Download pdf - Interaksi Antara Tamadun

Transcript
  • INTERAKSI ANTARA TAMADUNMOHD ZAHIRWAN HALIM BIN ZAINAL ABIDINCITU UiTM PERAK

  • PengenalanInteraksi, komunikasi, pertembungan dan perhubungan antara tamadun manusia telah wujud sejak zaman berzamanWalaupun ianya berbeza, namun wujud usaha untuk mendekatkan jarak yang memisahkan antara peradaban itu melalui tranformasi idea, teknologi ataupun asimilasi budaya dan tamadun keilmuanInteraksi antara peradaban mengambil masa yang panjang dan ia lazimnya berjalan tanpa disedari oleh komuniti terbabitCth: Perpindahan tamadun Islam ke Barat semasa pemerintahan Andalus (711-1492 M) mengambil masa yang panjang sekiranya diperhatikan kepada pemerintahan Islam tersebut

    : Perpindahan Tamadun Barat ke atas negara-negara jajahan semasa era kolonial malahan masih berterusan sehingga kiniNegara yang didiami pelbagai kaum, bangsa, budaya dan agama juga akan menyebabkan berlakunya interaksi antara tamadun

  • Definisi Interaksi Antara TamadunIaitu penyerapan budaya luar ke dalam budaya tempatan melalui asimilasi dalam jangkamasa tertentu sehingga budaya tempatan hilang identitinyaCth: Masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka, Cina Peranakan di Kelantan, budaya Timur dan Barat sehingga budaya Barat mampu mendominasi

    Tahap Interaksi Dalam konteks negara Malaysia sekarang, interaksi telah berlaku melalui beberapa tahap iaitu:

    1. Interaksi budaya masyarakat setempat dengan budaya luar yang dibawa oleh para pedagang dan pengunjung ke Tanah Melayu Cth: Kedatangan pedagang Arab telah membawa kepada penyebaran agama Islam ke TM kerana Islam sesuai dengan fitrah dan citarasa semulajadi masyarakat setempat

  • Cth: Kedatangan pedagang Arab telah membawa kepada penyebaran agama Islam ke TM kerana Islam sesuai dengan fitrah dan citarasa semulajadi masyarakat setempat. Tambahan pula, Islam telah diterima di kalangan raja-raja Melayu yang menggalakkan lagi penyebaran Islam.

    : Penerimaan Islam bermula dengan Megat Iskandar Syah (Parameswara) pada 1403 M, telah menjadi pemangkin kepada agama Islam untuk mendominasi pemikiran dan budaya hidup masyarakat Melayu : Kehidupan telah bertukar daripada kehidupan yang dipenuhi unsur-unsur khurafat dan animisma kepada mentauhidkan Allah serta beramal dengan ajaran-ajaran Islam yang berpandukan kepada kitab al-Quran dan al-Sunnah

  • 2. Kehadiran bangsa dan warna kulit yang berlainan apabila kedatangan penjajah InggerisCth: Imigran Cina dan India di TM. Pada peringkat awal, mereka masih menghormati hak-hak orang Melayu sebagai penduduk asal TM namun perkara ini terhakis apabila berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969. Konflik ini dapat ditangani sehingga kaum-kaum tersebut dapat menerima Malaysia adalah negara yang didiami masyarakat majmuk

    3. Interaksi antara budaya Timur dan Barat.- budaya Barat yang tidak berpaksikan kepada agama menyerap masuk ke dalam budaya tempatan- Berlakunya kerosakan akidah dan juga akhlak- Budaya hidup masyarakat Islam dan Melayu telah terhakis

  • Faktor-Faktor InteraksiAgamaAgama berkait rapat dengan tamadun dan kebanyakan tamadun muncul serentak dengan agama. Cth: Tamadun IslamAgama-agama lain di dunia termasuk Yahudi, Kristian,Hindu dan Buddha juga muncul dengan pegangan dan kepercayaan terhadap kuasa Tuhan yang menjadi pengimbang dan pengawal kepada tamadun masing-masingNamun, tidak semua tamadun dipengaruhi agama seperti tamadun Greek yang berasaskan rasionalisme dan tamadun Barat yang menolak agama kerana menganggap agama penghalang kemajuan. Barat telah mencipta ideologi-ideologi moden seperti Sekularisma bagi mengambil tempat agama.

    - Sejarah: Pihak gereja telah menolak sains dan menganggap sains itu sihir sehingga menyaksikan ribuan saintis telah dibunuh. Antaranya ialah Galileo GalilieDalam Islam, aktiviti dakwah amat digalakkan dan didorong oleh Nabi Muhammad S.A.W. . Oleh itu, para pendakwah telah merantau ke seluruh pelosok dunia untuk menyampaikan agama Islam. Para pedagang juga berperanan untuk membantu proses dakwah ini kepada penduduk tempat yang disinggahiAtas dasar agama, telah berlaku interaksi yang menyaksikan pertukaran agama penduduk setempat kepada agama yang lain kerana sesuai dengan budaya dan adat hidup mereka. Cth: Penduduk Nusantara kepada Islam kerana dalam konteks Alam Melayu, orang-orang Melayu pernah melalui proses pertukaran agama dari kepercayaan animisme, Hinduisme, Buddhisme dan Islam

  • 2. Keserasian antara budaya dan tamadunPercampuran budaya tempatan dengan budaya luar yang ada keistimewaan tersendiri yang mampu menarik perhatianCth: Pakaian

    - Songkok di pakai sebagai pakaian rasmi di Malaysia dan Indonesia- Cina Kampung pakai kain sarung dan semutar sebagaimana orang Melayu Kelantan:Budaya- Adat persandingan- Melenggang perut3. PenjajahanMasyarakat tempatan menerima budaya penjajah yang berjaya mendominasi budaya tempatan sehingga budaya tempatan dianggap kolot

  • Cth: Pakaian

    - tie, kot, seluar, topi, baju kemeja : Cara Makan- garpu, sudu, pisau : Pergaulan- bebas antara lelaki dan perempuan : Hiburan- Nyanyian, tari menari : Tulisan- Tulisan Jawi kepada huruf Roman : Bahasa- Melayu kepada Inggeris

  • 4. PerdaganganBerlakunya hubungan duahala dalam tempoh masa yang panjangKesannya, berlaku asimilasi budaya masing-masingCth: Hubungan dagang antara bangsa Arab dan Melayu

    - Masyarakat Melayu telah memeluk Islam- Wujudnya tulisan Jawi- Arab dan Islam: Penggunaan kapur barus dalam memandikan mayat- Bahasa: Penggunaan beberapa perkataan Arab dalam bahasa Melayu terutamanya berkaitan dengan agama seperti kadhi, hukum,fatwa, akad, nikah- Senibina: dibina kubah dan menara sebagaimana di T.Arab

  • 5. Pendidikan dan ilmu pengetahuanBerlaku apabila penduduk tempatan dihantar belajar ke tempat-tempat di luar jajahan merekaCth: Pelajar Melayu dihantar ke T.Arab dan Eropah untuk belajarAdanya pengaruh dari budaya tempat belajar masing-masingWujudnya matapelajaran seperti ilmu bahasa. Cth:

    -Bahasa Arab: Balaghah, Nahu dan Saraf-Bahasa Inggeris: GrammarPenubuhan sekolah dan universiti sebagaimana di T.A dan EropahMatapelajaran moden telah dibawa masuk ke Nusantara seperti Matematik, Sains, Ilmu Alam, falsafahBerlakunya revolusi pemikiran dikalangan para pelajar kerana terpengaruh dengan revolusi ditempat mereka belajarCth: Gerakan Tajdid dan Islah di Mesir mempengaruhi sebilangan pelajar Melayu yang belajar di al-Azhar

    : Fahaman Sekular dan Liberal di Barat

  • 6.Ibadah dan ziarahTerutamnya semasa mengerjakan ibadah haji dan umrah ke Mekah dan MadinahDalam jangkamasa yang lama, berlakunya interaksiApabila pulang, memakai jubah kopiah, serbanMakanan: Roti Arab, buah kurmaOrang Arab: Pandai dan faham berbahasa MelayuMakanan: Makan nasi seperti Nasi Arab dan Bukhara

    7. PerkahwinanPerkahwinan antara pasangan berlainan budaya menyebabkan berlakunya asimilasiCth: Melayu-Cina, Melayu-ArabBudaya pasangan akan meresap secara beransur-ansur ke dalam diri pasanganBagi yang beragama Islam, yang haram tidak boleh diamalkan

  • Kesan InteraksiKesan Positifa) Interaksi secara harmoni tanpa ada pertembungan terbuka antara budaya tempatan dengan budaya yang dibawa masuk sama ada masyarakat tempatan sendiri atau sebaliknyaCth: interaksi melalui ibadah dan ziarah ke Tanah Suci atau penghantaran pelajar ke luar negara terutama Timur Tengah- ia tidak menjadi masalah kerana interaksi dua budaya yang tidak jauh bezanya dengan budaya kelompok alam Melayu, terutama dari sudut kepercayaan dan agamaYang penting, budaya yang serasi dengan pengamalan agama Islam tidak menjadi masalah untuk berinteraksi dan ia boleh diharmonikan dan mudah diterima kerana Islam bersifat universalDalam kelompok alam Melayu contohnya, interaksi tidak menjadi masalah kerana budaya seakan-akan sama dan pengamalan Islam juga samaCth: Mengamalkan mazhab Shafie dalam hukum Islam

    : Makanan ruji: Nasi : Budaya ketimuran seperti sopan santun, berbudi bahasa, hormat menghormati

  • b) Berlakunya pertukaran idea dan nilai yang baik antara sesebuah tamadun dan interaksi berlaku dengan produk tamadun yang lebih cemerlang- Cth: Kebangkitan tamadun Islam, di samping bersumberkan ajaran Islam yang tulen, namun penyerapan tamadun Yunani, Parsi, Greek, India, Mesir dan China telah menjadikan tamadun Islam unggul dalam sejarah ketamadunan. Contohnya:-ilmu falsafah, telah diterjemah kitab-kitab falsafah Yunani, Parsi dan Greek.-Matematik-India c) Penyerapan dan transformasi dilaksanakan dengan kuasa politik dan penguasaan polisi sains- Cth: Usaha khalifah-khalifah Abbasiyah dan Andalus terhadap tamadun-tamadun klasik yang ditakluki telah menggiatkan lagi perkembangan tamadun Islam kerana ketamadunan mereka dapat diaplikasi dalam tamadun Islam : Tamadun Barat juga terhasil melalui penjajahan mereka ke atas wilayah dan umat Islam

  • 2. Kesan Negatifa) Interaksi secara pertembungan mengejut yang sukar diterima oleh masyarakat tempatan disebabkan perbezaan yang jauh dengan budaya tempatan dan berlainan agama- Menyebabkan berlakunya peperangan dan penentangan terbuka -Usaha sesebuah tamadun untuk mendominasi tamadun lain serta memaksa idealismanya ke atas tamadun lain-Cth: Penjajahan tamadun Barat ke atas tamadun Melayu seperti penaklukan Inggeris dan Portugis - Memaksa nilai-nilai tamadun mereka ke atas tamadun Asia dan Afrika yang memperlihatkan penentangan dan pemberontakan seperti dominasi politik dan pentadbiran, agama serta hubungan sosial sehingga tidak menghormati adat dan istiadat tempatan - Ini disebabkan mereka menganggap tamadun mereka lebih baik dan beradab dari tamadun lain. Contoh di Turki apabila Mustapha Kamal Attartuk telah menghapuskan nilai-nilai tamadun Islam dan memadamkan nilai-nilai keislaman dari sejarah dan diri warga Turki

  • b) Berlakunya pertelagahan kaum oleh kerana sukar untuk diterima oleh budaya masing-masing-Cth: Undang-undang: Hukum Islam tidak diterima bukan Islam : Makanan: Makanan haram tidak boleh dimakan oleh orang Islam : Politik: Orang Cina tidak boleh terima ketuanan Melayu walaupun mereka imigran : Cth: Peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia, peristiwa pertelagahan antara umat Islam dan Kristian di Pulau Madura, Indonesia

  • KesimpulanFaktor agama telah membataskan dan menghalang interaksi dari berlaku secara berleluasaPencapaian terbesar dalam interaksi peradaban ialah dalam bidang ilmu pengetahuan yang berlaku tanpa dominasi malah berjalan secara universal dan berterusan antara tamadun-tamadun tanpa had masa dan tempatTamadun dan peradaban ialah dinamisme (proses) yang sentiasa berubah-ubah dan berinteraksi dengan tamadun atau peradaban lain. Kesannya, berlaku perubahan dan perkembangan yang menghasilkan identiti baru ke atas sesebuah tamadunInteraksi menyebabkan berlakunya tindakbalas antara pelbagai tamadun yang bertembung dan peradaban atau tamadun yang dominan akan mempengaruhi peradaban yang tidak dominan.

  • RujukanNik Mohd Rosdi Nik Ahmad, et. al. ,( 2008 ), Kenalilah Tamadun. Shah Alam: UPENA, Uitm.Fadzlullah Hj. Shuib ( 2007 ), Pemikiran dan Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication