Download docx - Soalan Pt3 Bm As

Transcript
Page 1: Soalan Pt3 Bm As

SET 1 : Kertas Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) - Bahasa Melayu

BAHAGIAN A[25 markah]

1    Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)        Beberapa orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah mereka di dalam pertandingan reka cipta itu.___________________________________________

(ii)       Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan sempena cuti sekolah.

___________________________________________(iii)      Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan

manggis.___________________________________________

(iv)      "Sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi kepada murid-murid Kelas Tingkatan Tiga Kreatif.___________________________________________

(8 markah)

2    Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)        Bandaraya itu seolah-olah hari siang kerana dilimpahi lampu jalan yang terang-benderang.__________________________________________

(ii)       Stem yang bertemakan tahun arnab ini dicetak di atas plastik yang berwarna emas.__________________________________________

(iii)      Penduduk di kawasan pedalaman itu hanya menggunakan eka-bahasa sahaja iaitu bahasa ibunda mereka.__________________________________________

(3 markah)

3    Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.(i)        Kami akan ke negeri Sarawak hujung bulan ini.

Kami akan ke negeri Sarawak awal bulan hadapan.______________________________________________________________________________________________

(ii)       Pulau peranginan itu cantik.Pulau peranginan itu tidak dijaga dengan baik.______________________________________________________________________________________________

(iii)      Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran.Murid itu mencapai kejayaan yang cemerlang.______________________________________________________________________________________________

(iv)      Saya ada masa pada hujung minggu ini.Saya akan menziarahi rakan saya di hospital.

Page 2: Soalan Pt3 Bm As

______________________________________________________________________________________________

(v)        Azwana membaca surat.Afifah membaca surat.Surat dikirim oleh Bhaga.

______________________________________________________________________________________________                                                                            (10 markah)

4     Lihat gambar di bawah ini dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang sesuaidengan gambar tersebut.       (i)

       _____________________________________________      

(ii)

       _____________________________________________                                                               (4 markah)

BAHAGIAN B[30 markah]

5    Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Page 3: Soalan Pt3 Bm As

"Adik nak berhenti sekolah. Bosanlah kena belajar selalu. Mana boleh paksapaksa. Adik meluat betul dengan buku-buku dan cikgu yang semuanya garang." Begitulah lontaran ayat adik. Selamba.

"Kalau UPSR pun tak sempat nak ambil, nak buat apa? Jadi kuli? Makan tidur, makan tidur? Sanggup turun ke bendang? Sanggup menoreh? Atau lebih berminat nak jadi kutu merewang?"

"Hoi... Kak Cik apa tau? Orang dah malas nak belajarlah. Malas. Tak fahamkah? Lagi pun, kilang kan banyak? Susah apa?" jerkah adik biadab.

Bonda hanya menggelengkan kepalanya yang beruban."Adik... sedarkah keputusan ini boleh menghancurkan masa depan adik? Hanya orang

berilmu dipandang mulia, nak." Sopan berhikmah pujukan bonda.Adik mendengus kasar. Berlalu ke bilik menghempas kuat daun pintu sebagai tanda

protes.Ada pendaman impian yang tersimpan di atma bonda. Bonda berhajat menghantar adik

ke sekolah agama setelah adik menamatkan sekolah rendahnya. Bonda mahu adik bergelar Ustaz Mohd. Harraz. Bonda mahu adik mewarisi kealiman suaminya, Lebai Sidi. Bonda mahu adik berjuang hingga Jiang syahid seperti arwah ayahnya.

(Dipetik daripada cerpen Mutiara Bonda oleh Siti Hajar Mohd Zaki, antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)      Berdasarkan petikan di atas, nyatakan tiga harapan bonda terhadap adik.(3 markah)

______________________________________________________________________________________________

(ii)     Huraikan perwatakan adik yang negatif berdasarkan petikan di atas.(3 markah)

______________________________________________________________________________________________

        (iii)    Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan murid suka ponteng sekolah pada               masa ini?                                                

(4 markah)______________________________________________________________________________________________

6    Baca sajak di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SAJAK LAUT

Laut ini begitu birulaut ini begitu luaslaut ini begitu indah.

Betapa bahagianya hatilaut ini membuatku bahagialaut ini begitu tenangbegitu kaya.

Page 4: Soalan Pt3 Bm As

Kulihat pasir putihkulihat kerangkurasakan ombak menyapa kakidan kurasakanangin pantai membelai.

Seorang nelayan jauh di sanaberdiri di atas perahu kecilmenebarkan jalamencari ikan untuk keluarga.

Burung laut menari-nari di sanamengepak-ngepakkan sayapnyabegitu gembira mereka bernyanyibagai berlumbadengan nyanyian ombak.

Setengah matahari kulihat di seberangdi seberang laut biru inibagai malu-malu ia mengintipnamun dengan setiamemberi sinarnya.

Hai, laut biruhari ini juga aku nyatakankau adalah saudaraku!

ISMAIL SHARIF(Dipetik daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius,

Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)            Bagaimanakah keadaan laut yang digambarkan oleh penyajak?  (3 markah)

______________________________________________________________________________________________

(ii)          Nyatakan contoh gaya bahasa simile yang terdapat dalam Sajak Laut.  (3 markah)

______________________________________________________________________________________________

(iii)         Pada pendapat anda, apakah perbuatan negatif yang telah dilakukan oleh manusia sehingga menjejaskan laut?     

(4 markah)______________________________________________________________________________________________

7    Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji diTingkatan 3.

(i)       6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim(ii)          Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman(iii)         Merenang Gelora karya Ruslan Ngah

Page 5: Soalan Pt3 Bm As

Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. Berikan satu contoh bagi setiap latar masyarakat tersebut.

(10 markah)

BAHAGIAN C[15 markah]

8    Lihat gambar Kempen Kitar Semula di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Kitar Semula Bermula daripada Anda!

KEBAIKAN AMALAN KITAR SEMULA

·     Mewujudkan Persekitaran yang lebih Bersih·     Mengurangkan Ancaman Alam Sekitar

·     Menjimatkan Kos Penyelenggaraan Tapak Pelupusan Sampah·     Mengurangkan Kuantiti Sampah

·     Menyelamatkan Hutan

BAHAGIAN D[30 markah]

9      Pilih satu daripada soalan di bawah ini. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

(i)    Andaikan anda ketua pengawas. Anda diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan yang diadakan untuk meraikan anda.

Tulis teks ucapan anda itu selengkapnya.

(ii)    Anda dan rakan anda berbual-bual tentang sikap masyarakat Malaysia yang lebih mengutamakan barangan dari luar negara.

Tulis perbualan antara anda dengan rakan anda itu.

(iii)    Prestasi ahli sukan negara kita semakin merosot belakangan ini.Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi ahli sukan

negara.

Page 6: Soalan Pt3 Bm As

SET 2 : Kertas Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) - Bahasa MelayuSET 2Arahan: Jawab semua soalan dalam bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D.BAHAGIAN A(25 markah)

1.         Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.     Ke mana saja anda pergi, jagalah tingkah laku.     _____________________________________i.        Tiap hari Sharmizan bangun daripada tidur pada

pukul 6.00 pagi.     _____________________________________ii.         Penggunaan pelbagai perencah termasuklah cili sos

dapat menyedapkan rasa masakan.     _____________________________________iii.        Keadaan lalu lintas di kebanyakan jalan-jalan menuju

pusat bandar agak sibuk dan sesak.     _____________________________________

(8 markah)

2.        Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.          Abang berjanji untuk mengambil adik di stesyen bas Ipoh._____________________________________

ii.            Cikgu Petimah telah dilantik sebagai urusetia kejohanan sukan olahraga peringkat daerah.

_____________________________________iii.       Kemerosotan akhlak dalam kalangan remaja

berpunca daripada sikap ibubapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.

Page 7: Soalan Pt3 Bm As

_____________________________________ (3 markah)

Page 8: Soalan Pt3 Bm As

3    Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.

                    i.        Awak boleh memilih baju berwarna hijau ini.Awak boleh memilih baju berwarna merah itu.__________________________________________________________________________

                   ii.        Lokman mengulang kaji pelajaran dengan tekun.Hari sudah lewat malam.__________________________________________________________________________

                 iii.        Encik Karim masuk ke bilik kerjanya.Encik Karim meneruskan pekerjaannya.__________________________________________________________________________

                  iv.        Dia sempat melawat beberapa buah negara di Eropah.Dia belajar di United Kingdom.__________________________________________________________________________

                   v.        Ibu tidak ke pejabat.Ibu ke klinik.Ibu mendapatkan rawatan kesihatan.

__________________________________________________________________________

(10 markah)

4.    Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.

     i.

Page 10: Soalan Pt3 Bm As

BAHAGIAN B(30 markah)

5.    Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yangberikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah genap sempurna Tuan Puteri Bidadari Segerba di kayangan ia pun bermohonlah kembali ke dunia menemui suaminya, Raja Muda dan nenek kebayan.

Pesan ayahandanya, Maharaja Indera Dewa, “Wahai anakanda, jikalau anakanda selamat sampai ke dunia persilakanlah kakanda Raja Muda naik ke mari, ayahanda dan bonda merasa rindu kepadanya”.

“Baiklah ayahanda, anakanda akan sampaikan pesanan ayahanda itu”.

Kepada kakanda berenam, Tuan Puteri itu memberitahu, “ Wahai kakanda, adinda meminta diri kembali dulu sebab tidak sedap hati adinda dan dada adinda sentiasa berdebar-debar saja. Mungkin ada sesuatu yang tidak baik berlaku”.

“Benarlah kata adinda itu, kerana sebenarnya kakanda Raja Muda telah berkahwin dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari, puteri Sultan sedar Alam di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Menurut firasat kakanda, sekarang paduka kakanda itu sedang bersanding dihadap oleh sekalian isi istana. Baiklah sekarang juga adinda kembali ke dunia dan melihat kakanda itu bersanding.

         (Dipetik daripada prosa klasik Raja Muda,Antologi Gema Sepi Seorang Genius  Tingkatan 2,

DBP)

i)       Nyatakan punca-punca Tuan Puteri Bidadari Segerba tergesa-gesa ingin

Page 11: Soalan Pt3 Bm As

kembali ke dunia?                                                 (3 markah)__________________________________________________________________________

ii)      Berdasarkan petikan di atas, apakah watak dan perwatakan Tuan Puteri Bidadari Segerba?                                              (3 markah)

_______________________________________________________________________________________________________________

iii)     Pada pendapat anda, wajarkah seseorang isteri tinggal berjauhan daripadasuaminya?                 (4 markah)

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________

6.    Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pantun NasihatGunung Tahan sama didaki,     Sungai Pahang sama direnang;Jikalau semua bersatu hati,     Kerja yang payah menjadi senang.

Melangir keris pusaka hikmat,     Keris sejarah sejak bahari;Kalau gadis ingin selamat,     Jangan murah menjual diri.

Menanam bunga di dalam pasu,     Bunga melati, bunga pandan;Jangan ikut hawa nafsu,     Kelak nanti binasa badan.

Nyiur muda dibuat pengat,

Page 12: Soalan Pt3 Bm As

     Mari dimakan bulan puasa;Wahai pemuda hendaklah ingat,     Kerana mulut badan binasa.

Orang berkelah di Tanjung Rhu,     Sambil memanggang si ikan sepat;Hendaklah banyak menghadap guru,     Supaya terang jalan makrifat.

Rendang sungguh pohon ara,     Tumbuh subur di tepi telaga;Tidak salah berkenal mesra,     Tatasusila perlu dijaga.

(Dipetik daripada Antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, DBP)

i)                    Berdasarkan pantun tersebut, nyatakan pesanan-pesanan yang dapat dijadikanpanduan oleh generasi muda.                                                   (3 markah)

ii)                   Jelaskan pengajaran yang dapat diperoleh daripada pantun tersebut.

(3 markah)

iii)                 Pada pendapat anda, apakah faedah yang kita peroleh sekiranya kita menjagapercakapan kita?                                                          (4 markah)

7.     Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

Hikmah, karya Mohd Faris Ikmal

Watak utama memainkan peranan penting dalam menghidupkan jalan cerita sesebuah novel.Berdasarkan novel tersebut, kemukakan kelebihan watak utama yang dapat dijadikan teladan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar berserta contoh peristiwa yang sesuai.

(10 markah)

Page 13: Soalan Pt3 Bm As

BAHAGIAN C(15 markah)

8.    Lihat gambar tentang amalan menghormati orang tua di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnyaantara 80 hingga 100 patah perkataan.

    BAHAGIAN D(30 markah)

9.    Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebihdaripada 180 patah perkataan.

i)               Sahabat pena anda telah menulis sepucuk surat kepada anda untuk mengetahuitentang kepentingan permainan tradisional di negara anda.

     Balas surat tersebut selengkapnya.

ii)             Amalan membaca merupakan amalan yang amat penting dalam kehidupan kita.

Page 14: Soalan Pt3 Bm As

     Jelaskan peranan ibu bapa bagi memupuk minat membaca dalam diri anak-anakmereka.

iii)           Era globalisasi ini menyaksikan golongan remaja yang terjebak dalam isu masalah bulisemakin meningkat.

     Huraikan faktor-faktor remaja terjebak dalam isu ini.Posted by ayaHUda nAs