Transcript
Page 1: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

PENGENALAN ILMU LINGUISTIK DAN

BAHASA

Page 2: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

Menurut Verhaar (1985:1), “linguistik”berasal daripada perkataan Latin bermaksud bahasa. Selain itu, perkataan lingustik juga boleh ditemukan dalam bahasa Perancis’Langue dan Langage’,Itali’Lingua’, Sepanyol’Lengua’dan Inggeris ‘Lingustik’.

Menurut kamus dewan(1993)perkataan linguistik diambil daripada perkataan Inggeris yang bererti pengajian ilmu bahasa.

PENGENALAN

Page 3: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

Pendapat tokoh yang menjelaskan definisi ilmu linguistik:1. John Lyons (1968)mendefinisikan linguistik sebagai “the

scientific study of language”2. David Crystal(1973), menjelaskan linguistik sebagai kajian

bahasa secara saintifik.3. Langacker(1987), mendefinisikan linguistik sebagai kajian

terhadap bahasa manusia.4. Ferdinand de Sausure(1988), mendefinisikan linguistik

sebagai kajian mengenai bahasa yang diucapkan oleh segolongan masyarakat.

5. Verhaar(1993)menyatakan bahawa linguistik adalah suatu kajian ilmu bahasa. Beliau juga mengatakan bahawa perkataan ‘linguistik’sudah memberikan maksud kajian yang menyentuh sesuatu kajian bahasa boleh dilaksanakan.

Definisi Linguistik

Page 4: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

Permasalahan Kajian dan Hipotesis

Sampel Kajian/ Data

Teori dan Analisis

Ujian data lanjutan

SAINTIFIK KAJIAN LINGUISTIK

Metadologi

Dapatan kajian

Page 5: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

Linguistik Deskkriptif

Linguistik Historis

Linguistik Preskriptif

Linguistik Terapan

Linguistik Perbanding

an(komparati

f)

Linguistik Sinkronik

Linguistik Diakronik

Cabang Linguistik

Page 6: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

Bidang Linguistik

Mikro Linguistik(Linguistik tulen)

Makro Lingustik(Linguistik terapan)

fonologi

morfologi

sintaksis

semantik

sosiolinguistik

Psikolingustik

filogiNeorolinguistik

Page 7: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

1) Edward Sapir berpendapat bahasa merupakan satu alat atau cara yang hanya dimiliki manusia untuk berkomunikasi, menyampaikan idea, emosi dan kehendak mereka. 2) Albert B.Cook berpendapat bahasa adalah satu sistem simbol pertuturan yang arbitrari dan penanda kenahuan yang digunakan oleh anggota sesebuah komuniti. 3) Nelson Francis pula mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem bunyi yang dihasilkan oleh alat tutur yang digunakan oleh sekelompok manusia sebagai wahana atau cara untuk menjalankan apa-apa sahaja aktiviti masyarakat mereka. 4) Samsuri menyatakan bahawa adalah alat yang dipakai untuk membentuk fikiran dan perasaan, keinginan dan perbuatan.

Definisi Bahasa

Page 8: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

Sifat-sifat

Bahasa

Mempunyai sistem

Mempunyai lambang

Dinamis

Terdiri daripada bunyi

Bermakna

Bersifat Konversional

Produktif

Unik

Universal

Arbitrari

Bebas

Manusiawi

Bervariasi

Page 9: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

Terdapat dua teori utama: 1) Teori orang Melayu berasal dari Yunan. Hujah para sarjana tersebut yang dipetik daripada Darwis Harahap(1992) R.H.Geldern Beliau menemukan kapak tua yang mempunyai

bentuk dan jenis yang sama di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Secara kesimpulannya, kapak tua tersebut adalah dibawa oleh orang Asia Tengah ke Asia Tenggara atau ke Kepulauan Melayu ini.

Asal-usul Bahasa Melayu

Page 10: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

J.H.C Kern Beliau membuat kajian berdasarkan

beberapa perkataan terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan dan nama perahu. Kern berkesimpulan bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

Asmah Haji Omar Beliau berpendapat bahawa perpindahan

orang melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan tidak melalui satu laluan.

Page 11: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

2) Teori orang Melayu dari Nusantara. a) J.Crawfurd Beliau menyatakan bahawa orang melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi merupakan induk yang menyebar ke tempat lain. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa Bahasa Jawi ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain. b) Sutan takdir Alisjahban - mengelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara sebagai bangsa melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu.

Page 12: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

C)Gorys Keraf - Gorys Keraf(1984) mengemukakan teori leksikostik dan teori migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan Bahasa Melayu. D)Bukti penemuan sejarah - Pithecanthropus mojokerto (Jawa) ~670 000 tahun - Pithecanthropus Trinil (Jawa) ~600 000 tahun - Manusia wajak(Jawa)210 000 tahun.

Page 13: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa austronesia.

Terbahagi kepada 4 kelompok -Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara. -Bahasa-bahasa Polinesia -Bahasa-bahasa Melanesia -Bahasa-bahasa Mikronesia

Rumpun Bahasa Melayu

Page 14: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

Bahasa Melayu sebagai Lingu Franca. -satu bahasa yang terdiri daripada pelbagai bahasa. Contoh bahasa Itali yang bercampur dengan bahasa Perancis, Sepanyol, Yunani dan Arab.

Ciri-ciri penting Lingua Franca seperti

berikut: Bahasanya mudah,senang tanpa imbuhan. Ayatnya pendek. Mudah difahami oleh penerima Digunakan untuk sementara waktu Nahunya tidak menentu dan tidak dapat

dinyatakan dengan sahih.

Page 15: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

1)Pengaruh Bahasa Sanskrit -Bahasa sanskrit telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa melayu berada di peringkat kuno. -Bahasa sanskrit dianggap bahasa yang berilmu dan berdarjat tinggi. 2) Pengaruh Bahasa Arab - Penerimaan kata pinjaman bahasa Arab ke dalam bahasa melayu. Berlaku pada Kesultanan Melaka pada kurun 14

masihi.

Pengaruh Bahasa Asing

Page 16: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

i) Perbendaharaan kata - Banyak perbendaharaan kata Arab dipinjam terutama perkataan yang berkaitan dengan ibadat, kemasyarakatan, jual beli dan sebagainya.ii) Sebutan kata Pengaruh Arab –Islam memberi kesan yang sangat

besar pada sebutan perkataan dalam bahasa melayu. Contoh: gadhi, ramadhan, akidah, kiamat, syurga dan lain-lain.

iii) Tulisan Pengaruh Arab-Islam menyumbang kepada

penulisan bahasa melayu dalam tulisan Arab yang akhirnya disebut tulisan jawi.

Page 17: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

Perkara 152 mengandungi 6 fasal utama.a) Fasal 1 -Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis di dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan oleh parlimen.b) Fasal 3 -Bagi segala rang undang-undang yang hendak

dikemukan atau pindaan-pindaan mengenainya yang hendak dicadangkan di dalam man-mana majlis parlimen.

Taraf Bahasa Melayu

Page 18: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

Fasal 4 -Jika mahkamah dan peguam bagi kedua-dua

pihak bersetuju keterangan yang diambil di dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak payah diterjemahkan atau direkodkan di dalam bahasa Inggeris.

Fasal 5 -segala perbincangan di dalam mahkamah

rendah lain daripada mengambil keterangan hendaklah dijalankan di dalam bahasa Inggeris.

Fasal 6 - Ia menjadi bahasa rasmi bahasa pendidikan

dan bahasa Perhubungan seluruh rakyat Malaysia.

Page 19: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

1. Bahasa Kebangsaan- Kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan negara kita.Mulai tahun 1970 bahasa melayu secara berperingkat-peringkat telah mengantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di Sekolah.

2. Dasar Bahasa Kebangsaan - Merupakan asas terpenting bagi perkembangan bahasa

Melayu di Malaysia. - Dasar ini memenuhi konsep perancangan taraf bahasa.- Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa

Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi.

Fungsi Bahasa Melayu

Page 20: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

3. Bahasa Rasmi Bahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan

negara ,urusan perniagaan dan pentadbiran dan dalam upacara-upacara rasmi.

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perpaduan antara kaum.

Permasalah daripada golongan yang tidak menyetujui dan menerima bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

- Bahasa Melayu tidak layak menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah . - Guru belum fasih menggunakan bahasa Melayu - Bahasa Melayu tidak mempunyai standard. - Tidak sesuai digunakan dalam bidang kehakiman dan pendidikan.

Page 21: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

Golongan yang menyetujui dan menerima bahasa Melayu.

- Layak menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. - Mudah dipelajari dan semua kaum boleh bertutur . - Paling sesuai menjadikan bahasa rasmi berbanding dengan bahasa Cina atau Tamil. - Bahasa Inggeris adalah bahasa penjajahan.

Page 22: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

Bagaimanakah Faktor Pemilihan Sebagai Bahasa Rasmi

Sejak zaman Srivijaya terbukti penggunaan bahasa Melayu sebagai linguafranca di rantau ini .

Penggunaan bahasa Melayu oleh pelbagai kaum. Sebagai bahasa pentadbiran di negeri Melayu

Persekutuan. Mudah dipelajari dan difahami. Faktor penyatupaduan rakyat. Penting dalam urusan pentadbiran dan sistem

pendidikan negara . Mempunyai ‘historicity,autinomy,ethnicity dan

validity.

Page 23: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

4. Bahasa Komunikasi Bahasa dan pertuturan yang membezakan

manusia dan haiwan. Bahasa mempunyai suatu sistem

sistemyang sistematis,dinamik dan selalu berubah-ubah sesuai dengan perkembangan zamannya.

Haliday,dalam bukunya ‘Explorations of languange’ (1973)telah mengemukakan 7 fungsi bahasa iaitu Instrumental, Regulasi, Pemerian, Interaksi,Personal,Heuristik dan khayalan.

Ketujuh fungsi bersifat saling melengkapi antara satu sama lain

Page 24: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

5. Bahasa Perpaduan Pengertian bahasa Melayu sebagai bahasa

perpaduan dapat diertikan sebagai bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.

Cara bahasa menyatupadukan rakyat.- Bahasa Melayu diajar sebagai matapelajaran wajib

dan bahasa pengantar utama bagi semua peringkat.- Pendidikan bahasa Melayu sekolah menengah

meliputi tingkatan 1 hingga 5 terus meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar ,bertutur ,membaca dan menulis memupuk kepekaan terhadap variasi bahasa pelbagai situasi.

Page 25: Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa

6. Bahasa ilmu Bahasa yang mempunyai ciri-ciri formal dan

dapat mengungkap sesuatu konsep dan pemprosesan ilmu.

Bahasa ilmu dapat dilihat melalui beberapa ciri umum iaitu peristilahan,tatabahasa,laras dan sebagainya.

- Istilah yang sudah dicipta oleh DBP setakat ini untuk semua bidang telah mencapai 477300 (Berita Peristilahan , Mei 1986). Setiap satu bidang ilmu terdapat sejumlah peristilahan tersendiri dan mempunyai makna yang tersendiri pula.