Download pdf - Khb ert(1)

Transcript
Page 1: Khb ert(1)

Kemahiran Hidup Bersepadu

Ekonomi Rumah Tangga

Mei 2014

2 JAM

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA ( PKPSM ) KEDAH

MODUL PENINGKATAN AKADEMIK MEI 2014

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU EKONOMI RUMAH TANGGA

2 JAM

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 3bahagian.

2.Bahagian A:

Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D.

Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada

kertas jawapan objektif yang disediakan.

3. Bahagian B:

Bahagian ini mengandungi 5 soalan struktur pelbagai bentuk. Jawab semua soalan diruangan

yang disediakan.

4. Bahagian C:

Bahagian ini mengandungi 2 soalan esei pendek. Jawab kedua-dua soalan.

__________________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 20 halaman bercetak

[ Lihat sebelah ]

Page 2: Khb ert(1)

2

BAHAGIAN A: OBJEKTIF

(60 markah)

1. Langkah pertama yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecederaan kecil di

dalam bengkel.

A Mengambil peti pertolongan cemas.

B Melakukan rawatan pertolongan cemas.

C Melaporkan kepada guru dengan segera.

D Menghubungi pihak hospital.

2. Alatan tangan ini digunakan untuk membuat lengkuk dan meratakan kayu.

A Kikir parut

B Gergaji tangan

C Pahat tepi serong

D Gergaji lengkung halus

3. Susun langkah-langkah pembinaan projek.

I memotong bahan

II membuat kemasan

III mengukur dan menanda

IV membina dan mencantum

A III, I, IV, II

B I, IV, III, II

C III, IV, I, II

D I, III, IV, II

4. Antara yang berikut padanan manakah benar?

Kemasan Pelarut

A Syelek Turpentin

B Lekar Thinner

C Cat Licau Air

D Ton Kayu Spirit Metil

Page 3: Khb ert(1)

3

5. Jadual 1 menunjukkan bahan dan kos bagi membina projek serbaguna.

Bahan Kos (RM)

Perspek 600.00

MDF 100.00

Skru 10.00

Glu 20.00

Kertaslas 30.00

Lekar 15.00

Jadual 1

Hitung kos pengeluaran projek itu sekiranya kos upah berjumlah RM 300.00 dan kos

overhed berjumlah RM 30.00.

A RM 775.00

B RM 805.00

C RM 1075.00

D RM 1105.00

6. Rajah 1 menunjukkan binaan sebuah lampu pendarflour.

Rajah 1

Apakah yang akan berlaku sekiranya bahagian X ditanggalkan selepas lampu

dinyalakan?

A Berlaku litar pintas

B Lampu berkelip-kelip

C Lampu akan terus menyala

D Gelang merah terjadi pada hujung tiub

N L

X

Page 4: Khb ert(1)

4

7. Berdasarkan pada rajah di bawah, pada bahagian manakah wayar hidup perlu

disambungkan?

8. Rajah 2 menunjukkan lukisan skematik.

20 k20 k

47 F 47 F9 V

CS9013CS9013

Rajah 2 Apakah komponen yang terdapat dalam lukisan skematik di atas?

I Buzer

II Kapasitor

III Transistor

IV Perintang tetap

A I, II dan III

B I, II dan IV

C II, III dan IV

D I, II, III, IV

A

B

C D

Page 5: Khb ert(1)

5

9. Rajah 3 menunjukkan lukisan bergambar.

LED

bateri

+

Rajah 3 Apakah akan berlaku kepada LED?

A LED akan terbakar

B LED akan menyala

C LED akan berkelip

D LED akan malap

10. Rajah 4 menunjukkan proses dalam kerja pematerian.

X

Rajah 4

Apakah fungsi X?

A Memudahkan kerja pematerian

B Menguatkan hasil pematerian

C Menyedut pateri yang telah dicairkan

D Menghalang kesan pengoksidaan

Page 6: Khb ert(1)

6

11. Rajah 5 menunjukkan sejenis perangkap sinki.

Rajah 5

Manakah bahagian yang dibuka untuk tujuan penyenggaraan?

A P

B Q

C R

D S

12. Rajah 6 menunjukkan satu objek.

Rajah 6

Pelan bagi objek itu ialah

A

C

B

D

Page 7: Khb ert(1)

7

13. Rajah 7 menunjukkan satu artikel yang dijahit dengan jahitan hiasan.

Rajah 7 Apakah jahitan X?

A kia

B lilit ubi

C suji bilang

D insang pari

14. Antara berikut manakah adab dan sopan semasa makan?

I Bongkokkan badan sedikit semasa menyuap makanan.

II Siku hendaklah diletakkan di atas meja semasa makan.

III Tunggu sehingga semua orang habis makan, barulah anda mula makan.

IV Biarkan makanan sejuk dahulu sebelum dimakan dan jangan tiup makanan di

hadapan orang.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D II dan IV

Page 8: Khb ert(1)

8

15. Rajah 8 menunjukkan satu proses pemasuan semula.

Rajah 8 Apakah tujuan aktiviti dalam Rajah 8? A Memudahkan kerja mengeluarkan pokok

B Mengurangkan kadar renjatan

C Memadatkan medium pokok

D Membersih pasu

16. Rajah 9 menunjukkan carta piramid makanan.

Rajah 9

X mewakili nutrien

I Karbohidrat

II Pelawas

III Garam mineral

IV Protein

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

X

Page 9: Khb ert(1)

9

17. Rajah 10 menunjukkan sejenis pembungkus makanan.

Rajah 10

Apakah makanan yang sesuai dibungkus dengan pembungkus itu.

I kek

II bubur nasi

III bihun goreng

IV sandwich telur

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

18.

Susunan kerja yang manakah betul untuk menyediakan menu di atas?

A I, II, III, IV

B I, III, IV, II

C III, I, II, IV

D IV, I, III, II 19. Antara berikut kuih yang manakah menggunakan bater pekat?

A Kuih rengas

B Kuih lapis

C Kuih kosui

D Kuih ketayap

I makaroni goreng II air teh III tembikai IV kek permaisuri

Page 10: Khb ert(1)

10

20. Antara berikut pasangan manakah benar tentang jenis bater dan hasil masakannya?

Jenis bater Hasil masakan

I Bater pekat Cucur udang

II Bater pekat Kuih lapis

III Bater cair Kuih lompang

IV Bater cair Skon titis

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

21. Pilih padanan yang betul tentang kuih tempatan dan sumbernya.

Kuih Tempatan Sumber

A Pulut panggang Beras pulut dan gula melaka

B Kuih seri muka Tepung ubi dan kelapa

C Pulut inti Beras pulut dan sagu

D Kuih lapis Tepung beras dan kelapa

22. Susun mengikut urutan yang betullangkah menjahit skirt berkasing.

I Jahit kelepet pada hujung skirt

II Jahit kelim pada kedua-dua tepi skirt

III Jahit kasing pada garisan pinggang

IV Susupkan ben elastik ke dalam kasing

A I, II, III, IV

B II, III, IV, I

C III,IV, I,II

D IV,I,II,III

Page 11: Khb ert(1)

11

23. Antara berikut yang manakah kegunaan kelepet?

A Sebagai hiasan

B Memberi bentuk

C Memberi keselesaan

D Mengemas tepi pakaian

24. Antara berikut pasangan manakah betul tentang bahagian mesin jahit dan

kegunaannya?

Bahagian mesin jahit Kegunaan

I Tiang benang Memegang buku benang

II Penekan jahitan Memegang jarum

III Pemusing gelendung Mengawal pergerakan mesin

IV Tuas pemegang benang Mengawal benang

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

25. Susun mengikut urutan yang betul langkah menjahit kelim belah kangkung.

I Semat dan jelujur di garisan pemadan

II Temukan sebelah luar fabrik

III Tekan dengan seterika supaya kelim terbuka

IV Jahit mesin di garisan pemadan

A I, II, III, IV

B I, IV, II, III

C II, I, III, IV

D II, I, IV, III

Page 12: Khb ert(1)

12

26. Rajah 11 menunjukkan sejenis lapik.

Rajah 11

Apakah fungsi X?

A Meratakan garis kelim

B Menanda jarak mata jahitan

C Mengukuhkan jahitan pada lapik

D Memudahkan kerja menjahit dilakukan

27. Rajah 12 di bawah menunjukkan sejenis lengan pada blaus.

Rajah 12

Apakah X?

A Belah lapik kain selari

B Belah slit berlapik

C Belah berkun

D Belah berzip

Page 13: Khb ert(1)

13

28. Maklumat dibawah adalah tentang urusan perniagaan masa kini.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pernyataan itu?

A E-dagang

B Pesanan mel

C Kad pra bayar

D Mesin runcit automatik

29. Antara berikut padanan manakah benar tentang usahawan dan makan gaji.

Usahawan Makan gaji

A Individu tidak dapat meneruskan

kehidupan

Masa bekerja tidak terhad

B Mengikut masa yang ditetapkan Bidang tugas meliputi semua aspek

C Tidak sanggup menghadapi risiko Sanggup menghadapi risiko

D Keuntungan dinikmati sendiri Menerima pendapatan tetap

30.

Puan Nina mendapati kek yang dibelinya berkulat.

Berdasarkan pernyataan di atas,apakah hak Puan Nina sebagai pengguna?

A Hak mendapat ganti rugi

B Hak mendapat maklumat

C Hak mendapat keselamatan

D Hak mendapat pendidikan kepenggunaan

Diletakkan di tempat awam

Pengguna memasukkan sejumlah wang

tunai yang ditetapkan

Page 14: Khb ert(1)

14

BAHAGIAN B: STRUKTUR (30 markah)

1. Namakan alatan tangan berikut. a)

d)

b)

e)

c)

f)

(6 markah)

Page 15: Khb ert(1)

15

2. Isi tempat kosong berdasarkan pilihan jawapan yang diberikan di bawah.

(a) Disiplin dan sikap seseorang terhadap kerja yang di buat seperti menepati waktu,

bertanggungjawab, amanah dan mematuhi arahan. ______________________

(b) Sebagai langkah keselamatan, murid mesti memakai kasut bertutup dan

_________________________ semasa berada di bengkel bagi mengelakkan

kemalangan.

(c) _________________ ialah susunan barang yang dirancang untuk menghasilkan

sesuatu produk dan impak.

(d) _________________ ialah cantuman atau sambungan kayu.

(e) Tujuan utama __________________ adalah untuk mencantikkan serta

melindungi permukaan kayu.

(f) _________________ digunakan untuk menyambungkan peralatan elektrik

dengan soket alir keluar.

(g) _________________ dipasang untuk melindungi litar dan perkakas elektrik.

(h) _________________ terletak di hujung paip dan berfungsi mengawal pengaliran

air keluar.

(i) _________________ adalah alat jahitan yang penting kerana memudahkan dan

mempercepatkan kerja menjahit.

(j) _________________ perlu dilakukan untuk mengurangkan renjatan pada anak

pokok yang baru diubah.

(10 markah)

plag pengerasan tanggam kemasan

etika kerja fius mesin jahit pili

reka bentuk bertapak getah

Page 16: Khb ert(1)

16

3. Labelkan bahagian-bahagian yang terdapat pada

(a) Tangki Simpanan Air

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

(4 markah) (b) Mesin Jahit

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

(4 markah)

i

ii

iii

iv

i iii

ii

i iv

Page 17: Khb ert(1)

17

4. Lengkapkan teka silang kata di bawah.

5

2 1 3

6

4

Menegak

1. Satu hidangan sepinggan lengkap berasal dari negeri Kedah.

3. Senarai masakan dalam sesuatu hidangan disebut sebagai ________ .

5. Mencuci pakaian boleh dikategorikan sebagai pembersihan ________ .

Melintang

2. Warna ________ mewujudkan suasana ceria dan cerah.

4. Ruang untuk melakukan aktiviti penyediaan dan penyimpanan makanan.

6. Adap dan sopan semasa makan.

(6 markah)

Page 18: Khb ert(1)

18

5. Padankan simbol komponen elektronik dengan fungsinya.

Simbol Fungsi

(a)

Digunakan untuk

meninggikan arus, voltan dan kuasa.

(b)

Menghasilkan bunyi dan

digunakan sebagai penggera.

(c)

Menukar arus elektrik kepada cahaya

(d)

Boleh menyimpan dan membuang cas elektrik

(4 markah)

Page 19: Khb ert(1)

19

BAHAGIAN C: ESEI (10 markah)

1. Terangkan langkah-langkah menyusun atur pola.

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

(5 markah)

Page 20: Khb ert(1)

20

2. Terangkan cara membuat kuih badak.

(i)

(ii)

(iii)

(iv) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan bentukkan bulat

(v)

(vi)

(5 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT