Transcript
  • EDU 3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

    TAJUK : ISU-ISU ETIKA GURU

    Disediakan oleh:Khairul Bariah binti KassimNuramalina binti Che Halim

  • ISU - ISU ETIKA GURUKesantunan GuruKepedulian GuruKerjaya SambilanPengurus kewanganBerniaga di SekolahPengurus masaPenampilan Guru

  • PJM 3114PENDIDIKAN JASMANI SUAIANTajuk : Masalah PenglihatanAhli KumpulanNorul Safura bt KamaludinShah Reza b Abd RazakNuraini bt MuhammadShahrul Izuwan bin Abd Rahman

    KESANTUNAN GURUKesantunan berpakaian

    Guru hendaklah berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.

    Solekan tidak keterlaluan

    Pakaian yang jarang tidak boleh dipakai

    Kesesuaian pakaian ke majlis dan acara rasmi

    Kesantunan tingkah lakuIalah tatacara bertindak atau gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu.

    Contohnya:- Ibu bapa yang datang berurusan di sekolah; berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan; duduk di dalam kelas; berhadapan dengan orang yang kita hormati; Berjalan di tempat umumKesantunan berbahasa

    Perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi.

    Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya

  • Ikhlas, jujur, baik hati, penyayang dan sanggup berkorban.

    Bersyukur dan berterima kasih atas nikmat dan kebaikan yang diperolehi

    Berani dan tegas serta mampu membetulkan perkara-perkara yang tidak baik.

    Ciri kesantunan guru

  • Menghargai dan menghormati pihak lain walaupun kalangan yang lebih muda, cacat, miskin dan kurang cerdas.

    Menggunakan kata-kata untuk perkara yang baik.

    Peramah, pemurah dan bersedia membaiki kelemahan diri.

  • Model Kesantunan Lakoff (1978)Lakoff menyarankan 3 prinsip sekiranya ingin mengekalkan keharmonian dalam sesuatu perbualan .Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti yang berikut:1)jangan memaksa2)berikan pilihan3)jadilah pendengar selesa

  • Jangan memaksaKedua-dua pihak, sama ada penutur atau pendengar tidak boleh memaksa salah seorang daripada mereka untuk terus berkomunikasi.

    Sebagai contohnya ketika berada di dalam sesebuah kelas, guru tidak seharusnya memaksa murid untuk terus mendengar sahaja apa yang hendak diperkatakan.

  • Sebaliknya guru harus juga bersikap terbuka untuk mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh murid mereka

  • Berikan pilihan

    Keadaan ini memberi peluang kepada pendengar membuat pilihan menerima atau menolak sesuatu permintaan, berfikir dan bertindak balas terhadap permintaan yang bersesuaian dengan kehendaknya.

    Komunikasi dua hala atau pelbagai hala sangat sesuai untuk digunakan oleh guru.

  • Ini bermaksud guru boleh berkomunikasi dengan murid, murid dapat bertindak dan memberi respon terhadap apa yang diperbincangkan dan dalam masa yang sama murid juga boleh berinteraksi sesama mereka demi mendapatkan hasil pembelajaran yang maksimum.

  • Jadilah pendengar selesaMerapatkan hubungan yang baik antara penutur dengan pendengar.

    Menonjolkan perasaan positif penutur-pendengar dan digunakan dalam kalangan mereka yang ingin menjalinkan hubungan yang lebih rapat.

  • Guru harus bijak memilih prinsip yang boleh digunakan semasa berinteraksi engan murid supaya akhirnya metlamat pembelajaran akan dapat dicapai

  • KEPEDULIAN GURU

    Kepedulian, atau dalam istilah yang lain ialah ambil peduli, mengambil berat dan menyayangi, yang melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan perhatian terhadap pengalaman mereka.

  • 4 komponen penting dalam pendekatan ini, iaitu:ModelingDialogPraktisKepastian

  • ModelingKomponen ini adalah penting dalam menunjukkan bagaimana kita mengambil berat terhadap orang tersayang, iaitu murid kita.Oleh itu, guru perlu menunjukkan kepada murid bagaimana untuk mengambil berat dan menyayangi dengan cara membuat hubungan yang baik terhadap mereka.

  • ModelingSikap guru sedemikian akan dijadikan contoh oleh murid lain di kelas itu.Mereka juga sudah tentu akan lebih menyayangi dan mengambil berat perihal rakan sekelas.Keadaan seumpama ini sudah tentu akan dapat menjalinkan hubungan rapat antara guru dan murid.

  • DialogKomponen ini bukan sahaja hanya melibatkan percakapan atau perbualan semata-mata.

    Kedua-dua pihak mengetahui keputusan atau matlamat yang akan dicapai melalui aktiviti berdialog.

    Ia memberikan murid peluang untuk bertanya dan membantu kedua-dua pihak mencapai keputusan yang seimbang dan dipersetujui.

  • DialogGuru mewujudkan komunikasi dua hala di dalam kelasnya.Komunikasi yang baik antara guru dan murid sudah tentu akan meningkatkan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran.Ini seterusnya akan dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru.

  • PraktisGuru akan mempraktikkan bagaimana untuk menunjukkan kasih sayang di antara guru dan murid.

    Sebagai contoh, guru bertanya khabar kepada seorang murid.

  • PraktisPertanyaan guru dan maklum balas murid itu merupakan salah satu praktis.Praktis yang dilakukan secara bersungguh-sungguh juga akan dapat menggalakkan hubungan baik antara guru dan murid.

  • KepastianPerlakuan yang menggalakkan sesuatu yang terbaik daripada orang lain.Kita boleh melakukan ini hanya sekiranya kita mengenali seseorang dengan cukup rapat untuk mengenalpasti apa yang mereka hendak capai.

  • KepastianSebagai contoh, jika guru tahu bahawa minat murid-murid di kelas berkenaan adalah lebih kepada belajar menggunakan teknologi maklumat, misalnya komputer, guru perlu menggalakkan aktiviti tersebut.

    Langkah guru ini sudah tentu akan mewujudkan rasa penghargaan di kalangan murid-murid dan mereka sudah tentu akan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran guru.

  • PENAMPILAN GURUHendaklah menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang unggul.

    Menunjukkan sifat yang positif.

    Mengamalkan semua nilai murni dalam kehidupan seharian dan ketika melaksanakan tugas sebagai seorang guru.

  • Guru mestila mempunyai sifat:-Sabar yang tinggiMesraBertimbang rasaKesediaan mendengarKesediaan menerima kritikanRajinAdilPeriangBerdedikasiKreatif dan inovatif

  • Penampilan sifat rohaniahKeimanan yang kental kepada Allah swt;Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh para rasul;Sifat-sifat keimanan asas yang lain.

  • Penampilan sifat-sifat akhlakSentiasa bercakap benar dan jujur;Menepati janji, amanah dan ikhlas dalam perkataan dan perbuatan.Penampilan sebegini akan menjadikan guru sentiasa merendah diri, sabar, tabah dan cekal, pemaaf dan toleransi serta sentiasa meyanyangi murid, mementingkan orang lain dan pemurah.

  • Penampilan sifat-sifat mentalCerdas (kepintaran teori, amali & sosial);Menguasai mata pelajaran yang diajar;Luas pengetahuan am;Cenderung kepada pelbagai bidang;Kecenderungan dan memahami keperluan murid;Fasih & petah dalam penyampaian pengajaran.

  • Penampilan sifat kejiwaanSifar tenang dan emosi yang mantap;Optimistik dalam hidup (penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa mengingatiNya);Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan;Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.

  • Penampilan sifat fizikalSihat tubuh badan;Terhindar dari penyakit;Berpewatakan cantik/tampan;Kemas;Bersih.

  • Faktor penampilan diri guruFaktor pendidikanFaktor pengalamanFaktor persekitaran

  • Faktor pengalamanPengalaman hidup dan kerja seseorang guru dapat mempengaruhi sikapnya, sama ada ke arah yang lebih positif atau negatif;Sebagai guru permulaan, anda harus berusaha untuk mebentuk penampilan diri yang posotif dengan merujuk kepada mereka yang lebih berpengalaman dalam sesebuah sekolah yang ditempatkan kelak.

  • Faktor pendidikanLebih menfokuskan pendidikan awal yang diterima oleh seseorang guru.Kebiasaannya guru yang terdidik dalam keluarga yang mementingkan penampilan sahsiah diri, turut akan menonjolkan penampilan diri dalam amalan kehidupan dan perkhidmatan yang mereka ceburi.

  • Faktor persekitaranSkopnya luas termasuklah keluarga, kebudayaan, pengaruh sekolah, media massa, pengalaman dan masyarakat.

    Persekitaran yang baik dan harmonis boleh mempengaruhi sikap yang positif dan sebaliknya.

    Guru seharusnya mempunyai jati diri agar mereka tidak terpengaruh dengan penampilan negatif yang ditunjukkan oleh persekitaran mereka.

  • BERNIAGA DI SEKOLAH

    Melibatkan produk ataupun perkhidamatan kepada pelangganContohnya, terdapat sebilangan guru terlibat dalam perniagaan di sekolah samada secara terus ataupun sistem MLM ( Multilevel Marketing)

  • Guru yang terlibat mula beralih arah dan melepaskan tanggungjawab dan hilang daya tumpuan dalam mengajar khususnya yang terlibat dalam MLMBerjaga malamMempromosi perniagaan di sekolahMenyalahi etika kerjaTugas sebenar dianggap sampinganTidak menghargai amanah yang diberikan kepada mereka

  • Selain itu, ketika musim perayaan juga menimbulkan peluang guru berniaga.Peluang berniaga kuih raya, baju raya, tempahan pakaian, perhiasan wanita dan ianya membelakangkan tanggungjawab utama guruMewujudkan budaya yang tidak baik di sekolah

  • Guru berkempen murid menyertai tuisyen yang dijalankan

    Memberikan penumpuan yang berbezaMengambil untungMenggunakan sekolah sebagai tempat tuisyenMenggagalkan atau memberi markah rendah kepada murid yang disasarkanMenggunakan kemudahan sekolah untuk tuisyen

  • KERJAYA SAMBILANKerja sementara untuk menambah pendapatanPengalaman bekerja menjelaskan erti kehidupan sebenarMenerap nilai menepati masa, mengikut arahan,rajin dan menggunakan minda serta labih berwawasan

  • Tekanan hidup memaksa guru dikawasan bandar mencari alternatif menambah pendapatanKos sewa rumahPerbelanjaan keluargaBebanan hutangContoh kerja sampingan yang dilakukan guru :Pengajar tuisyen/pusat tuisyenPenceramah seminarBerniaga di pasar malamMLM (Multilevel Marketing)Memandu teksi

  • Aktiviti kerja sampingan selepas waktu di sekolah membawa kesan negatifKeletihan dan lesuPerancangan mengajar tidak lengkap Tiada tumpuan mengajar

    Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1999 dimana ianya untuk memantau dan memberi kebenaran kepada individu yang terlibat

  • Antara panduan yang ditetapkan ialah :Ketika memohon telah disahkan jawatanKerja sampingan tidak melebihi 4 jam semingguMarkah prestasi tahunan anda haruslah tinggi iaitu bersamaan atau melebhi 80% bagi tahun sebelumnyaKerja sampingan tidak mengganggu tugas rasmi Tidak dibenarkan menggunakan peralatan pejabat/ sekolahPemohon dapat sokongan Ketua Jabatan masing - masing

  • Guru guru yng terlibat, terikat dengan pekeliling dan syarat-syarat peraturan 5(3), Peraturan Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993Tidak melakukan aktiviti dalam waktu pejabat dan pada ketika anda dikehendaki menjalankan tugas rasmiTidak dengan apa cara menjejeaskan kegunaan anda sebagai pnjawat awamTidak dengan apa apa cara bercanggah dengan kepentingan jabatan atau menjadi tidak sejajar dengan kedudukan anda sebagai pegawai awam

  • PENGURUS MASA

    Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang masa dengan sesuai untuk mencapai matlamat anda

    Guru perlu mempunyai kemahiran pengurusan masa yang baik untuk mandapat kesan yang maksimum

  • Perkara penting yang perlu diketahui :Tentukan keutamaanMerancang masa depan dan tuliskannyaMembaca dengan laju dan menulis dengan cepatTidak melakukan perkara tidak pentingDelegasikan kerja yang boleh dilakukan oleh orang lainMengikut seminar yang boleh meningkatkan kemahiranMemanfaatkan teknologi dengan sebaiknyaElak menangguh kerjaSeimbangkan masa untuk kerjaya,keluarga dan masyarakat

  • Kesan menguruskan masa dengan berkesan :TerurusProduktifKurang tertekanLebih mempunyai banyak masa melakukan aktiviti yang bermakna dalam kehidupan

  • PENGURUS KEWANGAN

    Guru harus manjadi pengurus kewangan yang cekap kerana ia memberi kesan kepada kejayaan guru di dalam kelasAspek pengurusan kewangan disekolah :Gaji sendiri, yuran murid kelas anda dan yuran PIBGPengutan wang murid perlu surat kuasaKutipan segera diserah kepada pejabat

  • Segala dokumen yang berkaitan perlu lengkap sebagai buktiSegala rekod perlu disimpan dengan teratur agar mudah disemakSegala wang memerlukan pengeluaran resit sebagai buktiTidak boleh melakukan Perbelanjaan Tanpa Kebenaran atau melakukan urusan tanpa kebenaran

  • Perkara yang guru perlu perhatikan :

    Kenalpasti KEPERLUAN dan KEMAHUANSediakan peruntukan untuk emergency bufferBuat keputusan bagaimana wang sepatutnya dibelanjakanRancang kewangan mengikut pendapatan sekarang dan bukan pendapatan ramalanMengingatkan diri sendiri tentang kepentingan pengurusan kewangan

  • terima kasih