Download doc - Novel Renyah(Tg.4)

Transcript
Page 1: Novel Renyah(Tg.4)

Sinopsi bermaksud ringkasan sesuatu cerita atau karya. Ia dapat memberikan satu gambaran menyeluruh tentang sesuatu karya kepada pembaca. Synopsis dapat meringkaskan cerita dan membolehkan kita mengulang kaji sesuatu karya dengan cepat.

BAB 1Datuk Dolhi bingung, sedih dan menyesal apabila mengenangkan 5 orang anaknya yang tidak berminat untuk menyambung tugasnya dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi mempunyai seorang isteri iaitu Datik Tominah dan 5 orang anak, 4 lelaki dan seorang perempuan. Anak sulungnya Hasnol seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Amira satu-satunya anak gadis Datuk Dolhi merupakan seorang guru. Tiga anak lelaki yang lain ialah Ilham, Mukhlis dan Dani. Ilham merupakan peminat seni, bergiat dalam bidang sastera dan pencinta alam. Mukhlis pula seorang pendakwah yang tidak bekerja dan Dani merupakan seorang artis. Datuk Dolhi pernah berkahwin dengan wanita berketurunan arab dan mempunyai seorang anak lelaki tetapi dirahsiakan daripada keluarganya.

BAB 2Albert Lee menelefon Datuk Dolhi dan berbincang tentang agenda pada petang itu. Mereka bercakap tentang Tuan Syed yang telah ke Kanada kerana projek Hidroelektrik di Kemuning. Prinsip hidup Datuk Dolhi ialah kerja keras. Baginya bekerja keras akan membuatkannya segar dan muda. Orang yang banyak berfikir tidak akan menjadi pelupa dan nyanyuk. Petang itu Datuk Dolhi berjoging dengan Albert. Sementara itu Datin Tominah berborak melalui telefon dengan rakan-rakanya yang terdiri daripada datin-datin. Semasa berjoging Datuk Dolhi dan Albert berbincang tentang keistimewaan kelab-kelab. Mereka juga bercakap tentang hasrat untuk menjodohkan Amera dan Robert dan tentang anak-anak yang tidak ingin terlibat dengan perniagaan. Datuk Dolhi sesak dada ketika berlari dan berhenti rehat.

Page 2: Novel Renyah(Tg.4)

BAB 3Suasana agak sibuk di Wisma Datuk Dolhi. Datuk Dolhi mendapat panggilan telefon daripada Wahi yang berada di Hiroshima. Wahi memberitahu dia tertarik akan cara orang Jepun melayan pelanggan dan cara pembungkusan. Rozie (setiausaha Datuk Dolhi) memberitahu agenda pada hari itu, temujanji dengan Raj Hussein wakil Romaco Consultan. Pada waktu petang pula ada ceramah membangunkan usahawan. Sejak akhir-akhir ini Datuk Dolhi sering memberikan ceramah kepada usahawan muda dan pelajar. Datuk Dolhi imbas kembali tanggapan peserta seminar tentang modal dan perniagaan. Lamunannya terhenti apabila setiausahanya memberitahu Puan Raj Hussein dan Cik Emrita menunggu di ruang tamu. Rozie juga memberitahu Datin Tominah menelefon untuk mengajak Datuk Dolhi ke pertunjukkan Busana Islam. Pada waktu tengahari Datuk Dolhi pulang ke rumah. Sambil menunggu makanan dihidangkan dia meneruskan pembacaannya.

BAB 4Datuk Dolhi memberi ceramah kepada para pelajar usahawan muda di Institut Perdagangan Usahawan. Datin Tominah mengajak Datuk Dolhi ke pertunjukkan Busana Islam. Datuk Dolhi mengeluh kerana anak-anak tidak berminat dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi mengutamakan barangan tempatan. Datuk Dolhi tidak berminat akan pertunjukkan fesyen. Masa dua jam di pertunjukkan itu dirasa lama oleh beliau. Datin Tominah berbincang dengan suaminya tentang hasratnya untuk membuka butik busana Islam. Namun begitu Datuk Dolhi seakan tidak berminat dan tidak yakin akan keupayaan isterinya dan rakan-rakannya. Manakala di luar rumah Dani sedang memetik gitar. Ilham mencatat sesuatu di meja batu di bawah pohon matsui. Amera berada di ruang tamu sedang menyemak buku anak-anak muridnya. Mukhlis pula sedang beratib di dalam bilik. Datuk Dolhi dan Datin Tominah masuk ke dalam rumah.

Page 3: Novel Renyah(Tg.4)

BAB 5Dani dan Ilham berbincang tentang lagu baru yang akan dinyanyikan oleh Dani.Ilham menegur lirik lagu Dani yang dianggap tidak intelektual. Ilham mencadangkan agar Dani mengambil puisi-puisinya supaya dilagukan tetapi Dani menganggap lagu puisi tidak akan maju. Ilham mendeklamasikan sajak Nyanyian Rimba dan sajak ciptaanya sendiri iaitu Tembang Burung-burung. Tiba-tiba Amera datang. Bagi Amera orang seni hanya kenyang dengan kata-kata tetapi perut lapar. Baginya orang yang membangunkan dunia bukan orang seni tetapi orang sains, ekonomi dan lain-lain. Amera bertengkar dengan Ilham sedangkan Dani buat tidak endah dan terus memetik gitarnya. Amera tidak suka akan sikap Ilham yang tidak bekerja dan mengharapkan orang tua. Bagi Ilham dia mempunyai perjuangannya sendiri untuk membela alam sekitar demi kesinambungan generasi akan datang. Amera mahu adiknya itu bekerja di syarikat ayahnya. Apabila Amera beredar Ilham bercakap pula dengan Dani. Dani tidak mahu campurtangan hal Ilham dan kakaknya. Dia bahagia dengan dunianya sendiri. Ilham berpendapat rockers meruntuhkan budaya Melayu. Amera memandang Ilham di taman keseorangan dari jendela.

BAB 6Pagi minggu Hasnol datang ke rumah Datuk Dolhi tanpa isteri dan anak-anaknya. Datuk Dolhi mengagak ada sesuatu yang tidak kena dengan Hasnol. Datuk Dolhi bertanya Hasnol tentang hasratnya iaitu agar Hasnol mengambil alih syarikat tetapi Hasnol menolak dengan alasan sayang akan pencen dan isterinya yang suka jika dia kerja kerajaan. Datuk Dolhi memaklumkan mungkin perniagaannya akan jatuh ke tangan orang lain jika adik-beradiknya tidak berminat. Hasnol memberitahu hasratnya untuk meminjam duit sebanyak sepuluh ribu daripada Datuk Dolhi. Datuk Dolhi bertegas mengatakan bidang perniagaan akan memperoleh pendapatan yang tidak terhad berbanding kerja kerajaan. Cara hidup Hasnol macam jutawan tidak disenangi Datuk Dolhi. Albert pernah ingin menjodohkan Hasnol dengan anaknya Elain. Datin Tominah menghentikan lamunan Datuk Dolhi. Mereka bercakap tentang hasrat Albert yang ingin sangat berbesan dengan mereka. Mungkin ada niat di sebaliknya. Mereka berharap agar Amera mendapat jodoh yang sesuai. Tiba-tiba Datin Tominah menyebut nama Wahi. Baginya Wahi seorang yang agak baik dan menjadi harapan Datuk Dolhi. Namun sepantas kilat Datuk Dolhi melenting. Datin Tominah tidak faham tetapi hanya diam.

Page 4: Novel Renyah(Tg.4)

BAB 7Datuk Dolhi menerima faks yang dihantar oleh Wahi. Wahi mencadangkan agar Dolhi-Albert melaksanakan kawalan mutu menyeluruh seperti yang dilakukan di Jepun. Rozie berpendapat rancangan Wahi adalah bijak. Datuk Dolhi mengarahkan Rozie mengemukakan cadangan kepada pihak pengurusan dan pegawai kanan. Datuk Dolhi teringatkan anak-anaknya yang tidak seperti Wahi. Dia teringatkan Mukhlis. Keadaan Mukhlis yang tidak terurus bersandar di tiang masjid dengan berserban dan berjubah. Beliau teringat pula kepada Wahi. Datuk Dolhi ada rahsia dengan Wahi. Datuk Dolhi yang menyuruh Wahi meningkatkan pengalaman di Jepun. Datuk Dolhi terbayang sejarah negara Jepun dan berpendapat Jepun menang perang ekonomi berbanding negara-negara seperti Perancis, Inggeris dan Soviet. Datuk Dolhi berpendapat orang Islam menganggap Islam cukup sempurna tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menerapkan Islam dalam kehidupan. Rozie memberitahu kehadiran Mukhlis. Datuk Dolhi mengharapkan Mukhlis menjadi eksekutif niaga tetapi Mukhlis menjadi pendakwah. Mukhlis memberitahu hasratnya untuk meminjam wang kerana ingin berdakwah di India.

BAB 8Kepulangan Datuk Dolhi disambut dengan senyuman oleh Amera. Amera memberitahu dia telah dipilih sebagai pendidik terbaik di seluruh negeri. Datuk Dolhi mengucapkan tahniah dan tidak teruja dengan berita itu. Dia juga ingin Amera bekerja di syarikatnya. Amera tidak berminat untuk menjadi jutawan dan hanya ingin hidup sederhana sahaja. Dia juga menolak Robert. Datuk Dolhi menganggap dirinya gagal kerana tidak berjaya melahirkan ahli perniagaan dan usahawan dalam kalangan ahli keluarga. Mukhlis pulang bersama-sama dengan tiga lagi rakan dakwahnya dengan sebuah kereta Mercedes. Mereka memberitahu Datuk Dolhi bahawa mereka ingin berdakwah ke seluruh dunia bulan depan. Mereka meminta agar Datuk Dolhi mengeluarkan biaya. Mereka berpendapat Datuk Dolhi antidakwah.Datuk Dolhi memberi kebenaran kepada Mukhlis untuk berdakwah bersama-sama kawan-kawannya. Salah seorang rakan Mukhlis iaitu Saiful Bahari (yang membawa kereta) ialah anak Tan Sri Mokhtar Latif. Ayahnya memberi sokongan akan perjuangan dakwahnya. Bagi mereka kerja sekarang penuh riba dan maksiat. Datuk Dolhi menempelak mereka. Kalau bapa mereka tidak bekerja keras bagaimana mereka boleh membawa kereta Mercedes itu. Datuk Dolhi dan Tan Sri Mokhtar Latif merupakan contoh usahawan Islam yang berjaya. Mereka terpaksa bersaing dengan orang bukan Islam untuk menegakkan kuasa ekonomi. Jika hidup tidak tentu hala bermakna Islam hanya tinggal nama. Pemuda-pemuda itu meninggalkan rumah Datuk Dolhi dengan perasaan sebal. Mereka gagal memujuk Datuk Dolhi untuk mendapatkan biaya.

Page 5: Novel Renyah(Tg.4)

Mereka bercerita tentang isteri ustaz mereka yang berkahwin lagi dan menceraikan isterinya yang bernama Hanisah. Tuk gurunya yang sebaya dengan bapanya sibuk berdakwah manakala bapanya sibuk berniaga. Tuk gurunya berkahwin empat manakala ayahnya masih setia dengan ibunya. Mukhlis terasa tersepit di tengan-tengah. Datuk Dolhi menghadiri majlis anugerah kecemerlangan Amera yang juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas. Dalam ucapannya Amera mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapanya.

BAB 9Amera mendapat penggilan telefon mengucapkan tahniah daripada seseorang yang tidak dikenali. Dia juga mendapat ucapan tahniah daripada Dani dan mendapat sejambak bunga daripada seseorang yang tidak dikenali melalui florist. Amera menghubungi Mekar Florist yang menghantar bunga itu. Mary memberitahu dia tidak mengenali siapa yang menghantar. Dani mengusik Amera agar Amera tidak memilih kerana nanti jadi andartu. Dani mengajak Datin Tominah menghadiri pelancaran albumnya. Inem pembantu rumah Indonesia memohon untuk berhenti kerja daripada Datin Tominah. Datin Tominah ingin mengetahui sebabnya tetapi tidak diberitahu oleh Inem. Seminggu kemudian Datin Tominah menerima surat daripada Inem memberitahu bahawa Ilham pernah masuk ke biliknya. Inem tidak mahu kemungkaran berlaku, sebab itulah dia berhenti. Datin Tominah runsing kerana sukar mencari pembantu rumah sekarang. Kalau tiada pembantu rumah dia akan penat dengan kerja dapur. Hasnol telefon untuk meminjam wang. Datin kecewa apabila Hasnol melepaskan gagang telefon selepas dia tidak bersetuju memberikan wang kepada Hasnol.

BAB 10Berita pernikahan Mukhlis melalui kawannya mengejutkan Datuk Dolhi. Mukhlis yang tidak bekerja tiba-tiba berkahwin merisaukan Datuk Dolhi. Dulu Hasnol mengambil keputusan untuk berkahwin dengan isterinya Linda juga agak tergesa-gesa. Datin Tominah mengucap berkali-kali apabila mendengar berita itu. Mereka suami isteri inginkan satu majlis perkahwinan yang penuh adat istiadat. Mukhlis berada di Sungai Bakau perkampungan jemaahnya. Datuk Dolhi bertambah berang apabila membaca surat daripada Inem. Ilham berada di Sarawak membentangkan kertas kerja tentang masalah hutan dan isu pembalakan. Dengar ceritanya mereka akan menganjurkan tunjuk perasaan dan akan tinggal bersama-sama orang asli. Datuk Dolhi ada saham dalam syarikat pembalakan itu. Albert menelifon dari Kucing memberitahu dia ternampak Ilham bersama-sama orang asli menghalang penebangan hutan. Albert menyatakan akan bekerjasama dengan pihak polis. Datuk Dolhi mengurut dadanya sebak memikirkan anak-anaknya.

Page 6: Novel Renyah(Tg.4)

Datuk Dolhi teringatkan Wahi yang begitu tekun. Anak muda itu tinggal bersama-sama neneknya setelah ibunya meninggal ketika melahirkannya. Datuk Dolhi memberikan bantuan kepadanya. Dia rindu ingin bercakap-cakap dengan Wahi.

BAB 11Memandangkan masalah yang timbul disebabkan oleh Ilham Datuk Dolhi ingin ke Ikebukuro, Jepun tempat Wahi berada. Dia ingin berehat. Dia ingin Albert yang mengambil tindakan terhadap masalah yang ada. Datin Tominah terkejut dengan keputusan Datuk Dolhi yang ingin bercuti tiba-tiba. Datu Dolhi berlepas ke Tokyo malam itu. Dia mengosongkan fikirannya dan melupakan semua masalah buat sementara waktu. Ketika dalam penerbangan fikiran datuk Dolhi menerawang ke zaman silamnya. Sebelum berkahwin dengan Datin Tominah dia pernah bercinta dengan Mastura sejak di kampus. Tetapi malangnya apabila tamat pengajian dia dikahwinkan dengan Datin Tominah oleh kedua-dua ibu bapanya. Selepas setahun berkahwin dengan Datin Tominah Datuk Dolhi berkahwin dengan Mastura secara diam-diam. Dia memperoleh anak lelaki sulung, namun Mastura meninggal. Anaknya tinggal dengan neneknya. Mukhlis sugul kerana tidak disangka Hanisah janda Tok Guru ada tiga orang anak. Dia rasa bebannya kerana terpaksa menjaga anak-anak tirinya. Hanisah ingin Mukhlis bekerja untuk membiayai anak-anak. Mukhlis bekerja di kilang dengan gaji lima ringgit sehari. Mukhlis pulang ke rumah dan memohon maaf daripada ibunya. Ibunya menasihati agar Mukhlis menjaga isteri dan anak-anak tirinya dengan baik. Hasnol pula ingin Linda meminta duit daripada bapanya bagi menyelesaikan masalah kewangannya. Hasnol memberi cadangan agar dia berhenti kerja dan bekerja di syarikat ayahnya tetapi tidak disetujui oleh Linda.

BAB 12Amera ke Kelab Mawar untuk bertemu dengan peminat misteri selama ini. Alangkah terperanjat apabila melihat orang itu ialah YB Timbalan Menteri Wahab. Mereka berbual pelbagai topik pada malam itu. YB mempunyai seorang anak berusia dua tahu manakala isterinya sudah meninggal. Apabila pulang Datin Tominah bertanyakan Amera. Amera menceritakan kepada Datin Tominah. Amera gelisah campur gembira. Kumpulan pemuzik Young Rock Band yang dianggotai oleh Dani akhirnya masuk studio. Album mereka berjudul Rimba Fikiran. Dani meminta ibu dan kakaknya hadir ketika majlis pelancaran nanti. Amera menasihati Dani agar menjaga disiplin dan sentiasa kemas. Bagi Dani penyanyi rock tidak perlu kemas. Amera diberitahu oleh Dani ada cerita dalam akhbar tentang YB Wahab yang digosipkan dengan seorang guru. Amera rasa cemas dan berdebar menyebabkan Dani hairan. Amera mula berfikir-fikir tentang kesannya jika berhubungan dengan orang politik yang sentiasa sibuk.

Page 7: Novel Renyah(Tg.4)

BAB 13Datuk Dolhi agak penat apabila tiba di Lapangan Terbang Narita Jepun selepas penerbangan selama 7 jam. Ketibaannya disambut oleh Wahid dan sahabat Jepunnya. Semasa dalam perjalanan ke tempat penginapan mereka berborak-borak tentang lagu. Datuk Dolhi menyanyikan beberapa buah lagu Jepun yang digemarinya. Datuk Dolhi menginap di Hotel Tokyo Metropolitan. Hotel itulah tempat menginap Datuk Dolhi apabila dia pertama kali ke negara itu. Ketika Datuk Dolhi merenung ke luar bilik hotel fikirannya bercelaru memikirkan akan cara untuk memberitahu Wahi. Dia tertanya-tanya apakah Wahi sudah tahu hal yang sebenarnya? Malam itu ketika mereka sedang minum di restoran cina Datul Dolhi memberiyahu Wahi bahawa Wahi adalah anaknya. Namun Wahi tidak terkejut kerana dia telah mengetahui melalui neneknya. Datuk Dolhi terasa amat lega. Pagi esoknya mereka berdua bersiar-siar di kota dengan menaiki kenderaan awam. Datuk Dolhi meminta Wahi memanggilnya bapak bukannya Datuk. Datuk Dolhi meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anaknya kepada Wahi. Dia memberitahu Wahi bahawa sudah sampai masanya rahsia itu didedahkan. Wahi sanggup menerima apa-apa sahaja tindakbalas daripada ibu tirinya nanti.

BAB 14Hasnol mengadakan pertemuan sulit dengan Tengku Munir di Teratai Inn. Semasa pertemuan itu Tengku Munir mengugut akan memusnahkan Hasnol dan Datuk Dolhi sekiranya tilanydak meluluskan tendernya. Malahan Tengku Munir akan memberikan tiga ratus ribu sekiranya hasnol membantunya. Tengku Munir akan menguruskan segala-galanya sekiranya Hasnol bersetuju. Hasnol pulang ke rumah dengan gembira dan menyuruh isterinya merancang percutian mereka memandangkan sudah lama mereka tidak bercuti. Manakala di Sarawak pula pihak berkuasa mencari aktivia barat yang mempengaruhi orang tempatan agar membina benteng manusia untuk menghalang pembalakan. Ilham terus memberi ucapan berapi-api membakar semangat penduduk tempatan. Apabila pihak berkuasa datang Ilham dan konco-konconya menghilangkan diri. Di rumah Datuk Dolhi pula Hasnol datang membayar segala hutangnya kepada Datin Tominah yang sebanyak sepuluh ribu. Datuk Tominah terkejut.

Page 8: Novel Renyah(Tg.4)

BAB 15Albert berbincang-bincang bersama-sama ahli keluarga dan bertanyakan Robert tentang hubungannya dengan Amera. Bagi Albert perkahwinan anaknya dengan orang Melayu banyak kelebihannya. Antaranya ialah dapat memperbesar empayar niaganya dan anaknya nanti akan jadi Melayu. Albert menyatakan kemusnahan Datuk Dolhi nanti adalah disebabkan oleh anak-anak Datuk Dolhi. Bagi Albert jika Robert berkahwin dengan Amera mereka berpeluang mengambilalih syarikat memandangkan anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat. Albert juga menyatakan minatnya dalam politik. Malam itu Robert menelifon Amera untuk mengajaknya keluar. Amera menolak dengan alasan ada latihan di sekolah. Robert kecewa.

BAB 16Datuk Dolhi menyatakan hasratnya untuk bersara kepada Wahi. Dia ingin Wahi mengambilalih pengurusan syarikat memandangkan anak-anaknya tidak berminat. Wahi mula rasa terbeban akan tindakan anak-anak Datuk Dolhi dan kemarahan Datin Tominah. Wahi memberitahu Datuk Dolhi bahawa dia telah mempunyai pilihan hati, gadis Jepun bernama Yuka. Yuka telah memeluk Islam dan mempelajari Islam di Kobe. Ayah Yuka pernah terlibat semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Oleh sebab rasa bersalah kerana kekejaman Jepun di Tanah Melayu Sakate (bapa Yuka) merestui Yuka dan Wahi. Semasa penerbangan pulang Datuk Dolhi mengenangkan kisahnya dengan Mastura (ibu Wahi). Datuk Dolhi tahu di pejabatnya nanti bertimbun tugasan yang perlu dibereskan.

BAB 17Ilham gagal ditangkap oleh pihak berkuasa. Datin Tominah menerima surat daripada Ilham bercop negara Perancis tetapi tiada alamat. Datin Tominah menyatakan isi surat itu kepada Datuk Dolhi dan meminta Datuk Dolhi mencari Ilham, namun tidak diendahkan oleh Datuk Dolhi. Datin Tominah memberitahu Datuk Dolhi bahawa Hasnol telah memulangkan duit sebanyak sepuluh ribu, telah bertukar kereta dan akan bercuti ke Eropah. Datuk Dolhi terkejut. Kisah Mukhlis juga diceritakan kepada Datuk Dolhi. Datuk Dolhi hanya menempelak dan tidak berhajat untuk membantu. Dani muncul dengan gaya rockernya. Datuk Dolhi menasihati agar Dani tidak terlibat dengan dadah. Datuk Dolhi kesal akan masalah dadah yang tidak pernah selesai. Datuk Dolhi memberitahu Datin Tominah bahawa Wahi akan berkahwin dengan gadis Jepun. Khabar daripada Datuk Dolhi bahawa Wahi adalah anaknya mengejutkan semua orang. Selepas Datuk Dolhi menjelaskan semua perkara kepada keluarganya, baru lapang dadanya. Datin Tominah menyuruh Hasnol meletak jawatan dan masuk ke syarikat tetapi Hasnol tidak berminat. Hubungan Datuk Dolhi dan Datin Tominah menjadi renggang.

Page 9: Novel Renyah(Tg.4)

Datin Tominah bersikap konfrontasi dengan Datuk Dolhi. Dia tidak lagi menjaga makan dan pakai Datuk Dolhi. Datuk Dolhi tidak menghiraukan sikap Datin Tominah. Amera tidak bersetuju akan sikap emaknya. Dia meminta emaknya berbaik semula dengan ayahnya.

BAB 18Kehadiran rombongan daripada timbalan menteri menggembirakan Datuk Dolhi. Perkahwinan Amera dan timbalan menteri berjalan lancar. Semasa majlis perkahwinan tersebut Datuk Dolhi berpeluang bertemu semula dengan rakan lamanya dan pernah tinggal serumah semasa belajar dulu iaitu Ustaz Hashim. Ustaz Hashim memberi khabar keadaan Mukhlis yang tidak terurus dan telah ditinggalkan isterinya setelah isterinya kembali ke pangkuan bekas suaminya. Kumpulan mereka dalam siasatan pihak berkuasa. Ustaz Hashim dan Datuk Dolhi pergi ke tempat perkumpulan Mukhlis. Tergambar kedaifan tempat tersebut dan tidak terurus. Mereka ke rumah Mukhlis tetapi tidak berpenghuni. Seorang pemuda memberitahu, Mukhlis telah meninggalkan tempat itu dan menjadi tidak siuman kerana menyerang tuk guru. Penduduk kampung berhampiran juga pernah ternampak Mukhlis menghayun pedang. Datin Tominah hanya mampu menitiskan air mata.

BAB 19Hasnol memaklumkan kepada Datin Tominah, dia akan bercuti sebulan dan akan ke luar negara. Tengku Munir menelifon Hasnol dengan nada marah. Dia mahu Hasnol meluluskan semua tender yang diserahkan sebanyak 12. Hasnol menjadi serba salah. Memandangkan desakan Linda yang mahu Hasnol ikut sama bercuti, Hasnol mengambil keputusan tidak akan menghiraukan permintaan Tengku Munir. Tengku Munir berkunjung ke pejabat Menteri Besar melaporkan rasuah yang telah dilakukan oleh Hasnol. Rumah Datuk Dolhi diserbu oleh pihak BPR. Wisma Dolhi diserbu wartawan. Telefon pejabatpun ditutup. Amera menelifon. Datin Tominah meminta suami Amera menolong tetapi dia tidak dapat menolong. Amera meminta ibunya mencari peguam yang bagus. Hasnol menelifon. Datin Tominah memujuk Hasnol pulang. Hasnol memberitahu dia terserempak dengan Ilham di London.

Page 10: Novel Renyah(Tg.4)

BAB 20Dani yang akan membuat persembahan pentas pada malam itu agak tidak bermaya. Rakannya memaklumkan kepada penganjur bahawa Dani mengambil dadah. Semasa Dani keluar mencari bekalan dis diekori dan tidak pulang semula untuk membuat persembahan. Penganjur memberitahu penyanyi demam dan mendapat rawatan di klinik. Penonton mengamuk. Polis tiba memaklumkan Dani ditangkap. Sekali lagi berita tersiar di akhbar. Datin Tominah hanya menangis. Dia berasa ingin lari sahaja dari tempat itu. Jualan album kumpulan Dani terjejas ekora peristiwa itu. Kumpulan mereka juga digam oleh RTM. Kumpulan Young Rock Bank menendang Dani daripada kumpulan mereka. Hasnol pulang untuk membersihkan namanya. Dia ditangkap di lapangan terbang.

BAB 21Ilham mendalangi tunjuk perasaan di London anjuran Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia. Dia tidak takut tindakan kerajaan Malaysia terhadapnya dan tetap menentang walaupun ayahnya sendiri seorang pembalak. Albert Lee sangat marah dan akan mengambil tindakan. Apabila diberitahu Wahi adalah anak Datuk Dolhi, Albert Lee rasa tergugat kerana dia maklum akan kehebatan Wahi.

BAB 22Wahi akan pulang bersama-sama isterinya. Hasnol dibebaskan dengan jaminan dan diarahkan bercuti sehingga siasatan selesai. Datuk Dolhi menjamin Dani dan akan memasukkannya ke pusat serenti. Wahi pulang ke Malaysia dan disambut Datuk Dolhi. Datin Tominah, Hasnol, Amera dan Dani. Ketika mereka makan malam sekeluarga Datuk Dolhi menerima panggilan telefon menyatakan Mukhlis kemalangan.

BAB 23Selepas sembuh Mukhlis dimasukkan ke wad sakit jiwa. Dani pula akan dimasukkan ke pusat pemulihan apabila kesnya selesai di mahkamah. Kumpulan rocknya digantung persembahan di tv. Dalam mesyuarat lembaga pengarah syarikat, Datuk Dolhi mengumumkan bahawa Wahi akan menggantikan tempatnya. Albert keluar dari bilik mesyuarat. Albert Lee yang tidak berpuas hati menuduh anak-anak Datuk Dolhi yang menyebabkan syarikat mereka merosot. Hubungan persahabatan Albert dan Datuk Dolhi rengang.

Page 11: Novel Renyah(Tg.4)

BAB 24Datuk Dolhi lega. Yuka ditugaskan di bahagian sumber manusia. Datuk Dolhi mencadangkan kepada Datin Tominah untuk mengerjakan umrah dan ziarah. Datuk Dolhi mencari ketenangan dengan mengenang anaknya satu persatu. Anak-anak yang tinggal dengannya diberi pendidikan sempurna dan dilimpahi kemewahan. Berbanding Wahi yang hidup serba sederhana tetapi menjadi pemuda yang berjiwa kental. Dia berharap agar segala kesilapan akan memantapkan peribadi bagi meneruskan perjuangan hidup.

Page 12: Novel Renyah(Tg.4)

Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya secara langsung atau tidak langsung. Tema dapat dikesan selepas sesuatu karya itu selesai dibaca. Manakala, persoalan pula bermakana perkara-perkara yang lebih kecil yang ada hubungan denagan tema yang turut dimasukkan oleh pengarang dalam karyanya.

TEMA

Penulis novel Renyah telah mengetengahkan tema tentang kekeluargaan Datuk Dolhi. Keseluruhan novel ini menceritakan tentang kehidupan Datuk Dolhi dan ahli keluarganya. Datuk dolhi telah banyak ditimpa masalah, akibat daripada kerenah-kerenah anak-anaknya. Contohnya, Hasnol dengan masalah rasuahnya, Ilham dengan masalah perjuangan radikalnya,dan Mukhlis dengan kegiatan ajaran sesat yang disertainya. Kesibukan beliau dan Datin Tominah telah menyebabkan anak-anak mereka bertindak di luar kawalan mereka berdua. Hanya Wahi,anak beliau hasil perkahwinannya dengan Mastura yang berjaya dan ingin bergiat dengan bidang perniagaan.

PERSOALAN

Novel Renyah telah memaparkan persoalan tentang perpaduan antara kaum. Contohnya, Datuk Dolhi telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu Dolhi-Albert Holding sebagai satu kerjasama untuk memajukan syarikatnya itu. Selain itu, Albert juga berhasrat untuk mewujudkan satu hubungan kekeluargaan dengan beliau dengan cara cuba menjodohkan anak-anaknya dengan anak-anak Datuk Dolhi walaupun hasratnya akhirnya tidak juga tercapai. Selain itu, persoalan tentang strategi-strategi perniagaan juga turut dipaparkan. Misalnya, Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri dan budaya kerja Jepun iaitu Kawalan Mutu Menyeluruh(TQC) telah diterapkan dalam perniagaan Datuk Dolhi.

Page 13: Novel Renyah(Tg.4)

Gaya bahasa merupakan cara seseorang menggunakan bahasa sebagai wahana uantuk meyampaikan pandangan terhadap sesuatu tema dan persoalan melalui karya mereka.

1. Dialog- Jalan-jalan cerita disampaikan melalui dialog. Ia terdapat di sepanjang

cerita.

2. Suspens - Contohnya, pada baris ke-14 pada muka surat 146,bab 14 (Memang… ……………akan berlaga).

3. Kejutan - Contohnya, pada babak di mana keluarga Albert berbual tentang muslihat muslihat di sebalik hubungan baik mereka dengan keluarga Datuk Dolhi. muslihat tersebutang mana, pembaca tidak terfikir pun tentang muslihat tersebut di awal ceritanya.

4. Imbas kembali - Contohnya, Datuk Dolhi terkenang tentang kali pertama dia ke negara Jepun.

5. Metafora - Filem kenangan. (halaman 3)

6. Personafikasi - Cahaya matahari petang menggigit kulit. (halaman 20)

Page 14: Novel Renyah(Tg.4)

7. Peribahasa - Seperti bulan jatuh ke riba. (halaman 181)

8. Sinkof - Dah & ni. (halaman 196)

9. Bahasa Asing - Genki desu. (halaman 118) - Confirm. (halaman 154)

Page 15: Novel Renyah(Tg.4)

Plot merupakan susunan peristiwa dalam sesuatu karya berdasarkan sebab dan akibatnya. Plot mungkin disusun secara kronologi atau sebaliknya.

Peristiwa dalam novel ini disusun secara tidak kronologi. Pada permulaan pembaca diperkenalkan dengan keluarga Datuk Dolhi dan perihal kelakuan anak-anaknya yang tidak berminat untuk menceburi bidang perniagaan syarikat ayah mereka. Dalam perkembangan cerita pula , penulis menggambarkan gelagat anak-anak Datuk Dolhi contohnya Hasnol yang kesempitan duit yang sering kali datang meminjam duit dengan Datuk Dolhi yang akhirnya terpaksa menerima rasuah daripada Teengku Munir. Dani pula, sibuk dengan kumpulan muziknya semasa Ilham sibuk menghasut masyarakat Penan untuk menghalang pembalakan di kawasan mereka. Mukhlis pula terpedaya dengan kumpulan yang dianggap sebagai kumpulan da’wah padahal kumpulan tersebut merupakan kumpulan ajaran sesat. Walau bagaimanapun, Amera pula telah mencapai sedikit kemajuan di mana dia telah dianugerahkan sebagai Pendidik Terbaik pada peringkat negeri. Pada bahagian perumitan pula, Datuk Dolhi telah pergi ke jepun kerana malu dan tertekan dengan tindakan anak-anaknya. Sebagai contoh, Ilahm yang telah mengetuai demonstrasi bagi menghalang pembalakan di Sarawak. Pada klimaks pula, Ilham telah diburu polis lantas melarikan dirinya ke Perancis. Pihak BPR pula bertungkus-lumus memburu Hasnol yang yang didakwa menerima rasuah yang akhirnya tertangkap di lapangan terbang sekembalinya dari London.Dani pula, ditahan kerana terlibat dengan penyalah gunaan najis dadah sementara abangnya Mukhlis hidup melarat dan menjadi kurang siuman. Ketika peleraiaan pula, Datuk Dolhi telah mengikat jamin hasnol dan Dani lalu menghantarnya ke pusat pemulihan. Amera telah bernikah dengan YB Wahab manakala Mukhlis berjaya ditemui dan terlantar di hospital. Wahi pula telah pulang ke Malysia bersama dengan isterinya,Yuka . Datuk Dolhi telah mengisytiharkan Wahi sebagai penggantinya dalam Dolhi-Albert Holding. Datuk Dolhi juga bercadang untuk menunuaikan umrah bersama Datin Tominah.

Page 16: Novel Renyah(Tg.4)

Watak ialah pelaku dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan berdasarkan hukum sebab dan akibat. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang dari aspek luaran dan dalaman .

1. Datuk Dolhi- Ahli korporat berjaya.- Pemilik Dolhi-Albert Holding.- Mempunyai 2 orang isteri iaitu, Datin Tominah dan Mastura.- Bijak menyelesaikan masalah.- Penyayang.- Rajin.- Kurang tegas mendidik anak.

2. Hasnol- Pegawai Tadbir dan Diplomatik(PTD).- Isterinya bernama Linda.- Tidak tegas.- Boros.- Pentingkan imej.

3. Ilham- Penulis dan Penyair.- Tidak mempunyai pekerjaan tetap.- Biadap.- Pengkhianat Negara.

4. Mukhlis- Berkelulusan Ijazah Pentadbiran dari Amerika Syarikat.

- Sedar akan kesilapan diri.

- Terjabak dengan kumpulan ajaran sesat.

Page 17: Novel Renyah(Tg.4)

5. Dani- Penyanyi rock.

- Menyalahgunakan dadah.

6. Datin Tominah- Isteri Datuk Dolhi.- Pentingkan kecantikan.- Kurang mendidik anak.- Kuat cemburu.

7. Albert Lee- Rakan kongsi Datuk Dolhi.- Mempunyai 2 orang anak.- Tidak jujur.- Penyayang.- Suka membaca.

8. Wahi- Berusia 20-an.- Bijak.- Amanah .- Bertanggungjawab.

9. Amera- Guru.- Cantik.- Isteri YB Wahab.

Page 18: Novel Renyah(Tg.4)

- Komited kepada tugas.

10. Emzita11. Rozie12. Raj Hussein13. Saiful Bahri14. Hanisah15. YB Wahab 16. Robert Lee 17. Ustaz Hashim

Nota:10-17 watak-watak sampingan.

Page 19: Novel Renyah(Tg.4)

Latar ialah keterangan yang berkaitan dengan watak, ruang, masa, tempat,dan suasana terjadinya cerita dalam sesuatu karya.

Latar tempat- Pejabat Datuk Dolhi- Rumah Datuk Dolhi- Perkampungan jemaah Kampung Sungai Bakau- Kelab Mawar- Teratai inn- Sarawak- Tokyo

Latar masa- Siang - Malam- Pagi - Petang- Tengah hari

Latar masyarakat- Masyarakat yang merupakan golongan usahawan- Masyrakat berilmu dan berpengetahuan- Masyarakat yang boros dan tamak- Masyarakat majmuk- Masyarakat yang berani menegur kesilapan

Page 20: Novel Renyah(Tg.4)

1. Nilai kasih-sayang.

Datuk Dolhi dan datin Tominah sangat menyayangi anak-anak mereka kerana mereka berusaha untuk menyelesaikan masalah-masalah anak-anak mereka.

2. Nilai sabar. Datuk Dolhi sentiasa bersabar dengan kerenah anak-anaknya yang telah

mencoteng arang di mukanya.

3. Nilai tanggungjawab. Datuk Dolhi menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan memberi

pendidikan dan saraan yang cukup kepada anak-anaknya termasuk Wahi yang tingggal bersama neneknya.

4. Nilai patriotik. Datuk Dolhi menggunakan Limosin Saga untuk ke majlis-majlis rasmi.

5. Nilai rajin. Albert rajin membaca buku ilmiah untuk menambahkan pengetahuannya.

Page 21: Novel Renyah(Tg.4)

Pengajaran yang dikenal juga sebagai amanat atau mesej bermaksud perutusan yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca.

1. Ibu bapa dan anak-anak hendaklah saling menyayangi antara satu dengan yang lain. Hal ini dapat dilihat pada watak Datuk Dolhi dan anak-anaknya yang saling menyayangi walaupun mereka sering menimbulkan masalah kepada bapa mereka itu.

2. Kita mestilah bersabar dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan. Datuk Dolhi bersabar menerima berita bahawa Dani telah ditangkap polis kerana terlibat dengan penyalah gunaan dadah.

3. Kita hendaklah mengutamakan barangan buatan tempatan bagi menyokong ekonomi Negara. Sikap ini yang dipaparkan oleh Datuk Dolhi yang menggunakan Limosin Saga untuk menghadiri majlis-majlis rasmi wajar dicontohi masyarakat.

4. Kita hendaklah rajin membaca dan menuntut ilmu bagi memajukan dir dan negara. Datuk Dolhi dan Wahi rajin membaca buku-buku ilmiah bagi menambahkan pengetahuan mereka dalam bidang perniagaan.


Recommended