Download doc - KAEDAH KAJIAN

Transcript
Page 1: KAEDAH KAJIAN

Kerja khusus pengajian perniagaan

Kumpulan kami telah diberikan tugasan yang mencabar oleh guru pengajian perniagaan 1 iaitu Puan Azean Bt Mad Atari. Kami diminta untuk membuat satu tugasan berkaitan dengan campuran pemasaran yang terdiri daripadaproduk, pengedaran, penentuan harga dan promosi (4P).

Kami sepakat untuk mengkaji campuran pemasaran yang berkaitan dengan produk, dengan lebih mendalam lagi. Jadi, kami telah mengunakan kaedah kajian dengan menemubual pemilik sebuah kedai alat tulis yang berdekatan dengan kampung kami iaitu Nadi Siswi Enterprise. Kami telah menemubual pemilik kedai berkaitan dengan produk yang terdapat dalam kedai tersebut.

Mengkaji tentang campuran pemasaran yang terdiri daripada produk, pengedaran, penentuan harga dan promosi.

Mengenal pasti cirri-ciri produk, klasifikasi produk pengguna dan industri, proses keputusan produk individu, barisan produk dan campuran produk.

Mengkaji hayat sesuatu produk.

Mengkaji tentang saluran agihan, reka bentuk, pengurusan saluran agihan serta pengurusan logistik dan agihan fizikal.

Megenal pasti factor-faktor dalman dan luaran penentuan harga.

Mengkaji tujuan mengadakan promosi, langkah-langkah dalam megembangkan komunikasi yang berkesan serta perubahan dalam komunikasi pemasaran.

Assalamualaikum w.b.t

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah banyak memberikan kerjasama dan sokongan kepada kami untuk menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih yang tidak

1

Page 2: KAEDAH KAJIAN

terhingga kepada pemilik kedai yang menjadi subjek kajian kami, Cikgu Azean yang merupakan mata pelajaran pengajian perniagaan yang banyak memberi tunjuk ajar, rakan-rakan, ibubapa kami dan tidak lupa kepada ahli-ahli kumpulan.

Dengan adanya kerjasama daripada pihak yang terlibat, kami dapat menyiapkan tugasan ini mengikut waktu yang ditetapkan. Kami harap tugasan ini dapat memenuhi kehendak pemeriksa. Kalau ada silap dan salah, harap dimaafkan dan diberi tunjuk ajar untuk kami memperbaikinya demi panduan masa hadapan.

Sekian. Terima kasih.

Latar Belakang Perniagaan

Nama Kedai : Nadi Siswi Enterprise

Nama Pemilik : Nor Azalina Binti Omar

No K/P : 790121-08-5354

Alamat : No 3, Tingkat Bawah, Kedai MPKK Hadapan Sek.Keb Manong, Jalan Besar Manong 33800.

Tarikh Ditubuhkan : 21 Februari 2006

Produk Utama : Alat Tulis Dan Photostate

Produk/Perkhidmatan Lain : ICT

Pembekal : Syarikat Sintee

Bil Pekerja : 2 Orang

CAMPURAN PEMASARAN

2

Page 3: KAEDAH KAJIAN

Dalam pemasaran, aktiviti utama yang perlu dilakukan dapat dibahagikan kepada empat kategori iaitu Produk, Pengedaran, penentuan Harga dan promosi yang disebut 4P

Setiap satu daripada 4P merupakan satu bidang pembuatan keputusan

Produk merangkumi keputusan-keputusan tentang penyelidikan dan pembangunan produk baru, ujian produk, perancangan pengurusan produk, pembungkusan dan jaminan.

Pengedaran dan pengagihan pula berkaitan dengan persoalan di mana dan bila produk perlu diagihkan atau diedarkan.Keputusan yang penting termasuk pemilihan, penyelarasan dan penilaian saluran agihan.Pengedaran juga merangkumi keputusan tentang pegangkutan,peyimpanan barangan atau pergudangan dan cara kawalan inventori.

Promosi meliputi aktiviti penyebaran maklumat kepada bakal pembeli.Antara aktivitinya ialah pengiklanan, jualan peribadi, publisiti, perhubungan awan dan aktiviti promosi lain seperti pameran perdagangan dan peragaan barangan.

Penentuan harga berkaitan dengan penetapan penetapan harga dan polisi harga serta pembentukan strategi harga termasuk pelbagai diskaun.

Keputusan tentang aktiviti campuram pemasaran yang dibuat oleh pemasar perlu megambil kira pasaran sebagai faktor utama.

Dalam stiap keputusan tentang strategi campuran pemasaran, pengurus pemasaran mesti megenal pasti terlebih dahulu peasaran sasarannya.

PRODUK

DEFINISI

3

Page 4: KAEDAH KAJIAN

Produk yang dijual dalam pasaram merupakan sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran yang mempunyai 2 ciri yang dapat menarik perhatian, dapat dimiliki, digunakan dan mempunyai faedah psikologi serta faedah fizikal yang boleh memuaskan kehendak pengguna

CIRI-CIRI PRODUK

Mempunyai ciri-ciri ketara iaitu boleh dilihat seperti warna, saiz, berat, serta harga dan cirri-ciri tidak ketara, iaitu tidak boleh dilihat seperti kepuasan, kecekapan, keberkesanan dan penyelesaian.Kedua-dua cirri perlu diperlukan oleh pengguna

Produk bukan sahaja merujuk kepada sesuatu barangan fizikal seperti bola tetapi definisinya merangkumi perkhidmatan seperti memotong rambut, pelancongan di langkawi dan idea seperti kempen kurang makan gula.

Philip kotler, seorang pakar pemasaran, menyarankan supaya produk dilihat sebagai merangkumi 3 kompenen utama, iaitu produk teras, ketara dan sampingan

PRODUK TERAS

Meliputi semua faedah yang ingin didapati daripada pembelian sesuatu produk atau lebih tepat lagi sebab utama sesuatu pembelian dibuat.contohnya,semasa membeli alat permainan video, kosumer inginkan hiburan dan kepuasan sebagai produk terasnya.

PRODUK KETARA

Merangkumi semua cirri-ciri atau system yang terdapat pada alat permainan video tersebut seperti komponen elektrik, keupayaan memprogram, bentuk dan warnaya.

PRODUK SAMPINGAN

Adalah faedah tambahan yang diinginkan oleh pengguna termasuk jenama, layanan jurujual, perkhidmatan, penghantaran, jaminan dan perkhidmatan selepas jualan

KLASIFIKASI PRODUK

4

Page 5: KAEDAH KAJIAN

Sikap pengguna dan gelagat belian adalah asas utama yang digunakan dalam membuat klasifikasi produk.Kita perlu menggunakan kreteria sama yang digunakan untuk mengklasifikasikan atau memetakan pasaran.Produk dalam satu klasifikasi hendaklah homogen atau sama jenis.

Dalam mengklasifikasikan produk, kita perlu mensesuaikannya dengan ketegori pengguna atau pasaranya serta tujuan pembelian atau pengunaannya.ketogori pertama dikenali sebagai produk consumer.Produk consumer ialah produk yang dibeli individu untuk kegunaan peribadi

Ketegori kedua ialah produk perniagaan atau industri yang dibeli oleh consumer perniagaan untuk tujuan digunakan dalam operasi syarikat, pengeluaran barangan lain atau untuk dijual semula kepada pihak lain.Contohnya minyak masak yang dibeli oleh restoran diklasifikasikan sebagai produk perniagaan kerana digunakan untuk perniagaan

KLASIFIKASI PRODUK CONSUMER

Terdapat empat produk utama bagi consumer, iaitu barangan mudah beli, barangan beli-belah, barangan istimewa dan barangan tidak dicari

BARANGAN MUDAH BELI

Ialah barangan yang dibeli dangan masa dan usaha yang paling minimum kerana produk ini kerap dibeli

Harga produk adalah murah dan consumer tidak membuang masa untuk membuat perbandingan harga dan kualiti.

KLASIFIKASI DESTINASI CONTOHBarangan asas Barangan keperluan

harian yang selalu dibeli dan jenama yang sesuai telah diketahui

Sabun, minyak, gula, beras

Barangan kecemasan Baramgan yang dibeli dalam keadaan yang memaksa atau tidak diduga

Payung ketika hujan, asprin ketika sakit kepala dan beteri kereta tidak boleh

5

Page 6: KAEDAH KAJIAN

dihidupkanBarangan gerak hati Barng yang dibeli

tanpa perancangan awal tetapi dibeli kerana tertarik oleh faktor-faktor tertentu seperti tawaran jualan atau peragaan yang menarik

Baju kerana tawaran jualan murah dan chocolate kerana disusun dengan menarik di tepi kaunter bayaran

Klasifikasi barangan mudah beli

BARANGAN BELI BELAH

Adalah produk pengguna yang memerlukan pengguna untuk membuat perbandingan.Proses pembelian produk jenis ini memakan masa untuk megumpulkan maklumat sebelum perbandingan dibuat

Produk ini dibahagi kepada dua:

a) PRODUK BERSAMAAN (homogeous)

Pengguna akan melihat produk jenis ini adalah sama dari segi ciri dan hanya berbeza dari segi harga.Pengguna akan lebih tertumpu kepada perbandingan faktor harga daripada yang lain.

b) PRODUK TIDAK BERSAMAAN (heterogeneous)

Produk jenis ini pengguna akan dapat melihat cirri-ciri produk lebih utama daripada harga.Contohnya layanan terhadap pengguna

BARANGAN ISTIMEWA

Adalah produk pengguna yang mempunyai cirri-ciri yang unik ataupun yang beridentitikan jenama yang terkenal dimana hanya sesetengah pengguna sahaja yang sanggup membeli barang jenis ini.Contohnya barangan antic

BARANGAN TIDAK DICARI

6

Page 7: KAEDAH KAJIAN

Adalah produk pengguna yang tidak diketahui oleh pengguna dan juga pada kebiasaannya tidak difikirkan oleh pengguna untuk membelinya.

Terdiri daripada produk yang berinovasi terbaru di mana pengguna masih tidak tahu bahawa produk tersebut telah berada dalam pasaran

Produk ini memerlukan aktiviti pemasaran yang kuat.Contoh produk ini ialah pensil mempunyai fm radio

ELEMEN DAN KEPUTUSAN TENTANG CAMPURAN PRODUK

ITEM PRODUK Adalah sesuatu medel, jenama, atau saiz produk yang dijual oleh

syarikat.Contohnya BIC mengeluarkan pena mata bulat 0.7 dan dolphin mengeluarkan pencil 2B

Lazimnya syarikat menjual produk yang lebih kurang sama jenisnya atau berkaitan antara satu sama lain.Poduk ini dikenali sebagai LINI PRODUK.Item produk mungkin juga menggunakan teknologi, pengedaran, harga dan promosi yang sama.Contohnya Artline memasarkan pelbagai jenis pen.

CAMPURAN PRODUK

Merangkumi beberapa dan pelbagai lini atau barisan produk yang ditawarkan oleh syarikat.Contohnya exam grade memasarkan pemadam, pensil, pen, pengasah dan barisan produk lain.Campuran produk boleh dinyatakan dalam bentuk kelebaran, kepanjangan dan ketekalan.

SOS SABUN ALAT TULISSos cili Sabun mandi PenSos tomato Sabun pencuci baju PensilSos tiram Sabun pencuci

pingganPemadam

KELEBARAN CAMPURAN PRODUK

7

Page 8: KAEDAH KAJIAN

Merujuk kepada bilangan barisan yang di tawarkan kepada kosumer.campuran yang lebar atau luas dapat menarik pelbagai segmen pasaran

KEDALAMAN ATAU KEPANJANGAN CAMPURAN

Merujuk kepada bilangan item produk yang terdapat dalam sesuatu barisan produk.Campuran yang lebih dapat menarik lebih segmen pengguna dan memberikan lebih pilihan kepada pengguna dan memberikan lebih pilihan kepada pengguna

KETEKALAN PRODUK

Merujuk kepada kaitan antara beberapa baris produk dengan merujuk kepada jumlah jualan dan keuntungan yang dapat dihasilkan oleh produk berkenaan

KITARAN HAYAT PRODUK

Menerangkan proses jangka hayat sesuatu produk denggan merujuk kepada jumlah jualan dan keuntungan yang dapat dihasilkan oleh produk berkenaan.

8

KITARAN HAYAT PRODUK

1 2 3 4 5 6 7

MASA(TAHUN)

JU

AL

AN

DA

N K

EU

NT

UN

GA

N

TA

HA

P P

EM

BA

NG

UN

AN

P

RO

DU

K

PEN

GEN

ALA

N

PER

TU

MB

UH

AN

KEM

ATA

NG

AN

PEN

UR

UN

AN

Page 9: KAEDAH KAJIAN

KITARAN HAYAT PRODUKTAHAP PEMBANGUNAN

Produk adalah tahap di mana syarikat membangunkan produk yang baru untuk di pasarkan.

TAHAP PENGENALAN

Adalah tahap di mana produk terbaru tersebut mula dipasarkan kepada pengguna

TAHAP PERTUMBUHAN

Adalah tahap dimana produk ini telah diterima dalam pasaran serta jualan telah jualan dan keuntungan menigkat.

TAHAP KEMATANGAN

Adalah tahap dimana jualan telah menurun dan keuntungan juga telah menurun

TAHAP PENURUNAN

Adalah tahap dimana produk telah tidak mendapat sambutan di pasaran dan membawa kepada keuntungan yang merosot

PENGEDARAN

DEFINISI

Pengedaran sesuatu produk bermula dari titik pengeluaran produk oleh syarikat kepada titik penggunaan produk oleh pengguna

Ia merupakan satu proses pemindahan produk dari pusat pengeluaran kepada pengguna di tempat dan masa yang diperlukan oleh pengguna.

Memerlukan saluran agihan yang menyeluruh bagi memastikan produk yang dikeluarkan akan medah di beli atau didapati oleh pengguna.

SALURAN AGIHAN

9

Page 10: KAEDAH KAJIAN

Adalah satu kumpulan organisasi yang saling bergantungan antara satu sama lain dalam proses pengedaran.

ANTARA FUNGSI_FUNGSI YANG DILAKUKAN DALAM PENGEDARAN

i. Mengumpul dan mengagihkan maklumat pemasaranii. Mempromosikan tawaran sesuatu produkiii. Menghubungkan pengguna yang berpontensi dengan

pengeluariv. Memadankan tawaran promosi sesuatu produk supaya

sesuai dengan kehendak penggunav. Merundingkan harga yang sesuai dan lain-lain syarat yang

berkaitan dengan penawaran supaya pemilikan sesuatu produk itu dapat bertukar tangan daripada penjual kepada pembeli

TINGKAH LAKU SALURAN AGIHAN

Dipengaruhi oleh tahap kerjasama yang diamalkan antara ahli-ahli ataupun organisasi yang berfungsi dalam saluran agihan tersebut.Jika tahap kerjasama itu tidal berjalan lancer, maka konflik saluran akan berlaku

KONFLIK SALURAN

Terdapat dua jenis konflik:

a) KONFLIK MENDATAR

Ialah konflik yang berlaku antara firma di peringkat yang sama dalam saluran agihan seperti dua atau lebih peruncit

b) KONFLIK MENEGAK

Konflik yang berlaku antara beberapa tahap yang berbeza dalam saluran yang sama seperti syarikat pengeluar dengan ahli atau organisasi dalam sluran agihan

Membentuk saluran agihan meliputi pekara_pekara berikut:

a) Menganalisis keperluan perkhidmatan pengguna

10

Page 11: KAEDAH KAJIAN

b) Mengadakan objiktif dan kengkangan saluran agihanc) Mengenal pasti alternative saluran agihand) Menilai saluran agihan

MENGANALISIS KEPERLUAN PERKHIDMATAN PENGGUNA

Iaitu dengan bertanyakan soalan apakah yang dikehendaki oleh pengguna daripada saluran agihan?

Contohnya adakah pengguna lebih suka membeli di lokasi yang dekat dengan mereka atau pengguna sanggup bergerak lebih jauh ke pusat penjualan produk?adakah pengguna sanggup menunggu atau suka kepada penghantaran yang segera dan lain-lain soalan yang berkaitan dengan kehendak pengguna.

MENGADAKAN OBJEKTIF DAN KENGKANGAN SALURAN AGIHANOBJEKTIF DI PENGARUHI OLEH

Cirri-ciri produk, contohnya produk yang tidak tahan lama seperti makanan mentah memerlukan pasaran langsung bagi mengelak kelewatan kerana ia akan merosakkan produk berkenaan

Ciri-ciri syarikat,bergantung kepada saiz dan kedudukan kewangan syarikat

Ciri-ciri orang tengah syarikat mesti mencari orang tengah yang sanggup dan berkemampuan untuk melaksanakan tugasan yang dikehendaki.

Saluran pesaing syarikat, perlu mengatahui tahap dan jenis saluran agihan yang digunakan oleh pesaingnya

Faktor persekitaran,seperti faktor ekonomi setempat dan kehendak perundangan

MENGENAL PASTI ALTERNATIF SALURAN AGIHANALTERNATIF SALURAN AGIHAN DIPENGARUHI OLEH

Jenis orang tengah

Bilangan orang tengah diperlukan

Tanggungjawab ahli atau organisasi yang terlibat dengan saluran agihan, meliputi persetujuan dengan syarikat pengeluar berkenaan dengan harga jualan, syarat-syarat jualan dan lain-lain yang berkaitan

11

Page 12: KAEDAH KAJIAN

MENILAI SALURAN AGIHAN

Penilaian dilakukan dengan beberapa kriteria:

KRITERIA EKONOMI, adakah dengan menggunakan saluran agihan lebih meguntungkan atau pasukan juru jual syarikat dikatakan lebih baik?

KRITERIA KAWALAN, adakah lebih sukar untuk mengawal pasukan jurujual syarikat atau mengawal orang tengah dilantik?

a) Selepas reka bentuk saluran agihan telah dilaksanakan, syarikat perlu pula melaksanakan pengurusan saluran agihan yang meliputi pekara-pekara berikut:

Pemilihan ahli saluran agihan, supaya ahli yang di pilih sesuai dengan kehendak dan piawaian syarikat

Memotivasikan ahli sluran agihan, semua ahli perlu mencapai pretasi yang baik

Menilai pretasi ahli saluran agihan, supaya ahli-ahli dapat di nilai berdasarkan standard yang telah di tetapkan.

b) Pengurusan logistic dan agihan fizikal(logistic pemasaran) adalah berkaitan dengan pengurusan produk akhir syarikat dimana melibatkat aktiviti penyompanan atau pengudangan produk, pengendalian produk daripada peringkat penggunaan, dan pergerakan produk supaya produk tersebut mudah didapati oleh pengguna dalam kuantiti, di tempat, pada masa dan harga yang sepatutnya.

12

Page 13: KAEDAH KAJIAN

produk Utama

Produk Sampingan

13