Transcript
  • 1. CIRI-CIRI TAMADUN MESOPOTAMIA Prepared by : Noor Izati bt Mohd Pakri Id no : HR093518

2. PERKEMBANGAN PETEMPATANTamadun mesopotamia bermula di sumer(wilayah selatan) Wujud antara tahun 3500 s.m hingga 2000 s.m yang terletak diantara lembah Sungai Tigris dan lembah Sungai Euphrates yang ada di negara Iraq sekarang. Kesuburan kedua2 sungai itu membolehkan masyarakat menjalankan aktiviti pertanian. Sungai tersebut dijadikan sebagai sumber air. 3. Petempatan awal dikesan di jarmo dan hassuna. Jarmo - terdapat lebih 20 buah rumah yang mempunyai beberapa buah bilik telah dibina dari tanah liat yang dibakar.Petempatan dilindungi tembok batu. Hassuna - ahli arkeologi menemui bengkel membuat tembikar dan sebuah bangunan kecil yang dipercayai sebagai rumah ibadat. Pembentukan tamadun mesopotamia dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Assyria di utara dan Babylon di selatan. Petempatan yang wujud di mesopotamia ialah Eridu,Ubaid,Uruk,Uruk IV,dan Uruk III. 4. KERAJAANTEMPOHSUMERIA3200 S.M-2300 S.MAKKAD2334 S.M-2154 S.MUR2119 S.M-2004 S.MBABYLON2000 S.M-1530 S.MKASSISTES1530 S.M-1100 S.MASSYRIA1100 S.M-626 S.MCHALDEA626 S.M-539 S.M 5. PEMBANDARANBandar utama di Mesopotamia dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu pusat bandar, luar bandar dan pelabuhan. 1. Pusat bandar mempunyai pintu gerbang rumah ibadat, istana dan kediaman pembesar.Rumah ibadat menjadi tumpuan masyarakat.Setiap kota mempunyai unit politik dan agama tersendiri. 6. 2.Kawasan luar bandar merupakan kawasan pertanian, penternakan, dan pembekal makanan. Terdapat tembok dan kubu pertahanan bagi hadapi ancaman musuh. 3. Pelabuhan berperanan mengendalikan kegiatan perdagangan dan menyediakan kemudahan asas kepada pedagang. 7. ORGANISASI SOSIAL Terdapat tiga kelas masyarakat yang utama di Mesopotamia. Sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia berbentuk teokrasi (pemerintahan oleh tuhan / wakil tuhan yang berasaskan hukum agama dan bersifat ketuhanan).MASYARAKAT MESOPOTAMIAKelas amelu (kelas atasan).Kelas mushkinu (kelas pertengahan).Kelas hamba iaitu kelas bawahan. 8. Kelas amelu (kelas atasan) Golongan ini terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, pendeta, dan panglima tentera. Golongan yang paling berkuasa ialah golongan pendeta hal ini berlaku kerana mereka mementingkan keagamaan. Kelas mushkinu (kelas pertengahan) Golongan ini terdiri daripada pedagang-pedagang, guru, ahli nujum, ahli sains, petani dan tukang. Golongan ini diberi kebebasan dalam semua perkara dan tidak diwajibkan berkhidmat dalam tentera kecuali ketika darurat. 9. Kelas hamba Terdiri daripada bekas tawanan perang, penjenayah, orang yang telah dijadikan hamba sejak kecil, dan orang yang berhutang. Seorang hamba boleh dibebaskan sekiranya dia patuh pada tuannya. Golongan hamba boleh berkahwin dengan rakyat biasa, apabila mereka meninggal anak mereka boleh dibebaskan daripada golongan hamba menjadi rakyat biasa. Kedudukan wanita Golongan wanita di Mesopotamia tidak dipandang hina seperti masyarakat purba yang lain. Jika mereka menguruskan perniagaan suami, mereka berhak memiliki satu pertiga daripada keuntungan perniagaan tersebut. Namun jika si suami berhutang, dia berhak memaksa si isteri menjadi hamba untuk membayar hutang dalam tempoh tiga tahun. 10. SISTEM KEPERCAYAAN DAN KEAGAMAAN Tuhan-tuhan masyarakat Mesopotamia Agama mereka bersifat politeisme. Mereka menyembah banyak tuhan atau dewa-dewi yang mewakili alam sekeliling. Mereka percaya bahawa dewa-dewi ini mendatangkan kebaikan atau keburukan. Raja mereka dianggap sebagai wakil tuhan di dunia. Tuhan utama masyarakat ini ialah Anu (tuhan langit), Enlil (tuhan bumi), dan Enki (tuhan air). Dewa Dumumi dan Dewa Inanna yang menentukan musim bunga dan musin salji. 11. Penyembahan tuhan Mereka menjalankan upacara pemujaan tuhan bagi mengelakkan malapetaka alam yang dianggap sebagai hukuman dari tuhan. Mereka menyembah tuhan yang dipercayai turun ke bumi untuk melindungi negara kota mereka. Oleh itu mereka membina rumahrumah penyembahan di puncak bukit yang dinamakan ziggurat. Ziggurat ialah kuil berbentuk piramid dengan empat bahagian sisi yang bertingkat-tingkat setinggi enam atau tujuh tingkat. Ziggurat pertama yang dibina ialah di Kota Nippur untuk tuhan Enlil. Ziggurat sebagai bangunan suci untuk penyembahan Bangunan ini dibina berbentuk piramid dan lebih tinggi dari bangunan yang lain yang ada di dalam kota. Pejabat-pejabat perniagaan dan pentadbiran terletak dalam perkarangan kuil. Tempat pemujaan merupakan tempat paling penting dalam kuil dan terletak paling atas. 12. Ketua pendeta juga merupakan ketua sesebuah negara kota. Ini kerana dasar pemerintahan Mesopotamia adalah berbentuk teokrasi di mana agama memainkan peranan yang sangat penting. Setiap kota mempunyai sebuah kuil. Setiap negara juga mempunyai dewa penaung (patron deity) masing-masing.Pengebumian raja Antara upacara agama yang dijalankan ialah pemujaan dan korban. Upacara korban hanya dilakukan apabila seorang raja meninggal dunia. Apabila raja meninggal dunia ,pengiring-pengiring raja akan turut mati bersama. Mayat raja atau permaisurinya akan dipakaikan dengan pakaian yang lengkap dan indah berserta barang kemas yang bertatahkan permata. 13. Kepecayaan tentang kematian Masyarakat Mesopotamia tidak percaya kepada kehidupan selepas mati. Mereka juga percaya bahawa jika mayat tidak dikebumikan, si mati akan bangkit merayau-rayau di lorong-lorong utnuk mencari makanan. Mereka sangat takut hantu orang yang telah mati, oleh itu mereka mengambil berat tentang kematian. Mayat yang di tanam akan dibekalkan makanan yang mencukupi yang diisi dalam takar. Mayat lelaki dibekalkan dengan kail dan senjata manakala mayat perempuan dibekalkan dengan cermin yang diperbuat daripada tenbaga. Mayat mereka akan ditanam bersama harta mereka. Jika yang ada orang gaji,orang gaji itu turut ditanam bersama. Mayat akan ditanam di bawah lantai rumah supaya mayat tidak merasa diketepikan oleh ahli keluarga. 14. PERTAHANAN DAN KETAHANAN1.Pertahanan: Perihal mempertahankan , membela dan menjaga keamanan dan keselamatan. Juga merujuk kepada persediaan kelengkapan, persenjataan dan ketenteraan untuk mengekalkan kedaulatan negara daripada ancaman dari dalam dan luar negeri. 15. 2.Ketahanan: Keupayaan dan kebolehan serta kekuatan menanggung sesuatu kesukaran atau penderitaan. Terbahahagi kepada dua; ketahanan fizikal dan spiritual. Ketahanan fizikal merangkumi aspek-aspek lahiriah seperti kekuatan ketenteraan. Ketahanan spiritual merupakan ketahanan dalaman yang meliputi aspek agama dan moral. 16. Pembinaan kubu-kubu pertahanan dan tembok berfungsi sebagai pertahanan semasa peperangan. tembok-tembok pertahanan menjadi sempadan antara kawasan bandar dan luar bandar. Masyarakat Mesopotamia berperang dengan cara berbaris dan berdiri rapat-rapat. Senjata utama mereka ialah tombak dan lembing. 17. ORGANISASI TENTERAOrganisasi ketenteraan merujuk kepada jenis-jenis tentera yang mengetuai sesuatu peperangan iaitu tentera berjalan kaki, berkuda, berkereta dua roda dan semua organisasi ketenteraan lain. Kemajuan tamadun Mesopotamia telah menubuhkan organisasi ketenteraan mereka sendiri dalam mengukuhkan ketahanan dan pertahanan sesebuah negara. 18. Jenis tentera Pasukan tentera infantri dan berkereta kuda yang berdisiplin. Dibantu oleh sejumlah besar eren atau tentera yang dikerah oleh raja. Zaman Tiglathpileser III, tenteranya dibahagikan kepada dua jenis iaitu; Infantri ringan pemanah dan skingers dan Infantri berattentera lancers Pasukan tentera yang hebat, cekap dan profesional. 19. Pentadbiran tentera atau logistik Tentera Assyria mahir dalam pembinaan terowong, merobohkan kubu dan tembok pertahanan. Tentera Assyria merupakan masyarakat militer pertama di dunia yang mengasaskan organisasi ketenteraan yang paling cekap dan paling awal menggunakan besi dan gangsa bagi membuat senjata, kereta kuda dan armor. 20. Komposisi tentera Zaman Sargon bilangan tentera diraja sebanyak 5400 orang. Gabenor wilayah mempunyai bilangan tenteranya sendiri. Zaman Tiglathpileser III seramai 500,000 tentera Ashunasirpal yang terlibat termasuk tentera negeri naungan dalam perang Qargar. 21. Strategi peperangan Kekuatan tentera Assyria bergantung kepada kecekapan menggunakan senjata. Mereka mempunyai askar-askar yang mahir dalam perancangan strategi seperti merobohkan kubu-kubu, tembok pertahanan dan membina terowong. Apabila menawan sesebuah bandar, harta benda dirampas, penduduk ditawan dan dibunuH dan Bandar dibakar. Memperkenalkan kereta kuda secara meluas. Kereta kuda digunakan dalam kempen peperangan di kawasan gunung. Tentera berkuda dilengkapi dengan busur dan tentera berjalan kaki handal dalam memanah. 22. Gaji tentera Mengikut kod Hammurabi tentera tidak dibayar gaji. Tentera akan diberi tanah yang tidak boleh dipindah milik, ternakan dan harta rampasan perang. Alat kelengkapanPenggunaan lembing dan anak panah dalam peperangan.Perisai tidak digunakan untuk melindungi diri. Peranan wanitaWanita dihantar ke medan perang untuk membantu menyediakan makanan. 23. EKONOMI1.Kegiatan ekonomi utama ialah :pertanian, perdagangan dan perusahaan.mengusahakan tanah untuk kegiatan pertanian.menanam gandum dan barli.menanam bijirin. 24. 2.Tanaman utama ialah:jagung, kurma, sayuran-sayuran (bawang putih, daun salad, bunga bawang, kunyit, ubi sengkuang,lobak, thyne dan lobak putih).Bajak digunakan dalam kerja-kerja pertanian.Tambak dibina untuk mengelakkan banjir.Sebelum mereka mengenal teknologi moden, mereka mengisar menggunakan tangan.Menternak kambing biri-biri, lembu, kerbau dan keldai.Keldai digunakan untuk kenderaan.Menangkap ikan menggunakan kail dan jala. 25. Dari segi perusahaan mengusahakan tembikar, pertukangan kayu, membuat patung, membuat alat-alat perhiasan, membina kapal dan pakaian. Kegiatan ekonomi pada peringkat awal hanyalah untuk menyara diri mereka sendiri. Apabila tanah pertanian diusahakan secara giat iaitu apabila mereka telah menggunakan bajak, membina tambak dan membuat system pengairan, hasil bertambah dan apabila mereka mula membuat perhubungan dengan orang luar dan memerlukan barang yang tidak terdapat di tempat mereka, perdagangan mula dijalankan. Konsep komersil mula mengambil tempat. 26. Pada mulanya mereka menggunakan sistem barter (tukar barang) tetapi apabila, perdagangan menjadi bertambah pesat dan di sini system komersil digantikan dengan perdagangan. Konsep perdagangan merujuk kepada system perniagaan yang melibatkan orang luar atau peringkat antarabangsa. Mesopotamia membuat hubungan dagang dengan India,Mesir dan Mediterranean. Barang-barang eksportnya ialah kain, barang kemas dan senjata. Import utama Mesopotamia ialah kayu balak, logam dan batu( dari Mesir), tembaga (dari Turki dan Parsi), walnut, gam dan emas. 27. PENDIDIKANDalam tamadun awal Mesopotamia, kuil bertanggungjawab terhadap penyebaran pendidikan. Sekolah-sekolah wujud di dalam kuil.Orang Sumeria menghantar anak-anak lelaki mereka ke sekolah-sekolah. Kanak-kanak itu diajar membaca, menulis dan mengira. Mereka menulis di atas tanah liat yang lembut( yang boleh dikepal, dibentuk semula dan diguna semula). Masa persekolahan sangat panjang dan disiplin amat ketat. 28. Pada zaman kegemilangan Baylon di bawah pemerintahan Hammurabi mereka mengkaji ilmu nujum dan dari ilmu ini mereka banyak mengetahui tentang ilmu bintang. Khatulistiwa dibahagi kepada 360 darjah dan mencipta lambang 12 bintang. Mereka amat percaya kepada pengaruh bintang ke atas kehidupan manusia. Orang Sumeria terkenal dengan kepakaran dalam matematik, astronomi, dan ukuran. Mereka juga telah membuat kod undang-undang. Kalendar mereka berdasarkan kepada bulan dan sebulan mengandungi 28 hari. Melalui kemahiran matematik, mereka melahirkan dua system kiraan iaitu sistem decimal ( berdasarkan unit 10) dan berdasarkan unit 60. 29. Mereka merupakan orang yang pertama mencipta satu pusingan jam mengandungi 60minit dan bulatan 360 darjah. Dalam ilmu perubatan, mereka lebih jauh maju dari orang yang sezaman dengan mereka. Sekurang-kurangnya 500 jenis ubat telah digunakan pada masa itu. Doktor-doktornya menggunakan alat-alat yang dibuat daripada gangsa.Kain ataupun kulit digunakan untuk menuam. 30. SUMBANGAN DALAM KESENIAN1.kesusasteraan Hasil-hasil kesusteraan mereka ditulis pada kepingankepingan tanah liat dengan tulisan cunieform. Karya-karya mereka terbahagi kepada beberapa kelompok genre seperti mitos tentang dewa-dewa, kisah raja-raja, lagu-lagu suci memuji tuhan, kisah-kisah sejarah, pepatah dan koleksi persepsi. Antara karya terawal: - Enlil dan Ninhursag - Legenda Etana dan Legenda Adapa - Epik Gilgamesh 31. EPIK GILGAMESH (KARYA YANG TERTUA) vmengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.vmenceritakan tentang pemerintahan, agama, percintaan, kehidupan yang kekal abadi dan kesaktian.vDitulis pada 12 keping tanah liat dengan tulisan cunieform.v3000 baris puisi dan merupakan puisi akkadia yang menceritakan tentang usaha manusia. 32. EPIK GILGAMESH 33. 2.Seni bina Penggunaan batu-bata bakar untuk membina bahagian luar bangunan serta laluan pejalan kaki. Tamadun Mesopotamia juga memperkenalkan binaan pintu gerbang melengkung. Antara binaan yang begitu distingtif ialah bangunan ziggurat. Cicir-ciri seni bina Mesopotamia: - pintu gerbang yang besar dan berbentuk melengkung - pengunaan banyak tangga yang tinggi dan lurus - menggunakan batu-bata berkilau.


Recommended