Transcript
Page 1: PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS

M u k a s u r a t | 1

FAKULTI SENI, KOMPUTERAN

DAN INDUSTRI KREATIF

BMW 3032

WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU

TAJUK :

PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS.

NAMA PELAJAR: NURUL ATIKAH BINTI OMARNO. MATRIK: D20151070276KUMPULAN: OHARI/MASA KULIAH: ISNIN (8.00 AM – 10.00PM)NAMA PENSYARAH: PUAN ROHAIZAH BINTI AB. KARIMTARIKH PENGHANTARAN: 20/11/2015

Page 2: PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS

M u k a s u r a t | 2

ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan………………………………………………………………1

1.1 Latar Belakang Kajian…………………………………………….1

1.2 Permasalahan Kajian……………………………………………..2

1.3 Objektif Kajian……………………………………………………..2

1.4 Batasan Kajian…………………………………………………….3

1.5 Kepentingan Kajian……………………………………………….4

1.6 Definisi

Konsep…………………………………………………..4

2.0 Tinjauan Kajian Berkaitan………………………………………………7

3.0 Metodologi Kajian………………………………………………………..8

3.1 Pengenalan………………………………………………………..8

3.2 Reka Bentuk Kajian………………………………………………9

3.3 Kaedah Kajian…………………………………………………….9

3.4 Instrumen Kajian………………………………………………….10

3.5 Subjek Kajian……………………………………………………...11

3.6 Tempat Kajian……………………………………………………..12

Page 3: PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS

M u k a s u r a t | 3

3.7 Prosedur Pengumpulan Data……………………………………14

3.8 Prosedur Penganalisisan Data……………………...…………..15

3.9 Kesimpulan………………………………………..………………15

Kutipan…………………………………………………………………….16

Rujukan……………………………………………………………………17

1.0 PENDAHULUAN

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Membaca adalah salah satu aspek yang penting. Kemahiran membaca

membolehkan murid-murid menyebut perkataan demi perkataan dengan betul dan

tepat, mencari makna perkataan serta mengukur kemampuan murid mencapai

matlamat dan memahami petikan yang dibaca. Kemahiran membaca perlu

dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan

pembelajaran. Di samping itu juga, kanak-kanak mempunyai minat dan strategi

yang tersendiri dalam memperoleh kemahiran membaca, khususnya di peringkat

bacaan awal.

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi adalah seiring dengan

perkembangan dunia pendidikan pada masa kini. Multimedia mampu

menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan mampu menjadi daya

Page 4: PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS

M u k a s u r a t | 4

tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan.

Pelaksanaanya terhadap murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran

membaca dan menulis akan memberi impak yang lebih positif.

 

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Dapatan kajian menunjukan bahawa terdapat masalah disleksia dalam diri

murid tahun 4 untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa,

antaranya pengetahuan asas membaca dan menulis, persekitaran dan kaedah

pengajaran guru. Dalam masalah kemahiran membaca menunjukan bahawa

kegagalan murid-murid memahami kandungan maklumat dalam teks yang dibaca.

Masalah tidak dapat menguasai membaca dikalangan murid sekolah telah

dipandang serius oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Menurut Deller

( 1991 ), membaca adalah kemahiran bernilai kepada semua murid sama ada

murid itu normal ataupon istimewa.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi murid-murid

Program Bimbingan Membaca dan Menulis terhadap kesan pengunaan

Page 5: PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS

M u k a s u r a t | 5

perisian multimedia interaktif terhadap P&P kemahiran membaca. Objektif

khusus kajian ini adalah:

1.3.1 Mengkaji penggunaan multimedia interaktif dalam mewujudkan

pembelajaran yang aktif dalam kalangan murid disleksia Membaca

dan Menulis tahun 4.

1.3.2 Mengenal pasti multimedia interaktif sebagai bahan bantu mengajar

yang berkesan dalam P&P kemahiran membaca dalam kalangan

murid disleksia Membaca dan Menulis tahun 4.

1.3.3 Mengenal pasti pengunaan multimedia interaktif dalam

meningkatkan prestasi membaca dalam kalangan murid disleksia

Membaca dan Menulis tahun 4.

1.3.4 Membantu mengatasi masalah kesukaran membaca dalam

kalangan murid Disleksia tahun 4 Sekolah Kebangsaan Putra,

kangar Perlis.

1.3.5 Meningkatkan minat murid disleksia dalam kemahiran membaca

melalui Pembelajaran berpandukan komputer dan gambaran visual.

 

1.4 BATASAN KAJIAN

Kajian dijalankan berbentuk kajian tindakan yang cuba mengesan

kaedah, stretegi dan teknik persembahan bahan bantu belajar serta proses

Page 6: PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS

M u k a s u r a t | 6

penggunaannya dalam pembelajaran secara pengunaan multimedia

interaktif. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik.

Kajian deskriptif bertujuan mendapatkan ukuran atau gambaran berkaitan

dengan keadaan atau ciri populasi.

i. Dapatan kajian terbatas kepada kumpulan murid tahun 4 Sekolah

Kebangsaan Putra, Kangar Perlis sahaja yang dikaji.

 

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

1.5.1 Meningkatkan keupayaan murid-murid disleksia tahun 4.

1.5.2 Meningkatkan minat murid-murid disleksia khususnya dalam aktiviti

membaca.

1.5.3 Memperbaiki amalan dan membantu guru lain dalam

menyelesaikan masalah disleksian iaitu kesukaran membaca dalam

kalangan murid-murid.

1.6 DEFINISI KONSEP

Doyle (2007),

Komputer membantu murid untuk meningkatkan pencapaian bahasa

menerusi penggunaan teknik yang sistematik dan berpusatkan murid.

Zamri dan Mohamed Amin (2008),

Page 7: PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS

M u k a s u r a t | 7

Multimedia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat,

tepatdan Mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana

pembelajaran yang Menyeronokkan kerana bahan teknologi maklumat

biasanya menggabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video serta teks

yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang baharu di samping

kaya dengan maklumat bahasa..

Naimah et al. (2011),

Kanak-kanak mempunyai minat dan strategi yang tersendiri dalam

memperoleh kemahiran membaca, khususnya di peringkat bacaan awal.

Kenedy (1981)

Bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual

(lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan),

menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui.

2.0 TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN

Tahap kebolehan membaca murid kajian tersebut diukur dengan pemerhatian,

soal selidik dan ujian.

2.1 Masalah murid disleksia kajian dalam Membaca dan Menulis. Dalam

huraian mengenai masalah tersebut, murid kajian dibahagikan kepada

murid berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah dalam Ujian

Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring.

Page 8: PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS

M u k a s u r a t | 8

2.2 Dalam Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring, murid kajian

yang skornya sama atau di atas min dianggap berpencapaian tinggi dan

mereka yang dibawah min dianggap dalam kumpulan berpencapaian

rendah. Pembahagian ini dibuat secara arbitrary dan bertujuan untuk

memudahkan perbincangan.

Masalah Murid Dalam Ujian Perbendaharaan Kata

Masalah Murid Berpencapaian Tinggi

Terdapat 22 orang murid kajian yang skor Ujian Perbendaharaan Kata

sama atau lebih tinggi daripada min. Analisis jawapan mengikut item

menunjukkan pada keseluhuruhannya murid kumpulan ini tidak

menghadapi masalah dalam ujian tersebut.

Masalah Murid Berpencapaian Rendah

Murid berpencapaian rendah dalam Ujian Perbendaharaan Kata ialah

mereka yang skornya dibawah min iaitu 15 markah. Seramai 8 orang murid

yang dikaji tergolong dalam kumpulan ini. Setelah diteliti jawapan yang

diberi mengikut item, dan berdasarkan pemrhatian semasa mereka

menjalani ujian, umumnya pengkaji dapati murid-murid kajian menghadapi

masalah-masalah berikut :-

i. Tidak memahami atau salah tafsir gambar yang disertakan.

ii. Tidak berupaya membezakan makna perkataan yang wujud

dalam satu kategori.

Page 9: PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS

M u k a s u r a t | 9

Masalah Murid dalam Ujian Bacaan Nyaring

Setelah diteliti rakaman, umumnya masalah bacaan nyaring murid kajian

boleh setelah dikategorikan seperti berikut:

i. Tidak mengenali huruf dan tidak tahu atau salah menyebut huruf

dalam perkataan yang hendak dieja.

ii. Dpat menyebut huruf dengan betul tetapi tidak tahu atau salah

membunyikan suku kata yang dieja.

iii. Bermasalah menyebut perkataan yang mempunyai konsonan

berangkap kerana kurang mahir membahagikannya kepada suku

kata dengan betul.

Sebagai kesimpulan , masalah murid kajian dalam Ujian Perbendaharaan

Kata dan Ujian Bacaan Nyaring yang dibincangkan di atas mungkin berpunca

daripada :-

i. Tidak atau kurang mahir mengeja (mendekod) perkataan. Ini menyebabkan

murid tidak dapat memanfaatkan perbendaharaan kata lisan yang dikuasai

untuk menjawab item yang disediakan.

ii. Tidak atau kurang menguasai kemahiran asas membaca nyaring iaitu mengeja

dan membatang perkataan dengan betul.

Page 10: PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS

M u k a s u r a t | 10

iii. Pengetahuan am yang rendah jika dibandingkan dengan murid berpencapaian

tinggi. Ini mungkin disebabkan pendedahan dan pengalaman yang terhad

dalam kehidupan murid tersebut.

iv. Pengalaman membaca yang terhad menyebabkan penguasaan

perbendaharaan pandang (sight vocabulary) yang rendah jika dibandingkan

dengan murid berpencapaian tinggi.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Peningkatan mutu pendidikan adalah perkara yang penting dan mampu

mencorak masa depan yang cerah. Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran,

khususnya mengajarkan Bahasa Melayu akan menjadi lebih menarik, bermakna

dan produktif dengan penggabung jalinan penggunaan multimedia interaktif.

Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud

bacaan. Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses

untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak

atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai

keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik

Page 11: PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS

M u k a s u r a t | 11

yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi

atau makna yang telah diketahui. Pelaksanaannya terhadap murid-murid yang

bermasalah dalam kemahiran membaca atau menulis akan memberi impak yang

lebih positif. Hal ini demikian kerana bahan teknologi maklumat biasanya

menggabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video serta teks yang pelbagai

untuk mewujudkan persekitaran yang baharu di samping kaya dengan maklumat

bahasa.

Sehubungan itu, murid-murid yang menggunakan multimedia interaktif

sebagai medium menguasai kemahiran membaca lebih fleksibel dan lebih bebas

untuk mencari ilmu pengetahuan.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian adalah penting bagi sesuatu kajian sebagai

panduan untuk memastikan objektif kajian tercapai seterusnya menjawab

persoalan kajian. Dengan menggunakan Kajian Kuantitatif ini adalah

bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan multimedia interaktif untuk

murid-murid disleksia dengan mengadakan Ujian Pembendaharaan Kata

dan Ujian Bacaan Nyaring, soal selidik dan pemerhatian.

3.3 KAEDAH KAJIAN

Kaedah keperpustakaan ini digunakan kerana terdapat jurnal, dan

buku yang dijadikan bahan rujukan tambahan bagi menguatkan hujah yang

ditulis. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik dan

Page 12: PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS

M u k a s u r a t | 12

Ujian kepada 30 responden . Setiap responden hendaklah melengkapkan

borang soal selidik yang diberikan dengan jujur. Maklumat yang diterima

daripada responden akan disatukan dan dianalisis dengan teperinci.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Terdapat beberapa instrumen atau alat kajian yang digunakan

untuk mendapatkan data iaitu soal selidik, ujian pencapaian bagi

memungut data dan pemerhatian. Instrumen soal selidik dan ujian

pencapaian dipilih adalah untuk mendapatkan data dalam kajian ini

manakala pemerhatian adalah untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian

yang didapati. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah kaedah

soal selidik menggunakan borang yang mengandungi soalan berkaitan

tajuk kajian. Instrumen ini dipilih kerana instrumen ini sesuai dengan kajian.

Borang soal selidik tersebut mengandungi 15 soalan. Manakala bagi Ujian

Pencapaian dibahagikan dua iaitu Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian

Bacaan Nyaring.

Page 13: PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS

M u k a s u r a t | 13

i. Soal Selidik

PILIHAN JAWAPAN PERNYATAAN/SKOR

Sangat Setuju

Setuju

Tidak Pasti

Tidak setuju

Sangat Tidak Setuju

5

4

3

2

1

JADUAL 1 : Skor Kepada Skala Likert

ii. Pemerhatian

Pemerhatian akan dilakukan semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran berjalan. Ini bertujuan untuk mengenalpasti

sejauh mana tahap penguasaan pelajar terhadap

perbendaharaan kata di kalangan pelajar. Pengkaji juga

akan meninjau cara pelajar menyebut perkataan serta

melihat cara pelajar ini berkomunikasi di dalam kelas sama

ada ketika bertanyakan soalan, menjawab soalan mahupun

ketika berkomunikasi dengan rakan-rakan di dalam kelas.

iii. Ujian Penilaian

Page 14: PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS

M u k a s u r a t | 14

Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring

akan dijalankan di mana pelajar perlu menyebut beberapa

perkataan di dalam Bahasa Melayu.

3.5 SUBJEK KAJIAN

Subjek kajian ini terdiri daripada 30 orang yang dipilih daripada

pelajar tahun 4 Sekolah Kebangsaan Putra Kangar, Perlis. Pelajar-pelajar

ini terdiri daripada lelaki dan perempuan serta kumpulan kaum yang

berlainan. Kesemua pelajar terlibat telah belajar selama lebih daripada

lapan bulan dan boleh digunakan sebagai subjek kajian.

3.6 TEMPAT KAJIAN

Kajian dilakukan hanya di Sekolah Kebangsaan Putra di Kangar

Perlis ke atas pelajar-pelajar tahun 4, pelajar sekolah ini adalah terdiri

daripada latar belakang yang berbeza-beza dan kedudukan sekolah yang

terletak di pinggir bandar. Pengkaji ingin melihat, adakah dengan

menggunakan multimedia interaktif dapat mengatasi masalah membaca di

kalangan murid-murid disleksia tahun 4 selepas ujian penilaian dibuat.

3.7 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Page 15: PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS

M u k a s u r a t | 15

Dalam penelitian kuantitatif, pengumpulan data berdasarkan tekniknya iaitu

melalui soal selidik, ujian penilaian dan pemerhatian.

i. Soal Selidik

Berstruktur Soalan disediakan terlebih dahulu. Borang

tersebut mengandungi 15 soalan

Separa Berstruktur Cuma soalan utama disediakan

Tidak Berstruktur Soal selidik dengan menggunakan soalan

terbuka secara tidak formal.

JADUAL 2 : Soal Selidik bersturktur, Separa Berstruktur dan

Tidak Berstruktur

ii. Ujian Pembendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring (Ujian

penilaian).

Prosedur pengumpulan data bermula dari pemerhatian, soal selidik dan

ujian penilaian yang diberikan kepada 30 orang murid tahun 4 di

Sekolah Kebangsaan Putra, Kangar Perlis yang dikenal pasti masalah

disleksia dalam kemahiran membaca dan menulis. Setelah pengkaji

mengenalpasti masalah responden tersebut, kumpulan rawatan yang

terdiri daripada 30 orang murid telah didedahkan dengan penggunaan

multimedia interaktif dalam pembelajaran selepas ujian

pembendaharaan kata dan ujian bacaan nyaring dilakukan. Sesi

Page 16: PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS

M u k a s u r a t | 16

pengajaran dan pembelajaran ini telah mengambil masa selama lima

minggu. Ujian penilaian dilakukan sebelum pembelajaran dengan

penggunaan multimedia interaktif.

Format ujian ialah soalan berbentuk aneka pilihan sebanyak 15 soalan.

Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini merupakan soalan-soalan

berkaitan tatabahasa dan perbendahraan kata.

iii. Pemerhatian

Pemerhatian Penuh Mengenalpasti aspek yang ingin dilihat.

Pemerhatian dilakukan dengan senarai

semak soal selidik dan Ujian Penilaian yang

telah dijalankan.

Menganalisis data dapatan kajian

berdasarkan sola selidik

Membuat kesimpulan bagi keseluhuran

data

Page 17: PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS

M u k a s u r a t | 17

JADUAL 3 : Pemerhatian Penuh

3.8 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA

Data yang dikumpulkan akan dianalisis oleh pengkaji supaya

memberi makna kepada keadaan yang sedang dikaji. Terdapat beberapa

cara yang boleh digunakan untuk menganalisi data. Antara cara yang

mudah adalah mengkelompokkan data daripada sumber mengikut

pemerhatian, soal selidik dan ujian yang dilakukan. Dengan cara

membandingkan data-data daripada pemerhatian, soal selidik dan ujian itu,

pekaitan antara data dapat dilihat deengan jelas. Dalam kajian ini data

yang dikumpul diproses dalam bentuk peratusan. Setiap pengiraan data

akan dimuatkan dalam bentuk jadual yang memudahkan analisis. Pengkaji

akan membuat olahan dan analisis sendiri berdasarkan data dalam hasil

kajian tersebjut.

i. Kos Kajian

Bil Jenis Bahan Kuantiti x Harga Seunit Jumlah Kos

1. Kertas A4 3 rim x RM 12 RM 36.00

2. Ink Canon Pixma E510 2 x RM 57 RM 114.00

3. Photostat RM 20 RM 20.00

4. Ganjaran kepada murid RM 30 RM 30.00

JUMLAH KOS RM 200.00

JADUAL 4 : Kos Kajian Di Sekolah

Page 18: PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS

M u k a s u r a t | 18

3.9 KESIMPULAN

Pada keseluruhannya, murid-murid yang bermasalah disleksia

menunjukkan pencapaian yang baik dalam ujian membaca yang dijalankan.

Namun masih terdapat sekumpulan kecil yang menghadapi masalah dalam

menguasai kemahiran asas membaca khasnya mendekod perkataan yang

tidak dikenali. Murid-murid ini juga mempunyai pengetahuan am yang terhad.

Berhubung dengan peranan ibu bapa dan persekitaran rumah pula,

kebanyakan ibu bapa didapati menyediakan buku-buku bacaan untuk anak.

Namun, ramai yang kurang kerap membaca kuat kepada anak mereka

mungkin tidak menyedari faedahnya . Akhirnya beberapa cadangan

dikemukakan dengan penggunaan multimedia interaktif dapat mengatasi

masalah disleksia di kalangan murid-murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan

Putra, Kangar Perlis.

KUTIPAN

Deller ( 1991 ), berpendapat membaca adalah kemahiran bernilai kepada semua

murid sama ada murid itu normal ataupon istimewa.

Menurut Doyle (2007), Komputer membantu murid untuk meningkatkan pencapaian

bahasa menerusi penggunaan teknik yang sistematik dan berpusatkan murid.

Harris dan Sipay (1980), menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk

memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau

bertulis.

Page 19: PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS

M u k a s u r a t | 19

Manakala Kenedy (1981), pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan

seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang

mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau

makna yang telah diketahui.

Naimah et al. (2011), berpendapat bahawa Kanak-kanak mempunyai minat dan strategi

yang tersendiri dalam memperoleh kemahiran membaca, khususnya di peringkat bacaan

awal.

Menurut Zamri dan Mohamed Amin (2008), Multimedia mampu menyampaikan sesuatu

maklumat dengan cepat, tepatdan Mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan

suasana pembelajaran yang Menyeronokkan kerana bahan teknologi maklumat biasanya

menggabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video serta teks yang pelbagai untuk

mewujudkan persekitaran yang baharu di samping kaya dengan maklumat bahasa..

RUJUKAN

Guan, L. L., Hnafi, R., & Yusof, S. (n.d.). Satu Tinjauan Pelbagai Aspek Membaca Murid-Murid Tadika. (IPDA, Ed.)

Hashim, N. (n.d.). Kaedah Syakir Belajar Membaca: Kajian Tindakan Bagi Membantu Murid Disleksian Belajar Membaca. 11.

Jamian, A. R., hashim, N. H., & othman, s. (nov, 2012). multimedia interaktif mempertingkatkan pembelajaran kemahiran membaca murid-murid probim. Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM, 53.

Sulaiman, S. T., Husaini, H., Awang Mukhtar, S., & Masron, M. Z. (n.d.). Pemantapan Budaya Membaca Dan Pelaksanan NILAM: Isu dan Cabaran. 18.

Page 20: PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS

M u k a s u r a t | 20