Transcript
Page 1: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

TAMADUN ISLAM DAN

TAMADUN ASIA (TITAS)

BAB 1: INTERAKSI PELBAGAI

TAMADUN DI MALAYSIA:

PENGALAMAN SEJARAH

Dr. Amini Amir Abdullah

Page 2: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Interaksi antara pelbagai tamadun

Interaksi tamadun Melayu dengan China

Interaksi tamadun India dengan China

Nilai-nilai universal antara tamadun

Persamaan dan perbezaan nilai universal tamadun

Contoh interaksi bahasa antara tamadun

Contoh interaksi budaya antara tamadun

Contoh interaksi kebudayaan dan kesenian antara tamadun

Contoh interaksi ilmu antara tamadun

Page 3: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Pendahuluan

“Interaksi ialah hubungan, pertemuan, dan

komunikasi yang berlaku antara

kelompok, masyarakat dan negara”.

Proses interaksi didorong oleh:

i. agama (dalam perspektif tamadun Islam)

ii. semangat toleransi yang tinggi

iii. sikap saling menghormati dan

iv. semangat saling memahami antara satu

sama lain.

Page 4: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Pendahuluan

Kelangsungan tamadun

Sikap terbuka menerima sebarang perubahan dan

pengaruh tamadun lain.

Kesan interaksi antara tamadun:

i. Perkongsian nilai,

ii. Pemikiran,

iii. Model institusi

iv. Pemupukan nilai murni

v. Persefahaman kaum

vi. Jati diri

vii. Sikap keterbukaan

Page 5: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

KESAN POSITIF DAN NEGATIF

INTERAKSI TAMADUN

Kesan Interaksi Tamadun Cina-

India:

i. Positif - penyebaran agama

Buddha, teknologi pengeluaran

gula daripada tebu, astronomi

dan kesusasteraan.

ii. Pembuatan kertas, bahan

letupan dan penggunaan

kompas dipelajari oleh tamadun

India.

Elemen luar yang diasimilasi

dan diadaptasikan dengan

budaya tempatan (local culture)

telah menjadi pemangkin bagi

sesebuah tamadun melangkah

maju ke tahap yang lebih tinggi.

Kesan negatif hasil

interaksi tamadun

ialah seperti

Peperangan Salib

dan Peristiwa

Holocaust –

pembunuhan Yahudi

Eropah seramai 6

juta oleh Nazi

Jerman.

Page 6: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Perdagangan dan Interaksi Tamadun

Faktor yang dominan

Pedagang India dan Cina

ketika zaman Kesultanan

Melaka

Transmisi budaya dan adat

resam Melayu-India-Cina.

Page 7: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Interaksi Tamadun India dan Tamadun

Cina Dan Kesannya

Interaksi India-Cina – sebelum

kurun ke-2 SM.

Peranan penting Laluan Sutera –

Laluan perdagangan

Kurun ke-2M – Interaksi India-

Cina berlaku di Asia Tenggara

dalam konteks perdagangan.

Page 8: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng
Page 9: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng
Page 10: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Kesan Interaksi Tamadun Cina-India (1)

Penyebaran Buddhisme

1. Zaman Han Timur – Kurun Pertama Masehi

– Agama Buddha dibawa masuk.

2. Wakil Maharaja dihantar ke India

mempelajari Buddhisme.

3. Kitab dan Sami Buddha dibawa masuk ke

China.

4. Pengalaman Hsuan Tsang selama 16 tahun

mendalami Buddhisme di India.

5. Mempelajari Bahasa Sanskrit dan

menterjemahkan karya mengenai Buddhisme.

Page 11: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Interaksi Tamadun dan Inisiatif

Penterjemahan

700 tahun Terhasil koleksi

Tripitaka

3673 teks dalam 15,628 jilid

Inisiatif 200 orang penterjemah

Tripitaka (mencakupi

Mahayana dan Hinayana)

Page 12: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Interaksi Tamadun – Penyesuaian

Elemen Luar

1. Buddhisme disesuaikan dengan

budaya tempatan.

2. Ia juga disesuaikan dengan Daoisme

dan Confusianisme

3. Tidak menjejaskan agama asal

Buddha.

4. Tujuan: Lebih mudah diterima oleh

masyarakat

Page 13: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Interaksi Tamadun Cina Dengan Tamadun

India: Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian

Zaman Dinasti Sui Sumbangan Tamadun India

Ilmu fonetik bahasa Cina

(sebelumnya sukar

dipelajari) mengalami

perubahan drastik.

Manfaat diambil oleh

kesusasteraan Cina.

Peralatan muzik Cina.

Struktur muzik tujuh nota

setiap tala.

Kegemaran bangsawan dan tentera

Cina

Ilmu fonetik Sanskrit

dipelajari oleh orang Cina

dari India melalui ajaran

Buddhisme.

Kitab Buddha membekalkan

panduan dan rujukan dari

segi perbendaharaan kata,

tema, gaya dan genre.

Seni muzik dan alat muzik

(pipa dan konghou) India

Struktur muzik India

Muzik dan tarian dari India.

Page 14: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

INTERAKSI TAMADUN MELAYU DAN

TAMADUN CHINA: SEJARAH

Hubungan antara China dengan Alam Melayu sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun Masihi

- Sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M).

Semasa pemerintahan Sun Quan (222-252 M), dua orang

utusannya telah melawat Funan dan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu serta

mengadakan hubungan diplomatik dengan mereka.

Pemerintahan zaman Dinasti Tang (618-907 M) telah mewujudkan

hubungan diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu

daripadanya ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui Alam Melayu seperti

Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa) dan lain-lain.

Page 15: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Interaksi Antara Pelbagai Tamadun

Interaksi membawa perkara dan hasil yang positif untuk pengembangan dan kemajuan sesuatu tamadun. Ia boleh membawa kepada pengwujudan penciptaan baru dan penemuan dalam sains dan teknologi. Sebagai contoh, orang-orang Islam pernah menerima kaedah orang-orang Greek dalam melakukan ujikaji. Tetapi orang Islam telah memperbaiki kaedah itu dengan lebih baik ditambah dengan semangat mengkaji yang tinggi, ketelitian dan sikap kesabaran yang tinggi dalam melakukan penyelidikan.

Hasil/Output

Percambahan Intelektual Penciptaan Baru Penemuan Sains/Teknologi

Proses Peningkatan

Terjemah dan Belajar Daripada Tamadun Lain

Interaksi dan Kontak

Interaksi Tamadun (MULA)

Proses Pinjam Meminjam

Transmisi Ilmu Pengayaan Ilmu Penambahbaikan Semangat dan Sikap Yang Tinggi

Page 16: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Signifikan Interaksi Tamadun 1

Interaksi antara tamadun juga boleh menyubur dan memperkukuhkan sesuatu tamadun. Apa tidaknya, tamadun yang banyak melakukan interaksi, akan membawa kepada proses pinjam meminjam dan transmisi ilmu pengetahuan dan maklumat.

Pengayaan ilmu akan berlaku dan ini menyumbang kepada percambahan intelektual dan membawa natijah yang bermakna.

Di era globalisasi ini, pengaliran maklumat akan memudahkan berlakunya interaksi tamadun.

Page 17: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Signifikan Interaksi Tamadun 2

Apabila berlaku interaksi ilmu antara tamadun, maka satu tamadun akan mempelajari ilmu daripada yang lain.

Maka, akan berlaku proses pemindahan ilmu terutamanya melalui cara meneliti sesuatu produk baru atau usaha penterjemahan karya asing ke dalam bahasa tempatan.

Para sarjana akan mempelajari bahasa asing sebelum melakukan usaha penterjemahan itu.

Page 18: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Interaksi Tamadun Melayu dengan Tamadun

India: Peminjaman Bahasa Sanskrit

Bahasa Sanskrit Bahasa Melayu

Karunia Kurnia

Duta Duta

Lembaga Lembaga

Candi Candi

Kala Senja Di kala senja

Pertiwi Pertiwi

Cara Secara

Mantra Mentera

Bahaya Bahaya

Mala petaka Malapetaka

Bencana Bencana

Page 19: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Interaksi antara tamadun juga akan menghasilkan

berlakunya peminjaman istilah dan bahasa asing

dan adaptasi bahasa dan istilah itu dengan bahasa

tempatan.

Contoh Peminjaman Bahasa

• Portugis - Sepatu (Sepato), Almari (Armario), Sekolah (Escola), Limau (Limao), Garfu (Garfo), Jendela (Janela), Tualha (Tuala)

• Latin - Esprit de Corp (kerjasama berpasukan), per se (semata-mata) dan magnum opus (karya agung)

Indonesia - Rumah Sakit, Bicara,

• Sanskrit – Lokakarya, Dasawarsa, Dewa (Deva), Sengsara (Samsara), Dosa, Duka (Dukkha), Rupa (Rupa)

• Arab – Nur, Wajib, Sunat, Solat, Allah, Nikah, Batin

Jawa – Tempe, Adipati (Raja), Berangasan (Naik angin)

• Inggeris – Book (Buku), Mind (minda), Ball (bola), Komited (committed)

• Cina - Tauhu – Taukua (soya beku), Taiko (ketua), Mahjong, Kongsi, Apek, Samseng, Samsu, Beca, Nyonya, Popia, Angpau, Sempoa dan Cingge

• Tamil – Tosai, Marukku, Roti, Papedom,

• Tom Yam (Masakan Panas) - Siam

Page 20: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Interaksi Tamadun Melayu dengan Tamadun

Barat: Peminjaman Bahasa Inggeris

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Indoctrination Indoktrinasi

Doctrine Doktrin

Combination Kombinasi

Assimilation Asimilasi

Nuggets Naget

Burger Burger

Hot Dog Hotdog

Globalization Globalisasi

Integration Integrasi

Interaction Interaksi

Sample Sampel

Page 21: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Penerimaan elemen tamadun luar akan membawa kepada

kelangsungan sesuatu tamadun di samping memperkasa sesuatu

tamadun. Dalam sains dan teknologi, perkara ini tidak dapat disangkal

lagi.

Elemen Luar

Pemerkasaan Tamadun

Kelangsungan Tamadun

Kemuncak Tamadun

Page 22: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Pengukuhan Sistem Kepercayaan Melalui

Interaksi Tamadun

Terdapat juga kebaikan dari segi pengukuhan sistem kepercayaan apabila berlakunya interaksi tamadun. Tamadun Jepun misalnya, menerima pengaruh agama Buddhisme dan Konfusianisme daripada China dan Korea dalam proses pertumbuhan agama Shintoisme.

Maka Shintoisme Jepun bukanlah sistem kepercayaan yang berdiri dengan sendiri tetapi merupakan adunan sistem kepercayaan Buddhisme dan Konfusianisme.

Bahkan pandangan semesta, sistem nilai, falsafah dan kosmologi agama Buddha dan Konfusian meresap masuk dan banyak mempengaruhi Shintoisme.

Page 23: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Interaksi Tamadun Cina Dengan Melayu-

Islam

Dinasti Tang (Datangnya Islam)

Dinasti Yuan Dan Dinasti Ming (Zaman Keemasan

Islam)

Kerajaan Islam mula dibentuk ketika zaman

Dinasti Ming (1368-1644) –Diasaskan oleh Chu Yuan

Chang

Dinasti Manchu menindas orang Islam- contohnya

melarang pembinaan masjid dan melarang ulama

luar daripada masuk

Page 24: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Laksamana Cheng Ho

Laksamana Cheng Ho (Zeng He) diperintahkan pada 11 Julai 1405 oleh Maharaja Zhu Di supaya belayar di seluruh perairan dunia dengan matlamat mencari kekayaan untuk negara.

Laksamana Cheng Ho mendapat bantuan: 1. 30,000 kelasi dan tentera laut 2. 7 pegawai utama istana 3. Ratusan pegawai Ming, 4. 180 tabib, 5. 5 pakar astrologi 6. dan puluhan tukang masak, jurukira, tukang kayu,

tukang besi, pakar herba dan penterjemah beberapa bahasa utama dunia.

Page 25: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng
Page 26: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Penjelajahan Laksamana Cheng Ho

Antara 1405 hingga 1433 (28 tahun), angkatan laut Cheng Ho telah mendarat di lebih 30 penempatan dan pelabuhan termasuk wilayah-wilayah yang kemudian menjadi negara Vietnam, Kepulauan Melayu, India, Iran dan Kenya.

Cheng Ho belayar sebanyak tujuh kali dalam masa 28 tahun dengan membawa kekuatan armada berjumlah kira-kira 28,000 ke lautan Barat dan Asia Pasifik.

Page 27: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Fakta Mengenai Penjelajahan

Laksamana Cheng Ho

Video Klip Mengenai Pelayaran Laksamana Cheng Ho

Page 28: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Sekadar Pemerhatian!!!

Page 29: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Permulaan Interaksi Cina-Melayu

Ilmuan China sudah lama datang

ke Kepulauan Melayu sejak zaman

klasik lagi.

Ilmuan China dikatakan telah

datang sejak abad ke tujuh

Sriwijaya untuk menuntut ilmu

mengenai kebudhaan sebelum

pergi ke India.

Page 30: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Apa Yang Berlaku?

Bahasa Melayu Kuno telah digunakan untuk menterjemahkan teks-teks agama Buddha ke dalam bahasa Cina.

I-Tsing telah menyalin 500,000 naskhah seloka

daripada Sriwijaya untuk dibawa pulang ke

China yang kemudiannya digunakan oleh

maharaja untuk menghasilkan kesusasteraan

sendiri.

Bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya ialah K’un Lun,

merupakan bahasa yang sama dipakai di

kawasan laut di selatan China.

Page 31: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Impak Interaksi Tamadun Cina-Melayu

Menurut Liang Liji (1996: 83), kerajaan Dinasti Ming (khususnya ketika Maharaja Cheng Zhu 1403-1425) telah mempunyai hubungan diplomatik dengan Melaka.

Bahkan kerajaan tersebut telah menubuhkan Balai Bahasa Negeri-negeri Asing (Si Yi Guan) dan di bawah balai ini terdapat Jabatan Islam (Hui Hui Guan) yang menempatkan pengajar untuk melahirkan jurubahasa dalam bahasa Melayu, Parsi, Arab, Jawa dan lain-lain.

Jurubahasa ditugaskan untuk membantu maharaja dalam soal komunikasi. Ini menunjukkan sudah wujud interaksi antara tamadun Melayu dengan China sejak kurun ke 15.

Page 32: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Impak Interaksi

Kamus dwibahasa Cina-Melayu

pertama sudah terhasil pada tahun

1403 yang menonjolkan istilah

Melayu tertulis dalam aksara

Mandarin bagi memudahkan

sebutan di kalangan khalayak

orang China.

Page 33: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN:

INTERAKSI TAMADUN CINA DAN MELAYU DI

TANAH MELAYU.

Interaksi peradaban Islam dan tamadun Cina memang wujud dan erat sejak zaman dahulu.

Ia memperlihatkan unsur-unsur kerjasama dan perpaduan.

Cina sebagai sebuah peradaban tidak mempunyai `masalah' dengan tamadun Islam.

Page 34: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

2. Interaksi Tamadun Cina dengan Tamadun Islam

Terdapat ungkapan bahasa Arab lama-“Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China”.

Tiada bukti yang tepat tentang kedatangan Islam ke

China tetapi ada pendapat ianya melalui para pedagang yang melalui jalan-jalan perdagangan laut yang utama ketika itu.

Kisah orang-orang Arab direkodkan melalui penulisan di dalam “Chinese Annals” pada era pemerintahan Dinasti Tang ( 618-907).

Page 35: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Masyarakat Islam di negara

China (1)

Terdapat 10 kumpulan minoriti Islam di negara China

dan dari segi etnik ia dibahagikan kepada 2 kumpulan yang utama.

1. Mereka yang terdiri dari puak-puak yang dikenali sebagai Uighur, Kazakh, Dongxiang, Kirghis, Salar, Tadjik,Uzbek, Tartar dan Baoan.Mereka berasal dari Manchuria, Mongolia, Sinkiang, Persia dan Asia Tengah.

2. Kumpulan yang dikenali sebagai kaum Hui yang menguasai bahasa Cina dan memakai pakaian seperti orang-orang Cina. Asal keturunan mereka adalah dari negara-negara seperti Tanah Arab, Persia dan juga Asia Tengah yang telah berhijrah ke negara China sewaktu zaman pemerintahan dinasti-dinasti T’ang, Sung dan Yuan.

Page 36: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Masyarakat Islam di negara China

(2)

Umat Islam Di Cina berjumlah lebih 60

juta.

Mengikut beberapa sumber dari China,

adalah dipercayai bahawa Islam telah

sampai ke negara China di zaman

pemerintahan Dinasti Tang dan pernah

mencapai kegemilangannya ketika

pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti

Ming. Ia mengalami kemerosotan di zaman

Dinasti Manchu.

Page 37: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Masyarakat Islam di negara China

(3)

Pada tahun 1911 pemerintahan Dinasti Manchu digulingkan dan digantikan dengan Republik China yang berpusat di Nanjing 1912, dan kemudian berpindah ke Peking.

Penduduk yang beragama Islam pula boleh didapati di mana-mana bahagian atau di semua daerah negara China. Namun begitu kebanyakan penduduk yang beragama Islam berada di beberapa daerah seperti Xinjiang (wilayah autonomi Uighur), wilayah autonomi Hui Ningxia,Yunnan, Shaanxi, Gansu, Hebei, Honan, Shandong, Sichuan and Shanxi. (Brian, 1996)

Page 38: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Mudahnya Interaksi Tamadun Cina

dengan Tamadun Melayu-Islam (1) Tamadun Cina amat selesa berdampingan dengan tamadun Melayu kerana

beberapa faktor:

1. Orang Melayu adalah orang-orang yang lebih rasional dan lebih halus budi pekerti dan perangainya.

2. Dari segi sejarah, Islam telah lama bertapak di China dan tiada masalah yang berlaku di China.

3. China menerima kepimpinan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu tanpa sebarang masalah. Orang Melayu juga menerima baik kepimpinan di Tanah Besar China.

4. Sikap dan semangat toleransi orang Melayu yang diwarisi daripada ajaran Islam dan orang Cina dengan falsafah etika Taoisme, Konfusianisme dan Buddhisme.

Page 39: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Mudahnya Interaksi Tamadun Cina

dengan Tamadun Melayu-Islam (2)

Ideologi Moralisme: pemikiran tokoh-tokoh Cina seperti Konfusius, Meng Zi dan Xun Zi. Pada dasarnya, sifat semula jadi manusia itu boleh dibentuk sama ada menjadi baik ataupun jahat. Pandangan nilai orang Cina banyak dipengaruhi oleh pemikiran Konfusius, Dao dan Buddha yang merangkumi persoalan nilai etika, nilai moral, tatasusila dan tingkah laku.

Dalam tamadun Cina, pandangan nilai-nilai tertentu sama ada yang berbentuk keagamaan dan tradisi mempengaruhi perkembangan dan kemajuan tamadun itu sendiri. Antara pandangan nilai-nilai itu ialah nilai agama, kesedaran, ekonomi, politik, masyarakat, akhlak dan kejayaan.

Page 40: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Interaksi Tamadun Di Tanah Melayu

Pada tahun 1931, jumlah orang-orang

China dan India telah melebihi jumlah

penduduk Melayu. Interaksi tamadun

ketika ini sudah hampir menuju kemuncak

dengan kewujudan masyarakat yang

benar-benar plural. Ini membawa kepada

masalah-masalah politik dan sosial yang

menjadi cabaran kepada peredaran,

kesatuan dan pencapaian kemerdekaan.

Page 41: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Cabaran Dalam Interaksi Tamadun Di

Tanah Melayu (1)

Setiap kelompok etnik menubuhkan pertubuhan politik dan sosial masing-masing. Orang-orang China membawa budaya kongsi gelap daripada Tanah Besar China. Hal ini menimbulkan masalah pada kurun ke 18 dan 19.

Budaya kongsi gelap berdasarkan foundasi kelompok dan puak.

Page 42: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Cabaran Dalam Interaksi Tamadun Di

Tanah Melayu (2)

Pada mulanya, orang-orang China menumpukan perhatian kepada keperluan ekonomi dan sosial imigran-imigran yang baru menjejakkan kaki di Tanah Melayu.

Imigran-imigran China mendapati mereka hidup dalam kepayahan dalam sesebuah negara di mana budayanya sangat berbeza dengan cara hidup mereka, diperintah oleh orang-orang yang mana bahasanya tidak boleh difahami dan dituturkan oleh mereka dan berbeza dengan kesejahteraan mereka. Ringkasnya, mereka mengalami perasaan tidak selamat dan hidup terasing.

Page 43: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Cabaran Dalam Interaksi Tamadun Di

Tanah Melayu (3)

Dengan cara menganggotai kongsi gelap, mereka merasakan dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Kongsi-kongsi gelap juga terlibat dalam aktiviti perjudian dan pelacuran dan penyeludupan candu serta sering juga berlaku pergaduhan antara kongsi gelap kerana berebut penguasaan wilayah.

Dikatakan bahawa pada pengakhir kurun ke-19, berlaku kekalutan politik akibat daripada aktiviti-aktiviti kongsi gelap ini.

Page 44: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Perkembangan Semasa

Kegiatan kongsi gelap menjadi

semakin terkawal sekarang ini

kerana orang Cina menganggap ia

tidak lagi berfaedah bahkan

bertentangan dengan undang-

undang negara.

Page 45: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Kontrak Sosial dan Perlembagaan

Kontrak sosial dan

pembentukan Perlembagaan

Persekutuan menampilkan

persefahaman antara kaum

yang merupakan asas kepada

negara Malaysia yang kuat dan

jitu.

Page 46: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Kesan Interaksi Tamadun Melayu-Cina

INTERAKSI TAMADUN CHINA DAN INDIA DENGAN TAMADUN MELAYU:ASPEK MAKANAN

Hasil daripada interaksi tamadun, makanan orang Cina telah menjadi dalam lumrah kehidupan orang-orang melayu. Mee yang berasal daripada China telah diMelayukan dengan keuwjudan Mee Goreng Mamak, Mee Bandung, Mee Jawa, Mee Hailam, Mee Rebus dan berbagai jenis lagi.

Begitu juga, mee halus, mee segera, mee sanggul dan mee kering Cina menjadi semakin popular di kalangan orang-orang Melayu.

Tauhu, Taugeh, Yong Tau Fu adalah makanan yang berasal daripada tradisi Cina yang kini menjadi makanan popular orang-orang Melayu. Minuman air kacang soya, teh hijau, air bunga kekwa, lengkong, kelapa laut adalah minuman orang China yang juga sekarang ini menjadi kegemaran orang-orang Melayu.

Page 47: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Interaksi Tamadun Melayu-Cina: Aspek

Bahasa

BIDANG perkamusan Melayu (dalam bentuk senarai kata dwibahasa) di negara ini dimulakan oleh bukan orang Melayu yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya.

Kemungkinan pencatat senarai kata Melayu-Cina, yakni senarai dwibahasa yang paling awal itu singgah di Semenanjung Tanah Melayu atau pulau-pulau Melayu berdekatan dengan semenanjung dalam perjalanan dari China ke India dan sebaliknya. Kemungkinan pencatat Cina ini adalah orang Cina yang datang bersama Laksamana Cheng Ho dan merupakan di antara pemastautin Cina paling awal di Melaka. (Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Omar)

Page 48: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Interaksi Melalui Pengembaraan Ilmu

Sejarah mencatatkan warga Islam China telah melanjutkan pelajaran ke negara luar sejak lebih 100 tahun lalu. Pada zaman awal kemasukan Islam, para sarjana dan ulama mengambil kesempatan belajar di Mesir semasa mengerjakan fardu haji. Selain itu, ada juga yang melanjutkan pelajaran di negara-negara Asia Tengah dan India.

Di luar negara, orang Cina terdedah kepada berbagai tamadun dan kemungkinan juga tamadun Melayu.

Page 49: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Permulaan Interaksi Tamadun Melayu –

Tamadun India Dan Bukti

Bermula seawal abad ke 3 sebelum Masehi.

Bukti: Bahan bertulis abad itu yang menyatakan tentang

kewujudan “Malayadvipa” (Semenanjung Melayu).

Pedagang Melayu menyeberangi Teluk Bengal (ke India)

untuk mencari kain, logam, rempah ratus dan barangan

yang boleh dijadikan simbol untuk status sosial.

Pedagang India ke Tanah Melayu pula untuk mendapatkan

emas sesuai dengan gelaran Suvarnabbumi (Tanah Emas)

yang mereka berikan kepada Semenanjung Tanah Melayu.

Orang India menyebarkan juga agama dan kebudayaan dari

India.

Golongan Chitti Melaka mendirikan penempatan di

Melaka ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Page 50: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

INTERAKSI TAMADUN MELAYU-INDIA

Sebelum pengaruh India mula menapak, Asia Tenggara sudah mempunyai tamadunnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun orang Melayu sudah menjalin hubungan rapat dengan kerajaan Hindu di India.

Kesan tamadun India dikenalpasti dengan wujudnya negara yang mengamalkan agama-agama India, kesenian, budaya dan bahasa Sanskrit sebagai bahasa suci.

Page 51: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Buddhisme, Hinduisme dan Bahasa

Melayu

Buddhisme dan Hinduisme memainkan peranan penting dalam mempengaruhi dan membentuk budaya di Asia Tenggara sejak kurun pertama Masehi.

Empayar Melayu Nusantara sudah wujud sejak tahun 600 Masehi. Kemudiannya bahasa Melayu menjadi lingua franca di seluruh daerah takluk dan pemerintahan Sri Vijaya.

Page 52: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Kerajaan India Di Semenanjung Tanah

Melayu

Kerajaan-kerajaan India semasa zaman historic ialah:

• Lembah Bujang, Kedah

Empayar Langkasuka

• Pada peringkat permulaannya adalah di bawah teraju Parameswara merupakan raja keturunan kerajaan Sri Vijaya.

Kerajaan Melaka (bermula

tahun 1100 Masehi)

• Beribu kota di Palembang

• (Bermula dari Pulau Luzon di Filipina hingga ke Segenting Kra di Thailand),

Empayar Sri Vijaya (kurun 600 ke 1200 Masehi)

Empayar Hindu Funan,

Kemboja

Page 53: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Parameswara (1402-1414) Megat Iskandar Shah [Parameswara's Muslim name)

(1414-1424)

Sri Maharajah (Muhammad Shah)

1424-1444

1. Parameswara Dewa Shah s/o Princess of Rohan (1444-1446)

2. Raja Kassim (Muzaffar Shah) (1446-1459)

Raja Muhammad (banished to Pahang) Alauddin Riayat Shah

(1477-1488)

Sultan Mahmud (1488-1528)

Page 54: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Pengaruh Brahmanisme

Pengaruh-pengaruh Brahman tamadun India begitu berpengaruh di Alam Melayu terutamanya di istana dan kraton Melayu dalam aspek upacara-upacara istana, majlis rasmi Negara dan gelaran-gelaran yang masih wujud hingga sekarang.

Tidak dapat dinafikan bahawa kesannya turut mempengaruhi masyarakat awam.

Page 55: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Pengaruh Wayang Kulit Dalam Interaksi

Tamadun

Dalang dalam persembahan

wayang kulit dianggap sebagai

penjelmaan semula Vishnu dan

peranan dalang ialah untuk

membuat persembahan kepada

Siva (Guru Agung) dan kepada

semua Tuhan-tuhan minor seperti

Ramayana dan Mahabrata.

Page 56: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Pengaruh Hinduisme Dalam Interaksi

Tamadun

Di Pantai Timur, amalan pemujaan, bersemah dan puja pantai adalah amalan biasa dalam masyarakat Melayu tradisional.

Dikatakan bahawa 15,000 orang nelayan mengamalkan amalan khurafat ini sehinggalah Mufti Terengganu mengeluarkan fatwa menegah perkara itu pada tahun 1959.

Page 57: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Pengaruh Hindu Dalam Masyarakat Melayu

Selepas Daripada Kedatangan Islam (1)

Cerita-cerita popular Hindu berbanding

dengan cerita metos Hindu lebih

berpengaruh dalam kesusasteraan

masyarakat Melayu dan system

kepercayaan Melayu.

Manakala amalan-amalan animistik yang

berbagai bentuk sudah semacam sebati

dalam budaya hidup Melayu sejak zaman

awal lagi.

Page 58: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Pengaruh Hindu Dalam Masyarakat Melayu

Selepas Daripada Kedatangan Islam (1)

Kecenderungan pada sinkritisme Islam pada peringkat awalan penyebaran Islam di Alam Melayu telah menghasilkan pentafsiran semula amalan-amalan animistic yang berbagai bentuk itu.

Proses sinkritisme Islam dikatakan tidak sempurna kerana amalan dan kepercayaan yang berkaitan dengan Hinduisme atau pengaruh animistic tempatan masih lagi berterusan ketika itu.

Page 59: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Interaksi Tamadun India-Melayu

Makanan orang-orang India seperti capati, vasalode, maruku juga sudah menjadi makanan orang-orang Melayu.

Kari yang berasal daripada India dengan nama balti telah mengalami pengubahsuaian dan menjadi antara makanan popular rakyat Malaysia.

Tidak diketahui daripada mana asalnya teh tarik, tetapi ia dipercayai adalah tradisi warisan rakyat Malaysia. Cumanya kebelakangan ini ia menjadi kegemaran rakyat negara India di India.

Page 60: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Pengaruh Islam Dalam Masyarakat Melayu: Interaksi

Tamadun Islam Dengan Tamadun Melayu Awalan.

Namun demikian, terdapat beberapa faktor yang membentuk elemen-elemen Islam dalam sistem kepercayaan masyarakat Melayu, antaranya:

Pengaruh cerita naratif popular pengaruh Syiah yang datang daripada para pendakwah Parsi dan India

Kesediaan ahli sufi dan beberapa pendakwah zaman Islam di Alam Melayu yang membenarkan penggabungan elemen ajaran Islam dengan kepercayaan tempatan.

Page 61: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Sistem Kepercayaan dan Interaksi

Tamadun

Binatang, roh nenek moyang dan objek-objek lain dianggap sebagai keramat yang tinggal dalam tempat-tempat tertentu.

Binatang atau penunggu dianggap sebagai keramat yang menghuni tempat-tempat tertentu. Binatang dan penunggu juga dianggap sebagai penjaga sesuatu tempat atau objek-objek semulajadi lain (seperti pokok, batu dan busut).

Kebiasaannya orang tengah dianggap sebagai perantara (mediator) dalam mendapatkan sesuatu yang diingini.

Page 62: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Hasil karya Melayu pertama

berkaitan dengan kepercayaan

masyarakat Melayu ialah

Hikayat Abdullah iaitu sebuah

karya autobiografi Abdullah bin

Abdul Kadir Munshi yang

diterbitkan pada tahun 1835.

Page 63: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Pengaruh Bahasa Sanskrit

Batu Bersurat Terengganu mengandungi

kata pinjaman Sanskrit yang bercampur

dengan istilah bahasa Melayu asli. Walau

bagaimanapun, pengaruh bahasa Sanskrit

tidaklah ketara berbanding bahasa Arab

dan Melayu.

Di Kepulauan Melayu, pengaruh India mula

tersemai benihnya pada abad pertama

Masehi lagi.

Page 64: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Peranan Imam Dalam Memurnikan

Animisme dan Dinamisme

Para Imam dalam masyarakat Melayu

lampau berperanan besar sebagai

agen yang menyucikan Islam dan

membawa nilai-nilai universal Islam

dalam masyarakat dan membentuk

amalan masyarakat tempatan yang

bertepatan dengan ajaran Islam yang

sebenar.

Page 65: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Pemurnian Fahaman Sesat, Animisme

dan Dinamisme (1)

Ramai daripada kalangan masyarakat Melayu tradisional menganggap tidak salah menggunakan formula magik, jampi, mantera, tangkal (charms atau talisman) dan azimat (spells).

Idea-idea dan ritual yang berkaitan dengan pertanian, perikanan dan penyembuhan penyakit di kalangan masyarakat, penyembahan keramat dan pergantungan kepada bomoh/dukun/pawang bersaing dengan ajaran-ajaran Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional.

Page 66: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Pemurnian Fahaman Sesat, Animisme

dan Dinamisme (2)

Penyembuhan penyakit juga kebiasaannya

menggunakan objek-objek yang dipercayai

mempunyai semangat atau mantera yang

ditujukan kepada roh atau semangat

animistik.

Amalan penyembuhan penyakit di kubur

keramat bertujuan memohon kepada yang

mati mengenai sesuatu permintaan yang

dihajati.

Page 67: SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) BAB …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Minggu 1(b) Interaksi antara tamadun.pdf · Seni muzik dan alat muzik ... Laksamana Cheng Ho (Zeng

Pemurnian, Fahaman Sesat, Animisme

dan Dinamisme (3)

Semangat objek-objek alam semulajadi dan

“penunggu” alam semulajadi dipohon untuk

memperolehi kejayaan dalam setiap aktiviti

kehidupan.

Objek-objek penyembahan dalam kehidupan

Melayu tradisional termasuklah makam-makam

keramat yang semasa hidup mereka dianggap

mempunyai kelebihan yang luarbiasa.

Islam telah menghapuskan semua fahaman yang

menyeleweng ini.


Recommended