Download pdf - contoh soalan temubual

Transcript

KUMPULAN B

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN TEL : 05-4506000 FAX : 05-4595488 FAKULTI: PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA KBC 3023

PENSYARAH: DR. MD NASIR BIN MASRAN

TAJUK: FIZIKAL, SOSIAL DAN EMOSI KAJIAN KES TUGASAN: INDIVIDU (1) OLEH: NORSHAHIDA BINTI JUSOH NO.MATRIK: D20091034771 PROGRAM: PENDIDIKAN KHAS

1

Kandungan Isi kandungan 1.0 Pendahuluan 2.0 Definisi 2.1 Fizikal 2.2 Emosi 2.3 Sosial 3.0 Teori perkembangan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak pintar cerdas 3 3.1 Teori perkembangan fizikal 3.2 Teori perkembangan emosi 3.3 Teori perkembangan sosial 3 4 9 2 2 2 Muka surat 1

3.3.1 Peringkat perkembangan sosial mengikut teori perkembangan psikososial Erik Erikson 9 4.0 Biodata responden 5.0Perkembangan responden 5.1 Temubual dengan keluarga responden 5.2 Temubual bersama jurulatih 6.0 Perkembangan responden dari segi fizikal, sosial dan emosi 7.0 Strategi untuk menangani masalah emosi responden 7.1 Strategi jangka panjang 8.0 Kesimpulan 11 13 15 17 18 19 20 21

2

Abstrak Kajian ini bertujuan mengkaji tentang perkembangan sosial, emosi dan fizikal seorang responden. Hasil daripada kajian ini telah dibantu oleh semua pihak yang terlibat seperti ibu bapa responden, dan kawankawannya. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang meliputi beberapa aspek iaitu latar belakang responden, perkembangan responden dan tingkah laku positif dan negatif. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan pembentukan awal perwatakan dan perkembangan yang menyeluruh. Selain itu, kajian ini untuk mencadangkan strategi-strategi untuk responden.

1.0

Pendahuluan

Sebagai sebuah negara, Malaysia perlu membangunkan sumber tenaga manusia sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kemajuannya. Setiap masyarakat sentiasa berharap untuk menambah bilangan individu yang mampu menyumbang terhadap kesejahteraan dan kemajuan masyarakat tertentu. Setiap individu yang telah dikenalpasti berpotensi tinggi atau berbakat wajar diberikan peluang untuk memaksimumkan perkembangan mereka sehingga menjadi cemerlang dalam bidang-bidang yang berlainan. Kanak-kanak pintar cerdas merupakan kepentingan pembangunan modal insan negara. Milgram (2000) merujuk kepada Feldhusen menyatakan bahawa sehingga ke hari ini perubahan yang besar telah berlaku dalam bidang pendidikan untuk pelajar pintar cerdas dan berbakat. Ramai yang menganggap bahawa individu yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi tidak mempunyai sebarang masalah dalam kehidupan seharian mereka. Walaupun telah dianugerahkan kelebihan berbanding individu lain, tetapi golongan mereka juga tetap memerlukan tumpuan dan perhatian daripada orang lain terutama individu yang rapat dengan mereka. Bukti saintifik menunujukkan bahawa mereka juga memerlukan keperluan menyeluruh sebagai manusia, sama seperti rakan sebaya mereka. Dewasa ini kanak-kanak sering terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi kesan yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka terutama mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar-pelajar pintar cerdas juga terdapat dalam kalangan pelajar3

pelajar khas yang mempunyai pelbagai ketegori keistimewaan (Gallagher & Gallagher 1994). Ini merujuk kepada pelbagai jenis keistimewaan seperti masalah pendengaran, penglihatan, emosi dan sebagainya. Anggapan bahawa pelajar pintar cerdas tidak memerlukan bantuan atau tidak menghadapi masalah dalam apa jua perkara hanyalah satu mitos sahaja. Walaupun diberikan kelebihan melebihi orang lain, namun sebagai manusia biasa mereka juga tidak sempurna. Mereka juga terlibat dalam masalah gelodak perasaan seperti sedih, gembira, marah, malas dan sakit hati. Justeru, mereka memerlukan bantuan dan perhatian daripada orang yang terdekat.

2.0

Definisi Fizikal, Emosi dan Sosial 2.1 Definisi Fizikal

Perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas iaitu keseimbangan, pergerakan dan manipulasi (Gallahue, 1993) . Perkembangan ini penting bagi diri kanak-kanak tersebut untuk berinteraksi. Keseimbangan merujuk kepada kebolehan dalam mengekalkan kedudukan badan mereka kepada tindakan graviti. Pergerakan merupakan aspek berkaitan dengan tingkah laku, manakala manipulasi adalah kemahiran berhubung dengan objek di persekitarannya. 2.2 Definisi emosi

Emosi merupakan setiap kegiatan atau pergolakan fikiran, perasaan, nafsu, keadaan mental. Emosi merujuk kepada suatu perasaan dan fikiran-fikiran yang khas. Kematangan emosi menghubungkan dengan perwatakan orang yang berkeperibadian yang matang. Individu sebegini mampu mengekspresikan rasa cinta kasih dan takutnya secara cepat dan spontan. 2.3 Definisi sosial

Perkembangan sosial dapat ditakrifkan sebagai kemajuan secara beransur-ansur melalui kegiatan dan kefahaman mengenai warisan masyarakat dan pembentukan corak kelakuan. Rancangan institusi sosial yang diikuti dengan keinginan sendiri menyebabkan ada4

kalanya kelakuan dalaman dan luaran turut mengalami perubahan. Aspek sosial berkaitan dengan pergaulan dan interaksi seseorang individu dengan individu yang berada di sekitarnya. Tingkah laku sosial juga dihubungkan dengan proses sosialisasi dan dapat dikaitkan dengan perlakuan, sikap dan nilai. Dari aspek psikologi sosial, bidang ini menerangkan bagaimana fikiran, perasaan dan tingkah laku individu dipengaruhi jangkauan, khayalan atau kehadiran orang lain (Azizi Yahaya, 2004).

3.0 Teori Perkembangan Fizikal, Emosi Dan Sosial Kanak-Kanak Pintar Cerdas Perkembangan merupakan perubahan yang tidak dapat diukur iaitu bersifat kualitatif. Perkembangan ialah perubahan secara kualitatif serta cenderung kea rah yang lebih baik daripada segi pemikiran, rohani dan sosial. Perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu yang telah dijangkakan. 3.1 Teori Perkembangan Fizikal

Individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu perkembangan fizikal. Perkembangan adalah aspek perubahan. Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggotaanggota badan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung. Suatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara kematangan kanakkanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut. Proses pembelajaran ini berlaku dalam ruang persekitaran dan perlu memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Kemahiran fizikal kanak-kanak5

perlu dilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup dan terbuka. Bagi aspek kemahiran fizikal tertutup bermakna mereka menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal. Manakala bagi aspek terbuka pula bermakna persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal sentiasa berubah.

3.2

Teori Perkembangan Emosi

Menurut English and English emosi adalah A complex feeling state accompanied by characteristic motor and glandular activities , iaitu suatu keadaan perasaan yang kompleks yang disertai karakteristik kegiatan kelenjar dan motoris. Emosi merupakan setiap keadaan pada diri seseorang yang disertai warna afektif baik pada tingkat lemah maupun pada tingkat yang luas. Warna afektif disini dapat diartikan sebagai perasaan perasaan tertentu yang dialami pada saat menghadapi ( menghayati ) suatu situasi tertentu, contohnya gembira, bahagia, putus asa, terkejut, benci, tidak senang dan sebagainya. Menurut Goleman (1995), kecerdasan emosi merupakan suatu keupayaan untuk mengenal perasaan sensiri dan individu lain. Beliau cuba menerangkan kebolehankebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yang dianggap sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui ujian kecerdasan IQ. Goleman telah membahagikan lima komponen kecerdasan emosi. Tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi, manakala dua komponen berbentuk kompetensi sosial. Lima komponen tersebut merangkumi mengenali emosi diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri, memotivasikan diri sendiri, mengenal emosi orang lain dan membina hubungan. Bagi komponen pertama iaitu mengenali emosi diri sendiri bertujuan agar seseorang itu dapat merasai apakah keadaan emosi mereka pada ketika itu dan dapat membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya. Keputusan yang dilakukan mestilah melalui keyakinan diri yang kukuh. Subkompetensi yang dikenalpasti merangkumi tiga iaitu kesedaran emosi, ketepatan menilai diri sendiri dan keyakinan kendiri.Komponen kedua ialah kemahiran dalam mengatur emosi dan berupaya mengatur kehidupan dan psikologi diri sendiri dengan6

lebih terkawal. Terdapat lima subkompetensi iaitu kawalan kendiri, amanah, berhemah, kebolehsuaian dan inovasi. Goleman berpendapat bahawa, individu yang cerdas emosinya dapat mengawal emosi mereka dan menggiatkan lagi kehidupan dalam mencapai matlamat hidup. Selain itu, beliau juga menegaskan emosi yang stabil dapat membantu seseorang mengawal perasaan bimbang, marah dan tingkah laku yang agresif di samping dapat mengembalikan emosi ke arah yang lebih baik setelah berhadapan dengan ujian atau halangan. Seterusnya ialah berkaitan dengan keupayaan untuk mendorong diri sendiri untuk bertindak. Individu yang mempunyai emosi yang cerdas mampu untuk mengambil inisiatif ke arah mencapai matlamat yang ingin dikecapi. Kebolehan ini dapat membantu seseorang ke arah yang lebih baik dan lebih maju seterusnya dapat bangkit daripada kegagalan. Komponen seterusnaya ialah perasaan empati terhadap orang lain. Perasaan sebegini dapat mengeratkan hubungan yang baik dengan lapisan masyarakat. Kanakkanak yang berusia dua tahun sudah mula memahami perasaan teman yang sedang menangis. Keupayaan sedemikian dapat membantu seseorang mewujudkan suasana hubungan yang baik dengan semua orang. Hal ini dapat dijadikan panduan kepada seseorang mengenai perbuatan, tutur kata dan perasaan yang diikuti kemudian. Manakala komponen yang seterusnya ialah kemahiran sosial iaitu untuk membina hubungan dengan seseorang. Telah dipercayai bahawa individu yang cerdas ini berupaya untuk mengurus dan memahami situasi serta emosi orang lain dengan tepat. Ini akan menyebabkan seseorang berinteraksi dengan baik. Di samping itu, kebolehan juga membolehkan seseorang mempengaruhi sesuatu penyelesaian masalah. Selain itu, kemahiran ini juga mengurus perhubungan antara seseorang melibatkan usaha memahami emosi orang lain. Setelah melalui proses pemantapan dalam kerangka ini, dapat dirangkumkan beberapa elemen kepada empat dimensi iaitu dua komponen emosi dan dua komponen sosial. Keempat-empat dimensi ini diperlukan oleh seseorang yang mempunyai7

kecerdasan emosi. Dimensi pertama ialah kesedaran kendiri, kedua ialah kawalan kendiri, amanah dan inisiatif. Dimensi yang ketiga ialah kesedaran sosial, memasukkan empati, kesedaran organisasi dan orientasi perkhidmatan. Dimensi terakhir ialah kemahiran sosial iaitu kebolehan bekerjasama dan berkumpulan, membantu rakan dan menjalinkan hubungan. Secara keseluruhannya, Goleman juga mempercayai bahawa model kecerdasan ini merupakan satu model psikologi yang positif kerana dapat membantu menyelesaikan banyak masalah dalam kehidupan seharian seseorang individu. Model ini juga dapat dijadikan panduan oleh keluarga, kehidupan masyarakat dan sebagainya. Teori pelbagai kecerdasan merupakan aspek yang penting untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah: Petunjuk kepada potensi murid. Petunjuk kepada guru dalam perancangan pengajaran. Meningkatkan bidang akademik dan ko-kurikulum pelajar. Mempelbagaikan cara penilaian. Mengasah bakat dan kebolehan pelajar. Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh dan keperluan murid

8

1)Mengenali emosi diri sendiri Komponen emosi 2)Mengatur emosi diri sendiri

Kesedaran emosi Ketepatan menilai diri sendiri Keyakinan kendiri

3) Memotivasikan diri sendiri

Dorongan Pencapaian Komitmen Inisiatif & optimisme

Kawalan kendiri Amanah Berhemah Kebolehsuaian inovasi

4) Mengenal emosi orang lain

5) Membina hubungan

Pengaruh Komunikasi Pengurusan konflik Kepimpinan Pemangkin perubahan Menjalin ikatan Bersatu Bekerjasama & keupayaan, berkumpulan

9

Bahagian Otak yang dikaitkan dengan emosi adalah seperti berikut:

Otak adalah segala-galanya dalam menentukan kecemerlangan perkembangan seseorang individu (Wilmshurst & Brue, 2005). Otak yang baik dilihat pada peringkat awal pertumbuhan dan perkembangan. Terdapat pelbagai bahagian-bahagian otak dan fungsinya adalah berlainan. Bahagian Amygdala (belakang mata) dan Hypocampus mengawal bahagian emosi. Bahagian Amygdala akan terangsang apabila seseorang individu menjadi risau. Selain itu, ia juga mengawal tentang persahabatan, kasih sayang, ketakutan, kemarahan, agresif dan sebagainya. Bahagian Hypocampus pula mengawal memori atau ingatan. Kerosakan pada bahagian ini boleh menyebabkan hilang ingatan atau pelupa. Kecerdasan emosi merupakan suatu himpunan kemampuan mental yang membantu kita mengenal pasti dan memahami perasaan kita serta perasaan orang lain. Kecerdasan emosi dapat meningkatkan kemampuan kita mengawal perasaan (Abdul Fatah, 1998). Terdapat enam kategori emosi pada manusia, iaitu gembira, takut, terkejut, benci, marah dan sedih. Perasaan ialah respon terhadap persekitaran dan dilahirkan secara tidak nyata dalam tingkah laku manusia, misalnya perasaan bimbang, kecewa, sinis, cemburu, optimistik, berminat dan sebagainya.

10

3.3

Teori Perkembangan Sosial

Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat. Perkembangan sosial dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi aktiviti bermain iaitu perhubungan dengan rakan sebaya. Remaja lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding dengan keluarganya (Abd. Majid dan Rahil, 1997). 3.3.1 Peringkat perkembangan sosial kanak-kanak mengikut teori

perkembangan psikososial Erik Erikson. Tokoh ini berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke tahap yang seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri yang berlawanan pada tahap-tahap tertentu. Pada setiap peringkat bayi, kanak-kanak, zaman bermain, sekolah, remaja, awal dewasa dan tua terdapat pelbagai konflik sosial yang akan di atasi untuk perkembangan seterusnya. Erikson berpendapat bahawa darjah kepercayaan bayi bergantung kepada nilai jagaan daripada ibu bapa atau orang lain yang menjaganya. Ini dapat dijelaskan sekiranya segala keperluan bayi dipenuhi seperti mendapat makanan, minum, perhatian dan kasih saying, dia akan memperoleh harapan untuk terus hidup. Sebaliknya, jika bayi berkenaan tidak dapat mempercayai orang disekitarnya dan akan menyebabkan defensif serta akan cuba melindungi daripada persekitaran yang tidak memberangsangkannya. Tahap 1) Lahir hingga 1 tahun Keadaan sosial -Sokongan, pemberian keperluan asas, ada kesinambungan hidup. -kekurangan sokongan, penafian, tidak konsisten. 2) 2 hingga 3 tahun -Mengendalikan sendiri dan11

Ekoran Psikososial Mempercayai

Tidak mempercayai

Kebebasan

sokongan. -Perlindungan yang berlebihan, kekurangan sokongan dan keyakinan. 3) 4 hingga 5 tahun -Galakan, peluang sendiri, bertanya. -Tiada peluang, perasaan negatif. 4) 6 hingga 11 tahun -Kemahiran diri, pendidikan yang cukup dan produktif, menjadi model yang baik. -Kurang latihan, arah dan sokongan. 5) 12 hingga 19 tahun -Kestabilan dalaman yang berterusan, kefahaman mendalam mengenai model seks, mendapatkan maklum balas positif. -Kekeliruan tujuan, maklum balas yang kurang jelas, kurang memahami ekspektasi. 6) Awal 20 hingga 35 -Meluaskan kemesraan, persefahaman, mempercayai. -Kesunyian. 7) 36 hingga 55 tahun -Tujuan hidup, produktiviti. Pengasingan Kebolehan menghasilkan sesuatu -Kekurangan perkembangan diri. terhenti Kemesraan Kekeliruan peranan Identiti Rendah diri Kerajinan Perasaan bersalah Inisiatif Keraguan

8) 55 tahun ke atas

-Perasaan mesra, perpaduan, berarah.12

Kesempurnaan hidup

-Kurang kesempurnaan, ketidakpuashatian.

Putus harapan

4.0 Biodata responden NAMA PENUH: Syahrul Azwari Bin Ibrahim NAMA PANGGILAN: Syahrul ASAL: Kelantan UMUR: 17 TAHUN TARIKH LAHIR: 12 Januari 1993 BANGSA: Melayu AGAMA: Islam STATUS: Bujang PROFESSION: Pelajar dan Pemain Bola Sepak Profesional POSISI: Flengker/Sayap Kanan PENDIDIKAN TERTINGGI: Bakal menduduki SPM 2010 NAMA BAPA: Ibrahim Bin Ahmad PEKERJAAN BAPA: Pesara13

NAMA IBU: Salma Bt Mamat PEKERJAAN IBU: Suri rumah ADIK-BERADIK: 8 ORANG (anak ke-7) HOBI: Memancing dan bersukan GAMBARAN PERIBADI: Periang dan pemalu sikit MAKANAN KEGEMARAN: Nasi Gulai Ayam MINUMAN KEGEMARAN: Bandung MUZIK KEGEMARAN: Jazz & Rock FESYEN KEGEMARAN: Simple WARNA KEGEMARAN: Biru dan putih EMEL: [email protected] FACEBOOK: [email protected] TINGGI: 172 cm BERAT: 63 kg PASUKAN PIALA DUNIA DIMINATI: Spain PEMAIN PIALA DUNIA DIGEMARI: David Villa PEMAIN BOLA IDOLA: Theo Walcott KENANGAN MANIS TENTANG PIALA DUNIA: Berkumpul bersama keluarga menyaksikan perlawanan Piala Dunia. KENANGAN PAHIT TENTANG PIALA DUNIA: Diejek oleh keluarga kerana pasukan kegemaran kalah. PELAKON TEMPATAN DIMINATI: Farid Kamil, Lisa Surihani PENYANYI TEMPATAN DIMINATI: Jamal Abdillah, M Nasir, Faizal Tahir, Ella PENCAPAIAN/ANUGERAH: Mewakili Negara Kejohanan Kelayakan Asian Football Competition (AFC) 2009.14

5.0

Perkembangan Responden

Perbincangan berkaitan dengan pengaruh genetik dan persekitaran genetik dalam menentukan individu itu menjadi pintar cerdas atau tidak memang sudah lama berlaku. Peratus terjadinya pintar cerdas ialah dapat dilihat iaitu sebanyak 50% berpunca daripada baka. Manakala persekitaran individu dan keluarga masing-masing sebanyak 23%. Menurut Gardner (1983), terdapat Sembilan jenis kecerdasan untuk mengukur potensi kecerdasan manusia. Bagi responden saya, dia boleh dikategorikan dalam kecerdasan kinestatik badan iaitu kebolehan dalam menggunakan keseluruhan anggota tubuh badannya untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Setiap anak mewarisi beberapa ciri-ciri daripada ayah dan ibunya. Dalam konteks ini, syahrul memiliki persekitaran keluarga yang positif untuk membantunya menjadi seorang yang berbakat. Hal ini demikian kerana latar belakang keluarga yang aktif bersukan. Bermula daripada ayahnya yang merupakan jaguh kampung. Seterusnya ialah abangnya yang bernama Syariful Ibrahim, 30 tahun, yang kini bertugas sebagai jurulatih pasukan Kuala Lumpur bawah 12 tahun. Seorang lagi abangnya iaitu Ismail Ibrahim pernah bermain bola dalam peringkat daerah Kelantan. Abangnya yang ketiga iaitu Safuan Ibrahim, 25 tahun merupakan pemain Johor FC. Adiknya pula merupakan pemain untuk kelab Kelantan.

Bercerita mengenai dirinya yang tidak akan meninggalkan dunia bola sepak. Syahrul menegaskan bahawa semua adik beradiknya bermain bola sepak termasuklah ayahnya. Responden telah bermain bola ini sejak berusia 10 tahun lagi untuk wakil negeri Kelantan. Setakat ini syahrul merupakan pemain yang mendapat pencapaian tertinggi apabila dipilih sebagai pemain bola untuk pasukan Harimau Muda bawah 19 tahun kumpulan B. Kali pertama beliau menendang bola ialah sewaktu berumur 6 tahun lagi. Itupun selepas diajak oleh abangnya iaitu Shariful Ibrahim.

Menyentuh mengenai usianya yang masih lagi muda dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini, Syahrul dengan penuh yakin mengatakan tidak pernah terfikir untuk membuat kerja lain selain daripada bermain bola sepak. Baginya, bermain

15

bola sepak ini merupakan sesuatu yang unik. Bola sepak sebenarnya sesuatu yang sangat dekat dengan dirinya kerana adanya semangat setia kawan.

Meminta pendapat daripada Syahrul tentang industri bola sepak tempatan, Syahrul mengakui soalan ini terlalu sensitif dan sukar untuk dijawab. Syahrul berpendapat bahawa Malaysia agak ketinggalan sedikit dari segi peralatan dan cara latihan berbanding dengan negara maju yang lain. Beliau memberitahu bahawa, jika dia berpeluang untuk mengubah industry bola sekarang, dia akan memilih orang yang betul-betul layak dan tahu bagaimana untuk mengendalikan pimpinan bola sepak negara. Sekarang, banyak posisi jawatan tertentu dipenuhi dengan orang yang kurang pakar dalam bidang bola sepak.

Responden saya berharap bahawa peminat bola tempatan supaya kurangkan kritikan pedas kepada pemain tempatan. Dia menambah bahawa peminat bola tempatan melebihkan dan mengaggungkan pemain luar negara berbanding pemain sendiri. Sepatutnya kita perlu memartabatkan sukan kita bukannya menjatuhkan. Syahrul juga mahukan peminat untuk mengiktiraf pemain Malaysia supaya lebih maju. Bercerita pasal bola, Syahrul tidak pernah lagi kemalangan teruk, tapi dia sedih kerana sejek menjadi pemain bola profesional, 2 tahun berturutturut dia tidak dapat balik beraya di kampung halaman.

Pada tahun lalu, iaitu 2009, Syahrul terpaksa beraya di Uzbekistan kerana terlibat dengan pemilihan Bola Sepak Asia atau AFC. Pada waktu pemilihan berlangsung, Syahrul langsung tidak berasa cemburu terhadap kawan-kawannya kerana telah mengetahui sejak daripada awal lagi. Tetapi, dia berhasrat bahawa suatu hari nanti mahu menjadi pemain bola sepak yang betulbetul profesional.

16

Pasukan Harimau Muda Kumpulan B Bawah 19 Tahun 6.1 Temubual Dengan Keluarga Syahrul

Soalan 1 -Bilakah Syahrul mula bermain bola? Jawapan -Sejak umur 6 tahun. Ulasan -Kanak-kanak berbakat menunjukkan bakat mereka sewaktu kecil lagi. Kebolehan ini berbeza dengan kanak-kanak lain yang hanya mampu memegang sahaja bola tersebut. Soalan 2 Adakah mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi tentang dunia bola sepak? Jawapan -Ya, ayahnya memberitahu bahawa Syahrul menampakkan kematangan dalam arena bola sepak. Dia selalu bertanya tentang bola sepak sewaktu kecil lagi. Dia juga seorang yang kreatif dan suka mencuba dalam menghasilkan cara baru semasa perlawanan. Ulasan17

-Individu yang pintar mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Ini menyebabkan mereka sentiasa berfikir berkaitan pelbagai perkara dan sentiasa berusaha mencari sebab dan musabab sesuatu perkara. Responden juga sentiasa berimaginasi dan mencari-cari cara yang terbaik bagi merealisasikan imaginasi itu seperti dalam bidang yang diminati. Soalan 3 -Boleh menjangkakan dan membuat andaian sesuatu perkara? -Jawapan Boleh menjangkakan dan membuat andaian. Pemikiran melebihi usia. Ulasan -Responden mudah memahami sebab dan musabab kejadian ataupun perkara dengan cepat. Dia mampu membuat jangkaan dan spekulasi dalam isu-isu semasa. Soalan 4 Adakah berupaya melakukan interaksi sosial? Jawapan -Ya, dia seorang yang mudah dibawa berbincang, peramah dan mudah menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Ulasan - Responden mempunyai kemahiran berfikir yang hebat serta dapat menyaingi pemikiran orang yang lebih tua daripadanya. Kelebihan ini membolehkan Syahrul menyesuaikan diri dengan mudah bersama golongan orang yang lebih tua. Kanak-kanak pintar juga biasanya mempunyai daya kepimpinan yang lebih.

Soalan 5 Adakah cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru? Jawapan -Ya. Ketika mula-mula belajar di Tabika, Syahrul tidak menunjukkan sebarang masalah sosialisasi dengan rakan baru walaupun Syahrul masuk ke tabika pada bulan yang kedua iaitu lewat sebulan dari tarikh pendaftaran masuk ke tabika seperti kanak-kanak lain. Ulasan - Kanak-kanak berbakat dan kreatif suka mencuba. Ciri-ciri ini menyebabkan mereka cepat mempelajari sesuatu perkara. Kebolehan mereka memusatkan perhatian dan cekap18

mengadaptasi persekitaran membolehkan mereka memperkayakan pengalaman sendiri dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. 5.2 Temubual Bersama Jurulatih

Soalan 1 Bagaimana pencapaian dan prestasi Syahrul semasa memasuki pasukan Harimau Muda? Jawapan -memberangsangkan dan menunjukkan satu pencapaian yang positif di luar jangkaan. Ulasan -Responden banyak kali menjaringkan gol semasa perlawanan. Ini menyebabkan pasukan melonjak naik. Soalan 2 Apakah kelebihan Syahrul berbanding dengan pemain-pemain lain? Jawapan -Syahrul lebih berkeyakinan semasa bermain. Dia seorang yang berupaya, bertenaga dan mempunyai kemahiran terutamanya dalam penguasaan bola. Ulasan -Banyak serangan telah dilakukan dan hamper menyebabkan gol. Soalan 3 Bagaimana disiplin Syahrul semasa dalam permainan dan luar permainan? jawapan -Dari segi disiplin, syahrul seorang atlit yang menepati masa dan melakukan sesuatu perkara dengan tekun atas satu prinsip. Ulasan -Seseorang yang bersifat pintar cerdas secara automatik akan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap sesuatu yang dilakukannya. Soalan 4 Bagaimana kekuatan mental dan psikomotor Syahrul dalam perlawanan? Jawapan -Dari segi ketangkasan, responden berupaya untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat.19

Ulasan -Responden mahir semasa mengelecek bola dengan pihak lawan. Soalan 5 Kestabilan emosi Syahrul? Jawapan -Syahrul mengalami masalah dalam mengawal emosinya semasa perlawanan. Dia pernah menghalau pengadil kerana pengadil tersalah memberi kad kuning kepadanya. Ulasan -Kebiasaan seseorang yang berbakat ini mempunyai emosi yang kurang stabil berbanding orang lain. Mungkin ini merupakan kekurangan bagi golongan mereka.

6.0

Perkembangan responden dari segi:

1) Fizikal

Tahap psikomotor responden lebih hebat berbanding dengan orang lain. Secara fizikal, Syahrul memiliki ketahanan ujian fizikal lebih berbanding dengan orang lain. Dia juga berkebolehan untuk memanipulasikan objek-objek fizikal serta mengimbangi pergerakan fizikal dan mental.

2) Sosial

Pergaulan dengan kawan-kawannya agak baik dan tidak mengalami masalah. Walaubagaimanapun, dia lebih memilih kawan yang sama negeri dengannya. Ini mungkin disebabkan faktor loghat dan masalah dalam berkomunikasi. Hal ini terjadi kerana dia kekok untuk berbicara dengan kawan yang berlainan negeri.

3) Emosi

Syahrul juga seorang yang mudah marah apabila sesuatu kehendak tidak diperolehi. Selain itu banyak berlaku perubahan dari segi fizikal dan fisiologikal.

20

7.0

Strategi Untuk Menangani Masalah Emosi Responden

Setelah berjumpa dengan keluarga, jurulatih dan juga diri responden, saya mendapati bahawa responden memang memiliki kehebatan dalam sukan bola sepak. Dari segi fizikal responden tidak mengalami sebarang masalah. Maknanya, dia seorang yang normal seperti remaja lain. Manakala dari segi sosial dan emosi, responden mengalami sedikit masalah. Dia seorang yang mudah agresif ketika perlawanan, tidak dapat mengawal emosi, dan lebih bersifat berani melakukan apa sahaja sehingga menghalau pengadil. Saya sebagai gurunya, sedikit sebanyak ingin menolong mengurangkan tahap emosinya yang tidak stabil itu.

Hal ini demikian kerana, bahagian otak yang mengawal emosi iaitu Amygdala tidak dapat dikawal atau kurang berfungsi dengan baik semasa mengawal emosi. Kaedah yang akan saya gunakan untuk membantunya ialah melalui kaedah kaunseling. Pertama saya akan berjumpa dengannya secara perseorangan dan bertanya apakah perasaannya ketika perlawanan bola diadakan dan mengapa dia tidak dapat mengawal emosinya. Seterusnya akan menasihati terlebih dahulu dan menyuruhnya mengawal emosi. Sekiranya tidak berjaya, elaun responden akan disekat dan digantung persekolahan selama beberapa hari. Selain itu, responden juga tidak boleh bermain semasa perlawanan bola diadakan dan tidak dapat menyertai mana-mana latihan yang akan diadakan di luar negara. Sekiranya responden ingin bermain dan mengikuti sesi latihan diadakan, dia akan cuba mengawal emosinya daripada bersifat agresif.

Dari segi pergaulan dan sosial responden pula kurang memberangsangkan. Seperti yang telah dinyatakan di atas, responden agak memilih dalam mencari kawan. Dia memberitahu bahawa masalah loghat yang menghalangnya untuk berkomunikasi dengan individu berlainan negeri. Saya telah memberi beberapa nasihat dan kaedah kepada responden untuk mengurangkan atau menghapuskan terus masalah tersebut. Selain itu, responden juga memberitahu bahawa tidak mempercayai individu yang berlainan agama dan negeri. Di sini saya dapat simpulkan bahawa responden takut untuk mencuba mengenali seseorang.

21

Kaedah yang saya gunakan dalam menangani hal ini ialah dengan menemukan dia dengan beberapa individu yang berlainan negeri dan agama. Selain itu, saya akan menyuruhnya supaya mencari kenalan melalui facebook. Secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan selain mengubah persepsinya terhadap kaum lain dan berlainan negeri. Ini kerana komunikasi dapat meningkatkan keyakinan seseorang dan menentukan tindakan, kepuasan dan menjalin hubungan, McAulley (1988).

7.1

Strategi Jangka Panjang

Setelah berjumpa dan berbual dengan responden, saya telah mengenalpasti beberapa kelebihan dan kekurangan responden. Selepas pemerhatian secara tidak langsung dilakukan satu strategi jangka panjang dapat diatur kepada responden bagi membantunya mengejar matlamat dan merealisasikan impiannya. Saya telah mencadangkan supaya responden membuka pusat bola sepak atau futsal. Mungkin dia boleh menjadi jurulatih kepada remaja-remaja, kanak-kanak atau golongan-golongan yang berminat.

Walaupun umur responden sekarang ialah 17 tahun, tetapi banyak pengalaman yang sudah dipelajari. Banyak negara-negara yang telah dilawati ketika mewakili Negara oleh responden seperti China, Thailand, Uzbekistan, Vietnam, dan yang terbaru di Slovakia. Melalui perlawanan yang disertai yang melibatkan Negara-negara tersebut, ini telah membuktikan kemahiran, bakat dan kesungguhan yang ada pada responden ini telah melayakkan dirinya terpilih untuk mewakili sebarang kejohanan yang dianjurkan di dalam dan luar negara berbanding dengan pemain yang lain.

Majoriti had umur seorang pemain bola ialah dalam lingkungan 30 tahun ke bawah yang melayakkan dirinya menyertai perlawanan yang melibatkan negara. Melalui pengalaman yang ditimba oleh responden saya, dia tidak perlu bimbang sekiranya dia tidak diperlukan lagi dalam satu-satu perlawanan ketika umurnya meningkat 30 tahun. Dalam jangka masa yang panjang, kemahiran, bakat, pengalaman dan kesungguhan yang sedia ada pada diri responden tidak mustahil akan membolehkannya untuk menjadi seorang jurulatih yang professional pada masa akan datang.22

8.0

Kesimpulan

Secara menyeluruh, kestabilan personaliti, emosi, sosial dan tingkah laku responden adalah penting bagi menjamin kesinambungan sesuatu program yang dirancang untuknya. Hal ini demikian kerana untuk kepentingannya dan juga masyarakat sejagat. Oleh itu, perancangan untuk mewujudkan satu prosedur sokongan psikologi dan sosial yang sistematik merupakan satu keperluan yang amat sukar untuk disediakan dan dipenuhi pada setiap fasa perlaksanaan. Pelajarpelajar pintar cerdas dan berbakat perlu dibimbing dalam segala aspek berkaitan dalam hidup mereka agar dapat mengimbangi tahap kepintaran atau bakat yang dimiliki oleh mereka dengan wibawa diri yang dilengkapi dengan kestabilan emosi dan mental, serta tidak menyalahi normanorma sosial masyarakat umum.

Seterusnya sikap serta ciri peribadi yang memuaskan adalah penting dalam memperkayakan seseorang individu pintar cerdas. Ciri-ciri tersebut ialah bersikap mesra masyarakat serta cermat dan teliti dalam mengambil sesuatu tindakan. Dalam waktu itu juga, sifat individu terbabit yang berkeupayaan untuk mempengaruhi orang lain termasuk mempunyai daya pujuk, berwibawa dan mahir berkata-kata turut menyumbang terhadap pembangunan individu menjadi pintar cerdas.

Individu yang pintar cerdas dan berbakat juga lebih bijak berbanding dengan rakan sebaya mereka, tetapi ini tidak bermaksud mereka turut dewasa dalam aspek perkembangan sosial dan emosi. Mereka juga mengalami masalah dalam pergaulan dan komunikasi. Oleh itu, di sebalik ciri-ciri yang mengagumkan ini, mereka juga masih lagi seorang individu yang memerlukan perhatian sama atau lebih daripada orang lain. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk ciri-ciri kepintaran yang dimiliki oleh seseorang individu tanpa mengabaikan perkembangan sosial dan emosi mereka.

Ibu bapa dan guru harus memainkan peranan penting dalam menangani hal ini kerana mereka lebih rapat berbanding dengan orang lain, dan faham akan perangai golongan tersebut. Keseimbangan perkembangan golongan ini bergantung kepada keprihatinan ibu bapa, pendidik, persekitaran pembelajaran dan juga masyarakat agar mereka mendapat dorongan daripada semua pihak yang berada di sekelilingnya.23

Rujukan Abdul Fatah Hasan (1998), Pemikiran Keseluruhan Otak, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Zurihanmi Zakariya. (2004). Psikologi Sosial. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia. Gallahue, D.L. (1993), Development Physical Education for Todays Children. Madison, WI: Brown and Benchmark. Goleman, D. (1995), Emotional Intelligence, New York: Bantam. Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligence. New York: basic Books. Gallagher, J.J. & Gallagher, S.A. 1994. Teaching the gifted child. 4th. Ed. Boston: Allyn and Bacon. McAuley, J.G. 1988. Komunikasi antara Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Milgram, R.M. 2000. Identifying and enhancing talent in Israel: A high national priority. Roeper Review, Jan. 2000, 22 (2): 108-110. Mischell, W. (1999) Introductory to Personality (6th ed). Florida: Harcourt Brace College Pub. Abd. Majid Mohd Isa dan Rahil Mahyuddin (1997), Psikologi Pendidikan 1-Pertumbuhan dan Perkembangan, Selangor: Longman. Wilmshurst, L. & Brue, A. W. 2005. A Parents guide to Special Education. New York: AMACOM.

24