Transcript
Page 1: Penderaan kanak-kanak sekilas pandang

PENDERAAN KANAK-KANAK SEKILAS PANDANG

UNICEF Malaysia, September 2010

FACT SHEET www.uniteagainstabuse.my

1

SIAPAKAH KANAK-KANAK?

Kanak-kanak adalah sesiapa di bawah usia 18 tahun menurut

Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-kanak

Malaysia 2001.

CRC menegaskan bahawa kanak-kanak di mana jua mempunyai hak

sedia ada untuk hidup. Semua hak ini saling berkait dan sama

penting kerana setiap hak ini adalah hak sejadi terhadap maruah

dan perkembangan harmoni setiap kanak-kanak tanpa mengira

usia, jantina atau agama.

APAKAH PENDERAAN KANAK-KANAK?

Penderaan kanak-kanak (dan pengabaian yang dikenali oleh agensi-

agensi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai penganiayaan

kanak-kanak) adalah bahaya (atau risiko bahaya) terhadap kanak-

kanak oleh ibubapa, penjaga atau individu lain yang memiliki

tanggungjawab, amanah atau kuasa ke atas kanak-kanak tersebut.

Terdapat empat kategori utama penderaan kanak-kanak:

• Pengabaian: kegagalan memenuhi keperluan asas kanak-kanak.

• Penderaan fizikal: menumbuk, memukul, menendang, menggigit,

membakar, menggoncang, menikam, mencekik, atau

mencederakan kanak-kanak.

• Penderaan seksual: menyentuh bahagian sulit kanak-kanak,

bersetubuh, sumbang muhrim, merogol, meliwat, mendedahkan

kemaluan, dan eksploitasi komersil menerusi pelacuran atau

produksi bahan-bahan lucah.

• Pendedahan emosi: kritikan berterusan, ugutan, penolakan serta

ketiadaan kasih sayang, sokongan atau bimbingan.

Penderaan kanak-kanak menjejaskan kesihatan, perkembangan, dan

maruah kanak-kanak. Dalam kebanyakan kes, ia meninggalkan kesan

emosi jangka panjang.

Kanak-kanak dan remaja dengan keperluan istimewa, termasuk

kanak-kanak kurang upaya dan mereka yang mengidap HIV dan AIDS

khususnya lebih cenderung didera. Begitu juga dengan kanak-kanak

tanpa dokumen, penghijrah dan pelarian.

HAK ASASI MANUSIA DAN RANGKA KERJA UNDANG-UNDANG

KONVENSYEN PERSATUAN

BANGSA-BANGSA BERSATU

TENTANG HAK KANAK-KANAK

Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC)

merupakan perjanjian BBB yang

mendapat kata sepakat semua

pihak. Ia bertunggakkan empat

prinsip asas: tanpa diskriminasi

(artikel 2); kepentingan terbaik

kanak-kanak (artikel 3); hak kanak-

kanak untuk hidup dan berkembang

(artikel 6); dan menghormati

pandangan kanak-kanak (artikel

12).

Artikel 19 CRC mengandungi

peruntukan am menentang

keganasan dan penderaan terhadap

kanak-kanak:

“Menegaskan pihak terlibat akan

mengambil semua langkah sesuai

dari segi perundangan,

pentadbiran, sosial dan pendidikan

untuk melindungi dari semua

bentuk keganasan fizikal dan

mental, kecederaan atau

penganiayaan, pengabaian atau

layanan mengabaikan,

penganiayaan atau eksploitasi,

termasuk penderaan seksual, ketika

di bawah jagaan ibubapa, penjaga

sah atau mana-mana individu lain

yang menjaga kanak-kanak

tersebut”.

Page 2: Penderaan kanak-kanak sekilas pandang

PENDERAAN KANAK-KANAK SEKILAS PANDANG

UNICEF Malaysia, September 2010

FACT SHEET www.uniteagainstabuse.my

2

MENGAPAKAH PENDERAAN KANAK-KANAK BERLAKU?

Kanak-kanak mungkin didera kerana beberapa faktor dan risiko. Apabila

wujud pelbagai faktor dan risiko, bahaya penderaan semakin meningkat.

Risiko penderaan meningkat apabila:

• Ibubapa belum bersedia atau tidak tahu akan isu-isu kritikal

berhubung keibubapaan.

• Ibubapa kurang memahami peringkat perkembangan kanak-kanak

dan mempunyai jangkaan yang tidak munasabah terhadap

keupayaan anak-anak. Ibubapa mungkin tidak tahu cara mendisiplin

anak-anak yang paling berkesan di setiap peringkat usia.

• Ibubapa mengalami banyak tekanan kewangan seperti hilang

pekerjaan, menganggur dan hilang pendapatan.

• Ibubapa mengalami masalah kesihatan mental, mengidap penyakit

kronik dan kemurungan.

• Ibubapa mengalami masalah perhubungan, terdedah kepada

keganasan domestik di rumah, menghadapi masalah rumahtangga,

bercerai, atau mengalami tekanan sebagai ibu atau bapa tunggal,

pengasingan dan kesepian.

• Ibubapa bergantung pada dan ketagih dadah atau alkohol.

Keadaan ini digabung dengan cabaran sedia ada dalam mengasuh kanak-

kanak, mungkin menyebabkan ibubapa mencedera atau mengabaikan

keperluan anak-anak.

BAGAIMANAKAH KITA MELINDUNGI KANAK-KANAK DARIPADA PENDERAAN?

Kanak-kanak mengharapkan orang dewasa untuk melindungi mereka.

Sebagai orang dewasa, kita mesti:

• Berjaga-jaga akan tanda-tanda penderaan.

• Belajar mengenali tanda penderaan: ibubapa di bawah tekanan

kronik, kanak-kanak yang menunjukkan sikap negatif dan cemas,

tanda penderaan fizikal.

• Galakkan keluarga yang mengalami tekanan untuk mendapatkan

perkhidmatan sokongan.

• Bertindak jika anda mensyaki kanak-kanak didera.

• Dengarkan luahan kanak-kanak secara serius.

DOES CHILD ABUSE HAPPEN ONLY IN SOME COUNTRIES?

• Child abuse and neglect is

not limited to any one

country, economic system, or

culture. Throughout the

world, children particularly

young children are subjected

to physical and emotional

violence at the hands of their

parents, and often at the

hands of the social

institutions and cultural

norms that govern

interpersonal and social

relationships.

• Although all cultures

maintain taboos against

extreme physical beatings

and incest, acceptable

parenting standards can

include beatings and

emotional neglect.

• Preventing child abuse and

ensuring healthy child

development has long been a

public policy objective

globally. Concern for

children’s rights and safety

have been most visible in

recent years in the

development and ratification

of the Convention on the

Rights of the Child.

ADAKAH PENDERAAN KANAK-KANAK HANYA BERLAKU DI SESETENGAH NEGARA?

• Penderaan kanak-kanak dan

pengabaian tidak terhad

kepada satu negara, sistem

ekonomi, atau budaya. Di

seluruh dunia, kanak-kanak

khususnya yang muda

tertakluk kepada keganasan

fizikal dan emosi oleh

ibubapa sendiri, dan

seringkali oleh institusi sosial

dan norma budaya yang

menguasai perhubungan

antara peribadi dan sosial.

• Walaupun semua budaya

melarang pemukulan fizikal

yang ekstrem dan sumbang

muhrim, masih ramai yang

mengamalkan asuhan

standard seperti memukul

dan pengabaian emosi.

• Mencegah penderaan kanak-

kanak dan memastikan

perkembangan yang sihat

merupakan objektif polisi

awam di peringkat global.

Keprihatinan terhadap hak

dan keselamatan kanak-

kanak semakin ketara sejak

kebelakangan ini seiring

dengan termeterainya

Konvensyen Hak Asasi Kanak-

kanak.

Page 3: Penderaan kanak-kanak sekilas pandang

PENDERAAN KANAK-KANAK SEKILAS PANDANG

UNICEF Malaysia, September 2010

FACT SHEET www.uniteagainstabuse.my

3

BAGAIMANAKAH KITA MENGENALI SIMTOM DAN TANDA PENDERAAN KANAK-KANAK?

Mempelajari lebih lanjut tentang tanda dan

simtom penderaan, dan mengetahui cara

mendapatkan bantuan atau nasihat

merupakan cara terbaik untuk membantu

kanak-kana yang didera.

Tanda penderaan tidak terhad kepada

lebam dan tulang yang patah sahaja. Awasi

tabiat atau tanda emosi, atau kombinasi

beberapa tanda. Contohnya, kecederaan

yang tidak dapat dijelaskan disusuli

perubahan sikap dalam diri kanak-kanak

mungkin tanda ada sesuatu yang tidak kena.

Kehadiran satu atau dua lebam tidak

semestinya bererti kanak-kanak didera. Jika

tanda ini hadir berulang kali atau hadir

bersama simtom lain, ia mungkin

menimbulkan tanda tanya.

Tanda-tanda penderaan mungkin

merangkumi:

• Kesan bakar, gigitan, lebam, tulang

patah atau mata lebam yang tidak

dapat dijelaskan

• Kecederaan pada atau sekitar

kemaluan

• Lebam atau tanda lain di peringkat

pemulihan berlainan menunjukkan

pukulan atau serangan fizikal berulang

kali

• Keengganan ke rumah kawan atau

saudara mara tanpa sebab, contohnya,

“Saya tak suka dia lagi.”

• Beraksi secara lucah atau

menggunakan bahasa lucah yang

bukan kelaziman kanak-kanak

BAGAIMANAKAH PENDERAAN KANAK-KANAK DICEGAH?

Usaha pencegahan berpaksikan kekuatan

sekeluarga. Menerusi aktiviti pencegahan

seperti pendidikan ibubapa, lawatan ke rumah,

dan kumpulan sokongan ibubapa, ramai

keluarga mendapat sokongan yang diperlukan

untuk kekal bersama dan menjaga anak-anak

mereka di rumah dan komuniti.

Usaha pencegahan harus membantu ibubapa

mengasah kemahiran keibubapaan, memahami

kelebihan teknik mendisiplin tanpa keganasan,

dan memahami serta memenuhi keperluan

emosi, fizial dan perkembangan anak-anak

Program pencegahan juga dapat membantu

ibubapa mengenalpasti keperluan lain dan

menyediakan bantuan untuk mendapatkan

sokongan tambahan.

MENCEGAH PENDERAAN KANAK-KANAK – YANG KITA SEDIA MAKLUM

Penderaan dan pengabaian kanak-kanak

berlaku apabila individu menghadapi tekanan,

tanpa bantuan komuniti dan tidak tahu cara

menangani masalah tersebut.

Kebanyakan kes penderaan kanak-kanak

berpunca dari situasi dan keadaan yang boleh

dicegah menerusi komuniti yang saling

membantu.

Semua warganegara harus bersama menyokong

keluarga dalam membesarkan kanak-kanak di

dalam persekitaran yang selamat dan positif.

Program pencegahan yang berkesan mencapai

kejayaan kerana adanya perkongsian di antara

keluarga, agensi perkhidmatan sosial, sekolah,

komuniti berasakan kepercayaan, badan NGO,

agensi penguatkuasaan undang-undang, dan

komuniti perniagaan.

Page 4: Penderaan kanak-kanak sekilas pandang

PENDERAAN KANAK-KANAK SEKILAS PANDANG

UNICEF Malaysia, September 2010

FACT SHEET www.uniteagainstabuse.my

4

Setiap pilihan yang kita buat bagi pihak kanak-kanak hari ini, mempengaruhi hari depan mereka. Dengan perhatian dan bimbingan sewajarnya, kanak- kanak boleh berkembang dalam suasana yang selamat dan terlindung.


Recommended