Download pdf - PERALATAN HOKI

Transcript
  • 8/2/2019 PERALATAN HOKI

    1/17

    PERALATAN HOKI

    i. Padang hokiPadang berbentuk segi empat bujur dengan ukuran 91.40 meterpanjang dan 55 meter lebar. Garisan panjang dikenali garisan tepidan garisan lebar dikenali sebagai garisan belakang. Pintu goldiletakkan di atas garisan belakang.

    UKURAN PADANG HOKI

    UKURAN PINTU GOL

  • 8/2/2019 PERALATAN HOKI

    2/17

    ii.Pintu gol Gol diletakkan di tengah garisan belakang. Ia dibuat dengan dua tiang

    gol tengah yang disambung dengan satu tiang mendatar(crossbar).Jarak di antara dua tiang tengah adalah 3.66 meter manakalaketinggiannya adalah 2.14 meter. Semua tiang di cat denganwarna putih.2

    iii. JaringJaring diikat kukuh pada tiang tengah dan tiang mendatar. Iamempunyai mesh berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.

    iv. Tiang benderaEmpat tiang bendera diletakkan di setiap luar sudut padangpermainan dan dikenali sebagai bendera sudut. Ketinggian tiangini di antara 1.20 meter hingga 1.50 meter. Tiang ini diperbuatdaripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.

    v. BolaBola berbentuk bulat, keras, pejal atau kosong digunakan.Biasanyapermukaan bola adalah licin dan berwarna putih. Berat bolaadalah diantara 156 g 163 g dan lilitan bola adalah di antara 224 g- 235 g

    TIANG BENDERA

    BOLA HOKI

  • 8/2/2019 PERALATAN HOKI

    3/17

    vi. Kayu hokiKayu hoki yang rata di sebelah kiri dan berbentuk bulat di sebelahkanan. Bahagian rata di sebelah kiri kayu dipanggil muka kayu (face of the stick) dan hanya boleh digunakan dalam permainan. Bahagianbulat kayu di panggil belakang kayu (back stick) dan bahagian initidak boleh digunakan semasa bermain. Bahagian lengkuk kayudi panggil kepala kayu yang berbentuk J atau U. Kayu hokihendaklah licin dan tidak tajam di bahagian tepi. Tebal kayu

    dihadkan dan hanya boleh melalui satu gelung yang berdiameter51 mm. Kayu hoki diperbuat daripada kayu dan berat tidakmelebihi 737 g.

    UKURAN KAYU HOKI

    GELUNG BAGI KAYU HOKI

  • 8/2/2019 PERALATAN HOKI

    4/17

    2

    vii. Alatan penjaga golPenjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakaiperlindungan badan yang sesuai. Penjaga perlu memakai ped dikaki dari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped mestilahringan untuk membantu pergerakan penjaga gol. Sarung tanganpenjaga gol diperbuat daripada kulit dan plastik. Ia berfungsiuntuk melindungi tangan dan memberi keyakinan kepada penjagagol untuk menahan bola.

    Selain itu, alatan lain yang perlu adalah pelindung dada,pelindung bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar berped,pelindung mulut dan kemola untuk penjaga gol lelaki. Pelindungbadan dan bahu untuk melindungi tubuh badan dan dipakai dibawah jersi penjaga gol. Pelindung mulut pula bertujuan untukmelindungi mulut dan gusi daripada cedera. Pelindung mukaadalah wajib bagi penjaga gol kecuali semasa penalti dan iabertujuan melindungi muka, kepala dan kerongkong. Bagimemudahkan penjaga gol melungsur di atas permukaan

    gelanggang sintetik ia perlu memakai seluar yang mempunyaiped.

    viii.KasutPemain digalakkan memakai kasut yang sesuai terutama yangmempunyai tetungku getah. Kasut khas digunakan untuk bermain

    di atas permukaan sintetik di mana membenarkan pemainmempunyai tempat berpijak yang baik.

    KASUT HOKI

  • 8/2/2019 PERALATAN HOKI

    5/17

    ALATAN PENJAGA GOL

  • 8/2/2019 PERALATAN HOKI

    6/17

    CARA BERMAIN

    Pengetahuan tentang cara bermain dan peraturan asas hokiadalah penting buka sahaja kepada pengadil tetapi juga pemain,

    jurulatih dan guru supaya mendapat kepuasan dan keseronokandalam permainan. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukanyang mengandungi 11 orang pemain termasuk seorang penjagagol. Setiap pasukan akan cuba menjaringkan gol dengan

    menggunakan kayu hoki untuk mengarahkan sebiji bola ke dalamgol lawan.Satu perlawanan rasmi dimainkan dalam dua separuh masa

    iaitu 35 minit untuk setiap separuh masa dan masa rehat tidakmelebihi lima minit. Permainan dimulakan dengan satu tolakantengah dan selepas setiap gol yang dijaringkan. Perlawanan hokidikawal oleh dua orang pengadil dan semua undang-undang danperaturan permainan di bawah kuasa Lembaga Peraturan Hoki(HRB).

    PENGADILAN

    Pengadilan yang baik dan berkesan merupakan satu aspekpermainan yang penting untuk menjamin mempertingkatkan mutu

    permainan. Pengadilan yang baik juga menentukan bahawaperlawanan-perlawanan yang dijalankan dengan lancar danselamat. Berikut merupakan isyarat-isyarat pengadil dalampermainan hoki:

  • 8/2/2019 PERALATAN HOKI

    7/17

  • 8/2/2019 PERALATAN HOKI

    8/17

    ISYARAT-ISYARAT PENGADIL

  • 8/2/2019 PERALATAN HOKI

    9/17

    KEMAHIRAN ASAS

    Hoki merupakan permainan fizikal yang mempunyai unsur-unsurkepantasan, kekuatan, daya tahan, unsur-unsut taktikal dankemahiran-kemahiran asas. Kemahiran dalam hoki memberipeluang kepada pemain untuk mempamerkan kreativiti dan gayaindividu. Terdapat beberapa kemahiran asas dalam permainanhoki, iaitu:

    i. Menggelecek

    Menggelecek adalah cara mengawal bola bergerak. Ia digunakanuntuk melepaskan diri dengan bola apabila di kawal oleh pihaklawan. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu:

    Menggelecek longgarKemahiran ini digunakan apabila pemain hendak menggerakkan

    bola dengan cepat bagi tujuan untuk melepaskan diri dari pihaklawan dan memiliki bola sambil bergerak.

    MENGGELECEK LONGGAR

  • 8/2/2019 PERALATAN HOKI

    10/17

    Menggelecek rapatIa digunakan apabila pemain hendak mengawal bola dengan rapiterutamanya apabila pemain tidak dapat memastikan situasi bola

    semasa bermain sama ada selamat atau tidak.

    MENGGELECEK RAPAT

    MENGGELECEK INDIAN

  • 8/2/2019 PERALATAN HOKI

    11/17

    Menggelecek l ndian Digunakan apabila pemain hendak menukar arah dari kanan kekiri atau sebaliknya dan dengan cara ini pemain dapat

    melepaskan diri daripada pihak lawan.

    Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menggelecek:

    Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tanganmenghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala kehadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu dan longgarkan

    sedikit pergelangan tangan.Badan- bongkok sedikit dan lutut dibengkokkan.

    Mata- memandang pada bola semasa membuat tolakan.

    Bola- berada di sebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.Pastikan kedudukan kayu hoki adalah lebih kurang 45 0 dari tanah.Bola- berada di sebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.

    Pastikan kedudukan kayu hoki adalah lebih kurang 45 0 dari tanah.

    i. MemukulMerupakan kemahiran yang kuat dan pantas dalam kemahiranhoki. Kelebihan kemahiran ini adalah bola boleh digerakkan ataudihantar dengan cepat dan jauh. Berikut adalah tunjuk cara dalamkemahiran memukul:

    Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dan genggam denganlonggar. Tangan kanan di letakkan di bawah tangan kiri. Satubentuk V dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk kedua -dua tangan adalah selari dengan kayu hoki.

  • 8/2/2019 PERALATAN HOKI

    12/17

    Badan- berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran atau arahpukulan. Kaki perlu dibuka seluas bahu dan jari kanan kakibersudut tegak dengan bahu. Berat badan seimbang semasa

    hayunan ke belakang dan dipindahkan ke kaki kiri semasahayunan ke bawah.

    Bola- selari dengan kaki dan jarak lebih kurang panjang satukayu hoki.

    i. MenolakKemahiran ini boleh dilakukan dengan cepat tanpa disedari pihaklawan terutamanya untuk clearance dan jaringan gol. Kelebihankemahiran ini dapat melindungi niat pemain kerana pihak lawansukar

    2

    menjangka arah bola akan di hantar. Berikut adalah tunjuk cara dalamkemahiran menolak:

    Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawahdan memegang tengah kayu dengan kuat.

  • 8/2/2019 PERALATAN HOKI

    13/17

    Badan-berdiri dengan bahu menghala ke sasaran. Kaki dibukaseluas bahu dan jari kaki menunjuk ke arah sasaran. Pastikankepala selari dengan kedudukan bola. Berat badan di kaki

    belakang dan dipindahkan ke hadapan serentak semasa menolakbola.

    Bola- diletakkan di sebelah kaki kanan dan kayu hoki berada dibelakang dan menyentuh bola. Ikut lajak kayu hoki ke arah manabola bergerak.

    i. MenguisKemahiran ini berguna untuk menjaringkan gol serta digunakanuntuk melepaskan bola dari kayu hoki pihak lawan dan untukmenghantar hantaran jauh kepada pemain pasukan. Berikutadalah tunjuk cara dalam kemahiran menguis:

    Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawahdan memegang tengah kayu dengan kuat.

    Bola- diletakkan di hadapan kaki hadapan. Kayu menyentuhbola dan menghadap ke atas sedikit.

    Badan- berat badan berada di kaki belakang dan dipindahkanke kaki hadapan apabila lakuan di lakukan.

    MENGUIS

  • 8/2/2019 PERALATAN HOKI

    14/17

    i. Menahan/menyerkapIa merupakan kemahiran yang penting dan kerap digunakandalam permainan hoki. Berikut adalah tunjuk cara dalam

    kemahiran menahan:Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tanganmenghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala kehadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu dan longgarkansedikit pergelangan tangan.

    Mata- memandang pada arah bola

    Badan- berdiri tepat menghadap arah bola yang datang denganbadan membongkok ke hadapan dan lutut dibengkokkan sedikit

    MENYERKAP

  • 8/2/2019 PERALATAN HOKI

    15/17

    i. Merebut (tackle )Kemahiran ini bertujuan untuk mendapatkan bola daripada pihak lawandengan cara yang betul. Terdapat beberapa jenis tackle iaitu:

    Tacklej abKayu hoki dipegang degan tangan kiri dengan sisi kayu yang ratamenghadap ke atas. Pemain perlu menerpa ke hadapan dengantangan kiri memegang kayu dan mencucuk (jab) bola supaya bolabergerak ke belakang kayu pihak lawan. Ia mempunyai kelebihandari segi elemen kejutan dan pemain berada pada jarak yang baikuntuk melakukan tackle.

    Tackleforehand

    Biasanya dilakukan oleh pemain pertahanan di sisi kanan badandan ia dilakukan semasa berhenti atau semasa berlari denganpemain penyerang. Pegangan kayu dengan tangan kiri di hujungkayu dan tanagan kanan di bahagian tengah kayu.

    TACKLE FORHAND

  • 8/2/2019 PERALATAN HOKI

    16/17

    Tackle reverse stick Kemahiran ini agak sukar dilakukan kerana ia dimainkan disebelah kiri pemain pertahanan iaitu merupakan sisi yang lemah

    bagi sesetengah pemain. Ia dilakukan dengan menyerkap bolamenggunakan belakang kayu hoki dan memaksa pemainpenyerang berlari melepasi bola.

    TACKLE REVERSESTICK

    Berikut adalah perkara yang perlu diketahui dalam kemahiran merebut:

    Mata sentiasa memerhati ke arah bola

    Kekalkan kayu hoki di atas tanah supaya mengurangkan jaraknyadari bola dan penahan dapat bergerak dengan cepat apabilamendapat peluang.

    Membuat gerakan yang mengelirukan dengan badan dan kayuhoki supaya penyerang melakukan kesilapan.

    Berdiri dengan sebelah kaki berada di hadapan supaya dapatbergerak dan bertukar arah dengan mudah dan cepat

  • 8/2/2019 PERALATAN HOKI

    17/17

    i. Sudut penaltiKemahiran ini menjadi satu aspek penting dalam hoki keranakebanyakan bilangan gol dijaringkan menggunakan sudut penalti.

    Perkara yang perlu dipastikan semasa mengambil sudut penaltiadalah:

    Pukulan masuk dikira dari garisan gol di dalam kawasan D danbola mesti biberhentikan di luar kawasan D

    Hanya penjaga gol dan empat pemain pertahanan beradadalam kawasan D semasa sudut penalti

    Pemain pertahanan hendaklah berada di belakang garisan golsehingga bola di tolak masuk oleh penyerang.

    Pemain penyerang yang melakukan tolakan dibenarkan beradadengan sebelah kaki atau kedua-dua belah kaki di dalamkawasan bermain.

    Pemain penyerang yang lain perlu berada di luar garisankawasan D sehingga bola di tolak masuk.