Download doc - Kerja Kursus Ekonomi.doc

Transcript

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIAPENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 3 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)

TAJUK

NAMA CALON

NOMBOR

KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH/

ALAMAT CALON

NAMA GURU/PENILAI

TANDATANGAN

GURU/PENILAI

TARIKH

MARKAH

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 3 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/ pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.

Nama CalonChang Chia Min

No. Kad Pengenalan Calon961125-01-6464

Angka Giliran CalonSJ0803/1040

Nama Pusat PBS Calon

Makluman kepada calon:

Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:

Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus ...Ekonomi 4........... tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran .Ekonomi........ di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa kerja kursus mata pelajaran .................................. (untuk calon persendirian individu).Tandatangan Calon

Tarikh

Perakuan oleh Guru/Penilai:

Saya mengesahkan bahawa kerja kursus .....Ekonomi 4....... telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa

Nama Guru/Pemeriksa

Tarikh

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)

PENGGAL 3 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran: SJ0803/1040 No. Kad Pengenalan: 961125-01-6464Tarikh Aktiviti dalam Penghasilan

Kerja Kursus

(diisi oleh calon)Ulasan GuruTandatangan GuruTandatangan calon

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Mata Pelajaran: EkonomiSaya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Ekonomi Tahun 2013 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru: .....................................

Nama Guru: ................................................

Tarikh: .......................................

Cap Sekolah:

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2015

EKONOMI 4 (944/4) BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon: Chang Chia MinAngka Giliran: SJ0803/1040No. Kad Pengenalan: 961125-01-6464(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)

Kriteria PenilaianMarkah PenuhMarkah Guru/PemeriksaMarkah Penyelaras

A. Penulisan

1. Sinopsis2

2. Kandungan (butiran dan muka surat)-

3. Penghargaan -

4. Pengenalan 2

5. Objektif Kajian 2

6. Lokasi Kajian 2

7. Kaedah Kajian 5

8. Dapatan Kajian dan Perbincangan 15

9. Rumusan dan Kesimpulan3

10. Bibliografi/Rujukan 2

11. Lampiran (jika perlu)(

B. Sesi Pembentangan dan Soal Jawab

1. Pembentangan 4

2. Kreativiti Persembahan3

3. Keterampilan 2

4. Soal jawab 8

C. Impak Keseluruhan5

Jumlah Markah55

PERAKUAN GURU/PEMERIKSAPENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa: ............. Nama:........................................................................ Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Penyelaras: ..........................................

Nama:........................................................................

No. Kad Pengenalan: ...............................................No. Kad Pengenalan: ...............................................

Tarikh: ......................................Tarikh: ......................................

No. Telefon (sekolah): ............................................

No. Telefon (bimbit): ...........................................No. Telefon (sekolah): ............................................

No. Telefon (bimbit): ...........................................

Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.PENGHARGAANAlhamdulillah, segala puji ke hadrat Illahi di atas limpah kurniaNya, dapatlah saya menyiapkan kerja kursus Ekonomi kertas 4 (944/4) penggal 3 tahun 2015 yang bertajuk ''Hubungan antara kadar inflasi di Malaysia dengan kadar inflasi di Thailand dari tahun 2006 hingga 2012'' dalam masa yang telah ditetapkan. Selawat dan salam ke atas rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Anuar bin abd Jais yang merupakan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra kerana telah memberikan keizinan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan teratur. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru pembimbing saya, Pn. Azlina Binti Abd Rahman kerana telah banyak meluangkan masa dan memberikan tunjuk ajar serta panduan untuk membantu saya menyiapkan kajian ini. Semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmatNya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.Pelbagai masalah saya hadapi semasa menjalankan projek penyelidikan ini, namun dengan dorongan ibu bapa saya iaitu En. Chang Swee Leong dan Pn. Chan Sow Mei serta galakan rakan-rakan, saya dapat menjalankan kajian ini dengan sebaik-baiknya. Akhir sekali, saya ingin menghulurkan ucapan terima kasih dengan ikhlas kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dalam mengumpulkan maklumat untuk menyempurnakan penyelidikan ini. Segala budi dan jasa yang kalian hulurkan hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya.Tajuk: Hubungan antara kadar inflasi di Malaysia dengan kadar inflasi di Thailand dari tahun 2006 hingga 2012

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kadar inflasi di Malaysia dengan kadar inflasi di Thailand dari tahun 2006 hingga 2012. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti arah aliran kadar inflasi di Malaysia dan mengkaji hubungan antara kadar inflasi di Malaysia dengan kadar inflasi di Thailand pada 2006 hingga 2012. Pengkaji menggunakan beberapa kaedah kajian seperti kaedah kajian melalui pengumpulan data sekunder dan kaedah analisis data. Pengumpulan data sekunder digunakan bagi mengetahui Indeks Harga Pengguna(IHP) di Malaysia dari tahun 2006 hingga tahun 2012. Kaedah analisis digunakan bagi mengenal pasti kadar inflasi yang berlaku di Malaysia pada tempoh yang sama. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa kadar inflasi di Malaysia pada 2008 paling tinggi berbanding tahun-tahun lain. Selain itu, penurunan kadar inflasi pada tahun 2009 disebabkan oleh faktor berkaitan penawaran dan keadaan permintaan yang lemah di negara tersebut. Pengkaji juga mendapati bahawa Thailand mempunyai tingkat inflasi tertinggi pada 2008 dan terendah pada 2009 antara tempoh tahun 2006 hingga 2012. Kesimpulan secara umum, hasil kajian ini telah menambah ilmu pengetahuan pengkaji dan diharap juga kajian ini diteruskan oleh penyelidik lain pada masa yang akan datang.ISI KANDUNGANBil

Butiran

Halaman

1.0

2.0

3.0

4.05.0

6.0

7.0

8.09.0Latar Belakang Kajian

Pernyataan Masalah

Objektif Kajian

Kaedah Kajian

4.1 Kaedah Pengumpulan Data Sekunder4.2 Kaedah Analisis DataHasil Kajian dan Perbincangan

5.1 mengenal pasti arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012

5.2 mengkaji hubungan antara kadar inflasi di Malaysia dengan kadar inflasi di Thailand dari tahun 2006 hingga 2012

Cadangan

Penutup KajianSenarai Rujukan

Lampiran12

3

4

5-12

13-15

16

17-1819

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Inflasi didefinisikan sebagai kenaikan harga secara keseluruhan yang berlangsung terus-menerus. Inflasi dapat dirumuskan sebagai kenaikan harga umum kerana terdapat banyak jumlah dan jenis barang serta perkhidmatan dalam sesuatu pasaran. Kenaikan satu atau dua barang sahaja bukan merupakan inflasi. Namun, inflasi akan berlaku apabila kebanyakan barangan mengalami kenaikan harga dan didapati secara purata harga barangan menunjukkan peningkatan.Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, inflasi sebagai keadaan harga barang bertambah tinggi disebabkan bertambahnya kuasa membeli. Keadaan ini berlaku apabila bekalan barangan dan perkhidmatan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. Selain itu, peningkatan kos pengeluaran juga membawa inflasi. Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan. Semasa kos bahan mentah, barang siap atau perkhidmatan yang diimport meningkat, harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan juga akan meningkat tanpa mudah disedari. Ini sebagai inflasi import.Pada masa yang lalu, dapat dilihatkan bahawa kadar inflasi di Malaysia selalu berubah pada tiap-tiap tahun. Walaupun begitu, kadar inflasinya telah mencapai nilai yang amat tinggi pada 2008 iaitu sebanyak 5.4%. Di Thailand, situasi yang sama juga berlaku dan 5.5% sebagai tingkat inflasinya pada 2008. Manakala, inflasi juga berlaku secara berterus-terusan di kedua-dua negara tersebut pada masa ini.12.0 PENYATAAN MASALAH

Malaysia merupakan salah sebuah negara membangun yang pesat dan dikenali sebagai salah satu daripada negara yang mempunyai ekonomi berprestasi tinggi. Menurut Dry Sdale dan Huang (1997), pertumbuhan ekonomi Negara Asia Timur seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand adalah memberangsangkan. Bagi memastikan segala perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan baik, kadar inflasi bagi negara ini harus dikekalkan.Namun begitu, sudah menjadi kebenaran bahawa tingkat inflasi di Malaysia adalah tidak stabil pada setiap tahun. Perubahan kadar inflasi bukan sahaja bergantung kepada langkah mengawal bekalan mata wang dalam pasaran tetapi juga disebabkan pelbagai faktor lain.

Kita mengetahui bahawa terdapat banyak kesan inflasi terhadap sesebuah ekonomi. Kesan negatif inflasi termasuklah pengurangan nilai sebenar wang dari masa ke masa dan berlakunya kekurangan barangan apabila pengguna mula menyorokkan barangan kerana membimbang harga barangan akan naik pada masa akan datang. Selain itu, ketidakpastian terhadap inflasi pada masa depan boleh mengurangkan pelaburan dan simpanan di dalam negara. Dapat dilihatkan bahawa tingkat inflasi yang terlalu tinggi dapat membahayakan perekonomian sesuatu negara. Maka, inflasi harus segera diatasi dan terdapat pelbagai cadangan akan dibincangkan dalam kajian ini untuk mengatasi masalah ini.

Kajian ini adalah penting bagi mengetahui faktor-faktor ketidakstabilan kadar inflasi di Malaysia. Selain itu, kita juga patut mengetahui sejarah ekonomi Malaysia dan perkara ini dapat membantu kita pada masa depan kerana remaja merupakan pemimpin kelak.

23.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti yang berikut:i) mengenal pasti arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012

ii) mengkaji hubungan antara kadar inflasi di Malaysia dengan kadar inflasi di Thailand dari tahun 2006 hingga 2012

34.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 Kaedah pengumpulan data sekunderPengkaji telah merujuk beberapa laman sesawang bagi membantu mendapatkan maklumat berkaitan mengenai kajian mengenai Indeks Harga Pengguna(IHP) di Malaysia dari tahun 2006 sehingga 2012. Laman sesawang yang diakses untuk memperolehi maklumat termasuklah Unit Perancang Ekonomi, Ycharts dan Knoema. Segala maklumat yang diperoleh oleh pengkaji dilaman-laman sesawang akan dicetak dan dikumpul bagi tujuan kajian data-data inflasi.4.2 Kaedah analisis data

Pengkaji telah meringkaskan dan menghuraikan data mengenai kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 sehingga 2012 dengan menggunakan jadual dan graf. Rujukan bahan bacaan dari laman sesawang menjadi sumber utama untuk mendapatkan data berkaitan dengan kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012. Kadar inflasi boleh didapati melalui IHP tahun semasa tolak dengan IHP tahun sebelumnya bahagi dengan IHP tahun sebelumnya dan darab dengan seratus.Rumus analisis kadar inflasi: IHP tahun sebelumnya 10045.0 DAPATAN KAJIAN5.1 mengenal pasti arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012TahunIndeks Harga Pengguna (IHP)Kadar Inflasi (%)

20051003.0

2006103.63.6

2007105.72.0

2008111.45.4

2009112.10.6

2010114.01.7

2011117.683.2

2012119.631.65

Jadual 1: Indeks Harga Pengguna(IHP) dan kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012

Graf 1: Kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga 20125

Jadual 1 dan Graf 1 telah menunjukkan data yang berkaitan dengan Indeks Harga Pengguna(IHP) dan kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012.

Berdasarkan jadual di atas, didapati bahawa IHP pada tahun 2006 adalah sebanyak 103.6 (tahun asas=2005=100). Kadar inflasi sebanyak 3.6%.Pada tahun 2007, IHP di negara ini iaitu 105.7. Manakala, IHP tahun 2006 iaitu 103.6. Didapati bahawa kadar inflasi adalah sebanyak 2.0%.

Seterusnya, IHP pada 2008 iaitu 111.4 berbanding dengan IHP pada tahun sebelumnya (105.7), kadar inflasinya sejumlah 5.4%. Tingkat inflasi tahunan Malaysia ini mencecah ke posisi tertinggi dalam 26 tahun,IHP telah meningkat sedikit dari 111.4 pada 2008 kepada 112.1 pada tahun 2009. Penurunan kadar inflasi secara mendadak dari 5.4%(tahun 2008) kepada 0.6%(tahun2009).114 sebagai IHP pada 2010. Berbanding dengan IHP pada tahun sebelumnya, peningkatan kadar inflasi secara sedikit berlaku sehingga kepada 1.7%.

Tambahan pula, IHP berkembang dari 114(tahun 2010) hingga 117.68(2011). Oleh itu, kadar inflasi adalah sebanyak 3.2% pada tahun 2011.Pada tahun 2012, kadar inflasi berlaku sejumlah 1.65%. IHP sebanyak 119.63 pada 2012 dan sejumlah 117.68 pada 2011.Menurut jadual di atas, kadar inflasi turun naik dari tahun 2006 hingga 2012. Kadar inflasi pada tahun 2006 ialah 3.6% dan ia merosot sehingga 2.0% pada tahun 2007. Seterusnya, kadar inflasi meningkat sehingga 5.4% pada tahun 2008. Namun begitu, satu penurunan kadar inflasi secara mendadak dapat dilihatkan dari tahun 2008 iaitu 5.4% sehingga merosot kepada 0.6% pada 2009. Kadar inflasi seterusnya bertambah balik kepada 1.7% pada 2010. Bukan itu sahaja, kadar inflasi terus meningkat kepada 3.2% pada tahun 2011 tetapi merosot kepada 1.65% pada 2012.6

Meskipun harga minyak meningkat, inflasi secara relatif sederhana pada tahun 2006. Jangkaan inflasi secara umumnya dapat dibendung sepanjang tahun walaupun kadar inflasi melonjak pada bulan Mac 2006. Ini mencerminkan kebolehpercayaan dasar monetari hasil daripada sejarah inflasi yang secara relatif rendah dalam tempoh yang panjang di Malaysia. Tambahan pula, jaminan Kerajaan terhadap kenaikan harga runcit petrol pada bulan Mac akan hanya berlaku sekali bagi tahun 2006 telah dapat membantu mengurangkan kesan tekanan harga terhadap harga keseluruhan. Bagi tahun 2006, kadar inflasi keseluruhan, seperti yang diukur oleh Indeks Harga Pengguna, meningkat kepada 3.6%. Peningkatan kos pengangkutan merupakan penyumbang utama kepada kenaikan inflasi pada tahun 2006, manakala kategori utama lain juga mencatat kenaikan harga.

Antara komponen IHP, peningkatan harga dalam kategori makanan dan minuman bukan beralkohol merupakan penyumbang utama, mencakupi 47.1% daripada kadar inflasi keseluruhan pada 2007 (2.0%) berbanding dengan 29.7% pada tahun sebelumnya. Harga makanan dalam negeri sebahagian besarnya dipengaruhi oleh harga komoditi makanan dunia yang lebih tinggi, termasuk makanan asas isi rumah seperti beras, tepung gandum dan minyak masak berasaskan minyak sawit. Harga makanan global yang lebih tinggi disebabkan oleh faktor struktur dan kitaran. Ini termasuklah permintaan yang lebih kukuh terhadap komoditi makanan daripada ekonomi pasaran sedang membangun seperti India dan China, penggunaan tanaman makanan bagi pengeluaran bahan api alternatif seperti biodiesel dan etanol, permintaan spekulatif, dan keadaan cuaca yang buruk di negara pengeluar utama seperti Australia. Akibatnya, sumbangan harga makanan kepada inflasi keseluruhan dalam kebanyakan negara lebih tinggi berbanding dengan tahun sebelumnya. Harga makanan dalam negeri pada 2007 juga terjejas oleh pembelian secara bermusim pada musim perayaan dan juga keadaan cuaca buruk yang sementara, yang menjejaskan aktiviti perladangan dan menggendalakan bekalan.

Berdasarkan data kajian dalam 5.1, inflasi di Malaysia pada 2008 paling tinggi berbanding tahun lain. Keadaan ini didorong terutamanya oleh faktor luaran, khususnya disebabkan oleh harga makanan dan komoditi global yang lebih tinggi. Kenaikan harga 7

komoditi dan harga makanan dunia yang cepat memberikan tekanan yang kuat terhadap paras harga dalam negeri, iaitu Indeks Harga Pengguna (IHP). Ketika inflasi IHP meningkat secara beransur-ansur pada lima bulan pertama tahun 2008, pelaksanaan penstrukturan semula subsidi bahan api oleh kerajaan pada bulan Jun menyebabkan harga bahan api naik 40.4%, mengakibatkan peningkatan mendadak kadar infl asi yang memuncak kepada 8.5% pada bulan Julai. Seterusnya, harga bahan api dan makanan dalam negeri menurun apabila kerajaan membuat pelarasan menurun kepada harga bahan api sejajar dengan perkembangan harga minyak dunia. Langkah ini telah menyebabkan kadar inflasi menjadi sederhana kepada 4.4% menjelang bulan Disember. Secara keseluruhan, kadar inflasi mencatat purata 5.4% pada tahun 2008.

Inflasi keseluruhan, seperti yang diukur oleh perubahan peratusan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), secara puratanya ialah 0.6% pada tahun 2009 (2008: 5.4%). Kemerosotan ketara inflasi keseluruhan pada tahun tersebut didorong oleh faktor berkaitan penawaran dan keadaan permintaan yang lemah. Inflasi pada tahun 2009 dipengaruhi oleh faktor luar dan dalam negeri. Di luar negeri, kelemahan ekonomi pada separuh kedua 2008 telah mengakibatkan tekanan disinflasi dalam ekonomi utama dan ekonomi sedang pesat membangun. Ini jelas dilihatkan pada suku pertama 2009. Dua faktor utama yang bertanggungjawab terhadap tekanan disinflasi ini ialah kejatuhan ketara harga komoditi dunia, terutamanya harga minyak mentah dan ekonomi yang semakin lembap apabila kemelesetan global bertambah buruk.Secara keseluruhannya, kadar inflasi di Malaysia turun naik dari tahun 2006 hingga 2012. Dalam tempoh tahun tersebut, kadar inflasi telah mencapai kemuncak pada 2008 iaitu sebanyak 5.4%. Di samping itu, nilai inflasi yang terendah adalah 0.6% pada tahun 2009.8MalaysiaThailand

TahunIndeks Harga Pengguna (IHP)Kadar Inflasi (%)Indeks Harga Pengguna (IHP)Kadar Inflasi (%)

20051003.01004.5

2006103.63.6104.644.6

2007105.72.0107.022.2

2008111.45.4112.805.5

2009112.10.6111.83-0.9

2010114.01.7115.543.3

2011117.683.2119.943.8

2012119.631.65123.553.0

5.2 mengkaji hubungan antara kadar inflasi di Malaysia dengan kadar inflasi di Thailand dari tahun 2006 hingga 2012Jadual 2: Indeks Harga Pengguna(IHP) dan kadar inflasi di Malaysia serta Thailand dari tahun 2006 hingga 2012

Graf 2: Kadar inflasi di Malaysia dan Thailand dari tahun 2006 hingga 20129

Jadual 2 dan graf 2 telah menunjukkan kadar inflasi di Malaysia dan Thailand dari tahun 2006 hingga 2012.Semua data ini menunjukkan tingkat inflasi di antara negara Malaysia dengan Thailand mempunyai hubungan positif dari tahun 2006 hingga 2012. Hal ini dikatakan demikian kerana kedua-dua negara ini telah mencapai peningkatan tingkat inflasi pada tahun 2006, 2008, 2010 dan 2011. Selain itu, penurunan kadar inflasi di kedua-dua negara tersebut dapat dilihatkan pada 2007, 2009 dan 2012.Pada tahun 2006, kadar inflasi di Malaysia dan Thailand telah meningkat dari 3.0%(2005) kepada 3.6%(2006) di Malaysia serta dari 4.5%(2005) kepada 4.6%(2006) di Thailand. Pengangkutan, kesihatan, pendidikan dan pelbagai barang & perkhidmatan di Malaysia mengalami kadar inflasi masing-masing iaitu 10.92%, 2.20%, 1.65% serta 2.27%. Komponen makanan dan minuman serta komponen bukan makanan dan minuman di Thailand mempunyai tingkat inflasi yang sama sebanyak 4.60%.Pada tahun 2007, kadar inflasi di Malaysia telah menyumbang sebanyak 2.0% berbanding dengan 3.6% pada tahun sebelumnya. Selain itu, kadar inflasi di Thailand menyumbang 2.2% pada 2007 berbanding dengan 4.6% pada 2006. Ini menunjukkan penurunan kadar inflasi berlaku di kedua-dua negara. Minuman alkohol & tembakau mencapai inflasi sebanyak 7.64%, namun bidang pengangkutan dan pendidikan hanya mencapai sedikit kadar inflasi iaitu 2.36% serta 1.73% sendiri-sendiri di Malaysia. 4% sebagai kadar inflasi bagi komponen makanan dan minuman dan 1.20% sebagai tingkat inflasi bagi komponen bukan makanan dan minuman di Thailand pada tahun ini.Hubungan positif berlaku secara berterusan pada kadar inflasi di antara kedua-dua negara pada 2008. Dalam tahun ini, kadar inflasi di Malaysia telah menaik secara mendadak dari 2.0%(2007) kepada 5.4%(2008). Manakala, kadar inflasi di Thailand juga meningkat ketara dari 2.2%(2007) kepada 5.5%(2008). Keadaan ini di Malaysia didorong terutamanya oleh faktor luaran, khususnya disebabkan oleh harga makanan dan komoditi global yang lebih tinggi. Manakala, kadar inflasi tahunan 2008 yang ketara ini di 10

Thailand disebabkan oleh kenaikan harga minyak dan makanan. Sehubungan dengan itu, komponen makanan dan minuman di negara ini mengalami kadar inflasi sebanyak 11.60% dalam tahun tersebut.Pada tahun 2009, suatu hubungan positif dapat dilihatkan pada kadar inflasi di antara Malaysia dengan Thailand. Kadar inflasi di antara negara tersebut telah mencapai penurunan tingkat inflasi yang ketara dari tahun 2008 ke tahun 2009. Tambahan pula, deflasi telah berlaku di Thailand. Antaranya, kadar inflasi sebanyak 5.4%(2008) menurun kepada 0.6%(2009) di Malaysia dan 5.5%(2008) merosot kepada -0.9%(2009) di Thailand. Seterusnya, komponen bukan makanan dan minuman mengalami deflasi iaitu -4.80% di Thailand dalam 2009. Tingkat inflasi yang semakin berkurangan di Malaysia didorong oleh faktor berkaitan penawaran dan keadaan permintaan yang lemah. Penurunan tingkat inflasi ini di Thailand pula disebabkan semakin menjinaknya harga minyak dunia.

Kadar inflasi di kedua-dua negara bertambah balik pada 2010. Di Malaysia, kadar inflasi sebanyak 0.6%(2009) berkembang menjadi 1.7% pada 2010. Di Thailand pula, perkembangan tingkat inflasi berlaku dari -0.9(2009) dan meningkat kepada 3.3%(2010).Inflasi di antara kedua-dua negara mempunyai hubungan positif pada 2011 kerana telah mengalami peningkatan kadar inflasi masing-masing dari 3.3%(2010) kepada 3.8%(2011) di Thailand manakala dari 1.7%(2010) kepada 3.2% (2011) di Malaysia. Inflasi di Thailand pada 2011 diperkirakan mencapai 3.8% kerana faktor musim hujan yang turun tiga bulan terakhir telah menggenangi sebagian besar wilayah di negara tersebut dan menewaskan 380 orang. Banjir berkepanjangan telah memacu inflasi terutama banjir yang terjadi di Bangkok dan sekitarnya di mana berdampak terhadap industri dan produksi agrikultur. Ini memberikan kesan pada penawaran sayur-mayur dan telur akibat kerosakan pada pertanian dan perkebunan. Oleh itu, komponen makanan dan minuman telah mengalami inflasi sebanyak 7.96% walaupun komponen bukan makanan dan minuman hanya mengalami inflasi sebanyak 1.32% di Thailand pada tahun ini. Di Malaysia, sektor makanan dan minuman bukan alkohol, minuman alkohol & tembakau, 11

pengangkutan serta restoran dan hotel mengalami kadar inflasi yang tinggi seperti 4.4%(sektor pengangkutan).

Seterusnya, tingkat inflasi di Malaysia dan Thailand pada 2011 walaupun mengalami perkembangan tetapi ia mengalami kemerosotan dari tahun 2011 hingga 2012. Kadar inflasi tahunan merosot dari 3.2%(2011) kepada 1.65%(2012) di Malaysia dan 3.8%(2011) kepada 3.0%(2012) di Thailand. Pada 2012, sektor makanan dan minuman bukan alkohol menyumbang nilai inflasi sebanyak 2.67% serta lain-lain sektor seperti restoran dan hotel mempunyai tingkat inflasi iaitu 2.92% di Malaysia. Sektor makanan dan minuman di Thailand pula mempunyai kadar inflasi iaitu 4.85% serta 1.85% dalam sektor bukan makanan dan minuman.126.0 CADANGANTerdapat beberapa cadangan daripada pengkaji bagi mengatasi masalah inflasi supaya pertumbuhan ekonomi berjalan dengan lancar di Malaysia.Kerajaan perlu melakukan dasar kewangan dalam usaha mengawal inflasi. Dasar kewangan ialah dasar kerajaan yang dijalankan oleh bank pusat untuk mengawal penawaran wang dan kadar bunga bagi mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat agar tingkat ekonomi negara mencapai tingkat guna tenaga dan mengawal inflasi. Semasa inflasi,bank pusat akan menjalankan dasar kewangan menguncup iaitu mengurangkan penawaran wang dan meningkatkan kadar bunga bagi mengurangkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah inflasi. Langkah ini membolehkan bank pusat menaikkan nisbah rizab berkanun terhadap simpanan bank perdagangan di bank pusat. Ini menyebabkan keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman merosot. Kuasa beli masyarakat akan berkurangan dan permintaan agregat masyarakat turut berkurangan. Maka, inflasi dapat diatasi. Selsin itu, bank pusat akan menaikkan kadar bank terhadap pinjaman yang diberikan kepada bank perdagangan. Apabila bank pusat menaikkan kadar bank, bank perdagangan akan menaikkan kadar bunga terhadap pinjaman orang ramai. Kadar bunga yang tinggi menyebabkan kos meminjam meningkat dan pinjaman akan berkurangan. Perbelanjaan isi rumah turut berkurangan. Operasi pasaran terbuka juga haruslah dijalankan. Bank pusat akan menjual bil perbendaharaan atau bon kerajaan kepada institusi kewangan dan orang ramai. Dengan itu, jumlah wang yang ada di pasaran akan berkurangan. Pengurangan bekalan wang di pasaran boleh mengurangkan kuasa beli masyarakat dan hal ini akan menurunkan permintaan agregat. Akhirnya, inflasi tarikan permintaan dapat dikurangkan. Pujukan moral sebagai cara bank pusat untuk mengawal inflasi. Langkah-langkah kewangan yang sedang berlangsung dan tindakan yang sepatutnya diambil oleh bank perdagangan bagi mengurangkan jumlah kredit yang boleh dikeluarkan patut diberitahukan oleh bank pusat. Misalnya, bank pusat memujuk bank perdagangan supaya mengurangkan pinjaman, maka wang yang beredar di pasaran 13

menjadi terbatas kerana projek-projek pembangunan dan kegiatan ekonomi menjadi perlahan. Akhirnya, tekanan terhadap kenaikan harga barang akan berkurangan dan inflasi dapat dikawal.Kedua, kerajaan harus menjalankan dasar fiskal. Dasar fiskal ialah langkah-langkah kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan dan struktur pencukaian untuk mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat dalam ekonomi. Dasar fiskal bertujuan mencapai tingkat guna tenaga penuh dan mengawal inflasi. Semasa masalah inflasi, kerajaan akan malaksanakan dasar fiskal menguncup, iaitu meningkatkan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Langkah kerajaan mengurangkan perbelanjaan kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan agregat dan seterusnya mengurangkan permintaan agregat. Kenaikkan cukai dapat mengurangkan pendapatan boleh guna masyarakat seterusnya mengurangkan perbelanjaan agregat dan permintaan agregat. Akhirnya, inflasi dapat ditangani.Bagi mengurangkan isu inflasi, kawalan harga perlu diambil tindakan oleh pihak kerajaan. Kawalan harga dilakukan terhadap barang-barang tertentu terutamanya barang-barang keperluan seperti beras, gula, susu, minyak masak, petrol dan lain-lain barang kawalan. Sebagai contohnya, kerajaan melaksanakan dasar harga maksimum iaitu satu tingkat harga yang paling tinggi yang boleh dikenakan terhadap sesuatu barangan pengguna. Harga yang ditetapkan haruslah lebih rendah daripada harga keseimbangan di pasaran. Maka, inflasi dapat dikurangkan.Bukan itu sahaja, dasar pendapatan boleh dijadikan sebagai langkah kerajaan bagi mengatasi inflasi. Hal ini dikatakan demikian kerana kenaikan pendapatan pengguna akan menyebabkan berlakunya inflasi tolakan kos. Oleh itu, kawalan terhadap pendapatan buruh atau upah sangat penting. Dasar upah maksimum perlu dikuatkuasakan. Upah maksimum merupakan tingkat upah paling tinggi yang boleh dibayar oleh majikan atau dituntut oleh kesatuan pekerja. Ini bermakna bahawa tingkat upah tidak boleh melebihi tingkat upah maksimum tertentu. Dengan ini, kos pengeluaran kurang daripada peningkatan daya pengeluaran buruh dan inflasi dapat dikawal.14Kesimpulan secara umum, kerajaan perlulah mengambil langkah bagi mengatasi inflasi secara secepat mungkin agar negara mencapai wawasan 2020 pada masa depan.15

7.0 PENUTUP

Kesimpulannya, Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri. Strategi-strategi yang diamalkan oleh kerajaan telah menghasilkan kestabilan dan pembangunan ekonomi di Malaysia. Ekonomi Malaysia menjadi semakin bertambah mantap dan kukuh kerana jalinan mesra dengan negara-negara maju. Jika prestasi ini terus diamalkan, nescaya matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 pasti akan tercapai. Hasil kajian ini mengenai kadar inflasi di Malaysia dalam tempoh tujuh tahun iaitu dari tahun 2006 hingga 2012. Kadar inflasi di Malaysia turun naik dari tahun 2006 hingga 2012. Dalam tempoh tahun tersebut, kadar inflasi telah mencapai kemuncak pada 2008 iaitu sebanyak 5.4% dan nilai inflasinya yang terendah adalah 0.6% pada 2009. Hasil analisis hubungan kadar inflasi di antara Malaysia dengan Thailand oleh pengkaji juga mendapati bahawa tingkat inflasi di antara kedua-dua negara tersebut mempunyai hubungan positif dari tahun 2006 hingga 2012. Hal ini disebabkan negara Malaysia dan Thailand telah mencapai peningkatan tingkat inflasi masing-masing pada tahun 2006, 2008, 2010 dan 2011. Keadaan inflasi di Malaysia pada 2008 didorong terutamanya oleh faktor luaran, khususnya disebabkan oleh harga makanan dan komoditi global yang lebih tinggi. Situasi ini telah membawa tingkat inflasi sebanyak 5.4% pada tahun tersebut. Manakala, kadar inflasi tahunan 2008 yang ketara (5.5%) di Thailand disebabkan oleh kenaikan harga minyak dan makanan. Penurunan kadar inflasi di kedua-dua negara tersebut dapat dilihatkan pada 2007, 2009 dan 2012. Tingkat inflasi yang semakin berkurangan (0.6%) di Malaysia dalam 2009 didorong oleh faktor berkaitan penawaran dan keadaan permintaan yang lemah. Pada tahun yang sama, penurunan tingkat inflasi (-0.9%) di Thailand pula disebabkan semakin menjinaknya harga minyak dunia.16

8.0 SENARAI RUJUKAN1. T. Gilarso, 2004. Pengantar Ilmu Ekonomi Makro. Yogyakarta: PENERBIT KANISIUS

2. Tri Kunawangsih Pracoyo dan Antyo Pracoyo, 2005. Aspek Dasar Ekonomi Makro Di Indonesia. Jakarta: Grasindo Publisher

3. ALAM S., 2007. Ekonomi SMA Jilid 1(KTSP). Indonesia: Erlangga

4. Mohamad Shukri Seman, Lim Kien Kwok dan Safriza Abd. Hamid, 2014. Teks STPM PRA-U EKONOMI (EKONOMI MALAYSIA). Selangor: Pelangi Sdn. Bhd.

5. Department of Statistics Malaysia Official Portal. INDEKS HARGA PENGGUNA. Dicapai pada Disember, 05, 2014, dari https://www.statistics.gov.my/dosm/uploads/files/3_Time%20Series/Malaysia%20Time%20Series%202013/04Indeks_Harga_Pengguna.pdf6. Knoema (2011-2015). Thailand - CPI inflation. Dicapai pada 14, April, 2015, dari http://knoema.com/atlas/Thailand/CPI-inflation7. YCharts. Thailand Consumer Price Index. Dicapai pada 01, September, 2013, dari https://ycharts.com/indicators/thailand_consumer_price_index_wdi8. Satrio Wijayanto. Inflasi. Dicapai pada 28, November, 2013, dari http://satriowijayanto.blogspot.com/2013/11/inflasi_28.html9. KJ. APA ITU INFLASI?. Dicapai pada 03, Jun, 2008, dari http://pemikirkaya.com/kewangan-peribadi/apa-itu-inflasi10. BANK NEGARA MALAYSIA. SIARAN AKHBAR Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2006. Dicapai pada 21, Mac, 2007, dari http://www.bnm.gov.my/?rp=59517

11. Utusan ONLINE. Inflasi 2007 dua peratus. Dicapai pada 27, Mac, 2008, dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0327&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_07.htm12. Adhitya Wijaya. Perkembangan inflasi di thiland th 2000-2009. Dicapai pada 27. Disember, 2009, dari http://adiietdit.blogspot.com/2009/12/perkembangan-inflasi-di-thiland-th-2000.html18

9.0 LAMPIRAN

HUBUNGAN ANTARA KADAR INFLASI DI MALAYSIA DENGAN KADAR INFLASI DI THAILAND DARI TAHUN 2006 HINGGA 2012

CHANG CHIA MIN

961125-01-6464

SJ0803/1040

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR

_1440522667.unknown

_1498848283.xls

_1498848538.xls

_1440522668.unknown

_1440522666.unknown