dan berdisiplin. Buddhisme dapat diterima oleh pihak istana atau keluarga diraja Jepun dalam jangka masa pendek dan diterima kemudiannya sebagai agama rasmi negara. Sejak pemerintahan Putera Shotoku Taishi pada akhir kurun ke- 6 sehinggalah kepada pemerintahan Maharaja Showa pada pertengahan kurun ke-9, beliau mengarahkan supaya kuil-kuil Buddha dibina di setiap wilayah di negara China. Pada kurun ke-9 iaitu di Zaman Heian, apabila ibu kota berpindah ke Kyoto, Buddhisme telah bertapak dengan lebih kukuh untuk berkurun-kurun lamanya. Aspek paling penting sekali adalah berlakunya proses penyesuaian dengan Shintoisme. Kami menjadi penjaga masyarakat tempatan dengan mempunyai tempat pemujaan di dalam kuil Buddhisme. Sistem doktrin yang lebih tersusun diwujudkan iaitu Kami dimasukkan ke dalam manifestasi sementara Buddha dan Bodhisattva sendiri kepada agama yang semakin terkenal ini. Perkembangan ini bermula dengan ketibaan dua mazhab Buddha dari negara China iaitu mazhab Tendai dan Shingon. Perkembangan Buddhisme di zaman pertengahan dan penerimaan penduduk tempatan terhadap pengajaran yang kurang kompleks telah memberi harapan dalam penyelesaian masalah masyarakat Jepun. Bencana alam yang berlaku telah menyakinkan mereka bahawa ianya berpunca daripada sikap tidak mengambil peduli masyarakat sertapegangan agama yang lemah, ini kemudiannya telah membawa Buddhisme kepada bentuk yang baru. Penyembahan dan ketaatan kepada kuasa Buddha Amida untuk menyelamatkan penganutnya daripada kematian dan membawa ke syurga merupakan agama yang telah diterima sejak kurun ke-11 di istana lagi. Aliran Amidisme ini adalah hampir kepada

agama monoteistik iaitu mempercayai kepada kewujudan syurga dan matlamat utama adalah kehidupan selepas mati. Pada kurun ke-14 sehingga kurun ke-19, mazhab Buddha Zen telah berkembang di bawah naungan pemerintah dan telah mempengaruhi semua bentuk kesenian dan budaya. Mazhab-mazhab Buddha yang begitu popular dan terkenal mula bersaing antara satu sama lain dan akibatnya membawa kepada pertelingkahan dan peperangan. Antaranya ialah mazhab Tendai yang menentang pemerintah dengan menggunakan tindakan bersenjata. Apabila Kesyogunan Tokugawa memerintah pada kurun ke-17, ia telah meletakkan Buddhisme sebagai suatu institusi di bawah pengawasan kerajaan. Melalui Pemulihan Meiji pada akhir kurun ke-19, ia telah memberikan sedikit kelonggaran. Namun begitu semasapemerintahan awal Meiji, Buddhisme telah menghadapi zaman kegelapan kerana Shintoisme telah dijadikan agama rasmi negara. 20.3.4 Pengaruh Falsafah Konfusian dan Taoisme Konfusianisme mengandungi nilai-nilai moral, budaya dan ajaran-ajaran politik tradisi yang berakarumbi dari China tradisi. Falsafah ini mengambil sempena nama pengasasnya iaitu Kung Fu Tze (551479SM). Kung Fu Tze (Konfusius) melalui Konfusianisme menyatakan bahawa penyelesaian dalam diri merupakan pencapaian yang terbaik untuk kerohanian di dalam konteks sosial berhierarki. Iaitu melalui penguasaan terhadap kod tingkah laku, nilai moral dan budaya dalam pembinaan diri, dan amalan bertanggungjawab dalam pentadbiran berasaskan merit atau kepentingan. Konfusianisme menekankan kepada kepentingan nilai-nilai kekeluargaan, terutamanya dalam menghormati orang yang lebih tua dan mengenai nilai-nilai pendidikan. Konfusianisme turut menjelaskan mengenai keadaan masyarakat dari perspektif kekuasaan dan pengaruh politik, tetapi beliau juga seorang humanis yang percaya terhadap kemuliaan, kualiti asas dan autonomi individu yang terhad. Dengan ini, Konfusianisme mengandungi kedua-dua potensi untuk mempertingkatkan humanistik, egalitarian dan nilai-nilai meritokratik, dan peraturan-peraturan politik birokratik. Unsur-unsur humanisme lebih diberi penekanan oleh anak murid Konfusius iaitu Mencius yang telah memperkembangkan lagi ajaran Konfusius terutamanya bidang moral politik. Konfusianisme semasa pemerintahan dinasti Han dan Tang iaitu sebelum tahun 1600 Sebelum Masehi telah dibawa masuk dan diperkenalkan ke Jepun melalui Semenanjung Korea, berkemungkinan pada kurun ke-5 Masehi. Konfusianisme, pengaruhnya dapat dilihat pada zaman awal pembangunan Jepun, iaitu dalam bidang konsep-konsep politik dan etika. Di dalam Perlembagaan Tujuh Belas Artikel oleh Putera Shotoku

Taishi, teks dan idea- idea Konfusianisme digunakan dalam hierarki dan birokratik di bawah pemerintahan Maharaja Jepun. Pemikiran Konfusianisme juga merupakan inspirasi di dalam pembaharuan-pembaharuan Taika. Zaman Pertengahan dalam sejarah tamadun Jepun menunjukkan ianya didominasi oleh Buddhisme. Pada masa yang sama di negara China, Konfusianisme kembali semula dengan perubahan-perubahan terutama penumpuan dan pembaharuan di dalam perkara yang berkaitan dengan individu. Neo-Konfusianisme memperteguhkan lagi sosial dan objektif politik tradisi purba, serta memberi metodologi self cultivate yang menuju kepada identifikasi mistikal. NeoKonfusianisme terbahagi kepada dua cabang iaitu pertama, SekolahJu Xi (1130-1200) yang menekankan pengajian teks klasik dan keduanya, golongan idealis yang menekankan terhadap autonomi individu. Teks Neo-Konfusianisme ini berkemungkinan dibawa ke Jepun pada kurun ke-13. Konfusianisme tidak berkembang sendiri pada Zaman Pertengahan. la dikembangkan oleh sami-sami Zen dan digambarkan sebagai ajaran yang memberi manfaat dan membawa kepada penganut-penganut kepada pemahaman Buddhisme yang benar. Kestabilan negara Jepun di bawah pemerintahan Kesyogunan Tokugawa telah memberi suasana yang lebih baik kepada Konfusianisme dan ketika itu, tradisi disebarkan dengan meluas sekali tetapi ianya hanya mempengaruhi sedikit sahaja struktur institusi politik yang dinaungi oleh pemerintah, baik oleh Bakufu atau pentadbiran Daimyo-daimyo. Ramai Daimyo-daimyo menggajikan penasihat Konfusianisme untuk mengajar dan menjalankan upacara-upacara bersifat kerohanian. Semasa zaman Pemulihan Meiji (1868-1912), Konfusianisme telah diabaikan dan digambarkan dengan nama atau imej yang buruk. Walau bagaimanapun, etika-etika Konfusianisme tetap digunakan semula sebagai elemen-elemen penting di dalam sistem ideologi yang dikenali sebagai Tennosei, sistem maharaja. Usaha-usaha dilaksanakan untuk menggabungkan perintah- perintah Meiji dengan nilai-nilai moral Konfusianisme. Terutamanya yang berkaitan dengan kesetiaan dan kelakuan yang sempurna terhadap ibu bapa kesemuanya ini dimasukkan ke dalam Titah Maharaja Pendidikan pada tahun 1890. Kuil-kuil Konfusian di Tokyo telah terbiar selama beberapa tahun selepas perang, tetapi pada masa kini ianya mulai dimakmurkan dan berkuasa (pengaruh). 20.3.5 Sumbangan Agama dalam pembinaan Tamadun Jepun Dalam sejarah Jepun, agama memberikan sumbangan penting kepada proses pembinaan tamadun dalam semua aspek sama ada dalam bidang sosial, politik dan ekonomi. Dalam bidang sosial, agama bukanlah merupakan sesuatu yang tidak sesuai di dalam zaman Jepun kontemporari (moden). Pada zaman kontemporari ini, terdapat sejumlah masyarakat yang merasa kecewa dengan keadaan hubungan sesama manusia yang menunjukkan corak kehidupan mementingkan diri sendiri dan mengasingkan diri masyarakat sekeliling. Mereka merasa menderita di dalam keadaan seperti ini yang sukar untuk

diterangkan dan seolah-olah tidak mengenali identiti mereka sendiri. Dalam konteks ini, keperluan terhadap agama merupakan sesuatu yang amat diharapkan dengan matlamat dapat mengatasi masalahmasalah mengenai kemanusiaan tersebut. Namun begitu, agama-agama baru menarik minat orang Jepun kontemporari kerana kesesuaiannya dengan masyarakat moden, antaranya Aum Shinrikyo. Dalam bidang politik, agama memainkan peranan penting dan ini dilihat dalam Perlembagaan Meiji yang diisytiharkan pada 11 Februari 1889. Dalam perlembagaan ini, ditubuhkan badan pemerintahan iaitu badan legislatif, perundangan dan eksekutif, dan menubuhkan kabinet menteri-menteri negara. Di dalam perlembagaan ini juga dinyatakan, Maharaja Jepun merupakan ketua empayar, yang bergabung di dalam dirinya hak-hak memerintah dan menjalankan pemerintahan berdasarkan perlembagaan. Terdapat kenyataan Maharaja Jepun bahawa Kuasa ini kami warisi daripada Maharaja nenek moyang kamu, di dalam Artikel 17 dinyatakan, Maharaja adalah suci dan tidak boleh ditentang. Pemyataan ini menunjukkan, ianya dikaitkan dengan ciri-ciri ketuhanan. Maharaja merupakan pemimpin negara termasuk kuasa sekular dalam kuasa yang melebihi kerajaan dan kuasa ketenteraan, dan juga berfungsi sebagai ketua bangsa dan memegang kuasa agama. Mengenai kuasa ketenteraan, tentera merupakan barisan hadapan negara, pembela dan penjaga tradisi-tradisi purba termasuk Bushido (latahukum Peraturan-peraturan Moral Golongan Samurai Jepun). Seorang sarjana Jepun, Kawakami Tasuke menyatakan bahawa, Bushido which had originally developed from the practical necessities or warriors, came to be popularized by Confucian moral ideas, not only as the morality of the warrior class bat as the cornerstone of national morals. Dalam bidang ekonomi, sumbangan agama dapat dilihat melalui peranan sifat rajin dan ekonomi merupakan sebahagian daripada Bushido. Dalam konteks ini, sifat rajin dan ekonomi digalakkan untuk mendapatkan atau mewujudkan keseimbangan dan kestabilan. Sememangnya, samurai pada zaman Kesyogunan Tokugawa tidak semuanya terlibat secara langsung dalam bidang ekonomi iaitu perniagaan dan perdagangan. Namun begitu etika ekonomi samurai penting berdasarkan kepada dua faktor iaitu faktor pertama, ianya memberi kesan kepada etika yang berkaitan dengan ekonomi pada zaman Kesyogunan Tokugawa; dan faktor kedua, ianya penting untuk memahami tingkah laku sebahagian besar samurai yang memimpin atau mentadbir perniagaan dan industri semasa zaman Pemulihan Meiji. Sifat-sifat inilah yang dikatakan banyak membantu pembinaan negara Jepun, sehingga masa kini. Dari sudut keagamaan, orang Jepun bukanlah masyarakat monoteistik dan berfikiran luas terhadap agama. Adat merupakan sebahagian daripada tradisi kehidupan orang Jepun walaupun ia berdasarkan kepada agama yang berbeza, dan dihayati tanpa sebarang perasaan tidak konsisten. Agama asli orang Jepun, Shintoisme tidak pernah menjadi agama eksklusif atau tidak bertoleransi, dan pengenalan serta kemasukan agama Buddha dan Konfusianisme, dan kemudiannya Kristian pada kurun ke-17, tidak mengakibatkan banyak pergeseran.

Kepelbagaian dan keadaan yang kompleks mengenai agama-agama di negara Jepun menunjukkan perkaitannya dengan kecenderungan untuk berasimilasi (menyerap) ke dalam kebudayaan Jepun. Melihat dari perspektif sejarah, negara Jepun telah menerima masuk pelbagai bentuk keagamaan atau kerohanian, termasuk idea-idea baru. Penerimaan idea-idea baru yang kemudiannya diasimilasikan ternyata tidak dapat meminggirkan atau menghapuskan kepercayaan tradisi asal orang Jepun sebaliknya ianya bergabung dan saling melengkapi, yang kemudiannya dikenali sebagai Agama Orang Jepun, yang berkesinambungan dan berharmoni. 20.4 INTERAKSI TAMADUN JEPUN DENGAN TAMADUN BARAT Dalam usaha untuk memahami pertembungan antara tamadun Barat dengan tamadun Jepun, adalah wajar sekiranya diteliti dan dikaji mengenai latar belakang Jepun tradisional dan sebab-sebab kedatangan kuasa-kuasa Barat. Untuk tujuan mi, kita akan mengkaji proses pertembungan antara Barat-Jepun yang menimbulkan persoalan kenapakah ianya berlaku dan bilakah ianya berlaku? Akhirnya kita akan melihat mengenai dampak (implikasi) kedatangan Barat ke Jepun dari tiga bidang iaitu sosio budaya, politik dan ekonomi. Lebih menarik lagi untuk dikaji ialah bagaimana Jepun berjaya menjepunkan tamadun Barat sebagaimana yang berlaku kepada tamadun Cina. 20.4.1 Hubungan dengan Kuasa Barat dan Kemasukan Agama Kristian Kuasa Eropah yang pertama tiba ke negara Jepun adalah orang Portugis, iaitu pada tahun 1542 apabila sebuah kapal Cina yang membawa tiga orang Portugis dari Melaka hanyut berdekatan Pulau Kyushu. Ketibaan dan penemuan ini membuka jalan kepada orang Portugis untuk berdagang di Kagoshima apabila mereka bertapak di Macao pada tahun 1557. Orang Portugis mendesak bahawa mereka akan berdagang hanya sekiranya Daimyo-daimyo tempatan memberi kebebasan agama Kristian kepada mubaligh Kristian Portugis untuk bertapak diSMi. Tujuh tahun kemudian, Sir Francis Xavier, seorang mubaligh Kristian tiba di Kagoshima. Ketibaan orang Portugis ke Jepun seiring dengan peristiwa kemuncak perang saudara yang diakibatkan oleh kelemahan kesyogunan mengawal keadaan negara. Orang Portugis mengambil kesempatan dengan membekalkan senjata dan senapang semasa peperangan ini, dan juga membawa masuk agama Kristian. Dalam konteks ini, orang Jepun dapat merasakan kelebihan tamadun Eropah terutama dalam teknologi persenjataan dan peperangan. Berdasarkan kepada perkembangan ini, Maharaja Jepun akhirnya memutuskan bahawa agama Kristian bercanggah dengan masyarakat Jepun dan mengisytiharkan semua mubaligh diarahkan pulang atau keluar dari negara Jepun pada tahun 1857. Pada masa itu suatu pergerakan anti-Kristian mula muncul

dan antara faktor kemunculan tersebut ialah pertama, apabila terdapat paderi Kristian memusnahkan Candi Shinto dan Kuil Buddha; dan kedua, ajaran Kristian menyatakan kedudukan Pope setaraf dengan Maharaja Jepun (yang dianggap separa keTuhanan). Doktnn Kristian bukan sahaja melemahkan kepercayaan Tuhan asal orang Jepun tetapi mencabar ideologi negara mereka. Di samping itu, wujud persaingan di kalangan paderi-paderi Jesuit dan paderi- paderi Sepanyol (Filipina). Pada tahun 1,600 Masehi terdapat sejumlah 300,000 orang Jepun yang telah menganut agama Kristian. Pemerintah Kesyogunan Tokugawa, leyasu Tokugawa menyedari perkembangan pesat pengaruh agama Kristian dan kekuatan serta kemodenan angkatan tentera kuasa-kuasa Barat. Daimyo-daimyo yang beragama Kristian memaksa pengikutnya memeluk agama Kristian sebagai membantah Kesyogunan Tokugawa. leyasu Tokugawa memulakan kempen anti-Kristian pada tahun 1615 dan bertindak membunuh mubaligh-mubaligh Portugis dengan kejam. Tindakan ini bertujuan memaksa rakyat meninggalkan agama Kristian dan pada masa itu, agama Kristian telah diharamkan sama sekali dan rarnai orang Jepun yang beragama Kristian dibunuh. Pada tahun 1638, Syogun telah memerintahkan semua orang Portugis meninggalkan negara Jepun dan bermulalah dasar pemencilan Jepun (isolasi). Perdagangan antarabangsa terhad kepada pedagang-pedagang Cina, Korea dan Belanda. Dasar pemencilan atau penutupan pintu berlangsung sejak tahun 1638 sehmgga 1853. Dalam tempoh masa ini, wujud keamanan di negara Jepun selama lebih dua kurun yang secara langsung memperkukuhkan kedudukan Kesyogunan Tokugawa dan penentangan semakin berkurangan. Menjelang kurun ke-19, muncul golongan terpelajar dan inteiek yang mulai mempersoalkan dan mempertikaikan mengenai kepimpinan Kesyogunan Tokugawa. 20.4.2 Komodor Perry dan Peranannya Timbul perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan dan pemerintahan Kesyogunan Tokugawa terutama dari kalangan daimyo-daimyo, samurai dan rakyat jelata sehingga membawa kepada kebangkitan menentang pemerintah. Dalam masa sama, orang Jepun amat tertarik dengan kemajuan Barat dalam bidang anatomi, perubatan, sains dan teknologi. Syogun membenarkan kemasukan bukubuku Barat kecuali buku mengenai agama Kristian. Percubaan awal untuk membuka pintu negara Jepun telah dibuat oleh orang Rusia pada tahun 1739 tetapi mengalami kegagalan. Selain Rusia, kuasa Barat lain iaitu Amerika Syarikat mendapati negara Jepun amat baik lokasinya sebagai tempat persinggahan perjalanan yang penring. Pada 3 Julai 1853, Komander Matthew Calbraith Perry dibenarkan menghantar surat dari Presiden Amerika Syarikat yang ditujukan kepada Maharaja Jepun di Edo. Antara kandungan surat ini menyatakan hasrat Amerika Syarikat untuk membuka sebuah atau lebih pelabuhan di Jepun untuk berdagang; hak untuk membeli arang batu di pelabuhan tertentu; dan mendapatkan jaminan bahawa kelasi kapal Amerika yang karam berdekatan akan diberi

perlindungan dan layanan yang sempurna. Akhirnya surat tersebut diterima oleh Maharaja Jepun setelah menunggu selama enam hari. Walaupun Daimyo-daimyo ingin mengekalkan dasar tutup pintu, tetapi ianya ditentang oleh Kesyogunan Tokugawa dan mendapatkan persetujuan dari Maharaja Jepun untuk membuka pintu. Komodor Perry kembali semula ke Jepun bersama-sama dengan skuadron yang mengandungi tujuh buah kapal pada 13 Februari 1854. Akhirnya, persetujuan dicapai antara Jepun dengan Amerika Syarikat yang membentuk kepada Perjanjian Kanagawa yang ditandatangani pada 31 Mac 1854. Antara kandungan perjanjian ini ialah pertama, membuka dua pelabuhan iaitu Shimoda dan Hekodate sebagai tambahan kepada pelabuhan Nagasaki, iaitu kapal-kapal Amerika boleh dibaiki, mendapat bekalan makanan dan arang batu. Kedua, melayan dengan baik dan menghantar pulang kelasi kapal karam Amerika yang dijumpai di pelabuhan-pelabuhan tersebut. Dan ketiga, membenarkan seorang Konsul Amerika ditempatkan di Shimoda. Lain-lain kuasa Eropah yang memerhatikan perkembangan pengaruh Amerika Syarikat turut mengambil langkah dan tindakan sama. Akhirnya, kerajaan Jepun terpaksa menerima dan membuka peluang untuk membenarkan kuasa-kuasa ini menjalankan perdagangan. Pedagang-pedagang British dibenarkan berdagang di Hakodate dan Shimoda, manakala pedagang-pedagang Belanda kini mendapat layanan yang sama. Apabila era kemasukan Barat bermula dan berkembang, puak-puak anti-Kesyogunan Tokugawa mula menunjukkan penentangan terhadap Syogun Tokugawa kerana membuka pintu Jepun kepada orang asing. Akhirnya, Maharaja Jepun mengambil keputusan untuk memerintahkan supaya Syogun Tokugawa supaya jangan melibatkan diri dalam sebarang perjanjian dengan kuasa-kuasa asing lagi. 20.4.3 Dampak Kemasukan Tamadun Barat Interaksi antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat telah memberikan dampak- dampak berbentuk positifdan negatif, kepada negara Jepun. Dampak-dampak ini merupakan perubahan-perubahan dan pembaharuan-pembaharuan dalam semua aspek ketamadunan sama ada dalam bidang politik, sosiobudaya, kepercayaan dan agama, atau ekonomi. Dalam bidang politik, natijah pertembungan antara negara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat, secara umumnya telah membawa dampak kepada kemerosotan dan kejatuhan sistem kesyogunan, Kesyogunan Tokugawa. Pembukaan pintuJepun kepada hubungan dan kemasukan orang asing, bermula dengan Amerika Syarikat telah mendapat tentangan daripada kalangan Daimyo- daimyo dan pembesar-pembesar feudal lain. Kumpulan anti-Kesyogunan Tokugawa ini telah berjaya memujuk Maharaja Jepun dengan mengatakan bahawa Syogun Tokugawa sering membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada Maharaja, jika ianya melibatkan hal-ehwal orang asing. Maharaja Jepun mengambil keputusan memerintahkan supaya Syogun Tokugawa jangan melibatkan diri dengan hal-ehwal orang asing. Ini menyebabkan orang Barat semakin lama semakin

hilang kepercayaan kepada Syogun Tokugawa dan akhirnya, bertindak tidak memberikan sokongan kepada Tokugawa untuk menentang kumpulan anti-Kesyogunan Tokugawa iaitu Daimyo-daimyo dan pembesar-pembesar feudal. Selepas kejatuhan Kesyogunan Tokugawa pada tahun 1868, maka bermulalah proses pembentukan negara Jepun moden di bawah pemerintahan Maharaja Mutsuhito yang menggelarkan kerajaannya sebagai KerajaanMeiji dan melaksanakan dasurPemulihan Meiji.. Dalam bidang pentadbiran undang-undang, pemimpin-pemimpin pemerintahan Meiji telah menghapuskan sistem feudal dan memperkenalkan undang-undang Barat antaranya pelajaran wajib, penyusunan jabatan kerajaan pusat, mengetepikan halangan dan kelas-kelas sosial. Kerajaan juga membenarkan perjalanan ke luar negara, penerbitan surat khabar, majalah dan mendorong rakyat berkecimpung dalam bidang perniagaan. Matlamat jangka panjang pemerintahan Meiji ialah dasar penaklukan. Dalam bidang sosiobudaya, berbanding dengan orang Barat yang bersikap lebih lantang dan terbuka, orang Jepun merupakan masyarakat yang lemah- lembut, bersopan-santun dan penyabar. Orang Jepun lebih merendah diri berbanding dengan orang Eropah yang dianggap berbangga diri. Kerana itulah orang Eropah begitu kagum dengan sosiobudaya masyarakat Jepun. Budaya tani Jepun dahulu telah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh budaya Barat yang berasaskan ternakan. Haiwan ternakan merupakan suatu unsur yang nyata tidak wujud dalam kehidupan tradisi bangsa Jepun sehingga kedatangan kuasa Barat pada zaman Meiji. Walaupun pengaruh Barat telah bertapak tetapi ianya tidak memberi kesan besar terhadap budaya Jepun yang kukuh. Asimilasi orang Jepun dengan Barat dapat dilihat masa kini, terutama di Kepulauan Hawaii selepas mereka mendapat kewarganegaraan Amerika Syarikat terutama selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Interaksi antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat ini memberikan dampak dalam bidang pendidikan. Orang Jepun mulai berasa kagum dengan kemajuan serta pencapaian dan kemodenan negara-negara Barat. Untuk itu, kerajaan Jepun telah mengirim penuntut-penuntutnya ke negara-negara Barat untuk mempelajari dan mendalami bidang sains, teknologi, perubatan dan ketenteraan Barat yang dianggap lebih maju dalam proses pembentukan negara Jepun moden. Ramai penuntut Jepun yang kembali dari negara Britain membawa bersama mereka ilmu pengetahuan mengenai teknik dan teknologi pembaikan kapal, idea industri berat daii cebagainya. Menjelang pertengahan kurun ke-19, hampir setiap kampung mempunyai sekolah sendiri dan menurut orang Perancis, iaitu pada tahun 1877 tiada suatu kampung di negaraJepun yang wujud tanpa sekolah. Interaksi antaraJepun dengan kuasa-kuasa Barat, menyebabkan orang Jepun sentiasa memerhatikan dan mengawasi perkembangan sains moden serta pencapaian orang Eropah dan Amerika Syarikat.

Komodor Perry memiliki dua buah kapal wap sementara hadiah-hadiah yang diberikan kepada Maharaja Jepun termasuklah satu model enjin wap kereta api, alat telegraf, kapal wap dan alat kelengkapan tentera yang moden. Pada tahun 1882, kerajaan telah menubuhkan sebuah akademi tentera di samping pemodenan kelengkapan ketenteraan termasuk senapang dan senjata perang yang telah memantapkan kekuatan ketenteraannya. Kerajaan Jepun menyedari bahawa setelah mempelajari dan memperolehi teknologi ketenteraan moden maka ini akan meletakkannya setaraf dengan kuasa-kuasa Barat. Pemodenan dan kekuatan ketenteraan akan dapat melaksanakan dasar penaklukan kuasa di luar Jepun terutamanya di negara China dan Semenanjung Korea. Dalam Perjanjian Harris, ianya memberikan hak istimewa kepada Amerika Syarikat berbanding dengan kuasa-kuasa Barat yang lain. Dengan adanya perjanjian ini, Amerika Syarikat diberikan kebebasan untuk berdagang dan membekalkan bahan api semasa dalam perjalanan ke bahagian- bahagian Asia yang lain. Pada tahun 1894, tercetus pertelingkahan antara negara Jepun dengan China. Tentera Imperial Jepun memasuki Manchuria dan China dikalahkan, membawa Perjanjian Shimonseki pada tahun 1895. Pada tahun 1902, Perjanjian Britain-Jepun ditandatangani yang mengiktiraf kedudukan Jepun setaraf dengan Britain dan sekiranya berlaku peperangan, Britain dikehendaki memberikan sokongan ataupun berkecuali. Pemodenan ketenteraan Jepun ternyata, meletakkan negara ini sebagai salah suatu kuasa besar sehingga tamat Perang Dunia Kedua pada tahun 1945. Dalam sistem perhubungan dan komunikasi, implikasi penting pertembungan Jepun dengan Barat adalah sistem perhubungan, iaitu infrastruktur kereta api sebagai suatu alat hubungan yang penting. Sistem jalan kereta api bermula pada tahun 1872 sejauh kira-kira 18 km. Pada masa kini, sistem jalan kereta api merupakan antara termoden di dunia malah merupakan alat pengankutan awam yang amat penting. Selain itu, kapal-kapal laut dan tentera telah diperkenalkan oleh Barat. Ianya memainkan peranan penting bagi Jepun semasa melaksanakan dasar penaklukan atau perluasan kuasa di negara China, Semenanjung Korea dan dalam Perang Dunia Kedua. Dalam bidang komunikasi, alat telegraf yang dihadiahkan kepada Maharaja Jepun telah membuka jalan ke arah sistem pemodenan komunikasi di Jepun. Alat ini telah dikaji dan direka dengan lebih moden lagi oleh orang Jepun. Akhirnya, suatu sistem pos moden diperkenalkan bagi tujuan komunikasi. Dalam sistem kepercayaan dan agama, titik permulaan kemasukan kuasa- kuasa asing ke Jepun menandakan masuknya agama Kristian. Di peringkat awal, ramai yang menerima agama ini tetapi lamakelamaan agama Kristian im mendapat tentangan terutama daripada pembesar-pembesar Jepun. Penentangan ini timbul kerana ianya dianggap bercanggah dengan fahaman Buddha dan ajaran adat istiadat Shintoisme Jepun. Dalam bidang ekonomi, interaksi antara Jepun dengan Barat memberikan dampak kepada negara

Jepun. Antaranya adalah untuk memulihkan nilai mata wang, iaitu langkah diambil pada tahun 1872 apabila perintah dikeluarkan untuk menubuhkan sistem bank yang moden mencontohi bank-bank Amerika Syarikat. Bank kebangsaan pertama ditubuhkan pada tahun 1873 dengan gabungan dua agensi kewangan kerajaan yang utama. Perdagangan dengan dunia luar juga membawa banyak keuntungan dan pertukaran mata wang asing ke negara Jepun. Manakala dalam bidang pemilikan tanah, hak milik tanah individu cara Barat telah membuka mata orang Jepun dalam proses permodenan. Sebelum ini, tanah merupakan milik kepada pembesar-pembesar sahaja tetapi kini hak milik diberikan kepada semua golongan masyarakat termasuk kaum petani. Kesannya, ini membawa kepada sistem pembayaran cukai tanah yang menggantikan bayaran cukai kepada golongan feudal. Industri perkilangan dipertingkatkan dengan kilang-kilang besi waja dan besi keluli (industri berat) dibuka untuk membekalkan pembinaan kapal dan keretapi. Kilang-kilang ini membekalkan tenaga dan alat-alat kelengkapan peperangan untuk usaha penaklukan kuasa. Pengetahuan seperti ini dibawa masuk melalui penasihat-penasihat asing dari luar negara. Manakala modal dipinjam daripada golongan kaya feudal yang sedia ada. Ini membolehkan negara Jepun memajukan sektor perindustriannya tanpa cagaran dalam bentuk pinjaman bank dengan kuasa-kuasa Barat, terutama pergantungan dari sudut ekonomi. Secara umumnya, pertembungan antara Jepun dengan Barat banyak membawa dampak-dampak positif dan negatif. Kedua-dua belah pihak mendapat faedah dari interaksi pertembungan ini. Melalui pertembungan ini, negara Jepun telah mendapat banyak manfaat dalam proses pemodenan negara tersebut. Menariknya, pencapaian dalam ketamadunan ini menunjukkan bagaimana negara Jepun tidak pernah dijajah atau dipengaruhi kuat terutama dari segi politik oleh kuasa-kuasa Barat. Malahan Jepun telah diletakkan setaraf dengan kuasa-kuasa Barat dari sudut perekonomian dan ketenteraan. Mereka telah banyak mempergunakan teknologi Barat, ilmu pengetahuan sains dan sebagainya untuk memodenkan negara Jepun. Dalam konteks kontemporari, negara Jepun merupakan salah sebuah kuasa utama dalam ekonomi antarabangsa dan sejagat. 20.5 JEPUN MASA KINI 20.5.1 Aspek Ekonomi Jepun Sejak lebih dari 100 tahun, orang-orang Jepun bekerja keras untuk menukarkan negaranya daripada negara miskin kepada negara maju dan moden. Kini, ekonomi Jepun merupakan yang keduaterbesar di dunia selepas Amerika Syarikat. Pada awal tahun 1990, orang Jepun mempunyai aset 3 kali ganda daripada rakyat Amerika Syarikat, 4 kali ganda aset rakyat Britain danJerman.

Jepun merupakan kuasa ekonomi yang terkemuka, kaya dan mampu bersaing dalam bidang perindustrian. Radar pengangguran di Jepun kekal di bawah paras 3% pada waktu yang panjang, dan hanya meningkat sebanyak 2.1% pada penghujung tahunl990. Selain dari itu, harga barang adalah stabil dan kadar inflasi bagi barang-barang pengguna dari tahunl985 sehingga tahun 1990 hanya 1.8% Kemajuan ekonomi Jepun dibantu oleh kewangan kerajaan Jepun yang berada dalam keadaan baik. Ini berbeza dengan keadaan pada 1970-an, iaitu 34.7% daripada perbelanjaan negara terpaksa dipinjam dari luar. Walaupun reputasi politik Jepun tidak sehebat kecanggihan ekonominya, sesebuah kerajaan seperti kerajaan Jepun yang dapat mengawal perbelanjaan negara sehingga terselamat daripada inflasi adalah kerajaan yang efektif dan patut dihargai. Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kemajuan ekonomi Jepun. Antaranya ialah jarang berlaku mogok, wujud banyak sektor-sektor swasta, ahli-ahli syarikat bersatu-padu untuk menjayakan syarikat masing- masing, sistem senioriti, sistem kerjaya seumur hidup (lifetime employment) dan hubungan erat antara kakitangan dengan syarikat tempat mereka bekerja. Bidang utama yang banyak member! sumbangan kepada kemajuan ekonomi Jepun ialah perindustrian. Oleh itu, Jepun dikenali sebagai sebuah negara perindustrian moden. Bidang-bidang lain yang turut menyumbang kepada ekonomi Jepun termasuklah pertanian, perikanan, pembalakan, penjanaan kuasa elektrik dan penghasilan tenaga nuklear. 20.5.2 Perindustrian Bidang perindustrian amat penting dan banyak memberi sumbangan kepada ekonomi Jepun. Bidang ini mula diperkenalkan di Jepun pada 1860-an semasa zaman Pemulihan Meiji. Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun menjadi antara negara perindustrian yang terkenal di dunia. Walaupun perindustrian Barat telah diperkenalkan di Jepun, tetapi rakyat Jepun tetap mengekalkan nilai-nilai tradisi.Oleh itu, terdapat 2 jenis industri: 1. Industri tradisional yang mengeluarkan barangan untuk kegunaan tempatan seperti makanan, pakaian dan alat-alat kelengkapan. 2. Industri moden yang dikendalikan oleh kilang-kilang besar dan mengeluarkan barang-barang moden seperti yang terdapat di barat. Sehingga 1953, kebanyakan industri di Jepun merupakan industri yang mengeluarkan barang-barang

pengguna dan kraftangan. Selepas itu, barulah wujud industri yang mengeluarkan barang-barang elektronik, automobil, kimia dan besi-keluli. Pada masa ini, eksport utama Jepun ialah automobil, alatalat elektronik dantekstil. Industri tekstil penting di Jepun. Untuk menghasilkan tekstil, kapas diimport dari Amerika Syarikat dan bulu biri-biri diimport dari Australia. Walaupun Jepun masih antara pengeksport utama barang-barang tekstil, tetapi kini Jepun lebih member! tumpuan kepada industri berat. Jepun juga adalah pengeluar utama barang-barang elektronik. Kemajuan industri elektronik berpunca dari permintaan yang tinggi terhadap barang-barang elektronik seperd televisyen, radio, peti sejuk, mesin basuh, komputer dan sebagainya. Industri automobil juga penting di Jepun. Pada 1950-an, Jepun mula mengeluarkan kereta. Sebelum ini, Jepun hanya mengeluarkan lori. Jepun juga mengeksport bas dan motosikal. Industri kimia di Jepun mengeluarkan barangan seperti asid sulfurik, soda kaustik dan sebatian karbon, simen dan ammonium sulfat. Industri ini mampu berkembang walaupun kekurangan bahan mentah terutamanya petroleum. Kebelakangan ini, perubahan berlaku daripada pengeluaran kimia organik kepada kimia bukan organik. Jepun juga terkenal dengan industri besi dan keluli. Best yang diperlukan diimport dari negara luar. Untuk memastikan bahawa Jepun mendapat besi yang mencukupi, Jepun tidak hanya mengimport besi, tetapi juga melabur dalam lombong-lombong besi di India, Filipina dan Malaysia. Jepun juga ada menghasilkan perak, aluminium dan titanum. 20.5.3 Pertanian Walaupun Jepun merupakan sebuah negara perindustrian, pertanian tetap penting bagi ekonomi Jepun. 45% daripada penduduk Jepun bergiat dalam lapangan pertanian. Walau bagaimanap