Transcript
Page 1: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH MENENGAH)TAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS

MELALUI LUKISAN DAN PANTUN(oleh Pn. Sabariah Bt Ibrahim)

1. Pendahuluan

Pada hari ini, masyarakat sudah maklum akan kepentingan mata pelajaran

Bahasa Melayu dalam kurikulum pendidikan di negara kita. Bahasa Melayu merupakan

salah satu mata pelajaran teras di peringkat SPM bahasa rasmi negara kita. Meskipun

demikian, kebanyakan pelajar khususnya yang berprestasi rendah, memandang ringan

akan perkara ini dan sesetengahnya pula mengandaikan Bahasa Melayu mudah dan

tidak perlu diberi tumpuan yang sungguh-sungguh. Sesetengah guru, termasuk segelintir

pentadbir pendidikan juga beranggapan mata pelajaran Bahasa Melayu boleh diajarkan

oleh sesiapa sahaja, terutama apabila berhadapan dengan masalah kekurangan guru.

Tanggapan ini perlu diperbetulkan kerana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

(P&P) Bahasa Melayu bukan sahaja bergantung kepada keberkesanan latihan yang

diterima oleh guru tetapi yang lebih penting adalah bergantung kepada tahap kreativiti

yang dimiliki oleh guru itu sendiri. Kertas kerja ini akan mengutarakan beberapa kreativiti

guru dalam membuat perancangan dan pelaksanaan P&P untuk diteliti, diteladani

ataupun disesuaikan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu khasnya untuk

meningkatkan motivasi pelajar ke arah meminati dan mencintai bahasa Melayu.

2. Objektif Pembinaan Modul Objektif pembinaan modul ini:

Guru:

Page 2: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

Mengemukakan pelbagai kaedah dan pendekatan dan teknik yang dapat

digunakan oleh guru semasa menjalankan P&P KOMSAS

Mengubah amalan guru atau sikap guru kepada P&P yang lebih berkesan dan

menyeronokkan

Memberikan panduan tentang bagaimana pelajar dapat mengingati pantas bahan

KOMSAS yang diajarkan menggunakan lukisan dan pantun

Pelajar: memberi keyakinan kepada pelajar sederhana dan lemah mereka juga dapat

berjaya dalam peperiksaan awam

mengelakkan kebosanan dan menimbulkan suasana pembelajaran KOMSAS

yang lebih menarik

menghasilkan P&P yang lebih berkesan

dapat memperkukuh kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari

3. Sasaran: Para pelajar Tingkatan 5 khasnya kelas sederhana dan lemah.

3. Rasional

Para pelajar akan meminati bahan KOMSAS untuk bahan bacaan dan menambah

ilmu

Para pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik

untuk menjadikan suasana belajar menarik dan ceria.

Para pelajar perlu dibimbing dengan cara yang berkesan untuk memantapkan

kebolehan mereka dalam pembelajaran KOMSAS

Para pelajar memerlukan bimbingan yang berkesan untuk membolehkan mereka

cekap dan mahir menjawab soalan KOMSAS khasnya novel

Page 3: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

4. Pelaksanaan Di Bilik Darjah

Modul ini dijalankan secara berperingkat mengikut kaedah Pengajaran &

Pembelajaran Bahasa Melayu. Para guru perlu mengajarkan semua aspek dalam novel

terlebih dahulu sebelum menggunakan teknik mudah ingat ini. Kaedah ini lebih utama

digunakan untuk memudahkan pelajar mengingati fakta novel yang telah diajarkan dan

sekali gus melatih pelajar teknik menjawab soalan novel dalam peperiksaan awam.

5. Keberkesanan Kelebihan Modul

Salah satu aspek penting dalam pembelajaran ialah ‘mengingat’. Ramai pelajar

menghadapi masalah mengingat bahan yang dibaca atau dipelajari, khususnya ketika

menghadapi ujian atau peperiksaan. Daya ingatan kita boleh diperkuat dari semasa ke

semasa. Kebanyakan ahli psikologi percaya bahawa daya ingatan perlu dirangsang pada

setiap masa. Didapati bahawa 80% dari apa yang kita baca pada hari ini akan lupa

hanya dalam masa 24 jam, ini merupakan sesuatu yang normal. Cuma kalau kita boleh

mencipta teknik tertentu, maka tahap ingatan kita mungkin akan menjadi lebih baik. Oleh

itu, kaedah pantas mengingat menggunakan lukisan (Lampiran 6 dan 7) dan pantun

(Lampiran 1) dapat membantu pelajar memperkukuh fakta dua novel yang dipelajari di

Tingkatan 4 dan di Tingkatan 5 dengan cepat bagi mempersiapkan diri untuk

menghadapi peperiksaan SPM.

Keberkesanan modul mengingat pantas melalui pantun dan lukisan ini ialah:

Pelajar dapat mengingat fakta dengan mudah dan cepat

Kaedah ini menyeronokkan pelajar kerana boleh melukis, berpantun dan

menyanyikan pantun tersebut mengikut lirik yang disukai oleh mereka

Page 4: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

Menambah keyakinan pelajar dan dapat memotivasikan mereka untuk persediaan

peperiksaan

Melibatkan semua pelajar

Daripada data ujian pra dan ujian pasca (Lampiran 3), saya dapat membuat

rumusan bahawa kaedah ini amat berkesan digunakan kepada pelajar lemah

untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Daripada analisis ujian pra didapati seramai 24 orang pelajar gagal menjawab

dua soalan novel yang membawa 15 markah. Purata markah mereka antara 2

hingga 7 markah. Hanya 4 orang memperoleh markah 9 hingga 12. Selepas

diperkenalkan kaedah pantas ingat ini didapati keputusan mereka bertambah baik,

Semua pelajar lulus dan memperoleh markah antara 8 hingga 15.

6. Penyesuaian

Pantun dan gambar lukisan boleh digunakan untuk membantu pelajar memahami

bahan KOMSAS yang dibaca atau dikaji. Pantun-pantun perlu dikarang berdasarkan inti

pati cerita dalam novel atau dengan kata lain maksud pantun dapat membantu pelajar

mengingati cara mudah tentang novel atau bahan KOMSAS yang lain. Selain itu, dengan

menggunakan pantun tersebut, pelajar boleh menjawab beberapa soalan lain yang

berkaitan dengan novel (Lampiran 2)

7. Masalah-masalah

Sukar untuk para guru memastikan pelajar lemah membaca bahan KOMSAS

sebelum diajarkan. Satu cara untuk menggalakkan mereka membaca ialah diadakan

pertandingan melukis gambar tentang novel yang dikaji. Lukisan yang paling banyak

Page 5: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

memberi input tentang novel akan diberi hadiah. Pelajar hanya membaca novel dan

kemudian melukiskan gambar untuk menunjukkan pemahaman mereka terhadap bahan

yang dibaca.

8. Cadangan

Sebelum menjalankan kaedah ini guru perlu mencipta pantun untuk menunjukkan

contoh agar dapat diikuti oleh pelajar. Kaedah ini amat menarik jika diajarkan

berbantukan komputer dan muzik (lagu yang dipilih oleh guru/pelajar sendiri). Dalam

mengajarkan bahan KOMSAS yang lain guru boleh meminta pelajar mencipta sendiri

pantun-pantun untuk mengingati cerita mengikut kretiviti mereka sendiri. Mereka juga

boleh membuat nota menggunakan kaedah ini, melalui lukisan, peta minda dan

sebagainya.

9. Penutup

P&P berunsurkan pantun, muzik dan gambar sangat menarik. Kaedah ini

merupakan cadangan untuk meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar dalam

bidang pembelajaran masing-masing. Sebagai pendidik seharusnya kita sentiasa

mencari dan memilih alternatif yang sesuai dengan tahap kebolehan pelajar kita.

10. Contoh Modul Dalam P&P Bahasa Melayu

‘KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN

PANTUN’

Tajuk : KOMSAS – Watak dan Perwatakan, Nilai dan Pengajaran dalam

Novel Perlumbaan Kedua dan Julia.

Page 6: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

Masa : 80 minit

Objektif: Pada akhir pengajaran ini, pelajar dapat:

i) menyenarai watak dan perwatakan utama dalam novel yang dikaji

ii) menyenarai sekurang-kurangnya 4 nilai murni

iii) menyenaraikan 4 pengajaran

iv) menyenaraikan 4 persoalan

Hasil pembelajaran Utama : 1.0, 2.0, 10.0, 12.0

Hasil Pembelajaran Khusus : 1.4 Aras 1(v) 2.1, 2.2, 2.3 Aras 1 (i), (ii), 2.5 Aras 3 (i) 10.1 Aras1 (i), (ii), 10.2 Aras 2 (ii), 10.6 Aras 3 (iii) 12.1, 12.5 Aras 1 (ii), (iii)

Kemahiran Bernilai Tambah 1. Belajar Cara Belajar (BCB)

2. Pembelajaran Masteri (PM)

3. Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP)

Sistem Tatabahasa:1. mendengar dan memahami makna kata adjektif2. membina ayat yang betul dan tepat menggunakan kata adjektif

Strategi P&P : Dicadangkan pembelajaran dijalankan secara berkumpulan dan

Individu.

Aktiviti: Perbincangan, sumbang saran, soal jawab

Bahan Media: Komputer, LCD

Nilai Murni : Bekerjasama, keberanian,

Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

Page 7: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

Set Induksi : (5 minit)Guru menanyangkan dua gambar di skrin.Guru meminta pelajar menerangkan tentang gambar-gambar tersebut.Guru meminta pelajar mengaitkan gambar dengan dua buah novel yang telah dikaji oleh mereka.Guru memberi komen / ulasan.

Langkah 1: (30 minit)Penerangan guru berdasarkan bahan power point yang telah disediakan.Guru memperkenalkan kaedah mudah ingat melalui pantun. Pantun ditayangkan pada skrin

Langkah 2 : (20 minit)Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan dan memancarkan pada skrin soalan tugasan untuk setiap kumpulan.Pelajar berbincang dalam kumpulan masing-masing dan mencatat hasil perbincangan pada transprensi.

Kumpulan A – membincangkan watak dan perwatakan utama dalam novel . Kumpulan B – Membincangkan nilai murni yang diperoleh dalam novel. Kumpulan C – Membincangkan pengajaran dalam novel Kumpulan D – Membincangkan persoalan dalam novel

Langkah 3 : (20 minit)Wakil setiap kumpulan melaporkan hasil perbincangan mereka.Guru memberi komen dan penerangan selepas setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.Guru membuat kesimpulan dengan menayangkan pada skrinPelajar mencatat hasil dapatan dalam lembaran kerja (Pengurusan grafik) yang telah diberi oleh guru.

Penutup : (5 minit)Guru merumuskan isi pelajaran berdasarkan hasil tugasan dan aktiviti yang dijalankan. Guru memberi peneguhan dan bersama-sama menyanyikan lagu “Rasa Sayang Heh” menggunakan pantun mudah ingat.

Page 8: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

Bibliografi

1. Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, Mat Nor Husin & Rahman Abd. Rashid

(1988), Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd.

2. Aplikasi Teori Kecedersan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia 2001.

3. Penulisan & Media, Mansor Ahmad Saman, DBP 1995.

4. Pembelajaran Masteri, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

2001.

5. Pembelajaran Secara Pantas dan Perkembangan Minda Untuk Peningkatan Memori,

terjemahan Khairul Munawir, Synergy Publishing Co.

4. Pembelajaran Secara Kontekstual, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian

Pendidikan Malaysia 2001.

Page 9: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

Lampiran 1

Gadis cantik tinggal di bandar,Bijak gigih rajin usaha;

Tabah cekal berani dicabar,Waspada tegas pemaaf pula.

haiwan

tinggal di

hutan

bijak

gigih, rajin

usaha

tabah dan

cekal

berani dicabar

waspada

tegas

pemaaf

Tuk Kura haiwan tinggal di hutan, Bijak gigih rajin usaha;Tabah cekal berani dicabar, Waspada tegas pemaaf pula.

gadis cantik

tinggal di

bandar

bijak

gigih, rajin

usaha

tabah dan

cekal

berani dicabar

waspada

tegas

pemaaf

Page 10: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

Tuk Kura haiwan tinggal di hutan, Bijak gigih rajin usaha;Tabah cekal berani dicabar, Waspada tegas pemaaf pula.

Lampiran 2NOVEL PERLUMBAAN KEDUA

Daripada pantun ini boleh dinyanyikan mengikut lagu kesukaan pelajar (contoh lagu Rasa Sayang Eh)

Daripada pantun ini pelajar dapat menjawab empat soalan berkaitan novel iaitu persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran.

Contoh jawapan tentang watak & perwatakan utama

i. Tuk Kura bijaksana/cerdik Contoh:Tuk Kura bijak mengatur strategi perlumbaan akhirnya berjaya mengalahkan arnab putih

ii. Tuk kura gigih dan rajin berusaha. Contoh: Tuk Kura gigih dan tekun menjalani latihan meniti batang dan batu licin bagi menghadapi perlumbaan.

iii Tuk kura tabah dan cekal mengharungi rintangan hidup. Contoh: Tuk Kura tabah, cekal dan sabar menghadapi cacian, cercaan dan seksaan

Page 11: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

daripada kaumnya ketika membuat persiapan perlumbaan

iv Tuk kura berani menghadapi cabaran.Contoh: Tok Kura berani menyahut cabaran Sang Arnab Putih untuk berlumba kali kedua

bagi mempertahankan maruah kaumnya

vi. Tuk kura berhati-hati / berwaspada menghadapi cabaran.Contoh: Tuk Kura sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam tindakannya. Dia tidak mempercayai kata-kata Sang Kancil yang terkenal dengan tipu muslihatnya.

vii. Tuk kura tegas / tetap pendirian. Contoh: Tuk Kura tegas dan tetap pendirian dengan meneruskan latihan meniti batang balak atau batu licin walaupun mendapat tentangan kaumnya.

Contoh jawapan tentang persoalan i. Kebijaksaaan menggunakan akal fikiran dapat mengatasi kekuatan fizikal dalam sesuatu pertandingan. Contoh: Tuk kura menggunakan kelebihan cengkerangnya yang keras dengan melambung dari satu batu ke satu batu yang lain sehingga sampai ke kaki bukit dalam masa yang singkat.

ii. Kegigihan menjamin kejayaan. Contoh: Tuk kura gigih berlatih dan menyusun strategi menghadapi perlumbaan kedua dan akhirnya berjaya.

Contoh jawapan tentang nilai

i. KebijaksanaanContoh:Tuk kura menggunakan kebijaksanaan mengalahkan sang arnab dalam perlumbaan.

ii. Kegigigihan/ketekunan Contoh: Tuk kura gigih/tekun menjalani latihan menghadapi perlumbaan dengan sang arnab.

iii. Ketabahan/kecekalan Contoh: Tuk kura tabah menghadapi kerenah dan cercaan kaum kura.

iv. Keberanian Contoh: Tuk kura berani menyahut cabaran sang arnab demi mempertahankan maruah kaumnya.

v. PemaafContoh: Tuk kura memaafkan kesalahan anak buahnya yang enggan bekerjasama ketika

membuat latihan.

Page 12: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

Contoh jawapan tentang pengajaran

i. Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan mengatasi masalah.Contoh: : Tuk Kura menggunakan kebijaksanaan mengalahkan sang arnab dalam perlumbaan.

ii. Kita mesti gigih/tekun berusaha demi mencapai kejayaan.Contoh: Tuk Kura gigih/tekun menjalani latihan menghadap perlumbaan dengan sang arnab.

iii. Kita mestilah berani menghadapi cabaran/menjaga maruah.Contoh: Tuk kura berani menyahut cabaran Sang Arnab demi mempertahankan maruah kaumnya.

iv. Kita haruslah bersedia memohon kemaafan atas kesilapan yang kita lakukan. Contoh: Kura-kura suku tasik/suku kuala/suku rimba telah memohon maaf kepada Tuk Kura atas kesilapan mereka.

Page 13: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

Julia gadis tinggal di bandar, Bijak gigih rajin usaha;Tabah cekal berani dicabar, Waspada tegas pemaaf pula.

NOVEL JULIA

Daripada pantun ini boleh dinyanyikan mengikut lagu kesukaan pelajar (contoh lagu Rasa Sayang Heh)

Daripada pantun ini pelajar dapat menjawab empat soalan berkaitan novel iaitu persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran.

Contoh jawapan tentang watak & perwatakan utama

i. Julia bijaksana/pintar Contoh: Julia bijak mengatur strategi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh BMPRO Transport. Julia berjaya mengatasi penyelewengan dalam BMPRO Transport tersebut.

ii. Julia gigih, tekun dan rajin berusaha Contoh: Julia gigih, tekun dan rajin berusaha memulihkan perniagaan arwah bapanya/BMPRO Holding Sdn.Bhd / BMPRO Transport.

iii Julia tabah, cekal dan sabar mengharungi rintangan hidup. Contoh: Julia pula tabah, cekal dan sabar mengharungi dugaan hidup selepas kematian ibu bapa/keluarga.

iv Julia berani menghadapi cabaran

Page 14: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

Contoh: Julia yang masih muda berani menghadapi cabaran untuk meneruskan perniagaan bapanya walaupun dia tidak berpengalaman.v. Julia sentiasa berhati-hati / berwaspada menghadapi cabaran

Contoh: Julia pula sentiasa berwaspada dan berhati-hati menghadapi kerenah pekerjanya seperti Syed Mustaffa dan En. Baharom..

vii. Juliaseorang yang tegas / tetap pendirian.Contoh: Julia tidak mudah terpengaruh dengan rayuan Rashid. Dia menetapkan matlamatnya untuk meneruskan perniagaan keluarganya.

Contoh jawapan tentang persoalan i. Kegigihan seorang wanita menghadapi cabaran. Contoh: Julia gigih menjaga adik-adiknya dan gigih berusaha memulihkan syarikat bapanya.

ii. Ketabahan dan kecekalan menghadapi masalah kehidupan. Contoh: Julia tabah, cekal dan sabar mengharungi dugaan hidup selepas kematian ibu bapa/keluarga.

Contoh jawapan tentang nilai i. Kebijaksanaan.

Contoh:Julia bijaksanaan mengatasi masalah/penyelewengan dalam BMPRO Transport.

ii. Kegigihan/ketekunan

Contoh:Julia gigih menjalankan perniagaan dan mengatasi masalah dalam BMPRO Holding Sendirian Bhd.

iii. Ketabahan/kecekalan

Contoh: Julia tabah menghadapi rintangan menjalankan perniagaan keluarganya hingga berjaya.

iv. Keberanian

Contoh: Julia berani menghadapi cabaran mamajukan BMPRO Holding Sdn. Bhd. walaupun ia masih muda.

Contoh jawapan tentang pengajaran i. Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan/kepandaian mengatasi masalah

Contoh: Julia menggunakan kebijaksanaan mengatasi masalah di BMPRO Transport.

ii. Kita mesti gigih/tekun berusaha demi mencapai kejayaan.

Page 15: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

Contoh: Julia gigih menjalankan perniagaan dan mengatasi masalah dalam BMPRO Transport.

iii. Kita hendaklah tabah/cekal menghadapi sebarang cabaran demi mencapai kejayaan.

Contoh: Julia tabah menghadapi rintangan menjalankan perniagaan keluarganya hingga berjaya.

iv. Kita mestilah berani menghadapi cabaran dalam kehidupan

Contoh: Julia berani menghadapi cabaran memajukan BMPRO Holding Sdn. Bhd. walaupun ia masih muda.

Daripada maklumat dalam kedua-dua pantun itu tadi, pelajar juga dapat membandingkan kedua-dua watak utama berdasarkan kedua-dua novel tersebut.

Novel Perlumbaan Kedua Novel JuliaPERBEZAAN

Haiwan / binatang / Tuk Kura Manusia /perempuan / JuliaSudah tua / 199 tahun Muda / gadis / 21 tahunTinggal dalam hutan / paya Tinggal di bandar / kota / kampungDapat tentangan puaknya.Contohnya Tuk Kura mendapat tentangan sukunya ketika menjalani latihan

Dapat sokongan keluarga. Contoh Julia mendapat sokongan daripada keluarga / Jun sekeluarga / kakitangan syarikat

PERSAMAANKedua-dua watak utama bijaksana

Cth: Tuk Kura bijak mengatur strategi perlumbaan akhirnya dapat Mengalahkan Sang Arnab/Arnab PutihCth: Julia bijak mengatur strategi / menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh BMPRO Transport / Julia berjaya mengatasi penyelewengan dalam BMPRO Transport.

Kedua-dua watak utama gigih / rajin berusaha.Cth: Tuk Kura gigih/rajin menjalani latihan/meniti batang licin.Cth: Julia gigih/rajin berusaha memulihkan perniagaan arwah bapanya/BMPRO Holding Sdn.Bhd.

Kedua-dua watak utama tabah/cekal mengharungi rintangan hidupCth: Tuk Kura tabah/cekal menghadapi cacian/ ejekan seksaan daripada kaumnya.Cth: Julia tabah/cekal mengharungi dugaan hidup selepas kematian ibu bapa

Kedua-dua watak utama berani menghadapi cabaranCth: Tok Kura berani menghadapi cabaran sang arnab untuk mempertahankan maruah kaumnya.

Cth: Julia yang masih remaja berani menghadapi cabaran meneruskan perniagaan bapanya walaupun tidak berpengalaman.

Page 16: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

Lampiran 3

Senarai Nama Pelajar Tingkatan 5M dan 5S 2006Markah Ujian Pra dan Pasca Untuk Kaedah 1

Bil. Nama Pelajar Tingkatan Markah Ujian Pra (15 markah)

Markah Ujian Pasca (15 markah)

1 Asrini a/p Letcumanan 5M 4 8

2 Azfa Azwanis Anzur Rahman 5S 7 15

3 Chan Pek Har 5M 4 13

4 Emma Anajmi 5S 7 15

5 Fatin Hajiha Abdul Nasser 5S 5 14

6 Kasturi a/p Krusamy 5S 12 14

7 Lee Mee Ling 5M 6 14

8 Mah Yi Chien 5M 2 11

9 Noor Amyza Ahmad 5M 6 15

10 Noor Anuza Ahmad 5M 5 12

11 Noorsaidatul Anira Shamsuddin 5M 4 9

12 Nur Atiqah Mohd. Nadzim 5S 2 13

13 Nur Fazliyana Ahmad Faid 5S 2 14

14 Nur Fizatul Sabilla Mohamad Rafi 5S 2 15

15 Nur Hajar Abu Bakar 5S 7 13

16 Nur Hazwani bt Pathi 5S 9 15

17 Nur Husna Khalili 5M 6 15

18 Nur Lailyyatur Sarah Abd. Rahman 5M 5 14

19 Nur Saidatul Syahadah M. Baharom 5S 4 11

20 Nurul Ashikin Othman 5S 5 13

21 Satura Rumaya bt. Subari 5S 6 13

22 Seng Ngah Kei 5S 4 11

23 Shalini a/p Apatura 5S 3 13

24 Shuhaiza Mohd. Anuar 5M 5 13

25 Siti Khadijah Ahmad 5M 3 11

26 Wan Nur Hidayah bt. Mohd. Sani 5S 9 15

27 Wan Nuridah Mat Rawi 5S 2 15

28 Zainur Shuhada Zainuddin 5S 9 15

Page 17: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

Lampiran 4Latihan Soalan NovelJawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel yang anda kaji iaitu Perlumbaan Kedua oleh Marwilis Hj. Yusuf dan Novel Julia karya Abu Hassan Morad.

i) Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan empat nilai yang terdapat dalam novel tersebut. (8 markah)

Nilai Contoh

ii) Nyatakan empat pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. (8 markah)

Pengajaran Contoh

Kita hendaklah

Page 18: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

iii) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, pilih mana-mana watak yang anda anggap menarik, kemudian jelaskan watak dan perwatakan tersebut. (7 markah)

Contoh

iv) Jelaskan empat persoalan yang terdapat dalam novel Perlumbaan Kedua. (8 markah)

Persoalan yang terdapat dalam novel ‘Perlumbaan kedua’ ialah _______________________. Tok Kura gigih menjalani latihan sebelum menghadapi perlumbaan dengan sang arnab.

Persoalan yang lain ialah ____________________________. Contohnya tok kura bijak menyusun strategi perlumbaan bagi menewaskan sang arnab.

Persoalan ketiga ialah ______________________. Tuk Kura amat menyayangi cucu-cucu serta kaum kerabat kura. Oleh itu dia tidak berkecil hati atas penghinaan yang dilakukan oleh mereka kepadanya. Persoalan keempat ialah ___________________________________. Contohnya sang murai dan sang tupai berusaha menghebahkan perlumbaan kedua kepada seluruh warga rimba.

Keistimewaan watakutama

Luaran

Dalama

n

Page 19: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

Lampiran 6

Page 20: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

Lampiran 7

Lampiran 8

Page 21: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

Aplikasi Kemahiran Bernilai Tambah 1. Belajar Cara Belajar (BCB) BCB ialah proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa

guru.

Objektif BCB adalah seperti yang berikut: Menyediakan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru

Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain

sebagai sumber pembelajaran

Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri

Membolehkan murid megaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, sama

ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan

Peranan guru: Menentukan objektif pembelajaran

Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid

Menyediakan pelbagai teknik dan aktiviti untuk menjalankan P&P

Memilih bahan P&P yang sesuai

Membuat perbincangan dengan murid

Menilai secara formatif dan sumatif dan merekod pencapaian murid

Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya

Peranan murid: Mengenal pasti kecenderungan gaya pembelajaran

Menilai keupayaan diri untuk belajar

Menetapkan matlamat & diharapkan dapat menjayakannya

Membuat perbincangan guru sama ada matlamat yang ditetapkan mampu dicapai atau

tidak

Merancang pembelajaran secara terperinci

Melaksanakan perancangan

Melaporkan kemajuan pencapaian

Membuat perbincangan dengan rakan sebaya dan guru tentang tugasan, kerja projek

serta penguasaan kosa kata

Membuat refleksi dan menilai pencapaian

Page 22: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

Memberikan ganjaran atas kejayaan diri

2. Pembelajaran Masteri (PM)PM merupakan satu pendekatan P&P untuk memastikan pelajar dapat menguasai apa-

apa yang diajarkan.

Objektif PM adalah seperti berikut: Memastikan pelajar lemah dapat dibimbing di samping meningkatkan kemahiran dan

penguasaan pelajar yang lain.

Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka menjadi

pelajar yang berdikari.

Peranan pelajar dalam PM: Mengetahui hasil pembelajaran untuk dikuasai

Meempelajari sesuatu dengan tekun, tabah dan bermotivasi

Memahami dan menguasai apa-apa yang diajar

Memberi tahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai

Membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan

Peranan guru dalam PM: Guru sebagai pengajar yang tabah

Guru sebagai fasilitator dalam proses pembelajaran

3. Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) Mengikut Howard Gardner:

“An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are

valued within one or more cultural settings.” (Frames of Mind, 1983)

TKP bukan sahaja memperluas keluarga kecerdasan, malah menjana definisi dan konsep

kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini. Linda Campbell, Bruce Campbell dan Dee

Dickinson melihat dan merumuskan definisi Howard Gardner sebagai:

a) Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar

b) Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan

c) Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam

lingkungan sesuatu budaya.

Page 23: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

Antara kecerdasan pelbagai yang diaplikasi dalam P&P dari murid adalah seperti yang berikut:

1. Kecerdasan Verbal-Linguistik

Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan,

termasuklah kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain, serta bercakap tentang

bahasa itu sendiri.

2. Kecerdasan Kinestetik

Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan

masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan

keseimbangan.

3. Kecerdasan Interpersonal

Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini

juga merupakan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal,

seperti menggalakkan murid menyertai sesuatu projek.

4. Kecerdasan Intrapersonal

Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak,

termasuklah kemahiran bagaimana kebolehan seseorang itu sama atau berbeza dengan

orang lain. Kecerdasan ini juga dapat membantu individu menangani perasaan, beradap

sopan serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri.

4 Pembelajaran Akses KendiriPAK adalah pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran dan

membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. Dalam program

PAK, bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat,

keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Bagi membolehkan murid

mendapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka, progran PAK meyediakan

pentaksiran kendiri.

Lampiran 9

Page 24: MODEL P&P BAHASA MELAYU (SEKOLAH …smkrajaperempuanipoh.com/MGCKintaUtara/BlogGC/BM/Novel... · Web viewTAJUK : KAEDAH PANTAS MENGINGAT FAKTA KOMSAS MELALUI LUKISAN DAN PANTUN (oleh

Soalan Ujian Pra dan Pasca

Kedua-dua soalan ini boleh diberikan kepada pelajar Tingkatan 4 atau Tingkatan 5 mengikut novel yang dikaji oleh mereka.

a) Watak utama memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan watak dan perwatakan utamanya. [8 markah]

b) Setiap buah novel ada memaparkan pelbagai nilai murni untuk diteladani. Jelaskan nilai murni yang terdapat dalam novel yang anda kaji. [7 markah]