Transcript
  • SKRIP PENGACARA MAJLIS

    SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SMK PAMOL 2015

    PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

    Acara 1

    Perarakan

    Guru Dan

    Tetamu

    Jemputan Ke

    Dewan

    Persembahan

    Tarian Suku

    Kaum Dumpas

    Mengumumkan ketibaan

    Yang Berhormat

    Datuk Ronald Kiandee,

    Ahli Parlimen Beluran

    Merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

    Diiringi oleh,

    Yang berusaha,

    En Ramli Ahmad,

    Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Pamol

    En Peh See King,

    Pengetua SMK Pamol,

    Dif-dif kehormat, barisan kepimpinan penolong kanan dan

    ketua bidang, warga pendidik SMK Pamol terbilang dan warga

    ibu bapa yang dihormati dan disayangi sekalian.

    (Persembahan Tarian)

    Kota Pamol indah terbentang,

    Destinasi pelancaran majlis bermakna,

    Demikianlah persembahan selamat datang,

    Ceriakan sambutan serikan suasana.

    Demikian tadi persembahan Tarian Suku Kaum Dumpas yang

    telah dipersembahkan oleh wakil ibu bapa dari Kg Tembidong-

    bidong tanda menyambut ketibaan tetamu kehormat dan

    permulaan kemeriahan sambutan Hari Guru Peringkat SMK

    Pamol 2015.

  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

    Acara 2

    Nyanyian lagu

    Hadirin yang dihormati sekalian,

    Bagi menyemarakkan rasa taat setia kepada negara tercinta dan

    sekolah tersayang, sama sama kita singkap Sambutan Hari

    Guru Peringkat SMK Pamol 2015 dengan berdiri tegak untuk

    menyanyikan lagu Negaraku, lagu Sabah Tanah Airku dan lagu

    Sekolah dengan penuh semangat.

    (Nyanyian lagu)

    Terima kasih,

    para tetamu kehormat, warga pendidik dan hadirin sekalian

    dipersilakan duduk.

    Acara 3

    Ucapan

    alu-aluan

    Pengerusi

    Majlis

    Assalamualaikum w.b.t.

    Adat kita menyambut tetamu

    Salam dihulur mesra bertamu

    Hamparkan tikar lebarkan pintu

    Pemanis bicara aluan didahulu

    Yang Berhormat,

    Datuk Ronald Kiandee,

    Ahli Parlimen Beluran

    Merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

    Yang Berusaha,

    En Ramli bin Ahmad,

    Yang Dipertua

    Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Pamol

    En Peh See King,

    Pengetua SMK Pamol,

  • Penolong penolong Kanan, Ketua ketua bidang,

    Ahli jawatankuasa pengelola sambutan Hari Guru peringkat

    SMK Pamol 2015, guru guru, pelajar pelajar dan

    Hadirin hadirat yang dimuliakan

    Salam bahagia dan salam sejahtera.

    Terima kasih Yang Berhormat

    Terima kasih tetamu kehormat

    Terima kasih guru guru berdedikasi

    Terima kasih hadirin budiman

    Terima kasih kepada semua kerana memenuhi Dewan SMK

    Pamol untuk sama sama mewarnai majlis gilang gemilang

    Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Pamol 2015.

    Acara 4

    Bacaan Doa

    Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

    Tangan ditadah penuh inayah,

    Majlis dibuka penuh rahmat,

    Mohon keberkatan serta hidayah,

    Moga majlis senantiasa selamat.

    Untuk itu, dijemput Ustaz Mohd Shahrul Farham bin

    Kamaruddin untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

    (Bacaan Doa)

    Amin Ya Rabbal alamin.

    Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Shahrul

    atas pimpinan doa sebentar tadi.

  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

    Acara 5

    Bacaan

    perutusan

    Ketua

    Pengarah

    Pendidikan

    Malaysia

    Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

    Sebagai pembuka tirai majlis Sambutan Hari Guru Peringkat

    SMK Pamol 2015, majlis dengan sukacita mempersilakan

    Pn Sapiah Maraim,

    Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Pamol

    Untuk membacakan perutusan daripada Ketua Pengarah

    Pendidikan Malaysia sempena Hari Guru 2015. Majlis dengan

    hormatnya mempersilakan.

    (Bacaan Perutusan)

    Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Sapiah

    Maraim atas ucapan perutusan yang telah dibacakan sebentar

    tadi.

    Acara 6

    Bacaan

    perutusan

    Menteri

    Pendidikan

    Malaysia

    Majlis diteruskan dengan mempersilakan

    En Oswald Claudius Jokinol,

    Penolong Kanan SMK Pamol

    untuk membacakan perutusan daripada Menteri Pendidikan

    Malaysia sempena Hari Guru 2015. Majlis dengan hormatnya

    mempersilakan.

    (Bacaan Perutusan)

    Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Oswald

    Claudius Jokinol atas ucapan perutusan yang telah dibacakan

    sebentar tadi.

  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

    Acara 7

    Ucapan Yang

    Dipertua PIBG

    SMK Pamol

    Adat berbahasa menyampaikan pesan,

    Adat majlis menyampaikan ucapan

    Sebagai pembuka tirai ucapan Majlis Sambutan Hari Guru

    Peringkat SMK Pamol 2015, majlis dengan sukacitanya

    mempersilakan

    Yang berusaha,

    En Ramli Ahmad

    Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Pamol

    Untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan hormatnya

    mempersilakan.

    (Ucapan YDP PIBG)

    Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En Ramli

    Ahmad atas ucapan yang telah disampaikan tadi.

    Acara 8

    Ucapan oleh

    Pengetua

    Bukan keris kalau tanpa ulunya,

    Bukan majlis kalau tanpa ucapannya,

    Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha En Peh See

    King, Pengetua SMK Pamol untuk menyampaikan ucapan.

    Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

    (Ucapan Pengetua)

    Demikianlah kata, demikianlah ucapan,

    Daripada tuan pengetua insan budiman,

    Sekalung perhargaan kami hadiahkan

    Kata nasihat tidak dilupakan.

    Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En Peh See

    King atas ucapan yang telah disampaikan tadi.

  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

    Acara 9

    Ucapan

    perasmian

    Tuan tuan dan puan puan yang dihormati sekalian,

    Terbang di awan burung jentayu,

    Di atas papan batang selisih,

    Tampillah tuan kami merayu

    Bersama ucapan pengikat kasih

    Meneruskan agenda kita pada pagi yang mulia ini, majlis

    dengan penuh takzim mempersilakan

    Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee

    Ahli Parlimen Beluran

    Merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

    Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan

    majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Pamol 2015.

    Dengan segala hormatnya dipersilakan.

    (Ucapan Perasmian)

    Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang

    Berhormat Datuk Ronald Kiandee atas ucapan itu tadi.

    Acara 10

    Gimik

    Perasmian

    Hadirin yang dimuliakan,

    Seterusnya majlis memjemput Yang Berhormat Datuk Ronald

    Kiandee menyempurnakan gimik pelancaran Sambutan Hari

    Guru Peringkat SMK Pamol 2015. Dengan segala hormatnya

    dipersilakan.

    (Gimik Perasmian)

    Terima kasih kepada Yang Berhormat atas gimik pelancaran

    yang disempurnakan tadi.

  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

    Acara 11

    Bacaan ikrar

    para guru dan

    nyanyian lagu

    Hadirin yang dihormati sekalian,

    Ketulusan guru memikul amanah

    Keikhlasan guru melunas tanggungjawab

    Sudah tersimpan janji

    Sudah terpasak ikrar

    Sebati dalam diri setiap guru berhati waja

    Mendidik bangsa membina Negara

    Meneruskan majlis pada pagi yang mulia ini, dengan segala

    hormatnya dipersilakan kepada semua guru berhati mulia dan

    bersemangat waja untuk naik ke pentas bagi acara bacaan ikrar

    hari guru dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan lagu 1

    Agenda 1 Impian.

    Bacaan ikrar hari guru akan dipimpin oleh Ustaz Mohamad

    Syukri bin Che Noh.

    Pihak majlis juga memohon kerjasama hadirin untuk berdiri

    sebagai tanda penghormatan atas komitmen jitu dan usaha

    bersepadu warga pendidik dalam melaksanakan tugas dan

    tanggungjawab terhadap profesion perguruan.

    (Bacaan Ikrar)

    (Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan 1 Agenda 1 Impian)

    Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih

    kepada warga pendidik SMK Pamol atas lafaz ikrar dan

    nyanyian lagu sebentar tadi. Terima kasih.

  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

    Acara 12

    Persembahan

    Pelajar 1

    Hadirin yang dihormati sekalian,

    Guru Malaysia berikrar berjanji

    Mendidik memimpin putra putri tercinta

    Persembahan pelajar menyusul kini

    Cetusan idea untuk yang teristimewa

    Sebagai halwa mata dan telinga, terimalah persembahan

    pertama iaitu persembahan _______ oleh pelajar pelajar SMK

    Pamol.

    (Persembahan pertama)

    Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar yang

    bergabung tenaga menghasilkan persembahan membanggakan

    sebentar tadi. Untuk makluman, persembahan sebentar tadi

    dipimpin oleh __________________ .

    Acara 13

    Anugerah SPM

    Lulus 100%

    Hadirin yang dimuliakan,

    Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk mata

    pelajaran yang berjaya memperoleh keputusan 100% lulus

    dalam peperiksaan SPM 2014. Justeru, dipersilakan Encik

    Oswald Claudius Jokinol, Penolong Kanan Pentadbiran SMK

    Pamol untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

    Bagi subjek _______________ , dipersilakan ______________

    Bagi subjek _______________ , dipersilakan ______________

    Terima kasih kepada _____________ atas penyampaian hadiah

    itu tadi.

  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

    Acara 14

    Persembahan

    Pelajar 2

    Guru

    Dalam ajarnya ada harapan,

    Dalam tegurnya ada doa,

    Dalam marahnya ada sayang,

    Dalam tawanya ada mesra,

    Dalam diamnya ada bijaksana,

    Dalam tangannya kita terbina.

    Wang ringgit dan curahan tenaga tidak pernah minta balasan

    Sumbangan jasa dan budi tidak pernah minta sanjungan

    Begitu luhurnya jiwamu guru

    Begitu mulianya hatimu guru

    Jasa dan baktimu menjadi ingatan setiap ketika

    Walau hanya sebaris kata

    Terima kasih cikgu

    Hadirin yang dihormati sekalian,

    Terimalah persembahan seterusnya daripada pelajar pelajar

    SMK Pamol yang akan mempersembahkan kepada kita

    persembahan ____________ .

    (Persembahan kedua)

    Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar yang

    bergabung tenaga menghasilkan persembahan membanggakan

    sebentar tadi. Untuk makluman, persembahan sebentar tadi

    dipimpin oleh __________________ .

  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

    Acara 15

    Anugerah

    STPM Lulus

    100%

    Hadirin yang dimuliakan,

    Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk mata

    pelajaran yang berjaya memperoleh keputusan 100% lulus

    dalam peperiksaan STPM 2014. Justeru, dipersilakan Pn Azliza

    Azizan, Penolong Kanan Tingkatan 6 untuk menyampaikan

    hadiah. Dipersilakan.

    Terima kasih kepada Pn Azliza Azizan atas penyampaian

    hadiah itu tadi.

    Acara 16

    Persembahan

    ibu bapa

    Hadirin yang dihormati sekalian,

    Kita berasa bertuah kerana sambutan Hari Guru yang diraikan

    pada hari ini turut disertai oleh para ibu bapa yang hadir semata-

    mata menghargai jasa bakti guru-guru dalam membentuk

    keperibadian anak-anak mereka menjadi insan berjaya.

    Sama sama kita saksikan seterusnya, persembahan daripada

    wakil ibu bapa iaitu Tarian Cocos. Dipersilakan.

    (Persembahan Tarian Cocos)

    Terima kasih diucapkan kepada kumpulan ibu bapa yang

    bergabung tenaga mempersembahkan Tarian Cocos sebentar

    tadi.

  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

    Acara 17

    Hadiah Sukan

    Permainan

    Hadirin yang dihormati sekalian,

    Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi acara sukan

    dan permainan yang telah dipertandingkan pada hari Selasa

    yang lepas. Justeru, dipersilakan _________________ diiringi

    oleh __________________ untuk upacara penyampaian hadiah.

    (Penyampaian hadiah)

    Tahniah kepada para pemenang.

    Terima kasih kepada _________________ atas penyampaian

    hadiah itu tadi.

    Acara 18

    Persembahan

    Guru 1

    Hadirin yang dimuliakan,

    Guru ibarat bintang kejora, Panduan hidup insan mulia

    Guru ibarat segores cahaya, Memberi sinar hidup berjaya

    Guru bagaikan intan permata, Memberi sinar isi semesta

    Guru bagaikan kasturi di laman, Harum nama sebutan zaman

    Kemeriahan majlis diteruskan dengan persembahan istimewa

    oleh wakil guru SMK Pamol. Hadirin dan hadirat sekalian,

    terimalah persembahan seterusnya.

    (Persembahan Guru 1)

    Terima kasih diucapkan kepada wakil guru yang bergabung

    tenaga menghasilkan persembahan membanggakan sebentar

    tadi. Untuk makluman, idea persembahan sebentar tadi digarap

    dan dipimpin oleh __________________ .

    Terima kasih.

  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

    Acara 19

    Hadiah

    Karaoke

    Hadirin yang dihormati sekalian,

    Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi

    pertandingan karaoke yang turut dipertandingkan pada hari

    Selasa yang lepas. Justeru, dipersilakan _________________

    diiringi oleh __________________ untuk upacara penyampaian

    hadiah.

    (Penyampaian hadiah)

    Tahniah kepada para pemenang.

    Terima kasih kepada _________________ atas penyampaian

    hadiah itu tadi.

    Acara Khas

    Pn Rosdiana

    Majlis seterusnya mempersilakan Pn Rosdiana binti Mustapa

    untuk slot khas. Dipersilakan.

    Acara 20

    Persembahan

    pelajar 3

    Hadirin yang dihormati sekalian,

    Kemeriahan majlis akan dihangatkan lagi dengan persembahan

    __________ yang akan dipersembahkan oleh pelajar SMK

    Pamol. Sama sama kita saksikan.

    (Persembahan pelajar 3)

    Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar yang

    bergabung tenaga menghasilkan persembahan membanggakan

    sebentar tadi. Untuk makluman, persembahan sebentar tadi

    dipimpin oleh __________________ .

  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

    Acara 21

    Hadiah

    sukaneka

    Hadirin yang dihormati sekalian,

    Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi acara

    sukaneka yang dipertandingkan pada hari Selasa yang lepas.

    Untuk makluman para hadirin, pertandingan sukaneka ini

    melibatkan penyertaan semua guru dan kakitangan sokongan di

    pelbagai peringkat untuk sama sama mewarnai kemeriahan

    sambutan Hari Guru pada tahun ini.

    Justeru, dipersilakan _________________ diiringi oleh

    __________________ untuk upacara penyampaian hadiah.

    (Penyampaian hadiah)

    Tahniah kepada para pemenang. Terima kasih kepada

    _________________ atas penyampaian hadiah itu tadi.

    Acara 22

    Persembahan

    guru 2

    Hadirin yang dihormati sekalian,

    Guru ibarat tongkat si buta, Menyuluh jalan menuju cita

    Guru ibarat lidah pendeta, Penawar mujarab hati nan lara

    Guru laksana sebutir mutiara, Bangunkan jiwa pelbagai rupa

    Guru ibarat penglima perkasa, Memimpin bangsa membina

    negara

    Kita berikan tepukan yang gemuruh kepada persembahan

    istimewa seterusnya yang akan dipersembahkan oleh En Pamgo

    Kadire.

    (Persembahan Guru 2)

    Terima kasih diucapkan kepada En Pamgo Kadire atas

    persembahan istimewa yang sentiasa memukau sebentar tadi.

  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

    Acara 23

    Hadiah

    anugerah khas

    guru

    Hadirin yang dimuliakan,

    Sebagai tanda ingatan kita

    Untuk guru yang tercinta

    Anugerah dan penghargaan terus dicipta

    Mengangkat memartabat insan mulis

    Guru umpama emas berlian

    Taburan jasa jadi pujian

    Guru umpama gedung ilmu

    Mendidik bangsa tanpa jemu

    Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah khas kepada

    warga pendidik SMK Pamol, majlis dengan segala hormatnya

    mempersilakan ________________ diiringi oleh

    ___________________ untuk menyampaikan anugerah.

    Untuk makluman para hadirin, pemenang anugerah ini

    diperoleh berdasarkan keputusan undian oleh para pelajar yang

    telah dijalankan pada minggu yang lalu.

    Anugerah guru paling baik dimenangi oleh ____________

    Anugerah guru paling penyayang dimenangi oleh

    ________________

    Anugerah guru paling sporting telah disandang oleh

    ______________________

    Anugerah guru dengan pakaian paling kreatif __________

    Terima kasih kepada _______________ .

  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

    Acara 24

    Persembahan

    ibu bapa

    Hadirin yang dihormati sekalian,

    Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-

    sama kita saksikan persembahan istimewa oleh wakil ibu bapa

    yang akan mempersembahkan Tarian Pakiring. Dipersilakan.

    (Persembahan Tarian Pakiring)

    Terima kasih diucapkan kepada kumpulan ibu bapa yang

    bergabung tenaga mempersembahkan Tarian Pakiring sebentar

    tadi.

    Acara 25

    Hadiah

    anugerah khas

    guru 2

    Hadirin yang dihormati sekalian,

    Majlis penyampaian anugerah khas sempena Hari Guru

    diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan

    ____________________ diiringi oleh ____________________

    untuk menyampaikan hadiah.

    Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk atas penyampaian

    hadiah sebentar tadi.

    Tahniah kepada para pemenang. Sama sama kita berharap

    anugerah ini dapat menjadi sumber inspirasi buat warga

    pendidik mecurahkan jasa dan bakti buat anak watan kerana

    pada akhirnya, pemenangnya ialah semua guru.

  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

    Acara 26

    Cenderahati

    kepada VIP

    Mawar putih mekar berseri

    Cantik terserlah penyeri laman

    Junjungan kasih kalungan budi

    Terpahat indah manis kenangan

    Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan

    Yang Berusaha

    En Peh See King,

    Pengetua SMK Pamol

    diiringi oleh

    En Oswald Claudius Jokinol,

    Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pamol

    untuk menyampaikan cenderamata kepada tetamu jemputan.

    Dipersilakan.

    Majlis mempersilakan

    Yang Berusaha En Ramli Ahmad

    Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Pamol

    Majlis mempersilakan

    Yang Berhormat

    Datuk Ronald Kiandee

    Untuk menerima cenderamata.

    Terima kasih kepada tuan pengetua atas penyampaian

    cenderamata itu tadi.

  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

    Acara 27

    Tayangan

    video

    Hadirin yang dimuliakan,

    Curahan jasa pendidik sentiasa diberkati

    Moga dibalas Tuhan dengan martabat yang tinggi

    Marilah kita menyaksikan tayangan video bersempena

    sambutan Hari Guru Peringkat SMK Pamol 2015 yang

    disediakan oleh gabungan tenaga berbakat guru dan pelajar.

    (Tayangan video)

    Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar yang

    dibimbing oleh _________________ atas tayangan video yang

    sangat bermakna tadi.

    Acara 28

    Penutup

    Hadirin yang dimuliakan,

    Guru umpama dian

    Membakar diri menerangi hidup insan

    Cintanya pada peradaban

    Kasihnya pada anak watan

    Setianya pada perjuangan

    Kekal meniti zaman

    Jasanya tetap dikenang

    Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

    Terima Kasih Cikgu

    Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat

    Datuk Ronald Kiandee, atas kesudian berkunjung ke kota

    Pamol, bersua pandang, beramah mesra dan mengungkap bicara

    merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Pamol 2015.

  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

    Tiada kata secantik bahasa

    Hendak diluah segala rasa

    Sempurna sudah majlis bermakna

    Pasti dikenang sepanjang masa

    Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga kerja

    Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Pamol 2015.

    Tersilap tersalah harap diampun

    Terkasar bahasa maaf dipohon

    Selamat Hari Guru dan Salam Sejahtera.

    Acara 29

    Sesi

    Bergambar,

    Jamuan dan

    Bersurai

    Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee dan

    tetamu jemputan, tuan pengetua dan para guru untuk sama

    sama berada di hadapan pentas untuk sesi bergambar.

    Selepas sesi bergambar, semua tetamu jemputan dan para guru

    dipersilakan untuk menikmati hidangan jamuan yang telah

    disediakan.

    Para pelajar diminta untuk berada di dewan untuk pengumuman

    seterusnya.

    Terima kasih.


Recommended