Download pptx - Slide kanak-kanak disleksia

Transcript
Page 1: Slide kanak-kanak disleksia

KANAK-KANAK DISLEKSIA

Nama ahli kumpulan:NOR FARHANIS BINTI OTUT@JUMRISHARIFAH FARHANIS SHAQIRA BT SYED LOKMANNURUL SYAZWANI BINTI AHMADNIK NUR AIN NADIA BT MOHAMMADNOR HANIS IBTISAM BINTI JAMALUDDIN

Page 2: Slide kanak-kanak disleksia

DEFINISI

Page 3: Slide kanak-kanak disleksia

DEFINISI• “Disleksia” merupakan perkataan yang berasal

daripada Yunani yang membawa maksud “kesukaran terhadap perkataan”.

• Perkataan “Disleksia‟ merupakan pinjaman daripada kata Inggeris iaitu “Dyslexia‟. Manakala, di dalam Bahasa Latin, “dys‟ bermaksud teruk atau susah manakala “lexia‟ bermakna perkataan.

• Disleksia juga merupakan kesukaran pembelajaran yang spesifik iaitu berbeza daripada kelewatan perkembangan menyeluruh.

Page 4: Slide kanak-kanak disleksia

• “Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968)

• Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah :

Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik

Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa

Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi motor halus iaitu mata dan tangan.

Page 5: Slide kanak-kanak disleksia

KONSEP• Disleksia mempunyai beberapa konsep yang

dijelaskan oleh tokoh-tokoh terkemuka dan seharusnya difahami oleh pendidik mahupun pengasuh.

• Antara konsep disleksia ialah menurut Kausmaul (1877), disleksia berasal daripada kata aleksia yang bererti kebutaan kata (word blindness)

• manakala Jules Dejerine (1891), menyatakan bahawa disleksia sebagai ketidakmampuan atau kesulitan membaca untuk makna kebutaan kata.

Page 6: Slide kanak-kanak disleksia

• Selain itu, Jacinta F.Rini, M.Psi menyatakan disleksia atau gangguan yang berupa kesukaran membaca adalah disebabkan oleh kelainan neurologis dan John Bradford berkata disleksia banyak dialami oleh kaum lelaki berbanding wanita, gangguan lebih tertumpu dengan otak dalam memproses maklumat yang dibaca oleh kanak-kanak tersebut.

• Profesor Berlin (1887) menyifatkan disleksia sebagai satu “disorder” dalam diri kanak-kanak yang telah menerima pendidikan biasa tetapi tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan setaraf intelek

• Akhir sekali, Davis (1982) menyatakan bahawa seseorang yang mengalami disleksia adalah pemikir visual yang multidimensional kerana mereka berfikir dalam bentuk gambaran atau imej.

Page 7: Slide kanak-kanak disleksia

CIRI-CIRI KANAK - KANAK DISLEKSIA

Page 8: Slide kanak-kanak disleksia

• Ciri-ciri ini merangkumi 4 aspek iaitu :

Fizikal

Sosial

Emos

Kognitif

Page 9: Slide kanak-kanak disleksia

CIRI FIZIKAL• Mempunyai masalah untuk membaca seperti

kefasihan membaca.

• Mempunyai masalah dalam mengeja kerana mereka sukar untuk mengingati.

• Sukar untuk mengenal serta memperkembangkan kunci penting yang lebih tepat bermaksud tulisan mereka berselerak serta kurang kemas.

• Keliru mengenal huruf yang mempunyai bentuk atau maksud yang sama.

Page 10: Slide kanak-kanak disleksia

CIRI KOGNITIF• Lemah pengamatan

• Kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru

• Kanak-kanak ini lemah terutamanya untuk memberikan tumpuan,perhatian,ingatan dan pemikiran atau pengolahan semasa belajar.

• Terdapat dua jenis masalah pengamatan yang utama iaitu kelemahan pengamatan penglihatan serta kelemahan pengamatan pendengaran.

Page 11: Slide kanak-kanak disleksia

CIRI SOSIAL• Mereka tidak dapat mengikuti pelajaraan akademik dengan

baik.

• Tidak menyedari tingkah laku dan tutur kata mereka tidak senormal kanak-kanak sebaya mereka.

• Menyebabkan mereka sering tersisih apabila berada di dalam majlis tertentu.

• Masalah sosial yang lain enggan ke sekolah, mengelak daripada membuat kerja rumah, ketagihan televisyen , menipu, agresif dan mudah putus asa.

Page 12: Slide kanak-kanak disleksia

CIRI EMOSI• Kanak-kanak disleksia masih lagi ceria dan dapat

menyesuaikan diri dengan baik

• Wujud apabila arahan-arahan dan bimbingan awal membaca oleh guru tidak selaras dengan gaya pembelajaraan mereka.

• Kanak-kanak masalah pembelajaran ini akan hilang keyakinan diri dan sedar mereka tidak berkeupayaan sama sekali kerana sering dimarahi.

• Mereka putus asa kerana gagal memahami pengajaran guru.

Page 13: Slide kanak-kanak disleksia

TANDA BAGI KANAK-KANAK PRASEKOLAH YANG MENGHADAPI DISLEKSIA

• Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan

• Suka mengganti perkataan dan hiperaktif• Kemahiran motor kasar dan motor halus yang

lemah• Serigkali terlupa nama benda-benda atau

pelajaran yang dipelajari• Tidak merangkak semasa bayi• Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat

membaca sendiri• Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara

baru dan suka bertanya banyak soalan

Page 14: Slide kanak-kanak disleksia

JENIS-JENIS DISLEKSIA

Page 15: Slide kanak-kanak disleksia

• Disleksia visual (penglihatan)

Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik

Disleksia visual-auditori

• Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

Page 16: Slide kanak-kanak disleksia

Disleksia auditori (pendengaran)

• Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori

Page 17: Slide kanak-kanak disleksia

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA• Keturunan dan genetikTerdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

• BiologiDilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.

• Kematangankanak-kanak yang lambat perkembangnya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

Page 18: Slide kanak-kanak disleksia

PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN PERKHIDMATAN KHAS

Page 19: Slide kanak-kanak disleksia

PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

• KAEDAH FONIKKaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya.Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].

• KAEDAH VAKKaedah VAK ini menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini, murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.

Page 20: Slide kanak-kanak disleksia

• KAEDAH CERMINKaedah ini memerlukan murid untuk berdiri di hadapan cermin. Kemudian, guru akan menyebut huruf, suku kata ataupun perkataan kepada murid. Oleh itu, murid dikehendaki mengulang semula apa yang telah disebut oleh guru sambil memandang cermin.

• KAEDAH KINESTETIK belajar dengan cara bergerak, bekerja dan menyentuh

Ia melibatkan pergerakan murid. Guru haruslah bijak menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan murid. Sekiranya murid sudah bosan maka guru boleh gunakan kaedah ini.

Antara contoh bagi kaedah kinestetik ialah: melukis, menampal, menggunting dan sebagainya.

Page 21: Slide kanak-kanak disleksia

PERKHIDMATAN KHAS• Satu program yang disediakan disekolah khas bagi murid –

murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.

• Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru – guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, matapelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.

• kerajaan telah memperuntukkan sebahagian belanjawan bagi mewujudkan beberapa buah PUSAT SEHENTI yang asalnya adalah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas,terdapat sebanyak 14 buah Pusat Sehenti dibuka di serata negeri. Contohnya di Putrajaya, Kota Bharu, Alor setar dan Shah Alam.

Page 22: Slide kanak-kanak disleksia

• Kementerian Pelajaran telah menjalankan satu projek yang di namakan ‘Projek Rintis ISD’ (Instrumen Senarai Semak Disleksia). Jabatan Pendidikan Khas menjalankan projek ini. Senario projek ini adalah untuk mengenalpasti murid yang tercicir kemahiran 4M (Mengeja,Mengira,Membaca,Menulis).

• Kementerian Pelajaran telah mewujudkan posisi guru (LAT) iaitu Guru Pembantu Pelajaran. Mereka adalah guru-guru terlatih yang mempunyai Sijil Pendidikan Khas dari (UBD dan Kementerian Pelajaran).

Page 23: Slide kanak-kanak disleksia

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

PROGRAM YANG SESUAI

Page 24: Slide kanak-kanak disleksia

Program home-base

Program kombinas

i

Program institusi

Penglibatan ibu bapa

dan masyarak

at

Page 25: Slide kanak-kanak disleksia

Program Home-base• Ibu bapa perlulah mempunyai ilmu dan kemahiran untuk

membantu anak - anak disleksia. • Contohnya, dengan membacakan anak – anak mereka

buku cerita, main permainan bahasa (bunyi) di rumah, di dalam kereta dan di mana sahaja.

Program Kombinasi• Kerjasama atau gabungan antara ibu bapa dan institusi

sekolah dalam melakukan aktiviti untuk anak – anak dan murid – murid mereka.

• Contohnya, guru melakukan aktiviti sukaneka disekolah dengan menjemput ibu bapa ke sekolah untuk melakukan aktiviti bersama kanak – kanak contohnya aktiviti yang dilakukan ialah main pasir , memadamkan huruf yang sama dan menyanyi huruf – huruf.

Page 26: Slide kanak-kanak disleksia

Program institusi (kerajaan dan NGO)• Program yang dilaksanakan oleh pihak institusi kerajaan ialah

pendidikan pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid – murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam kemahiran 3M.

• Kementerian Pelajaran telah menjalankan satu projek yang di namakan ‘Projek Rintis ISD’ (Instrumen Senarai Semak Disleksia) yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Khas.

Penglibatan ibu bapa dan masyarakat• Pihak ibu bapa dan masyarakat perlulah berpakat bagi

mengadakan program–program yang memberi manfaat kepada anak–anak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran disleksia seperti menjemput penceramah datang untuk menerangkan lebih banyak pendedahan tentang ciri–ciri dan cara–cara bagi menguruskan, mengajar dan membimbing kanak–kanak yang mempunyai masalah pembelajaran disleksia.

Page 27: Slide kanak-kanak disleksia

KESIMPULAN• Disleksia adalah salah satu daripada beberapa

jenis kesukaran pembelajaran. Ciri-ciri disleksia memang terdapat pada sesetengah kanak-kanak,Cuma tahap yang dialami mereka berbeza-beza, sama ada teruk,sederhana dan ringan. Perbezaan peratus ciri-ciri disleksia yang terdapat dalam kalangan murid adalah dipengaruhi faktor jantina,sejarah kesihatan, genetik dan tempoh mengikuti progran pendidikan pemulihan. Oleh itu, kanak - kanak disleksia harus diberi bantuan dengan kadar yang segera oleh pelbagai pihak agar mereka mampu untuk menonjolkan diri dan bakat serta mampu untuk bersaing dengan individu normal yang lain.

Page 28: Slide kanak-kanak disleksia