Transcript
Page 1: DOKUMENTASI KEJOHANAN MERENTAS DESA ......Acara merentas desa bagi murid-murid SMK Jerlun telah diadakan pada awal tahun 2018 serta merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi sekolah

1

DOKUMENTASI

KEJOHANAN MERENTAS DESA

PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2018

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERLUN

KM. 16, JALAN PUTRA, 06150 AYER HITAM, KEDAH DARUL AMAN

TARIKH : 24 JANUARI 2018

HARI : RABU

MASA : 3.00 PETANG

TEMPAT : SMK JERLUN

Page 2: DOKUMENTASI KEJOHANAN MERENTAS DESA ......Acara merentas desa bagi murid-murid SMK Jerlun telah diadakan pada awal tahun 2018 serta merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi sekolah

2

1.0 PENGENALAN

Acara merentas desa bagi murid-murid SMK Jerlun telah diadakan pada awal tahun 2018 serta merupakan salah satu

aktiviti tahunan bagi sekolah ini. Aktiviti ini yang terkandung di dalam takwim tahun 2018 telah dirancang dengan lebih awal.

Hal ini demikian kerana pihak sekolah berhasrat mencari peserta yang layak bertanding sehingga ke peringkat daerah.

Aktiviti ini telah disertai oleh 100% warga SMK Jerlun. Ia dijalankan dalam bentuk pertandingan antara 5 Pasukan rumah

sukan iaitu Laksamana, Bendahara, Temenggung, Syahbandar dan Laksamana.

Kejohanan tahun ini mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa.

Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMK Jerlun dengan kerjasama warga sekolah dan komuniti setempat sesuai

dengan sarana ibubapa yang membantu dalam aktiviti kawalan keselamatan.

2.0 OBJEKTIF KEJOHANAN MERENTAS DESA

Kejohanan merentas desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama. Anataranya adalah untuk :

Memperkembang dan meningkatkan potensi setiap warga SMK Jerlun seiring dengan Falsafah Pendidikan

Negara.

Memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan secara positif

Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan seterusnya membentuk warga sekolah yang cergas.

Memilih wakil sekolah untuk bertanding pada peringkat daerah.

3.0 MATLAMAT

Menambahkan lagi bilangan penyertaan pelajar dan guru serta staf ke arah integrasi Nasional.

Menbina budaya dan gaya hidup sihat serta mengamalkan Konsep Keghairahan Bersukan (Passion of Sport).

4.0 KONSEP

4.1 Jarak

Murid lelaki : 6.5 km

Murid Perempuan : 5.5 km

4.2 Garisan Permulaan : Susur gajah antara surau dan bangunan sekolah

4.3 Garisan Penamat : Tempat parkir kereta / lobi

4.4 Format : Berbentuk pertandingan antara 4 kumpulan. (L1, L2, P1, P2)

4.5 Hadiah : Tempat 1-20 (Setiap kategori)

4.6 Pakaian : Pakaian rumah sukan

4.7 Sasaran : Semua murid SMK Jerlun

Page 3: DOKUMENTASI KEJOHANAN MERENTAS DESA ......Acara merentas desa bagi murid-murid SMK Jerlun telah diadakan pada awal tahun 2018 serta merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi sekolah

3

5.0 PENYERTAAN MURID

5.1 Penyertaan adalah wajib bagi semua pelajar dan guru sebagai pegawai pengelola KECUALI atas arahan

kesihatan

5.2 Pendaftaran dikira melalui kehadiran pelajar yang telah di ambil oleh guru rumah sukan masing-masing.

6.0 HADIAH

KATEGORI LELAKI PEREMPUAN

Lelaki Bawah 18 (L1) 1 - 20 1 - 20

Lelaki Bawah 15 (L2) 1 - 20 1 - 20

Perempuan Bawah 18 (P1) 1 - 20 1 - 20

Perempuan Bawah 15 (P2) 1 - 20 1 - 20

7.0 PRARENTAS DESA

Satu sesi latihan untuk semua murid yang terlibat telah diadakan sebanyak dua kali sebelum acara sebenar diadakan Sesi

latihan ini amat penting supaya murid-murid supaya murid dapat menyesuaikan diri dengan trek merentas desa tersebut.

Sesi latihan telah dimulakan dengan sesi pemanasan badan terlebih dahulu sebagai persediaan sebelum mereka

memulakan latihan.

8.0 KEJOHANAN MERENTAS DESA 2018

Pada 24 Januari 2018, bersamaan hari Rabu, iaitu pada pukul 3.00 petang, para peserta telah berkumpul di tapak

perhimpunan. Guru penasihat mengambil kehadiran peserta rumah masing-masing bagi tujuan pendaftaran. Selepas

nyanyian lagu negaraku dan juga bacaan doa, satu aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh Pn. Siti Sholehah dan

En. Habiballah telah dilakukan di Dataran Jerlun. Kemudian murid-murid diberi taklimat mengenai perjalanan sepanjang

acara merentas desa berlangsung.

Pelepasan murid-murid dilakukan mengikut kategori. Kategori murid perempuan dilepaskan dahulu dan kemudian murid

lelaki. Para peserta perlu menghabiskan larian mengikut jarak dan laluan yang telah ditetapkan iaitu sejauh 6.5 km bagi

murid lelaki dan 5.5 km bagi murid perempuan.

Sepanjang laluan trek merentas desa tersebut, guru-guru bertugas menjaga checkpoint juga bertindak sebagai pegawai

keselamatan bagi menjamin keselamatan para peserta. Setiap pelajar diberikan getah tangan sebagai bukti telah melalui

checkpoint tersebut. Marshal atau guru peronda juga meronda dengan motosikal di sepanjang laluan trek merentas desa

bagi mengenalpasti peserta yang mungkin mengalami masalah atau kecederaan. Walaubagaimanapun, acara ini berjalan

dengan lancar tanpa sebarang kecederaan.

Page 4: DOKUMENTASI KEJOHANAN MERENTAS DESA ......Acara merentas desa bagi murid-murid SMK Jerlun telah diadakan pada awal tahun 2018 serta merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi sekolah

4

Para peserta tiba di garisan penamat iaitu di depan pintu pagar sekolah lebih kurang pada pukul 5.00 hingga 6.00 petang.

Nama peserta yang berjaya mendapat tempat direkodkan secara offline oleh guru bertugas. Acara penyampaian hadiah

akan dibuat semasa perhimpunan rasmi kerana masa yang terhad dan cuaca tidak mengizinkan.

Pada 29 Januari 2018 bersamaan hari Isnin semasa perhimpunan rasmi sekolah, penyampaian hadiah diadakan. Para

pemenang menerima sijil penghargaan dan turut menyumbang mata untuk rumah sukan amsing-masing.

Berikut adalah senarai nama penuh pelajar yang mendapat tempat pertama hingga ke-20 bagi setiap kategori.

BAWAH 18 TAHUN LELAKI (L1)

Bil Nama Tingkatan Rumah Masa Mata

1 AHMAD MUSTAQIM BIN MUHAMMAD SHARBANI 5B TEMENGGUNG 20:53:00 25

2 MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN ABU BAKAR 4B SYAHBANDAR 24:14:00 24

3 MUHAMMAD HAZRUL NAIM BIN OTHMAN 4A LAKSAMANA 24:50:00 23

4 MUHAMAD FAIZ BIN NORDIN 5D SYAHBANDAR 25:28:00 22

5 MOHAMMAD HAFIZ BIN SENAWI 4B TEMENGGUNG 25:41:00 21

6 MUHAMMAD AZRIL BIN BASROL 4B BENDAHARA 25:55:00 20

7 MUHAMMAD SHAMSURI AFIQ BIN MOHD SHAHIR 4C TEMENGGUNG 26:50:00 19

8 ABDUL SYAHMI BIN ABDUL SAIEDI 5C LAKSAMANA 26:85 18

9 MUHAMMAD BADRUN BIN MAHAMAD AZHAM 5C LAKSAMANA 27:03:00 17

10 MUHAMMAD AMIR HAFIZI BIN ZULKEFLI 5C TEMENGGUNG 27:34:00 16

11 SYAZWAN BIN JOHARI 5D TEMENGGUNG 27:39 15

12 MUHAMMAD HAFIIZHUDDIN BIN HARUN 4B SYAHBANDAR 27:54 14

13 WAN MUHD HAFIZ BIN W HAYAZI 4B SYAHBANDAR 28:1 13

14 MUHAMMAD NUR FAHMI BIN HASHIM 5B TEMENGGUNG 28:15 12

15 MUHAMMAD FIRDAUS BIN RIDZUAN 5A LAKSAMANA 29:09 11

16 MUHAMMAD AMIRUL BIN OMAR 4B LAKSAMANA 29:22 10

17 AHMAD BASYIR BIN RUSDI 4B SYAHBANDAR 29:27 9

18 AHMAD SYAFIQ BIN MOHAMAD ZAHIR 5C BENDAHARA 29:51 8

19 MUHAMMAD WAFI BIN MOHD ZAIDI 4A TEMENGGUNG 30:3 7

20 MUHAMMAD MUHAIMIN BIN SEMAN 5B TEMENGGUNG 30:31 6

BAWAH 18 TAHUN PEREMPUAN (P1)

Bil Nama Tingkatan Rumah Masa Mata

1 NUR DAYINI SYAFIQAH BINTI ABU BAKAR 5A BENDAHARA 26:28 25

2 NUR AIN AQILA BINTI MUHAMAD ABDUL NASIR 4A BENDAHARA 28:02 24

3 NUR AMIRA SYAFIKA BINTI HAJARUDIN 4A BENDAHARA 28:2 23

4 NUR SHAFIQAH BINTI ZAMRI 5C LAKSAMANA 28:3 22

5 NUR ATIRAH BINTI ABD KHALID 4A TEMENGGUNG 29:2 21

6 NUR ZAHIRAH BINTI ZURAIMI 4A LAKSAMANA 29:37 20

7 NURIN ZULAIKHA BINTI MUHAMAD ZAMRI 4A BENDAHARA 29:41 19

8 NUR ALIS ILYANI BINTI ISMAIL 4B LAKSAMANA 30:05 18

9 PUTERI RAFZATUL ANIEZA BINTI MEGAT NEZAM 5C LAKSAMANA 30:12 17

10 NURUL HANANI BINTI ABDUL AZIZ 4A LAKSAMANA 32:38 16

11 PUTERI HABIBAH BINTI ROSLI 4A LAKSAMANA 33:2 15

12 NUR ANISA NAJIHA BINTI NORHISHAM 5B TEMENGGUNG 33:25 14

13 NURUL JANNAH BINTI AHMAD ZAKI 5B LAKSAMANA 33:3 13

14 NUR HUSNYAH BINTI MOHD AMRAN 5C TEMENGGUNG 33:35 12

15 NUR AMIRA SYAKIRA BINTI LOTFI 5A BENDAHARA 34:1 11

Page 5: DOKUMENTASI KEJOHANAN MERENTAS DESA ......Acara merentas desa bagi murid-murid SMK Jerlun telah diadakan pada awal tahun 2018 serta merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi sekolah

5

16 NUR AIN BALQIS BINTI AHMAD 4A LAKSAMANA 34:15 10

17 SITI NUR AIN BINTI RIDZUAN 5A LAKSAMANA 34:2 9

18 NUR HIDAYAH BINTI RAMLEE 4B TEMENGGUNG 34:46 8

19 INTAN NURSHAFIZAD BINTI MOHD RAZLI 5B SYAHBANDAR 34:45 7

20 NUR AINI BINTI MUHAMMAD TAKYILLAH @ THOWUS 5A LAKSAMANA 35:30 6

BAWAH 15 TAHUN LELAKI (L2)

Bil Nama Tingkatan Rumah Masa Mata

1 MUHAMMAD ASYRAF DANIAL BIN MOHD TARMIZI 2C SYAHBANDAR 19:36 25

2 MUHAMMAD RIDZUAN BIN MOHAMAD SUKRI 1A SYAHBANDAR 19:36 24

3 MUHAMMAD IRFAN BIN MOHD SOFI 3B SYAHBANDAR 20:04 23

4 ABDUL LATIF BIN MUHAMMAD SHARBANI 3B TEMENGGUNG 20:18 22

5 AFFENDI BIN ZOLKIPLI 1C LAKSAMANA 20:28 21

6 SHAHRUL BIN ZOLKIPLI 3C LAKSAMANA 20:38 20

7 MUHAMMAD DANIAL ISKANDAR BIN RASHIDI 2B BENDAHARA 20:56 19

8 MUHAMMAD NAZRAN KHAIRI BIN SOBRI 1A TEMENGGUNG 21:29 18

9 MUHAMMAD SOLEHIN BIN MOHD NASIR 1C TEMENGGUNG 21:35 17

10 MUHAMMAD AFZAN BIN NAZRI 3A SYAHBANDAR 22:15 16

11 AHMAD FIRDAUS BIN MD AKHIR 2A SYAHBANDAR 22:19 15

12 MUHAMMAD HAKIMI BIN HARKERI 2C SYAHBANDAR 22:23 14

13 MUHAMMAD IZHAN BIN MAHAMAD SOBRI 1A TEMENGGUNG 22:48 13

14 MUHAMMAD HAIKAL ZIKRI BIN ZAINUDDIN 3C TEMENGGUNG 23:01 12

15 MUHAMMAD FAHMI BIN ABDULLAH 3C LAKSAMANA 23:09 11

16 MOHD FATTAHUL AREEF BIN SAIFUL HAZMI 2A TEMENGGUNG 23:18 10

17 MUHAMMAD RUSYAIDI BIN RUSLAN 1A BENDAHARA 24:00:00 9

18 MUHAMMAD SYAZWAN BIN KHAIRUL ANUAR 2A BENDAHARA 24:09:00 8

19 MUHAMMAD FATHURRAHMAN BIN MAHAMAD 2A BENDAHARA 24:14:00 7

20 MUHAMMAD IZHAM BIN JAFRI 1C BENDAHARA 24:17:00 6

BAWAH 15 TAHUN PEREMPUAN (P2)

Bil Nama Tingkatan Rumah Masa Mata

1 NOR ALIA SYAFIKAH MOHD HAFIZ 3B LAKSAMANA 25:59 25

2 NORZAWANI BT ZURAIMI 2B LAKSAMANA 26:00 24

3 SUHAILI BT IKROMI 3A TEMENGGUNG 26:39 23

4 NURWAHEEDA BT AHMAD FAZIL 1A SYAHBANDAR 27:16 22

5 NOOR SYAZANA BT ISMAIL 3A BENDAHARA 27:32 21

6 NURUL HUDA AYIKIN BT HARUN 1A SYAHBANDAR 29:11 20

7 HASFANABILA BT MOHD YUSUF 1B TEMENGGUNG 29:45 19

8 NUR AWATIF BT SALLEH 3A SYAHBANDAR 29:46 18

9 UMMI NAJIHAH BT YUSRI 3A BENDAHARA 30:13 17

10 ROSHAMIMI FARAHANIM BT GHAZALI 3B SYAHBANDAR 29:5 16

11 AUNI ATHIRAH BT AZEMAN 3A TEMENGGUNG 30:32 15

12 NOR AINA BADRISHA BT MOHD HAFIZ 2A LAKSAMANA 30:38 14

13 NURUL SARA ARISYA BT RIDUAN 1A TEMENGGUNG 30:45 13

14 SITI ALIAH BT MOHD ZAHER 3A SYAHBANDAR 30:5 12

15 SITI NAJWA BT ZABANI 2C TEMENGGUNG 31:1 11

16 HAIBA MASHITAH BT ABD RAZAK 2A BENDAHARA 32:28 10

17 NOR AZEEDA NAFISHA BT JOHARI 1A TEMENGGUNG 33:12 9

18 NUR NAJMINA BT KAMALUDIN 3A LAKSAMANA 33:18 8

19 NUR FARAH NABILA BT AZEMI 3A BENDAHARA 33:55 7

20 SITI ZAFIRAHIZZATI BT RASHID 3A BENDAHARA 33:56 6

Page 6: DOKUMENTASI KEJOHANAN MERENTAS DESA ......Acara merentas desa bagi murid-murid SMK Jerlun telah diadakan pada awal tahun 2018 serta merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi sekolah

6

Selepas tamat majlis penyampaian hadiah, Pn: Siti Sholehah selaku pengurus kejohanan mengumumkan keputusan

keseluruhan pungutan mata bagi setiap rumah: Keputusan rasmi adalah seperti berikut:

RUMAH SUKAN L1 P1 L2 P2 JUMLAH

LAKSAMANA 81 152 64 80 377

SYAHBANDAR 86 15 131 98 330

TEMENGGUNG 125 58 105 99 387

BENDAHARA 36 109 56 77 278

9.0 PENUTUP / POST MORTEM

Kejohanan merentas desa SMK Jerlun telah berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak yang terbabit. Para peserta

telah menunjukkan minat yang tinggi dan kerjasama yang baik. Begitu juga dengan semua petugas yang terdiri daripada

guru-guru dan warga sekolah yang telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan komitmen yang jitu.

Perjalanan acara sukan merentas desa telah dapat dijayakan dengan sempurna berikutan kerjasama yang sepenuhnya

diberikan oleh para petugas walaupun dipertengahan acara hujan lebat. Aspek keselamatan amat diutamakan. Pada akhir

acara ini tiada sebarang situasi yang tidak diingini berlaku. Murid-murid yang terpilih akan mewakili daerah di dalam acara

merentas desa peringkat daerah Kubang Pasu.

Penyertaan murid-murid sekolah pada hari kejohanan tersebut adalah sangat meberangsangkan. Walaubagaimanapun ia

masih boleh dipertingkatkan lagi di masa akan datang. Semoga pada tahun-tahun akan datang, pihak sekolah dapat

menjayakan kejohanan ini dengan lebih baik dan sempurna. Penghargaan harus diberikan kepada semua yang telah

bertungkus lumus untuk menjayakan acara tahunan ini supaya berjalan lancar dan menepati matlamatnya.

Syabas kepada semua yang berjaya.

“MAJULAH SUKAN UNTUK SMK JERLUN”

Disediakan oleh ,

…………………………………..

(PN SUHARNI BINTI HUSSIN)

AJK Dokumentasi,

Kejohanan Merentas Desa 2018,

SMK Jerlun.

Page 7: DOKUMENTASI KEJOHANAN MERENTAS DESA ......Acara merentas desa bagi murid-murid SMK Jerlun telah diadakan pada awal tahun 2018 serta merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi sekolah

7

LAMPIRAN BERGAMBAR

Sesi memanaskan badan sebelum acara bermula

Taklimat sebelum pelajar dilepaskan

Suasana sekitar checkpoint guru

Page 8: DOKUMENTASI KEJOHANAN MERENTAS DESA ......Acara merentas desa bagi murid-murid SMK Jerlun telah diadakan pada awal tahun 2018 serta merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi sekolah

8

AJK Keputusan sedang melakukan persiapan sebelum pelajar sampai ke garisan penamat

Cuaca hujan lebat semasa acara berlangsung tidak mematahkan semangat peserta