Transcript

KEBERKESANAN KAEDAH PENGGUNAAN MODUL BERBENTUK KARTUN BERBANDING KAEDAH PENGAJARAN KONVENSIONAL DALAM SUBJEK BIOLOGI BAGI PELAJAR TINGKATAN 4.

AHMAD NIZAM BIN ABDULLAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2008

KEBERKESANAN KAEDAH PENGGUNAAN MODUL BERBENTUK KARTUN BERBANDING KAEDAH PENGAJARAN KONVENSIONAL DALAM SUBJEK BIOLOGI BAGI PELAJAR TINGKATAN 4.

AHMAD NIZAM BIN ABDULLAH

LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN ( SAINS )

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2008

ii

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan nukilan yang setiap satu saya telah jelaskan sumbernya.

16.11.2008

AHMAD NIZAM ABDULLAH D20051022298

iii

SEKALUNG PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya maka laporan projek penyelidikan Sarjana Muda ini dapat disiapkan dalam tempoh yang diperuntukkan. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing projek, iaitu Dr Ong Eng Tek di atas segala bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar beliau terhadap saya. Saya juga ingin mengucapkan penghargaan kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Cukai, Kemaman iaitu Pn. Hajah Rabiah binti Abd. Samat kerana mengizinkan saya untuk menjalankan kajian di sekolah beliau, dan juga kepada Pn Norharyati bt Din kerana membantu saya secara berterusan untuk membina modul kartun dan soalan ujian yang digunakan dalam kajian ini. Tidak lupa juga kepada para pelajar Tingkatan 4 sekolah berkenaan yang terlibat menjadi sampel dalam kajian ini. Ucapan terima kasih dapat saya ucapkan kepada ibu bapa dan sahabat-sahabat saya atas segala sokongan dan bantuan mereka dari segi moral mahupun material dalam menjayakan projek penyelidikan ini. Jikalau tanpa bantuan mereka, mungkin saya tidak mampu menghasilkan projek penyelidikan ini dengan sempurna. Akhir kata, saya berharap usaha saya untuk merintis jalan ke arah penggunaan kartun dalam pembelajaran Biologi ini dapat diteruskan oleh individu-individu lain yang lebih berkebolehan daripada saya. Saya juga berharap dan bercita-cita untuk mempertingkatkan lagi kaedah kartun ini di masa hadapan. Diharapkan kajian ini dapat membuka jalan ke arah pembaharuan dalam bidang pendidikan supaya dapat meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Sekian, terima kasih.

iv

ABSTRAK

Penulisan ilmiah ini melaporkan suatu kajian eksploratori tentang penggunaan modul kartun dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi di kalangan pelajar Tingkatan 4. Suatu rekabentuk campuran (mixed methodology) digunakan: rekabentuk kuasi eksperimental yang melibatkan sejumlah 58 orang pelajar (29 orang pelajar dalam kumpulan eksperimental dan 29 orang pelajar dalam kumpulan kawalan) digunakan untuk menentukan sejauh mana penggunaan modul kartun memberi kesan terhadap pencapaian Biologi manakala kaedah temu bual digunakan untuk mendapatkan pandangan pelajar terhadap penggunaan modul kartun dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik di antara pencapaian Biologi bagi kumpulan pelajar yang diajar menggunakan modul kartun berbanding dengan pencapaian Biologi kumpulan pelajar yang diajar dengan kaedah konvensional. Dalam pada itu, analisis data temu bual mendapati terdapat tujuh tema utama yang diutarakan oleh pelajar-pelajar yang menggunakan modul kartun tersebut dan tema-tema tersebut merangkumi aspek pertambahan minat, pengintegrasian bersama buku teks, pengupayaan pelajar, peningkatan prestasi, peranan guru, penjimatan masa, dan peningkatan sikap positif. Kertas ini diakhiri dengan perbincangan tentang isu ketidaksignifikanan dapatan kajian eksploratori ini supaya rekabentuk kajian-kajian masa depan tentang keberkesanan penggunaan modul kartun dapat dimantapkan.

v

ABSTRACT

This paper reported an exploratory research about the usage of cartoon module in teaching and learning of Biology among Form 4 students. A mixed methodology was being applied: quasi-experimental design which involved 58 students (29 students from experimental group and 29 students from control group) to determine the effect of cartoon module usage to the Biology performance while interviews has been applied to gain students view about cartoon modules usage in Biology teaching and learning. Result showed that there was no statistically significant difference between the performance of Biology among group of students taught with cartoon module and conventional method. Meanwhile, interview analysis showed there were seven themes emerged such as increase of interest, increase of performance, integration with textbooks, improvement of student ability, role of teacher, time saving and increase of positive attitude. Lastly, this paper discuss about the insignificance of the result so that future research about the effectiveness of cartoon module can be improved.

vi

KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN

ii iii iv v vi viii ix x

BAB 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 BAB 2 2.1 2.2 2.3

PENGENALAN Latar belakang masalah Pernyataan masalah Signifikan kajian Tujuan kajian Objektif kajian Soalan kajian Hipotesis kajian Limitasi kajian Definisi operasi KAJIAN LITERATUR Pengenalan Kajian- kajian lalu Rumusan 7 7 12 1 2 3 3 4 4 4 5 5

vi

BAB 3 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 BAB 4 4.1 4.2 4.3

METODOLOGI KAJIAN Pengenalan Reka bentuk kajian Sampel kajian Pembolehubah kajian Instrumen kajian Penganalisisan data DAPATAN KAJIAN Pengenalan Perbandingan pencapaian Biologi Pandangan pelajar terhadap penggunaan modul kartun 19 20 21 13 14 15 16 16 18

BAB 55.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6

KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGANPengenalan Kesimpulan Perbincangan Cadangan Kajian akan datang Penutup 29 29 30 30 32 33

RUJUKAN LAMPIRAN

34 36

viii

SENARAI JADUAL

No Jadual 3.1 4.1 Reka bentuk ujian Keputusan yang diperoleh dari analisis ANCOVA

Muka surat 14 20

ix

SENARAI RAJAH

No Rajah

muka surat

3.1

Reka bentuk kajian

15

x

SENARAI SINGKATAN

SPM KPM SPSS IT ABM P&P

Sijil Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia Statistical Package for the Social Sciences Information Technology ( Teknologi Maklumat) Alat Bantu Mengajar Pengajaran dan Pembelajaran

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Latar Belakang Masalah

Umumnya, proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses yang bersifat dua hala yang berlaku antara pelajar dan guru. Guru akan melaksanakan pelbagai kaedah untuk memudahkan proses pembelajaran. Tetapi, masalah pembelajaran tetap wujud. Salah satu faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah ini adalah pendekatan yang diamalkan guru yang tidak merangsangkan deria dan pemikiran pelajar. Ini akan meyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar.

Menurut pendapat Novak (1990), sesuatu kaedah pengajaran yang dilakukan adalah bertujuan untuk menjadikan pengajaran lebih efektif. Pengajaran yang bermakna adalah pengajaran yang berkesan.

2

1.2

Pernyataan Masalah

Sebilangan guru Biologi menghadapi masalah berkenaan dengan pelajar yang kurang memahami konsep Biologi yang telah diajar kepada mereka. Terdapat isi kandungan pengajaran yang abstrak akan menyukarkan guru menerangkan dengan jelas kepada pelajar mereka. Jika tidak ditangani dengan pendekatan yang sesuai, ini akan menjejaskan pencapaian mata pelajaran Biologi pelajar secara keseluruhannya.

Pengajaran subjek Sains selalunya mendatangkan masalah dan cabaran kepada para guru. Menurut Riner (2000), guru harus mempersembahkan pengajaran kepada pelajar yang mempunyai minat yang kurang terhadap sekolah dan pembelajaran. Menurut Phillips (2000), untuk mengajar golongan pelajar ini, guru harus membuat perancangan yang bermakna dan arahan pengajaran yang bertepatan. Walaupun guru dapat mengesan pelajar yang berminat dalam satu-satu subjek, namun keperluan pelajar ini terhadap ilmu yang diinginkannya tidak dapat dipenuhi disebabkan kekangan masa guru dan kekurangan sumber rujukan. Pelajar juga mendapati bahawa pembelajaran adalah cabaran yang sukar meskipun telah menggabungkan usaha pelajar dan juga guru itu sendiri. Contohnya, untuk membina hipotesis untuk amali sains kelihatan sukar dan melecehkan. Pada hari ini, mereka semakin jauh ketinggalan untuk merasai nikmat kejayaan, keyakinan dan harapan.

Oleh itu, guru seharusnya mengatasi masalah ini dengan menjadikan bilik darjah bukan sahaja tempat belajar, malah tempat untuk bersantai, menghargai nilai

pembelajaran dan membina keyakinan diri. Peningkatan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sains dapat berlaku melalui penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai. Penggunaan strategi pengajaran yang berbeza sedikit sebanyak dapat meningkatkan peluang untuk peningkatan kefahaman pelajar.

3

1.3

Signifikan Kajian

Sekiranya selepas kajian dijalankan menunjukkan tahap pencapaian pelajar terhadap topik Nutrition akan meningkat setelah penggunaan modul berbentuk kartun dilaksanakan, maka pihak sekolah seharusnya mempelbagaikan aplikasi kartun dalam pelbagai mata pelajaran lain yang sering mendapat pencapaian yang rendah, seperti mata pelajaran Fizik atau Kimia. Guru yang terlibat dicadangkan untuk mendapatkan latihan dan tunjuk ajar daripada individu yang berbakat dalam seni kartun mahupun seni lukisan untuk mengaplikasikan teknik pengajaran menggunakan kartun sebagai salah satu strategi untuk menarik minat pelajar dalam subjek Sains yang biasanya dianggap sukar untuk dikuasai. Pihak Kementerian Pelajaran juga hendaklah memberi pertimbangan untuk memberi elaun khas dan menyerapkan guru yang berkebolehan dalam seni kreatif seperti lukisan kartun supaya dapat memberi latihan kepada guru lain yang berminat untuk mencuba teknik pengajaran berasaskan kartun. Tambahan lagi, pelajar diharapkan dapat mencipta sendiri kartun mereka berasaskan subjek yang menjadi masalah untuk mereka memahaminya dengan kaedah konvensional. Teknik pengajaran ini adalah alternatif kepada teknik peta konsep yang sekian lama popular dalam bidang pendidikan.

Selain itu, dapatan kajian ini juga dapat dijadikan rujukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan supaya variasi teknik pengajaran berasaskan kartun dapat diperluaskan lagi.

1.4

Tujuan Kajian

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau sejauh mana modul kartun Biologi dapat meningkatkan kefahaman dan tahap pencapaian pelajar dalam tajuk Nutrition. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan pandangan pelajar terhadap penggunaan kaedah pengajaran modul Biologi berbentuk kartun.

4

1.5

Objektif Kajian

Secara ringkasnya, objektif kajian adalah seperti berikut :

i) Untuk menguji keberkesanan penggunaan modul Biologi yang berbentuk kartun dalam meningkatkan pencapaian pelajar. ii) Untuk mendapatkan pandangan pelajar terhadap penggunaan kaedah pengajaran modul Biologi berbentuk kartun.

1.6

Soalan kajian

Kajian ini dijalankan dengan mempertimbangkan soalan kajian seperti di bawah:

i) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara pencapaian Biologi kumpulan pelajar yang diajar menggunakan modul kartun dengan pencapaian Biologi kumpulan pelajar yang diajar dengan kaedah konvensional?

1.7

Hipotesis Kajian

Pengkaji telah membina satu hipotesis nul untuk diguna pakai dalam kajian ini;

H0 : Tiada perbezaan yang signifikan di antara pencapaian Biologi kumpulan pelajar yang diajar menggunakan modul kartun berbanding dengan pencapaian Biologi kumpulan pelajar yang diajar dengan kaedah konvensional.

5

1.8

Limitasi Kajian

Secara keseluruhannya, kajian ini lebih memfokuskan kepada analisis hubungan pencapaian pelajar dalam ujian yang disediakan terhadap pelajar yang diajar menggunakan teknik kartun berbanding pelajar yang diajar menggunakan kaedah konvensional. Kajian ini melibatkan pelbagai batasan, iaitu: i) Melibatkan sampel seramai 58 orang dari sebuah sekolah menengah di Terengganu. ii) Pelajar dipilih daripada 2 kelas tingkatan empat dari aliran Sains yang mengambil subjek Biologi. iii) Kajian ini lebih memfokuskan topik Nutrition dan tertumpu pada sub topik Types of Nutrition dan Balanced Diet. iv) Kajian ini lebih memberi penekanan kepada kaedah modul berbentuk kartun sebagai satu strategi dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.9

Definisi Operasi

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kartun bermaksud lukisan yang mengisahkan sesuatu dengan cara berjenaka. Dalam kajian ini, kartun digunakan untuk mengisahkan konten topik Nutrisi kepada bentuk gambar dan juga teks perbualan supaya memudahkan pemahaman pelajar tentang topik ini. Dengan adanya kartun, unsur humor dapat diterapkan secara tidak langsung supaya dapat menarik minat pelajar untuk mendalami topik ini dan topik seterusnya. Kaedah pengajaran berbentuk kartun adalah lebih berpusatkan pelajar, iaitu pelajar diberikan senaskah modul berbentuk kartun untuk dibaca mengenai topik Nutrition selama 30 minit. Guru hanya sebagai pembimbing jika pelajar tidak memahami nota kartun yang diberikan dan perbincangan dilakukan selepas pembacaan nota tersebut mengenai topik berkenaan.

6

Kaedah konvensional atau lebih dikenali dengan kaedah pengajaran tradisional adalah pembelajaran yang lebih berpusatkan guru, iaitu guru menyampaikan konten mata pelajaran secara biasa tanpa melibatkan unsur kartun. Dalam kaedah ini, aktiviti yang terlibat adalah guru menyampaikan isi kandungan pelajaran topik Nutrisi secara menerangkan jenis nutrisi yang terkandung dalam topik ini serta diet seimbang. Secara umumnya, guru mengaplikasikan kaedah pengajaran Konstruktivisme. Selain itu, guru mengadakan sesi soal jawab untuk mengetahui kefahaman pelajar mengenai topik ini.

Pencapaian Biologi pelajar adalah perubahan yang berlaku ke atas pencapaian dalam subjek Biologi pelajar selepas pelajar diberikan ujian pra, sesi rawatan dan ujian pos.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Dalam bab ini, tinjauan literatur yang dilakukan oleh pengkaji akan membantu menyokong hipotesis kajian ini. Pengkaji akan meninjau kajian lain yang berkaitan supaya gambaran mengenai penggunaan kartun atau komik dalam bidang pendidikan dapat diketahui.

2.2

Kajian-kajian lalu

Pencarian dalam Proquest untuk kajian-kajian lepas tentang penggunaan kartun dalam pengajaran Sains gagal menemui sebarang kajian seumpama itu. Namun, terdapat kajiankajian penggunaan kartun dalam mata-mata pelajaran bahasa dan kesusasteraan. Kajian mengenai penggunaan kartun atau istilah lainnya komik telah dibuat oleh Jacobs D. pada tahun 2007, dalam jurnalnya More Than Words: Comics as a Means of Teaching Literacies. Dalam Wertham F. (1954), beliau menyatakan visual adalah lebih mudah difahami dan ditafsirkan berbanding tulisan teks biasa. Gene Y. (2003) pula mendakwa

8

kekuatan pendidikan yang terkandung dalam komik adalah seperti memotivasikan, visual, kekal, bersifat pengantara dan juga popular. Dengan ini, komik dianggap batu loncatan untuk mencapai kemahiran yang lebih tinggi. Sebagai alat bantu mengajar, komik diutamakan untuk memotivasikan pelajar yang lambat dalam pembelajaran, khususnya dalam kemahiran membaca.

Jacobs D. menyatakan lagi, komik adalah teks berasaskan perkataan yang dipermudahkan dan seseorang akan mudah memahami melalui gambar komik. Dari segi aspek visual, antara ciri-ciri yang diambil berat adalah penggunaan garis, tempat kosong, teknik bayang-bayang, perspektif, jarak, kandungan komik, mimik muka, postur badan watak komik dan juga persekitaran dalam komik. Pengetahuan individu dalam penggunaan bahasa, audio, visual, pergerakan dan penggunaan ruang dalam gambaran komik akan mempengaruhi makna pemahaman terhadap komik tersebut. Segala aktiviti yang dilakukan pelajar dalam membina makna dari komik akan membantu perkembangan pelajar untuk menjadi seorang pembaca yang berkebolehan. Tambahan lagi, pelajar akan dibantu untuk menjadi pereka cipta yang aktif disebabkan interaksi dengan pelbagai teknik pembacaan komik yang pelbagai.

Sementara itu, kajian berkenaan penggunaan komik untuk menggalakkan kefahahaman pembacaan telah dijalankan oleh Irwan Fahmi Anuar (2003). Dalam kajian tersebut, beliau telah menggunakan pelbagai sumber komik yang didapati di majalah dan akhbar dalam menilai kebolehan pemahaman dan kefasihan pelajar dalam bahasa Inggeris melalui soal selidik dan juga ujian pencapaian. Akhirnya, beliau telah mendapat keputusan bahawa minat pelajar dalam pembacaan komik adalah meningkat kerana mereka dapat memahami komik berkenaan dengan pantas dalam pembelajaran mereka.

Satu kajian telah dijalankan oleh Whipple B. D. (2007) mengenai keberkesanan penggunaan komik dalam merangsang pembacaan pelajar. Dalam kajian beliau, 8 orang pelajar telah dipilih sebagai responden. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada mereka yang tidak suka membaca sebarang bahan bacaan, termasuk komik. Whipple telah menubuhkan satu kelab buku yang hanya menjurus kepada pembacaan komik dan novel

9

grafik. Kelab ini dianggotai pelajar-pelajar yang terpilih sebagai responden dengan tujuan untuk meninjau perkembangan minat membaca mereka. Beliau telah menggunakan beberapa komik yang popular sebagai bahan bacaan utama mereka. Antaranya adalah Batman : The Dark Knight Returns (Miller, 2002) dan Ultimate Spiderman : Power and Responsibility (Bendis, 2005). Setiap minggu, satu judul komik akan diserahkan kepada pelajar-pelajar untuk dibaca. Kemudian, perbincangan mengenai komik itu diadakan pada minggu berikutnya. Perbincangan mereka diadakan di luar bilik darjah selepas tamat waktu persekolahan supaya pelajar tidak berasa terkongkong dalam membaca. Di awal kajian, hasil kaji selidik terhadap para responden telah mendapati bahawa persepsi responden terhadap membaca adalah tidak memberangsangkan.

Setelah kajian berakhir, Whipple merumuskan dapatan kajian beliau bahawa jika pelajar diberikan bahan bacaan yang menyeronokkan, seperti komik, dan disediakan persekitaran yang sesuai, maka sikap mereka yang tidak suka membaca akan berubah kepada lebih tertarik untuk membaca. Pengalaman mereka dalam membaca komik dan mengadakan perbincangan banyak mempengaruhi pelajar yang terlibat, iaitu pertambahan sikap positif pelajar itu sendiri tentang membaca. Perbincangan diadakan sesama pelajar berkenaan dengan diketuai salah seorang daripada mereka bergilir-gilir setiap minggu. Perbincangan itu berpandukan soalan yang disediakan pengkaji. Mereka dapat mencurahkan pendapat mereka mengenai komik yang telah dibaca dengan penuh minat. Malahan, pelajar-pelajar berkenaan mampu merungkai tema-tema yang tersembunyi dalam komik yang diberikan, yang di luar dugaan pengkaji sendiri. Tambahan lagi, mereka telah meminta komik tambahan yang lain untuk dibaca. Ini dapat membuktikan mereka telah mula meminati sikap membaca. Namun, beliau mencadangkan kajian selepas ini supaya mengaplikasikan penggunaan komik di dalam bilik darjah secara terus semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana kajiannya hanya menjurus kepada persekitaran luar bilik darjah, di mana hanya minat membaca sesetengah jenis bahan seperti komik sahaja yang meningkat. Walhal, mereka tetap mengeluh dan tidak bersemangat apabila diarahkan membaca buku teks mahupun novel, di mana perkara ini tetap menyebabkan prestasi akademik mereka tidak berubah.

10

Cleaver S. (1999) telah menulis mengenai penggunaan komik dalam bilik darjah dalam jurnalnya, iaitu Comics & Graphic Novels. Beliau telah menyatakan bahawa komik adalah berkesan untuk menarik perhatian pelajar yang tidak bersungguh-sungguh dalam pembelajaran. Dalam jurnal tersebut, beliau memuatkan artikel mengenai beberapa individu yang terlibat dalam penggunaan kartun dalam kesusasteraan di Amerika Syarikat. Salah seorang dari mereka adalah seorang guru gred keempat, Kathy Campbell yang telah mengajar di Fruchtendler Elementary di Tucson, Arizona. Beliau telah bertanyakan kepada para pelajarnya mengenai apa yang mereka mahu belajar. Kesemua pelajarnya sepakat menjawab hanya satu jawapan, iaitu buku komik. Beliau yang tidak mempunyai pengalaman mengenai komik telah merujuk satu projek penggunaan komik, iaitu Columbia Universitys Comic Book Project (www.comicbookproject.org). Beliau memberi satu tugasan berbentuk karangan esei kepada para pelajarnya yang bertemakan Jika saya seorang superhero. Hasil karangan mereka akan digunakan untuk menghasilkan buku komik mereka masing-masing. Dengan cara ini, pelajar dapat mengkaji bagaimana mereka dapat menjelmakan tulisan kepada karakter dan dialog. Kesukaran wujud pada peringkat permulaan tetapi akhirnya mereka dapat menghasilkan karya yang kreatif. Menurut Campbell lagi, jika pelajar ditunjukkan bahawa teks biasa mengandungi komponen visual serta diajar berfikir demikian, beliau yakin bahawa pelajar itu akan menjadi seorang penulis yang lebih baik kerana perbendaharaan kata yang lebih luas serta kreativiti yang tidak terbatas.

Mengenai projek Comic Book Project di Universiti Columbia, pengasas projek iaitu Michael Bitz telah menyatakan bahawa idea menggunakan buku komik sebagai alat pengajaran bukanlah satu benda yang baru. Tetapi, apa yang dianggap baru adalah penerimaan yang lebih besar komik sebagai kesusasteraan. Beliau terkejut berkenaan projek berkenaan kerana pelajar yang menyertainya tidak mencipta plot komik tentang superhero malahan mereka menulis tentang diri mereka sendiri. Akhirnya projek itu menjadi salah satu peluang untuk para pelajar membuat refleksi diri mereka. Tambahan lagi, pelajar yang biasanya menimbulkan masalah semasa pembelajaran menulis dan membaca akhirnya menjadi pelajar yang tekun semasa pembelajaran menggunakan komik. Ada kalanya mereka menjadi pemimpin dan bekerjasama untuk menyumbang

11

kepada bidang pendidikan. Mencipta buku komik sendiri merupakan satu peluang bagi pelajar yang mengalami masalah pembacaan kerana bagi Bitz, komik bukanlah mementingkan kelajuan membaca. Ia adalah semata-mata cerita dan berkenaan setakat mana seseorang menjadi kreatif.

Seorang pelukis komik, Wiley Miller telah menyatakan bahawa adanya stigma yang menentang komik di Amerika disebabkan komik tidak dianggap sebagai bahan bacaan yang serius dan sesuai. Bagi beliau, mendesak pelajar supaya tidak membaca komik adalah tindakan yang bodoh dan kebudak-budakan kerana ia akan menyinggung pelajar.

Dalam jurnal I Got Graphic hasil karya Lockbee J. (2005), seorang guru yang bernama Jodi Lockbee iaitu pengarang artikel dalam jurnal itu sendiri telah mengaplikasikan novel grafik yang sedia ada ke dalam mata pelajaran analisis kesusasteraan yang diajarnya. Tujuannya supaya dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran beliau dalam mata pelajaran itu. Menurutnya, struktur tema, penggunaan metafora, simile dan ciri-ciri sastera yang lain tidak diabaikan dalam novel grafik. Malah, unsur-unsur berkenaan lebih dipertingkatkan dengan etika dan perspektif berbilang budaya yang disampaikan oleh pelukisnya. Novel grafik bertindak sebagai penghubung yang membolehkan pelajar mengatasi masalah semasa tugasan membaca diberikan kepada mereka. Novel grafik dianggap mempunyai sifat bergaya di mana remaja jarang berasa malu jika dilihat membacanya. Malah, golongan remaja adalah golongan yang mempunyai kepakaran dalam bidang novel grafik. Mereka sanggup berkongsi pengetahuan dan koleksi mereka. Lockbee mengambil panduan daripada para pelajarnya mengenai novel grafik ini untuk membolehkan mereka menggabungkan penggunaan novel grafik dengan bahan sastera yang lain untuk menyokong satu unit tema. Contohnya, untuk tema peristiwa Holocaust, beliau menggunakan novel grafik berjudul Maws yang dihasilkan oleh Art Spiegelman. Beliau menyediakan tugasan iaitu pelajarnya dikehendaki menulis mengenai diri mereka jika peristiwa Holocaust terjadi. Berdasarkan jalan cerita novel grafik itu, mereka dapat mengalami perkembangan watak-watak dalam novel grafik itu dan menghubung kaitkan dengan diri mereka. Seni yang terkandung

12

dalam novel grafik itu membolehkan pengalaman tersebut amat mencemaskan. Hasilnya, pelajar dapat menggambarkan sendiri kekejaman peristiwa Holocaust dengan berkesan.

2.3

Rumusan

Berdasarkan kajian-kajian berkaitan tersebut, maka dapat dirumuskan bahawa pemahaman pelajar akan meningkat sekiranya dimasukkan unsur kartun dalam pembelajaran. Pelajar akan menumpukan perhatian jika adanya unsur berkenaan dalam mata pelajaran yang akan diajar kepada mereka. Guru harus menyelitkan unsur-unsur kartun atau komik sedikit sebanyak dalam pengajaran mereka jika guru tersebut mendapati pelajar tidak menunjukkan kesungguhan serta prestasi yang tidak memberangsangkan. Tambahan lagi, motivasi pelajar untuk belajar juga bertambah disebabkan adanya rangsangan visual dan humor. Kelebihan ini amat diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi untuk memudahkan lagi pelajar memahami konsep yang sukar.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Metodologi kajian adalah perancangan yang disusun rapi untuk mengumpul dan dan menganalisa data untuk disesuaikan dengan tujuan kajian. Ini dapat membolehkan kerjakerja dalam kajian ini dapat dilaksanakan dengan bersistematik.

Kajian ini bertujuan menentukan keberkesanan penggunaan modul berbentuk kartun berbanding kaedah pengajaran konvensional dalam subjek Biologi bagi pelajar tingkatan 4. Tambahan lagi, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui pandangan pelajar terhadap penggunaan kaedah pengajaran modul Biologi berbentuk kartun dalam pembelajaran. Dalam bahagian ini, pengkaji akan menggambarkan secara jelas bagaimana kajian ini akan dilaksanakan. Antara aspek yang ditekankan adalah instrumen kajian, sampel kajian, kaedah pelaksanaan kajian sehingga cara penganalisaan data.

14

3.2

Reka bentuk kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi experimental (quasi experimental design). Ini adalah kerana, kedua-dua kumpulan yang digunakan dalam kajian ini telah tersedia wujud dan pengkaji hanya memilih secara rawak kumpulan mana yang akan dijadikan kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Secara lebih spesifik, kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk kawalan ujian pra ujian pos tak rawak (non-randomised pretest-posttest control group design). Reka bentuk ini dapat disimpulkan dalam Jadual 3.1

Jadual 3.1 : Reka bentuk ujian Kumpulan Eksperimen Kawalan Ujian Pra U1 U1 Rawatan Modul kartun Kaedah konvensional Ujian Pos U2 U2

Dalam kajian ini, kumpulan eksperimen adalah terdiri daripada 29 orang pelajar, manakala kumpulan kawalan adalah terdiri daripada 29 orang pelajar. Pertama sekali, pelajar dari kedua-dua kelas diberikan ujian pencapaian, iaitu ujian pra (U1). Ini dilakukan sebelum rawatan atau pengajaran diberikan kepada mereka. Ini bertujuan untuk mengetahui tahap pencapaian awal pelajar dalam topik Nutrition. Selepas itu, pelajar kumpulan eksperimen diajar dengan berpandukan modul berbentuk kartun yang disediakan pengkaji, manakala pelajar daripada kumpulan kawalan diajar menggunakan kaedah konvensional oleh pengkaji. Selepas pengajaran selama 2 unit masa pengajaran, para pelajar kedua-dua kumpulan diberikan satu lagi ujian pencapaian iaitu ujian pos (U2). Ini bertujuan untuk melihat tahap pencapaian selepas pelajar didedahkan dengan dua kaedah yang berbeza. Akhirnya, temu bual dijalankan terhadap 10 orang pelajar daripada kumpulan eksperimen untuk mengetahui pandangan pelajar berkenaan terhadap penggunaan kaedah pengajaran modul Biologi berbentuk kartun yang telah digunakan terhadap mereka.

15

Kumpulan kawalanUjian Pra

Kumpulan eksperimenUjian Pra

Pengajaran menggunakan Kaedah konvensional Ujian Pos

Pengajaran menggunakan Kaedah modul kartun Ujian Pos

Analisis data

Temubual

Analisis data

Rajah 3.1

Reka bentuk kajian

3.3

Sampel kajian

Populasi adalah pelajar sekolah menengah tingkatan 4 di negeri Terengganu Darul Iman yang mengambil subjek Biologi. Oleh kerana populasi melibatkan pelajar yang ramai maka persampelan perlu dilakukan. Persampelan ini dipilih secara rawak kluster daripada populasi pelajar sekolah menengah tingkatan 4 negeri Terengganu yang mengambil subjek Biologi. Ini melibatkan dua kelas tingkatan 4 dalam sesebuah sekolah dan dipilih secara rawak kluster. Kajian ini hanya melibatkan sebuah sekolah di bandar. Sampel ini terdiri daripada 58 orang pelajar iaitu masing-masing 29 orang pelajar bagi setiap kumpulan eksperimen dan juga kumpulan kawalan. Para pelajar ini terdiri daripada campuran pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang hampir sama dalam setiap ujian subjek Biologi sebelum ini.

16

3.4

Pembolehubah kajian

Dalam kajian ini, dua pemboleh ubah dilibatkan, iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tak bersandar. Pembolehubah tak bersandar terdiri daripada kaedah rawatan, iaitu kaedah penggunaan modul berbentuk kartun dan kaedah konvensional.

Pembolehubah bersandar adalah tahap pencapaian pelajar dalam matapelajaran Biologi tingkatan 4.

3.5

Instrumen kajian

Instrumen kajian adalah terdiri daripada satu modul Biologi berbentuk kartun dan juga dua set soalan ujian pencapaian. Pengkaji mengaplikasikan teknik persembahan nota berbentuk kartun dalam modul tersebut bagi subtopik Types of Nutrition dan Balanced Diet di samping dua set soalan ujian pencapaian bagi subtopik berkenaan. Ujian pencapaian tersebut (sila lihat LAMPIRAN) dibina untuk mengenal pasti sejauh mana pemahaman konsep pelajar tentang subtopik Types of Nutrition dan Balanced Diet. Ujianujian ini telah dibina berdasarkan soalan yang diadaptasi dari buku teks Biologi dan pelbagai buah buku rujukan Biologi. Tambahan lagi, sesetengah soalan dan juga instrumen kajian yang dibina sendiri oleh pengkaji disemak oleh guru pakar Biologi. Kesahan isi instrumen telah disahkan oleh guru Biologi yang berpengalaman. Kebolehpercayaan item-item soalan ujian pencapaian telah ditentukurkan dengan kaedah Test-Retest dan didapati korelasinya adalah 0.98.

Sehubungan itu, ujian pencapaian tersebut terdiri daripada ujian pra dan ujian pos. Kedua-dua ujian berkenaan adalah satu set soalan yang sama dari segi aras kesukaran tetapi berbeza dari segi susunan soalan. Ia mengandungi 15 soalan objektif dan 3 soalan struktur.

17

Modul kartun dihasilkan sendiri oleh pengkaji berdasarkan sukatan pelajaran Tingkatan Empat yang merangkumi subtopik Types of Nutrition dan Balanced Diet ( Sila lihat LAMPIRAN). Untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan nota ini untuk diguna pakai, maka nota ini disemak oleh individu yang pakar dalam bidang pembelajaran Biologi, iaitu guru pakar Biologi sekolah berkenaan. Di samping itu, penggunaan Bahasa Inggeris dalam modul kartun tersebut disemak oleh guru Bahasa Inggeris supaya kesahan dan kebolehpercayaan modul ini adalah tinggi.

Ujian pra dilakukan terhadap pelajar pada awal kajian bermula, iaitu sebelum pengajaran formal dilakukan terhadap topik yang dipilih. Selepas sesi pengajaran selesai, ujian dilakukan sekali lagi terhadap pelajar selepas rawatan dilakukan, iaitu ujian pos. Ini bertujuan untuk menentukan sebarang perubahan tentang pemahaman pelajar mengenai konsep Types of Nutrition dan Balanced Diet setelah berlakunya pengajaran menggunakan kartun bagi kumpulan eksperimen dan kaedah konvensional bagi kumpulan kawalan.

Dalam kaedah modul kartun, pelajar-pelajar mempelajari subtopik Types of Nutrition dan Balanced Diet secara kendiri menggunakan modul kartun yang telah disediakan. Sementara itu, dalam kaedah konvensional atau lebih dikenali dengan kaedah pengajaran tradisional, pembelajaran adalah lebih berpusatkan guru di mana guru menyampaikan konten mata pelajaran secara biasa tanpa melibatkan sebarang unsur kartun. Dalam kaedah konvensional ini, aktiviti yang terlibat adalah guru menyampaikan isi kandungan pelajaran topik Nutrition secara menulis nota di papan hitam sambil menerangkan proses yang terlibat. Selain itu, guru akan mengadakan sesi soal jawab untuk mengetahui kefahaman pelajar mengenai topik ini. Untuk mendapatkan data tentang pandangan pelajar terhadap penggunaan kartun, 10 orang pelajar dari kumpulan eksperimen ditemubual tentang penggunaan kartun dalam pengajaran Biologi. Suatu protokol temubual telah disediakan terlebih dahulu untuk dijadikan panduan kepada pengkaji apabila melaksanakan temu bual secara kumpulan ( focus group interview).

18

3.6

Penganalisisan data

Data-data pra-ujian dan pos-ujian dianalisiskan dengan kaedah ANCOVA (analysis of covariance). Kaedah analisis ini sesuai untuk digunakan apabila kedua-dua kumpulan tersebut adalah tidak setara pada awal kajian kerana kelas-kelas tersebut merupakan kelas yang tersedia wujud dan adalah tidak praktikal untuk menstrukturkan kelas-kelas tersebut. Bagi data temu bual, ianya dianalisis berdasarkan tema-tema yang muncul apabila transkrip-transkrip temu bual dibaca berkali-kali.

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1

Perbandingan Pencapaian Biologi

Jadual 4.1 : Keputusan yang diperoleh dari analisis ANCOVA

Analysis of Covariance

Source Group Pre Error

Sum of Squares 5.98 23.02 289.74

Df 1 1 55

Mean Squares 5.98 23.02 558.72Mean

F 1.136 4.370

p .291 .041

Pretest Group Experimental Control Total N Mean 29 13.31 29 13.69 58 13.50 SD 2.00 2.27 2.13

Posttest Mean 15.97 16.72 16.34 SD 2.74 1.91 2.37

Adjusted Mean 16.02 16.67 * -0.27

* , effect size (ES) = (Experimental adjusted mean Control adjusted mean)/(pooled SD of 24.57)

20

Berdasarkan Jadual 4.1, analisis ANCOVA menghasilkan nisbah F sebanyak 1.14 yang tidak signifikan secara statistik (p = 0.291 > 0.5). Ini menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan secara statistik di antara min terlaras kumpulan eksperimen (16.02) dengan min terlaras kumpulan kawalan (16.67). Selanjutnya, interpretasi dari analisis ini menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan secara statistik dalam pencapaian biologi di antara pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang mengikuti kaedah penggunaan modul kartun dengan pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang mengikuti kaedah konvensional.

4.2

Pandangan Pelajar Terhadap Penggunaan Modul Kartun

Sesi temu bual telah diadakan untuk menilai minat pelajar terhadap penggunaan modul berbentuk kartun dalam pengajaran subjek Biologi. Seramai 10 orang pelajar telah ditemu bual dan mereka telah dilabel sebagai Pelajar 1 sehingga Pelajar 10. Berdasarkan hasil temu bual yang diperoleh ke atas para pelajar tersebut, pandangan pelajar-pelajar tersebut boleh diringkaskan dalam tujuh tema atau kategori sebagaiman yang dihuraikan berikut :

i) Pertambahan Minat

Tema yang pertama iaitu berkenaan minat pelajar untuk mempelajari subjek Biologi. Pengkaji dapat menyimpulkan bahawa minat mereka didapati telah meningkat selepas mengikuti pelajaran biologi dengan menggunakan modul kartun. Misalnya, seorang pelajar mengulas bahawa minatnya bertambah disebabkan seronok membaca:

Ya. Ia [minat untuk mempelajari subjek Biologi] akan meningkat. Kerana kartun adalah benda yang seronok. Jadi, orang suka benda seronok. Kita akan lebih berminat membaca nota Biologi berbentuk kartun. (Pelajar 2)

21

Unsur kartun merupakan sesuatu yang perlu ada untuk menarik minat pelajar untuk membaca modul ini. Pelajar 3 pula mempunyai pendapat yang hampir sama dengan Pelajar 2 mengenai pertambahan minat beliau terhadap subjek Biologi;

Saya rasa meningkat berbanding dulu kerana nota ini berbentuk kartun, senang dibaca dan senang difahami. (Pelajar 3)

Kandungan modul ini yang berasaskan kartun lawak turut menjadi salah satu penyebab kepada pertambahan minat pelajar dalam mempelajari subjek Biologi. Menurut Bryant dan Zillmann(1989), kejayaan pengajaran bersama humor bergantung kepada penggunaan jenis humor yang betul, keadaan yang sesuai, masa yang sesuai dan keadaan pelajar yang bermotivasi. Ini dapat dibuktikan pada pendapat Pelajar 4;

Minat saya meningkat kerana kartun tersebut terdapat banyak unsurunsur lawak [humor]. Jadi, senang nak faham. Tak memeningkan la. (Pelajar 4)

Modul ini juga terbukti dapat menarik perhatian pelajar supaya lebih meminati subjek Biologi. Ini secara tidak langsung akan menambahkan fokus pelajar terhadap subjek Biologi. Pernyataan ini disokong oleh Pelajar 10;

Minat saya untuk mempelajari subjek Biologi akan meningkat selepas membaca nota berbentuk kartun ini kerana ianya lebih menarik perhatian saya dan saya akan lebih fokus lebih kepada subjek Biologi. (Pelajar 10)

ii) Pengintegrasian bersama buku teks

Tema kedua yang dapat disimpulkan adalah kesesuaian untuk penggunaan modul ini diintegrasikan bersama penggunaan buku teks. Ini adalah supaya keberkesanan

22

pembelajaran Biologi dapat ditingkatkan lagi oleh pelajar. Seorang pelajar telah manyatakan bahawa modul ini sesuai untuk diguna pakai bersama buku teks.

Ya, sesuai. Kerana kebanyakan orang tidak suka membaca buku kerana perkataan yang banyak dan mereka bosan. Dengan adanya kartun, mereka akan lebih seronok mempelajari Biologi. (Pelajar 2)

Pelajar 5 pula sependapat dengan Pelajar 2 berhubung perkara ini.

Bagi saya, sesuailah. Kita patut menggabungkan unsur kartun dengan unsur biasa supaya pelajar berminat untuk belajar. Sekarang ini, saya cenderung ke arah kartun berbanding pengajaran biasa yang bosan. (Pelajar 5)

iii) Keupayaan pelajar

Tema seterusnya adalah keupayaan pelajar. Modul berbentuk kartun ini dapat menambahkan keupayaan pelajar untuk mengingati pembelajaran mata pelajaran yang sukar, seperti subjek Biologi. Ini disebabkan oleh penggunaan lawak dalam modul yang memberi kesan kepada pelajar yang membacanya. Seterusnya mendorong mereka untuk lebih mengingati fakta yang sukar. Menurut Abdul Rashid Mohamed et al(2007), manusia dapat mengingati peristiwa atau pengalaman yang menyeronokkan. Bagi segolongan pelajar, kandungan lawak dalam modul kartun ini dianggap sesuatu yang menyeronokkan dan ini membantu mereka mengingat fakta-fakta dalam subjek Biologi, seterusnya membantu beliau dalam menjawab soalan peperiksaan.

Sebab terdapat banyak lawak, membantu nak ingat. Kalau nak jawab soalan peperiksaan, teringat lawak tersebut. Senang nak jawab soalan. (Pelajar 4)

Keupayaan pelajar yang bertambah dalam mengingati pelajaran adalah disebabkan pembacaan modul ini yang berulang-ulang kali. Kemasukan input yang berulang kali

23

akan menjadikan mereka lebih ingat tentang sesuatu pelajaran. Seorang pelajar telah menyatakan beliau membaca modul ini berulang kali disebabkan modul ini lebih menarik berbanding buku teks biasa.

Nota berbentuk kartun ini kita akan baca berulang-ulang kali sebab ia nampak lebih menarik berbanding buku teks biasa. (Pelajar 5)

Modul ini yang sebahagian besarnya terdiri daripada imej-imej kartun dapat memberi gambaran yang hampir kepada gambaran mental pelajar. Ini akan memudahkan mereka menyerap segala maklumat yang cuba disampaikan oleh modul kartun berkenaan. Ini akan membantu mereka mengingat pelajaran yang sukar. Menurut Abdul Rashid Mohamed et al (2007), kartun dapat membuatkan manusia menggunakan kedua-dua belah hemisfera otak iaitu otak kiri dan otak kanan secara serentak. Otak kiri berfungsi untuk kebolehan rasional, analisis, logik, berstruktur dan terancang. Otak kanan pula untuk kemahiran intuitif, kreatif, sintesis dan imaginasi. Penggunaan serentak kedua-dua hemisfera ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan objektif pengajaran lebih mudah dicapai serta mesej kekal dalam ingatan jangka panjang pelajar. Seorang pelajar telah menyatakan bahawa modul ini memberikan gambaran ilusi yang lebih jelas berbanding buku teks. Tambahan lagi, beliau turut menyatakan bahawa penerangan modul kartun ini lebih jelas berbanding penerangan guru sekolah beliau sendiri.

Melalui modul ini, ia memberikan gambaran ilusi yang lebih nyata dan jelas berbanding buku rujukan dan penerangannya juga lebih jelas berbanding penerangan guru-guru sekolah saya. (Pelajar 1)

24

iv) Peningkatan Prestasi

Tema seterusnya adalah prestasi pelajar. Pengkaji dapat merumuskan bahawa modul kartun ini dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek Biologi jika modul ini diberikan sebagai bahan bacaan mereka. Ini disebabkan adanya unsur humor yang mengelakkan pelajar bosan membacanya dan pertambahan keupayaan pelajar untuk mengingati pembelajaran dengan bantuan modul ini. Seorang pelajar telah menyatakan bahawa minat pelajar terhadap unsur kartun yang terdapat dalam modul ini akan menyebabkan mereka akan sentiasa membaca modul kartun ini tanpa mengira waktu.

Prestasi mereka akan meningkat sebab mereka cenderung ke arah kartun. Mereka akan sentiasa membaca nota kartun berkenaan tanpa mengira waktu. (Pelajar 5)

Keserasian pelajar untuk menggunakan modul ini adalah penting untuk menjana peningkatan prestasi pelajar itu sendiri. Seorang pelajar berpendapat bahawa modul ini lebih mudah dibaca berbanding membaca buku teks. Ini akan meningkatkan prestasi mereka.

Saya rasa prestasi mereka akan meningkat kerana mereka juga berasa lebih mudah membaca nota kartun ini berbanding buku teks yang cepat membosankan. (Pelajar 3)

v) Kepentingan / Peranan Guru

Tema seterusnya adalah peranan guru. Guru adalah diperlukan untuk menerangkan isi kandungan modul kartun ini kepada pelajar. Pelajar tidak mungkin dapat memahami semua perkara yang terkandung dalam modul ini tanpa bantuan guru. Guru selaku pakar konten subjek Biologi akan menjelaskan lebih lanjut tentang apa yang tidak terdapat dalam modul ini jika pelajar memerlukan penjelasan yang lebih mendalam. Dengan ini, pemahaman konsep pelajar akan lebih kukuh lagi. Seorang pelajar telah menyatakan

25

bahawa peranan guru adalah diperlukan supaya guru dapat menerangkan sesetengah topik dalam modul kartun tersebut yang tidak difahami pelajar.

Perlu peranan guru. Itu sebabnya sekolah memerlukan guru. Tidak semestinya dengan membaca nota kartun sahaja, kita akan faham serta merta. Dengan adanya guru, kita akan lebih memahami sesetengah topik itu. (Pelajar 4)

Setelah diteliti saranan pelajar tersebut, maka satu kaedah pengajaran modul kartun ini yang paling berkesan adalah dengan menggabungkan peranan guru dengan mengaplikasikan penggunaan modul kartun ini semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kaedah ini akan lebih mendatangkan kesan kepada pelajar disebabkan adanya gabungan unsur humor, kartun dan juga gaya penyampaian guru itu sendiri. Sehubungan ini, seorang pelajar telah mencadangkan satu teknik untuk mempelbagaikan penggunaan modul kartun ini semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Guru perlu bertanya soalan kepada pelajar mengenai kartun itu. Untuk memastikan sama ada pelajar faham atau tidak apa yang cuba disampaikan oleh kartun itu. (Pelajar 2)

vi) Penjimatan Masa

Selain itu, tema seterusnya adalah penjimatan masa. Setelah modul kartun ini diuji kepada pelajar, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa jika pelajar menggunakan modul kartun ini, pelajar akan lebih memahami pelajaran dengan cepat berbanding menggunakan buku rujukan biasa untuk subtopik yang sama. Penjimatan masa untuk menelaah pelajaran adalah penting supaya masa yang dijimatkan dapat dimanfaatkan untuk mengulang kaji pelajaran yang lain. Ini akan secara tidak langsung dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi pelajar itu secara keseluruhan. Seorang pelajar telah menyatakan bahawa beliau hanya mengambil masa yang lebih singkat untuk

26

membaca modul kartun berbanding dengan masa untuk membaca buku rujukan yang biasa.

Saya perlukan masa 10 minit untuk membaca modul kartun, kalau membaca buku rujukan biasa, mungkin 30 minit. (Pelajar 6)

Setiap pelajar mempunyai tempoh yang berbeza untuk memahami kedua-dua subtopik yang dimuatkan dalam modul kartun ini dan juga buku rujukan biasa. Hal ini bergantung kepada keupayaan individu itu sendiri. Seorang pelajar lain pula menyatakan keperluan masa yang berbeza berbanding pelajar sebelumnya untuk membaca kedua-dua modul kartun dan juga buku rujukan biasa.

Saya perlukan masa 15 minit untuk membaca modul kartun ini, tetapi untuk membaca buku rujukan biasa, saya perlukan masa 45 minit. (Pelajar 7)

Sehubungan itu, tema yang lain adalah sifat kartun dalam modul. Pengkaji mendapati pendekatan yang paling berkesan adalah kartun yang dilukis dalam modul ini patut mengandungi unsur humor atau lawak yang seimbang. Menurut Kamus Dewan, humor adalah kebolehan menyatakan sesuatu yang menggelikan hati. Maksudnya, kandungan humor mestilah tidak terlalu banyak mahupun tidak terlalu sedikit. Humor digunakan supaya pelajar tidak tertekan semasa pembelajaran subjek Biologi ini. Menurut Abdul Rashid Mohamed et al(2007), satu kajian telah dijalankan oleh Duncan, Smelter dan Leap (1990) yang menyatakan humor mampu mengurangkan tekanan dan membolehkan seseorang berhadapan dengan kebosanan. Tema-tema sebelumnya telah mengaitkan peranan yang dimainkan oleh kartun dalam meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari subjek Biologi. Akan tetapi, kandungan unsur kartun yang ingin dimasukkan dalam modul kartun seharusnya tidak terlalu tinggi supaya ia tidak menganggu tumpuan pelajar semasa membaca modul berkenaan. Seorang pelajar menyatakan bahawa unsur humor dalam modul kartun ini seharusnya sederhana sahaja supaya dapat merangsang semangat pelajar untuk belajar.

27

Jika (kandungan) lawak terlalu tinggi, ia akan mengganggu. Jika ia (kandungan lawak) terlalu rendah, ia (modul kartun) membosankan. Ia perlu sederhana sahaja. Lawak kena berpatutan kerana kita mahu wujudkan semangat pelajar tersebut ketika belajar. (Pelajar 6)

vii) Peningkatan Sikap Positif

Tema terakhir adalah sikap pelajar. Hasil temubual mendapati sikap pelajar lebih positif untuk mempelajari subjek Biologi setelah menggunakan modul kartun ini. Mereka tidak lagi menganggap subjek Biologi sebagai subjek yang sukar dikuasai. Seorang pelajar menyatakan bahawa beliau akan bersikap positif untuk mempelajari subjek Biologi setelah membaca modul kartun ini kerana modul kartun ini kurang membosankan dan kurang tertekan berbanding dengan membaca buku rujukan yang biasa.

Saya akan lebih bersikap positif [untuk mempelajari subjek Biologi]. Kerana selama ini saya membaca buku rujukan, terasa bosan. Bila baca kartun [modul kartun Biologi], tak tertekan. (Pelajar 4)

Sekali lagi, unsur kartun menjadi penyebab utama kepada peningkatan sikap positif pelajar tersebut. Seorang pelajar lain pula menyatakan bahawa modul kartun ini menarik minat beliau untuk membaca bahan subjek Biologi, dan ini akan menjadikan beliau bersikap positif untuk mempelajari subjek Biologi.

Saya bersikap lebih positif [untuk mempelajari subjek Biologi] kerana lebih sukakan membaca nota kartun [modul kartun] daripada membaca nota biasa kerana nota kartun ini menarik minat saya untuk membaca. (Pelajar 5)

Peningkatan sikap positif pelajar untuk mempelajari subjek Biologi akan mendorong peningkatan keyakinan diri mereka untuk mendapat skor A1 dalam peperiksaan SPM nanti. Pengkaji dapat merumuskan bahawa pelajar akan yakin untuk mendapat skor A1 jika modul ini merangkumi semua topik dalam subjek Biologi, iaitu

28

bermula dari topik Tingkatan 4 sehingga Tingkatan 5. Seorang pelajar menyatakan bahawa beliau yakin akan mendapat skor A1 dalam subjek Biologi SPM sekiranya beliau dibekalkan dengan modul kartun sepenuhnya. Ini akan membuatkan beliau lebih bersedia untuk belajar dan mengulang kaji subjek Biologi.

Saya yakin saya dapat skor A1 kerana dengan nota yang penuh dengan kartun ini, saya lebih bersedia untuk belajar dan mengulang kaji. (Pelajar 7)

Budaya mengulang kaji pada saat akhir sudah sedia maklum menjadi amalan sesetengah pelajar. Mereka biasanya tidak mendapat masa yang mencukupi untuk menghabiskan pembacaan mereka jika menggunakan buku rujukan biasa. Tetapi, pengkaji dapat menjamin mereka akan dapat mengulang kaji pelajaran di saat-saat akhir disebabkan kurangnya tekanan kepada pelajar dengan adanya unsur humor. Tambahan lagi, masa pembacaan modul kartun ini adalah lebih pendek berbanding pembacaan buku rujukan biasa untuk topik yang sama disebabkan adanya penjimatan masa. Seorang pelajar menyatakan bahawa beliau yakin akan mendapat keputusan A1 dalam peperiksaan Biologi dalam SPM walaupun beliau belajar di saat-saat akhir menggunakan modul kartun ini.

Saya yakin dapat skor (A1). Kalau study last minute (di saat-saat akhir) pun berkesan kalau nak baca kartun (modul kartun Biologi). Kalau baca buku rujukan, tak berkesan kalau belajar last minute . So, ini amat berkesan untuk skor dalam SPM. (Pelajar 4)

BAB 5

KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji mengakhiri kajian dengan merumuskan intipati kajian seperti kesimpulan, perbincangan, kajian akan datang dan penutup.

5.2

Kesimpulan

Kesimpulan kajian adalah tiada perbezaan yang signifikan secara statistik dalam pencapaian Biologi di antara pelajar-pelajar yang mengikuti modul kartun dengan pelajarpelajar yang mengikuti kaedah konvensional. Namun, dari sudut pandangan pelajarpelajar yang telah mengikuti kaedah penggunaan modul kartun dapat menunjukkan bahawa minat mereka bertambah, keupayaan mereka untuk mengingati pembelajaran Biologi adalah meningkat, prestasi mereka meningkat, peranan guru diperlukan, masa dapat dijimatkan dan sikap positif mereka dapat meningkat.

30

5.3

Perbincangan

Secara refleksi, ketidaksignifikan dalam pencapaian biologi mungkin boleh disebabkan oleh beberapa perkara yang boleh dijadikan ikhtibar untuk kajian-kajian yang akan datang. Pertama, didapati tempoh intervensi yang digunakan dalam eksperimen ini hanya 80 minit. Tempoh ini mungkin tidak dapat menonjolkan keberkesanan penggunaan kartun. Dicadangkan tempoh intervensi untuk kajian-kajian yang akan datang dilanjutkan ke sekurang-kurangnya seminggu untuk melihat keberkesanan penggunaan kartun. Kedua, dalam eksperimen ini, kumpulan ekperimen diberikan kartun tanpa penerangan guru walhal kumpulan kawalan mendapat penerangan guru. Tanpa penerangan, adalah dihipotesis bahawa pelajar mengalami kesukaran untuk memahami teks dalam bahasa Inggeris walaupun minat mereka bertambah terhadap pengajaran subjek tersebut. Pelajar kumpulan kawalan pula, walaupun terpaksa berimaginasi, mereka mendapat penerangan daripada guru dan tidak perlu berhempas pulas memahami teks dalam bahasa Inggeris. Dicadangkan untuk kajian yang akan datang, penerangan guru harus diberikan kepada kedua-dua kumpulan dan perbezaannya hanya terletak pada penggunaan teks, yakni penggunaan kartun ataupun penggunaan buku teks biasa.

5.4

Cadangan

Walaupun tidak signifikan, namun pelajar-pelajar berpendapat pembelajaran dengan menggunakan modul kartun adalah sangat bermakna dan menyeronokkan. Dapatan ini memberikan satu implikasi kepada para guru supaya mereka mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka, khasnya dalam menggunakan kartun dalam pengajaran sains, sama ada sains teras, Biologi, Fizik atau Kimia. Walaupun guru tidak dapat menyediakan kartun berkenan, mereka boleh mendapatkan kartun-kartun dari buku, kartunis, latihan dan tunjuk ajar daripada individu yang berbakat dalam seni kartun mahupun seni lukisan untuk mengaplikasikan teknik pengajaran menggunakan kartun sebagai salah satu strategi

31

untuk menarik minat pelajar dalam subjek Sains yang biasanya dianggap sukar untuk dikuasai.

Pihak Kementerian Pelajaran (KPM) juga hendaklah memberi pertimbangan untuk memberi elaun khas dan menyerapkan guru yang berkebolehan dalam seni kreatif seperti lukisan kartun supaya dapat memberi latihan kepada guru lain yang berminat untuk mencuba teknik pengajaran berasaskan kartun. Tambahan lagi, pelajar diharapkan dapat mencipta sendiri kartun mereka berasaskan subjek yang menjadi masalah untuk mereka memahaminya dengan kaedah konvensional. Teknik pengajaran ini adalah alternatif kepada teknik peta konsep yang sekian lama popular dalam bidang pendidikan.

Melalui temu bual bersama pelajar-pelajar, terdapat pelbagai cadangan dapat diperoleh untuk penambah baikan modul ini di masa hadapan. Modul ini seharusnya diteruskan dengan merangkumi kesemua topik dalam subjek Biologi agar para pelajar lebih mudah untuk mengulangkaji Biologi dengan cara yang cepat dan seronok. Rata-rata pelajar yang ditemui mengatakan bahawa mereka berasa seronok dan tidak berasa bosan untuk mengulang kaji subjek Biologi menggunakan modul ini. Berbeza pula jika mereka mengulang kaji subjek Biologi menggunakan buku rujukan biasa yang terlalu banyak fakta dan membosankan mereka, seperti yang diutarakan oleh P2 dan P10.

Selain itu, konsep modul berbentuk kartun ini juga patut diteruskan untuk subjek lain yang memerlukan pembacaan yang lebih, contohnya subjek Sejarah. Penggunaan kartun dapat meringkaskan peristiwa yang berlaku dan dapat menimbulkan semangat kepada pelajar untuk belajar Sejarah.

Tambahan lagi, modul ini harus dikeluarkan dalam bentuk buku dan dijual pasaran terbuka supaya semua pelajar berpeluang mendapat akses yang sama rata. Mereka berpeluang memilikinya sebagai salah satu bahan bacaan alternatif di samping buku teks dan buku rujukan biasa. Bidang Teknologi Maklumat (IT) juga boleh diaplikasikan bersama dengan konsep modul kartun ini. Pengkaji mencadangkan agar modul ini diberikan satu ruang dalam portal pembelajaran online yang sedia ada,

32

contohnya Portal Pembelajaran Utusan atau Myschoolnet. Dengan ini, para pelajar akan mendapat pilihan untuk menentukan apakah teknik pembelajaran yang diinginkan mereka pada satu-satu masa. Dengan cara ini, lebih ramai pelajar akan dijangka mengunjungi portal pembelajaran online berkenaan, terutamanya pelajar yang tidak biasa

menggunakannya. Mereka mungkin tertarik untuk melihat konsep kartun ini dahulu, kemudian akan terdorong untuk melayari portal berkenaan untuk subjek-subjek lain pula.

Pihak Kementerian Pelajaran dapat dicadangkan untuk mencuba mengadaptasikan konsep kartun ini dalam buku teks Biologi. Untuk tujuan ini, pelukis kartun yang berkebolehan boleh diserapkan dalam bidang pendidikan sebagai salah satu pihak yang bekerjasama menghasilkan buku teks. Kebolehan melukis mereka dapat digabungkan dengan kepakaran konten oleh guru pakar Biologi yang sedia ada, dan perlu juga mendapat kerjasama individu yang pakar dalam Bahasa Inggeris untuk memeriksa penggunaan Bahasa Inggeris yang betul. Dengan ini, buku teks dapat digunakan semaksima mungkin oleh pelajar supaya mereka lebih bersemangat untuk lebih meneroka ilmu Biologi. Semangat ini penting supaya mendorong mereka untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, dan bukannya semata-mata bermatlamatkan peperiksaan.

5.4

Kajian akan datang

Setelah pengkaji menjalankan kajian di sekolah serta melakukan penganalisisan data, pengkaji mencadangkan supaya kajian seterusnya akan dilakukan di masa-masa akan datang. Kajian tersebut seharusnya menggunakan sampel kajian yang lebih besar serta meliputi pelajar yang bersekolah di bandar dan juga luar bandar. Ini akan membolehkan dapatan hasil yang lebih menyeluruh. Kajian juga perlu menggunakan bilangan sampel yang lebih besar supaya dapat menunjukkan keberkesanan modul kartun ini. Selain itu, kajian juga boleh dilakukan dalam sekolah-sekolah dalam sesebuah negeri supaya perbandingan pencapaian antara sekolah dapat diperhatikan. Seterusnya, kajian ini juga boleh diteruskan ke negeri-negeri lain pula di Malaysia. Tambahan lagi, kajian seterusnya

33

perlu membandingkan keberkesanan modul kartun dengan Alat Bantu Mengajar (ABM), contohnya buku teks. Ini bertujuan untuk mengetahui adakah modul kartun lebih berkesan berbanding buku teks jika digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).

5.5

Penutup

Walaupun terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh seseorang guru Biologi dalam meningkatkan pencapaian Biologi para pelajar, kaedah modul kartun ini seharusnya diberi perhatian yang sewajarnya. Sememangnya bukan senang untuk mengubah kebiasaan pengajaran yang sedia ada. Tetapi, untuk menjadikan bidang pendidikan sebagai satu bidang yang dinamik, maka guru-guru Biologi perlu mencuba sesuatu yang baru supaya pelajar dapat memahami isi kandungan sujek Biologi dan bukan sekadar menghafal semata-mata.

34

RUJUKAN

Abdul Rashid Mohamed Mohamed et al (2007). Humor Dalam Pengajaran .Kuala Lumpur. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Bendis, B. M. (2005). Ultimate Spiderman Vol 1 : Power and Resposibility. New York, NY : Marvel Comics. Betsy The Lay Hong (2008). Longman Essential Biology Form 4 : Bilingual Text. Petaling Jaya, Selangor. Pearson Malaysia Sdn Bhd. Bryant, J & Zillmann, D. (1989). Using humor to promote learning in the classroom. Journal of Children in Contemporary Society, 20(1-2), 49-77. Clever S. (1999). Comics & Graphic Novels [Electronic version]. Instructor. Diperoleh Oktober 12, 2008 daripada http://proquest.umi.com/ Dale Jacobs ( 2007). More Than Words: Comics as a Means of Teaching Multiple Literacies [ Electronic version ]. English Journal. Diperoleh Mac 5, 2008 daripada http://proquest.umi.com/ Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Kamus Dewan ( edisi keempat). Selangor Darul Ehsan : Dawama Sdn Bhd. Gan Wan Yeat, Manoharan Subramaniam, Azmah Rajion (2005). Biology Form 4 : Integrated Curriculum for Secondary Schools. Petaling Jaya, Selangor. Bakaprep Sdn Bhd. Gene Y. (2003).Comics in Education. Diperoleh Ogos 29, 2008 daripada http://www.humblecomics.com/comicsedu/index.html. Irwan Fahmi Anuar (2003). The Effectiveness of Using Comic Strips to Promote Reading Comprehension. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Tanjung Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Lockbee J. (2005). I Got Graphics [Electronic version]. Young Adult Library Services. Diperoleh Oktober 12, 2008 daripada http://proquest.umi.com/ Miller, F. (2002). Batman: The Dark Knight Returns. New York, NY : DC Comics. Norihan Abd Ghani (2005). Kajian keberkesanan pengajaran menggunakan peta konsep bagi subtopik Ikatan ion dalam mata pelajaran Kimia Tingkatan 4. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Tanjung Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris

35

Novak, J.D. (1990). Concept Maps and Vee Diagrams : Two Metacognitive Tools to Facilitate Meaningful Learning. Learning Science. 19 : 29-52

Nurul Jannah Subahir (2002). Satu kajian mengenai penggunaan peta konsep dalam tajuk Jadual Berkala di kalangan pelajar Tingkatan 4. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Tanjung Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Riner P. S. (2000). Successful Teaching the Elementary Classroom. Prentice Hall : Columbus, Ohio. Stein, Groger & Henningsen (1995). Student Reaction on Being Concept Mapping. Physic Education. 29 : 274-279.

Wan Rahmah Wan Mohd (2003). The Effectiveness of Using Comics in Upgrading ESL Students Reading Comprehension. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Tanjung Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Wertham, Fredric (1954). Seduction of the Innocent. New York: Rinehart. Whipple B. D. (2007). Comic Books : Theyre Good For You! : Tesis Master yang diterbitkan. United States: Pacific Lutheran University.

36

LAMPIRAN

37

38

39

40

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 Tanjung Malim, Perak

CARTOON MODULEBIOLOGY FORM 42008TOPIC : Nutrition SUB TOPIC : 6.1 Type of Nutrition 6.2 Balanced Diet DURATION : 30 minutes CREATED BY: Ahmad Nizam bin Abdullah Bachelor in Science Education (Biology) D20051022298 IN COLLABORATION WITH : Pn Norhayati Bt Din SMK Cukai Biology Teacher

41

42

43

44

45

46

47

48

49

50

51

52

53

54

55

56

57

58

59

60

61

62

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 Tanjung Malim, Perak

TOPICAL TEST (post-test)BIOLOGY FORM 4

TOPIC : Nutrition SUB TOPIC : 6.1 Types of nutrition 6.2 Balanced diet DURATION : 30 minutesINSTRUCTION : 1. This question paper consists of TWO ( 2 ) sections, Section A and Section B. 2. Section A consists of FIFTEEN ( 15 ) multiple choice questions, and Section B consists of THREE ( 3 ) structured questions. 3. Please answer ALL the questions from Section A and Section B honestly. Your co-operation is highly appreciated. THIS QUESTION PAPER CONSISTS OF 5 PAGES INCLUDING COVER

Name :_____________________________________________ Class :______________________________________________

63

SECTION A : PLEASE CIRCLE THE CORRECT ANSWER. ( Total 15 marks) 1. Which diet are suitable for the respective target groups? I. Carbohydrate-rich diet: Old people. II. Calcium and phosphorus-rich diet : Children III. Carbohydrate-rich diet : Teenagers IV.Lipid-rich diet : Children A. I, II and III only B. I, II and IV only C. II and III only D. I, II, III and IV 2. Why water is suitable to maintain our body temperature? A. It can dissolve most substances that required in the body. B. It also can reduce friction between the bones in joints. C. Water can hold large amount of heat. D. Most of foods contain water. 3. Abu consumed 10 vitamin C pills today, which is exceeding the usual intake (should be about a pill per day ). What will happen to Abu after this? A. The excess vitamin C is being stored in Abus body. B. Nothing dangerous happened after he urinating. C. Abu can get highest protection against more diseases. D. Abu might get food poisoning. 4. Which are the following statements are false about vitamins? I. It can provide energy for metabolism. II. It consist of organic substances. III. It can easily being destroyed at high temperatures. IV. Should be consumed in large amount to protect our body. A. B. C. D. I and II I and III II and III I and IV

5. Which of the following statements are true about water ? I. Excess water can be stored in our body for future use. II. We can still survive if not drinking water in a week. III. Water can help removing waste product from the body. IV. It helps the body to cool down if the weather is hot. A. B. C. D. I and II III and IV I, II and III II, III and IV

6. Roughage prevents constipation. From these statements, which one is the best in describing roughage? A. Cereals can contain a lot of roughage. B. It consist of cellulose, which is originated from cell membrane. C. Our body can digest roughage effectively, using several enzymes in stomach. D. It moves indigestible along the respiratory canal.

64

7. Minerals is required in our body. Which is a true statement about minerals? A. It consist of organic substances B. Can cause disease if not taken enough in diet. C. Must be synthesized in our body. D. Minerals are required in large quantities in the body

8. From these statements below, which is true about daily energy requirements? A. Female young adults need more energy than young male adults because they have menstruation. B. An old woman needs more energy than a children because she has live longer than the children does. C. A policeman requires a lot more energy than a fireman while doing his work. D. Although Kamal has smaller body than Raju, he needs less energy than Raju. 9. Among the following types of food, which one will contain the most carbohydrate? A. Papaya B. Apple C. Fried chicken D. Fried rice . 10. Select which food/ drinks are suitable for a vegetarian. I. Milk II. Soybean milk III. Coffee IV. Cereals A. I, II and III A. I, II and IV B. I, III and IV C. II, III and IV 11. Photoautotroph organism produce food by using X, Y and sunlight. What is X and Y? A. Oxygen and water. B. Oxygen and minerals. C. Carbon dioxide and water D. Carbon dioxide and minerals. 12. What is the difference between saprophytism and parasitism? A. Saprophytism is autotrophic, parasitism is heterotrophic B. Saprophytism involve two organism, while parasitism involve one. C. Saprophytism absorb nutrients from the dead, parasitism from living ones. D. Saprophytism absorb organic substances, while parasitism absorb inorganic substances. 13. From these statements, which is the best describing a balanced diet? A. It should have the correct proportion of different nutrients. B. It should have same proportion of a same nutrient. C. It should have same proportions of same nutrients. D. It should have all the required nutrients without specific proportions.

65

14. Which one is these statements is NOT TRUE about chemosynthesis? A. Synthesizing of inorganic compound B. One example of organism is the sulphur bacteria. C. Synthesizing of organic compound. D. One of the autotrophic nutrition. 15. . From these below, which one is a type autotrophic of nutrition? A. Holozoic nutrition B. Saprophytism C. Parasitism D. Chemosynthesis

SECTION B : PLEASE FILL IN THE BLANKS. ( Total 5 marks ) 1. What are the nutrients contained in food? (a) ____________________ (b) ____________________ (c) ____________________ (d) ____________________ 2. State 2 factors that affects daily energy requirements : (a) ___________________ (b) ___________________

(2 marks)

( 1 mark )

3. In an experiment to determine the energy value of a groundnut, the following results are recorded; Mass of water in the test tube : 15.5 g Mass of groundnut burned : 0.6 g Initial temperature of water : 30 Celcius Final temperature of water : 55 Celcius So, the energy value of the groundnut is ________J/g Formula : (energy value : mass of water x increase in temperature x 4.2 mass of food Show your calculation here : (2 marks)

END OF QUESTION. GOOD LUCK!


Recommended