8/2/2019 Nota Hoki Nj
1/16
NOTA HOKI
NURUL JANNAH BINTI HUSSIN
GERKO PERMAINAN HOKI (SELASA : 2.30 ptg 4.30 ptg)
SEJARAH HOKI
Sejenis permainan yang menyerupai hoki telah mula dimainkan oleh orang-
orang Parsi, Greek dan Rom sejak 2000 tahun Sebelum Masihi. Menurut
sesetengah ahli sejarah, permainan ini mula dimainkan semula di England pada
tahun 1365 tetapi kemudian diharamkan disebabkan berlakunya kekecohan yang
membawa kepada pertumpahan darah. Ia muncul semula dengan pelbagai nama
seperti hogket di Peranchis, shinty di Scotland, banty di Wales dan hurley di
Ireland.
Walau bagaimanapun nama hockey yang digunakan di England muncul
sebagai nama yang paling popular, sehinggalah digunakan sampai sekarang ini.
Permainan hoki berkembang di Eropah pada 1886. Pada 1896, hoki telah
dimasukkan dalam acara Sukan Olimpik. Dengan perkembangan itu, Persekutuan
Hoki Antarabangsa (FIH) ditubuhkan pada tahun 1954.
Di Malaysia, hanya selepas 30 tahun iaitu sejak ia diperkenalkan semula,
barulah permainan tersebut mula dimainkan. Pada tahun 1948 pula, Persatuan Hoki
Malaysia (PHM) ditubuhkan. Prestasi terbaik Malaysia dalam permainan hoki di
peringkat dunia ialah pada tahun 1975, di mana Malaysia menduduki tempatkeempat dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia. Pada ketika itu, Kuala Lumpur menjadi
tuan rumah kejohanan tersebut.
8/2/2019 Nota Hoki Nj
2/16
CARA PERMAINAN HOKI- SEBAGAI PENGENALAN
Permainan hoki melibatkan dua pasukan. Setiap pasukan mempunyaisebelas orang pemain utama dan tujuh orang pemain gantian atau pemain
simpanan. Masa permainan dijalankan ialah antara 60 70 minit bergantung kepada
peringkat umur para pemain. Masa rehat pada separuh masa permainan diberi.
Permainan hoki ini diadili oleh dua orang pengadil. Permainan bermula di
garisan tengah. Pasukan yang memulakan permainan mestilah membuat tolakan
mula. Pihak lawan tidak boleh merampas bola sebelum pemain kedua daripada
pasukan yang memulakan permainan menerima hantaran bola. Para pemain hanya
boleh menjaringkan gol dalam kawasan D.
Jaringan boleh dilakukan secara menolak, menguis, menceduk atau memukul
bola. Jaringan boleh dilakukan berpunca daripada gerakan serangan, melalui
pukulan sudut dekat, pukulan sudut jauh atau pukulan penalti. Gol dikira jika bola
melintasi garisan gol pihak lawan.
8/2/2019 Nota Hoki Nj
3/16
PADANG HOKI
Padang hoki mempunyai bentuk dan saiz yang tetap dan semua tanda-
tanda adalah ditentukan di dalam peraturan-peraturan. Padang hoki berbentuk segi
empat bujur dengan 100 ela panjang dan 60 ela lebar. Garisan-garisan panjang
dikenali sebagai garisan belakang atau garisan gol, kerana pintu gol diletakkan di
atas garisan-garisan tersebut.
Padang hoki dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah dan
setiap bahagian itu dibahagikan kepada dua oleh garisan 25 ela. Jadi, padang telah
dibahagikan kepada empat sukuan. Di atas kedua-dua garisan gol, garisan 25 ela
dan garisan tengah, terdapat tanda-tanda yang dilukis 5 ela daripada luar garisan
tepi di kedua-dua belah padang. Tanda-tanda ini adalah 2 ela panjang.
Juga terdapat satu tanda di atas padang untuk menunjukkan 16 ela
daripada garisan gol. Tanda ini berukuran 12 inci dan terdapat di dalam padang
permainan pada setiap garisan tepi dan selari dengan garisan belakang. 16 ela ini
diukur dari bahagian dalam garisan belakang.
8/2/2019 Nota Hoki Nj
4/16
Di atas garisan belakang terdapat tanda-tanda khas yang digunakan
untuk sudut-sudut penalti. Tanda-tanda ini panjangnya 12 inci bermula daripada
garisan belakang ke dalam kawasan bermain. Tanda-tanda ini diletakkan 5 ela dan
10 ela di luar tepi tiang gol yang dekat sekali, di kedua-dua belah gol.Satu titik untuk
strok penalti ditandakan di depan setiap pintu gol. Titik tersebut mempunyai diameter
6 inci dan 7 ela jauh daripada garisan pintu gol.
8/2/2019 Nota Hoki Nj
5/16
GOL
Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol di tengah-tengah garisan gol.
Pintu gol ini mengandungi dua tiang tegak, berjarak 4 ela dan disambung dengan
sebatang tiang mendatar yang mempunyai ketinggian 7 kaki daripada tanah. Semua
ukuran diambil daripada dalam. Tapak depan tiang gol akan menyentuh tepi luar
garisan belakang.
Tiang-tiang tegak dan mendatar (crossbar) yang membentuk sebuah
pintu gol mesti mempunyai ketebalan tidak lebih daripada 3 inci dan tidak kurang
daripada 2 inci. Pintu gol mesti dicat warna putih. Jaring-jaring diikat kukuh kepada
tiang-tiang tegak dan tiang mendatar, dengan jarak dekat (tidak melebihi 6 inci) dan
dipasangkan dengan kuat ke tanah di belakang gol. Jaring daripada "mesh' 1 inci -
1.5 inci dicadangkan. Papan tepi dan papan belakang diletakkan di keliling kaki
jaring gol dan berukuran setinggi 45 cm dan dicat dengan warna gelap. Papan-
papan belakang, berjarak 4 kaki daripada gol dan 4 ela panjangnya.
8/2/2019 Nota Hoki Nj
6/16
KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI
Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai.
Setiap kemahiran yang ada di dalam permainan ini mempunyai kelebihan tersendiri.
Jadi, harapan kami agar pelajar dapat berusaha untuk mengusai kemahiran yang
telah diajar.
Hoki juga satu permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti
kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi dan teknikal. Ia sangat
penting kerana ia memberikan kelebihan seseorang pemain itu dengan pemain yang
lain. Apabila seseorang pemain itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut,
ia memberi peluang kepada meraka untuk kreativiti dan gaya individual.
Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah
menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola.
1. Menggelecek
Menggelecek adalah kemahiran yang penting. Kemahiran ini perlu dikuasai untuk
membawa bola, melepaskan diri daripada pemain lawan, mengekalkan pemilikan
bola, menukar arah, dan sebagainya. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu
menggelecek longgar, menggelecek rapat, dan menggelecek Indian(Indian
Dribble).
2. Memukul
Memukul juga kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu dikuasai oleh
setiap pemain. Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola
bergerak dengan cepat dan jauh. Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat
penting, supaya bola tidak tersasar ke arah lain.
3. Menolak
Kemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran memukul, walaupun
tugasnya sama seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara jika
dibandingkan dengan kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak
memerlukan hayunan kayu hoki dan kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada
bola adalah berlainan. Kebiasaannya tiada bunyi ketukan terhasil dari tolakan bola.
8/2/2019 Nota Hoki Nj
7/16
4. Menerima dan menahan bola
Kemahiran menerima atau menahan bola juga salah satu kemahiran yang sangat
penting dan perlu dikuasai oleh pemain. Kemahiran ini digunakan untuk menerima
bola yang dihantar dari rakan sepasukan supaya kedudukan atau pemilikan bola
masih berada dalam kawalan pasukan sendiri, tidak jatuh ke pasukan lawan.
Kedudukan semasa menerima atau menahan bola boleh dilakukan semasa berada
dalam kedudukan statik ataupun sedang bergerak.
* Kesalahan yang kerap dilakukan
Terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain atau pelajar
semasa menggunakan kemahiran memukul ini. Apabila kesalahan dilakukan ia
menyebabkan kesan yang negatif dan tidak diingini. contoh bola tidak sampai ke
penerima, arah bola berlainan, dan bola keluar dari kawasan permainan atau jatuh
ke pihak lawan.
Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah:
i. Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar
menyebabkan kontek bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak
pergi jauh.
ii. Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan
yang terlalu dekat menjadikan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat.
iii. Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa
ayunan tersebut sedikit berkurangan.
iv. Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangan
ketika hendak memukul bola.
v. Bahu tidak menunju ke arah sasaran bola yang hendak dipukul.
8/2/2019 Nota Hoki Nj
8/16
TEKNIK KEMAHIRAN ASAS
1. Memukul Bola (Hitting)
Hantaran dalam permainan hoki boleh dilakukan dengan cara memukul bola.
Pukulan dibuat tanpa bola bergerak (stationary) dan juga selepas menggelecek bola.
Pegangan Kayu hoki dipegang dengan tangan kiri di atas secara berjabat tangan.
Kedudukan tangan kanan mestilah rapat dengan tangan kiri.
Kedudukan Badan dan Bola
Posisi badan mesti selesa dan ke depan.
2. Menahan Bola (Stopping)
a. Pastikan badan terletak di belakang bola dan selari dengan arah bola.
b. Kayu hoki hendaklah dalam keadaan menegak dengan kepala kayu rapat
dengan permukaan padang untuk mendapat kawasan yang luas bagi
menahan bola.
c. Perhatikan bola sehingga ia ditahan
d. Pegangan tangan kanan hendaklah dilonggarkan dalam keadaan tangan
kiri ke depan supaya kayu hoki dapat dicondongkan untuk mengawal bola.
e. Sentiasa perhatikan bola sehinggalah ia menyentuh atau terkena kayu
hoki
f. Kedua-dua kaki menghala ke arah bola yang hendak ditahan dan pemain
bersedia untuk membuat satu hantaran atau pergerakan.
3. Menggelecek Cara India
a. Tangan kiri hendaklah sentiasa menggerakkan kayu ke belakang dan
hadapan atas bola
b. Tangan kanannya pula dalam berkeadaan membolehkan kayu hoki
diputar bebas dan digabungkan dengan tangan kiri untuk melakukan
gerakan ketukan bagi menukar arah gerakan bola.
4. Menggelecek Cara Roll atau Sisi
a. Kawalan rapat ke atas bola amat perlu kerana bola perlu sentiasa rapat
dan dekat dengan pemain.
8/2/2019 Nota Hoki Nj
9/16
Cara ini sangat sesuai jika bermain di atas padang astroturf, tetapi sukar
dilakukan di atas padang rumput biasa.
b. Pemain-pemain mestilah melaksanakan gelecek cara India di hadapan
badan dengan cara menggerakkan bola ke hadapan dan ke
belakang, iaitu dengan mengiringkan badan secara bersilih ganti sambil
memainkan bola dengan bahagian hadapan dan kilas kayu hoki.
5. Menggelecek Cara bebas (Loose Dribbling)
a. Seperti namanya, pergerakan menggelecek cara ini memerlukan kawalan
bola yang bebas dan ia dibenarkan bergerak di hadapan kayu hoki.
Gelecek bebas ini membolehkan pergerakan lebih pantas dan penelitian
yang baik tetapi mendedahkan pemain kepada risiko bola kawalannya
dirampas pemain lawan.
b. Oleh sebab itu, pemain yang baik tidak akan membiarkan bola bergerak
bebas jauh daripada kayu hokinya dan menyebabkan ia terdedah kepada
dirampas oleh pemain lawan.
8/2/2019 Nota Hoki Nj
10/16
CADANGAN LATIHAN
1. Hantaran Tolak
Pemain di garisan A berhampiran dengan 8 biji bola. Pemain menolak bola pertama
ke arah pintu X. Jarak pintu ialah satu ela. Tolakan diulangi sebanyak 6 kali. Rekod
berapa kali bola melintasi pintu. Pemain berdiri di sebelah kiri penanda (kon), tiga
ela dari garisan bola. Apabila arahan diberi, pemain membawa bola yang pertama,
bergerak melepasi kon dan terus menolak bola ke atas gate A. Gerakan ini diulangi
dengan bola ditolak melalui gate B dan seterusnya sehingga kesemua bola ditolak.
Masa untuk melakukan ujian ini ialah 45 saat. Tolakan yang dibuat selepas 45 saat
tidak diambilkira. 2 poin diberi untuk setiap bola melintasi gate. Ujian diulangi
sekali.
2. Menguis
Satu penghalang (3 kaki tinggi) diletak jarak 4 ela dari garisan A. Pemain menguis
bola ke arah dan ke atas penghalang. Ulangi sebanyak 5 kali. Rekod jarak kuis yang
terbaik. (Jarak antara garisan A ke tempat bola jatuh).
3. Menggelecek
Pemain berdiri di belakang garisan berhampiran dengan enam biji bola, bola dikuis
ke arah sasaran berbentuk segiempat sama. Gerakan diulangi sehingga kesemua
bola dikuis. Poin diberi untuk setiap bola dikuis mengikut ketepatan bola mendarat
seperti di rajah. Dari tempat permulaan, pemain berlari dengan bola melalui gates
seperti bentuk zig-zag. Pemain dan bola mesti melalui setiap gate. Catat masa
diambil untuk satu pusingan. Ujian diulangi sekali.
4. Menggelecek dan Mengawal Bola
Dua garisan A dan B, 25 ela jarak. 5 kon diletak 5 ela jarak antara satu sama lain.
Kon pertama berjarak 5 ela dari garisan A dan kon yang kelima terletak di atas
garisan B. Pemain bermula di A, menggelecek bola mengikut garisan, sampai ke B
dan pusing balik ke A. Rekodkan masa. (Pemain boleh menggunakan sebarang cara
untuk menggelecek bola)
8/2/2019 Nota Hoki Nj
11/16
KEMAHIRAN MEMBUAT HANTARAN SECARA KUMPULAN
Hantaran berbentuk segi empat (square passes)
Hantaran yang dibuat adalah selari dengan garisan gol
Dilakukan di sebelah kiri atau kanan dengan menggunakan reverse stick
Juga boleh dilakukan dengan satu tolakan, pukulan atau kuit
Biasanya dilakukan apabila serangan mula berlaku.
Dua jenis hantaran square digambarkan di bawah:
(i) Menghantar daripada sayap kanan (RW) kepda apit kanan (RI)(ii) Menghantar daripada apit kanan (RI) kepada apit kiri (LI)
Rajah 1 : hantaran berbentuk segi empat
Perhatikan:
1. Hantaran-hantaran adalah selari dengan garisan gol
2. Jika bola dihantar ke hadapan dan bukan square, penerima akan berlari lebih
jauh dan memaksa mereka bekerja lebih kuat untuk mendapatkan bola
A dan B adalah daripada pasukan yang sama. A menggelecek bola beberapa
ela dan menghantar bola itu kepada B seperti 1 dalam rajah 2. Perhatikan jarak yang
terpaksa dilalui oleh B untuk mendapatkan bola jika bola itu dihantar ke hadapan
seperti 2 dalam rajah 2.
8/2/2019 Nota Hoki Nj
12/16
Rajah 2 : Latihan melakukan hantaran
Rajah 3 : Latihan melakukan hantaran
A dan B adalah penyerang-penyerang. Y dan Z adalah permain pertahanan. A
memperoleh bola dan Y bergerak untuk merebut bola daripada A. A menghantarsquare kepada B. Pada masa hantaran itu berlaku Y dan Z akan berada dalam
posisi square. Pada masa itu B bergerak ke arah bola dan menolaknya di antara
kedua-dua pemain pertahanan untuk Aberlari dan mendapatkan semula bola seperti
rajah 3.
Hantaran depan (Forward Pass)
Dilakukan apabila bola menghampiri gol lawan
8/2/2019 Nota Hoki Nj
13/16
Boleh dilakukan secara pepenjuru(diagonally), ke hadapan atau tegak lurus
(perpedicularly) kepada garisan gol
Hantaran 1 dan 3 dibuat secara pepenjuru depan manakala hantaran 2 dibuat
secara tegak lurus ke depan. 4 adalah hantaran udara ke depan oleh haf tengah
(CH) kepada sayap kiri (LW) seperti ditunjukkan dalam rajah 4.
Rajah 4 : Hantaran depan
Hantaran depan dibuat bagi mendapatkan kawasan untuk mempercepatkan
serangan atau untuk mengalahkan pertahanan pihak lawan dengan hantaran bola
menerusi (a through ball). Dalam pertahanan ia digunakan untuk membawa bola
jauh dari tempat yang bahaya. Satu hantaran square jika digunakan dalam
pertahanan, adalah kurang selamat kerana ia boleh dihalang dan anda tidak dapat
menjauhkan bola daripada tempat yang berbahaya.
Hantaran belakang (back pass)
Jarang digunakan
kadang-kadang digunakan untuk melambatkan permainan, mendapatkan
lebih ramai penyerang berada di kawasan permainan atau menarik pemain-
pemain pertahanan daripada kawasan yang terkawal yang anda tidak boleh
menembusi
8/2/2019 Nota Hoki Nj
14/16
1 dan 2 adalah hantaran belakang daripada apit kanan (RI) kepada haf kanan
(RH) dan daripada haf kanan (RH) kepada fowad tengah (CF) seperti dalam rajah 5.
Manakala 3 pula adalah hantaran depan oleh haf tengah (CH) kepada sayap kiri
(LW) seperti dalam rajah 5.
Rajah 5 : Hantaran belakang
8/2/2019 Nota Hoki Nj
15/16
KEMAHIRAN MEREBUT : INDIVIDU
1. Kepentingannya
Selalunya, kemahiran merebut tidak diajar dan pemain-pemain Malaysia adalah
sangat lemah dalam kemahiran ini. Merebut adalah penting untuk memperoleh bola.
Walau bagaimanapun, kadang-kadang penahan tidak berjaya memperoleh bola,
tetapi dia boleh memaksa penyerang mengurangkan kelajuannya atau kehilangan
kawalan bola dan membuat kesilapan atau memaksa bola terkeluar daripada
kawasan bermain. Ini adalah penting kerana ia memberi masa untuk pemain
pertahanan menyusun semula barisan pertahanan dan bersedia menghadapi
serangan.
2. Perkara-perkara untuk diingati
Perkara-perkara berikut perlu diingati apabila seseorang pemain pertahanan hendak
merebut bola daripada pihak lawan
Melihat bola dan jangan mengalihkan perhatian disebabkan oleh pergerakan
kayu hoki atau tubuh badan yang dilakukan dengan tujuan membuat gerakan
yang mengelirukan.
Kekalkan kepala kayu hoki di tanah supaya mengurangkan jaraknya daripada
bola. Ini membolehkan penahan bergerak dengan cepat sebaik sahaja dia
mendapat peluang.
Letakkan kayu hoki di tempat yang membolehkan pemain pertahanan
bergerak dengan selesa untuk merebut bola daripada penyerang atau di
dalam keadaan yang akan memaksa penyerang bergerak dengan cara
tertentu dan ke arah tertentu. Sebagai contoh, anda mungkin meletakkan
kayu hoki dalam keadaan yang akan memaksa penyerang menolak bola ke
kiri dan menggunakan reverse stickatau memaksanya bergerak ke tempat
tertentu yang boleh menyebabkannya berada dalam keadaan kurang selesa
atau tersepit
8/2/2019 Nota Hoki Nj
16/16
Membuat gerakan yang mengelirukan dengan badan dan kayu hoki supaya
penyerang melakukan kesilapan-kesilapan.
Jangan berdiri dengan tapak kaki secara rata. Pemain pertahanan biasanya
berdiri seperti ahli tinju dengan sebelah kakinya berada di hadapan, supaya
dia boleh bergerak ke depan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan dengan
mudah. Gerakan kaki adalah penting untuk merebut bola dengan baik.
Cuba berada di sebelah penyerang anda. Jika pemain pertahanan terpaksa
menggunakan reverse sticknya untuk merebut, ia berada dalam keadaan
yang merugikan.
Pemain pertahanan tidak seharusnya merebut bola apabila penyerang
mengawal bola dengan sepenuhnya. Ia sepatutnya mendesak penyerang dan
memaksanya melakukan kesilapan-kesilapan sebelum anda merebut bola
tersebut.
Pergerakan pemain-pemain pertahanan tidak seharusnya dapat diteka oleh
penyerang. Mereka mesti mengatur masa takel dengan baik dan bergerak
dengan cepat dan pantas. Takel itu mesti dilakukan dengan baik supaya
penyerang tidak boleh menolak pemain pertahanan atau kayunya ke tepi dan
meneruskan serangannya.
Di atas padang tiruan, semasa merebut di sebelah kanan (merebut dengan
tangan kanan) atau di sebelah kiri (merebut dengan reverse stick) kayu hoki
boleh digunakan dengan mendatar di atas padang. Untuk membolehkannya
berbuat demikian pemain pertahanan mesti membongkokkan badannya lebih
rendah ke tanah.
Recommended