8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
1/38
1.0 Pengenalan
Manusia dianugerahkan Tuhan dengan akal untuk berfikir, maka dengan
menggunakan pemikiran, manusia boleh merubah alam. Sedikit demi sedikit keadaan
dimajukan dari yang baik kepada keadaan yang lebih baik. Bermula dengan keadaan yang
primitif dengan tenaga fizikal yang terhad digunakan, dunia ditukar kepada wajah yang ada
seperti dilihat sekarang, selari dengan alaf baru, transformasi budaya, persekitaran dan
amalan masyarakat bukan berlaku secara sendiri tetapi dengan sengaja.
Proses berfikir berlaku dalam banyak aspek kehidupan seharian, seperti dalam
menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menakul. Aktiviti dan tingkah laku yang
dianggap rutin dan remeh juga memerlukan manusia berfikir seperti mengikat tali kasut dan
berangan-angan. Kemahiran yang ada pada manusia ini membezakan kita daripada haiwan.
Dari sudut pandangan umum, pemikiran ditakrifkan sabagai perolahan dan pentafsiran
akal untuk menghasilkan sesuatu keputusan. Dalam erti kata lain, pemikiran boleh dilihat
sebagai satu proses penggunaan akal atau otak untuk mencari penyelesaian kepada suatu
masalah atau mendapatkan jawapan kepada sesuatu persoalan dalam hidup manusia.
Dewey (1993) mentakrifkan pemikiran sebagai perilaku dalam menyelesaikan
masalah, sementara Bochenski (1990) menyatakan bahawa berfikir adalah setiap
perkembangan idea-idea dan konsep yang difikirkan minda. Mohd Micheal Abdullah (1995)
mentafsirkan pemikiran sebagai membuat keputusan. Sementara itu Som Hj. Nor dan Mohd
Dahlan menyatakan pemikiran adalah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu, menerokai kepelbagaian kemungkinan, idea, dan membuat
pertimbangan yang wajar, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta membuat
refleksi dan meta kognitif terhadap proses yang dialami. Sementara itu, Pusat Perkembangan
1
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
2/38
Ko-kurikulum, Kementerian Pendidikan mendefinisikan pemikiran sebagai proses yang
kompleks yang berlaku dalam minda seseorang.
Menurut seorang tokoh pemikir lain, iaitu Chaffee (198), pemikiran merupakan proses
luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Satu lagi definisi tentang berfikir yang agak menarik ialah definisi yang dikemukakan oleh
Vincent Ryan Ruggiero(1984): Thinking is any mental activity that helps formulate or solve
a problem, make a decision, or fulfill a desire to understand. It is a searching for answers, a
reaching for meaning.
Selain itu terdapat definisi yang lebih luas tentang pemikiran dan mempunyai
pertalian yang erat dengan definisi di atas, iaitu definisi yang diperjelas oleh John Barell
(1991): I define thinking as a search for meaning and understanding that can involve the
adventurous generation of options, he attempt to arrive at logical, reasonable jugements, and
reflection in the process.
Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran boleh
dirumus sebagai:
Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan
penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan
pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan
munasabah terhadap proses yang dialami.
2
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
3/38
2.0 Pengkelasan Kemahiran Berfikir
Menurut Wilson (2000) dalam buku Isu-Isu Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi
di Malaysia suntingan Norizan Abdul Razak, Rozainee Khairudin dan Ravichandran
Vengadasamy, kemahiran berfikir adalah satu istilah yang rambang kerana kepelbagaian
makna yang boleh dikaitkan dengannya. Kebanyakan penyelidik dalam bidang kemahiran
berfikir bersetuju mangaitkan kemahiran berfikir tahap tinggi seperti menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berfikir secara kritikal, penaklukan ligikal dan pemikiran
kreatif (Nickerson, 1988).
Definisi kemahiran berfikir menurut George, 1970 (Som Hj.Nor 1998) melihat
pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang
kompleks. Edward de Bono (1997) mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral
yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir
untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikir yang dikembangkan dan perlu dikuasai oleh pelajar ialah pemikiran
secara kritis dan kreatif.
Berdasarkan konsep Kemahiran Berfikir seperti yang diutarakan oleh beberapa ahli
fikir dan falsafah seperti Socrates dan lain-lain yang dijelaskan dalam konsep dan sejarah
Kemahiran Berfikir, maka Kemahiran Berfikir yang juga boleh ditafsirkan sebagai pemikiran
reflektif, kritis dan kreatif dapatlah ditafsirkan sebagai satu proses intelektual yang
melibatkan pembentukan konsep , aplikasi, analisis, sintaksis, dan menilai informasi yang
terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau
komunikasi sebagai landasan kepada keyakinan dan tindakan. Ini adalah selari dengan apa
yang diutarakan oleh Dr. Richard Paul, Pengasas dan Pengarah kepada The Center for
3
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
4/38
Critical Thinking, satu badan yang terkenal dengan penglibatannya dengan pemikiran kritis
di Amerika Syarikat.
Terdapat pelbagai jenis kemahiran berfikir mengikut pandangan dan aliran pemikiran
yang dikemukakan oleh ahli-ahli pemikir dan penulis-penulis dalam bidang berkenaan.
Pelbagai jenis kemahiran berfikir telah disenaraikan iaitu kemahiran berfikir analitikal,
logikal, kritikal, objektif, sistematik, pragmatik, positif, negatif, konstruktif, proaktif,
projektif, kreatif, perspektif, lateral dan emotif. Sungguhpun begitu secara amnya kemahiran
berfikir dapat dibahagikan kepada dua domain utama iaitu Kemahiran Berfikir Secara Kritis
dan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif.
Dalam kurikulum KBKK, kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua komponen
yang penting iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif.
Berdasarkan model yang dikemukakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan
Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kemahiran Berfikir mengandungi komponen-komponen
berikut:
(a) Pemikiran kritis
(b) Pemikiran kreatif
(c) Menyelesaikan masalah
(d) Membuat keputusan
2.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis
4
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
5/38
Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir. Berfikir secara kritis
adalah satu bentuk pemikiran yang jelas dan bijak. Dipetik daripada buku Teknik Berfikir,
Konsep dan Proses (Ainon & Abdullah), daripada ujian berfikir yang dijalankan, hasil
menunjukkan lebih 75% manusia memiliki pemikiran kritis. Hasil kajian menunjukkan
sebahagian besar daripadaa kita tidak pandai mengenal pasti keistimewaan yang ada pada
sesuatu idea.
Kemahiran berfikir secara kritis merujuk kepada keberkesanan seseorang dalam
menggunakan minda dalam menilai keesahan atau kebaikan satu-satu idea, buah fikiran,
pandangan dan boleh memberi respons berdasarkan kepada bukti dan sebab musabab.
Menurut Mohd Micheal Abdullah(1969), pemikiran kritis membincangkan bagaimana untuk
menimbangkan iaitu sama ada baik atau buruk terhadap sesuatu perkara dengan teliti dan
menggunakan fakta samada benar atau salah dan susunan hujah samaada sah atau batal
.Selain itu pemikiran kritis juga melibatkan proses penganalisaan dan menilai idea atau
maklumat untuk kefahaman yang lebih jelas, kukuh dan bermakna. (Samsu Yaacub,1996).
Menurut buku Dalam Kurikulum Sekolah Bestari,oleh Tengku Zawawi bin Tengku
Zainal, kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda
untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan
dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan
alasan dan bukti yang munasabah.
Jenis-jenis kebolehan yang boleh di kategorikan sebagai pemikiran kritis termasuklah
membanding dan membeza (compare and contrast), membuat ketegori (categorization),
menerangkan sebab akibat (cause and effect), meniliti bahagian dan hubungan bahagian yang
5
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
6/38
kecil dengan keseluruhan, membuat andaian, membuat ramalan dan inferensi. Berikut ialah
penjelasan setiap kemahiran berfikir secara kritis.
1. Mencirikan iaitu mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu
konsep atau objek. Kemahiran ini digunakan untuk mendefinisikan konsep atau item dan
mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.
Langkah Penggunaan:
a) Tumpukan perhatian kepada item atau konsep secara menyeluruh.
b) Kenal pasti ciri.
2. Membandingkan dan Membezakan iaitu mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan
kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Kemahiran ini
digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan dan untuk membuat pilihan
atau keputusan.
Langkah penggunaan:
a) Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa objek.
b) Kenal pasti satu daripada ciri objek itu.
c) Tentukan sama ada objek yang lain mempunyai ciri yang sama.
d) Nyatakan ciri itu sama atau berbeza.
3. Mengumpulkan dan Mengelaskan iaitu mengasingkan dan mengumpulkan objek atau
fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau
sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Kemahiran ini digunakan
apabila terdapat banyak item atau maklumat yang tidak tersusun.
Langkah penggunaan:
a) Kenal pasti ciri umum sekumpulan item.
b) Beri nama kepada kumpulan item itu.
6
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
7/38
c) Kenal pasti ciri lain.
d) Masukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil.
e) Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu
kumpulan.
4. Membuat Urutan iaitu menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan
kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan. Kemahiran ini
digunakan untuk menyusun item atau maklumat supaya mudah difahami dan item tertentu
mudah dikesan.
Langkah penggunaan:
a) Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut saiz, nilai,
abjad, kronologi, corak atau masa.
b) Ambil satu item sebagai asas.
c) Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan jenis susunan
yang ditentukan.
d) Semak semula susunan.
5. Menyusun Mengikut Keutamaan iaitu menyusun objek atau maklumat mengikut tertib
berdasarkan kepentingan atau kesegeraan. Kemahiran ini digunakan untuk menonjolkan
perkara yang mustahak dan menentukan tindakan yang perlu dibuat dahulu.
Langkah penggunaan:
a) Tentukan matlamat anda.
b) Ambil satu item sebagai asas.
c) Ambil item yang lain dan bandingkan dengan item asas sama ada lebih dekat atau lebih
jauh kepada matlamat.
d) Jika lebih dekat kepada matlamat letakkan di atas item asas, jika tidak letakkan di
bawah.
7
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
8/38
e) Ulangi langkah di atas bagi item yang lain, satu demi satu.
6. Menganalisis iaitu mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang
lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara
bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah suatu kemahiran yang
kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
Langkah penggunaan:
a) Tentukan pendapat atau kenyataan.
b) Cari andaian yang tersirat, huraikannya kepada ciri yang lebih terperinci.
c) Renung semula pendapat atau andaian.
d) Buat pernyataan yang telah diperbaiki dengan sokongan fakta.
7. Mengesan Kecondongan iaitu mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada
sesuatu atau menentang sesuatu. Kemahiran ini digunakan apabila terdapat sesuatu
pernyataan yang cuba mempengaruhi keputusan atau pendapat seseorang, menimbangkan
ketepatan sesuatu sumber maklumat atau pernyataan, atau mengenal pasti kecondongan
pandangan seseorang.
Langkah penggunaan:
a) Nyatakan matlamat.
b) Kenal pasti jenis petunjuk kecondongan.
i. Kenyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat.
ii. Pengitlakan yang keterlaluan.
iii. Soalan retorik (soalan yang bersifat mempengaruhi atau memukau dan
bermuslihat).
iv. Persembahan atau penyampaian yang berat sebelah.
v. Menyatakan pendapat sebagai fakta.
8
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
9/38
c) Analisis maklumat secara terperinci untuk mendapatkan petunjuk.
d) Padankan pernyataan yang berunsur kecondongan dalam petikan dengan jenis
petunjuk.
e) Buat penilaian sejauh manakah kecondongan berlaku.
8. Membuat Kesimpulan
Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis
atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Kemahiran ini digunakan untuk
membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan.
Langkah penggunaan:
a) Kumpulkan maklumat (misalnya daripada eksperimen atau kajian).
b) Susun semula maklumat dalam urutan yang logik.
c) Analisis maklumat dan buat gambaran mental untuk mendapatkan sesuatu corak
perhubungan.
d) Buat pernyataan kesimpulan dengan sokongan bukti yang ada.
2.2 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
9
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
10/38
Fikiran yang kabur dapat merangsang otak kita supaya menjadi imaginative. Ini benar
apabila kita sedang berusaha mencari tafsiran-tafsiran baru bagi perkara-perkara biasa.
Dr. Edward de Bono mendefinisikan kreatif dan kreativiti sebagai " At the simplest
level "creative" means bringing into being something that was not there before. Creative
thinking includes personal processes, as such as new ways of looking at things, new ways of
organizing things ang new ideas about ideas"
Rollo May pula menyatakan " Creativity is the encounter of the intensively conscious
human being with his world ."
Menurut buku Dalam Kurikulum Sekolah Bestari,oleh Tengku Zawawi bin Tengku
Zainal, kemahiran berfikir secara kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan
minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk menerokai
pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat
maujud, abstrak, idea atau gagasan.
Kemahiran berfikir secara kreatif pula bolehlah di definisikan sebagai kebolehan
menggunakan minda dalam menjana idea-idea yang baru, kemungkinan yang baru, ciptaan
yang baru berdasarkan kepada keaslian dalam penghasilannya. Ia boleh diberikan dalam
bentuk idea yang nyata ataupun abstrak.
Pemikiran kreatif membincangkan bagaimana cara-cara atau teknik-teknik untuk
memperluaskan dan memperkembangkan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti individu
untuk mendapatkan dan mengumpulkan banyak idea baru dengan dengan menggunakan
pelbagai teknik kreatif. (Samsu Yaacub ; 1993). Kebolehan berfikir secara kreatif ini boleh
dilihat dalam contoh-contoh berikut: mencipta idea yang baru, mencipta analogi dan
mencipta metafora.
10
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
11/38
Sebagai rumusan bolehlah kita katakan bahawa pemikiran kreatif membawa maksud
kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan,
menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud,
abstrak atau gagasan. Berikut ialah penjelasan setiap kemahiran berfikir secara kreatif.
1. Menjanakan Idea
Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara.
Kemahiran ini digunakan apabila mencari idea baru dan mencari alternatif.
Langkah penggunaan:
a) Tetapkan tajuk perbincangan.
b) Senaraikan semua idea yang dikemukakan.
c) Renung kembali idea yang dikemukakan.
d) Tambah lagi idea yang boleh difikirkan.
e) Hubung kaitkan idea-idea yang telah disumbangkan.
2. Membuat Inferens
Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat
daripada pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila hendak merancang langkah-langkah
tindakan atau membuat pilihan, menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.
Langkah penggunaan:
a) Perhatikan suatu situasi atau keadaan.
b) Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.
c) Beri alasan mengapa anda menyatakan demikian.
d) Semak alasan samada alasan itu berasaskan pendapat atau pemerhatian daripada situasi.
Jika alasan itu berasaskan pendapat atau pandangan, berikan alasan.
3. Menghubung kaitkan
11
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
12/38
Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan. Kemahiran ini
digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat hipotesis, membuat kesimpulan dan
mengitlak.
Langkah penggunaan:
a) Kenal pasti masalah.
b) Buat analisis tentang keadaan.
c) Kenal pasti aspek yang boleh dihubung kaitkan
d) Buat pernyataan tentang perkaitan.
4. Meramal
Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang
lalu atau data yang boleh dipercayai. Kemahiran ini digunakan untuk menjuruskan,
merancang dan mempertimbangkan pilihan.
Langkah penggunaan :
a) Perhati atau kumpul maklumat.
b) Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat.
c) Buat jangkaan yang paling sesuai.
5. Membuat Hipotesis
Membuat pernyataan umum yang menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah bagi
menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk membuktikan
kesahihannya. Kemahiran ini digunakan pada peringkat awal apabila hendak menjalankan
sesuatu eksperimen, kajian atau penyelidikan.
Langkah penggunaan :
a) Perhatikan suatu situasi atau keadaan.
b) Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.
c) Berikan satu jawapan yang rasional sebagai hipotesis.
12
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
13/38
d) Semak semula sama ada hipotesis tersebut boleh diuji.
6. Mensintesis
Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan
gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan , esei, lukisan dan artifak. Kemahiran
ini digunakan untuk membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk dan
menghasilkan bentuk komunikasi seperti lukisan, peta, rajah, puisi dan laporan.
Langkah penggunaan:
a) Kenal pasti dan definisikan tajuk, perkara atau subjek.
b) Kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan.
c) Kelaskan idea, data atau maklumat dalam kategori yang berkaitan dengan tajuk,
perkara atau subjek.
d) Kenal pasti hubung kait antara kategori dengan kategori, kategori dengan tajuk.
7. Mengitlak
Membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan
pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu. Kemahiran ini digunakan untuk mencari pola,
menyusun maklumat dan meramal.
Langkah penggunaan:
a) Kumpulkan data.
b) Cari pola yang sepunya dan buatkan pengitlakan.
c) Imbas semula kesahihan pengitlakan yang dibuat.
d) Buat kenyataan.
8. Menganalogi
Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu dengan perkara
yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa. Kemahiran ini digunakan untuk
13
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
14/38
memahami konsep atau perkara yang mujarat dengan cara mengaitkannya dengan sesuatu
yang maujud yang telah diketahui.
Langkah penggunaan:
a) Bandingkan dua perkara yang tidak sama.
b) Cari sifat yang serupa yang boleh dihubung kaitkan.
c) Nyatakan hubung kait sebagai metafora.
Contoh :
Membuat analogi mengenai fungsi jantung dalam mengepam darah ke seluruh badan.
Untukmenganalogi kita perlu :
a) Buat perbandingan : Jantung dengan pam.
b) Cari sifat yang serupa : Kedua-dua mengepam cecair.
c) Nyatakan hubung kait : Jantung adalah seperti pam.
9. Membuat Gambaran Mental
Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau
gagasan dalam minda atau fikiran. Kemahiran ini digunakan untuk memahami konsep yang
mujarad dan mengingat konsep yang kompleks.
Langkah penggunaan :
a) Bayangkan matlamat tertentu.
b) Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental.
c) Bayangkan langkah demi langkah yang berlaku ke arah matlamat.
d) Lihat keseluruhan gambaran.
10. Mereka Cipta
Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu
yang sedia ada dalam bentuk maujud atau mujarad.
Langkah penggunaan :
14
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
15/38
a) Kenal pasti keperluan, cabaran atau persoalan.
b) Janakan idea.
c) Pilih idea yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan.
d) Mencuba dan menguji idea.
e) Jika tidak memenuhi keperluan, ubah suai atau pilih idea yang lain.
Contoh 1 : (maujud)
Cadangkan bahan yang diperbuat daripada kulit kerang yang boleh dipasarkan.
Contoh 2 : (mujarad)
Hasilkan sebuah sajak bertemakan patriotisme.
Contoh 3 : (mujarad)
Cadangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk pengajaran
Bahasa Melayu.
3.0 Kepentingan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
15
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
16/38
Terdapat banyak kepentingan menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
(KBKK) antaranya ialah untuk memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik dan
berkesan selain untuk mengamalkan budaya berfikir secara kreatif dan kritis. Ia juga untuk
mengelakkan kesilapan dalam berfikir dan seterusnya meningkatkan kualiti dalam berfikir.
Harus diingat bahawa kedua-dua kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini adalah
bertujuan untuk menolong atau membantu seseorang dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.
Poh Swee Hiang (1999) menyatakan pemikiran kritis amat penting untuk membentuk
warganegara yang tahu dan mampu menggunakan pemikiran mereka dalam menghadapi
pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan manakala pemikiran kreatif dapat membentuk
individu lebih inovatif mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif dan
mempunyai unsur-unsur humanistik dan artistik yang tinggi. Apabila kedua-dua kemahiran
ini dikuasai oleh pelajar melalui rangsangan dan latihan yang diberi seterusnya pelajar
mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian maka pembelajaran yang optimum akan
berlaku.
a) Menangani pelbagai permasalahan dalam kehidupan
Pemikiran kritis dan keatif amat penting untuk membolehkan manusia menyelesaikan
pelbagai masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka. Ia juga penting bagi
mencetuskan kemajuan yang selari dengan keperluan yang semakin bertambah dan semakin
berbeza di samping membolehkan manusia membuat penyesuaian terbaik dalam kehidupan
harian dan persekitaran.
16
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
17/38
Oleh itu, KBKK perlu diterapkan dalam kehidupan seseorang terutamanya dalam
proses pembelajaran dan pengajaran agar mereka akan dapat menyelesaikan masalah atau
membuat keputusan dengan tepat dan mantap tanpa sebarang kesilapan semasa berfikir serta
dapat membentuk para pelajar akan dapat mengemukakan pendapat atau idea-idea baru hasil
daripada pemikiran mereka secara kritis dan kreatif.
b) Membenteras Masalah Sosial
Mengapakah pemikiran amat penting dalam diri seseorang? Mengapakah ia amat
penting untuk dipelajari? Hanya satu jawapan umum untuk menjawab soalan-soalan
sedemikian. Pemikiranlah yang membezakan manusia dengan kejadian-kejadian yang lain
dimuka bumi ini. Namun dalam jawapan yang ringkas itu tersirat beberapa sebab yang lebih
mendalam, diantaranya ialah pemikiran adalah penting untuk manusia mendalami alam
keseluruhannya dari semua aspek sama ada aspek fizikal, sosial atau spiritual.
Penerapan KBKK dalam setiap perkara akan merangsang seseorang individu itu untuk
berfikir dengan lebih teliti, terancang dan juga terhindar daripada sebarang kesilapan dalam
membuat dan memilih sesuatu keputusan yang jitu. Oleh itu, para pelajar perlulah berusaha
untuk menerapkan KBKK dalam kehidupan seharian agar dapat melahirkan sebuah bangsa
yang gagah dalam menghadapi sebarang cabaran dalam kehidupan.
c) Menyediakan Generasi Pelapis yang Berkeupayaan .
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) yang bijak dapat menyediakan
generasi masa kini untuk menghadapi kehidupan yang mencabar dalam keadaan semasa yang
berteknologi tinggi dan berpelbagai budaya. Pelajar-pelajar yang menguasai kemahiran
17
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
18/38
berfikir sudah tentu akan berfikir terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan itu dibuat.
Dengan ini, kemahiran berfikir akan mampu memandu pelajar menggunakan bahasa yang
baik dan menghasilkan idea-idea yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yang kritis
dan kreatif.
Di samping itu pelajar-pelajar juga akan berkeupayaan untuk membuat pertimbangan
dan penilaian tentang kebaikan dan keburukan sesuatu itu dari segi amalan, nilai, sikap dan
norma hidup dalam konteks negara kita.Usaha yang berterusan melalui proses pembelajaran
dan pengajaran yang diterapkan oleh guru-guru dapat memupuk kemahiran berfikir di
kalangan pelajar.
Dalam usaha untuk menyediakan generasi pelapis yang berkupayaan, pembelajaran
yang berkesan, cekap dan bermakna amat diperlukan. Tidak dapat disangkal lagi bahawa
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif secara tidak langsung membantu pelajar
mempunyai fikiran terbuka dan minda yang bukan sahaja dapat menjamin kemajuan diri
mereka sendiri, bahkan agama, bangsa dan Negara.
d) Kepesatan Pembangunan Negara
Dengan adanya kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis juga pelajar-pelajar dapat
menghadapi cabaran-cabaran terkini selaras dengan arus perkembangan teknologi maklumat
yang semakin canggih tanpa mengorbankan nilai dan amalan yang baik sesuai dengan rakyat
Malaysia.
Pelajar-pelajar pada masa sekarang tentunya akan menjadi generasi pada masa akan
datang. Oleh itu dengan menyediakan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif,
berketrampilan dan yang mengamalkan nilai dan sikap yang positif diharapkan tahap
18
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
19/38
pembangunan Negara pada masa kini dan akan datang akan menjadi lebih mantap dan
berkesan.
The level of the development of a country is determined, in considerable part,
by the development of its people s intelligence.
- Luis Alberto Machado
e) Merealisasikan Wawasan 2020
Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, apa yang lebih penting ialah
kita perlu menggunakan sepenuhnya apa yang berada di antara dua telinga kita, yakni minda
kita, bukan apa yang berada di antara di antara dua bahu kita, iaitu kekuatan, atau apa yang
berada di antara dua tapak kaki kita, iaitu sumber semula jadi.
Petikan ucapan YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
6 Feb 1996, Wawasan
2020.
Matlamat pendidikan ternyata tidak boleh dipisahkan dengan matlamat-matlamat
Negara yang lebih luas dan menyeluruh iaitu untuk mencapai tahap Negara maju pada tahun
2020 melalui Wasasan 2020 .
Menurut Tun Mahathir Mohamad (Som Hj.Nor,1998) Malaysia mempunyai sistem
pendidikan yang terbaik di kalangan dunia ketiga maka kejayaan yang perlu dicapai
mempunyai kaitan dengan cabaran keenam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat
yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif dan memandang jauh kehadapan.
19
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
20/38
Dalam konteks ini, pembangunan sumber manusia bermaksud pembangunan minda
seseorang individu dan juga cara pemikiran yang seharusya lebih kritis dan kreatif.
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) memainkan peranan yang amat penting
dan harus diterapkan dalam minda anak-anak sejak mereka masih kecil lagi. Dengan itu,
negara kita pasti mampu melahirkan mayarakat yang mantap dan berguna dalam
mengembleng sumber manusia yang berkualiti. Oleh itu, negara kita akan muncul sebagai
sebuah negara yang maju dari segi sumber manusia dan juga intelek seiring dengan cabaran
Wawasan 2020.
f) Memenuhi Tuntutan FPN
Dasar pendidikan negara menjadikan sasaran pendidikan bertaraf dunia dan secara
tidak langsung meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam
kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai pusat
perkembangan ilmu. Penerapan Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran amat
penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan Negara.
Dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang disemak semula oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK) Kementerian Pendidikan Malaysia, Kemahiran Berfikir adalah antara unsur
utama yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersurat.
Matlamat asas bagi setiap sistem pendidikan adalah pendidikan untuk perkembangan
seseorang individu. Dalam sistem pendidikan yang dibentuk, pelbagai aktiviti dilakukan
dengan mempraktikkan KBKK bertujuan untuk memupuk pertumbuhan kanak-kanak dari
segi intelek, moral, sosial dan fizikalnya. Objektif matlamat ini adalah untuk meninggikan
kualiti pengajaran dan pembelajaran. Setiap pelajar harus memiliki daya intelek yang tinggi
20
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
21/38
bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi rohani, emosi, jasmani, dan
intelek khususnya
Perkembangan daya intelek individu telah diberikan penekanan utama dalam Falsafah
Pendidikan Negara ( FPN) bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi, dan jasmani.
Selaras dengan saranan ini, maka Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif telah
dijadikan satu daripada elemen utama dalam sistem pendidikan kita sebagai usaha
meningkatkan perkembangan intelek para pelajar. Bagi memastikan kemahiran berfikir ini
dikuasai oleh pelajar, maka objektif tentang penguasaan kemahiran berfikir ini telah
didokumentasikan dalam kurikulum sekolah.
Antara pembaikan terbesar yang perlu dilakukan ialah mengubah budaya
persekolahan yang berasaskan ingatan kepada yang berasaskan pembangunan pemikiran,
kretiviti dan keperhatian kepada semua pelajar serta keserasian di antara pengajaran,
pembelajaran, latihan dan pendidikan dengan kehendak pelajar. Contohnya, pelajar tidak
akan terikat dengan huraian dan contoh sesuatu fakta yang telah disediakan dalam buku teks
untuk menjawab soalan peperiksaan, sebaliknya mereka berusaha berfikir secara kreatif
untuk menghasilkan contoh atau huraian yang baru tanpa mengubah maksud asal fakta
tersebut.
Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Wan Mohamad Noor yang menjawat jawatan
sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada tahun 1994, telah mengumumkan bahawa
pelajar-pelajar akan diperkenalkan kepada soalan-soalan peperiksaan yang lebih bercorak
analitis yang memerlukan pembacaan dan pemikiran secara kritis dan kreatif. Datuk Amar
Dr. Sulaiman Daud pada masa yang sama pula mengumumkan bahawa Piagam Pelanggan
Kementerian termaktub bahawa menjelang tahun 2000 semua soalan- soalan peperiksaan
perlu ke arah menggalakkan pemikiran pelajar secara kritis dan kreatif (Som & Mohd
Dahalan, 1998).
21
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
22/38
g) Menjayakan Konsep KBSR,KBSM,Sekolah Bestari
Umpamanya dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR), satu
daripada objektifnya ialah untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran berfikir dan
mengembangkan bakat serta kreativitinya. Manakala Kurikulum Bersepadu sekolah
Menengah ( KBSM ) pula antara objektif yang diberikan penekanan ialah untuk
mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek, serta pemikiran yang rasional, kritis
dan kreatif.
Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan , beberapa perubahan telah
dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan. Antaranya termasuklah Sekolah Bestari.
Sehubungan dengan perkara ini Kemahiran Berfikir dijadikan sebagai satu daripada elemen
yang dilaksanakan dalam Kurikulum Sekolah Bestari. Dengan ini KBKK bukanlah satu mata
pelajaran berasingan , tetapi merupakan elemen yang akan diajarkan secara penyebatian yang
merentasi kurikulum.(Pengurusan Sekolah Bestari (Satu Pengenalan), Ab. Rahim Selamat)
Semoga dengan penguasaan Kemahiran Berfikir ini diharapkan kualiti pemikiran para pelajar
akan meningkat dan mereka berkeupayaan memperoleh ilmu dan menguasai kemahiran
dengan lebih berkesan.
4.0 CoRT Sebagai Alat Berfikir
22
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
23/38
Kemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1 diperkenalkan oleh Edward De Bono.
Panduan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan alat kemahiran berfikir ini telah
disediakan dengan menggunakan CoRT 1. Antara 5 teknik asas dan teknik panduan bagi
CoRT 1 ialah PMI, CAF, AGO, APC dan OPV.
4.1 PMI
PMI DISEBUT sebagai P, M, I iaitu plus, minus dan interesting atau baik, buruk
dan menarik. Tujuan berfikir melalui PMI ialah untuk meluaskan fikiran murid tentang
sesuatu situasi, elakkan reaksi beremosi dan miembincangkan idea yang yang tiada kaitan
dengan tajuk. Dengan melakukan PMI juga kita dapat mengembangkan idea murid tentang
sesuatu situasi. Cara melakukan kaedah ini di dalam kelas ialah pertama P senaraikan
semua yang baik mengenai situasi yang diberi. Kedua M menyenaraikan semua yang buruk.
Kemudian menyenaraikan semua yang menarik.
Antara isu yang sesuai untuk murid pra-sekolah ialah berkelah di tepi pantai. Dapat
mengisi masa lapang dan dapat menenangkan fikiran ialah isi untuk P. Untuk M pula
perkara buruk iaitu risiko untuk berlaku kecelakaan amat tinggi jika tidak berhati-hati.
Situasi yang sesuai bagi murid pra sekolah ialah aktiviti yang sesuai untuk dijalankan di
pantai. Di sini kita dapat mengimbas kembali apa yang telah mereka lalui dan dapat
meningkat kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan bunyi angin dan bunyi ombak
di pantai. Contohnya mereka selalu bermain bola, tetapi mereka mencadangkan idea yang
baru iaitu bermain kayak dan bot dan membina orang dari pasir yang selalunya mereka
membina istana pasir. Contoh ini menunjukkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
telah meningkat mereka namun adakah perkara ini baik, buruk dan menarik bagi mereka
untuk mencapai matlamat PMI.
4.2 CAF
23
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
24/38
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
25/38
tercapai. Contoh soalan yang sesuai untuk murid pra sekolah bagi teknik ini ialah
Kenapakah kita harus pergi ke sekolah?. Dengan soalan ini sebenarnya dapat membantu
mereka meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Hal ini terbukti apabila
mereka memberikan jawapan yang logik dan sebab mereka mahukan sedemikian. Peranan
seorang guru disini harus membimbing mereka menetapkan objektif dan matlamat soalan
berikut. Dengan ini kita dapat membentuk pemikiran yang kritis dan kritis dalam kalangan
murid.
4.4 APC
APC disebut A, P, C iaitu alternatives, possibilities, choices atau alternatif,
kemungkinan dan pilihan. Tujuan berfikir menggunakan teknik ini kepada murid ialah
melatih murid memikirkan beberapa perkara serentak, menentukan pilihan yang terbaik dan
mengelakkan pemikiran sehala sahaja. Kaedah dalam melaksanakan teknik ini ialah guru
boleh menyoal murid tentang cara-cara menyelesaikan masalah yang diberi. Kemudian,
apakah baik buruk setiap cadangan tersebut dan meminta murid memilih cadangan yang
paling bernas tentang isu yang diberi. Masalah yang sesuai diberi untuk murid pra sekolah
ialah apakah yang akan anda lakukan apabila ternampak seseorang yang mencurigakan
masuk ke dalam rumah jiran anda ketika jiran anda tiada.
Tindakan yang mereka berikan sebenarnya menunjukan daya pemikiran mereka.
Sebagai guru, kita harus merangsang minda mereka dengan menerapkan nilai yang murni
apabila mereka berada dalam situasi yang berkenaan. Sebenarnya dengan memberikan soalan
kepada murid, secara tidak langsung dapat melatih pemikiran mereka berfikir secara kreatif
dan kritis. Hal ini Akan diketahui setelah mereka menyuarakan jawapan mereka.
25
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
26/38
4.5 OPV
OPV ialah other peoples views iaitu pandangan orang lain. Matlamat berfikir tentang
teknik ini dapat melatih murid untuk mengambil kira pandangan orang lain sebelu membuat
keputusan dan dapat elak membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri. Caranya ialah
mempersoalkan idea murid adakah idea mereka akan mempengaruhi orang lain. Kemudian
bagaimanakah orang lain memandang idea anda dan idea anda bernas dan harus dijadikan
tindakan. Masalah yang sesuai untuk diberi kepada murid pra sekolah ialah esok mereka ada
subjek pendidikan jasmani, apakah permainan yang sesuai untuk dimainkan pada keesokan
harinya. Contohnya di dalam kelas itu terdapat seorang murid yang patah kaki, mereka mesti
memikirkan idea supaya rakan mereka yang sakit itu juga dapat bermain dengan mereka
sekali. Dengan memberikan soalan ini kepada murid, murid dapat mendengar pendapat lain
dari kawan mereka. Seterusnya dapat mencipta idea yang baru yang dapat menjana daya
pemikiran mereka supaya berfikir dengan lebih kreatif dan kritis dengan idea yang mereka
berikan.
5.0 Penutup
26
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
27/38
Dipetik daripada buku Isu-Isu Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi di Malaysia
suntingan Norizan Abdul Razak, Rozainee Khairudin dan Ravichandran Vengadasamy,
walaupun individu digalakkan berfikir apabila menyelesaikan sebarang masalah, namun
masih ramai gagal berfikir dengan baik atau logikal kerana ini bukan fitrah otak manusia,
seperti juga seorang individu itu tidak boleh dianggap sebagai ahli statistik yang intuitif
(Cheng Holyoak, Nisbett & Oliver 1986). Oleh itu berlatih berfikir secara logikal adalah
berlatih melakukan apa yang bukan fitrah kita (Maltin, 1983).
Selain kemahiran-kemahiran yang disenaraikan di atas terdapat dua lagi kemahiran
yang penting iaitu Kemahiran Membuat Keputusan dan Kemahiran Meyelesaikan masalah.
Kedua-dua kemahiran ini sebenarnya boleh berada di dalam kedua-dua domain kemahiran
berfikir yang telah dibincangkan sebelum ini. Hal ini demikian kerana membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah dapat juga berperanan sebagai proses kepada kemahiran-
kemahiran tadi. Dengan kata lain kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah Membuat Keputusan atau
menyelesaikan masalah.
Satu lagi elemen baru yang diperkenalkan dalam Reformasi Pendidikan ialah kemahiran
berfikir . Berfikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehan semula jadi . Kepintaran akal
atau intelligent tidak bererti mempunyai kemahiran berfikir sekiranya ia tidak menguasai
kemahiran itu .
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin , 1993 .
Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian
Konklusinya, kenapa kita perlu menguasai kemahiran berfikir? Menurut Dr. Edward
De Bono, kebijaksanaan dan kecerdasan yang dimiliki oleh manusia ditentukan oleh faktor
27
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
28/38
genetik. Ia juga merupakan satu kemahiran yang boleh dipertingkatkan melalui pendidikan,
latihan dan pembelajaran(1997). Pemikiran dan kemahiran berfikir amat penting dalam usaha
untuk memajukan diri sendiri dan untuk membangunkan masyarakat selaras dengan menuju
ke alaf baru serta membuktikan ketamadunan sesebuah masyarakat itu.
7.0 RUJUKAN
28
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
29/38
Buku
Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan, 2005 ,Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi
Zakariya, Fawziah Yahya, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Isu-Isu Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi di Malaysia, Norizan Abdul Razak,
Rozainee Khairudin dan Ravichandran Vengadasamy.
Pengurusan Sekolah Bestari (Satu Pengenalan), Ab. Rahim Selamat, Badan
Cemerlang Sdn. Bhd.
Teknik Berfikir, Konsep dan Proses (Ainon & Abdullah), 1994 , Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Internet
www.freewebs.com/oum1/nota%20ptp%202.doc
http://mahirkbkk.tripod.com/
www.tutor.com.my/lada/tourism/cerdas.htm
www.teachersrock.net/masteri4.htm
http://mujahid.tripod.com/kbkk.html
http://www.geocities.com/gardner02_8/hot.htm
8.0 LAMPIRAN
Contoh Soalan.
29
http://www.freewebs.com/oum1/nota%20ptp%202.dochttp://www.freewebs.com/oum1/nota%20ptp%202.dochttp://mahirkbkk.tripod.com/http://mahirkbkk.tripod.com/http://www.tutor.com.my/lada/tourism/cerdas.htmhttp://www.tutor.com.my/lada/tourism/cerdas.htmhttp://www.teachersrock.net/masteri4.htmhttp://www.teachersrock.net/masteri4.htmhttp://mujahid.tripod.com/kbkk.htmlhttp://mujahid.tripod.com/kbkk.htmlhttp://www.geocities.com/gardner02_8/hot.htmhttp://www.geocities.com/gardner02_8/hot.htmhttp://www.freewebs.com/oum1/nota%20ptp%202.dochttp://mahirkbkk.tripod.com/http://www.tutor.com.my/lada/tourism/cerdas.htmhttp://www.teachersrock.net/masteri4.htmhttp://mujahid.tripod.com/kbkk.htmlhttp://www.geocities.com/gardner02_8/hot.htm8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
30/38
Bahan rangsangan merupakan unsur yang penting untuk menggalakkan
pemikiran yang kritis dan kreatif.
1. Lihat bahan ini dan kemudian buatlah aktiviti sebagaimana yang
disenaraikan.
a. Cuba rangcangkan bagaimanakah bahan ini dapat digunakan untuk
latihan Matematik. Anda bolehlah, menggunakan soalan-soalan atau
langkah-langkah pengajaran yang sesuai.
_________________________________________________________
_________________________________________________________
b. Mengapakah penjual durian menyatakan RM9.00 sebiji kepada orang
30
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
31/38
yang bercermin mata itu dan menghisap paip itu?
_________________________________________________________
_________________________________________________________
c. Mengapakah penjual durian itu meletakkan harga RM3.00 sebiji kepada
orang tua yang bersongkok itu?
_________________________________________________________
_________________________________________________________
d. Apakah yang sebenarnya dibuat oleh penjual durian tersebut?
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
Sumber :www.freewebs.com/oum1/nota%20ptp%202.doc
31
http://www.freewebs.com/oum1/nota%20ptp%202.dochttp://www.freewebs.com/oum1/nota%20ptp%202.doc8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
32/38
Modul 5
PEMIKIRAN KREATIF
Ciri-Ciri Pemikiran Kreatif
Keberanian; berfikiran terbuka, sanggup menerima risiko, kritikan dan sedia
bertanggungjawap di atas setiap keputusan.
Imaginatif; imaginasi manusia yang tidak terbatas dan boleh sampai kemana-mana, tidak
terhad seperti ilmu pengetahuan.
Perkembangan idea; proses perkembangan dan pengluasan idea yang sedia.
Reka cipta; hasil pemikiran kreatif dalam bentuk idea yang baru.
Tahap Pemikiran Kreatif
Persedian; cuba memahami masalah secara sedar, penuh usaha dan bersistem.
Inkubasi; masalah yang gagal difikirkan penyelesaiannya ditolak ketepi dan dilupakan
sementara.
Pengilhaman; penyelesai masalah mendapat ilham, itu biasanya memberi jalan yang
akhirnya dapat menghasilkan penyelesaian tersebut.
Verifikasi, proses-proses berfikir secara sedar dan terarah dilakukan, menguji dan
membuktikan ilham sebelumnya benar-benar dapat menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
Salah Faham Terhadap Kreativiti
Untuk menjadi kreatif saya perlu mengimiginasikan atau memikirkan idea yang sama
sekali baru
Hanya golongan pakar sahaja yang boleh mereka sesuatu yang bermakna dan boleh
mendatangkan faedah, sebenarnya menjadi seseorang yang bukan pakar merupakan satu
aset dalam kreativiti kerana pandangan kita tidak dibutakan dengan cara tradisi melihat
sesuatu masalah.
Hanya orang yang genius sahaja yang boleh menjadi kreatif, sebenarnya setiap insan
mempunyai kemampuan menjadi kreatif kerana kreativiti ialah sejenis kemahiran.
32
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
33/38
Idea kreatif akan datang secara tiba-tiba, kita tidak perlu berusaha mendapatkannya,
sebenarnya idea kreatif mengambil waktu untuk muncul dan sesudah ia muncul ia
memerlukan lebih banyak masa untuk menjadi, kunci kepada kreativiti ialah ketekunan
dan komitmen. Sekiranya kita benar-benar kreatif, kita akan dikenali dan bakat kita akan diketahui,
sebenarnya kita perlu menunggu untuk dikenali tetapi perlu mempromosikan idea kita.
Kreativiti sinonim dengan perkara- perkara yang kompleks, sebenarnya di dunia ini
banyak idea-idea yang mudah kita terlepas dari melihatnya.
Kreativiti ialah ciri kepintaran, makin kita pintar, makin kita kreatif, sebenarnya ia
bukanlah fungsi kepintaran tetapi aadalah fungsi berfikir.
Kreativiti memerlukan teknik berfikir yang apabila digunakan dapat menerbitkan idea-idea yang baru. Kreativiti ialah melihat apa yang semua orang sudah nampak dan
memikirkan apa yang belum terfikir oleh orang lain.
Cara Menjadi Lebih Kreatif
Berikan insentif kepada diri kita, memberikan diri kita sebab untuk melahirkan idea yang
lebih baik.
Letakkan tekanan ke atas diri kita, tetapkan tarikh atau waktu yang sesuai sebagai tekanan
kepada kita untuk menjanakan idea yang baru.
Berfikir secara visual, menutup semua pemikiran yang dilakukan dengan suara dan
memberikan fokus ke arah pembentukan gambaran-gambaran mental.
Terima idea baru kita dengan baik, kita mesti membentuk satu kehendak yang kuat
bahawa idea baru kita itu berguna, mendatangkan faedah dan sah. Idea dapat dilahirkan
dengan banyak sekiranya kita adapat menangguhkan sebarang penilaian (brainstorming).
Fokus terhadap satu perkara bagi satu masa, fikiran kita akan bercelaru sekiranya kita
cuba memikirkan banyak perkara sekaligus.
Halangan-Halangan Kepada Kreativiti
Halangan-halangan ini boleh dikelaskan sebagai dalaman dan luaran.
Halangan dalamam ialah rancangan yang wujud daripada diri sendiri seperti takut dikritik
dan takut gagal.
Halangan-halangan luaran seperti persekitaran atau kebudayaan seseorang yang tidak
menggalakan individu menyoal. Halangan-halangan itu termasuklah:
33
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
34/38
1. Tidak dapat mengenalpasti masalah yang hendak diselesaikan
2. Memberi perhatian kepada apa yang ingin kita melihat sahaja
3. Takut untuk bermain-main dengan idea
4. Peranan sekolah yang menumpukan daya kreativiti.
5. Takut idea dikritik tanpa belas kasihan.
6. Tidak sukakan kekaburan.
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ( KBKK )
DALAM KURIKULUM SEKOLAH BESTARI
Tengku Zawawi bin Tengku Zainal
1.0 Tujuan KBKK
mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan bijak
mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih
praktik sama ada dalam atau luar sekolah
menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercalaru, kabur dan sempit
meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelekmereka
bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri
untuk memberi hujjah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta
berani memberi pandangan dan kritik.
2.0 Kesilapan Dalam Berfikir
i. Berfikir secara terburu-buru
o beri masa untuk berfikir
ii.Fikiran yang sempit
o aktiviti perbahasan, perbincangan dan sumbangsaran
o latihan menggunakan penyusun grafik banding beza
iii. Fikiran yang kabur
o latih pelajar memperjelaskan sesuatu idea dalam bentuk penulisan
o latih membuat definisi dasarkan kategori dan ciri-ciri sesuatu objek/perkara
o membuat kerangka karangan
34
mailto:[email protected]:[email protected]8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
35/38
iv. Fikiran yang bercelaru
o Latih pelajar menyusun idea dengan lebih sistematik dalam lisan dan
penulisan
o menyusun isi-isi penting untuk karangan
o carta aliran
3.0Jenis Bahan Yang Digunakan
- Bahan merupakan rangsangan yang digunakan untuk melatih /mewujudkan suasana berfikir
dikalangan pelajar
- Bahan boleh berbentuk :
i. Prosa - cerita, cerpen, rencana, berita
ii. Puisi - pantun, syair, sajak, lirik lagu
iii. Grafik - gambar, rajah, graf, kartun
- Semua bahan tersebut boleh dibahagikan kepada 4 kategori:
i. Bahan seronok - menggalakkan pelajar menggunakan banyak daya
imaginasi yang memerlukan pelajar membuat ramalan yang berbagai-bagai
" bagaimana jari anda ada 5 "
ii. Bahan asing - bahan yang berlaku tetapi di luar pengalaman remaja/pelajar.
Bahan ini datang dari dunia orang dewasa.
" Bagaimana cara nak menyekat pemuda yang menunggang
motor dengan laju "
iii. Bahan persekitaran - bahan datang dari dunia remaja yang mereka alami
dan gemari.
" Kamu tahu kawan kamu mengambil makanan dari kantin
tanpa membayarnya. Apa yang kamu akan lakukan ? "
iv. Bahan berat - Bahan yang mempunyai implikasi serius pada kehidupan
remaja.
" Kamu ingin masuk kumpulan rock, tapi ibubapa kamu
menentang. Apa yang patut kamu buat ? "
35
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
36/38
- Bahan ini hendaklah digunakan mengikut tujuan/objektif, isi pelajaran serta KB yang
hendak diajar
4.0Bagaimana KBKK Diajar
- KBKK bukan satu mata pelajaran khusus ( Dr. De Bono merancang satu sukatan khas
untuk KBKK )
- Ia diajar secara penyebatian
- Penyebatian = strategi pengajaran yang menyepadukan kemahiran berfikir ke dalam mata
pelajaran yang diajar.
- 2 kaedah penyebatian :
i. Penyebatian sepenuhnya : KBKK disepadukan secara menyeluruh dalam
setiap langkah pengajaran yang dikenalpasti. Terdapat 2 cara :
a) kenalpasti tajuk/isi pelajaran dan bahan seterusnya tentukan
KBKK
b) kenalpasti KBKK dan tentukan isi pelajaran yang sesuai
serta bahan
ii. Penyebatian separa : strategi pengajaran yang menyepadukan sebahagiandaripada unsur KBKK dalam langkah-langkah pengajaran yang sesuai
- unsur KBKK hanya disepadukan dalam langkah-langkah
tertentu sahaja mengikut keperluan dan kesesuian
- penyebatian separa biasanya setelah pelajar telah mengikut
penyebatian sepenuhnya dalam pembelajaran yang lepas.
- Proses berfikir berlaku dalam dua tahap :
i. apabila minda membuat persepsi
ii. dengan persepsi, minda melakukan pemprosesan logikal
- mengajar berfikir juga beerti mengajar pelajar membuat persepsi, i.e menajam dan
mendalamkan daya persepsi
- kemahiran berfikir berbeza dengan kemahiran membuat
- KB hanya melibatkan pen dan kertas sahaja, walaupun dalam kemahiran reka
cipta
36
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
37/38
- apa yang penting ialah proses berfikir untuk mengeluarkan sesuatu idea,
yang kemudiannya diwakilkan dalam bentuk lukisan
- reka cipta :
- konkrit - teknikal spt membina sesuatu model
- abstrak - spt merancang/merangka strategi, taktik
5.0Ciri-Ciri Pemikir Yang Bijak/Baik
cekal melaksanakan tugas
mendengar secara aktif/pendengar yang baik
bekerjasama dengan orang lain
jujur dan terbuka ( menerima pandangan orang lain )
peka dengan fikiran sendiri serta dapat menjelaskan langkah-langkah dan sekuen yangdigunakan
mahir dalam menyoal
dapat mengubahsuai konsep dan kemahiran dalam pelbagai situasi yang berlainan
sifat ingin tahu dan inisiatif yang tinggi
kesediaan mengambil risiko dan cabaran
37
8/7/2019 K.BERFIKIR SYU
38/38