Transcript

MODUL PRIGEL KOMSAS

1

MODUL PRIGEL KOMSAS

2

KANDUNGAN

Ucapan Penghargaan 5Prakata Panel Penggubal Modul 6

PUISI TRADISIONAL 7A NOTA

1. Beberapa Petua Hidup 8-112. Berbuat Istana Zaman Dahulu 12-14

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN 15-17

C PRAKTIS TOPIKAL1. Beberapa Petua Hidup 18

Praktis 1 19Praktis 2 20Praktis 3 21Praktis 4 21-22Praktis 5 22

2. Berbuat Istana Zaman Dahulu 23Praktis 1 23-24Praktis 2 25Praktis 3 26Praktis 4 27Praktis 5 28

GENRE PUISI MODEN 29A NOTA

1. Sejadah Rindu 30-322. Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus 33-353. Erti Hidup Bererti 36-384. Kudup Perang 39-41

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN 42-44C PRAKTIS TOPIKAL

1. Sejadah Rindu 45Praktis 1 46-47Praktis 2 47Praktis 3 47Praktis 4 47-48Praktis 5 48

2. Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus 49Praktis 1 49Praktis 2 50Praktis 3 50Praktis 4 51Praktis 5 51-52

MODUL PRIGEL KOMSAS

3

3. Erti Hidup Bererti 52Praktis 1 53Praktis 2 54Praktis 3 54-55Praktis 4 55-56Praktis 5

4. Kudup Perang 57Praktis 1 58Praktis 2 59Praktis 3 60Praktis 4 61Praktis 5 62

GENRE PROSA TRADISIONAL 63A NOTA

1. Burung Terbang Dipipiskan Lada 64-65

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN 66-68

C PRAKTIS TOPIKALPraktis 1 69Praktis 2 70Praktis 3 71Praktis 4 72-73Praktis 5 74

GENRE CERPEN 75A NOTA

1. Cinta Ahmad Mutawakkil 76-812. Hipertensi 82-883. Gerhana Manusia 89-94

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN 95-96C PRAKTIS TOPIKAL

1. Cinta Ahmad MutawakkilPraktis 1 97-98Praktis 2 99-100Praktis 3 101-102Praktis 4 103-104Praktis 5 105-106

2. HipertensiPraktis 1 107-108Praktis 2 109Praktis 3 110-111Praktis 4 112Praktis 5 113-114

MODUL PRIGEL KOMSAS

4

3. Gerhana ManusiaPraktis 1 115Praktis 2 116-117Praktis 3 118Praktis 4 119-120Praktis 5 121-122

GENRE DRAMA 123A NOTA

1. Bukan Gila 124-129

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN 130-131

C PRAKTIS TOPIKAL1. Bukan Gila

Praktis 1 132Praktis 2 133-134Praktis 3 135Praktis 4 136-137Praktis 5 138-139

GENRE NOVEL SILIR DAKSINA 140A NOTA

1. Biodata 1412. Sinopsis keseluruhan 1423. Sinopsis mengikut bab 143-1624. Tema 1635. Persoalan 1636. Watak dan Perwatakan 164-1667. Plot dan Teknik Plot 166-1688. Latar 1699. Nilai 17010. Pengajaran 17111. Gaya bahasa 172

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN 173C Latihan Praktis Novel 174-187

Senarai Nama Panel Penggubal KOMSAS 188

MODUL PRIGEL KOMSAS

5

UCAPAN PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan dan limpah-Nya, Modul Prigel KOMSAS Tingkatan Lima dapat dihasilkan. Saya merakamkansetinggi-tinggi tahniah kepada Unit Bahasa Malaysia, Sektor Pengurusan Akademik, JabatanPelajaran Negeri Sabah dan panel penulis Modul Prigel Bahasa Melayu atas komitmenmenghasilkan modul yang sangat bermanfaat ini.

Prakarsa penghasilan modul ini adalah merupakan Projek Peningkatan PrestasiBahasa Melayu SPM yang bertujuan untuk memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). KPM telah mengetengahkan isu bahawa terdapat pelajar yang gagal dalampeperiksaan SPM setelah 11 tahun berada dalam alam persekolahan. Salah satu puncakegagalan murid yang dikenal pasti ialah murid tidak dapat menjawab dengan baik soalanpeperiksaan Bahasa Melayu khususnya soalan yang berkaitan dengan Komponen Sasteradalam Bahasa Melayu (KOMSAS) untuk soalan 2(b), 2(c), 2(d), dan soalan 4 (novel). Muridjuga dikenal pasti tidak menguasai cara memahami teks serta teknik menjawab soalan denganbetul. Oleh hal yang demikian, untuk membantu murid lulus dalam peperiksaan SPM makaModul Prigel KOMSAS Tingkatan Lima diperkenalkan untuk memudahkan gurumelaksanakan pengajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran Bahasa Melayu.

Modul ini sesuai digunakan oleh guru dan murid sebagai bahan sokongan PdPcBahasa Melayu dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Saya berharap agar murid-murid dapatmenguasai cara pembelajaran menggunakan modul ini bagi meningkatkan lagi peratuskelulusan Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Akhir sekali, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada panelpenulis modul yang berusaha gigih untuk menghasilkan Modul Prigel KOMSAS ini. Modulini diharapkan dapat membantu guru dalam proses PdPc seterusnya dapat melonjakkanprestasi murid dalam peperiksaan awam khasnya SPM.

Sekian.

ENCIK ABIDIN BIN MARJANKetua Sektor,Sektor Pengurusan Akademik,b.p Pengarah Pendidikan Negeri Sabah,Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

MODUL PRIGEL KOMSAS

6

PRAKATA PANEL PENGGUBAL MODUL PRIGEL KOMSAS

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan Lima ini dihasilkan dengan satu tujuan,iaitu membantu calon SPM mencapai kejayaan cemerlang dalam mata pelajaran BahasaMelayu dalam peperiksaan SPM. Hal ini dikatakan demikian kerana Bahasa Melayumerupakan mata pelajaran teras yang memerlukan pelajar mendapat keputusan yangcemerlang dan membantu mereka meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, modul ini dihasilkan untuk membantu para guru membuatpersediaan mengajar yang lebih rapi dalam usaha melaksanakan proses PdPc dalambilik darjah. Modul ini boleh digunakan oleh guru untuk mengajar dan pelajar dapatmenggunakannya untuk tujuan latih tubi dan juga sebagai rujukan.

Modul ini dihasilkan mengikut topikal tetapi masih mengekalkan formatpeperiksaan Bahasa Melayu SPM yang sebenar iaitu dari aspek bentuk soalan dan arassoalan. Selain itu, topik-topik yang terdapat dalam modul ini mengikut HuraianSukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Melayu Tingkatan 5.

Modul ini dihasilkan oleh ahli Panel Penggubal Modul yang dilantik oleh SPAJabatan Pendidikan Sabah yang terdiri daripada Guru Cemerlang, Pemeriksa KertasBahasa Melayu SPM dan Jurulatih Utama Bahasa Melayu. Akhir kata, diharapkanpelajar-pelajar dan guru-guru dapat memanfaatkan modul ini dalam usaha memperolehkeputusan peperiksaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.

Sekian. Terima kasih

PANEL PENULIS MODUL PRIGEL KOMSASJabatan Pendidikan Negeri Sabah

MODUL PRIGEL KOMSAS

7

MODUL PRIGEL KOMSAS

8

A. NOTA

BEBERAPA PETUA HIDUP[Za’ba]

Sajak Maksud

Fikir dan KataRangkap 1Kurang fikir, kurang siasat,Tentu dirimu kelak tersesat.

Jika kita tidak mahu berfikir dan tidak teliti,sudah tentu kita akan melakukan kesilapan.

Rangkap 2Fikir dahulu sebelum berkata,Supaya terelak silang sengketa.

Sebelum mengeluarkan kata-kata, seseorangitu hendaklah berfikir terlebih dahulu agartidak timbul salah falam yang dapatmencetuskan perbalahan.

Rangkap 3Perkataan tajam jika dilepas,Ibarat beringin, racun dan upas.

Kata-kata sindiran atau kecaman jikadiucapkan mampu mengundang bahaya yangbesar.

Rangkap 4Kalau mulut tajam dan kasar,Boleh ditimpa bahaya besar.

Seseorang yang tidak menjaga pertuturanakan terjebak dalam masalah yang besarseperti pergaduhan.

Silang SengketaRangkap 5Siapa menggemari silang sengketa,Kelaknya pasti berdukacita.

Seseorang yang suka terlibat dalampergaduhan sudah tentu akan berasakesedihan atau penyesalan selepas itu.

Rangkap 6Silang selisih jangan dicari,Jika tersua janganlah lari.

Pergaduhan hendaklah dielakkan, tetapi jikatidak boleh dielakkan, kita perlumenghadapinya.

IlmuRangkap 7Jikalau ilmu tiada sempurna,Tiada berapa ia berguna.

Jika ilmu tidak dipelajari sepenuhnya, kitatidak akan dapat manfaatnya.

Rangkap 8Ilmu kepandaian boleh dikejar,Asal mahu rajin belajar.

Ilmu dan kebijaksanaan dapat dicari jika kitabersungguh-sungguh mempelajarinya.

MODUL PRIGEL KOMSAS

9

Dunia PergaulanRangkap 9Dunia ini taman pergaulan,Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

Dunia merupakan tempat untuk kitaberkawan. Namun, kita perlu berhati-hatiuntuk memilih seseorang sebagai teman atausahabat.

Rangkap 10Manusia dikenal sifat budinya,Dengan dilihat siapa kawannya.

Kita dapat mengenal seseorang melalui budipekertinya. Jika kita melihat rakan-rakannyabaik, maka dia juga merupakan orang yangbaik.

Rangkap 11.Burung yang sama corak dan bulu,Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.

Lazimnya, seseorang itu akan berkawandengan orang yang sama minat, sama umur,sama tingkah laku, dan sebagainya.

Sifat-sifat yang BaikRangkap 12Jikalau kamu bersifat budiman,Dipandang sebagai bunga di taman.

Jika anda seorang yang baik, anda akandipandang tinggi oleh masyarakat.

Rangkap 13Jikalau kamu bersifat dermawan,Segala orang dapat kautawan.

Jika anda suka menderma, semua orang akanmenyukai anda.

Rangkap 14Jikalau kamu bersifat pemurah,Segala manusia datang menyerlah.

Jika anda suka bersedekah, semua orang akanbersedia untuk menolong anda pula.

Perbuatan yang BaikRangkap 15Barang siapa berbuat jasa,Mulia namanya segenap masa.

Orang yang suka berbuat baik akan sentiasadikenang sampai bila-bila.

Rangkap 16Menolong orang sesama wajib dan perlu,Tetapi tolonglah dirimu selalu.

Sikap suka membantu orang lain perlu adapada setiap orang. Tetapi, sebelum kitamembantu orang lain, kita mestilahmembantu diri kita dahulu.

Sifat-sifat yang JahatRangkap 17Telunjuk lurus kelengkeng berkait,Hati sesama menjadi pahit

Seseorang yang ingin menyalahkan oranglain sebenarnya diri dialah yang bersalah. Halini menyebabkan orang di sekeliling tidakmenyukainya.

MODUL PRIGEL KOMSAS

10

Rangkap 18Barang siapa berbuat khianat,Tuhan kelak memberi laknat.

Seseorang yang suka berbuat jahat, dia akanmenerima pembalasan daripada-Nya.

TEMA

Nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dalam kehidupan dan dijadikan sebagaipegangan.

PERSOALAN

1. Kerajinan untuk menuntut ilmu.2. Orang yang pemurah disukai oleh masyarakat.3. Kepentingan memilih sahabat yang baik.4. Sikap berhati-hati dalam percakapan.5. Sikap orang yang baik sentiasa disenangi oleh masyarakat.

Latar Masyarakat1. Masyarakat yang rajin menuntut ilmu.2. Masyarakat yang baik hati.3. Masyarakat yang berhemah tinggi.4. Masyarakat yang murah hati / dermawan.5. Masyarakat kebijaksanaan.

GAYA BAHASA

1. AsonansiCth : Supaya terelak silang sengketa. (pengulangan bunyi vokal a)

2. AliterasiCth :

Mulia namanya segenap masa. (pengulangan bunyi konsonan m)3. Simile

Cth : Ibarat beringin, racun dan upas.4. Repitisi

Cth : kurang fikir, kurang siasat.5. Imej alam

Cth : Burung yang sama corak dan bulu.

BENTUK

1. Rima akhir – sama iaitu a a2. Suku kata-antara 9 hingga 12 suku kata sebaris3. Rangkap - 18 rangkap4. Patah kata – setiap baris antara 3 hingga 6 patah kata5. Setiap rangkap – 2 baris

MODUL PRIGEL KOMSAS

11

NILAI

1. Nilai kerajinanCth : Kerajinan dalam menuntut ilmu.

2. Nilai baik hatiCth : Sentiasa baik hati agar disukai oleh orang lain.

3. Nilai hemah tinggiCth : Mempunyai tingkah laku dan tutur kata yang terpuji.

4. Nilai murah hatiCth : Sentiasa bersifat dermawan kepada orang yang memerlukan.

5. Nilai kebijaksanaan.Cth : Kebijaksanaan dalam mencari dan memilih sahabat.

PENGAJARAN

1. Kita haruslah rajin belajar untuk menambahkan ilmu dan kemahiran jika ingin berjaya.2. Kita haruslah mengamalkan sifat-sifat yang baik dan terpuji dalam kehidupan agar

sentiasa disenangi oleh orang lain.3. Kita haruslah sentiasa menjaga tutur kata dan tingkah laku kita agar disenangi dan

mengelakkan perselisihan.4. Kita haruslah sentiasa bersifat murah hati agar memudahkan kita mendapatkan

bantuan dan pertolongan apabila perlu.5. Kita mestilah bijaksana dalam mencari dan memilih sahabat kerana manusia di dunia

ini mempunyai pelbagai karenah dan sifat.

MODUL PRIGEL KOMSAS

12

SELOKA ‘BERBUAT ISTANAZAMAN DAHULU’[Za’ba]

Puisi MaksudRangkap 1Baginda menitahkan orang besar empat,Membuat istana puri berkota;Lalu dipanggil Pawang raja.Pawang mengerah orang bekerja,Empat puluh empat tukang dan utas,Siang malam tidak berhenti.

Raja memerintahkan orang besar berempatuntuk mendirikan sebuah istana. Bagindamemanggil Pawang Raja untukmengerahkan empat puluh empat tukangyang pakar bekerja siang dan malam untukmenyiapkan sebuah istana.

Rangkap 2Tujuh bulan tujuh purnama,Istana siap dengan alatnya;Besar tersergam sembilan ruang,Sepuluh dengan rembat guntung,Sebelas dengan pancung serong,Dua belas dengan anjung tinggi.

Istana yang dibina selama tujuh bulantersergam indah dengan segala kemudahan.Istana dilengkapi dengan sembilan ruangutama, sepuluh rembat guntung, sebelaspancung serong, dan dua belas anjungtinggi.

Rangkap 3Tiga sudut menteri delapan,Tiang panjang maharaja lela,Tiang tengah syukur menanti;Galang-galangnya ular berang,Kasau kecil puteri menyembah,Kasau lentik helang berbega.

Istana juga mempunyai tiga sudut untuklapan orang menteri. Sudut itu mempunyaireka bentuk yang unik pembinaannya, iaitubertiang panjang dan bertiang tengah.Seterusnya, galang-galang istana bercorakular berang, kasau kecil bercorak puterimenyembah, dan helang terbang.

Rangkap 4Berbunga sawa mengelempai,Bertakuk bersedelinggam,Berjenang berbatu kawi,Berselimpat ukir Jawa,Lilit-melilit akar Cina;Garam sebuku sisa jeragan,Bunga kenanga dimakan ular,Layang-layang di pintu ular.

Seni ukiran istana dihias indah denganpelbagai corak yang amat menarik. Adayang memiliki ukiran seni bina Jawa danCina. Selain itu motif haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga menjadi pilihan tukangnyaseperti ular, layang-layang, dan sebukugaram.

Rangkap 5Istana siap tukang pun mati,Tiada orang dapat meniru:Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.

Apabila istana siap dibina, ditakdirkantukangnya telah meninggal dunia(dibunuh). Tiada seorang pun tukang lainyang dapat menandingi kehebatannya.Istana pun diserahkan kepada raja danpermaisuri.

MODUL PRIGEL KOMSAS

13

TEMA

Kesetiaan atau ketaatan kepada raja – rakyat yang setia telah berusaha denganbersungguh-sungguh untuk mendirikan istana yang sungguh agam

PERSOALAN

1. Persoalan kesetiaan rakyat kepada pemerintah.Cth : Rakyat amat taat kepada perintah raja. Mereka melakukan apa sahaja perintah

yang diarahkan oleh raja.2. Persoalan kerajinan / kegigihan dalam menyiapkan sesuatu pekerjaan

Cth : Rakyat gigih membina istana sehingga selesai3. 1. Persoalan keunikan seni ukiran dan seni bina Melayu.

Cth : Binaan istana pada zaman dahulu menggunakan tenaga manusia. Binaanyakukuh dan bermutu tinggi serta dihiasi dengan ukiran menarik.

4. Persoalan kerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Cth : Rakyat bekerjasama melaksanakan perintah raja untuk membina istana

5. Persoalan fungsi istanaCth : Istana bukan sahaja sekadar menjadi kediaman rasmi raja malah menjadi tempat

pemerintah mengadakan pelbagai aktitiviti dan pertemuan para pembesar dantetamu.

BENTUK

1. Seloka berbentuk bebas atau tidak terikat.2. Terdiri daripada lima rangkap3. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu antara 3-8 baris.4. Bilangan perkataan bagi setiap baris tidak sama, iaitu antara 2-6 patah kata.5. Bilangan suku kata setiap baris tidak sama, iaitu antara 8-17 suku kata6. Rima akhir tidak sama.

GAYA BAHASA

1. AsonansiCth : Tujuh bulan tujuh purnama (pengulangan bunyi vokal u)

2. AliterasiCth : Tiang tengah syukur menanti (pengulangan bunyi konsonan t)

3. Penggunaan kata arkaik/klasikCth : utas; bersedelingam; puri

4. RepitisiCth : Empat pulu empat tukang dan utas.

5. ResponsifCth : Sepuluh dengan rembat guntung,

Sebelas dengan pancung serong

MODUL PRIGEL KOMSAS

14

6. AnaforaCth: Tiang panjang maharaja lela,

Tiang tengah syukur menanti;7. Personifikasi

Cth: Tiang tengah syukur menanti

NILAI

1. Nilai ketaatanCth : Orang Besar Berempat telah menurut perintah raja dengan membina dan

menyiapkan sebuah istana agam yang dikelilingi parit dan tembok.2. Nilai kegigihan/ kerajinan

Cth : empat puluh empat tukang dan utas yang pakar telah bekerja dengan gigih untukmenyiapkan istana dalam tempoh tujuh bulan.

3. Nilai kerjasama.Cth : tukang dan utas telah bekerjasama untuk mengilhamkan seni bina dan seni ukir

pada istana dengan menggunakan unsur alam.4. Nilai tanggungjawab

Cth : Raja seorang yang bertanggungjawab kerana telah menyediakan sebuah istanaagam untuk permaisuri kesayangannya

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah memberi taat setia kepada pemerintah2. Kita hendaklah menghasilkan sesuatu kerja dengan penuh kesungguhan3. Kita mestilah menyerlahkan keunikan senia bina4. Kita wajarlah bekerjasama ketika melaksanakan sesuatu pekerjaan yang diamanahkan

kepada kita.

MODUL PRIGEL KOMSAS

15

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Bentuk Soalan Markah

Bertanyakan maksud baris /rangkap(bertumpu) Soalan i (2 markah)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)(memberikan pandangan atau pendapat, alasan,menyatakan kewajaran dan sebagainya)

Soalan ii (3 markah)

Elemen kajian KOMSAS (bertumpu)(menyatakan aspek sastera seperti tema, persoalan, gayabahasa, nilai dan pengajaran daripada petikan dankeseluruhan puisi)

Soalan iii ( 4 markah)

Teknik Menjawab.

Jawapan menggunakan ayat sendiri

Jawapan dengan ayat lengkap/gramatis

Peruntukan markah bagi setiap ceraian soalan menggambarkan jumlah isi yang

diperlukan (Cth:3 markah = 3 isi), kecuali soalan memberi maksud.

Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikan

sebagai jawapan (kaedah potong tampal)

Bagi soalan KBAT, jawapan mestilah logik dan relevan dengan kehendak soalan.

Bagi soalan komsas yang menggunakan kata kunci soalan jelaskan atau huraikan,

pelajar perlu memberikan contoh atau huraian ringkas.

MODUL PRIGEL KOMSAS

16

Contoh Soalan dan Jawapan Lengkap

Baca petikan puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutdengan menggunakan ayat anda sendiri.

PUISI BEBERAPA PETUA HIDUP

Fikir dan KataKurang fikir, kurang siasat,Tentu dirimu kelak tersesat.

Fikir dahulu sebelum berkata,Supaya terelak silang sengketa.

Perkataan tajam jika dilepas,Ibarat beringin, racun dan upas.

Kalau mulut tajam dan kasar,Boleh ditimpa bahaya besar.

Silang Sengketa

Siapa menggemari silang sengketa,Kelaknya pasti berdukacita.

Silang selisih jangan dicari,Jika tersua janganlah lari.

Ilmu

Jikalau ilmu tiada sempurna,Tiada berapa ia berguna.

Ilmu kepandaian boleh dikejar,Asal mahu rajin belajar.

Dunia Pergaulan

Dunia ini taman pergaulan,Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

Manusia dikenal sifat budinya,Dengan dilihat siapa kawannya.

Burung yang sama corak dan bulu,Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.

Sifat-sifat yang Baik

Jikalau kamu bersifat budiman,Dipandang sebagai bunga di taman.

Jikalau kamu bersifat dermawan,Segala orang dapat kautawan.

Jikalau kamu bersifat pemurah,Segala manusia datang menyerlah.

Perbuatan yang Baik

Barang siapa berbuat jasa,Mulia namanya segenap masa.

Menolong orang sesama wajib dan perlu,Tetapi tolonglah dirimu selalu.

Sifat-sifat yang Jahat

Telunjuk lurus kelengkeng berkait,Hati sesama menjadi pahit.

Barang siapa berbuat khianat,Tuhan kelak memberi laknat.

(Kalung Bunga Za’ba, 2008Antologi Sejadah Rindu,Dewan Bahasa dan Pustaka)

MODUL PRIGEL KOMSAS

17

i. Berikan maksud baris membuat istana puri berkota(2 markah)

Tip: Calon perlu memberikan maksud baris sajak dengan menggunakan ayat yanggramatis.

Jawapan lengkap:Maksud membuat istana puri berkota ialah membina istana yang dikelilingi oleh paritsebagai benteng pertahanan.

ii Dunia ini taman pergaulan,Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

Bait gurindam di atas menyarankan agar kita perlu berhati-hati dalam pergaulan. Padapendapat anda, mengapakah kita disarankan agar menjaga batas pergaulan dalampersahabatan?

(3 markah)Tip:Calon perlu memberikan alasan munasabah pentingnya berhati-hati menjagatingkah laku dalam pergaulan seharian.

Pada pendapat saya, kita perlu menjaga batas pergaulan dalam persahabatan untukmenghindari diri kita daripada terjebak dalam kancah maksiat. Selain itu, kitadapat merapatkan hubungan silaturahim antara rakan. Kita juga dapat melahirkanmasyarakat yang bersahsiah mulia sekiranya kita dapat menjaga batas pergaulandengan orang orang lain. Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan danmampu memelihara maruah diri sendiri daripada gejala sosial yang tidak sihat.

iii. Jelaskan dua persoalan yang boleh dikaitkan dengan ilmu pengetahuan dalam gurindamdi atas?

(4 markah)Jawapan lengkap:Persoalan yang dikaitkan dengan ilmu pengetahuan berdasarkan gurindam tersebut ialahpersoalan ketekunan dalam menuntut ilmu sehingga sempurna agar dapat dimanfaatkandalam kehidupan. Selain itu, persoalan kerajinan dalam menuntut ilmu dapat menjaminkecemerlangan dalam kehidupan juga diketengahkan dalam gurindam.

MODUL PRIGEL KOMSAS

18

C. PRAKTIS TOPIKAL

PUISI BEBERAPA PETUA HIDUPZa’ba

Fikir dan KataKurang fikir, kurang siasat,Tentu dirimu kelak tersesat.

Fikir dahulu sebelum berkata,Supaya terelak silang sengketa.

Perkataan tajam jika dilepas,Ibarat beringin, racun dan upas.

Kalau mulut tajam dan kasar,Boleh ditimpa bahaya besar.

Sifat-sifat yang Baik

Jikalau kamu bersifat budiman,Dipandang sebagai bunga di taman.

Jikalau kamu bersifat dermawan,Segala orang dapat kautawan.

Jikalau kamu bersifat pemurah,Segala manusia datang menyerlah.

Silang Sengketa

Siapa menggemari silang sengketa,Kelaknya pasti berdukacita.

Silang selisih jangan dicari,Jika tersua janganlah lari.

Ilmu

Jikalau ilmu tiada sempurna,Tiada berapa ia berguna.

Ilmu kepandaian boleh dikejar,Asal mahu rajin belajar.

Dunia Pergaulan

Dunia ini taman pergaulan,Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

Manusia dikenal sifat budinya,Dengan dilihat siapa kawannya.

Burung yang sama corak dan bulu,Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.

Perbuatan yang Baik

Barang siapa berbuat jasa,Mulia namanya segenap masa.

Menolong orang sesama wajib dan perlu,Tetapi tolonglah dirimu selalu.

Sifat-sifat yang Jahat

Telunjuk lurus kelengkeng berkait,Hati sesama menjadi pahit.

Barang siapa berbuat khianat,Tuhan kelak memberi laknat.

(Kalung Bunga Za’ba, 2008Antologi Sejadah Rindu,Dewan Bahasa dan Pustaka)

MODUL PRIGEL KOMSAS

19

Praktis 1

i Nyatakan maksud rangkap gurindam di bawah.

Perkataan tajam jika dilepas,Ibarat beringin, racun dan upas?.

(2 markah)

- kata-kata yang kasar dan kesat yang diucapkan sama seperti racun yang membawakemudaratan/masalah yang besar

- perkataan yang diucapkan sangat kasar dan kesat sehingga menyakitkan hati

ii Pada pendapat anda, apakah kebaikan amalan suka menderma?(3 markah)

- dapat membantu orang yang memerlukan / membantu golongan yang susah- melahirkan masyarakat yang prihatin dan penyayang- memupuk nilai tolong- menolong- disenangi orang di sekeliling- disanjung tinggi / dipandang tinggi/ mulia

iii Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut.(4 markah)

- kita haruslah menjaga tingkah laku dalam pergaulan- kita haruslah bijak memilih sahabat yang dapat memimpin kita ke jalan yang benar- kita haruslah melakukan perbuatan yang baik agar dibalas baik / tidak dilaknati oleh

Tuhan

MODUL PRIGEL KOMSAS

20

Praktis 2

i. Fikir dahulu sebelum berkata,Supaya terelak silang sengketa.

Huraikan maksud rangkap kedua gurindam di atas.(2 markah)

- saranan kepada kita supaya berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata untukmengelakkan sebarang perselisihan faham dan sengketa

ii. Pada pendapat anda, sebagai seorang rakan, apakah yang akan anda lakukan untukmembantu kawan anda yang selalu ponteng sekolah?

(3 markah)- mengambil tahu punca atau masalah yang dihadapi oleh rakan- memberikan nasihat agar dia tidak ponteng sekolah- memberikan semangat dan motivasi kepadanya supaya rajin ke sekolah- melaporkan kepada guru kaunseling / guru kelas / guru disiplin

iii Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut.(4 markah)

- persoalan kesungguhan dalam mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupanseharian

- persoalan kepentingan menuntut ilmu pengetahuan untuk membolehkan kitamenguasai kemahiran yang diingini / mencapai cita-cita yang diingini

MODUL PRIGEL KOMSAS

21

Praktis 3

i Apakah dua manfaat apabila mempunyai sifat yang baik?(2 markah)

- akan dihormati / disanjung tinggi / mulia- disukai ramai /mudah mendapat kawan- mudah mendapat pertolongan / bantuan

ii Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri sahabat yang baik?(3 markah)

- sahabat yang mempunyai sahsiah dan akhlak yang terpuji- sahabat yang selalu memberikan nasihat dan motivasi- sahabat yang suka menolong apabila kita berada dalam kesusahan

iii. Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam gurindam tersebut.(4 markah)

- nilai berhemah tinggi dalam pergaulan disenangi oleh rakan-rakan dan dapatmengelakkan perselisihan.

- nilai kebijaksanaan dalam memilih sahabat kerana manusia mempunyai pelbagaikarenah dan sifat di dunia ini.

- nilai kerajinan dalam menuntut ilmu agar dapat mencapai cita-cita yang diinginkan- murah hati adalah satu sifat yang dermawan dan- tolong-menolong dalam kalangan masyarakat adalah satu kemestian dan perlu

dilakukan

Praktis 4

i Apakah maksud rangkap keenam gurindam di atas?(2 markah)

- Saranan supaya tidak mencari perselisihan faham namun jika berlaku juga, kitaharuslah menyeleaikannya

ii Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengekalkan hubungan yang harmonidalam masyarakat?

(3 markah)

- sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti hormatmenghormati, berhemah tinggi dan tolong menolong

- mementingkan ajaran agama dalam kehidupan- pihak-pihak berwajib sentiasa mengadakan program atau aktiviti kemasyarakatan

yang dapat mengeratkan hubungan antara kaum dan masyarakat di negara ini- cth.Gotong-royong, larian amal, dan amalan rumah terbuka.

MODUL PRIGEL KOMSAS

22

iii Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut. (4 markah)

- Kita haruslah rajin belajar untuk menambahkan ilmu dan kemahiran jika inginberjaya.

- Kita haruslah mengamalkan sifat-sifat yang baik dan terpuji dalam kehidupan agarsentiasa disenangi oleh orang lain.

- Kita haruslah sentiasa menjaga tutur kata dan tingkah laku kita agar disenangidan mengelakkan perselisihan.

- Kita haruslah sentiasa bersifat murah hati agar memudahkan kita mendapatkanbantuan dan pertolongan apabila perlu.

- Kita mestilah bijaksana dalam mencari dan memilih sahabat kerana manusia didunia ini mempunyai pelbagai karenah dan sifat.

Praktis 5

i Menolong sesama wajib dan perluTetapi tolonglah dirimu dahulu

Apakah maksud rangkap gurindam di atas?(2 markah)

- walaupun menolong sesama kita adalah suatu kewajiban dan penting namun, kitaharuslah melihat keupayaan diri sendiri dan membantu diri sendiri terlebih dahulusebelum membantu orang lain

ii Pada pendapat anda, apakah faktor yang mepengaruhi pembentukan peribadiseseorang?

(3 markah)

- didikan keluarga / ibu bapa- faktor didikan agama- pengaruh rakan sebaya

iii Kemukakan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut.(4 markah)

- orang yang pemurah disukai oleh masyarakat- sikap orang yang baik sentiasa disenangi oleh masyarakat- kebijaksanaan dalam mencari dan memilih sahabat- kerjasama dan tolong-menolong sesama manusia- kerajinan untuk menuntut ilmu

MODUL PRIGEL KOMSAS

23

BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

C. PRAKTIS TOPIKAL

Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyadengan menggunakan ayat anda sendiri.

BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

Baginda menitahkan orang besar empat,Membuat istana puri berkota;Lalu dipanggil Pawang raja.Pawang mengerah orang bekerja,Empat puluh empat tukang dan utas,Siang malam tidak berhenti.

Tiga sudut menteri delapan,Tiang panjang maharaja lela,Tiang tengah syukur menanti;Galang-galangnya ular berang,Kasau kecil puteri menyembah,Kasau lentik helang berbega.

Tujuh bulan tujuh purnama,Istana siap dengan alatnya;Besar tersergam sembilan ruang,Sepuluh dengan rembat guntung,Sebelas dengan pancung serong,Dua belas dengan anjung tinggi.

Berbunga sawa mengelempai,Bertakuk bersedelinggam,Berjenang berbatu kawi,Berselimpat ukir Jawa,Lilit-melilit akar Cina;Garam sebuku sisa jeragan,Bunga kenanga dimakan ular,Layang-layang di pintu ular.

Istana siap tukang pun mati,Tiada orang dapat meniru:Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.

Praktis 1.

i. Nyatakan maksud rangkap seloka di bawah.

Istana siap tukang pun mati,Tiada orang dapat meniru:

(2 markah)- apabila istana siap dibina, tukangnya (pakar seni binaan) pun meninggal dunia

- tiada seorangpun yang dapat menandingi kehebatan tukang tersebut/ hasil kerjatukang tersebut tidak dapat ditiru / ditandingi oleh sesiapapun.

MODUL PRIGEL KOMSAS

24

ii. Tujuh bulan tujuh purnama,Istana siap dengan alatnya;Besar tersergam sembilan ruang,Sepuluh dengan rembat guntung,Sebelas dengan pancung serong,Dua belas dengan anjung tinggi.

Pada pendapat anda, mengapakah istana raja itu dibina sedemikian rupa?

(3 markah)

- menambat hati permaisuri baginda / supaya permaisuri baginda berasa kagumakan istana yang dipersembahkan.

- menunjukkan kepada kerajaan lain / raja lain akan kehebatan baginda /supayanegara lain kagum akan kehebatan baginda

- menunjukkan baginda seorang raja yang berkuasa dan mewah serta hebat

- memperlihatkan kehebatan dan keunikan seni binaan istana baginda

iii. Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut.

(4 markah)

- kita haruslah patuh pada perintah raja.

- kita haruslah rajin/ gigih dalam melakukan sesuatu pekerjaan agar hasil kerjaberkualiti dan siap tepat pada waktunya.

- kita haruslah berkerjasama dalam menyiapkan sesuatu pekerjaan agar dapatdisiapkan dengan mudah dan pantas.

- kita haruslah taat setia kepada pemerintah / pemimpin negara

MODUL PRIGEL KOMSAS

25

Praktis 2.

i Empat puluh empat tukang dan utas,Siang malam tidak berhenti.

Huraikan maksud baris seloka di atas gurindam di atas.

(2 markah)

- sebanyak 44 orang tukang yang pakar dikerahkan bekerja siang dan malam / 24jam tanpa berhenti-henti.

ii. Selain mementingkan aspek kesenian dan keunikan seni bina, apakah aspek lainyang perlu diambilkira oleh seseorang raja dalam pembinaan sesebuah istana?

Berikan tiga aspek.

- Aspek keselamatan – bangunan yang kukuh dan bebas daripada ancaman musuhserta lokasi yang strategik

- Kos perbelanjaan pembinaan – membeli bahan binaan dan upah pekerja

- Keselesaan – saiz yang luas dan peralatan yang lengkap

- Penggunaan teknologi canggih dalam pembinaan

iii Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam seloka tersebut.

(4 markah)

- Persoalan kesetiaan rakyat kepada pemerintah.

- Persoalan kerajinan / kegigihan dalam menyiapkan sesuatu pekerjaan.

- Persoalan keunikan seni ukiran dan seni bina Melayu.

- Persoalan kerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan

MODUL PRIGEL KOMSAS

26

Praktis 3.

iApakah seni ukiran dan seni binaan yang digunakan oleh tukang pada istanatersebut?

(2 markah)- Gabungan seni ukiran dan seni binaan masyarakat Melayu, Jawa, dan Cina

ii Istana siap tukang pun mati,Tiada orang dapat meniru:Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.

Pada pendapat anda, apakah manfaat jika tukang yang membina istana rajatersebut tidak mati selepas istana tersebut siap dibina ?

(3 markah)

- Raja boleh menggunakan kepakaran tukang tersebut untuk melakukan kerja-kerjapenyelenggaraan dan membaik pulih bangunan istana sekiranya mengalamikerosakan

- Raja juga boleh mendapatkan keuntungan dengan menawarkan kepakarantukang tersebut kepada negara lain / raja lain yang ingin membina istana

- Kepakaran tukang-tukang tersebut juga boleh digunakan untuk membinabangunan yang diperlukan oleh raja pada masa hadapan

- Tenaga pakar itu juga boleh menurunkan kepakaran mereka kepada generasimuda agar bilangan tenaga profesional bertambah dalam negara tersebut untukmemajukan negara tersebut

iii. Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam seloka tersebut.

(4 markah)

- Masyarakat yang setia kepada pemerintah / patuh pada perintah raja

- Masyarakat yang rajin / gigih dalam menyiapkan sesuatu pekerjaan.

- Masyarakat yang pakar dalam seni ukiran dan seni bina Melayu.

- Masyarakat yang bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan

MODUL PRIGEL KOMSAS

27

Praktis 4.

i Apakah ciri-ciri seni ukiran yang digunakan dalam pembinaan istana tersebut?

(2 markah)

- Corak hiasan dinding istana bermotifkan tumbuh-tumbuhan berbunga

- Unsur semula jadi

- Seni ukiran bermotifkan haiwan seperti ular, layang-layang, dan sebuku garam

ii Pada pendapat anda, apakah kepentingan mengekalkan bangunan bersejarah?

(3 markah)

- Boleh dijadikan sebagai daya tarikan pelancong ke negara ini

- Sebagai khazana negara untuk tatapan generasi akan datang

- Sebagai bukti seni binaan yang boleh dipelajari oleh generasi kini untukmeningkatkan ilmu dalam seni binaan dan sejarah

- Sebagai mercu tanda pada sesebuah negeri seperti A-Famosa di Negeri Melaka.

iii. Huraikan dua nilai yang terdapat dalam seloka tersebut.

(4 markah)

- Nilai ketaatan – Contohnya, pembesar, Pawang raja dan semua tukang taat padaperintah raja dan menjalankan tugas mereka masing-masing.

- Nilai kerajinan/ kegigihan dalam melakukan sesuatu pekerjaan agar hasil kerjaberkualiti dan siap tepat pada waktunya.- Contohnya, 44 orang tukang dan utas yanggigih dan rajin melakukan kerja-kerja membina istana raja.

- Nilai kerjasama dalam menyiapkan sesuatu pekerjaan agar dapat disiapkan denganmudah dan pantas. Contohnya- 44 orang tukang dan utas bekerjasama untukmenyiapkan istana selama tujuh bulan dan tujuh purnama sehingga siap.

- Nilai kesetiaan –Contohnya, semua rakyat setia pada raja sehingga sanggupmelaksanakan perintah raja tanpa membantah dan bekerja siang dan malam tanpahenti.

MODUL PRIGEL KOMSAS

28

Praktis 5.

i Istana siap dengan alatnya;Besar tersergam sembilan ruang,

Apakah maksud baris seloka di atas?

(2 markah)

- Istana yang dibina itu dilengkapi dengan kemudahan

- Istana tersebut sangat besar dan luas itu mempunyai Sembilan ruang

ii Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang raja yang terpuji?

(3 markah)

- Seorang raja yang memerintah dengan adil dan saksama

- Seorang raja yang taat pada perintah agama /warak

- Seorang raja yang bijaksana dan berpendidikan / berilmu

- Seorang raja yang menyayangi rakyat / sentiasa mengutamakan kepentingannegara dan rakyat

iiiKemukakan dua nilai yang terdapat pada seloka tersebut tersebut.

(4 markah)- Nilai kerjasama- 44 orang tukang dan utas saling bekerjasama untuk

menyiapkan istana raja .

- Nilai bertanggungjawab - orang besar berempat bertanggungjawab untukmenguruskan pembinaan istana seperti yang dititahkan oleh raja.

MODUL PRIGEL KOMSAS

29

MODUL PRIGEL KOMSAS

30

A.NOTA

SAJAK SEJADAH RINDUKarya Mohd. Haikal Aminuddin

Sajak MaksudRangkap 1Terkedu akudi sejadah rindumengungkap kalimah syahdumerekah keinsafan di hati yang bekumengenang dosaku yang terdahulu

Penyajak terkedu di atas sejadah ketikamengucapkan kalimah syahdu yangmenyentuh hati dan mengenang dosa laluyang telah dilakukannya.

Rangkap 2Berbekal pancaindera anugerah TuhanKupohon kembali nafas kehidupandalam keterhadan dan keterbatasan insanmoga terbuka ruang keampunansebelum saat aku dinisankandi masa yang Kautetapkan.

Penyajak juga menggunakan seluruhpancaninderanya untuk memohon keampunansebelum dia meninggal dunia pada masa yangtelah ditentukan oleh Tuhan.

Rangkap 3Air mata menjadi saksikeikhlasan menjadi buktiakhirnyaaku sujud menghadap Ilahidi keheningan yang sepilafaz taubat mengiringinafas sebak kian mengikuti.

Dengan bersaksikan air mata dan keikhlasandiri sebagai bukti, penyajak akhirnyabersujud untuk melafazkan taubat dalamsuasana yang sepi

Rangkap 4Hati ini luluhjiwa yang kaku tersentuhayat-ayat cinta disusun kukuhdi sejadah rindu yang lusuhkemaafan yang kupohon sungguhdari Pencipta dalam gemuruh.

Penyajak berasa sedih amat dan jiwanya yangtersentuh dengan lafaz-lafaz cinta yangdisusun rapi ketika dia memohon keampunandaripada Pencipta dengan perasaan yangberdebar-debar.

Rangkap 5Ungkapan doa pada Yang Esaizinkan aku menjadi manusiayang taat sentiasapada perintah Maha Kuasaagar aku tidak lupadunia ini hanya bersifat sementara

Penyajak juga melafazakan rdoa kepada YangMaha Esa agar mengizinkannya menjadiinsan yang sentiasa taat kepada perintah-Nya.Penyajak juga menaruh harapan agar diatidak lupa bahawa dunia ini tidak kekal abadiselamanya.

MODUL PRIGEL KOMSAS

31

TEMA

Ketuhanan serta ketaatan kepada agama

Penyajak memohon keampunan daripada Tuhan terhadap dosa silam yang dilakukannya.Penyajak memohon keampunan dengan bersungguh-sungguh sebelum dia meninggal dunia

PERSOALAN

1. Keinsafan atas dosa lalu yang telah dilakukan.Cth : Penyajak telah insaf dari kesalahan-kesalahan yang telah dilakukannya

2. Ketaatan terhadap perintah TuhanCth : Penyajak taat pada perintah Tuhan setelah menginsafi kesalahannya

3. Keikhlasan ketika memohon keampunan kepada TuhanCth : Penyajak begitu ikhlas memohon keampunan dan mengalir airmata sebagai

tanda keinsafan apabila menghadap Tuhan

4. Keampunan yang diharapkan hanyalah daripada Pencipta.Cth : Penyajak memohon keampuan dosa-dosanya daripada Tuhan

GAYA BAHASA

1. inversiCth : Terkedu aku (sepatutnya Aku terkedu )

2. personifikasiCth : Air mata menjadi saksi

3. metaforaCth : sejadah rindu

4. bahasa ArabCth : kalimah

NILAI

1. Nilai keinsafanCth : Penyajak menginsafi segala dosa yang pernah dilakukan.

2. Nilai ketaatanCth : Penyajak taat akan perintah Tuhan dan hanya memohon kemaafan daripada-Nya

3. Nilai keikhlasanCth : Penyajak begitu ikhlas ketika memohon keampunan daripada Tuhan

MODUL PRIGEL KOMSAS

32

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah insaf setelah banyak melakukan dosa laluCth : Penyajak benar-benar insaf atas dosa yang telah dilakukan lalu memohon

keampunan daripada Tuhan

2. Kita wajarlah taat akan perintah TuhanCth : Sebagai manusia, penyajak taat akan perintah Tuhannya dengan melakukan

segala suruhan-Nya.

3. Kita hendaklah ikhlas apabila memohon keampunan daripada TuhanCth : Penyajak begitu sebak amat ketika memohon keampunan daripada Tuhan.

Penyajak juga mengerti bahawa dunia ini hanya pinjaman semata-mata.

MODUL PRIGEL KOMSAS

33

SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUSKarya Sazalee Yacob

Sajak MaksudRangkap 1Kuhantar kau mengecapi angin baruudara lain dari kampung bendang kuningmubumantara asing dari yang sering kaumesraiyang sama sekali berbezadengan suasana suntimukaunikmatilah angin dan udara ilmu itumemesrai azimat dan tangkaldari tangga gading.

Lelaki kecil (miskin) menghantaranak perempuannya ke menara gadinguntuk menuntut ilmu denganpersekitaran yang jauh berbezadaripada kampung halamannya.

Rangkap 2Kulepaskan kau menjadi burung putihdengan sayap berkembangmenongkah awan perak dan kabut dinginmengenal kalimat hujan dan bilah petirmenyelit antara sembilu nasibdan waras akal.

Lelaki kecil mengharapkan kebebasanyang diberikan mampu menjadikananaknya seorang yang tabah dan kuatberbekalkan akal untuk keluar /meloloskan diri dari cabaran yangsukar.

Rangkap 3Di awan kampus yang sarat ilmuhadir sihir angin bernafas apidi pohon kampus yang tegas statusberceracak selumbar noda mengabur fikirdi padang kampus yang hijau pertimbangantumbuh gunung ego menghalau pekerti.

Walaupun berada di menara gadingnamun masih terdapat anasir-anasiryang jahat, kejam dan keji yangmampu melalaikan seseorang.Di menara gading, gadis kampus barumengenali erti kehidupan dan mulatimbul perasaan sombong yangmenebal sehingga melenyapkansikapnya yang baik.

Rangkap 4Pandai-pandailah kau terbangmenongkah awan mulus dan kabus dinginjangan kau pulangdengan percikan duka dan balutan lukadi sayapmu yang patah.

Lelaki kecil mengharapkan agaranaknya mampu menempuh segaladugaan dan tidak pulang dengankegagalan.

MODUL PRIGEL KOMSAS

34

TEMA

Nasihat orang tua kepada anak gadis yang melanjutkan pelajaran di menara gading –Anak gadis perlu bijak menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus. Anak gadis perlumenjaga maruah diri. Anak gadis perlu belajar bersungguh-sungguh supaya tidak pulang dengankegagalan.

PERSOALAN

1. Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupanCth : Ilmu yang dipelajari di menara gading menjadi azimat dan tangkal (pendinding diri)

kepada gadis kampus.2. Persoalan tanggungjawab seorang bapa terhadap anaknya

Cth : Lelaki kecil menghantar dan melepaskan anak gadisnya untuk menuntut ilmu dimenara gading

3. Persoalan penjagaan maruah diri di perantauanCth : Lelaki kecil berpesan kepada anak gadisnya supaya menjaga maruah diri semasa

belajar di menara gading.4. Persoalan menuntut ilmu sehingga mencapai kejayaan

Cth : Lelaki kecil tidak mahu anak gadisnya pulang dengan kegagalan akibat tidak dapatmenempuh segala cabaran.

Latar Masyarakat1. Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan

Cth : Lelaki kecil menghantar anaknya untuk menuntut ilmu di menara gading untukdijadikan bekalan dalam kehidupan.

2. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap anakCth : Lelaki kecil bertanggungjawab memberikan nasihat dan peringatan kepada anak

gadisnya yang belajar di menara gading.3. Masyarakat kampung yang mengerjakan sawah padi

Cth : Gadis kampus sudah terbiasa dengan suasana kampung yang di kelilingi sawah padiyang sedang menguning.

4. Masyarakat mahasiswa yang hidup berdikariCth : Gadis kampus terpaksa belajar berdikari dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di

kampus tanpa keluarga di sisinya.

GAYA BAHASA

1. PersonifikasiCth : tumbuh gunung ego menghalau pekerti

2. MetaforaCth : sembilu nasib, selumbar noda, gunung ego

3. AmbiguitiCth : burung putih, lelaki kecil

4. SinkopeCth : Kuhantar kau mengecapi angin baru

MODUL PRIGEL KOMSAS

35

NILAI

1. Nilai tanggungjawabCth : Lelaki kecil bertanggungjawab memberikan nasihat dan peringatan kepada anak

gadisnya yang belajar di menara gading.2. Nilai kerajinan

Cth : Penduduk di kampung gadis kampus rajin mengusahakan sawah padi sehinggamasak menguning.

3. Nilai berdikariCth : Gadis kampus terpaksa belajar berdikari dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di

kampus tanpa keluarga di sisinya.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mementingkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.Cth : Lelaki kecil menghantar anaknya untuk menuntut ilmu di menara gading untuk

dijadikan bekalan dalam kehidupan.2. Kita hendaklah rajin berusaha sehingga mencapai kejayaan.

Cth : Penduduk di kampung gadis kampus rajin mengusahakan sawah padi sehinggamasak menguning.

3. Kita hendaklah hidup berdikari tanpa mengharapkan orang lain.Cth : Gadis kampus terpaksa belajar berdikari dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di

kampus tanpa keluarga di sisinya.

MODUL PRIGEL KOMSAS

36

SAJAK ERTI HIDUP BERERTIKarya Teo Wei Sing

Sajak MaksudRangkap 1Aku selalu didatangimalam sepibagai kalungyang melingkari leherkutidak berubah keesokan harisiapa yang akan datang menjengukkukeluhan seorang tua sunyi.

penyajak sering dihimbau oleh nasib malangyang mengongkongi hidupnya dan tidakpernah berubah. Tiada sesiapa yang datangmenziarahinya. Keluhan daripada seoranginsan tua yang kesunyian.

Rangkap 2Keheningan tasikkehijauan rumputhanya menjadi bayangandi penjuru ruang zamancinta dalam rahim dilupaidari sulung ditendang ke bongsudari angah ditendang ke sulung balikkucari erti hidupmenderita mengerang sakitberdiri tanpa ruang.

Kebahagiaan hidup yang diimpikan olehpenyajak hanya angan-angan sahajasehingga penghujung hidupnya. Anak-anakkandungnya sendiri sudah melupai dan tidaksanggup untuk menjaganya. Anak-anaknyajuga saling menolak untuk menjaganya.Penyajak mencari kehidupannya sendiri danmenanggung penderitaan hidup tanpa adatempat bergantung yang kukuh.

Rangkap 3Aku bagi merekatiada maknaanakku bakakubaik setia mahupun derhakasemoga disirami benih keinsafanmenjadi penawar dalam hatiembun cinta atasi angina dinginjangan terpegunada yang matiada yang hiduptiada yang kekal kecuali Tuhan.

Penyajak menganggap dirinya tidak dihargaidan diperlukan lagi walaupun merekamerupakan anak kandungnya sendiri.Penyajak berharap agar anak-anaknya samaada yang sanggup berbakti atau yang telahmelupakannya akan diberikan keinsafan.Penyajak turut berharap agar dapat hidupdengan berkasih sayang dan menggantikanhubungan yang hambar sebelum ini.Penyajak juga mengingatkan supaya manusiajangan leka kerana dalam putaran hidup iniakan ada yang hidup dan mati kecuali hanyaTuhan yang kekal.

MODUL PRIGEL KOMSAS

37

TEMA

Keluhan ibu tua yang diabaikan oleh anaknya sendiri - Seorang ibu yang mengharapkanbelaian kasih sayang anak-anak pada penghujung usianya. Walau bagaimanapun anak-anaktidak mengendahkan dan melaksanakan tanggungjawab menjaganya. Jauh di sudut hati ibutua ini masih mengharapkan anak-anaknya akan insaf.

PERSOALAN1. Persoalan kasih sayang seorang ibu

Cth : Seorang ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil sehinggalahanak-anaknya dewasa.

2. Persoalan nasib warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anakCth : Anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan membesarkan

mereka.3. Persoalan kebahagiaan hidup merupakan impian setiap individu

Cth : Seorang ibu berharap agar anak-anak dapat memberikan kebahagiaan pada harituanya.

4. Persoalan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapaCth : Anak-anak perlu sedar terhadap tanggungjawab untuk menjaga kebajikan

ibu kandung/ ibu bapa dan memberikan kebahagian kepadanya/ mereka.5. Persoalan keyakinan terhadap kekuasaan Tuhan

Cth : Penyajak mengingatkan pembaca bahawa dalam putaran hidup ini akan ada yanghidup dan mati kecuali hanya Tuhan yang kekal.

GAYA BAHASA1. Personifikasi

Cth : malam sepi (rangkap 1; baris 2)2. Simile

Cth : bagai kalung ( rangkap 1; baris 3)3. Sinkope

Cth : anakku bakaku (rangkap 3; baris 3)4. Anafora

Cth : ada yang matiada yang hidup (rangkap 3; baris 9 & 10)

5. ResponsiCth : dari sulung ditendang ke bongsu

dari angah ditendang ke sulung balik (rangkap 2; baris 6 & 7)6. Metafora

Cth: benih keinsafan (rangkap 3; baris 5)

MODUL PRIGEL KOMSAS

38

NILAI1. Kasih sayang

Cth : Penyajak tetap menyayangi anak-anaknya walaupun dipinggirkan misalnyapenyajak tetap mendoakan anaknya agar Tuhan memberikan keinsafan terhadapanak-anaknya.

2. TanggungjawabCth : Anak-anak penyajak seharusnya bertanggungjawab menjaga kebajikan ibu

mereka walaupun telah berkeluarga dan tinggal berjauhan.3. Ketabahan

Cth : Penyajak tabah menjalani kehidupan yang sunyi akibat diabaikan oleh anak-anaknya.

4. KeinsafanCth : Penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah sentiasa menyayangi ahli keluarga

Cth : Penyajak mengharapkan belaian kasih sayang daripada anak-anak padapenghujung usianya.

2. Kita perlu tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan terutamanyaketika usia tua.

Cth : Penyajak tabah menjalani kehidupannya yang diabaikan oleh anak-anak denganmencari kehidupannya sendiri serta menanggung penderitaan hidup tanpa adatempat bergantung yang kukuh.

3. Kita haruslah bertanggungjawab menjaga kebajikan dan menggembirakan ibubapa walaupun tinggal berjauhan

Cth : Anak-anak perlu sedar terhadap tanggungjawab untuk menjaga kebajikanibu kandung/ ibu bapa dan memberikan kebahagian kepadanya/ mereka.

4. Kita haruslah sedar dan insaf bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara danhanya Tuhan sahaja yang kekal.

Cth : Penyajak sedar dan insaf bahawa dalam kehidupan ini tidak ada yang kekalkecuali Tuhan.

MODUL PRIGEL KOMSAS

39

KUDUP PERANGKarya Tuah Saujana

Sajak MaksudRangkap 1Sementara dia bergelar panglimalaskar perang; yang terus-menerusmembajakan kezaliman – seringmengudupkan putik dendamkita masih perlu berterima kasihkepada jari-jemari takdirkerana membenarkan sepasang matauntuk berlari dengan tangan bergarisempat juga menadah sejambak puisiuntuk sehari lagi; sambil bertanya:siapakah pahlawan yang asli?

Penyajak menggambarkan seorang panglimaperang yang zalim dan sering berdendam.Penyajak juga berterima kasih kerana masihboleh menyelidik perkara lampau walaupundalam keadaan terkongkong sambilmempersoalkan orang yang dikatakan sebagaipahlawan yang sebenar.

Rangkap 2Memang kita tidak sempat menjengukke luar jendela; sewaktu fajar menghembusringkik kuda, gemerincingpedang pusakadan darah yang tiba-tiba membuakdi daerah angkara – perciknyamenumbuhkan kelopak rahsiadalam keliru, tertanya-tanya kitatangan mana yang memenggalleher sang pendusta?

Penyajak tidak sempat untuk mengkaji sejarahtentang peristiwa pertumpahan darah masalampau. Masyarakat sering tertanya-tanyatentang individu yang telah membunuh orangyang sanggup melakukan pendustaan.

Rangkap 3Andai namamu Tuah, kita masihtidak mahumenyanjungnya pendekar paling gagahkerana takhta setia terbinadi istana wangsabukanlah penjamin kukuhnyapasak saksamasesekali turut direntakan daki pendustamelekatlah selumbar sengsaradi tiang maruah kota.

Penyajak tidak berasakan Hang Tuahmerupakan pejuang yang paling gagah keranakesetiaannya kepada sultan tidak menjaminkedudukan dirinya apabila difitnah olehmusuhnya.

Rangkap 4Andai namamu Jebat, kita masih tidakmenggelarnya sebagai pengkhianatkerana kita masih menangisipeta keadilan yang tersiat – nun, karamdi lautan kesumatsedang warga memanggilnya keramat.

Penyajak juga tidak berasa Hang Jebat seorangpengkhianat kerana Hang Jebat dilihat sebagaiindividu yang berjuang untuk keadilanwalaupun menyimpan perasaan dendam

MODUL PRIGEL KOMSAS

40

Rangkap 5Perang pun melecurkan lidah muslihatbercabang lalu bertemu bayu palsu;bertiup dan memindahkan kebenaran padatempatnyamewarnakan keindahan pada hodohnyamenjungkitkan amarah pada damainyateramat lara kita menjahit semulaperca-perca bahagia – seperti perawanyang dibungkamkan cinta pertama.

Tipu muslihat dalam peperangan yangmenyebabkan kebenaran tidak dapatditegakkan. Manusia pula perlu membinakehidupan mereka semula akibat peperangan.

Rangkap 6Sehingga senja tiba,kita masih bertengkartentang siapapahlawan sebenarnya.

Penyajak masih berdebat tentang orang yangdikatakan sebagai pahlawan yang sebenarnya.

TEMA

Kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuahorganisasi – Ketika menjadi seorang pemimpin, ada kezaliman dilakukan terhadappenentang dasar. Hal ini menimbulkan perasaan dendam dan tidak berpuas hati. Akibatnya,keadaan menjadi tidak tenteram dan sukar mengembalikan keamanan..

PERSOALAN

1. Pengorbanan diri untuk orang lainCth : kesanggupan berkorban demi menegakkan kebenaran dan keadilan

2. Kesan peperanganCth : dalam peperangan berlaku tipu daya dan muslihat serta telah membangkitkan

perasaan dendam antara satu sama lain

3. Menegakkan keadilanCth : menjadi tanggungjawab setiap orang untuk menghentikan kezaliman dan

penindasan demi menegakkan keadilan

4. Kesetiaan terhadap negaraCth : setiap orang mesti menunjukkan kesetiaan terhadap negara yang didiaminya

5. Penilaian perlu dibuat secara adil berdasarkan konteks..Cth : tindakan Jebat memberontak adalah untuk menuntut keadilan terhadap Tuah dan

bukan menderhaka kepada raja

MODUL PRIGEL KOMSAS

41

GAYA BAHASA

1. AsonansiCth : sesekali turut direntakan daki pendusta.(pengulangan bunyi vokal e).

2. AliterasiCth : kerana takhta setia terbina. (pengulangan bunyi konsonan t).

3. MetaforaCth : lautan kesumat; selumbar sengsara; tiang maruah

4. Hiperbola – Perang pun melecurkan lidah muslihatCth : Perang pun melecurkan lidah muslihat

5. Imej alamCth : fajar; senja;kuda

NILAI

1. KeadilanCth : Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan saksama.

2. KeberanianCth : penyajak berani mencari jawapan dan kepastian antara pahlawan dengan

pengkhianat.3. Ketaatan

Cth : Pembesar taat setia akan perintah Raja/Sultan4. Kebijaksanaan

Cth : Pemimpin yang bijak menghadapi cabaran dalam pemerintahannya

PENGAJARAN

1. Kita perlu menjadi warganegara yang setia kepada negara.2. Kita hendaklah berani untuk berjuang untuk menegakkan keadilan3. Kita hendaklah mengkaji sejarah untuk mengelakkan kesalahan yang sama berulang

kembali.4. Kita hendaklah berusaha menyelesaikan perselisihan dengan cara yang aman

MODUL PRIGEL KOMSAS

42

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAJAK

BENTUK SOALAN PERINCIAN MARKAH

Bertanyakan maksud baris /rangkap(bertu Soalan i (2 markah)

Pemahaman teks (bertumpu)(mengenal pasti /mengesan jawapan dalam petikan)

Soalan i (2 markah)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)(memberikan pandangan atau pendapat, alasan,menyatakan kewajaran dan sebagainya)

Soalan ii (3 markah)

Elemen kajian KOMSAS (bertumpu)(menyatakan aspek sastera seperti tema, persoalan,gaya bahasa, nilai dan pengajaran daripadapetikan dan keseluruhan puisi)

Soalan iii( 4 markah)

TEKNIK MENJAWAB

Jawapan menggunakan ayat sendiri

Jawapan dengan ayat lengkap/gramatis

Peruntukan markah bagi setiap ceraian soalan menggambarkan jumlah isi yang

diperlukan (Cth:3 markah = 3 isi), kecuali soalan memberi maksud.

Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikan sebagai

jawapan (kaedah potong tampal)

Bagi soalan KBAT, jawapan mestilah logik dan relevan dengan kehendak soalan.

Bagi soalan komsas yang menggunakan kata kunci soalan jelaskan atau huraikan,

pelajar perlu memberikan contoh atau huraian ringkas.

MODUL PRIGEL KOMSAS

43

Contoh Soalan dan Jawapan:

Baca sajak di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnyamenggunakan ayat anda sendiri

ERTI HIDUP BERERTITeo Wei Sing

Aku selalu didatangimalam sepibagai kalungyang melingkari leherkutidak berubah keesokan harisiapa yang akan datang menjengukkukeluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasikkehijauan rumputhanya menjadi bayangandi penjuru ruang zamancinta dalam rahim dilupaidari sulung ditendang ke bongsudari angah ditendang ke sulung balikkucari erti hidupmenderita mengerang sakitberdiri tanpa ruang.

Aku bagi merekatiada maknaanakku bakakubaik setia mahupun derhakasemoga disirami benih keinsafanmenjadi penawar dalam hatiembun cinta atasi angina dinginjangan terpegunada yang matiada yang hiduptiada yang kekal kecuali Tuhan.

Antologi Sejadah Rindu,Sasbadi Sdn Bhd.

MODUL PRIGEL KOMSAS

44

i. Berikan maksud embun atasi angin dingin.

(2 markah)Tip: Calon perlu memberikan maksud keseluruhan frasa yang diberikan.

Jawapan lengkap:Maksud embun atasi angin dingin ialah perasaan kasih sayang dapat menghindaripengabaian terhadap ibu dan bapa.

ii. Pada pendapat anda, sekiranya seseorang anak mengabaikan ibu bapanya, apakah yangterjadi kepada anak itu pada masa akan datang?

(3 markah)

Tip: Calon perlu memberikan tiga isi yang bernas. Soalan ini memerlukan calonmengemukakan pendapat mengenai kesan kepada anak yang mengabaikantanggungjawab terhadap ibu bapa.

Jawapan lengkap:

Pada pendapat saya, implikasi yang diterima oleh seorang anak sekiranya mengabaikanibu bapa ialah kemungkinan dia akan menerima nasib yang sama iaitu diabaikanoleh anak-anaknya. Selain itu, anak yang meminggirkan ibu bapa tidak akanmengalami kehidupan yang tenteram kerana berasa berdosa terhadap ibu bapanya. Disamping itu, anak yang tidak mempedulikan ibu bapa akan menyesal kerana tidakmenghormati ibu bapanya.

iii. Jelaskan tema yang diketengahkan dalam sajak tersebut.

( 4 markah)Tip: Calon perlu jelaskan tema yang terdapat dalam sajak dengan huraian yang jelas.

Jawapan lengkap:

Sajak Erti Hidup Bererti memaparkan tema keluhan ibu tua yang diabaikan olehanaknya sendiri . Seorang ibu yang mengharapkan belaian kasih sayang anak-anakpada penghujung usianya. Walau bagaimanapun anak-anak tidak mengendahkan danmelaksanakan tanggungjawab menjaganya. Jauh di sudut hati ibu tua ini masihmengharapkan anak-anaknya akan insaf.

MODUL PRIGEL KOMSAS

45

C. PRAKTIS TOPIKAL

Baca sajak di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnyamenggunakan ayat anda sendiri.

SEJADAH RINDU

Terkedu akudi sejadah rindumengungkap kalimah syahdubait bicara tersentuh kalbumerekah keinsafan di hati yang bekumengenang dosaku yang terdahulu.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhankupohon kembali nafas kehidupandengan keterhadan dan keterbatasan insanmoga terbuka ruang keampunansebelum saat aku dinisankandi masa yang Kau tetapkan

Air mata menjadi saksikeikhlasan menjadi buktiakhirnyaaku sujud menghadap Illahidi kebeningan yang sepilafaz taubat mengiringinafas sesak sebak kain mengikuti

Hati ini luluhjiwa yang kaku tersentuhayat-ayat cinta disusun kukuhdi sejadah rindu yang lusuhkemaafan yang kupohon sungguhdari Pencipta dalam gemuruh.

Ungkapan doa pada Yang Esaizinkan aku menjadi manusiayang taat sentiasapada perintah Maha Kuasaagar aku tidak lupaduna ini hanya bersifat sementara

Kalam Pertama, 2013Dewan Bahasa dan Pustaka

MODUL PRIGEL KOMSAS

46

Praktis 1

i. Berikan maksud rangkap kedua sajak di atas. [2 markah]

- Penyajak juga menggunakan seluruh pancainderanya untuk memohon keampunansebelum dia meninggal dunia pada masa yang telah ditentukan oleh Tuhan

ii. Pada pendapat anda, sebelum bertaubat apakah perkara-perkara yang mesti dilakukan?[3 markah]

- Tinggalkan perbuatan ditegah oleh agama- berjanji tidak akan mengulangi- Melaksanakan perintah tuhan

- Menyesal melakukan dosa

iii. Nyatakan dua persoalan sajak dikaji. [4 markah]

- Keinsafan atas dosa lalu yang telah dilakukan- Ketaatan terhadap perintah Tuhan- Keikhlasan ketika memohon keampunan kepada Tuhan.- Keampunan yang diharapkan hanyalah daripada Pencipta

Praktis 2

i. Apakah tema sajak dikaji. [2 markah]

- Ketuhanan serta ketaatan kepada agama – Penyajak memohon keampunandaripada Tuhan terhadap dosa silam yang dilakukannya. Penyajak memohonkeampunan dengan bersungguh-sungguh sebelum dia meninggal dunia

ii. Nyatakan pendapat anda, ciri-ciri orang yang beriman. [3 markah]

- Rajin menuntut ilmu agama

- Tidak melakukan maksiat

- Memiliki sifat-sifat yang terpuji

MODUL PRIGEL KOMSAS

47

iii. Huraikan dua pengajaran yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan sajak diatas. [4 markah]

- Kita hendaklah insaf setelah banyak melakukan dosa lalu. Penyajak benar-benar insafatas dosa yang telah dilakukan lalu memohon keampunan daripada Tuhan

- Kita wajarlah taat akan perintah Tuhan. Sebagai manusia, penyajak taat akan perintahTuhannya dengan melakukan segala suruhan-Nya.

- Kita hendaklah ikhlas apabila memohon keampunan daripada Tuhan. Penyajak begitusebak amat ketika memohon keampunan daripada Tuhan

Praktis 3

i. Berikan maksud rangkai kata Hati ini luluh dalam rangkap keempat sajak di atas.[2 markah]

- Perasaan yang hancur berkecai

ii. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan pegangan agamaseseorang longgar. [3 markah]

- Terpengaruh dengan budaya kuning- Kurang didikan agama

- Kurang pengetahuan ilmu agama dalam diri

- Keruntuhan institusi kekeluargaan

iii. Nyatakan nilai kemanusiaan sajak yang dikaji. [4 markah]

- Keinsafan Penyajak menginsafi segala dosa yang pernah dilakukanKetaatan Penyajak taat akan perintah Tuhan dan hanya memohon kemaafan daripada-NyaKeikhlasan Penyajak begitu ikhlas ketika memohon keampunan daripada Tuhan

Praktis 4 :

i. Berikan maksud rangkap terakhir sajak di atas. [2 markah]

- Penyajak juga melafazkan doa kepada Yang Maha Esa agar mengizinkannya menjadiinsan yang sentiasa taat kepada perintah-Nya. Penyajak juga menaruh harapan agardia tidak lupa bahawa dunia ini tidak kekal abadi selamanya

MODUL PRIGEL KOMSAS

48

ii. Nyatakan perubahan-perubahan yang perlu dilakukan setelah bertaubat. [3 markah]

- Tinggalkan perkara yang ditegah oleh agama

- Menyesali dosa-dosa silam

- Melakukan segala kebaikan

- Melaksanakan perintah tuhan

- Tidak mengulangi lagi kesilapan

iii. Berikan dua nilai yang terdapat berdasarkan sajak di atas. [4 markah]

- Keinsafan Penyajak menginsafi segala dosa yang pernah dilakukan- Ketaatan Penyajak taat akan perintah Tuhan dan hanya memohon kemaafan daripada-

Nya- Keikhlasan Penyajak begitu ikhlas ketika memohon keampunan daripada Tuhan

Praktis 5:

i. Berikan maksud rangkap keempat sajak di atas. [2 markah]

- Penyajak berasa sedih amat dan jiwanya yang tersentuh dengan lafaz-lafaz cinta yangdisusun rapi ketika dia memohon keampunan daripada Pencipta dengan perasaanyang berdebar-debar

ii. Berdasarkan pendapat anda , apakah ciri-ciri orang yang beriman? [3 markah]

- Rajin menuntut ilmu- Tidak melakukan perkara maksiat

- Taat kepada Tuhan- Memiliki sikap-sikap yang terpuji seperti amanah/tanggungjawab

iii. Jelaskan dua persoalan dalam sajak tersebut.[4 markah]

- Keinsafan atas dosa lalu yang telah dilakukan- Ketaatan terhadap perintah Tuhan- Keikhlasan ketika memohon keampunan kepada Tuhan.- Keampunan yang diharapkan hanyalah daripada Pencipta

MODUL PRIGEL KOMSAS

49

C. PRAKTIS TOPIKAL

Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus

Kuhantar kau mengecapi angin baruudara lain dari kampung bendang kuningmubumantara asing dari yang sering kaumesraiyang sama sekali berbezadengan suasana suntimukaunikmatilah angin dan udara ilmu itumemesrai azimat dan tangkaldari tangga gading.

Di awan kampus yang sarat ilmuhadir sihir angin bernafas apidi pohon kampus yang tegas statusberceracak selumbar noda mengabur fikirdi padang kampus yang hijau pertimbangantumbuh gunung ego menghalau pekerti.

Kulepaskan kau menjadi burung putihdengan sayap berkembangmenongkah awan perak dan kabut dinginmengenal kalimat hujan dan bilah petirmenyelit antara sembilu nasibdan waras akal.

Pandai-pandailah kau terbangmenongkah awan mulus dan kabus dinginjangan kau pulangdengan percikan duka dan balutan lukadi sayapmu yang patah.

Belati Cinta Zulaika,2004Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Praktis 1

i. Berikan maksud baris bumantara asing dari yang sering kau mesrai. [2 markah]

- Persekitaran yang berbeza daripada yang kebiasaannya

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menyesuaikan diri di tempat yang asing daripadakehidupan kita sebelumnya? [3 markah]

- Mempelajari budaya- Mengelakkan kawan yang berkelakuan negatif- Mengikuti aktiviti kemasyarakatan- Bertegur sapa

iii. Huraikan tema yang diungkapkan dalam petikan sajak tersebut. [4 markah]

- Nasihat orang tua kepada anak gadis yang melanjutkan pelajaran di menara gading- Anak gadis perlu bijak menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus- Anak gadis perlu menjaga maruah diri semasa di perantauan- Anak gadis perlu belajar bersungguh-sungguh agar tidak pulang dengan kegagalan

MODUL PRIGEL KOMSAS

50

Praktis 2.

i. Berikan maksud baris hadir sihir angin bernafas api. [2 markah]

- muncul bahasa-bahasa yang berunsur hasutan

ii. Pada pendapat anda, mengapakah ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar diinstitusi pengajian tinggi? [3 markah]

- memperbaiki taraf hidup- mencapai cita-cita- menjadi suri teladan kepada adik-beradik yang lain

iii. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam petikan sajak. [4 markah]

- Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan – Ilmu yang dipelajari di menara gadingmenjadi azimat dan tangkal (pendinding diri) kepada gadis kampus.

- Persoalan tanggungjawab seorang bapa terhadap anaknya – Lelaki kecil menghantar danmelepaskan anak gadisnya untuk menuntut ilmu di menara gading

Praktis 3.

i. Berdasarkan rangkap ketiga, nyatakan perkara-perkara negatif yang cuba diingatkan olehlelaki kecil kepada gadis kampus. [2 markah]

- bahasa-bahasa yang berunsur hasutan- gejala-gejala negatif yang mengelirukan pemikiran- keangkuhan yang tinggi sehingga menghakis budi pekerti.

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara mengelakkan perkara negatif yang terjadi dikampus supaya tidak mempengaruhi tindak-tanduk kita? [3 markah]

- mendekatkan diri dengan agama / mendalami- mengingati pesanan dan nasihat orang tua- bergaul dengan rakan yang berkelakuan baik- mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah

iii. Huraikan dua gambaran masyarakat yang terdapat dalam petikan sajak. [4 markah]

- Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan - Lelaki kecil menghantar anaknyauntuk menuntut ilmu di menara gading untuk dijadikan bekalan dalam kehidupan,

- Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap anak – Lelaki kecil memberikan nasihatdan peringatan kepada anak gadisnya yang belajar di menara gading.

MODUL PRIGEL KOMSAS

51

Praktis 4.

i. Berikan maksud baris di bawah.

Pandai-pandailah kau terbangmenongkah awan mulus dan kabus dingin

[2 markah]bijak membawa diri dalam mengharungi cabaran hidup

ii. Andaikan anda mendapat surat panggilan untuk menjalani sesi temuduga untuk kemasukanke institusi pengajian tinggi.Apakah persiapan-persiapan yang perlu anda lakukan sebelum menghadiri sesi temudugatersebut? [3 markah]

berlatih menyuarakan pendapatmelengkapkan diri dengan ilmu / isu semasa / membuat rujukanmenyediakan sijil-sijil dengan teraturmematuhi etika berpakaian / kemas

iii. Huraikan dua nilai yang terkandung dalam petikan sajak di atas. [4 markah]

Nilai tanggungjawab – Lelaki kecil bertanggungjawab memberikan nasihat danperingatan kepada anak gadisnya yang belajar di menara gading.

Nilai berdikari – Gadis kampus terpaksa belajar berdikari dan menyesuaikan diri dengankehidupan di menara gading tanpa keluarga/orang tua di sisinya.

Praktis 5.

i. Nyatakan gambaran suasana kampung seperti yang terdapat dalam rangkap pertama sajak.[2 markah]

terdapat sawah padi yang sedang menguning

ii. Pada pendapat anda, apakah cabaran yang bakal anda hadapi apabila melanjutkan pelajarandi institusi pengajian tinggi? [3 markah]

pengaruh rakan sebayamasalah kewanganberjauhan daripada keluarga / rindu keluarga / hidup berdikaripengurusan masa yang padat

MODUL PRIGEL KOMSAS

52

iii. Huraikan dua pengajaran yang terkandung dalam petikan sajak di atas. [4 markah]

- Kita hendaklah mementingkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan – Lelaki kecilmenghantar anaknya untuk menuntut ilmu di menara gading untuk dijadikan bekalandalam kehidupan.

- Kita hendaklah hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain – Gadis kampusterpaksa belajar berdikari dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus tanpakeluarga di sisinya.

C. PRAKTIS TOPIKAL

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutdengan menggunakan ayat anda sendiri.

ERTI HIDUP BERERTI

Aku selalu didatangimalam sepibagai kalungyang melingkari leherkutidak berubah keesokan harisiapa yang akan datang menjengukkukeluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasikkehijauan rumputhanya menjadi bayangandi penjuru ruang zamancinta dalam rahim dilupaidari sulung ditendang ke bongsudari angah ditendang ke sulung balikkucari erti hidupmenderita mengerang sakitberdiri tanpa ruang.

Aku bagi merekatiada maknaanakku bakakubaik setia mahupun derhakasemoga disirami benih keinsafanmenjadi penawar dalam hatiembun cinta atasi angina dinginjangan terpegunada yang matiada yang hiduptiada yang kekal kecuali Tuhan.

Teo Wei SingSuara Anak Pahang, 2009Pekan Ilmu Sdn. Bhd.

MODUL PRIGEL KOMSAS

53

Praktis 1

i. Apakah maksud rangkap kedua sajak di atas. [2 markah]

Impian penyajak yang ingin hidup bahagia hanya menjadi angan-angan -Penyajak mencari kehidupannya sendiri untuk mengubat hati yang luka keranaanak-anak enggan menjaganya

ii. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak tidak ada tandingannya. Oleh sebab itu anak-anak harus menyayangi mereka.

Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang perlu dilakukan oleh anak-anak untukmembuktikan kasih sayang mereka terhadap ibu bapa?

(3 markah)

menyambut atau meraikan hari istimewa bersama dengan ibu bapamembawa ibu bapa pergi melancongmenjaga kebajikan ibu bapa seperti merawat ketika mereka sakit

iii. Huraikankan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.[4 markah]

Kita haruslah memberikan kasih sayang kepada ibu bapa.Cth: Anak-anak penyajak sepatutnya memberikan kasih sayang kepada ibu mereka(penyajak) dengan cara menjaga dan menggembirakan hatinya.

Kita haruslah menjaga ibu bapa terutamanya semasa hari tua mereka.Cth: Anak-anak penyajak tidak sepatutnya mengabaikan tanggungjawab merekamenjaga penyajak.

Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran kehidupan.Cth: Penyajak tetap tabah dalam mengharungi kehidupan seorang diri pada usiatuanya walaupun tidak dihiraukan oleh anak-anaknya.

MODUL PRIGEL KOMSAS

54

Praktis 2

i. Apakah saranan penulis dalam rangkap kedua sajak di atas. [2 markah]

Jagalah ibu bapa kita dengan rasa penuh tanggungjawab dan secara kerjasamaantara adik-beradik.Anak-anak tidak seharusnya melupakan jasa ibu bapa yang telah bersusah payahmenjaga kita sejak kecil.

ii. Anak-anak bertaggungjawab untuk menjaga kebajikan ibu bapa.Pada pendapat anda, huraikan tiga tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa?

[3markah]

- Membantu dan meringankan beban ibu bapa dengan cara membantu merekamelakukan kerja-kerja rumah.

- Kerap menziarahi mereka jika tinggal berjauhan.- Belajar bersungguh-sungguh agar beroleh kejayaan kerana dapat menggembirakan

hati mereka.

iii. Huraikankan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

- Persoalan pengabaian tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa.Cth: Penyajak telah diabaikan oleh anak-anaknya sehinggakan dia berasa hidupnyasunyi.

- Persoalan kasih sayang seorang ibuCth: Ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil.

- Persoalan kebahagiaan hidup merupakan impian semua orangCth: Seorang ibu berharap agar anak-anak dapat memberikan kebahagiaan pada harituanya.

- Persoalan tanggungjawab dan kesanggupan berbakti kepada ibuCth: Anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan membesarkanmereka.

MODUL PRIGEL KOMSAS

55

Praktis 3

i.

Kemukakan maksud frasa di atas. [2 markah ]- Kasih sayang / sejak dalam kandungan tidak dikenang

ii. Belakangan ini media massa sering memaparkan berita tentang pengabaian warga emas.Pada pendapat anda, bagaimanakah menyedarkan masyarakat agar menghargai wargaemas?

[3 markah]

- Media massa perlu memperbanyak tayangan dokumentari atau iklan bertemakanpenghargaan terhadap warga emas.

- Penganjuran kempen kesedaran tentang kepentingan warga emas dalam masyarakat.- Guru perlu menjadi suri teladan dengan menasihati murid agar menghormati ibu

bapa dan warga emas.

iii. Huraikan dua nilai yang dikemukakan dalam sajak tersebut. [4 markah]

- Nilai tanggungjawabCth: Anak-anak perlu insaf terhadap tanggungjawab menjaga kebajikan ibukandung/ ibu bapa dan memberikan kebahagian kepadanya/ mereka.

- Nilai kasih sayangCth: ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil tetap mendoakanperkara yang baik terhadap anaknya.

- Nilai keinsafanCth: Kita harus sedar bahawa hanya Tuhan saja yang kekal dan seharusnya kitaperlu menginsafi kesalahan yang dilakukan.

Praktis 4

i. Nyatakan maksud rangkap pertama sajak di atas. [2 markah ]

- Fikiran penyajak sering dihimbau oleh nasib malang yang mengongkongi hidupnyadan tidak pernah berubah.

- Tiada sesiapa yang datang menziarahinyasehinggakan dia berasa kesunyian.

ii. Dalam rangkap kedua sajak, penulis menggambarkan pengabaian tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa.Pada pendapat anda, mengapakah anak-anak sanggup bertindak sedemikian?

[3 markah]

- Anak-anak zaman kini terlalu sibuk mengejar kemewahan dan kebendaan.- Peningkatan kos sara hidup membuatkan anak-anak menumpukan kerjaya untuk

menyara keluarga.- Terdapat segelintir anak-anak yang kurang kesedaran terhadap tanggungjawab dan

berasa terbeban menjaga ibu bapa mereka.

cinta dalam rahim dilupai

MODUL PRIGEL KOMSAS

56

iii. Huraikankan dua pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga sajak tersebut.[4 markah]

- Kita haruslah tabah mengharungi cabaran kehidupan.Cth: Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan hiduptanpa ada tempat bergantung yang kukuh.

- Adik-beradik haruslah bertolak ansur menjaga ibu bapa.Cth: Anak-anak penyajak tidak ada perasaan bertolak ansur untuk menjaga ibumereka.

- Kita haruslah bertanggungjawab menjaga ibu bapa.Cth: Anak-anak perlu bertanggungjawab menjaga kebajikan ibu kandung/ ibu bapadan memberikan kebahagian kepadanya/ mereka.

Praktis 5

i. Nyatakan maksud frasa semoga disirami benih keinsafan. [2 markah ]- Mudah-mudahan hidup dipenuhi rasa kesedaran

ii. Belakangan ini bilangan penghuni pusat jagaan orang-orang tua semakin meningkat.Pada pendapat anda, wajarkah anak-anak menghantar ibu bapa ke pusat jagaan orang-orang tua?Jelaskan dua alasan anda. [3 markah]- Tidak.

Alasan: 1. Ibu bapa merupakan insan yang telah menjaga kita sejak kecil sehinggadewasa.

2. Tanggungjawab anak-anak untuk menjaga kebajikan ibu bapa merupakantuntutan dalam semua agama di dunia.

- SetujuAlasan: 1. Kebajikan ibu bapa dari aspek pengurusan diri dan makan minum lebih

terjaga sekiranya anak-anak terpaksa menjalankan tugas di luar kawasan.

iii. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

- Persoalan nasib warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anakCth: Anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan membesarkan

mereka.- Persoalan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa

Cth: Anak-anak perlu sedar terhadap tanggungjawab untuk menjaga kebajikanibu kandung/ ibu bapa dan memberikan kebahagian kepadanya/ mereka.

- Persoalan kasih sayang seorang ibuCth: Seorang ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil sehinggalah

anak-anaknya dewasa.

MODUL PRIGEL KOMSAS

57

C. PRAKTIS TOPIKAL

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyadengan menggunakan ayat anda sendiri.

KUDUP PERANG

Sementara dia bergelar panglimalaskar perang; yang terus-menerusmembajakan kezaliman – seringmengudupkan putik dendamkita masih perlu berterima kasihkepada jari-jemari takdirkerana membenarkan sepasang matauntuk berlari dengan tangan bergarisempat juga menadah sejambak puisiuntuk sehari lagi; sambil bertanya:siapakah pahlawan yang asli?

Memang kita tidak sempat menjengukke luar jendela; sewaktu fajarmenghembusringkik kuda, gemerincingpedang pusakadan darah yang tiba-tiba membuakdi daerah angkara – perciknyamenumbuhkan kelopak rahsiadalam keliru, tertanya-tanya kitatangan mana yang memenggalleher sang pendusta?

Andai namamu Tuah, kita masihtidak mahumenyanjungnya pendekar paling gagahkerana takhta setia terbinadi istana wangsabukanlah penjamin kukuhnyapasak saksama

sesekali turut direntakan daki pendustamelekatlah selumbar sengsaradi tiang maruah kota.

Andai namamu Jebat, kita masih tidakmenggelarnya sebagai pengkhianatkerana kita masih menangisipeta keadilan yang tersiat – nun, karamdi lautan kesumatsedang warga memanggilnya keramat.

Perang pun melecurkan lidah muslihatbercabang lalu bertemu bayu palsu;bertiup dan memindahkan kebenaran padatempatnyamewarnakan keindahan pada hodohnyamenjungkitkan amarah pada damainyateramat lara kita menjahit semulaperca-perca bahagia – seperti perawanyang dibungkamkan cinta pertama.

Sehingga senja tiba,kita masih bertengkartentang siapapahlawan sebenarnya.

Tuah Sujana

(Dipetik daripada antologiSejadah Rindu, hlm. 20-21)

MODUL PRIGEL KOMSAS

58

Praktis 1

i Berikan maksud rangkap keempat sajak tersebut

(2 markah)

- Penyajak juga tidak berasa Hang Jebat seorang pengkhianat kerana Hang Jebatdilihat sebagai individu yang berjuang untuk keadilan walaupun menyimpanperasaan dendam

ii Setujukah anda jika Hang Jebat dinobatkan sebagai pahlawan?

Berikan pandangan anda.

(3 markah)

Setuju:

- Beliau berani menentang kezalimanBeliau berani menuntut keadilan

- Beliau tidak takut mengambil tindakan

Tidak setuju:

- Beliau tidak setia kepada raja- Beliau mengambil tindakan sendiri- Tindakan beliau mengancam nyawa orang lain

iii Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

(4 markah)

Pengorbanan diri untuk orang lainCth- kesanggupan berkorban demi menegakkan kebenaran dan keadilanKesan peperanganCth- dalam peperangan berlaku tipu daya dan muslihat serta telah membangkitkan

perasaan dendam antara satu sama lainMenegakkan keadilanCth- menjadi tanggungjawab setiap orang untuk menghentikan kezaliman dan

penindasan demi menegakkan keadilan

MODUL PRIGEL KOMSAS

59

Praktis 2

i Nyatakan kesan perang yang digambarkan dalam rangkap kelima?

(2 markah)- Melecurkan lidah muslihat- Memindahkan kebenaran pada tempatnya- Mewarnakan keindahan pada hodohnya- Menjungkitkan amarah pada damainya.

ii Jasa den pengorban pahlawan akan disanjung dan diingati oleh ahli masyarakat.Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menghargai jasa seorang pahlawan?

(3 markah)

Cara:Memberi pingat/anugerah/ganjaran

- Menamakan jalan/kampung- Menulis tentang pahlawan/biografi- Membuat filem/menerbitkan/dokumentari

Memberikan saraan hidup

iii Huraikan dua pengajaran yang diketengahkan dalam sajak.(4 markah)

- Kita perlu menjadi warganegara yang setia kepada negara.

- Kita hendaklah berani untuk berjuang untuk menegakkan keadilan

- Kita hendaklah mengkaji sejarah untuk mengelakkan kesalahan yang samaberulang kembali.

- Kita hendaklah berusaha menyelesaikan perselisihan dengan cara yang aman.

MODUL PRIGEL KOMSAS

60

Praktis 3

i Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan rangkappertama

(2 markah)

- Penyajak mengingatkan seorang yang bergelar panglima akan sentiasa melakukankekejaman dan perasaan dendam

- Penyajak berterima kasih kerana masih berpeluang menikmati kehidupan sambilmencari-cari pahlawan yang sebenar

ii Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pahlawan sejati?(3 markah)

- Mempunyai semangat juang yang tinggi- Mempunyai kemahiran dalam bidang pertempuran- Berani berhadapan dengan musuh

iii Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas

(4 markah)

Nilai keadilancth : Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan saksama.Nilai keberanian.cth: – penyajak berani mencari jawapan dan kepastian antara pahlawan dengan

pengkhianatNilai ketaatancth: Pembesar taat setia akan perintah Raja/SultanNilai kebijaksanaanCth: Pemimpin bijaksana menghadapi cabaran dalam pemerintahannya

MODUL PRIGEL KOMSAS

61

Praktis 4

i Berikan maksud ‘kerana takhta setia terbina di istana wanga’ yang terdapat dalamrangkap pertama sajak.

(2 markah)- Taat akan perintah raja

ii Pemimpin yang berwibawa sentiasa disayangi oleh rakyat jelata.Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang dapat menonjolkan kewibawaannyasebagai pemimpin masyarakat yang disegani?

(3 markah)

- Mempunyai ilmu pengetahuan- Sedia berkongsi pengetahuan- Sedia berkongsi kemahiran- Bersikap matang dan rasional ketika melakukan sesuatu tindakan

iii Huraikan tema yang diketengahkan dalam sajak di atas.(4 markah)

- Kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajuisesebuah organisasi – Ketika menjadi seorang pemimpin, ada kezalimandilakukan terhadap penentang dasar. Hal ini menimbulkan perasaan dendam dantidak berpuas hati. Akibatnya, keadaan menjadi tidak tenteram dan sukarmengembalikan keamanan.

MODUL PRIGEL KOMSAS

62

Praktis 5

i Berikan maksud ,teramat lara kita menjahit semulaperca-perca bahagia.

(2 markah)Keharmonian sukar dipulihkan semula

ii Pada pendapat anda, apakah perkara yang perlu dilakukan oleh pemimpin supayamereka ditentang oleh golongan bawahan?

(3 markah)

Ikhlas menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin

Tidak mementingkan diri sendiri dan bersikap adil

Mengadakan pertemuan dengan anggota masyarakat atau kakitangan untukmeninjau pandangan dan masalah yang dihadapi.

Bersikap rasional dan menerima pendapat orang lain.

iii Huraikan dua latar masyarakat yang digambarkan dalam sajak.

(4 markah)

Masyarakat pemimpin yang tidak adil terhadap golongan bawahannya

Cth: Pemimpin bertindak tidak adil dan menzalimi mereka yang menentang dasarkepimpinannya sehingga menimbulkan perasaan dendam

Masyarakat yang taat setia kepada pemimpin atas kepentingan diri sendiri

Cth: Sikap segelintir masyarakat yang terlalu taasub kepada pemimpin walaupunpemimpin itu bersikap tidak rasional dan menzalimi pihak lain.

Masyarakat yang berani menentang pemimpin yang zalim

Cth: Terdapat ahli masyarakat yang berani menentang pemerintah yang bertindakzalim sehingga menimbulkan keadaan tidak aman.

MODUL PRIGEL KOMSAS

63

MODUL PRIGEL KOMSAS

64

BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

SINOPSIS

Cerita memaparkan percubaan raja Siam, Bubunnya hendak menyerang kerajaan Melakayang tidak kesampaian kerana kebijaksanaan pemerintah dan kesaktian hulubalang Melaka.Ceritanya bermula pada zaman dahulu kala negeri Siam yang dikenali sebagai Syahrunnuwibegitu kuat sehingga semua kerajaan bawah angin telah ditakluki oleh Siam kecuali kerajaanMelaka. Apabila Melaka yang diperintah oleh Sultan Muzaffir Syah enggan memberi suratsebagai tanda tunduk kepada Siam, raja Siam telah menyuruh panglimanya Awi Cakri membawahulubalang dan rakyatnya yang sangat ramai untuk menyerang Melaka melalui hulu Pahang.Apabila Sultan Muzaffir Syah mendengar berita tentang rancangan serangan Siam itu, bagindapun menghimpunkan rakyat Melaka dari segenap pelusuk negeri. Tun Perak dari Kelang telahdatang membawa bersama-sama dengan anak isteri masing-masing. Pada masa itu, Seri Amertadilantik oleh sultan sebagai bentara kerana kecerdikan dan kepetahannya berkata-kata.

Seri Amerta telah diminta oleh sultan untuk menyiasat tindakan Tun Perak tersebut.Tindakan Tun Perak itu dipersoalkan sebanyak tiga kali oleh Seri Amerta. Tun Perak memintaSeri Amerta jangan mencampuri urusan orang lain. Baginda menjelaskan sekiranya orangKelang yang datang dari jauh itu ditemani anak isteri masing-masing, mereka akan berperangdengan lebih bersemangat. Apabila hal ini disampaikan kepada Duli Yang diPertuan, bagindaamat bersetuju dengan tindakan Tun Perak itu lalu menitahkan Tun Perak terus bermastautin diMelaka. Apabila serangan Siam itu telah dapat dipatahkan, Tun Perak telah dijadikan sebagaibentara di Melaka. Tidak lama kemudian Seri Amerta menyuruh Tun Perak menghadap keranaada seorang orang Kelang mengadu bahawa dirinya dianiayai oleh Tun Perak. Setelah disoalsiasat, Tun Perak menyatakan bahawa Seri Amerta tidak memahami tugas dan tanggungjawabdiamanahkan oleh Sultan. Sultan bersetuju dengan penjelasan Tun Perak lalu melantiknyasebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja yang setaraf dengan Seri Nara Diraja. SeriNara Diraja sudah tua dan tidak mempunyai anak lelaki,hanya ada seorang anak perempuan yangbernama Tun Putih hasil perkahwinan dengan anak bendahara. Setelah isterinya itu mangkatbarulah Seri Nara Diraja mengakui bahawa baginda mempunyai seorang anak lelaki yangbernama Tun Nina Madi hasil perhubungan dengan gundik istana.

Pada masa itu masyarakat Melayu telah berpecah kepada dua puak iaitu puak Paduka Rajadan puak Seri Nara Diraja kerana kedua-duanya mempunyai taraf yang sama. Kedua-dua orangbesar ini tidak dapat bekerjasama kerana berbeza pendapat. Apabila hal ini diketahui oleh SultanMuzaffir Syah, baginda amat kecewa kerana bimbang negara akan lemah jika pembesarnyasaling tidak bermuafakat. Baginda telah memikirkan jalan penyelesaian dengan mencai jodohbaru kepada Seri Nara Diraja, tetapi semuanya telah ditolak oleh Seri Nara Diraja sehinggalahdia dijodohkan dengan Tun Kudu anak perempuan Bendahara Seri Wak Raja, saudara kepadaPaduka Raja. Hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja kembali baik apabila baginda

MODUL PRIGEL KOMSAS

65

bersetuju supaya Paduka Raja dilantik sebagai bendahara manakala Seri Nara Diraja menjadipenghulu bendahari.

Tidak lama kemudian orang Siam di bawah pimpinan Awi Dicu menyerang Melaka.Sultan mengetahui hal tersebut lalu menitahkan Paduka Raja dengan diiringi Seri Bija Diraja dansegala hulubalang untuk mempertahankan Melaka. Anak Seri Bija Diraja bernama Tun Umaryang berkelakuan aneh telah disuruh melanggar perahu pihak Siam, tiga buah perahu Siam telahdikalahkan dengan hanya sebuah perahunya. Pihak Siam menjadi takut dan membatalkan hasratmenyerang Melaka. Bendahara Paduka Raja menggunakan strategi memasangkan puntung apipada pokok-pokok di sepanjang pantai seolah-olah banyak perahu perang Melaka yang dibawauntuk mempertahankan Melaka. Angkatan perang Siam telah berundur. Setelah pihak Siamberundur, Bendahara Paduka Raja dan orang-orangnya telah dianugerahkan persalinan yangmulia.

Walau bagaimanapun, berita kegagalan serangan Siam itu sampai ke pengetahuan PadukaBubunnya, raja Siam itu amat marah dan diri sendiri membuat keputusan untuk menyerangMelaka tetapi anaknya Cau Pandan menawarkan diri untuk menyerang Melaka. Raja Siambersetuju lalu menggunakan lapan ratus buah kapal perang besar dan banyak kapal perang kecildi bawah pimpinan Pra Kelong untuk membantu Cau Pandan menyerang Melaka. Apabila beritarancangan Siam untuk menyerang Melaka itu diketahui oleh sultan Melaka, Sidi Arab yangmempunyai kesaktian ilmu memanahnya telah memanah Cau Pandan yang berada di Siam.Akhirnya Cau Pandan yang belum sempat menyerang Melaka itu telah terkena panahan tersebutdi dada, telah muntah darah lalu mati. Kesaktian Sidi Arab itu amat dihargai sultan dan diberiganjaran yang setimpalnya.

Setelah empat puluh dua tahun Sultan Muzaffir Syah memerintah Melaka, akhirnyabaginda mangkat dan digantikan oleh anaknya Raja Abdullah gelaran Sultan Mansur Syah.Ketika menaiki takhta, Sultan Mansur Syah berusia 27 tahun. Baginda beristerikan anak SeriNara Diraja iaitu Tun Putih Nur Pualam. Baginda seorang raja yang kacak, adil, dan murah hatiyang tiada tolok bandingnya pada masa itu.

MODUL PRIGEL KOMSAS

66

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PROSA TRADISIONAL

BENTUK SOALAN

1. Soalan prosa tradisional dikemukakan dalam Soalan 2(c)2. Pelajar wajib menjawab semua soalan yang dikemukakan3. Markah yang diperuntukkan sebanyak 8 markah untuk tiga soalan iaitu gabungan 2-3-3.4. Satu petikan daripada teks prosa Burung Terbang Dipipiskan dikemukakan.5. Tiga soalan akan dikemukakan yang terdiri daripada:

Soalan memberikan maksud kata/frasa/ungkapan/ayat Soalan pemahaman langsung terhadap kandungan petikan atau keseluruhan cerita. Soalan pemahaman atau soalan KBAT berdasarkan petikan prosa.

6. Lazimnya soalan maksud dan pemahaman langsung terhadap kandungan teks berasaskankata tanya berikut: Apa.. Siapa... Di mana... Mengapa/Kenapa... Bagaimana...Ataupun menggunakan arahan berikut:

Jelaskan... Terangkan... Huraikan secara ringkas... Gambarkan...

7. Soalan pemahaman/ soalan KBAT: Pada pendapat anda... Pada pandangan anda... Sekiranya anda/ Andaikan anda... Jika anda... Mengikut pemahaman anda...

8. Soalan (i) menanyakan soalan tentang maksud rangkai kata berdasarkan petikan yangdiberi.Contoh: Apakah maksud rangkai kata gila-gila bahasa?

9. Soalan (ii) menanyakan soalan pemahaman berdasarkan petikan yang diberi.Contoh: Nyatakan tiga keistimewaan Tun Perak.

10. Soalan (iii) menanyakan soalan pemahaman berdasarkan kemahiran berfikir berdasarkanteks pentikan.Contoh : Pada pendapat anda, wajarkah Sultan Muzaffar Syah menceraikan Tun Kudulalu dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja? Berikan tiga sebab

MODUL PRIGEL KOMSAS

67

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Kebanyakan murid tidak dapat menjawab soalan Prosa Tradisional kerana sukar memahamicerita yang dipaparkan dalam teks dan tidak memahami istilah bahasa klasik. Untuk mengatasikelemahan semasa menjawab soalan, murid harus:

1. Baca petikan dari awal hingga akhir2. Fahami apa yang terkandung dalam petikan walaupun ia menggunakan bahasa klasik.3. Baca soalan dan garisi kata kunci soalan.4. Pastikan manakah soalan langsung dan soalan KBAT5. Padankan apa yang disoal dengan markah yang diperuntukkan kerana jumlah markah boleh

menggambarkan berapa isi yang dikehendaki.6. Tulis menggunakan ayat yang gramatis dari segi struktur ayat dan tanda baca yang

digunakan.7. Gunakan bahasa yang standard, iaitu bukan bahasa klasik yang dipetik daripada teks.8. Pastikan juga bahasa yang anda gunakan tidak dipengaruhi kata pinjaman atau dialek

tempatan.9. Sekiranya soalan terdiri daripada dua bahagian, jawab bahagian kedua dalam baris baru.10. Untuk soalan KBAT terutama yang memerlukan pandangan anda, jangan sesekali

menjawab secara melawan arus, iaitu menentang gagasan atau saranan yang dikemukakan.11. Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikan sebagai

jawapan (Kaedah potong tampal)12. Dicadangkan anda menggunakan tidak lebih 15 minit untuk menjawab ketiga-tiga soalan

dalam bahagian ini.

MODUL PRIGEL KOMSAS

68

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Baca petikan Prosa Tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yangberikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu;marilah kitakembali sementara belum siang ini.”

Maka segala orang Siam pun kembalilah.

Adapun perigi di Batu Pahat itu, orang Siamlah membuat dia.Maka diikut oleh Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura. Makabendahara pun kembali ke Melaka menghadap Sultan MuzaffarSyah.maka segala perihal ehwal itu sekaliannya dipersembahkan olehbendahara Ke Bawah Duli Sultan. Maka beginda pun terlalu suka;makabaginda pun memberi persalinan akan Bendahara Paduka Raja daripadapakaian yang mulia-mulia, dengan segala hulubalang yang pergibersama-sama itu semuanya dianugerahi baginda persalinan masing-masing pada kadarnya.

Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai kebenua Siam, maka Awi Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya.Maka Paduka Bubunya pun terlalu marah; maka ia sendiri hendak pergimenyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, CauPandan namanya. Maka ia bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnyahendak menyerang Melaka, sembahnya “Duli Pra Cau, lengkapi patik,patiklah mengalahkan Melaka itu.”

i. Berikan maksud rangkai kata memberi persalinan.[2 markah]

Tip:Calon perlu menukarkan rangkai kata dengan perkataan bersinonim.Jawapan lengkap:Maksud rangkai kata memberi persalinan ialah menyediakan atau menghadiahkanpakaian.

ii. Apakah reaksi Sultan Muzaffar Syah apabila menerima kedatangan pulang bendahara?[2 markah]

Tip: Calon perlu menyatakan reaksi/tindakan Sultan Muzaffar Syah berdasarkan petikanyang diberi dengan jelas.

MODUL PRIGEL KOMSAS

69

Jawapan lengkap:Reaksi Sultan Muzaffar Syah apabila menerima kedatangan pulang bendahari ialahbaginda terlalu gembira. Baginda seterusnya memberikan persalinan kepadabendahara daripada pakaian yang mahal dan cantik. Tindakan baginda yangselanjutnya ialah menganugerahi hulubalang yang bersama-sama denganbendahara dengan persalinan yang cantik.

iii Sekiraya anda Awi Dicu, bagaimanakah anda hendak menembusi pertahanan negeriMelaka?

[3 markah]

Tip: Calon perlu memberikan idea yang bernas dan munasabah untuk mengalahkanpertahanan negeri Melaka.

Jawapan lengkap:Sekiranya saya Awi Dicu, antara tindakan yang saya perlu lakukan untuk menembusipertahankan Melaka ialah saya akan memohon bantuan ketenteraan yang lebih besardaripada Paduka Bubunnya. Selain itu, saya juga akan melengkapkan tenteradengan alatan yang mencukupi. Tindakan seterusnya yang saya akan lakukan ialahmelatih tentera dengan lebih sistematik dan proaktif.

Praktis 1

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yangberikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, “Bagaimana makan datuk hendak beristerimuda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kering sudah bertemu?”

Maka kata Seri Nara Diraja, “Di mana kamu sekalian tahu?” Jikalau demikian sia-sialahcula dibeli oleh bapaku sekatil emas di benua Keling itu.”

Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Makamenjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan sepertisaudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada SultanMuzaffar Syah, “Tunku, baiklahPaduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak Bendahara.

Maka titah baginda, “Baiklah.”Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada

zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya;pertama, Majapahit;kedua, Pasai;ketiga,Melaka.Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana;di Majapahit, Patih Aria GajahMada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan SeriNara Diraja menjadi penghulu bendahari.

MODUL PRIGEL KOMSAS

70

i Berikan maksud rangkai kata sudah lepas idah[2 markah]

- setelah tiga kali haid

ii Bagaimanakah hubungan antara Seri Nara Diraja dengan Bendahara Paduka Raja?[3 markah]

- hidup bermuafakat- saling mengasihi seperti saudara sejalan jadi

iii. Pada andaian anda, apakah kesan yang akan berlaku sekiranya Seri Nara Diraja danBendahara Paduka Raja tidak sehaluan?

[3 markah]- rakyat akan berpecah kepada dua kumpulan- berlaku perang saudara yang menyebabkan negara kucar-kacir- musuh luar mudah menakluki negeri

Praktis 2

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yangberikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannyagila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. MakaTun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahuSiam yang banyak itu,maka dilanggarnya sekali, dua tiga perahu Siam alah, lalu ia terus kesebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga perahu Siam alah. MakaTun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu.Telah hari malam, maka Awi Dicu datanglah. Maka oleh bendahara Paduka Raja segala pohonkayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telahdipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam,“Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa halkita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada tiada terlawan oleh kita.”

Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu;marilah kita kembali sementarabelum siang ini.”

Maka segala orang Siam pun kembalilah.

i Berikan maksud rangkat kata perahunya olang-oleng.[2 markah]

- sampannya terumbang-ambing

MODUL PRIGEL KOMSAS

71

ii Apakah tindakan berani yang dilakukan oleh Tun Umar berdasarkan petikan.[3 markah]

- menyuluh perahu Siam pada seorang diri pada waktu malam- melanggar perahu Siam- perahu Siam alah dilanggar oleh Tun Umar

iii Sekiranya, anda seorang ketua, apakah tindakan yang anda ambil apabila melihat tenteraberundur daripada peperangan?

[3 orang]- memecat panglima daripada jawatannya- mengarah barisan tentera pergi ke medan perang semula- menambah bilangan tentera dan kelengkapan- mengambil tindakan tatatertib terhadap tentera yang berundur daripada medan perang

Praktis 3

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yangberikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak. “Tuan TunPerak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli YangDipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapunorang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali.Mengapakah maka demikian fiil tuan?”

Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiadadisahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata ini, maka barulah disahuti oleh TunPerak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu jugahendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya.Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang DuliYang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Makabenarlah pada fikir tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauhSelat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah makasegala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperangdengan musuh bersungguh-sungguh hatinya;kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuanlebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh.”

Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah DuliYang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, , “Benar seperti kata Tun Perakitu.”

MODUL PRIGEL KOMSAS

72

i. Berikan maksud “ jangan kemakanan matanya”(2 markah)

- jangan sampai tumpul mata pedang tersebut

ii. Apakah alasan yang diberikan oleh Tun Perak kepada Seri Amerta tentang tujuan orangKelang membawa sekali anak dan isteri mereka untuk berlawan dengan musuh.

[3 markah]

- tidak bimbang akan keselamatan anak dan isteri mereka kerana Duli Yang Dipertuandan rakyatnya juga tinggal dengan anak dan isteri mereka di negeri Melaka.

- jika berlaku sesuatu kepada negeri Melaka, mereka tidak mengetahui nasib anak danisteri yang mereka tinggalkan itu pada masa akan datang.

- mereka akan berperang dengan bersungguh-sungguh demi anak dan isteri mereka

iii. Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh golongan wanita semasapeperangan?

[3 markah]- memberikan semangat kepada tentera yang sedang menentang musuh- menyediakan makan minum kepada tentera yang sedang berperang- menyediakan rawatan sekiranya ada tentera tercedera ketika berperang

Praktis 4

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yangberikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka ada seorang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Makadia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara SeriAmerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap. MakaSeri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, “ Orang ini ya Tuan Tun Perak, mengadukan halnyake bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakahmaka demikian pekerti tuan hamba?”

Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali SeriAmerta berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya, “Tuan Seri Amerta,akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuanhamba peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan kamiorang memegang negeri dimana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung sekalipun, negerinamanya;baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknyajuga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan hendak

MODUL PRIGEL KOMSAS

73

mencerca hamba sebab orang itu,pecatlah hamba dahulu, maka cercakan hamba dengan dia.Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana hamba hendak dicerca?”

Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hatibaginda, “Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri.”

i. Berikan maksud usahakan jangan diberi berkarat kemakanan.[2 markah]

- berikhtiar supaya tidak rosak

ii. Nyatakan reaksi Tun Perak apabila dititahkan oleh Sultan Muzaffar Syah menghadapbaginda kerana dikatakan menganiayai seorang orang Kelang.

[ 3 markah]- segera menghadap baginda- berdiam diri ketika pertama kali ditanya- memberitahu perkara sebenar

iii. ‘Rakyat mempunyai tanggungjawab yang sangat besar kepada raja dan negara’

Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab rakyat terhadap raja dan negara.[3 markah]

- berusaha memajukan negara- sentiasa mendaulatkan negara- menjaga keamanan negara- mengekalkan perpaduan antara kaum- menunjukkan taat setia sepenuhnya kepada raja

MODUL PRIGEL KOMSAS

74

Praktis 5

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yangberikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak.Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat,lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja.Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba sekalianbahawa ia ini anak hamba?”

Maka sembah segala orang banyak itu, “Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiadamengaku, sahaya semua takut mengatakan dia anak tuanku.”

Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh SultanMuzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orangitu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengahpada Seri Nara Diraja kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidakmuafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Rajakedapatan dengan Paduka Raja dalam kampong Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syahpun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja denganSeri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini,kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.”

i. Berikan maksud rangkai kata senantiasa beringgit.[2 markah]

- kerap bertelagah/berkelahi

ii Apakah perkara yang dilakukan oleh Padukan Raja sehingga dimurkai oleh SultanMuzaffar Syah?

[3 markah]- Paduka Raja tidak bermuafakat dengan Seri Nara Diraja- Paduka Raja sentiasa bertelagah dengan Seri Nara Diraja- Paduka Raja menceroboh kampung Seri Nara Diraja

iii Pada pendapat anda, wajarkah Sultan Muzaffar Syah mendamaikan Padukan Raja denganSeri Nara Diraja.Berikan tiga alasan anda.

[3 markah]- Wajar- dapat mempererat hubungan antara pembesar baginda- membuktikan kebijaksanaan baginda menyelesaikan masalah pembesar negeri- mengelakkan negeri daripada mengalami tadbir urus- mengekalkan perpaduan antara rakyat

MODUL PRIGEL KOMSAS

75

MODUL PRIGEL KOMSAS

76

A.NOTACERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKILZainal Rashid Ahmad

SINOPSISCerpen Cinta Ahmad Mutawakkil ( Zainal Rasyid Ahmad) telah menggunakan

pendekatan sorot balik tentang kisah perjuangan Ahmad Mutawakkil dalam menzahirkancintanya terhadap bangsa dan negara. Ahmad Mutawakkil yang parah ditembak telahmemeranjatkan penduduk kampung yang ketika itu sedang berdoa seusai solat maghrib. Setelahmenjelaskan keadaan Ahmad Mutawakkil yang parah, terkulai lalu pengsan, penulis mulamengimbas kembali kisah perjuangan anak muda tersebut bermula daripada perubahansosioekonomi penduduk kampung kesan kehadiran Tuan Booth sekeluarga. Kehadiran merekabukan sahaja berjaya meningkatkan ekonomi penduduk kampung, malahan Ahmad Mutawakkilmembesar sebagai pemuda berilmu hasil bantuan anak Tuan Booth, Sandra. Dia bukan sahajamenjadi penyebar maklumat tentang hal ehwal semasa kepada masyarakat di kampungnya,malahan turut bekerja membaca dan menjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untukkumpulan anti-Jepun.

Cerpen ini diteruskan lagi dengan Ahmad Mutawakkil menyampaikan khabar kepadapenduduk kampung tentang pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang membawa kelegaan danrasa syukur mereka. Ahmad Mutawakkil kemudiaannya digambarkan sebagai pemuda yangberjiwa pemimpin apabila dia dapat mempengaruhi penduduk kampung dengan pidatonya yangmembangkitkan semangat patriotisme dalam jiwa mereka. Dalam masa yang sama AhmadMutawakkil berjaya mengajak penduduk kampung untuk menjalinkan silaturahim dengan TuanBooth sekeluarga yang tidak pernah memusuhi masyarakat di situ. Cerpen ini jugadikembangkan dengan kisah hubungan antara Ahmad Mutawakkil dengan Sandra yang seringmenjadi tanda tanya kepada penduduk di situ.

Plot dirumitkan lagi dengan situasi 16 Jun 1948 di Perak apabila darurat diisytiharkankerana Parti Komunis Malaya mula menggila. Ahmad Mutawakkil tetap mengajak masyarakatkampungnya berjuang tanpa menghiraukan keselamatan dirinya walaupun pihak komunis telahmemberi amaran kepadanya melalui Tuan Booth agar tidak menghasut orang kampungmembenci komunis. Kemuncaknya, Ahmad Mutawakkil berjaya meniupkan semangatperjuangan yang begitu mendalam dalam jiwa penduduk kampung melalui pidato citra merdekadan kritikan terhadap bangsa Melayu yang sanggup diperalat Parti Komunis Malaya. Setelahditemui oleh seorang budak lelaki yang tidak dikenali seusai majlis ceramah tersebut, AhmadMutawakkil pergi dan tidak pulang-pulang sehingga dia datang pada malam esoknya di suraukampung dalam keadaan berlumuran darah. Ahmad Mutawakkil terbunuh namun semangatperjuangannya terus membara dalam masyarakat kampung sama seperti mereka rindu akan kata-kata semangat anak muda itu “ Tanah Melayu pasti merdeka!”. Tuan Booth sekeluarga pulang keEngland seminggu selepas Tanah Melayu merdeka namun rasa cinta yang mendalam Sandraterhadap Ahmad Mutawakkil telah membawa dia pulang ke kampung tersebut untuk meneruskankehidupannya di situ.

MODUL PRIGEL KOMSAS

77

TEMA

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil memaparkan tema perjuangan menentang penjajah. AhmadMutawakkil yang merupakan watak utama dalam cerpen ini telah menzahirkan cintanya terhadapbangsa dan negara melalui perjuangan menentang penjajah Inggeris, Jepun dan Komunis.Ahmad Mutawakkil telah menggunakan penguasaan ilmunya dalam menjadi penyebar maklumattentang penjajah kepada mesyarakat di kampungnya. Sejak usia belasan tahun lagi, AhmadMutawakkil telah menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin muda yang berpengaruh. Halini dibuktikan melalui pidato- pidato yang disampaikan kepada masyarakat kampung untukmeniupkan semangat patriotisme dalam diri setiap ahli masyarakat. Ahmad Mutawakkilmerupakan seorang pemuda yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi sehinggakantidak sanggup menerima sebarang pujian selagi Tanah Melayu belum merdeka. Dia sanggupmenggadaikan nyawanya untuk menentang komunis dan akhirnya dia terbunuh sebelummengecap kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan dan pengorbanannya terus diingati olehmasyarakat kampungnya sama seperti mereka mengingati kata-kata anak muda itu “TanahMelayu pasti merdeka!”.

PERSOALAN

1. Persoalan perubahan sosioekonomi masyarakat kampungCth : Kedatangan Tuan Booth dan keluarga telah merubah sosioekonomi masyarakat

kampung apabila beliau telah mengupah beratus-ratus buruh termasuk pendudukkampung sendiri untuk meneroka belukar bagi meluaskan penanaman getah

2. Persoalan kepentingan sikap berdikari dalam kehidupanCth : Ahmad Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian bapanya, Wan Sadir

dengan cara bekerja dengan orang putih3. Persoalan kesan kedatangan penjajah

Cth : Kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan telah menyebabkanseluruh ketenangan hidup masyarakat kampung hilang

4. Persoalan tanggungjawab seorang pemimpinCth : Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau selepas solat isyak untuk

mencari Ahmad Mutawakkil yang kehilangan tempat menumpang nasib setelahpemergian Tuan Booth sekeluarga akibat kedatangan Jepun dan mengambilAhmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya

5. Persoalan kepentingan menguasai ilmu dalam kehidupanCth : Ahmad Mutawakkil menjadi tempat penduduk kampung mendapatkan

maklumat tentang hal ehwal semasa kerana dia boleh menulis dan bercakapdalam bahasa Inggeris

6 Persoalan semangat patriotisme dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaanCth Ahmad Mutawakkil menyeru ahli masyarakat agar mengikis tabiat buruk,

berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa Melayu untuk merdeka

MODUL PRIGEL KOMSAS

78

PLOT

Tidak mengikut kronologi

1. Permulaan/Eksposisi

Pada hari Jumaat bulan Ogos tahun 1953, Ahmad Mutawakkil muncul di kampung denganmempunyai luka yang parah dan bajunya dipenuhi dengan darah. Oleh sebab mempunyailuka yang besar di bahunya, Ahmad Mutawakkil telah terkulai lalu pengsan.

2. Perkembangan

Pada pertengahan tahun 30-an, muncul satu keluarga orang putih, iaitu Tuan Booth. TuanBooth telah mengupah beratus-ratus orang kampung di estet getahnya. Pada tahun 1941,tentera Jepun telah berjaya masuk ke Tanah Melayu. Tuan Booth sekeluarga telah berpindahsebelum tentera Jepun datang. Pada tahun 1945, bandar Hiroshima dan Nagasaki telahdibom dan Jepun telah menyerah kalah. Selepas itu, keluarga Tuan Booth telah kembali kekampung selepas Jepun menyerah kalah. Pada masa yang sama, Ahmad Mutawakkil telahdilantik sebagai pejuang nasionalis Melayu yang paling muda. Ahmad Mutawakkil telahberusaha mengadakan ceramah kepada penduduk kampung dan menulis di surat khabaruntuk menentang penjajahan Inggeris dan Parti Komunis Malaya

3. Klimaks

Pada malam Jumaat, seorang budak lelaki telah mendekati dan berbisik dengan AhmadMutawakkil. Selepas itu, Ahmad Mutawakkil berdiri dan mengikuti budak lelaki itu. Harikeesokannya, Ahmad Mutawakkil telah hilang dan amat mrmbimbangkan pendudukkampung. Oleh itu, mereka mencari Ahmad Mutawakkil. Akhirnya, Ahmad Mutawakkiltelah meninggal dunia kerana ditembak oleh Komunis.

4. Peleraian

Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung telah mengadakan majlis kesyukuran untukAhmad Mukawakkil yang telah terkorban. Selepas merdeka, keluarga Tuan Booth telahkembali ke England. Selepas setahun, Sandra telah kembali ke banglo ayahnya. Sandra jugamengajar anak-anak kampung di situ supaya mereka mengingati seorang pejuang nasionalisMelayu yang telah berkorban untuk tanah air.

MODUL PRIGEL KOMSAS

79

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama : Ahmad Mutawakkil1. Bijak merancang masa depan

Cth : belajar menulis dan membaca daripada Sandra semasa menumpang tinggal di rumahTuan Booth

2. Seorang yang mempunyai semangat patriotik yang tinggiCth : menjadi sebagai seorang pejuang nasionalis semasa berumur tujuh belas tahun.

3. Seorang yang sanggup berkorban untuk tanah airnyaCth : dibunuh oleh orang komunis kerana hendak mempertahankan tanah air.

4. Seorang yang menghargai jasa dan budi orang lainCth : menghargai jasa dan budi baik Tuan Booth dengan menghadiri majlis yang diadakan

oleh Tuan Booth di banglo estetnya5. Seorang yang sangat berpengaruh dan dihormati

Cth : Penduduk kampung sangat menghormati Ahmad Mutawakkil

Nama Watak SampinganTuan Booth1. Seorang yang baik hati

Cth : turut menyertai misi pencarian Ahmad Mutawakkil2. Seorang yang peramah

Cth : mesra dengan penduduk kampung3. Seorang yang bersikap terbuka

Cth : Tidak menghalang Sandra berbaik-baik dengan Ahmad Mutawakkil

Nama Watak SampinganImam Ngah Deraman1. Seorang yang penyayang

Cth : Sayang akan Ahmad Mutawakkil yang yatim piatu2. Taat akan agama

Cth : Menunaikan solat Jemaah dengan penduduk kampong setiap waktu solat3. Seorang yang prihatin

Cth : Sentiasa ambil tahu pergerakan Ahmad Mutawakkil

Nama Watak SampinganSandra1. Seorang yang baik hati

Cth : mengajar Ahmada membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris2. Seorang yang prihatin

Cth : ambil berat tentang kehilangan Ahmad Mutawakkil

MODUL PRIGEL KOMSAS

80

LATAR

Latar Masa1. Pertengahan tahun 30-an

Cth : Sebuah keluarga orang putih (keluarga Tuan Booth) datang ke kampung AhmadMutawakkil

2. Tahun 1941Cth : Jepun memasuki Tanah Melayu

3. Tahun 1943Cth : Ahmad Mutawakkil bekerja di bandar untuk membaca dan menjawab surat-surat

bahasa Inggeris

Latar Tempat1. Estet getah Tuan Booth

Cth : Beratus-ratus orang kampung dan Ahmad Mutawakkil bekerja di ladang estet getahTuan Booth

2. SurauCth : Ahmad Mutawakkil telah sentiasa mengadakan ceramah tentang kemerdekaan

kepada penduduk kampung3. Estet Ephill dan Estet Sungai Siput

Cth : Peristiwa serangan yang mengorbankan tiga orang pengurus Inggeris

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang bekerja dengan bersungguh-sungguhCth : Ahmad Mutawakkil dan beratus-ratus orang kampung telah bekerja dengan

bersungguh-sungguh untuk mendapat rezeki

2. Masyarakat yang penyayangCth : Penduduk telah mengadakan doa kesyukuran kepada Ahmad Mutawakkil yang telah

berkorban untuk kemerdekaan tanah air

3. Masyarakat yang berusaha membebaskan tanah air daripada penjajahan negara lainCth : Ahmad Mutawakkil telah bekerja dengan golongan anti-Jepun, iaitu membaca dan

menjawab surat-surat yang berasal daripada bahasa Inggeris

4. Masyarakat yang gigih bertaniCth : Kebanyakan penduduk kampung penulis yang berbangsa Melayu bertani padi

sawah, pisang, ubi kayu, dan keledek

5. Masyarakat penjajah asing yang mengaut keuntungan tanah airCth : Tuan Booth yang membuka estet getah mengupah lima belas keluarga berketurunan India

untuk bekerja sebagai buruh di estet getahnya

MODUL PRIGEL KOMSAS

81

GAYA BAHASA

1. PersonifikasiCth : Tiada seorang pun antara kami yang pernah diratah atau dirobek oleh peluru

2. SimileCth : Sawah pula, laksana lautan emas kala musim menuai

3. MetaforaCth : bola matanya

4. PeribahasaCth : menjaga tepi kain orang

5. Bahasa ArabCth : Alhamdulillah

NILAI

1. PatriotikCth : Ahmad Mutawakkil seorang remaja yang sayang akan negaranya

2. KeberanianCth : Ahmad Mutawakkil berani untuk menghadapi pelbagai cabaran untuk kemerdekaan

negara.3. Tanggungjawab

Cth : Imam Ngah Deraman telah menjadikan Ahmad Mutawakkil yang masih kecil itusebadai anak angkatnya

4. KebijaksanaanCth : Ahmad Mutawakkil seorang pemuda yang bijaksana.

5. Kasih sayangCth : Tuan Booth amat menyayangi isteri dan anak perempuannya, Sandara.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugas kita dengan sebaik-baiknya.Cth : Ahmad Mutawakkil bertanggungjawab semasa melaksanakan tugasnya sebagai

seorang wartawan dalam menulis surat khabar kepada rakyat untuk kemerdekaantanah air.

2. Kita hendaklah bekerjasama untuk melakukan sesuatu aktivitiCth : Penduduk kampung telah bekerjasama dalam membentuk tiga kumpulan pencari

untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang hilang.3. Kita hendaklah berkorban untuk kemerdekaan tanah air kita

Cth : Ahmad Mutawakkil telah berkorban untuk mempertahankan tanah air daripadaancaman Parti Komunis Malaya

4. Kita mestilah memupuk cinta akan negara untuk memerdekaan tanah air daripadapenjajahCth : Ahmad Mutawakkil menggesa rakyat menentang penjajah Inggeris

5. Kita hendaklah bijak mengambil peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuanCth : Ahmad Mutawakkil belajar membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris daripada

Sandra ketika menumpang selama tiga tahun di bangle Tuan Booth

MODUL PRIGEL KOMSAS

82

HIPERTENSIKarya Illias Zaidi

SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan kehidupan seorang budak lelaki genius bernama Aiman Aqil.Kepintarannya menyebabkan dia berasa bosan belajar di dalam kelas. Pada usia yang muda, diatelah dapat menyelesaikan masalah Matematik Tingkatan Lima. Aiman Aqil juga seringmemperkecil adik dan rakan-rakannya yang sukar menyelesaikan soalan Matematik. Aiman Aqilmemberikan alasan kepada bapanya bahawa dia seorang yang pintar. Akibat tindakan AimanAqil itu, bapanya sering merotannya. Ibunya tidak setuju dengan tindakan bapanya tetapiberdiam diri sahaja. Situasi bertambah buruk apabila dia mengambil tindakan untuk pontengsekolah dan ponteng kelas sebagai tanda bantahan terhadap tindakan bapanya yang seringmerotannya.

Aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuhcabaran. Dia pernah membayangkan dirinya telah lulus pengajian tinggi dalam bidangaeroangkasa. Walaupun Aiman Aqil sering berhalusinasi, namun dia mempunyai prinsipnyayang tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan seperti Mat Jenin dan Si Luncai. Angan-anganAiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah programaeroangkasa di bawah Rusia. Pada suatu hari, Aiman Aqil memanjat pokok kelapa untukberangan-angan fantasi futuristik. Aiman Aqil telah berfantasi menjadi seorang angkasawanyang telah ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan ke bulan.

Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensifdi bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan hendakmemantapkan diri sebagai persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi Aiman tidakterhenti setakat itu sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak menyaksikan siaranlangsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman akhirnya berjaya mendarat di bulandalam halusinasinya itu.

Ketika berfantasi, Aiman Aqil terdengar suara halus yang mengajaknya supayamendekatkan diri kepada Tuhan. Pada masa yang sama, suara halus itu meminta Aiman Aqilsupaya tidak membinasakan alam sekitar di bumi. Akhirnya, Aiman sedar daripada khayalannyabahawa dia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu bukan sekadar berangan-angan. Jauh disudut hati Aiman, dia memanjatkan doa dan harapan ke hadrat Ilahi.

MODUL PRIGEL KOMSAS

83

TEMA

Keinginan yang tinggi dalam bidang sains angkasa – Aiman Aqil sangat berminat denganaeroangkasa. Dia membayangkan dirinya mendapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa.Sedekad selepas itu, dia berjaya menjejakkan kaki ke bulan di bawah program aeroangkasabersama dengan pihak Rusia.

PERSOALAN

1. Persoalan adab menuntut ilmuCth : Aiman Aqil selalu tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu Faridah menyebabkan

Cikgu Faridah hilang kesabarannya.

2. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknyaCth : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan suaminya yang sering merotan Aiman

kerana perilaku Aiman sering berkontradiksi dan berkontras dengan watakbabahnya.

3. Persoalan amalan hormat terhadap guruCth : Aiman Aqil membetulkan jawapan soalan Teori Graviti dengan baiknya dan serius

apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya.

4. Persoalan kepentingan prinsip hidupCth : Aiman Aqil bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang hanya

memasang angan-angan tanpa merealisasikan angan-angan tersebut.

5. Persoalan pengorbanan seorang guru terhadap anak murid.Cth : Cikgu Faridah mengajar Aiman Aqil dan murid-murid yang lain subjek Sains

dengan bersungguh-sungguh.

PLOT

1. Permulaan/EksposisiAiman yang berada di banglo keluarganya merenung lereng bukit yang terhakis danruntuhan tanahnya yang menimpa sebuah banglo melalui celah jari-jemari tangannya yangkurus runcing. Tiba-tiba sebiji mempelam yang jatuh di hadapannya telah mengingatkannyatentang Teori Graviti oleh Isaac Newton, sainstis berbangsa Inggeris serta peristiwa ketikaCikgu Faridah bersoal jawab tentang Teori Graviti semasa di kelas.

2. PerkembanganAiman digambarkan sebagai seorang murid pintar yang digelar oleh Cikgu Faridah sebagaiprofesor ekoran memiliki IQ yang tinggi. Dia bersikap angkuh, suka memberontak, danmarah-marah kepada suasana persekitarannya. Di rumah, dia suka menyakat danmengganggu adik-adiknya ketika mereka membuat kerja rumah. Di sekolah pula, dia selalu

MODUL PRIGEL KOMSAS

84

memandang rendah dan menyindir rakan-rakannya yang gagal menjawab soalanMatematik. Akibatnya, dia dipanggil oleh Guru Besar kerana menimbulkan masalah dikelas. Akibat tindakan Aiman itu, bapanya sering merotannya. Ibunya tidak setuju dengantindakan bapanya tetapi berdiam diri sahaja. Situasi bertambah buruk apabila dia mengambiltindakan untuk ponteng sekolah dan ponteng kelas sebagai tanda bantahan terhadaptindakan bapanya yang sering merotannya. Keadaan ini menyebabkan Aiman mulaberhalusinasi dengan membayangkan dirinya menjalani latihan intensif di bawah programaeroangkasa di Rusia. Dia berhalusinasi berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa dansampai ke bulan.

3. KlimaksSewaktu berhalusinasi ke angkasa lepas, Aiman terdengar suara halus yang mengajaknyasupaya mendekatkan diri kepada Tuhan.

4. PeleraianAiman nekad untuk berubah. Dia tidak mahu melayan halusinasi dunia aeroangkasanyalagi. Aiman berdoa kepada Tuhan agar membantunya untuk hidup dalam dunia realiti.

TEKNIK PLOT / PENCERITAAN

1. Imbas mukaCth: Aiman Aqil membayangkan dirinya sudah lulus dalam peperiksaan pada peringkat

pengajian tinggi dengan memperoleh ijazah kelas pertama.

2. Imbas KembaliCth: Ketika belajar di sekolah rendah, Aiman Aqil selalu ponteng sekolah kerana bosan

dengan pembelajaran yang dianggapnya tidak sesuai dengan tahap IQ yangdimilikinya.

WATAK DAN PERWATAKAN

Aiman Aqil1. Seorang murid genius

Cth : Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah Matematik pelajar Tingkatan Limapada usia lapan tahun.

2. Seorang yang sombongCth : Aiman Aqil juga sering memperlekeh adik dan rakan-rakannya yang sukar

menyelesaikan soalan Matematik.

MODUL PRIGEL KOMSAS

85

3. Seorang murid yang menghormati guruCth : Aiman Aqil cepat-cepat membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan

baiknya dan serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya.

4. Seorang pendendamCth : Aiman Aqil menyimpan dendam terhadap babahnya yang sering merotan dan

menamparnya.

5. Seorang yang bercita-cita tinggiCth : Aiman Aqil menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang angkasawan yang

berjaya seperti Neil Armstrong.

Babah

1. Seorang yang tegasCth : Babah sering merotan Aiman Aqil kerana Aiman selalu berkontradiksi dengannya

sehingga lebam di pinggul Aiman.

2. Seorang yang penyayangCth : Babah berusaha merawat masalah kegagapan anaknya, Aiman Aqil dengan

membawanya menjalani latihan intensif dan terapi.

Ibu

1. Seorang ibu yang penyayangCth : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan suaminya yang sering merotan Aiman

kerana Aiman selalu ponteng sekolah dan melawan kata-katanya.

2. Seorang ibu yang bertanggungjawab.Cth : Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil

membesar dengan sihatnya

3. Seorang yang penyabarCth : Ibu sabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak terutamanya

Aiman Aqil yang bersikap kontras dengan suaminya.

Cikgu Faridah

1. Seorang yang berdedikasiCth : Cikgu Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti secara bersungguh-sungguh kepada

Aiman dan kawan-kawannya.

MODUL PRIGEL KOMSAS

86

2. Seorang yang bijakCth : Cikgu Faridah bijak melihat potensi yang ada pada Aiman Aqil dan menggelarnya

sebagai profesor kerana kepintaran dan kecerdikan muridnya itu.

3. Seorang yang sensitifCth : Wajah Cikgu Faridah segera berubah apabila Aiman Aqil mempertikaikan Teori

Graviti yang diajarnya dengan kuasa Tuhan

LATAR

Latar Masa

1. Waktu tengah hariCth : Aiman Aqil sedang bersoal jawab dengan Cikgu Faridah tentang Teori Graviti dan

kaitannya dengan alam sejagat.

2. Waktu malamCth : Aiman Aqil mengganggu adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah dengan

menyindir mereka kerana tidak dapat menjawab soalan matematik

3. Zaman sekolah rendahCth : Aiman Aqil mengganggu rakan-rakan sekelasnya yang sedang membuat latihan

ketika sesi pembelajaran

Latar Tempat

1. KelasCth : Aiman Aqil sedang bersoal jawab dengan Cikgu Faridah tentang Teori Graviti dan

kaitannya dengan alam sejagat.

2. BulanCth : Aiman Aqil berfantasi menjadi seorang angkasawan yang berjaya pergi ke bulan.

3. Rumah keluarga AimanCth : Aiman Aqil mengganggu adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah dengan

menyindir mereka kerana tidak dapat menjawab soalan matematik

MODUL PRIGEL KOMSAS

87

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang menghormati guruCth : Aiman Aqil membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya dan

serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya.

2. Masyarakat yang bertanggungjawabCth : Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil

membesar dengan sihatnya

3. Masyarakat yang terlalu bijakCth : Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah Matematik Tingkatan Lima walaupun

berusia lapan tahun

4. Masyarakat yang penyayangCth : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan bapanya yang sering merotannya tetapi

terpaksa memprotes dalam hati sahaja

5. Masyarakat yang terlalu meminati bidang sains angkasaCth : Aiman Aqil sangat berminat dengan aeroangkasa. Dia membayangkan dirinya

mendapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa dan berangan-anganmenjejakkan kaki ke bulan.

GAYA BAHASA

1. Diksi – penggunaan istilah sainsCth : orbit (hlm. 61); aeroangkasa (hlm. 62), planet (hlm. 64)

2. Bahasa InggerisCth : IQ (hlm. 61); genius (hlm. 62)

3. SimileCth : Dia merasakan bahangnya umpama sudah mencecah angka 150 darjah Celsius.

(hlm. 65)

4. PersonifikasiCth : Sang suria terus setia memancarkan cahayanya (hlm. 67)

MODUL PRIGEL KOMSAS

88

NILAI

1. KebijaksanaanCth : Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah Matematik Tingkatan Lima walaupun

berusia lapan tahun

2. Kasih sayangCth : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan bapanya yang sering merotannya tetapi

terpaksa memprotes dalam hati sahaja

3. Hormat-menghormatiCth : Aiman Aqil membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya dan

serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya

4. KetegasanCth : Bapa Aiman mengambil tindakan tegas dengan merotan Aiman atas kesalahannya

yang membuat onar di dalam kelas

5. BertanggungjawabCth : Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil

membesar dengan sihatnya

PENGAJARAN

1. Kita haruslah bijak dalam menyelesaikan masalah.Cth : Aiman bijak menyelesaikan latihan matematik murid Tingkatan 5 walaupun baru

berusia 8 tahun, Aiman bijak semasa berdebat dengan Cikgu Faridah tentang teorigraviti

2. Kita perlulah bertangungjawab terhadap keluarga di bawah tanggungan kitaCth : Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil

membesar dengan sihatnya

3. Kita hendaklah menghormati guru yang banyak berjasaCth : Aiman Aqil membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya dan

serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya.

4. Kita hendaklah saling menyayangi sesama ahli keluargaCth : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan bapanya yang sering merotannya tetapi

terpaksa memprotes dalam hati sahaja

5. Kita hendaklah tegas dalam memberikan didikan kepada anak-anakCth : Bapa Aiman mengambil tindakan tegas dengan merotan Aiman atas kesalahannya

yang membuat onar di dalam kelas

MODUL PRIGEL KOMSAS

89

GERHANA MANUSIAKarya Aminah Mokhtar

SINOPSIS

Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar mengisahkan kesibukan di Wad UnitRawatan Rapi di sebuah hospital. Di wad tersebut, Tuan Besar Musa sedang koma dan hanyabergantung pada alat sokongan hidup kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paruakibat gaya hidupnya yang tidak sihat sedang. Beliau memerlukan pek darah yang banyak untukmeneruskan hidup. Walau bagaimanapun hospital tersebut mengalami masalah kekuranganbekalan darah dan Doktor Murni mengarahkan Nusia, jururawat yang bertugas di wad tersebutagar membuat hebahan melalui media supaya orang ramai menderma darah untukmenyelamatkan Tuan Besar Musa. Nusia tidak bersetuju kerana tubuh pesakit tersebut sudahtidak menerima kemasukan darah lagi dan hanya membazir kerana terdapat pesakit lain yangmemerlukannya dan berpotensi untuk hidup.

Doktor Murni menegaskan itu adalah arahan Profesor Doktor Juaidi dan mereka mestiakur kerana mereka hanya pekerja. Beberapa orang pesakit juga sedang koma dan berada dalamkeadaan kritikal di wad yang sama sangat memerlukan bekalan darah. Antaranya, Solehah,seorang ibu yang koma akibat janinnya pecah di ovari, Al-Hafiz yang cedera parah akibatkemalangan, seorang bayi, seorang gadis mangsa dera, dan seorang mahasiswa yangmenghidap leukemia. Nusia berasa sedih melihat keadaan mereka. Profesor Doktor Juaidimengarahkan Doktor Murni mendapatkan 10 pek darah untuk menyelamatkan Tuan BesarMusa. Profesor tersebut lebih memberikan perhatian kepada Tuan Besar Musa keranasumbangan beliau yang merupakan seorang ahli korporat yang kaya dan penyumbang dana padakelab elit di hospital itu. Keadaan Solehah kian tenat menyebabkan Nusia memaklumkannyakepada Profesor Juaidi namun beliau mengarahkan Nusia agar memberikan bekalan gelafundinsebagai ganti darah kepada Solehah yang hanya boleh memperlahankan kematiannya. Nusiatidak berpuas hati tindakan profesor tersebut yang tidak memperdulikan pesakit lain keranataraf sosial yang berbeza. Nusia kesal dengan tindakan profesor yang lebih mengutamakan TuanBesar Musa sedangkan beliau tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Nusia tidak berpuashati terhadap tindakan profesor tersebut lalu menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada DoktorMurni.

Malangnya, Doktor Murni tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana Profesor DoktorJuaidi lebih berkuasa di wad tersebut. Nusia mendesak juruteknik makmal supaya memberikan 5pek darah yang terakhir kepadanya untuk menyelamatkan pesakit lain yang kian kritikal. Diasanggup dimarahi oleh profesor tersebut demi menyelamatka nyawa pesakit lain di wad tersebut.Akhirnya Tuan Besar Musa meninggal dunia. Profesor Doktor Juaidi mengeluh kerana kematianTuan Besar Musa menyebabkan kelab elit hospital mereka kehilangan penyumbang dana yangbesar. Doktor Murni menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Profesor Doktor Juaidikerana tidak sanggup menggadaikan nilai kemanusiaannya. Doktor Murni kemudiannyamengajak Nusia ke bank darah untuk menyelamatkan pesakit-pesakit di wad Unit RawatanRapi.

MODUL PRIGEL KOMSAS

90

TEMA

Tema Gerhana Manusia tentang etika kerja doktor yang mementingkan ganjaran danmaterial ketika merawat pesakit sehingga menyebabkan berlakunya pengabaian dalam nilaikemanusiaan. Contoh: Profesor Doktor Juaidi cuba menguasai kakitangannya agar memastikansemua pek darah yang ada di hospital tersebut hanya diberikan kepada Tuan Besar Musa yangmenjadi penyumbang utama pada jamuan tahunan kelab kebajikan mereka.

PERSOALAN

1.

1.

Persoalan tentang tanggungjawab ahli perubatan – Contohnya, Nusia dan Doktor Murnibertanggungjawab untuk merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.

2. Persoalan tentang ajal maut seseorang adalah kuasa Tuhan.- Contohnya, walaupunpelbagai usaha yang dilakukan oleh Profesor Doktor Juaidi untuk menyelamatkan nyawaTuan Besar Musa namun akhirnya beliau meninggal dunia kerana ajalnya.

3. Persoalan sikap pilih kasih dan ketidakadilan dalam menjalankan tugas kerana statussosial yang berbeza. Contohnya, Profesor Doktor Juaidi yang lebih mengutamakan TuanBesar Musa yang kaya daripada pesakit yang lain kerana kepentingan beliau pada hospitalmereka.

4. Persoalan tentang nilai kemanusiaan yang perlu ada pada setiap manusia. Contohnya,Nusia dan Doktor Murni yang menentang tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidakberperikemanusiaan terhadap pesakit yang lain sehingga memberikan semua bekalan darahkepada Tuan Besar Musa sahaja.

5. Persoalan tentang kesungguhan untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Nusia danDoktor Murni mendapatkan bekalan darah di bank darah demi menyelamatkan nyawapesakit di wad Unit Rawatan Rapi.

PLOT

1. PERMULAANSuasana cemas di wad Unit Rawatan Rapi apabila Tuan Besar Musa yang sedang koma tidakmemberikan tindak balas terhadap rawatan yang diberikan walaupun sudah banyak pek darahdimasukkan ke dalam tubuhnya. Bekalan darah di bank darah juga hampir habis.

MODUL PRIGEL KOMSAS

91

2. PERKEMBANGANNusia, seorang jururawat yang bertugas di wad tersebut mempertikaikan perkara itu keranamenganggapnya satu pembaziran lantaran masih ramai pesakit di wad yang sama memerlukanbekalan darah tersebut. Doktor Murni mengatakan bahawa itu adalah arahan Profesor DoktorJuaidi. Nusia memaklumkan Profesor Doktor Juaidi keadaan pesakit lain namun professor ituhanya mahu mengutamakan rawatan Tuan Besar Musa. Nusia meluahkan ketidakpuasannya padaDoktor Murni kerana pengabaian nilai kemanusiaan sehingga sanggup menggadaikan nyawapesakit lain demi kepentingan pihak tertentu.

3. KLIMAKSNusia nekad mendapatkan baki pek darah daripada juruteknik makmal yang dikhaskan untukTuan Besar Musa dan sanggup menghadapi risiko dimarahi oleh Profesor Doktor Juaidi demimenyelamatkan empat pesakit kritikal di wad Unit Rawatan Rapi yang sangat memerlukanbekalan darah. Tuan Besar Musa meninggal dunia dan Profesor Doktor Juaidi mempersoalkankehilangan baki 5 pek darah dari bank darah yang sepatutnya diberikan kepada Tuan BesarMusa. Doktor Murni segera meletak jawatan kerana nilai kemanusiaan tidak ada di hospitaltersebut.

4. PELERAIANProfesor Doktor Juaidi terkejut dengan tindakan Doktor Murni. Doktor Murni dan Nusia ke bankdarah untuk mendapatkan bekalan darah bagi menyelamatkan nyawa pesakt di wad UnitRawatan Rapi.

TEKNIK PLOT

1. Teknik PemerianPengarang menggambarkan keadaan pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang sedang kritikal.

2. Teknik DialogPerbualan antara Nusia dengan Doktor Murni tentang pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yangmemerlukan bekalan darah dengan segera.

3. Teknik MonologNusia berkata-kata dalam hatinya tentang keperluan bekalan darah yang diperlukan daripadahospital lain.

4. Teknik SaspensPembaca tertanya-tanya tentang keadaan Solehah.

5. Teknik KejutanNusia dan Profesor Doktor Juaidi terkejut apabila Doktor Murni memberikan surat perletakanjawatannya.

MODUL PRIGEL KOMSAS

92

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA : NUSIA

1. Seorang yang berani – Contoh, Nusia berani bertindak mengambil bekalan darah yangdikhaskan kepada Tuan Besar Musa oleh Profesor Doktor Juaidi dan sanggup menghadapirisiko dimarahi oleh beliau.

2. Seorang yang pekerja bertanggungjawab- Contohnya, Nusia seorang jururawat yangbertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya membantu Doktor Murni merawat pesakitdi wad Unit Rawatan Rapi.

3. Seorang yang penyayang – Contohnya, Nusia sayang akan nyawa pesakit di wad UnitRawatan Rapi yang diabaikan oleh Profesor Doktor Juaidi dan sanggup mengambil bekalandarah untuk menyelamatkan nyawa pesakit tersebut.

4. Seorang yang rasional - Contohnya, Nusia berpendapat bahawa bekalan darah yang adadiberikan kepada pesakirt lain yang lebih memerlukan dan berpotensi untuk sembuhberbanding dengan Tuan Besar Musa yang sudah tidak menunjukkan tanda-tanda akansembuh kerana kondisinya yang sudah tidak menerima bekalan darah yang dimasukkan kedalam tubuhnya.

WATAK SAMPINGAN

PROFESOR DOKTOR JUAIDI

1. Seorang doktor yang mementingkan material dan ganjaran - Contohnya, beliaumementingkan sumbangan dana yang diberikan oleh Tuan Besar Musa pada kelab elit dihospital mereka menyebabkan professor itu hanya mementingkan pesakit tersebut.

2. Seorang yang tidak mematuhi etika kerja sebagai seorang doktor- Contohnya, ProfesorDoktor Juaidi tidak menjalankan tugasnya mengikut etika kedoktoran yang patutmenyelamatkan semua pesakit tetapi beliau hanya mahu menyelamatkan seorang pesakitiaitu Tuan Besar Musa.

3. Seorang ketua yang tidak berperikemanusiaan –contohnya, Profesor Doktor Juaidisanggup menyuruh Nusia supaya memberikan gelafundin kepada Solehah yang memerlukanbekalan darah untuk memperlahankan kematiannya sahaja dan bukannya untukmenyelamatkannya.

MODUL PRIGEL KOMSAS

93

DOKTOR MURNI

1 Seorang doktor yang patuh pada arahan ketua- Contohnya, Doktor Murni mengikutsemua arahan Profesor Doktor Juaidi dalam menjalankan tugasnya di wad Unit RawatanRapi.

2 Seorang doktor yang penyabar – Contohnya, walaupun beliau diasak dan disindir olehNusia kerana enggan memberikan bekalan darah kepada pesakit lain di wad Unit RawatanRapi namun beliau tetap menjawab soalan Nusia dengan tenang.

3 Seorang doktor yang berani membuat keputusan - Contohnya, Doktor Murni beranimeletakkan jawatannya serta merta kerana beliau tidak mahu menggadaikan nilaikemanusiaannya.

TUAN BESAR MUSA

1 Seorang pesakit di wad Unit Rawatan Rapi, koma dan banyak menggunakan bekalan darahnamun tubuhnya tidak menerima bekalan darah tersebut. Penyakit yang dihidapinya adalahakibat gaya hidup beliau yang bebas dan pengambilan minuman keras. Tidak ada ahlikeluarga yang datang menjenguk ketika beliau di hospital mahupun menderma darah. Beliauialah seorang korporat yang kaya dan penyumbang dana yang besar pada kelab elit dihospital tempat Profesor Doktor Juaidi, Doktor Murni, dan Nusia bertugas.

LATARMASYARAKAT

1. Masyarakat yang berani – Contohnya, Nusia dan Doktor Murni berani menentangtindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak berperikemanusiaan kerana tidak mementingkannyawa semua pesakit di wad tempat mereka bertugas.

2. Masyarakat yang penyayang – Contohnya, Nusia sayang akan nyawa pesakit di wad UnitRawatan Rapi.

3. Masyarakat yang bertanggungjawab – Contohnya, Nusia dan Doktor Murnibertanggungjawab untuk merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi dan berusaha untukmenyelamatkan nyawa mereka.

4. Masyarakat yang rasional dalam membuat tindakan dan keputusan – Nusia danDoktor Murni bertindak rasional apabila ke bank darah dengan segera untuk mendapatkanbekalan darah bagi menyelamatkan pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang sangatmemerlukan bekalan darah untuk hidup.

MODUL PRIGEL KOMSAS

94

LATAR MASA

1. Zaman moden – peralatan canggih di wad Unit Rawatan Rapi menunjukkan cerita iniberlaku pada zaman moden / kini.

2. Waktu siang – Cth. Ketika Profesor Doktor Juaidi bertanya tentang lima pek darah yang adadi bank darah pada pagi itu.

LATAR TEMPAT

1. Wad Unit Rawatan Rapi – tempat semua pesakit kritikal dirawat2. Bank darah – tempat Nusia berjumpa dengan juruteknik makmal untuk mendapatkan baki

bekalan darah yang dikhaskan oleh Profesor Doktor Jauidi kepada Tuan Besar Musa.

NILAI

1. Nilai keberanian – Contohnya, Nusia dan Doktor Murni berani menentang tindakanProfesor Doktor Juaidi yang tidak berperikemanusiaan kerana tidak mementingkan nyawasemua pesakit di wad tempat mereka bertugas.

2. Nilai kasih sayang – Contohnya, Nusia sayang akan nyawa pesakit di wad Unit RawatanRapi.

3. Nilai tanggungjawab – Contohnya, Nusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untukmerawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi dan berusaha untuk menyelamatkan nyawamereka.

4. Nilai rasional– Nusia dan Doktor Murni bertindak rasional apabila ke bank darah dengansegera untuk mendapatkan bekalan darah bagi menyelamatkan pesakit di wad Unit RawatanRapi yang sangat memerlukan bekalan darah untuk hidup.

PENGAJARAN

1. Kita haruslah berani untuk mempertahankan sesuatu yang benar – Contohnya, Nusiadan Doktor Murni berani menentang tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidakberperikemanusiaan kerana tidak mementingkan nyawa semua pesakit di wad tempat merekabertugas.

2. Kita mestilah sayang akan nyawa – Contohnya, Nusia sayang akan nyawa pesakit di wadUnit Rawatan Rapi.

3. Kita hendaklah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuhtanggungjawab – Contohnya, Nusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untuk merawatpesakit di wad Unit Rawatan Rapi dan berusaha untuk menyelamatkan nyawa mereka.

4. Kita haruslah rasional dalam membuat sesuatu tindakan– Nusia dan Doktor Murnibertindak rasional apabila ke bank darah dengan segera untuk mendapatkan bekalan darahbagi menyelamatkan pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang sangat memerlukan bekalandarah untuk hidup.

MODUL PRIGEL KOMSAS

95

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN

BENTUK SOALAN

Soalan pemahaman cerpen lazimnya ditanya dalam soalan 2(b). Walau bagaimanapun, soalan2(b) ini akan bertukar ganti antara genre cerpen dengan genre drama yang memperuntukkansembilan (9) markah keseluruhannya. Terdapat tiga pecahan dalam soalan ini seperti yangberikut:

- Soalan (i): pemahaman berdasarkan isi dalam petikan- Soalan (ii): soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)- Soalan (iii): soalan aspek sastera

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

- Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri- Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap.- Peruntukan markah bagi setiap pecahan soalan menggambarkan jumlah isi yang

dikehendaki.- Kesalahan bahasa dan ejaan akan menjejaskan markah penuh setiap pecahan soalan.

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyadengan menggunakan ayat anda sendiri.

Biasanya orang perempuanlah yang sibuk benar menyiasat dan merisik-risikperkara itu. Cuma yang agak menghairankan ketika Ahmad Mutawakkil berada dikampung, tiada seorang pun yang berani bertanyakan perihal itu.Dalam diam-diam, sebenarnya kami juga ingin tahu apatah lagi setelah menyedarikehadiran anak gadis tuan booth di surau, setiap kali ahmad mutawakkil balik kekampung untuk berceramah.

Perlahan-lahan – barangkali dilemahkan oleh rasa malu kepada diri sendirikerana sibuk menjaga tepi kain orang – di mata kami, misteri cinta itu akhirnyalenyap tak berjejak.

Ahmad Mutawakkil! Sudah jarang-jarang benar balik kampung. Perjuanganparti meruntun waktunya dihabiskan di bandar. Tahun 1952. Dalam usia 24 tahun,dia dipilih menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah.Tidak cukup dengan tanggungawab ke sana sini untuk berceramah, AhmadMutawakkil turut menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan.Tulisannya banyak merangsang orang melayu untuk bersiap sedia mengisikemerdekaan.

“Jangan nanti selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga.” Untukmerdeka, katanya perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur.

MODUL PRIGEL KOMSAS

96

i. Apakah sumbangan yang dilakukan Ahmad Mutawakkil dalam usaha memerdekakannegara?

[2 markah]

Tip: Calon kenal pasti sumbangan Ahmad Mutawakkil yang terdapat dalam petikan.

Jawapan lengkap:

Sumbangan yang dilakukan oleh Ahmad Mutakawakkil dalamusaha memerdekaan negara ialahAhmad Mutawakkil menghabiskan waktunya di bandar untuk perjuangan parti. Selain itu,Ahmad Mutawakkil menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah.Seterusnya, Ahmad Mutawakkil juga menulis dalam surat khabar untuk merangsang orangMelayu bersiap sedia mengisi kemerdekaan.

ii. Pada pendapat anda bagaimanakah rakyat Malaysia dapat mengekalkan kedaulatannegara kita.

[3 markah]Tip: Calon perlu kemukakan tiga isi penting untuk mendapat tiga markah penuh. Pastikantiada kesalahan ejaan dan bahasa.

Pada pendapat saya rakyat Malaysia dapat mengekalkan kedaulatan negara kita denganwujudnya perpaduan antara kaum. Sekira tidak wujudnya perpaduan antara kaum, rakyat akanpecah-belah dan ini akan memberi kesempatan kepada penjajah untuk menjajah negara kita.Selain itu, rakyat malysia juga perlu didedahkan mata pelajaran sejarah sejak kecil lagi. Denganini, kita akan belajar daripada kesilapan nenek moyang kita dan tidak akan mengulangi kesilapanmereka. Selain itu, kita akan menghayati kedaulatan negara kita selepas didedahkan denganusah-usaha dilakukan untuk memerdekakan negara kita.

iii. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai yang terdapatdalam cerpen ini.

[4 markah]

Nilai yang terdapat dalam petikan di atas ialah nilai patriotisme. Buktinya, ahmad mutawakkilberjuang meniupkan api semangta patriotik melalui penulisannya di surat khabar dan melaluiceramah yang disampaikannya kepada masyarakat kampung. Nilai lain yang terdapat dalamcerpen ini ialah nilai kerjasama. Contohnya, tiga kumpulan pencari bekerjasama mencari jejakAhmad Mutawakkil yang hilang.

MODUL PRIGEL KOMSAS

97

CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

PRAKTIS TOPIKAL

Praktis 1Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyadengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ahmad Mutawakkil, sudah jarang-jarang benar balik ke kampung. Perjuangan partin meruntunwaktunya dihabiskan di bandar. Tahun 1952, dalam usia 24 tahun, dia dipilih menduduki kerusipemimpin nombor dua parti di peringkat daerah.

Tidak cukup dengan tanggungjawabnya ke sana sini untuk berceramah, AhmadMutawakkil turut menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan. Tulisannyabanyak merangsang orang Melayu untuk bersiap sedia mengiri kemerdekaan.

“Jangan nanti selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga.” Untuk merdeka,katanya, perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur.

“Malah, demi mengisi kemerdekaan, kita juga perlu mendesak diri sendiri, mengikissemua tabiat buruk bangsa kita. Kita pasti akan merdeka, dan untuk itu, kita perlu berjuangmengubah sikap dan pandangan sempit bangsa kita...”

Akhirnya, selepas berbulan-bulan lamanya Ahmad Mutawakkil menghilang, satu hari,pecahlah berita tentang kepulangannya. Oleh sebab namanya sebagai wartawan masyhur disebutorang di sana sini. Tuan Booth mahu meraikan kejayaannya itu.

Seperti biasa, kami dijemput sama. Di majlis itulah, seorang daripada kami secara tidaksengaja terdengar perbualan Ahmad Mutawakkil dengan anak gadis Orang Putih itu.

“Kalau bukan awak yang ajar saya menulis dan membaca ,” kata Ahmad Mutawakkil,“tak mungkin saya jadi wartawan. Saya sangat terhutang budi.”

Gadis itu tersenyum, menjawab dalam bahasa Melayu yang fasih. “Dari dulu, saya tahuawak bijak...tapi saya tak sangka, awak akan sehebat ni.”

Ahmad Mutawakkil terdiam, memandang tepat wajah gadis itu.“Pujian itu terlalu besar. Selagi Tanah Melayu belum merdeka, saya tidak layak

menerima apa-apa pujian, Sandra.”

i. Apakah nasihat yang disampaikan oleh Ahmad Mutawakkil kepada bangsanyaberdasarkan petikan cerpen

[2 markah]- Selepas merdeka jangan jadi macam kera mendapat bunga- Mereka perlu mendesak diri sendiri- Mengikis semua tabiat buruk sangka- Mereka perlu berjuang mengubah sikap bangsa mereka- Mereka perlu berjuang mengubah pandangan sempit bangsa mereka

MODUL PRIGEL KOMSAS

98

ii Pada pendapat anda, apakah aktiviti yang boleh anda lakukan di sekolah untukmenunjukkan anda bersyukur dengan kemerdekaan yang dikecapi?

[3 markah]- Memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah sempena hari

kemerdekaan- Menghias kelas sempena hari kemerdekaan- Melibatkan diri dengan aktiviti sempena hari kemerdekaan

iii Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakatlain dalam keseluruhan cerpen.

[4 markah]Latar masyarakat dalam petikan- Masyarakat yang cinta akan tanah air – contoh, Tulisan Ahmad Mutawakkil

mendorong orang Melayu bersiap sedia mengisi kemerdekaan.- Masyarakat yang bijak. Contoh, Ahmad Mutawakkil seorang yang bijak

Masyarakat yang mengamalkan demokrasi. Contoh, Ahmad Mutawakkil dipilihmenduduki kerusi pemimpin nombor dua parti dalam usia 24 tahun.

Latar masyarakat dalam keseluruhan cerpen- masyarakat yang bekerja dengan bersungguh-sungguh. Contoh, Ahmad Mutawakkil

dan beratus-ratus orang kampung telah bekerja dengan bersungguh-sungguh untukmendapat rezeki)

- masyarakat yang penyayang. Contoh, penduduk telah mengadakan doa kesyukurankepada Ahmad Mutawakkil yang telah berkorban untuk kemerdekaan tanah air);

- masyarakat yang berusaha membebaskan tanah air daripada penjajahan negara lain .Contoh, Ahmad Mutawakkil telah bekerja dengan golongan anti-Jepun, iaitumembaca dan menjawab surat-surat yang berasal daripada bahasa Inggeris)

MODUL PRIGEL KOMSAS

99

Praktis 2

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyadengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ahmad Mutawakkil dalam keadaan terhuyung-hayang, bangun perlahan-lahan. Sebelahtangannya memaut tiang pintu manakala sebelah lagi terkulai. Waktu itu, kami sedar - perkarayang ditakuti belakangan ini benar benar terjadi. Anak tunggal arwah Wak Sadir yang selama inidisanjung laksana lampu ayan yang menerangi kampung, kini di ambang maut. AhmadMutawakkil - malam itu, Jumaat bulan Ogos 1953 - dek luka yang parah melangkah denganlonglai ke arah Imam Ngah Deraman.

Ketika kami semua masih terpegun dan tertanya-tanya, Ahmad Mutawakkil jatuh melututdan wajahnya tersembam di ribaan Imam Ngah Deraman. Pada waktu itu, dalam keadaan diamengerekot, kami nampak luka besar di belakang bahunya - bekas tusukan peluru.Darah masih mengalir, betul-betul di belakang pendayung kiri Ahmad Mutawakkil. Menyedaridarah terlalu banyak mengalir hingga menitis ke lantai. Penghulu Ibrahim Deraman Sigap segeramembaringkan Ahmad Mutawakkil. Tak lama kemudian, bunyi nafasnya separuh mengeruh.Dalam keadaan tercungap-cungap, dia terkulai lalu pengsan.

Kampung kami dipugar sejak tiga generasi lalu. Sejarahnya hanya jaluran kebun dansawah. Pertengahan tahun 30-an, datang satu keluarga Orang Putih – mengupah beratus-ratusorang buruh, termasuk kami sendiri – meneroka belukar. Tak lama kemudian, berjejerlah anak-anak getah.

i. Nyatakan keadaan Ahmad Mutawakkil semasa berada di ambang maut berdasarkanpetikan.

[2 markah]- Terdapat luka besar di belakang bahunya iaitu tusukan peluru.- Darah mengalir terlalu banyak.- Dia terkulai lalu pengsan.

ii Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi pejuang kemerdekaan semasaberjuang menuntut kemerdekaan negara?

[3 markah]- Sentiasa terdedah kepada bahaya dibunuh penjajah.- Tidak dapat sokongan keluarga dan masyarakat.- Alat untuk menyebarkan idea kemerdekaan seperti surat khabar disekat.

MODUL PRIGEL KOMSAS

100

iii. Jelaskan satu persoalan daripada petikan dan satu persoalan daripada keseluruhancerpen.

[4markah]Persoalan dalam petikan

Semangat patriotisme yang tinggi dalam diri pejuang.- Buktinya, Ahmad Mutawakkil sanggup berkorban nyawa demi negara.

Persoalan dalam keseluruhan petikan

Persoalan perubahan sosioekonomi masyarakat kampung- Kedatangan Tuan Booth dan keluarga telah merubah sosioekonomi masyarakat

kampung apabila beliau telah mengupah beratus-ratus buruh termasuk pendudukkampung sendiri untuk meneroka belukar bagi meluaskan penanaman getahPersoalan kepentingan sikap berdikari dalam kehidupan

- Ahmad Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian bapanya, Wan Sadir dengancara bekerja dengan orang putihPersoalan kesan kedatangan penjajah

- Kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan telah menyebabkan seluruhketenangan hidup masyarakat kampung hilangPersoalan tanggungjawab seorang pemimpin

- Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau selepas solat isyak untukmencari Ahmad Mutawakkil yang kehilangan tempat menumpang nasib setelahpemergian Tuan Booth sekeluarga akibat kedatangan Jepun dan mengambil AhmadMutawakkil sebagai anak angkatnyaPersoalan kepentingan menguasi ilmu dalam kehidupan

- Ahmad Mutawakkil menjadi tempat penduduk kampung mendapatkanmaklumat tentang hal ehwal semasa kerana dia boleh menulis dan bercakapdalam bahasa InggerisPersoalan semangat patriotisme dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan

- Ahmad Mutawakkil menyeru ahli masyarakat agar mengikis tabiat buruk, berjuangmengubah sikap dan pandangan sempit bangsa Melayu untuk merdeka

MODUL PRIGEL KOMSAS

101

Praktis 3

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyadengan menggunakan ayat anda sendiri

Sejak kembali, Tuan Booth jauh berubah. Dia tak lagi terperap di estet. Pada setiappetang, biasanya selepas solat asar, dia akan menjengah ke surau. Dia akan duduk berbual-bual,bercerita itu ini. Ada sekali, sewaktu Ahmad Mutawakkil balik ke kampung, Tuan Boothmengundang kami ke banglonya.“Dia pelawa kita minum teh di banglonya,” kata Ahmad Mutawakkil. “Saya fikir, Tuan Boothikhlas nak berbaik-baik.”

Kami terdiam, tak berani bersuara, menantikan kata putus daripada Imam Deraman danPenghulu Ibrahim Sigap.

Akhirnya, setelah agak lama buntu, Ahmad Mutawakkil meluahkan pandangan. “SelamaTuan Booth di sini, sejak dulu lagi, tak pernah dia memusuhi kita. Jadi, saya fikir atas sifat hatiMelayu, orang berbudi kita berbahasa. Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu punuhdengan persahabatan.

Dengan kata-kata hikmat itu, runtuhlah segala tembok penghalang antara kampung kamidengan estet Tuan Booth. Sekalipun tanpa Ahmad Mutawakkil, kami sudah biasa bertandang kebanglo mewah itu. Malah, ada ketikanya, majlis yang diadakan di estet itu turut disertai orangperempuan. Isteri Tuan Booth yang terkenal dengan masakannya yang sedap-sedap itu kerapmenghidangi kami dengan menu Orang Putih. Lebih istimewa, pada setiap kali ada majlisperkahwinan, Tuan Booth sekeluarga pasti akan meraikan pasangan pengantin di estetnya. Adaantara kami yang agak ragu-ragu dengan perkara itu.

i. Nyatakan cara-cara Tuan Booth sekeluarga menunjukkan sikap berbaik-baik denganmasyarakat kampung penulis.

[2 markah]- Mengajak penduduk kampung minum teh di banglonya- Menjamu penduduk kampung dengan menu Orang Putih setiap kali ada majlis di

estet itu- Meraikan pasangan pengantin di banglonya

MODUL PRIGEL KOMSAS

102

ii. Pada pendapat anda, adakah keputusan penduduk kampung itu mengikut nasihat AhmadMutawakkil agar tidak memusuhi Tuan Booth sekeluarga suatu keputusan yang wajar?

Berikan alasan anda.

[3 markah]Wajar- Mengeratkan hubungan Tuan Booth sekeluarga dengan penduduk kampung- Membuktikan bahawa masyarakat Melayu mementingkan nilai persahabatan- Membalas kebaikan Tuan Booth sekeluarga yang inin berbaik-baik dengan mereka

iii. Huraikan satu perwatakan Ahmad Mutawakkil berdasarkan petikan dan satu perwatakanlain daripada keseluruhan cerpen

[4markah]

Dalam petikan- Seorang yang menghargai jasa dan budi orang lainCth menghargai jasa dan budi baik Tuan Booth dengan menghadiri majlis yang

diadakan oleh Tuan Booth di bangle estetnya

Keseluruhan cerpen- Bijak merancang masa depancth belajar menulis dan membaca daripada Sandra semasa menumpang tinggal di

rumah Tuan Booth- Seorang yang mempunyai semangat patriotik yang tinggiCth menjadi sebagai seorang pejuang nasionalis semasa berumur tujuh belas tahun.- Seorang yang sanggup berkorban untuk tanah airnyaCth dibunuh oleh orang komunis kerana hendak mempertahankan tanah air- Seorang yang sangat berpengaruh dan dihormatiCth Penduduk kampung sangat menghormati Ahmad Mutawakkil

MODUL PRIGEL KOMSAS

103

Petikan 4Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyadengan menggunakan ayat anda sendiri

Cuma sejak kematian Wak Sadir, anaknya, Ahmad Mutawakkil, yang sudah yatim piatuitu menjadi satu-satunya anak kampung yang sentiasa keluar masuk ke pekarangn estet TuanBooth.“Eloklah...paling tidak dia bekerja dengan Orang Putih tu, belajar mencari makan sendiri.”Begitulah pandangan kami. Walaupun hasil getah Tuan Booth setiap tahun nampaknya sangatmenjadi, kami tetapi bertani secara tradisi.

Di kebun, berselerak pokok pisang yang ditanam, berselang-seli dengan ubi kayu dankeledek. Swah pula, laksana emas kala musim menuai. Kami tetap orang kampung yang dulu,yang hidup atas dua matlamat – rezeki dan ibadat.Tatkala bom pertama meledak, diikuti oleh rentetan dentuman meriam serta serangan kapalterbang, seluruh ketenangan hidup warisan moyang-poyang kami terasa tersentap pergi danterlucut begitu saja daripada genggaman. Sebaik-baik saja perang pecah pada tahun 1941 danJepun masuk keadaan jadi berkecemuk. Suasana kehidupan kampung dipengap ketakutan.Namun, kami bersyukur atas dua perkara. Pertama, kampung kami terpencil, maka jarang-jarapketakutan.ng dihendap oleh Jepun. Garisan perang pula tidak melintang di atas tanah kami, makaitu, tiada seorang pun antara kami yang pernah diratah atau dirobek peluru. Kedua, kamibersyukur kerana kacau-bilau zaman Jepun menyedarkan kami betapa hinanya hidup terjajah.

i. Berdasarkan petikan cerpen, bagaimanakah kehidupan Ahmad Mutawakkil selepaskematian ayahnya?

[2 markah]- Yatim piatu- Menjadi satu-satunya anak kampung yang sentiasa keluar masuk ke pekarangan estet

Tuan Booth- Bekerja dengan Orang Putih- Belajar mencari makan sendiri

ii. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan dalam sesebuahnegara?

[3 markah]- Meningkatkan kemampuan/kekuatan tentera- Bekerjasama dengan negara-negara ASEAN- Amalan demokrasi dimantapkan- Membasmi kemiskinan

MODUL PRIGEL KOMSAS

104

iii. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain daripadacerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.

[4markah]Nilai murni dalam petikan cerpen:

- Nilai kesyukuranCth Penduduk kampung bersyukur kerana kampung mereka jarang-jarangdihendap

oleh JepunNilai berdikari

Cth Ahmad Mutawakkil belajar mencari makanan sendiri selepas kematian ayahnya

Nilai murni dalam keseluruhan cerpen

- Nilai tanggungjawabCth Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau selepas solat isyak untuk

mencari Ahmad Mutawakkil yang kehilangan tempat menumpang nasib setelahpemergian Tuan Booth sekeluarga akibat kedatangan Jepun dan seterusnyamengambil Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya.

- Nilai kasih sayangCth Demi rasa cinta yang mendalam kepada Ahmad Mutawakkil, Sandra sanggup balik

ke kampong untuk meneruskan kehidupannya.- Nilai kebijaksanaanCth Ahmad Mutawakkil seorang yang bijak, cepat belajar menulis dan membaca

bahasa Inggeris.

MODUL PRIGEL KOMSAS

105

Praktis 5Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyadengan menggunakan ayat anda sendiri

Di hadapan pagar estet, Ahmad Mutawakkil berjalan lesu. Sudah tiga tahun banglo danEstet itu menjadi tempatnya menumpang nasib. Akhirnya, khabar tentang serangan Jepunmengakhiri kisah pergaulannya dengan keluarga Tuan Booth.Malam itu, selepas solat isyak, Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau dan esoknya,kami mendapat tahu dia pergi mencari Ahmad Mutawakkil. Budak itu dibawa ke rumahnya.Sejak itu, dalam kesulitan zaman Jepun, Ahmad Mutawakkil menjadi anak angkatnya. Cumakekerapan budak itu menghilang, lama-kelamaan diterima Imam Ngah Deraman sebagai satukebiasaan.

“Aku tak sangka budak tu pandai menulis. Anak Orang Putih tu ajar dia banyak benda.Dia juga pandai cakap Orang Putih,” kata Iman Ngah Deraman.

Di surau, terutama pada malam hari, di hadapan Penghulu Ibraim Sigap, Imam NgahDeraman menyampaikan apa-apa sahaja berita yang dikhabarkan Ahmad Mutawakkil.

i. Berdasarkan petikan cerpen, mengapakah Imam Ngah Deraman mencari AhmadMutawakkil?

[2 markah]- Membawa Ahmad Mutawakkil balik ke rumahnya- Menjadikan Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya

ii. Pada pendapat anda, apakah kelebihan orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yangluas?

[3 markah]

- Dihormati orang lain- Dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan orang lain- Bersikap matang- Rasional dalam semua tindakan

MODUL PRIGEL KOMSAS

106

iii. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain daripadakeseluruhan cerpen.

[4 markah]Pengajaran berdasarkan petikan cerpen:

- Kita hendaklah prihatin akan nasib malang anak yatim piatucth Imam Ngah Deraman mengambil Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya

Pengajaran daripada keseluruhan cerpen

Kita hendaklah bekerjasama untuk melakukan sesuatu aktiviti.

Cth: Penduduk kampung telah bekerjasama dalam membentuk tiga kumpulan pencariuntuk mencari Ahmad Mutawakkil yang hilang.

- Kita hendaklah berkorban untuk kemerdekaan tanah air kita

Cth: Ahmad Mutawakkil telah berkorban untuk mempertahankan tanah air daripadaancaman Parti Komunis Malaya

- Kita mestilah memupuk cinta akan negara untuk memerdekaan tanah air daripadapenjajah

Cth: Ahmad Mutawakkil menggesa rakyat menentang penjajah Inggeris

- Kita hendaklah bijak mengambil peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan

Cth: Ahmad Mutawakkil belajar membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris daripadaSandra ketika menumpang selama tiga tahun di bangle Tuan Booth

MODUL PRIGEL KOMSAS

107

CERPEN HIPERTENSI

PRAKTIS TOPIKAL

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yangberikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Praktis 1

Dia kembali menekup wajahnya, wajah yang geruh dan bengis. Sebiji buah mempelamjatuh terlepap di hadapannya, gugur dengan tiba-tiba. Spontan, dia teringat akan Isaac Newton,saintis berbangsa Inggeris itu.

“Jika aku lahir sezaman dengan Newton pada tahun 1642, ataupun beberapa dekadkemudian, aku pasti tidak berasa hairan tentang sebab buah mempelam itu gugur dengan tiba-tiba,” fikir Aiman. Malangnya, tarikh keramat itu sudah lama gugur dalam helaian kalendarwaktu.

Pada suatu hari, Newton takjub melihat sebiji epal gugur lalu jatuh tepat di bumi. Ideatercetus, fikiran terlarik, pendapat terukir, sehingga akhirnya lahirlah Teori Graviti.

“Maksudnya, kuasa tarikan bumi,” suara lantang Cikgu Faridah di muka kelas masihterngiang-ngiang di cuping telinganya. Gegendang telinga itu sudah amat bosan mendengarkanbutiran yang sama terus-terusan diucapkan.

Kegelisahan diriku mencairkan kesabaran sang guru lalu terlarik segera soalan: Aqil, cubaawak kaitkan Teori Graviti dengan alam sejagat.”

Nama sebenar murid lelaki yang bernama Aiman itu ialah Aiman Aqil. Dia bangga akannama itu, nama yang diberikan sebaik-baik sahaja rengekan pertama memecah kesunyian di bilikbersalin. Pada ketika itu, Sang Suria memuncaki ubun-ubun.

Betapa tak bangganya? Aiman bermaksud insan yang beriman. Aduh, terukir senyumanlebar menabiri wajahnya! Aqil pula bermakna yang berakal. Insan dianugerahi akal untukberfikir secara rasional dan matang. Kebanggaannya kian menguntum dan terkelopak kembangmawar mewangi menyentuhi deria penghiduan

i. Berdasarkan petikan, nyatakan cara Teori Graviti dilahirkan? [2 markah]

- Newton takjub melihat sebiji epal gugur lalu jatuh tepat di bumi- Idea tercetus, fikiran terlarik, pendapat terukir, sehingga akhirnya lahirlah Teori Graviti.

ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempelajari Sains? [3 markah]

- Sains dapat mencipta ubat/peralatan untuk mencegah dan mengubati penyakit- Sains memudahkan manusia berkomunikasi dan memindahkan maklumat dengan cepat- Sains menjadikan sesebuah negara maju

MODUL PRIGEL KOMSAS

108

iii. Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain daripadakeseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

Persoalan daripada petikan [2 markah]

- Persoalan pengorbanan seorang guru terhadap anak murid.

Cikgu Faridah mengajar Aiman Aqil dan murid-murid yang lain subjek Sainsdengan bersungguh-sungguh.

Persoalan daripada keseluruhan cerpen [2 markah]

- Persoalan adab menuntut ilmu

Aiman Aqil selalu tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu Faridahmenyebabkan Cikgu Faridah hilang kesabarannya.

- Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya

Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan suaminya yang sering merotanAiman kerana perilaku Aiman sering berkontradiksi dan berkontras denganwatak babahnya.

MODUL PRIGEL KOMSAS

109

Praktis 2

Seisi kelas terdiam dan terpegun. Saat begini memberi ruang kepadanya kepadanyauntuk menguliti diri. Betapa tidak, Aiman sedar bahawa dirinya lain daripada yang lain. Diatiga beradik. Dia yang sulung. Dua lagi adik-beradiknya perempuan. Adiknya yang tengahdinamai Fadilah Fatnin. Yang bongsu pula Azilah Atiqah. Kedua-dua orang adiknya itu mudahdibentuk. Dia pula selalu memberontak dan marah-marah kepada suasana sekitarnya.

“Ah, tambah, kurang, darab dan bahagi yang mudah itu pun tak boleh jawab!” Aimanmengetis sindiran kepada adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah.

“Babah, tengok abang ni, ganggu kami nak buat kerja rumah,” yang tengah selalu marah-marah terhadap sikap abangnya. Usianya muda dua tahun daripada si abang.

Dulu-dulu ketika di sekolah rendah, Aiman selalu ponteng sekolah. “Bosan dan jelak,”tingkahnya kepada babah dan ibu.

“Mengapa bosan dan jelak,” tanya babah. Ibu mengerling tajam, marah akan perilaku sianak yang selalu berkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya.

“Heh, kan Aqil ni budak genius, budak cerdik dan pintar! Aqil dan cipta formula sendiri.Biarpun baru berusia lapan tahun, baru belajar tahun dua tahap satu, Aqil mampu menyelesaikanmasalah matematik Tingkatan Lima,” kata murid pintar itu membela diri.

Dia mundar-mandir di dalam kelas. “Apalah kau ni Chee Keong, masalah mudah itu punkau tak dapat buat.” Hujung-hujung cakapnya berbunga sindiran di sebalik dedaun kemaafan.

i. Berdasarkan petikan, berikan perbezaan Aiman Aqil dengan adik-beradiknya.[2 markah]

- Aiman selalu memberontak dan marah-marah kepada suasana sekitarnya.- Adik-beradiknya mudah dibentuk.

ii. Aiman Aqil selalu ponteng sekolah kerana bosan dengan pembelajaran di kelas.

Sekiranya anda bapa Aiman, apakah yang akan anda lakukan untuk menangani masalahketidakhadiran Aiman ke sekolah? [3 markah]

- memindahkan Aiman ke sekolah yang sesuai dengan tahap IQnya/ Sekolah PermataPintar

- membawa Aiman berjumpa dengan kaunselor.- mendaftarkan Aiman mengikuti Kem Jati Diri / Program Minda Sihat

MODUL PRIGEL KOMSAS

110

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat laindaripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

Latar masyarakat daripada petikan [2 markah]

- Masyarakat yang terlalu bijakCth : Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah Matematik Tingkatan Lima

walaupun berusia lapan tahun

- Masyarakat yang sombong/memandang rendah terhadap orang lainCth : Aiman menyindir Chee Keong yang tidak dapat menjawab soalan matematik

yang mudah.

Latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen [2 markah]- Masyarakat yang terlalu meminati bidang sains angkasa

Cth : Aiman Aqil sangat berminat dengan aeroangkasa. Dia membayangkan dirinyamendapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa dan berangan-anganmenjejakkan kaki ke bulan.

- Masyarakat yang menghormati guruAiman Aqil membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknyadan serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya.

Praktis 3

Dia terus terapung-apung di udarakasa bulan tanpa udara. pakaian angkasa lepas yangserba putih dan lengkap itu membekalinya oksigen. Di kiri dan kanannya kelihatan padang pasiryang luas terhampar persis Sahara keadaannya. “Ah, macam bumi juga!” Aiman mendengus.Kawah besar, lurah dalam dan melebar, dataran terhampar dan gunung-ganang – semuanya adadan wujud.

Eh, tengok di sana itu! Gelap betul. Tidak nampak apa-apa. Oh, barangkali inilah yangdikatakan ‘lautan’! Penamaan yang pelik dan ganjil. Ada unsur sinisnya. Kerana: Kajiansaintifik membuktikan bahawa air tidak wujud di planet bulan.

Tidak ada udara. Tidak ada air. Bagaimanakah umat bumi hendak dipindahkan ke bulan?Sesuatu yang mustahil. Sesiapa pun tidak dapat wujud di sini. Sekali lagi dia kaget. Kawahbesar ternganga tidak jauh daripada situasi keterapungannya.

Cuaca cukup membahang panas. Dia merasakan bahangnya umpama sudah mencecahangka 150 darjah Celcius; amat panas, kepanasan tahap tinggi.Suara itu datang lagi biarpun dia berusaha untuk menepisnya beberapa kali. Suara halus yangmendesah di tengah-tengah keterasingan diri itu menghamparkan keinsafan yang benar-benarmemilukan. Dirinya semacam terpenjara ratusan tahun lamanya. Dia mahu berangkat pulangdengan segera ke planet bumi.

MODUL PRIGEL KOMSAS

111

i. Nyatakan gambaran suasana di bulan mengikut bayangan Aiman. [2 markah]

- Kelihatan padang pasir yang luas terhampar- Kawah besar, lurah dalam dan melebar, dataran terhampar dan gunung-ganang- Gelap betul dan tidak nampak apa-apa- Tidak ada udara dan air

ii. Penerokaan angkasa lepas telah membuka banyak ruang kepada manusia untukmemperkembangkan sains dan teknologi sejagat.

Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat menarik minat masyarakat terhadap bidangpenerokaan angkasa lepas? [3 markah]

- Dorongan ibu bapa dalam bidang angkasa lepas- Pendedahan media massa tentang angkasa lepas- Menubuhkan kelab-kelab penerbangan- Kerajaan menganjurkan pameran aeroangkasa dengan lebih kerap di seluruh negara- Ceramah/kempen/motivasi berkaitan dengan angkasa lepas

iii. Huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan dan satu latar tempat lain daripadakeseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

Latar tempat daripada petikan- Bulan

Cth : Aiman Aqil berfantasi menjadi seorang angkasawan yang berjaya pergi kebulan.

-Latar tempat daripada keseluruhan cerpen- Kelas

Cth : Aiman Aqil sedang bersoal jawab dengan Cikgu Faridah tentang Teori Gravitidan kaitannya dengan alam sejagat.

- Rumah keluarga AimanCth : Aiman Aqil mengganggu adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah

dengan menyindir mereka kerana tidak dapat menjawab soalan matematik

MODUL PRIGEL KOMSAS

112

Praktis 4

Spontan, dia mengambil kesempatan itu untuk mewujudkan suasana halusinasi futuristikyang penuh cabaran, disaluti persaingan kompetitif yang menyengat hebat.

Betapa tidak; dia membayangkan dirinya sudah lulus pengajian tinggi, dapat ijazahpertama dalam bidang aeroangkasa. Takah usia dianjakkan lebih sedekad ke hadapan. Sebatangpohon nyiur dara di penjuru banglonya, sudah sekian lama menjadi idamannya.

Jangan jadi Mat Jenin sudahlah! Biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Jadi, akuterpaksa memasang angan-angan dengan jangkauan fantasi tanpa tebing tepinya, akan tetapi akutidak mahu berlagak seperti Si Luncai. Pijakanku sungguh kuat, cengkamanku cukup berat.

Dia lantas berpaut pada pelepah-pelepah pucuk kelapa yang masih lembut kerana masihmuda tetapi Aiman tidak peduli. Dia menarik pelepah dan pucuk muda itu sekuat-kuatnya.

Pinggulnya terus menjadi kubu persinggahan hentaman rotan babahnya. Si ibu mahumelawan dan memprotes tindakan babahnya, tetapi suara bantahan itu tidak keluar daripadamulutnya. Jeritan kemarahan kepada suaminya hanya bergema dalam sanubari.

Keterujaan Aiman terus melonjak. Pentas halusinasinya terus mekar dan segar. Usianyadianjakkan dua tahun lagi, memberi ruang kepadanya mengikuti latihan intensif di bawahprogram aeroangkasa bersama dengan pihak Rusia.

Pucuk nyiur berbalam-balam di pelupuk pandangan. Latihan dan ujian memantapkan dirihendak berlepas ke ruang angkasa pula segera mengambil ruang. Akhirnya, balaman pohonkelapa dara terus ternyah daripada pandangan.

i. Berdasarkan petikan, nyatakan gambaran suasana halusinasi futuristik Aiman Aqil.[2 markah]

- Membayangkan dirinya sudah lulus pengajian tinggi- Dapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa- Usianya dianjakkan lebih sedekad ke hadapan / usianya dianjakkan dua tahun lagi- Mengikuti latihan intensif di bawah program aeroangkasa bersama dengan pihak Rusia- Latihan dan ujian memantapkan diri hendak berlepas ke ruang angkasa pula segera

mengambil ruang

ii. Kehidupan seseorang akan menjadi jauh lebih baik jika orang itu mempunyai impian ataucita-cita.

Pada pendapat anda, mengapakan kita perlu mempunyai impian atau cita-cita? [3 markah]

- Memberi kita harapan /semangat untuk berjaya- Membuat kita peka terhadap hala tuju hidup- Membuat kita fokus pada apa yang hendak dilakukan- Membantu kita menghindari gejala negatif

MODUL PRIGEL KOMSAS

113

iii. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain daripada keseluruhancerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

Nilai daripada petikan- Kasih sayang

Cth : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan bapanya yang sering merotannyatetapi terpaksa memprotes dalam hati sahaja

- KetegasanCth : Bapa Aiman mengambil tindakan tegas dengan merotan Aiman atas

kesalahannya yang membuat onar di dalam kelas.-

Nilai daripada keseluruhan cerpen- Kebijaksanaan

Cth : Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah Matematik Tingkatan Limawalaupun berusia lapan tahun.

- Hormat-menghormatiCth : Aiman Aqil membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya

dan serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya.

Praktis 5

Paul Broca, pakar anatomi dan pakar antropologi berbangsa Perancis. Kucintai penemuantahun 1861 itu, fungsi otak manusia bergantung pada bahagian yang membina otak itu sendiri.

Bronca memeriksa pesakit gagap melalui pendekatan rawatan khusus dan terapi. Perkarayang lebih penting, layanan mesra berpaksikan pendekatan humanis melalui teknologi perlakuandan sahsiah rupa diri. Dia hanya dapat mengucapkan satu suku kata, biarpun dia faham penuhakan pertuturan yang dilafazkan. Akhirnya, dia fasih berbicara.

Keadaan diriku lebih baik, fikir Aiman. Situasi pertuturanku tidak segagap itu. Aku dapatbertutur, biarpun mulutku ternganga lebar dahulu sebelum lahir diksi yang berisi. Babahbarangkali tidak tahu akan penemuan Broca. Babah lebih dekat pada kejuruteraan mekanikal.Ibu juga saintis, tetapi lebih kepada bidang geologi.

Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dia dalam keterasingan diplanet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya agar lebih mendekatkandiri kepada Ilahi. Jangan kaubinasakan habitan semula jadi di planet bumi. Salahnya barangkali,dia menganggap pucuk kelapa muda sebagai kapal Soyus, yang menghantuinya sekian lama.Aiman tidak perlu akan latihan yang intensif dan istimewa itu, babah; tidak perlu akan latihanterapi itu, ibu. Aiman akan mengusahakannya sendiri.

Aiman mendongak ke langit. Sisik-sisik awan berarak tenang, seteduh air kolam sewaktumalam jernih. Sang suria terus setia memancarkan cahayanya. Sayup-sayup kedengaran muzikberalun, lembut dan penuh bermakna, semacam mengubati kelukaan hatinya ketika menjengukke lereng cerun bukit di hadapannya. Jauh-jauh di sudut hati, dia memanjatkan doa dan harapanke hadrat Ilahi!

MODUL PRIGEL KOMSAS

114

i. Berdasarkan petikan, mengapakah Aiman menganggap keadaan dirinya lebih baik daripadapesakit Paul Broca yang gagap? [2 markah]

- Pertuturan Aiman tidak segagap pesakit Paul Broca- Aiman dapat bertutur biarpun mulutnya ternganga lebar dahulu sebelum mengeluarkan

kata-kata.

ii. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang pesakit gagap perlu menjalanilatihan intensif dan terapi di hospital? [3 markah]

- Mencepatkan proses pemulihan rawatan percakapan- Menambahkan keyakinan diri untuk berkomunikasi- Latihan dikendalikan oleh pakar fisioterapi yang mahir dan berpengalaman.

iii. Huraikan satu perwatakan Aiman Aqil yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakanlain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

Perwatakan daripada petikan- Seorang yang bersyukur atas kelebihan dirinya.

Cth : Aiman tetap bersyukur kerana pertuturannya yang gagap lebih baik daripadapesakit Paul Bronca.

- Seorang yang insaf akan kesilapan.Cth : Aiman sedar akan kesilapannya yang suka berhalusinasi dengan memanjatkan

doa dan harapan ke hadrat Ilahi!

Perwatakan daripada keseluruhan cerpen- Seorang murid genius

Cth : Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah Matematik pelajar TingkatanLima pada usia lapan tahun.

- Seorang yang bercita-cita tinggiCth : Aiman Aqil menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang angkasawan

yang berjaya seperti Neil Armstrong.

MODUL PRIGEL KOMSAS

115

CERPEN GERHANA MANUSIA

Praktis 1

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yangberikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Alat sokongan hayat mengepam, menggelembungkan alveolus paru-paru. Mataterpejam rapat. Tubuh tua lelaki pemuja nafsu itu berkulit hitam berkedut seribu. Najis lendirberdarah - teramat busuk bertakung di punggung.

“Bank darah sudah kering.”“Dia Tuan Besar. Hebahkan ke media. Mustahil kalau tiada orang yang mahu menderma

darah.”“Perlukah berbuat begitu, Doktor Murni?” Hujung getah sedutan kucecahkan ke hujung

bibir pesakit yang koma itu. Lendir liur berdarah-busuk amat, berpintal-pintal masuk ke dalambotol tadahan kumuh sudah dibuang untuk kali ketiga dalam sehari.

Aku menjeling. Aku cuba tersenyum walaupun hati terasa pedih. Biar Tuan Besar Musaitu mati; lebih bermanfaat kepada yang hidup. “Dia sudah tidak boleh diselamatkan. Dia diambang sakaratulmaut. Syahadah, Yasin lebih diperlukan. Kenapa tak ada waris yang datangmenjenguknya?”

“Profesor Doktor Juaidi mahu dia hidup.”“Untuk membela atau membuang kemanusiaan?”

Wad Unit Rawatan Rapi dilimpahi cahaya kalimantang. Kilau kilatnya gagal memadamkanamarah hati. “Doktor Murni, semalam 50 pek darah masuk ke tubuhnya, 50 pek darah jugayang keluar. Hari ini dia mahu diberi darah lagi? Prognosisnya terlalu tipis.”

i Mengapakah Aku mengatakan bahawa Tuan Besar Musa itu berada di ambangsakaratulmaut?(2 markah)

- Sudah tidak boleh diselamatkan lagi- Hampir mati / di ambang maut

ii “Dia Tuan Besar. Hebahkan ke media. Mustahil kalau tiada orang yang mahu mendermadarah.”

Pada pendapat anda, apakah kebaikan amalan menderma darah?(3 markah)

- Memperbaharui sel darah merah- Membakar kalori- Mengurangkan risiko sakit jantung- Menyelamatkan nyawa pesakit

MODUL PRIGEL KOMSAS

116

iii Jelaskan satu perwatakan watak Aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagiperwatakannya yang terdapat pada keseluruhan cerpen. (4 markah)

- Seorang yang pekerja bertanggungjawab- Contohnya, aku seorang jururawat yangbertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya menjaga dan merawat pesakit yangkoma.

Keseluruhan cerita:- Seorang yang penyayang – Contohnya, Nusia sayang akan nyawa pesakit di wad Unit

Rawatan Rapi yang diabaikan oleh Profesor Doktor Juaidi dan sanggup mengambilbekalan darah untuk menyelamatkan nyawa pesakit tersebut.

- Seorang yang berani – Contoh, Nusia berani bertindak mengambil bekalan darah yangdikhaskan kepada Tuan Besar Musa oleh Profesor Doktor Juaidi dan sanggupmenghadapi risiko dimarahi oleh beliau.

- Seorang yang rasional - Contohnya, Nusia berpendapat bahawa bekalan darah yang adadiberikan kepada pesakirt lain yang lebih memerlukan dan berpotensi untuk sembuhberbanding dengan Tuan Besar Musa yang sudah tidak menunjukkan tanda-tanda akansembuh kerana kondisinya yang sudah tidak menerima bekalan darah yang dimasukkanke dalam tubuhnya.

Praktis 2

“Darah dan manusia itu, berbezakah nilainya? Kalau harganya pangkat dan darjat,padamkan saja istilah kemanusiaan dalam hati. Untuk apa kalau semuanya boleh dibeli?”“Nusia!”

Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Murni melantun ke dinding pejal wad UnitRawatan Rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma. Al-Hafiz masih terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tarkeras, tidak pernah pun dijengkuk Profesor Doktor Juaidi.

Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gadis malang yang dibelasahhingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin cair sel darah merahdi tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah?

“Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil. Solehah. “Titis airmataku gugur di hujung jari Solehah. “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapitidak diberikan. Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakaritu…,” sebak menyendat di dadanya.

“Dapatkah 10 pek darah sekarang!” Arah Profesor Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapisuara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang.“Dapatkan di hospital lain; segera.”

MODUL PRIGEL KOMSAS

117

i. Bagaimanakah keadaan pesakit yang bernama Solehah menurut Aku? (2 markah)

- Sakit tenat kerana pundi janinnya pecah di ovari- Koma- Memerlukan tiga pek darah / kekurangan darah

ii. “Dapatkah 10 pek darah sekarang!” Arah Profesor Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapisuara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yangkontang.”

Masalah kekurangan bekalan darah di hospital adalah disebabkan sikap masyarakat yangenggan menderma darah. Pada pendapat anda, apakah punca sesetengah masyarakat tidakmenderma darah?

(3 markah)

- Kerana takut pada jarum- Kerana kurang kesedaran /pengetahuan akan kebaikan menderma darah- Kerana mengalamai masalah kurang darah dalam badan- Kerana penderma mempunyai had usia untuk menderma darah- Kerana menghidap penyakit kronik

iii. Jelaskan satu perwatakan watak Aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagiperwatakannya yang terdapat pada keseluruhan cerpen. (4 markah)

-

Dalam petikan:

Seorang yang penyayang – Contohnya, dia sangat sayang akan nyawa pesakit yangamat memerlukan darah sehingga menangis apabila melihat Solehah yang sangat kritikaldan memerlukan bekalan darah dengan segera.

-

-

-

Contoh lain dalam keseluruhan petikan;

Seorang yang yang optimis - Aku berpendapat bahawa bayi yang diselamatkanmungkin bakal Perdana MenteriSeorang yang berdedikasi – Aku sentiasa menjalankan tugasnya sebagai jururawat diUnit Rawatan Rapi dengan penuh dedikasi.Seorang yang berani - Aku berani mengambil risiko dimarahi oleh Profesor DoktorJuaidi apabila mengambil bekalan darah yang dikhaskan untuk Tuan Besar Musa untukdiberikan kepada pesakit lain.

MODUL PRIGEL KOMSAS

118

Praktis 3

“Awak tahu siapa Tuan Besar Musa itu? Korporat, teknokrat yang banyakmenyumbangkan dana kepada kelab elit kita. Kita tak mahu dia mati. Dia dermawan yangprihatin. Kita begitu terhutang budi kepadanya. Makan malam tahunan kita yang beratus-ratusribu itu ditaja olehnya.”

Tekanan darah Solehah semakin rendah. Jeritku menyapa kuping Profesor Doktor Juaidi.Dia menoleh.

“Berikan gelafundin,” arahnya acuh tak acuh.“Dia memerlukan darah.” Hatiku pilu tiba-tiba.“Kandungan gelafundin itu seakan-akan darah.” Mata bulat berkening lebat doktor tua

itu terjegil. “Paling tidak pun dapat meningkatkan tekanan darah. Sekurang-kurangnya diatidak mati untuk hari ini.”

Aku tersentap. Tidak terdaya kuangkat muka menentang suara yang menyakitkan hatikuitu. Manusiakah dia?

“Kenapa tidak diberi darah yang tulen? Darah daripada Allah untuk manusia. Itu hakdia.” Terhidu amrahnya, suara kulontar dengan selembut yang boleh walaupun hatiku ketarapedih.

“Bank darah sudah kontang. Faham?”“Siapakah perempuan yang sedang koma itu? Bandingkan dengan Tuan Besar Musa.

Cari kepentingan mereka. Siapakah yang lebih memerlukan darah?”

i. Mengapakah Profesor Doktor Juaidi mahu menyelamatkan Tuan Besar Musa?(2 markah)

- Kerana menurut beliau, Tuan Besar Musa ialah teknokrat yang telah banyakmenyumbang dana pada kelab elit mereka

- Kerana beliau seorang dermawan yang prihatin- Mereka terhutang budi dengannya kerana Tuan Besar Musa telah menyumbangkan

beratus- ratus ribu pada makan malam tahunan mereka- Seorang yang berkepentingan berbanding dengan pesakit yang lain

ii. Pelbagai penyakit kronik mengancam nyawa manusia. Pada hemat anda, apakah yang wajardilakukan untuk mengelakkan kita terhindar daripada penyakit kronik? (3 markah)

- Selalu melakukan pemeriksaan kesihatan- Mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan kerap melakukan senaman- Menjaga pemakanan / mengamalkan pemakanan yang seimbang- Cakna akan pelbagai penyakit kronik / mencari maklumat penyakit kronik agar kita

dapat mencegahnya sebelum parah

MODUL PRIGEL KOMSAS

119

iii. Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi persoalan yangterdapat pada keseluruhan cerpen. (4 markah)

-Dalam petikan;Persoalan tentang peengabaian nilai kemanusiaan akibat ganjaran material – cth;Profesor Doktor Juaidi bersungguh-sungguh merawat Tuan Besar Musa kerana beliauialah penyumbang dana pada kelab elit hospital mereka.

-

-

Keseluruhan cerpen ;Persoalan tentang tanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan sesuatu tugas –cth ;Doktor Murni dan Nusia yang menjalankan tugas mereka dengan baik untuk merawatsemua pesakit di Unit Rawatan Rapi.Persoalan tentang ketabahan pesakit dalam menghadapi penyakit kronik yang dihidapi-cth: Solehah, Al-Hafiz dan bayi yang tabah menghadapi penyakit mereka di UnitRawatan Rapi

Praktis 4.

“Setengah pek darah sahaja yang diperlukan untuk menghidupkan bayi itu. Mustahilsangatkah? Tidak mustahil dia bakal Perdana Menteri. Firasat itu umpama mimpi barangkali,dia tidak perlu dihidupkan.”

Doktor muda itu tunduk. Peratusan oksigen di mesin sokongan hayat ditingkatkan. Akumenjeling ke tubuh al-Hafiz. Tulang selangka yang remuk, salur darah di ruang foraks,memancut bagai paip bocor.

Di katil nombor empat, gadis malang, kaku dalam selimut merah jambu. Otak yangberdarah, hentaman beroti, anak mata yang membulat penuh, saat kematiannya begitu hampir.Penganiaya telah memberikannya tiket ke jannah.

Kutinggalkan dinding pejal Unit Rawatan Rapi.“Hanya lima pek darah untuk empat orang yang sedang koma. Prognosis yang baik,

kalau awak tidak melepaskan pek-pek darah ini, awak jadi pembunuh.”“Tapi darah ini untuk Tuan Besar Musa.” Juruteknik makmal darah berwajah kelat.

Anak mataku bulat penuh. “Hanya ardenalina, dopamin dan atropina yang merangsangdenyutan jantungnya. Tiada tanda-tanda hayat. Dia sudah mati.”

“Tandatangan Profesor Doktor Juaidi ini bagaimana?”“Saya rela menerima herdiknya.”

MODUL PRIGEL KOMSAS

120

i. Jelaskan keadaan pesakit di katil nombor empat. (2 markah)

- Seorang gadis yang kaku dalam selimut merah jambu /koma- Otaknya berdarah kerana hentaman beroti- Anak matanya membulat penuh- Hampir mati

ii. Pada pendapat anda, wajarkah Aku mengambil bekalan darah yang sepatutnya diberikankepada Tuan Besar Musa untuk diberikan kepada pesakit yang lain? Berikan alasan anda.

(3 markah)

- Wajar- Kerana pesakit lain menunjukkan keberangkalian akan hidup berbanding dengan Tuan

Besar Musa yang sudah tidak menunjukkan tanda-tanda akan hidup/ ada hayat- Kerana pesakit lain lebih memerlukan kerana badan Tuan Besar Musa sudah tidak dapat

menerima /menolak bekalan darah yang disalurkan ke dalam badannya dan ini hanyamembazir bekalan darah yang semakin kritikal

- Tidak wajar- Kerana setiap pesakit berhak untuk mendapatkan rawatan yang saksama/ adil / sama- Kerana ajal maut seseorang ditentukan oleh Tuhan- Kerana Tuan Besar Musa mungkin mempunyai peluang untuk sembuh- Kerana tindakan jururawat itu adalah tidak amanah dan bertangggungjawab dan boleh

dikenakan tindakan

iii. Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi nilai lain yangterdapat pada keseluruhan cerpen.

(4 markah)

-

-

Dalam petikan:Nilai keberanian - Cth: Aku berani mengambil bekalan darah yang dikhaskan untukTuan Besar Musa dan sanggup menerima herdik Profesor Doktor Juaidi demimenyelamatkan pesakit lain yang sedang koma yang dianggapnya mempunyai peluanguntuk hidup.Nilai keadilan- Cth; Aku seorang yang adil kerana inginkan pembahagian darah kepadapesakit yang memerlukan.

-

-

Keseluruhan cerpen:Nilai bertanggungjawab - Nusia dan Doktor Murni bertanggungjawab merawat danmenjaga pesakit-pesakit mereka di Unit Rawatan Rapi.Nilai kasih sayang – Nusia amat sayang akan nyawa pesakit-pesakit di Unit RawatanRapi yang amat memerlukan bekalan darah.

MODUL PRIGEL KOMSAS

121

Praktis 5.

Tegang muka Profesor Doktor Juaidi, 300 botol kecil adrenalina tinggal kosong. Stokpenyimpan atropina kehabisan. Dua puluh botol gelafundin kosong tergolek di dalam tongsampah. Dua jam lalu pesakit koma di Unit Rawatan Rapi ditinggalkan.

Masya-Allah, betapa agungnya tubuh Tuan Besar Musa.“Dia sepatutnya tidak mati sebelum acara jamuan tahunan. Kelab akan kehilangan

RM100 ribu. Huh!” Profesor Doktor Juaidi terhenyak di kerusi. Tajam mata liar garangnyamenangkap wajah lembut Doktor Murni. “Tulis laporan kematian Tuan Besar Musa. Ke manaperginya lima pek darah yang saya tahu ada di bank darah pagi tadi?” Suaranya memetir.

“Prof.”Tidak percaya aku, Doktor Murni boleh tersenyum semanis itu. “Ini surat perletakan jawatansaya. Tidak cukup menjadi doktor manusia, saya mahu menjadi doktor kemanusiaan juga.Kalau tiada di hospital ini, saya yakin ada di hospital lain.”Profesor Doktor Juaidi ternganga.

Doktor Murni berlari menggapai tanganku. “Nusia, kita ke bank darah. Dua pek darahdaripada awak, dua pek darah daripada saya, mampu menghidupkan semua yang koma dalamUnit Rawatan Rapi kecuali Profesor Doktor Juaidi.”

i Mengapakah Doktor Murni memberikan surat perletakan jawatannya? (2 markah)

- Kerana dia bukan sahaja mahu menjadi doktor yang merawat manusia tetapi juga doktoryang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan

- Kerana dia yakin bahawa dia masih boleh menjadi doktor yang mempunyai nilaikemanusiaan di hospital lain

ii. Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Profesor Doktor Junaidi yang lebih mementingkannyawa Tuan Besar Musa berbanding dengan pesakit-pesakit yang lain? Berikan alasan anda.

(3 markah)

- Tidak wajar- Kerana beliau tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang doktor

yang patut merawat semua pesakit secara adil dan saksama.- Kerana beliau mementingkan darjat dan pangkat seseorang dalam menjalankan tugas- Kerana beliau seorang yang tamak dan hanya memikirkan sumbangan dana Tuan Besar

Musa- Kerana nyawa semua pesakit adalah sama penting

- Wajar- Kerana beliau telah banyak memberikan sumbangan dana pada kelab elit di hospital

tempat Profesor Doktor Junaidi bertugas- Kerana nyawa Tuan Besar Musa berada dalam keadaan yang genting- Kerana beliau ialah orang yang penting dan berkedudukan

MODUL PRIGEL KOMSAS

122

iii. Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi pengajaranlain yang terdapat pada keseluruhan cerpen.

(4 markah)

-

-

Dalam petikan :Kita haruslah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab –Cth; Doktor Murni dan Nusia berusaha untuk mendapatkan bekalan darah untukpesakit mereka yang sangat memerlukan.Kita haruslah sayang akan nyawa – Cth; Doktor Murni dan Nusia berusahamendapatkan bekalan darah untuk pesakit yang kritikal kerana mereka sayang akannyawa mereka.

-

-

-

Keseluruhan petikan:Kita haruslah berani membuat tindakan yang betul - Cth; Nusia berani mengambilbekalan darah yang dikhaskan oleh Profesor Doktor Juaidi kepada Tuan Besar Musakerana pesakit lain juga memerlukannya.\Kita haruslah menjaga kesihatan diri agar terhindar daripada penyakit kronik – Cth;Tuan Besar Musa suka minum minuman keras sehingga memudaratkan dirinya.Kita haruslah simpati akan penderitaan orang lain – Cthnya; Nusia dan Doktor Murniyang simpati akan keadaan pesakit mereka di Unit Rawatan Rapi yang kritikal keranabekalan darah yang tidak mencukupi lantaran digunakan oleh Profesor Doktor Juaidiuntuk pesakit istimewanya.

MODUL PRIGEL KOMSAS

123

MODUL PRIGEL KOMSAS

124

DRAMA BUKAN GILAKarya Sharry Sharif

SINOPSIS

ADEGAN I

Drama ini mengisahkan Azmir yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan kurang siuman.Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan membayangkan kehadiran Ani, bapa danPak Haji serta berdialog dengan mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaanprinsip yang menjadi pegangan Azmir.

ADEGAN II

Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-siar dariwad pesakit jiwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi jauh, hanya dikawasan wad sahaja.

ADEGAN III

Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga orangpelakon. Setiap watak menyatakan prinsip hidup yang berbeza tentang dunia (dunia ialah kuasa,wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat bahawa yang penting ialahsistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukansegala-galanya. Dialog mereka berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan ataurealiti. Azmir berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dankemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering melaungkesakitan pada kepalanya. Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada Azmir benar-benarsakit atau hanya lakonan.

Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga hari tidakpulang-pulang.

ADEGAN IV

Arif, Pelakon I, Pelakon II dan Pelakon III telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka inginmendapatkan maklumat tentang latar belakang Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan kisah Azmiryang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berkelakuan aneh apabila berada dalamtingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti. Dia juga menggunakan namaW.A. Domski dan bercakap dalam bahasa Indonesia. Rakan Azmir pula mempunyai persepsiyang berbeza tentang diri Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasihsayang dan sokongan daripada kedua-dua ibu bapanya. Pelakon II pula berpendapat Azmirsedang menanggung kesakitan yang berat. Arif pula berpendapat mereka perlu membantu Azmirkerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan.

MODUL PRIGEL KOMSAS

125

ADEGAN V

Azmir bermonolog tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga bermonologtentang suka duka kehidupannya. Manusia sering tertipu dengan keindahan dunia tanpapertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendirian dan menilai cintadalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan

ADEGAN VI

Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amatmengejutkan dan dikaitkan berpunca daripada penyakit barah otak yang dialaminya. Animenyesal kerana meninggalkan Azmir.

PEMIKIRAN

Ketabahan seorang anak muda yang terpaksa melawan penyakitnya bersendirian – Azmirtabah dalam melawan penyakit barah yang dihidapinya tanpa diketahui oleh sesiapa sehinggalahdia meninggal dunia. Dia dianggap gila oleh ibu bapanya, kekasih, doktor dan masyarakat disekitarnya kerana perlakuannya yang sering menghantuk-hantukkan kepalanya ke lantai atau kedinding sehingga berdarah.

PERSOALAN

1. Persoalan perbezaan pemikiran dan tindakan menyebabkan seseorang itu dianggapjanggal oleh masyarakat sekeliling.

Cth : Azmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang hidup(cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup) berbanding orang lain.

2. Persoalan dunia ini ibarat pentas lakonan.

Cth : Dalam kehidupan di dunia ini, manusia ialah pelakonnya yang membawa pelbagaiwatak.

3. Kepentingan cinta dan kasih sayang.

Cth : Azmir memerlukan orang-orang yang disayanginya seperti kekasih dan ibu bapanyauntuk menempuh kesakitan yang dialaminya.

4. Persoalan sokongan daripada ahli keluarga terdekat boleh memberi kekuatan dalammenghadapi cabaran hidup.

Cth : Azmir menanggung cabaran hidup tanpa sokongan ibu bapa dan kekasih hati.

5. Persoalan keprihatinan dalam diri setiap insan.

Cth : Arif, Pelakon I, II dan III berkunjung ke rumah Azmir lalu berjumpa dengan ibubapa Azmir untuk mengetahui latar belakang hidup Azmir.

MODUL PRIGEL KOMSAS

126

PLOT

1. Permulaan/EksposisiDrama ini mengisahkan watak utama, iaitu Azmir berada di wad pesakit jiwa di HospitalBesar seorang diri dan berada dalam keadaan berhalusinasi.

2. PerkembanganAzmir yang berhalusinasi akan kehadiran kekasihnya, Ani. Ani telah meninggalkan Azmirkerana telah dianggap kurang siuman. Azmir memohon Ani supaya membawanya keluardari wad. Selepas itu, Azmir berhalusinasi akan kehadiran bapanya pula. Kedatanganbapanya telah menimbulkan pertelingkahan antara Azmir dengan bapanya. Azmir menuduhbapanya tidak menyayanginya lagi. Kemudian Azmir menerima kedatangan Pak Haji yangtelah mempertikaikan namanya. Azmir tidak berpuas hati akan sikap manusia yang tidakbertindak seperti yang dikatakan oleh mereka. Doktor telah memberikan keizinan kepadaAzmir untuk bersiar-siar di luar wad. Arif yang merupakan pengarah drama Sasau inginmemantapkan kefahaman pelakon-pelakonnya tentang tajuk drama mereka. KetibaanAzmir secara tiba-tiba di situ telah mempertikaikan dialog drama Sasau yangmengagungkan kekuasaan. Pada pendapat Azmir, sistem yang terbaik ialah sistemprorakyat, iaitu sistem yang dapat mengawal wang serta mengawal kuasa dan juga dapatmengawal manusia.

3. KlimaksSecara tiba-tiba Azmir bertindak di luar dugaan kewarasan manusia. Dia telah menghantukkepalanya ke lantai sehingga kepalanya berdarah. Kemudian Azmir berguling-guling dilantai. Arif dan pelakon-pelakon lain membantu Azmir. Doktor datang lalu membawaAzmir ke wadnya semula. Arif yang prihatin terhadap penderitaan Azmir telah memintadoktor supaya membantu Azmir namun doktor menyatakan bahawa orang gilasememangnya bijak ketika menuturkan kata-kata.

4. PeleraianArif dan pelakon-pelakon lain telah mengunjungi rumah ibu bapa Azmir bagi tujuan untukmenjelaskan kepada ibu bapanya bahawa Azmir bukan gila tetapi menderita. Pelakon Imemohon ibu dan bapa Azmir agar memberikan perhatian dan kasih sayang terhadapAzmir. Di wad pesakit jiwa, Azmir mengenang kenangan lalu antaranya dengan Ani.Akhirnya, keadaan Azmir semakin lemah dan dia jatuh ke lantai lalu meninggal dunia. Padasuatu ketika, Ani sedang membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad.Apabila mengetahui punca kematian Azmir akibat barah otak yang dihidapinya, Ani berasakesal kerana bertindak meninggalkan Azmir bersendirian.

MODUL PRIGEL KOMSAS

127

TEKNIK PLOT / PENCERITAAN

1. DialogDialog antara Azmir dengan bapanya.

2. Imbas kembaliBapa Azmir teringat akan waktu penyakit gila-gila Azmir berlaku.

3. MonologAzmir bercakap seorang diri di wad pesakit jiwa.

4. SaspensTeknik ini menimbulkan tanda tanya pembaca akan kesudahan percintaan Azmir denganAni.

WATAK DAN PERWATAKAN

Azmir1. Seorang yang tabah

Cth : Azmir tabah menghadapi penderitaan penyakit barah otak tanpa pengetahuan oranglain sehinggalah dia meninggal dunia.

2. Seorang yang penyayangCth : Azmir menghargai ibu bapanya yang telah melahirkan dan membesarkannya.

3. Seorang yang setiaCth : Azmir begitu setia kepada Ani yang merupakan kekasihnya.

4. Seorang yang teguh pendirianCth : Azmir seorang yang teguh pendirian ketika berdialog dengan Pak Haji apabila Pak

Haji mulai meragui dirinya sebagai orang Melayu. Azmir juga menyatakan bahawadia tidak percaya kepada manusia kerana dia hanya percaya kepada Tuhan sahaja.

5. Seorang yang bijakCth : Azmir sangat bijak ketika memberikan pandangan dan pendapat yang bernas

terutama ketika memperkatakan soal kemanusiaan dan cinta.

Arif1. Seorang yang prihatin

Cth : Arif berjumpa dengan ibu Azmir untuk menjelaskan bahawa Azmir sebenarnya tidakgila sebaliknya menanggung penderitaan yang sangat berat.

Doktor Razi1. Seorang doktor yang tidak memahami pesakit

Cth : Doktor Razi tidak mengetahui penyakit sebenar yang dihadapi oleh Azmir.2. Seorang yang baik hati

Cth : Doktor Razi telah membenarkan Azmir bersiar-siar di luar kerana Azmir telahmenunjukkan perubahan tingkah laku yang positif.

MODUL PRIGEL KOMSAS

128

Bapa Azmir1. Seorang bapa yang prihatin

Cth : Bapa Azmir telah menghantar Azmir ke hospital bagi merawat penyakit anaknya.2. Seorang bapa yang kurang memberikan kasih sayang terhadap anaknya

Cth : Bapa Azmir kurang memberikan kasih sayang dan sokongan terhadap Azmir yangsebenarnya menghidap barah otak.

Ibu Azmir1. Seorang yang tidak prihatin

Cth : Ibu Azmir tidak prihatin terhadap penyakit yang ditanggung oleh Azmir malahmenganggap Azmir sengaja buat-buat gila.

2. Seorang yang kurang memberikan kasih sayang kepada anaknyaCth : Ibu Azmir kurang memberikan sokongan kepada Azmir dan tidak menyedari

bahawa anaknya menghidap penyakit kronik, iaitu barah otak.

LATAR

Latar Masa1. Waktu siang

Cth : Azmir dibenarkan keluar bersiar-siar oleh doktor pada waktu siang.

Latar Tempat1. Wad Pesakit Jiwa, Hospital Besar rumah Azmir

Cth : Tempat Azmir dirawat kerana dikatakan menghadapi sakit jiwa sedangkan diamenghidap barah otak.

2. PentasCth : Arif dan pelakon-pelakon lain berlatih drama yang berjudul Sasau.

3. Rumah AzmirCth : Arif dan rakan-rakan pelakon berkunjung ke rumah ibu bapa Azmir.

Latar Masyarakat1. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup

Cth : Azmir tabah mengharungi kesakitan akibat penyakit barah otak yang dideritainyaselama ini.

2. Masyarakat yang simpati akan penderitaan orang lainCth : Arif simpati akan penderitaan Azmir telah meminta doktor supaya membantu

Azmir.

3. Masyarakat yang kurang memberikan kasih sayang kepada anakCth : Ibu bapa Azmir tidak memberikan sokongan dan semangat kepada Azmir yang

menderita kesakitan malah menganggapnya sebagai gila.

MODUL PRIGEL KOMSAS

129

GAYA BAHASA

1. PeribahasaCth : gila-gila bahasa

2. Penggunaan bahasa ArabCth : assalamuaikum

3. SimileCth : Bapa pun macam doktor juga dan macam mereka semua

4. MetaforaCth : angin kemudaan

5. SinkopeCth : Abang dah tak sanggup lagi...

NILAI

1. Kasih sayangCth : Azmir yang menyayangi ibu bapanya telah mengucapkan terima kasih kepada

kedua-duanya kerana telah melahir dan membesarkannya.2. Kesetiaan

Cth : Azmir begitu setia dengan cintanya terhadap Ani.3. Keprihatinan

Cth : Arif yang prihatin terhadap Azmir telah mengambil tindakan untuk berkunjung kerumah Azmir bagi mengetahui keadaan sebenar Azmir melalui ibu bapanya.

4. SimpatiCth : Arif dan rakan-rakannya amat bersimpati dengan keadaan Azmir yang berada dalam

kesakitan.5. Ketabahan

Cth : Azmir tabah menghadapi dan melawan sakit barah otak.

PENGAJARAN

1. Kita haruslah sayang akan ibu bapa/keluargaCth : Azmir menyayangi ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkannya hingga

sekarang.2. Kita wajarlah tabah dalam menghadapi dugaan

Cth : Azmir tetap tabah menempuh dugaan dalam hidupnya walaupun dia mendapat barahotak.

3. Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang dialami oleh orang lainCth : Arif dan rakan-rakannya telah berkunjung ke rumah ibu bapa Azmir bagi

mendapatkan maklumat tentang Azmir.4. Kita hendaklah menghargai sumbangan orang lain

Cth : Azmir amat menghargai sumbangan golongan petani, nelayan, dan buruh yangmenyumbang kepada kesejahteraan hidup.

5. Kita hendaklah setia dalam perhubunganCth : Azmir seorang yang setia dalam pencintaan berbanding kekasihnya Ani.

MODUL PRIGEL KOMSAS

130

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN

BENTUK SOALAN

Soalan pemahaman cerpen lazimnya ditanya dalam soalan 2(b). Walau bagaimanapun, soalan2(b) ini akan bertukar ganti antara genre cerpen dengan genre drama yang memperuntukkansembilan (9) markah keseluruhannya. Terdapat tiga pecahan dalam soalan ini seperti yangberikut:

- Soalan (i): Pemahaman berdasarkan isi dalam petikan- Soalan (ii): Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)- Soalan (iii): soalan aspek sastera

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

- Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri- Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap.- Peruntukan markah bagi setiap pecahan soalan menggambarkan jumlah isi yang

dikehendaki.- Kesalahan bahasa dan ejaan akan menjejaskan markah penuh setiap pecahan soalan.

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

Baca petikan drama di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyadengan menggunakan ayat anda sendiri.

PELAKON 1 : Tadi, saudara ada menyebut tentang system. Bukankah system itudicipta oleh manusia? Manusia boleh dipengaruhi oleh kuasa dan dibeli oleh wang.Maka, tidak mustahil system juga akhirnya akan dipengaruhi oleh kuasa dan wang.

AZMIR : Memang system itu dicipta oleh manusia, tetapi pada tahapakhirnya, system itu disahkan oleh rakyat. Rakyat yang menentukan. Rakyat yangmembenarkan. Rakyat yang merestuinya. Tanpa kebenaran, restu dan pengesahanrakyat, wang dan kuasa kehilangan makna. Jadi, pada hakikatnya system itu diciptaoleh rakyat, bukan manusia. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat lebih besardaripada manusia. Rakyat lebih berkuasa daripada wang. Rakyat lebih berkuasadaripada kuasa.

PELAKON 3 : (Berbisik dengan PELAKON 1). Kau faham apa yang diperkatakanitu?PELAKON 1 : Aku sedang cuba memahaminya.

MODUL PRIGEL KOMSAS

131

i. Berdasarkan petikan di atas, apakah pendapat Azmir tentang sistem?[2 markah]

Tip: Calon perlu membaca dengan teliti dan mengenal pasti peristiwa yang terdapat dalampetikan. Jawapan bagi soalan (i) terdapat dalam petikan.

Jawapan lengkap:Pendapat Azmir tentang ialah sistem dicipta oleh rakyat, bukan manusia. Selain itu, Azmirmengatakan bahawa sistem disahkan oleh rakyat.

ii. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin[3 markah]

Tip: Calon perlu kemukakan ciri-ciri pemimpin yang positif dan boleh dicontohi oleh ahlimasyarakat. Sifat pemimpin yang negatif tidak perlu dinyatakan.

Jawapan lengkap:Pada pendapat saya, seorang pemimpin haruslah memiliki ciri-ciri yang positif dan bolehdijadikan teladan oleh ahli masyarakat yang lain. Salah satu ciri pemimpin yang baik ialahsentiasa berlaku adil kepada orang lain. Selain itu, pemimpin yang suka membantugolongan masyarakat yang serba kekurangan pasti disenangi oleh ahli masyarakat. Sifatpemimpin yang seterusnya yang perlu ada ialah prihatin terhadap keperluan bawahan dantidak melakukan sebarang provokasi yang boleh mendatangkan mudarat kepada dirisendiri dan bawahannya.

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakatdaripada keseluruhan drama?

[4 markah]Tip: Calon perlu kemukakan satu latar masyarakat berdasarkan petikan dan satu latarmasyarakat berdasarkan drama. Sebaiknya, calon beri dua latar masyarakat berdasarkanpetikan dan dua latar masyarakat daripada keseluruhan drama yang dikaji.

Jawapan lengkap:Latar masyarakat berdasarkan petikan ialah masyarakat yang gemar bertanya.Contohnya, Pelakon 1 ingin tahu lebih lanjut lagi tentang sistem, manusia, kuasa dan wang.Manakala, latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan drama ialah masyarakatyang tabah menghadapi dugaan hidup. Misalnya, Azmir tabah mengharungi kesakitanakibat penyakit barah otak yang dideritainya selama ini. Selain itu, terdapat jugamasyarakat yang simpati akan penderitaan orang lain. Contohnya, Arif simpati akanpenderitaan Azmir telah meminta doktor supaya membantu Azmir.

MODUL PRIGEL KOMSAS

132

C. PRAKTIS TOPIKAL

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya denganmenggunakan ayat anda sendiri.

Praktis 1

AZMIR: W.A Domski.

PAK HAJI: Nama apa tu, Azmir? Pak Haji rasa pelik benar bunyinya tu. Rasa-rasa Pak Haji,macam bukan nama orang sini saja.

AZMIR: Memang betul. Itu nama Orang Putih. Itu bermakna saya bukan orang Melayu lagi.

PAK HAJI: (Menggeleng). Habis…?

AZMIR: (Tersenyum sinis). Apa yang habis?

PAK HAJI: Astaghfirullah, Azmir. Azmir, mengucaplah banyak-banyak. Mengapa sampai jadimacam ni, Azmir?

AZMIR: Itu hak saya. Tapi saya buat begitu bukan tanpa sebab. Saya bertindak demikiankerana dalam masyarakat di sini sudah tidak ada kasih sayang. Kasih sayang hanya wujud dibibir saja. Hanya wujud pada nama saja. Nama saja tidak membawa makna apa-apa. Yangpenting ialah praktiknya yang diiringi dengan hati nurani yang bersih dan suci. Apa, Pak Hajimemiliki apa-apa yang saya sebut sebentar tadi tu? Saya ragui Pak Haji memilikinya.

PAK HAJI: Azmir mengucap Azmir.

i. Mengapakah Azmir bertindak menukar namanya? [2 markah]

- Masyarakat di sini sudah tidak ada kasih sayang- Kasih sayang hanya wujud di bibir saja- Hanya wujud pada nama saja

ii. Pada pendapat anda, apakah langkah untuk memupuk budaya penyayang dalam kalanganmasyarakat di negara kita? [3 markah]

- Mendapatkan didikan agama yang utuh- Menunjukkan contoh teladan yang baik- Mendedahkan nilai-nilai murni- Menerapkan dalam sukatan pelajaran

MODUL PRIGEL KOMSAS

133

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latarmasyarakat yang lain daripada keseluruhan drama. [4 markah]

- Dalam petikan:Masyarakat yang prihatin – Pak Haji meminta Azmir mengucap banyak-banyak atastindakannya menukar nama menjadi nama Orang Putih dan mengaku bahawa dirinyabukan orang Melayu lagi.

Masyarakat yang teguh pendirian – Azmir seorang yang teguh pendirian ketikaberdialog dengan Pak Haji apabila Pak Haji mulai meragui dirinya sebagai orangMelayu. Azmir juga menyatakan bahawa dia tidak percaya kepada manusia kerana diahanya percaya kepada Tuhan sahaja.

- Keseluruhan drama:Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup – Azmir tabah dalam menghadapipenderitaan akibat penyakit barah otak yang dihidapinya seorang diri.

Masyarakat yang simpati akan penderitaan orang lain – Arif bersimpati denganpenderitaan yang ditanggung oleh Azmir. Dia mengunjungi ibu bapa Azmir untukberbincang tentang keadaan Azmir.

Masyarakat yang kurang memberikan perhatian terhadap anak – Ibu bapa Azmir kurangmemberikan perhatian kepada Azmir yang menderita akibat penyakit barah otak.

Praktis 2

PELAKON I: Duniaku ialah kuasa. Kuasa ialah duniaku. Duniaku ialah wang. Wang ialahkuasa, dunia berada di bawahku. Kuasa mencipta kuasa.

PELAKON II: Bukan, kau salah. Wang ialah duniaku. Duniaku ialah wang. Wang ialah kuasa.Dengan wang, dunia berada di bawahku. Wang membeli kuasa, membeli dunia, membelimanusia.

PELAKON III: Bukan, kamu berdua salah. Kamu berdua ialah manusia-manusia sasau. Sasauboleh membawa gila. Gila boleh membawa kehancuran dunia, kehancuran manusia. Ikutlah aku.Dunia aku ialah fikiran. Fikiran ialah kewarasan. Kewarasan fikiran dapat mengawal hawanafsu, mengawal wang, dapat mengawal kuasa. Kewarasan fikiran dapat mengawal manusia,dapat mengawal dunia.

PELAKON I: Hei, kawan! Kau lupa satu perkara. Fikiran juga dapat merosakkan fikiran.Fikiran yang rosak boleh menyebabkan sasau. Sasau boleh membawa gila. Gila bolehmembawa kehancuran dunia, kehancuran manusia. Oleh sebab itu ikutlah aku. Dengan kuasa,aku boleh mengawal fikiran. Dengan kuasa, aku boleh mengawal wang dan dunia.

MODUL PRIGEL KOMSAS

134

PELAKON II: Telah terbukti bahawa wang juga boleh mengawal fikiran dan sekali gusmengawal kuasa, seterusnya mengawal manusia dan dunia.

i. Apakah kelebihan kewarasan fikiran berbanding kuasa dan wang? [2 markah]

- Mengawal hawa nafsu- Mengawal wang- Mengawal kuasa- Mengawal manusia- Mengawal dunia

ii. Pada pendapat, apakah adab dalam menyuarakan pendapat? [3 markah]

- Menjauhi sikap emosional- Bersangka baik- Bersikap terbuka/berlapang dada- Menghindari provokasi melampau- Bersopan

iii. Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain yangterdapat dalam keseluruhan drama. [4 markah]

Dalam petikan:- Persoalan perbezaan pendapat terhadap sesuatu perkara – Pelakon I, Pelakon II dan

Pelakon III berbeza pendapat tentang perkara yang mengawal dunia masing-masing.

Keseluruhan drama:- Persoalan kepentingan cinta dan kasih sayang – Azmir memerlukan orang-orang yang

disayanginya seperti kekasih dan ibu bapanya untuk menempuh kesakitan yangdialaminya.

- Persoalan keprihatinan dalam diri setiap insan – Arif, Pelakon I, II dan III berkunjung kerumah Azmir dengan berjumpa ibu bapa Azmir untuk mengetahui latar belakang hidupAzmir.

MODUL PRIGEL KOMSAS

135

Praktis 3

AZMIR: Memang sistem itu dicipta oleh manusia, tetapi pada tahap akhirnya, sistem itudisahkan oleh rakyat. Rakyat yang menentukan. Rakyat yang membenarkan. Rakyat yangmerestuinya. Tanpa kebenaran, restu dan pengesahan rakyat, wang dan kuasa kehilangan makna.Jadi, pada hakikatnya sistem itu dicipta oleh rakyat, bukan oleh manusia. Hal ini menunjukkanbahawa rakyat lebih besar daripada manusia. Rakyat lebih berkuasa daripada wang. Rakyatlebih berkuasa daripada kuasa.

PELAKON III: (Berbisik dengan PELAKON I). Kau faham apa yang diperkatakan tu?

PELAKON I: (Kepada Azmir). Tidakkah sesuatu sistem itu mempunyai kelemahan tertentu?Kalau begitu, bagaimana sistem itu hendak mengawal wang, manusia dan kuasa?

AZMIR: Suatu sistem itu mungkin terdapat kelemahan tertentu tetapi sejarah telah membuktikanbahawa rakyat senantiasa akan membetulkannya. Soalnya, cepat atau lambat. Sejarah juga telahmembuktikan bahawa kemenangan senantiasa memihak kepada rakyat. Saudara-saudara janganbimbang, sistem baik adalah bagaikan segala nilai dan norma serta tradisi yang telah berakarumbi dalam budaya sendiri. Bagaimana sukarnya kita menolak institusi-institusi tertentu yangterdapat pada sesebuah masyarakat itu, begitulah sukarnya kita menolak sesuatu sistem yangmantap dan bertapak kukuh di hati rakyat. (AZMIR kemudian memegang kepalanya seakan-akan sedang menahan kesakitan).

i. Apakah kuasa yang ada pada rakyat terhadap sistem yang dicipta oleh manusia? [2 markah]

- Sistem disahkan oleh rakyat- Rakyat yang menentukan sistem- Rakyat yang membenarkan sistem- Rakyat yang merestui sistem

ii. Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam tamadun manusia telah tercatat dalamsejarah sejak sekian lamanya.Pada pendapat anda, apakah kepentingan sejarah dalam kehidupan masyarakat?

[3 markah]- Meningkatkan ilmu pengetahuan- Pendidikan etika dan moral- Memberikan pengajaran / kesedaran- Panduan menerajui negara

MODUL PRIGEL KOMSAS

136

iii. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran laindaripada keseluruhan drama. [4 markah]

- Pengajaran dalam petikan.Kita hendaklah bijak menyuarakan hujah agar dapat meyakinkan orang lain – Azmirbijak menjelaskan konsep sistem yang dicipta oleh rakyat dengan memberikan bukti-bukti sejarah bagi meyakinkan Pelakon I dan II.

- Pengajaran daripada keseluruhan dramaKita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan – Azmir tetap tabah menghadapipenyakit barah otak tanpa diketahui oleh orang lain termasuklah doktor dankeluarganya.

Kita hendaklah menghargai sumbangan orang lain – Azmir amat menghargaisumbangan golongan petani, nelayan, dan buruh yang menyumbang kepadakesejahteraan hidup.

Praktis 4

PELAKON II: (Kepada PELAKON I). Setelah hamper pecah kepala, dia masih ingat tentanghujahnya.

PELAKON II: Agaknya makin dihantukkan kepalanya tu, makin kuat ingatannya.

PELAKON I: Betul ke?

PELAKON II: Kalau nak tau cubalah tengok!

(Perhatian mereka terarah kepada AZMIR apabila dia mula bersuara).

AZMIR: Selepas orang itu menghantukkan kepalanya ke lantai, maka darah merah punmengalirlah membasahi pipinya. Sesiapa yang menyaksikan kejadian itu pasti mengatakanbahawa orang yang menghantukkan kepalanya ke lantai itu ialah orang gila. Orang yang siumantentu tidak berbuat demikian. Orang yang menonton tidak tahu bahawa orang yangmenghantukkan kepalanya ke lantai itu sebenarnya sedang mengalami dan menderita suatukesakitan yang tidak tertanggung, yang tak terucap dengan kata-kata lagi. Kata-kata kehilanganmakna. Kata yang bermakna adalah dengan menghantukkan kepalanya ke lantai. (Kesemuamereka terpegun mendengar penjelasan AZMIR). Apakah saya sudah menjawab soalan saudara?(Sambil tersenyum ke arah PELAKON I).

PELAKON I: (Semacam kagum bercampur bingung sambil menghantukkan kepalanyaperlahan-lahan). Ya, terima kasih.

MODUL PRIGEL KOMSAS

137

i. Mengapakah Azmir menghantukkan kepalanya ke lantai? [2 markah]

- Mengalami dan menderita suatu kesakitan yang tidak tertanggung- Yang tak terucap dengan kata-kata lagi- Kata-katanya kehilangan makna

ii. Pada pendapat anda, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh Azmir untuk menghadapipenderitaan yang ditanggungnya? [3 markah]

- Mendekatkan diri kepada Tuhan- Mendapatkan khidmat kaunselor- Mengikuti psikoterapi- Mengambil ubat mengikut jadual

iii. Huraikan satu perwatakan Azmir yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan Azmirdaripada keseluruhan drama. [4 markah]

- Perwatakan dalam petikanSeorang yang tabah – Azmir tabah menanggung penderitaan akibat kesakitan yangdialaminya. Dia terpaksa menghantukkan kepalanya ke lantai kerana kesakitan tersebuttidak terucap oleh kata-kata lagi.

Seorang yang bijak – Azmir memberikan penjelasan tentang orang yangmenghantukkan kepalanya ke lantai sehingga menyebabkan Pelakon I, II dan IIIterpegun mendengarnya.

- Perwatakan daripada keseluruhan dramaSeorang yang penyayang – Azmir menghargai ibu bapanya yang telah melahirkan danmembesarkannya.

Seorang yang teguh pendirian – Azmir seorang yang teguh pendirian ketika berdialogdengan Pak Haji apabila Pak Haji mulai meragui dirinya sebagai orang Melayu. Azmirjuga menyatakan bahawa dia tidak percaya kepada manusia kerana dia hanya percayakepada Tuhan sahaja

MODUL PRIGEL KOMSAS

138

Praktis 5

PELAKON II: Bersabarlah, mak cik. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini buat kitasemua.

PELAKON III: Betul juga kata rakan saya tu. Peristiwa yang berlaku kepada Azmir mungkinberpunca daripada kurangnya perhatian dan kasih sayang.

IBU: Nak buat macam mana lagi, encik. Kami dah beri pelajaran hingga dia masuk keuniversiti.

ARIF: Betul mak cik, tetapi… masuk ke universiti saja belum menjamin seseorang itu mendapatkasih sayang yang secukupnya.

PELAKON I: Pak cik, mak cik … marilah kita sama-sama membantu Azmir. Dia amatmemerlukan perhatian dan kasih sayang bukan cemuhan dan penghinaan. Dia memerlukansemangat dan perangsang daripada kita semua, bukan kutukan dan hukuman.

PELAKON II: Kami lihat, Azmir seperti sedang menderita suatu penderitaan yang taktertanggung. Kutukan, cemuhan dan hukuman akan hanya menyebabkan sakit yang dialaminyamenjadi lebih parah.

ARIF: Kami fikir, eloklah pak cik dan mak cik berjumpa dengan Azmir di hospital dengansegera sebelum terlambat. Dia amat memerlukan kita semua; lebih-lebih lagi, pak cik dan makcik. Kami minta diri dulu.

i. Apakah yang menyebabkan penyakit Azmir menjadi lebih parah? [2 markah]

- Kutukan- Cemuhan- Hukuman

ii. Sekiranya anda salah seorang ahli keluarga Azmir, apakah yang akan anda lakukan untukmembantu Azmir menghadapi penyakit yang dialaminya? [3 markah]

- Sentiasa mengingatkan Azmir tentang kepentingan rawatan- Mengawasi tingkah laku / perubahan pada diri Azmir- Menjalinkan hubungan yang baik dengan doktor / jururawat yang merawat Azmir- Menyediakan jadual pengambilan ubat untuk Azmir

MODUL PRIGEL KOMSAS

139

iii. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain daripadakeseluruhan drama? [4 markah]

- Nilai dalam petikanNilai keprihatinan – Arif, Pelakon I, II dan III datang bertemu dengan ibu bapa Azmiruntuk mengetahui latar belakang penyakit Azmir dan meminta ibu bapa Azmirmemberikan semangat dan perangsang kepada Azmir.

- Nilai daripada keseluruhan dramaNilai Ketabahan – Azmir tabah menghadapi dan melawan penyakit barah otak yangdialaminya secara bersendirian.

Nilai kasih sayang – Azmir yang menyayangi ibu bapanya telah mengucapkan terimakasih kepada kedua-duanya kerana telah melahirkan dan membesarkannya.

MODUL PRIGEL KOMSAS

140

MODUL PRIGEL KOMSAS

141

NOVEL SILIR DAKSINA

BIODATA PENGARANG.

NIZAR PARMAN

Dilahirkan pada tanggal 31 Ogos 1973 di Kampung Asam Bubok, Ayer Hitam, BatuPahat, Johor.Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja dan Sekolah MenengahKebangsaan Dato' Menteri, Ayer Hitam. Melanjutkan pengajian dalam bidang perguruandi Maktab Perguruan Kinta, Jalan Diary, Ipoh (MPKI). Beliau memperoleh IjazahSarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah di Universiti TerbukaMalaysia (OUM).Beliau telah bertugas sebagai Guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Seri Lalang,Kluang, Johor.Melibatkan diri dalam penulisan kreatif pada tahun 1995. Memenangi tempat pertamaSayembara Menulis Cerpen Hari Guru Peringkat Negeri Perak 1995, tempat ketigaSayembara Cerpen Hari Guru anjuran DBP – BPG 1998, dan hadiah sagu hati SayembaraJubli Emas DBP kategori cerpen 2007.Pada tahun 2009, novel pertama beliau, Silir Daksina telah diangkat sebagai pemenangtempat kedua kategori novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – Exxon Mobil.Novel kedua beliau, Jajahan Bonda memenangi hadiah sagu hati Sayembara ITBM-BH-Pena.Beliau menghasilkan kumpulan cerpen Rinduku ke Syurga terbitan ITBM tahun 2015.Karya-karyanya pernah tersiar dalam Mingguan Malaysia, Berita Minggu, DewanSastera, Dewan Pelajar, dan Mingguan Wanita serta beberapa buah tabloid.

MODUL PRIGEL KOMSAS

142

SINOPSIS

Kisah dalam Silir Daksina bermula apabila Haiqal mendapat sebuah manuskrip lama.Alamat pengirim manuskrip tersebut sama dengan alamat tempat lahirnya tetapi pengirimnyaberbangsa Cina iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa kisah yang terdapat dalammanuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan kisah hidup arwah ayahnya;Abdullah bin Kayan tetapi kisah itu dimainkan oleh watak Cikgu Nizam. Haiqal bertekad untukpulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya walaupun niat itu ditentang oleh uminya.Walid tidak menghalang pemergian Haiqal malah berjanji akan mengirimkan wang kepadanyauntuk dibelanjakan ketika di Johor.

Kehadiran Haiqal di Kampung Seri Purnama disambut baik oleh penduduk-penduduk disana terutamanya Tauke Ong. Kemudian, Tauke Ong telah menyerahkan wang simpanan, hasiljualan kelapa sawit dan kebun kelapa sawit kepada Haiqal untuk diuruskan. Haiqal telahmengenali anak Tauke Ong iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa perwatakan Ong SeeHwa mirip dengan watak Ai Ling. Haiqal juga telah bersahabat baik dengan Lazim. PerkenalanHaiqal dengan Lazim dan Ong See Hwa memudahkan Haiqal untuk menjejak warisan Abdullahbin Kayan. Mereka telah menunjukkan kisah hidup Abdullah bin Kayan melalui pameran di balairaya lama. Haiqal mendapat bahawa arwah bapanya merupakan orang yang hebat dalam bidangseni dan sastera. Haiqal juga mendapat tahu bahawa bakat arwah ayahnya diiktiraf oleh pihakkerajaan negeri.

Kehadiran Haiqal di Kampung Seri Purnama hanyalah untuk mencari kenangan yangditinggalkan oleh Abdullah bin Kayan. Penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar, Haji Salimdan Tauke Ong mengharapkan Haiqal supaya mengembalikan kegemilangan tarian zapin dikampung mereka kerana mereka melihat semangat kepemimpinan Haiqal mirip arwah ayahnya,Abdullah bin Kayan. Haiqal tidak mahu menghampakan harapan mereka kerana mereka telahmelayan Haiqal dengan baik. Haiqal dan penggiat tarian zapin jincat seperti Pak Cik Bakar danHaji Salim telah bersepakat untuk mengadakan persembahan tarian zapin. Ketika haripersembahan, Lazim telah ditimpa kemalangan. Haiqal dan Ong See Hwa telah menarikan tarianzapin sehingga ada sebilangan penduduk kampung yang berasa terharu kerana terkenangkanarwah Abdullah bin Kayan. Umi, walid dan Nurul Aisyah juga turut hadir untuk menyaksikanpersembahan zapin tersebut. Umi juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan umi telahmengaku kesilapannya memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turutmengalir dalam tubuh Haiqal. Setelah beberapa bulan di Kampung Seri Purnama, Haiqalmelanjutkan pelajaran dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak.

MODUL PRIGEL KOMSAS

143

SINOPSIS MENGIKUT BAB

1

TERSINGKAP RAHSIA

Haiqal sangat tertarik oleh sebuah mansukrip lama yang baru diperolehinya. Sudahseminggu dia membaca dan membelek-belek manuskrip itu. Haiqal leka dalam alam Abdullahbin Kayan. Nama itu pernah disebut oleh uminya tetapi uminya tidak mahu menceritakanlebih lanjut tentang sejarah hidup Abdullah bin Kayan. Ketika Haiqal berusia enam tahun, diamendapat tahu bahawa orang yang dipanggil sebagai “walid” bukanlah ayah kandungnya.“Walid” atau Abdul Fatah ialah ayah tirinya. Namun begitu, ayah tirinya tidak membeza-bezakan kasih sayang antara Haiqal dengan adik tirinya; Nurul Aisyah. Ketika umimenerangkan bahawa Haiqal bukanlah anak kandung “walid”, Haiqal berasa sangat sedihsekali. Umi memberitahu bahawa ayah kandungnya tinggal berjauhan daripada mereka danHaiqal akan tahu segala-galanya apabila Haiqal sudah besar.

2

KISAH SEORANG TEMAN

Haiqal menemui Ratna di warung milik keluarga Ratna. Mereka berbual-bual tentangmasa depan masing-masing. Ratna bercita-cita untuk membuka restoran sendiri apabilakeputusan SPM Ratna tidak begitu baik. Haiqal pula meneruskan pelajaran ke tingkatan 6.Sekarang, Haiqal sedang menunggu keputusan STPM. Haiqal sentiasa mendorong Ratnasupaya gigih meneruskan cita-citanya. Haiqal turut memberitahu bahawa tokoh-tokoh duniaseperti Abraham Lincoln juga pernah gagal berkali-kali sebelum mencapai kejayaan. Ketikamereka berjalan-jalan di tepi pantai, Haiqal telah menceritakan kisah manuskrip yangditerimanya beberapa hari yang lalu. Alamat pengirim manuskrip itu sama dengan alamatyang tercatat di sijil kelahirannya iaitu Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.Pengirim manuskrip itu berbangsa Cina yang bernama Ong See Hwa.

3

SENASKHAHMANUSKRIP LAMA

(i)

Manuskrip lama yang menceritakan kisah Cikgu Nizam ini merupakan manuskripyang diterima dan dibaca oleh Haiqal. Manuskrip lama ini mengisahkan penduduk kampungSri Purnama yang aktif dalam aktiviti seni tradisional seperti zapin dan ghazal. Senitradisional ini turut mendapat tempat di hati Ai Ling; anak kepada Tauke Lim. Ai Ling minatmenari zapin. Rakan-rakan sebaya Cikgu Nizam seperti Roslan, Ramli dan Sudin juga gigihberlatih menari zapin. Penduduk kampung Seri Purnama sering berkumpul di warung PakDolah. Cikgu Nizam memuji Ai Ling yang mahir menari zapin. Hubungan bapa Ai Ling iaituTauke Lim dengan penduduk kampung Seri Purnama adalah sangat rapat. Cikgu Nizammenggalakkan Ai Ling untuk belajar menari zapin. Apabila Cikgu Nizam melihat Ai Ling,

MODUL PRIGEL KOMSAS

144

secara tidak langsung dia terkenang akan anaknya; Aiman. Usia Aiman sebaya dengan usia AiLing.

Hubungan kekeluargaan antara keluarga Cikgu Nizam dengan keluarga Tauke Limsangat rapat. Tauke Lim berasal dari Perak. Rumah Tauke Lim dibina di atas tanah yangdibeli daripada ayah Cikgu Nizam. Sebelum ini, tanah tersebut merupakan kebun getah. AyahCikgu Nizam mengupah orang untuk mengerjakannya kerana dia sibuk mengurus kebunkelapa sawit. Emak Cikgu Nizam pula tidak berdaya untuk mengerjakan kebun getah keranatidak boleh berdiri lama akibat kemalangan. Kemudian, Tauke Lim telah menyewa tanahtersebut daripada ayah Cikgu Nizam setelah berhijrah ke Parit Raja. Ayah Cikgu Nizamberasa kasihan akan Tauke Lim kerana semua tanah milik keluarganya di Perak habis dijualuntuk membayar hutang abang Tauke Lim yang suka berjudi. Ayah Cikgu Nizam dan TaukeLim bersetuju untuk membahagi dua hasil daripada kebun getah tersebut.

Hubungan antara keluarga Cikgu Nizam dan Tauke Lim semakin rapat sejak TaukeLim menyewa kebun getah tersebut. Tambahan pula, Tauke Lim selalu membawa ahlikeluarganya berkunjung ke rumah keluarga Cikgu Nizam. Mereka selalu minum petangbersama-sama. Tauke Lim seorang yang rajin. Pada waktu pagi, dia menoreh getah manakalapada waktu petang, Tauke Lim akan mengelilingi kampung untuk membeli hasil-hasilkampung. Sebagai contohnya, buah pinang, getah beku atau getah sekerap, biji kopi danpisang. Kemudian, dia akan menjualnya di bandar. Tauke Lim juga sentiasa membersihkankebun getah yang disewanya. Hasil kegigihan Tauke Lim, dia berjaya mengumpul wanguntuk membeli setengah ekar daripada kebun ayah Cikgu Nizam. Tanah yang dibelinya itutelah dijadikan tapak rumah. Hubungan antara keluarga Tauke Lim dengan pendudukkampung Sri Purnama sangat rapat sekali. Apabila ada majlis kenduri-kendara, dia pasti akanturut bersama-sama penduduk untuk bergotong-royong. Tauke Lim juga sentiasa bermurahhati untuk menaja jamuan untuk setiap majlis keramaian di kampung. Ketika ayah CikguNizam masih hidup, dia menganggap bahawa anak-anak perempuan Tauke Lim iaitu AiChing dan Ai Ling seperti cucunya sendiri. Hidup ayah Cikgu Nizam sunyi setelah kematianisterinya akibat darah beku di kepala.

Pada suatu hari, Cikgu Nizam telah menumpangkan Ai Ling dan Ai Ching ke sekolahkerana bateri kereta Tauke Lim telah rosak. Cikgu Nizam mengajar di sekolah yang samadengan Ai Ling. Tauke Lim menghantar semua anaknya belajar di sekolah kebangsaan dikampung itu. Dia beranggapan bahawa di mana-mana sahaja anak-anaknya boleh belajarasalkan mereka rajin. Pada setiap minggu, Tauke Lim menghantar anak-anaknya ke kelastuiysen bahasa Cina di pekan Parit Raja. Cikgu Nizam mempelawa Ai Ling menaikikeretanya pada setiap hari tetapi Ai Ling tidak mahu menyusahkan gurunya itu. Namun begitu,setelah Ai Ling berbincang dengan Tauke Lim, Ai Ling telah menumpang kereta CikguNizam untuk ke sekolah pada setiap hari.

Ketika di bilik guru, Cikgu Latifah yang terkenal oleh kegarangannya telah meluahkanperasaan. Cikgu Latifah menyatakan kekesalannya terhadap sikap murid-murid yang tidakmenyelesaikan kerja rumah dan tulisan mereka juga tidak kemas ibarat “cakar ayam”. CikguLatifah turut menyatakan bahawa golongan guru kerap dipersalahkan jika anak-anak murid

MODUL PRIGEL KOMSAS

145

tidak berjaya. Cikgu Nizam menenangkan Cikgu Latifah dengan mengatakan bahawa orangluar tidak faham akan tugas guru yang banyak. Cikgu Nizam turut berpandapat bahawagolongan guru perlu sentiasa bijak mengatur tugas mereka. Berbeza dengan zaman dahulu,guru ibarat pakar rujuk. Apabila zaman semakin moden dan golongan cendekiawan semakinramai, banyak teori pendidikan telah diwujudkan. Cikgu Latifah meneruskan kerjanya dankadang kala dia membebel lagi. Dalam hati Cikgu Nizam, dia kagum akan kesungguhanCikgu Latifah yang sanggup pulang lewat untuk membimbing murid-murid yang lemah dalamMatematik. Cikgu Nizam terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua panitia BahasaMelayu dengan menyelesaikan minit mesyuarat panitia.

Selain itu, Cikgu Latifah turut menyatakan bahawa Ai Ling tidak mahu keperpustakaan ketika waktu Pendidikan Islam. Ai Ling berminat untuk mempelajariPendidikan Islam daripada Ustazah Munirah. Ai Ling suka membaca buku kisah-kisah nabidan rasul serta tokoh-tokoh Islam. Ai Ling juga selalu bertanya tentang nabi-nabi kepadaUstazah Munirah, terutamanya tentang Nabi Muhammad. Perwatakan Ai Ling berbezadengan kakaknya. Apabila murid-murid Islam membaca doa, dia akan turut serta menadahtangan untuk berdoa. Cikgu Nizam mengambil peluang ini untuk cuba mengenali Ai Lingdengan lebih dekat.

(ii)

Bateri kereta Tauke Lim telah digantikan dengan bateri baharu. Cikgu Nizammembantu Tauke Lim memasang bateri tersebut. Cikgu Nizam menyuruh Tauke Lim supayamembeli kereta baharu tetapi Tauke Lim tidak mahu kerana dia perlu berjimat untuk belanjapersekolah anak-anaknya. Pada masa yang sama, Tauke Lim tidak selalu jalan jauh. Keretaburuknya digunakan untuk mengangkut hasil-hasil kampung untuk dijual di pekan. JikaTauke Lim pulang ke kampung di Kuala Kangsar untuk menziarahi emaknya, dia dankeluarganya akan menaiki bas sahaja. Tauke Lim seorang yang suka bersederhana danberjimat. Sebagai contohnya, dia sentiasa berbaju lusuh. Cikgu Nizam jarang melihat TaukeLim berbaju cantik kecuali ketika Tahun Baru Cina. Setelah kereta Tauke Lim berjayadihidupkan, Tauke Lim telah mengajak Cikgu Nizam ke pekan untuk minum teh tarik mamakpada waktu petang.

Ketika menikmati teh tarik, Tauke Lim telah bersetuju dan membenarkan Ai Lingmenumpang kereta Cikgu Nizam untuk ke sekolah. Pada awalnya, dia tidak mahumenyusahkan Cikgu Nizam. Tauke Lim turut menyatakan bahawa keluarga Cikgu Nizamtelah banyak membantu keluarganya ketika mereka susah dahulu. Tauke Lim berasa terhutangbudi dengan keluarga Cikgu Nizam. Pada masa yang sama, Cikgu Nizam turut mengucapkanterima kasih kerana telah menjaga kebun ayahnya dengan baik. Tauke Lim tidak menghalangjika Cikgu Nizam mahu mengajar Ai Ling dan menganggap Ai Ling sebagai anakkandungnya sendiri.

Ketika minum juga, mereka berbual tentang Aiman. Cikgu Nizam memberitahubahawa keluarga isterinya seolah-olah tidak suka Cikgu Nizam melawat Aiman. Tauke Limmeminta Cikgu Nizam bersabar. Tauke Lim yakin bahawa Aiman akan datang mencari Cikgu

MODUL PRIGEL KOMSAS

146

Nizam apabila dia sudah besar nanti. Tauke Lim percaya bahawa Cikgu Nizam merupakanseorang yang kuat dan tabah seperti ayahnya dahulu. Tauke Lim turut menasihati CikguNizam supaya jangan susah hati kerana penduduk kampung sayang akan Cikgu Nizam. SejakCikgu Nizam kembali ke kampung, banyak aktiviti dapat dijalankan. Sebagai contohnya,aktiviti zapin. Cikgu Nizam juga turut memuji Tauke Lim yang banyak memberi sumbanganterhadap aktiviti yang dijalankan di kampung mereka. Pada waktu malam nanti, Cikgu Nizammempelawa Tauke Lim ke balai raya untuk menonton latihan zapin. Tauke Lim menyatakanbahawa dia akan hadir kerana Ai Ling meminati tarian zapin. Tauke Lim juga seronok melihatanak-anak muda gigih berlatih zapin.

(iii)

Ketika di balai raya pada malam itu, Tauke Lim telah menyuruh Cikgu Nizam menarizapin. Ai Ling berasa sangat gembira sekali apabila melihat Cikgu Nizam menari zapin.Selesai latihan, Tauke Lim, Cikgu Nizam, Pak Haji Salam dan beberapa orang ahli kumpulanzapin berkumpul di atas pentas. Mereka membincangkan persiapan majlis untuk menyambutkehadiran YB Samsuri dan pegawai daripada Yayasan Warisan Negeri untuk mengkaji rentakzapin jincat yang unik. Mereka hanya mempunyai masa seminggu sahaja lagi untuk berlatih.Kumpulan zapin D’Purnama telah berkubur lebih dua puluh tahun. Mereka beranggapanbahawa kedatangan pegawai dan YB Samsuri merupakan peluang kepada mereka untukmenghidupkan tarian zapin jincat semula. Kumpulan zapin tersebut berkubur kerana beberapaorang ahlinya telah keluar daripada kumpulan asal dan menubuhkan kumpulan baharu.Akhirnya, kumpulan baharu tersebut juga mengalami kegagalan. Akibatnya, kumpulan zapinD’Purnama telah berkubur.

Dalam perbincangan itu, Cikgu Nizam telah diminta untuk menyiapkan atur caradalam majlis itu nanti. Tauke Lim menyatakan kesediaannya untuk menaja jamuan makan.Ketika semua orang sudah pulang, Abang Bakir menyatakan hasratnya supaya Cikgu Nizammenyelitkan deklamasi puisi dalam majlis itu nanti. Abang Bakir turut mencadangkan supayaCikgu Nizam memilih murid-murid sekolahnya yang berbakat untuk mendeklamasi puisi.Abang Bakir juga memberi semangat kepada Cikgu Nizam supaya meneruskan bakatnyadalam bidang sastera. Abang Bakir menasihati Cikgu Nizam supaya tidak merajuk lagi.

(iv)

Cikgu Nizam berasa gembira apabila Ai Ling merupakan salah seorang pesertapertandingan deklamasi puisi. Ai Ling menunjukkan minatnya terhadap puisi denganmembaca buku puisi. Ai Ling membaca buku puisi sebagai persediaan untuk menyertaipertandingan mendeklamasi puisi. Cikgu Nizam telah mengajak Ai Ling datang ke rumahnyauntuk berlatih mendeklamasikan puisi pada waktu petang.

Ai Ching telah menemani Ai Ling ke rumah Cikgu Nizam. Ai Ling telah memilihsajak bertemakan kasih sayang terhadap ibu dan bapa. Ketika Cikgu Nizam melatih Ai Lingmendeklamasi puisi, Ai Ching membelek-belek novel dan majalah sastera yang diletakkan diatas meja. Kemudian, Ai Ching memilih senaskhah novel dan membacanya sementaramenunggu Ai Ling berlatih.

MODUL PRIGEL KOMSAS

147

Pada awal latihan, Ai Ling sukar untuk mengawal pernafasannya perlahan-lahan.Cikgu Nizam mengajar Ai Ling supaya bijak mengawal pernafasan kerana dapatmengurangkan perasaan gemuruh ketika berada di pentas. Cikgu Nizam tetap memberisemangat kepada Ai Ling walaupun Ai Ling seolah-olah putus asa. Akhirnya, Ai Ling berjaya.Dia berjanji akan datang lagi pada hari esok. Sebelum pulang, Ai Ling mengucapkan terimakasih kepada Cikgu Nizam kerana telah melatihnya. Ai Ching pula telah meminjam dua buahnovel. Cikgu Nizam berpesan kepada Ai Ching supaya jangan leka membaca novel kerana AiChing perlu menumpukan perhatian dalam pelajaran dan menyelesaikan kerja rumah.

(v)

Ai Ling telah berjaya memenangi pertandingan deklamasi puisi peringkat tahap satu.Dia berjaya menyampaikan sajaknya sehingga memukau semua murid yang menyaksikannya.Kemenangan Ai Ling juga telah menjadi buah mulut penduduk kampung. Orang yang palinggembira ialah Tauke Lim. Dia sanggup membelanja pelanggan-pelanggan warung AbangDolah. Ketika di warung, Tauke Lim menyatakan hasratnya untuk melihat Cikgu Nizammembaca puisi di balai raya seperti zaman Cikgu Nizam muda dahulu. Pak Dolah turutmenyokong cadangan Tauke Lim. Pak Dolah berasa seronok jika para pemuda kampungberkumpul di balai raya kampung mereka untuk berpuisi, berkompang, berseloka danbergurindam. Jika khazanah bangsa ini tidak diteruskan oleh generasi muda, khazanah iniakan pupus.

Cikgu Nizam telah menyatakan kepada Abang Bakir dan Roslan bahawa dia berhentiberkarya kerana jiwanya tidak tenang setelah berpisah dengan isteri dan anaknya, Aiman.Karyanya ibarat tiada semangat. Oleh sebab itu, Cikgu Nizam mengambil keputusan untukberhenti berkarya. Dia juga sering berasa rindu akan Aiman. Hanya potret Aiman yang dapatdijadikan penawar rindunya. Cikgu Nizam seperti ayahnya juga yang menjadikan Ai Lingsebagai tempat untuk mencurahkan kasih sayang.

(vi)

Perancangan untuk menjayakan persembahan zapin berjalan dengan lancar. Ai Lingbersetuju untuk mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin. Sajak yang akandipersembahkan oleh Ai Ling ialah sajak yang ditulis oleh Cikgu Nizam sendiri. Ketika haripersembahan, kawasan balai raya dipenuhi oleh penduduk kampung. Ai Ling telahmendeklamasikan sajak dengan penuh bersemangat. Para penduduk yang hadir telah terpukaudengan persembahan Ai Ling. Mereka memberi tepukan yang gemuruh kepada Ai Ling.Ketika Ai Ling mendeklamasikan sajak, Cikgu Nizam telah membayangkan bahawa Ai Lingdan Aiman sedang mendeklamasikan sajak bersama-sama. Tepukan yang gemuruh terhadapsajak yang ditulis oleh Cikgu Nizam merupakan penghormatan yang tertinggi untuk dirinya.

Persembahan zapin bertambah meriah apabila YB Samsuri juga turut menari zapindengan para penari zapin. Majlis persembahan zapin itu berakhir pada jam 12.15 malam. YBSamsuri juga telah berjanji akan memberikan perutukan wang ringgit kepada kumpulan zapinD’Purnama. Wang tersebut akan digunakan untuk membeli peralatan muzik zapin yangbaharu. Walaupun majlis sudah tamat, penari-penari daripada Yayasan Warisan Negeri masih

MODUL PRIGEL KOMSAS

148

sibuk mempelajari cara-cara menari zapin jincat, alip-alip daripada Abang Bakir, Wak Parmindan Ramli. Kemudian, YB Samsuri juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Nizam atasusaha gigihnya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di kampung Seri Purnama. Padamasa yang sama, beliau berharap supaya Cikgu Nizam turut mengembangkan bahasa dansastera di kampung itu. Beliau berharap supaya Kampung Seri Purnama akan dijadikanperkampungan bahasa dan sastera.

(vii)

Masa berlalu begitu pantas. Ai Ling kini sudah berusia 12 tahun. Cikgu Nizammenganggap Ai Ling seperti anaknya sendiri. Tauke Lim dan Mak Cik Kim juga gembiraapabila Cikgu Nizam turut mengambil berat akan diri Ai Ling. Namun begitu, pada masa ini,Cikgu Nizam sering mengalami sakit kepala. Cikgu Nizam sering berulang-alik ke hospital.Walau bagaimanapun, dia tetap pergi ke balai raya untuk berlatih kompang dan zapin.

Pada suatu petang, Cikgu Nizam membawa Ai Ching dan Ai Ling berkunjung kePantai Punggur. Ketika di Pantai Punggur, Ai Ling ingin tahu sama ada Cikgu Nizammempunyai anak atau tidak. Cikgu Nizam menyatakan bahawa dia mempunyai seorang anaklelaki yang menetap di Terengganu. Umur anak lelaki Cikgu Nizam sebaya dengan umur AiLing. Hampir sepuluh tahun Cikgu Nizam tidak menemui anaknya itu. Ai Ling menyatakanhasratnya untuk bertemu dengan anak Cikgu Nizam. Ai Ling mahu berkawan dengannya.Pada masa yang sama, Ai Ling turut memberitahu Cikgu Nizam tentang arwah ayah CikguNizam yang selalu memuji Cikgu Nizam. Ayah cikgu Nizam sangat sayang akan CikguNizam kerana kasih sayang yang diberikan oleh Cikgu Nizam kepada ayahnya setandingdengan kasih sayang sepuluh orang walaupun Cikgu Nizam hanyalah seorang anak tunggal.

Ketika membiarkan Ai Ling dan Ai Ching bermain-main di tepi pantai, Cikgu Nizammengelamun sambil menikmati ketenangan ombak dan angin di tepi pantai. Cikgu Nizamberharap supaya dia dapat menjadi manusia biasa yang berkeluarga dan berbahagia selalutetapi dia sentiasa menghadapi ujian dalam kehidupannya.

(viii)

Kampung Seri Purnama telah dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kemerdekaanperingkat mukim. Dalam bulan ini, program Berkampung Bersama Puisi akan dilancarkan.Ramai penduduk di sekitar kawasan Batu Pahat berminat untuk menyertainya. YangBerhormat juga telah bersetuju untuk mendeklamasikan puisi pada malam perasmian nanti.Cikgu Nizam pula semakin sibuk membuat persiapan di balai raya. Cikgu Nizam tidak mahuprogram itu menjadi seperti “melepaskan batuk di tangga”. Ai Ling juga gigih berlatihmendeklamasikan sajak. Pada masa ini, kesihatan Cikgu Nizam bertambah buruk. CikguNizam hanya mampu bergantung pada ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor untukmenahan kesakitan yang dialaminya. Cikgu Nizam menerima takdir Tuhan dengan tabah jikahidupnya akan berakhir tidak lama lagi. Walaupun Cikgu Nizam menderita kesakitan, CikguNizam berlagak seperti biasa seolah-olah dia sihat.

MODUL PRIGEL KOMSAS

149

Ai Ling telah datang ke rumah Cikgu Nizam sambil membawa apam balik untukCikgu Nizam. Ai Ling memberitahu bahawa dia telah menyelesaikan semua kerja rumahnyaketika menunggu Cikgu Nizam habis bermesyuarat di sekolah. Cikgu Nizam telahmenunjukkan manuskrip yang sedang ditulis olehnya kepada Ai Ling. Cikgu Nizam telahberjanji untuk memberikan manuskrip itu kepada Ai Ling sekiranya manuskrip itu siap ditulis.Ai Ling menyatakan bahawa dia mahu menjadi orang pertama membaca manuskrip tersebut.

Ai Ling mendapati bahawa muka Cikgu Nizam pucat. Ai Ling beranggapan bahawaCikgu Nizam sedang sakit. Namun begitu, Cikgu Nizam menafikannya. Cikgu Nizammemberi alasan bahawa dia hanya penat sahaja. Ai Ling juga mendapati bahawa fizikal CikguNizam sudah berubah. Urat-urat di kepala Cikgu Nizam sudah timbul dan tubuhnya jugasudah kurus. Walau bagaimanapun, Cikgu Nizam tetap menyatakan bahawa dia sihat.

Ai Ling juga bertanya tentang Aiman kepada Cikgu Nizam. Ai Ling ingin tahu bilaCikgu Nizam akan membawa Aiman ke kampung ini. Ai Ling ingin berkenalan dengannya.Cikgu Nizam ingin menceritakan masalah yang dihadapinya kepada Ai Ling tetapi diamembatalkan hasratnya itu. Cikgu Nizam tidak mahu melibatkan Ai Ling dalam masalahkehidupannya.

(ix)

Majlis pelancaran Malam Sekampung Puisi akan dilangsungkan. Balai raya telah dicatbaharu. Buku-buku sastera lama telah dipamerkan di balai raya. Gambar-gambar serta latarbelakang sasterawan terkenal tanah air juga dipamerkan. Cikgu Nizam berasa lega apabilabeberapa orang penyair yang pernah memenangi pertandingan deklamasi puisi telahmengesahkan penyertaan mereka. Selain itu, ahli jawatankuasa untuk program tersebut jugatelah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan majlis itu. Cikgu Nizamberanggapan bahawa Aksara yang pernah diceritakannya kepada Abang Bakir, Roslan, Ramlidan Mazli akan berjaya sekiranya program ini berjaya.

Sakit kepada yang dialami oleh Cikgu Nizam semakin kronik. Cikgu Nizam terpaksamenahan kesakitannya itu dengan ubat yang dibekalkan oleh doktor. Pada masa ini, CikguNizam menyelesaikan semua tugasan sebagai guru di sekolah sehingga dia pulang lewat. AiLing pula terpaksa menunggunya. Mujur Ai Ling memahami kesibukannya. Pada waktumalam, Cikgu Nizam menunaikan solat sunat. Ketika ini, dia berasa bahawa dirinya dekatdengan Allah. Kerinduannya terhadap Aiman semakin memuncak. Cikgu Nizam sentiasamembayangkan wajah Aiman. Cikgu Nizam menatap potret kecil Aiman danmendakapkannya ke dada. Cikgu Aiman berharap Aiman datang menemuinya. Cikgu Aimanterus menangis teresak-esak.

4

DESAKAN HATI

Haiqal tidak dapat membuat keputusan sama ada ingin ke Johor atau tidak. Haiqalyakin bahawa uminya pasti tidak akan mengizinkan. Haiqal tidak pernah membantahkeputusan uminya kecuali sekali. Manuskrip yang dibaca oleh Haiqal mempengaruhinya

MODUL PRIGEL KOMSAS

150

untuk ke Johor. Haiqal merasakan bahawa manuskrip yang dibaca olehnya merupakan kisahbenar. Haiqal yakin bahawa si penghantar manuskrip itu mempunyai sebab yang tersendiridengan menghantar manuskrip itu kepadanya.

Pada malam itu, Haiqal telah keluar untuk bertemu Ratna. Perkara itu menghairankanumi dan walidnya. Ketika bertemu Ratna, Haiqal memberitahu bahawa dia sudah selesaimembaca manuskrip tersebut. Haiqal beranggapan bahawa manuskrip itu menceritakankesunyian dan kesakitan yang ditanggung oleh ayahnya. Kandungan manuskrip dalammanuskrip itu benar-benar merumitkan fikiran Haiqal.

Dalam manuskrip itu, watak utamanya ialah seorang penulis. Ratna membuatpersamaan antara watak utama manuskrip itu dengan diri Haiqal yang merupakan pelajaryang hebat dalam bidang sastera. Haiqal sering memenangi pertandingan deklamasi puisiperingkat sekolah, johan menulis sajak dan cerpen peringkat negeri. Namun begitu, umi tidakpernah berbangga akan pencapaian Haiqal. Kebencian umi terhadap ayahnya ada kaitandengan dunia sastera ayahnya. Haiqal berasa bingung. Haiqal tidak tahu cara untuk diaberhadapan dengan umi dan walidnya. Ratna memberi sokongan kepada Haiqal. Ratnamemberitahu bahawa jika niat Haiqal betul, Allah akan menunjukkan jalan penyelesaiannya.

Haiqal menyatakan bahawa uminya pernah kecewa dengan keputusan Haiqal yangmemilih kelas sastera apabila masuk ke tingkatan enam. Itulah kali pertama Haiqal berkerasdengan uminya. Ratna menasihati Haiqal supaya memikirkan perkara tersebut masak-masaksebelum membuat keputusan. Kemudian, Haiqal memohon diri untuk pulang kerana jamsudah menunjukkan jam 12.00 malam. Haiqal tidak mahu umi dan walidnya bimbang.

5

RINDU

Haiqal berasa terkilan kerana dia tidak mempunyai kenangan indah bersama denganayahnya. Haiqal membelek-belek manuskrip itu sekali lagi. Haiqal ingin kepastian tentangwatak Ai Ling yang mungkin memiliki persamaan dengan individu yang bernama Ong SeeHwa. Haiqal juga ingin membuat andaian tentang watak Ai Ling yang mungkin watak rekaanayahnya sahaja.

Suasana Kampung Seri Purnama terbayang-bayang di mata Haiqal. Bunyi kompangdan alunan irama zapin seakan-akan kedengaran di telinga Haiqal. Zapin merupakan tarianterkenal di negeri Johor. Haiqal hanya pernah menontonnya di televisyen sahaja. Haiqal tidakpernah memalu kompang apatah lagi menari zapin. Berdasarkan manuskrip tersebut, Haiqalmendapat gambaran bahawa ayahnya handal menari zapin. Perkara itu menyebabkan Haiqalberasa kagum akan kehebatan ayahnya. Jika catatan dalam manuskrip tersebut benar, ayahHaiqal merupakan orang yang hebat.

MODUL PRIGEL KOMSAS

151

Haiqal berasa rugi kerana dia tidak dapat hidup lama bersama-sama dengan ayahnya.Dunia umi dan walidnya hanyalah butik dan kilang batiknya. Uminya mahu Haiqal mewarisiperniagaan keluarga tetapi Haiqal tidak berminat. Haiqal hanya bekerja di kedai batik uminyadi Pasar Payang untuk memenuhi duit poket. Hanya adik tirinya, Nurul Aisyah yangmenunjukkan minat dalam perniagaan. Sewaktu ayahnya meninggal dunia tujuh tahun yanglepas, Haiqal tidak dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah ayahnya. Ketika itu,Haiqal sedang menduduki UPSR. Haiqal terpaksa ditenangkan oleh pengawas kerana diamenangis sepanjang masa menjawab soalan peperiksaan. Haiqal berasa hairan kerana diatidak tahu tentang masalah yang dihadapi oleh ayah dan uminya sehingga menyebabkanmereka berpisah.

6

SATU KETETAPAN

Haiqal telah membuat keputusan yang muktamad. Haiqal ingin pulang ke kampunghalaman ayahnya di Johor walaupun dia tidak pernah ke sana. Haiqal menyatakan hasratnyakepada Ratna. Hasrat Haiqal disokong oleh Ratna. Sebagai sahabat, Ratna hanya mampumendoakan Haiqal agar selamat sampai ke Johor. Ratna menasihati Haiqal supaya menjagadiri apabila berada di tempat orang.

Setelah solat maghrib, Haiqal menyuarakan hasrat itu kepada uminya. Sepertijangkaan Haiqal, uminya melarang Haiqal ke Johor kerana ayahnya sudah meninggal dunia.Uminya menyuruh Haiqal menerima kenyataan. Namun begitu, Haiqal berkeras untuk keJohor kerana dia perlu mengetahui asal usul ayahnya. Haiqal juga ingin melihat peninggalanarwah ayahnya. Umi tetap berkeras melarang Haiqal ke Johor kerana uminya tidak mahuHaiqal menjadi seperti ayahnya yang hanya hidup mengejar bayang-bayang. Uminya jugatidak mahu memberikan wang kepada Haiqal sepanjang Haiqal berada di Johor.

Ketika perbalahan itu, walid cuba mententeramkan keadaan. Walid menenangkanHaiqal. Sikap terbuka walid menyebabkan Haiqal tidak menganggap bahawa walidnya sepertiorang asing. Haiqal memohon maaf kepada walid atas kejadian perbalahan tersebut. Walidmemberi keizinan kepada Haiqal untuk ke Johor. Pada masa yang sama, walid berjanji akanmemberikan wang perbelanjaan sepanjang Haiqal berada di Johor.

7

PERJALANAN YANG JAUH

Haiqal memulakan perjalanan ke Johor dengan menaiki bas. Tayangan filem lucu didalam bas tidak menarik minat Haiqal. Wajah Ratna sentiasa bermain-main di mindanya.Ketika di stesen bas, Haiqal berjanji kepada Ratna bahawa dia akan kembali keTerengganu.Ketika Haiqal keluar dari rumah, uminya langsung tidak menghantarnya. Hanyawalid dan Nurul Aisyah sahaja yang menghantarnya ke pintu pagar. Haiqal sempat menjelingke arah jendela rumahnya tetapi ibunya tidak kelihatan. Walid dan Nurul Aisyah mahumenghantar Haiqal ke stesen bas tetapi Haiqal tidak membenarkan kerana bimbang akanmenyakiti hati uminya.

MODUL PRIGEL KOMSAS

152

Sepanjang perjalanan, Haiqal tertidur. Haiqal hanya tersedar ketika bas berhenti diRnR Kuantan. Haiqal memesan mihun sup dan teh tarik. Walaupun Haiqal tidak berselerauntuk makan, tetapi dia terpaksa menelannya kerana perutnya lapar. Kemudian, basmeneruskan perjalanan ke Johor. Sepanjang perjalanan tersebut, Haiqal hanya tidur sepanjangmasa kerana dia tidak mahu menempuh perjalanan yang terlalu panjang.

8

TIBA DI KAMPUNG

Haiqal sampai di stesen Batu Pahat tepat jam 5.30 pagi. Pada waktu itu, hanya kedaimamak sahaja yang dibuka namun, Haiqal belum berselera untuk sarapan pagi. Haiqalmenunaikan solat subuh di bilik solat yang terdapat di stesen bas tersebut. Dengan bantuanseorang pengawal keselamatan, Haiqal berjaya mendapatkan teksi menuju ke Kampung SeriPurnama. Pemandu teksi tersebut memperkenalkan dirinya sebagai pak cik Salleh. Sepanjangperjalanan, mereka berbual-bual. Pak cik Salleh sudah menjadi pemandu teksi selama sepuluhtahun. Memandu teksi merupakan kerja samping pak cik Salleh. Pada waktu siang, pak cikSalleh menjadi tukang rumah. Pak cik Salleh membuat dua kerja pada satu hari kerana diamahu menampung perbelanjaan persekolahan anak-anaknya. Pak cik Salleh menasihatiHaiqal supaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah kerana pekerjaan bergaji lumayanpada zaman moden ini memerlukan ijazah. Sepanjang perjalanan itu juga, pak cik Sallehtelah menunjukkan pembangunan di kawasan Parit Raja yang dipenuhi dengan kawasanperindustrian. Kawasan ini semakin maju apabila sebuah institusi pengajian tinggi awam telahdibina.

Mereka telah sampai di Kampung Seri Purnama. Namun begitu, Haiqal tidak tahu arahtujuannya kerana dia tidak mempunyai alamat rumah ayahnya. Pak cik Salleh bersungguh-sungguh membantunya dengan membawa Haiqal mencari penduduk kampung di situ untukbertanya tentang kedudukan rumah Abdullah bin Kayan; ayah Haiqal. Kesungguhan pak cikSalleh membuatkan Haiqal terharu. Mereka berhenti di sebuah warung. Haiqal bertanyakepada penebar roti canai tentang rumah arwah Cikgu Abdullah. Apabila Haiqal menyatakanbahawa dirinya ialah anak arwah Cikgu Abdullah, penebar roti canai itu mempelawanyaduduk. Haiqal diminta untuk menunggu kedatangan Tauke Ong pada jam 7.30 pagi. Haiwalmempelawa pak cik Salleh untuk bersarapan dengannya tetapi pak cik Salleh menolak keranadia takut terlambat untuk pergi bertukang. Kemudian, Haiqal membayar tambang kepada pakcik Salleh.

Penebar roti canai memperkenalkan dirinya sebagai Sakimin atau lebih dikenalisebagai Wak Min. Isterinya pula dipanggil Mak Menah. Fikiran Haiqal terus bermain-maindengan soalan. Haiqal cuba mengaitkan watak Tauke Lim dengan Tauke Ong. Haiqaltertanya-tanya sama ada Tauke Lim dan Tauke Ong merupakan orang yang sama atau tidak.Ketika Tauke Ong datang bersarapan di warung, Wak Min telah memperkenalkan Haiqalkepada Tauke Ong. Pelanggan-pelanggan lain turut memerhatikan Haiqal. Tauke Ongmenyatakan bahawa hajat arwah ayah Haiqal telah tercapai. Selepas bersarapan, Tauke Ong

MODUL PRIGEL KOMSAS

153

berjanji akan membawa Haiqal ke rumah ayahnya. Rumah tersebut dijaga oleh Tauke Ong.Haiqal berasa lega kerana dia mempunyai tempat untuk bermalam.

Tauke Ong telah menghantar Haiqal ke rumah ayahnya. Rumah itu bersih kerana anakTauke Ong, See Hwa mengemasnya dua hari sekali. Haiqal menyatakan kepada Tauke Ongbahawa dia ke sini kerana manuskrip yang dihantar oleh Ong See Hwa. Tauke Ongmemaklumkan bahawa manuskirp itu telah diserahkan kepada Ong See Hwa dua hari sebelumayahnya meninggal dunia. See Hwa terlalu sayang akan manuskrip itu tetapi dia perlumenyerahkan kepada pewarisnya. Ketika di rumah, Haiqal telah melihat sijil-sijil milikayahnya; Abdullah Kayan. Haiqal berasa bahawa ayahnya lebih hebat daripada watak yangdigambarkan dalam manuskrip tersebut.

9

PERTEMUAN

Tauke Ong telah membawa Haiqal ke pekan untuk makan tengah hari. Ketika dalamperjalanan, Tauke Ong menceritakan bahawa setelah kematian ayah Haiqal, dia telahdiamanahkan untuk menjaga kebun-kebun ayahnya. Tauke Ong akan menyerahkan kebun-kebun tersebut kepada Haiqal. Pada masa yang sama, ayah Haiqal turut mewariskan wangsimpanannya di bank untuk Haiqal. Haiqal mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ongkerana menjaga amanah ayahnya. Tauke Ong memberitahu bahawa jasa keluarga ayah Haiqalkepada keluarganya sangat besar. Tauke Ong berkata bahawa hutang budi keluarga ayahHaiqal tidak dapat dibayar sehingga mati.

Apabila sampai di kedai makan, Tauke Ong menurunkan Haiqal dan See Hwa dihadapan kedai. Tauke Ong tidak turut serta kerana dia mempunyai urusan lain. Walaupunbaru berjumpa, Haiqal dan See Hwa mudah mesra. Haiqal seolah-olah mengenali See Hwakerana perwatakannya hampir sama seperti yang digambarkan melalui perwatakan Ai Ling.Mereka menikmati kari kepala ikan yang pedas. See Hwa tidak kekok makan denganmenggunakan tangan. Kemudian, See Hwa menceritakan tentang keenakan ikan haruanmasak cili api yang dimasak oleh ayah Haiqal. Pada waktu ini, Haiqal berasa sedih keranatidak mendapat kasih sayang daripada arwah ayahnya. Kasih sayang ayahnya telahdicurahkan kepada See Hwa.

Selesai makan tengah hari, mereka ke kedai buku berhampiran. See Hwa membelinovel kegemarannya. See Hwa dan Haiqal meminati penulis yang sama seperti ShahnonAhmad dan Shakespeer. See Hwa mengatakan bahawa minat Haiqal dan arwah ayahnyaadalah sama seperti peribahasa “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. ApabilaHaiqal pulang ke rumah, dia berasa rindu akan adik tirinya Nurul Aisyah. Masing-masingberbalas mesej untuk berkongsi perasaan rindu. Pada masa yang sama, Haiqal turut berasarindu akan Ratna. Haiqal sengaja tidak membalas mesej Ratna kerana mahu membiarkangadis itu tertunggu-tunggu

MODUL PRIGEL KOMSAS

154

10

PUSARA

Tauke Ong telah meminjamkan motosikalnya kepada Haiqal. Motosikal tersebutmemudahkan pergerakan Haiqal di kampung. Kemudian, Haiqal menunggang motosikal ituuntuk menziarahi pusara ayahnya. Ketika di pusara, Haiqal seolah-olah tidak mahumeninggalkan pusara ayahnya kerana terlalu rindu akan ayahnya. Haiqal membaca surahYasin untuk roh ayahnya. Selepas menziarahi pusara ayahnya, Haiqal telah berkenalandengan pak cik Bakar. Ketika itu pak cik Bakar sedang memancing ikan. Pak cik Bakarmerupakan orang yang rapat dengan arwah ayah Haiqal. Ketika kali pertama pak cik Bakarmelihat Haiqal, pak cik Bakar seolah-olah melihat arwah ayah Haiqal. Pak cik Bakarmempelawa Haiqal untuk datang ke rumahnya bila-bila masa. Rumahnya tidak jauh darirumah Tauke Ong.

Selepas bersolat magrib dan isyak di masjid, Haiqal menuju ke warung untuk makankerana dia belum makan lagi sejak petang tadi. Haiqal dan Mak Menah berbual-bual tentangpelajaran dan pemuda-pemuda di Kampung Seri Purnama yang majoritinya bekerja di kilangdi pekan dan menunggu keputusan SPM. Ada empat orang pemuda yang menganggur. MakMenah memberitahu bahawa pemuda-pemuda di kampung ini suka berlonggok danbersembang. Ada juga yang suka menunggang motosikal ke sana ke mari membuang masa.Keadaan itu tidak berlaku ketika arwah ayah Haiqal masih hidup kerana banyak aktiviti bolehdilakukan.

Pak cik Bakar telah datang ke warung diikuti oleh Haji Salim dan Wak Arif. Merekamenyatakan bahawa golongan pemuda di kampung sudah tidak meminati muzik dan tariantradisional. Kumpulan zapin juga sudah tidak aktif selama 7 tahun. Selepas kematian ayahHaiqal, seorang demi seorang orang ahli kumpulan zapin yang pandai menari meninggaldunia. Ketika di warung, Haiqal berasa kagum dengan budaya sopan santun yang diamalkanoleh golongan pemuda kampung itu. Mereka akan bersalaman dengan semua pengunjungwarung sebelum duduk di tempat masing-masing.

Perbualan antara Haiqal dan pak cik Bakar berterusan sehingga ke rumah pak cikBakar. Perwatakan Haiqal sama seperti ayahnya yang lebih suka berbual di luar rumah sahaja.Pak cik Bakar mengatakan bahawa ayah Haiqal merupakan seorang yang tabah. Ayah Haiqalcuba untuk membawa Haiqal tinggal bersama-samanya tetapi gagal. Haiqal menyatakanhasrat sebenarnya berkunjung ke kampung ini. Antara hasratnya termasuklah untukmengetahui lebih lanjut tentang kisah hidup ayahnya. Pak cik Bakar memberitahu Haiqalbahawa hubungan antara ayah Haiqal sangat unik kerana ayahnya menganggap bahawa SeeHwa seperti Haiqal.

MODUL PRIGEL KOMSAS

155

11

SUASANA BAHARU

Haiqal sudah berada di Kampung Seri Purnama selama seminggu. Tauke Ong telahmenyerahkan wang simpanan dan wang hasil jualan kelapa sawit semenjak ayah Haiqalmeninggal dunia. Jumlah wang tersebut adalah banyak. Namun begitu, Haiqal memberitahuTauke Ong bahawa kehadirannya bukanlah untuk menuntut harta. Haiqal tidak mahukehadirannya di kampung itu disalah anggap oleh Tauke Ong. Pada masa yang sama, Haiqalmengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana menguruskan harta peninggalan arwahayahnya. Tauke Ong memberitahu bahawa dia hanya menjalankan amanah arwah ayah Haiqal.Tauke Ong juga memberitahu bahawa jasa keluarga ayah Haiqal sangat besar kepada keluargaTauke Ong. Sebelum meninggal dunia, arwah ayah Haiqal telah berpesan supayamenyerahkan semua wang simpanan dan kebun kelapa sawitnya kepada Haiqal jika Haiqaldatang ke Kampung Seri Purnama.

Tauke Ong juga telah menyerahkan pengurusan kebun kelapa sawit peninggalanarwah ayah Haiqal kepada Haiqal. Pada mulanya, Haiqal mahu Tauke Ong menguruskannyaseperti biasa tetapi Tauke Ong tetap mahu Haiqal mengusahakannya. Haiqal tidak tahumenguruskan kebun kelapa sawit. Oleh itu, Tauke Ong mahu Haiqal belajar menguruskannyadaripada Abang Bidin dan Abang Salleh. Apabila Haqal melanjutkan pelajaran, barulahTauke Ong akan mengambil alih semula tugas mengurus kebun kelapa sawit. Haiqal telahberkenalan dengan Abang Bidin dan Abang Salleh ketika kali pertama Haiqal sampai diwarung. Abang Bidin dan Abang Salleh merupakan bekas tentera. Selepas bersara, merekasepakat untuk mengambil upah memetik buah kelapa sawit dan menguruskan kebun kelapasawit. Upah yang diambil oleh mereka dikiran berdasarkan jumlah tan buah kelapa sawit.Semakin berat buah kelapa sawit, semakin banyaklah upah yang akan diperolehi mereka.Haiqal telah bersetuju untuk mengupah Abang Bidin dan Abang Salleh kerana mereka mahirmelakukan kerja. Kebun-kebun yang dikerjakan oleh mereka juga bersih.

Hampir seminggu Haiqal berada di kampung Seri Purnama, Haiqal telah berkenalandengan ramai pemuda di kampung itu. Antaranya termasuklah Lazim yang sedang menunggukeputusan STPM seperti Haiqal. Bezanya, Lazim belajar dalam bidang ekonomi manakalaHaiqal belajar dalam bidang kesusasteraan Melayu. Lazim bekerja di kilang tekstil di pekansementara menunggu keputusan SPM. Pada waktu lapang, Lazim memancing ikan puyu disungai. Ikan-ikan puyu tersebut dikumpulkan di dalam tempayan. Apabila ikan semakinbertambah, Lazim menjualnya di pekan.

Ketika Lazim bermalam di rumah Haiqal, Lazim telah bercadang untuk membawaHaiqal ke balai raya pada esok petang kerana di sana kenangan ayah Haiqal sangat banyak.Asalnya, balai raya tersebut adalah sunyi tetapi sejak kedatangan ayah Haiqal, balai rayatersebut semakin meriah dengan aktiviti kebudayaan. Lazim juga memberitahu bahawa diapandai menari zapin. Haiqal menggunakan kesempatan itu untuk menyuruh Lazimmengajarnya menari zapin. Pada masa yang sama, Lazim menyuruh Haiqal mengenali See

MODUL PRIGEL KOMSAS

156

Hwa dengan lebih dekat kerana See Hwa ialah orang yang paling rapat dengan arwah ayahHaiqal. Selain itu, ayah Haiqal mencurahkan kasih sayangnya kepada See Hwa.

Selepas menunaikan solat subuh, See Hwa mempelawa Haiqal untuk bersarapanbersama-sama dengan Tauke Ong di pekan. Mereka bersarapan di kedai lontong Haji Halim.Lontong di situ benar-benar enak. Selepas Tauke Ong membayar harga makanan danminuman, dia sengaja membiarkan See Hwa dan Haiqal berbual-bual. See Hwa berkongsikisah hidupnya bersama-sama ayah Haiqal. See Hwa menyatakan bahawa sesiapa yang rapatdengan ayah Haiqal, orang itu akan sentiasa beranggapan bahawa ayah Haiqal seolah-olahmasih hidup. See Hwa memberitahu bahawa dia bukanlah orang yang layak untuk ayahnyamencurahkan kasih sayang. See Hwa juga yakin bahawa Haiqal benar-benar wujud pada masaitu. Kemudian, Haiqal mengucapkan terima kasih kepada See Hwa kerana membahagiakanayahnya.

12

RAHSIA BALAI LAMA

Lazim dan See Hwa telah membawa Haiqal berkunjung ke balai raya. Di dalam balairaya, terdapat sebuah bilik bacaan yang diusahakan oleh arwah ayah Haiqal. Menurut SeeHwa dan Lazim, bilangan buku di bilik bacaan tersebut semakin berkurangan keranasebilangan peminjam buku tidak memulangkan buku. Bilik bacaan tersebut adalah bersih dankemas kerana See Hwa secara sukarela datang seminggu sekali untuk mengemas bilik bacaantersebut. Kemudian, Lazim menunjukkan ruang pameran Abdullah Kayan. Di sini, Lazimmelihat biodata ayahnya; Abdullah Kayan. Biodata tersebut memaparkan sumbangan danpencapaian arwah ayahnya yang sangat hebat dalam bidang kesusasteraan. Selain itu, banyakgambar arwah ayahnya dipamerkan. Lazim menyatakan bahawa arwah Abdullah bin Kayansangat hebat dalam tarian zapin. Kemudian, Lazim menunjukkan buku-buku yang ditulis olehayahnya tersimpan dalam bilik bacaan tersebut. Haiqal ingin tahu maksud Aksara seperti yangtertulis dalam manuskrip tersebut. See Hwa memberitahu bahawa Aksara ialah AkademiSastera Rakyat.

Idea untuk menghidupkan kembali kumpulan zapin telah tercetus selepas kunjunganHaiqal ke balai raya lama tersebut. Tanpa berlengah, Haiqal menyuarakan hasrat tersebutkepada pak cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif. Haiqal menaruh harapan supaya merekadapat membantu Haiqal. Haji Salim memberitahu bahawa pemuzik tarian zapin masih hidup.Namun begitu, penari zapin yang tinggal hanyalah tiga orang sahaja. Walau bagaimanapun,mereka sudah tua. Semangat yang ditunjukkan oleh Haiqal sama seperti semangat yangditunjukkan oleh arwah ayahnya dahulu. Pak cik Bakar memberi cadangan supaya perkara inidibincangkan terlebih dahulu bersama-sama dengan ketua kampung. Pak cik Bakarmemaklumkan bahawa cadangan Haiqal bukanlah cadangan yang perlu dibuat secarasambalewa sahaja.

Haiqal sudah berada di kampung Seri Purnama selama sebulan lebih. Haiqal dilayandengan baik oleh penduduk kampung. Haiqal percaya bahawa jika dia bukan anak Abdullahbin Kayan, penduduk kampung tersebut akan tetap melayannya dengan baik. Perasaan rindu

MODUL PRIGEL KOMSAS

157

akan Pantai Timur juga turut lahir dalam hati Haiqal. Walaupun Haiqal selalu menghubungiNurul Aisyah dan Walid, dia belum lagi menghubungi uminya. Walid memberitahu bahawauminya masih terkilan dengan tindakan Haiqal. Namun begitu, Haiqal telah menetapkanniatnya untuk meneruskan usaha menghargai perjuangan ayahnya. Pada masa yang sama,Haiqal juga mempunyai hak untuk menyayangi ayah kandungnya sendiri. Haiqal berdoasupaya uminya akan memahami tindakannya pada suatu hari nanti.

Haiqal juga mengenali ayahnya daripada See Hwa. Gadis itu banyak menyimpankenangan bersama-sama dengan ayahnya. See Hwa juga menyimpan koleksi buku yangditulis oleh ayah Haiqal. See Hwa berjanji untuk meminjamkan koleksi buku tersebut kepadaHaiqal.

13

SINAR HARAPAN

Haiqal berasa lega apabila Haji Jamil iaitu Ketua Kampung Seri Purnama telahbersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan KeselamatanKampung (JKKK) untuk membincangkan cadangan Haiqal untuk menghidupkan kembalikumpulan zapin. Pada petang itu, Haiqal telah ke rumah Tauke Ong. See Hwa berjanji akanmenyerahkan koleksi buku yang ditulis oleh arwah ayah Haiqal. See Hwa menjalankanamanah arwah ayah Haiqal yang mahu koleksi buku itu diserahkan kepada Haiqal. Puan Kheitelah menyediakan pisang goreng dan teh pada petang itu. Mereka minum petang bersama-sama. Haiqal berasa kagum akan See Hwa yang bukan sahaja cantik, malah seorang gadisyang berbudi bahasa dan fasih berbahasa Melayu.

Ketika Tauke Ong pulang, dia menyertai Haiqal, See Hwa dan Puan Khei minumpetang. Kemudian, Tauke Ong memuji cadangan Haiqal yang mahu menghidupkan semulakumpulan zapin di kampung itu. Walau bagaimanapun, Haiqal berasa bimbang jikacadangannya akan menyusahkan penduduk kampung. Tauke Ong menasihati Haiqal supayatidak berasa bimbang kerana Tauke Ong sangat yakin bahawa penduduk kampung pasti akanbersetuju dengan cadangan Haiqal. Jika cadangan itu tidak diterima, sudah tentulah warisanbudaya itu akan lenyap.

Tauke Ong memberitahu bahawa ada beberapa orang anak muda di kampung itu yangmahir menari zapin tetapi mereka malu untuk menunjukkan kebolehan mereka. Layananmesra yang diberikan oleh keluarga Tauke Ong terhadap diri Haiqal membuatkan Haiqalmembuatkan diri Haiqal berasa terharu. Haiqal juga tidak merasakan dirinya sebagai orangasing apabila bergaul dengan keluarga Tauke Ong. Oleh sebab itu, Haiqal berasa selesa untukmeluahkan masalahnya kepada See Hwa. Haiqal telah menceritakan masalah antara dirinyadengan uminya. See Hwa mengerti akan masalah yang melanda Haiqal. See Hwa menasihatiHaiqal supaya tabah menghadapi dugaan itu. See Hwa menasihati Haiqal supaya tidakmensia-siakan bakat menulisnya. Menurut kata arwah ayah Haiqal, orang yang mensia-siakanbakat yang dikurniakan oleh Tuhan ibarat mengkhianati bakat itu. See Hwa memberi galakankepada Haiqal untuk terus menulis. See Hwa juga menceritakan kisah ayah Haiqal yang

MODUL PRIGEL KOMSAS

158

sentiasa menjadikan See Hwa sebagai orang pertama yang akan membaca manuskrip yangtelah siap dikarang terutamanya mansukrip cerpen dan novel kanak-kanak.

Haiqal menghabiskan masa di kampung dengan melihat Abang Bidin dan AbangSalleh bekerja di kebun kelapa sawit. Selain itu, Haiqal turut menghabiskan masanyamembaca novel-novel dan antologi cerpen yang ditulis oleh ayahnya. Apabila membacacerpen yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal mendapati bahawa cerpen yang ditulis bertemakankisah keguruan, kehidupan masyarakat setempat dan kebudayaan. Pada masa ini, Haiqal dapatmenyelami jiwa ayahnya sebagai penulis. Haiqal sangat mengagumi bakat menulis yang adapada diri ayahnya. Tauke Ong juga sentiasa mengajaknya mengelilingi kampung sebelahuntuk meraih hasil tani penduduk-penduduk kampung itu. Tauke Ong membeli hasil tanisecara tunai. Menurut Tauke Ong, dia tidak suka berhutang. Pada masa yang sama, berniagaperlu jujur. Ketika Haiqal asyik membaca, pak cik Bakar datang ke rumah Haiqal untukmengundang Haiqal ke balai raya. Mereka akan bermesyuarat pada malam itu. Pak cik Bakarmeminta Haiqal untuk mempelawa See Hwa dan Tauke Ong untuk turut hadir dalammesyuarat itu.

Haiqal menghitung hari keputusan STPM yang akan diumumkan. Tempohnya tinggalsebulan sahaja lagi. Haiqal tidak pasti ke mana arah tujuannya selepas ini. Uminya benar-benar mahu Haiqal meneruskan pelajaran dalam bidang perniagaan malah uminya bercadangmahu menghantar Haiqal belajar di luar negara. Uminya mahu Haiqal mewarisi perniagaanbatik. Namun begitu, Haiqal lebih suka untuk menjadi guru seperti arwah ayahnya. Haiqalbertegas untuk menjadi dirinya sendiri.

Setelah bermesyuarat, mereka telah membuat keputusan untuk menerima cadanganHaiqal yang mahu menghidupkan kembali kumpulan zapin D’Purnama. Haji Jamil juga turutmenyatakan bahawa usaha ini dapat mengingati jasa-jasa Cikgu Abdullah yang besar terhadapKampung Seri Purnama. Usaha Cikgu Abdullah telah mengharumkan nama kampung SeriPurnama. Haji Jamil juga memaklumkan bahawa Yang Berhormat Datuk Syaiful Azizi, AhliDewan Undangan Negeri kawasan itu jug akan hadir sebagai tetamu kehormat. Dalammesyuarat itu, mereka telah mengagih-agihkan tugas. JKKK lelaki ditugaskan untukmengetuai bahagian memasang balai, seranta, memasang sistem pembesar suara manakalaahli JKKK wanita ditugaskan untuk menyediakan juadah jamuan. Tauke Ong telah bermurahhati untuk menaja jamuan untuk majlis itu. Mereka mempunyai masa hanya sebulan sahajalagi untuk membuat persiapan.

Setelah bermesyuarat, mereka tidak terus pulang tetapi berbual-bual di bahagianberanda balai raya. Pak cik Bakar memaklumkan bahawa balai raya ini merupakan pusataktiviti kebudayaan dan sastera di kampung ini. Pada masa yang sama, balai raya inimenyimpan banyak kenangan tentang kumpulan zapin D’Purnama dan Aksara. Setelah CikguAbdullah meninggal dunia, usaha untuk menghidupkan kumpulan zapin itu tetap dilakukan.Malangnya, masing-masing bagaikan kehilangan arah tujuan lebih-lebih lagi ada orang kuatD’Purnama yang telah meninggal dunia. Pak cik Bakar memberitahu bahawa sambutanterhadap Aksara sangat menggalakkan tetapi setelah kematian Cikgu Abdullah, Aksara terbiar

MODUL PRIGEL KOMSAS

159

begitu sahaja. Cikgu Abdullah merupakan orang yang sangat berpengaruh di kampung ini.Ketokohannya dalam bidang kesusasteraan diiktiraf oleh kerajaan negeri.

14

MENCARI KESERASIAN

Haiqal banyak menghabiskan masa malamnya dib alai raya untuk persiapanpersembahan zapin. Balai dan pentas sudah dipasang di hadapan balai raya. Haji Salim yangsudah berusia masih hebat memetik gambus. Wak Arif pula memalu gendang panjang denganpenuh bertenaga. Pak cik Bakar dan dua orang rakannya memalu gendang marwas. Haji Salimmenyanyikan lagu Gholiyabu dalam bahasa Arab. Suara serak-serak garau Haji Salim sangatmerdu untuk didengari. Haiqal memberanikan diri bermain tamborin. Haiqal berasa seronokbermain tamborin. Latihan zapin bertambah meriah apabila Wak Parmin, Abang Ramlan,Wan Seman dan Haji Selamat turut menarikan zapin jincat. Tauke Ong menyuruh Haiqalmencuba untuk menari zapin. Tauke Ong menyuruh Haiqal mempelajarinya daripada pak cikBakar. Haiqal cuba menolak kerana kehadirannya di sini bukan untuk belajar zapin tetapi diaingin merasai suasana suasana kehidupan ketika ayahnya masih hidup. Namun begitu, Haiqalterpaksa menerima pelawan untuk belajar menari zapin apabila Pak Cik Bakar, Haji Selamat,Wak Parmin, Abang Ramlan dan Wak Seman bersungguh-sungguh mahu mengajarnya.Haiqal bimbang kerana jika Haiqal menolak sudah tentu mereka akan berkecil hati. Pak CikBakar mengajar Haiqal dengan tekun. Gerakan Haiqal masih keras. Haiqal juga berasa penat.Sekarang, barulah Haiqal benar-benar faham bahawa tarian zapin memerlukan kecergasanuntuk menarikannya.

Hampir pukul 12.00 tengah malam, barulah mereka bersurai. Sebelum pulang, merekaminum di warung Wak Min. Di warung, Haiqal telah diajarkan tarian zapin secara teori.Haiqal mengakui bahawa tarian zapin memang memenatkan tetapi sangat unik! Haiqal turutberasa kesal kerana anak-anak muda di kampung ini seperti tidak meminati tarian zapinkerana tidak ada seorang anak muda yang sudi menjengah walaupun mereka sudah mulaberlatih beberapa hari yang lalu. Menurut Pak Cik Bakar, anak-anak muda di kampung iniibarat “hangat-hangat” tahi ayam, Sebagai contohnya, kumpulan kompang yang dianggotaioleh anak-anak muda pun turut berkubur. Punca perkara ini berlaku kerana tidak ada minatdalam diri mereka. Haiqal menerangkan bahawa dia suka tinggal di kampung ini keranakekayaan budayanya. Pak Cik Bakar memaklumkan bahawa ayah Haiqal merupakan seoranglelaki yang tabah dan mempunyai keinginan luar biasa. Ayah Haiqal sanggup berpisah denganumi Haiqal kerana kecintaannya terhadap kebudayaan di kampung ini. Arwah ayah Haiqaltidak mahu tarian zapin ini lenyap.

Haiqal kemudiannya menceritakan kisah yang tertulis dalam manuskrip tersebuttermasuklah watak-wataknya juga. Haiqal bertanya kepada Pak Cik Bakar sama ada See Hwapandai menari zapin atau tidak. Sebenarnya, Haiqal masih ragu-ragu sama ada Ai Ling yangterdapat dalam manuskrip ayahnya merupakan See Hwa dalam dunia sebenar. Haiqal jugatidak pasti sama ada watak Ai Ling merupakan imaginasi ayahnya sahaja untuk menguatkan

MODUL PRIGEL KOMSAS

160

jalan cerita atau watak yang benar-benar wujud. Pak Cik Bakar meminta Haiqal menggunakanpeluang yang ada untuk mengenali See Hwa.

Tauke Ong mengatakan bahawa Haiqal mempunyai kebolehan semula jadi dalamtarian zapin walaupun tarian Haiqal masih sumbang. Lazim yang sudah lama tidak menarimudah menangkap gerak tari zapin itu semula. Haiqal berasa malu kerana dirinya menjaditumpuan ketika berlatih zapin. Sekarang, beberapa orang anak muda sudah mula melihatmereka berlatih menari zapin. Walaupun mereka tidak bermain alat muzik atau menari zapin,kehadiran mereka merupakan satu sokongan moral kepada kumpulan zapin D’ Purnama.Haiqal mengakui bahawa Lazim merupakan seorang penari zapin jincat yang hebat. Haiqalyakin bahawa Lazim dapat mengekalkan kumpulan D’Purnama. Namun begitu, Lazim tidakboleh bergerak seorang diri. Lazim memerlukan sokongan daripada beberapa orang anakmuda kampung itu yang mewarisi kemahiran yang sama.

Haiqal sering tidur lewat sejak akhir-akhir ini. Haiqal teringatkan kata Lazim, Pak CikBakar dan juga manuskrip yang ditulis oleh arwah ayahnya. Haiqal perlu mencari peluanguntuk mengenali See Hwa. Namun begitu, Haiqal tidak mahu emosi See Hwa terganggutambahan pula See Hwa sedang belajar di kolej. Haiqal mengakui bahawa See Hwa seoranggadis yang agak unik. Keunikan See Hwa disebabkan oleh dia membesar dalam kelompokmasyarakat Melayu dan hanya warna kulit sahaja yang menunjukkan See Hwa berbangsaCina.

Pada waktu petang, See Hwa mengajak Haiqal bersiar-siar di tepi pantai. Peluangkeemasan ini digunakan oleh Haiqal untuk mengenali See Hwa dengan lebih dekat. See Hwamemberitahu bahawa pantai tersebut menyimpan banyak kenangan bersama-sama denganarwah ayah Haiqal. Pantai ini juga sangat istimewa untuk arwah ayah Haiqal. Menurut SeeHwa, di pantai ini, arwah ayah Haiqal bercerita tentang diri Haiqal. See Hwa menambah, jikaHaiqal tidak pulang ke kampung ini, dia pasti akan ke Terengganu untuk mencarinya. Haiqaljuga menyatakan kehairanan tentang manuskrip tersebut yang tidak diselesaikan. Cerita dalammanuskrip itu tergantung di pertengahan jalan. See Hwa memberitahu bahawa hanya arwahayah Haiqal dan Haiqal sahaja yang mempunyai jawapannya. Tugas See Hwa hanyalahmenyampaikan manuskrip itu kepada Haiqal.

See Hwa memberitahu bahawa dia suka melihat Haiqal menari. Menurut Tauke Ong,kehebatan Haiqal menari zapin sama seperti arwah Abdullah bin Kayan. See Hwa memintaHaiqal untuk menari zapin dengan Lazim pada minggu depan. See Hwa yakin bahawa orangkampung pasti akan menyukainya. Haiqal inginkan kepastian sama ada See Hwa pandaimenari zapin atau tidak. Namun begitu, See Hwa hanya tersenyum sahaja dan tidak memberiapa-apa jawapan. Apabila hari beransur senja, mereka berdua pulang ke rumah masing-masing.

MODUL PRIGEL KOMSAS

161

15

TETAMU ISTIMEWA

Haji Jamil gembira apabila melihat persiapan yang telah dibuat oleh pendudukkampung. Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif ialah orang yang paling sibuk pada malamitu. Haiqal juga turut membantu. Haiqal menyusun kerusi-kerusi plastik manakala See Hwamengemas bahagian dalam balai raya agar kelihatan cantik dan berseri. Sebilangan pendudukkampung bergotong-royong di belakang balai raya. Mereka memasak makanan untukhidangan para tetamu pada malam ini. Seminggu sebelum acara ini berlangsung, Haiqal telahmemaklumkan kepada walidnya tentang majlis pada hari ini. Haiqal meminta walid, umi danNurul Aisyah mendoakan Haiqal dapat membuat persembahan yang terbaik. Ketika merekasibuk membuat persiapan, Lazim telah ditimpa kemalangan ketika pulang dari tempat kerja.Peristiwa itu hampir mematahkan semangat mereka. Walaupun kecederaan yang dialami olehLazim tidak parah, luka-luka di kakinya perlu dijahit dan sudah tentulah Lazim tidak dapatmenari zapin pada malam ini. Mereka perlu mencari pengganti Lazim dengan segera keranatarian zapin akan terjejas jika bilangan penari tidak cukup. Haji Salim mencadangkan supayaSee Hwa menggantikan tempat Lazim. Haiqal terkejut dengan cadangan itu. Haji Salimmenyuruh Haiqal memujuk See Hwa supaya menari zapin dengannya. Haiqal ragu-ragudengan kebolehan See Hwa tetapi Haji Salim memberitahu bahawa See Hwa ialah pengerusikelab tarian tradisional di kolejnya.

Haiqal telah ke rumah See Hwa untuk memujuk See Hwa menari zapin. Haiqalterkejut apabila See Hwa sedang menggosok pakaian zapin. See Hwa dan Lazim sebenarnyaingin membuat kejutan kepada Haiqal. See Hwa dan Lazim akan menari zapin untukdipersembahkan kepada Haiqal. Rancangan ini ialah rancangan Pak Cik Bakar dan Haji Salim.Namun begitu, rancangan itu tidak dapat dilakukan kerana Lazim terlibat dalam kemalangan.Haiqal mempelawa See Hwa untuk menari zapin bersama-samanya. Haiqal benar-benarberharap supaya See Hwa dapat menari zapin bersama-samanya.

Persembahan zapin D’Purnama berjalan dengan lancar. Haiqal dapatmempersembahkan tarian zapinnya dengan baik walaupun ada perasaan gementar dalamhatinya. Beberapa orang warga emas yang mengalirkan air mata apabila menyaksikan tarianHaiqal. Lazim juga turut hadir pada malam itu walaupun terpaksa dipapah oleh rakan-rakannya. Ketika lagu Anak Ayam dimainkan, YB Datuk Syaiful Azizi meminta Haiqal danSee Hwa sekali lagi menari berpasangan. YB sangat terpesona melihat kelembutan gerak tariSee Hwa dan Haiqal.

16

BERMULALAH EPISOD

Haiqal merasakan bahawa hidupnya sangat serasi di Kampung Seri Purnama. Haiqalturut merasakan bahawa silir daksina (angin selatan) seolah-olah mendakap tubuhnya dantidak mahu melepaskannya. Haiqal perlu berani membuat keputusan. Haiqal tidak mampuuntuk membahagiakan semua orang tetapi dia juga tidak mahu untuk melakukan insan-insan

MODUL PRIGEL KOMSAS

162

yang menyayanginya terutamanya umi. Haiqal telah membuat keputusan untuk meninggalkanSemenanjung Malaysia. Haiqal telah melanjutkan pelajaran di sebuah university di BumiKenyalang (Sarawak).

Haiqal percaya bahawa dendam umi terhadap ayahnya telah hilang apabila umi datangke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari zapin jincat pada malampersembahan D’Purnama. Tambahan pula, umi mengajak walid ke kubur ayah. Haiqalmelihat umi menangis di kubur ayahnya. Umi telah sedar bahawa darah Abdullah bin Kayanturut mengalir dalam tubuh Haiqal. Ratna telah menyepikan diri apabila Haiqal pulang keTerengganu. Sebenarnya, Ratna telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawanmuda yang sanggup menjadi rakan kongsinya.

Ketika Haiqal mahu pulang ke Terengganu, Tauke Ong sempat memberitahunyabahawa ada seseorang yang istimewa sedang menunggu Haiqal di Kampung Seri Purnama.Tauke Ong berharap agar Haiqal kembali ke kampung Seri Purnama. Haiqal tidakmemberikan harapan dan dia hanya mampu tersenyum. Haiqal perlu menjadi seperti ayahnyauntuk menghidupkan Aksara kembali. Walau bagaimanapun, Haiqal sedar bahawa ilmu danpengalamannya belum cukup untuknya memimpin Akasara.

Manuskrip lama milik arwah ayah Haiqal masih berada dalam simpanannya.Kandungan manuskrip itu masih belum berubah. Pada suatu malam, Haiqal menghantarpesanan ringkas kepada See Hwa. Haiqal memberitahu bahawa dia akan mencari jejakAbdullah bin Kayan dan jika See Hwa benar-benar seperti Ai Ling, Haiqal juga akanmenjejakinya. Silir daksina (angin selatan) benar-benar mententeramkan jiwa Haiqal.

TEMA

Novel Silir Daksina memaparkan tema kekeluargaan, iaitu konflik keluarga yang dihadapi olehseorang anak apabila perceraian ibu bapa berlaku. Haiqal Hakimi yang mendukung watak utamadalam novel ini telah kehilangan kasih sayang ayahnya apabila perceraian antara ayah denganibu kandungnya. Melalui kehadiran sebuah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Abdullah binKayan telah menyemarakkan hasrat dan keinginan Haiqal untuk menjejaki kehidupan sebenarayahnya. Malah melalui manuskrip tersebut, Haiqal Hakimi tahu bahawa kasih sayang dankerinduan ayahnya terhadap dirinya tidak pernah surut sehinggalah menjelang kematiannya.

PERSOALAN

1. Persoalan kasih sayang anak terhadap bapanya.Cth : Haiqal sanggup ke Johor seorang diri untuk menjejak peninggalan arwah Abdullah bin Kayan

walaupun Haiqal tidak mengenali sesiapaun di sana.2. Persoalan kasih sayang ibu terhadap anaknya.

Cth : Umi tidak mahu Haiqal menjadi penulis seperti bapanya. Umi mahu Haiqal mewarisi perniagaanbatik mereka.

3. Persoalan ketabahan menghadapi dugaan TuhanCth : Cikgu Nizam tidak memberitahu sesiapa pun tentang penyakitnya. Walaupun sakit,

dia tetap meneruskan tugasnya memperkembang seni budaya di kampungnya.

MODUL PRIGEL KOMSAS

163

4. Persoalan kegigihan memperjuangkan seni budayaCth : Haiqal dan penduduk Kampung telah berusaha dengan penduduk kampung untuk

mengadakan persembahan zapin. Walaupun Lazim ditimpa kemalangan, Haiqalberjaya menarikan zapin bersama Ong See Hwa

5. Persoalan ketabahan menghadapi dugaan TuhanCth : Cikgu Nizam tidak memberitahu sesiapa pun tentang penyakitnya. Walaupun sakit,

dia tetap meneruskan tugasnya memperkembang seni budaya di kampungnya.6. Persoalan semangat kerjasama dalam kalangan masayarakat kampung

Cth Penduduk kampung bekerjasama untuk menjayakan persembahan zapin. Haji Jamiltelah mengadakan mesyuarat dengan penduduk kampung dan membahagi-bahagikan tugas seperti memasak dan persiapan pentas.

7. Persoalan minat golongan muda terhadap warisan seni budaya.Cth Haiqal telah bekerjasama dengan penduduk kampung untuk mengadakan

persembahan zapin dengan tujuan untuk menghidupkan semula kegemilangankumpulan zapin D’Purnama. Haiqal juga tidak mahu usaha ayahnya menjadi sia-sia.Haiqal juga berazam akan menghidupkan kembali Akasara. Haiqal juga belajarmenari zapin dan mengadakan persembahan zapin bersama See Hwa.

WATAK DAN PERWATAKAN

Nama Watak Utama – Haiqal HakimiWatak

Dia anak tunggal Abdullah bin Kayan dan Rafiqah.Dia berumur 19 tahun dan sedang menunggu keputusan peperiksaan STPM.

PerwatakanDia berbakat dalam bidang seni sastera dan budaya bangsa – Haiqal seringmemenangi pertandingan menulis dan mendeklamasi sajak. Beliau berbakat sebagaipenari zapin.Dia gigih menghidupkan warisan seni budaya – Haiqal telah bekerjasama denganpenduduk kampung untuk mengadakan persembahan zapin dengan tujuan untukmenghidupkan semula kegemilangan kumpulan zapin D’Purnama.Dia seorang yang peramah – Haiqal mudah bergaul dengan penduduk kampungdisebabkan sikapnya yang ramah.Dia menghormati yang tua – walaupun Haiqal telah melukai hati uminya, dia tetapmemberitahu pergerakannya dan aktivitinya di Johor sebagai tanda hormat kepadaibunya.Dia seorang yang berdikari – Haiqal berseorangan menaiki bas untuk ke Kampung SeriPurnama.Dia tabah menghadapi cabaran – Haiqal tetap pergi ke Kampung Seri Purnama, Johorwalaupun dia tidak mendapat restu daripada uminya.

MODUL PRIGEL KOMSAS

164

Nama Watak Sampingan : Abdullah bin Kayan/ Cikgu AmirulnizamWatak

Ayah kandung HaiqalMeninggal dunia ketika Haiqal berumur 12 tahunTinggal di kampungnya di Johor setelah bercerai dengan isterinya, RafiqahSusuk tubuh agak kecil.Beliau bertugas sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani diSekolah Kebangsaan Seri Purnama.

PerwatakanBeliau seorang yang baik hati – Abdullah bin Kayan mengajak See Hwa menumpangnyakerana mereka menuju ke sekolah yang sama.Beliau suka menolong orang lain – membantu See Hwa berlatih untuk pertandingandeklamasi sajak peringkat sekolah.Beliau seorang yang penyayang - amat merindui anaknya yang berada di KualaTerengganu bersama-sama dengan bekas isterinya.Beliau mempunyai bakat dalambidang penulisan kreatif malah telah mendapat pengiktirafan oleh kerajaan negeri.Beliau seorang guru yang gigih memperjuangkan warisan seni budaya – bekerjasamadengan penduduk kampung untuk membuat persembahan kumpulan zapin D’Purnama.Beliau mencintai bidang sastera – berhasrat mewujudkan AKSARA

Nama Watak Sampingan : Umi (Rafiqah)Watak

Ibu HaiqalBerkahwin dengan Abdul Fatah setelah bercerai dengan Abdullah KayanPengusaha batik dan mempunyai kedai batik di Pasar Payang

PerwatakanSeorang ibu yang penyayang – Dia tidak mahu Haiqal menjadi penulis seperti arwahayahnya kerana hidup penulis seperti hidup dengan bayang-bayang.Seorang ibu yang prihatin – umi menasihati Haiqal supaya berhati-hati ketikamenunggang motosikal pada waktu malam dan pulang dengan segera.Seorang ibu yang berwawasan – umi tidak mahu Haiqal meneruskan pelajarandalam bidang sastera tetapi umi mahu Haiqal menyambung pelajaran dalam bidangperniagaan supaya Haiqal dapat meneruskan perniagaan batik milik keluarganya.Seorang usahawan yang berjaya – mempunyai kedai batik di Pasar Payang.Seorang yang ego – memandang remeh dan tidak menghargai bakat seni suaminya,Abdullah bin KayanSeorang yang pemarah – memarahi Haiqal yang berhajat untuk pulang ke kampungayahnya.Seorang yang keras hati – melarang Haiqal balik ke kampung arwah suaminya.Bahkan menggugut tidak memberikan wang kepada Haiqal.

MODUL PRIGEL KOMSAS

165

Nama Watak Sampingan : WalidWatak

Ayah tiri HaiqalPerwatakan

Seorang yang memahami jiwa anak muda – Walid membenarkan Haiqal ke Johoruntuk menjejak warisan ayah kandungnya.Seorang yang penyayang – Walid tidak pernah membeza-bezakan kasih sayangantara anak kandungnya, Nurul Aisyah dengan Haiqal yang merupakan anak tirinya.Seorang yang pemurah – Walid telah memasukkan wang ke dalam akaun Haiqaluntuk perbelanjaan Haiqal di Johor.

Nama Watak Sampingan : Taukeh Lim @ Tauke OngWatak

Nama dalam manuskrip ialah Tauke Lim.Berasal dari Ipoh.Berbadan gempal, gemar memakai seluar labuh separas lutut dan memakai bajukemeja lusuh.Suami Puan Khei (Mak Cik Kim).

Nama Watak Sampingan : RatnaWatak

Sahabat baik HaiqalGadis yang sederhana – lebih selesa memakai buju kurung dan bertudungUsianya sebaya dengan HaiqalBelajar setakat SPMBerkulit mulus dan bermata jernihMengusahakan warung makan di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

PerwatakanSeorang yang berpandangan jauh – Ratna berazam untuk menjadi seorang usahawanyang terkenal setelah keputusan peperiksaannya tidak memuaskan.Seorang yang setia kawan – Ratna sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadaHaiqal dan menyokong tindakan Haiqal untuk menjejaki warisan Abdullah binKayan di Johor.Seorang yang rajin – Ratna sentiasa membantu abangnya di warung yang terletak diPantai Rantau Abang, Terengganu.Seorang yang meminati bidang perniagaan – mengambil alih pengurusan geraimakan ibunya.Seorang yang baik hati – menghantar Haiqal ke stesen bas ketika Haiqal balik keKampung Seri Purnama.Seorang gadis yang bersopan santun dan menawan.

MODUL PRIGEL KOMSAS

166

PerwatakanSeorang yang murah hati – Tauke Lim sering menaja jamuan makan apabilapenduduk kampung Seri Purnama mengadakan majlis keramaian.Seorang yang rajin bekerja – Pada waktu pagi, Tauke Lim menoreh getah manakalapada waktu petang, Tauke Lim akan mengelilingi kampung untuk membeli hasil-hasil kampung.Seorang bapa yang mementingkan pendidikan anak-anak – Tauke Lim menghantaranak-anaknya di sekolah kebangsaan dan kelas tuisyen.Seorang yang meminati seni budaya Melayu – Tauke Lim suka menonton tarianzapin di kampungnya.Seorang yang amanah – menyerahkan kepada Haiqal semua harta dan wangsimpanan Abdullah Kayan apabila Haiqal balik ke kampung.

Nama Watak Sampingan : Ai Ling @ Ong See HwaWatak

Anak bongsu Tauke Ong (Tauke Lim) dan Puan Khei (Mak Cik Kim)Dikenali sebagai Ai Ling dalam manuskrip Abdullah bin KayanBerumur 19 tahun.

PerwatakanSeorang murid yang menghargai masa – Ai Ling menyiapkan kerja rumahnya ketikamenunggu Cikgu Nizam bermesyuarat.Seorang yang berbudi bahasa – Ai Ling mengucapkan terima kasih kepada CikguNizam yang menumpangkannya ke sekolah.Seorang yang gigih berusaha – Ai Ling sentiasa berlatih sajak pada waktu lapangbersama-sama dengan Cikgu Nizam.Seorang yang amanah – See Hwa telah menyerahkan manuskrip lama milikAbdullah bin Kayan kepada Haiqal. See Hwa juga memberikan koleksi buku yangditulis oleh Abdullah bin Kayan kepada Haiqal atas permintaan Abdullah bin Kayansebelum beliau meninggal dunia.Meminati seni tari dan sastera Melayu – pandai menari zapin. Suka berpuisi,membaca karya sastera karya penulis tersohor.

MODUL PRIGEL KOMSAS

167

PLOT

Plot novel Silir Daksina tidak dijalin mengikut kronologi kerana pengarang turutmenggunakan teknik imbas kembali.

1. Permulaan/Eksposisiwatak seorang remaja bernama Haiqal yang menerima sebuah manuskrip lama daripadapengirim Ong See Hwa dari Johor. Haiqal mendapati bahawa kisah yang terdapat dalammanuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan kisah hidup arwahayahnya, Abdullah bin Kayan tetapi kisah itu dimainkan oleh watak Cikgu Nizam. Haiqalbertekad untuk pulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya walaupun niat ituditentang oleh uminya.

2. PerkembanganHaiqal disambut baik oleh penduduk Kampung Seri Purnama terutamanya Tauke Ong.Malah Tauke Ong memberikan kepercayaan kepada Haiqal untuk mengurus wangsimpanan, hasil jualan kelapa sawit dan kebun kelapa sawit. Haiqal telah mengenali anakTauke Ong, iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa perwatakan Ong See Hwa miripdengan watak Ai Ling. Lazim dan Ong See Hwa telah menunjukkan kisah hidup Abdullahbin Kayan melalui pameran di balai raya lama. Haiqal mendapati bahawa arwah bapanyamerupakan orang yang terkenal dalam bidang seni dan sastera malah diiktiraf oleh kerajaannegeri.

3. PerumitanPenduduk kampung seperti Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Tauke Ong mengharapkanHaiqal supaya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di kampung mereka keranamereka melihat semangat kepemimpinan Haiqal mirip arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan.Haiqal tidak mahu menghampakan harapan mereka kerana mereka telah melayan Haiqaldengan baik. Haiqal juga melihat bahawa anak-anak muda di kampung tersebut tidakmeminati tarian zapin dan kesusasteraan. Haiqal dan penggiat tarian zapin seperti Pak CikBakar dan Haji Salim telah bersepakat untuk mengadakan persembahan tarianzapin.Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh ketua kampung malah ketua kampung turutmengundang ahli dewan undangan negeri untuk hadir bagi memeriahkan persembahantersebut.

4. KlimaksKetika hari persembahan, pasangan Haiqal, iaitu Lazim telah ditimpa kemalangan. Ong SeeHwa menggantikan Lazim pada saat akhir. Haiqal dan Ong See Hwa telah menarikan tarianzapin sehingga ada sebilangan penduduk kampung yang berasa terharu kerana terkenangkanarwah Abdullah bin Kayan. Umi, walid, dan Nurul Aisyah juga turut hadir untukmenyaksikan persembahan zapin tersebut. Umi juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan danumi telah mengaku kesilapannya memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya keranadarahnya turut mengalir dalam tubuh Haiqal.

MODUL PRIGEL KOMSAS

168

5. PeleraianHaiqal meninggalkan Kampung Seri Purnama kerana mendapat tawaran melanjutkanpelajaran dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak. Ratna pula telahbertunang dengan usahawan muda.

TEKNIK PLOT / PENCERITAAN

1. PemerianDigunakan untuk memerihalkan pelbagai peristiwa, perlakuan watak, latar, dan sebagainya.Contohnya, memerihalkan hati Haiqal yang bergelora kerana ingin tahu kisah perjalananhidup ayahnya, Abdullah bin Kayan.

2. DialogDigunakan untuk menggambarkan perlakuan watak, memperjelas peristiwa, dansebagainya. Contohnya, dialog antara Haiqal dengan Ratna.

“ Kau ni, Haiqal. Kalau hari-hari nak makan percuma, boleh bankrupt aku!” balas Ratnadengan nada bergurau.

3. Monolog DalamanHaiqal berkata-kata dalam hatinya apabila mendengar cerita See Hwa tentang kepandaianayahnya memasak ikan haruan

4. SaspensManuskrip lama milik Abdullah bin Kayan tidak ada kesudahannya dan jalan ceritanyatergantung. Pembaca tertanya-tanya sama ada Haiqal akan meneruskan sambungan cerita ituataupun sebaliknya.

5 Imbas KembaliHaiqal sentiasa teringat akan teletah adik tirinya, Nurul Aisyah yang sangat manja apabilaHaiqal rindu akan adik tirinya itu.

6 KejutanPeristiwa kehadiran umi, ayah tiri, dan adik tiri semasa Haiqal sedang menari. Melaluiperistiwa tersebut, pembaca tidak menyangka bahawa perkara itu akan berlaku kerana umimelarang keras Haiqal balik ke kampung bekas suaminya.

LATAR

Latar Masa1. Malam

Cth : Persembahan kumpulan zapin D’Purnama berlangsung pada waktu malam danmendapat sambutan hangat daripada penduduk kampung.

MODUL PRIGEL KOMSAS

169

2. PagiCth : Haiqal sampai di Kampung Seri Purnama pada awal pagi dan dia telah berhenti di

warung Wak Min untuk bertanyakan arah rumah Abdullah bin Kayan.

3. PetangCth : Haiqal melihat Lazim memancing ikan puyu di sungai pada waktu petang.

4. SubuhCth. Haiqal menunaikan solat Subuh di masjid dan mendengar kuliah Subuh.

Latar Tempat1. Bilik Haiqal di Kuala Terengganu

Huraian: Haiqal menghabiskan masa membaca manuskrip berkulit biru muda2. Pantai Batu Buruk

Huraian: Haiqal sering berjalan-jalan di persisiran pantai tersebut.

3. Kampung Seri PurnamaHuraian : Kampung Seri Purnama terkenal oleh kehebatan kumpulan zapin D’Purnama

yang dipimpin oleh arwah Abdullah bin Kayan4 Pantai Punggur

Huraian: Cikgu Nizam membawa Ai Ling dan Ai Ching bersiar-siar di tepi pantai inipada waktu petang.

5 Balai raya lamaHuraian: menempatkan galeri dan pameran Abdullah bin Kayan

Latar Masyarakat.1. Masyarakat pendidik.

Huraian : Cikgu Abdullah bin Kayan (Cikgu Amirulnizam), Cikgu Latifah, dan CikguZanariah mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.

2. Masyarakat remaja yang berakhlak muliaHuraian : Haiqal mempunyai akhlak dan jati diri yang teguh.

3. Masyarakat yang saling membantu.Huraian : Keluarga Abdullah bin Kayan sering membantu Tauke Ong ketika kali

pertama Tauke Ong berhijrah ke Kampung Seri Purnama seperti menyewakankebun getah kepada Tauke Ong.

4. Masyarakat yang gigih memperjuangkan seni budaya.Huraian : Haiqal juga bekerjasama dengan penduduk kampung untuk mengadakan

persembahan zapin D’Purnama sebagai usaha untuk menghargai perjuanganayahnya, Abdullah bin Kayan.

5. Masyarakat yang bersatu padu dan saling bekerjasama.Huraian : Penduduk kampung Seri Purnama bergotong-royong untuk menjayakan

persembahan zapin D’Purnama. Haji Jamil membahagi-bahagikan tugasmereka, iaitu memasak jamuan dan memasang khemah.

MODUL PRIGEL KOMSAS

170

6. Masyarakat yang rajin berusahaHuraian: Lazim bekerja di kilang tekstil di Batu Pahat sementara menunggu keputusan

STPM. Pada masa yang sama, dia menjual ikan puyu yang dipancingnya dipasar.

NILAI

1. Hormat-menghormati.Cth : Abdul Fatah, ayah tiri Haiqal sangat menghormati hasrat Haiqal balik ke kampung

ayah kandungnya di Kampung Seri Purnama, Batu Pahat.2. Ketabahan.

Cth : Abdullah bin Kayan tabah menanggung penderitaan akibat penyakit yangdialaminya.

3. TanggungjawabCth : Cikgu Nizam menghabiskan tugasnya dahulu seperti menanda kertas peperiksaan

murid-muridnya sebelum meneruskan aktiviti-aktiviti kebudayaan di Kampung SeriPurnama.

4. KerajinanCth : Lazim bekerja di kilang tekstil di Batu Pahat sementara menunggu keputusan

STPM. Pada masa yang sama, dia menjual ikan-ikan puyu yang dipancingnya dipasar.

5. Kegigihan.Cth : Haiqal dan penduduk kampung gigih berlatih untuk mengadakan persembahan

zapin D’Purnama sebagai usaha untuk menghargai perjuangan ayahnya, Abdullahbin Kayan.

6. Kasih sayang.Cth: Cikgu Nizam sangat menyayangi Ai Ling dan menganggap Ai Ling sebagai

anaknya sendiri. Pada masa yang sama, kehadiran Ai Ling dapat mengurangkanrindunya kepada Aiman.

7. Kerjasama.Cth: Penduduk kampung Seri Purnama bergotong-royong untuk menjayakan

persembahan zapin D’Purnama. Haji Jamil membahagi-bahagikan tugas merekaiaitu memasak jamuan dan memasang khemah.

8 AmanahCth: Tauke Ong berpegang pada janji, iaitu menjaga harta pusaka (tanah) Abdullah bin

Kayan di baruh dan di belakang rumah dengan baik. Selain itu, menyerahkan bukubank kepada Haiqal seperti yang diamanahkan oleh Abdullah bin Kayan.

9. Setia kawanCth: Persahabatan antara Haiqal dengan Ratna bertambah teguh kerana saling menasihati

dan memberikan motivasi.

MODUL PRIGEL KOMSAS

171

PENGAJARAN

1. Kita haruslah reda akan ketentuan TuhanHuraian: Haiqal reda akan ketentuan yang berlaku dalam kehidupannya setelah ibu

bapanya bercerai.2. Kita mestilah tekun melakukan sesuatu perkara

Huraian: Haiqal tekun membaca dan memahami manuskrip ayah kandungnya danberusaha memahami maksud sebenar manuskrip tersebut.

3. Kita perlulah gigih memperjuangkan seni budayaHuraian: Haiqal bekerjasama dengan penduduk kampung untuk mengadakan persembahan

zapin D’Purnama sebagai usaha untuk menghargai perjuangan ayahnya,Abdullah bin Kayan.

4. Kita hendaklah rajin berusahaHuraian: Lazim bekerja di kilang tekstil di Batu Pahat sementara menunggu keputusan

STPM. Pada masa yang sama, dia menjual ikan-ikan puyu yang dipancing dipasar.

5. Kita hendaklah saling bekerjasama ketika melakukan sesuatu aktivitiHuraian: Penduduk kampung Seri Purnama bergotong-royong untuk menjayakan

persembahan zapin D’Purnama. Haji Jamil membahagi-bahagikan tugas mereka,iaitu memasak jamuan dan memasang khemah.

6. Kita tidak seharusnya kedekut akan kepandaian yang kita milikiHuraian: Wak Arif, Pak Cik Bakar, dan Pak Haji Salim berusaha mengajarkan zapin

kepada Haiqal dan rakan-rakannya.7. Kita haruslah menyayangi ahli keluarga

Huraian: Haiqal bertegas untuk pulang ke Johor semata-mata untuk menjejak warisanyang ditinggalkan oleh arwah bapanya, Abdullah bin Kayan.

GAYA BAHASA1. Personifikasi

Cth: Beberapa ketika kemudian, dunia Abdullah bin Kayan hilang daripadaingatannya ditelah kedinginan dinihari yang kian menggigit. (hlm. 6Aku damai melihat ombak yang membelai pantai. Aku tenang menikmatiangin yang mengusap pepohon kelapa. (hlm. 82)

2. SimileCth: Jantungnya berdegup kencang seperti injap kereta yang menderum. (hlm.

174)Apa yang pasti karya sasteraku seperti kehilangan rohnya. (hlm. 65)

3. MetaforaCth: Ditambah pula dengan udara bersih yang terpinggir daripada ciuman

pencemaran. (hlm.148)Peristiwa itu masih basah di layar mindanya. (hlm. 4)Adakalanya, aku seakan-akan lemas dalam lautan rindu itu. (hlm. 43)

4. HiperbolaCth: Jeritan loceng menyentap lamunanku. (hlm. 31)

5. Singkope6. Perlambangan

Cth. Haiqal melambangkan pasang surut kehidupan ibu bapanya seperti ombak

MODUL PRIGEL KOMSAS

172

dan pantai. “Ada ketikanya ombak lembut mengelus-ngelus pantai, penuhkasih sayang. Namun, adakalnya mereka juga bertengkar. Ombak yangmengganas, seolah-olah ingin melenyapkan pantai,” hujah Haiqal lagi. (hlm.15)

7. PeribahasaCth. Macam mana akak tak naik angin. Kerja rumah dahlah tak siap, tulisannya

pula macam cakar ayam. (hlm. 35)Itulah padahnya kalau jadi tahi judi. (hlm. 26)Bangkai gajah, tentu tidak boleh ditutup dengan nyiru, umi. (hlm. 24)

8. Bahasa asingCth. Bahasa Inggeris – sentimental (hlm. 213)

Bahasa Arab – Insya-Allah (hlm.75)Bahasa Indonesia – omong kosong (hlm. 92)Bahasa Cina – Semua tanah mendiang bapanya habis digadaikan abangnyakerana hutang kepada tai long. (hlm. 25)

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN

BENTUK SOALAN

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) .(memberikan pandangan atau pendapat, alasan, menyatakan kewajaran,perbandingan [persamaan atau perbezaan] dan sebagainya berdasarkan novel).

Elemen kajian KOMSAS (bertumpu)(menyatakan aspek sastera seperti tema, persoalan, watak dan perwatakan, plot danteknik plot, latar masa, tempat dan masyarakat, nilai dan pengajaran daripadakeseluruhan novel)

Soalan 4(a): Soalan aspek komsas berdasarkan sebuah novel yang telah dipelajari(sama ada novel tingkatan 4 atau novel tingkatan 5).

Soalan 4(b): Soalan perbandingan atau aspek komsas berdasarkan kedua-dua buahnovel yang telah dipelajari.

PERATURAN PEMARKAHAN

Peruntukan markah soalan 4 : 15 markah.Peruntukan Markah bagi soalan 4a:(1 isi ialah 1 fakta dan 1 huraian/contoh lengkap = 2 markahBahasa Baik = 3M, sederhana = 2M, dan Lemah=1m)

Markah 2 isi = 4 markahMarkah Bahasa = 3 markah

7 markah

MODUL PRIGEL KOMSAS

173

Peruntukan markah soalan 4b:(1 isi beserta 1 huraian/contoh lengkap = 2 markahBahasa baik = 2m, dan lemah=1m)

Markah 3 isi (3 fakta berserta huraian lengkap) = 6 markahMarkah Bahasa = 2 markah

8 markah

C.PRAKTIS TOPIKAL NOVEL

Praktis 1.Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tema yang diketengahkan dalamnovel tersebut.

(7 markah)

Tema kekeluargaan.Huraian : konflik keluarga yang dihadapi oleh seorang anak apabila perceraian ibu bapa berlaku. Haiqal Hakimi yang mendukung watak utama dalam novel ini telah kehilangan kasih sayang

ayahnya apabila perceraian antara ayah dengan ibu kandungnya. Melalui manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Abdullah bin Kayan telah menyemarakkan

hasrat dan keinginan Haiqal untuk menjejaki kehidupan sebenar ayahnya.

Praktis 2.Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan sinopsis novel tersebut.

(7 markah)

Novel ini memaparkan kisah seorang remaja yang sedang menunggu keputusan STPM,iaitu Haiqal Haqimi yang tinggal bersama-sama dengan ibunya (umi), bapa tirinya (walid) danAsiyah, adik tirinya. Kehidupan sangat membahagiakan Haiqal, namun persoalan mengenai ayahkandungnya sering kali menghantui fikiran Haiqal. Dia sering meminta kepastian denganbertanya kepada ibunya tetapi tidak mendapat jawapan yang memuaskan hatinya bahkan Haiqaldimarahi oleh ibunya supaya tidak ke kampung halaman bekas suaminya. Haiqal mendapatpetunjuk apabila menerima sebuah manuskrip lama daripada Ong See Hwa yang beralamat diKampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Melalui manuskrip lama tersebut, Haiqalmula menjejaki sejarah kehidupan ayah kandungnya yang merupakan pejuang sastera yangsangat dihormati.

Berdasarkan manuskrip tersebut, Haiqal mengetahui amanat terakhir ayahnya, Abdullahbin Kayan yang mahu Haiqal meneruskan impiannya menghidupkan semula Akademi SasteraRakyat (Aksara). Manuskrip yang separuh jalan itu menarik minatnya untuk mengenali ayahnyadengan lebih dekat walaupun mendapat tentangan daripada uminya yang seolah-olah mahu

MODUL PRIGEL KOMSAS

174

melenyapkan nama Abdullah Kayan dalam hidup Haiqal dengan alasan bahawa sastera tidakmempunyai masa depan yang cerah. Uminya tidak mahu Haiqal mengikut jejak ayahnya danberharap Haiqal membantunya mengurus perniagaan batik mereka di Kuala Terengganu padamasa akan datang. Namun demikian, Haiqal membulatkan tekad menjejaki kampungkelahirannya ayahnya. Kehadiran Haiqal di Kampung Seri Purnama diterima baik olehmasyarakatnya. Semasa berada di kampung, Haiqal mula membongkar kehidupan sebenarayahnya melalui orang-orang yang rapat dengan ayahnya. Watak-watak yang dilukiskan olehayahnya dalam manuskrip lama itu seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yangwujud dikampung itu. Abdullah Kayan bukan hanya penggiat aktiviti kebudayaan di kampung itu,malahan beliau merupakan seorang guru yang aktif menulis sehingga pernah mewujudkanAksara di kampungnya.

Akhirnya, ibu Haiqal menerima hakikat bahawa anaknya mewarisi jejak langkahsuaminya. Darah seni yang mengalir dalam tubuh Haiqal yang diwarisi daripada ayahkandungnya, Abdullah bin Kayan. Umi juga telah menziarahi kubur Abdullah bin Kayan danmengaku kesilapannya memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya. Setelah beberapa bulandi Kampung Seri Purnama, Haiqal mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidangperguruan di sebuah maktab perguruaan di Sarawak.

Praktis 3.Sesebuah novel banyak memaparkan peristiwa yang dapat dijadikan teladan.Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca.

(7markah)

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyakperistiwa yang memberikan teladan kepada pembaca terkandung dalam novel ini.

Antara peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca ialah peristiwa kematian ayahHaiqal. Melalui peristiwa ini, Haiqal telah menunjukkan sikap taat kepada uminya. Dariaspek yang lain, dia juga menunjukkan sikap kasih dan sayangnya terhadap ayah kandungnya.Sebagai bukti, Haiqal tetap menunaikan arahan uminya untuk menjawab soalan UPSR walaupunpada hari yang sama bapa kandungnya meninggal dunia. Haiqal berasa terlalu terkilan keranatidak dapat menatap wajah ayah kandungnya buat kali yang terakhr. Dia telah menangis semasamenjawab dan ditenangkan oleh pengawas peperiksaan. Peristiwa ini membuktikan bahawakita perlu mentaati suruhan ibu dan pada masa yang sama tidak membelakangkan kasihseorang anak kepada ayah.

Selain itu, peristiwa yang memberi teladan ialah peristiwa berputiknya kemaafan Umiterhadap Haiqal dan bekas suaminya. Hal ini berlaku sewaktu Haiqal sedang menari zapin dipentas. Insiden pergaduhan yang menjarakkan hubungannya dengan keluarga kembali pulihselepas uminya menghadirkan diri dalam Majlis Malam Budaya. Uminya telah mengambilinisiatif untuk memaafkan anaknya itu biarpun sebelumnya Haiqal telah menyakiti hatinya.Uminya sedar bahawa bukan Haiqal sahaja yang bersalah dalam hal ini tetapi sikap egoisnyaterhadap bekas suaminya juga turut menjadi punca. Peristiwa ini juga menunjukkan bahawa

MODUL PRIGEL KOMSAS

175

hubungan ahli keluarga yang keruh pasti akan pulih sekiranya keluarga tersebutmengambil jalan penyelesaian dengan membuang peristiwa yang keruh dan ambil yangjernih

Praktis 4.Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik.Nyatakan tiga peristiwa menarik berdasarkan novel tersebut.

(7markah)

Novel yang dikaji ialah Novel Silir Daksina karya Md Nizar Parman. Novel inimengandungi banyak peristiwa yang menarik hati pembaca.

Antaranya ialah peristiwa Haiqal mengungkap perasaan sayang terhadap keluarganya.Sewaktu Haiqal masih kecil. Umi telah memberitahu tentang ayah tirinya, Walid. Walaupundia masih kecil, dia memahami keadaan ibunya dengan tidak bertanya soalan tentang ayahkandungnya. Sebagai contoh, Haiqal menyatakan perasaan sayangnya kepada Umi dan Walidselepas Uminya mengajukan soalan tentang perasaannya terhadap Umi. Peristiwa ini menarikkerana Haiqal mampu menyatakan perasaan sayangnya kepada Umi dan ayah tirinyawaaupun dirinya masih kecil dan perasaan itu kekal hingga dia dewasa.

Selain itu, peristiwa Haiqal menasihati rakan sekolahnya di warung juga menarikperhatian saya. Ratna, merupakan rakan Haiqal sewaktu di sekolah telah membantu ibunyamenguruskan warung di tepi pantai. Sewaktu mereka berjumpa, mereka menceritakan tentangzaman persekolahan termasuklah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Ratna yang ketika itumendapat keputusan yang kurang cemerlang berasa sedih dengan takdirnya. Dia menyatakankepada Haiqal yang dia hanya mampu membantu ibunya mengurus warung. Haiqal seterusnyamemberikan kata-kata semangat supaya dia tidak berputus asa. Sebagai contoh, Haiqalmemberitahu bahawa kejayaan datang daripada kesilapan dan menyatakan ramai tokoh yangberaya hasil daripada kegagalan mereka. Peristiwa ini menarik kerana walaupun merekasudah tamat zaman perseolahan namun hubungan sebagai rakan tetap terjalin danmereka saling membantu.

Seterusnya, peristiwa Haiqal bertikam lidah dengan ibunya juga menarik perhatianpembaca. Haiqal yang ketika itu telah mengetahui kampung ayah kandungnya meminta izindaripada ibunya untuk menziarahi kampung tersebut. Ibunya terkejut dengan tindakannya danmenyuarakan pandangan supaya Haiqal tidak pulang ke kampung itu. Sungguhpun begitu,Haiqal tetap mempertahankan kehendakknya untuk pergi ke kampung tersebut. Dia sudah tahurisiko yang bakal diterimanya jika dia tepat mempertahankan tindakannya tetapi dia tetap tekaduntuk pergi ke kampung ayah kandungnya di Johor walaupun Umi tidak memberikan walausesenpun duit. Peristiwa ini menarik kerana, Haiqal tetap mempertahankan haknya untukmengetahui tentang ayah kandungnya walaupun terpaksa berhadapan pelbagai dugaan.Seseorang yang mempunyai prinsip hidup yang kuat biasanya mempunyai matlamat dalamhidup.

MODUL PRIGEL KOMSAS

176

Praktis 5.Cerita yang menarik dalam sesebuah novel akan meninggalkan kesan perasaan kepada pembaca.Nyatakan tiga peristiwa yang meninggalkan kesan kepada anda berpandukan sebuah novel yanganda baca.

(8 markah)

Berdasarkan Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang telah saya kaji, terdapat cerita yangmenarik yang meninggalkan kesan perasaan kepada pembaca.

Salah satu peristiwa yang memberikan kesan kepada saya sebagai pembaca ialah peristiwaHaikal mengetahui perkara sebenar tentang dirinya. Ketika itu dia masih kecil Umi telahmemberitahu kepadanya bahawa Walid bukanlah ayah kandungnya. Ayah kandung Haiqal masihhidup pada ketika itu namun berada di tempat yang jauh. Kendatipun begitu, Haiqal tetapmelayan Walid seperti bapa kandungnya yang sebenar. Peristiwa ini meninggalkan kesansedih kerana sepatutnya seseorang anak perlu mengetahui bapanya yang sebenar sejakkecil supaya tiada perasaan dendam dalam diri apabila dewasa kelak.

Peristiwa seterusnya ialah peristiwa Cikgu Amirulnizam menumpangkan Ai Ling kesekolah juga meninggalkan kesan kepada pembaca seperti saya. Tauke Lim meminta bantuanCikgu Zam untuk menghantarkan Ai Ling ke sekolah memandangkan Ai Ling bersekolah disekolah Cikgu Zam. Hal ini dikatakan demikian kerana bateri kereta Tauke Lim mati secara tiba-tiba pada pagi itu. Cikgu Zam gembira dan sedia membantu Tauke Lim, malah sudi membawaAi Ling ke sekolah setiap hari. Petang itu juga, Cikgu Zam membantu Tauke Lim denganmembelikannya bateri kereta yang baharu. Peristiwa ini memberikan kesan terharu kepadadiri saya kerana walaupun Cikgu Zam dan Tauke Lim berlainan bangsa dan agama,namun ni tidak menjadi masalah kepada mereka untuk saling membantu.

Akhir sekali, peristiwa ketika Haiqal sedang menduduki peperiksaan Ujian PenilaianSekolah Rendah (UPSR) juga memberikan kesan yang mendalam kepada saya. Sewaktuayah kandungnya meninggal dunia, Umi tidak memberikan keizinan kepada Haiqal untukmemberikan penghormatan terakhir kepada ayahnya kerana pada waktu itu Haiqal sedangmenduduki peperiksaan UPSR. Walaupun Haiqal menangis teresak-esak, namun Umi tetap tidakmembenarkan Haiqal pergi. Peristiwa ini meninggalkan kesan simpati kepada saya keranaHaiqal tidak sempat menatap wajah ayahnya buat kali terakhir.

MODUL PRIGEL KOMSAS

177

Praktis 6.Pengarang menyelitkan persoalan dalam novel yang telah anda baca.Huraikan tiga persoalan utama berdasarkan sebuah novel tersebut.

(7 markah)

Berdasarkan novel Silir Daksina karya Md Nizar Parman yang saya kaji, terdapatbeberapa persoalan dalam novel ini.

Salah satu persoalan dalam novel ini ialah persoalan tentang sikap ingin tahu seoranganak tentang asal usulnya. Dalam hal ini, Haiqal telah menunjukkan sikap ingin tahu tentangbapa kandungnya.Selepas uminya memberitahu bahawa walidnya bukan bapa kandungnya,Haiqal sering kali memendam rasa untuk menenyakan tentang perihal itu lebih lanjut tetapi diatakut sekiranya pertanyaan itu menggusarkan ibunya. Seterusnya, Haiqal tetap berusaha untukmenyelidiki dan mengambil tahu akan bapa kandungnya dengan bantuan manuskrip orang-orangkampung. Hasilnya, Haiqal mampu untuk menyelami minat dan cara hidup ayah kandunnyasetelah beberapa lama menginap di kampung ayahnya iaitu Kampung Seri Purnama.

Persoalan seterusnya ialah persoalan tentang sikap penyayang seorang anak terhadapkeluarganya. Dalam hal ini, Haiqal menunjukkan sikap penyayang terhadap ahli keluarganya.Atas desakan dan sifat ingin tahu tentang asal usulnya, Haiqal bertekad untuk ke Johor.Untukmerealisasikan hasratnya, dia telah bertolak dengan uminya.Walau bagaimanapun, dia tidakmenyimpan walau sekelumit dendam pun terhadap uminya.Dia sering merindui uminya semasaberada di Johor.

Selain itu, terdapat juga persoalan tentang sikap kredibiliti seorang guru. Cikgu Latifahtelah menunjukkan bahawa dia merupakan seorang yang bertanggungjawab.Dalam hal ini, diatetap menanda hasil tugasan anak-anak muridnya biarpun tulisan mereka ibarat cakar ayam .diajuga mengadakan kelas tambahan untuk meningkatkan prestasi anak-anak muridnya yang lemahdalam subjek Matematik.

MODUL PRIGEL KOMSAS

178

Praktis 7.Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan peranan yang dimainkan oleh watak utamadalam novel tersebut.

(7 markah)

Berdasarkan novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang saya kaji, terdapat pelbagaiperanan yang digarap oleh watak utama dalam novel tersebut.

Salah satu peranan Haiqal dalam novel ini ialah ingin mengetahui tentang kehidupanbapanya. Haiqal mahu mengkaji kehidupan bapanya setelah membaca manuskrip yangdikirimkan oleh seorang perempuan yang berbangsa cina. Pada malam itu, Haiqal berada di dibiliknya untuk habis membaca manuskrip yang setebal 58 muka surat. Contohnya, Haiqal dapatmerasai kehidupan si penulis manuskrip yang berwarna biru itu yang penuh dengan kesengsaraandan kesedihan. Abdullah bin Kayan telah terpisah dengan anaknya sekian lama kerana berceraidengan isterinya.

Peranan Haiqal yang seterusnya ialah sebagai rakan yang baik. Haiqal merupakanseorang rakan baik kepada gadis sunti yang bernama Ratna. Setiap masalah yang Haiqal hadapiakan dibincang bersama Ratna. Contohnya, apabila Haiqal mahu pulang ke Kampung SeriPurnama, Haiqal berbinacang dengan Ratna sama ada tindakannya itu rasional ataupun tidak.Haiqal juga mendengar rintihan dan masalah yang dihadapi oleh Ratna. Haiqal banyakmemberikan nasihat kepada Ratna yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.

Bukan itu sahaja, Haiqal juga meneruskan kesenian dan kebudayaan tradisional.Haiqal mempunyai darah seorang yang hebat dengan kebudayaan dan kesenian iaitu Abdullahbin Kayan, contohnya, Abdullah bin Kayan pernah berkata kepada isterinya, walaupun isterinyamemisahkan dia dengan anaknya namun darah yang mengalir dalam diri anak itu tetapmerupakan darahnya. Haiqal mahu meneruskan legasi bapanya yang mahu membina aksara iaituAkademi Sastera Rakyat. Haiqal juga mempelajari tarian zapin semasa berada di Kampung SeriPurnama .

MODUL PRIGEL KOMSAS

179

Praktis 8.Keperibadian dalam diri sesorang watak amat penting untuk menarik minat pembaca.Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan perwatakan dinamik dalam novel tersebut.

(7markah)

Berdasarkan Novel Silir Daksina karya Md Nizar Parman terdapat satu watak dinamikdalam novel tersebut .

Watak dinamik dalam novel ini ialah watak Umi. Umi atau nama sebenarnya Rafiqahberubah daripada seorang yang baik menjadi pendendam setelah berpisah dengansuaminya iaitu Abdullah bin Kayan. Umi menjadi antisastera dan menganggap bidang sasteraini tidak mempunyai masa depan. Memandangkan Haiqal merupakan seorang anak yang begitumahir dalam bidang sastera, Umi melarang setiap gerakan yang dibuat sekiranya berlandaskanbidang sastera dan Umi melarang Haiqal untuk mengenali dengan lebih mendalam tentangperihal ayah kandungnya. Umi pernah merajuk dan memarahi Haiqal kerana melanjutkanpelajarannya dalam bidang sastera semasa di sekolah. Umi juga berdendam dengan bekassuaminya. Hal ini dapat dibuktikan apabila umi Melarang Abdullah bin Kayan utuk melihat anakkandungnya lalu menyebabkan Abdullah bin Kayan berasa sedih dan menegaskan bahawa darahyang mengalir dalam badan Haiqal adalah darahnya. Umi juga melarang Haiqal untuk pergi keKampung Seri Purnama hingga berperang mulut dengan Uminya.

Selain itu, watak Umi yang dahulunya seorang yang pendendam berubah menjadiseorang yang pemaaf. Umi berdendam dengan tindakan Haiqal pergi ke Kampung SeriPurnama memaafkan kesalahan anaknya itu. Sebagai contoh, Umi, Walid dan Aisah datang keKampung Seri Purnama yang selama ini merupakan tempat yang tidak ingin dikunjungi selepasperceraiannya dengan bekas suaminya. Mereka datang untuk melihat Haiqal membuatpersembahan Zapin Jincat dalam majlis kemerdekaan yang didakan di kampung itu. Namunakhirnya Umi mengalah dan datang ke Kampung Seri Purnama bagi memberikan sokongankepada Haiqal sewaktu membuat persembahan dan mengakui kesilapannya terhadap bekassuaminya. Watak Umi berubah daripada seorang yang pendendam menjadi pemaaf merupakanwatak dinamik dalam novel ini.

MODUL PRIGEL KOMSAS

180

Praktis 9.Watak utama dalam sesebuah novel banyak menghadapai cabaran.Jelaskan cabaran yang dialami oleh watak utama berdasarkan sebuah novel yang anda baca.

(7markah)

Berdasarkan novel Silir Daksina karya Nizar Parman, terdapat beberapa cabaran yangdihadapi oleh watak utama dalam novel tersebut iaitu Haiqal.

Cabaran yang dihadapi oleh Haiqal Hakimi ialah kesuntukan masa ketika menyingkapsejarah hidup bapanya, Abdullah bin Kayan. Tidak banyak masa yang Haiqal dapat luangkanbersama arwah bapanya. Semasa bapanya meninggal, Haiqal sedang menduduki peperiksaanUPSR. Ibu Haiqal juga tidak membenarkan Haiqal menziarahi jenazah bapanya. Tambahan lagi,ibu Haiqal tidak pernah bercerita dengan Abdullah bin Kayan kepada Haiqal. Hal inimenyulitkan usaha Haiqal untuk mengenal bapanya kerana umi Haiqal merupakan satu-satunyaahli keluarga Haiqal yang mengenali Abdullah bin Kayan. Untuk mencari kebenaran, Haiqalterpaksa bertikam lidah dengan Umi kerana Umi tidak mahu Haiqal pergi ke Johor manakalaHaiqal tetap teguh dengan pendiriannya. Haiqal terpaksa mengecewakan ibunya. Haiqal jugapergi ke Johor seorang diri menaiki bas kerana Umi tidak merestui pemergiannya.

Selain itu, Haiqal juga menghadapi cabaran daripada orang Kampung Seri Purnamauntuk meneruskan legasi arwah bapanya. Semasa hidupnya, Abdullah atau juga dikenalisebagai Cikgu Abdullah banyak menyumbang kepada pembangunan kebudayaan dan sastera dikampung itu. Arwah bapa Haiqal pernah menjayakan malam kebudayaan, banyakmenyumbangkan buku untuk perpustakaan di balai raya kampung itu dan telah melahirkanseorang penyajak, Ong See Hwa. Cikgu Abdullah juga mahir menulis dan bersajak .ApabilaHaiqal tiba di Kampung Seri Purnama, dia memikul tanggungjawab untuk meneruskan legasiarwah bapanya. Banyak cabaran dihadapi Haiqal. Antaranya ialah tidak mempunyai sanak-saudara , tidak mengenali sesiapa dan kurang pengalaman. Walaupun masih muda, dia perluberurusan dengan orang yang lebih dewasa untuk malam kebudayaan.Tauke Ong juga berharapyang Haiqal akan mengusahakan kebun kelapa sawit peninggalan bapanya walhal itu merupakansesuatu yang baru baginya.

MODUL PRIGEL KOMSAS

181

Praktis 10.Watak utama mencerminkan banyak nilai murni.Huraikan dua contoh nilai ketabahan watak utama dalam novel yang telah anda kaji.

(7 markah)

Novel yang saya kaji ialah Novel Silir Daksina karya Md Nizar Parman. Watak Utamadalam novel ini ialah Haiqal. Haiqal banyak menunjukkan nilai ketabahan dalam mengharungikehidupan.

Antara nilai ketabahan Haiqal ialah nilai ketabahan menghadapi kematian ayahkandungnya. Haiqal pada waktu itu masih berumur 12 tahun dan menduduki UPSR. Apabila diamengetahui ayah kandungnya meninggal dunia, dia memohon untuk menziarahi ayahnya.Namun begitu, hasratnya tidak dipersetujui oleh Umi kerana dia perlu menduduki peperiksaanUPSR. Haiqal menangis dalam dewan peperiksaan dan ditenangkan oleh pengawas peperiksaan.Haiqal terima keputusan itu dengan tabah tapa melawan arahan Uminya. Haiqal tahu dia perlutabah kerana dia tidak akan dapat melihat wajah ayahnya buat kali terakhir.

Selain itu, Haiqal juga mempunyai nilai ketabahan dengan sikap Umi yang tidak sukaberbicara tentang ayah kandungnya. Haiqal walaupun sudah meningkat dewasa namun tetaptidak mahu bertanya tentang ayahnya daripada Umi. Dia tahu, Uminya akan beremosi apabilasoalan itu ditujukan kepadanya. Oleh itu Haiqal terpaksa mencari maklumat sendiri tentangdirinya supaya tidak diketahui oleh ibunya. Sebagai contoh Haiqal menyembunyikan manuskripyang diterimanya di dalam laci dan dikunci rapi supaya Uminya atau Mak Lijah tidak akanmenjumpai manuskrip tersebut.

Haiqal juga mempunyai nilai ketabahan memelihara warisan budaya. Swaktu Haiwalberada di Kampung Seri Purnama dia berusaha untuk menghidupkan tarian Zapin Jincat. Diaingin mengikut jejak langkah ayahnya walaupun pada awalnya dia telah cuba menyuarakan usultarian zapin Jincat di kampu itu. Cadangannya itu ditolak kerana ramai penari zapin sudahmeningkat umur dan sebilangannya sudah meninggal dunia. Dia tidak berputus asa malahmencari rakan-rakan yang mempu menari zapin. Sebagai contoh, Haiqal memujuk Lazim agarmelibatkan diri dalam tarian Zapin Jincat agar tarian tersebut dapat dihidupkan semula. Berkatketabahan Haiqal, usahanya itu Berjaya dan mendapat persetujuan daripada orang kampung.

MODUL PRIGEL KOMSAS

182

Praktis 11.Soalan SPM 2016

Setiap peristiwa dalam novel berlaku dalam latar masa tertentu. Berdasarkan novel yang telahanda pelajari, jelaskan tiga latar masa yang penting.

(7 markah)

Berdasarkan novel Silir Daksina karya Nizar Parman, terdapat beberapa latar masa yangpenting.

Latar masa yang pertama ialah masa Haiqal berumur 6 tahun. Pada suatu malam iaitusehari sebelum dia menjejaki tadika, uminya telah memasuki biliknya dan duduk di biraikatilnya. Uminya berterus-terang tentang status anaknya. Walaupun kenyataan itu agak pahituntuk diungkapkan namun kebenaran harus dirungkai. Abdul Fattah yang selama inidianggapnya sebagai ayah bukanlah ayah kandungnya sebaliknya cumalah anak tiri. Ayahkandungnya yang sebenar bernama Abdullah bin Kayan dan mereka telah berpisah atas alasanyang tidak diketahui Haiqal pada ketika itu.

Latar masa yang seterusnya ialah Masa Haiqal berumur 12 tahun. Hal ini dapat dibuktikansemasa dia sedang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Haiqal telah mendengarkhabar buruk iaitu tentang kematian bapa kandungnya, Abdulah bin Kayan. Haiqal bersungguh-sungguh ingin mengikut uminya bersama untuk melawat namun tidak diizinkan oleh uminya.Haiqal menangis teresak-esak semasa menjawab ujian tersebut dan terpaksa ditenangkan olehpemeriksa yang menjaga peperiksaan ketika itu.

Seterusnya, latar masa yang berikutnya ialah Tempoh Masa Tauke Lim menetap diKampung Seri Purnama selama 18 tahun. Bermula daripada tiada apa-apa pekerjaan sehinggalahdia mampu mendirikan rumahnya sendiri dengan hasil usaha gigih. Pelbagai pekerjaan telahdilakukan untuk menampung sara hidup diri dan keluarga. Selama 18 tahun itu juga, pendudukkampung sudah mula selesa dengan kehadiran Tauke Lim dan keluarganya walaupun merekaberbeza dari segi adat, budaya dan agama. Sifat pemurah, peramah dan baik hatinyamenyenangkan orang-orang disekelilingya. Apabila diadakan suatu majlis di kampung itu pastiTauke Li menawarkan diri untuk menampung wang perbelanjaannya.

MODUL PRIGEL KOMSAS

183

Praktis 12.Latar tempat yang terdapat dalan sesebuah novel menjadikan cerita lebih realistik.Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga latar tempat utama.

(8 markah)

Berdasarkan novel Silir Daksina karya Md Nizar Parman yang telah saya kaji, terdapat tigalatar tempat yang utama dalam novel tersebut.

Salah satu latar tempat ialah Balai Raya Kampung Seri Purnama. Haiqal pergi ke balairaya tersebut sambil ditemani oleh See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai rayatersebut yang tidak terurus kecuali beberapa bahagian. Haiqal seakan-akan tidak percaya bahawabuku-buku yang terdapat di situ adalah hasil penulisan ayahnya. Sejarah hidup ayahnya jugaturut dipamerkan di situ, Haiqal tertarik melihat sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya.

Latar tempat yang seterusnya ialah di kamar tidur Haiqal. Sewaktu Haiqal berusia enamtahun, seminggu sebelum dia mendaftar di sekolah tadika, Umi masuk ke kamar tidurnya danmelabuhkan punggungnya di birai katil. Umi mula bercerita perihal sebenar ayah kandungnya.Umi memberitahu bahawa individu yang selema ini dipanggil Walid bukanlah bapakandungnya. Ayah kandungnya bernama Abdullah bin Kayan dan berada jauh daripadanya.Haiqal yang masih kecil ketika itu tidak berkata apa-apa kerana enggan menyakiti perasaanUminya. Namun dia berhasrat untuk menjejaki kehidupa ayahnya suatu hari nanti.

Seterusnya, latar tempat di Kampung Seri Purnama iaitu kampung halaman arwah ayahnyadi Batu Pahat. Haiqal tekad untuk pulang ke kampung ayah kandungnya di Johor. Dia mahumengutip segala kenangan yang ditinggalkan ayahnya sehingga Haiqal bertikam lidah denganUmi apabila dia menuarakan hasratnya untuk ke Johor. Umi turut mengugut untuk tidakmemberikan wang belanja untuk Haiqal, Namun, hal ini tidak mematikan semangat Haiqal untuktetap mengejar matlematnya menjejadi hidup Abdullah bin Kayan.

MODUL PRIGEL KOMSAS

184

Praktis 13.

Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman.Huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.

(8 markah)

Novel yang saya telah kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Berdasarkannovel Silir Daksina karya Nizar Parman, latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebutialah masyarakat yang baik hati. Contohnya, Taukeh Lim menunjukkan sikap baik hatinyadengan selalu menaja jamuan yang diadakan di kampungnya dan membelanja kawan-kawannyadi warung. Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang penyayang. Misalnya,Haiqal amat sayang akan ayahnya sehinggakan dia sanggup ke kampung arwah ayahnya untukmenjejaki bekas-bekas kehidupan ayahnya

Praktis 14.

Cerita dalam novel memaparkan kisah yang berlaku dalam sesebuah masyarakat.Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang menggambarkan kepincangandalam masyarakat.

(7 markah)

Berdasarkan novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang saya pelajari, terdapatbeberapa peristiwa yang menggambarkan kepincangan dalam masyarakat. Salah satukepincangan tersebut ialah keretakan hubungan kekeluargaan. Buktinya, Rafiqah, ibu Haikaltelah bercerai dengan Abdullah bin Kayan atas dasar tidak sebulu antara satu sama lain.Peristiwa ini diceritakan oleh Abdullah bin Kayan dalam manuskripnya kepada Haiqal. Abdullahbin Kayan tidak boleh berpisah dengan minatnya yang mendalam terhadap Sastera, manakalaisterinya tidak langsung membenarkan suaminya mendalami ilmu Sastera. Selepas bertikamlidah anatara satu sama lain, akhirnya jalan terakhir dipilih iaitu berpisah antara satu sama lain.

Selain itu, kepincangan masyarakat seterusnya adalah penindasan hak seorang anakterhadap ayahnya. Buktinya, Umi tidak membenarkan Haiqal pergi ke Johor iaitu ke kampunghalaman ayahnya kerana kebenciannya terhadap bekas suaminya. Selain itu, dia juga tidakmeninggalkan walau sesen pun perbelanjaan kepada Haiqal kerana dia enggan menanggung kosperbelanjaan Haiqal ke sana. Haiqal berasa haknya sebagai anak ditindas kerana dia mahumemenuhi permintaan ayahnya yang mahu dia pulang ke Johor untuk menelusuri kehidupansebenar dirinya di sana.

MODUL PRIGEL KOMSAS

185

Praktis 15.

Pengakhiran sesebuah cerita dalam novel akan memberikan kepuasan kepada pembaca.Huraikan pendapat tersebut berdasarkan novel yang telah anda kaji

(7 markah)

Berdasarkan novel Silir Daksina yang saya kaji, karya Md. Nizar Parman, pengakhirancerita dalam novel itu memberikan kepuasan kepada pembaca seperti saya. Pengakhiran novelbermula ketika ibu Haiqal iaitu Rafiqah melawatnya di Johor ketika dia sedang menari zapindalam suatu majlis. Pada waktu itu,Haiqal sangat terharu dengan kedatangan insan yangdicintainya itu. Hal ini dikatakan demikian kerana sikap ini menunjukkan bahawa kasih sayangantara ibu dan anak tidak dapat dipisahkan. Sebelum itu,mereka hampir bergaduh kerana niatHaiqal ke Johor untuk menelusuri kehidupan ayahnya ditentang hebat oleh ibunya. Ibunya sangatmarah padanya sehingga tidak mahu menanggung kos perbelanjaan Haiqal ke sana. Maka,peristiwa ibu Haiqal menyaksikan Haiqal menari zapin sangat mengharukan dan memberikepuasan kepada saya sebagai seorang pembaca.

Setelah beberapa minggu berada di Johor, sudah tiba masanya untuk Haiqal pulangkerana meneruskan pengajian dalam bidang keguruan di Sarawak. Saya sangat puas hati dengantidakannya yang memilih haluan yang baik selepas keputusan STPMnya cemerlang. Persoalandan tanda tanya sering melanda dirinya mengenai ayah kandungnya ,Abdullah Bin Kayan telahterjawab ketika dia di Kampung Seri Purnama. Oleh itu, dia dapat menjalankan kehidupannyadengan matlamat yang jelas dan lebih tenang tanpa konflik yang sering menjadi teka teki dalamdirinya.Oleh itu,pengakhiran cerita ini menunjukkan bahawa wataknya berada dalam kehidupanyang lebih baik dari di awal penceritaan cerita ini.

Akhir sekali, pengakhiran cerita ini menunjukkan dendam yang telah lama disimpan jugaberakhir. Buktinya,Umi iaitu ibu Haiqal akhirnya memadam api dendamnya terhadap Abdullahbin Kayan dan memaafkan lelaki itu. Persengketaan di antara dia dan lelaki itu telahmembuatkan anak mereka,Haiqal menjadi mangsa keadaan dan kasih sayang tidak dapat dibinaseterusnya menghancurkan rumah tangga yang telah mereka bina bersama-sama. Oleh itu,kemaafan telah memberikan ketenangan dan kesuburan semula ikatan antara keluarga.

MODUL PRIGEL KOMSAS

186

Praktis 16.

Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh dijadikan panduan hidup.Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat anda petik daripada novel yang telah anda kaji..

(7 markah)Berdasarkan novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang saya telah pelajari, terdapat tiga

pengajaran utama yang saya peroleh.

Antaranya,kita mestilah saling berkasih sayang antara satu sama lain supaya dapatmengeratkan hubungan dalam sebuah institusi seperti institusi keluarga. Contohnya, pada suatumalam, seminggu sebelum Haikal masuk ke sekolah tadika, Umi masuk ke kamar tidurnya. Diapun duduk dibirai katil, rapat dengan Uminya.Dengan perlahan umi mengusap-usap rambutnya.Umi bertanya kepada Haiqal sama ada dia sayang atau tidak kepada umi dan Haiqal mengataknbahawa dia sayang akan Uminya.Apabila umi bertanya sama ada dia menyayangi Walid atautidak.Haiqal mengangguk menandakan bahawa dia sayang akan Umi dan Walid yang telahmembesarkannya.Hal ini jelas menunjukkan kasih sayang Haiqal terhadap ahli keluarganya.

Seterusnya, kita hendaklah berhati-hati walau apa-apa jua keadaan supaya keselamatan dirisentiasa terjamin .Dalam hal ini, Haikal seorang penunggang motosikal yang sangat berhati-hati.Buktinya, oleh sebab dia terkocoh-kocoh mahu sampai ke rumah pada suatu petang, dia hampirterlanggar seorang budak kecil yang tiba-tiba sahaja berlari melintasi jalan yang saban haridilaluinya. Kebiasaannya dia pasti akan berhati-hati apabila menunggang motosikal di hadapantaman permainan kanak-kanak itu. Namun, manuskrip itu benar-benar mengacau benaknya.Mujur dia sempat membrek skuternya untuk mengelak daripada merempuh budak kecil itu. Halini jelas menunjukkan Haiqal seorang yang berhati-hati.

Selain itu, kita haruslah prihatin terhadap kesusahan orang lain supaya dapat meringankanbeban mereka. Contohnya, Haiqal prihatin terhadap kesusahan Ratna yang gagal mendapatkeputusan yang baik. Ratna bercita-cita untuk menjadi usahawan berjaya tetapi gagal mendapatkeputusan yang baik dalam peperiksaan SPM. Ratna masih ingat akan kata-kata Haiqal yangtidak jemu memberi nasihat dan sokongan supaya Ratna tidak terus menangis dan bersedih.Haiqal menasihati Ratna bahawa gagal dalam peperiksaan bukan bermakna gagal dalamkehidupan. Lembut suara Haiqal menusuk lubuk hatinya. Selepas itu, Haiqal terus berhujahtentang insan-insan tersohor yang telah mengalami kegagalan sebelum berjaya dan dihormati didunia, misalnya Abraham Lincoln dan Thomas Alva Edison. Ratna cukup senang berkawandengan Haiqal yang menyenangkan sesiapa sahaja yang mendampinginya. Hal ini jelasmenunjukkan Haiqal prihatin terhadap kesusahan Ratna.

MODUL PRIGEL KOMSAS

187

Praktis 17.

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan teknik imbaskembali yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut.

(7 markah)

Berdasarkan novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang saya kaji terdapat teknikimbas kembali yang digunakan oleh pengarang.

Antaranya, Haikal mengimbas kembali sewaktu ayah kandungnya, iaitu Abdullah binKayan meninggal dunia. Haiqal merayu-rayu kepada umi agar dapat mengikut umi dan walidpulang ke Johor untuk menziarahi jenazah ayahnya. Haikal ingin menatap wajah ayahkandungnya buat kali terakhir dan dijadikan kenangan untuk disimpan hingga akhir hayat.Malangnya, umi langsung tidak memberikan peluang dan menyebabkan hanya mampu menangispada ketika itu. Buktinya, Haiqal masih ingat lagi ketika dia sedang menduduki peperiksaanUPSR. Tangan Haiqal menggigil dan matanya basah semasa menjawab soalan sehingga terpaksaditenteramkan oleh pengawas peperiksaan yang bertugas ketika itu.

Selain itu, Cikgu Amirulnizam mengimbas kembali bagaimana pertemuan pertamanyadengan Tauke Lim ketika dia sedang melihat ke arah rumah Tauke Lim yang letaknya tidak jauhdari rumahnya. Ketika Cikgu Amirulnizam sedang menolong ayahnya mengumpulkan daun-daun kering di halaman rumah, seorang lelaki berbangsa Cina dengan dengan menunggangmotosikal iaitu Tauke Lim bertemu dengan ayah Cikgu Amirulnizam. Pada sebelah malam, ayahCikgu Amirulnizam membuka cerita bahawa Tauke Lim datang untuk mengambil upah menorehdi kebun getah. Sejak itu hubungan ayahnya dan Tauke Lim bertambah akrab.

Di samping itu, Ratna mengibas kembali peristiwa dia mengambil keputusan SPM. Ratnamasih tergiang-ngiang lagi kata-kata Haiqal sewaktu dia menerima keputusan peperiksaan SPM-nya. Buktinya,Haiqal berhujah tentang insan-insan yang tersohor yang mengalami kegagalansebelum berjaya dan dihormati di dunia misalnya Abraham Lincoln.

MODUL PRIGEL KOMSAS

188

SENARAI NAMA PANEL PENULIS MODUL PRIGEL KOMSAS

BIL NAMA SEKOLAH

01 Encik Juilis Mokujal SMK Narinang, Kota Belud02 Encik Ronnie Leong Kim Fui SMK Likas, Kota Kinabalu03 Encik Sulaiman Suhaili SMK Pengiran Omar 11, Sipitang04 Puan Azlida Abd Rahman SM Shan Tao, Kota Kinabalu05 Puan Halina Jumaring SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu06 Cik Suzanah Dahlin SMK St Joseph