Download pdf - Pendidikan Disleksia

Transcript
Page 1: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

1.0 SINOPSIS

Adakah anda tahu tentang definisi dan konsep disleksia? Anda akan dapat memahaminya

dengan jelas jika anda mengikuti modul ini dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Di

samping itu, anda juga dikehendakki membuat latihan dan tugasan yang di berikan bagi

memantapkan penguasaan anda dalam bab ini.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1. Menjelaskan definisi dan konsep disleksia.

2. Menjelaskan sejarah pendidikan disleksia.

3. Mengenalpasti faktor-faktor berlakunya disleksia.

4. Menghuraikan jenis-jenis disleksia.

1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

1.3 DEFINISI DAN KONSEP DISLEKSIA

1

Tajuk 1 PENGENALAN KEPADA DISLEKSIA

Pengenalan kepda

disleksia

Definisi dan konsep

Faktor-faktor berlakunya disleksia

Jenis-jenis Disleksia

Sejarah pendidikan disleksia di

Malaysia dan luar negara

Akta, peraturan, arahan dan pekeliling

Page 2: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek ‘dys’ yang bermaksud

‘kesukaran’ dan ‘lexis’ bermaksud ‘bahasa’. Secara literalnya, disleksia bermaksud,

“kesukaran dalam berbahasa” (Ott 1997 dalam Sheila & Samsilah 2006).

Penyelidikan awal telah mendefinisikan disleksia dengan nama yang berlainan

berdasarkan konsep yang berlainan. Di antaranya, disleksia dinama sebagai “word

blindness” dalam kajian Kerr (1897) dan Kussmaul (1877), “congenital word blindness”

(Minshel Richardson 1917), “strephosymbolia” (Orton 1937), “specific reading disability”

(Eustis, 1947), “reading disability” (Kirk & Bateman 1962), “specific development dyslexia”

(Critchley 1970), “unexpected reading failure” (Symmes & Rapoport 1972), “poor reading”

(Olson et al. 1985) dan sebagainya.

Definisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif (Thomson 1984

dalam Sheila & Samsilah 2006). Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia

adalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan

dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku

kata ataupun dalam perkataan-perkataan.

Definisi operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh World Federation of

Neurology (1968) dalam Sheila & Samsilah (2006) adalah seperti berikut:

“Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui

pengalaman bilik darjah konvensional, gagal mengusai kemahiran bahasa

seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan

intelektual mereka.”

Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) mendefinisikan murid yang mengalami

masalah pembelajaran spesifik disleksia ialah murid-murid yang mempunyai kecerdasan

mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran yang

tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis. Selain itu, pelajar yang

bermasalah pembelajaran spesifik disleksia akan menunjukkan trait-trait yang berbagai

jenis, termasuk kelemahan membaca, bertutur, penulisan dan keupayaan kefahaman.

2

Page 3: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Mengikut Snowling(2000), kanak-kanak disleksia merujuk kepada kanak-kanak

yang mempunyai masalah membaca yang tidak boleh diterangkan oleh faktor-faktor

kecerdasan intelek yang rendah, ketidakupayaan deria, masalah emosi, kekurangan

peluang pendidikan ataupun kekurangan dalam latar belakang sosioekonomi.

Penyelidik-penyelidik selama ini mendefinisi disleksia berdasarkan konsep dan

teori masing-masing, sesetengah pihak mendefinisikan disleksia dari perspektif kognitif

dan sesetengah dari perspektif neurobiologikal. International Dyslexia Association

mendefinisikan disleksia sebagai ketidakupayaan pembelajaran berasas bahasa. Definisi

disleksia yang dicadangkan oleh International Dyslexia Association. (2003a; 2003b)

adalah seperti berikut :

Dyslexia is a language-based, neurobiological learning disability in which an

individual ha difficulty with word recognition, spelling, and decoding. These

problems are often a result of a phonological deficit. Consequently, people

who have dyslexia frequently have secondary problems in reading

comprehension, vocabulary growth, and development of background

knowledge. Dyslexia is not due to a lack of intelligence. A gap between

potential and achievement exists.

Walaupun terdapat banyak definisi dan penjelasan mengenai disleksia, secara

umumnya penyelidik-penyelidik bersetuju bahawa :

1. Disleksia mempunyai asas biologikal dan berpunca dari keturunan

neurologikal.

2. Masalah disleksia akan berlanjutan hingga ke peringkat remaja dan

dewasa.

3. Disleksia mempunyai dimensi persepsi, kognitif dan bahasa.

4. Disleksia akan mengakibatkan kesukaran dalam banyak area dalam

hidup seseorang individu.

3

Page 4: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Latihan :

1. Rujuk kepada dua buah buku berkaitan disleksia, dan beri

definisi yang diberikan oleh kedua-dua pengarang buku tersebut.

Adakah definisi yang di berikan sama dengan definisi yang ternyata

di dalam modul ini. Jika ada kelainan sila nyatakan kelainan dalam

definisi yang di berikan.

Pastikan sumber rujukan di senaraikan seperti, nama

pengarang,nama buku,muka surat,nama penerbit serta tahun

terbitan.

1.4 SEJARAH PENDIDIKAN DISLEKSIA

Malaysia

Penubuhan program disleksia telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak

pengambilan kumpulan pertama guru-guru untuk menjalani kursus disleksia selama

empat belas minggu . Akhirnya, program ini telah dapat direalisasikan pada 13 Mac 2004

dengan memilih Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2)

Sebagai sekolah pra-rintis program disleksia.

Program ini dimulakan dengan hanya tujuh orang murid dan dua orang guru.

Subjek yang diajar pada masa itu adalah Bahasa Malaysia. Kini, program disleksia di

sekolah mempunyai tiga puluh tiga orang murid dan empat orang guru yang mengajar

subjek-subjek utama seperti Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik. Murid-murid

4

Page 5: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

disleksia dikehendaki mengikuti pembelajaran subjek-subjek lain di kelas arus

perdana.Pelancaran rasmi program disleksia di Peringkat Kebangsaan telah

disempurnakan di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) pada 16 Jun 2004, oleh

Yang Bahagia Puan Hajah Siti Zaharah binti Mat Akib iaitu Timbalan Ketua Pengarah

Pelajaran, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Luar Negara

Perkembangan sejarah disleksia bermula seratus tahun sebelum ini. Pada tahun 1895,

Hinshelwood telah menyiarkan satu artikel dalam journal “The Lancet”. Dalam artikel tersebut,

beliau telah mengemukakan isu ingatan dan buta huruf (word blindness). Artikel tersebut telah

memberi ilham kepada Pringle Morgan, seorang doktor di Seaford, menerangkan kes seorang

kanak-kanak lelaki yang berumur 14 tahun yang cerdik tetapi tidak boleh belajar membaca. Artikel

beliau telah disiarkan dalam British Medical Journal pada tahun 1896. Dalam kajian klasik ini,

Morgan menerangkan keadaan seorang kanak-kanak lelaki yang berusir 14 tahun mengalami

“congenitial word blindness”.

Setelah kajian Morgan, ramai penyelidik berminat dalam menjalankan kajian berkait

dengan disleksia dan mengemukakan pandangan mengenai berlakunya disleksia berdasarkan

konsep dan teori mereka masing-masing. Di antaranya, Hinshelwood telah menimbulkan

kesedaran sosial dan klinikal untuk melihat disleksia sebagai isu perubatan. Pada tahun 1917,

Hinshelwood telah mengemuka artikel mengenai “Congenital Word Blindness”, satu kekurangan

yang melibatkan perolehan dan penyimpanan ingatan visual tentang huruf dan perkataan di otak.

Menurut beliau, kekurangan tersebut adalah diwarisi, tetapi boleh diubati dan ia berlaku lebih di

kalangan lelaki daripada perempuan

Tokoh-Tokoh Luar Negara

Samuel Orton seorang psychiatrist dan neurologist di gelar sebagai Father of

Dyslexia. Pada tahun 1926, beliau telah melakukan pembentangan Interpretation of

Developmental Reading Disability to The American Neurological Association. Di Amerika,

Samuel Torrey Orton (1937) berpeluang mengkaji ketidakupayaan bahasa pesakit baliau

selain mefokuskan kajian pada aspek ketidakupayaan bahasa dan mendapati terdapat

hubungan antara kelewatan dalam belajar membaca dengan faktor lain, seperti

penggunaan tangan kiri atau penggunaan mata kiri. Beliau juga mencadangkan teori

“strephosymbolia” yang mefokus pada terbalik huruf atau perkataan dan beliau

5

Page 6: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

mencadangkan bahawa individu disleksia mempunyai kekurangan persepsi visual pada

huruf, berkemungkinan berpunca dari ketidakfungsian otak.

Seterusnya, Anna Gillingham seorang tokoh yang telah menganalisis dan

mengadakan prosedur mengajar dalam Bahasa Inggeris yang telah di rintis oleh Dr.Orton.

Beliau juga telah melatih beberapa orang guru untuk menggunakan dan membiasakan

sistem ini. Anna Gillingham dan Bessie Stillman(1946):, telah menulis dan menghasilkan

sebuah buku mengenai teknik dan cara untuk kanak kanak disleksia, yang bertajuk

Remedial Training for Children with Specific Disability in Reading, Spelling and

Penmanship.

Tokoh-tokoh Malaysia

Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui ciri-ciri

iaitu kosa kata tulisan yang tidak seimbang, lambat dalam bertutur, lemah dalam

menyusun ayat, pelupa, kurang kemahiran mengeja, seolah-olah faham ketika proses

P&P dalam kelas tetapi mendapat keputusan merosot dalam ujian, tidak tepat dalam

bacaan dan tidak terancang. Namun begitu, disleksia bukanlah suatu kecacatan kerana

tidak mempunyai kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ seseorang

Sofiah (2000) menyatakan bahawa disleksia dapat disembuhkan dengan bantuan

rawatan (BOLD 2000). Hasil daripada kajian pakar perubatan dengan mendapati kanak-

kanak disleksia dari segi fizikal adalah aktif (Zabidi 2000).

Coralie (2000) menyatakan bahawa lazimnya kanak-kanak disleksia diberi

peluang pendidikan seperti kanak-kanak biasa. Proses mengenalpasti dan merancang

keperluan pembelajaran kanak-kanak disleksia ini adalah sangat penting. Rosana (1998)

menyatakan bahawa secara keseluruhannya pelajar disleksia adalah lemah dalam

pembelajaran. Mereka bersikap pelupa dan tidak tepat serta lambat dalam bertutur. Irwin

(2000) turut bersetuju bahawa individu yang menghadapi masalah disleksia tersebut

6

Page 7: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

memerlukan satu program khusus untuk belajar membaca, menulis dan mengeja. Hal ini

kerana rogram pengajaran biasa tidak selalunya efektif untuk pelajar-pelajar disleksia.

Malah, beliau juga menyatakan bahawa alternatif pengajaran adalah perlu sekali

dititikberatkan oleh guru. Contohnya menjalankan aktiviti dengan melibatkan penggunaan

pelbagai deria pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran seperti task-on.

Antara selebriti dan tokoh terkemuka dunia yang dikatakan mempunyai masalah

disleksia seperti yang dilaporkan dalam Time Magazine bertarikh 8 September 2003 ialah

Thomas Edison, Tom Cruise, Whoopi Goldberg dan bekas Perdana Menteri Singapura

iaitu Lee Kuan Yew.

Latihan:

1. Terdapat ramai tokoh terkenal yang telah memberi

sumbangan pada bidang disleksia. Selain daripada tokoh-

tokoh yang telah di sebutkan di atas sila perkenalkan

beberapa orang tokoh dan institusi yang terdapat dalam negara

dan luar negara dan terangkan peranan/ sumbangan mereka

terhadap bidang disleksia. (Contohnya Margaret J Snowling,

T.R. Miles, Gavin Reid dan lain-lain.)

2. Cuba melayari laman web untuk mencari maklumat lebih lanjut.

http://www.psychtesting.org.uk/hotissues.asp?id=83

http://www.interdys.org/

7

Page 8: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

1.5 FAKTOR-FAKTOR DISLEKSIA

Mengikut Mercer(1997); Hammond dan Hughes(1996) dan Spaafford dan

Grosser(1996), antara punca-punca disleksia ialah;

1.5.1 Keturunan atau genetik

Kajian-kajian dijalankan sejak dekad 19 menunjukkan disleksia dipengaruhi faktor

keturunan. Kajian pertama mengenai disleksia berkait dengan genetik yang diterbit adalah

kajian Hallgren pada 1950 yang bertajuk “Specific dyslexia ("congenital word blindness”):

A clinical and genetic study”. Beliau telah melakukan kajian terhadap 276 orang kanak-

kanak yang mengalami disleksia di Child Guidence Clinic, didapati sebanyak 88%

daripada subjek mempunyai masalah pembelajaran, sama seperti masalah yang dihadapi

ahli keluarga mereka. Berdasarkan keputusan kajian, Hallgren mencadangkan bahawa

disleksia perkembangan (developmental dyslexia) dipengaruhi faktor keturunan.

Kajian yang dijalankan oleh Shaywitz & Shaywitz (2005) telah menunjukkan

disleksia dipergaruhi faktor keturunan, iaitu terdapat 25% hingga 50% daripada kanak-

kanak di mana ibu bapanya mengalami disleksia akan juga mengalami disorder tersebut,

Dalam 20 tahun kebelakangan ini, dengan perkembangan penggunaan teknologi

genetik dan metodologi statistikal dalam mendiagnosis disleksia, telah menunjukkan

terdapat faktor genetik menyumbang dalam berlakunya disleksia. Selepas itu terdapat

kajian-kajian menunjukkan kromosom 1p (Grigorenko et al. 2001), kromosom 2pll

(Peyrard-Janvid et al. 2004), kromosom 3 dan kromosom 6p telah dikenal pasti terlibat

dalam mempengaruhi genetik seseorang individu mengalami disleksia. Selain itu, terdapat

8

Page 9: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

juga kajian menunjukkan kromom 18p112 berkait dengan kekurangan kesedaran fonem.

Ini menunjukkan terdapat beberapa gen yang berkait dengan berlakunya disleksia.

1.5.2 Perkembangan

Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu

dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada

kanak-kanak perempuan. Tahap dan keadaan perkembangan yang berlainan merupakan

salah satu kemungkinan punca disleksia.

Secara umumnya, faktor perkembangan kanak-kanak disleksia dapat dilihat

daripada beberapa aspek:

A. Faktor neurobiological

Individu mengalami disleksia akibat daripada fungsi otak yang berlainan dengan

individu lain.

Sally Shaywitz, Overcoming Dyslexia, 2003

Oleh kerana ketidakaktifan pada laluan neural dalam otak, individu disleksik

mengalami masalah dalam menganalisis perkataan dan menterjemahkan huruf kepada

bunyi. Keadaan ini akan berlanjutan walaupun usir meningkat, dan masih akan kurang

lancar dalam membaca.

9

Page 10: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

B. Faktor kerosakan kognitif

i. Visual deficits

Individu disleksik dikatakan mengalami kesukaran gerakan motor-visual semasa membaca bahan cetakan. Garzia et. al.( 1993) mencadangkan keadaan tersebut berlaku akibat daripada sistem magnocellular visual, di mana pembaca disleksia mengalami kesukaran membaca, contohnya mendapati huruf terbalik, tidak dapat membezakan bentuk huruf yang seakan-akan sama, sukar membatangkan suku kata.

ii. Phonological (speech) processing deficits

Sesetengah penyelidik cuba menerangkan faktor berlakunya disleksia dari segi

pemprosesan fonologikal. Individu mengalami kekurangan dalam memperolehi kemahiran

10

Page 11: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

fonologikal kerana ketidakupayaan memproses bunyi dengan tepat, kesukaran

mengekalkan hubungan huruf-bunyi dalam ingatan jangka pendek.

1. Rujuk kepada buku-buku disleksia, rumuskan faktor-faktor

berlakunya disleksia dan jelaskan dengan lebih lanjut mengenai

faktor-faktor tersebut. Jangan lupa seorang guru profesional tidak

akan lupa memberi sumber rujukannya. Adakah anda seorang guru

profesional?

2. Cuba melayari laman web untuk mencari maklumat lebih lanjut.

http://www.understanding-learning-disabilities.com/index.html

1.6 JENIS JENIS DISLEKSIA

1.6.1 Perolehan

Menurut Ott (1997), disleksia perolehan (acquired dyslexia) adalah kesan dari

kerosakan pada otak seperti kecederaan pada otak atau ketumbuhan dalam otak yang di

11

Page 12: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

alami sejak kelahiran. Terdapat empat jenis simptom yang berlainan pada kanak-kanak

yang mengalami disleksia perolehan, iaitu :

I. Disleksia yang dalam teruk (deep disleksia) dan dikenali juga (phonemic disleksia)

yang melakukan kesilapan menyebut ketika membaca, yang menyebabkan makna

berubah

II. Disleksia phonologi yang tidak boleh menyebut atau membaca perkataan dan

bukan perkataan

III. Disleksia permukaan yang melibatkan gangguan penglihatan seseorang kanak-

kanak dalam mendiskriminasi abjad atau perkataan yang rupanya agak sama

2. Perkembangan

Disleksia perkembangan merupakan salah satu gangguan perkembangan fungsi otak.

Disleksia dianggap suatu masalah yang disebabkan oleh gangguan dalam daya ingat

(memori) dan pemprosesan central yang disebut kesulitan membaca.Seperti yang sudah

diutarakan di atas, disleksia perkembangan disebabkan oleh kelainan genetik.

Gangguan perkembangan tersebut hanya terjadi pada bahagian otak yang berhubungan

dengan bahasa khususnya jalur membaca (jalur yang menghubungkan antara pusat

penglihatan dengan pusat bahasa). Namun, walau perkembangan di pusat bahasa

terganggu, otak individu disleksia mampu membuat kompensasi dengan perkembangan

pada pusat lainnya.

1. Terdapat 2 jenis disleksia yang telah di senaraikan di atas,

senaraikan jenis-jenis disleksia yang lain. Mengapa terdapat

banyak jenis disleksia? Sila rujuk kepada beberapa buah buku

disleksia bagi menjawab soalan di atas.

2. Cuba melayari laman web untuk mencari maklumat lebih lanjut.

http://www.understanding-learning-disabilities.com/index.html

www.macalester.edu/

12

Page 13: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

1.7 AKTA

Pendidikan khas semakin diberi perhatian sejak penggubalan semula Akta

Pendidikan 1961 kepada Akta Pendidikan 1996 iaitu menyediakan khusus yang berkaitan

dengan pendidikan Khas. Perlaksanaan Dasar Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah

2003 melalui perintah Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002 yang memberi peluang kepada

semua warga Malaysia yang berumur 6 tahun untuk mendapat pendidikan di institusi yang

disediakan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Sistem

pendidikan ini menyediakan peluang kepada semua rakyat dalam lingkungan umur

kelayakan untuk mendapat pendidikan secara percuma. Dasar Pendidikan Untuk Semua,

serta Dasar Pendemokrasian Pendidikan yang dilancarkan sebelum ini akan

diperkukuhkan lagi oleh perlaksanaan Dasar Persekolahan Wajib.

Contoh akta pendidikan khas adalah, Akta Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2)

13

Page 14: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

seksyen 41. Mengikut akta tersebut semua pelajar bekeperluan khas yang boleh dididik &

mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain-boleh diterima

bersekolah. Selain itu,terdapat pelbagai tahap pendidikan yang disediakan oleh kerajaan

kepada murid murid bekeperluan khas di Malaysia antaranya :

I. prasekolah,

II. sekolah harian biasa rendah dan menengah

III. sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan

pengajaran berasingan dan separa inklusif.

IV. pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran,

penglihatan, dan pendengaran.

Selain itu, pelbagai syarat telah di tetapkan sekiranya ibu bapa ingin mendaftarkan

anak mereka ke sekolah,antaranya

I. Tadika(berusia tidak kurang 6 tahun),

II. Sekolah Rendah(berusia 6+ hingga 14+ tahun) dan

III. Sekolah Menengah (13+ hingga 19+ tahun)

IV. Semua kanak-kanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada ketiga-tiga

panel.KPM,JKM,Pegawai perubatan

Akta orang cacat di malaysia pula adalah,

I. Penyamaan Peluang Dan Penyertaan Penuh (pendidikan,

perniagaan/pekerjaan, sukan, Pemulihan, Aksesibiliti, Perkhidmatan Sokongan,

Keselamatan Sosial.

II. Peruntukan Berkaitan Diskriminasi Berdasarkan Kecacatan

III. Suruhanjaya Orang Kurang Upaya(mengendalikan aduan dan menyiasat

pendakwaan)

Matlamat Akta Orang Cacat 2002 adalah untuk:

14

Page 15: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

I. memastikan bahawa orang kurang upaya di Malaysia mempunyai hak yang

sama di bawah undang-undang seperti masyarakat lain

II. Untuk menghapuskan, sejauh mana yang boleh, diskriminasi terhadap seorang

atas sebab kurang upaya (kecacatan) dalam beberapa aspek hidup

III. Untuk menggalakkan pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa orang

kurang upaya diberi peluang yang sama dan penyertaan sepenuh di kalangan

masyarakat untuk membolehkan mereka hidup sebagai rakyat yang berhak di

negara ini.

1. Rujuk kepada beberapa buku mengenai akta pendidikan khas

dan terangkan maksud akta itu tersendiri dan huraikan matlamat

akta berkaitan dengan disleksia.

2. Cuba melayari laman web untuk mencari akta-akta berkaitan

disleksisa. Apakah perbezaan akta-akta tersebut dengan akta-akta

Malaysia?

15

Page 16: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Tajuk 2 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DISLEKSIA

2.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan memberi pengetahuan kepada anda berkaitan dengan

perkembangan kanak-kanak disleksia dari segi ciri-ciri kanak-kanak disleksia dan

masalah utama kanak-kanak disleksia.

Dapatkah anda mengagak bagaimanakah ciri-ciri kanak-kanak disleksia? Adakah

ciri-ciri kanak-kanak disleksia mempunyai persamaan dengan ciri-ciri kanak-kanak

normal? Apakah masalah utama yang dialami oleh kanak-kanak disleksia? Mungkin

jawapannya dapat anda temui melalui pembacaan modul ini seterusnya.

2.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan ciri-ciri kanak-kanak disleksia.

2. Mengenal pasti masalah-masalah utama kanak-kanak disleksia.

2.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK

16

Page 17: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

2.4 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DISLEKSIA

Bahagian ini akan membicarakan tentang ciri-ciri kanak-kanak disleksia dari segi

fizikal, kecerdasan, emosi dan sosial.

Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya berbanding rakan

yang sebaya daripada segi umur kronologikal seperti seorang kanak-kanak disleksia

berusia tujuh tahun sering berkelakuan seperti kanak-kanak berusia dua ataupun tiga

tahun yang mementingkan diri ( Cronin 1997: ms 111 dalam Sheila & Samsilah 2006).

2.4.1 Ciri-Ciri Kanak-Kanak Disleksia

i. Ciri-ciri Fizikal:

Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa

salah butang. Kekeliruan juga timbul di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan

kanan.

• kanak-kanak ini tidak mempunyai kekurangan dari aspek fizikal

• mereka mempunyai fizikal yang lengkap

• cara mereka berpakaian sama dengan kanak-kanak normal yang lain

ii. Ciri-ciri kecerdasan:

17

Perkembangan Kanak-kanak Disleksia

Ciri-ciri kanak-kanak disleksia

Masalah utama kanak-kanak disleksia

Page 18: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Kebanyakan mereka mempunyai kecerdasan yang sama dengan kanak-kanak

normal yang lain, malahan ada yang lebih baik daripada kanak-kanak normal yang lain.

Mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan

bodoh.

iii. Ciri-ciri emosi

Murung

Kurang berkeyakinan diri

Mudah geram

Bimbang

iv. Ciri-ciri sosial

kelihatan berkhayal dan tidak mendengar

Menghadapi kesukaran membaca isyarat sosial atau bahasa badan

Masalah pergaulan sosial, keyakinan dan imej diri yang rendah dan

dibuli di sekolah

Menghadapi masalah ingatan dan turutan, kadang-kadang dianggap

berbohong

Konsep kendiri rendah

18

Page 19: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

2.4.2 MASALAH-MASALAH UTAMA KANAK-KANAK DISLEKSIA

Masalah utama yang dialami oleh kanak-kanak disleksia ialah dari segi bahasa,

matematik, konsep kendiri, pengamatan dan pemprosesan maklumat. Masalah-masalah

tersebut dapat digambarkan dalam rajah berikut:

19

AKTIVITI

Dengan menggunakan jadual, buat banding beza antara murid disleksia, murid pemulihan

dan murid normal di kelas biasa.

Ciri Murid Disleksia Murid Pemulihan Murid NormalFizikalEmosiSosialKecerdasa

n

Page 20: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Rajah Menunjukkan Lima Masalah Utama yang Dialami oleh Kanak-kanak Disleksia

i. Masalah Bahasa

Kanak-kanak yang didiagnosis mengalami disleksia kebanyakan menunjukkan

kesukaran dalam perkembangan bahasa pada peringkat pra-sekolah. Salah satu masalah

disleksisa adalah gangguan bahasa yang spesifik dan dapat dilihat menerusi kekurangan

kebolehan dan proses fonologikal. Kekurangn ini dikatakan tidak ada hubungan dengan

keupayaan kognitif ataupun akademik. Disleksia ini juga boleh dijelaskan dengan pelbagai

kesukaran yang dihadapi dalam pelbagai bentuk dalam bahasa seperti membaca, menulis

dan mengeja.

Secara basisnya, untuk belajar membaca, kanak-kanak perlu mengtadbirkan satu

set hubungan antara huruf cetakan dan bunyi pertuturan (fonem) kosa kata lisan.

Hubungan antara “orthografik” dan “fonologi” perlu dicapai pada tahap “peroleh dengan

tepat” untuk memastikan bahawa kosa-kata yang belum dijumpai sebelum ini dapat

didekod, kalau tidak, kanak-kanak akan menghadapi cabaran tentang kosa-kata baru,

kerana tidak mempunyai pengetahuan untuk dekod kosa kata. Kesedaran bahawa semua

kosa kata dapat dipecah kepada unit fonologikal membolehkan pembaca menghubung

huruf (orthografik) dengan pertuturan (fonologi) dan seterusnya memecah kod bacaan.

Untuk membaca, kanak-kanak perlu mengembangkan “insight” bahawa kosa kata

pertuturan boleh dipecah menjadi fonem dan huruf dalam perkataan penulisan yang

mewakili bunyi tersebut. Bagaimana pun, kesedaran tersebut kurang ditunjukkan oleh

kanak-kanak dan dewasa disleksia.

Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingat huruf dengan

perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingat bentuk huruf, bunyi huruf dan

gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan masalah kepada

mereka ialah huruf b dan d, dan perkataan yang ejaannya hampir serupa.

Mempunyai kekeliruan susunan huruf. Contohnya: ‘dan’ ditulis ‘nad’

Menambah huruf misalnya ‘main’ ditulis ‘maein’

20

Page 21: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Menggantikan huruf ‘saya’ menjadi ‘caya’

Meninggalkan huruf, ‘makan’ menjadi ‘akan’

Keliru dengan bunyi huruf-huruf vokal seperti a e i o u. ‘epal’ ditulis ‘apel’

Menulis ejaan yang tidak bererti misalnya ‘makan’ ditulis ‘mikan’

Membalikkan suku kata misalnya, ‘masa’ menjadi ‘sama’

Tidak dapat menulis dan menyebut perkataan-perkataan yang mempunyai

3,4,5 suku kata

Sukar menyalin semula nombor-nombor, misalnya ‘6’ ditulis ‘9’

Kajian Kamhi & Catts (1986) juga mendapati kanak-kanak disleksia menunjukkan

kesukaran dalam memproseskan bahasa, mereka didapati menunjukkan kekurangan

dalam persepsi pertuturan, kesedaran fonologikal, pengulangan membaca perkataan dan

ayat dan menyebut dengan pantas (rapid naming ).

ii Masalah Matematik

Kanak-kanak disleksia mengalami masalah matematik dari aspek-aspek berikut:

A. Ingatan jangka pendek dan ingatan kerja

Kesukaran dengan ingatan jangka pendek dan ingatan kerja akan mempengaruhi keberkesanan pembelajaran dalam sifir, pengiraan mental. Namun, kanak-kanak disleksia berkeupayaan dalam melihat pola dan gambaran besar.

B. Turutan/Sequencing

Adalah sukar untuk kanak-kanak disleksia mengira, terutamanya mengira secara satu dengan satu. Mereka juga sukar mengira secara kebelakang(count backwards) , contohnya 18 akan ditulis jadi 81. Mereka mungkin juga sukar dalam mengingat turutan yang panjang, contohnya 4°, 4¹, 4², 4³.

C. Visual Perceptual

Kanak-kanak keliru dengan simbol +, ÷, dan x atau 6 dan 9, 3 dan 8.

21

Page 22: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

D. Kesedaran Ruangan

Kesukaran dalam menempatkan nilai nombor atau geometri, sukar untuk mengkaitkan bentuk dua dimensi kepada tiga dimensi.

E. Masalah Penyusunan Bersiri

Kajian menunjukkan kanak-kanak disleksia sukar menyusun sesuatu secara

bersiri, seperti susunan bulan dalam setahun , susunan hari dalam seminggu, susunan

huruf , nombor dan ejaan-ejaan bagi perkataan-perkataan. Justeru, mereka menghadapi

masalah menghafal sifir ataupun mengingat susunannya.

Apabila ditanya secara spontan, “Berapakah nilai 5 × 7 ?” Mereka terpaksa

membaca sifir daripada awal sehingga sampai kepada nombor yang dikehendaki itu. Ini

bermakna penyelesaian satu masalah matematik yang mudah memerlukan masa yang

lama serta banyak tenaga dan usaha. Masalah yang sama juga berlaku dalam operasi

pembahagian. Hal sebeginilah yang dikatakan sabagai masalah pemprosesan maklumat

dalam diri seseorang individu.

iii Pengamatan

Individu disleksia juga menunjukkan daya pengamatan, pendengaran dan

penglihatan yang lemah. Secara umumnya individu disleksia mengalami masalah

pengamatan penglihatan dan pendengaran. Individu disleksia yang mengalami kesukaran

pada aspek pengamatan penglihatan akan menunjukkan masalah seperti berikut:

mengeja vowel/vokal

memecah perkataan menjadi suku kata, contoh: membaca jadi me-mba-ca

gerakan visual Problems with Visual Movement

kedudukan visual

tumpuan visual

22

Page 23: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Individu disleksia mengalami kesukaran pada aspek pengamatan pendengaran

akan menunjukkan masalah seperti berikut:

rentakan bunyi: hot--mop

mengidendifikasi jumlah perkataan dalam sesuatu ayat

mengidendifikasi suku kata dalam sesuatu perkataan

mengidendifikasi setiap bunyi dalam perkataan

Menurut Learner (1971) dalam bukunya “Children With Learning Disabilities”,

pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca

indera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan

kuasa intelek. Oleh yang demikian, guru perlulah mengkaji dan membuat pemerhatian

yang khusus bagi mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat pada murid yang mengalami

masalah pengamatan. Terdapat 16 ciri yang dikenal pasti ditonjolkan oleh murid disleksia

yang mengalami masalah pengamatan. Berikut adalah antara ciri-ciri masalah

pengamatan yang ditonjolkan oleh murid disleksia:

• Ciri pertama

Murid Disleksia lambat dalam membuat satu-satu pengolahan seperti

mengkelaskan satu-satu himpunan mengikut jenisnya. Contohnya seperti guru

memberi gambar rajah tumbuh-tumbuhan dan kenderaan seperti kereta, motor dan

lori, kemudian guru meminta murid untuk mengkelaskan gambar rajah tersebut

mengikut jenis yang diberikan. Namun apabila guru menyuruh murid mula

mengkelaskan gambar rajah tersebut, murid kelihatan memgambil masa yang lama

untuk mengkelaskannya. Hal ini adalah kerana, mereka kurang faham dan tidak

tahu untuk melakukan aktiviti tersebut, namun apabila mereka faham dengan jelas

arahan aktiviti, mereka dilihat sangat berminat untuk melaksanakan aktiviti

tersebut. oleh itu, guru perlulah membuat peneguhan secara berulang kali bagi

mengelakkan masalah kemahiran pengamatan terjadi.

• Ciri kedua

23

Page 24: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Murid disleksia mempunyai kesukaran dalam mengaitkan perkara yang

diketahuinya kepada situasi baru. Contohnya, murid mengetahui bagaimana

membezakan bentuk dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang maujud,

namun apabila diberi latih tubi murid tidak dapat membezakannya.

• Ciri ketiga

Murid yang mengalami masalah pembelajaran sering cepat lupa, oleh itu mereka

memerlukan ulangan yang kerap. Sebagai contoh, guru melaksanakan aktiviti

menyebut perkataan yang mempunyai suku kata KV dan KVK seperti ”bakar”,

”sakit” dan ”perut”. Sekiranya guru memberi gambar bersama dengan perkataan

seperti gambar ”rumah”, murid tersebut dapat menyebut dengan lancar. Namun

sekirannya guru tidak meletakkan gambar rajah bersama dengan perkataan yang

ingin disebut, murid dillihat tidak dapat menyebut dengan lancar. Murid mengambil

masa yang lama untuk menyebutkan perkataan tersebut.

• Ciri keempat

Murid disleksia lebih cenderung ke arah tindakan yang terburu-buru dan memberi

sesuatu keputusan tanpa berfikir. Contohnya, guru memberi latihan kemahiran

pengamatan penglihatn seperti mencantumkan dua suku kata menjadi perkataan

yang bermakna. Guru meletakkan suku kata di dalam satu kotak dan murid perlu

mengambilnya dan ditampalkan di papan putih. Apabila aktiviti dimulakan, murid

dilihat mencantumkan dua suku kata dengan betul, namun perkataan yang dibina

tidak mempunyai makna. Oleh yang demikian, guru perlu membetulkan kesilapan

murid dan menerangkan kepada murid bahawa perkataan yang dicantum tidak

membawa makna. Murid sepatutnya berfikir terlebih dahulu sebelum cuba untuk

mencantumkan dua suku kata tersebut.

• Ciri kelima

Murid disleksia lemah ko-ordinasi motor-mata tangan. Contohnya guru memberi

aktiviti seperti menyambungkan titik, apabila titik disambungkan ia akan

membentuk huruf seperti ”a”, ”b” dan ”c”. Namun murid dilihat tidak dapat

menyambung titik dengan betul. Hal ini adalah kerana, murid tidak dapat

memegang pensil dengan betul dan tumpuan mata yang diberi terhadap aktiviti

24

Page 25: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

yang dijalankan adalah kurang. Oleh itu bagi meningkatkan kemahiran ko-ordinasi

motor-mata tangan murid, guru seharusnya memperbanyakkan lagi aktiviti yang

melibatkan kedua-duanya digunakan dalam satu masa.

• Ciri keenam

Murid disleksia mengalami masalah ketidakbolehan membuat keputusan secara

am. Contohnya, guru memberi aktiviti seperti meletakkan satu gambar rajah di

papan putih, kemudian guru menceritakan serba sedikit berkaitan gambar rajah

berkenaan seterusnya guru meminta murid untuk membuat kesimpulan terhadap

gambar rajah yang diberikan berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui oleh

murid. Namun kesimpulan yang dibuat tidak menepati gambar rajah yang

diberikan. oleh itu, guru perlulah menggalakkan murid untuk belajar membuat

keputusan yang berkait rapat dengan persekitaran dan memberi pendedahan yang

teliti kepada murid berkaitan aktiviti supaya mereka dapat membuat kesimpulan

dengan baik.

• ciri ketujuh

Murid jenis ini dilihat susah sekali untuk turut serta dalam permainan kerana

mereka tidak dapat mengikut corak permainan. Contohnya, guru kelas

menganjurkan pertandingan membina ayat dengan perkataan yang diberikan.

Murid yang mengalami masalah kesukaran pengamatan tidak akan melibatkan diri

dan dilihat lebih banyak mendiamkan diri. Hal ini adalah kerana, mereka tidak

dapat menguasai kemahiran membina ayat tersebut. Oleh itu, guru pemulihan

perlulah mengajar murid asas pembina ayat yang mudah sehingga murid mampu

membina ayat sendiri, kemudian ke peringkat yang lebih sukar.

25

Page 26: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

AKTIVITI

1. Anda telah membaca masalah pengamatan yang ditonjolkan oleh murid

disleksia. Apakah puncanya yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut?

iv Konsep kendiri

Kanak-kanak disleksia mengalami konsep kendiri yang menjejaskan masalah

sosial dan emosi mereka. Hal ini disebabkan kanak-kanak disleksia terpaksa menempuh

persekitaran dalam keadaan berbeza daripada rakan sebaya normal yang lain.

Dr Samuel Orton menjelaskan bahawa pada peringkat pra sekolah kanak-kanak

disleksia ini masih mampu menyesuaikan diri dengan baik dan ceria. Masalah mula wujud

apabila mereka merasakan bahawa arahan-arahan dan bimbingan daripada guru adalah

tidak selaras dengan gaya pembelajaran mereka. Apabila kanak-kanak ini masuk sekolah

rendah, tekanan ke atas mereka semakin hebat kerana tahap pembelajaran yang semaki

sukar dan mementingkan kecemerlangan akademik. Oleh itu, kanak-kanak disleksia ini

berasa berputus asa kerana mereka tidak dapat mengikut proses pembelajaran seperti

rakan yang lain yang secara tidak langsung menyebabkan mereka memberontak.

Namun demikian, kita juga perlu menyedari bahawa masalah sosial juga

merupakan salah satu kesan daripada masalah disleksia. Antara kesan yang berkaitan

dengan konsep kendiri kanak-kanak disleksia adalah seperti berikut :

• Mengelak ke sekolah dan kerja rumah

26

Page 27: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Masalah ini adalah disebabkan oleh masalah pembelajaran yang dihadapi oleh

mereka di sekolah, umpamanya tugasan atau set latihan yang berat. Ibu bapa perlu

sentiasa bekerjasama dengan guru bagi memastikan tahap dan perkembangan kanak-

kanak disleksia ini sentiasa diberi perhatian agar mereka tidak terus ketinggalan dalam

proses pembelajaran. Di rumah ibu bapa perlu merancang dan membuat sedikit aktiviti

fizikal bagi menyeronokkan hati kanak-kanak disleksia selain memberikan mereka masa

rehat setelah pulang daripada sekolah.

• Mudah putus asa

Ramai kanak-kanak disleksia merasa kecewa di sekolah kerana semua usaha

mereka gagal, ditambah lagi dengan ejekan ataupun kemarahan yang diterima daripada

rakan-rakan dan guru. kebanyakkan kanak-kanak ini berhenti berusaha keran mereka

berasa lebih rela dimarahi apabila mereka tidak berusaha langsung daripada mereka

dimarahi setelah mencuba sedaya upaya tetapi tetap mendatangkan hasil yang kuarng

memuaskan.

v Pemprosesan maklumat

Satu lagi masalah yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak disleksia adalah

masalah pemprosesan maklumat. Pemprosesan maklumat berkait rapat dengan struktur

otak seseorang. Ini adalah disebabkan oleh otak berfungsi untuk menganalisis dan

meneliti maklumat yang diperolehi oleh seseorang ke dalam bentuk yang lebih lengkap.

Seterusnya, maklumat-maklumat tersebut akan dihurai dan diterjemah sama ada dalam

pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan dan sebagainya. Masalah pemprosesan maklumat

yang dialami mereka terbahagi kepada beberapa aspek iaitu masalah pengkodan

fonologi, masalah mengingat perkataan dan masalah ingatan jangka pendek.

a. Masalah pengkodan fonologi

Pengkodan fonologi merujuk kepada hubungan sistematik antara huruf dengan

bunyi. Secara ringkasnya, kanak-kanak disleksia lazimnya mengalami kesukaran dalam

27

Page 28: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

membezakan antara ‘paku’ dengan ‘pasu’. Mereka juga tidak dapat ‘mendengar’ rima

akhir yang sama antara perkataan. Umpamanya, apabila ditanya apakah perkataan yang

bunyi akhirnya sama dalam ayat “Jack and Jill went up the hill”, mereka akan menjawab,

‘Jack’ dan ‘Jill’.

Berdasarkan contoh di atas, ini bermakna mereka keliru dan sukar membezakan

perkataan yang hampir sama bunyinya. Begitu juga dengan harga suatu barangan dalam

bahasa Inggeris yang berunyi fifty cents ataupun fifteen cents. Kesukaran ini bukanlah

disebabkan oleh masalah pendengaran, sebaliknya berkait rapat dengan pemprosesan

maklumat di dalam otak (Farrer, 1996).

b. Masalah mengingat perkataan

Dalam masalah ini, kanak-kanak disleksia dikatakan mempunyai masalah untuk

mengingat semula perkataan yang telah didengari mereka. Secara umumnya, kanak-

kanak disleksia dikatakan mempunyai kecerdasan yang normal. Kebanyakan mereka

mempunyai IQ yang normal dan sebahagian daripada mereka mempunyai kecerdasan

luar biasa. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai masalah dalam mencari semula

perkataan.

28

Boleh melihatBoleh mendengar

Errr…

TETAPI bermasalah memproses perkataan

Page 29: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Berdasarkan gambar yang ditunjukkan di atas, ini bererti kanak-kanak tidak dapat

menjawab soalan yang diberikan secara spontan. Mereka juga sering didapati mengalami

kesukaran mengingati nama kawan-kawan dan anggota keluarga dan sering merujuk

individu tersebut sebagai “kawan saya di sekolah” atau “budak lelaki itu” . Mereka sukar

mengingati fakta-fakta yang telah mereka dengar.

Seorang kanak-kanak disleksia mungkin dapat menghuraikan proses ‘penyebaran’

dalam subjek sains dengan panjang lebar, tetapi mereka mengalami kepayahan

menyenaraikan contoh tumbuhan yang menggunakan angin sebagai mekanisma

penyebaran. Selain itu, kanak-kanak disleksia juga cenderung menjadi kaku dan membisu

apabila ditanyakan soalan.

C. Masalah ingatan jangka pendek

Ingatan jangka pendek ataupun ingatan bekerja merujuk kepada stor di mana

maklumat yang sedang digunakan disimpan. Kanak-kanak disleksia didapati menghadapi

masalah memproses maklumat yang baru masuk dan pada masa yang sama mengambil

maklumat dari stor ingatan jangka panjang. Kesemua proses ini akan mengumpul

maklumat di stor ingatan jangka pendek bagi digunakan pada masa itu. Ini bererti kanak-

kanak disleksia tidak berupaya mengingati arahan-arahan panjang yang diberikan.

Sebagai contoh, pelajaran membuat origami dalam subjek Pendidikan Seni, membuatkan

mereka kehilangan punca kerana arahan yang terlalu panjang dalam aktiviti tersebut .

Masalah yang serupa juga dihadapi oleh kanak-kanak disleksia apabila

berhadapan dengan soalan aneka pilihan. Untuk memilih jawapan yang tepat, mereka

perlu ‘memegang’ satu soalan dan empat pilihan jawapan dalam stor ingatan bekerjanya.

Ini merupakan masalah berat bagi mereka. Oleh kerana itu , mereka lebih berupaya

menjawab dengan baik dalam soalan terbuka yang memberi ruang untuk mereka berfikir

dan menulis jawapan yang dikehendaki.

29

Page 30: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya penyelidik-penyelidik bersetuju bahawa kanak-kanak

disleksia mengalami kesukaran pada aspek fonologikal, maka bagaimana mereka

mendapat kemujuan dalam pembacaan? Olson (1985) mencadangkan bahawa kanak-

kanak tersebut mempunyai kekuatan pada strategi visual untuk mengatasi kelemahan

fonologikal mereka, iaitu kanak-kanak disleksia mengguna kemahiran visual dan

pengetahuan terhadap perkataan dari lexican mental untuk mengenal perkataan. Kajian

Siegel et al. (1995) juga mendapati kanak-kanak disleksia walaupun lemah dalam

membaca perkataan-palsu jika berbanding dengan kanak-kanak biasa, tetapi mereka

bagus dalam tugasan mengenai orthographic. Sebagai rumusan, kemahiran orthographic

mereka sama bagus dengan kanak-kanak yang tidak berdisleksia dan kemahiran tersebut

membolehkan mereka menguruskan tugasan bacaan.

Aktiviti 2

Anda telah membaca lima masalah utama yang dialami oleh kanak-

kanak disleksia. Dengan menggunakan peta minda, rumuskan

masalah-masalah yang dibelajari.

“SELAMAT MAJU JAYA”

Melayari laman web untuk mendapat maklumat tambahan.

http://archive.excellencegateway.org.uk/page.aspx?o=framework4dyslexia

30Tajuk 3 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

DISLEKSIA

Page 31: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

3.0 SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep pengurusan tingkah

laku, faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku, kesan salah laku terhadap

pembelajaran dan kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid

berkeperluan khas.

3.1 HASIL PEMBELAJARAN

1. Memahami definisi dan konsep berkaitan dengan pentaksiran dan penilaian kanak-

kanak disleksia.

2. Menjelaskan kepentingan pentaksiran dan penilaian bagi mengenalpasti kanak-

kanak yang mempunyai masalah disleksia

3. Mengenal pasti bentuk-benmtuk ujian pengenalpastian/saringan serta ujian

diagnostik yang boleh dijalankan oleh guru-guru mata pelajaran atau guru-guru

yang dilantik khas.

3.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

31

Page 32: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

3.3 KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Pengenalan

Pentaksiran bermaksud memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan

bersistem. Banyak perkara yang dijalankan dalam bilik darjah dapat dikategorikan sebagai

pengujian. contohnya, ramai guru meminta murid-muridnya mengisi maklumat peribadi

dalam suatu borang itu, antara perkara yang mungkin ditanya ialah hobi murid dan

sebabnya mereka berminat dengan hobi itu. Persoalan seperti itu boleh dikategorikan

sebagai pentaksairan.

Pentaksiran biasanya melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya

melibatkan maklumat yang diperolehi dalam bentuk nombor. Menurut Stevens (1951),

pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria tertentu

dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya, pengukuran merupakan

cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan ringkas dan

mudah.

32

Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

Kepentingan pentaksiran dan

penilaian

Ujian-ujian Pengenalpastian /

SaringanUjian Diagnostik

Page 33: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Tujuan pentaksiran merujuk kepada Pierangelo & Giuliani (2006), menyatakan

bahawa pentaksiran dalam pendidikan mempunyai 5 tujuan iaitu :

a. Pemeriksaan dan Pengenalpastian (Screening and Identification)

b. Kelayakan dan Diagnosis (Eligibility and Diagnosis)

c. Penempatan dan Perkembangan RPI (IEP Development and Placement)

d. Perancangan Pengajaran (Instructional Planning)

e. Penilaian (Evaluation)

Menurut Taylor( 1989 ), tujuan menjalankkan sesuatu pentaksiran dan penilaian

adalah :

1 Untuk mengidendifikasikan,

2 Menentukan dan menilai sesuatu program dan strategi pengajaran,

3 Menentukan tahap pencapaian dan keperluan pendidikan semasa,

4 Memutuskan klasifikasi dan program penempatan, dan

5 Menghasikan Rancangan Pendidikan Individu.

Menurut Pierangelo & Giuliani (2006), pentaksiran adalah merujuk kepada

pembangunan kemahiran-kemahiran yang memasukkan satu pengetahuan kerja bagi

komponen-komponen berikut bagi proses penilaian yang teratur bagi menentukan jenis

kecatatan yang sesuai :

a. Koleksi (Collection)

Merupakan koleksi penyurihan dan pengumpulan maklumat daripada punca-punca

yang memberi maklumat daripada seseorang pelajar seperti maklumat latar

belakang pelajar, rekod sekolah, pemerhatian, penglibatan ibu bapa dan laporan

guru.

b. Analisis (Annalysis)

Pemerosesan dan pemahaman mengenai bentuk pendidikan pelajar, sosial,

perkembangan, persekitaran, perubatan dan sejarah emosi.

c. Penilaian (Evaluation)

33

Page 34: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Merujuk kepada penilaian pelajar, intelektual, psikologikal, emosi, persepsi,

bahasa, kognitif dan sejarah perubatan bagi menentukan kekuatan dan kelemahan

pelajar.

d. Keazaman (Determination)

Untuk mengetahui ketidakupayaan dan kriteria pengetahuan setiap kategori.

e. Syor/cadangan (Recommendation)

Mencadangkan penempatan dan program bagi keperluan pelajar dari segi sekolah,

guru dan penglibatan ibu bapa

3.3.1 Pengenalpastian masalah

Murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah pembelajaran khusus akan melalui

proses pengenalpastian oleh guru-guru yang dilantik khas dalam bidang disleksia ataupun

guru-guru mata pelajaran. Mereka terdiri daripada murid-murid yang gagal dalam PKSR 1

setelah mengikuti pendidikan di arus perdana selama enam bulan. Murid-murid akan

menunjukkan sintom-sintom disleksia seawal semasa berada di peringkat pra sekolah.

Maka, pengenalpastian seawal mungkin akan membolehkan kanak-kanak disleksia

mendapat intervensi yang sesuai seawal mungkin.

3.3.2 Penempatan

Penempatan murid-murid yang dikenal pasti bermasalah dalam pembelajaran disleksia

dikenal pasti melalui :

a. Mereka di hantar ke kelas pemulihan khas selama empat bulan bagi

mengikuti program tersebut dan melepasi ujian mode yang dijalankan.

b. Sekiranya murid itu melepasi ujian mode yang diberikan oleh guru

pemulihan, dia akan dirujuk kepada guru program disleksia.

c. Guru program disleksia akan mengeluarkan satu salinan borang ISD

(Instrumen Senarai Semak Disleksia) yang perlu diberikan kepada guru

kelas untuk dibincang bersama guru subjek lain dan guru pemulihan.

34

Page 35: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

d. Borang ISD yang telah lengkap diisi akan dikembalikan kepada guru

program disleksia untuk dinilai mengikut garis panduan yang telah

ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

e. Borang ISD beserta rumusan yang lengkap akan diserahkan kepada

Penyelaras Pendidikan Khas dan Guru Besar, untuk diserahkan kepada ibu

bapa atau penjaga murid tersebut bagi mendapatkan pengesahan pengamal

perubatan (iaitu dari Institut Pediatrik).

f. Sementara menunggu pengesahan doktor, murid tersebut akan diberi Ujian

Diagnostik oleh guru program disleksia bagi mengenalpasti kelemahan dan

kekuatannya dalam akademik. Selain dari itu dia mengikuti sesi pelajaran di

kelas biasa.

g. Setelah murid itu disahkan sebagai disleksik ia akan terus mengikuti

program disleksia. Jika bukan, ia akan dihantar ke kelas yang sepatutnya.

3.3.3 Pemilihan strategi pemulihan

Berdasarkan kekuatan dan kelemahan kanak-kanak disleksia, guru-guru boleh

mempelbagaikan strategi pemulihan.

3.4 UJIAN-UJIAN PENGENALPASTIAN /SARINGAN

British Psychological Society (1999) menyatakan bahawa murid mesti memenuhi

dua pra-syarat sebelum ianya boleh disaring untuk menentukan sama ada ia mengalami

disleksia atau tidak. Dua pra-syarat tersebut adalah:

a. murid telah mendapat pengajaran yang sesuai, relevan dan memuaskan

b. murid telah diberikan langkah-langkah pemulihan yang dirasakan sesuai.

3.4.1 Ujian Pengamatan

35

Page 36: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Menurut Janet W Learner (1971) dalam bukunya “ Children With Learning

Disabilities “ telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal

maklumat daripada tindak balas panca indera atau pun mekanisme yang mentafsirkan

sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek.

Menurut Janet W Learner pengamatan visual adalah kepayahan seseorang

khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad,

perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar. Dalam kata lain

masalah visual dilihat kepada beberapa aspek antaranya tentang perbezaan bentuk, saiz,

mengecam bentuk huruf dan perkataan, serta tentang pembalikan sesuatu objek. Kanak-

kanak disleksia kebiasaannya akan mempunyai gangguan dari aspek pengamatan visual

ini yang menyebabkan mereka tidak dapat menguasai bahasa dengan baik.

Sesetengah kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam menggunakan

koordinasi mata tangan di mana apa yang dilihat tidak dapat diaplikasikan kepada tulisan

atau gerak kerja yang melibatkan penulisan. Antara kesan sampingan yang dihadapi oleh

murid yang mengalami ciri-ciri disleksia ialah:

a. Pengurusan

b. Penumpuan atau konsentrasi

c. Bahasa

d. Ingatan

e. Emosi atau tingkah laku

Ujian pengamatan ini akan membantu guru untuk mengesan masalah yang

dihadapi oleh murid dalam :

a. Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak,

saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan. Selain itu, guru juga

dapat mengenal pasti masalah murid dalam

b. Menentukan sesuatu saiz, jarak, kri ke kanan serta hubungan antara satu

objek objek yang lain.

36

Page 37: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

c. Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak,

huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat.

d. Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan,

atau ke bawah dan dari bawah ke atas.

e. Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing.

f. Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu

masalah.

g. Menyediakan program yang bersesuaian dengan masalah pengamatan

kanak-kanak khas.

h. Menyediakan penempatan yang bersesuaian.

i. Mengenal pasti pasukan pelbagai disiplin.

3.4.2 Instrumen Saringan Disleksia (ISD)

Untuk memastikan murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah disleksia

maka satu bentuk ujian pengenalpastian/saringan telah dibentuk. Justeru itu, maka

sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Khas, KPM telah ditubuhkan

dan telah menghasilkan ISD. Penghasilan ISD ini dibina oleh pakar-pakar dari USM,

UKM, UM, UPM, KKM, JKM, JPK, Persatuan, Guru & JPN.

Kerangka penghasilan item-item senarai semak yang dijadikan panduan dalam

pembinaan instrumen telah diubah suai daripada `checklist` yang dihasilkan oleh Payne

dan Turner (1999) dan merangkumi ciri-ciri disleksia yang dusenaraikan oleh pakar-pakar

disleksia Antara Bangsa yang lain.

Senarai semak disleksia digunakan untuk mengenalpasti kanak-kanak yang

dikenalpasti bermasalah secara khusus. Senarai semak disleksia telah merujuk kepada

tiga elemen iaitu :

a. Elemen 1 : Tahap penguasaaan mengeja, membaca dan menulis

b. Elemen 2 : Kekuatan pada murid yang dikenalpasti

c. Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

37

Page 38: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

ISD merupakan ujian saringan bagi mengenalpasti kebarangkalian seseorang

murid itu mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia. Penyaringan murid-murid

yang kebarangkalian mengalami masalah disleksia adalah bukan suatu perkara yang

mudah (Jabatan Pendidikan Khas, 2003). Kebanyakan murid-murid disleksia dikenalpasti

dengan menggunakan khidmat kepakaran psikologi klinikal melalui penggunaan

instrumen yang dihasilkan oleh negara barat.

Pembinaan ISD oleh JPK berasaskan kepada teori yang beranggapan bahawa

murid yang menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia adalah terdiri daripada

mereka yang mempunyai antara lain ciri-ciri :

a. Kecerdasan mental yang normal

b. Memperolehi pencapaian prestasi akademik yang rendah

c. Mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis.

d. Mempunyai ciri-ciri disleksia yang boleh diterima oleh umum

e. Ketinggalan 2 tahun secara umum di belakang rakan sebayanya dalam

penguasaan kemahiran membaca dan menulis serta rendah dalam

pencapaian akademik.

Antara lain ISD yang digunapakai untuk menilai pelajar yang dikenalpasti adalah

merujuk kepada :

a. Kriteria murid yang dinilai

b. Kriteria Penilai

c. Prosedur Penilaian

Pengoperasian ISD yang dijalankan mestilah :

a. Setahun mengikuti P&P KIA2M/Program Pemulihan Khas

b. Gagal lepasi IPP2M

Personel yang menjalankan ISD terdiri daripada :

a. Guru Bahasa Melayu yang pernah mengajar murid berkenaan atau

b. Guru Mata Pelajaran Lain yang pernah mengajar murid berkenaan.

c. Rumusan dibuat oleh Guru Disleksia.

d. Pengesahan dibuat oleh Pengamal Perubatan.

38

Page 39: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Sila rujuk kepada Instrumen Saringan Disleksia yang dikeluarkan oleh Jabatan

Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Berikut adalah langkah-

langkah dalam melaksana pentaksiran ISD.

TMMD

KMMD

Tidak sah

Sah

Petunjuk:

39

Pencalonan

Pengoperasian ISD

P&P Kelas Biasa

Pelaporan

Pengesahan Pengamal Perubatan

Perumusan

Pelaporan

Page 40: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

KMMD : Kebarangkalian mengalami masalah disleksia

TMMD : Tiada mengalami masalah disleksia

3.5 UJIAN DIAGNOSTIK

Ujian diagnostik yang ditadbir dapat mengenal pasti dengan lebih terperinci

daerah-daerah kelemahan dalam membaca, mengeja, menulis, dan masalah-masalah

yang berkaitan dengan disleksia untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.

Secara umumnya, ujian diagnostik digunakan untuk mengesan punca kelemahan

murid tentang penguasaan kemahiran-kemahiran tertentu samada Bahasa Melayu

ataupun Matematik. berdasarkan kepada keputusan ujian diagnostik ini, maka guru dapat

merancang aktiviti pengajaran pemlihan Disleksia dengan lebih berkesan.

3.5.1 Ujian-ujian Binaan Guru

Ujian ini dibina oleh guru berdasarkan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid.

Binaan ujian oleh guru adalah untuk memastikan setiap kemahiran yang telah dipelajari

akan diuji bagi menentukan keberkesanan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari.

Antara aspek-aspek yang boleh dijadikan sumber dalam pembinaan ujian termasuklah:

Latar belakang

Fungsi dan proses kognitif:

bahasa, ingatan, pemprosesan visual, keupayaan penaakulan dan fingsi eksekutif

dll.

Ujian pendidikan: membaca, menulis, mengeja dll

Pemerhatian akademik dan bukan akademik

3.5.2 Ujian-ujian lain yang sesuai

Selain itu, guru juga boleh menggunakan analisis ralat sebagai salah satu cara

untuk membuat pentaksiran terhadap kemahiran yang telah dipelajari oleh murid.

Contoh-contoh ujian:

40

Page 41: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

The Bangor Dyslexia Test (Miles, 1983)

The Boder Test of Reading--Spelling Patterns (Boder & Jarrico, 1982)

Aston Index (Newton & Thomson, 1976, 1982)

KESIMPULAN

Cadangan yang dikemukakan oleh National Joint Committee on Learnig

Disabilities( 1994 ) boleh menjadi garis panduan kita semasa menjalankan pentaksiran

dan penilaian masalah pembelajaran pelajar contohnya kanak-kanak berisiko disleksia :

1 Individu yang berisiko bermasalah pembelajaran perlu diselia oleh individu yang

berlayakan untuk menentukan penilaian atau perkhidmatan yang diperlukan,

terutama bagi kanak-kanak di bawah umur 9 tahun.

2 Masalah yang berkait dengan masalah pembelajaran kanak-kanak perlu ditinjau

dari seting akademik dan juga bukan akademik. Data yang dikutip untuk

mendiagnosis individu perlu merangkumi data dari semua setting yang berkaitan.

3 Dignosis masalah pembelajaran kanak-kanak perlu berdasarkan kekuatan dan

kelemahan kanak-kanak.

4 Keputusan diagnosis tidak harus hanya bergantung pada keputusan ujian sahaja.

5 Untuk dignosis masalah pembelajaran, tidak harus hanya menggunakan fomula

perbezaan sebagai kriteria untuk diagnosis.

6 Skor pada ujian IQ tidak merupakan hanya satu refleksi keupayaan intelektual.

7 Pentaksiran dan penilaian perlu termasuk pelbagai aktiviti dan prosedur untuk

memastikan penyeluruhan data dalam menentukan statut dan keperluan

seseorang.

8 Data dari sejarah kanak-kanak, temu bual dan tinjauan juga merupakan informasi

yang penting terutamanya bila dibekalkan oleh ibubapa dan guru dalam

menentukan pentaksiran dan penilaian seseorang indivdidu.

9 Ujian piawai yang digunakan haruslah berkebolehpercayaan dan berkesahan.

41

Page 42: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

10 Pentaksiran berasakan kurikulum, tugasan dan diagnosis pengajaran dan laian-lain

kaedah bukan piawai perlu digunakan sebagai maklumat tambahan dalam

pentaksiran dan penilaian seseorang individu.

Melayari laman web untuk mendapat maklumat tambahan.

http://www.interdys.org/FactSheets.htm

INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bahagian A

BIODATA MURID

Arahan : Tandakan √ atau tulis pada petak yang disediakan.

42

Page 43: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

1. Nama Murid

2. Jantina 3. Mengikuti Program Pemulihan Khas

SedangTidak

4. Tahun Persekolahan 5. Keturunan

6. Kedatangan ke sekolah 7. Pencapaian Akademik

43

LelakiPerempuan

MelayuCinaIndiaBumiputra SabahBumiputra SarawakBumiputra Orang AsliLain-lain

Tahun Nama Kelas 1 2 3 4 5 6

BaikMemuaskanSederhanaLemah

A B C D EBahasa MalaysiaBahasa InggerisMatematikSainsKajian TempatanKemahiran HidupPend.Islam/MoralP.Jasmani &KesMuzik

Page 44: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

8. Nama Sekolah

9. Lokasi Sekolah 10. Negeri

1. Daerah

2. Nama Penilai

44

BandarLuar Bandar

PerlisKedahPulau PinangPerakSelangorW.P.Kuala LumpurNegeri SembilanMelakaJohorPahangTerengganuKelantanSarawakSabahW.P.Labuan

Page 45: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

13. Tarikh 14. Tandatangan Penilai

Bahagian B

SENARAI SEMAK

Arahan : Tandakan √ pada petak yang sesuai.

Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja,membaca dan menulis.

A. MengejaYa Tidak

1. Murid sukar mengeja perkataan mudah. 1 1

2. Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsung kaitan makna dengan perkataan asal. 2

3. Murid kerap melakukan kesalahan ;

i. menyusun abjad dalam perkataan 3

ii. menggabung suku kata terbalik 4

4. Murid keliru membezakan bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata. 5

B. Membaca

45

Page 46: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

5. Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca berbanding rakan sebaya 6

1. Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid Semasa membaca ialah ;

i. Tidak menghiraukan tanda bacaan; 7

ii. Menggugurkan perkataan; 8

iii. Menambah perkataan pada bacaannya; 9

iv. Melangkau baris; 10

v. Menggantikan perkataan. 11

Ya Tidak

1. Murid mengalami kesukaran dalam membaca 12 Perkataan yang mempunyai vokal berganding,diftong.

8. Murid sukar membaca ayat panjang. 13

鶘III Menulis

9. Hasil kerja murid tidak kemas. 14

11. Murid sukar menyalin maklumat ;

i. dari papan tulis 15

ii. yang diperdengarkan 16

12. Tulisan murid sukar dibaca 17

12. Murid menulis lambat berbanding dengan rakan sebaya 18

13. Murid menulis secara terbalik ;

vi. abjad-abjad tertentu ; 19

vii. perkataan 20

Elemen 2 : Kekuatan pada murid

46

Page 47: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

14. Murid boleh bertutur dengan baik 21

1. Murid boleh menjawab soalan secaraLisan dengan baik. 22

2. Murid boleh menghasilkan ceritaberpandukan gambar ;

i. Tunggal ; 23

ii. Bersiri 24

Ya Tidak

17. Murid berminat terhadap perkara baru. 25

18. Murid mempunyai kebolehan lisan setanding 26 dengan rakan sebaya.

19. Murid mempunyai kecenderungan dalam bidang-bidang tertentu. 27

20. Murid kelihatan berpotensi untuk berjaya tetapipencapaian akademiknya rendah. 28

21. Murid mempunyai banyak idea (full of ideas) 29

22. Murid mempunyai idea yang baik tetapi gagaluntuk memindahkannya dalam bentuk tulisan. 30

23. Isi kandungan penulisan murid baik tetapimengandungi banyak kesalahan bahasa. 31

24. Murid mempunyai pencapaian yang baikdalam subjek-subjek kemahiran berbandingdengan subjek-subjek akademik. 32

25. Murid boleh menjawab secara lisan soalankefahaman daripada bahan yang diperdengarkan. 33

26. Murid boleh menceritakan semula petikan yangdiperdengarkan. 34

27. Murid yang kreatif. 35

28. Murid boleh menyesuaikan diri dalam pergaulan. 36

29. Murid boleh bertindak mengikut situasi. 37

30. Murid berkebolehan dalam membuat

47

Page 48: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

jangkaan 38

31. Murid mempunyai pengetahuan am yang baik 39

32. Murid mempunyai sifat-sifat ingin tahu yang tinggi. 40

Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

Ya Tidak

33. Murid mempunyai masalah rendah diri. 41

34. Murid kerap memberi alas an untuk mengelak daripada membuat kerja sekolah yang melibatkan

bacaan dan penulisan. 42

35. Murid mengalami masalah tingkahlaku. 43

36. Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat. 44

37. Murid keliru dengan konsep arah. 45

38. Murid menghadapi kesukaran dengan konsep urutan. 46

39. Murid menghadapi masalah dengan pengurusanmasa 47

40. Murid tidak dapat mengingati arahan yang panjang. 48

41. Murid sering gopoh semasa bertindak. 49

42. Murid sering cuai dalam pergerakan. 50

48

Page 49: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

PEMARKAHAN

BAHAGIAN A

(diisi oleh penilai)Jumlah Jumlah Ya Tidak

Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja,membaca dan menulis.

Elemen 2 : Kekuatan pada murid

Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

BAHAGIAN B

(diisi oleh guru pendidikan khas disleksia)Kod

Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja,membaca dan menulis.

Elemen 2 : Kekuatan pada murid

Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

49

Page 50: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

BAHAGIAN C

(diisi oleh guru pendidikan khas disleksia)

Rumusan

Murid berkemungkinan mengalami kebarangkalian Disleksia

Murid berkemungkinan tidak mengalami kebarangkalian Disleksia

Tandatangan : ___________________________________

Nama : ___________________________________

Disahkan

T/T Guru Besar : ___________________________________ Cop Sekolah :

Nama : ___________________________________Pengarah PelajaranJabatan Pelajaran Negeri(U.P Unit Pendidikan Khas)

50

Page 51: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Tajuk 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA

4.0 SINOPSIS

Tajuk ini menjelaskan masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan murid-murid

pemulihan khas. Bahasa merupakan alat komunikasi yang sangat penting dalam

konteks perhubungan sesama manusia. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan

idea, perasaan dan berhubung antara satu dengan lain. Kanak- kanak pemulihan

khas mengalami masalah dalam kemahiran berbahasa. Oleh itu mereka mengalami

masalah untuk mengikuti pelajaran dan juga komunikasi dengan rakan sebaya

mereka. Guru perlu memahami masalah yang dihadapi muridnya agar dapat

merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

4.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini anda dapat:

i. Mengetahui masalah-masalah dalam penguasaan bahasa

ii. Mengesan murid yang mengalami masalah bahasa

iii. Mengenal pasti kaedah mengatasi masalah bahasa

iv. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa

dengan lebih bekesan.

4.2 KERANGKA TAJUK

51Kaedah Pengajaran Bahasa

Page 52: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

4.4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA

52

Masalah Penguasaan Bahasa

- Mengingat kembali perkataan- memahami perkataan pelbagai makna- Menyatakan sesuatu yang abstrak- Menggunakan ayat yang betul dan lengkap- memberi penjelasan- mempelbagaikan gaya berkomunikasi- menghasilkan mesej yang kompleks- memaklumkan sesuatu maklumat

Kemahiran Lisan - Simptom - Cara mengesan - Kaedah mengatasi masalah lisan

Kemahiran Menulis- Masalah dalam menulis- kaedah menulis (pratulis, tulisan mekanis dan penulisan kreatif)

Kemahiran membaca - Masalah dalam bacaan - Kaedah pemulihan bacaan

Kemahiran Mengeja - Cara mengenal pasti murid - Kaedah mengani masalah ejaan

Page 53: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Guru perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan muridnya sebelum merancang

sesuatu pengajaran. Kelemahan dan kekuatan perlu dianalisis untuk membuat

perancangan yang sistematik agar apa yang diajar menepati keperluan sebenar murid

yang diajarnya. Begitu juga dengan masalah bahasa yang dihadapi oleh murid disleksia

yang perlu diatasi dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran.

Terdapat banyak kaedah pengajaran bahasa, salah satu adalah Kaedah

Multisensori ( VAKT ).

V - VISUAL ( LIHAT )

A - AUDITORI ( BUNYI / SEBUT )

K - KINESTETIK ( GERAK BADAN )

T - TAKTIL ( RASA / SENTUHAN)

Dengan menggunakan kaedah ini, pengajaran dilakukan dengan mengguna

meransang semua saluran dalam otak (visual/auditory, kinesthetictactile) untuk

meningkatkan ingatan dan pembelajaran.

Contohnya, untuk belajar huruf melalui VAKT, pelajar hendaklah

– lihat huruf (V)

– dengar guru sebut huruf (A)

– menyebut huruf (A)

– dengar huruf yang disebut (A)

– rasa pergerakan otot semasa membuat tracing huruf (K)

– rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T)

– lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)

– dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat tracing (A)

Kaedah-kaedah pengajaran lain termasuklah Kaedah Fonik, Kaedah Seluruh /

Terus, Kaedah peta minta dan lain-lain.

53

Page 54: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

4.5 MASALAH PENGUASAAN BAHASA

Berikut adalah beberapa petunjuk masalah bahasa yang sering dialami oleh murid

bermasalah pembelajaran. Anda perlu memahami dengan jelas permasalahan tersebut

dan mengaitkannya dengan permasalahan bahasa yang dihadapi oleh murid disleksia.

• Mengingat kembali perkataan

• Memahami perkataan pelbagai makna

• Menyatakan sesuatu yang abstrak

54

Dengan membuat rujukan dari pelbagai sumber, anda perlu mendapatkan maklumat mengenai kaedah-kaedah pengajaran bahasa yang sesuai untuk mengajar murid-murid disleksia. Buat perbincangan dengan rakan anda untuk mengenalpastikan keberkesanan kaedah-kaedah tersebut.

Latihan

Page 55: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

• Menggunakan ayat yang betul dan lengkap

• Memberi penjelasan

• Mempelbagaikan gaya berkomunikasi

• Menghasilkan mesej yang kompleks

• Memaklumkan sesuatu maklumat

4.6 KEMAHIRAN LISAN

Pengenalan

Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas

dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan

terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Mereka

akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang.

4.6.1 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN

4.6.1.1 Kemahiran Mendengar

55

Latihan

Dengan membuat rujukan dari pelbagai sumber, anda perlu mendapatkan maklumat mengenai masalah bahasa yang dihadapi oleh murid disleksia. Buat perbincangan dengan rakan anda untuk menyenaraikan masalah tersebut.

Page 56: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan

mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan.

Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-

faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan

pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan

mempunyai kemahiran mendengar jika dia boleh:

• Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.

• Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.

• Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.

• Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.

• Mendengar secara kritikal.

• ” auding”

• Mengikut arahan.

• Memahami urutan .

• Mengingat kembali.

• Menentukan idea utama / terpenting.

• Membuat inferensi dan penyeluruhan atau kesimpulan.

4.6.1.2 Kemahiran Bertutur

56

Latihan

Cuba buat penelitian terhadap permasalahan aspek lisan murid disleksia. Fokus kepada aspek bahasa reseptif. Buat perbincangan dengan rakan anda untuk menyenaraikan masalah tersebut.

Page 57: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran

bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan

pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan

yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan

aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan

kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.

Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan

suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi

penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.6.2 PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN

Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan

intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan. Guru boleh

membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian

lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:

• Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.

• Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa.

• Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.

• Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran.

• Mendengar secara kritikal.

Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa

rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran

57

Latihan

Cuba buat penelitian terhadap permasalahan aspek lisan murid disleksia dengan menumpukan kepada aspek bahasa ekprestif. Buat perbincangan dengan rakan anda untuk menyenaraikan masalah tersebut.

Page 58: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

murid-murid. Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang

didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan ”auding”.

4.6.3 KAEDAH MENGATASI MASALAH LISAN

Pelbagai teknik boleh digunakan untuk mengatasi masalah bahasa lisan yang dialami

murid. Guru boleh mengimplementasikan teknik-teknik berikut bergantung kepada

kesesuaian dan keperluan.

• Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.

• Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.

• Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid.

• Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..

• Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.

• Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran.

• Guru mewujudkan situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui pengubahsuaian persekitaran, pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang melibatkan peglibatan semua murid, dan sebagainya.

58

Page 59: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

4.7 MENGEJA

4.7.1 Definisi

Mengeja adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang bunyi (huruf)

untuk melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-kanak

mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi

melalui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi

lemah dalam ejaan.

4.3.2 Punca Kanak-Kanak Lemah Dalam Mengeja

Lemah dalam ingatan penglihatan.

• Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan.

• Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.

Lemah dari segi Analisis Pendengaran.

• Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.

• Tidak boleh mengecam (mendengar) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan.

• Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.

• Kemungkinan lemah dalam bacaan.

59

Latihan

Berdasarkan pembacaan anda, jelaskan kaedah atau teknik yang digunakan untuk mengatasi masalah lisan yang dialami murid disleksia.

Page 60: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

4.3.3 Aktiviti-aktiviti Kemahiran Mengeja

• Membina perkataan berima sama (di pangkal, tengah atau hujung )

• Contoh: la bu , la ku , la yu , la ki , dll.

• Mendiskriminasi perkataan.

• Melengkapkan atau menambah perkataan.

• Membina perkataan di dalam perkataan.

• Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan.

• Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga.

• Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina.

• Permainan teka teki.

• Permainan silang kata.

60

Page 61: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

4.8 KEMAHIRAN MEMBACA

4.8.1 Definisi

• Membaca bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan

menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh

memindahkan tulisan kepada suara, jika tidak memahami apa yang disuarakan

maka murid itu tidak dikira pandai membaca.

Pumfrey (1977)

• Satu proses pemikiran yang membina

Zulkefli Hamid (1994)

• Ketika seseorang itu membaca ia sebenarnya sedang berkomunikasi secara

langsung dan sedar dengan bahan bacaannya.

Deboer dan Dallman

• Membaca melibatkan pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan

melalui penulisan.

Juriah Long (1990)

• Pembaca yang cekap hanya memberi perhatian pada perkataan-perkataan yang

penting sahaja. Ia juga memberi tumpuan kepada kebolehan memproses bagi

mendapatkan makna dengan menggunakan strategi anlisis dan sintesis dalam

bacaan.

KPM (1998)

61

Latihan

Pilih satu aktiviti mengeja yang disenaraikan di atas. Rancangkan dan jelaskan dengan terperinci langkah-langkah pelaksanaanya.

Page 62: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

• Para pelajar harus cekap membaca dan memahami pelbagai bahan dengan kritis

dan analitis.

(KPM 1998)

• Membaca ialah membunyikan suatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan

mengetahui sebutan perkataan mengikut penyukuan kata.

(Kamus Dewan)

4.8.2 Kesimpulan

• Satu proses kompleks yang perlu seseorang menguasai sub-kemahiran yang

berkaitan dengan asas-asas bacaan

• Sebelum pelajar menguasai kemahiran membaca, mereka perlu menguasai,

mengenal huruf-huruf yang menjadi lambang kepada bunyi, mengenal sistem

ejaan dan mengetahui sebutan perkataan mengikut penyukuan kata.

4.8.3 Masalah Menguasai Kemahiran Membaca

• Kelemahan dalam memahami apa yang dibaca. Pelajar yang lemah, terutamanya

yang tidak mengenal huruf, akan mengalami kesukaran untuk membaca dengan

lancar,

• Kekeliruan dalam membezakan bunyi bacaan. Murid seharusnya mempunyai

kemahiran dalam menentukan huruf yang dibaca.kekeliruan dalam membezakan

huruf akan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami makna perkataan yang

sebenar tentang apa yang dibaca.

• Tidak cekap dalam memproses maklumat. Pembaca yang aktif mempunyai reaksi

terhadap apa yang mereka baca. Maklumat yang dibaca akan diproses dan

disimpan untuk digunakan kembali.

• Gaya bacaan juga mempengaruhi kemahiran membaca.

62

Page 63: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

4.8.4 Proses Membaca

Membaca ialah suatu proses yang kompleks yang memerlukan beberapa kemahiran

tertentu dan merupakan interpretasi simbol grafik. Membaca memerlukan seseorang

mengenalpasti simbol dan hubungannya dengan makna tertentu. Membaca juga adalah

aspek bahasa dan komunikasi. Proses meletakkan pembaca untuk berhubung atau

berkomunikasi dengan sesuatu idea. Membaca memerlukan penyampaian atau

komunikasi mesej dan sistem bahasa (sistem isyarat) untuk membolehkan mesej itu

disampaikan.

Dalam proses membaca, sistem isyarat ialah simbol grafik. Membaca adalah

proses pancaindera. Pembaca mesti dapat bertindakbalas untuk membezakan bentuk

melalui penglihatan terhadap simbol grafik. Membaca juga ialah proses mengenalpasti

perkataan.

4.8.5 Masalah-masalah Dalam Bacaan

• Bentuk Huruf

- Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya.

- Huruf terbalik.

- Bunyi huruf yang seakan-akan sama.

- Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.

- Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.

- Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana bentuknya berubah.

• Peringkat Suku Kata

- Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.

63

Latihan

Berdasarkan masalah penguasaan kemahiran membaca yang dialami oleh murid disleksia, bincangkan punca berlakunya permasalah tersebut. Pastikan anda mengetahui terlebih dahulu masalah bacaan murid disleksia.

Page 64: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

- Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.

- Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku

kata.

- Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.

- Salah memecah / membatang suku kata.

- Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.

- Keliru membatang perkataan yang mengandungi diftong / vokal Berganding.

- Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi diagraf di awal.

- Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.

• Kesukaran Dalam Pengamatan

• Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.

• Mengeja sebelum membaca.

• Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.

• Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan

• Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.

• Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.

• Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.

• Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.

• Menyebut perkataan mengikut loghat.

• Kesukaran Membaca Peringkat Ayat

• Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.

• Tertinggal perkataan.

• Pembalikan perkataan.

• Mengulang.

• Merangkak-rangkak.

• Membaca mengikut loghat.

64

Page 65: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

4.8.6 Strategi Membantu Kanak-kanak ke Arah Membaca

• Mengenal pasti kanak-kanak.

• Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut.

• Susun strategi pemulihan.

• Pelaksanaan.

• Penilaian .

4.8.7 Kaedah Pemulihan Bacaan

Aktiviti Peringkat Prabacaan

• Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama

• Memilih bentuk yang sama dan berbeza dari segi warna, bentuk dan saiz.

• Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf.

• Mengelaskan benda atau bentuk gambar mengikut kumpulan.

• Menyusun benda atau gambar mengikut urutan.

Aktiviti Peringkat Bacaan Mekanis

• Membunyikan huruf-huruf dalam perkataan.

• Membaca perkataan bergambar.

• Menyusun semula huruf yang diberi untuk membina perkataan

bepandukan gambar.

• Membunyikan suku kata yang ditunjukkan.

• Mengeja perkataan dan membaca ayat

• Membatangkan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dalam perkataan.

Aktiviti Peringkat Membaca dan Memahami

• Menyusun dan memadankan gambar-gambar dengan perkataan-

perkataan yang diberi.

• Menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi.

• Membaca senyap sesuatu cerita untuk dibincangkan.

• Menggambarkan isi bacaan yang dibaca dalam bentuk gambar rajah.

65

Page 66: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

• Menggambarkan bahan yang dibaca dengan memberi penerangan.

• Menggambarkan cerita yang dibaca dalam bentuk lisan.

Contoh cara-cara membantu kanak-kanak disleksia mengatasi masalah membaca:

Ciri-ciri Kesukaran Penyelesaian

Urutan huruf/perkataan terbalik semasa membaca secara lisan. (contoh : dan --- nad, kepada---kedapa).

Guna jari untuk menunjuk perkataan semasa membaca.

Adalah lebih mudah jika menyatakan sesuatu idea daripada membacanya.

Membenarkan kanak-kanak memperolehi informatsi melalui pebincangan, audio atau tayangan video.

Kelajuan membaca lahan. Membahagikan tugasan membaca memjadi beberapa bahagian, berhenti sebentar selepas setiap bahagian dibaca habis.

Membesarkan bahan cetakan, bertanya sebelum murid mula membaca untuk memberi gambaran terhadap bahan bacaan.

Membesarkan bahan cetakan, dan warnakan perkataan-perkataan tertentu/ guna kertas berwarna.

Semasa membaca secara lisan, terdapat banyak perkataan dibaca berulangan.

Mengguna kad index letak di atas barisan ayat dan dengan berlahan-lahannya tolak ke barisan bawah.

Lemah dalam membaca secara senyap.

Mengajar membaca secara visual dan mengguna “bercakap sendiri”: adakah saya nampak gambar tersebut?” “ apa yang saya fikirkan semasa membaca?”Mengajar kanak-kanak membaca bahagian yang rumit dengan suara kuat.

66

Page 67: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Kurang memaham jika membaca secara lisan. Berhenti membaca selepas satu

perenggan pendek dan membina peta minda. Membaca secara visual.

Mengabaikan kata kunci semasa membaca petikan.

Highlight semua kata kunci supaya mudah dinampak.

Kanak-kanak tidak dapat ingat kembali huruf.

Mengajar huruf secara visual.

67

Latihan

Page 68: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

4.9 KEMAHIRAN MENULIS

4.9.1 Pengenalan

• Bahasa yang bertulis dengan lambang-Iambang bunyi.

• Seseorang akan dapat membaca hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui

butiran-butiran tulisannya.

• Mementingkan teknik dan akal kerana membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada

tulisan.

4.9.2 Definisi kemahiran menulis :-

Menulis merupakan proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun

berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan-perkataan dan seterusnya

menjadi ayat.

Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997)

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat

serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan

dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat

gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas.

Pusat Perkembangan Kurikulum

68

Rancangkan dan jelaskan dengan terperinci langkah-langkah pelaksanaan strategi menangani masalah bacaan dalam kalangan murid disleksia. Pastikan anda telah jelas peringkat-peringkat kemahiran membaca.

Page 69: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada

suatu perkara, hal dengan menggunakan perantaraan bahasa.

Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada

suatu perkara, hal dengan menggunakan perantaraan bahasa.

Kemahiran menulis adalah penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem

dan ia mengambil kira aspek tujuan penulis, penggunaan bahasa, khalayak dan

gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan alam dan kehidupan

secara lebih menyeluruh.

Yahya Othman

Menulis memerlukan usaha mental secara sedar. Ini kerana semasa menulis,

proses mengekodkan berlaku dalam fikiran penulis iaitu menterjemahkan

kandungan pemikiran ke dalam bahasa yang dapat di fahami.

Don Byrne

Menulis merupakan satu aspek yang penting.Sebahagian besar kegiatan belajar

memerlukan kecekapan merakamkan pengetahuan secara bertulis.Penulisan

merupakan kemahiran melahirkan idea dalam bentuk tulisan secara tersusun dan

logik.

Koh Boh Boon

Beliau berpendapat, penulisan berkaitan keupayaan intelek dan mental penulis

dalam menggarap idea. Kemahiran pertama yang diperlukan bagi menulis ialah

kemahiran penulisan secara mekanis.

Ishak Haron

69

Page 70: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

4.9.3 MASALAH TULISAN

Senarai di bawah merupakan masalah-masalah tulisan yang sering dialami oleh

murid terutamanya murid berkeperluan khas. Teliti dan imbas kembali masalah

tulisan yang dihadapi oleh murid disleksia. Adakah mereka mengalami masalah

yang serupa?

• Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.

• Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.

• Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara

perkataan dengan perkataan

• Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.

• Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,

• Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.

70

Latihan

Dari pelbagai definisi kemahiran menulis di atas, jelaskan kefahaman anda tentang kemahiran menulis.

Page 71: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

• Masalah pembalikan huruf atau perkataan.

• Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.

• Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.

• Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.

• Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.

• Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.

• Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.

• Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.

• Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

4.9.4 Kaedah Menulis

Kemahiran menulis peringkat pratulisan

• Melibatkan latihan pergerakan tangan, otot, jari dan sebagainya

• Penting dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menulis dengan kemas.

• Tunjukkan pergerakan tangan menulis di awangan, di pasir, di papan tulis dan

sebagainya.

Menulis Secara Mekanis

• Melatih menulis unsur-unsur huruf perkataan dan gambar.

• Pelajar diperkenalkan huruf, tanda bacaan dan lain-lain.

• Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong dan lain-lain.

71

Latihan

Sejauh manakah anda bersetuju bahawa murid disleksia juga mengalami masalah dari segi tulisan mentalis. Buktikan hujah anda.

Page 72: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

• Melatih murid menulis cepat, senang dan kemas.

Penulisan Kreatif / Pelahiran Mental

• Biasanya dikuasai selepas pelajar menguasai kemahiran mekanis

• Contohnya membuat karangan melibatkan pernyataan pendapat atau lain-lain.

4.9.5 KAEDAH MENULIS

Pratulisan

• Melatih otot-otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata kepada

murid-murid.

• Aktiviti boleh dilakukan dengan pelbagai cara

Tulisan Mekanis (Peringkat mendirikan asas)

• Dijalankan serentak dengan pengajaran bacaan.

• Semasa menulis, murid digalakkan menyebut sambil menulis.

Peringkat Pelahiran

• Mengajar murid menulis dengan bersih dan kemas dengan

kepantasan yang sesuai.

• Membolehkan murid-murid menulis dengan jarak yang sesuai antara

perkataan dalam ayat.

Contoh aktiviti pramenulis

Aktiviti membuat corak :

72

Page 73: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Aktiviti mewarnakan corak :

Aktiviti melukis secara menyerong atau menegak :

Latihan melukis bentuk geometri dan mewarnakannya

Contoh aktiviti peringkat mendirikan asas (mekanis) :-

• Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam

keadaan terkawal.

• Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu atau dua

• Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul

• Menulis huruf mengikut urutan yang tetap

• Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.

73

Page 74: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

• Menyalin perkataan dan ayat-ayat yang mudah.

Kesalahan biasa dalam tulisan :-

• Bentuk huruf tidak sama saiz.

• Jarak antara huruf tidak sama.

• Tulisan menjadi kotor.

• Kecondongan tulisan tidak sama.

Proses kemahiran menulis

• Pembelajaran tiga peringkat menulis

• Mengajar tentang kedudukan badan,kertas dan pensel semasa menulis.

• Mengajar teknik dan prinsip asas menulis huruf

• Kenalpasti kesalahan murid.

• Menyediakan pelbagai alat pembelajaran.

Jenis-jenis penulisan :-

• Karangan terkawal

• Separuh terkawal

• Karangan bebas

• Karangan berpandu

Kaedah pengajaran penulisan kreatif :-

• Motivasi

• Persediaan

• Persembahan

• Perlaksanaan

Contoh Aktiviti Kemahiran Penulisan Kreatif

74

Page 75: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

• Mengisi silang kata.

• Mengisi tempat kosong dalam ayat

• Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai

• Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi

• Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai

• Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita

• Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan dan lain-lain.

75

LAMAN WEB

http://www.desotoeye.com/fromligh_d_u.htmlhttp://www.desotoeye.com/image/anatomy_eye.gif

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

Latihan

Rancangkan dan jelaskan dengan terperinci langkah-langkah pelaksanaan strategi menangani masalah tulisan dalam kalangan murid disleksia. Pastikan anda telah jelas peringkat-peringkat kemahiran tulisan.

Page 76: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

5.0 SINOPSIS

Tajuk ini menjelaskan tentang kaedah pengajaran matematik dalam kalangan

murid-murid berkeperluan khas terutamanya murid disleksia. Kemahiran

matematik merupakan sebahagian kemahiran yang perlu dikuasai dalam

kehidupan seseorang dan sangat penting dalam konteks perhubungan sesama

manusia. Tajuk ini merangkumi faktor-faktor berlakunya masalah matematik,

masalah-masalah matematik yang dihadapi murid, serta kaedah pengajaran dan

pembelajaran matematik. Melalui matematik murid dapat melahirkan idea,

perasaan dan berhubung antara satu dengan lain. Guru perlu memahami

masalah yang dihadapi muridnya agar dapat merancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan.

5.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini anda dapat:

i. mengetahui faktor-faktor penyumbang berlakunya masalah

penguasaan matematik

ii. mengetahui masalah-masalah matematik yang dihadapi oleh murid

disleksia

iii. mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mengatasi

masalah matematik

5.3 KERANGKA TAJUK

76

Tajuk 5 Kaedah Pengajaran Matematik

Page 77: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

77

Faktor Berlakunya Masalah Matematik

Kaedah Pengajaran Matematik

Masalah-masalah Dalam Matematik

Kaedah P&P Matematik

- Kognitif- Keturunan- Persekitaran

- Diskakulia- Konsep asas

Matematik- Pra-Nombor &

Nombor- Nilai Angka- Operasi Asas- Matematik

Sosial ( wang, masa, waktu)

- Pecahan- Titik

Perpuluhan- Penyelesaian

Masalah

- Kaedah Polya- Kaedah Newman

Page 78: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

78

5.4 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA MASALAH MATEMATIK

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi penyebab kepada berlakunya

masalah penguasaan matematik dalam kalangan pelajar, antaranya adalah

disebabkan oleh masalah kurang kecerdasan, masalah psikologi, masalah

fizikal, masalah pembelajaran dan sebagainya.

5.4.1 Faktor Keturunan

a. Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia.

b. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia

mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai penghidap sindrom

berkenaan

c. Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami

masalah-masalah yang sama. Permasalahan yang dihadapi mungkin sama

tetapi yang membezakan adalah darjah keterukannya.

d. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan

oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-

temurun

5.4.2 Faktor Kognitif

Woolfolk (1998) dalam Shahabudian (2003), menyatakan bahawa

pemprosesan maklumat melibatkan aktiviti mental yang berkaitan dengan

menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkan semula untuk digunakan.

Maklumat yang diterima melalui organ deria akan dihantar ke ingatan jangka

pendek untuk diproses, disusun, ditapis dan seterusnya disimpan dalam

ingatan jangka panjang.

a. Penerimaan maklumat

Maklumat diterima oleh semua deria seperti:

• penglihatan,

• pendengaran,

• sentuh

• rasa dan bau

Sekiranya seseorang itu mempunyai masalah persepsi penglihatan, ini

akan menyebabkan kesukaran:

• mengenal bentuk

Sekiranya seseorang itu mengalami masalah persepsi pendengaran, makaSekiranya seseorang itu mengalami masalah persepsi pendengaran, maka

• memproses deria sentuhan seperti sakit dan sentuhan.

Dengan membuat rujukan dari pelbagai sumber, anda perlu mendapatkan maklumat mengenai faktor-faktor penyebab berlakunya masalah matematik yang dihadapi oleh murid disleksia. Buat perbincangan dengan rakan anda

Berdasarkan aktiviti penilaian yang anda lakukan, bincangkan masalah

Terdapat pelbagai masalah yang boleh dihadapi oleh pelajar disleksia dalam

matematik. Berdasarkan maklumat yang diperolehi menerusi media cetak dan

elektronik, anda dikehendaki membincangkan berkaitan topik, senaraikan

masalah yang dhadapi dan cadangan langkah/strategi mengatasi masalah

tersebut. Sebagai cadangan, cuba anda gunakan kaedah multisensori.

Page 79: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Rujukanwww.dyslexia-teacher.com www. brighttots.com / Dyslexia .html www. dyslexia.com www. audiblox2000.com / dyslexia _dyslexic/ dyslexia www. medicinenet.com / dyslexia /article.htm www.dyslexia-parent.com

PORTFOLIODokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

79

Page 80: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

TAJUK 6 KAEDAH MENGINGAT/PEMPROSESAN MAKLUMAT

6.0 SINOPSIS

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction ( 1975 ) mengemukakan

satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses

pembelajaran. Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima

dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan,

kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak

balas melalui sistem saraf. Model memproses maklumat terdiri daripada ingatan deria, ingatan

jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Sebagai seorang guru, bagi membantu murid-murid

disleksia memperbaiki daya ingatan, beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran mengingat

harus dikuasai dan dapat diaplikasikan mengikut kesesuaian.

6.1 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat :

1. Merancang pengalaman pembelajaran dengan mengambil kira faktor tertentu seperti

fizikal, sosial dan budaya untuk individu dan kumpulan (2.1)

2. Mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk memantau dan menaksir pengetahuan dan

kemahiran (2.4)

3. Menghuraikan kelebihan dan kelemahan pelbagai kaedah mengingat dan pemprosesan

maklumat (1.2)

4. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman yang

koheren tentang teori dan amalan(6.3)

6.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

80

Page 81: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

PENGENALAN

Disleksia dipercayai berpunca daripada perbezaan otak memproses bahasa penulisan

dengan bahasa pertuturan. Dipercayai sistem neurologi yang tidak berfungsi dengan betul

menyebabkan gangguan pada struktur otak. Umumnya, murid-murid yang mengidap disleksia ini

berhadapan dengan kesukaran mengingat dan memproses maklumat. Otak mereka juga kurang

berupaya menterjemah imej yang diterima daripada mata atau bunyi yang didengar telinga kepada

bahasa yang difahami apabila dituturkan.

The Cerebellar Theory, Teori ini menerangkan yang mana penghidap disleksia mempunyai

masalah dalam aspek untuk mengikuti sesuatu arahan, keseimbangan badan, kemahiran motor,

kemahiran fonologi dan kepantasan memproses maklumat (Nicolson et al., 2001, Ramus et al.,

2003, Fawcett, 2001).

81

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Mengingat

Latih tubi UlanganChunking Mnemonics

Kategori Konfigurasi Hubung KaitKlasifikasi

Mind Map

Page 82: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Murid-murid yang mengalami disleksia sering dianggap lembab atau bodoh. Mereka juga

sering dianggap nakal, degil dan tidak mendengar kata. Hakikatnya mereka tidak sedemikian dan

ini berlaku disebabkan cara mereka memproses maklumat adalah berbeza dari individu yang

normal.

6.3 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Mengingat.

6.3.1 Latih Tubi

Latihan tubi membantu murid-murid memperolehi kemahiran baru serta meningkatkan

kecekapannya dalam sesuatu kemahiran yang dilatih contohnya dalam penggunaan komputer.

Kaedah ini bertujuan menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid-murid

tentang sesuatu pembelajaran yang spesifik supaya mereka boleh, secara automatik, menyebut

atau mengingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.

Dengan memaksimumkan faedah daripada penggunaan latih tubi melalui komputer,

penglibatan guru dalam mengendalikan komputer bersama-sama dengan murid-murid membawa

faedah jangka panjang. Seseorang guru dapat mengenal pasti masalah murid-murid serta kaedah

yang tidak lengkap dalam penggunaan perisian yang terpilih merupakan strategi pengajaran yang

efektif. Contohnya penggunaan fakta dan komputasi dalam perisian matematik.

Ciri-ciri kaedah latih tubi :

- Latihan dalam memahami maklumat berbentuk visual atau auditori supaya murid-

murid belajar berbincang dan menulis apa yang telah dipelajari melalui bahan yang

boleh didengar dan dipandang.

- Maklum balas segera terhadap respons murid-murid supaya respons yang betul

diterima atau diperkukuhkan manakala respons yang salah dianalisis dan

dibetulkan.

- Ulangan latihan dalam jangka masa tertentu pada peringkat awal dan seterusnya

dalam jangka masa yang tidak ditentukan.

Oleh sebab latih tubi melibatkan ulangan, kaedah ini mungkin membosankan. Untuk mengelakkan

kebosanan, pelbagai bentuk latih tubi boleh digunakan, antaranya :

82

Page 83: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

- Permainan dan pertandingan merupakan cabaran kepada sesetengah murid-murid

- Latih tubi boleh dijalankan dengan cara menyuruh mereka menulis pada

permukaan-permukaan yang aneh seperti di tanah yang basah, pasir atau

menyuruh mereka mengulangi maklumat secara berbaring di atas lantai, ketika

bermain atau ketika sedang mandi.

Banyak pihak boleh membantu murid-murid dalam proses latih tubi. Ini termasuklah guru,

rakan sebaya, murid-murid-murid-murid lain di dalam kelas dan keluarga di rumah. Kaedah ini

juga boleh digunakan bersama-sama dengan kaedah-kaedah lain, iaitu ujian lisan, buku kerja,

permainan dan pengajaran berprogram.

6.3.1.1 Latih Tubi Lisan

Menguasai kemahiran lisan, sukar bagi sesetengah murid-murid disleksia. Selain itu murid-murid

yang mengalami masalah gagap juga sangat memerlukan aktiviti lisan untuk membantu

mengurangkan masalah tersebut. Namun, bagi masalah gagap yang serius, murid-murid tersebut

memerlukan rawatan khusus oleh pakar fisioterapi pertuturan. Kaedah latih tubi amat berkesan

untuk mengajar sebutan, intonasi, dan struktur ayat. Kamarudin Hj. Husin (1988) latih tubi adalah

satu cara mengajar dengan mengulang-ulangkan fakta atau sesuatu kecekapan yang diajar. Cara

ini merupakan sebahagian daripada usaha menghafaz atau mengingat sesuatu. Tujuannya adalah

untuk mencapai taraf kemahiran yang maksimum dan menjadikan apa yang dimurid-murid itu

kekal dalam ingatan, malahan dapat digunakan dalam situasi-situasi lain.

Terdapat dua jenis latih tubi dalam pengajaran dan pembelajaran lisan iaitu;

i. Latih tubi aspek sebutan atau fonologi

ii. Latih tubi aspek struktur atau ayat

i. Latih Tubi Aspek Sebutan Atau Fonologi

Murid-murid disleksia kebanyakannya menghadapi masalah sebutan. Latih tubi jenis ini sesuai

digunakan untuk membantu murid disleksia yang menghadapi masalah menyebut bunyi-bunyi

tertentu dalam perkataan. Ada dua jenis latih tubi bentuk ini iaitu latih tubi pasangan minimal dan

latih tubi pemintal lidah:

83

Page 84: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Latih Tubi Pasangan Minimal

Murid-murid disleksia kerap menghadapi masalah menyebut bunyi-bunyi konsonan tertentu.

Mereka kerap tersalah menyebut konsonan yang mempunyai perbezaan bunyi yang paling

minimum dalam perkataan sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh, misalnya

dalam perkataan ladang disebut sebagai lalang, sehingga bertukar menjadi perkataan lalang.

Oleh itu guru perlu menyediakan senarai perkataan yang mengandungi konsonan ‘d’ dan ‘l’ dan

meminta murid menyebutnya berulang-ulang kali sehingga mahir.

Contoh:

dari - lari

ladang - lalang

lada - lala

dada - lada

tadi - tali

Latih Tubi Pemintal Lidah

Latih tubi pemintal lidah sangat penting untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi

dengan betul dan tepat. Latih tubi jenis ini hanya menumpukan kepada bunyi tertentu yang

menjadi masalah kepada murid-murid menyebutnya.

Contoh:

a) Masalah menyebut fonem /p/

Pandang pandan tepi pagar depan padang

b) Masalah menyebut fonem /s/ di awal perkataan (contoh yang sangat popular digunakan dalam bahasa Inggeris) She sells sea shells at the sea shore. The shells she sells are sea shore shells.

ii. Latih Tubi Aspek Struktur atau Ayat

Latih tubi struktur digunakan untuk memahirkan murid disleksia dengan bentuk-bentuk ayat

tertentu dan membimbing murid menguasai kemahiran membina ayat. Dalam konteks pengajaran

kemahiran lisan, latih tubi ini dapat membantu murid menyebut ayat yang lengkap dengan lancar.

Terdapat berbagai-bagai jenis latih tubi jenis ini dan guru juga boleh mencipta sendiri bentuk latih

84

Page 85: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

tubi struktur yang hendak diberikan kepada murid.

6.3.2 Ulangan

Perancangan aktiviti p&p dengan rapi. Menurut Coralie Loeong (1998) murid-murid disleksia

memerlukan arahan yang berulang. Kiranya tidak akan ketinggalan dalam murid-muridan atau

arahan. Pengulangan dapat membantu atasi masalah murid-murid disleksia.

Ini adalah teknik yang paling mudah di mana kita hanya perlu mengulangi beberapa kali

maklumat yang kita perlu ingat. Sesuatu maklumat yang sering digunakan secara berulang-ulang

akan lebih mudah diingati, sebagai contoh, mengingati nombor telefon rakan anda yang sering

dihubungi. Begitu juga dalam bacaan sifir menerusi pengulangan, individu akan lebih mudah

menguasai dan mengingati jawapannya. Apabila guru bertanyakan soalan secara rawak, murid-

murid yang kerap membuat pengulangan akan lebih mudah menyatakan hasil darab dengan betul

dan yakin berbanding murid-murid yang kurang membuat ulangan selepas sesuatu pengajaran

dan pembelajaran yang disampaikan. Murid-murid boleh menjawab dengan betul tetapi

mengambil masa yang panjang disebabkan membaca sifir dari awal lagi. Apa juga mata murid-

muridan kiranya diberikan ulangan akan dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik kerana ia

menambahkan daya kefahaman dan meningkatkan daya ingatan.

6.3.3 Chunking

Maklumat yang tidak berkaitan dikumpulkan menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman

tertentu. Contohnya untuk menghafal bulan-bulan Islam, nama Allah, nama-nama Malaikat dan

juga 26 abjad dikaitkan dengan lagu tertentu. Penghafalan huruf abjad lebih berjaya menerusi

penggunaan teknik chunking, seperti berikut:

ABCDEFG HIJKLMN OPQRSTU VWXYZ

Adalah agak sukar untuk seorang murid-murid menghafal 26 abjad huruf tersebut tanpa

penggunaan kaedah yang bersesuaian. Menerusi kaedah chunking dan disertakan dengan lagu

menambahkan minat murid malahan lebih memudahkan daya penghafalan selepas menjalani

beberapa sesi latihan. Kita juga pernah melihat kebolehan seseorang individu yang berjaya

mengingat nombor telefon dalam masa yang singkat, sebagai contoh 0174857662 ditulis dengan

cara begini 017-485-7662.

6.3.4 Mnemonics

85

Page 86: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Teknik ini mudah digunakan dan sering digunakan.

Teknik Akrostik

Akrostik adalah frasa ataupun ayat di mana huruf pertama pada perkataan pertama

dapat menolong kita ingat maklumat yang hendak dihafal kerana hurufnya serupa.

Frasa atau ayat di mana huruf pertama pada perkataan pertama dapat menolong

ingat maklumat yang hendak dihafal, contoh, PTKS – Pergi tidur kalau sakit.

Teknik Akronim

Seakan-akan teknik akrostik. Akronim adalah sejenis kata singkatan, contoh MARA

bagi Majlis Amanah Rakyat. Jika anda mempunyai satu senarai fakta yang panjang,

anda boleh memudahkan proses mengingatnya dengan membuat

kependekan/penyingkatan.

Teknik Skrip Cerita

Cara mengingat dengan mengarang cerita, contoh tangga, papaya dan bas. Bas

merah membawa mereka tiga beradik balik ke kampong. Dari jaugh tangga rumah

nenek kelihatan. Pokok papaya di tepi dapur sudah tinggi tapi tidak berbuah lagi.

Rima

Boleh dijadikan nyanyian atau pantun, contoh:

Satu tangan bilangan lima, Dua tangan bilangan sepuluh,

Nenek tanam biji delima, apa sebab peria tumbuh

6.3.5 Kategori

Mengkategori adalah kegiatan mental yang melibatkan aktiviti-aktiviti memilih dan membuat

perbandingan berdasarkan kriteria tertentu. Fungsinya adalah hampir sama dengan kegiatan

mengklasifikasi. Walaubagaimanapun, mengkategori lebih berfokus kepada pengumpulan atau

pengelompokan mengikut penjenisan dan kadar keupayaan.

6.3.6 Konfigurasi

86

Page 87: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Konfigurasi melibatkan cara mengingat menerusi susun atur bahan yang telah dibaca secara yang

lebih sistematik supaya ianya lebih mudah untuk dipanggil semula ketika memerlukannya.

6.3.7 Hubungkait

Membuat perkaitan adalah kegiatan mental yang dilakukan untuk menghubungkan elemen-

elemen yang berkaitan. Ia mungkin melibatkan usaha mengesan punca dan kesan, sebab dan

akibat, menstruktur idea atau konsep, mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.

Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat andaian, mensintesis,

membuat hipotesis, menyelesaikan masalah dan membuat kesimpulan.

Menurut pakar psikologi, M.R.Raugh dan R.C.Atkinson menasihatkan supaya maklumat

yang hendak dihafal itu diberi makna kepadanya atau mengaitkan dengan kehidupan sendiri.

Sebagai contoh, apabila sedang membaca buku teks sejarah berkenaan ciri-ciri individu yang

memiliki perjuangan fikirkan seorang rakan sendiri yang memiliki ciri-ciri seperti itu.

Katakanlah anda hendak ke kedai membeli pisang, kelapa, topi dan minyak. Cuba buat

gambar dalam kepala dan dalam gambar itu semua benda-benda itu ada. Sebagai contoh, buat

gambar seekor monyet yang sedang makan pisang sambil memegang kelapa dan memakai topi

sambil meminum minyak. Menurut penyelidik M.A.Mc Daniel dan G.O. Einstein melaporkan

apabila gambar itu makin gila-gila dan tidak masuk akal, gambar itu semakin mudah diingat.

Sebagai contoh, jika anda hendak mengingat nombor telefon yang diberikan kepada anda, anda

bolehlah mengaitkan nombor telefon itu dengan fakta-fakta yang yang telah diketahui, contohnya:-

Nombor telefon : 3352012

Boleh dipecahkan ke 335 – 20 – 12

Dan boleh diingatkan sebagai,

Nombor rumah : 335

Bilangan ibu dan ayah : 2

Setelah meninggal : 0

Bilangan adik beradik : 12

6.3.8 Klasifikasi

87

Page 88: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Mengklasifikasi melibatkan kegiatan memilih atau mengumpulkan sesuatu mengikut bahagia-

bahagiannya yang serupa dan berkait rapat. Dalam kemahiran berfikir, mengklasifikasi digunakan

untuk membolehkan kita membuat penjenisan atau membuat pengelompokan mengikut kelas

atau kumpulannya. Misalnya kita menetapkan penjenisan buah-buahan tempatan dan buah-

buahan luar negara. Atau kita mengklasifikasikan kenderaan di darat dan kenderaan di laut, atau

kita membahagikan jenis pokok berbunga atau pokok tidak berbunga dan sebagainya.

Mengklasifikasi adalah juga perbuatan mengasingkan dan mengumpulkan objek atau

fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Ia

lebih menekankan kepada ciri atau sifat tertentu seperti ciri atau sifat sepunya. Kemahiran ini

digunakan apabila kita hendak menyelesaikan terlalu banyak item atau maklumat item atau

maklumat yang tidak tersusun.

Membuat pengelasan seolah-olah memberi label kepada benda tersebut ianya tidaklah

semudah itu. Contoh, kiranya kita kenal pasti pokok durian, kita sebenarnya mengambil kira ciri-

ciri khusus pokok durian yang boleh membezakan pokok tersebut dengan pokok-pokok lain. Kita

akan cuba kenal pasti dan senaraikan ciri-ciri pada pokok durian atau pokok lain. Dapatannya kita

lebih mengenali pokok durian dari sebelumnya. Kemampuan untuk mengumpul, mencari dan

menyenaraikan dan mengkategorikan ciri-ciri pokok durian membantu kita menyusun dan

mengatur maklumat yang kita kumpulkan itu dengan lebih sistematik dan terurus.

Latihan a.

88

Contoh: dari --- lariladang --- lalanglada --- laladada --- ladatadi --- tali

AktivitiBincangkan beberapa contoh latih tubi pasangan minimal lain yang sesuai digunakan untuk murid-murid disleksia.

Page 89: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) dan kemahiran di ingatan

jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif atau kemahiran yang berkaitan

dengan tugas-tugas yang kompleks. Guru perlu bijak memilih kaedah mengingat dan

memproses maklumat yang sesuai untuk murid-murid disleksia supaya murid-murid

disleksia tidak jauh tertinggal dalam menguasai bahasa.

RUJUKAN

Abd.Aziz Talib, (1989) Pengajaran dan pengujian bahasa: perspektif untuk perguruan.

Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

89

RUMUSAN

TUTORIAL:

1. Selain daripada kaedah-kaedah yang disebut di atas, kaedah peta minda juga

merupakan salah satu cara yang berkesan untuk membantu kanak-kanak disleksia. Cuba

cari maklumat berkaitan. Bagaimana kaedah peta minda dapat membantu kanak-kanak

disleksia?

2. Secara berkumpulan, bina beberapa contoh latih tubi pemintal lidah bagi fonem-fonem

tertentu yang sesuai dijadikan latihan latih tubi lisan dengan murid-murid disleksia dan

bentangkan kepada kelas anda.

Page 90: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Kamarudin Hj.Husin, (1990). Pengajaran dan pembelajaran lisan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koh Boh Boon, (1990). Pengajaran tatabahasa bahasa Malaysia: prinsip dan

teknik. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti.

TAJUK 7 PENGURUSAN PROGRAM DISLEKSIA

7.0 SINOPSIS

Topik ini membincangkan tentang Pengurusan Program Disleksia iaitu Langkah-Langkah

Pengurusan dan Aspek Pengurusan Program.

7.1 HASIL PEMBELAJARAN

90

Page 91: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat :

1. Mangaplikasikan pelbagai kaedah untuk memantau dan mentaksir

pengetahuan dan kemahiran (2.4)

2. Menyenaraikan langkah-langkah yang perlu diambil dalam mengurus program

disleksia (2.4)

3. Merancang dan mengurus program disleksia dengan mengambil tindakan tertentu

seperti proses mengesan, menyaring dan mendiagnosis, dan perancangan

pengajaran dan pembelajaran (2.1)

4. Merancang dan mengurus program disleksia dengan mengambil tindakan tertentu

seperti fleksibiliti, akomodasi dan advokasi (2.1)

5. Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan (5.5)

6. Mempamerkan komitmen kepada kecemerlangan, akauntabiliti integreti,

bertanggungjawab dan empati untuk melaksanakan tugas (4.2).

7.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

91

Langkah-langkah Pengurusan

Proses Mengesan dan Menyaring

Diagnosis Kelemahan Murid

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Page 92: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

KERANGKA TAJUK ASPEK PENGURUSAN PROGRAM

7.3 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN PROGRAM DISLEKSIA

CARTA ALIRAN PROGRAM DISLEKSIA

92

ASPEK PENGURUSAN PROGRAM

FLEKSIBILITI/LUWES AKOMODASI ADVOKASI

Kelas biasa/ kelas pemulihan

Kelas biasa/ kelas pemulihan

Tidak sah

Menguasai kemahiran

sah

Tidak Menguasai kemahiran

Pen

did

kan

inklu

sif

Page 93: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Aspek pengurusan program:-

7.4 Fleksibiliti / Luwes

Menurut kamus Dewan Bahasa edisi keempat : Boleh diubah atau disuaikan atau mudah

berubah mengikut keadaan baru.

Bahan yang digunakan boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan

kesesuaian.

Tidak terhad pada satu masa sahaja.

Boleh diubahsuai mengikut keadaan

Mengurangkan halangan

Pelbagai khidmat sokongan

Pengaturan jadual waktu

Susun atur kelas

Penyediaan rancangan pengajaran

93

TMMD- Tidak Mengalami Masalah DisleksiaKMMD- Kebarangkalian Mengalami Masalah Disleksia

Page 94: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Guru yang berkesan mencipta situasi kejayaan melalui amalan empati mempunyai sifat fleksibel

dan mempunyai hubungan yang rapat dengan murid-murid-murid-murid. Guru seperti ini

mempunyai ciri-ciri:

Menimbulkan minat murid-murid

Sentiasa mendedahkan murid-murid kepada ilmu pengetahuan yang berguna dan

praktikal

Menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid bahawa pertambahan ilmu

pengetahuan adalah penting

Menarik dan menggembirakan

Mempelbagaikan cara dan bentuk penyampaian dan sentiasa mengemas kini

bahan-bahan pengajaran

Antara pendedahan kemahiran kepada murid-murid disleksia adalah dalam bidang seni dan ini adalah hasil kerja murid-murid disleksia yang ternyata berbakat

7.4.1 Antara aspek yang fleksibel adalah:

7.4.1.1 Masa

94

Page 95: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Sesuatu pengajaran yang diajar akan memakan masa yang lama untuk murid disleksia

memahaminya. Oleh itu , masa yang diperuntukkan bagi satu topik tidak terhad malah mengikut

tahap pencapaian murid. Persoalannya di sini guru juga perlu melihat keinginan belajar murid

dalam satu masa. Sekiranya murid kurang bersedia untuk belajar pada masa yang ditetapkan

guru haruslah mengisi masa tersebut dengan aktiviti yang lebih berfaeah dan boleh dimanfaatkan

kepada murid-murid.

7.4.2 Bahan pengajaran dan pembelajaran

Lego boleh merangsang murid-murid disleksia berfikir dan

meningkatkan kemahiran psikomotor

Bahan yang digunakan hendaklah bersesuaian, boleh berubah mengikut minat dan

kecenderungan murid, contohnya, jika murid berminat dengan permainan lego, guru boleh

menyerapkan permainan lego dalam pengajaran. Bahan pengajaran tersebut hendaklah :

• Bahan maujud dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman terhadap

pelajaran dan bahan-bahan yang digunakan dalam pembelajaran juga boleh:

Mematang dan meluaskan pemikiran

Merangsang murid-murid untuk belajar

Meningkatkan keyakinan diri

Menambahkan kemahiran menggunakan alat dan kemahiran

psikomotor murid-murid

Memaksimukan penggunaan deria.

7.4.3 Bahan peneguhan:

Sebagai seorang guru, pastinya anda telah menggunakan peneguhan dalam pengajaran dan

pembelajaran anda. Apakah antaranya? Pernahkah anda memuji murid kerana tingkah lakunya

yang baik? Atau pernahkah anda memberi hadiah kepada murid yang berjaya menjawab soalan

95

Page 96: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

dengan betul? Jika anda menjawab ‘ya’, bermakna anda pernah menggunakan peneguhan di

dalam bilik darjah. Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan primer (makanan, minuman,

keselamatan, kemesraan dll) dan peneguhan sekunder (sosial- pujian, senyuman, pelukan atau

perhatian, token / simbolik – wang, gred, bintang, aktiviti – permainan / aktiviti yang meny

perhatianeronokkan). Selain daripada itu terdapat juga peneguhan positif – rangsangan yang

menyeronokkan dan peneguhan negatif – penghapusan rangsangan yang tidak menyeronokkan.

Sekiranya peneguhan yang dipilih tidak berkesan, guru boleh menggunakan peneguhan-

peneguhan yang lain.

7.4.4 Tugasan

Semasa memberikan tugasan seharusnya guru melihat kepada konsep asas iaitu untuk

membetulkan kesilapan dan kecelaruan murid dalam bacaan, ejaan, tulisan, lisan mahupun dalam

matematik. Pada peringkat permulaan, latihan-latihan yang diberi lebih kepada tujuan untuk

membetulkan kesilapan murid. Tugasan yang diberi sekadar memberikan kefahaman murid

berhubung kesilapan yang biasa dibuat oleh murid seperti tulisan / ejaan huruf yang terbalik.

Setelah murid menguasai kemahiran, tugasan bolehlah ditambah dan akhirnya bersamaan seperti

mana yang dibuat oleh rakan mereka di kelas aliran perdana. Sekiranya guru terus memberikan

tugasan yang banyak tanpa melihat daerah kelemahan dan masalah murid, aspreasi tingkah laku

mula terbentuk dan akhirnya guru / rakan sebaya melabelkan bahawa murid-murid nakal, lambat,

malas atau tidak minat belajar.

7.5 Akomodasi

96

Page 97: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Mengikut kamus Oxford Fajar (1989) menterjemahkan akomodasi ialah mengubah dan

menyesuaikan sesuatu supaya padan atau selaras dengan sesuatu yang lain.. Sebagai contoh,

penilaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ke atas murid-murid masalah pendengaran

mengikut kajian Dr. Mohd Hanafi B. Yassin dalam Jurnal Akademik IPPM menyatakan,

penggunaan kertas soalan peperiksaan yang sama untuk calon biasa adalah kurang sesuai

memandangkan beberapa kajian yang dijalankan di dalam dan di luar negara telah mendapati

bahawa kemahiran dan keupayaan bahasa di antara murid-murid pekak dan murid-murid biasa

adalah berbeza kerana mereka menggunakan BMKT semasa berkomunikasi.

Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka : Penyesuaian atau pengakomodasian

yang bermaksud melakukan penyesuaian supaya sesuatu selaras.. Ia berlaku semasa kita

mengubah skema yang ada dalam memberi respon kepada situasi baru. Ia melibatkan perubahan

skema yang sedia ada atau membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada

maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu

sesuaikan pemikiran kita. Bahan asal diubah suai mengikut pengajaran guru.

7.5.1 Aspek-aspek pengakomodasian:

- bahan bantu mengajar

- bahan belajar

- persekitaran pembelajaran

- cara penilaian

Antara akomodasi yang boleh dilaksanakan oleh guru semasa menyediakan bahan bantu

mengajar dan penyediaan bahan belajar murid-murid disleksia:

Menggunakan kertas soalan saiz A3

Besarkan saiz font-16

Besarkan soalan 130%

Font comic sans (a) atau century gothic (a)

Jarak perbezaan soalan

Format UPS satu muka surat 5 soalan

Double spacing

Masukkan gambar untuk menyokong petikan

Pembaca soalan-suara jelas,tumpuan mendengar, tidak pengaruh murid

Memberi lebih masa-2 kali-di kelas perdana dan di kelas disleksia.

97

Page 98: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

7.6 Advokasi

Sokongan atau untuk menyokong.

Aspek-aspek advokasi:

Sokongan bahan belajar

Sokongan bahan mengajar

Sokongan persekitaran

Sokongan luar

Sokongan bahan belajar

Contohnya :

Sekiranya murid-murid tidak boleh memegang pensil dengan kuat, boleh mengadvokasikan

dengan meletakkan “grip” plastik atau getah pada pensel untuk mengguatkan genggaman atau

pensil tripod yang mudah pegang.

Advokasi dari Aspek Khidmat Sokongan

Sokongan fizikal dan pengajaran

Ibu bapa,guru, kerajaan, badan bukan kerajaan, masyarakat

Badan bukan kerajaan

◦ Pusat Disleksia Malaysia

Kerajaan

◦ Kementerian Pelajaran Malaysia

◦ Kementerian kesihatan

◦ Kementerian Pembangunan Keluarga ,Wanita dan Masyarakat

Kementerian Pembangunan Keluarga ,Wanita dan Masyarakat

◦ Pendaftaran orang keperluan khas

◦ Program pemulihan dalam komunit (PDK)

◦ Pemberian geran kepada pertubuhan sukarela

98

Page 99: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

◦ Pemberian elaun, geran pelancaran, alat anggota palsu kepada orang

berkeperluan khas

◦ Sukan bagi orang keperluan khas

RUJUKAN

Abd.Aziz Talib, (1989) Pengajaran dan pengujian bahasa: perspektif untuk perguruan.

Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Kamarudin Hj.Husin, (1990). Pengajaran dan pembelajaran lisan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koh Boh Boon, (1990). Pengajaran tatabahasa bahasa Malaysia: prinsip dan

teknik. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti.

99

TUTORIAL:

Anda dikehendaki mencari maklumat tambahan untuk menjelaskan secara terperinci

berkaitan akomodasi dan advokasi kepada kanak-kanak disleksia menerusi pelbagai

sumber yang dirujuk dan bentangkan dalam kelas.

Page 100: Pendidikan Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

100