Transcript
Page 1: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR

TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN

KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

MOHD AMIRUDDIN BIN AG. DAMIT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,
Page 3: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

ii

Page 4: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

iii

TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN

AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN,

FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

MOHD AMIRUDDIN BIN AG. DAMIT

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI, 2009

Page 5: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

iv

Page 6: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

v

DEDIKASI

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan

izin, rahmat serta limpah kurnia-Nya maka kertas laporan ini dapat disiapkan dengan

jayanya.

Teramat istimewa buat,

Ayahanda dan Ibundaku,

yang mendidik dan membesarkanku, segala dorongan,

pengorbanan dan keikhlasan terhadap anakandamu ini,

hanya Allah yang dapat membalasnya.

Pensyarah-Pensyarah,

yang memberi ilmu, dorongan dan tunjuk ajar sepanjang

perjuangan di gudang ilmu ini akan ku manfaatkan

dengan sebaik mungkin untuk agama, bangsa dan negara.

Teman dan Sahabat Seperjuangan,

yang memberi sokongan ketika suka dan duka, bantuan

disaat diperlukan, dan semangat dalam meneruskan

perjuangan mengharungi liku-liku hidup, akan ku

kenang sehingga akhir hayat.

Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran dan doa kalian

sepanjang pengajianku. Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat serta hidayah dari

Allah s.w.t.

Wassalam.

Page 7: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

vi

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayah-Nya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah

yang amat dikasihi.

Setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada penasihat penyelidikan, Prof.

Madya Dr. Yahya Bin Buntat yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan,

tunjuk ajar dan nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T.

yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.

Sekalung ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat seperjuangan

terutamanya dari aliran Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, staf-staf dan pensyarah

Fakulti Pendidikan yang terlibat membantu secara langsung atau tidak secara

langsung dalam penyelidikan ini.

Penghargaan ini juga ditujukan khas ayah dan ibu yang tanpa jemu

mendoakan kejayaan anakanda serta harapan yang tinggi selama ini untuk anakmu

ini ke menara gading dengan memberi banyak dorongan dan menghulurkan bantuan

yang tidak termampu dibalas. Terima kasih di atas segala pengorbanan, sokongan

dan kasih sayang ikhlas tanpa batas.

Page 8: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

vii

ABSTRAK

Perubahan arus kemodenan di negara ini banyak memberi impak terhadap

pendidikan masa kini. Perubahan yang mendadak ini sekaligus memberi kesan

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, bakal tenaga

pengajar perlu mengetahui tahap kemahiran tambahan diri sebagai persediaan

menempuh alam pekerjaan kelak. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap

kemahiran tambahan dalam kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknik

dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan. Kajian ini dijalankan di dalam Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Seramai 118 orang responden yang terlibat

dalam kajian ini dipilih secara rawak. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif

menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Nilai pekali

kebolehkepercayaan kajian ini adalah α = 0.89. Data dianalisis dengan

menggunakan bantuan program komputer, Statistical Packages for Science Social

(SPSS) Versi 16.0. Hasil keseluruhan kajian ini mendapati bahawa tahap kemahiran

tambahan responden adalah tinggi dimana responden memiliki tahap kemahiran

yang tinggi dalam kemahiran komputer dan kemahiran berfikir. Akan tetapi

responden mempunyai tahap kemahiran yang sederhana bagi kemahiran

berkomunikasi dan kemahiran kepimpinan.

Page 9: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

viii

ABSTRACT

Modernity current change in this country gives many impacts towards today’s

education. This change altogether gives affect on teaching and learning process at

school. So, our future educator needs to know their own additional skills as a

preparation in the future. This study is conducted to identify the level of additional

skills among the final year students of Technical and Engineering Education

Department, Faculty of Education. They are 118 respondents chosen randomly as a

participant in this study. This study is descriptive based using questionnaire as study

instrument. Reliability of coefficient value for the instrument is α = 0.89. Data

analysis was done using the Statistical Packages for Science Social (SPSS) Version

16.0. The overall result of this research identify that the respondent’s additional skills

level was high for computer skill and thinking skill. However the level of

respondent’s additional skills was found to be moderate in terms of communication

skills and leadership skills.

Page 10: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis i

Pengesahan Penyelia ii

Judul iii

Pengakuan iv

Dedikasi v

Penghargaan vi

Abstrak vii

Kandungan ix

Senarai Jadual xiii

Senarai Rajah xv

Senarai Singkatan dan Simbol xvi

Senarai Lampiran xvii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

Page 11: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

x

1.8 Definisi Istilah 9

1.9 Penutup 12

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Sistem Pendidikan Masa Kini 13

2.3 Kemahiran Tambahan 14

2.4 Kemahiran Komputer 16

2.5 Kemahiran Komunikasi 17

2.6 Kemahiran Berfikir 20

2.7 Kemahiran Kepimpinan 25

2.8 Penutup 31

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 32

3.2 Rekabentuk Kajian 32

3.3 Lokasi Kajian 33

3.4 Persampelan Kajian 33

3.5 Instrumen Kajian 34

3.6 Prosedur Kajian 39

3.7 Kajian Rintis 39

3.8 Analisis Data 40

3.9 Penutup 41

Page 12: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

xi

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Bahagian A - Latar Belakang Responden 43

4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 43

4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 44

4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Kursus 45

Pengajian

4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan 45

Pengajian Tertinggi

4.3 Analisis Bahagian B – Maklumbalas Responden 46

4.3.1 Apakah Tahap Kemahiran Komputer 47

Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir

Jabatan Pendidikan Teknik &

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia?

4.3.2 Apakah Tahap Kemahiran Berfikir 49

Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir

Jabatan Pendidikan Teknik &

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia?

4.3.3 Apakah Tahap Kemahiran Berkomunikasi 52

Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir

Jabatan Pendidikan Teknik &

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia?

4.3.4 Apakah Tahap Kemahiran Kepimpinan 54

Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir

Jabatan Pendidikan Teknik &

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia?

Page 13: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

xii

4.4 Analisis Keseluruhan Bahagian B. 57

4.5 Penutup 58

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Rumusan 60

5.3 Perbincangan 61

5.3.1 Latar Belakang Responden 62

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 1: 63

Tahap Kemahiran Komputer.

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2: 64

Tahap Kemahiran Berfikir.

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 3: 65

Tahap Kemahiran Berkomunikasi.

5.3.5 Perbincangan Persoalan Kajian 4: 67

Tahap Kemahiran Kepimpinan.

5.4 Cadangan 70

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71

5.6 Penutup 72

BIBLIOGRAFI 73

LAMPIRAN 77

Page 14: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Elemen Dalam Kemahiran Berfikir 23

3.1 Senarai Perangkaan Pelajar Semester 2 08/09 33

3.2 Skala Likert Dengan Markah Skor 36

3.3 Pembahagian Item Soal Selidik. 37

3.4 Pembahagian Item Mengikut Elemen 38

3.5 Pembahagian Julat Skala 41

3.6 Tahap Penilaian Berdasarkan Skor Purata (Min) 41

4.1 Tahap Penilaian Berdasarkan Skor Purata (Min) 43

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 44

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 44

4.4 Taburan Responden Berdasarkan 45

Kursus Pengajian

4.5 Taburan Responden Berdasarkan 46

Pengajian Tertinggi

4.6 Taburan Responden (N=118) Mengikut 48

Peratusan, Kekerapan dan Min Bagi Tahap

Kemahiran Komputer Dalam Kalangan Pelajar

Tahun Akhir, Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM.

Page 15: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

xiv

4.7 Taburan Responden (N=118) Mengikut 51

Peratusan, Kekerapan dan Min Bagi Tahap

Kemahiran Komputer Dalam Kalangan Pelajar

Tahun Akhir, Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM.

4.8 Taburan Responden (N=118) Mengikut 53

Peratusan, Kekerapan dan Min Bagi Tahap

Kemahiran Komputer Dalam Kalangan Pelajar

Tahun Akhir, Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM.

4.9 Taburan Responden (N=118) Mengikut 56

Peratusan, Kekerapan dan Min Bagi Tahap

Kemahiran Komputer Dalam Kalangan Pelajar

Tahun Akhir, Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM.

4.10 Taburan Purata (Min) Keseluruhan 57

Page 16: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Kemahiran Berfikir 22

Page 17: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

xvi

SENARAI SINGKATAN

α - Alpha Cronbach

ƒ - Kekerapan

% - Peratus

SS - Sangat Setuju

S - Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

SPSS - Statistical Package for Science Social

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

N - Responden

Page 18: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 77

Page 19: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Ilmu adalah perkara yang penting di dalam kehidupan setiap insan. Setiap

manusia tidak akan dapat lari daripada memperolehi ilmu walau dalam mana

keadaan sekalipun. Ilmu ditakrifkan mengikut Kamus Pelajar terbitan Dewan Bahasa

dan Pustaka adalah kemampuan untuk mengetahui atau memaklumi kebenaran

kenyataan tentang sesuatu. Kemahiran merupakan salah satu cabang ilmu yang

wujud di dunia ini. Kemahiran telah wujud sudah begitu lama dan telah dikesan

bermula dari zaman batu lagi. Kemahiran juga merupakan salah satu aspek yang

penting dalam kehidupan seharian manusia. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3,

kemahiran bermaksud kecekapan atau kepandaian.

Sumber asal untuk mendapatkan sama ada ilmu mahupun kemahiran adalah

melalui pendidikan. Pendidikan kemahiran di Malaysia ini telah ditawarkan dari

peringkat sekolah rendah lagi dimana pelajar didedahkan dengan matapelajaran

Kemahiran Hidup. Pendidikan kemahiran ini dikhususkan lagi pada peringkat

menengah dengan wujudnya sekolah teknik dan vokasional. Akan tetapi pendidikan

di Malaysia ini sering berubah mengikut arus kemodenan dunia. Setiap kali

perubahan ini berlaku maka yang perlu bertindak dengan lebih cepat adalah para

guru yang mengajar para murid di sekolah. Ini adalah menjadi kewajiban seseorang

guru untuk mengajar sesuatu yang terkini agar anak murid tidak tertinggal ditelan

dek arus kemodenan yang semakin maju ini.

Page 20: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

2

Keupayaan guru-guru pada masa kini dalam menyesuaikan diri mengikut

peredaran zaman kini menjadi persoalan. Sebagai seorang insan, kita tidak dapat

mengukur setakat mana kemampuan atau kebolehannya dapat pergi jauh.

Ini dapat dilihat dalam ucapan bekas Perdana Menteri Malaysia dalam

Seminar Menangani Cabaran Wawasan 2020 yang berbunyi:

“Jika seseorang individu atau bangsa mempunyai kepercayaan bahawa

kebolehannya adalah terhad, bahawa ia tidak boleh meningkat atau memperluaskan

lagi kemampuannya, maka sudah tentu ia tidak mungkin membuat sesuatu yang di

luar daripada paradigmanya.”

Tun Dr. Mahathir Mohammad (1994),

Sebagai seorang pendidik, guru perlulah menyahut cabaran-cabaran untuk

mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya

perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna

teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa

depan (Mahathir, 1994). Dari itu sebagai seorang guru perlu menyiapkan diri dengan

segala kemahiran bagi menyiapkan diri menyahut cabaran mendidik anak-anak yang

akan menentukan masa depan negara kita.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada hari ini pelbagai kajian yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam

usaha untuk mempertingkatkan martabat pendidikan di negara kita. Kita boleh

melihat sendiri sistem pendidikan hari ini begitu dinamik dan prograsif. Guru

memainkan peranan penting untuk melaksanakan sistem pendidikan terkini yang

semakin lama semakin mencabar. Cabaran zaman moden dalam sistem pendidikan di

Malaysia ini semakin meningkat. Akan tetapi, guru seharunya lebih bersifat

responsif, proaktif serta dapat membuat penyesuaian terhadap apa sahaja perubahan

Page 21: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

3

yang berlaku dalam sistem pendidikan akibat daripada perkembangan teknologi dan

perledakan maklumat (Ismail Zain, 2000).

Dalam aspek bidang teknik dan vokasional, pengetahuan terkini mengenai

teknologi amat dititik beratkan. Pengetahuan guru dalam bidang yang diceburinya

adalah diperlukan dalam pegajaran dan pembelajaran di sekolah. Akan tetapi, adakah

semua guru yang mahir dan berpengetahuan luas dalam bidang kemahiran utamanya,

mempunyai kemahiran tambahan yang sempurna?. Kemahiran tambahan merupakan

kemahiran spasifik yang diklasifikasikan kepada tiga kumpulan iaitu sifat individu,

sifat berkomunikasi, dan sifat menyelesaikan masalah (Ghulam R. Nabi dan David

Bagley, 1999). Di dalam sifat individu terdapat elemen didalamnya seperti

kemahiran kerjasama. Bagi sifat berkomunikasi pula terdapat elemen seperti

kemahiran bertutur atau lebih dikenali sebagai kemahiran komunikasi. Bagi sifat

menyelesaikan masalah pula, terdapat elemen seperti kemahiran berfikir dan

kemahiran komputer. Ada juga yang mengatakan kemahiran tambahan merangkumi

komunikasi, analisis masalah, pemikiran kritikal, dan kemahiran menetukan

keputusan (Nance E. Howell, et. all, 2002).

Daripada kajian yang lepas, Rohana (2000) telah membuat kajian mengenai

tahap kemahiran tambahan di kalangan guru-guru sekolah menengah Vokasional di

Malaysia. Hasil dapatan kajian beliau mendapati secara keseluruhannya, tahap

kemahiran tambahan di kalangan guru-guru Sekolah Menengah Vokasional adalah

pada tahap yang sederhana dimana responden memiliki tahap kemahiran yang tinggi

bagi kemahiran berfikir kritis dan kreatif, tahap sederhana dalam kemahiran

komputer bagi penggunaan perisian Microsoft Word, Microsoft Excell, kemahiran

inovatif dan kemahiran berkomunikasi. Tetapi responden memiliki tahap rendah bagi

kemahiran komputer bagi perisian Autocad. Maka dengan itu jalaslah tahap

peguasaan kemahiran tambahan bagi guru-guru kini masih di tahap

membimbangkan.

Di dalam perkembangan arus perubahan teknologi dunia yang pesat kini,

penggunaan teknologi di dalam pendidikan juga semakin berubah. Contohnya seperti

yang kita dapat lihat hari ini penggunaan teknologi VSAT (Vary Small Aparture

Page 22: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

4

Terminal) yang menggunakan teknologi setelit sebagai penerima dan menghantar

maklumat, telah digunakan di beberapa buah sekolah, kebanyakkannya di sekolah

Kluster. Sistem teknologi baru ini dapat membantu para guru dalam proses

pengajaran dan pembelajarannya. Akan tetapi, adakah guru-guru pada masa kini

sudah mempersiapkan diri dengan kemasukkan teknologi baru ini? Ada juga pada

masa kini guru-guru mempunyai masalah dalam penggunaan komputer. Hasil kajian

yang telah dilakukan menunjukkan hampir tiga daripada lima orang guru tidak tahu

menggunakan komputer (Tan Ai Ngoh, 1998). Kajian tersebut jelas membuktikan

guru-guru pada masa kini belum sepenuhnya dapat menguasai penggunaan komputer

iaitu perkara asas teknologi didalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Masalahnya kini sampai bila guru-guru kini terutamanya guru-guru teknikal dan

vokasional akan terus ketinggalan dalam perkembangan arus teknologi?

Komunikasi merupakan peralatan yang penting dalam proses pembelajaran.

Penghantaran dan penerimaan maklumat yang jelas perlu diutmakan supaya mesej

yang hendak disampaikan itu diterima oleh penerima dengan sempurna.

Penyampaian yang kurang berkesan menyebabkan mesej yang hendak dihantar itu

tidak dapat sampai ke penerimanya dengan sepurna (Markovic J. dan Axmann M.,

2007). Kebanyakkan guru pada masa kini mungkin tidak mengalami masalah

komunikasi yang terlalu ketara. Perkara ini biasanya dialami oleh pelatih baru yang

mengajar di sekolah. Maklumat dari akhbar menyatakan ada segelintir guru pelatih

tidak layak langsung menjadi guru. “Ada pelatih guru yang berambut panjang,

selekeh, loghat daerah yang terlalu tebal, bermasalah komunikasi dan lemah pula

pencapaian akademiknya,'' (Wahid, 2004). Masalah-masalah ini datang daripada jiwa

pelatih yang tidak dapat menyerap etika dan keterampilan sebagai seorang guru.

Perkara ini mungkin dapat dielakkan jika ia dapat diatasi peringkat pengajiannya.

Pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada terlalu menekankan kefahaman

pelajar melalui penerangan dan dalam masa yang sama memaksa mereka

menggunakan keupayaan mengingat yang mendorong mereka menghafal. Kaedah

ini adalah difikirkan tidak sesuai lagi dalam era yang sentiasa berubah-ubah ini

kerana sebarang keputusan adalah terlalu tegar. Konsep pengajaran bestari telah

mengubah cara penyampaian daripada penerangan semata-mata kepada mencabar

Page 23: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

5

pelajar supaya berfikir. Ini akan mengarahkan mereka kepada pemikiran inovatif

dan kreatif.

Pengaplikasian mengenai kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di kalangan guru masih rendah. Majoriti guru tidak jelas tentang

kaedah menerapkan unsur kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan

pembelajaran , walaupun di kalangan mereka ada yang telah diberi pendedahan

secara formal (Rafiei, 1998). Konsep kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

(KBKK) perlu diterapkan dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran untuk

mencapai pembangunan pemikiran murid yang kritikal dan inovatif . Menurut Rafiei

(1998) lagi, KBKK adalah unsur penting yang dapat menghasilkan pelajar yang

berilmu serta berfikiran kritis dan kreatif, maka ia perlu diberi penekanan semula

supaya matlamat menghasilkan pelajar dan seterusnya rakyat yang berketrampilan

dapat dicapai.

Sebuah organisasi seperti di sekolah sewajarnya mempunyai kepimpinan

yang efektif. Tanpa kepimpinan yang berkesan, sekolah tersebut akan mundur dan

tidak mempunyai kekuatan. Dalam konteks sekolah, guru merupakan individu yang

penting dan berpengaruh serta mempunyai peranan yang besar dalam mewujudkan

suasana pembelajaran, tahap profesionalisme, hubungan antara kakitangan dan tahap

keperihatinan mereka terhadap perubahan suasana yang berlaku di sesebuah sekolah

dan persekitarannya. Daya kepimpinan dikalangan para guru juga dapat

mempengaruhi corak pembelajaran dan perkembangan seseorang pelajar di sekolah.

Guru adalah contoh yang terbaik bagi para pelajar selain ibu bapa mereka.

Kebanyakan pelajar akan terbentuk pemikiran dan kelakuannnya apabila melihat

kelakuan guru mereka (Chumun S., 2007). Menurut Chumun S. (2007) kepentingan

kemahiran kepimpinan di kalangan guru amat penting kerana dengan kepimpinan

guru ini dapat mempengaruhi keberkesanan pengajarannya. Menurut beliau lagi,

kajian telah membuktikan bahawa kepimpinan guru bukan sahaja untuk mewujudkan

pembelajaran berkonsepkan kerjasama didalam kelas sahaja, tetapi merupakan

sesuatu kewajipan dalam membentuk budaya kerjasama di sekolah secara

keseluruhannya.

Page 24: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

6

1.3 Pernyataan Masalah

Pendidikan Teknik dan Vokasional di negara ini mengalami perubahan dari

segi silibus matapelajarannya selaras dengan perubahan teknologi dunia yang

semakin kedepan dan maju. Setara dengan itu, para guru perlulah dilengkapi dengan

kemahiran tambahan bagi melahirkan ciri-ciri guru yang sentiasa bersedia dan

mampu menghadapi arus perubahan semasa pendidikan masa depan. Oleh itu, kajian

ini dilakukan bagi mengenalpasti tahap kemahiran tambahan dalam kalangan pelajar

tahun akhir Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan , Universiti

Teknologi Malaysia sebagai persediaan untuk menempuh dan menghadapi cabaran

perubahan kearah Pendidikan yang selaras dengan kemajuan semasa. Kemahiran

tambahan yang akan dikaji merangkumi kemahiran menggunakan komputer,

kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir dan kemahiran kepimpinan.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap

kemahiran tambahan dalam kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan

Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk:

i. Mengenalpasti tahap kemahiran komputer dalam kalangan pelajar tahun

akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan ,

Universiti Teknologi Malaysia.

ii. Mengenalpasti tahap kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar tahun

akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan ,

Universiti Teknologi Malaysia.

Page 25: TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR … · TAHAP KEMAHIRAN TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,

7

iii. Mengenalpasti tahap kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar

tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti

Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia.

iv. Mengenalpasti tahap kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar tahun

akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan ,

Universiti Teknologi Malaysia.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi

menentukan objektif kajian tercapai di antaranya seperti berikut:

i. Apakah tahap kemahiran komputer dalam kalangan pelajar tahun akhir

Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan ,

Universiti Teknologi Malaysia?

ii. Apakah tahap kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar tahun akhir

Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan ,

Universiti Teknologi Malaysia?

iii. Apakah tahap kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar tahun

akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan ,

Universiti Teknologi Malaysia?

iv. Apakah tahap kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar tahun akhir

Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan ,

Universiti Teknologi Malaysia?


Recommended