Transcript

ABSTRAK

Menurut Ferguson (1976/1977a), sebelum kanak-kanak mengucapkan kata pertama bahasanya yang sebenar yaitu untuk menyampaikan erti, kita belum dapat mengatakan bahawa perkembangan sistem bunyi atau sistem fonologi kanak-kanak telah bermula. Jadi pemerolehan sistem bunyi yang sebenarnya bermula pada waktu kanak-kanak membunyikan kata pertama untuk tujuan komunikasi, iaitu menyampaikan erti ketika berumur lebih kurang 1 tahun (1;0). Erti kata pertama ini dapat disimpulkan daripada konteks apabila kata pertama itu diucapkan. Menurut Jakobson, pemerolehan atau perkembangan fonologi kanak-kanak merupakan satu proses yang kreatif (cf. Chomsky 1957). Pengeluaran bunyi oleh bayi-bayi pada peringkat mengagah (membabel) dan menemukan bahawa bayi-bayi yang normal mengeluarkan* beragam-ragam bunyi dalam vokalisasinya, misalnya bunyi-bunyi vokal, bunyi-bunyi klik, bunyi-bunyi konsonan lelangit, sibilan, likuid dan sebagainya. Tetapi, yang anehnya, pada waktu bayi mulai memeroleh kata, maka kebanyakan bunyi-bunyi yang dikeluarkan ini hilang, bahkan sebahagian daripadanya (misalnya sibilan atau gesekan dan likuid) baru muncul kembali beberapa tahun kemudian.

BAB 1PENDAHULUAN

Psikolinguistik adalah gabungan dari dua kata psikologi dan linguistik, yang merupakan dua disiplin ilmu yang berlainan dan berdiri sendiri. Kedua disiplin ilmu ini sama-sama mengkaji bahasa dengan cara yang berlainan dan dengan tujuan yang berlainan pula. Namun, tak sedikit pula mengkaji perkara yang sama dengan tujuan yang sama, tetapi dengan cara atau teori yang berlainan. Psikolinguistik merupakan salah satu ilmu yang mencoba menguraikan proses-proses psikologi yang terjadi apabila seseorang mengucapkan ayat-ayat dan memahami ayat-ayat yang didengarnya pada waktu berkomunikasi dan bagaimanakah kebolehan itu diperoleh manusia. Psikolinguistik mencoba menerangkan hakikat struktur bahasa dan bagaimana struktur bahasa tersebut diperoleh dan digunakan pada waktu bertutur dan memahami ayat-ayat (ujaran-ujaran) bahasa. Pada peringkat praktisnya psikolinguistik mencoba menerapkan pengetahuan lingusitik dan psikologi kepada masalah-masalah seperti pengajaran dan pembelajaran bahasa, pengajaran pembacaan permulaan dan pembacaan lanjutan, kedwibahasaan (bilingualism) dan kemultibahasaan (multilingualism), penyakit bertutur, seperti afasia, gagap dan sebagainya, komunikasi, pemikiran manusia, dialek-dialek, pidginisasi dan kreolisasi, serta masalah-masalah sosial lain yang menyangkut bahasa, seperti bahasa dan pendidikan, bahasa dan pembangunan nusa serta bangsa.

BAB 2PEMEROLEHAN FONOLOGI

Menurut Ferguson (1976/1977a), sebelum kanak-kanak mengucapkan kata pertama bahasanya yang sebenar yaitu untuk menyampaikan erti, kita belum dapat mengatakan bahawa perkembangan sistem bunyi atau sistem fonologi kanak-kanak telah bermula. Jadi pemerolehan sistem bunyi yang sebenarnya bermula pada waktu kanak-kanak membunyikan kata pertama untuk tujuan komunikasi, iaitu menyampaikan erti ketika berumur lebih kurang 1 tahun (1;0). Erti kata pertama ini dapat disimpulkan daripada konteks apabila kata pertama itu diucapkan. Sebelum kata pertama ini muncul, menurut Ferguson selanjutnya, terdapat 5 peringkat perkembangan bahasa yang dilalui oleh kanak-kanak seperti yang digambarkan dalam rajah 49 di bawah:

Persepsi Pengeluaran(i) Pengenalan Ucapan Bahasa lawan Ucapan Bukan Bahasa

(ii) Pengenalan Bentuk Fonetik (iii) Mendekut (Cooing) Tertentu

(iv) Membabel (Babbling) (Mengagah) (v) Prakata (Prewords)(iv) Kata-kata Pertama

Rajah 49.Enam Peringkat ke Arah Perkembangan Kata Pertama (Disetuatitan dengan Ferguson 1976/1977)

Sekarang marilah kita perkenalkan beberapa teori pemerolehan fonologi.

11.1. TEORI STRUKTURAL SEJAGATTeori Struktural Sejagat ini sering disebut sebagai teori Jakobson kerana beliaulah yang menemukannya (Jakobson 1968/ 1941). Teori ini mencuba menerangkan pemerolehan fonologi berdasarkan jagat-jagat linguistik, iaitu hukum-hukum struktural yang mengatur tiap-tiap perubahan bunyi. Menurut Jakobson, pemerolehan atau perkembangan fonologi kanak-kanak merupakan satu proses yang kreatif (cf. Chomsky 1957). Ferguson dan Garnica (1975) telah menilai teori Jakobson ini sebagai satu teori pemerolehan fonologi yang paling terkenal dan paling berpengaruh, terutama setelah disempurnakan pada tahun 1956 (Jakobson dan Halle 1956) dan kemudian pada tahun 1971 (Jakobson 1971).Jakobson telah mengamati pengeluaran bunyi oleh bayi-bayi pada peringkat mengagah (membabel) dan menemukan bahawa bayi-bayi yang normal mengeluarkan* beragam-ragam bunyi dalam vokalisasinya, misalnya bunyi-bunyi vokal, bunyi-bunyi klik, bunyi-bunyi konsonan lelangit, sibilan, likuid dan sebagainya. Tetapi, yang anehnya, pada waktu bayi mulai memeroleh kata, maka kebanyakan bunyi-bunyi yang dikeluarkan ini hilang, bahkan sebahagian daripadanya (misalnya sibilan atau gesekan dan likuid) baru muncul kembali beberapa tahun kemudian. Daripada pengamatan ini Jakobson menarik kesimpulan, bahawa terdapat dua masa berasingan dalam pemerolehan fonologi:1) masa mengagah (membabel) prabahasa 2) masa pemerolehan bahasa murniPada masa prabahasa bunyi-bunyi dalam vokalisasi bayi tidak menunjukkan suatu urutan perkembangan tertentu dan sama sekali tidak mempunyai hubungan dengan masa pemerolehan bahasa berikutnya. Jadi, pada masa mengagah ini bayi hanya melatih alat-alat vokalnya dengan cara mengeluarkan bunyi-bunyi tanpa tujuan tertentu (bukan untuk berkomunikasi). Sebaliknya pada masa pemerolehan bahasa yang sebenarnya, bayi mengikuti urutan pemerolehan bunyi yang relatif sejagat dan tidak berubah.

*Kata memroduksi dan 'memproduksi' saya pakai silih berganti dalam buku ini kerana kedua-duanya sangat benar.

Menurut Jakobson, di antara kedua peringkat (masa) di atas ter-dapat satu masa senyap yang menunjukkan ketidaksinambungan di antara kedua masa ini, sekalipun masa ini agak singkat dan tidak ketara. Banyak pakar psikolinguistik perkembangan menerima teori Jakobson mengenai masa senyap ini. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa masa senyap itu tidak begitu jelas kerana pada dasarnya kedua masa itu, iaitu masa berakhirnya masa mengagah dan masa bermulanya pemerolehan bunyi bahasa yang sebenarnya, saling menindih atau bertindan; pengagahan (pembabelan) beransur-ansur berhenti dan pengeluaran bunyi bahasa muncul beransur-ansur.Beberapa bukti yang menguatkan teori Jakobson ini ialah: (a) Bunyi likuid [1] dan [r], yang sering muncul pada masa mengagah hilang pada masa mengeluarkan bunyi bahasa yang sebenar dan baru muncul semula ketika berumur tiga tahun enam bulan (3;6) atau empat tahun (4,0), bahkan ketika berumur lima tahun (5;0).(b) Bayi-bayi yang pekak mengagah dengan cara yang normal sama seperti bayi-bayi lain yang tidak pekak. Walau bagaimanapun selepas masa mengagah tamat bayi-bayi ini pun berhenti mengeruarkan bunyi. (c) Menurut penelitian Port dan Preston (1972), VOT (voice onset time) iaitu masa yang berlaku di antara pelepasan hentian dengan bergetarnya pita suara konsonan hentian, seperti [t] dan [d], tidak sama semasa mengagah dengan VOT konsonan tersebut semasa mengeluarkan bunyi bahasa yang sebenar (murni). VOT masa mengagah jauh lebih lebar daripada VOT masa mengeluarkan bunyi bahasa sebenar (murni) dan VOT ketika berumur satu tahun (1;0) ini sama dengan VOT konsonan orang dewasa, iaitu 0. (VOT = "voice onset time" = masa yang berlaku di antara pelepasan hentian dengan bergetarnya pita suara). Misalnya, [ba] dan [pa]; pada waktu membunyikan [ba], pelepasan bibir dengan bergetarnya pita suara terjadi pada masa yang sama, jadi VOT untuk [b] = 0; sedangkan pada waktu membunyikan [pa], pelepasan bibir dengan bergetarnya pita suara terjadi pada waktu yang berlainan yang jaraknya 0.06, jadi VOT untuk [p] = 0.06). Perbezaan VOT ini membuktikan bahawa terdapat masa peralihan di antara mengagah dengan pengeluaran bunyi bahasa yang sebenar. Apabila masa pemerolehan bahasa yang sebenar bermula, maka akan terdapat urutan-urutan peringkat perkembangan yang teratur dan tidak berubah sekalipun kadar kemajuan melalui peringkat-peringkat ini bersifat individu dan beragam-ragam. Perkembangan peringkat-peringkat ini diatur oleh hukum-hukum struktural berdasarkan hierarki sejagat yang bersifat semula jadi (nurani) yang dinamakan oleh Jakobson sebagai "the laws of irreversible solidarity" (1968:60). Urutan peringkat-peringkat ini didasarkan pada "the principle of maximum contrast" (1968:68) dan perkembangannya bergerak daripada bentuk yang sederhana (tidak rumit) kepada bentuk yang berlapis (rumit). Kerumitan sesuatu bunyi ditentukan menurut jumlah Oposisi (fitur) yang dimiliki oleh bunyi itu di dalam satu sistem. Jadi sebenarnya, menurut Jakobson, yang diperoleh oleh bayi bukanlah bunyi secara persendirian tetapi oposisi-oposisi (kontras-kontras) fonemik (fitur-fitur yang berkontras). Jadi dalam pemerolehan fonologi bahasa ibundanya bayi membentuk satu sistem fonologi berdasarkan oposisi-oposisi fonemik ini dan tidak berdasarkan bunyi-bunyi tertentu.Apa yang disebut "the laws of irreversible solidarity" yang menentukan peringkat-peringkat perkembangan fonologi kanak-kanak berhubungan erat dengan ciri-ciri sejagat sistem bunyi bahasa-bahasa dunia. Jakobson telah mengamati bahawa sekalipun senarai bunyi-bunyi bahasa-bahasa dunia yang terperinci berbeza-beza, sebenarnya hubungan-hubungan tertentu pada bunyi-bunyi ini adalah tetap sifatnya. Misalnya, apabila sesuatu bahasa mengandungi bunyi hentian lelangit lunak (velar), seperti [g], maka bahasa itu pasti mengandungi juga bunyi hentian gigi (dental/alveolar) seperti[t], dan juga hentian bibir (labial) seperti [b]. Apabila sesuatu bahasa mengandungi bunyi. hentian gigi (dental/alveolar), seperti [t] dan [d], maka bahasa itu pasti mengandungi bunyi hentian bibir (labial) seperti [b] atau [p], tetapi belum pasti sama ada bahasa itu mengandungi bunyi velar, seperti [g] atau [k]. Demikian juga halnya dengan konsonan gesekan (frikatif) dan afrikat dalam hubungannya dengan konsonan hentian. Apabila sesuatu bahasa mengandungi konsonan gesekan atau frikatif seperti [v] atau [s], maka bahasa itu pasti memiliki konsonan hentian, seperti [t] atau [b]; dan apabila bahasa itu memiliki afrikat seperti [t ; ] atau [ ; ], maka bahasa itu pasti mempunyai bunyi-bunyi hentian dan frikatif. Tetapi sebaliknya apabila sesuatu bahasa mengandungi konsonan gesekan atau frikatif belum tentu bahasa itu memiliki bunyi afrikat dan apabila sesuatu bahasa memiliki bunyi hentian, belum tentu bahasa itu memiliki konsonan gesekan atau frikatif, apalagi afrikat. Inilah "the laws of irreversible solidarity" yang sangat terkenal dan berpengaruh dan berdasarkan hukum inilah Jakobson meramalkan urutan, pemerolehan kontras-kontras fonem (oposisi-oposisi fonem).Menurut hukum di atas, Jakobson meramalkan bahawa bayi akan memperoleh kontras (oposisi) di antara hentian bibir (bilabial) dengan hentian gigi (dental) lebih dahulu daripada kontras-kontras di antara bilabial dengan velar atau di antara dental dengan velar. Seterusnya beliau meramalkan bahawa konsonan hentian akan lebih dahulu diperoleh daripada frikatif dan afrikat dan yang paling akhir diperoleh ialah bunyi-bunyi likuid, seperti [] dan [r], dan bunyi-bunyi luncuran (glide), seperti [y] dan [w]. Pada dasarnya urutan pemerolehan yang diramalkan oleh teori Jacobson ini selaras dengan data-data yang telah dikumpulkan (Clark dan Clark 1977; Ervin-Tripp 1966; Foss dan Hakes 1978). Pada umumnya kanak-kanak lebih dahulu membunyikan [b], [p], dan [d], [t] sebelum membunyikan [f] atau [s]. Oleh kerana itu sering terjadi [f] ditukar menjadi [p], misalnya kanak-kanak Inggeris mengatakan [pis] untuk "fish", dan [s] ditukar menjadi [t], misalnya "suit" dibunyikan [tut].Selanjutnya Jakobson (Jakobson dan Halle 1956) meramalkan bahawa perkembangan bunyi konsonan dimulai dengan peringkat bibir, sedangkan pemerolehan bunyi vokal dimulai dengan satu vokal lebar, biasanya [a]. Jadi pada waktu yang sama konsonan bibir, biasanya [p] dan [a] membentuk satu model suku kata yang sejagat: KV (konsonan + vokal) yang mencerminkan apa yang disebut `konsonan optimal + vokal optimal'. Berdasarkan polariti inilah nanti muncul unit-unit yang bermakna dalam ucapan kanak-kanak yang biasanya terjadi dalam bentuk pengulangan (reduplikasi), misalnya [pa pa pa].Menurut Jakobson, urutan pemerolehan kontras fonemik ini adalah bersifat sejagat tidak kira bahasa apa pun yang sedang diperoleh oleh kanak-kanak. Jadi selepas konsonan bibir dan vokal lebar di atas, maka akan muncul oposisi (kontras) konsonan yang pertama, iaitu bunyi oral dan sengau, seperti papa-mama; kemudian oposisi diikuti oleh oposisi bibir dan gigi (gusi), papa-tata atau mama-nana (sila lihat rajah 50). Dengan demikian urutan pemerolehan konsonan, menurut Jakobson, adalah sebagai berikut: bibir-gigi (gusi) lelangit tekak*. Hal ini bermakna, bahawa apabila seorang kanak-kanak telah dapat membunyikan konsonan gesekan atau frikatif pada satu masa pengamatan tertentu, dia telah juga dapat membunyikan (telah memperoleh) bunyi-bunyi hentian. Kemunculan konsonan belakang dalam ucapan kanak-kanak menandakan bahawa dia telah pun menguasai konsonan depan. Inilah yang disebut oleh Jakobson sebagai hukum-hukum implikasi. Walau bagaimanapun harus diingat bahawa yang diperoleh kanak-kanak bukanlah bunyi-bunyi itu secara persendirian, tetapi kontrasnya (oposisinya) dengan bunyi-bunyi lain dalam sistemnya menurut hukum-hukum di atas. a a

p m p t

Rajah 50. Urutan Pemerolehan Kontras Bibir Sengau dan Kontras Bibir Gusi (Glgi). (Menurut Jakobson)

Kontras vokal yang pertama muncul ialah kontras vokal lebar /a/ dengan vokal sempit /i/, diikuti oleh kontras di antara vokal sempit dengan /i/ dengan vokal sempit belakang /u/; selepas itu di antara /a/ dengan /u/; seterusnya di antara /e/ dengan /u/ dan di antara /o/ dengan /e/.Menurut Jakobson selanjutnya, keseringan sesuatu bunyi diucapkan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak tidak menentukan kemunculan bunyi itu dalam ucapan kanak-kanak. Yang menentukan urutan kemunculan bunyi-bunyi ialah keseringan bunyi-bunyi itu muncul dalam bahasa-bahasa dunia. Apabila sesuatu bunyi sering muncul dalam bahasa-bahasa dunia maka bunyi itu akan lebih dulu muncul dalam ucapan kanak-kanak sekalipun bunyi itu jarang muncul dalam data masukan yang didengar oleh kanak-kanak. *Yang dimaksudkan dengan 4teknk' di sini ialah 'lelangit lunak' (velar).

11.2. TEORI GENERATIF STRUKTURAL SEJAGAT (TEORI PENEMUAN KONSEP) SEJAGAT).

Moskowitz (1970, 1971, 1973 a, b) telah meluaskan teori struk-tural sejagat yang diperkenalkan oleh Jakobson di atas dengan cara menerapkan unsur-unsur Fonologi Generatif yang diperkenalkan oleh Chomsky dan Halle (1968). Unsur-unsur yang paling menon, jol ialah penemuan konsep dan pembentukan hipotesis berupa rumus-rumus yang dibentuk oleh kanak-kanak berdasarkan data linguistik utama (DLU. = primary linguistic data), iaitu kata-kata, dan ayat-ayat yang didengarnya sehari-hari. Walau bagaimanapun teori pemerolehan fonologi yang diperkenalkan oleh Moskowitz ini telah didasarkan pada pengujian kebenaran teori Jakobson dan teori Chomsky.Salah satu kesimpulan yang diambil oleh Moskowitz selepas meneliti teori Jakobson dengan melakukan eksperimen ialah penolakannya di. atas pandangan bahawa pemerolehan peringkat fonetik berlaku dengan care yang soma bagi semua kanak-kanak (Moskowitz 1970). Tetapi di sebalik penolakan ini beliau meng-akui juga bahawa pasti terdapat satu set sekatan-sekatan yang perlu dikenakan kepada urutan pemerolehan representasi fonologi yang kurang jelas kelihatan kerana interfensi fonetik. Salah saw kesimpulan yang diambil oleh Moskowitz (1970) yang kurang selaras dengan teori Chomsky ialah konsep-konsep yang hams ditentukan oleh kanak-kanak untuk mengasimilasikan DLU lebih berkaitan (relevan) dengan proses pemerolehan bahasa daripada dengan struktur murni yang dihipotesiskan. Tetapi kesimpulan lain menunjukkan keselarasan yang tinggi dengan teori Chomsky kerana Moskowitz menentang teori,pernerolehan bahasa dengan peniruan dan menekankan faktor kreativiti dalam proses pemerolehan bahasa pada umumnya dan fonologi khususnya. Menurut Moskowitz (1973a); dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak menemukan konsep-konsep dan menerapkan konsep-konsep ini untuk menciptakan bahasa. Proses seumpama ini terjadi berulang-ulang dan setiap kali bahasa yang diciptakan semakin mendekati bahasa orang dewasa.Dalam pemerolehan fonologi, menurut Moskowitz, tidak dapat kita pastikan sama ada kanak-kanak telah menguasai rumus-rumus fonologi generatif. Oleh kerana itu ada alasan untuk mempercayai, bahawa kanak-kanak telah menciptakan rumus-rumus fonologinya sendiri sejak peringkat awal pemerolehan fonologinya yang berlainan daripada rumus-rumus fonologi orang dewasa. Walau bagaimanapun Moskowitz telah memakai kerangka fonologi generatif untuk menganalisis data-data bunyi bahasa kanak-kanak yang dikumpulkannya.Teori yang diperkenalkan oleh Moskowitz menganggap, bahawa (a) sejumlah besar peringkat yang saling berkaitan yang menggambarkan berbagai-bagai taraf sofistikated dalam proses pemerolehan fonologi tidaklah dapat dipisahkan satu dari yang lain dengan cara yang mudah dan kemas: (b) sejak lahirnya bayi telah terus memulai pemerolehan bahasanya, sehingga apa yang selama ini dianggap sebagai peringkat pralinguistik tidaklah wujud. Berdasarkarr kedua-dua anggapan di atas, Moskowitz mene-rangkan, bahawa sejak awal proses pemerolehan fonologinya bayi telah menyedari perbezaan di antara bunyi bahasa manusia dengan bunyi-bunyi lain yang bukan suara manusia. Hal ini termasuk kebolehan nurani yang dimiliki oleh bayi sejak dilahirkan. Seterusnya pada masa mengagah (membabel) bayi mengembangkan kebolehan linguistiknya dengan cara menyelaraskan pengucapan-nya dengan persepsi bunyi-bunyi yang didengarnya. Kejayaan ini membuatnya semakin mampu mengenal dirinya sebagai anggota masyarakat manusia sekitarnya. Langkah pertama yang diambil oleh bayi dalam menganalisis fonologi bahasanya ialah membentuk hipotesis bahawa arus ucapan orang dewasa yang didengarnya terdiri daripada rangkaian bunyi yang dapat dipisahkan. Hal ini dicerminkan oleh pengagahannya yang semakin panjang dan berstruktur serta semakin banyak jumlahnya. Pengeluaran ucapan yang semakin panjang dan banyak ini ada hubungannya dengan proses kematangan bayi (terutama mengenai otaknya) yang sedang berlaku.Kejayaan utama yang dicapai oteh bayi pada ;-nasa mengagah in menurut Moskowitz. ialah penernuan unit-unit ayat yang merupakan unit linguistik yang pertama. Hal ini ditandai oleh munculnya kontur intonasi dan hentian-hentian dalam ucapannya dan inilah permulaan analisis bahan segmental. Penemuan unit ayat ini mencerminkan juga satu langkah utama yang pertama ke arah sosialisasi, iaitu pembelajaran semantik kerana ayat sebagai rangkaian bunyi panjang yang terbatas (terhad) ini mengandungi erti tertentu.Pada peringkat penemuan unit ayat ini muncullah satu proses pemerolehan fonologi yang berperingkat menurut kekuatan pembelajaran tertentu sebagai yang digambarkan dalam rajah 51 di bawah. Data linguistic sebagai keluasan

4Data yang diingat terus

3Data yang semakin lama diingat

2

Data yang lebih lama diingat1Data yang dilupakan

Data linguistic sebagai masukan

51. Proses-proses Pemerolehan Fonologi (Menurut Moskowitz)

Pada mulanya semua data linguistik (bunyi-bunyi ucapan) masuk ke dalam kotak hitam 1, dan semua data yang tidak dapat segera dipindahkan ke dalam kotak hitam 2 akan terbuang dari kotak 1 dengan cara melupakannya. Data yang berjaya dipindahkan ke dalam kotak hitam 2 akan diingat lebih lama dan kemudian data tersebut harus dipindahkan ke dalam kotak hitam 3 supaya data tersebut akan tinggal lebih lama lagi. Kalau kerana sesuatu hal data tersebut tidak dapat tinggal lebih lama di dalam kotak 3 misalnya kerana data seumpama itu sebagai masukan tidak muncul atau jarang muncul, maka data tersebut akan kembali ke dalam kotak 1 dan mengalami proses yang sama seperti data baru lainnya. Data yang telah lama tinggal di dalam kotak 3 akan terus dihantat ke kotak 4 dengan syarat bahawa data seperti itu terus muncul berulang-ulang. Data yang telah sampai di kotak 4 akan terus dapat dikeluarkan sebagai keluaran. Menurut Moskowitz, proses seumpama ini tidak memerlukan maklum balas yang negatif. Implikasi proses pemerolehan fonologi sebagai yang digambarkan di .atas, ialah bunyi-bunyi ucapan yang secara umum sering muncul dalam data masukan (DLU) akan diucapkan atau diperoleh lebih dahulu oleh kanak-kanak. Dan apabila kemuncul-an sesuatu bunyi dalam DLU sangat terbatas, maka kanak-kanak akan menumpukan perhatian padanya selepas menguasai aspek-aspek fonologi yang lebih umum. Dengan demikian teori ini ber-canggah dengan teori Jakobson dalam hal urutan pemerolehan bunyi. Selanjutnya Moskowitz menerangkan bahawa selepas penemuan unit ayat yang ditandai oleh kontur intonasi, maka kanak-kanak akan menemukan unit utama kedua iaitu unit suku kata yang segera mempunyai nilai semantik dan menjadi kata suku kata (suku kata yang mempunyai erti penuh sebagai satu kata). Pada peringkat suku kata ini pembezaan fonetik dilakukan oleh kanak-kanak menurut fitur suku kata, bukan berdasarkan fonem atau fon, kerana kedua unit terakhir ini belum pun dikenali oleh kanak-kanak.Moskowitz menganggap peranan unit suku kata dalam pemerolehan fonologi amat penting dan bentuk unit suku kata yang pertamancul ialah KV (konsonan-vokal) kemudian diikuti oleh bentuk KVK, VK dan V. Selepas ini muncullah bentuk KVKV (pengulangan penuh) dalam bentuk kata yang segera diikuti oleh pengulangan tidak penuh, misalnya K; VK; V atau KV; KV;Unit selanjutnya yang diteruskan oleh kanak-kanak selepas unit suku kata ialah unit segmen (konsonan atau vokal). Urutan pemerolehan segmen-segmen ini sangat berlainan daripada seorang kanak-kanak kepada seorang kanak-kanak yang lain. pemerolehan unit segmen ini segera pula diikuti oleh pemerolehan unit yang lebih kecil iaitu unit fitur distingtif (berupa oposisi atau kontras) dan urutan pemerolehannya teratur dan sesuai dengan urutan pemerolehannya menurut teori Roman Jakobson di atas. Selanjutnya, Moskowitz (1971, 1973 a b, 1980) memperkenalkan dalam teorinya apa yang beliau sebutkan "phonological idioms" (Idiom-idiom fonologi). Idiom-idiom fonologi ini menurut perkembangannya terdiri daripada (a) idiom progresif dan (b) idiom regresif. (a) Apabila bentuk bunyi sesuatu kata pada pering-kat awal telah menyamai bentuk yang sebenarnya menurut fonologi orang dewasa, kemudian. pada .perkembangan selanjutnya bentuk itu menjadi semakin dekat dan seterusnya menjadi tepat, maka fenomena seumpama ini disebut sebagai idiom progresif. (b) Tetapi apabila pada peringkat perkembangan selanjutnya bentuk yang telah menyamai bentuk orang dewasa itu berubah ke bentuk yang lebih primirif, maka fenomena ini disebut idiom regresif. Misalnya, pernah pada suatu peringkat Hildegard (Leopold 1939) telah mengucapkan kata "pretty" dengan tepat sebagai (priti) padahal sebenarnya pada peringkat itu dia belum menguasai gugus konsonan. Tetapi kemudian setelah beberapa lama dengan ucapan yang tepat ini Hildegard membuang 'r' daripada gugus konsonan 'pr' dan membunyikannya sebagai (piti) sesuai dengan sistem fonologinya pada peringkat itu. Kemudian setelah Hilde-gard mencapai peringkat gugus konsonan barulah bentuk (priti) kembali semula.

11.3. TEORI PROSES FONOLOGI ALAMIAHTeori proses fonologi alamiah ini telah diperkenalkan oleh David Stampe (1969.1972,1973) yang didasarkanya pada suatu teori fonologi alamiah (a theory of natural phonology) yang juga telah diperkenalkannya sejak tahun 1965.teori fonologi alamiah ini dilandasi oleh satu andaiaan bahwa sistem fonologi sesuatu bahasa pada umumnya merupakan baki dari pada satu sistem proses-proses fonologi nurani yang diubah sesuaikan dengan cara-cara tertentu oleh pengalaman pengalaman lingistik.dalam peringkat sebelum berbahasa sistem nurani ini terdiri dari pada proses-proses fonologi yang tidak terdapat jumlahnya.tidak teratur dan mencerminkan satu penuh sekatan-sekatan kemampuan pengucapan manusia.menurut stampe peroses-proses fonologi anak-anak bersifat nurani yang harus mengalami penindasan,pengaturan dan penyekatan (pembatasan )sesuai dengan penuranian (internalization) representasi fonemik orang dewasa.Stampe seterusnya menambahkan bahwa satu proses fonologi menggabungkan satu calon oposisi fonologi kedalam anggota oposisi itu yang paling sedikit mengalami penyekatan penyekatan (pembatasan pembatasan) kemampuan mengucapkan manusia,jadi sebenarnya proses-proses fonologi ini mempunyai ciri-ciri yang terdiri dari pada kesatuan kesatuan yang saling bertentangan dan mencerminkan kenyataan-kenyataan fonetik yang saling bertentangan.misalnya terdapat satu proses yang menjadikan semua bunyi halangan menjadi tidak bersuara dalam semua konteks karena halangan orangnya mengalangi arus udara yang perlu untuk diwujudkan suara untuk bunyi-bunyi ini.walau bagaimanapun bunyi-bunyi akan menjadi bersuara oleh proses lain dengan car asimilasi tertentu.apabila kedua-dua proses ini saling bertindih,misalnya diantara vokal ,maka satu pertentangan akan muncul ,satu bunyi halangan tidak mungkin secara serentak tidak bersuara dn bersuara pada lingkungan yang sama .oleh karna itu lahirlah cara untuk memecahkan masalah pertentangan sempaman ini(1.)Penindasan ( 2).Pembatasan (3.)Pengaturan 1) Pemecahan yang paling radikal ialah penindasan (suppresion), itu dengan cara menindas salah satu dari kedua proses yang bertentangan itu.jadi misalnya apabila anak-anak telah menguasai bunyi-bunyi hentian bersuara dalam semua konteks,hal ini bermakna dia telah berhasil menindas proses penghilangan suara yang ditimbulkan oleh halangan oral bunyi itu.2) Pemecahan kedua ialah pembatasan .itu dengan cara menindah hanya sebagian dari pada satu proses yang terlibat .hal ini boleh dilakukan dengan cara membatasi jumlah segmen yang dilibatkan oleh proses itu atau dengan cara membatasi jumlah segmen yang dilibatkan oleh proses itu atau dengan cara membatasi konteks apabila proses itu berlaku.Jadi,misalnya penghilangan suara boleh dibatasi sehingga hanya melibatkan bunyi-bunyi hentian tegang saja,sedangkan bunyi hentian longgar tidak terlibat.proses ini juga boleh dibatasi sehingga terjadi hanya dalam konteks tidak bersuara saja ,atau pada posisi awal atau posisi akhir saja.3) Pemecahan ketiga ialah pengaturan itu dengan cara penerapan beratur atau berurutan.Maksudnya,kedua proses penghilangan suara dan proses penyuaraan dilakukan secara berurutan karena tidak mungkin kedua proses ini berlaku serentak.perurutan ini boleh dimulai dengan mendahulukan proses penghilangan suara dan selepas itu diikuti oleh proses penyuaraan atau sebaliknya.Proses-proses yang sangat ekstrim yang dapat diamati pada masa pemerolehan fonologi oleh anak-anak terutama pada masa berakhirnya peringkat mengangah (menceloteh) ialah:a. Proses penyingkiran suku kata yang tidak mendapat tekanan suara.b. Proses penyederhanaan gugus konsonen atau vokal dan koartikulasi.c. Proses perubahan bunyi halangan ke bunyi hentian longgar.d. Proses perubahan bunyi ucapan kebunyi koronale. Proses pemunculan vocal a daripada vokal vokal lainf. Proses palatalisasi bunyi bunyi koronalg. Proses-proses lain.Menurut Stampe, ucapan-ucapan pada anak-anak pada peringkat akhir mengangah ini masih dalam peringkat tak semantik sekalipun telah diucapkan dengan cukup baik dan terdiri pada rangkaian suku kata yang sama dan mendapat tekanan suara. Biasanya suku-suku kata yang mendapat tekanan ini terdiri dari pada hentian longgar atau bunyi tengah ditambah dengan vokal rendah,seperti dadada,nanana,mamama.Stampe menegaskan bahwa struktur ucapan anak-anak pada peringkat ini ditentukan oleh sistem fonologi nurani dan kemungkinan sekali dilandasi oleh representasi fonologi yang masih sederhana (mentah)dan belum dapat dikenal dari pada sudut perbedaan bunyi dan semantik.dengan demikian kata-kata yang pertama diucapkan oleh anak-anaksepatutnyalah menyerupai ucapan-ucapan akhir mengangah ini dalam strukturnya .bahkan merupakan lanjutan dari pada ucapan-ucapan akhir mengangah dari pada penambahan nilai-nilai semantik. Tugas anak-anak dalam pemerolehan fonologi ,menurut teori proses fonologi alamiah ini ,ialah mengulang atau mengkaji semua aspek sistem yang memisahkan pengucapannya dari pada pengucapan standard (pengucapan orang dewasa) melalui penindasan ,pembatasan dan pengaturan. Stampe telah menyimpulkan teori pemerolehan fonologi ini sebagai brikut:The nature system retains all thouse aspects of the innate system which the mestry of pronuncition has left intact (....some processes which survive determine what phonect representations are pronounce able in the language(1969:445).Dalam proses pemerolehan fonologioleh anak-anak telah dikemukakan bahwa hasil anak-anak merupakan hasil aplikasi sistem fonologi nurani yang dimiliki oleh anak-anak secara semula jadi semacam representasi fonologi yang didapatinya selepas mendengar ucapan orang-orang dewasa.Dibawah ini di berikan beberapa contoh mengenai ketiga-tiga cara yang dipakai oleh anak-anak untuk mengulangi atau mengkaji semua aspek sistem yang memisahkannya dari pada fonologi yang sedang diperolehnya.1. Pengaturan proses-proses seorang anak-anak bernama Hildegard (Leopold 1937/1947) ketika berumur satu tahun lapan bulan (1:8)mengucapkan :/dur (r)/ untuk juice/du/untuk june d3 d/do:i/ untuk joey

Dari pada ketiga-tiga ucapan diatas kita akan segera mengambil kesimpulan ,bahwa Hildegard tidak mampu mengucapkan /d3/sehingga menukarnya menjadi /d/ .tetapi apabila diteliti lebih lanjut dia sebenarnya mampu membunyikan /d3/sebagai yang terbukti dari pada ucapannya./d3 gue/untuk church t d3 /d3u d3 u/ untuk choo-choo

Stampe mengambil kesimpulan ,bahwa Hildegard telah melakukan pengaturan proses-proses berikut:a. d3 db. t d3c.hentian + suara/ vokal 2. Pembatasan proses-proses .pada mulanya Hildggard (Leopold 1939/1947)menyembunyikan semua bunyi halangan tidak bersuara sebagai bersuara apabila berada didepan segmen bersuara (vokal):/baba/untuk papa.Beberapa waktu kemudian dia membatasi penyuaraan ini kepada halangan yang berada diantara vokal (sahaja)./paba/ untuk papa.3. Penindasan proses-proses. Seorang anak-anak lelaki berumur dua tahun (2.0) yang diamati Stampe (1969,1972) membunyikana kata kitty berturut-turut sebagai berikut.Dari pada /ki/ ke /kii/ke/kii/ke /kiri/ke /kiti/ hal ini dilakukan oleh anak-anak dengan penindasan proses ketegangan vokal ,kemudian penindasan penjatuhkan suku kata selepas vokal,selepas itu penindasan proses pengguguran getar dan akhirnya penindasan peroses penggetaran.

11.4 TEORI PROSODIK AKUSTIK Teori pemerolehan fonologi prosodik Akustik tekah diperkenalkan oleh Waterson (1970,1971,1976)selepas mengkritik pendekatan segmental yang dianggapnya tidak memberi gambaran yang sebenarnya,mengenai pemerolehan fonologi. Pendekatan fonemik segmental menganggap bahwa anak-anak mendengar dan memperoleh fonologi bedasarkan fonem sehingga banyak bahan fonetik yang berkaitan telah dikesampingkan.oleh karna kelemahan pendekatan ini Waterson (1971) ia telah memakai pendekatan tidak segmental (suprasegmental) itu pendekatan prosodik dan menganggapnya lebih berjaya.walau bagaimanapun Waterson (1976) merasa perlu memperkuatkan pendekatan ini dengan analisis akustik,karena analisis prosodik hanya ditunjau dari pada sudut artikulasi saja.Menurut Waterson (1970) pemerolehan bahasa merupakan satu proses sosialisasi,sehingga pengkajian data mengenaianya lebih tepat dilakukan dirumah dalam konteks sosialisasi yang sebenarnya dari pada pengkajian data-data eksperimen,terutama untuk mengetahui proses-proses yang berlaku pada waktu pemerolehan fonologi. Masalah-masalah yang perlu diselesaikan adalah seperti berikut (Waterson 1970:1):a. Apakah yang menentukan pemilihan bunyi-bunyi yang dipakai oleh anak-anak untuk mewakili bentuk-bentuk bunyi orang dewasa yang beragam-ragam itu?b. Bagaimana sebenarnya keadaan pada waktu anak-anak mencapai pola khusus yang dipakainya untuk menggantikan pola orang dewasa?c. Bagaimana anak-anak beranjak dari pada bunyi yang dikenal ke bunyi yang tidak dikenal.Masalah-masalah ini hanya dapat diselsaikan dengan cara mengamati anak-anak mula-mula memperhatikan lingkungannya itu dan mengamati persamaan-persamaan dan perbedaan-perbedaan yang penting baginya dalam lingkungan itu.Dalam hubungan ini anak-anak sangat peka terhadap sifat-sifat suara manusia tertentu yang didengarnya berulang-ulang dalam konteks yang sama. Yaitu elemen-elemen tek segmental seperti pola-pola tekanan suara,irama,irama atau ritma-ritma dan fitur-fitur lain yang berhubungan dengan keadaan keadaan yang berulang-ulang itu.pada suatu masa anak-anak mula menyadari bahwa ucapan-ucapan yang didengarnya dan hubungannya dengan benda-benda dan kejadian-kejadian atau pristiwa-pristiwa dalam lingkunganya.pada peringkat pemulaan ini anak-anak hanya menerima dan mengamati bunyi-bunyi yang mempunyai arti baginya dan dari pada bunyi-bunyi yang berarti ini anak-anak membentuk pola bunyi (fonologi)tertentu tanpa morfologi dan sintaksis.Dengan tegas Waterson (1976) mengatakan bahwa proses pemerolehan bahasa oleh anak-anak pada mulanya berkisar pada pemerolehan semantik dan fonologi kemudian barulah pada sintaksis.beliau menekankan sebagai berikut:As a large part of the phonological system seems in general acquired before the syntax and its accquistion is closely related to the learning of meaning ,it seems proper to start with a study of the acquisition of phonology and semantics if one wishes to arrive at an understand ing of how a child starts learning to speak (1976-296).Selepas menganalisis data-data ucapan anaknya sendiri dan anak-anak lain, Waterson mengambil kesimpulan bahwa prinsip-prinsip dasar pemeroleh fonologi anak-anak adalah sama sekalipun mereka memakai strategi-strategi yang berlainan.anak-anak pada umumnya mulai berbahasa dengan mengucapkan suku kata tunggal dan apa bila anak-anak mencoba mengucapkan suku kata tunggal(monosuku) tadi.Waterson mengambil kesimpulan bahwa anak-anak hanya mampu mengamati dan mengelurkan ucapan-ucapan pendek yang terdiri pada satu suku kata dan biasanya bahagian suku kata yang dikeluarkannya ialah bagian awal suku kata itu. Apabila anak-anak berjumpa dengan kata-kata yang terdiri dari pada dua suku kata (dwisuku)maka anak-anak lebih berjaya mengucapkan suku kata yang mendapat tekanan suara dibandingkan dengan suku kata yang tidak ditekan.Waterson (1970) telah juga melakukan menyelidikan mangapa anak-anak cenderung mengulang-ulang suku kata apabila bertemu dengan dwi suku .beliau menemukan bahwa masa yang dipakai oleh orang dewasa untuk mengucapkan monosuku dan dwisuku adalah sama,yaitu 0.7 saat, dengan penemuan ini jelaslah bahwa perubahan artikulasi dan akustik untuk persepti dan pengeluaran jauh lebih sedikit pada monosuku dibandingkan dengan dwisuku karena masa pengucapan keduanya adalah sama.dengan demikian cara yang paling mudah bagi anak-anak bila bertemu dengan dwisuku ialah mengulang suku yang mendapat tekanan dan melahirkan pengeluaran.Waterson (1971)ia juga telah menemukan bahwa terdapat hubungan akustik diantara bentuk-bentuk ucapan anak-anak dengan fitur fitur bentuk ucapan orang dewasa.selepas menganalisis contoh-contoh ucapan-ucapan anak-anak, Waterson mendapati bahwa anak-anak hanya mengucapkan kembali bagian ucapan yang mempunyai ketegasan purata paling tinggi yang pengucapannya memakan masa lebih kurang 0-2 saat dan bagian ucapan yang dikeluarkan kembali ini bersamaan dengan satu bagian tertentu dari pada satu monosuku,yaitu pada umumnya elemen vokal dan konsonan yang mendapat artikulasi kuat ,Waterson menemukan juga bahwa pada waktu pengucapan juga bahwa pada waktu pengucapan konsonan hentian suku kata oleh orang dewasa selalu terdapat satu lemah atau lompang (trough) yang diikuti oleh satu bukti atau puncak (peak) dan kedua lompang dan puncak ini diucapkan kembali oleh anak-anak .oleh karna itu Waterson mengambil kesimpulan bahwa yang penting bagi anak-anak adalah ketegasan yang relatif,yaitu puncak dan lompang dalam hubungannya dengan keseluruhan ucapan.Salah satu masalah terpenting dalam pengkajian pemerolehan fonologi menurut Waterson ,ialah masalah yang menyangkut pertanyaan sejauh manakah anak-anak disekat oleh pembatasan-pembatasan dalam persepsi dan pengeluaran bunyi?oleh karna masalah ini menyangkut pengeluaran dan persepsi,maka pengkajian pemerolehan fonologi haruslah pula dari pada sudut artikulasi dan dari sudut akustik.yang paling sukar dilakukan ialah dari pada sudut akustik,karena sukar untuk menentukan apa sebenarnya yang diamati oleh anak-anak terlebih lagi karna dia tidak dapat ditanya mengenai hal ini.walau bagaimanpun , menurut Waterson ,kita mungkin mengambil kesimpulan dari pada ucapan-ucapan anak-anak,karena ucapan-ucapan ini hasil persepsiny.Misalnya ,sukar untuk menentukan sama ada P (anak Waterson) dapat mengamati perbedaan tempat artikulasi dalam plate/pleit/,P,VP,(P=plosive ;V =vowel ,p =labial onset: t= epical ending) yang didengarnya ,tetapi mengucapkan /beip/, P, VP,(p= labial onet dan labial ending).Adakah P mengucapkan /beip/ karena lebih mudah mengucapkannya atau karna tidak menyadari perbedaannya?Waterson memecahkan persoalan ini dengan merujuk pada pengucapan orang dewasa ,orang dewasa lebih banyak membuat kesalahan dalam tempat pengucapan dari pada cara pengucapan pada tiap-tiap sudut pengucapan,karena mereka tidak mampu menghadapi segala-galanya pada waktu yang sama pada setiap peringkat.

11.5 TEORI PERSEPSI PENUH SISTEM LOGOGEN Teori persepsi penuh sistem logogen ini telah diperkenalkan oleh smith (1971,1973, Morton dan Smith 1972,1974) selepas mengamati fonologi anaknya sendiri bernama Amahl. Smith telah mengumpulkan bukti dari pada ucapan-ucapan anaknya bahwa dia telah menuranikan bentuk-bentuk kata orang dewasa sebelum dia dapat bertutur .Dengan kata lain Amahl telah memiliki representasi laksikon dalaman yang serupa dengan bentuk-bentuk ucapan orang dewasa sebelum dia mengucapkan satu kata.walau bagaimanapun pengucapan Amahl belumlah sebaik persepsi da kemampuan gerak gerak saja tetapi lebih banyak disebabkan oleh satu set sekatan-sekatan sejagat,yaitu kecendrungan semua anak-anak untuk menerapkan keharmonian vokal dan konsonan,penyederhanaan gugus konsonan dan penyederhanaan (simplifikasi) elemen elemen lain yang sistematis.Dalam melahirkan teori pemerolehan fonologinya Smith telah menggabungkan kesimpulan pengamatan penuh sebagai yang diterangkan diatas dengan satu model psikologi yang eksplisit,yaitu model lologen yang diperkenalkan oleh Morton (1969,1970).Morton dan Smith (1972,1974) dan Smith (1973) telah menerapkan model lologen ini kepada data pemerolehan bahasa Amahl . Model Lologen ini dapatlah digambarkan seperti raja 52 dibawah ini:

Sistem Analisis Akustik Fitur-fitur Akustik

Sistem kognisi (semantik) Sistem Logogen

Lingkaran Latihan Buffer untuk Gerak balas f3 =Kod fonologi S = Kod Semantik

Model Lologen

Konsep utama dalam model diatas ialah lologen yaitu satu transducer (satu alat penerima kemudian mengantar dalam bentuk lain) diantar kod-kod yang berlainan jenis yang mempunyai fungsi menyiapkan kata-kata yang siap sedia dalam bentuk gerak balas dan dapat menerima masukan dalam bentuk artikulasi dan akustik.Tiap-tiap kata mempunyai representasi di dalam lologen yang terpisah dan kemungkinan sekali ,menurut smith,dikodekan dalam representasi fonem dan dihubungkan kepada sistem kognisi pada satu pihak dan kepada buffergerak balas,dipihak lain.menurut smith ,logogen-logogen anak-anak disimpan di dalam otak bedasarkan sistem fonem orang dewasa dan buffer gerak balas terdiri dari pada bahagian rumus rumus realisasi (yang menukar representasi dalam kepada pengucapan ),rumus-rumus fonetik dan spesifikasi untuk fitur-fitur intonasi dan suprasegmen lainnya yang tidak termasuk di dalam lologen.Smith telah menganalisis ucapan-ucapan anaknya Amahl dengan menerapkan dua kaedah yang saling bertentangan.kedua-dua kaedah ini diterapkannya menurut model fonologi generatif yang dirumuskan oleh Chomsky dan Halle (1968).Kaedah yang pertama didasarkan pada andaiaan,bahwa ucapan anak-anak dapat dianalisis sebagai satu pemetaan dari pada sistem orang dewasa, sedangkan kaedah kedua sebagai satu sistem yang berdiri sendiri dan mempunyai milik-milik sendiri yang bebas .selepas melakukan kedua analisis di atas Smith mengambil kesimpulan sebagai berikut:In the light of these analyses and the phenomena they characterize I wish.... to argue that the former analysis (ucapan anak-anak sebagai pemetaan dari pada sistem orang dewasa) is the correct one,and that there is no useful sense in which the child can be said to have his own system (1973:132).Selepas menganalisis ucapan ucapan Amahl sebagai pemetaan dari pada sistem orang dewasa ,Smith telah menemukan lebih kurang 26 rumus realisasi dan dengan rumus-rumus ini beliau dapat meramalkan bentuk kata apa pun yang diucapkan oleh Amahl.Beberapa rumus ini adalah seperti berikut (rumus 1,2,6,13):(1) Satu konsonan sengau digugurkan di depan konsonan tidak bersuara./+ sengau / / / - suara/stamp / dep ]bump / b^ p ] (2) Satu konsonan suara digugurkan selepas satu konsonan sengau. [ + kons ] / [+ sengau ][ + suara] window [ winu = ] mend [men] (6) /I / digugurkan di akhir kata dan di depan konsonan. / + lateral ] { [ + kons]} ball [bc = ]ball [be ](13) /h/ digugurkan di semua tempat .-suku kata -konsonan -sonoran hair [e] hammer [ema]Rumus rumus realisasi seperti yang dicontohkan di atasmenyatakan keteraturan yang berlaku diaantara sistem fonem permukaan orang dewasa dengan keluaran fonem anak-anak. Menurut Smith ,rumusan-rumusan realisasi ini selalu mendapat mencapai taraf observationaladequacy ,yaitu analisis rumus-rumus ini mampu menerangkan hakikat unit-unit atau elemen-elemen yang terdapat didalam korpus ucapan-ucapan anak-anak. Taraf ini selalu dapat dicapai karena rumus-rumus baru boleh saja diciptakan secara ad hoc untuk setiap bentuk yang dapat keluarkan oleh anak-anak .Bahkan Smith menekankan bahwa rumus-rumus realisasi ini sebenarnya boleh mencapai taraf yang lebih tinggi ,yaitu taraf descriptive adequacy yaitu, kita boleh mengamalkan bentuk-bentuk ucapan anak-anak yang belum pernah diucapkannya bedasarkan rumus-rumus realisasi yang telah ditemukan.Data-data yang dikumpulkan oleh Smith telah meyakinkan beliau, bahwa dalam pemerolehan fonologi anak-anak menerapkan strategi persepsi penuh,yaitu masukan kepada rumus rumus realisasi ini (yaitu bentuk-bentuk fonem permukaan orang dewasa),sebenarnya representasi langsung kecakapan anak-anak sendiri.dengan kata lain,kemampuan anak-anak adalah refleksi tepat dari pada bentuk ucapan orang dewasa yang didengarnya dan ucapannya yang menyimpang (menyeleweng) akibat dari pada oprasi satu set rumus-rumus realisasi yang betul-betul berlaku secara psikologis dan bukan karena ketidak mampuan deria motor anak-anak untuk mengucapkan bunyi yang salah itu seperti yang disarankan oleh Kornfeld (1971).Untuk menguatkan teori persepsi penuh diatas, Smith telah mengemukakan tiga bukti empirikal yang cukup meyakinkan.Bukti-bukti ini juga telah mengutkan pendapat bahwa penuturan (salah satu unsur perlakuan) anak-anak tidaklah merupakan pencerminan yang jelas dari pada kemampuannya .ketiga-tiga bukti ini ialah:1. Puzzle2. Matatesis dan pengecualian absolut3. Recidivisim

(1) PUZZLES Fenomena puzzles ini telah berlaku dalam ucapan-ucapan Amahl sebagai berikut:puddledi ucapkannya sebagai [p^ g e l]puzzle diucapkannya sebagai [p^del]Dari pada pengucapan puddle sebagai [p^gel] seolah-olah dapat diambil kesimpulan ,bahwa Amahl belum mampu mengucapkan kata puddle dengan betul sebagai [p^ del] .tetapi yang aneh nya dia mengucapkan puzzle sebagai [p^ del]. Ini membuktikan sebenarnya dia mampu mengeluarkan ucapan itu. Hal yang sama berlaku untuk kata:noddle sebagai [na gel]Tetapi nozzle sebagai [nagel]

(2) METATESIS DAN PENGECUALIAN ABSOLUT Amahl banyak mengucapkan bentuk-bentuk metatesis ,yaitu fenomena apabila dua segmen bertukar tempat ,seperti dalam contoh contoh dibawah ini:icicle sebagai [aikital]testicle sebagai [te ka tal]difficult sebagai [ gidatul]Apabila Smith meniru ucapan Amahl dan meminta dia mengulanginya,Say again [aikital], maka Amahl mengucapkan [aik ikal],yaitu bunyi yang pernah diucapkan sebelumnya yang lebih dekat dengan bunyi yang sebenarnya.Tetapi anehnya dia menanyakan apa artinya [aikikal] itu. Apabila Smith meminta Amahl mengucapkan Icicle ,maka membunyikannya [aikital] dan mengetahui artinya.Hal ini membuktikan ,menurut Smith bahwa penyimpangan bunyi ini tidak lah disebabkan oleh ketidak mampuan motor.Yang dimaksudkan dengan pengecualian absolut ialah ucapan kata-kata tertentu yang tidak mengikuti rumus-rumus umum pada peringkat itu.Misalnya mengikut rumus diatas ,kata distant sepatutnya dibunyikan [ditat] dengan cara menggugurkan konsonan sengau,Tetapi Amahl membunyikan sebagai [ditan].Contoh-contoh diatas membuktikan bahwa Amahal sebenarnya mempunyai kemampuan motor untuk membunyikan bunyi-bunyi tertentu tetapi dia belum mampu memakai kebolehan motor ini secara layak dan pantas menurut apa yang sepatutunya.

(3)RECIDIVISMYang dimaksudkan dengan recidivisim ialah kehilangan satu konteks sistematik atau bentuk yang betul selepas bentuk ini telah pernah dikuasai oleh anak-anak (jadi sama ada dengan idiom regresif menurut teori Moskowitz) Misalnya, pada suatu pringkat Amahal membunyikan /s/ dan /I/ sebagai [d] ,jadi side dan light kedua-duanya dibunyikan sebagai [dait] .kemudian pada peringkat berikutnya Amahl menguasai bunyi [I] ,sehingga muncullah satu konteks di antara /s/ dan /i/ dalam slide [dait] dan light [lait]. Tetapi yang anehnya ,pada peringkatnya selanjutnya kontras di antara /s/ dan /i/ yang sudah wujud itu hilang dan kedua-duanya kembali dipertralisasikan bukan menjadi [o] tetapi menjadi [i] sehingga kedua-dua kata itu menjadi [lait].

11.6 TEORI KONTRAS DAN PROSES Teori Kontras dan Proses ini telah diperkenalkan oleh Ingram (1974,1976,1978,1979),yaitu satu teori yang menggabungkan bagian bagian penting dari pada teori Jakobson dengan bagian bagian penting dari pada teori Stampe kemudian menyelaraskan hasil gabungan ini dengan teori perkembangan Piaget. Menurut Ingram anak-anak memperoleh sistem fonologi orang dewasa dengan cara menciptakan strukturnya sendiri dan kemudian mengubah struktur ini apabila pengetahuannya mengenai sistem orang dewasa semakin baik.Perkembangan fonologi berlaku melalui asimilsi dan akomodasi yang terus menerus (menurut teori Piaget),mengubah struktur untuk menyelaraskannya dengan realiti .peristiwa ini dapat digambarkan seperti berikut:Kata orang dewasa Sistem anak-anak kata anak-anak .Misalkanya pada peringkat anak-anak telah menetapkan pola dasar KV (Konsonan Vokal) sebagai struktur kata-kata barunya.maka semua kata baru orang dewasa akan diasimilasikan kepada pola ini. Selepas anak-anak mempelajari lebih banyak mengenai kata-kata orang dewasa ,maka struktur sistem yang telah diciptakannya akan diubah sesuaikan untuk menampung kata-kata orang dewasa dengan menciptakan satu pola baru KVK.Ingram menekannkan ,bahwa kita mengakui adanya ketiga-tiga peringkat perkembangan fonologi anak-anak seperti yang digambarkan dalam raja di atas.kita harus mampu menerangkan bagaimana peringkat kedua (sistem anak-anak)terjadi untuk.Untuk ini kita harus mempertimbangkan bagaimana anak-anak mengamati dan mengeluarkan ucapan-ucapan. Oleh karna persepsi anak-anak belum lengkap ,maka pemerolehan sistem anak-anak haruslah digambarkan sebagai berikut:Kata orang Dewasa Persepsi Organisasi Pengeluaran kata anak-anak .Bedasarkan rajah diatas teranglah ,bahwa satu uraian yang tepat mengenai perkembangan fonologi anak-anak haruslah mampu menerangkan ketiga-tiga peringkat di atas: persepsi,organisasi,pengeluaran .Oleh karna fonologi membincangkan konteks-konteks dan berusaha memberikan satu pengucapan kepada tiap-tiap morfem,maka anak-anak haruslah berusaha memperoleh konteks-konteks dalam pengucapan-pengucapan ini .Uraian konteks yang di buat oleh anak-anak untuk memperoleh konteks konteks fonologi orang dewasa inilah yang harus diberikan oleh peringkat organisasi ucapan anak-anak.selain dari pada itu peringkat organisasi ini harus pula menerangkan semua proses yang berlaku yang dipakai oleh anak-anak untuk konteks kontras itu (lihat hal 53).Persepsi Senarai bunyi-bunyi dan suku kata orang dewasa Proses-proses Organisasi Senarai bunyi-bunyi dan suku kata yang berkontras Proses-proses Pengeluaran Senarai bunyi-bunyi dan suku kata yang dikelurkan

Hal 53. :Peringkat Pemerolehan Fonologi (Mengikut Ingram 1976).Peringkat pemerolehan fonologi yang disarankan oleh Ingram diatas sangat selaras dengan peringkat perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget (1962).perincian peringkat pemerolehan fonologi di atas sebagai berikut:1. Peringkat persepsi (belum produktif) yang dapat dibagi menjadi a. Peringkat vokalisasi perucapan (0;4 -1;0)b. Peringkat fonologi primitif (1;0-1;6).a. Peringkat Vokalisasi perucapan yaitu peringkat sebelum kata-kata pertama muncul yang dimulai dengan mendekut (ketika berumur empat bulan (0;4) kemudian diikuti dengan mengagh atau membadel .menurut Ingram menganggh bukanlah sesuatu kegitan yang sewenang-wenang ,tetapi merupakan sesuatu kegiatan yang agak teratur dan mempunyai kemajuan .menggagh ,bagi Ingram ,bukanlah hanya satu latihan ,tetapi mempunyai hubungan yang erat dengan seluruh proses pemerolehan fonologi untuk mencerminkan kata-kata orang dewasa .jadi mengagh merupakan satu perkembangan yaitu perkembangan pemerolehan fonologi selanjutnya didasarkan (sama dengan pandangan Piaget 1962).b. Peringkat fonologi perimitif muncul pada peringkat satu kata (holofrasa) dalam pemerolehan sintaksis .peringkat ini bagi Ingram,masih tergolong didalam peringkat belum produktif karna anak-anak belum memperoleh rumus-rumus fonologi yang sebenarnya .selepas mengkaji data-data dan ucapan anaknya sendiri bernama Jennika (Ingram 1974)dan dari pada ucapan anak-anak lain : Joan (Velten 1943), Daniel (Menn 1971),dan Hildegard (Leopold 1947),Ingram mengambil kesimpulan bahwa teori Jakobson tidak seluruhnya benar .Misalnya menurut Teori Jakobson bentuk suku kata yang pertama muncul ialah KV atau reduplikasinya (pengulangannya)KVKV ,tetapi menurut data-data di atas bentuk VK juga termasuk diantara yang pertama muncul. Data-data juga menunjukan bahwa reduplikasi atau pengulangan sangat berlainan diantara keempat empat anak-anak di atas. Jennika sering memakainya ,sedangkan Jean dan Daniel sangat jarang memakainya .Ingram mengambil kesimpulan bahwa anak-anak sangat berlainan dalam hal pemakaian reduplikasi atau pengulangan.2. Peringkat pengeluaran yang merupakan peringkat proses yang aktif terutama dalam pemerolehan rumus-rumus yang bermula ketika berumur setahun enam bulan (1;6) pada awal peringkat ini ada dua peristiwa penting terjadi:a. Terjadinya pertumbuhan perbendaharaan kata yang tiba-tiba cepat.b. Munculnya ucapan-ucapan dua kata.Pada peringkat inilah berlakunya perkembangan fonologi yang sangat pesat.dalam ucapan anak-anak mulailah muncul satu sistem konters fonem yang menunjukan bahwa persepsi anak-anak juga telah berkembang ke arah pengamatan kontras-konteas ini.anak-anak telah mulai mengembagkan kemampuannya untuk menentukan bunyi-bunyi ucapan supaya boleh dipakai untuk mengatakan perbedaan arti.peringkat ini berlangsung sehingga anak-anak berumur tiga tahun enam bulan (3;6)-empat tahun (4;0) .Selain dari pada bentuk suku kata yang tidak mengikuti teori Jakobson ,Ingram juga menemukan bahwa diantara konsonan yang pertama muncul terdapat juga konsonan gigi dan konsonan gesekan disamping konsonan bibir .ini bertentangan dengan teori Jakobson yang hanya meramalkan konsonan bibir saja.Walau bagaimanapun Ingram mengikuti bahwa konsonan bibir jauh lebih utama .Demikian juga bunyi-bunyi vokal ;selain dari pada vokal (a) yang utama,muncul juga vokal [u] dan [i] sebagai vokal pertama.Oleh karna itu Ingram mengambil keputusan bahwa kata-kata yang didengar oleh anak-anak sebagai masukan menuntukan bunyi-bunyi yang pertama diperoleh oleh anak-anak .Fergouson dan Ferwell (1975) juga berpendapat bahwa masukan linguistik menentukan atau mempengaruhi pemerolehan fonologi anak-anak .hal ini bertentangan dengan teori Jakobson yang mengatakan bahwa masukan linguistik (kata-kata yang didengar oleh anak-anak )tidak mempengaruhi pemerolehan fonologinya karena urutan pemerolehan konteras (oposisi) adalah nurani.Dalam pemerolehan fonologi menurut Ingram ,persepsi selalu mendahului pengeluaran.tetapi hal ini tidak bermakna bahwa persepsi telah lengkap atau sempurna ,misalnya ketika berumur dua tahun (2;0),bahkan berumur tiga tahun sebelas bulan (3;11) pun belum sempurna.yang jelas ketika berumur diantara satu tahun enam bulan (1;6) dan empat tahun(4;0)kemampuan fonetik anak-anak berkembang dengan sangat pesat.Pemerolehan satu bunyi tidak berlaku secara tiba-tiba dan secara persendirian ,tetapi berlaku secara perlahan-lahan dan beransur-ansur .ucapan anak-anak selalu berubah diantara ucapan benar dan tidak benar secara progresif sampai ucapan orang dewasa terapai. Pemerolehan fonologi oleh anak-anak tidak berlaku secara terpisah-pisah tetapi berlaku menerusi beberapa proses penyederhanaan umum yang melibatkan semua kelas bunyi .Proses-proses ini ialah (Ingram 1979);1. Proses subtitusi yaitu: penukaran satu segmen oleh segmen lain proses-proses ini terdiri dari :a. Penghentian :bunyi-bunyi gesekan ditukar dengan hentian .sea [ti]sing [tin]b. Pendepanan :bunyi-bunyi langit lunak (velar) dan le-langit keras (palatal)di tukar dengan bunyi gusi (alveolar).shoe [zu]shop [zap]c. Pelongsoran : bunyi-bunyi likuid ([I],[r]) ditukar dengan longsoran (glide) [w] atau [j].lap [pep]leg [jek]ready [wedi]d. Vokalisasi : satu suku kata konsonan ditukar dengan satu vokal (satu proses yang terutama terjadi dalam bahasa inggris).apple [apo]bottle [babu]e. Neutralisasi vokal : bunyi-bunyi vokal berubah menjadi vokal tengah.back [bet]hug [had]2. Proses asimilasi ,yaitu kecenderungan untuk mengasimilasikan satu segmen kepada segmen lain dalam satu kata .proses-proses ini terdiri dari pada :a. Penyuaraan : bunyi-bunyi konsonan cenderung disuarakan apabila muncul didepan satu vokal ,dan tidak disuarakan apa bila muncul diakhir suku kata.paper [be;ba]tiny [daini]

bird [bit]b. Keharmonisan konsonan :bunyi-bunyi konsonan cenderung berasimilasi satu sama lain dalam konteks K1 VK 2 (X) .Pola pola yang sering muncul ialah:(i) Asimilasi velar atau lelengit lunak (velar assimilation)konsonan-konsonan apikal cenderung berasimilasi dengan konsonan tekak yang berdekatan.duck [gak]tongue [gakn](ii) Asimilasi bibir :konsonan-konsonan apikal cenderung berasimilasi dengan konsonan bibir berdekatan.tub [bab]Tape [bajep](iii) Denasalisasi ( denasalization) :satu konsonan segau akan di denasalisasikan (dihilangkan sangaunya) apabila muncul di lingkungan satu konsonan tidak sangau (contoh dalam bahasa perancis):mounton (biri-biri) [poty]malade (sakit) [bala;d] c. Asimilasi vokal progresif ( progressive vowel assimilation):satu vokal yang tidak mendapat tekanan suara diasimilasikan kepada vokal yang mendapat tekanan suara yang muncul di depan atau dibelakangnya. bacoa [bu;du]hammer [ha;ma]3. Proses struktur suku kata,yaitu kecendrungan anak-anak menyederhanakan struktur suku kata .pada umumnya menyederhanakan suku kata ini berlaku ke arah suku kata KV .Proses-proses ini terdiri dari pada:a. Reduksi (pengurangan) gugus (cluster reduction): satu gugus konsonan direduksikan (dikurangkan) menjadi satu konsonan saja.clown [kaun]play [pe]b. Penggugusan konsonan akhir : satu suku kata KVK dipendekkan menjadi KV dengan menggugurkan konsonan akhir :bike [bai]

out [ au] c. Pengguguran suku kata yang tidak mendapat tekanan suara : satu suku kata yang tidak mendapat tekanan suara digugurkan apabila suku kata itu mendahului satu suku kata yang mendapat tekanan suara.banana [naena]potato [aedo]d. Reduplikasi (pengulangan) : dalam kata panjang suku kata KV diulang.cookie [gage]T.V [didi].


Recommended