Transcript
Page 1: Konsep Dan Nilai Dalam Puisi Melayu Tradisional

KONSEP DAN NILAI DALAM PUISI MELAYU TRADISIONAL:

SATU TELAAN TERHADAP PERIBAHASA MELAYU

Oleh

Prof. Madya Datuk Zainal Abidin BorhanAkademi Pengajian Melayu

Universiti Malaya

Page 2: Konsep Dan Nilai Dalam Puisi Melayu Tradisional

1. Shafie Abu Bakar (1997) telah mengemukakan bahawa terdapat masalah dalam mengkategorikan dan mengkonsepsikan (peristilahan) puisi Melayu tradisional. Walaupun beliau menyenarai sejumlah jenis puisi Melayu tradisional seperti:- pantun, syair, gurindam, seloka, teromba, peribahasa berangkap, talibun, mantera, bayt, nazam, rubai, kit’ah, masnawi, ghazal, zikir dan selawat, berzanji, teka-teki, endui, rejang, hadrah dan dabus. Kepada Shafie setiap puisi ini mempunyai bentuk, jenis dan ciri-ciri tersendiri yang mengidentitikan dan membezakan dari puisi-puisi lain.

2. Harun Mat Piah (1989) membincangkan konsep puisi dengan melihat ciri-cirinya dan bentuk puisi Melayu tradisional, iaitu

• bersifat lisan • bentuk yang terikat • yang berfungsi di dalam kehidupan seharian • ungkapannya ada tarikan magis • puisi yang berunsur magis dianggap suci • ada gabungan atau unsur muzik • bahasa yang padat dan kental

(Harun Mat Piah, 1989, hal. 5-7).

Page 3: Konsep Dan Nilai Dalam Puisi Melayu Tradisional

3. Mengemukakan konsep prosa berirama yang diterjemah daripada rhythmical prose lantaran ada dalam bahasa Inggeris. Kepada Shafie Abu Bakar (1997), prosa berirama lebih sesuai disebut puisi bebas (mempunyai irama). Kata prosa itu sendiri bukan bermaksud puisi. Mohd Taib Osman (1979) mengkategori puisi kepada bentuk terikat seperti pantun dan syair dan bentuk bebas seperti teromba dan mantera.

4. Za’ba (1962) mentakrif peribahasa itu ialah segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya, dipakai akan dia jadi sebutan oleh orang sebagai bandingan, teladan, dan pengajaran. Maka ialah juga dikatakan bidalan, pepatah, perbilangan dan perumpamaan kerana tiap-tiap satu ini cakap yang mengandungi segala sifat peribahasa.

Page 4: Konsep Dan Nilai Dalam Puisi Melayu Tradisional

5. Peribahasa• Melambangkan kekayaan orientasi dan sistem nilai

Melayu yang memancarkan kebijaksanaan, moraliti, nilai dan hukum Melayu.

• sumber perlambangan alam dan ragam serta persekitaran sosial kesan daripada pemerhatian dan pentaakulan tajam terhadap pandangan dunia dan kehidupan Melayu

• Peribahasa mencerminkan sifat dan ciri saintifik dan perenungan (reflective) serta keprihatinan secara psikologi Melayu terhadap sifat dan kelakuan manusia. (Azizan Baharuddin, 1993).

Page 5: Konsep Dan Nilai Dalam Puisi Melayu Tradisional

6. Dari sumber alam tercipta pelbagai metafora menjadi kias ibarat melalui peribahasa. Walaupun penuh kiasan tetapi manusia Melayu cepat dapat menangkap seandainya peribahasa itu sebagai sindiran atau nasihat. Pendekatan seperti ini digunakan di dalam hubungan sosial Melayu supaya setiap orang Melayu saling kenal mengenali untuk menjadikan hidup mereka lebih bermakna dan mereka memahami apa itu makna kehidupan. (Zainal Abidin Borhan, 2000). Peribahasa digunakan sebagai pengucapan untuk membudayakan dan memasyarakatkan seluruh anggota masyarakat dan kebudayaan.

7. Peribahasa, ungkapan, bidalan, perumpamaan, nama julukan, pepatah, tergolong di dalam folk-speech.

8. Seluruh khazanah puisi tradisional dan folklor Melayu adalah representasi kepada kerangka kognitif Melayu

Page 6: Konsep Dan Nilai Dalam Puisi Melayu Tradisional

9. Secara khusus menggunakan Tikaman Bahasa (DBP, 1992) yang telah dihimpun oleh Mohd. Adnan Mohd. Ariffin, yang pernah diterbitkan di Kelantan oleh Matba’ah al-Asasiyah pada 1934.

10. Mohd Adnan dilahirkan di Singapura, bersekolah di Raffles School, saudara tua kepada Dato Bentara Luar Kelantan. Menjadi guru besar sekolah Inggeris al Madrasah al-Muhamadiyah di Kelantan. Pernah bekerja di negeri Siak Seri Inderapura selama enam tahun, menjadi setiausaha sulit al-Marhum Sultan Hashim dan setiausaha sulit kepada pemangku Sultan.

11. Buku Tikaman Bahasa ini mengandungi 11 bab iaitu:• Bab 1 - Pengetahuan, Pelajaran dan Nasihat.

• Bab 2 - Nikah Kahwin dan Kaum Keluarga

• Bab 3 - mencari kehidupan kekayaan dan kepapaan

• Bab 4 - Tuah Malang Manusia Berlain-lainan

Page 7: Konsep Dan Nilai Dalam Puisi Melayu Tradisional

• Bab 5 - Persahabatan, Perseteruan dan Perkelahian

• Bab 6 - Perangai dan Tingkah Laku Jahat

• Bab 7 - Kehidupan Dalam Kesenangan dan Kesusahan

• Bab 8 - Perangai, Kelakuan serta Keadaan dan Perbandingan

• Bab 9 -Orang Yang Mulia yang Hina dan Kelakuannya Masing- masing

• Bab 10 - Adat Lembaga dan Pemerintahan Negeri

• Bab 11 - Rampaian yang memaparkan lidah pendeta dan kata-kata tua

12. Satu fenomena kefalsafahan yang amat ketara yang dinamakan sebagai axiology (nilai).

13. Di antara kebijaksanaan aksiologi ialah mendidik dan menasihati (dedaktik) melalui pesan dan panduan moraliti. Oleh sebab orang Melayu mengambil dari alam untuk membina ufuk metaforanya, maka alam yang terbentang menjadi guru kepada manusia.

Page 8: Konsep Dan Nilai Dalam Puisi Melayu Tradisional

14. Fenomena dari alam inilah yang mendasari ethos (sistem nilai) masyarakat (Harun Mat Piah, 1989) menjadi cognitive framework (Fanany dan Fanany, 2008), menggambarkan sikap dan pandangan. Kerangka seperti ini mendidik orang Melayu untuk memahami persoalan sebab-akibat, logikal, pemikiran kritis dan empirikal.

15. Refleksi atau perenungan atau intuition Melayu terhadap dirinya bukan sahaja dari sumber alamiah, namun dari dirinya sendiri. Dari hujung rambut ke hujung kakinya disimpul, diperikan dan diperumpamakan. Perhatikan contoh-contoh berikut, seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tak berserakan; kepala batu, kepala otak; mata keranjang, rambang mata, putih mata; buah mulut, mulut tempayan; telinga nipis; panjang tangan, buah tangan; jatuh hati, buah hati; kaki judi, kaki bola; tahi judi, dan sebagainya.

Page 9: Konsep Dan Nilai Dalam Puisi Melayu Tradisional

16. Memilih sejumlah peribahasa dari bab pertama Tikaman Bahasa yang tema pemerihalannya ialah mengenai pengetahuan, kebijaksanaan dan kebodohan. Dari tema ini dapat ditafsir bahawa secara didaktik dituntut untuk memiliki ilmu pengetahuan. Pemilikan ilmu pengetahuan menggambarkan kebijaksanaan. Lawan kepada kebijaksanaan ialah kebodohan atau kejahilan.

17. Peribahasa:-– Tiga sudah berdiri habis -Apabila tiga perbandingan ilmu, akal dan

kemahiran bersekutu, memudahkan pada menjalankan sesuatu pekerjaan.

– Empat sudah bersimpul satu -Sesuatu kesempurnaan yang telah diperlakukan oleh empat orang

iaitu yang berilmu, yang berakal, yang mahir, dan yang usaha.

– tali berlembar empat, -Empat orang atau pun yang difikirkan oleh

sebagai tunku sejerangan seseorang yang berilmu lagi berakal serta mahir nescaya beroleh kejayaan

Page 10: Konsep Dan Nilai Dalam Puisi Melayu Tradisional

18. Peribahasa demikian pula menampakkan kelainan, iaitu wujudnya unsur berlawanan atau perbezaan (kontradiksi), manikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang koyak-koyak. Lazimnya manusia menilai orang yang kaya sahaja yang berpeluang memiliki kepandaian, tetapi peribahasa ini memaparkan perbezaan, bahawa yang bijak dan cerdik itu terdapat juga di kalangan orang y ang miskin dan hina. Imej manikam boleh membawa makna yang baik yang kaya, tetapi ditafsirkan sebagai kebijaksanaan (ilmu).

19. Begitu juga peribahasa kelaparan itu mencerminkan akal si bodoh dan kemahiran itu gurunya. Setiap orang perlu berusaha, berikhtiar rajin bekerja untuk menempuh kehidupan. Kemahiran yang diperolehi dengan penat lelah itu sebaik-baik guru dan perut kosong penggilap otak merupakan peribahasa yang menjelaskan tentang perlunya ilmu, kemahiran dan usaha.

Page 11: Konsep Dan Nilai Dalam Puisi Melayu Tradisional

20. Orang Melayu menyarankan supaya baik membawa resmi padi, makin berisi makin tunduk, bukannya resmi jagung, makin berisi makin tegak menyombong. Peribahasa berikut mengatakan biar diam-diam ubi; jangan diam-diam tembilang, yang bermaksud, diam ubi semakin membesar, diam penggali semakin berkarat, diam orang berakal berfikir, diam orang bodoh merosak diri.

21. Seperti sukakan gaharu kerana baunya, sukakan kemenyan dibakar. Apabila telah berilmu, memiliki kebesaran, tidak wajar menghina orang lain, kata peribahasa Melayu, tiadalah berkibaran panji-panji sutera yang mulia itu melainkan berdiri tiangnya kayu yang hina. Bermaksud tiadalah mulia dan besar sorang raja jika tiada diangkat dipermulia dan dikasihi oleh orang yang rendah dan hina iaitu hamba rakyatnya, maka tidak boleh orang yang berakal, berilmu dan berkuasa menyombong kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Page 12: Konsep Dan Nilai Dalam Puisi Melayu Tradisional

21. Orang Melayu juga menghargai orang yang tidak berilmu seperti peribahasa ini kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur, bermaksud, orang yang tiada berbangsa dan kekayaan dan ilmu dan tiada pula berbahasa itu tiadalah sekali-kali berguna di antara orang yang bijaksana, tetapi jika ada padanya suatu perangai yang baik sahaja adalah juga faedahnya.

22. Setiap yang tidak berilmu perlu diajar dan dididik, seperti kata peribahasa, belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam – sedangkan belakang parang diasah, tajam juga.

23. Peribahasa Di manakah berteras kayu mahang, yang bermaksud, adakah boleh pandai bangsa yang memang tiada berpelajaran.

24. Seorang guru diibaratkan sebagai laut atau lautan dan sebutir mutiara ditafsirkan sebagai ilmu. Peribahasa ini menjelaskan, laut datang memunggah mutiaranya yang bermaksud datang guru yang pandai mengajarkan ilmunya yang sangat berharga

Page 13: Konsep Dan Nilai Dalam Puisi Melayu Tradisional

25. Ikan berkilat jala pun tiba yang bermaksud orang yang bijaksana (berilmu) mudah memikirkan perkara-perkara yang susah.

26. Maka dalam kerangka itu yang cerdik, yang berilmu bukan sahaja pandai, memikirkan perkara yang suah-susah, tetapi juga bijak membaca masa depan, bijak membaca dalam gelap (Tenas Effendi, 2000), iaitu kebijaksanaan mengguna ilmu untuk membuat perenungan, meramal terhadap masa depan dengan berpandukan masa lalu dan masa kini.

27. Orang yang pandai atau berilmu itu ada kelemahannya, peribahasa ini mengingatkan, bertanam tebu di mulut, bertanam peria di hati, yang bermaksud seseorang itu kadangkala manis tutur katanya tetapi hatinya yang dengki khianat tidak berubah.

28. Peribahasa ini menyatakan malu jikalau anak harimau menjadi anak kucing yang bermaksud tidak patut anak orang yang pandai itu menjadi bodoh.