Download docx - CONTOH TEKS MC

Transcript

BilAGENDATEKS

1.Ketibaan para jemputan dan ibu bapaMengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan (Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali) dengan diiringi En. Mahmud bin Karim (Yang Dipertua PIBG), En. Mohamad Akhwan bin Jamil (Guru Besar), Guru-Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Batang Kali.

2.Nyanyian Lagu Negeri Selangor dan Lagu NegarakuSidang Hadirin yang dihormati,Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnyamenyayikan lagu negeri Selangor dan lagu Negaraku.Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

3.Kata Alu-aluan Pengacara MajlisKompang Bergema Pusaka BangsaDipalu oleh Si Anak MudaHadir Tuan Puan meriah suasanaKami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad DahlanAhli Dewan Undangan Negeri Batang Kali

Yang Berbahagia _________________________________Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor

Yang Berusaha En. Mohamad Akhwan bin JamilGuru Besar SK Batang Kali

Yang Dihormati En. Mahmud bin KarimYang Dipertua PIBG SK Batang Kali

En. Azhar bin JusanNaib Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali

Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalianAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat pagi.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 tahun 2014 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Batang Kali, turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

4.Bacaan DoaBagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Irwan bin Ismail. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Irwan bin Ismail atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkkan sahsia diri yang cemerlang.

5.Ucapan Alu-aluan oleh Guru BesarSeterusnya, majlis menjemput En. Mohamad Akhwan bin Jamil, Guru Besar SK Batang Kali untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Mohamad Akhwan bin Jamil atas ucapan alu-aluan itu tadi.

6.Ucapan Perasmian ADUN Batang KaliKini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Batang Kali kali ke 39 bagi tahun 2014.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan YB itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama.

7.Majlis Penyampaian Cenderahati AJK PIBG sesi 2013/2014Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2013/2014. Untuk itu, majlis menjemput YB Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan, dengan diiringi En. Mohamad Akhwan bin Jamil untuk menyampaikan cenderahati tersebut.

Dipersilakan....

En. Mahmud bin Karim YDP PIBGEn. Mohamad Azhar bin Jusan NYDP PIBGPn. Shafiah binti Hussain SetiausahaPn. Suriha binti Shamsuddin Bendahari

AJK Ibu BapaEn. Muzammil bin Mohd NorEn. Abd Rani bin NapiEn. Sharizal bin ShahidinPn. Faridah Hanim binti Mohd AliPn. Zarina binti MarjunitPn. Norashikin binti Jumaan

AJK GuruEn. Hamka bin RamlanEn. Mahadi bin OmarEn. Afifuddin bin MohamadEn. Norsalawati binti ShafiePn. Israhana binti Mohd ShahrilPn. Maria Wan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada YB Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, dipersilakan En. Mohamad Akhwan bin Jamil untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada YB Tn. Mat Nadzari bin. Ahmad Dahlan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.

8.Majlis PenutupDengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung SK Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014.

Dari mana asalnya, usah diusulMolek budinya menambat hatiDua tiga bicara salah tersasulJangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Batang Kali, merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Seterusnya, kami serahkan kepada En. Mahmud bin Karim untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014.