Download docx - kerja kursus EQ

Transcript

1.0 PENGENALANApakah itu emosi? Bagi setiap manusia, emosi adalah naluri yang paling penting. Emosi mempengaruhi sebahagian besar kehidupan bermula sejak saat seseorang itu dilahirkan sehinggalah ke akhir hayatnya. Tidak ada manusia yang dilahirkan tanpa emosi dan sering kali emosinya terserlah sebelum kebolehan seseorang berfikir dapat dipamerkan. Pemikiran dan emosi boleh dianologikan seperti dua muka berbeza pada sehelai wang kertas yang sama, walaupun pada zahirnya kedua-dua belah wang kertas itu nampak berlainan tetapi masing-masing saling bergantung bagi membolehkan wang kertas itu terbentuk.Pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak, mereka belajar melahirkan emosi mereka bukan dengan kata-kata tetapi melalui raut wajah, pergerakan dan tangisan. Greenspan (1995) dalam bukunya yang berjudul Stages of Childhood: A New Way of Thinking About Your Child menamakan keupayaan emosi pada peringkat ini sebagai emotional idea. Seseorang kanak-kanak dapat merasakan sesuatu perasaan itu tetapi dia tidak dapat menyatakan mengapa, bagaimana dan siapa yang menyebabkan dia berperasaan seperti itu. Emosi ini hanya dapat dipamerkan dalam bentuk fizikal melalui raut muka mahupun bahasa badan.Menurut Lupton (1998), emosi adalah fenomena yang terbentuk, dialami dan di interprestasikan melalui proses-proses social dan budaya. Dalam erti kata lain, emosi terbentuk melalui proses pengalaman yang terhasil daripada interaksi kita dengan orang lain dalam konteks-konteks sosial yang pelbagai. Kadangkala pembentukan emosi ini disertai oleh sensasi fizikal, contohnya apabila kita sebak mendengar takbir di pagi raya atau berita kematian ibu bapa mahupun saudara, kita mungkin merealisasikan emosi itu dengan menitiskan air mata. Kanak-kanak pula mengaitkan rasa selamat di dalam pelukan ibunya dengan emosi yang positif seperti perasaan disayangi. Seseorang yang sedang berang menunjukkan kemarahannya dengan raut muka yang bengis dan meninggikan suara. Apabila seseorang itu sedang runsing, sukar untuk dia menunjukkan perwatakan yang ceria dan memberi tumpuan pada orang lain. Setiap insan mempunyai satu set emosi asas yang sama, contohnya marah, sedih, gembira, teruja, cemburu dan sangsi. Walau apa pun bangsa, kulit, mahupun dari benua mana sekalipun, setiap seorang daripada kita memiliki set emosi asas ini. Walaupun bagaimanapun, ekspresi emosi asas itu mungkin berlainan daripada satu golongan ke golongan yang lain kerana dipengaruhi oleh sistem agama, falsafah hidup, taraf pendidikan dan kebudayaan yang berbeza. Menurut buku Kompetensi Kecerdasan Emosi tulisan Mok Soon Sang pula, perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu emovere yang bermaksud untuk keluar. Menurutnya, tujuan emosi ditonjolkan keluar adalah untuk mendapat kepuasan kendiri. Emosi merupakan sesuatu perasaan jiwa yang kuat. Kamus Advanced learners English-Malay Dictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih sayang, benci, takut, gembira, sedih dan sebagainya. Daniel Goleman, dalam bukunya Emotional Intelligence (1997), menyatakan bahawa emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biological, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.Berdasarkan huraian di atas, emosi merangkumi tiga komponen iaitu komponen kognitif di mana pengalaman yang subjektif di bawah keadaan sedar, termasuklah aspek pernilaian. Kedua, komponen fisiologikal iaitu merangsang dan menbangkitkan badan fizikal dan yang ketiga komponen behavorial iaitu ciri ekspresi yang ditunjukkan secara terbuka. Ini bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal, iaitu bahasa bukan lisan.

2.0 KECERDASAN EMOSI

Mayer dan Salovey (1993) menyatakan bahawa kecerdasan emosi membenarkan kita berfikir lebih kreatif dan menggunakan emosi bagi menyelesaikan masalah. Menurut mereka, kecerdasan emosi juga merujuk kepada kebolehan seseorang untuk memantau perasaan dan emosi sendiri dan orang lain, untuk membezakan setiap emosi yang dirasai dan untuk menggunakan maklumat yang diperolehi dalam pemikiran dan tindakan.Goleman (1997), mengatakan bahawa koordinasi suasana hati adalah inti dari hubungan sosial yang baik. Apabila seseorang pandai menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran hati individu yang lain atau mampu berempati, orang tersebut akan memiliki tingkat emosionaliti yang baik dan akan lebih mudah menyesuaikan diri dalam pergaulan sosialnya.Tambahan lagi, Goleman mengatakan bahawa kecerdasan emosi adalah kemampuan lebih yang dimiliki oleh seseorang dalam memotivasi diri, ketahanan dalam menghadapi kegagalan, mengedalikan emosi dan menunda kepuasan serta mengatur keadaan jiwa. Dengan kecerdasan emosi tersebut, seseorang dapat menempatkan emosinya pada kedudukan yang stabil, tepat, memilih kepuasan dan mengatur suasana hati. Selain itu, Cooper dan Sawaf (1998) pula mengatakan bahawa kecerdasan emosi adalah kemampuan merasakan, memahami dan secara selektif menerapkan daya dan kepekaan emosi sebagai sumber tenaga dan pengaruh yang menusiawi.Kecerdasan emosi menuntut penilikan perasaan untuk belajar mengakui, menghargai perasaan pada diri dan orang lain serta menganggapinya dengan tepat, menerapkan secara efektif tenaga emosi dalam kehidupan seharian. Selanjutnya Howes dan Herald (1999) mengatakan pada intinya, kecerdasan emosional merupakan komponen yang membuatkan seseorang itu menjadi bijak menggunakan emosi.1.0 2.0 2.1 KONSEP KECERDASAN EMOSIKecerdasan emosi merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan emosi dalam kehidupan dan pekerjaan mereka seharian. Ia juga bagi membantu individu dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi serta berfungsi secara efektif. Kecerdasan emosi merujuk kepada kemampuan minda berfungsi secara semulajadi dalam keadaan-keadaan yang dipengaruhi oleh kognisi, perasaan dan emosi pada diri mereka. Perubahan tingkah laku berlaku setelah emosi diransang di mana akal akan bertindak secara logik dan hasil yang diharapkan bergantung pada situasi. Sekiranya tingkah laku serta keputusan yang dibuat melibatkan elemen akal dan perasaan maka hasilnya boleh dijangka dan ianya lebih baik. Gardner (1983) dalam bukunya Frames of Ming mengenal pasti 7 jenis kecerdasan manusia yang mana dua di antaranya, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal yang berkait rapat dengan emosi. Menurut Gardner lagi, kecerdasan interpersonal merupakan kebolehan memahami orang lain. Gardner membuat kajian bahawa kecerdasan interpersonal merupakan keupayaan untuk menilai dengan teliti dan bertindak balas secara berpatutan berdasarkan perasaan, pembawaan, motivasi dan dan keinginan orang lain. Kecerdasan intrapersonal pula ialah kebolehan membentuk diri sebagai model yang sesuai dan dapat menggunakan model ini beroperasi secara efektif dalam kehidupaannya. Di dalam kecerdasan intrapersonal yang berasaskan ilmu pengetahuan diri sendiri, Gardner menambah daya memperolehi perasaan diri, keupayaan membandingbezakan di antara perasaannya seterusnya membuat pemilihan sebagai panduan untuk bertingkah laku.

2.2 KOMPONEN KECERDASAN EMOSIKecerdasan emosi (EQ) bukan merupakan lawan kepada kecerdassan intelektual yang biasa dikenali dengan istilah IQ, namun kedua-duanya berinteraksi secara dinamis. Hakikat yang perlu diakui bahawa EQ memainkan peranan yang sangat penting untuk mencapai kejayaan di sekolah, tempat kerja dan dalam komunikasi sosial dalam kalangan masyarakat.Goleman (1995) mengungkapkan 5 komponen EQ yang boleh menjadi pedoman bagi setiap individu untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan sehari-hari:-a) Mengenali emosi diriKesedaran diri dalam mengawal perasaan sewaktu perasaan itu terjadi merupakan dasar kecerdasan emosi. Pada tahap ini diperlukan adanya peninjauan perasaan dari waktu ke waktu agar timbul wawasan psikologi dan pemahaman tentang diri. Ketidakmampuan untuk mencermati perasaan yang sesungguhnya akan membuatkan diri berada dalam kekuasaan perasaan. Hal ini menyebabkan tidak peka akan perasaan yang sesungguhnya yang berakibat buruk bagi pengambilan keputusan masalah.b) Mengelola emosiMengelola emosi ialah menangani perasaan agar perasaan mampu terungkap dangan tepat. Hal ini merupakan kecekapan yang sangat bergantung kepada kesedaran diri. Emosi dikatakan berhasil dikelolakan apabila mampu menghiburkan diri ketika ditimpa kesedihan, dapat melepas kecemasan, kemurungan atau ketersinggungan dan bangkit kembali dengan cepat dari semua itu. Sebaliknya orang yang buruk kemampuannya dalam mengelola emosi akan terus menerus bertarung melawan perasaan murung atau melarikan diri daripada hal-hal negatif yang merugikan dirinya sendiri.

c) Memotivasi diri Kemampuan seseorang memotivasi diri bolrh ditelusuri melalui hal-hal dengan cara mengendalikan dorongan hati. Selain itu, darjat kecemasan yang berpengaruh terhadap unjukkerja seseorang dan kekuatan berfikir secara positif. Akhir sekali ialah bersikap optimisme. Kebolehan mengatur emosi ke arah objektif yang ditentukan adalah perlu bagi menumpu perhatian motivasi diri dan penguasaan serta untuk kreativiti. Individu yang mempunyai kemahiran ini akan menjadi lebih produktif dan elektif dalam setiap tugas yang mereka usahakan.d) Mengenali emosi orang lainEmpati atau mengenali emosi orang lain dibangunkan berdasarkan kepada kesedaran diri. Jika seseorang terbuka pada emosi sendiri, maka dapat dipastikan bahawa ia akan terampil membaca perasaan orang lain. Sebaliknya orang yang tidak mampu menyesuaikan diri dengan emosi sendiri boleh dipastikan tidak akan mampu menghormati perasaan orang lain.e) Membina hubungan dengan orang lainMembina hubungan dengan orang lain merupakan keterampilan sosial yang mendukung keberhasilan dalam pergaulan dengan orang lain. Tanpa memiliki keterampilan, seseorang itu akan mengalami kesukaran dalam pergaulan sosial.

2.3 KEPENTINGAN KECERDASAN EMOSIBerikut dinyatakan secara ringkas kepentingan-kepetingan kercerdasan emosi seseorang murid yang diasaskan berlandaskan lima bidang tersebut di atas. Kepentingan yang pertama ialah memahami emosi diri sendiri. Hal ini kerana kemajuan mengenal pasti dan menamakan emosi diri sendiri dan lebih berupaya memahami sebab-sebab yang membangkitkan perasaan. Selain itu, dapat mengenal pasti perbezaan di antara perasaan dan tindakan.Kedua, menguruskan emosi kendiri. Toleransi merupakan sifat yang lebih berkesan terhadap kecewa dan pengurusan emosi marahnya. Masalah displin di sekola juga akan berkurangan di samping tingkah laku distruktif juga dapat dikurangkan. Tambahan lagi, perasaan positif dapat ditingkatkan terhadap diri, sekolah dan keluarga. Kerungsingan social dan kesepian dapat dikurangkan.Ketiga, memanfaatkan emosi. Seseorang individu itu akan menjadi lebih bertanggungjawab dan berupaya menumpukan perhatian dengan lebih teliti terhadap tugasan masing-masing. Tindak balas juga akan lebih rasional dan berdaya serta dapat mengawal diri secara lebih berkesan.Seterusnya yang keempat ialah empati atau membaca emosi. Dengan empati, dapat meningkatan keupayaan menerima perasaan orang lain serta meningkatkan empati dan sifat sensitif terhadap perasaan orang lain. Di samping itu, sentiasa bersedia dan cekap mendengar percakapan orang lain.Akhir sekali ialah menguruskan hubungan dengan orang lain. Dengan pengurusan kecerdasan emosi yang baik dapat menyelesaikan konflik dan merunding perselisihan faham dengan lebih berkesan dan disanjungi olh orang ramai. Selain itu, kebolehan bertambah dan daya menganalisis dan memahami hubungan antara orang serta dapat berinteraksi dengan individu lain dengan lebih mesra.

2.4 KOMPETENSI KECERDASAN EMOSIDalam konteks kecerdasan emosi, kompetensi bermaksud kecekapan atau kelayakan untuk menguruskan kecerdasan emosi diri dengan sempurna. Menurut Marshall, Patricia (1996), istilah kompetensi merupakan ciri potensi seorang individu yang membolehkannya menghasilkan prestasi yang tinggi untuk sesuatu tugas dalam sesuatu situasi.Menurut Whiddett dari Hollyfords (2003) pula, kompetensi boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang didemostrasikan oleh individu secara efektif atas kerja yang ditugaskan di bawah konteks organisasinya. Secara tuntasnya, kompetensi ialah ciri-ciri yang berkaitan dengan prestasi yang cekap dan tinggi atas kerja yang ditugaskan.Sehingga hari ini, terdapat tiga jenis model-model kecerdasan emosi iaitu:-a) Model Abiliti Kecerdasan Emosib) Model Bercampur Kecerdasan Emosic) Model Kecerdasan Emosi Tret (Perangai)

3.0 KOMPETENSI PERSONAL

3.1 KONSEP KESEDARAN EMOSI KENDIRIKesedaran emosi kendiri merujuk kepaada pengenalpastian emosi diri dan emosi orang lain. Menurut kajian Mcphail, kesedaran emosi mengandungi empat tahap yang disusun secara progresif. Ianya bermula dari kompetensi mengenal pasti emosi diri dan emosi orang lain, diikuti dengan aplikasi emosi, kemudian empati emosi, dan akhirnya emosionaliti.

3.2 KOMPONEN DAN SUBKOMPONEN KESEDARAN EMOSI KENDIRIKomponen Kesedaran Emosi Kendiri dipecahkan lagi kepada subkomponen yang menggambarkan secara keseluruhan ciri-ciri kesedaran emosi kendiri.

Rajah 3.1 : Subkomponen Kesedaran Emosi KendiriKompetensi Kesedaran Emosi Kendiri seorang individu itu bergantung kepada keupayaan mengenal pasti dan mengenali emosi serta kesannya. Individu tersebut pula berupaya membuat tafsiran emosi kendiri dengan tepat dan keyakinan diri. Dengan mempunyai kompetensi kesedaran emosi ini, individu itu seterusnya memperoleh emosi penghormatan kendiri dan akhirnya akan disusuli dengan emosi kesejahteraan kendiri. Kompetensi subkomponen-subkomponen tersebut akan dicerminkan secara menyeluruh sebagai kompetensi kesedaran kendiri. Cirri-ciri yang dapat dihayatkan daripada orang yang memiliki kompetensi emosi kendiri ini dinyatakan dalam jadual 3.1 di bawah berikut:-

Kompetensi Kesedaran Emosi KendiriCiri-ciri Individu yang Memiliki Kompetensi Emosi KendiriContoh Situasi

Kesedaran Emosi Kendiri Sedar emosi diri dan mengenali ciri dan kesannya. Sedar emosi diri dan dikaikan dengan perasaan, pemikiran, tindak balas, tingkah laku dan peraturanHafiz sedar akan kelemahan dirinya yang mudah gugup apabila bercakap di depan khalayak ramai.

Kesedaran Ketepatan Kendiri Berani mempertahankan hakikat yang sebenar Berupaya membuat keputusan tepat.Hafiz tetap berpegang akan keputusannya untuk berpindah rumah disebabkan acap kali rumahnnya dimasuki perompak.

Keyakinan Kendiri Sedar kekuatan dan kelemahan diri Bersikap hati terbukaHafiz sentiasa bersikap terbuka apabila dirinya ditegur oleh rakan-rakannya kerana dia sedar bahawa teguran boleh menyedarkan kan kekuatan dan kelemahan dia.

Penghormatan Kendiri Sering menggunakan pemikiran reflektif untuk menambahbaik prestasi diri Memiliki penghargaan kendiri positifHafiz hormat akan dirinya supaya tidak bergelumang dengan jenayah dadah dan perlumbaan haram.

Kesejahteraan Kendiri Sering riang, gembira dan optimistik Keceriaan dan optimistikSetiap hari Hafiz akan memulakan harinya dengan senyuman walaupun menghadapi pelbagai masalah kerana Hafiz bijak menguruskan emosinya.

Jadual 3.1 : Ciri-ciri individu yang memiliki Kompetensi Kesedaran Emosi Kendiri

3.3 KOMPONEN DAN SUBKOMPONEN PENGURUSAN EMOSI KENDIRITerdapat beberapa subkomponen yang menggambarkan secara keseluruhan ciri-ciri pengurusan emosi kendiri.

Rajah 3.2 : Komponen Pengurusan Emosi Kendiri

Pengertian Dan Ciri-Ciri Subkomponen Pengurusan Emosi Kendiri

Kompetensi Kesedaran Emosi KendiriCiri-ciri Individu yang Memiliki Kompetensi Emosi KendiriContoh

Kawalan Emosi KendiriMenguruskan emosi dan mengawalnya agar tidak menjadi destruktif. Dapat mengawal emosi dan perasaan yang distrutif Tenang menghadapi tekanan Boleh membuat keputusan yang wajar dalam situasi tekanan

KebolehsuaianMengurus emosi untuk mengadaptasi perubahan Mempunyai ciri fleksibel Boleh menangani perubahan Boleh adaptasi dengan keadaan yang sering berubah

KebolehpercayaanMenguruskan emosi kendiri untuk mengekalkan nilai integrity dan kejujuran Mempunyai nilai jujur, amanah dan bertanggungjawab Tepati janji Bertindak mengikut peraturan

KetekunanMengurus emosi kendiri untuk memupuk nilai kerajinan Mempunyai sifat dedikasi Keseronokan bekerja Melaksanakan tugas bersungguh-sungguh

InovatifMengait emosi kendiri dengan pemikiran kreatif. Sering menggunakan pemikiran secara kritis dan kreatif Berani mencuba sesuatu baru Tidak takut kegagalan

OptimistikMengurus emosi kendiri yang sesuai untuk memupuk konsep kendiri positif. Mempunyai konsep kendiri positif Mempunyai konsep penghargaan kendiri tinggi Memandang halangan sebagai cabaran

InisiatifMengurus emosi kendiri untk memupuk sifat proaktif. Bersikap proaktif Mempunyai bakat memimpin Bersedia merebut peluang yang akan datang

Berorientasi PencapaianMengurus emosi kendiri dan mengaitkannya dengan motivasi instrinsik ke arah motivasi pencapaian. Motivasi intrinsik kuat Mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat

Jadual 3.2 : Pengertian Dan Ciri-Ciri Subkomponen Pengurusan Emosi Kendiri

4.0 KOMPETENSI SOSIAL

4.1 KLASIFIKASI KOMPETENSI SOSIALDi dalam Kompetensi Kecerdasan Emosi, Kompetensi Sosial merupakan salah satu komponen utama selain daripada Kompetensi Personal. Kompetensi Sosial juga dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu komponen kesedaran sosial dan komponen kemahiran sosial.Kompetensi kesedaran sosial ialah seseoran individu boleh dikenalpasti daripada tingkah laku dan ekspresi individu itu berdasarkan kompetensi kecerdasan subkomponen-subkomponen yang merangkumi empati, membangunkan individu lain, kesedaran organisasi, berorientasi perkhidmatan danmelayani kepelbagaian.Kompetensi kemahiran sosial merupakan prestasi dan tindakan berlandaskan kemahiran subkomponen-subkomponen seperti komunikasi, pengaruh, pemangkin perubahan, pengurusan konflik membina perhubungan, kepimpinan berinspirasi dan kerja berpasukan dan kolaborasi.

4.2 KOMPONEN DAN SUBKOMPONEN KESEDARAN SOSIALDalam komponen kesedaran sosial, terdapat beberapa subkomponen yang menggambarkan secara keseluruhan ciri-ciri kesedaran sosial.

Rajah 4.1 : Subkomponen Komponen Kesedaran Sosial

4.3 KOMPETENSI KESEDARAN SOSIAL

Kompetensi kesedaran sosial seorang individu dilihat daripada beberapa jenis tingkah laku dan prestasi berlandaskan kepada kemahiran empati, usaha membangunkan individu lain, kesedaran organisasi, berorientasikan perkhidmatan dan melayani kepelbagaian orang.

a) Empati Kebolehan membayang dan menghayati emosi atau perasaan orang lain yang juga merupakan kemahiran asas manusia. Individu yang menguasai kemahiran empati ini akan dapat mewujudkan persekitaran yang harmoni dalam interaksi sosial iaitu mnggambarkan apa yang menjadi keperluan dan diingini orang lain. Ini adalah empati yang mencerminkan prinsip bertimbang rasa, mempertimbangkan kebajikan dan kebahagian orang lain sebelum dirinya. b) Mengembangkan orang lainRela dan berupaya membantu dan berupaya menggalakkan orang meningkatkan prestasi mereka. Individu yang memiliki kompetensi ini rela memberi tunjuk ajar, menggalakkan orang belajar, membantu orang mencapai kemajuan dan membimbing orang supaya berilmu pengetahuan.c) Kesedaran organisasiKecekapan membaca arus emosi ahli-ahli dala sesuattu organisasi dan cekap mengenal pasti hubungan kuasa antara ahli-ahli dalam organisasi yang terlibat.

d) Berorientasi perkhidmatanKecekapan mengenali, menjangka dan memenuhi hasrat dan keperluan orang lain sama ada keluarga, sahabat, pelanggan, klien, masyarakat atau negara.e) Melayani kepelbagaianKeupayaan kepelbagaian orang tanpa mengira keturunan, jantina, kedudukan, status ekonomi-sosial, agama dan lain-lain.

4.4 KOMPETENSI KEMAHIRAN SOSIALKemahiran sosial merujuk kepada kemahiran dalam aspek-aspek tingkah laku sosial.

Rajah 4.2 : Subkomponen Komponen Kemahiran Sosial

Pengertian dan ciri-ciri tingkah laku di bawah subkomponen komponen kemahiran sosialKompetensi Kemahiran EmosiMaksudCiri-ciri

Komunikasi Sesuatu proses penyampaian atau pertukaran maklumat di antara dua individu atau di antara seorang individu dengan sekumpulan orang. Berpesaan empati Kestabilan dan kawalan emosi Ambil berat kesejahteraan orang lain

Pengaruh Menggunakan teknik yang berkesan untuk mendapat penerimaan, kepercayaan dan keyakinan orang lain. Memiliki kemahiran komunikasi Memiliki kemahiran memimpin Cekpa membuat persembahan

Pemangkin PerubahanKeupayaan menggerak dan mempercepat proses perubahan. Peka keperluan untuk perubahan Berupaya mengurus dan mengadaptasi perubahan Sanggup menjadi agen perubahan

Pengurusan KonflikKemahiran berunding untuk menyelesaikan perselisihan dalam kumpulan sosial. Memahami jelas apa yang mereka hendak capai Mengemukan program perubahan sebagai keputusan rasional Boleh mentransformasikan aspirasi kepada praktikal

Membina HubunganKemahiran komunikasi interpersonal dalam aktiviti sosial. Kebolehan menganalisis dan memahami hubungan antara orang Disanjungi oleh orang ramai Timbang rasanya dipertingkatkan.

Kepimpinan BerinspirasiKemahiran memimpin dan memberi inspirasi kepada ahli-ahli dalam organisasinya. Kemahiran bertutur Orientasi analitikal Kebolehan menganalisis perasaan

Kerja Berpasukan dan KolaborasiKemahiran menyatupadukan tenaga-tenaga pekerja sebagai satu unit yang erat dan bekerjasama mencapai matlamat yang dipersetujui. Berupaya memimpin Berupaya berkongsi matlumat dan sumber Mahir menjalin hubungan interpersonal

Jadual 4.2 : Pengertian dan ciri-ciri tingkah laku di bawah subkomponen komponen kemahiran sosial

5.0 KESIMPULANRumusan yang dapat diringkaskan ialah kompetensi kecerdasan emosi seseorang individu seharusnya merupakan tahap penguasaan literasi emosi dan boleh ditinjau dan ditentukan berdasarkan model progresif kesedaran yang dibentuk oleh McPhail di bawah kerangka kompetensi personal dan sosial.Selain itu, komponen kecerdasan emosi adalah diklasifikasikan kepada dua komponen kompetensi yang utama iaitu komponen kompetensi personal dan komponen kompetensi sosial. Sebagaimana yang telah diterangkan di atas, komponen personal juga dipecahkan kepada dua utama iaitu kompetensi kesedaran emosi kendiri dan kompetensi pengurusan emosi kendiri. Begitu juga pecahan kepada kompetensi sosial. Kompetensi sosial terbahagi kepada dua iaitu kompetensi kesedaran sosial dan kompetensi kemahiran sosial. Sebagaiman yang telah dihuraikan dalam topik ini, kompetensi kesedaran sosial seseorang individu boleh dikenalpasti daripada tingkah laku, prestasi daan ciri peribadi individu berdasarkan kompetensi kecerdasan subkomponen-subkomponennya. Manakala, kompetensi kemahiran sosial pula seorang individu boleh ditinjau daripada tingkah laku prestasi dan ciri peribadinya berdasarkan kompetensi kecerdasan.

6.0 REFLEKSI INDIVIDUNAMA : NURKHAIRUN NISHA BINTI ZAINODIN NO.I/C : 930709-10-5004Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus pendek ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Zulkipli bin Othman selaku pensyarah pembimbing yang telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tugasan yang diberi pada kali ini mengenai Kompentensi Kecerdaasan Emosi. Saya juga seperti rakan-rakan lain yang menghadapi beberapa kekangan pada mulanya dalam mencari maklumat tentang tugasan ini. Saya telah mencari inisiatif lain dengan mencari maklumat dari pelbagai sumber antaranya di Perpustakaan IPG Kampus Perlis, Perpustakaan Negeri Kangar dan juga sumber internet. Setelah itu, saya dapat mengumpul bahan sebanyak yang mungkin untuk menjadi rujukan ketika menyiapkan kerja kursus ini.Hasil daripada tugasan ini, apa yang dapat saya simpulkan adalah saya dapat belajar serba sedikit cara menguruskan emosi di samping mengenal emosi diri saya sendiri. Kompentensi Kecerdaasan Emosi terbahagi kepada dua iaitu Komptensi Personal dan Kompetensi Sosial. Kompetensi Personal mengandungi dua unsur utama iaitu Kompetensi Kesedaran Kendiri yang merujuk kepada pengenalpastian emosi diri dan emosi orang lain, manakala subkomponen Pengurusan Emosi kendiri mempunyai pengertian dan ciri-cirinya yang tertentu yagn sudah dijelaskan di atas.Selain itu, dengan tugasan ini juga dapat membantu saya memahami dengan lebih mendalam tentang Kompetensi Sosial. Kompetensi Kesedaran Sosial yang mana seorang individu itu dilihat daripada beberapa jenis tingkah laku dan prestasi berlandaskan kepada kemahiran empati, usaha membangunkan individu lain, kesedaran organisasi, berorientasikan perkhidmatan dan melayani kepelbagaian orang. Kompetensi Kemahiran pula boleh dikenal pasti melalui prestasi dan tindakan berlandaskan kemahiran subkomponen-subkomponen seperti komunikasi, pengaruh, pemangkin perubahan, pengurusan konflik membina perhubungan, kepimpinan berinspirasi dan kerja berpasukan dan kolaborasi.Akhir kata, harapan saya agar tugasan yang saya lakukan ini dapat memenuhi kehendak pensyarah dan dapat dijadikan rujukan pada masa akan datang. Semoga dengan kerja kursus saya ini dapat membantu rakan-rakan yang lain dalam mempelajari tajuk Kompetensi Kecerdasan Emosi.

BIBLIOGRAFI

Azlena Zainal & Munir Shuib. (2004). Meningkatkan Potensi Diri. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Mohd. Azhar Abd. Hamid. (2004). Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.Mok Soon Sang. (2010). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn BhdSalhah Abdullah. (2009). Kecerdasan Pelbagai. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn BhdSMSI. (2005). Menjana Kecerdasan Emosi. Selangor: Penerbitan PCT Sdn Bhd

24