Download pdf - kerja kursus bm

Transcript

Soalan 1Jelaskan konsep strategi,pendekatan,kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam bentuk grafik

KONSEP PENDEKATAN

DEFINISI PENDEKATAN ~ Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. ~ Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatanpendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

DEFINISI PENDEKATAN ~ Apabila melihat konsep pendekatan iaitu cara mendekati sesuatu, ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Maka dengan itu dapatlah dikenalpasti akan kepentingan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran di mana sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka.

JENIS-JENIS PENDEKATAN

Pendekatan induktif -melibatkan mentafsir aktiviti mengumpul dan

Pendekatan deduktif Ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan

maklumat-maklumat,

kemudian

mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh ini juga yag dikhususkan. untuk

membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan diberikan, pada murid contoh-contoh dibimbing yang

Pendekatan

digunakan

mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui. Kaedah pendekatannya mengajar memerlukan kefahaman yang deduktif berlandaskan kaedah kerana ia

memikir,

mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contohcontoh khusus itu, atau kemudian membuat yang

merupakan kompleks

generalisasi berkenaan.

kesimpulan

murid-murid yang

memperolehi dan

Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu

komprehensif

pengetahuan yang lengkap serta berupaya memilih rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikannya dalam contoh-contoh yang khusus.

kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam bahasa. pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran, khususnya matematik, sains dan

PENDEKATAN KOMUNIKATIF Fokus kpd aktiviti berinteraksi dan berkomunikasi Tujuan : -Guna bahasa yang betul semasa komunikasi -Membentuk satu tatacara yang berkesan bagi mengajar empat kemahiran bahasa iaitu membaca, memahami, menulis dan bertutur Peringkat- peringkat dalam pelaksananan pengajaran 1. Aktiviti prakomunikatif 2. Aktiviti komunikatif 3. penekanan kepada fungsi dan struktur secara serentak 4. boleh menyatakan perasaan atau fikiran mereka 5. berbeza dengan pendekatan tradisional yang hanya mementingkan kepada aspek tatabahasa dan perbendaharaan kata semata-mata.

KONSEP STRATEGI

~ Menurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Sebenarnya strategi meliputi kempat-empat aspek seperti kaedah, pendekatan, teknik dan aktiviti.

PEMUSATAN GURU

PEMUSATAN MURID

JENIS-JENIS STRATEGI

BERASAKAN BAHAN

BERASAKAN TUGASAN/ AKTIVITI

KONSEP TEKNIK

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajarpelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Teknik main peranan

Teknik permainan bahasa

Teknik latih tubi

Teknik bercerita

Teknik inkuiri

Teknik perbahasan

Teknik kuiz

TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN BAHASA

Teknik sumbangsaran

Teknik soaljawab

Teknik drama

Teknik simulasi

Teknik dialog

Teknik . Pendekatan Integratif. perbincangan

Teknik forum

Pendekatan

ini

bertujuan

untuk

mewujudkan

satu

persekitaran pengajaran yang merangsangkan murid-murid kita untuk menggunakan kemahiran asas, memahami, hubungan antara disiplin akademik yang berbeza-beza. Pendekatan ini memerlukan murid-murid untuk berfikir, mensistesis dan memberi gerakbalas terhadap apa yang diajar. Berikut adalah beberapa prinsip pendekatan integratif : (a) Tumpuan diberi kepada strategi pemusatan murid Guru dikehendaki memberi kuasa kepada murid-murid mengendalikan tugas atau projek serta mengalakkan pembinaan hubungan. Guru hendaklah mudah didampingi agar dapat memberi bimbingan. (b) Strategi pemusatan bahan. Bahan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini. Guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan. Murid-murid pula boleh memahami pelajarannya dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara berkumpulan tanpa kehadiran guru.

TEKNIK PENGAJARANTEKNIK LATIH TUBI

TAKRIF~ Pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. ~Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu, untuk menjamin kekekalannya.

TEKNIK PERBINCANGAN

~ Teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan kanak-kanak di bawah penyeliaan dan kawalan guru.

TEKNIK BRAINSTORMING

~ Teknik yang berbentuk perbincangan ~ Kanak-kanak digalakkan berfikir secara kreatif dan aktif untuk menghuraikan pendapatnya.

TTEKNIK SOAL JAWAB

~Teknik yang kerap digunakan oleh guru. ~Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan kanak-kanak. ~Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan kanak-kanak akan menjawab soalan tersebut. ~Mempunyai aras kesukaran soalan Teknik yang melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. ~Pengalaman secara spontan.

TEKNIK MAIN PERANAN

TEKNIK BERCERITA

~Guru memilih cerita yang sesuai dengan kanakkanak dan isi pengajaran yang hendak disampaikan. ~Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa

yang hendap diajarkan.

TEKNIK TUNJUK CARA

~ sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan kanak-kanak bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna. ~ Di samping menunjuk cara, kanak-kanak diminta untuk menerangkannya melalui bahasa yang baik. ~ Sebelum kanak-kanak menunjuk cara, guru perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan.

TEKNIK MASALAH

PENYELESAIAN ~Teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliyaan guru. Kanak-kanak diberi masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.

TEKNIK BAHASA

PERMAINAN ~ Guru membentuk satu situasi yang memerlukan kanak-kanak menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi.

TEKNIK SIMULASI ~Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.

TEKNIK SUMBANGSARAN

~Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli

kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea

TEKNIK DRAMA ~Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. ~Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan

TEKNIK INKUIRI ~Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat. ~Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.

TEKNIK FORUM

~Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.

TEKNIK KUIZ ~Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). ~ Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di

sekolah-sekolah Melayu

KONSEP KAEDAH

Mangantar Simanjuntak (1982) :

~satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang di gunakan. Parera (1986) : ~satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan Ishak Ramly (2006) : ~satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

JENIS-JENIS KAEDAHKaedah ajuk-hafal Kaedah linguistik

Kaedah terus

Kaedah askar atau tentera Kaedah terjemahan

Kaedah oral-aural

Kaedah kod-kognitif Kaedah semulajadi Kaedah psikologi

Kaedah khusus

Kaedah terus Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. ~Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak.

Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran

mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undangundang tentang bahasa yang hendak dipelajari.

Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas

Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalansoalan yang telah dirancangkan.

KAEDAH SEMULAJADI

Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalamanpengalaman sedia ada.

Hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataanperkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataanperkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung digunakan.

KAEDAH Oral-aural

kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur. menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi perhatian kepada intonasi yang betul.

KAEDAH LINGUISTIK

Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif.

Soalan 3 Sediakan rancangan pengajaran harian dengan mengaplikasikan strategi,pendekatan,kaedah dan teknik yang dipili

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Mata pelajaran Tahun Bilangan murid Tarikh Masa Tema Tajuk Objektif pembelajaran : Bahasa melayu : 3 Arif : 31 orang ( 16 L 15P) : 22 September 2011 : 11.00- 12.00 tengah hari : Cerita Rakyat : Mengapa kah Kulit Kura-Kura Retak : Di akhir pengajaran dan pembelajaran,murid dapat :1) membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan,intonasi yang betul dan gaya penyampaian yang menarik. 2) mengatakan watak dan pengajaran yang terdapat dalam teks secara berkumpulan. 3) menyampaikan maklumat melalui aktiviti teater pembaca.

4) menulis maksud frasa dengan betul

Fokus utama

: 5.2 membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 1 (i) membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus sampingan

: 3.3 menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang. Aras 2(i) mengemukakan idea tentang sesuatu tema dengan wacana yang sesuai

Kemahiran Bahasa Sistem Bahasa

: Membaca,menulis, mendengar dan bertutur. : i ) Tatabahasa : maksud frasa ii) Sebutan dan intonasi : dialog iii) Kosa Kata : hamba,tuan hamba

Pengisian Kurikulum

: Ilmu : Pendidikan seni visual,Pendidikan sivik dan Kajian Tempatan. Nilai : Tolong-menolong,bijak membuat keputusan,belas kasihan dan baik hati.

: Kemahiran bernilai tambah a) Kemahiran berfikir :mencirikan,mengimbas kembali, menjana idea, mengklasifikasi. b) Kemahiran pelbagai :verbal-linguistik,naturalis, interpersonal, intrapersonal, visual-ruang Pengetahuan sedia ada Bahan Bantu Mengajar : murid mengetahui jenis-jenis haiwan. : Petikan cerita,kad puzzle, kad frasa,kad manila, topeng haiwan.

Langkah/ ISI PELAJARAN Masa

AKTIVITI PENGAJARAN DAN CATATAN PEMBELAJARAN

Set induksi ( 5 minit ) 11.0011.05

Kad puzzle Gambar Kura-kura

KB 1) Guru menyusun kad puzzle -menghubung di papan hijau. Kait dipilih puzzle untuk -KBKK dengan Ilmu mengaitkan aktiviti -kajian tempatan

Soalan 1)Haiwan ini

2)

Murid

berjalan menyusun betul. 3) Guru

sangat lambat ? Kura-kura

dengan tajuk pelajaran BBM -kad puzzle

Langkah 1 (15 minit) 11.0511.20

Petikan cerita kura retak

1) Guru menunjukkan kura- BBB yang sebenar kepada KP Interpersonal Naturlis Petikan cerita

Mengapakah kulit kura- kura murid.

1) Namakan watak dalam 2) Seorang murid dipilih untuk cerita ini? 2) Mengapakah itik dan kura-kura hutan lain? 3) Bagaimanakah berpindah memegang kura-kura.

ke 3) Murid dipilih secara rawak Nilai untuk membaca petikan Keberanian kura- Mengapakah retak

kulit kura-kura Ilmu Pendidikan sivik

kura boleh terbang? 4) Apakah perasaan kurakura terbang? apabila boleh

4) Guru bersoaljawab dengan Teknik murid tentang petikan cerita -soal jawab tersebut.

Langkah 2 ( 10 min ) 11.2011.30

Aktiviti memadan maksud frasa

1) Guru menampal kad frasa di BBB hadapan kelas. -Kad frasa

1) kering kontang Jawapan : kemarau

2) Seorang murid dipilih untuk KB memadankan sesuai. jawapan yang -menjana idea, menghubungkait

2)patuh kepada pesanan Jawapan : mendengar arahan 3) Guru berbincang dengan KP murid jawapan yang betul. verbal -linguistik

3) sungguh megah

4)

Murid diminta menyalin Nilai -keberanian -kerjasama

Jawapan : sangat bangga latihan di dalam buku .

4) riuh rendah bersorak kehairanan Jawapan: gembira kerana teruja Strategi berpusatkan murid Ilmu -pendidikan seni

Langkah 3 (15 min) 11.3011.45

Aktiviti berkumpulan 1) Kumpulan 1 Watak Sang kurakura Kumpulan 2 Watak Sang itik 2) Murid berbincang tentang Murid-murid dibahagi

BBB KB Menciri Menjana idea Kad manila

kepada 4 kumpulan

pengajaran dan watak yang terdapat dalam cerita tersebut? KP Interpersonal

Kumpulan 3 Pengajaran cerita 3) Murid dipilih hasil untuk kerja

Nilai patuh arahan guru ilmu pendidikan sivik pendekatan induktif BBB

membentangkan Kumpulan 4 Pengajaran cerita mereka.

Langkah 4 (12 mn) 11.4511.57

Aktiviti teater membaca Dialog Sang itik : Kita

1) Dua murid dipilih secara rawak untuk melakonkan watak KB

-

kad dialog

mesti Sang Kura-Kura dan Sang Itik.

Nilai

menjana idea

pindah dari sini. Tempat tinggal kita sudah kering- 2) kontang. Seorang murid dipilih

ilmu -

kerjasama

sebagai pencerita.

pendidikan sivik

Sang

kura-kura

:

Tapi, 3) Murid lain memberi komen Teknik

saya tidak dapat terbnag selepas aktiviti dijalankan. seperti kamu.

lakonan/drama

Sang

itik

: saya kamu.

Jangan akan Saya kamu kamu Kaedah komunikatif

bimbang, membantu akan terbang

membawa dengan

mengigit kayu ini. Kamu jangan buka mata dan

bercakap.

Pencerita : Sang Itik pun membawa kura..Ramai Sang kuraorang

bersorak apabila melihat kura-kura. Sang kura-kura berasa megah. mulut Ia pun untuk

membuka

bercakap sesuatu..lalu di pun jatuh dan kulit ia retak.

Penutup ( 3 min) 11.5712.00

Penutup kognitif membuat rumusan 1) Guru menyoal murid tentang perkara yang dipelajari.

isi pelajaran

1) Guru membuat penerapan Penutup sosial penerapan nilai-nilai murni. 2) Guru memberi pujian dan dorongan atas aktiviti yang nilai-nilai dengan mengaitkan daripada cerita tersebut.

dilakukan oleh murid.

Soalan 2 Pilih satu strategi,pendekatan,kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang hendak dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan jelaskan ciri-ciri bagi setiap strategi,pendekatan,kaedah dan teknik Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, teknik pengajaran yang digunakan adalah teknik soal jawab dan teknik main peranan, strategi pemusatan murid,kaedah komunikatif dan pendekatan induktif. Secara kesimpulannya,konsep pengajaran dan pembelajaran saling berhubung antara satu sama lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Selain itu, ternyata sesuatu pengajaran bahasa tidak terlaksana secara sembarangan tetapi berlandaskan prinsip tertentu. Dapat disimpulkan,pendekatan,kaedah,teknik,strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa dapat digunakan oleh guru dalam bilik darjah bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Melalui kajian yang

dibuat,pendekatan pengajaran komunikatif dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui aktivitinya yang interaktif dan berpusatkan murid.

Guru mendedahkan unsurunsur bahasa yang hendak disampaikan kepada murid-murid secara langsung.

Membuat pendedahan mengenai isi pelajaran dalam set induksi pada bahagian permulaan pengajaran

CIRI CIRI PENDEKATAN INDUKTIF

-

Mendengar ayat yang dibina oleh guru Murid diberi latihan dalam kumpulan

-

Guru membuat rumusan berdasarkan apa yang dipelajarinya.

Ciri-ciri TEKNIK SOAL JAWAB

Guru perlu menunggu seketika sebelum murid berfikir untuk menjawab soalan yang dikemukan guru.

Guru perlu mengendalikan jawapan murid-murid yang salah dengan baik. Guru tidak boleh menyindir atau memarahi murid sekiranya jawapan mereka salah.Tindakan tersebut akan melemahkan semangat belajar mereka.

Guru perlu mendorong mereka menjawab sesuatu soalan yang diberi. Dorongan dalam bentuk petunjuk yang dapat membantu murid-murid menjawab soalan yang diberi

Guru perlu meminta murid menghuraikan jawapan sekiranya jawapan mereka tidak jelas. Sekiranya jawapan yang diberi jelas,guru perlu meminta murid memperkembangkan jawapan mereka.

Tiap-tiap soalan yang diberi perlu dijawab lebih daripada seorang murid.

-Murid perlu berinteraksi

dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai

-Murid perlu membayangkan konteks sosial yang sebenarnya terlebih dahulusebelum berinteraksi

CIRI-CIRI TEKNIK MAIN PERANAN

-Murid diberi peranan tertentu -Guru perlu merancang

aktiviti bahasa yang melibatkan murid-murid berlatih dalam konteks sosial seharian.

dan diminta melakonkan peranan sacara spontan

-Murid mempunyai

kebebasan dalam memilih bahasa yang hendak digunakan.

-Pengajaran bahasa mestilah

berpandukan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak.

-Struktur bahasa dapat dikuasai oleh murid-

murid dengan cara yang lebih berkesan sekiranya mereka memberi perhatian terhadap makna.

CIRI-CIRI KAEDAH KOMUNIKATIF

-Proses komunikasi melalui bahasa

bukan hanya hasil tambah penguasaan unsur-unsur bahasa

-Penggunaan bahasa sama pentingnya dengan pengetahuan tentang bentuk bahasa.

-Dalam proses pemerolehan bahasa kanak-

kanak,kesilapan adalah satu lumrah. Keadaan ini berlaku kerana kanak belajar bahasa melalui hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan.

CIRI-CIRI STRATEGI

STRATEGI PEMUSATAN MURID

Guru merancang persekitaran pembelajaran yang dapat mendorong murid berfikir serta melibatkan diri secara aktif bagi melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru dalam pengajarannya.

Guru berperanan sebagai pengajar kuran eksplisit. Guru berperanan sebagai perancang aktiviti pembelajaran,pembimbing dan pemudah cara.

Guru perlu bermula dengan memikirkan objektif pelajaran dan memilih aktiviti atau gerak kerja yang dapat membantu mencapai objektif pengajaran.

PENGHARGAAN

Assalammuailaikum w.r.t dan salam sejahtera........... Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah hidayah Nya,akhirnya saya dapat

menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya pada masa ditetapkan. Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada pensyarah Puan Rokiah binti Karim atas tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Di samping itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama turut membantu secara langsung dan tidak langsung semasa menyiapkan tugasan ini. Selain itu,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada suami kerana banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini. Pelbagai halangan dapat di atasi dengan berkat kesabaran dan alhamdulliah saya dapat tempuhi dengan kerjasama bersama. Setelah menyiapkan tugasan ini, pelbagai ilmu dapat saya peroleh setelah pencarian ilmu semasa menyiapkan tugasan. Pemahaman guru tentang konsep-konsep ini membantu guru memilih kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran serta membentuk strategi pengajaran yang paling sesuai untuk digunakan bagi mengajar bahasa kepada murid di dalam bilik darjah dan mencapai objektif pengajarannya.

JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN

BILANGAN TARIKH

CATATAN

1

30 JULAI 2011

-

Penerimaan kursus

kerja

2

1 Ogos 2011- 5 Ogos 2011

-

Pengumpulan bahan untuk membuat RPH

3

7 Ogos 2011- 10 Ogos 2011

-

Mula

mengakses untuk

bahan-bahan

soalan 1 dan soalan ke-2 4 12 Ogos 15 Ogos 2011 Mula membuat draf RPH Taip bahan-bahan

yang dikumpul. 5 20 Ogos 2011 Perjumpaan ke-2 membincangkan cara penulisan RPH dan soalan kedua. 6 23 Ogos 2011- 25 Ogos 2011 Mula menaip bahanbahan membuat RPH. untuk toturial

-

Membuat BBM untuk dimuatkan kerja kursus. ke dlm

-

Membuat

rakaman

video untuk solan ke 3.

7

26 Ogos 2011- 28 Ogos 2011

-

Mencari

maklumat

dan bahan-bahan di perpustakaan untuk soalan ke-2. 8 6 September 2011 Mengemaskini bahan-bahan dicari dan yang menaip

soalan yg ke-2 9 13 September 2011 Pemurnian kursus Mengedit video 10 14 september 2011 Penyemakan kerja kursus. hasil rakaman kerja

Soalan 5 Buat refleksi berhubung dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan

Setelah saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, apa yang perhatikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai iaitu aktiviti membaca dengan intonasi,sebutan dan gaya bahasa yang sesuai dan murid menyampaikan maklumat melalui aktiviti teater pembaca. Dalam set induksi, murid dikehendaki menyusun puzzle gambar kura-kura. Apa yang saya perhatikan,muridmurid berasa seronok untuk menyusun puzzle dan membuat aktiviti ini.Aktiviti ini dapat menguji tahap pemikiran mereka. Dalam langkah 1,guru menunjukkan kura-kura yang sebenar kepada murid. Murid-murid diberi peluang memegang kura-kura dan menceritakan tentang fizikal kurakura. Dalam langkah ini juga,aktiviti membaca dijalankan.teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah teknik soal jawab tentang teks yang dibaca. Dalam langkah 2, strategi pemusatan murid digunakan kerana dalam langkah ini,aktiviti menguji kefahaman dan unsur bahasa dengan mencari maksud frasa ayat. Murid dipilih untuk memadan frasa yang betul. Aktiviti ini menguji tahap pemahaman murid tentang teks yang dibaca. Dalam langkah ini,strategi berpusatkan murid digunakan kerana aktiviti menggalakkan murid berfikir dan melibatkan murid secara aktif.

Seterusnya dalam langkah 3, aktiviti berkumpulan dijalankan dengan meminta murid mencari watak dan perwatakan serta pengajaran cerita. Sebelum murid menjalankan aktiviti ini,guru memberi contoh dan kemudian membuat penerangan kepada murid. Pendekatan yang digunakan adalah pendekatan induktif. Semasa aktiviti ini murid dapat berinteraksi dengan rakan-rakan. Aktiviti ini dapat menguji tahap murid membina ayat dengan menggunakan bahasa yang sesuai. Murid juga dapat menggunakan bahasa yang sesuai semasa membentangkan aktiviti ini. Selain itu, aktiviti teater pembaca dijalankan untuk memberi keseronokan kepada unutk belajar bahasa. Dalam aktiviti ini,murid diberi watak dan dialog. Kaedah yang digunakan adalah kaedah komunikatif iaitu menggalakkan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik. Semasa aktiviti ini dijalankan,murid berasa sangat seronok dan dapat menonjolkan bakat yang ada pada murid. Seterusnya ,penutup bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini, guru

menerapkan nilai-nilai murni dan memberi pengukuhan kepada murid-murid. Secara kesimpulannya, seorang guru yang efisyen dan interaktif perlu lah bijak mempelbagai pendekatan,kaedah,strategi teknik pengajaran dan pembelajaran agar objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai

RUJUKAN Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor: Multimedia Sdn Bhd.

Yahya Othman (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Zafar Sdn Bhd.

Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam Bilik Darjah, Kaedah dan Strategi. Selangor : Dayasitis Sdn Bhd.

Juriah Long(2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Selangor: Ampang Press Sdn Bhd.

Musa Bin Daia(1992). Kaedah dan Teknik Pengajaran. Kuala Lumpur : Zafar Sdn Bhd

http://www.slideshare.net/artventure/bme-3102-konsep-strategi-pendekatan-kaedahkump-syafiq http://bobezani.tripod.com/teknik.htm http://www.slideshare.net/fikratulhaq/modul-kaedah-dan-strategi-pengjaran-presentation