Download docx - kaedah kajian (7)

Transcript

960930-01-69992.0 OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ialah:1. Mengenal pasti jenis-jenis adat resam yang diamalkan oleh kaum Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Melati pada masa kini1. Mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan berlaku kelunturan adat resam dalam kalangan kaum Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Melati pada masa kini

4.0 METODOLOGI4.1 Pendahuluan Menurut Homby(1985) (dalam Nor Hidayahbinti Mohamed,2004),metodologi merupakan satu kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian atas subjek kajian yang tertentu. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian,sampel kajian,instrument kajian,instrument kajian dan prosedur analisis data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal. 4.2 Reka Bentuk Kajian Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kaedah tinjauan merupakan sata rangka rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan,pengukuran dan analisis data. Kajian ini adalah untuk mengetahui dan memahami sebab adat resam tradisional yang diamalkan oleh orang Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri semakin dilupai pada zaman sainstifik ini.4.3 Instrument Kajian Instrument ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang berkaitan dengan sikap,persepsi,pandangan dan keterangan latar belakang. Dalam kajian ini,instrument yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan menggunakan borang soal selidik dan kaedah rujukan .

KaedahInstrument kajian

KuantiatifBorang soal selidik

KualitatifKaedah rujukan

4.3.1 Soal selidik Kaedahsoalselidikinidijalankanuntukmendapatkanmaklumatdenganlebih tepat dan betul.Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untukmemudahkanlagikajianyanghendakdijalankan.Calonbolehmerekabentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan perlumemenuhi objektif kajian.Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepadaresponden di kawasan kajian. Maklumat yang diperolehi dari borang soal selidik itu akan menjadi sebahagian pengumpulan data kajian. Antara kelebihan soal selidik ialah kos yang diperlukan untuk menjalankan kaedah ini adalah lebih rendah berbanding dengan kaedah lain.4.3.2 Rujukan Kaedah ini dijalankan dengan cara merujuk kepada buku teks dan buku rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Calon juga boleh membuat rujukan internet. Kaedah ini biasanya merupakan kaedah tambahan kepada kajian. .Kaedah rujukan yang digunakan ialah rujukan primer dan rujukan sekunder. Rujukan primer ialah rujukan langsung. Pengkaji mengambil ,mengutip,dan mencatat secara langsung dari bahan rujukan yang digunakan seperti mencatat maklumat melalui soal selidik. Manakala, rujukan sekunder pula boleh didefinisikan sebagai ungkapan yang dipetik dan dicatatkan dalam penulisan dengan berdasarkan data diperolehi dari perpustakaan dan laman web rasmi.4.4 Cara mendapatkan responden Respoden ini terdiri daripada 30 penduduk dari kawasan Taman Melati. Daripada keseluruhan penduduk adalah terdiri daripada 13 orang lelaki dan 17 orang yang perempuan akan diambil sebagai responden.Responden akan mengisi borang soal selidik yang diberi pada hari kajian dijalankan. Bagi teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula adalah menggunakan teknik persampelan rawak mudah di mana dengan menggunakan prosedur persampelan ini,setiap penduduk di Taman Melati mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai seorang respoden. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang penduduk dan 30 set borang soal selidik akan diberikan kepada mereka secara rawak mudah untuk memperoleh data yang lebih tepat.Seterusnya,kaedah rujukan akan dilakukan oleh pengkaji sendiri.4.5 Cara mendapatkan maklumat daripada respoden Borang soal selidik yang sesuai telah pengkaji buat untuk mendapat dan mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian .Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B .Bahagian A ialah bahagian demografi manakala Bahagian B adalah mengenai punca punca kelunturan adat resam yang diamalkan dalam masyarakat orang melayu sempena hari raya aidilfitri di taman melati. Kajian ini telah menggunakan skala pemarkahan lima mata yang mengandungi aras iaitu 1= tidak pasti, 2 = sangat tidak setuju,3 = tidak setuju, 4 = setuju,5 = sangat setuju .

Jadual 4.1 Skala likert lima aras digunakanTidak pasti1

Sangat tidak setuju2

Tidak setuju3

Setuju 4

Sangat setuju5

Selain itu, kaedah rujukan juga digunakan untuk menyempurnakan kajian ini. Pengkaji telah menggunakan kaedah rujukan di pusat sumber sekolah dengan merujuk buku-buku yang dapat memberi maklumat tentang punca kelunturan adat resam dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Pengkaji juga telah merujuk kamus- kamus yang mampu mendefinisikan sesuatu perkataan dengan jelas seperti Kamus Dewan. Di samping itu, pengkaji juga telah mendapatkan maklumat dengan melayari internet untuk mendapatkan bahan maklumat yang mencukupi sebagai sokongan bahan kerja.

4.6 Memproseskan dan mempersembahkan dataKaedah statistik deskriptif digunakan dalam penganalisisan data yang berbentuk skala Likert.Skala Likert akan dikategorikan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2 untuk memudahkan penganalisisan data.Jadual 4.2 Pengkelasan Skala LikertKategori

Tidak Setuju Tidak pasti1

Sangat tidak setuju2

Tidak setuju3

Setuju Setuju 4

Sangat setuju 5

Selain itu, dalam aspek penganalisisan data,pengiraan manual akan diguna pakai. Justeru, kekerapan dan peratus sahaja akan dijadikan data untuk dianalisis. Data yang dikumpulkan akan dipersembahkan dalam bentuk grafik,iaitu graf bar dan jadual. 4.7 Rumusan Metodologi yang telah dikenal pasti dapat menjamin kebolehpercayaan dan kesahan dapatan kajian di samping menghasilkan kerja kursus yang lebih berkualiti.Lantaran itu,pengkaji mesti mengikut tatacara kajian yang telah ketat dengan mengikut prosedur kutipan data dan instrumen kajian yang ditetapkan.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Bahagian ini telah menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas respoden terhadap soal selidik yang telah dijalankan berkaitan dengan punca kelunturan adat resam yang diamalkan oleh orang Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Melati pada masa kini . Di samping itu,bahagian ini juga telah mengenal pasti tentang jenis-jenis adat resam yang diamalkan oleh kaum Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri dengan menggunakan kaedah rujukan.5.1 Demografi respoden5.1.1 JantinaJadual 1 : Demografi Subjek Pemecahan Berdasarkan JantinaJANTINA KEKERAPAN (ORANG)PERATUS(%)

Lelaki 1343.33

Perempuan 1756.67

Jumlah 30100.00

Sumber : Kerja Lapangan 2015

Rajah 1: Demografi Subjek Pemecahan Berdasarkan JantinaSumber : Kerja Lapangan 2015 Respoden pengkaji terdiri daripada penduduk yang tinggal di Taman Melati,iaitu 30 orang penduduk. Merujuk Jadual 1, jumlah respoden adalah seramai 13 orang respoden yang terdiri daripada jantina lelaki, bersamaan dengan 43.33% dan 17 orang perempuan bersamaan dengan 56.67% .5.1.2 Umur Jadual 2 : Demografi Subjek Pemecahan Berdasarkan UmurUmur

Kekerapan (Orang)Peratus (%)

Lelaki Perempuan Jumlah LelakiPerempuan Jumlah

20 tahun dan ke bawah 53816.671026.67

21-30 35816.671026.67

31-40044013.3313.33

41-5052716.676.6723.33

51 tahun dan ke atas03301010

Sumber : Kerja Lapangan 2015

Rajah 2 : Demografi Subjek Pemecahan Berdasarkan UmurSumber : Kerja Lapangan 2015 Jadual 2 menunjukkan majoriti respoden adalah berumur 20 tahun dan ke bawah serta berumur 21 hingga 30 tahun,dengan kadar peratusan yang sama ,iaitu 26.67%. Di samping itu,terdapat 4 orang respoden yang berumur 31 hingga 40 tahun,bersamaan dengan 13.33%. Bagi umur 41 hingga 50 tahun, hanya terdapat 7 orang respoden,iaitu 23.33% . Selain itu, terdapat 3 orang respoden yang berumur 51 tahun dan ke atas,iaitu 10%.5.1.3 PekerjaanJadual 3 : Demografi Subjek Pemecahan Berdasarkan PekerjaanPekerjaan Kekerapan(orang)Peratus (%)

Lelaki Perempuan Jumlah Lelaki Perempuan Jumlah

Swasta 000000

Kerajaan 03301010

Bekerja sendiri 43713.311023.33

Pelajar 6612202040

Bersara 325106.6716.67

Lain-lain 03301010

Sumber: Kerja Lapangan 2015

Rajah 3 : Demografi Subjek Pemecahan Berdasarkan PekerjaanSumber : Kerja Lapangan 2015 Majoriti respoden saya adalah pelajar iaitu 12 orang,bersamaan dengan 40.00 % . dengan merujuk jadual .Seterusnya,terdapat 7 orang respoden bekerja sendiri, iaitu bersamaan dengan 23.33 %. Terdapat 5 orang respoden yang bersara ,bersamaan dengan 16.67% manakala kerajaan dan lain-lain pekerjaan mempunyai jumlah respoden yang sama,iaitu 3 orang,bersamaan dengan 10.00%. 5.1.4 Status PendidikanJadual 4 : Demografi Subjek Pemecahan Berdasarkan Status PendidikanStatus pendidikan Kekerapan(orang)Peratus (%)

Lelaki Perempuan Jumlah Lelaki Perempuan Jumlah

UPSR1233.336.6710

SRP/PMR 02206.676.67

SPM 42613.336.6720

STPM000000

Sijil/Diploma561116.672036.67

Ijazah2576.6716.6723.33

Lain-lain 1013.3303.33

Sumber: Kerja Lapangan 2015Rajah 4 : Demografi Subjek Pemecahan Berdasarkan Status PendidikanSumber: Kerja Lapngan 2015 Majoriti status pendidikan respoden ialah sijil atau diploma,iaitu 11 orang. 7 orang respoden yang mempunyai ijazah,bersamaan dengan 23.33% manakala terdapat 6 orang yang bertahap SPM iaitu 20%. Bagi tahap pendidikan UPSR pula terdapat 3 orang respoden,bersamaan dengan 10%. Selain itu ,terdapat 2 orang respoden yang bertahap SRP atau PMR ,iaitu 6.67%. Seterusnya,minoritinya hanya 1 orang yang bertahap lain-lain status pendidikan.

5.2 Jenis-Jenis Adat Resam Yang Diamalkan Oleh Kaum Melayu Sempena Hari Raya Aidilfitri Di Taman Melati Pada Masa Kini. Menurut Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah ,karya yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka,,adat resam merupakan amalan yang diwarisi secara turun-temurun. Setiap bangsa dan masyarakat mempunyai adat resam yang tersendiri.5.2.1 Amalan rumah terbuka

Gambar 1:Rumah terbuka di kediaman Perdana MenteriSumber:Google Image Berdasarkan petikan Utusan Online, rumah-rumah terbukaakan diadakan pada Hari Raya Aidilifitri ataupun sepanjang bulan syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan,. Setiap kali menjelang hari raya terutamanya Hari Raya Aidilfitri, ramailah perantau akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Perayaan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan ahli keluarga, Hal ini kerana anak-anak akan balik kampung untuk menemani ibu bapa mereka sempena Hari Raya Aidiliftri.

5.2.2 Memakai pakaian tradisional kaum Melayu

Gambar 2: Pakaian tradisional kaum MelayuSumber : Google Image Selepas itu,lelaki yang berbangsa Melayu akan memakai baju Melayu dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang .Menurut penulis blog,Loo Yi Yiing,baju Melayu merupakan baju tradisional bagi orang Melayu. Bagi perempuan Melayu pula akan memakai baju kurung ataupun baju kebaya bersama dengan tudung. Menurut D. Arul Rajoo, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Datin SeriEndon Mahmood telah mempromosikan batik dan baju kurung menerusi inisiatif yang diusahakannya, Malaysia Batik Crafted for the World dan melancarkan Piala Seri Endon sebagai wadah untuk mencungkil bakat mereka cipta batik Malaysia.

5.2.3 Amalan Pemberian dan Penerimaan Duit Raya

Gambar 3 : Sampul duit Hari Raya yang berwarna hijauSumber: Google Image

Di samping itu,berdasarkan petikan Bicara Ozzy, sudah menjadi tradisi apabila tibanya hari raya maka antara peruntukan yang perlu disediakan adalah duit raya untuk diberi pada kanak-kanak.Sesuai dengan perubahan zaman jika dahulu pemberian duit raya berbentuk kepingan duit syiling tapi sekarang paling kurang pun duit kertas satu ringgit. Bagi mengelakkan serta nampak lebih menarik ,maka duit ini dimasukkan ke dalam sampul yang biasanya berwarna hijau sebelum diberi pada kanak-kanak. Amalan memberi duit raya ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain di samping memupuk anak-anak mengamalkan tabiat menabung.

5.2.4 Amalan berziarah Gambar 4 : Amalan berziarahSumber : Google Image Selepas itu, orang Melayu akan melawati perkuburan orang yang disayangi selepas mereka bersembahyang. Hal ini dapat generasi muda untuk mengingati ahli keluarga yang terdekat. Orang Melayu juga mengamalkan amalan berziarah pada Hari Raya Aidilifitri.Berdasarkan petikan Perayaan Melayu, pada pagi Hari Raya Aidilfitri, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah anak saudara mereka ataupun ahli keluarga yang terdekat.Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Justeru, Hari Raya merupakan hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan dalam kalangan umat Islam.

5.2.5 Makanan Tradisional

Gambar 5: Makanan tradisional kaum melayu,ketupatSumber : Google Image Hidangan Hari Raya Aidilfitri merupakan hidangan yang disediakan oleh tuan rumah kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah mereka pada hari raya. Tetamu yang berkunjung akan dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan tradisional melayu. Hidangan yang disediakan pada hari raya ini sukar untuk ditemui pada hari-hari biasa. Oleh itu ,para tetamu akan makan dengan sepuas hati pada hari tersebut.Hidangan hari raya tidak akan lengkap tanpa adanya ketupat, rendang, lemang, lodeh, serta banyak lagi hidangan lain. Namun hidangan-hidangan ini berbeza mengikut sesebuah negeri. Kuih-kuih raya pula akan dihidangkan antara tujuh hingga sepuluh jenis kuih yang berbeza. Kuih-kuih ini biasanya akan dibuat sendiri oleh tuan rumah dengan pelbagai bentuk, saiz, warna dan rasa. Di samping itu,suasana meriah akan diwujudkan kerana tetamu akan makan bersama-sama dengan ahli keluarga ataupun dengan sahabat sambil bergurau senda dan bergelak ketawa.Berdasarkan petikan Utusan Online,sesetengah makanan tradisional Melayu hampir tidak diketahui kewujudannya. Justeru,ibu bapa haruslah berusaha mewarisi dan mengajar anak-anak tentang makanan tradisional kaum Melayu.

5.3 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Berlaku Kelunturan Adat Resam Dalam Kalangan Kaum Melayu Sempena Hari Raya Aidilfitri Di Taman Melati Pada Masa KiniJadual 5 menunjukkan punca-punca kelunturan adat resam yang diamalkan oleh kaum Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Melati.Jadual 5 : Punca-punca kelunturan adat resam yang diamalkan oleh kaum Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Melati.BilPerkaraSangat setujuSetuju Tidak setujuSangattidak setujuTidak pastiMin

f%f%f%f%f%

1. Sibuk bekerja tiada masa balik kampung dengan menemani ibu bapa sempena Hari Raya Aidilfitri.2066.7930.013.300.000.04.6

1. Banyak meluangkan masa menggunakan kemudahan teknologi moden seperti telefon pintar.1756.7930.013.300.000.04.3

1. Tidak berminat untuk mengetahui adat resam yang diamalkan sempena Hari Raya Aidilfitri.1136.71653.313.326.700.04.2

1. Tidak memahami dengan adat resam ini secara teliti dan mendalam.1550.01240.013.313.313.34.3

1. Generasi muda yang moden tidak sanggup mengamalkan adat resam ini.1653.31343.313.300.000.04.5

1. Ibu bapa tidak sanggup meluangkan masa untukmengajar anak mereka tentang adat resam ini.1136.71136.741331013.33.9

1. Tidak mengetahui kepentingan adat resam ini dengan jelas.1033.31963.300.013.3004.3

1. Budaya barat yang moden telah mempengaruhi orang Melayu tidak mengamalkan adat resamyang traditional ini.1343.31653.313.300.000.04.4

1. Generasi muda tidak mengetahui tentang sejarah adat resam traditional ini.826.71653.331000.0310.03.9

1. Pengaruh laman sosial seperti Facebook dan Twitter yang menyebarkan maklumat palsu tentang adat resam traditional ini.930.01653.300.000.0516.73.8

1. Kekurangan semangat kebudayaan dalam generasi muda.1136.71343.313.313.3413.33.8

Sumber : Kerja Lapangan 2015 Berdasarkan Jadual 5, terdapat 20 orang respoden memilih sangat setuju manakala 9 orang memilih setuju tentang sibuk bekerja tiada masa balik kampung dengan menemani ibu bapa sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu 66.7% dan 30.0% masing-masing. Menurut ketua menteri Sarawak ,Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, kerajaan perlu bersikap serius dalam perkara pemuliharaan adat resam dan kebudayaan kerana ia mencerminkan keperibadian sesebuah masyarakat serta sejarah asal-usul sesuatu kaum. Hal ini telah menunjukkan betapa pentingnya adat resam dan patut diwarisi secara turun temurun. Min dalam pernyataan ini ialah 4.6 dengan menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan punca ini. Seterusnya, bagi banyak meluangkan masa menggunakan kemudahan teknologi moden seperti telefon pintar, terdapat 17 orang memilih kategori sangat setuju dengan kadar peratusan 56.7% manakala 9 orang memilih kategori setuju dengan sebanyak 30 %. Bagi kategori tidak setuju dan kategori sangat tidak setuju pula,hanya 1 orang memilih kedua-dua kategori ini dengan bersamaan 3.3 %. Terdapat 2 orang respoden memilih kategori tidak pasti iaitu 6.7 % dalam punca ini.Berdasarkan petikan Berita Kampus, pada zaman sekarang, ahli keluarga tidak lagi bergaul rapat antara satu sama lain kerana masing-masing sibuk dengan menggunakan telefon pintar mereka. Hal ini bukan sahaja berlaku pada orang dewasa, tetapi remaja dan kanak-kanak juga mengamalkan kelakuan yang sama. Justeru min untuk pernyataan ini ialah 4.3 dengan menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan faktor ini. Selain itu,seramai 11 orang memilih kategori sangat setuju,36.7% manakala 16 orang memilih kategori setuju dengan bersamaan 53.3% bagi pernyataan tidak berminat untuk mengetahui adat resam yang diamalkan sempena Hari Raya Aidilfitri.Walau bagaimanapun, terdapat 1 orang respoden memilih tidak setuju dan 2 orang respoden memilih kategori sangat tidak setuju dengan kadar peratusan 3.3% dan 6.7% masing-masing. Min untuk pernyataan ini ialah 4.2 dengan menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan punca ini. Di samping itu,bagi pernyatan tidak memahami dengan adat resam ini secara teliti dan mendalam, dapatan kajian ini telah menunjukkan separuh daripada 30 orang respoden memilih kategori sangat setuju dengan persamaan 50.0% manakala 12 orang memilih kategori setuju,iaitu 40 %. Bagi kategori tidak setuju,sangat setuju dan tidak pasti,hanya terdapat 1 orang respoden memilih ketiga-tiga kategori ini,iaitu 3.3 % masing-masing. Min bagi pernyataan ini ialah 4.3 dengan menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan faktor ini. Menurut petikan Malaysia Online,kita haruslah cuba memahami dan mengetahui serba sedikit tentang adat resam yang diamalkan oleh kaum lain.Hal ini dapat mengelakkan berlakunya perselisihan faham antara kaum.Justeru,kepentingan rakyat memahami dan mengetahui tentang adat resam kaum lain tidak harus kita abaikan. Bagi pernyataan generasi muda yang moden tidak sanggup mengamalkan adat resam ini,hampir separuh daripada keseluruhan bilangan respoden memilih kategori sangat setuju,iaitu 16 orang dengan persamaan 53.3%.Terdapat 13 orang respoden memilih kategori setuju dan hanya 1 orang respoden memilih kategori tidak setuju dengan bersamaan 43.3% dan 3.3% masing-masing. Hal ini telah menunjukkan kebanyakan respoden berpendapat generasi muda yang moden tidak sanggup mengamalkan adat resam ini merupakan salah satu punca kelunturan adat resam. Justeru,min untuk pernyataan ini ialah 4.5 yang menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan faktor ini. Menurut Cikgu Razak, adat resamlah yang menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa adat resam, kaum itu akan kehilangan identitinya buat selama-lama. Selepas itu,bagi kategori sangat setuju dan kategori setuju,terdapat 11 orang memilih kedua-dua kategori ini dengan kadar peratusan 36.7% dalam pernyataan ibu bapa tidak sanggup meluangkan masa untuk mengajar anak mereka tentang adat resam ini. Namun begitu,terdapat 4 orang respoden memilih kategori tidak setuju manakala 3 orang memilih sangat tidak setuju dengan kadar peratusan 10% masing-masing.Hanya 1 orang memilih kategoti tidak pasti tentang faktor tersebut,3.3%.Min bagi pernyataan ini ialah 3.9 yang menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan faktor ini. Bagi punca ketujuh yang menyebabkan berlakunya kelunturan adat resam,seramai 10 orang memilih kategori sangat setuju,33.3% manakala 19 orang memilih kategori setuju dengan bersamaan 63.3%. Hanya 1 orang respoden memilih sangat tidak setuju dengan kadar peratusan,3.3%. Hal ini telah menunjukkan kebanyakan respoden berpendapat punca ini merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan adat resam semakin dilupai oleh generasi muda pada zaman kini. Justeru,min bagi pernyataan ini ialah 4.3 yang menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan faktor ini. Selain itu,terdapat 13 orang respoden dengan bersamaan 43.3% memilih kategori sangat setuju bagi pernyataan budaya barat yang moden telah mempengaruhi orang Melayu tidak mengamalkan adat resam yang traditional ini. Seramai 16 orang memilih kategori setuju manakala hanya 1 orang memilih tidak setuju bagi pernyataan ini dengan bersamaan 53.3% dan 3.3% masing-masing. Oleh itu,min bagi pernyataan ini ialah 4.4% dengan menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan faktor ini. Di samping itu,bagi pernyataan generasi muda tidak mengetahui tentang sejarah adat resam traditional ini, hanya 8 orang respoden yang memilih kategori sangat setuju dengan bersamaan 26.7% manakala 16 orang respoden yang memilih kategori setuju dengan bersamaan 53.3%.Hanya 3 orang respoden yang memilih kategori tidak setuju dan kategori tidak pasti dengan kadar peratusan 10.0% masing-masing. Min bagi pernyataan ini ialah 3.9 dan menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan punca ini.Selanjutnya,bagi pernyataan pengaruh laman sosial seperti facebook dan twitter yang menyebarkan maklumat palsu tentang adat resam traditional ini,terdapat 9 orang yang memilih kategori sangat setuju dengan bersamaan 30.0%manakala 16 orang respoden memilih kategori setuju dengan bersamaan 53.3%. Namun begitu,terdapat 5 orang yang memilih kategori tidak pasti dengan bersamaan 16.77% .Justeru, min bagi pernyataan ini ialah 3.8 dan menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan punca ini.Akhirnya,bagi pernyataan kekurangan semangat kebudayaan dalam generasi muda,terdapat 11 orang respoden memilih kategori sangat setuju,36.7% manakala 13 orang memilih kategori setuju,43.3%. Walau bagaimanapun,hanya1orang yang memilih kategori tidak setuju dan kategori sangat setuju dengan kadar peratusan 3.3% bagi kedua-dua pernyataan ini. Seramai 4 orang respoden yang memilih kategori tidak setuju dengan kadar peratusan 13.3%.Min bagi pernyataan ini ialah 3.8 dan menunjukkan kebanyakan respoden sangat setuju dengan faktor ini.

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN Kajian ini telah mengemukakan data bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian ini telah merumuskan hasil dapatan kajian. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti adat resam yang diamalkan oleh kaum Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Melati, Sungai Petani,Kedah.Berdasarkan petikan laman web Jabatan Warisan Negara, adat resam bermaksud adat istiadat yang diterima oleh sesuatu bangsa dan merupakan cetusan peraturan serta panduan di mana ia adalah satu garis penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Kajian yang digunakan untuk kerja kursus ini ialah kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan ialah kaedah rujukan dan soal selidik. Sampel kajian ialah 30 orang respoden dan merupakan penduduk Taman Melati..Objektif pertama dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis adat resam yang diamalkan oleh kaum Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Melati pada masa kini.Pengkaji telah menggunakan kaedah rujukan iaitu melayari internet untuk mendapat maklumat yang mencukupi supaya pengkaji dapat mengetahui jenis-jenis adat resam yang diamalkan oleh kaum Melayu.Amalan rumah terbuka,memakai pakaian tradisional orang Melayu,berpuasa sebelum menyambut Hari Raya Aidilifitri,berziarah,,melawati perkuburan orang yang disayangi dan menikmati makanan tradisional merupakan beberapa adat resam yang sering diamalkan oleh kaum Melayu sempena Hari Raya Aidilifitri. Amalan-amalan ini sangat penting kerana amalan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.Sebagai contohnya,kaum Melayu akan mengamalkan sikap saling bermaafan. Menurut petikan Saling Memaafkan di Hari Raya, kaum Melayu tidak akan mempunyai perasaan benci dan dendam di hati sekiranya mereka mengamalkan amalan saling memaafkan antara satu sama lain.Di samping itu,amalan ini dapat menggelakkan berlakunya perselisihan faham antara satu sama lain. Seterusnya,objektif kedua dalam kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan berlaku kelunturan adat resam dalam kalangan kaum Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Melati pada masa kini. Terdapat 11 punca yang telah dikajikan dalam kaum Melayu di Taman Melati. Sehubungan dengan itu, kebanyakan respoden sangat setuju dengan sibuk bekerja tiada masa balik kampung dengan menemani ibu bapa sempena Hari Raya Aidilfitri, banyak meluangkan masa menggunakan kemudahan teknologi moden seperti telefon pintar merupakan punca utama yang menyebabkan berlakunya kelunturan adat resam dalam kalangan kaum Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri pada zaman sainstifik ini. Di samping itu,terdapat ramai respoden yang bersetuju dengan tidak berminat untuk mengetahui adat resam yang diamalkan sempena perayaan, tidak memahami dengan adat resam ini dengan mendalam, generasi muda tidak sanggup mengamalkan adat resam , ibu bapa tidak sanggup meluangkan masa untuk mengajar anak-anak tentang adat resam ini, tidak mengetahui kepentingan adat resam, budaya barat telah mempengaruhi orang Melayu tidak mengamalkan adat resam traditional ini, generasi muda tidak mengetahui tentang sejarah adat resam traditional ini,pengaruh laman sosial yang menyebarkan maklumat palsu tentang adat resam traditional, dan kekurangan semangat kebudayaan dalam generasi muda juga merupakan punca-punca yang menyebabkan berlakunya kaum Melayu semakin melupai tentang adat resam ini. Menurut Saiyidah Nafisah, remaja hari ini mudah terpengaruh dengan ideologi-ideologi barat terutamanya dari segi pemikiran, pemakaian, dan sebagainya, yang semakin membelakangi budaya timur. Hal ini akan menyebabkan adat resam tradisional akan semakin dilupai oleh kaum Melayu. Selain itu,pengkaji bercadang ibu bapa haruslah mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi tentang kepentingan adat resam tradisional supaya adat resam ini dapat diwarisi secara turun-temurun. Anak-anak juga haruslah meluangkan masa balik kampung untuk menemani ahli keluarga yang disayangi seperti ibu bapa kita sempena perayaan. Tindakan ini dapat menghilangkan kebimbangan dan kerinduan ibu bapa terhadap anak-anak. Pengkaji juga berharap Kementerian Pendidikan perlu menerapkan isu adat resam tradisional dalam pendidikan. Hal ini dapat membantu generasi muda dapat mengetahui dan lebih memahami adat resam yang sering diamalkan oleh bangsa lain. Kesimpulannya,memang tidak dapat menafikan kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengekalkan adat resam tradisional seperti kempen-kempen kesedaran,pameran-pameran yang berkaitan dengan adat resam dan sebagainya.Justeru,pengkaji berharap pelbagai pihak haruslah brganding bahu untuk mengekalkan adat resam tradisional antara kaum.ADAT RESAM YANG DIAMALKAN OLEH KAUM MEAYU SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI DI TAMAN MELATI

ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti adat resam yang diamalkan oleh kaum melayu sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Melati. Objekif yang pertama dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis adat resam yang diamalkan oleh kaum Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Melati pada masa kini. Objektif kedua pula adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kelunturan adat resam dalam kalangan kaum Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Melati.Kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan ialah kaedah rujukan dan soal selidik. Sampel kajian ialah 30 respoden,iaitu penduduk Taman Melati. Kajian ini telah merumuskan bahawa punca utama kelunturan adat resam ialah anak-anak sibuk bekerja tiada masa balik kampung untuk menemani ibu bapa sempena perayaan dan mempunyai min sebanyak 4.6.Kesimpulannya,kita haruslah memelihara dan mewarisi adat resam tradisional ini secara turun-temurun.

1. PENGENALAN

Tema yang pengkaji pilih ialah Sosial dan Budaya: Adat Resam. Tajuk yang pengkaji pilih ialah Adat Resam Yang Diamalkan Oleh Kaum Melayu Sempena Hari Raya Aidilfitri. Taman Melati merupakan tempat yang telah pengkaji pilih untuk menjalankan kajian ini. Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga,muka surat 7 telah mendefinisikan adat sebagai peraturan yang diamalkan turun-temurun dalam sesuatu masyarakat . Resam pula didefinisikan sebagai satu adat kebiasaan atau aturan-aturan yang menjadi adat mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga,muka surat 1133 manakala perkataan diamalkan pula bermaksud apa shaja yang dilakukan atau perbuatan baik mengikut Kamus Perdana( United Publishing House(M) SDN.BHD.(Company no.14620-K)). Seterusnya,mengikut Kamus Perdana (United Publishing House (M) SDN. BHD. (Company no.14620-K)), kaum bermaksud puak,suku dan jenis bangsa. Kaum juga bermaksud ahli keluarga dan saudara-mara. Berdasarkan informasi yang telah pengkaji dapat dengan melayari internet, ( Firdaus Saari,seorang penulis WordPress Februari 28 , 2011),orang melayu ditakrifkan sebagai seseorang yang menganuti agama Islam,lazim bercakap Bahasa Melayu,mengamalkan adat Melayu dan yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.Selain itu,menurut beberapa sumber, dikatakan Melayu itu berasal daripada Melayu Proto dan Deutero. Berdasarkan catatan oleh Neil Joseph Ryan (1976).,(A History of Malaysia and Singapore), yang dikatakan sebagai Melayu Proto ialah Melayu Asli ataupun Melayu Purba yang berhijrah daripada Tanah Besar Asia atau Yunnan ke Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Melayu pada sekitar tahun 2500 sebelum Masihi. Mereka dikatakan mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian.Manakala Melayu Deutero pula, menurut Alan Collins (2003). Security and Southeast Asia: domestic, regional, and global issues, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, Orang Melayu terdahulu telah kemudian diganti oleh Melayu Deutero dalam gelombang kedua penghijrahan dari tanah besar Asia di sekitar 300 Sebelum Masihi.( Blogger(2012).Asal usul orang Melayu Melayu berasal dari mana?)Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pusat Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia yang dimulakan sejak Januari 2006 bertajuk Menjejak Asal-usul Melayu di Semenanjung Malaysia, mereka mendapati wujudnya kepelbagaian corak DNA yang terdapat dalam Masyarakat Melayu moden hari ini yang mungkin berlaku kerana percampuran dengan orang Arab, Cina, India dan Thai. Hal ini telah menyokong fakta sejarah yang pernah menyebut Kerajaan Melayu Melaka satu ketika dulu adalah kerajaan yang gemilang dan kedatangan pedagang dari China, India dan Arab menyebabkan berlakunya perkahwinan campur.( Blogger(2012).Asal usul orang Melayu berasal dari mana?) Mengikut Kamus Dewan,Edisi Ketiga,muka surat 14,Hari Raya Aidilfitri merupakan hari besar bagi umat Islam yang dirayakan pada 1 Syawal setiap tahun Hijrah setelah berakhir puasa selama sebulan,Hari Raya Puasa.Oleh itu,secara khususnya,adat resam yang diamalkan oleh kaum Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri adalah bermaksud adat kebiasaan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu secara turun-temurun sempena hari besar yang dirayakan pada 1 Syawal setiap tahun Hijrah setelah berakhir puasa selama sebulan,Hari Raya Puasa.Justeru,rasional pengkaji untuk menjalankan kerja kursus ini adalah adat resam sempena perayaan yang tidak diikuti oleh masyarakat sekarang telah menjadikan adat tersebut menjadi lagenda. Tidak dinafikan ramai orang muda sekarang yang tidak mengambil berat dengan adat istiadat yang diperturunkan oleh nenek moyang dan mereka sanggup meluangkan masa yang banyak dalam pengunaan kemudahan teknologi moden seperti komputer,telefon bimbit dan sebagainya. Hal ini telah menyebabkan kelunturan adat resam berlaku dalam kalangan masyarakat pada zaman sainstifik ini.Tambahan pula,penkaji ingin mengetahui dan menerokai keunikan adat resam yang diamalkan oleh orang Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri. Setiap kaum mesti mempunyai keunikan adat resam masing-masing. Di samping itu,pengkaji juga dapat memantapkan pemahaman dan menambahkan pengetahuan tentang adat resam ini. Hal ini kerana kita perlulah memahami budaya dan adat resam pelbagai kaum antara satu sama lain.Justeru,kita dapat mengetahui ciri keunikan adat tersebut dan mengetahui adat resam ini dengan lebih mendalam.Akhirnya,rasional pengkaji untuk menjalankan kajian ini adalah mengetahui perkara yang tidak patut pengkaji lakukan sempena hari perayaan ini untuk mengelakkan perselisihan faham berlaku dan melanggar pantang larang kaum lain. Setiap adat kaum mesti ada pantang larangnya dan kita harus mengetahuinya supaya kita tidak menyentuh tentang isu sensitiviti kaum lain Hal ini kerana kita perlulah memahami budaya dan adat resam pelbagai kaum antara satu sama lain. Justeru,kita dapat menjalinkan intergrasi antara kaum di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru penyelia saya iaitu Pn Sujatha a/p Nagarandran dan beliau sanggup meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dengan teliti dan sabar selama tempoh penyempurnaan kerja kursus ini. Selepas itu,saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana mereka telah membantu saya menyelesaikan masalah kewangan dengan membeli bahan projek yang diperlukan.Mereka juga tidak melupakan memberi dorongan dan sokongan kepada saya untuk menjayakan tugasan ini. Di samping itu,saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan- rakan seperjuangan. Mereka sentiasa meberi cadangan dan peringatan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Mereka sentiasa memberikan sokongan kepada saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Akhirnya,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua respoden yang sanggup meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan yang telah disenaraikan dalam soal selidik. Saya tidak akan melupakan jasa mereka. Dengan kerjasama dan bantuan mereka,saya dapat menyempurnakan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan dengan berjaya.

LAMPIRAN SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN SIN MINBORANG SOAL SELIDIKKERJA KURSUS PENGAJIAN AMPENGGAL 2 TAHUN 2015Makluman Kepada Respoden:Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan kerja kursus mata pelajaran Pengajian Am (900/4). Soal selidik ini bertujuan untuk mengetahui punca-punca kelunturan adat resam yang diamalkan oleh orang Melayu sempena Hari Raya Aidifitri pada masa kini .Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan ia hanya digunakan bagi kepentingan kajian sahaja.

BAHAGIAN A : DATA DEMOGRAFI RESPODEN

ARAHAN: Sila tandakan ( / ) mengikut maklumat diri yang dinyatakan di bawah.MAKLUMAT DIRI RESPODEN1. JANTINA 3. Pekerjaan

1. Lelaki : ( ) a) swasta ( )b) Perempuan: ( ) b) kerajaan ( ) c) bekerja sendiri ( )

1. UMUR : d) pelajar ( ) e) bersara ( )1. Bawah 20 tahun ( ) f) lain-lain ( )b) 21-30 tahun ( ) 4. Status pendidikanc) 31- 40 tahun ( ) a) UPSR ( ) d) 41-50 tahun ( ) b) SRP/PMR ( )e) 51tahun dan ke atas ( ) c) SPM ( ) d)STPM ( ) e) Sijil/Diploma ( ) f) Ijazah ( ) g) Lain-lain ( )

BAHAGIAN B : PUNCA PUNCA KELUNTURAN ADAT RESAM YANG DIAMALKAN DALAM MASYARAKAT ORANG MELAYU SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI DI TAMAN MELATI. 54321

Sangat setujuSetuju Tidak setuju Sangat tidak setujuTidak pasti

TAJUK : ADAT YANG DIAMALKAN OLEH KAUM MELAYU SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI ARAHAN:SILA TANDAKAN DI KOTAK YANG TELAH DISEDIAKAN.NoPerkaraSangatSetujuSetujuTidak SetujuSangat tidak SetujuTidak pasti

1Sibuk bekerja tiada masa balik kampung dengan menemani ibu bapa sempena Hari Raya Aidilfitri.

2Banyak meluangkan masa menggunakan kemudahan teknologi moden seperti telefon pintar.

3Tidak berminat untuk mengetahui adat resam yang diamalkan sempena Hari Raya Aidilfitri

4Tidak memahami dengan adat resam ini secara teliti dan mendalam.

5Generasi muda yang moden tidak sanggup mengamalkan adat resam ini.

6Ibu bapa tidak sanggup meluangkan masa untuk mengajar anak mereka tentang adat resam ini.

7Tidak mengetahui kepentingan adat resam ini dengan jelas.

8Budaya barat yang moden telah mempengaruhi orang Melayu tidak mengamalkan adat resam yang traditional ini.

9Generasi muda tidak mengetahui tentang sejarah adat resam traditional ini.

10Pengaruh laman sosial seperti facebook dan twitter yang menyebarkan maklumat palsu tentang adat resam traditional ini.

11Kekurangan semangat kebudayaan dalam generasi muda.

KEJASAMA ANDA SANGATLAH DIHARGAI.TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YANG ANDA BERIKAN.

RUJUKAN1. Kamus Dewan,1996, Edisi Ketiga. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.1. Kamus Perdana,2003,Edisi Pertama.Selangor :United Publishing House(M) SDN.BHD.1. Jabatan Penyelidikan Dan Inovasi Profesionalisme Keguruan(JPIPK) (2008). Focus kajian tinjauan. Dicapai pada Januari 16, 2008, dari http://researchipbmm2008. blogspot.com/2008/01/fokus-kajian-tinjauan.html1. Borneo post online (2012). Kekal warisan masyarakat. Dicapai pada April 22, 2012,dari http://www.theborneopost.com/2012/04/22/kekal-warisan-masyarakat/1. Berita kampus (2013). Teknologi komunikasi maju tetapi hati pula semakin jauh. Dicapai pada April 24,2013,dari http://www.beritakampus.usm.my/index.php/utama/sudut-editorial/672-teknologi-komunikasi-maju-tetapi-hati-pula-semakin-jauh1. Malaysia online (2014). Pentingnya memahami sensitiviti masyarakat berbilang kaum. Dicapai pada June 29,2014,dari http://www.themalaymailonline.com/opinion/bartholomew-chan/article/pentingnya-memahami-sensitiviti-masyarakat-berbilang-kaum1. Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia,2014. Adat Resam dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah 2014. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.1. Laman web rasmi Jabatan Warisan Negara(2015). Adat. Dicapai pada Mac 17, 2015,dari http://www.heritage.gov.my/index.php/warisan-tidak-ketara/adat-a-budaya/pengenalan-adat1. Utusan online(2014). Makanan tradisi yang dilupakan. Dicapai pada Julai 25,2014,dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/ Keluarga/20140725/ke_03/ Makanan-tradisi-yang-dilupakan