Download docx - Misi Dan Visi Pibg Skts

Transcript

MISI DAN VISI PIBG SKTS

VISI -   Menyediakan standard pembelajaran yang tinggi untuk melahirkan pelajar yang berilmu, berwibawa, berketrampilan dan seimbang dari segi intelektual, jasmani,rohani dan emosi.

MISI -  Memberikan komitmen secara profesional dalam membantu pihak sekolah melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan kepada semua murid dari segi:

Membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi keperluan material murid dalam kegiatan dan pembangunan sekolah.Kerjasama yang berterusan di antara ibu bapa dan guru. Bergandingan secara berpasukan bagi memastikan kejayaan bersama

FALSAFAH PIBG KISASPIBG KISAS adalah komponen penting dalam merealisasikan wawasan sekolah. Peranannya sebagai pemangkin kepada usaha menjadikan institusi masyarakat hendaklah diterjemahkan melalui program peningkatan KISAS. Dalam semua keadaan, program dan tindakan PIBG hendaklah menjadi pelengkap kepada program-program yang telah dirancang oleh pentadbir KISAS.

VISI PIBG KISASMembantu mencapai matlamat dan objektif yang lebih gemilang berdasarkan perancangan strategik KISAS khususnya dalam bidang kurikulum, kokurikulum, disiplin, bina insan/moral, keceriaan.

MISI PIBG KISASMenjadikan PIBG KISAS sebagai agen pembantu kepada program peningkatan sekolah disamping menyediakan prasarana perhubungan yang mantap antara waris dan semua pengurusan pendidikan.

BIL JAWATAN NAMA TEMPAT KERJA NO TELEFON / EMEL

1 Yang DiPertua

En Mohd Shukri B Hj. Noor

PensyarahFakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM Bangi

013-3911528

[email protected]

VISI Membantu merealisasikan wawasan sekolah dan sebagai pemangkin kepada usaha menjadikan sekolah sebagai pusat

institusi pendidikan

MISI Berfungsi sebagai agen pembantu kepada semua program peningkatan sekolah di samping menyediakan prasarana

perhubungan yang mantap dari semua peringkat pengurusan peningkatan.

OBJEKTIF PIBG Pengurusan sekolah akan menjadi lebih berkesan dengan penglibatan PIBG secara berfokus dan terancang. Jalinan

kerjasama erat antara pentadbir sekolah dengan peneraju PIBG akan menyakinkan semua warga sekolah dan pelajar untuk membawa kejayaan gemilang kepada sekolah. Kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab akan memberi impak yang

memberansangkan ke atas kecemerlangan sekolah.

Carta Organisasi PIBG

EX- OFFIXIO En. Kamaruddin Bin Abu Hassan

Yang Dipertua Tn. Hj. Halim b. Osman

Naib yang Dipertua En. Salleh b. Sulaiman

Setiausaha Kehormat En. Rozaini b. A. Rani

Naib Setiausaha KehormatPn. Masliza bt. Md. Yasin

Bendahari Kehormat En. Rosli B. Borhan

Naib Bendahari Kehormat En. Syhrol Ezani Rabion

Ahli JawatankuasaPn. Hjh Normaweti Bt. Hj. Mokhtar

Pn. Zarina Bt. Norlah

Pn. Sarinah bt. ShawalEn. Ahmad Firdaus

Cik Azliza Bt. Abdullah

AJK Ibu Bapa En. Abd. Rahem Ismail Pn. Fatimah bt Khamis 

Pn. Fauziah Jaafar En. Abu Bakar Suhot 

Tn. Hj. Karim Wagiman En. Shamsuddin Sood 

Pn. Norazah Ismail Pn. Hasnah Kamaruzzaman

Pn. Noraini Mahat

Pemegang Amanah Pn. Hamizah HashimPn. Rashidah Mahzan

Pn. Hjh Nafisah Abd LatifPn. Hjh Robaniah Kulop

AJK Guru En. Mohd Zain B. Kassim

En. Ahmad Firdaus Abd. MajidTuan Mohd Ezuan Tn. Rafie

Puan Ayu Akmal ShukorCik Zainon Samsuri

Cik Marlinda NgalimanUstaz Mat Saad Bin Mahmud

Pemeriksa Kira-Kira Pn. Mazniha bt. Ahmad

En. Hamzah B. Mohd Nor

BIL

AGENDA

1 Ucapan Pengerusi Mesyuarat1.1  Ucapan kesyukuran dan selamat datang kepada para ibu bapa yang sudi hadir ke mesyuarat Agung PIBG KISAS Kali ke-36.1.2  Beliau juga mengalu-alukan ibu bapa yang hadir dan berterima kasih atas kehadiran mereka yang member komitmen dalam membantu pihak PIBG  menjayakan program-program yang dirancang.1.3  Beliau turut mengucapkan tahniah atas kejayaan KISAS dalam peperiksaan SPM, STPM dan STAM 2010. Beliau berharap agar para guru dapat meneruskan usaha agar meraih kecemerlangan yang lebih terbilang untuk tahun seterusnya.Tindakan: Makluman

2 Melantik Setiausaha Sidang

2.1 Mesyuarat bersetuju melantik Pn. Noor Fadzilah bt. Md. Radzi dan Pn. Jamaliah bt Md Shariff sebagai Setiausaha Sidang.Tindakan: Pn. Noor Fadzilah, Pn. Jamaliah

3Membentangkan dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-35

3.1 Setiausaha Kehormat telah membentangkan minit mesyuarat dari halaman 9- 15 serta memohon pengesahan dari sidang mesyuarat. Beliau turut meminta maaf jika terdapat kesilapan dalam minit mesyuarat tersebut.3.2 Pn. Norhayati bt. Said mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Pn. Rohazila bt. Mohd Zahidi.                                                                                      Tindakan: Makluman

4 Perkara-perkara berbangkit.4.1 Tiada perkara berbangkit.                                                                                  Tindakan: Makluman

5 Memaklumkan dan mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan sesi 20115.1 En. Wan Ab Rahim selaku Setiausaha Kehormat PIBG Sesi 2010 membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG KISAS sesi 2010 dari halaman 19-21.

      5.1.1 Laporan Sekretariat PIBG               1. Mengurus mesyuarat jawatankuasa PIBG KISAS.               2. Berusaha mendapatkan dana daripada badan korporat dan orang                   perseorangan untuk kebajikan dan kemudahan pelajar.               3. Mengurus dan mengawal selia program-program biro dalam PIBG.               4. Membiayai Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) guru dan staf KISAS.               5. Bekerjasama menjayakan Hari Mawaddah.               6. Bekerjasama menjayakan Sambutan Hari Guru peringkat KISAS.               7. Menyelaras kutipan yuran, derma dan yuran tertunggak.               8. Menyediakan laporan kewangan PIBG.

Tindakan: Makluman

  5.1.2  Laporan Biro Kecemerlangan Akademik                  1. Program UKA (Unit Kecemerlangan Akademik) Pra SPM, SPM,                     Pra STPM dan STPM.                 2. Program Perkongsian Ilmu untuk pelajar.       3. Program Seminar Peperiksaan SPM, STAM dan STPM.       4. Program Pembuka Minda.       5. Program Kelas Intensif.       6. Program Pakej Percutian.       7. Program Lonjatan Saujana.       8. Program Multaqo Al-Mutafawwiqin.       9. Majlis Anugerah Kecemerlangan.Tindakan: Makluman   5.1.3 Laporan Biro Kebajikan                   1.  Sumbangan untuk Majlis Sambutan Hari Guru.         2.   Jamuan pendaftaran pelajar Tingkatan 4.         3.   Jamuan sempena Hari Mawaddah.         4.   Sumbangan alat tulis kepada pelajar tingkatan 5, 6 atas dan STAM                         sempena Majlis Salam Restu.         5.   Jamuan untuk Majlis Solat Hajat.         6.   Menganjurkan “Pesta Makan Buah-buahan Tempatan” untuk warga               KISAS.

         7.   Memperuntukkan saguhati kepada guru yang menghantar pelajar ke               hospital di luar waktu pejabat / menggunakan kenderaan sendiri.         8.   Membiayai perbelanjaan rawatan pelajar di klinik.         9.   Menyediakan surat khabar Asrama Putera dan Puteri.        10. Membiayai blazer untuk Ketua Pelajar.        11. Menyediakan wang saku kepada pelajar yang mengikuti Program              Pengantarabangsaan.                                                                                Tindakan: Makluman

   5.1.4 Laporan Biro Komunikasi dan Hubungan Luar             1. Bekerjasama dengan kolej bagi membina jaringan dengan institusi                 pendidikan luar negara seperti Indonesia dan Syria.2. Bekerjasama dengan kolej bagi membina jaringan dengan sekolah    dari seluruh negara.3. Membina hubungan dengan organisasi dan orang perseorangan yang    mempunyai kaitan dengan kolej seperti ALKIS dan bekas-bekas pelajar.4. Bekerjasama dengan kolej bagi memperbaharui Sijil MPC.

Tindakan: Makluman

5.1.5        Laporan Biro Tafaqquh Fiddin (Kerohanian)/AlumniMengurus dan menjayakan Majlis Munajat Solat Hajat untuk calonSTAM, STPM &  SPM 2009.Bekerjasama menguruskan Perbarisan Salam Restu Ilmu untukcalon STAM, STPM dan SPM  2009.Bekerjasama menjayakan Majlis Makan Malam Perdana dengankerjasama ALKIS.Bekerjasama dengan kolej menganjurkan Program Pemantapan Akidah.Membantu mencari sumbangan untuk dana Kebajikan danpembangunan PIBG KISAS.

Tindakan: Makluman

5.1.6        Laporan Biro Dana dan PembangunanBekerjasama untuk mendapatkan sumbangan daripada individuperseorangan untuk aktiviti PIBG KISAS.Berusaha untuk melengkapkan bilik khas di ASPURA dan ASPURI      dengan kemudahan komputer untuk kegunaan pelajar.Membantu pihak KISAS menlengkapkan penghawa dingin di Dewan Besar.Membantu pihak KISAS menyediakan Kiosk Perkhidmatan Fotostat danmembantu menyediakan modal untuk aktiviti perniagaan pelajar.

Tindakan: Makluman

    5.1.7      Laporan Biro Kokurikulum

                1. Membiayai yuran penyertaan Ko-Akademik Pengajian Daerah Klang.                2. Membiayai yuran penyertaan Olimpiad Matmatik Kebangsaan                3. Membiayai yuran penyertaan Kejohanan Tae-Kwon-Do MSSD                4. Membiayai yuran penyertaan Perkhemahan PPIM.                5. Memberi duit poket kepada pelajar yang mewakili daerah atau negeri                    seperti Pertandingan Forum (KISAS Wakil Selangor).Membiayai Baju T untuk petugas Kejohanan Sukan Tahunan.Membiayai Jamuan Hari Sukan TahunanMembiayai Majlis Anugerah KokurikulumMembiayai duit poket pemain ragbi.

Tindakan: Makluman

5.1.8   Laporan Biro 3K ( Kebersihan, Kesihatan, dan keselamatan)             1. Memberi cadangan keluar masuk individu ke KISAS demi keselamatan.             2. Mencantas pokok-pokok besar yang membahayakan pelajar.             3. Menguruskan pembelian ‘haidbin’ dan sanitasi di Aspuri.             4. Membantu kolej menyediakan Bangunan Informasi dan Perkhidmatan serta                 peralatannya.             5.Membantu kolej menyediakan skirting meja di kantin.

                                                                                                          Tindakan: Makluman

5.2           Sesi Soal Jawab

5.2.1  En. Ahmad Syukri b. Mohd Nor meyokong pendapat Pengetua bahawa              sumbangan kewangan daripada ibu bapa amat penting dalam membantu              meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar KISAS.

Beliau ingin mendapatkan penjelasan tentang perkara berikut:

Berapakah peruntukan untuk setahun daripada pihak kementerian kepada KISAS sebagai sebuah sekolah SBT.Adakah baki wang PIBG di bank (RM 145,577.17) dan baki tunai     di tangan (RM 499.89) akan di bawa kehadapan untuk program-program di     bawah PIBG.

YDP PIBG menjelaskan bahawa:

Baki wang di bank dan baki tunai di tangan akan dibawa ke hadapan sebagai satu jaminan sumber kewangan adalah mencukupi dalam menjayakan program-program PIBG.Sumbangan PIBG yang dikutip adalah digunakan untuk program yang dirancang  tahun semasa.

 5.2.2      En. Shahidan b. Shafie memberikan saranan untuk menyelesaikan isu               Pelajar yang tidak mampu membayar yuran.

 Saranan beliau adalah seperti berikut:

Mengemaskini bilangan pelajar yang tidak mampu dan selidiki latarbelakang keluarga mereka. PIBG dicadangkan membuat sumbangan zakat kepada Majlis Agama Islamseperti MAIP di Perlis sebagai sumber untuk menjana dana.Separuh daripada sumbangan tersebut akan disalurkan semula kepada PIBG dan boleh digunakan untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan. Kaedah ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan pembayaran cukai pendapatan kepada pihak LHDN.PIBG juga boleh mendapatkan sumbangan zakat ASNAF.

                  Pengetua memberikan maklum balas:1. Sumbangan zakat mungkin agak sukar dilaksanakan kerana zakat adalah hak    individu dan pihak sekolah tidak mempunyai kuasa untuk mewajibkan semua    ibu bapa membuat sumbangan zakat.2. Pelajar KISAS yang kurang berkemampuan ada menerima sumbangan zakat    seperti tahun lepas (2010), 20 orang pelajar menerima sumbangan.

5.2.3  En.Mohd Khairudin b. Awang bersetuju dengan Pengetua bahawa peruntukan          SBT daripada pihak kementerian sebenarnya tidak mencukupi untuk          melaksanakan semua program PIBG dan terpaksa mencari dana lain untuk          menampung kekurangan kewangan.

           Beliau membangkitkan perkara di bawah:

           1. Adakah blazer ketua pelajar menjadi hak milik sekolah atau pelajar tersebut.           2. Adakah perkhidmatan di kiosk fotostat disediakan secara percuma atau               berbayar dan adakah modal yang diberikan PIBG berbentuk pinjaman atau               sumbangan.            Pengetua menjelaskan perkara di atas:

Kriteria pemilihan ketua pelajar adalah ketat. Pelajar mesti menguasai tiga bahasa iaitu bahasa Arab, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan mendapat sekurang-kurangnya 3A5B dalam peperiksaan.Oleh itu, blazer ketua pelajar adalah menjadi hak milik pelajar tersebutsebagai satu bentuk hadiah dan dorongan kepada mereka.Penolong Kanan juga menambah bahawa harga blazer yang sebenar adalah RM100, namun begitu pelajar diminta untuk membayar RM50 sebagai tambahan untuk mendapatkan blazer yang lebih berkualiti.

YDP PIBG turut menjelaskan perkara di atas:

1. Perkhidmatan fotostat adalah berbayar untuk menjana pendapatan dan PIBG    mengamalkan konsep mudarabah.2. PIBG berfungsi sebagai pemodal dan pelajar sebagai pengusaha dan    keuntungan dikongsi  bersama.

6

5.2.4   En. Mohd Fauzi b. Yusof merakamkan penghargaan kepada para guru yang              bertungkus lumus meningkatkan kecemerlangan prestasi KISAS.

            Beliau menegur perkara berikut:Sesi pendaftaran pelajar Tingkatan 4 yang agak kelam kabut dan kurang lancar.Beliau juga mencadangkan agar disertakan satu senarai bayaran yang perlu dijelaskan oleh ibu bapa pada hari pendaftaran bersama-sama dengan  surat tawaran kemasukan ke Tingkatan 4 yang dikeluarkan. Ini dapat mengelakkan sikap ibu bapa yang lewat dan culas dalam membayar yuran.Beliau turut menyarankan agar pihak sekolah bersikap lebih tegas terhadap ibu bapa dalam mengutip bayaran yuran.

                  Pengetua menjelaskan perkara di atas:Pada hari pendaftaran biasanya tiada kedengaran rungutan daripada ibu bapa yang menyatakan ketidakmampuan membayar yuran. Namun begitu, pada pertengahan tahun terdapat ibu bapa yang liat dalam pembayaran yuran.Pihak sekolah turut memahami masalah ibu bapa dan menerima pembayaran sebanyak dua kali setahun untuk mengurangkan beban ibu bapa.

5.2.5      En. Ahmad Syukri b. Mohd Nor agak tersentuh dengan pandangan En. Mohd   Fauzi b. Yusof. Bagi beliau tindakan ini agak kurang adil untuk golongan   yang berpendapatan rendah. Beliau turut menyarankan agar KISAS   mengimbas kembali matlamat asal penubuhan SBP iatu untuk membantu   pelajar-pelajar yang cemerlang akdemik dari kalangan golongan yang   berpendapatan rendah.

 Beliau turut membangkitkan isu di bawah:

             1. Penggunaan wang peruntukan sekolah kluster sebanyak RM500,000 yang                 diterima sejak tahun 2007.             2. Penggunaan wang peruntukan SBT sebanyak RM700,00 yang diterima pada                 tahun 2010.

                  Pengetua menjelaskan perkara tersebut:Peruntukan sekolah kluster yang diterima dari tahun 2007 hingga 2009 digunakan untuk program kebitaraan sekolah seperti program PESILAT dan program peningkatan akademik.Peruntukan sekolah kluster dihabiskan untuk program pada tahun semasa.KISAS mendapat taraf SBT pada tahun 2010 dan mendapat peruntukan sebanyak RM 700,000 maka peruntukan sekolah kluster telah dihentikan.Peruntukan RM 700, 000 itu digunakan40%    -   program pembangunan insan/ akademik30%    -   program jalinan dan jaringan peringkat negeri dan antarabangsa30%    -   harta modal.Kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah peruntukan SBT lambat diterima (tahun

7

lepas diterima pada bulan Jun) dan banyak program yang dirancang pada awal tahun dilaksanakan terlebih dahulu dengan menggunakan sumbangan PIBG.Peruntukan SBT yang diterima juga terikat dengan prosedur perbelanjaan di bawah KPM. KISAS telah memohon kelonggaran untuk pihak sekolah menentukan sendiri keperluan utama perbelanjaan dan saranan ini telah diterima oleh pihak kementerian.

5.2.6    En. Ahmad Syukri b. Mohd Nor berterima kasih atas jawapan positif dari Pengetua dan merakamkan penghargaan kepada para guru yang cemerlang                dalam mendidik pelajar-pelajar KISAS mencapai kejayaan.Beliau seterusnya membangkitkan isu berikut:

Penggunaan bahasa Inggeris yang masih kurang mantap dalam kalangan pelajar KISAS.Keupayaan pelajar KISAS untuk bersaing dengan pelajar lain dalam mendapatkan biasiswa dan peluang belajar di luar negara.Kebanyakan pelajar KISAS hanya tertumpu kepada tawaran belajar dari negara Timur Barat seperti Mesir.

                 Pengetua menjelaskan perkara di atas:Pihak sekolah sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan pelajar       KISAS dan mensasarkan gred purata 0.20 untuk SPM 2011 dan gred       purata 0.00 untuk SPM 2012.Pelajar-pelajar KISAS turut medapat perhatian daripada penaja seperti     Bank Negara, JPA dan Petronas. Pelajar KISAS juga mendapat tawaran     belajar sebelum keputusan SPM diumumkan.Pelajar KISAS sentiasa cemerlang dari segi akademik dan sahsiah dan       sering mendapat anugerah seperti dalam program PLKN.Pelajar-pelajar KISAS turut mendapat tawaran belajar di universiti lain     dan tidak tertumpu pada sebuah universiti tertentu sahaja.

5.2.7       Pn. Maria bt. Marzuki membangkitkan perkara berikut:

Keberkesanan program kecemerlangan akademik yang dijalankan.Objektif program-program tertentu yang dijalankan dan apakah kekangan yang dihadapi pihak sekolah yang memerlukan bantuan dan sokongan ibu bapa.Peranan biro komunikasi dan hubungan luar di bawah PIBG.Penggunaan komputer di asrama pelajar.Laman web rasmi KISAS yang tidak dapat diakses dan blog PIBG yang tidak dikemaskini.

 Pengetua menjelaskan perkara berkenaan:Setiap program yang dijalankan harus melalui kertas kerja yang telah diluluskan. Setiap program mempunyai objektif dan matlamat yang hendak dicapai.

8

9

10

Ibu bapa dijemput hadir menyertai program yang dijalankan agar dapat lebih memahami kehendak dan matlamat program tersebut.Untuk program antarabangsa terdapat guru yang ditugaskan untuk memantau dan menyelia program tersebut.

Penolong Kanan turut menjelaskan perkara berkenaan:KISAS mempunyai sistem rumah yang merangkumi 4 aspek dan  pelajar akan diberikan  markah berdasarkan aspek:

Akademik:-Pelajar-pelajar KISAS perlu cemerlang dalam akademik.- Program SKK dilaksanakan setiap hari Sabtu.- Program peningkatan bahasa Arab STAM setiap hari Sabtu.

Sahsiah:-  Matlamat KISAS adalah untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang di   semua peringkat.-  Sesi tazkirah diadakan setiap minggu.- Ibu bapa dijemput untuk menghadiri sesi tazkirah.

Kokurikulum:-  Pelajar mesti mendapat A untuk memenuhi keperluan 10% syarat   kemasukan ke universiti dan syarat mendapatkan biasiswa.

3K:-  KISAS sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang                        kondusif  untuk para pelajar.

Pengetua turut mengalu-alukan ibu bapa yang mempunyai kemahiran dan kepakaran seperti golongan profesional untuk menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar. Bekas pelajar KISAS juga sering datang  membantu KISAS semasa cuti semester.

         Memaklumkan dan mengesahkan Laporan Kewangan Sesi 2009

6.1  Setiausaha Kehormat PIBG menyatakan Bendahari Kehormat telah bertukar sekolah dan beliau membentangkan Laporan Kewangan kepada sidang mesyuarat6.2  En. Jasman b. Mohd Barum mencadangkan Laporan kewangan disahkan dan disokong oleh Pn. Norhashimah bt. Selamat.

                                                                                                         Tindakan: Makluman

Membahas usul dan cadangan daripada ahliMengubahsuai jadual waktu hari persekolahan bagi memberi sedikit keselesaan kepada pelajar.Cadanagn dibuat untuk waktu persekolahan dilewatkan sehingga pukul 8.00 pagi manakala waktu makan tengahari diawalkan dari pukul 2.40 petang ke pukul 1.30 tengahari.Waktu kelas persediaan petang pula dicadangkan dimansuhkan.Cadangan agar minit mesyuarat AJK PIBG diedarkan kepada semua ahli untuk memberi gambaran jelas tentang usaha-usaha PIBG dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar dan keberkesanan sesuatu program.KISAS menubuhkan Kelab Debat dan Pidato Khas sebagai persiapan pelapis pasukan sekolah.Laman web PIBG ditukar kepada blog sebagai satu medium perbincangan antara ibu bapa dengan pihak sekolah.Memperuntukkan 10% kuota kemasukan ke Tingkatan 4 bagi anak-anak bekas pelajar KIM, KIK dan KISAS.Memantapkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.Memperkasakan aliran ‘Agama-Perakaunan’ di KISAS.En. Mohd Syukri b. Mohd Nor mencadangkan agar kesemua usul yang diubahaskan diterima oleh PIBG memandangkan ia merupakan usul daripada ibu bapa sendiri.

Pengetua menjelaskan perkara di atas:

Jadual waktu persekolahan adalah terikat dengan piawaian SKPM kementerian dan pihak sekolah tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang perubahan.Pengubahsuaian  jadual persekolahan yang dicadangkan tidak selari dengan ketetapan SKPM pihak kementerian.Peruntukan kuota 10% anak-anak bekas pelajar memang sedia ada dan surat tawaran dikeluarkan oleh pihak SBP. Pengetua turut menyarankan agar ibu bapa memastikan kesediaan anak-anak mereka untuk mengikuti pengajian di KISAS memandangkan terdapat beberapa pelajar baru Tingkatan 4 yang ingin pulang dan enggan meneruskan pengajian di KISAS.Isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah terikat dengan dasar kementerian dan perlu dipatuhi.Sebagai usaha alternatif meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, KISAS melaksanakan program Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBI) yang dilaksanakan semasa waktu perhimpunan.

Penolong Kanan turut menjelaskan seperti berikut:

Kelab Debat dan Pidato memng sudah sedia ada di KISASLaman web sekolah dan PIBG akan dikemaskini dengan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

YDP PIBG turut menjelaskan perkara di atas:Minit mesyuarat AJK PIBG tidak dapat diedarkan untuk semua ahli atas faktor kos tetapi beliau menyatakan bahawa minit tersebut boleh dimasukkan dalam laman web PIBG.Peruntukan 10% untuk anak-anak bekas pelajar KISAS sedang diusahakan oleh Alumni KISAS (ALKIS) dan perkara ini diserahkan kepada ALKIS untuk dilaksanakan.Aliran ‘Agama-Perakaunan’ yang ditawarkan sebelum ini kurang mendapat sambutan memandangkan ibu bapa lebih cenderung menggalakkan anak-anak mereka memilih aliran ‘Agama-Sains’.Sekiranya kesemua usul ini diterima ia harus diperhalusi lagi oleh pihak sekolah sebelum keputusan muktamad dibuat.

Pembubaran AJK PIBG sesi 2010 dan melantik Pengerusi sementara Mesyuarat8.1  Sidang mesyuarat bersetuju melantik Tn. Hj. Abdullah  b. Hassan  sebagai             pengerusi sementara mesyuarat.Tindakan: Makluman

   Pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG sesi 2019.1.1    En. Ahmad Syukri b. Mohd Nor mencadangkan agar cara pelantikan AJK            PIBG ditukar memandangkan beliau tidak mengenali ibu bapa untuk            dilantik sebagai AJK.9.1.2    Beliau mencadangkan agar ahli yang dilantik dipilih berdasarkan kekuatan            dan kepakaran masing-masing agar dapat membantu KISAS            mempertingkatkan  kecemerlangan. Ahli yang dicalonkan juga haruslah fasih            dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris.9.1.3    Calon YDP PIBG juga haruslah dipilih dari kalangan  yang mampu            melaksanakan tugas dan memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas            bukan sekadar ‘memanaskan kerusi sahaja’.9.1.4    Pn. Maria b. Marzuki mencadangkan En. Shahidan b. Shafie sebagai            YDP PIBG.9.1.5    En. Shahidan memberi respon beliau agak keberatan untuk menjadi YDP            memandangkan beliau tinggal jauh di Penang namun menawarkan diri untuk            menjadi AJK.

9.1.6        En. Ahmad Syukri b. Mohd Nor mencadangkan Pn. Maria bt. Marzuki sebagai YDP PIBG.

9.1.7             Pn. Norhayati Awang mencadangkan Dr. Mohd Fauzi b.Hamat sebagai YDP PIBG dan disokong oleh En. Mohd Syukri b. Mohd Nor.9.1.8             Dr. Mohd Fauzi b. Hamat menolak pencalonan sebagai YDP memandangkan beliau telah dilantik sebagai YDP PIBG di Sekolah Maahad Hamidiah, Kajang. Beliau menwarkan diri untuk menjadi AJK shahaja.9.1.9             En. Ahmad Syukri b. Mohd Nor mencadangkan agar cadangan ditutup dan disokong oleh semua ahli.9.1.10         Pn. Sofiah bt. Mohd Yusof, Pn. Hasimah bt. Selamat, En. Wan Mazlan Wan Mahmud dan En. Ridzuan b. Abd. Malek menawarkan diri untuk menjadi AJK PIBG 2011.Mesyuarat telah membuat keputusan pemilihan jawatankuasa PIBG 2011        Yang Dipertua                              : Tn. Hj. Shahidan b. Shafie        Timbalan yang Dipertua               : Pn. Maria bt. Marzuku        Setiausaha Kehormat                     : En. W. Ab Rahim bin Wan Hussain        Penolong Setiausaha Kehormat     : Pn. Norizah bt. Bohari        Bendahari Kehormat                      : Pn. Rosnita bt. Ismail        Ahli-ahli Jawatankuasa                  :  Dr. Mohd Fauzi b.Hamat                                                                  Pn. Sofiah bt. Mohd Yusof                                                                  Pn. Hasimah bt. Selamat                                                                  En. Wan Mazlan Wan Mahmud                                                                  En. Ridzuan b. Abd. Malek  Juru Audit                                     :  1.  Pn. Haliza Hanum bt. MohideenEn. Mohammad Najib bin Mohamed Thani

     Ucapan Penangguhan Yang Dipertua PIBG KISAS 2011

10.1.1        Tn. Hj Shahidan b. Shafie mengucaplan terima kasih  atas pelantikan beliau sebagai YDP PIBG 2011.10.1.2        Beliau turut mengucapkan tahiniah  atas pelantikan AJK PIBG 2011 yang baru dan berharap agar semua pihak dapat meberikan kerjasama daalm menjayakan semua program PIBG dalam memastikan kecemerlangan KISAS.

Mesyuarat PIBG KISAS kali ke-36 ditangguhkan pada pukul 2.20 petang.Setiausaha Mesyuarat 1                                                                                                 Disgahkan oleh,…………………………..(Noor Fadzilah Md. Radzi)                                                       ……………………                                                                                                  (Tn.Hj. Shahidan b. Shafie)Setiausaha Mesyuarat 2,

………………………………

(Jamaliah bt. Md. Shariff)

SENARAI NAMA PENTADBIR DAN GURU KANAN

BIL JAWATAN NAMA NO TELEFON

1  Pengetua Abdullah Bin Jusoh 012-654 1881

2 Penolong Kanan Mohd Ismail Bin Haji Mohamood

013-209 5631

3 Penolong Kanan Tingkatan 6 Abdullah Bin Hj. Hassan 019-281 1443

4 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Mustafa Kamal Bin Jamaluddin 016-650 6292

PENGENALAN

Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru atau ringkasnya PIBG adalah satu organisasi yang dibentuk oleh pihak pentadbir institusi pendidikan atau sekolah dengan kerjasama ibu bapa  yang anak-anak mereka belajar di institusi pendidikan atau sekolah berkenaan. Matlamat asal penubuhan PIBG adalah untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid, agar mereka di sekolah berkenaan memperoleh faedah yang maksimum daripada kemudahan-kemudahan pendidikan yang telah disediakan. Setiap ahli sepatutnya menghormati perjalanan PIBG dengan memberikan kerjasama yang teguh dengan menghadiri setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG.  Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Raja Permaisuri Bainun telah ditubuhkan pada tahun 1985 iaitu setahun selepas  sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1984. Sehingga hari ini seramai 8 orang Yang Dipertua PIBG telah dilantik. Antaranya adalah seperti yang berikut:

Nama YDP PIBG

1985 - 1988 : Tn. Hj. Abdullah bin Nordin Ali

1989 : Ir. Hj. Harun bin Ahmad Saruji

1997: Dr. Hj. Dzulkarnain bin Abd. Rahman

1998 – 1999 : Tn. Hj. Mohammad bin Muhammad Nengah

1999- 2002 : Dr. Mohd. Muslim bin Mohd. Yusoff

2003 - 2004 : En. Roslan bin Busu

2005- 2010 : En. Saharuddin bin Deli

2010 - sekarang :  Dr. Abdul Hadi bin  Mat Dawi

Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah satu agen perubahan komuniti di sekolah yang menjalankan usaha berterusan berlandaskan kaedah-kaedah dan perlembagaan PIBG bagi menyokong serta membantu semua kegiatan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dan Perancangan Sekolah.

 Matlamat asal penubuhan PIBG adalah untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid, agar mereka di sekolah berkenaan memperoleh faedah yang maksimum daripada kemudahan-kemudahan pendidikan yang telah disediakan. Setiap ahli sepatutnya menghormati perjalanan PIBG dengan memberikan kerjasama yang teguh dengan menghadiri setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah ini bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school-home-community partnership). Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ‘saling lengkap melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan.Ia bukan sahaja sebagai entiti yang penting kepada institusi sekolah malah persatuan ini menjadi wadah penghubung antara pihak ibu bapa dengan sekolah demi kemajuan pendidikan bersama.

Akta Pendidikan 1961 memperuntukkan bahawa PIBG adalah entiti utama dalam sesebuah sekolah dan asas penubuhannya termaktub dalam akta tersebut. PIBG berperanan sebagai rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan masalah, birokrasi dan isu yang timbul. Badan ini juga bertindak sebagai wadah, forum dan khidmat bakti untuk kemajuan serta pembangunan pelajar dan sekolah.Visi dan Misi PIBG SMK Raja Permaisuri BainunObjektif dan visi PIBG  selari dengan Misi Nasional; Dasar Pembangunan Negara; Falsafah Pendidikan Negara (FDN); Dasar Pendidikan Negara (DPN); Pelan Integriti Nasional (PIN); dan prinsip Islam Hadhari. Visi dan misi PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun adalah seperti yang berikut:

 MISI PIBG Membantu Sekolah Memberi Pendidikan Berkualiti bagi Melahirkan Modal Insan Cemerlang Berlandaskan Aspirasi Pendidikan Negara

VISI PIBGPIBG Peneraju Kecemerlangan Yang UnggulLOGO PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun

KETERANGAN LOGO

Perpaduan, Permuafakatan, Peranan antara Pentadbir, Guru , Staf Sokongan, Pelajar dan Ibu Bapa Membentuk Ukhwah yang Kukuh untuk Meneruskan Tradisi Kecemerlangan.

MERAH HATI

Kegagahan dan keberanian

OBOR

Ilmu menerangi hidup

BERGERIGI BERWARNA

Kemajuan sains dan teknologi

BUKU

Timbunan ilmu

BUNGA PADI

Wujud di negeri Perak

JALUR KUNING

Jalur Diraja sempena nama sekolah

JALUR PUTIH

Hati bersih

JALUR BIRU

Kerjasama wujudkan perpaduan

MOTO

Berusaha, Berilmu, BerbaktiPIAGAM PELANGGAN

Kami ahli PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami :

• Membantu  pihak sekolah melaksanakan proses pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu yang memenuhi    kehendak individu, masyarakat dan negara bermula pada hari pertama persekolahan baru dibuka. • Menjadi pemangkin pengembangan  bakat dan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu dalam bidang    kurikulum dan kokurikulum berasaskan pembinaan generasi bestari. • Mengurus dan menggunakan segala peruntukan kewangan yang diterima secara efisyen dan berkesan bagi keperluan    dan faedah sekolah. JALINAN, JARINGAN DAN PENGANTARABANGSAAN

PIBG seharusnya bijak mengadakan jaringan dan kerjasama bijak dengan institusi pendidikan terbaik dan cemerlang tempatan dan luar Negara. Perkongsian pintar maklumat dan teknologi pendidikan terkini perlu diadakan agar sistem pendidikan tempatan lebih efisien, sofistikated, kompeten dan tidak ketinggalan zaman.

Melalui perkongsian pintar ini maka medan pendidikan di negara kita menjadi lebih terbuka, seimbang dan seiring dengan peredaran zaman. Melalui kepimpinan dan pentadbiran PIBG yang cekap dan profesional, maka tidak mustahil sistem pendidikan di negara kita bakal berada dalam keadaan yang harmoni, kreatif, inovatif, akomodatif, moden serta ekonomik sepanjang masa. Antara jaringan yang telah dibuat oleh PIBG sekolah adalah:

Luar Negara :

1.    Harford High School, Manchester

2.    Benjamarachutit, Pattani School, Thailand

3.    SM Pehin Datu Seri Maharaja Mentiri, Brunei

4.    SMA Negeri 5, Purworejo, Jogjakarta

5.    SMA Negeri 7, Purworejo, Jogjakarta

6.    SMKI 10 (Sekolah Seni), Bandung

7.    Davao City National High School, Filipina

Dalam Negeri :

1.    Kolej Melayu Kuala Kangsar

2.    Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh

3.    Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

4.    SMK (P) St George, Pulau Pinang

5.    SMK Sultanah Asma, Alor Setar

6.    SMK Dato’ Onn, Butterworth

7.    SMK Gunung Rapat, Ipoh

8.    SMK Tarcisian Convent, Ipoh

9.    SMK Anderson, Ipoh

Mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Kata Aluan Penasihat PIBG 2012/2013

Sekapur Sirih daripada Pengetua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dengan rahmat-Nya, Laman Web PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun dapat dibangun dan dimantapkan.  Sekalung pengargaan dan terima kasih saya ucapkan  atas usaha ini.

Pembinaan laman web PIBG ini sangat besar ertinya kepada sekolah. 

Tujuan utama laman web ini adalah untuk berkongsi atau bertukar-tukar pengalaman kepada semua pengunjung laman ini. Harapan saya dengan adanya laman web ini tuan/puan dapat mengenali lebih dekat lagi segala informasi dan program-program yang telah dan akan dilaksanakan di sekolah ini. Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan  sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini. 

Saya penuh yakin, dengan komitmen daripada semua guru, warga sekolah dan PIBG,  Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun akan terus cemerlang dalam semua bidang seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan sebagai sebuah sekolah kluster kecemerlangan yang berkesan dan mencerminkan budaya berkualiti dalam setiap aspek kehidupan.

Akhirnya, semoga Laman Web PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun menjadi laman rasmi yang dikenali di daerah Kinta Utara khasnya dan juga di negeri Perak amnya.

Sekian, terima kasih.

‘PENDIDIKAN CEMERLANG SEKOLAH GEMILANG’

HAJI MOHD JASMI BIN ALIAS                                                                                                               Pengetua CemerlangSMK Raja Permaisuri Bainun

Kata Aluan YDP PIBG 2012/2013

Assalamualaikum W.B.T, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang mengisi ruang dalam Laman Web PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pembangun laman web ini yang telah berjaya mereka bentuk dan membangun laman web ini. 

Laman web ini adalah signifikan dalam membantu meningkatkan keberkesanan dan kecekapan PIBG sekolah ini.  Laman web ini akan membuka jalan ke arah perkara-perkara berikut yang

boleh dilakukan sama ada secara ‘synchronous’ mahupun ‘asynchronous’ iaitu :

Hebahan informasi terkini kepada ahli PIBG dan pihak luar ;Penyediaan platform kepada ibu bapa dan guru melihat perkembangan pelajar ;Akses kepada maklumat berkaitan PIBG dan sekolah pada bila-bila masa ;Akses kepada aktiviti sekolah ;Penyaluran idea daripada ibu bapa dan guru ; danPenyaluran aduan secara online.

Sebagai peneraju PIBG, saya percaya bahawa kerjasama dan  gandingan mantap antara warga sekolah dengan PIBG dapat memperkasakan usaha pengekalan kecemerlangan dan penambahbaikan secara berterusan. Saya yakin inisiatif yang dilakukan menerusi laman web ini akan membuka jalan ke arah kerjasama tersebut. Saya juga yakin laman web ini dapat disenggara dan ditadbir dengan baik. Insya Allah, impaknya akan memberikan banyak faedah kepada kita semua khususnya dalam melahirkan modal insan yang kompeten dan cemerlang berlandaskan aspirasi pendidikan negara.  Sekaligus menjadi pemangkin sinergi kecemerlangan unggul. 

Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan dan pengurusan laman web ini.

Sekian, terima kasih.

Dr.  ABDUL HADI BIN MAT DAWIYang Dipertua PIBG,SMK Raja Permaisuri Bainun.

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SMK RAJA PERMAISURI BAINUN KALI KE -27Rujukan Kami    :  PIBG/SMKRPB/100/2/( 44 )                                                           

Tarikh              :  1 Mac 2012

Yang Dihormati,Ibu bapa / Penjaga Pelajar dan Guru-guru,SMK Raja Permaisuri Bainun,30020 Ipoh,PERAK DARUL RIDZUAN

Tuan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SMK RAJA PERMAISURI BAINUN KALI KE -27

Adalah dengan hormatnya tuan/puan dijemput untuk hadir ke mesyuarat tersebut.

2.         Mesyuarat Agung akan diadakan sepertimana berikut :                Tarikh            :  09 Mac 2012 (Jumaat)                Masa              :  3.15 petang                Tempat          : Dewan Besar SMK Raja Permaisuri Bainun

3.         Agenda mesyuarat

3.1        Ucapan Yang Dipertua PIBG (YDP PIBG)3.2        Ucapan Penasihat PIBG merangkap Pengetua SMK Raja Permaisuri Bainun3.3        Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke -26 (yang lalu)3.4        Membentang laporan Tahunan PIBG bagi tahun 20113.5        Membentang Laporan Kewangan PIBG bagi tahun 20113.6        Membentang dan menetapkan bayaran bagi sesi persekolahan 20133.7        Membentang dan membahaskan usul-usul3.8        Pembubaran AJK 2010/20123.9        Pemilihan AJK 2012/20143.10       Ucapan penangguhan

4.         Sila kemukakan cadangan usul untuk dibentangkan dan dibahaskan dalam Mesyuarat Agung kali ke -27 sebelum atau pada20 Mac 2012 sama ada melalui pos atau melalui anak / jagaan tuan.

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan adalah amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( Dr. ABDUL HADI BIN MAT DAWI )Yang Dipertua PIBG,SMK Raja Permaisuri Bainun.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26Tarikh              : 1 April 2011 (Jumaat)Masa                : 3.00 petangTempat            : Dewan Tuanku Bainun, SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

Kehadiran        :

1.    Tn. Haji Mustafa b. Shaari                                Pengetua2.    Dr. Abdul Hadi b. Mat Dawi                             Yang Dipertua PIBG3.    En. Baharuddin b. Tahir                                   Naib Yang Dipertua PIBG 4.    En. Azrazi b. Mohamed                                    Setiausaha PIBG5.    Pn. Rosnani bt Dollah                                       Bendahari PIBG6.    Pn. Sabariah bt. Ibrahim                                  AJK7.    En. Abdul Rahman b. Mat Nordin                       AJK8.    En. Kamaruddin b. Hj. Awang Teh                     AJK9.    Pn. Aslinda bt. Hawari                                     AJK10.  Pn .Hamsa’adah bt. Ghazali                              AJK11.  En. Rahman Putra b. Mohd Bashir                      AJK12.  En. Mohd Sya’aban b. Othman                          AJK13.  Pn. Hasmawati bt. Hasim                                 AJK14.  Pn. Azarina bt. Alias                                        AJK15.  Pn. Noriza bt. Awang                                      AJK  16.  Pn. Hamsiah bt Mohd Dahlan                            AJK17.  Pn. Nazatul Shaida bt. Mohd Hair18.  En. Rajuddin b. Zainal Abidin19.  En. Muhd Amar b. Hj. Ibrahim20.  En. Mohd Najib b. Md Nawawi21.  En. Hamdan b. Jamaluddin22.  Pn. Rosilah bt. Musa 23.  En. Mahmudin b. Musa24.  Pn. Suhaida bt. Sulaiman25.  Pn. Zaleha bt. Sulaiman26.  Pn. Rohana bt. Hashim27.  En. Abdul Halim28.  Tn. Haji Sufian bin Mohd Darom29.  En. Sulaiman b. Mad Nawi30.  En. Khairul Zuzaidy Hamsar31.  Pn. Azizah bt. Dollah32.  En. Mustafa b. Haris33.  Pn. Zabidah binti Arifin34.  Pn. Norlydawani bt. Ramly35.  En. Ahmad Mahmud bin Zakaria36.  Pn. Normahton binti Abd Rahman37.  En. Hamran bin Abdullah38.  Pn. Siti Azah binti Mohamed39.  En. Khairul Zuzaidy bin Hamsan40.  En. Mohd Jailani bin Kasmuri 41.  En. Syed Afzarizar bin Syed Halim42.  Pn. Noafizah binti Mohamad

43.  Pn. Norizan bt. Abd Rahman44.  Pn. Rohani bt.Yin45.  Pn. Rohaniah bt. Sulaiman 46.  Pn. Norhiah bt. Ibrahim47.  En. Mat saufi bin Sharil48.  En. Ahmad Kamal bin Abdul49.  En. Khairul Salleh bin Ahmad 50.  Pn. Zaiton bt. Ismail51.  En. Mohd Zamin Nizam bin Abd Hadi52.  Pn. Sharina bt. Shafie53.  Pn. Fauziah bt. Zakaria54.  En. Anaz Azman bin Arshad55.  En. Nazian b. Abu Hanifah56.  En. Zainuddin b. Salim57.  Pn. Halimatun Saadah58.  Pn Sonia Adzlina bt. Iskandar59.  En. Mohd Hamka b. Abd Aziz60.  En., Mustafa bon Haris61.  En. Hilamuddin b. Awang Mohd62.  Pn. Rasidah bt. Ghazali63.  En. Amiruddin b. Mohaiyuddin64.  En. HAsbullah b.Busu65.  Pn. Sarimah bt. Mat Nayan66.  En. Muhd Razi bin Johan67.  Pn. Jarina bt. Muhd Johari68.  En. Mohamad Yusuf b. Mat Abbas69.  En. Hamran bin Abdullah70.  En. Zainuddin bin Salim71.  En. Saharudin bin Salim72.  Pn. Rosyati binti Mohd Yusuf73.  En. Jamaluddin bin Alias74.  En. Shamsudin bin Osman75.  Pn. Hansiah bt Othman76.  En. Syed Noh bin Habib Hashim77.  Pn. Rosnani bt Hamim78.  Pn. Rozihan bt Abdullah79.  Pn. Salmiah bt yai80.  Pn. Rohaza bt Mat lazi81.  Pn. Laily Rafiah bt Abdullah82.  En. Tasni bin Saari83.  En. Umar bin Abu84.  En. Saiful Bahry b Abdul Rahim85.  En. Shai-Fulhak bin yahya86.  Pn. Nur Azizan bt Dol Basir

87.  Pn. Rosmah bt. Puteh88.  Pn. Noorain bt. Yussuf89.  Pn. Che Araine bt. Ahmad90.  Pn. Rafiah bt Khalid91.  En. Mohd Idris bin Hussin92.  Pn. Nurul Wahida bt Yaacob93.  Pn. Norhayati bt Masri94.  Pn. Ruhil Azhana Jaafar95.  Pn. Aishah bt Mohammed Hamdan96.  Pn. Sharifah Haslina bt Syed Abd Hamid97.  En. Rohizan b Md Zain98.  Cik Lim Swee Choon99.  En. Azmi bin Razab100. Pn. Anidah bt Salleh101. Pn. Ruziah bt Mohamad Noh102. Pn. Norasina bt Tajon Aros103. Pn. Nor Aida bt Mustafa104. Cik Noor Hanisah bt Hawari105. Cik Rosnah bt Samchek106. En. Rahman Putra b Mohd Bashir107. Pn. Hamsaadah bt Ghazali108. En. Mazlan bin Mohamad Zaki109. Pn. Salmah bt Zainuddin110. Pn. Amna bt Muhamad111. Pn. Nur Hanina bt Shalim 112. Pn. Nor Azliza bt Mohamad113. En. Mohd Salleh bin Daud 114. En. Syahril Azwa bin Ismail115. En. Che Ismail b. Che Ali116. Pn. Norshahida bt  Azmi117. En. Sajastanah bin Imam Koning118. Pn. Nur Nadiah bt Abdullah119. Pn. Rosliyatun bt Mohd Yusuf120. Pn. Nazimah bt Naziruddin121. Pn. Norliana bt. Ramli122. Pn. Waheeda bt. Yob123. Pn. Mastura Kahan Saaib124. Pn. Zakiah bt Salleh 125. Pn. Maslita bt Jayos126. Pn. Aslinda bt Hawari 127. Pn. Quah Wei Kheng128. En. Faizulme b. Mohamad 129. En. Faridzz b Muhammat Roli130. Pn. Noriah bt. Yeop Nordin

131. Pn. Harison bt. Bakar132. Pn. Fauziah bt. Mohd Ali133. En. Irwan b Abd Manap134. En. Odin b Harun135. En. Adam b Abd Wahid136. Pn. Sabariah bt Ibrahim137. Pn. Nur Azizan bt Dol Basir138. En  Muhamad Khari b Abd Rashid139. Pn. Faziah Diana Razib140. Pn. Ezza Fahana bt Mohd Fakri141. Pn. Sharifah Azlin bt Saed Kamr Bahri

1.0  Ucapan Yang Dipertua PIBG

1.1          Mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ Haji Nadzri bin Haji Ismail, ADUN Manjoi kerana sudi hadir dan merasmikan Mesyuarat PIBG kali ke 26. Terima kasih juga kepada semua yang hadir pada mesyuarat agung kali ke26 dan di atas kesetiaan serta komitmen yang ditunjukkan

1.2          Mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh warga SMKRPB di atas kejayaan SPM 2010 dengan memperolehi GPS 2.98.

1.3          Mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua dan guru-guru yang telah banyak berkorban masa dan tenaga dalam mendidik  pelajar-pelajar hingga mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan.

1.4          Pihak PIBG menyokong penuh dan memberi komitmen dalam membantu pihak sekolah mencapai visi dan misi sekolah. iaitu “Menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menjelang tahun 2012”.

1.5          Beliau juga menyeru semua ibu bapa menyokong inisiatif sekolah ke arah mencapai SBT pada tahun 2012 supaya sekolah lebih kondusif dan memupuk rasa bangga dalam kalangan warga sekolah. Perubahan ini pastinya akan dapat menjadi pemangkin kegemilangan pelajar.

1.6          PIBG SMKRPB berharap ibu bapa akan menyumbang atau mendapat sumbangan semaksimum mungkin untuk Program Senamrobikthon kerana sebahagian wang tersebut akan disalurkan kepada program peningkatan akademik. Sebagaimana pencapaian dalam PMR, SPM, STPM semuanya meningkat. Oleh itu, program sebelum sebegini akan diteruskan pada tahun ini. 

1.7          PIBG berharap agar sama-sama bersatu menggembang segala sumber yang ada untuk merealisasikan hasrat pendidkan dalam mendidik anak-anak kita ke

mercu dunia.

2.0      Ucapan Penasihat PIBG

2.1       Berharap ibu bapa dapat membantu dan memberi yang terbaik untuk sekolah.

2.2       Sekiranya sekolah mendapat SBT pada 2012, sekolah akan mendapat banyak peruntukan dari KPM. Sekolah akan mendapat lebih bantuan kewangan. Buat masa ini, pihak PIBG diharap dapat tolong sekolah dari segi kewangan.

2.4       Beliau memohon agar semua ibu bapa memberi nasihat kepada anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh kerana banyak lagi permohonan pelajar yang cemerlang yang baru dari luar yang ingin masuk ke sekolah ini. Oleh itu Ibu bapa perlu tahu keadaan sekolah berasrama dan pelajar perlu kuat belajar.

2.5       Yuran makan di SMKRP Bainun ini sangat murah iaitu RM1 sehari berbanding dengan Sekolah Mahaad Tahfiz di Kelantan yang mengenakan bayaran sebanyak RM300 sebulan untuk yuran makan sahaja.

2.6       Memaklumkan, syarat bagi sekolah untuk mendapat SBT, di mana GPS bagi PMR perlu kurang 2.0, dan SPM kurang 3.0.

2.7       Memohon maaf sekiranya ada kesilapan dan terkasar bahasa.

3.0       Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke 25

3.1       Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-25 untuk diterima dan disahkan.

Minit Mesyuarat Agung kali ke 25 disahkan tanpa pindaan. 

Pencadang : Encik Anas Azaman Arshad

Penyokong : Encik Amirudin Mohaiyuddin

4.0          Membentangkan Laporan Tahunan PIBG bagi tahun 2010

4.1          Setiausaha membentangkan Laporan Tahunan PIBG untuk sepanjang tahun 2010.  Laporan Tahunan PIBG telah diterima tanpa pindaan.

4.2          Puan Sabariah bt Ibrahim adalah AJK PIBG yang baru bagi menggantikan Encik Kamarudin b. Haji Awang Teh yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

4.3          Pembentukan biro-biro (Rujuk Jadual 12)

4.4          Pemantapan sistem pengurusan PIBG – ibu bapa boleh melayani laman web PIBG SMKRPB seperti yang tertera di m/s     14.

4.5          Aktiviti yang dibiayai oleh pibg (rujuk jadual 3)

4.6          Projek Senamrobikthon – Projek PIBG untuk mengumpul dana  bagi melaksanakan program kecemerlangan sekolah. Hari pelancaran projek ini berjaya mengutip RM19000.

(a)RM 10000 dari YB Dato’ Nadzri b. Ismail

(b)RM 2000 dari YB Dato’Seri Ahamd Husni b.Hanazdlah.

(c) Selebihnya dari pembekal peralatan sekolah,pengusaha kantin dan ibu bapa.

4.7       Program Kecermerlangan Kurikulum secara tidak langsung sumbangan PIBG turut menbantu pencapaian yang dicapai oleh sekolah dalam peningkatan GPS PMR,SPM&STPM.

4.8       Laporan tahunan PIBG diterima tanpa pindan 

Pencadang: Encik Anas Azaman Arshad

penyokong: Encik Amirudin Mohaiyuddin

5.0       Membentang laporan tahunan kewangan PIBG bagi tahun 2010

5.1       Bendahari membentangkan laporan tahunan kewangan 2010

5.2       Laporan Tahunan Kewangan PIBG diterima tanpa pindaan

Pencadang: Encik Anaz Azman Arshad(124)

Penyokong:Encik Amirudin Mohaiyuddin(109)

6.0       Membentangkan dan menetapakan bayaran bagi sesi persekolahan

2010

6.1       YDP menyusul:

            6.1.1.   Yuran PIBG bagi pelajar perempuan menjadi RM100 berbanding RM85     yang perlu dibayar. RM15.00 tambahan ini akan digunakan untuk           pembayaran pengurusan sanitari

            6.1.2.   Mewujudkan cagaran perubatan sebanyak RM40 bagi setiap pelajar. Sekiranya tidak digunakan  duit ini akan di kembalikan pada akhir tahun.

6.2       Puan Noriza Awang menjelaskan dengan lebih terperinci megenai konsep cagaran perubatan RM40 ini. Duit ini hanya akan digunakan sekiranya perlajar pergi ke klinik swasta pada waktu malam. siang pelajar akan di bawa ke klinik kerajaan(office hour)

6.3       Tindakan ibu bapa:

            6.3.1 Encik Jasni b. Saari(94)

         -mencadabgakan PIBG buat peruntukan untuk keperluan perubatan yang

dilihat lebih pratikal

-RM40 walaupun bukan yuran tetapi nampak macam yuran, ianya membebankan.

6.3.2 Puan Norliah bt Ibrahim 

           -mencadangakan 1% dari tabung kebajiakan PIBG digunakan untul hal lain.

              -inginkan data pencapaian pelajar dimasukan dalam buku mesyuarat agung ini.

6.4       YDP menerima usul data pencapaian pelajar akan dimasukan dalam buku mesyuarat agung untuk lihat laman web sekolah (PIBG) untuk lihat pencapaian sekolah dan pelajar dengan lebih lengkap

6.5       YDP nenanyakan kesimpulan keputusan bayaran cagaran perubatan:

            6.5.1 setuju=0

            6.5.2 tidak setuju=9

6.6       cadangan mengambil RM10 daripada tabung bainun untuk peruntukan

perubatan ini.

            6.6.1    cadangan:Puan Norliah bt Ibrahim

            6.6.2    sokong:Encik Hamdan Jamaluddin(181)

            

7.0       Membentangkan dan membahaskan usul-usul

7.1       PK HEM menjawab usul-usul yang dikemukakan:

            (1)Usul 4/Usul 1/Usul 2/Usul 14

            -sekolah ada 1 bas sahaja. bas boleh hantar ke Silibin sahaja (2/3 trip).kalau hantar ke Medan Gopeng, tidak sempat balik untuk buat lagi (2/3 trip). pelajar-pelajar yang pergi ke solat jumaat lagi.Dan di Silibin ada banyak bas awam yang boleh bawa ke stesen bas besar. Sekolah juga tidak mampu membuat lebih dari 2/3 trip ke masjid hari jumaat.

            (2) Usul 7/ Usul 15

            -mesin basuh berbayar akan mula dipasang mulai pada (2/4/11)

            -boleh basuh 30 helai dalam satu mesin dan boleh dikering terus

            (3) Usul 3/ Usul13/Usul 15

            -sekiranya perabot rosak, sila maklumkan pada pihak sekolah, sekolah akan ambil tindakkan.

            (4) Usul 5/ Usul 11

            -pengawal sekolah sudah tegur tetapi ada ibu bapa yang masih berdegil.

            (5) Usul 13

            -sekolah memang mengadakan pertandingan keceriaan bagi kelas dan dorm.   ini merupakan tanggungjawab pelajar untuk turut menjayakannya.

            -pembinaan laluan berbumbung perlu minta peruntukan daripada PIBG.

            

8.0       ucapan penangguhan

8.1       Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang setia menunggu sampai akhir mesyuarat

8.2       Ibu bapa diharap bukan setakat membantu dan menekankan prestasi pelajaran anak-anak semata-mata tetapi berusaha membantu meningkatkan moral mereka.

8.3       Pihak PIBG akan memberi kerjasama dalam membantu menerima pandangan yang membina dalam menyokong sekolah.

8.4       Mohon maaf salah silap dalam mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.05 petang.

            

Disediakan oleh:                                                         Disahkan oleh

...……………t.t…………………..                               …………………t.t………………………

(EN. AZRAZI BIN MOHAMED)                                 (DR. ABDUL HADI BIN MAT DAWI)

Setiausaha                                                                  Yang Dipertua 

PIBG 2010/2012                                                         PIBG 2010/2012

SMK Raja Permaisuri Bainun                                     SMK Raja Permaisuri Bainun

Aktiviti PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun 2012 - 2013

LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG) 2011Mesyuarat Agung PIBG 2010PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun telah mengadakan mesyuarat agung kali

ke-25 pada 20 April 2010. Dalam mesyuarat ini, pemilihan ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2010/2012 telah diadakan.  Sehubungan itu, ahli jawatankuasa baru PIBG bagi sesi 2010/2012 telah berjaya dilantik melalui pemilihan tersebut. Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2010/2012 yang dipilih ialah Y.Bhg. Dr. Abdul Hadi bin Mat Dawi.  Ahli jawatankuasa (AJK) yang dipilih terdiri daripada bekas AJK sebelum ini dan juga muka-muka baru. Dua orang AJK dilantik sebagai juruaudit luar dan juruaudit dalam iaitu Pn.Ham Sa’adah Bt Ghazali dan Pn. Aslinda Bt Hawari.

Mesyuarat-Mesyuarat

Jawatankuasa PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh telah mengadakan mesyuarat-mesyuarat pada tarikh-tarikh yang berikut pada tahun 2010 sehingga terkini bertempat di Bilik Permasuri Bainun, SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Salah seorang AJK PIBG iaitu Encik Kamaruddin b. Hj Awang Teh telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya. Sehubungan itu, mesyuarat AJK PIBG secara sebulat suara memutuskan Puan Sabariah bt Ibrahim dilantik sebagai AJK PIBG yang baru bagi menggantikan Allahyarham.  

Perancangan Aktiviti 2011 Pembentukan Biro-BiroBagi membolehkan akitiviti PIBG berjalan lancar, beberapa Biro telah dibentuk. 

Pemantapan sistem pengurusan PIBG Bagi memastikan PIBG SMK RPB berkualiti, mantap dan mempunyai “standard”,  sistem  pengurusan PIBG SMK RPB dimantapkan. Inisiatif ini diharap dapat menyokong pencapaian visi dan misi sekolah ke arah sekolah berprestasi tinggi menjelang tahun 2012. Pemantapan sistem pengurusan PIBG dilaksanakan melalui aktiviti berikut:            

Mewujudkan sistem fail  dan kawalan dokumen/rekod Semakan terhadap pemilikan Aset PIBG Mewujudkan Logo PIBG SMK RPB Membangunkan Laman Web PIBG SMK

RPB.[URL:http://pibgbainun.weebly.com]

Pembiayaan Aktiviti Pembiayaan oleh PIBG bagi aktiviti-aktiviti sekolah yang dilaksanakan sepanjang tahun 2010 

Projek SenamrobikthonProjek Senamrobikthon 2 SMKRPB merupakan projek PIBG yang bertujuan untuk mengisi dana PIBG bagi melaksanakan pelbagai program khususnya ke arah mencapai kecemerlangan akademik dan memantapkan mutu pengajaran dan pembelajaran.  

Antara objektif utama projek ini adalah seperti berikut:

Mengumpul wang untuk menambah dana PIBG; Meningkatkan kemudahan peralatan yang terkini dan interaktif bagi

memantapkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan; Memberi sumbangan kepada pihak sekolah untuk menjayakan

program-program yang berbentuk peningkatan akademik, kokurikulum dan sahsiah; 

Membiayai kelas tuisyen dan juga modul pembelajaran pelajar sama ada berfokus, terancang dan khusus bagi pelajar SMKRPB; dan

Menyokong usaha melahirkan pendidik dan pelajar yang berdedikasi, berdaya saing, dinamik dan terbuka dalam arus pembaharuan pendidikan ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Hasil kutipan awal semasa majlis perasmian dan pelancaran Senamrobikthon 2 ialah RM 19, 000.00  iaitu Sumbangan dari YB  Dato’ Nazri bin Ismail  DPMT, PMP,AMP,PPT sebanyak RM 10,000.00 dan YB Dato’ Seri Ahmad Husni bin Hanadzlah sebanyak RM 2,000.00.  Selebihnya daripada  pembekal peralatan sekolah, pengusaha kantin dan ibu bapa.

Program Kecemerlangan KurikulumPIBG pada tahun 2010, juga turut membiayai serta menyumbang dalam program-program kecemerlangan kurikulum pelajar yang dirancang dan dijalankan oleh pihak sekolah seperti program panitia, program Kelas Tuisyen Berfokus, Kelas Bimbingan Terancang, Bengkel SPM untuk semua subjek, aktiviti bidang Sains dan Matematik, Aktiviti Bidang Kemanusiaan dan membiayai program Gerak Bestari sepenuhnya.

Secara keseluruhannya, program dan aktiviti  yang dilaksanakan sepanjang tahun 2010 adalah banyak berbanding tahun-tahun sebelumya. Impak dari program dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah dan dibiayai oleh PIBG pada tahun 2010  adalah amat membanggakan dan memberikan petunjuk yang jelas lagi signifikan terhadap peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS). Sebagai contoh, 

Lonjakan saujana peningkatan pencapaian PMR Kedudukan SMKRP di peringkat daerah Kinta Utara nombor dua

manakala di peringkat negeri berada di kedudukan nombor empat. Dari segi GPS meningkat iaitu 1.09.

Peningkatan SPM 

Kedudukan SMKRP di peringkat daerah Kinta Utara nombor empat manakala di peringkat negeri berada di kedudukan nombor dua belas. Dari segi GPS meningkat iaitu 2.98

Peningkatan STPM dari segi GPS sebanyak 0.05 di mana tahun 2009 memperoleh GPS 2.21 manakala tahun 2010 GPS 2.26.

Nilai GPS bagi PMR dan SPM sebaik-baiknya semakin berkurang bagi menunjukkan pencapaian sekolah yang semakin meningkat dari segi akademik. Manakala nilai GPS semakin besar maka ia menunjukkan penurunan percapaiannya. Sebaliknya, bagi GPS untuk STPM pula semakin besar nilainya maka tinggilah pencapaian. Ringkasnya, SMK RPB telah memenuhi syarat untuk mendapat status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan mempunyai peluang yang amat cerah bagi mencapai Status SBT pada tahun 2012. 

Semoga dengan kejayaan-kejayaan dalam program dan aktiviti yang dirancang oleh PIBG bersama pihak sekolah bagi sesi 2010/2012 akan dapat memajukan sekolah sekaligus menyokong warga SMK Raja Permaisuri Bainun ke arah mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi pada 2012 nanti.

Disediakan oleh,

(AZRAZI BIN MOHAMED)Setiausaha PIBG 2010/2012)AJK PIBG SMKRPB SESI 2012/2013PenasihatTn. Haji Mohd Jasmi bin Alias

Yang Dipertua PIBGDr. Abdul Hadi B. Mat Dawi

Naib Yang Dipertua PIBGEn. Baharuddin B. Tahir

Setiausaha PIBGPn. Roshaini bt. Mat Kasa

Bendahari PIBGPn. Rosnani bt Dollah  

Ahli Jawatankuasa PIBG      En. Mohamad Ishak b. MohamadEn. Abdul Rahman b. Mat NordinPn. Sabariah bt. Ibrahim 

Dr. Sabariah bt. Meor SulaimanPn. Hamsiah bt. Mohd Dahalan           

Guru SMK Raja Permaisuri BainunEn. Rahman Putra b. Mohd Bashir  En. Mohd Sya’aban b Othman  Pn. Hasmawati bt Hasim           Pn. Azarina bt Alias      Pn. Sabariah bt. Ibrahim    

Juru AuditPn. Ham’Sa’adah Bt Ghazali Pn. Aslinda Bt Hawari

Struktur Jawatankuasa Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (2013)Ex-OfficioTn. Haji Mohd Jasmi bin AliasPengetua CemerlangSMK Raja Permaisuri Bainun

Yang Dipertua PIBGDr. Abdul Hadi B. Mat Dawi

Naib Yang Dipertua PIBGEn. Baharuddin B. Tahir

Ketua Biro KSIBEn. Abdul Rahman b. Mat Nordin (Diputuskan dalam Mesyuarat PIBG Bil. 1/2013)

Ahli Jawatankuasa PIBG      Akan dimaklumkan (Dalam proses pemilihan)Sukarelawan KSIBAkan dimaklumkan (Dalam proses pemilihan)

Rakan KSIBAkan dimaklumkan (Dalam proses pemilihan)

Struktur KSIB PIBG SMK Raja Oermaisuri Bainun 2013Ex-OfficioTn. Haji Mohd Jasmi bin AliasPengetua CemerlangSMK Raja Permaisuri Bainun

Yang Dipertua PIBGDr. Abdul Hadi B. Mat Dawi

Naib Yang Dipertua PIBGEn. Baharuddin B. Tahir

Ketua Biro KSIBEn. Abdul Rahman b. Mat Nordin (Diputuskan dalam Mesyuarat PIBG Bil. 1/2013)

Ahli Jawatankuasa PIBG      Akan dimaklumkan (Dalam proses pemilihan)Sukarelawan KSIBAkan dimaklumkan (Dalam proses pemilihan)

Rakan KSIBAkan dimaklumkan (Dalam proses pemilihan)Aktiviti Sarana PIBG SMK Raja Permaisuri BainunSarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah telah diedarkan kepada yang berkenaan dan sedang dianalisis menggunakan Perisian SPSS.

Perlembagaan PIBGAKTA PENDIDIKAN 1996PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN(PERSATUAN IBU BAPA & GURU) 1998[Sub peraturan 7(2)]

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG)

SEKOLAH : .................................................................................

Nama dan Alamat

1. Persatuan ini dikenal dengan nama:.......................................................................................................................

2. Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan ini ialah:..............................................................................................................................................................................................................................................

Tujuan-tujuan Persatuan                                       3. Tujuan-tujuan Persatuan ialah:a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dane) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran

Fungsi Persatuan4. Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;d) meningkatkan kecerian premis Sekolah supya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan

Keanggotaan Persatuan5. Anggota Persatuan terdiri daripada:a) semua guru di Sekolah;b) ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah; danc) warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan (seperti di Lampiran A); dan6. Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi ex-officio dan Penasihat Persatuan.

Jawatankuasa Persatuan7. Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai "Jawatankuasa PIBG". Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota Persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.8. Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.9. Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut:a) seorang Yang Di-Pertua;b) seorang Naib Yang Di-Pertua;c) seorang Setiausaha;d) seorang Bendahari; dane) .......................... orang Ahli Jawatankuasa10. Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah, seboleh-bolehnya, seimbang.11. Guru Besar atau Pengetua tidak boleh menganggotai Jawatankuasa PIBG dan hanya

bertindak sebagai Penasihat Persatuan.12. Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG di perenggan 9(e) hendaklah antara 1 hingga 11 orang.13. Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota Persatuan (bukan anggota guru di sekolah tersebut) yang tidak mempunyai anak di sekolah itu hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa PIBG berkenaan.14. Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagaan ini dan subperaturan 6(4) hingga (6) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa - Guru) 1998, Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yang berkenaan) boleh melantik tidak lebih daripada 2 orang yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar.15. Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya atau sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh pendaftar.16. Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa PIBG, Yang Di Pertua hendaklah melantik mana-mana anggota biasa Persatuan, berdasarkan undian terbanyak di kalangan anggota Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu.17. Jawatankuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai nama dan alamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG pada setiap tahun selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.

Fungsi Jawatankuasa PIBG

18. Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

a) Yang Di-Pertuai) Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat.ii) Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan.iii) Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran Persatuan serta memastikan bahawa peruntukan Perlembagaan dipatuhi oleh semua anggota Persatuan.iv) Sentiasa mematuhi segala peruntukan Perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai Yang Di-Pertua.v) Boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dengan persetujuan Guru Besar atau Pengetua.vi) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.vii) Memastikan segala aktiviti dan program Persatuan dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.viii) Mendapatkan nasihat mengenai pengurusan Persatuan dari semasa ke semasa daripada Guru Besar atau Pengetua selaku Penasihat Persatuan.

b) Naib Yang Di-Pertuai) Bertanggungjawab membantu Yang Di-Pertua dalam menjalankan fungsi-fungsi Yang Di-Pertua.

ii) Menjalankan tanggungjawab dan fungsi Yang Di-Pertua semasa ketiadaan Yang Di-Pertua .

c) Setiausahai) Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan.ii) Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat Jawatankuasa PIBG.iii) Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan.iv) Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.v) Menghantar segala laporan dan aktiviti Persatuan dan minit Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pendaftar atau Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, selepas Mesyuarat Agung Tahunan.vi) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan, jika perlu.

d) Bendaharii) Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan Persatuan dengan menyediakan dan menyimpan kira- kira kewangan yang kemas kini. Penyata kira-kira kewangan (1 Januari hingga 31 Disember) hendaklah disiapkan sebelum 1 Februari tahun berikutnya untuk diaudit. Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan. Satu salinan penyata yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar selepas Mesyuarat berkenaan.ii) Menguruskan perbelanjaan wang Persatuan seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau mesyuarat Jawatankuasa PIBG.iii) Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang ditetapkan dalam Perlembagaan pada sesuatu masa.iv) Menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akaun terima dan kreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari yang sama.v) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.vi) Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dari akaun Persatuan dan akaun sentiasa berbaki kredit.

Lain-lain jawatan

19. Penasihat Persatuana) Guru Besar atau Pengetua Sekolah adalah anggota ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan Persatuan. Antara tanggungjawab dan fungsi Guru Besar atau Pengetua adalah seperti berikut;i) menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi;ii) mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti, kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar negara dan dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah;

iii) berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat Persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota Persatuan;iv) meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan;v) memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan Sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam mesyuarat persatuan;vi) memastikan kegiatan persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi Persatuan;vii) memastikan sumbangan Persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaan; danviii) menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri majlis anjuran Persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh Kementerian.

b) Juru Audit Dalaman

i) Persatuan hendaklah melantik 2 orang juru audit dalaman dari kalangan anggota Persatuan yang tidak menjadi anggota Jawatankuasa PIBG pada mesyuarat Agung Tahunan.ii) Tanggungjawab juru audit dalaman adalah seperti berikut:aa) mengaudit akaun Persatuan pada setiap akhir tahun kewangan; danab) menjalankan pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.Tempat bermesyuarat (jika berlainan dari alamat berdaftar)

20. Mesyuarat Persatuan dan Mesyuarat Agung Tahunan diadakan di

..............................................................................................................

Kuorum

21. Kuorum mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan adalah seperti berikut:a) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG; danb) Mesyuarat Jawatankuasa PIBG - hendaklah tidak kurang 2/3 daripada jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG.

Mesyuarat Agung Tahunan

22. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah pada setiap tahun sebelum akhir bulan Mac.

23. Jika Mesyuarat Agung Tahunan tidak diadakan sebelum akhir bulan Mac, Jawatankuasa PIBG hendaklah mengemukakan alasan dan tarikh yang dicadangkan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, sebelum 31 Mac.

24. Notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan hendaklah diberikan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat.

25. Sekiranya kuorum untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tidak mencukupi dalam tempoh 1 jam dari masa yang ditetapkan, Mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan Jawatankuasa PIBG hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada anggota Persatuan

memaklumkan tarikh baru Mesyuarat Agung Tahunan dalam masa 30 hari dari tarikh asal tersebut.

26. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut;

a) ucapan Pengerusi;b) membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu;c) membentang dan menerima Laporan Tahunan;d) membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya;e) membahaskan usul, jika ada;

f) pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun berkenaan;

g) pemilihan Juru Audit Dalaman;

h) ucapan penangguhan; dan

i) lain-lain hal.

27. Apa-apa usul bertulis hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk menapis usul-usul yang dikemukakan sebelum diluluskan untuk perbincangan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

28. Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan Persatuan. Pemilihan pemegang jawatan hendaklah dibuat seperti berikut:

a) anggota yang dicalonkan untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG hendaklah hadir dalam Mesyuarat;

b) setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong; dan

c) pemilihan hendaklah dijalankan secara undian bagi jawatan yang ditandingi. Calon yang mendapat undi terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan.

Mesyuarat Agung Tergempar

29. Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan dalam keadaan-keadaan berikut:

a) apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa PIBG;

b) atas permintaan bertulis sekurang-kurangnya 1/5 daripada jumlah anggota Persatuan; atau

c) atas arahan Pendaftar.

30. Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan Jawatankuasa PIBG atau tarikh penerimaan permintaan anggota Persatuan atau tarikh arahan Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan. Notis bertulis mengenai Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dikemukakan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh Mesyuarat hendak diadakan.

31. Urusan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadkan kepada tujuan Mesyuarat itu diadakan.

Laporan Mesyuarat

32. Laporan Mesyuarat Agung Tahunan bersama-sama Penyata Kira-kira Kewangan Persatuan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.

33. Laporan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG

34. Jawatankuasa PIBG hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh satu tahun persekolahan.

35. Notis panggilan mesyuarat hendaklah diberikan kepada anggota Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat.

36. Yang Di-Pertua, atau sekurang-kurangnya 3 orang anggota Jawatankuasa PIBG, boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG apabila difikirkan perlu dengan persetujuan Penasihat.

37. Setiap anggota Jawatankuasa PIBG yang tidak hadir mesyuarat sebanyak 2 kali tanpa sebab hendaklah digugurkan keanggotaan dalam jawatankuasa PIBG secara automatik dan Yang Di-Pertua hendaklah mengemukakan notis bertulis kepada anggota berkenaan sebaik sahaja keputusan itu dibuat.

Punca-Punca Pendapatan Persatuan

38. Punca-punca pendapatan Persatuan adalah terdiri daripada;

a) sumbangan anggota Persatuan (anggota Persatuan tidak boleh dipaksa memberi apa-apa sumbangan);

b) derma dan sumbangan daripada individu, organisasi dan badan-badan lain;

c) pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti dan program unjuran Persatuan yang telah mendapat kelulusan Pendaftar

39. Jawatankuasa hendaklah membuka satu akaun di mana-mana bank tempatan yang berdaftar atas nama Persatuan.

40. Apa-apa wang yang diterima atau diperolehi oleh Persatuan hendaklah dikreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari wang diterima atau diperolehi. Walau apa pun peruntukan ini, Bendahari boleh menyimpan wang tunai yang tidak melebihi ................................................................................................ pada satu-satu masa.

Perbelanjaan wang Persatuan

41. Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk membelanjakan wang Persatuan bagi perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada murid-murid Sekolah yang tidak bercanggah dengan tujuan-tujuan Persatuan.

42. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Persatuan hendaklah ditandatangan oleh Bendahari dan Yang Di-Pertua atau Setiausaha, semasa ketiadaan Yang Di-Pertua.

43. Bendahari dan Yang Di-Pertua hendaklah memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dan akaun Persatuan sentiasa berbaki kredit.

44. Tahun kewangan Persatuan bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember tahun semasa.

Penyimpanan akaun pendapatan dan perbelanjaan

45. Penyata Kira-kira Kewangan Persatuan yang telah diaudit hendaklah dibentangkan untuk diterima dan diluluskan oleh anggota Persatuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

46. Satu salinan Penyata Kira-kira Kewangan yang telah diaudit serta diterima dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian mengikut mana-mana yang berkenaan.

47. Pendaftar, Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai Pendidikan Bahagian, Pengetua atau Guru Besar adalah dibenarkan memeriksa akaun Persatuan pada bila-bila masa.

Harta Amanah Persatuan

48. Persatuan tidak boleh memegang apa-apa harta, sama ada harta alih atau harta tak alih, atas namanya sendiri. Apa-apa harta yang, sebelum dari tarikh Perlembagaan ini berkuat kuasa, diletakkan atas nama Persatuan hendaklah dialihkan kepada Kerajaan Malaysia, yang diwakili oleh Sekolah, sebagai harta yang diamanahkan oleh Persatuan untuk digunakan bagi faedah murid-murid Sekolah itu sahaja atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PIBG dari masa ke semasa.

49. Apa-apa harta yang diamanahkan kepada Sekolah tidak boleh dipindah milik atau dilupuskan dengan apa cara sekali pun, melainkan dengan persetujuan anggota Persatuan

yang diperolehi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Pindaan Perlembagaan Persatuan

50. Apa-apa cadangan untuk meminda Perlembagaan Persatuan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk kelulusan terlebih dahulu.

51. Cadangan pindaan yang hendak dikemukakan kepada Pendaftar hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 2/3 daripada anggota Persatuan yang hadir.

52. Pindaan kepada Perlembagaan hanya berkuat kuasa mulai daripada pindaan diluluskan oleh Pendaftar.

53. Pendaftar berhak meluluskan atau tidak sebarang pindaan yang dicadangkan oleh Persatuan.

Larangan

54. Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya untuk merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sekolah, guru, kakitangan dan pekerja Sekolah dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan Sekolah.

55. Persatuan bukanlah suatu entiti undang-undang dan tidak mempunyai keupayaan juridikal untuk membuat kontrak, perjanjian atau memorandum persefahaman, atas namanya sendiri. Apa-apa program dan aktiviti yang hendak dibuat oleh Persatuan yang memerlukan apa-apa suratcara yang mengikat dari segi undang-undang hendaklah dirujuk kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk kelulusan dan panduan.

56. Persatuan tidak boleh menjadi forum atau jentera bagi menyelesaikan sebarang pertikaian antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.

57. Persatuan tidak boleh bergabung dengan persatuan ibu bapa-guru di sekolah- sekolah lain, parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan atau lain-lain organisasi, pertubuhan atau persatuan, sama ada yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak.

Tafsiran

58. Sebarang kekeliruan atau pertikaian yang timbul daripada Perlembagaan ini hendaklah dirujuk kepada Pendaftar melalui Guru Besar atau Pengetua.

Pembubaran

59. Persatuan hanya boleh dibubarkan dalam keadaan berikut:

a) atas arahan bertulis daripada Pendaftar; atau

b) Sekolah berhenti beroperasi

60. Apa-apa wang dalam akaun Persatuan hendaklah digunakan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar dan kegunaannya hendaklah bagi memanfaatkan pendidikan kanak-kanak di kawasan di mana Sekolah itu berada. Apa-apa harta alih dan tak alih yang telah diamanahkan kepada Sekolah hendaklah dilupuskan mengikut cara yang ditetapkan oleh Pendaftar.

61. Guru Besar atau Pengetua hendaklah memulangkan Sijil Pendaftaran Persatuan kepada Pendaftar apabila Persatuan dibubarkan.

Perlembagaan Sekolah: .............................................................................Alamat Sekolah: .............................................................................Tandatangan Guru Besar / Pengetua: .............................................................................

Nama Guru Besar / Pengetua: .............................................................................

Tarikh: .............................................................................

___________________________________________________________________

Diluluskan oleh:

Pendaftar Sekolah dan Guru

Cop:

Tandatangan:

Nama:

Tarikh: ...................................

Bagaimana cara untuk memohon?Panduan Dana PIBG

Dibahagikan kepada:

i. Sekolah Rendah – jumlah maksimum RM30,000

ii. Sekolah Menengah – jumlah maksimum RM50,000

Kategori-kategori yang akan dipertimbangkan

Aktiviti pendidikan

Contoh: Kelas tambahan untuk pelajar yang menduduki peperiksaan kebangsaan dan kelas tuisyen tambahan untuk pelajar lemah dan kurang bernasib baik.

Aktiviti ko-kurikulum

Contoh: Latihan muzik atau berasaskan seni, latihan sukan, dan projek komuniti seperti kempen Go-Green.

Infrastruktur pembangunan kecil

Contoh: Meningkatkan makmal komputer, pembelian perabot, menaik taraf padang sekolah dan pembelian peralatan sukan.

 

Untuk Membuat PermohonanMuat turun borang permohonan.

Lengkapkan borang permohonan dan sertakan kesemua lampiran wajib yang diperlukan.

Lampiran tambahan seperti Kertas Kerja, Gambar, Sebut Harga adalah digalakkan sebagai dokumen

sokongan.

SIla hantar borang permohonan melalui pos kepada:

Dana PIBG 1Malaysia,

Tingkat 8, Menara IMC,

No 8, Jalan Sultan Ismail,

50250 Kuala Lumpur

Malaysiahttp://www.danapibg.com.my/node/14