Transcript
Page 1: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

KONSEP TAMADUN ISLAM

Page 2: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

1. TERMINOLOGI TAMDUN

Page 3: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Pengertian Tamadun

Perkataan Arab “maddana” : perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti.

Maddana madani : sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.

madanna & madani berasal dari perkataan din= menggambarkan kehidupan beragama.

Page 4: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Hadharah, ‘umran, madaniyyah, tamadun.

Ibnu Khaldun

Hadharah : Perbuatan duduk di bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi.

‘umran : pembangunan

Muhammad Abduh (kurun ke-20)

Madaniyyah : bandar atau kota yang merupakan asas perkembangan suatu tamadun.

Page 5: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Jurji Zaidan (Tarikh al-tamadun al-Islami): “tamadun”.

Bahasa Inggeris : “civilization” = “hadarah” & “peradaban”

Prof. Syed Naquib al-Attas: istilah tamadun berasal dari perkataan din

Syed Qutb : Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat.

Page 6: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Malik Bennabi: tamadun perlu difahami dalam kedua-dua aspek iaitu rohani dan fizikal.

peradaban adalah hasil tiga komponen : manusia+ tanah+ masa. Komponen ini bergantung pada satu kekuatan dalaman iaitu agama.

Abu Bakar Hamzah : tamadun adalah suatu yang lahir dan berkembang bersama-sama kehidupan manusia.

Ali Syariati: tamadun adalah apa juga yang merangkumi seluruh kehidupan mental dan spiritual manusia.

Page 7: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

2. ASAS TAMADUN ISLAM

Page 8: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Akidah

Syariah

Akhlak

Ilmu

Page 9: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Akidah

Konsep kepercayaan yang akan membentuk iman kepada Allah Taala, para rasul, malaikat, kitab, hari akhirat serta qada’ dan qadar.

Zaman rasulullah; zaman kegemilangan islam. Membentuk kerajaan islam yang kukuh dengan berpegang kepada akidah.

Keyakinan kepada konsep tauhid kepada Allah memberi kesan dalam kehidupan manusia.

Page 10: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Akidah yang mantap membentuk satu sistem nilai yang mengawal sifat dan bentuk ketamadunan itu sendiri.

Ia juga membentuk pemikiran yang maju.

Akidah: penggerak tamadun

Page 11: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Syariah

Himpunan peraturan dan sistem perundangan yang merangkumi pelbagai lapangan hidup. Ia merangkumi ibadah dan muamalah.

Ibadah:

peraturan yang menyusun hubungan manusia dengan Allah melalui amalan dan kewajipan yang menekankan tentang hak Allah sebagai Khaliq yang mesti ditaati oleh makhluknya.

Page 12: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Muamalat:

peraturan yang berkaitan dengan perhubungan sesama manusia dari segi hak dan tanggungjawab manusia. Seperti ekonomi, munakahat, politik, jenayah dan sebagainya.

Aspek syariah membezakan tamadun islamdengan tamadun yang lain.

Page 13: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Syariah : petunjuk jalan, penentu kaedah dan pelaksanaan tamadun islam.

Akhlak

Ajaran yang berkaitan dengan sistem nilai dalam kehidupan iaitu kebaikan dan keburukan.

Akhlak adalah makenisma yang menggerakkan umat Islam menjadi umat yang bertamadun.

Page 14: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Nilai yang paling utama adalah nilai yang baik.

Nilai ini yang akan membentuk akhlak seseorang dan ia tidak ditentukan oleh akal manusia tetapi ditentukan oleh wahyu Allah SWT dan sunah rasulnya.

Ilmu

Islam menekankan kepentingan ilmu dalam usaha memenuhi keperluan spiritual dan meraih kebahagiaan bukan sekadar memenuhi komoditi sosioekonomi.

Ibn sina, Ibn Rush, al-Khawarizmi, al Battanni, al-Razzidll. (tnaga mahir dan profesional dalm pelbagai bidang)

Page 15: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Imam abu Hanifah, Malik, Syafie,Ibn Hanbal, al-Ghazali, al-farabi dll. (Tokoh agama yang teguh pengangannya, pemikir yang tinggi dan luhur budi pekerti)

Konsep ilmu dalam tamadun Islam mempunyai kaitan dengan nilai ketuhanan (rabbani). Ketuhanan dari segi sumber, penggunaan dan matlamat ilmu.

Sumber: ilmu yang manusia perolehi adalah dari Allah swt.

Penekanan kepada ilmu akan membangkitkan kesedaran tentang pentingnya pembinaan tamadun berasakan ilmu pengetahuan.

Page 16: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

3. SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM

Page 17: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

SUMBER

Al-Quran

Al-SUNNAH

Ijtihad

Page 18: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

AL-QURAN

Sumber pertama

Mengandungi mukjizat

Al-Quran memberi garis panduan dalam pembinaan tamadun sama ada diterima atau ditolak dan ia jelas terdapat di dalam al-Quran.

Al-Quran menentukan nilai-nilai dalam tamadun.

Cetusan pembinaan tamadun Islam dalam al-Quran lahir dari gesaan agar manusia melakukan penelitian (al-nazar) dan penyelidikan terhadap alam dan unsur-unsur kejadian lain serta rahsia-rahsianya.

Page 19: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Al-quran telah memberikan gambaran asas tentang alam dan sains.

Contoh:

Cakerawala bergerak terapung-apung

“dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” (al Anbiya’: 30)

Page 20: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Bumi berada dalam keadaan bergerak.

“(dengan ketentuan Yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.” ( yaasin: 40)

Al-Quran hanya menyediakan prinsip-prinsip pembinaan peradaban Islam secara umum.

Page 21: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Al-Sunah

Sunah adalah : setiap perkara yang disandarkan kpdrasulullah SAW sama ada perbuatan, perkataan, pengakuan, serta sifat-sifat kejadian, akhlak dan riwayat hidup baginda.

Sumber kedua dalam pembinaan tamadun.

Rasulullah menunjukkan pelaksanaan syura dalam kerajaan, keadilan undang-undang, layanan terhadap keperluan rakyat termasuk golongan bukan islam, menjalin hubungan diplomasi dgn kerajaan dan peradaban luar, pemerkasaan institusi pendidikan.

Page 22: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Sunah sama autoritinya dgn al-Quran.

Sunah sebagai pentafsir yang palik authentikmengenai kandungan al-Quran.

Rasulullah adalah ketua negara, hakim serta penggubal undang-undang.

menahan sekutu musuh untuk membebaskan tentera Islam yang di tahan.

Pendekatan siasah Syariyyah: memenjarakan seorang lelaki yang disyaki sebagai pengintip pihak musuh.

Page 23: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Kurangkan kadar kompaun untuk kesalahan mencuri yang tidak sampai had potong tangan.

Gandakan kompaun untuk org yang menyembunyikan harta org.

Page 24: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Contoh sunah bersifat tamadun:

Polisi membenarkan tentera mengambil barangan milik orang kafir yang menyerangdan menentangnya dengan kezaliman, setelahberlawan yang membawa kepada terbunuhnyaorang kafir, maka boleh diambil hartanyasebagai harta rampasan perang dan ganjarankpd tentera. (Al- Salab.)

Tetapi pada masa kini ia tidak sesuai lagi kerana kerajaan telah memberikan gaji kepada para tentera.

Page 25: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

IJTIHAD

Bermaksud: usaha, kreativiti & inovasi para ilmuan dan pemikir islam dalam menangani keperluan umat islam.

Bagi persoalan-persoalan baru yang tidak ada hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunah, umat Islam hendaklah berijtihad untuk menentukan suatu hukum.

Page 26: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Ijtihad juga bermaksud sikap bersungguh-sungguh untuk mengetahui, memahami dan menghasilkan penemuan terkini dalam pelbagai disiplin demi meningkatkan kualiti hidup.

Menghasilkan pencapaian tamadun Islam dalam bidang sains sosial dan tulen di seluruh wilayah islam.

Keunggulan islam di kota-kota besar seperti: baghdad, Kufah, Kaherah dll.

Page 27: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Contoh Ijtihad: ayat alqur`an

“Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidakmenyembah melainkan kepadanya semata-mata danhendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salahseorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampaikepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, makajanganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan

kasar) sekalipun perkataan “ah” dan janganlah engkaumenengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepadamereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” [Surah al-

Isra' ayat: 23]

Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telahmengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awalmengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialahdalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dankepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali(untuk menerima balasan).” [Surah Luqman ayat: 14]

Page 28: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Hadis Rasulullah SAW.Menyuruh Berbuat Baik Kepada Ibubapa

“Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amatmalanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahaiRasulullah? Baginda menjawab: Seseorangyang mendapati kedua ibu bapanya atau salahseorang daripada keduanya telah tua namundia masih gagal memasuki syurga (lantarangagal berkhidmat kepada mereka).” [RiwayatMuslim]

Page 29: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Peranan ijtihad dalam pembangunan tamadun Islam dalam institusi politik yang mendokong peradaban Islam.

Pada dasar= al-Quran & sunah hanya menggariskan prinsip &dasar umum politik seperti amalan syura, mentaati pemimpin, keadilan, kesamaan, kebebasan, amar ma’rufnahi mungkar.

Page 30: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Ia disebut di dalam al-Quran tanpa perincian akan cara & bentuk pengaplikasiaannya.

Islam fleksibel memberi ruang untuk umat islammencari pendekatan sendiri yang sesuai.

Islam Tidak rigid dalam bentuk kerajaan dan sistem politik. tidak melarang adaptasi sistem politik luar yang baik.

Page 31: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Bebas mencari bentuk kerajaan yang terbaik dan sesuai. Dengan mengambil kira keadaan politik semasa dan kepentingannya kepada masyarakat

Kaedah pemilihan pemimpin berbeza sama ada sewaktu Abu Bakar, Umar, Uthman.

Kaedah tersebut tidak mengikat kita agar mengikutinya secara mutlak.

Page 32: Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )

Semua itu hanya ijtihad yang boleh dijadikan panduan.

Contohnya pilihan raya pada hari ini.

Contoh teori politik teori bay’ah (janji setia),teori mentaati ulil amr (pemimpin), teori al-wizarah & al-imarah(stuktur kabinet).