Transcript
Page 1: -EDISI KETUJUH- TAHUN 2019€¦ · dapat membantu pihak wad dan klinik untuk membuat permohonan ujian serta mendapatkan keputusan ujian agar proses diagnosis dan pengurusan pesakit

-EDISI KETUJUH-TAHUN 2019

Disediakan oleh:Pn. Norzihana Ramli

Page 2: -EDISI KETUJUH- TAHUN 2019€¦ · dapat membantu pihak wad dan klinik untuk membuat permohonan ujian serta mendapatkan keputusan ujian agar proses diagnosis dan pengurusan pesakit

PERKARA MUKA SURAT

Prakata 1

1.0 Pengenalan1.1 Penunjuk Kualiti1.2 Nombor Untuk Dihubungi

234

2.0 Polisi Perkhidmatan2.1 Waktu Perkhidmatan2.2 Perkhidmatan Atas Panggilan (Standby-Oncall)2.3 Ujian RME (Routine Medical Examination)2.4 Pindaan Permohonan Ujian2.5 Jaminan Kerahsiaan2.6 Senarai Ujian Yang Ditawarkan Oleh Makmal Farmakologi

556778

3.0 Jenis Dan Isipadu Spesimen Yang Diperlukan 9

4.0 Kaedah Pengutipan Dan Penyimpanan Spesimen 9

5.0 Prosedur Permohonan Ujian5.1 Daftar permohonan Melalui LIS Makmal Farmakologi5.2 Lengkapkan Borang Permohonan5.3 Penolakan Permohonan Ujian

101011

6.0 Pengurusan Keputusan Ujian6.1 Laporan Keputusan Ujian6.2 Pindaan Keputusan Ujian6.3 Perolehan Semula Keputusan Ujian

121313

7.0 Maklumbalas Pelanggan 13

Lampiran 1Borang Toxicology Request (TR)

Lampiran 2Borang Maklumbalas Pelanggan

Page 3: -EDISI KETUJUH- TAHUN 2019€¦ · dapat membantu pihak wad dan klinik untuk membuat permohonan ujian serta mendapatkan keputusan ujian agar proses diagnosis dan pengurusan pesakit

▪ Buku Panduan Perkhidmatan Makmal Farmakologi ini adalahmerupakan garis panduan dan rujukan kepada pihak wad dan klinikHospital USM tentang tatacara pengurusan sampel urin bagi analisaujian Toksikologi bermula daripada pengutipan spesimen,permohonan ujian, penghantaran dan pengendalian spesimensehinggalah kepada pengeluaran keputusan ujian.

▪ Buku ini juga sebagai salah satu usaha pihak makmal untukmemberi maklumat serta polisi-polisi berkaitan perkhidmatan ujianToksikologi yang dijalankan di Makmal Farmakologi.

▪ Justeru itu, adalah diharapkan agar pihak wad dan klinik dapatmemberi kerjasama serta mematuhi semua garis panduan yangtelah ditetapkan oleh pihak makmal selaras dengan keperluan MSISO 15189:2014. Disamping itu juga, diharapkan buku panduan inidapat membantu pihak wad dan klinik untuk membuatpermohonan ujian serta mendapatkan keputusan ujian agar prosesdiagnosis dan pengurusan pesakit dapat dijalankan dengan lancar,cepat dan memberikan keputusan yang tepat.

1

Page 4: -EDISI KETUJUH- TAHUN 2019€¦ · dapat membantu pihak wad dan klinik untuk membuat permohonan ujian serta mendapatkan keputusan ujian agar proses diagnosis dan pengurusan pesakit

▪ Makmal Farmakologi terletak di tingkat 1 bangunan blok 9, PusatPengajian Sains Perubatan dan bersebelahan dengan Jabatan Ortopedik.

▪ Pihak kami menawarkan perkhidmatan diagnostik secara kualitatif bagiujian saringan dan pengesahan dadah dalam urin.

▪ Pelanggan makmal adalah terdiri daripada pelanggan dalaman iaitupesakit–pesakit di Hospital USM dan pelanggan luar yang terdiridaripada individu/orang awam yang memohon untuk menjalani ujianRME ( Routine Medical Examination).

▪ Ujian saringan dadah dijalankan dengan menggunakan kaedah EMIT(Enzyme-Multiplied Immunoassay Technique). Manakala, ujianpengesahan pula menggunakan kaedah TLC (Thin LayerChromatography).

▪ Selain itu, pihak makmal juga menawarkan ujian Paraquat danOrganophosphate di mana bahan racun yang dikenalpasti adalah MethylViologen bagi ujian Paraquat manakala Malathion bagi ujianOrganophosphate.

1. 0 PENGENALAN

2

Page 5: -EDISI KETUJUH- TAHUN 2019€¦ · dapat membantu pihak wad dan klinik untuk membuat permohonan ujian serta mendapatkan keputusan ujian agar proses diagnosis dan pengurusan pesakit

BIL PROSES PETUNJUK KUALITI

1. Pre-examination Peratusan penolakan permohonan ujian Toksikologi adalah tidak melebihi 5%.

2. Examination Pencapaian ujian kawalan mutuluaran adalah tidak kurangdaripada 75 %.

3. Post- examination Keputusan Ujian SaringanToksikologi akan disahkan dalamtempoh 1 jam selepaspermohonan diterima.

Keputusan Ujian PengesahanToksikologi akan disahkan dalamtempoh 42 jam selepaspermohonan diterima.

3

Page 6: -EDISI KETUJUH- TAHUN 2019€¦ · dapat membantu pihak wad dan klinik untuk membuat permohonan ujian serta mendapatkan keputusan ujian agar proses diagnosis dan pengurusan pesakit

1.2 NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI

NAMA SAMB NO. TELEFON

Kaunter Penerimaan Spesimen3991

Pn. Norzihana RamliPegawai Sains

3990

Pn. Halijah MiranJTMP Kanan

6148/3991

Dr. Low Jen HouPengarah Makmal Farmakologi

6133

Prof. Aida Hanum Ghulam RasoolKetua Jabatan Farmakologi

6123

Dr. Nik Nor Izah Nik IbrahimTimbalan Pengarah Makmal Farmakologi

6141

Dr. Norzila IsmailPengurus Kualiti Makmal Farmakologi

6135

Dr. Wan Nazirah Wan YusufPensyarah Perubatan

6125

Dr. Aida Maziha ZainudinPensyarah Perubatan

6131

Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan berkaitanperkhidmatan di Makmal Farmakologi, pihak wad dan klinik bolehmenghubungi nombor telefon seperti di bawah:

4

Page 7: -EDISI KETUJUH- TAHUN 2019€¦ · dapat membantu pihak wad dan klinik untuk membuat permohonan ujian serta mendapatkan keputusan ujian agar proses diagnosis dan pengurusan pesakit

HARI WAKTU PERKHIDMATAN

Ahad hingga Rabu 8.10 pagi - 4.55 petang

Khamis 8.10 pagi - 4.40 petang

Selepas waktu pejabat, cuti Jumaat& Sabtu serta cuti kelepasan am

Atas panggilan(Standby On-call)*Bagi kes-kes kecemasan

2.1 WAKTU PERKHIDMATAN

2. 0 POLISI PERKHIDMATAN

2.2 PERKHIDMATAN ATAS PANGGILAN (STANDBY ON-CALL)

▪ Sekiranya ada permintaan untuk melakukan ujian saringan danpengesahan dadah (bagi kes-kes kecemasan sahaja) selepas waktupejabat, pihak wad hendaklah menghubungi staf makmal yangbertugas seperti yang tertera di dalam Jadual Bertugas Standby On-Call .

▪ Jadual Bertugas Standby On-Call boleh diperolehi dalam LIS(Laboratory Information System) Makmal Farmakologi atau bolehdimuat turun melalui laman web Makmal Farmakologi sepertiberikut:http://www.medic.usm.my/pharmacology/(*sila klik pada butang DOWNLOAD)

▪ Pihak wad perlu memastikan bahawa setiap sampel yang dihantarsemasa luar waktu pejabat mesti diterima oleh staf yang bertugasatas panggilan. Sampel yang diletakkan atau ditinggalkan begitusahaja di kaunter penerimaan tanpa pengetahuan staf bertugasakan DITOLAK permohonan ujian.

▪ Sekiranya staf yang bertugas tidak dapat dihubungi, pihak wadboleh terus menghubungi dan memaklumkan kepada pegawaimakmal yang bertanggungjawab.

5

Page 8: -EDISI KETUJUH- TAHUN 2019€¦ · dapat membantu pihak wad dan klinik untuk membuat permohonan ujian serta mendapatkan keputusan ujian agar proses diagnosis dan pengurusan pesakit

2.3 UJIAN RME (ROUTINE MEDICAL EXAMINATION)

▪ Bagi ujian RME , spesimen urin perlu dipungut di tandas persampelanyang terletak di Makmal Farmakologi.

▪ Spesimen urin yang dipungut di klinik atau tempat lain akan DITOLAKpermohonan ujian oleh pihak makmal.

▪ Pelanggan RME yang telah didapati positif dalam ujian pengesahandadah yang dijalankan di makmal, tidak dibenarkan untuk mengulangiujian.

▪ Perolehan semula keputusan ujian RME adalah TIDAK DIBENARKAN.

▪ Pihak makmal akan mencetak keputusan ujian RME dan dimasukkan kedalam sampul surat yang ditutup rapi dengan pelekat lilin merah sertaakan diserahkan kepada pihak klinik pesakit luar (Klinik RawatanKeluarga).

▪ Waktu penghantaran keputusan ujian dadah bagi pelanggan RME stafMakmal Farmakologi ke Klinik KRK adalah seperti butiran berikut :

▪ Keputusan ujian RME tidak boleh diserahkan kepada pelanggan RMEdan tidak boleh dimaklumkan kepada klinik pesakit luar melalui telefon.

6

Waktu Penerimaan/PendaftaranPelanggan RME Di Makmal Farmakologi

Waktu PenghantaranKeputusan Ujian Dadah

ke Klinik KRK

8.30 pagi sehingga 10.30 pagi 11.00 pagi11.00 pagi sehingga 3.00 petang 3.00 petang

3.00 petang sehingga pukul 4.55 petang Keesokkan hari bekerjapada pukul 8.45 pagi

Catatan :Pihak makmal tidak akan menghantar keputusan ujian selain dari waktu yang telah ditetapkan.Sekiranya keputusan diperlukan segera, staf klinik KRK boleh datang ke makmal untuk mengambilkeputusan ujian tersebut.

Page 9: -EDISI KETUJUH- TAHUN 2019€¦ · dapat membantu pihak wad dan klinik untuk membuat permohonan ujian serta mendapatkan keputusan ujian agar proses diagnosis dan pengurusan pesakit

▪ Pembatalan permohonan ujian boleh dilakukan melalui LIS atau

menghubungi segera pihak makmal.

▪ Sebarang penambahan ujian yang dipohon TIDAK DIBENARKANsama sekali. Jika terdapat penambahan ujian bagi pesakit yang sama,sila batalkan permohonan pertama atau yang terdahulu.

2.4 PINDAAN PERMOHONAN UJIAN

2.5 JAMINAN KERAHSIAAN

▪ Semua keputusan ujian makmal dikategorikan sebagai SULIT.

▪ Keputusan ujian tidak boleh dimaklumkan melalui telefon dan tidakboleh diakses melalui LIS.

▪ Keputusan ujian akan dimasukkan ke dalam sampul surat yangditutup rapi dengan menggunakan pelekat lilin merah dan wakilpihak wad/klinik perlu datang ke makmal untuk mengambilkeputusan tersebut.

7

Page 10: -EDISI KETUJUH- TAHUN 2019€¦ · dapat membantu pihak wad dan klinik untuk membuat permohonan ujian serta mendapatkan keputusan ujian agar proses diagnosis dan pengurusan pesakit

Bil. Jenis Ujian Jenis & IsipaduSpesimen Yang

Diperlukan

KaedahUjian

Saringan

Lab Turn

Around Time (LTAT)

Kaedah UjianPengesahan

LabTurn

Around Time (LTAT)

1. Morphine 10 ml urin Drug Analyzer- EMIT

1 jam Thin Layer Chromatography (TLC)

42 jam

2. 11-nor-∆-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid (Cannabis)

10 ml urin Drug Analyzer- EMIT

1 jam Thin Layer Chromatography (TLC)

42 jam

3. Amphetamine 10 ml urin Drug Analyzer- EMIT

1 jam Thin Layer Chromatography (TLC)

42 jam

4. Benzodiazepine 10 ml urin Drug Analyzer- EMIT

1 jam Thin Layer Chromatography (TLC)

42 jam

5. Barbiturate 10 ml urin Drug Analyzer- EMIT

1 jam Thin Layer Chromatography (TLC)

42 jam

6. Phencyclidine(PCP)

10 ml urin Drug Analyzer- EMIT

1 jam Thin Layer Chromatography (TLC)

42 jam

7. Paraquat- Methyl viologen

10 ml urin Spot Test 1 jam TIADA

8. Organophosphate-Malathion

10 ml urin TIADA - Thin Layer Chromatography (TLC)

42 jam

8

Page 11: -EDISI KETUJUH- TAHUN 2019€¦ · dapat membantu pihak wad dan klinik untuk membuat permohonan ujian serta mendapatkan keputusan ujian agar proses diagnosis dan pengurusan pesakit

▪ Spesimen yang digunakan bagi penganalisaan dadah adalah sampel urinsahaja.

▪ Spesimen lain seperti darah, cecair gastrik dan sebagainya tidak akan diterimadan akan DITOLAK permohonan ujian.

▪ Isipadu spesimen urin yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 10 ml bagisetiap ujian pengesahan.

▪ Sekiranya spesimen yang diterima adalah kurang daripada 10 ml (bagi kes-kestertentu atau kes kecemasan), pihak makmal hanya akan menjalankan ujiansaringan sahaja. Jika ujian saringan memberikan keputusan POSITIF, maka 10ml urin yang baru bagi setiap ujian perlu dihantar segera ke makmal.

▪ Pengutipan spesimen sebaiknya diambil semasa aliran pertama urin (earlystream urine) kerana kepekatan dadah yang tinggi boleh dikesan sekiranyasampel tersebut mengandungi dadah.

▪ Spesimen hendaklah dihantar dalam bekas urin universal .

▪ Pengutipan spesimen pesakit perlu diawasi oleh staf wad/klinik yang bertugasbagi mengelakkan sebarang penipuan.

▪ Spesimen perlu dihantar ke makmal sejurus selepas pengutipan dilakukan.

▪ Sekiranya spesimen yang dikumpul tidak dapat dihantar segera ke makmal,spesimen tersebut hendaklah dibekukan.

9

Page 12: -EDISI KETUJUH- TAHUN 2019€¦ · dapat membantu pihak wad dan klinik untuk membuat permohonan ujian serta mendapatkan keputusan ujian agar proses diagnosis dan pengurusan pesakit

5. 0 PROSEDUR PERMOHONAN UJIAN

▪ Daftar permohonan ujian dalam LIS Makmal Farmakologi (pengecualiansekiranya LIS mengalami masalah “server down”).

▪ Sila pastikan jenis ujian yang ingin dipohon adalah betul. Sekiranya tidakpasti, pihak wad/ klinik boleh menghubungi pegawai makmal yangbertugas. Sila maklumkan kepada pihak makmal sekiranya pesakit telahdiberi ubat semasa rawatan.

▪ Hantar permohonan yang telah diisi dengan lengkap dan betul.

▪ Sekiranya terdapat kesilapan, batalkan permohonan yang telah dihantardan sila buat permohonan yang baru.

5.1 DAFTAR PERMOHONAN MELALUI LIS MAKMAL FARMAKOLOGI

5.2 LENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN

▪ Isi borang TR (Toxicology Request) - [RM017/02/10(P1)] dengan lengkapdan jelas serta ditandatangani oleh Pegawai Perubatan yang memohon.Borang TR boleh didapati di Unit Rekod Perubatan, Hospital USM. (Silarujuk Lampiran 1).

▪ Pastikan segala maklumat permohonan di borang TR adalah sama denganmaklumat yang telah diisi dalam LIS.

▪ Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar bersama spesimen kemakmal .

▪ Sila ‘punch’ masa penghantaran pada borang TR apabila spesimen telahsampai di kaunter penerimaan makmal.

10

Page 13: -EDISI KETUJUH- TAHUN 2019€¦ · dapat membantu pihak wad dan klinik untuk membuat permohonan ujian serta mendapatkan keputusan ujian agar proses diagnosis dan pengurusan pesakit

▪ Permohonan ujian akan DITOLAK oleh pihak makmal sekiranya:

1. Tidak didaftarkan dalam LIS.

2. Borang TR tidak dihantar bersama spesimen (kecuali bagi keskecemasan/sampel 'urgent ').

3. Borang TR yang dihantar tidak diisi dengan lengkap dan tiadatandatangan Pegawai Perubatan yang memohon.

4. Ujian yang dipohon tidak ditawarkan oleh Makmal Farmakologi.

5. Spesimen yang dihantar adalah bukan urin iaitu seperti darah, cecairgastrik dan sebagainya.

6. Isipadu spesimen urin yang dihantar tidak mencukupi (kecuali bagikes-kes tertentu dan kes kecemasan/sampel 'urgent ‘).

7. Maklumat pesakit seperti nama pesakit, nombor pendaftaran pesakit,nama wad/klinik, tarikh dan masa spesimen diambil serta jenis ujianyang dipohon pada borang TR adalah tidak sama dengan maklumatdalam LIS serta pada label spesimen.

8. Spesimen yang dihantar diletakkan dan dibiarkan begitu sahaja dikaunter penerimaan makmal tanpa pengetahuan staf makmal yangbertugas serta tiada masa penghantaran dicatatkan/di'punch’ padaborang TR .

9. Borang TR yang lama digunakan.

10. Spesimen urin yang diterima memberikan nilai pH dan bacaan spesifikgraviti (SG) diluar julat yang ditetapkan oleh pihak makmal.

5.3 PENOLAKAN PERMOHONAN UJIAN

11

Page 14: -EDISI KETUJUH- TAHUN 2019€¦ · dapat membantu pihak wad dan klinik untuk membuat permohonan ujian serta mendapatkan keputusan ujian agar proses diagnosis dan pengurusan pesakit

6. 0 PENGURUSAN KEPUTUSAN UJIAN

▪ Keputusan ujian yang telah siap akan disahkan oleh pegawai makmal yangbertugas.

▪ Salinan asal keputusan ujian tersebut akan dimasukkan ke dalam sampulsurat dan dimeteri dengan menggunakan lilin berwarna merah.

▪ Pihak wad/klinik boleh mengetahui sama ada keputusan ujian telah siapatau belum melalui paparan dalam LIS seperti berikut:

SEPARUH SIAP = ujian pengesahan sedang dijalankanSEDIA DIPUNGUT = ujian telah siap dijalankan

▪ Keputusan ujian hanya akan diserahkan secara manual. Atendan /wakilpihak wad/klinik perlu datang ke makmal untuk mengambil keputusanujian untuk diserahkan kepada Pegawai Perubatan.

▪ Hanya Pegawai Perubatan di wad/klinik berkenaan sahaja yang bolehmembuka keputusan ujian pesakit.

▪ Sebarang kemusykilan atau pertanyaan, pihak wad/klinik bolehmenghubungi terus pegawai makmal yang bertugas.

▪ Bagi kes-kes kecemasan/sampel 'urgent‘, pihak makmal akanmenghubungi pihak klinik/wad sekiranya LTAT (Laboratory Turn AroundTime) telah melebihi masa yang telah ditetapkan.

6.1 LAPORAN KEPUTUSAN UJIAN

12

Page 15: -EDISI KETUJUH- TAHUN 2019€¦ · dapat membantu pihak wad dan klinik untuk membuat permohonan ujian serta mendapatkan keputusan ujian agar proses diagnosis dan pengurusan pesakit

6.2 PINDAAN KEPUTUSAN UJIAN

▪ Sebarang pindaan (pembetulan atau perubahan) ke atas keputusanujian yang telah dilaporkan akan dimaklumkan kepada pemohondengan kadar segera oleh pihak makmal.

6.3 PEROLEHAN SEMULA KEPUTUSAN UJIAN

▪ Sebarang perolehan semula keputusan ujian Toksikologi, pihak waddan klinik perlu menggunapakai borang Perolehan Semula KeputusanUjian (HUSM/PHARMACO/QP-14/L3) yang boleh dimuatturunmenerusi laman web Jabatan Farmakologi iaituhttp://www.medic.usm.my/pharmacology.

▪ Borang yang telah lengkap diisi perlulah dihantar ke MakmalFarmakologi untuk tindakan selanjutnya oleh pihak kami.

13

7. 0 MAKLUMBALAS PELANGGAN

▪ Sebarang komen/aduan/cadangan berkenaan prestasi perkhidmatanmakmal Farmakologi, pihak wad dan klinik boleh mengisi borangmaklumbalas pelanggan seperti di Lampiran 2. Borang yang telahlengkap diisi hendaklah dihantar kepada Pengarah MakmalFarmakologi untuk tindakan selanjutnya.

Page 16: -EDISI KETUJUH- TAHUN 2019€¦ · dapat membantu pihak wad dan klinik untuk membuat permohonan ujian serta mendapatkan keputusan ujian agar proses diagnosis dan pengurusan pesakit

Lampiran 1

Page 17: -EDISI KETUJUH- TAHUN 2019€¦ · dapat membantu pihak wad dan klinik untuk membuat permohonan ujian serta mendapatkan keputusan ujian agar proses diagnosis dan pengurusan pesakit

Lampiran 2

Page 18: -EDISI KETUJUH- TAHUN 2019€¦ · dapat membantu pihak wad dan klinik untuk membuat permohonan ujian serta mendapatkan keputusan ujian agar proses diagnosis dan pengurusan pesakit