Download doc - Jepun Di Burma

Transcript
Page 1: Jepun Di Burma

1.0 PENGENALAN

Pada bulan Disember 1941, Jepun memulakan serangannya ke atas tanah jajahan

Eropah dan Amerika di Timur Jauh dan Asia Tenggara. Jepun menggunakan negara

Thailand sebagai tapak untuk melancarkan serangan ke atas Myanmar kerana hubungan

baik dengan negara Thailand di bawah Perdana Menteri Luang Pibul Songgram.

Serangan Jepun ke atas Myanmar dimulakan pada bulan Januari 1942 dengan bantuan

tentera bebas Burma diketuai oleh Jeneral Aung San. Jeneral Aung San bersama

nasionalis Myanmar yang lain membantu Jepun dengan harapan Jepun akan memberikan

kemerdekaan kepada negara Myanmar. British cuba mempertahankan Myanmar di

Moulmein dengan memperkuatkan pertahanan mereka di sepanjang Sungai Salween,

tetapi gagal. Orang-orang British kemudiannya berundur ke Pegu dan seterusnya tiba di

Rangoon. Pada Mac 1942, Rangoon dikuasai oleh Jepun dan memaksa tentera British

bergerak ke Prome. Akhirnya pada bulan Mei 1942 hampir seluruh Myanmar telah

dikuasai. Penguasaan Jepun ke atas Myanmar membawa kesan daripada segi politik,

ekonomi dan sosial.

1

Page 2: Jepun Di Burma

2.0 NASIONALISME

Nasionalisme di Myanmar amat berlainan dengan negara-negara di Asia Tenggara

yang lain. Sejauhmanakah penjajahan Jepun di Myanmar meninggalkan kesan ke atas

nasionalisme Myanmar, dapat dilihat melalui hubungan antara Jepun dan Myanmar

sebelum kedatangan penjajahan dan semasa penjajahan Jepun. Sebelum kedatangan

Jepun, semangat nasionalisme sudah bercambah dalam masyarakat Myanmar terutama di

kalangan petani1, Hpongyi2 dan pelajar-pelajar3. Bentuk nasionalisme pada ketika itu

hanyalah melalui pertubuhan-pertubuhan yang merangkumi semua peringkat iaitu

daripada peringkat bawahan ( petani ), golongan agama ( Pynyi ) dan pelajar-pelajar.

Gerakan yang mereka lakukan hanyalah bersifat sederhana sahaja, bercelaru dan

berpecah-belah antara persatuan-persatuan yang ditubuhkan. Pengaruh dari Jepun telah

menjadikan golongan nasionalisme Myanmar menjadi lebih radikal dan bersatu.

Hubungan Myanmar dan Jepun bermula pada tahun 1899. Pada tahun 1899

hingga 1941 hubungan Jepun dan Burma baik kerana aktiviti perdagangan yang

dijalankan antara kedua-dua pihak. Pada masa tersebut terdapat juga rakyat Jepun yang

tinggal di Myanmar yang berkerja di konsulat Jepun, firma serta organisasi Jepun, doktor

gigi, jurugambar dan peniaga. Hubungan antara kedua-dua pihak dihentikan pada

September 1941 disebabkan tindakan Jepun menduduki Indochina.

1 Nasionalisme dikalangan petani berlaku disebabkan kebimbangan mereka terhadap masalah sosioekonomi yang berlaku. Pada tahun 1938, 1000 orang petani dari Thaton dan Pegu berjalan kaki ke Yangon apabila persatuan yang ditubuhkan untuk membeli nasib mereka tidak memainkan peranan mereka dengan berkesan. Lihat, Abu Talib Ahmad, ( 2000 ), Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hal,301-302.2 Golongan ini terdiri daripada nasionalis agama yang dikaitkan dengan U Oktama. Menurut beliau, rahib juga perlu melibatkan diri dalam politik bagi menjamin kesejahteraan agama Buddha. Kesucian agama akan terjamin dengan wujudnya kesejahteraaan dikalangan penganutnya. Ibid . Hlm, 297-298. 3 Penglibatan pelajar dalam politik bermula pada tahun 1906. peningkatan nasionalisme dikalangan pelajar bermula pada tahun 1930-an disebabkan kebencian mereka terhadap ahli politik yang terlalu bergantung kepada India dan British. Ibid. Hal, 305-308.

2

Page 3: Jepun Di Burma

Pada ketika ini nasionalisme tempatan banyak dikaitkan dengan orang

perseorangan Jepun iaitu Kokubu Shozo, Suzuki Keiji dan Higuchi. Individu-indidu

tersebut banyak memberi sokongan kepada nasionalis tempatan. Kokubo4 juga dikatakan

terlibat dengan satu rancangan Revolusi bersenjata yang melibatkan Dr. Ba Maw, U Soe

Thein, Thakin kelompok Ba Sien dan bantuan ketenteraan serta kewangan dari Jepun.

Memorandum gerakan bersenjata itu gagal mendapat keluluskan daripada kerajaan Jepun

dan digantikan dengan Minami Kikan.

Sumbangan Jepun kepada nasionalis Myanmar pada peringkat awal adalah

melalui penubuhan pasukan tentera pembebasan Myanmar. Pada bulan disember 1941

telah ditubuhkan satu pasukan tentera pembebasan Myanmar yang dinamakan Birumma

Giyu Gun ( BIA ) di Bangkok. Anggota pasukan ini kebanyakannya dianggotai oleh

beberapa orang Thakin5 yang melarikan diri untuk meminta bantuan Jepun. Penubuhan

BIA merupakan sumbangan utama Jepun kepada nasionalis Myanmar. Golongan Thakin

yang lari 6 tersebut telah menjalani latihan tentera yang keras di bawah pengawasan

Jepun. Latihan ketenteraan keras penting kepada Thakin tersebut dalam membebaskan

negara mereka daripada British dengan teknik serangan. Tujuan latihan tersebut adalah

menjadikan mereka bukan sahaja merupakan golongan terpelajar malah mahir dengan

kemahiran ketenteraan7. Pada masa yang sama, Jepun juga telah menjanjikan

4 Kokubo sangat rapat dengan nasinalis tempatan dan dianggap seorang yang pro-Myanmar. Ibid. Hal, 309-311.5 Thakin juga dikenali sebagai Dobama Ahsiahyone. Slogan bagi persatuan Thakin ini adalah ”Myanmar untuk orang Myanmar,” yang menekankan perlunya kuasa politik dan ekonomi dipegang oleh rakyat pribumi. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Burman dan Hindu. Anggota Thakin yang berpecah-belah berjaya disatukan di bawah BIA. Thakin ini juga amat terpengaruh dengan ideologi Jepun iaitu Asia untuk orang Asia dan Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur Raya. Dengan itu, mereka mahu membebaskan Myanmar dari sebarang Penjajahan. Ibid. Hal, 305-308.6 Golongan Thakin yang melarikan diri, sebenarnya ingin mendapatkan sokongan daripada kerajaan asing untuk mendapai kebebasan daripada British. Mereka juga melarikan diri selepas diburu oleh British selepas terlibat dengan aktiviti blok pembebasan yang diketuai oleh Dr. Baw Ma. Ibid. Hal, 308-309.7 John Bastin Dan Harry J. Benda, (1972) , Sejarah Asia Tenggara : Penjajahan Nasionalisma Dan Kebijajahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hal, 180-181.

3

Page 4: Jepun Di Burma

kemerdekaan kepada Myanmar jika mereka berjaya menguasai Myanmar dari British.

Melalui perjanjian tersebut, golongan tersebut bersama-sama Jepun melakukan serangan

ke atas British di Myanmar. Dengan bantuan tentera yang dilatih khas tersebut Jepun

berjaya menguasai Myanmar. Penduduk tempatan telah memberikan kerjasama dengan

baik kerana menyangkakan pembebasan Myanmar adalah datang daripada warganya

sendiri.

Semasa penjajahan Jepun, nasionalisme juga semakin meningkat berkembang

dengan lebih pesat. Hal ini disebabkan beberapa dasar-dasar yang dilakukan oleh Jepun

ketika menduduki Myanmar. Selepas menguasai Myanmar, Jepun memilih bumiputera

terutama golongan Thakin yang terlibat dalam serangan ke atas British, dalam membantu

pentadbiran Jepun di Myanmar bagi menunaikan janjinya memberi kemerdekaan. Ketua

Thakin iaitu Aung San mendapat kedudukan yang tinggi dalam arena politik. Dasar yang

dibuat Jepun tersebut telah menyediakan pengalaman dalam pentadbiran oleh masyarakat

Myanmar. Keadaan ini menambahkan kembali keyakinan Myanmar bahawa mereka

mampu memerintah sendiri dan berjuang untuk mencapai kebebasan. Walaupun Jepun

memberikan kuasa pentadbiran kepada Myanmar, dalam masa yang sama mengurangkan

ahli-ahli tentera yang bersama-sama membantu Jepun menentang British menjadi kecil

serta mengurangkan kuasa mereka. Selepas tahun 1945 selepas Jepun menyerah kalah

British kembali ke Myanmar, menyedari pengaruh yang kuat golongan pentadbir tersebut

dalam politik maka British berhati-hati dalam melaksanakan dasar. Ramai juga telah

diberikan peluang untuk mengisi kekosongan pentadbiran di peringkat pusat dan daerah

seperti U Kyaw Nyein.

4

Page 5: Jepun Di Burma

Semasa penjajahan dasar yang dilakukan Jepun dalam bidang pendidikan ialah

menanamkan dalam diri pelajar dari pelajar sekolah, sekolah tinggi, kolej dan belia

tentang kewujudan “ Negara Asia Baharu”. Penanaman semangat untuk mewujudkan

”Negara Asia Baharu” itu adalah menerusi penubuhan persatuan pakaian beruniform

seperti persatuan pembantu polis, payung terjun dan tentera Negara8. Melalui persatuan

ini, belia-belia banyak didedahkan dengan kemahiran dan kaedah dalam peperangan.

Tumpuan lebih diberikan kepada golongan belia dengan menawarkan pangkat yang

dikhaskan untuk golongan yang berpendidikan. Ia bertujuan untuk mempengaruhi serta

menjadikan belia sebagai golongan yang setia menurut perintah. Belia tidak terpengaruh

malah menggunakan semangat dan teknik-teknik yang diajar melawan Jepun kembali

selepas Jepun tidak menunaikan janji mereka serta melakukan banyak kezaliman dan

pengekploitasian sumber alam Myanmar. Selepas penjajahan Jepun, golongan belia ini

menggunakan kemahiran tersebut untuk dapatkan kemerdekaan daripada British.

Semasa penjajahan Jepun, mereka diberikan kemudahan untuk berhubung dengan

rakyat tempatan tanpa sekatan. Kebebasan penggunaan surat khabar dan radio dalam

bahasa kebangsaan Myanmar dibenarkan secara rasmi. Keadaan ini memudahkan

penyebaran pemimpin-pemimpin nasionalis berhubung dengan masyarakat tempatan.

Walaupun Jepun menyerahkan pentadbiran kepada rakyat Myanmar dan memberi

kemerdekaan tetapi Jepun masih lagi berkuasa penuh terutama dari sudut ekonomi.

Malahan, Jepun banyak melakukan kezaliman dan pengekploitasi sumber alam

Myanmar. Selepas Jepun tidak menunaikan janjinya untuk memberi kemerdekaan

sepenuhnya kepada Myanmar, Thakin menjalankan gerakan sulit dan bersedia menentang

8 Persatuan -persatuan yang ditubuhkan di sekolah ini menjadi asas kepada penglibatan belia dalam perkhidmatan tentera. Ibid. Hal, 170-171.

5

Page 6: Jepun Di Burma

Jepun. Mereka menubuhkan pertubuhan baru iaitu Anti Fascist People’s Freedom League

( AFPFL ) yang keanggotaannya dibuka kepada pelbagai kaum. Tujuan penubuhan

AFPFL adalah untuk mengekalkan kemerdekaan Myanmar9. AFPFL juga menjalankan

dasar berkerjasama dengan British untuk mengalahkan Jepun. Begitulah sikap nasionalis-

nasionalis Myanmar yang sanggup berkerjasama dengan sesiapa sahaja bagi

membebaskan negara dari penjajahan.

Walaupun menyambut baik kepulangan semula British, masyarakat Myanmar tetap

mahu kebebasan. Pengalaman semasa penjajahan Jepun menyebabkan mereka hilang

kesabaran ke atas sebarang penjajahan asing. Penjajahan Jepun telah menyedarkan

mereka dan berjaya meninggalkan semangat nasionalisme yang kuat dalam diri mereka

untuk bebas daripada sebarang kekuasaan asing sama ada daripada sudut politik atau

ekonomi10. Gerakan pembebasan untuk memperoleh kemerdekaan penuh diketuai oleh

Aung sang dan Anti-Fascist Kebebasan Rakyat ( A.F.P.F.L ). Pada pentadbiran British

Aung san telah dijadikan jurucakap untuk mempertahankan cita-cita rakyat untuk

mencapai kemerdekaan. Aung San juga telah mengetuai pemberontakan dan dalam masa

yang sama menjalankan rundingan untuk mendapatkan kemerdekaan kali kedua daripada

British. Oleh itu, jalan kepada kemerdekaan Myanmar telah terbuka dengan peranan

yang dimainkan oleh Aung San.

Penjajahan Jepun ke atas Asia tenggara dan terutamanya di Myanmar meninggalkan

kesan yang positif ke atas nasionalisme. Nasionalisme yang bersifat sederhana pada

9 Penubuhan pertubuhan yang dianggotai oleh pelbagai kaum menunjukkan, mereka betul-betul mahu bebas dan penjajah. Ideologi yang pelbagai telah diketepikan dan mereka bersatu-padu untuk tujuan membebaskan Myanmar dari Jepun seterusnya berjuang mendapatkan kemerdekaan daripada British. Ibid . Hal,181-182.10 Oleh itu, selepas kedatangan British mereka telah melakukan pemberontakan bagi mendapatkan kemerdekaan. Dikhuatiri jika kedudukan ekonomi di Myanmar pulih, semestinya British akan bertapak lebih lama lagi di Myanmar. Lihat, D. G.E Hall, ( 1981 ), Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hal, 1025-1026.

6

Page 7: Jepun Di Burma

peringkat awal bertukar kepada radikal, tersusun, bersatu-padu dan lebih berani selepas

penjajahan Jepun. Golongan nasionalisme ini menjalankan gerakan hanya satu untuk

mencapai matlamat asal mereka iaitu ”Myanmar untuk orang Myanmar”. Hal ini

menunjukkan Jepun meninggalkan sumbangan yang besar dalam perkembangan

nasionalisme. Malah penduduk Myanmar juga amat menghargai sumbangan rakyat Jepun

seperti Takashi Hachiro, Inao Mizutani dan Izumiya Tatsuro. Mereka telah

dianugerahkan dengan hadiah negara Aung san Tagaung oleh bekas rakan mereka iaitu

general Aung San 11.

3.0 POLITIK

11 Abu Talib Ahmad, , ( 2000 ), Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

7

Page 8: Jepun Di Burma

3.1 PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

3.1.1 Sistem Pemerintahan Tentera

Setelah Jepun menakluki Myanmar, Jepun telah menubuhkan kerajaannya yang

dikenali sebagai pentadbiran Baho. Semasa pendudukan Jepun, semua ahli politik

Myanmar seperti Dr. Ba Maw, U Nu, U Ba Pe dan lain-lain telah dibebaskan. Mereka

mengambil keputusan untuk berkerjasama dengan Jepun dan bersatu di bawah satu

pertubuhan yang dikenali sebagai Tentera Kemerdekaan Myanmar ( Myanmar

Independence Army ). Perubahan dalam sistem pentadbiran dapat dilihat semasa

pendudukan Jepun di Myanmar, melalui penukaran daripada kerajaan yang ditadbir oleh

pegawai awam yang terlatih kepada sistem pentadbiran tentera. Oleh yang demikian,

cara-cara pentadbiran ekonomi moden dan alat jentera pentadbiran Barat tidak digunakan

lagi walaupun di sesetengah tempat sistem pentadbiran Barat tetap memberi kesan-

kesannya yang bersaing dengan sistem pentadbiran tentera yang baru dibentuk oleh

tentera Jepun itu. Kedua-dua sistem ini diasingkan dengan tindakan-tindakan peraturan

yang berlainan dan juga halangan dari segi linguistik. Orang Jepun banyak bergantung

kepada satu sistem gerak kilat yang tidak dirancangkan terlebih dahulu, bersatu padu (

semangat kerjasama ), berani dan sudah tentulah kerana berjalan kuasa pemerintah-

pemerintah tentera.12

Dalam pemerintahan baru ini, pemerintah-pemerintah tentera telah diberi perintah

supaya menjalankan tugas-tugas mereka, intitusi-intitusi yang ada akan dipelihara, dan

12 John Bastin dan Harry J. Benda,( 1972 ). Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 162-163.

8

Page 9: Jepun Di Burma

adat resam bumiputera akan dihormati. Pentadbiran tanah-tanah jajahan yang berbilang

bangsa ini telah kehilangan sistem pentadbiran dan pengusahaan Barat pada peringkat

atas kerana pegawai-pegawai bangsa Jepun dari bidang tentera, pentadbiran, dan ekonomi

telah mengambil kebanyakkan daripada kedudukan serta kemudahan yang dirampas

dengan paksa daripada orang-orang bangsa Eropah dan Amerika. Orang-orang Barat

kecuali wanita dan kanak-kanak juga telah ditahan tidak lama selepas pentadbiran tentera

ditubuhkan.13 Selain itu, banyak daripada pekerjaan terpaksa dijalankan dalam bahasa

Inggeris kerana orang Burma dan Jepun tidak memahami bahasa antara satu sama lain. 14

Dalam bidang ketenteraan pula, setelah menduduki Myanmar, pihak berkuasa Jepun

meneruskan tindakan untuk mengurangkan ahli-ahli dalam tentera Burma menjadi tentera

kecil dan menyekat kebebasan tentera ini dalam tindaka-tindakan mereka. Namun,

pegawai-pegawai tentera yang muda, seperti General Aung San sebagai ketuanya, telah

pun mendapat kedudukan yang tinggi dalam arena politik dan kedudukan yang kuat yang

akhirnya menentukan kekuatan Thakin mengalahkan kuasa-kuasa politik yang lain.15

3.1.2 Penglibatan Pegawai Bumiputra Dalam Pemerintahan Tentera

Semasa pendudukan Jepun di Myanmar, Jepun telah memberi peluaang kepada

penduduk tempatan untuk bersama-sama tentera Jepun memerintah Negara. Pihak

berkuasa Jepun juga telah memilih sekumpulan orang Burma yang terkemuka dan

berpengaruh untuk memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan pemilihan tidak

terhad hanya kepada pelajar-pelajar Burma yang muda, sama ada tentera atau tidak. Hal

13 Ibid, 162 dan 18014 D.G.E. Hall (1981), Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal.1001.15 Ibid, hal.180.

9

Page 10: Jepun Di Burma

ini terbukti, sepanjang pemerintahan Jepun di Myanmar, Ba Maw telah memegang

jawatan yang penting.16 Buktinya sebaik sahaja Jepun menakluki Myanmar, mereka telah

melantik Dr. Ba Maw sebagai ketua pentadbiran, di mana pada Ogos 1942, Ba Maw telah

dilantik semula sebagai Perdana Menteri. Setelah dilantik sebagai Perdana Menteri, Ba

Maw telah menubuhkan pentadbiran Eksekutif pusat pada Ogos 1942 untuk

melengkapkan dualisme tetapi kuasa sebenar tetap berada dalam tangan Lt. Jeneral

Shojiro, panglima tertinggi tentera dan pentadbiran tentera.17

Walaupun Ba Maw memegang jawatan sebagai ketua pentadbiran, namun

pentadbiran Ba Maw mempunyai kuasa yang amat terhad kerana bidang ekonomi,

perlombongan dan pengangkutan dipegang oleh Lido Shojiro.18 Namun dari segi wilayah,

Ba Maw menguasai hampir seluruh Myanmar kecuali beberapa kawasan strategik di

negeri Shan dan pesisiran Tenaserim. Dari segi campur tangan Jepun pula, hal ini

semakin berkurangan dan laporan perisikan British menunjukkan bahawa pegawai Jepun

tidak lagi membuat lawatan mengejut ke daerah-daerah untuk menyemak surat-menyurat,

fail jabatan, disiplin kakitangan, ataupun mengarah pertukaran pegawai dengan

sewenang-wenangnya.19 Selain itu, walaupun semasa pendudukan Jepun sistem

pentadbiran yang diamalkan oleh barat diubah, tapi kakitangan dari kalangan penduduk

tempatan dikekalkan. Contohnya, pegawai-pegawai dari kalangan bumiputra khasnya

mereka yang menyelenggarakan pentadbiran peringkat daerah dan wilayah terus

16 Ba Maw ialah seorang tokoh politik yang berpengalaman dan bekas Perdana Menteri Myanmar. Ba Maw juga merupakan seorang pemimpin yang bercita-cita tinggi dan dinamik, beliau lama-kelamaannya menjadi pembela dan pengetua negeri Burma yang merdeka yang menggantikan pentadbiran Jepun pada Ogos 1943, tiga bulan sebelum Jepun menganugerahkan kemerdekaan kepada Filipina. Lihat, John Bastin dan Harry J. Benda, ( 1972 ). Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hal. 180.17 Abu Talib Ahmed, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 244. 18 Ibid19 Ibid,Hal. 246

10

Page 11: Jepun Di Burma

memegang jawatan. Selain itu, ramai pegawai kerajaan yang dinaikkan pangkat ke

kedudukan yang dahulunya dipegang oleh orang Eropah. Para pegawai berhubung rapat

dengan pentadbiran Jepun dan mereka diamanahkan tugas-tugas dan kewajipan yang

berat.Tindakan ini menunjukkan sikap Jepun yang konservatif.20

3.1.3 Penubuhan Jabatan

Semasa pendudukan Jepun, Tokyo juga telah membenarkan penubuhan sembilan

jabatan seperti kewangan, pertanian, perhutanan, dan perlombongan, dalam negeri,

perhubungan, buruh dan pengaliran, kehakiman, kerja raya dan pembangunan semula

serta kesihatan dan kerajaan tempatan. Semua jabatan ini merupakan satu penerusan

daripada sistem yang pernah dilaksanakan oleh Britain sebelum ini. Jabatan-jabatan ini

diketuai seorang menteri Myanmar tetapi pegawai Jepun turut memain peranan penting

seperti mengetuai biro tertentu hampir disetiap jabatan contohnya Biro Polis. Namun

terdapat pegawai Jepun yang tidak senang dengan penggunaan “menteri” bagi

menggantikan “ketua jabatan” atau jabatan disamakan dengan kementerian sehingga

dalam dokumen rasmi Jepun, menteri itu disebut sebagai ketua jabatan, walaupun Ba

Maw dan rakan-rakan kabinetnya mengangap mereka sebagai menteri.21

3.1.4 Pentadbiran Peringkat Daerah

20John Bastin dan Harry J. Benda, ( 1972 ). Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hal. 165. 21 Abu Talib Ahmed, ( 2000 ). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, Hal. 244.

11

Page 12: Jepun Di Burma

Di peringkat daerah, bilangannya pegawai kerajaan kekal seperti sebelum tahun

1942.Orang tempatan khususnya Burma kini mengambil alih jawatan Timbalan

Pesuruhjaya. Ba Maw menghadapi masalah besar untuk mengisi kekosongan pentadbiran

di peringkat daerah dan pusat sehinggakan bekas-bekas pentadbir dan ahli politik dari

kumpulan Thakin contohnya, terpaksa dibuat bagi mengisi kekosongan termasuk di

peringkat pertengahan dan bawahan. Inilah yang dimaksudkan oleh Profesor Harry

Benda apabila beliau menyebut kerahan tenaga belia dalam bidang pentadbiran walaupun

ini tidak bermakna mereka dihormati Jepun. Namun bidang kuasa yang dikendalikan oleh

seorang Timbalan Pesuruhjaya itu semakin kecil di mana hanya meliputi hal-hal umum

dan kepolisian, sementara kutipan cukai tidak lagi relevan apabila cukai tanah

dimansuhkan selepas rekod tanah menjadi kucar-kacir.

Timbalan Pesuruhjaya juga berkuasa melantik Ketua Kampung setelah

mengambil kira pandangan penduduk tempatan, sementara dalam perkara ketenteraman

awam, tanggungjawab ini diambil alih oleh tentera Jepun, kempeitai ( polis tentera ) dan

polis Myanmar. Pada tahun 1943, anggota polis Myanmar berjumlah 15 900 orang yakni

sekitar 20 peratus daripada kekuatan sebelum perang. Mereka terdiri daripada bekas polis

penjajah serta rekrut-rekrut baru yang mendapat latihan cara Jepun. Seperti sebelum

perang, pasukan polis tidak begitu popular di kalangan rakyat tempatan dan segelintir

anggotanya mempunyai masalah disiplin lalu ditamatkan perkhidmatan mereka. Tugas

pasukan polis termasuklah mencegah jenayah, serta membantu pentadbiran tentera dan

awam, menangkap musuh negara disamping melibatkan diri dalam pertahanan awam,

kempen kesihatan dan melaksanakan catuan dan kawalan makanan.

12

Page 13: Jepun Di Burma

Selepas Ogos 1943, pentadbiran Myanmar “ merdeka” didapati tidak jauh berbeza

dengan pentadbiran sebelumnya. Cuma kini pentadbiran daerah diawasi Kementerian

Dalam Negeri. Sejajar dengan tuntutan nasionalisme dan juga cita rasanya, Ba Maw mula

menggunakan konsep-konsep tempatan bagi menggantikan ungkapan-ungkapan yang

lazim digunakan semasa penjajahan British. Sementara itu, jabatan-jabatan kerajaan

seperti kehakiman diisikan oleh bekas-bekas hakim dan kakitangan mahkamah tempatan

sebelum perang seperti U Ba U yang kemudiannya cuba memberi pelbagai alasan

terhadap tindak-tanduk bekerjasama dengan kerajaan Ba Maw dan tentera Jepun.22

3.1.5 Perlembagaan

Sesuai dengan tarafnya sebagai sebuah Negara “merdeka”, Myanmar diberikan

perlembagaan baru yang mirip perlembagaan Meiji. Dengan perlembagaan baru ini, Ba

Maw dilantik sebagai ketua Negara, Perdana Menteri dan juga Panglima Tertinggi

angkatan bersenjata walaupun dalam hal ketenteraan, orang yang bertanggungjawab

secara langsung ialah Menteri Perang yang dilantik daripada kalangan pegawai tentera

yang masih aktif seperti yang dilakukan di Jepun sebelum tahun 1945. Sebagai ketua

tentera, Jeneral Aung San dilantik sebagai Menteri Perang semasa pendudukan Jepun dan

ini memulakan penglibatan tentera dalam politik dan pentadbiran tentera.23

3.2 KESAN PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN TERHADAP

MYANMAR

22 Ibid23 Ibid, Hal.246.

13

Page 14: Jepun Di Burma

3.2.1 Mewujudkan Masyarakat Yang Bersatu Dan Berdisiplin

Dengan wujudnya pemerintahan tentera di Myanmar semasa pendudukan Jepun,

telah berjaya mewujudkan golongan masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin. Hal

ini dapat dilihat apabila pendudukan Jepun buat pertama kalinya berjaya menyatukan

hampir semua wilayah Myanmar di bawah satu pentadbiran pusat. Hal ini bermakna buat

pertama kalinya kawasan pinggir tidak lagi tersisih dalam arus perkembangan politik

yang berlaku di Yangoon dan Mandalay menyebabkan mereka terdedah kepada konsep-

konsep seperti kesamarataan, Nasionalisme, dan ideology Marx yang boleh menggugat

kedudukan golongan pemimpin tradisional seperti yang berlaku selepas tahun 1945.

Bahkan semasa pemerintahan Jepun, seorang Shan bernama Dr. Ba Nyan dari negeri

Hsipaw telah menubuhkan satu gerakan belia Shan. Para belia ini diajar bahasa Jepun,

Shan, dan Burma. Ahli-ahlinya juga diajar berkawad serta didedahkan bermacam-macam

slogan sambil menyanyikan lagu-lagu kawad Jepun yang diubah seni katanya dalam

bahasa tempatan.24

Tidak dapat dinafikan bahawa masalah pentadbiran yang baru ditubuhkan ini

diancam oleh kekacauan secara besar-besaran dalam hal ehwal tanah jajahan. Namun,

berkenaan dengan dasar-dasar secara umum, pihak berkuasa Jepun berazam pada

dasarnya bertindak dengan berhati-hati kerana takut terlalu tergesa-gesa mengadakan

perubahan sebelum masanya yang akan membahayakan pencapaian matlamat-matlamat

dalam bidang tentera dan ekonomi.25

24 Abu Talib Ahmed, ( 2000 ). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, Hal. 242-243.25John Bastin dan Harry J. Benda, ( 1972 ). Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hal. 162.

14

Page 15: Jepun Di Burma

3.2.2 Mendidik Rakyat Tempatan Untuk Mentadbir Negara Sendiri

Melalui dasar-dasar pemerintahan tentera yang dilaksanakan di Myanmar, Jepun

sedikit sebanyak mendidik rakyat tempatan untuk mentadbir Negara sendiri. Dengan

memberi peluang untuk memerintah dan kemerdekaan pada 1 Ogos 1843, seolah-olah

memberi peluang kepada mereka untuk mengurus hal-ehwal dalam Negara mereka

sendiri. Oleh itu, dari segi politiknya Jepun telah memberi beberapa ruang kepada anak

tempatan untuk memerintah. Sementara itu, latihan ketenteraan yang mereka pelajari

daripada tentera Jepun dan juga perang gerila dengan tentera Jepun telah memberi

mereka pengalaman untuk bergerak secara kekerasan apabila penjajah Barat kembali.26

4.0 EKONOMI

4.1 Penguasaan Ekonomi oleh Syarikat Besar Jepun

26 Abdullah Zakaria, Azharrudin Mohd Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor, ( 2003 ). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timar 1800-1963. Selangor: Penerbit Fajar Bakti, Hal. 426.

15

Page 16: Jepun Di Burma

Pentadbiran Myammar yang baru ini hanya diberikan kuasa yang terhad kerana

bidang ekonomi dan pengangkutan yang penting itu masih dipegang oleh tentera Jepun.

Tentera Jepun menguasai ekonomi melalui syarikat-syarikat besar seperti Mitsui Bussan

Kaisha, Mitsubishi Shoji Khaisha dan hampir 50 buah lagi syarikat Jepun yang

memonopoli semua aspek pengeluaran pertanian termasuk penjualannya, perlombongan,

pembalakan dan perdagangan.27 Sementara itu, dalam sektor pengedaran dan

perdagangan runcit, Jepun membiarkan persatuan-persatuan peniaga tempatan

mengamalkan bahagian yang besar berbanding dengan sebelum perang .

4.2 Pertanian

Dalam aktiviti agraria terdapat dua masalah utama iaitu sewa dan hutang buat

sementara tidak menimbulkan sebarang masalah kerana pemberi hutang yang terdiri

daripada orang India telah pun meninggalkan Myammar. Sementara kebanjiran wang

Jepun memberi faedah besar kepada mereka yang berhutang. Semua petani digalakkan

mengerjakan sebanyak mungkin tanah pertanian tetapi keluasan sebelum perang

disebabkan beberapa faktor seperti barang pertanian yang terlalu lebih ( lebih rendah dari

tahun 1930-1931 ), kekurangan buruh pertanian serta lembu bajak dan wujudnya keadaan

sosiopolitik yang tidak stabil. Kerajaan Ba Maw telah menjalankan berbagai-bagai usaha

bagi meningkatkan pengeluaran padi seperti mengurangkan sewa tanah sebanyak 50

peratus, menetapkan harga padi dan kerajaan menjadi pembeli utama tetapi semua

langkah ini gagal membuahkan hasil yang diharapkan. Malah selain menghadapi masalah

27 Myammar diekploitasi semaksimum mungkin untuk manfaat Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya yang di pimpin oleh Jepun. Ini dilakukan dengan cekap oleh syarikat kaisha Jepun yang menggunakan nama tentera untuk bertindak bebas. Lihat, ibid, hal. 314.

16

Page 17: Jepun Di Burma

pengangkutan yang menyulitkan pengedaran beras, berlaku juga kebuluran di Myammar

Hulu. Jepun juga menggalakkan petani menanam hasil yang amat diperlukan serta

mendatangkan keuntungan seperti jut, sesamun, kekacang dan kapas tetapi petani tidak

berminat mengubah cara pertanian yang biasa mereka lakukan. Berkenaan penanaman

kapas terdapat juga penglibatan besar-besaran syarikat Jepun seperti Nippon Menka yang

diberikan hampir 275 000 ekar tanah di Meiktila dan Myingan dan Chuo Boseki yang

terdapat konsesi yang mendapat konsesi seluas 170 000 ekar di Sagaing, Mandalay dan

Khaukhse.28 Namun hasilnya tidak memuaskan kerana masalah kesuburan tanah,

kekurangan baja dan mungkin kekurangan buruh pertanian.

4.3 Perdagangan

Myammar yang terlalu bergantung pada ekonomi antarabangsa membawa padah

buruk semasa pendudukan Jepun apabila semua eksport dan import terhenti.29 Malah

pentadbiran di Tokyo berjanji akan membawa kemakmuran ekonomi kepada rakyat

tempatan tetapi tidak berlaku kerana masalah pengangkutan laut dan juga keutamaan

diberikan kepada keperluan tentera.30 Hal ini menyebabkan Jepun berusaha menjadikan

Myammar mengamalkan ekonomi sara diri di samping meminta juga menyumbang

kepada Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya.31 Sehingga tahun 1945, Jepun

28 Ibid ,hal.272 29 D.G.E Hall (1981 ). Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,hal. 100630 Kemusnahan dalam sistem pengangkutan sungai, empangan hidro seperti Balu Chaung, dan hampir 70 peratus bangunan sekolah di seluruh negara mengalami kerosakan. Masalah pengangkutan umpamanya, memberi kesan kepada perdagangan dan eksport hasil utama negara seperti padi dan balak. Ibid,hal 350. 31 Dakyah Jepun kuat mengisytiharkan musnah bentuk pentadbiran imperialis Barat dan adanya Lingkungan Sekemakmuran Timur Raya sebagai matlamat-matlamat yang membawa perubahan-perubahan besar. Lihat, John Bastin dan Harry J. Benda ( 1972 ) Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal.162.

17

Page 18: Jepun Di Burma

terus menguasai sektor ekonomi termasuk pengangkutan. Jika dibandingkan

perkembangan ekonomi penjajah sebelum pendudukan Jepun, yang berteraskan pertanian

padi, ekploitasi balak dan logam menjadikan Myammar terlalu bergantung pada pasaran

antarabangsa dari segi eksport dan import. Melalui hasil pertanian, balak dan logam,

Myammar dihubungkan dengan ekonomi penjajah seperti yang digambarkan dalam

perangkaan pada tahun 1931, Myammar mempunyai 6.6 juta pekerja dan 66 peratus

daripadanya atau 4.25 juga terlibat dalam sektor pertanian. Sehingga tahun 1941,

pertanian menyumbang lebih daripada 50 peratus hasil eksport, sebahagian besar

daripadanya ialah padi, diikuti kacang, kapas ( termasuk minyak kapas ), kacang tanah,

buah-buahan dan sayur, getah dan kulit haiwan.32 Myanmar juga berperanan memenuhi

keperluan beras untuk India dan Negeri-negeri Selat di samping menjadi pasaran

barangan industri dari India dan Britain.

4.4 Pembinaan Jalan Kereta Api

Pembinaan jalan kereta api yang menghubungkan Thanbuzayat di Tenasserin ke

Nongpladek di Siam. Dalam pembinaan jalan ini, ramai petani dikerah dan kehidupan

petani begitu terseksa akibat kekejaman tentera Jepun. Pembinaan ini bertujuan untuk

mendapatkan barangan pengguna bagi mengatasi ekonomi rakyat terus dibebani dengan

kekurangan makanan dan barangan pengguna yang selama ini didapati dengan mudah

32 Hanya barangan yang sangat penting dari segi strategi seperti bijih timah, bauksit, getah dan minyak yang diusahakan dan diberi bantuan, sebagaimana juga diusahakan beras dan barang makanan lain. Sebagaimana kawasan penanaman yang dahulunya khas untuk menanam gula, kopi, teh dan lain-lain barang yang eksport digunakan untuk pengeluaran makanan untuk penggunaan tentera di kawasan Asia Tenggara dan tempat-tempat yang jauh. Pada masa itu juga aliran barang-baranga import terhenti dan tidak ada digantikan dengan barang-barang dagangan Jepun dalam masa perang. Ibid, hal. 161.

18

Page 19: Jepun Di Burma

melalui perdagangan antarabangsa. Penduduk Myammar juga menghadapi masalah

inflasi dan eksploitasi syarikat-syarikat Jepun yang lazimnya menggunakan ejen-ejen

daripada kalangan orang tempatan bagi memudahkan urusan. Bagi menampung

kekurangan tersebut, mereka membuat barang gantian yang tentunya tidak begitu

sempurna ( amalan ini dihidupkan semula selepas tahun 1962 apabila tentera menutup

negeri itu kepada dunia luar). Masalah kekurangan makanan, tempat kediaman yang tidak

sempurna, keadaan kerja di kawasan yang tidak sesuai iklimnya serta tindakan kejam

penyelia Jepun menyebabkan kematian hampir 30 000 daripada 50 000 orang buruh

Myammar yang dikerah ke sini.33 Sebagai ketua kerajaan, Dr. Ba Maw menyedari

masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan buruh tetapi beliau gagal memperbaiki

keadaan terutamanya mereka yang berada jauh di pedalaman. Pembinaan jalan kereta api

ini siap lebih awal dari jangkaan iaitu pada bulan Oktober 1943 namun barangan

pengguna yang dijanjikan kepada rakyat tempatan tidak juga tiba berikutan pengeboman

tentera Berikat yang semakin giat. Sebaliknya, hal ini menimbulkan hubungan dan

prasangka buruk di antara rakyat dengan pemimpin politik termasuk Ba Maw dan juga di

kalangan ahli-ahli politik sendiri. Terdapat juga selepas tahun 1945, Dorman Smith cuba

menggunakan isu ini untuk mengheret Ba Maw ke mahkamah sebahagian daripada usaha

kerajaan penjajah menghukum pensubahat tempatan tetapi usaha ini kemudiannya

dibatalkan begitu sahaja.34

33 Beribu-ribu orang telah diambil untuk pembinaan jalan kereta api maut ` Death Railway’ yang terkenal itu, yang menyambungkan Selatan Burma dengan Bangkok. Lihat, D.G.E Hall ( 1981 ) Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal.1002 34 Pihak berkuasa Burma tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengurangkan atau menghentikan sama sekali akan olah guna sumber alam dan tenaga bumiputra dengan kejamnya oleh pihak Jepun. Beribu-ribu orang telah mati di jalan kereta api maut yang sedang di bina oleh Jepun dengan memeras tenaga manusia yang tidak terkira, untuk menghubungkan Burma dengan negeri Siam. Mangsanya termasuklah orang-orang Asia Tenggara dan orang-orang Jepun serta juga tawanan perang dari Eropah. Ibid, hal. 18

19

Page 20: Jepun Di Burma

4.5 Terhapusnya Penguasaan Ceti ke atas Ekonomi

Sebelum pendudukan Jepun, ramai golongan imigran India berjaya menguasai

perdagangan tempatan setelah mengetepikan peniaga-peniaga tempatan dan penguasaan

ke atas tanah pertanian. Semasa pendudukan Jepun golongan ini pulang ke negara asal,

maka beribu imigran India keluar dari Myanmar dan melarikan diri daripada

pemerintahan kuku besi Jepun dengan kembali semula ke India. Menjelang kemerdekaan,

kedudukan petani terus diperbaiki melalui satu siri undang-undang yang merujuk

pemberian hak tetap, penentuan sewa yang munasabah dan pelupusan hutang pertanian.

Langkah-langkah nasionalitik ini memaksa kebanyakan ceti menjual tanah mereka tetapi

ramai yang terus memegang geran tanah yang tidak bernilai. Kedudukan mereka menjadi

lebih buruk apabila kerajaan AFPFL pimpinan U Nu mengambil langkah

menghakmilikkan tanah dan sekaligus merampas tanah seluas tiga juta tanah kepunyaan

golongan ceti.35

4.6 Pemulihan Semula oleh British

Kedatangan semula tentera British-India-Afrika selepas bulan Mei 1945, kini

perlu berhadapan dengan ekonomi Myanmar yang sudah porak peranda. Dari segi

ekonomi, terdapat kumpulan rakyat yang mengalu-alukan kedatangan mereka dengan

35 Perlembagaan tahun 1947 menetapkan garis panduan tentang ekonomi sosialis demokratik, antaranya kebajikan sosial untuk rakyat, hak pemerintah memiliknegarakan semua sektor ekonomi, hak negara terhadap semua tanah, kebajikan pekerja dari segi keahlian dalam kesatuan sekerja, perumahan dan insurans serta hak rakyat mendapatkan pekerjaan, pendapatan minimum dan penjagaan atau rawatan semasa sakit. Melalui nasionalisasi tanah, juga bermakna terhapusnya peranan golongan ceti di dalam sektor pertanian.Dengan hasrat kerajaan menghapuskan peranan orang India dalam bidang perdagangan , pertanian, buruh, pentadbiran dan tentera sejajar dengan tuan yang pernah diperjuangkan golongan Thakin dan sebelumnya U Saw iaitu kemerdekaan ekonomi. Lihat, Abu Talib ( 2000 ), Sejarah Myammar.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 349

20

Page 21: Jepun Di Burma

harapan kekurangan barangan akan segera diatasi walaupun dari segi politik ramai pula

yang tidak akan menerima Britain dan ketuannya di Myanmar. Pada tahun 1945-1946,

keluasan tanah padi yang diusahakan hanya tinggal 6 983 000 ekar dengan hasil

pengeluaran pula sebanyak 2 222 000 tan atau 25 peratus daripada jumlah pengeluaran

pada tahun 1939. Pada akhir tahun 1945, pentadbiran tentera British dengan kerjasama

kerajaan Dorman-Smith36 mula melaksanakan Projek Padi bagi meningkatkan

pengeluaran serta menjamin harga yang patut kepada petani. Sedikit sebanyak langkah ini

berjaya memulihkan industri padi apabila pada tahun 1948, penanaman padi sudah

menjangkau keluasan sepuluh juta ekar, sementara hasil bagi seekar pula meningkat

kepada 28.09 bakul. Eksport padi juga beransur-ansur dipulihkan selepas tahun 1946

bermula dengan Sri Lanka dan India. Dari segi jumlah, angka eksport masih lagi dibawah

paras angka sebelum perang tetapi Myanmar masih mendapat lebihan pendapatan

berikutan harga padi yang lebih tinggi.

Pemulihan industri padi selepas tahun 1945 dibantu oleh dua faktor penting.

Pertama, semua petani diberi hadiah bagi setiap ekar tanah tambahan yang mereka

usahakan, dan kedua, petani tidak lagi dibebankan dengan masalah sewa dan hutang oleh

golongan ceti yang masih berada di India. Malah parti-parti politik seperti Parti Komunis

menggalakkan petani tidak membayar sewa walaupun tanah yang diusahakan itu hak

milik orang lain.

36 Selepas Jepun menyerah kalah pada bulan Mei 1945 sehingga bulan Oktober tahun yang sama, Myammar diletakkan dibawah Pentadbiran Tentera ( BMA ) sebelum kuasa di ambil alih kerajaan awam pimpinan Reginald Dorman- Smith. Namun tugas sebenar mentadbir masih dipegang oleh bekas-bekas pegawai penjajah yang diserapkan ke dalam satu perkhidmatan baharu, iaitu Perkhidmatan Hal-Ehwal Awam(Burma) [CAS (B)] yang di ketuai oleh Hubert Rance. Mereka bertanggungjawab ‘membaik pulih’ ekonomi Myammar melalui jabatan-jabatan seperti Jabatan Industri dan Keperluan Penting yang berfungsi sebagai pengedar barangan pengguna serta memulihkan pengeluaran beras. Ibid, hal. 286

21

Page 22: Jepun Di Burma

Berkaitan dengan prasarana, pentadbiran penjajah berusaha memulihkan alat-alat

perhubungan termasuk pelabuhan Yangoon ( pada tahun 1947 pelabuhan ini berjaya

memunggah 40 peratus daripada jumlah import dan eksport negara sebelum perang ),

jalan kereta api, pengangkutan sungai dan industri.37 Pada tahun 1947, kereta api

Myanmar sudah beroperasi sepanjang 1080 batu dan sudah mula mendapat keuntungan.

Walaubagaimanapun, pembangunan industri agak lembab kerana keengganan pelabur

asing khususnya dari India memasuki Myammar berikutan keadaan politik serta dasar

kerajaan yang masih tidak menentu. Namun, semua langkah pemulihan ekonomi ini

mengalami kejutan hebat semasa perang saudara antara kerajaan AFPFL selepas tahun

1948 dan terus sengit sehingga pertengahan tahun 1950-an.

5.0 SOSIAL

5.1 Kemusnahan Harta Benda

37 Pembangunan Burma ke arah kemajuan telah tergendala oleh berbagai-bagai kesulitan. Banyak telah dilakukan untuk memulihkan kembali pengankutan jalan raya dan rel dan juga memperbaiki pelabuhan-pelabuhan. Tetapi kebanyakan daripada kemudahan-kemudahan bekalan ini terlalu susah hendak didapati dan apabila kerajaan membatalkan mata wang Jepun. Lihat,D.G.E Hall ( 1981 ). Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,hal 1027.

22

Page 23: Jepun Di Burma

Di antara semua negara yang diduduki oleh Jepun, Myanmar yang mengalami

kesan yang teruk sekali. Bandar-bandar mengalami kemusnahan yang teruk disebabkan

oleh serangan udara Jepun. Lombong-lombong minyak, peralatan perlombongan dan

pengangkutan sungai musnah kerana dibinasakan oleh pihak British agar ia tidak dapat

digunakan oleh pihak musuh iaitu Jepun. Serangan udara pihak bersekutu juga

melumpuhkan pengangkutan kereta api. Jepun juga telah merampas peralatan jentera,

peralatan sains dan perabot rumah manakala perdagangan ke luar negeri telah terhenti. 38

5.2 Kebuluran

Bahagian Selatan Myanmar dan Bahagian Utara Myanmar pula mengalami

kebuluran. Selatan Myanmar hampir keseluruhannya tidak mendapat minyak untuk

memasak yang hanya dikeluarkan oleh daerah ”kawasan kering” itu. Kegagalan pihak

Jepun mengeksport beras Myanmar dan mengimport barang-barang keperluan

mengakibatkan kesusahan yang amat teruk. Kejatuhan nilai matawang yang tidak dapat

diatasi kerana polisi matawang Jepun. Ketiadaan hubungan perdagangan dengan negara

luar menimbulkan dua masalah besar iaitu kekurangan makanan dan kehilangan

pertukaran mata wang asing. Hal ini disebabkan oleh kapal Jepun yang sangat terbatas

dan laluan darat melalui jalan raya yang banyak musnah akibat perang. Selain itu, kapal

selam Pihak Berikat sentiasa berusaha menenggelamkan kapal-kapal Jepun yang

membawa bahan mentah dan barang makanan. Petani kehilangan sebahagian besar

38 Ibid,hal 1005.

23

Page 24: Jepun Di Burma

ternakan iaitu lembu kerana dirampas oleh pihak tentera Jepun yang sangat memerlukan

makanan. 39

5.3 Taraf kesihatan yang merosot

Taraf kesihatan rakyat semakin merosot kerana terdedah dengan pelbagai

penyakit disebabkan tindakan anti-malaria yang terhenti serta serangan penyakit cacar,

taun dan beri-beri. Selain itu, amalan makanan yang tidak sempurna serta ubat-ubatan

sangat kurang menyebabkan jumlah kematian penduduk bertambah secara mendadak.

Bekalan ubat-ubatan tidak dihantar kepada klinik-klinik kerajaan tetapi digunakan untuk

keperluan tentera Jepun manakala doktor dan jururawat pula ditempatkan di kem-kem

tentera.40

5.4 Kesengsaraan Hidup

Penduduk-penduduk bumiputera di Asia Tenggara terutamanya orang Myanmar

pada peringkat akhir perang yang banyak merasai kesan-kesan pemerintahan jepun.

Pendudukan Jepun menyebabkan kesengsaraan yang amat sangat, kehilangan mata

pencarian dan juga kehilangan nyawa manusia. Ada setengahnya yang kembali ke negeri

tanah air mereka kerana menganggur disebabkan oleh perusahaan-perusahaan dan

ladang-ladang kepunyaan barat ditutup dan kepulangan mereka itu menegangkan lagi

39 Ibid,hal 1006.40 Ooi Keat Gin ( 2006 ). Burma During The Pacific War ( 1941-1945 ). Dalam Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, From Angkor Wat To East Timor, Vol. 3, 290.

24

Page 25: Jepun Di Burma

keadaan ekonomi kampung yang sudah sedia miskin akibat kehabisan bekalan-bekalan

makanan. 41

Beribu imigran India keluar dari Myanmar dan melarikan diri daripada

pemerintahan Jepun dengan kembali semula ke India. Pemerintahan kuku besi Jepun

mendatangkan kesan penderitaan peribadi di mana beratus-ratus ribu orang yang dikerah

oleh pihak Jepun supaya menjadi hamba abdi ( Romusha ) yang dipaksa bekerja di Asia

Tenggara atau di seberang laut di dalam suasana yang buruk seperti di atas jalan kereta

api Burma-Thailand.42

Orang-orang yang berpindah ke pekan dan bandar-bandar meramaikan lagi

bilangan golongan yang miskin di bandar yang tidak diberikan pekerjaan di samping

mengalami kekejaman pemerintahan tentera yang keras. Pemerintahan tentera ini

berlainan sekali dalam banyak lapangan pentadbiran daripada cara-cara pentadbiran

kuasa-kuasa penjajah barat yang terdiri dari pegawai-pegawai yang impersonal. Polis

tentera ( Kempetai ) mengambil kesempatan dan melakukan kezaliman ke atas penduduk

myanmar di merata-rata tempat di negeri-negeri yang diduduki oleh jepun. Selain itu,

pakaian yang tidak mencukupi sehingga terpaksa membuat pakaian daripada guni. 43

5.5 Penghapusan pengaruh barat dan pemupukan budaya jepun

41 Abu Talib Ahmad ( 2000 ). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hal. 270-271.42 Beribu-ribu orang mati “di jalan kereta api maut” yang sedang dibina oleh Jepun dengan memeras tenaga manusia yang tidak terkira, untuk menghubungkan Burma dengan negara Siam. Mangsanya termasuklah orang-orang Asia Tenggara dan orang-orang Jepun serta tawanan perang dari Eropah. Lihat, John Bastin Dan Harry J. Benda ( 1972 ). Sejarah Asia Tenggara Moden: Penjajahan Nasionalisma,Dan Kebijajahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hal. 164. 43 Ibid, Hal. 164.

25

Page 26: Jepun Di Burma

Dalam usaha membentuk ‘Lingkungan Kemakmuran Asia’ di bawah

‘Pemerintahan Baru Asia Timur Raya’, pemerintah Jepun berpendapat bahawa semua

pengaruh barat di asia tenggara harus dihapuskan dan digantikan dengan semangat

persaudaraan sejagat. Usaha ini dilakukan melalui ‘dasar niponisasi’ dengan menerapkan

nilai-nilai budaya , bahasa dan pendidikan jepun ke atas penduduk tempatan.44 Antara

usaha awal yang dilakukan ialah menerapkan adat dan budaya jepun. Antara ialah

menundukkan kepala apabila bertemu antara satu sama lain sebagai tanda hormat dan

adat ini diperkenalkan kepada umum. Satu daripada kesan kebudayaan yang mustahak

dan berkekalan ialah menghidupkan semula bahasa-bahasa kebangsaan Asia Tenggara

yang disaingi juga dengan usaha-usaha Jepun untuk mengembangkan bahasa Jepun

dalam negara yang didudukinya.45

Nyanyian dan muzik juga dijadikan alat untuk menyebarkan budaya Jepun ke atas

penduduk tempatan, terutamanya murid-murid sekolah. Lagu kebangsaan Jepun ,iaitu

Kimigayo diajar kepada semua penduduk. Setiap pagi murid-murid dikehendaki

menyanyi lagu kebangsaan Jepun dan tunduk hormat kepada maharaja Jepun sambil

mengadap arah negara epun, iaitu arah matahari naik. Di sesetengah sekolah upacara

44 Jepun cuba menghapuskan warisan-warisan barat dan menggantikannya dengan satu sistem penilaian baru bagi Asia Tenggara. Pemerintahan Jepun terlalu singkat bagi melaksanakan penilaian semula dan untuk menyebarkan propaganda Jepun dengan luasnya. Namun, sistem penilaian baru tersebut ke atas pentadbiran tanah jajahan dan pembaharuan-pembaharuan yang diadakan serta disebarkan cukup untuk meruntuhkan pentadbiran sebelum perang. Myanmar telah dijajah selama beberapa abad dan telah disatukan ke dalam sistem kuasa Atlantik, sistem penyatuan yang khasnya kelihatan dalam kehidupan ekonomi moden di daerah-daerah dalam sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh barat. Oleh itu, perhubungan yang telah terjalin di antara tanah-tanah jajahan dengan penjajah-penjajah telah membawa kepada penggunaan cara hidup dan tingkah laku orang British serta juga bahasa –bahasa barat dengan sebab itu menekankan pengaruh-pengaruh sifat yang asing ke dalam kebudayaan masyarakat berbilang bangsa di Asia Tenggara. Namun, kesan pengaruh barat ini telah dibasmi dengan kejamnya oleh satu kuasa asing yang berazam hendak menubuhkan Komanwel Asia-Lingkungan Sekemakmuran Asia dengan negara Jepun sebagai pusatnya semasa pendudukan Jepun. Hal ini disebabkan pihak berkuasa Jepun tidak berpuas hati dengan hanya dapat menakluki Asia Tenggara daripada kuasa-kuasa penjajah. Lihat, ibid, Hal. 160.45 Paul H. Kratoska ( 2001 ). Introduction To Burma During The Japanese Occupation. Dalam South East Asia: Colonial History. Vol. . Hal. 77-79.

26

Page 27: Jepun Di Burma

menaikkan bendera Jepun diadakan setiap hari dan murid-murid diwajibkan menyanyi

lagu bendera Jepun iaitu Uniyukaba. Usaha memperkenalkan adat dan budaya Jepun ini

bertujuan menunjukkan unsur-unsur budaya Jepun yang luhur, disamping

memperlihatkan sikap Jepun yang menganggap orang Asia setaraf.

Sehubungan dengan itu, pemerintah Jepun memperkenalkan penggunaan bahasa

Jepun ( nippon-go ) bagi menggantikan bahasa Inggeris sebagai usaha mendekatkan

penduduk tempatan dengan adat dan budaya Jepun. Bahasa Jepun diajar di sekolah-

sekolah, kelab-kelab sosial, kilang,firma swasta dan pejabat-pejabat kerajaan. Mereka

yang berminat dilatih menjadi guru bahasa Jepun. Persatuan melatih bertutur dalam

bahasa Jepun ditubuhkan untuk memajukan bahasa ini. Mereka yang boleh bertutur

bahasa Jepun diberikan jawatan yang baik dalam perkhidmatan kerajaan. Kenaikan

pangkat, gaji dan lain-lain kemudahan juga dinilai berasaskan kecekapan dalam bahasa

Jepun. Dalam akhbar-akhbar disediakan ruangan khas mempelajari bahasa Jepun. Guru-

guru sekolah pula terpaksa belajar bahasa Jepun kerana semua mata pelajaran yang diajar

dalam bahasa Jepun. Minggu bahasa diadakan untuk menggalakkan penggunaan bahasa

Jepun. Perpustakaan di sekolah dilengkapi dengan buku-buku dalam bahasa,

kesusasteraan dan kebudayaan Jepun. Semua urusan dalam sistem perhubungan seperti

perkhidmatan pos dan telegraf wajib menggunakan bahasa Jepun.46

Hari-hari cuti umum dan kelepasan am dilaksanakan berasaskan kepada Jepun

seperti hari kelahiran maharaja Jepun, hati angkatan tentera darat, laut dan udara, musim

menuai Jepun dan lain-lain. Semuanya bertujuan untuk membiasakan orang ramai dengan

hari kebesaran yang menunjukkan kebesaran Jepun, di samping memupuk rasa hormat

46 Ibid,. Hal. 77-79.

27

Page 28: Jepun Di Burma

kepada negara Jepun. Malah, haribulan British yang digunakan sebelum ini ditukarkan

kepada haribulan dan sistem tahun Jepun, misalnya tahun 1942 ditukar menjadi 2602.

Disamping itu, nama-nama orang diubah mengikut nama Jepun. Ungkapan seperti

ohaya ( selamat pagi ), arigato ( terima kasih ) dan sayonara ( selamat tinggal ) selalu

digunakan dalam kehidupan harian. Gambar-gambar tentang negara Jepun juga digantung

di rumah-rumah, kedai, pejabat kerajaan, persatuan dan kelab. Bagi kaum wanita, mereka

menganggap menjadi isteri atau perempuan simpanan pegawai Jepun sebagai satu

penghormatan kerana melalui cara itu mereka berpeluang menikmati segala kemudahan

dan pelindungan dari segi undang-undang.

6.0 KESIMPULAN

28

Page 29: Jepun Di Burma

Awal tahun 1944, Jerman telah kalah dalam perang dunia kedua. Ketua Tentera

Pesekutuan di Timur iaitu Lord Louis Mountbatten dan timbalannya Jeneral Stilwell

mula mengatur persiapan untuk menduduki semula Myanmar dan negara-negara Asia

Tenggara yang lain. Serangan ke atas Myanmar dilakukan pada awal Januari 1945.

Dengan bantuan Tentera Kebangsaan Myanmar dan AFPFL, British telah berjaya

mengalahkan Jepun dan menduduki semula Myanmar pada bulan Mei 1945. British

bertindak segera mengasaskan pentadbiran tentera di Myanmar.

Pendudukan Jepun ke atas Myanmar telah membawa pelbagai kesan terutama

daripada segi politik, ekonomi dan sosial. Namun, kesan yang utama ialah munculnya

semangat nasionalisme dikalangan penduduk Myanmar di mana mereka bersatu padu

untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah dan menuntut kemerdekaan

bagi negara mereka.

29