Download pdf - Buku Pantun

Transcript

BUKU PANTUN

BUKU PANTUN

RAJA PANTUNPENDAHULUANPANTUN MAHKOTA BAHASA DAN SASTRA MELAYU

Sebagai salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa di Nusantara, pantun dinilai sebagai sumbangan utama kepiawaian bangsa Melayu terhadap dunia sastra Asia Tenggara dan dunia, karena pantun merupakan mahkota bahasa dan sastra Melayu sepanjang zaman.

A. Pengertian Sastra

B. Bahasa Melayu sebagai Media Cipta Karya Sastra

C. Sastra Lisan (bukan naratif)

1. Mantra

2. Bidal

a. Ungkapan

b. Pribahasa

c. Tamsil

d. Ibarat

e. Kias

f. Pepatah

g. Pemeo

D. Prosa Lama

1. Dongeng

a. Fabel

b. Farabel

c. Legenda

d. Mythe

e. Sage

2. Sastra Kitab

3. Hikayat

a. Hikayat Nabi-nabi

b. Hikayat Kisah/Riwayat Nabi Muhammad

1). Hikayat Kejadian Nur Muhammad

2). Hikayat Maulid Nabi

3). Hikayat Rasulullah

4). Hikayat Bulan Berbelah

5). Hikayat Nabi Miraj

6). Hikayat Nabi Bercukur

7). Hikayat Nabi mengajar Fatimah

8). Hikayat Nabi mengajar Saidina Ali

9). Hikayat Nabi dan Orang Miskin

10). Hikayat Nabi dan Iblis

11). Hikayat Nabi Wafat

c. Hikayat Para Sahabat Nabi

d. Hikayat Pahlawan Islam

e. Hikayat Hagiografi

f. Hikayat Perumpamaan atau Alegori Filosuf/Sufi

1). Hikayat Luqman al-Hakim

2). Hikayat Raiah al-Adawiyah

3). Hikayat Abu Yazid al-Bistami

4). Hikayat Syamsi Tabriz

5). Hikayat Mansur al-Hallaj

6). Hikayah Syekh Abdul Qadir al-Jailani

7). Hikayat Syah Mardan

8). Hikayat Inderaputera

9). Hikayat Burung Pingai (disadur dari Mantiq al-Thayir = Musyawarah Burung, karya Fariduddin Attar Penyair Persia abad ke-12)

10). Hikayat Perkataan Alif

4. Ratib/Agiografi Sufi

a. Ratib Syekh Saman

b. Ratib Syekh Abdul Qadir Jailani

c. Ratib Hamzah Fansuri

d. Ratib al-Naqsabandi

5. Tambo

6. Wira Carita

7. Sejarah

a. Sejarah Melayu

b. Taj al-Salathin

c. Bustan al-Salathin

d. Tuhfat al-Nafis

Prosa Liris (Kalimat Berirama)

8. Koba

9. Nyanyi Panjang

10. Kakawin

11. Kidung

12. Parwa

13. Cerita Pelipur Lara

E. Sastra Melayu Klasik

1. Warisan Melayu

b. Puisi Terikat

1). Pantun

2). Gurindam

c. Pusi Bebas

1). Seloka

2). Teromba

3). Mantera

4). Pribahasa

2. Pengaruh Arab-Persia

a. Syair

b. Nazam

c. Rubai

d. Matsnawi

e. Qitah

f. Ghazal

g. Barzanji

1. Prosa Lama

a. Dongeng

1). Fabel

2). Farabel

3). Legenda

4). Mythe

5). Sage

b. Hikayat

c. Tambo

d. Wira Carita

2. Puisi Melayu Tradisional

a. Mantra

b. Bidal

1). Ungkapan

2). Pribahasa

3). Tamsil

4). Ibarat

5). Pepatah

6). Pemeo

c. Syair

d. Gurindam

e. Endoi

f. Rejang

g. Teromba

3. Puisi Melayu Pengaruh Arab

a. Dikir/Zikir/Dikeu

b. Matsnawi

c. Rubai

d. Ghazal

e. Qitah

f. Nazam

4. Puisi Melayu Baru

a. Distikon

b. Terzina

c. Quatrain

d. Quint

e. Sextet

f. Septima

g. Stanza/Oktav

h. Soneta

5. Hubungan, Persamaan dan perbedaan pantun (dengan Puisi Melayu Tradisional)

a. Pantun Mantra

b. Pantun Bidal

c. Pantun Syair

d. Pantun Gurindam

e. Pantun Endoi

f. Pantun Rejang

g. Pantun Taromba

h. Pantun Dikir

i. Pantun Matsnawi

j. Pantun Rubai

k. Pantun Ghazal

l. Pantun Qitah

m. Pantun Nazam

6. Pantun Puisi Melayu Baru (jejak dan unsur pantun pada):

a. Distikon

b. Terzina

c. Quatrain

d. Quint

e. Sextet

f. Septima

g. Stanza/Oktav

h. Soneta

7. Pantun Pantoum

8. Kesemestaan Pantun dalam karya Sastra Melayu

ASAL USUL DAN SEBUTAN PANTUN

MENGENAL PANTUN

A. Kebaradaan Pantun

Sejarah telah membuktikan bahawa masyarakat Melayu masa lampau kaya dengan tradisi lisan yang kini masih hidup segar dalam bentuknya yang tersendiri lagi unik. Pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka telah diterjemahkan dalam ungkapan pantun yang sedap didengar serta kaya dengan nilai estetiknya. Ungkapan pantun ini mencakupi bidang akal budi, pendidikan, ekonomi, kepemimpinan dan kekeluargaan masyarakat zamannya.

KATA PENGANTAR: YM. Dato Tengku Alaudin Bin Tengku Abdul Majid.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementrian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. PANTUN MANIFESTASI MINDA MASYARAKAT. Penyelenggara : Wan Abdul Kadir Wan Yusoff. Akademi Pengajian Melayu UM, KL, 1996.

oooOOOooo

Pantun merupakan bentuk puisi dalam kesusastraan Melayu yang paling luas dikenal. Pada masa lalu pantun digunakan untuk melengkapi pembicaraan sehari-hari. Sekarangpun sebagian besar masyarakat Melayu masih menggunakannya. Pantun dipakai oleh pemuka adat dan tokoh masyarakat dalam pidato, sambutan, dan lainnya; dipakai oleh para pedagang yang menjajakan dagangannya, oleh orang yang ditimpa kemalangan, dan oleh orang yang ingin menyatakan kebahagiaan. Pantun sebagai jati diri kebudayaan Melayu. Ediruslan Pe Amanriza dan O.K. Nizami Jamil. Lambang-lambang dalm Pantun Melayu. Dalam Koentjaraningrat, dkk. Masyarakat Melayu dan Budaya Melayu dalam Perubahan Heddy Shri Ahimsa-Putra (Ed). 2007. Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu. Yogyakarta. 217

oooOOOooo

Pantun merupakan wadah yang digunakan oleh orang Melayu untuk mengungkapkan pikiran dan rasa hatinya tentang makna kehidupan, tentang kelakukan manusia dan hubungannya dengan alam sekitar. Hasil perenungan ini lahirlah mutiara hati, rasa jiwa, dan akal, tercurah dalam bentuk puisi yang sangat kreatif dan halus sekali seninya (lihat Noriah Mohamed Noriah Mohamed. 2006. Sentuhan Rasa dan Fikir dalam Puisi Melayu Tradisional. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.2006:37). Daillie (Daillie, Francoise-Rene. 1988. Alam Pantun Melayu: Studies on The Malay Pantun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1988) berpendapat bahwa jikalau ingin mengkaji dunia Melayu maka pantun merupakan salah satu aspek utama dalam memahami peradaban Melayu karena pantun biasanya memaparkan karakter khas mengenai alam, lingkungan, pemikiran, dan kehalusan rasa yang dimiliki orang Melayu.

Pada dasarnya amat banyak unsur alam Melayu tradisional yang digunakan dalam pantun seperti sungai, pukat, tilan, air, burung, sampan, pantai, asam pauh, getah, mengetah, ulu, ilir-mudit, akar, dan punai yang merupakan kosa kata khas Nusantara. Hal tersebut menjadikan pantun sebagai representasi sebuah ilmu lokal yang mengandung pengetahuan persekitaran yang dimiliki oleh orang Melayu. Oleh karena itu, pantun mewakili tamadun dan kosa kata dasar yang khas kehidupan Melayu sehari-hari atau meminjam istilah Noriah Mohamed (Noriah Mohamed. 2006. Sentuhan Rasa dan Fikir dalam Puisi Melayu Tradisional. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.2006:40) dapat dikatakan bahwa sebuah pantun Melayu tidak akan tercabut dari akar Melayunya karena pantun adalah getar rasa dan pikir Melayu.

http://melayuonline.com/article/?a=aUxvL3FMZVZBUkU4Ng%3D%3D=&l=ungkapan-rasa-dan-pikir-dalam-pantun-melayu-kalimantan-barat Oleh : Dedy Ari AsfarPantun bukan sahaja menyatakan keindahan penyusunan kata-kata dan membawa makna atau pengertian yang mendalam, malahan pantun itu menyatakan manifestasi minda masyarakat Pantun sebagai puisi tradisional mempunyai keistimewaan tersendiri yang dapat mempertahankan popularitinya sepanjang zaman. Oleh itu, bagi meningkatkan penghayatan orang ramai, terutama generasi muda terhadap pantun maka pendedahannya secara meluas perlu dilakukan.

KATA PENGANTAR : Wan Abd. Kadir Wan Yusoff. APM UM.

PANTUN MANIFESTASI MINDA MASYARAKAT. Penyelenggara : Wan Abdul Kadir Wan Yusoff. Akademi Pengajian Melayu UM, KL, 1996.

oooOOOooo

Pantun dipergunakan secara luas oleh orang Melayu dari segala kalangan dan dalam berbagai kesempatan. Bahwa pantun digunakan dalam bermacam-macam upacara sudah umum diketahui. Akan tetapi pantu juga dipergunakan pada berbagai kesempatan lain seperti ketika orang saling bertembung-bersabung bahkan secara fisikal. Dan ini bukan hanya terjadi di atas panggung wayang tetapi juga di atas panggung kehidupan.

oooOOOooo

Pantun hadir di antara manusia Nusantara sebagai sebuah taman terindah bahasa, yang selalu dikunjungi mereka. Bunga-bunganya juga berwarna warni, dan wangiannya tanpa bandingan. Bunga-bunga ini disimpan di bibir, dalam ingatan, dalam tulsian dan upacara haria. tanpa pantun manusia Nusantara ini menjadi lebih miskin, lebih kaku dan bisu. Dengannya dia meningkat menjadi ahli falsafah, perenung alamraya, penggubal hokum, ahli agama dan kekasih yang sedang asyik bercumbu, penyanyi yang menarik nasib dan anak yang sedang bermain di padang.

Kehadiran bentuk ini dapat disemak dalam berbagai-bagai senario. Misalnya, dalam suatu perbincangan sastera suasana mula membosankan, hujah tua diulang-ulang. Udara petang menggalakkan tidur. Ada yang sudah menutup pintu pendengaran atau minatnya. Tapi seorang peserta yang cerah mata bangun menjalin pantun ke dalam hujahnya. Khalayak bangun kembali, digoda oleh baris-baris pantun. Di dalam godaan itu kita baca harapan terhadap kenakalan, ejekan dan juga kebijaksanan. Inilah keajaiban bait purba ini, dulu dan sekarang, memberi jiwa kepada suara, memberi ghairah kepada perasaan manusia di Kepulauan Asia Tenggara ini.

http://pantun.us: 22/6/2009. GHAIRAH GHAIRAH DUNIA DALAM EMPAT BARIS:PANTUN SEBAGAI BENTUK BERSAMA Oleh: Muhammad Haji Salleh Universiti Sains Malaysia

GHAIRAH GHAIRAH DUNIA DALAM EMPAT BARIS:PANTUN SEBAGAI BENTUK BERSAMA Oleh: Muhammad Haji SallehUniversiti Sains Malaysia

Dalam kajian saya dan Bazrul Bahaman (1999) beberapa tahun terakhir ini kami mengesan bahawa bentuk-bentuk yang ada persamaan unsur dengan pantun Semenanjung dan Sumatera digunakan, di antara lainnya, oleh tidak kurang daripada 29 bahasa, termasuk Aceh, Gayo, Alas, Nias, 4 bahasa Batak Toba, Mendailing, Simalungun; Lampung, Jawa, Sunda, Bali (Agha), Lombok, Bajau, Menado, Saluan, Kaili, Pamonma, Tanemperar, Sangihe-Talaud,Gorantalo, Bugis, Iranun, Iban, Bidayuh, dan Aslian. Sementara itu tidak kurang daripada 35 dialek Melayu, termasuk Minangkabau, Kerinci, Deli-Serdang, Riau Pulau dan Riau Daratan, Palembang, Bangkahulu, Betawi, Sakai, Kutai, Banjar, Pasir, Sintang, Ketapang, Sambas, Hulu Kapuas, Cocos, Sri Lanka, Kutai, Melayu Menado, Melayu Kupang, Melayu Makasar, Banda, Ternate, Patani-Kelantan, Terengganu, Pahang-Johor-Melaka, Peranakan Melaka, Peranakan India (Ceti), Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah-Perlis, P Pinang.Di Eropah pula pantun digunakan dalam bahasa Perancis, Inggeris, Belanda dan Jerman.

Kajian kami masih belum selesai, begitu juga maklumat tentang pantun dan jenisnya.

Pantun hadir di antara manusia Nusnatara sebagai sebuah taman terindah bahasa, yang selalu dikunjungi mereka. Bunga-bunganya juga berwarna warni, dan wangiannya tanpa bandingan. Bunga-bunga ini disimpan di bibir, dalam ingatan, dalam tulsian dan upacara haria. tanpa pantun manusia Nusantara ini menjadi lebih miskin, lebih kaku dan bisu. Dengannya dia meningkat menjadi ahli falsafah, perenung alamraya, penggubal hokum, ahli agama dan kekasih yang sedang asyik bercumbu, penyanyi yang menarik nasib dan anak yang sedang bermain di padang. Kehadiran bentuk ini dapat disemak dalam berbagai-bagai senario. Misalnya, dalam suatu perbincangan sastera suasana mula membosankan, hujah tua diulang-ulang. Udara petang menggalakkan tidur. Ada yang sudah menutup pintu pendengaran atau minatnya. Tapi seorang peserta yang cerah mata bangun menjalin pantun ke dalam hujahnya. Khalayak bangun kembali, digoda oleh baris-baris pantun. Di dalam godaan itu kita baca harapan terhadap kenakalan, ejekan dan juga kebijaksanan. Inilah keajaiban bait purba ini, dulu dan sekarang, memberi jiwa kepada suara, memberi ghairah kepada perasaan manusia di Kepulauan Asia Tenggara ini. Dalam sebuah majlis lainnya di mana irama monoton syair melesukan pendengar, shttp://pantun.us: 22/6/2009.

oooOOOooo

Pantun dipergunakan secara luas oleh orang Melayu dari segala kalangan dan dalam berbagai kesempatan. Bahwa pantun digunakan dalam bermacam-macam upacara sudah umum diketahui. Akan tetapi pantu juga dipergunakan pada berbagai kesempatan lain seperti ketika orang saling bertembung-bersabung bahkan secara fisikal. Dan ini bukan hanya terjadi di atas panggung wayang tetapi juga di atas panggung kehidupan.

oooOOOooo

KATA PENGANTAR: YM. Dato Tengku Alaudin Bin Tengku Abdul Majid.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementrian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.

PANTUN MANIFESTASI MINDA MASYARAKAT. Penyelenggara : Wan Abdul Kadir Wan Yusoff. Akademi Pengajian Melayu UM, KL, 1996.

Sejarah telah membuktikan bahawa masyarakat Melayu masa lampau kaya dengan tradisi lisan yang kini masih hidup segar dalam bentuknya yang tersendiri lagi unik. Pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka telah diterjemahkan dalam ungkapan pantun yang sedap didengar serta kaya dengan nilai estetiknya. Ungkapan pantun ini mencakupi bidang akal budi, pendidikan, ekonomi, kepemimpinan dan kekeluargaan masyarakat zamannya.

oooOOOooo

Pantun bukan sahaja menyatakan keindahan penyusunan kata-kata dan membawa makna atau pengertian yang mendalam, malahan pantun itu menyatakan manifestasi minda masyarakat Pantun sebagai puisi tradisional mempunyai keistimewaan tersendiri yang dapat mempertahankan popularitinya sepanjang zaman. Oleh itu, bagi meningkatkan penghayatan orang ramai, terutama generasi muda terhadap pantun maka pendedahannya secara meluas perlu dilakukan.

KATA PENGANTAR : Wan Abd. Kadir Wan Yusoff. APM UM.

PANTUN MANIFESTASI MINDA MASYARAKAT. Penyelenggara : Wan Abdul Kadir Wan Yusoff. Akademi Pengajian Melayu UM, KL, 1996.

a. Sastra Lama

b. Puncak Sastra

c. MMM

oooOOOooo

Pantun merupakan wadah yang digunakan oleh orang Melayu untuk mengungkapkan pikiran dan rasa hatinya tentang makna kehidupan, tentang kelakukan manusia dan hubungannya dengan alam sekitar. Hasil perenungan ini lahirlah mutiara hati, rasa jiwa, dan akal, tercurah dalam bentuk puisi yang sangat kreatif dan halus sekali seninya (lihat Noriah Mohamed Noriah Mohamed. 2006. Sentuhan Rasa dan Fikir dalam Puisi Melayu Tradisional. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.2006:37). Daillie (Daillie, Francoise-Rene. 1988. Alam Pantun Melayu: Studies on The Malay Pantun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1988) berpendapat bahwa jikalau ingin mengkaji dunia Melayu maka pantun merupakan salah satu aspek utama dalam memahami peradaban Melayu karena pantun biasanya memaparkan karakter khas mengenai alam, lingkungan, pemikiran, dan kehalusan rasa yang dimiliki orang Melayu.

Pada dasarnya amat banyak unsur alam Melayu tradisional yang digunakan dalam pantun seperti sungai, pukat, tilan, air, burung, sampan, pantai, asam pauh, getah, mengetah, ulu, ilir-mudit, akar, dan punai yang merupakan kosa kata khas Nusantara. Hal tersebut menjadikan pantun sebagai representasi sebuah ilmu lokal yang mengandung pengetahuan persekitaran yang dimiliki oleh orang Melayu. Oleh karena itu, pantun mewakili tamadun dan kosa kata dasar yang khas kehidupan Melayu sehari-hari atau meminjam istilah Noriah Mohamed (Noriah Mohamed. 2006. Sentuhan Rasa dan Fikir dalam Puisi Melayu Tradisional. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.2006:40) dapat dikatakan bahwa sebuah pantun Melayu tidak akan tercabut dari akar Melayunya karena pantun adalah getar rasa dan pikir Melayu.

http://melayuonline.com/article/?a=aUxvL3FMZVZBUkU4Ng%3D%3D=&l=ungkapan-rasa-dan-pikir-dalam-pantun-melayu-kalimantan-baratOleh : Dedy Ari AsfaroooOOOooo

Pantun adalah satu-satunya genre yang tersendiri dihasilkan dari dahulu hingga sekarang, yang terus hidup dan masih hidup; tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Muhammad Haji Salleh (1986;3) menyatakan mungkin pantunlah yang jelas sekali memperlihatkan genius dan kesempurnaan seni sastera bangsa Melayu. Pantun mengandung jiwa, seni, kebijaksanaan dan budi bahasa Melayu. Maka kenyataan tersebut besesuaian dengan kenyataan, pantun adalah manifestasi akal budi masyarakat. (27)

PANTUN BUDI: SATU ANALISIS NILAI Norazit Selat dan Zainal Abdin Borhan. APM UM. PANTUN MANIFESTASI MINDA MASYARAKAT. Penyelenggara : Wan Abdul Kadir Wan Yusoff. Akademi Pengajian Melayu UM, KL, 1996.

Pantun adalah satu jenis komunikasi yang sangat popular digunakan oleh setiap lapisan masyarakat dan Raja sampai kepada rakyat serta hambanya. Tetapi situasi seperti ini dalam budaya Melayu adalah aspek sejarah kerana pada masa sekarang masyarakat tidak lagi berpantun secara berbalas. Pantun sekarang hanya dijadikan sebagai alat permainan serta pertandingan dan bukan lagi media meluahkan cita dan rasa (Zainal Abidin, 1984).

Pada masa lampau pantun merupakan satu media perhubungan antara dua insan, remaja bercinta mengeluarkan kata-kata kiasan dan ibarat. Sepasang kekasih menyuarakan rasa kasih menerusi kata-kata kiasan yang begitu indah dan syahdu yang membuat mereka mengingati setiap rangkap yang disuarakan. Remaja sekarang mudah sahaja menangani sesuatu isu dengan bercakap terus dan terang dengan bahasa yang digunakan tiada berkiasan atau peribaratan.

Pada zaman silam di upacara pinang meminang dan majlis perkahwinan pantun yang disampaikan adalah secara berbalas-balas dengan didengari oleh hadirin yang turut serta. Pantun yang disediakan begitu ndah sekali, kedua-dua pemantun yang berpantun membuktikan keupayaan yang amat unggul untuk menjual dan membeli kata-kata yang amat bermakna dan indah berisi. Pada masa sekarang mungkin pada pihak yang menggunakan upacara formal seperti itu dengan perasaan tidak mahu meninggalkan adat. Jadi jika ada pantun yang dijual dan dibeli antara kedua-dua pihak, pantunnya agak pendek dan tidak indah persembahannya. Kerap kali didapati pembayang maksudnya tidak langsung membayang maksud pantun yang disampaikan. Selalunya kedua-dua pemantun menggunakan pantun bertulis untuk memantun dan ini adalah berbeza sekali dengan situasi zaman dahulu di mana pemantun secara langsung tanpa persediaan bertulis.

Pada masa sekarang pantun bukanlah tidak digunakan lagi tetapi pendekatannya adalah berlainan. Bagi majlis-majlis perkahwinan, pantun digunakan leh juru-acara atau sesiapa yang membuat ucapan bagi pihak keluarga. Para pemantun hanya mengeluarkan pantun tanpa menyerahkan kepada sesiapa untuk (191) membalas. Pantun juga digunakan dalam bentuk-bentuk pertandingan, atau rancangan-rancangan media seperti berbalas pantun. Mereka yang menjual dan membeli pantun, pada pemantun yang memantun, bukan secara spontan atau langsung tetapi ditulis dan pantun dibaca dengan sepenuhnya. Ini merupakan suatu usaha yang tidak mencabar cipta memantau jika dibandingkan dengan situasi zaman silam.

PANTUN PEMANTUN PANTUN Zakiah Hanum Bte. H. Abd. Hamid. PANTUN MANIFESTASI MINDA MASYARAKAT. Penyelenggara : Wan Abdul Kadir Wan Yusoff. Akademi Pengajian Melayu UM, KL, 1996.

oooOOOooo

2. Akar Kata Pantun

Dari mana asal dan akar kata pantun, cukup menarik diperhatikan. Sebab puisi tradisional Melayu yang bernama pantun ini telah memainkan peranan yang begitu istimewa dalam perjalanan hidup orang Melayu sejak berabad-abad silam.

Kata pantun berasal dari kata pa-tuntun (penuntun) sebagaimana dikemukakan oleh Zuber Usman (dalam seminar Sejarah Minangkabau di Batusangkar tahun 1970). Sementara A.A. Navis (1985) dalam bukunya Alam Terkembang Jadi Guru menjelaskan bunyi pa-tuntun menjadi pantun adalah hal yang lazim dalam bahasa Melayu, seperti halnya kata rumput-rumput menjadi rerumput dan laki-laki menjadi lelaki. Dengan demikian dapat disimpulkan; kata pantun merupakan bentukan dari asal kata tuntun yang mendapat awalan pe+tuntun = penuntun/panuntun, berarti pembimbing/penasehat yaitu yang memberikan bimbingan/nasehat dengan media puisi Melayu tradisional bernama pantun.

Ada dugaan kata pantun berasal dari akar kata tun yang mempunyai arti teratur. Akar kata tun dalam dunia Melayu juga bisa berarti arah, pelihara, dan bimbing seperti diperlihatkan oleh kata tunjuk dan tuntun. Amir Hamzah menyatakan: Adapun perkataan pantun itu mempunyai pokok kata tun, dan pokok kata tun ini berarti mengatur, merangkai, menyusun. (24) AMIR HAMZAH. SASTRA MELAYU LAMA DAN RAJA-RAJANYA Jakarta: Dian Rakyat, cet I, 1942; cet III, 1996.

Menurut pakar Ilmuwan Swiss, Dr. R. Brandstetter yang telah melaksanakan studi perbandingan bahasa-bahasa Polynesia-Austronesia, dalam bukunya Wir Menschen der Indonesischen Erde, pada jilid IV menulis tentang Die indonesischen Termini der schnen Knste and der knstlerisch verklrten lebensfhrung (1925: 20 dan 25), bahwa kata pantun disalurkan dari akar tun, yang juga ditemukan dalam bahasa Pampanga yaitu kata tuntun, berarti teratur.

Apabila kata tuntun ditulis dengan aksara Arab Melayu, kita dapati huruf: ta-waw-nun-ta-waw-nun = , selain dapat dibaca tuntun, juga dapat dibaca tonton (dalam bahasa Melayu Tagalok Filipina) mengandung arti membacakan sesuatu menurut aturan atau mengucapkan sesuatu dengan susunan yang tertentu. Dalam bahasa Jawa Kuno juga terdapat kata tuntun, yang berarti benang atau alur sebagai penuntun; atuntun, berarti teratur dalam barisan, dan matuntunan, berarti membimbing.

http://melayuonline.com/article/?a=THFtL3FMZVZBUkU4Ng%3D%3D=&l=latar-belakang-magis-yang-mendasari-arti-pantun-melayu Oleh: R.A. Hoesein Djajadiningrat

Dalam bahasa Bisaya kata panton, berarti mendidik. Sedang dalam bahasa Toba kata pantun mengandung makna kesopanan; sopan-santun. Jadi akar tun menunjuk pada makna yang teratur, yang lurus, baik konkret maupun abstrak.

http://melayuonline.com/article/?a=THFtL3FMZVZBUkU4Ng%3D%3D=&l=latar-belakang-magis-yang-mendasari-arti-pantun-melayu Oleh: R.A. Hoesein Djajadiningrat

Banyak juga juga yang mengaitkan kata tun dengan arti sebagai kiasan atau perumpamaan dengan maksud mengandung unsur-unsur pepatah dan peribahasa. Bahkan dalam Kamus Besar Melayu Nusantara (2003:1981) pengertian yang kedua entri kata pantun adalah sejenis peribahasa yang digunakan sebagai sindiran.

2. Eksplorasi Akar Kata tun

Dari hasil eksplorasi yang patik lakukan terhadap akar kata tun dalam bahasa Melayu, selain kata pantun dan tuntun terdapat beberapa kosakata pada suku kata terakhirnya berbunyi tun, yaitu: kata santun, bantun, lantun dan runtun yang mempunyai hubungan dengan pembentukan kata dan makna pantun.

a. Santun

Kata santun, lengkapnya sopan-santun, mengandung makna: tutur kata, budi bahasa, budi pekerti, prilaku/kelakuan, perangai, tindakan yang baik. Apabila kedua kata ini digabungkan suku kata terakhirnya, terbantuklah kata pantun. Dengan demikian kata pantun mengandung makna: susunan tutur kata yang menggambarkan kebaikan budi bahasa, budi pekerti, prilaku/kelakuan dan perangai penuturnya. Mengenai sopan santun dalam pantun/berpantun, patik abadikan dalam untai-rangkai pantun berikut:

Imam Perlis, menggalas katun,

lapan bersusun, pingat perunggu;

Dalam majlis, berbalas pantun,

sopan santun, diingat selalu.

Garuda terbang, naik ke jati,

hala beruntun, di hari selasa;

Tanda orang, yang baik hati,

bila berpantun, berbudi bahasa.

Kepala pundak bahu, orang yang semedi,

lantunnya kumandang, senandung sakti;

Pabila hendak tahu, orang yang berbudi,

pantunnya mengundang, mengandung pekerti.

Tuntun telangkai, memasuki mahligai,

dipertahtakan Tuanku, naik berduduk;

Pantun dipakai, memperbaiki perangai;

memperkatakan prilaku, baik dan buruk.

Bantun berjajar, delapan runtun,

menata huma, berpadi suasa;

Pantun mengajar, bersopan santun;

Bertata krama, berbudi bahasa.

Dari isi/maksud pantun tersebut, terdapat dua hal berkenaan dengan sopan santun yang menjadi inti pesan. Tegasnya, pantun yang santun berisi tentang:

1). Budi

WJS. Poerwdarminta, mendefinisikan budi sebagai kelakuan (yang baik), kesopanan, keadaban atau adat istiadat dan tingkah laku. Apabila perkataan budi ditambah dengan awalan ber yaitu berbudi atau man di akhirnya yaitu budiman, ia berarti orang yang mempunyai budi bahasa, adab sopan, bersungguh-sungguh dalam pekerjaan, mempunyai daya ikhtiar yang tinggi, matang, bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan dan yang paling penting banyak menabur jasa dan hakiki.

Masyarakat Melayu begitu menghargai dan menjunjung tinggi budi, sehingga budi itu diibaratkan sebagi sendi bangsa. Jika budi itu runtuh maka runtuhlah bangsa itu. Budi diiibaratkan tiang seri bagi sebuah rumah. Jika tidak ada tiang seri maka mustahil rumah dapat ditegakkan. Demikian juga halnya dengan budi, jika tiada budi maka mustahil tamadun dan budaya suatu bangsa itu dapat diwujudkan. Buya Hamka dalam buku Lembaga Budi mengutip pantun Melayu untuk menjelaskannya:

Tegak rumah, kerana sendi,

runtuh sendi, rumah binasa;

Sendi bangsa, ialah budi,

runtuh budi, runtuhlah bangsa.

Masyarakat Melayu juga beranggapan bahwa budi itu sama seperti hati budi diri seseorang. Budi itu merupakan hati bagi sesuatu tamadun atau bangsa. Jika seseorang itu tidak mungkin dapat hidup tanpa hati, maka demikian jugalah halnya dengan budi. Tanpa budi tidak mungkin sesuatu tamadun atau budaya bangsa dapat ditegakkan. Hal ini dijelaskan dalam pantun yang berikut:

Limau manis, dimakan manis,

manis sekali, rasa isinya;

Dilihat manis, dipandang manis,

manis sekali, hati budinya.

Budi bagi bangsa Melayu merupakan sesuatu yan tidak ternilai harganya, tidak dapat dibeli dengan uang:

Burung serindit, terbang melayang,

mari hinggap, di ranting mati;

Bukan ringgit, pandangan orang,

pandangan atas, budi pekerti.

Sanjungan msyarakat Melayu terhadap seseorang itu, ditentukan oleh budinya, bukan oleh karena gelar, pangkat, harta jabatannya. Pantun berikut membuktikannya:

Tenang-tenang, air di laut,

sampan kolek, mudik ke tanjung;

Hati terkenang, mulut menyebut,

budi baik, rasa nak junjung.

Masyarakat Melayu juga senantiasa mengenang dan mengingat mereka yang berbudi. Mereka yang banyak menabur budi dan bakti itulah yang selalu disebut nama baiknya:

Pulau pandan, jauh ke tengah,

gunung Daik, bercabang tiga;

Hancur badan, dikandung tanah,

budi yang baik, dikenang juga.

Budi dan kedermawanan seseorang yang disanjung dan dihargai oleh masyarakat. Menyadari hakikat inilah seseorang yang budiman itu akan berusaha menabur jasa dan budi hingga ke akhir hayatnya. Pujangga pantun menyebutkan:

Bunga melur, bunga melati,

sunting anak, panglima perang;

Budi sedikit, kubawa mati,

harta yang tinggal, habuan orang.

Pisang emas, dibawa berlayar,

masak sebiji, di atas peti;

Hutang emas, boleh dibayar,

hutang budi, dibawa mati.

Sebaliknya, orang yang tidak berbudi dipandang remah oleh masyarakat. Hidupnya seperti enau di dalam belukar, janggal dan canggung. Pantun Melayu mengingatkan:

Di ribut, runduklah padi,

di rupak, Datuk Temenggung;

Kalau hidup, tidak berbudi,

duduk tegak, kemari canggungBunga melati, bunga di darat,

bunga seroja, di tepi kali;

Hina besi, karena karat,

hina manusia, karena tak berbudi.

2). Bahasa

Dasar bahasa untuk pembuatan pantun Melayu berazas dan bersendikan kepada adat resam dan budi bahasa yang mulia. Melalui bahasa yang santun orang Melayu mengungkapan perasaan dan fikirannya sebagai perwujudan kehalusan dan kelembutan jiwa serta rasa sebagai kekhasan jati diri yang searah dengan pentakrifan Melayu.

Masyarakat Melayu juga menyanjung tinggi mereka yang berbahasa. Bahasa dianggap pakaian suatu bangsa, malahan bahasa dipandang sebagai jiwa kepada suatu bangsa. Ini berarti bangsa yang tidak beradab atau tidak sopan-santun dalam berbahasa dianggap sebagai bangsa yang tidak berjiwa. Karenanya berbahasa yang indah, baik dan benar sangat dianjurkan dalam Pantun Lama:

Anak Cina, menimbang madat,

dari Makasar, langsung ke Deli;

Hidup di dunia, biar beradat,

bahasa tidak, berjual beli.3). Budi bahasa

Gabungan atau paduan perkataan berbudi dan berbahasa disebut sebagai berbudi bahasa. Orang yang memiliki sifat ini dikenali sebagai budiman. Jika berbudi dihargai dan berbahasa juga disanjung tinggi, apatah lagi berbudi bahasa, dua puncak kemuliaan berpadu satu yang dijunjung tinggi karena ketinggian pribadi. Ia juga merupakan ukuran mercu ketinggian sesuatu tamadun atau bangsa. Pandai Pantun mengakuinya:

Tingkap papan, kayu bersegi,

sampan sakat, di pulau angsa;

Indah tampan, karena budi,

tinggi bangsa, karena bahasa.

Berbudi bahasa merupakan puncak kebaikan dan punca keindahan dalam kehidupan ini, tiada yang lebih berarti dan berharga selain berbudi bahasa menurut kacamata masyarakat Melayu. Hal ini tergambar nyata pada bait-bait Pantun Tua:

Makan sirih, berpinang tidak,

pinang ada, dari Melaka;

Makan sirih, mengenyang tidak,

sebab budi, dengan bahasa.Balik-balik, api diberi,

kalau pandan, api tak naik;

Jaga-jaga, memeliharakan diri,

lazimkan budi, bahasa yang baik.

Pucuk pauh, sedang berjela,

selurus, bunga gelundi;

Agar jauh, silang sengketa,

perhalus, bahasa dan budi.Budi bahasa telah menjadi amalan dan budaya masyarakat Melayu tradisional. Ini memunkingkan lahir dan suburnya perkembangan sastra rakyat. Sastra rakyat tidak mungkin lahir jika masyarakat Melayu tidak mementingkan budi bahasa. Walaupun pada masa dahulu masyarakat hidup sederhana, bertani dan tinggal di desa, tetapi mereka mempunyai daya kreatif dan amat mementingkan budi bahasa dan ini memungkinkan mereka menghasilkan sastra lisan yang indah, yakni pantun.

Kekayaan budi bahasalah yang memungkinkan mereka menghasilkan sastra lisan yang berlatar-belakang alam. Kekayaan budi bahasa jugalah yang menyebabkan mereka berhasil mewariskan sastra lisan dari satu generasi ke generasi berikutnya tersebab karena kayanya perbendaharaan sastra rakyat yang mereka wariskan.

b. Bantun

Kata bantun (memukul dengan tujuan mendapat hasil), seperti makna: membantun (memukul) batang rumbia/ruyung agar mudah mendapatkan sagunya.

Kalau tidak, dibantun rumbia,

manakan dapat, sagunya;

Kalau tidak, berpantun ria,

manakan dapat, lagunya.

Membantun (memukul) dengan kata-kata jauh lebih berarti dan beradab jika dibanding memukul dengan tangan, apalagi bila memukul tersebut dimaksudkan untuk mencapai tujuan dan maksud yang baik. Dengan pantun kita dapat membantun/memukul (memberi nasehat dengan cermat, memberi pelajaran dengan bijak, menyindir dengan qiyas, mencontohkan dengan tamsil dan ibarat. Mengenai tatacara sindir-menyindir patik pantunkan:

Sebatang, dahan kayu,

akasia, bahan kertas;

Binatang, tahan palu,

manusia, tahan qiyas

Kalam pensil, mengukir emas,

kalam dawat, mengukir cerana;

Dalam tamsil, sindir dilepas,

dalam ibarat, sindir mengena.

Pulau Pinggir, tinggallah jejak,

ikan pias, diambil sekerat;

Kalau menyindir, hendaklah bijak,

gunakan kias, tamsil ibarat.

Di dalam witir, banyakan zikir,

bulan puasa, amar sempurna;

Dalam menyindir, gunakan fikir,

dengan bahasa, samar bermakna.

Surau berukir, ruangan bertabir,

kesukaan orang, ahli syurga;

Kalau menyindir, jangan mencibir,

perasaan orang, mesti dijaga.

Tujuan asal dan utama dari menyindir menurut cara Melayu adalah untuk memberitahu kesalahan, kekurangan dan kelemahan orang lain tetapi tidak menyebabkan seseorang tersebut tersinggung ataupun sakit hati.

c. LantunKata lantun mempunyai arti mengucapkan/menyanyikan dengan irama. Rangkai kata yang lazim dilantunkan adalah kalimat bersajak dan berima. Pantun sangat memungkinkan untuk dilantunkan, paling tidak diucapkan dengan nada bicara yang khas.

Dari segi persajakan dan rima (persamaan bunyi) selain untuk keperluan pelantunan juga sebagai kaidah baku yang membedakan pantun dengan pribahasa, kata berirama, pepatah, petatah-petitih, gurindam, syair, nazam, rubayat, matsnawi dan nazam.

Tasji atau persajakan pada tiap kata pada setiap baris serta pasangannya antara baris pertama dengan ketiga dan baris kedua dengan keempat pada sebait pantun dapat dikesan pada pantun yang patik contohkan:

Pangiran sembahyang, berukun tahajud,

bersama-sama wakil, delapan asnap;

Sampiran pembayang, penuntun maksud,

berirama rima ganjil, sepadan genap.

Kata yang selantun antara baris pertama dengan ketiga adalah: pangiran = sampiran; sembahyang = pembayang; berukun = penuntun; tahajud = maksud. Sedangkan kata yang selantun antara baris kedua dengan keempat adalah: bersama = berirama; sama = rima; delapan = sepadan; asnap = genap.

d. Runtun

Kata runtun (tidak terputus, terus menerus, sambung bersambung secara teratur) menggambarkan hubungan saling keterkaitan antara sampiran/pembayang dengan maksud/isi serta hubungan antara keteraturan dan keserasian maupun irama dengan bunyi pantun menurut urutan pilihan kata yang selektif disertai keteraturan jedda pada setiap baris dalam bait-bait pantun.

Himpun bergabung, sembahyang tahajud,

suasana nan sunyi,menyimak sabda;

Runtun bersambung, pembayang maksud,

irama dan bunyi, sejenak berjedda.

3. Aneka Sebutan Pantun

Orang pertama yang sengaja mempelajari pantun adalah Dr. J. Pijnappel Gzn. dalam karangannya yang berjudul Over de Meleische Pantuns dan diterbitkan dalam Bijdragen van het Koninldijk Instituut voor de taal-, land-, en volkenkunde van Nederlands-Indi pada kesempatan kongres para orientalis internasional yang keenam di Leiden, tahun 1883.

Pijnappel berpendapat bahwa keterangan tentang adanya pantun harus berdasar atas keterangan tentang kata pantun. Lebih dahulu dalam penjelasannya dia pusatkan perhatiannya pada pengamatan Van Der Tuuk akan adanya persamaan antara umpama Toba-Batak dan pantun Melayu berdasarkan keterangan Van Der Tuuk tentang kedua bentuk sajak itu, yaitu bahwa dua baris yang pertama hanya dimaksudkan untuk rima dan hanya dalam pengecualian mempunyai hubungan arti dengan dua baris terakhir. Pijnappel membandingkan umpama Batak dan pantun Melayu dengan wangsalan Jawa, semacam teka-teki bunyi dan kata. Dalam teka-teki ini, hanya bunyi kata-kata yang merupakan kunci pemecahannya. Selanjutnya dia mengemukakan bahwa di satu pihak seloka Melayu, sebuah sajak ungkapan, dan pantun pernah dijelaskan sebagai sinonim; di pihak lain seloka Jawa yang dalam arti kiasannya umpama dan paribasan yang dalam arti kiasannya peribahasa, begitu saja dibedakan yang satu dari yang lain. Sesudah akhirnya mengemukakan bahwa kata-kata paribasan dan wangsalan dalam artinya semula, artinya itu hanya terdapat dalam bagian kedua, tetapi kemudian menjadi arti untuk seluruhnya, dan kata umpama dalam bahasa Melayu juga berarti gambaran atau peri, maka sampailah dia pada kesimpulan bahwa pantun Melayu tidak lain hanya perubahan dari paribasan dengan menghilangkan bagian terakhir kata itu dan kemudian memberikan pada kata pari, sesuai dengan arti Jawa, sebuah bentuk yang lebih gagah ialah pantun. Kesimpulannya demikian: "Sebuah pantun sebenarnya adalah sebuah kuplet yang mengandung suatu gambaran yang sedikit kurang jelas dan diterangkan oleh yang lain, tidak peduli isinya, meskipun dengan sendirinya gambaran-gambaran seperti itu yang digunakan sebagai sindiran mempunyai semangatnya sendiri." Kesimpulan ini diujikan kebenarannya pada pantun tentang telur itik yang datang dari Sanggora yang telah saya rebut tadi. Pijnappel berkata bahwa baris pertama bermaksud memberikan suatu gambaran adanya jarak yang jauh, dan yang kedua adanya jarak yang dekat sekali; dengan gambaran rangkap ini dimaksudkan bahwa pembunuhan dilakukan berjarak jauh dari tempat mayat dimakamkan. Dia masih menambahkan bahwa gambaran itu dapat juga dinyatakan dengan bunyi, seperti dalam wangsalan Jawa. Tentu saja ada juga gambaran-gambaran yang tidak jelas sehingga seluruh perbandingan itu tetap gelap bagi kita.

http://melayuonline.com/article/?a=THFtL3FMZVZBUkU4Ng%3D%3D=&l=latar-belakang-magis-yang-mendasari-arti-pantun-melayu Oleh: R.A. Hoesein Djajadiningrat

Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa Nusantara. Dalam bahasa Jawa, misalnya, dikenal sebagai parikan, dalam bahasa Sunda dikenal sebagai paparikan, dan dalam bahasa Batak dikenal sebagai umpasa (baca: uppasa).

a. Parikan (Jawa)

b. Paparikan (Sunda)

c. Wangsalan (Jawa)

d. Umpasa/Uppasa (Batak)

e. Pantoum/Pantoun (Eropah Amerika)

Pantun merupakan salah satu dari lima jenis puisi Melayu tradisional (Mohd. Taib Osman, 1978), selain syair, gurindam, seloka, dan ikatan puisi bebas (seperti teromba, endui, mantera, pepatah, petatah-petitih). Berdasarkan minat dan sambutan masyarakat, pantun ternyata telah mendapat perhatian yang luas daripada sarjana, khususnya sarjana Barat dan peminat puisi antarabangsa. (ix).

Bilakah pantun mula dibawa berlayar ke Barat? Mungkin orang Portugis dan Belanda telah mengenali pantun lebih awal berbanding dengan orang Inggris, karena orang Portugis dan Belanda lebih dahulu meneroka dan menjelajah dunia sebelah Timur. Tetapi walau bagaimanapun, terdapat suatu bukti yang kukuh tentang peranan Inggeris membawa pantun Melayu ke Barat.

Dalam A Dictionary and Grammar of Malayan Language susunan William Marsden yang diterbitkan di london pada tahun 1812, telah memuat pantun berkait (yang dimuatkan dalam buku Marsden-Inggris yang diterjemahkan oleh Ernest Fouinet-Prancis sebelum diberikan kepada Victor Hugo dalam bahasa Melayu sebagai berikut:

Kupu-kupu terbang melintang

Terbang di laut di hujung karang

Hati di dalam menaruh bimbang

Dari dahulu sampai sekarang

(The butterflies are flying about on their wings;

The fly towards the sea, close to the chain of rocks.

My heart has been feeling sick in my bosom

Ever since my first days to the present hour)

Terbang di laut di hujung karang

Burung nazar terbang ke Bandan

Dari dahulu sampai sekarang

Banyak muda sudah kupandang

(The fly towards the sea, close to the chain of rocks.

The vulture directs its flight towards Bandan

Ever since my first days to the present hour)

Many of youth have I admired)

Burung nazar terbang ke Bandan

Bulunya lagi jatuh ke Pattani

Banyak muda sudah kupandang

Tiada sama mudaku ini

(The vulture directs its flight towards Bandan

Its lets some of its feathers fall on Pattani

Many of youth have I admired

But none to be compared with the one I have chosen)

Bulunya lagi jatuh ke Pattani

Dua puluh anak merpati

Tiada sama mudaku ini

Sungguh pandai memujuk hati

Its lets some of its feathers fall on Pattani

Here are two (sic) young pigeons

But none to be compared with the one I have chosen)

Clever as he is to touch the heart)(x-xi)

Menurut seorang penulis dan pengkaji sastra dari Prancis. Francois-Rene Daillie (1988), kemungkinan sahabat Victor Hugo (Victor Marie Hugo: 1802-1885) penulis Prancis dalam bidang novel, drama dan puisi; menjadi sangat terkenal karena novel sejarahnya The Hunchback of Notre Dame (1831). Antara kumpulan puisinya yang terpenting adalah Les Feuilles dAutomne (1831) dan Les Chatiment (1853) yang bernama Ernest Fouinet telah membaca buku Marsden dan terpengaruh dengan pantun tersebut. Fouinet kemudian menyerahkan terjemahan dalam bahasa Prancisnya saja kepada Hugo, dan diterimanya tanpa pindaan. Demikian bermula tumbuhnya istilah Pantoum dalam persuratan Prancis yang kemudian dikembangkan oleh penyair Theophile Gautier melalui Les Papilons (Pantoum) pada tahun 1838. (xi).

Pantun yang sampai ke Barat, lalu mempengaruhi persuratan Prancis yang ditemui dalam karya-karya Victor Hugo sebagaimana yang diperkatakan oleh C. Hugh Holman, begitu pula peneliti seperti Daillie juga membicarakan pengaruh pantun dalam karya Hugo (xi)

Pantun (khususnya pantun berkait) dalam buku Marsden telah diperkenalkan melalui bahasa Inggris, kemudian diterjemahkan kedalam bahasa Prancis. Sedang di Jerman, pantun diperkenalkan pada masa yang lebuh kurang sama melalui kajian seorang ilmuan dan budayawan Jerman Wilhelm von Humboldt, akhirnya juga diketahui oleh penyair romantis Jerman Adolbert von Chamisso yang dikatakan telah mencipta sejumlah pantun Jerman. Keseimpulannya Hans Overbeck sebagai perintis awal dan istimewa mengenai kajian sastra Melayu dari Jerman yang pernah diperkenalkan dalam Pantum Chamisso dan Pantun Victor Hugo (xii).

ANWAR RIDHWAN dan E.U KRATZ. HATI MESRA ; PANTUN MELAYU SEBELUM 1914 SUNTINGAN HANS OVERBECK. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004).

oooOOOooo

Delapan untai pantun yang dipakai Marsden yang membangkitkan alun pengaruh kepada sgolongan penyair Romantisme di Perancis sebagaimana dibentangkan baik oleh Jaques Jouet dalam tulisannya Le Pantoum, genre Francais (1988) juga oleh Francois Rene Daille yang bahkan menjadikan untaian tersebut dalam huruf jawi sebagai hiasan sampul bukunya (1990) terdapat pula dalam buku Haji Ibrahim (1877, hlm. 138). Hal ini menunjukkan kedelapan pantun tersebut, boleh dinamakan sebagai pantun Kupu-kupu terbang melintang memanglah untaian pantun yang tergolong piawai di antara korpus pantun yang luas itu.

HAJI IBRAHIM

PANTUN-PANTUN MELAYU KUNO

Penyelenggara / Pengantar : Hasan Junus, Pekanbaru: Yayasan Pusaka Riau, cet. III 2004

http://melayuonline.com/article/?a=RmlUL3FMZVZBUkU4Ng%3D%3D=&l=jatuh-ke-laut-menjadi-pulau-mengamati-hubungan-pantun-melayu-dan-pantoum-baratOleh : Profesor Dr. Md. Salleh Yaapar (Universiti Sains Malaysia)PendahuluanPerhubungan sastera antara pantun Melayu dengan pantoum atau pantoun Barat belum banyak diketengahkan untuk pengetahuan umum. Walhal ia amat menarik dan penting bagi memahami liku-liku perhubungan budaya dan silang-penyuburan dalam bidang sastera, khususnya yang melibatkan dunia Melayu dan Barat. Perbincangan ilmiah dalam kalangan pengkaji sastera tentang dua bentuk puisi yang jelas mempunyai afiniti ini juga belum dikendalikan dengn cukup meluas. Dalam lingkungan perbincangan yang agak terhad itu pula kerap timbul gambaran seolah-olah perhubungan tersebut tidak begitu signifikan dan genre pantoum itu pula tidak berkekalan.

Kertas kerja ini bertujuan mengamati dan memahami corak dan sifat sebenar perhubungan sastera antara pantun yang semenjak zaman berzaman terkenal di seluruh dunia Melayu dan pantoum yang mulai muncul di Barat dalam abad ke-19. Perhatian akan ditumpukan kepada arah-alir hubungan, bersama parameter geografis dan jangka masanya, serta tokoh-tokoh yang terlibat dengan penghasilan dan perkembangan pantoum. Tentunya aspek struktur dan latar budaya bagi kedua-dua jenis puisi tidak akan diabaikan. Bagi mencapai tujuan tersebut pendekatan kajian genetik (geneologi) dan kajian generik (genologi) dalam ilmu Kesusasteraan Bandingan akan dimanfaatkan.

Perlu dicatat bahawa perbincangan dalam kertas ini masih pada tahap awal. Hal ini kerana banyak bahan yang berkaitan, terutama dari Eropah dan Amerika Utara, yang belum dapat dikumpul dan dikaji oleh penulis2.

Pantun dan Pantoum: Serumpun Tidak Serupa Banyak yang telah ditulis tentang pantun. Ini termasuklah tulisan-tulisan yang dihasilkan oleh pengkaji dan sarjana Pengajian Melayu di Timur dan Barat seperti Harun Aminurrashid, Muhammad Haji Salleh, Suripan Hadi Hutomo, Goh Thean Chye, H. Overback, A.W. Hamilton dan Francois-Rene Daillie3. Tulisan-tulisan ini meliputi aspek-aspek struktur atau bentuk, jenis atau kategori, fungsi, latar budaya pantun, dan estetika yang mendasarinya. Justeru itu untuk tujuan perbincangan dalam kertas ini hanya beberapa perkara asasi sahaja yang akan ditonjolkan.

Pantun ialah puisi Melayu tradisional dari khazanah lisan. Pada asasnya ia terdiri dari empat baris yang mandiri dengan skema rima abab. Dua baris pertama merupakan pembayang atau sampiran, manakala dua baris berikutnya mengandungi isi. Biasanya bahagian pembayang menampilkan imej-imej atau unsur-unsur alam, sementara bahagian isi merujuk kepada dunia manusia yang meliputi perasaan, pemikiran, dan segala macam keperihalan hidupnya. Selain bentuk asas yang amat dikenali ini, terdapat juga pantun dua baris, enam baris, lapan baris, dan bentuk yang berkait yang dikenal sebagai pantun berkait.Berbanding dengan pantun, tulisan tentang pantoum tidak begitu banyak. Genre ini, dan kaitannya dengan pantun, masih belum luas diketahui di dunia Melayu. Kajian tentang perkaitan antara keduanya juga belum benar-benar dilaksanakan di sini.Umumnya pembaca di Malaysia mula mengetahui sedikit tentang pantoum dan kaitannya dengan pantun melalui buku Daillie, iaitu Alam Pantun Melayu: Studies on the Malay Pantun, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada tahun1988. Bagi para pengkaji pula, maklumat awal sudah boleh didapati melalui beberapa ensiklopedia, glosari puisi dan tulisan-tulisan tertentu. Dalam konteks akademia mulai sekitar masa tersebut penulis kertas ini sendiri telah menjadikan pantun dan pantoum sebagai bahan perbandingan tetap yang dalam kuliah-kuliah dan tutorial Kesusasteraan Bandingan di Universiti Sains Malaysia4.

Pantoum ialah suatu bentuk puisi moden Barat dari tradisi tertulis yang dilengkapi dengan nama pengarangnya. Bermodelkan pantun Melayu, ia terdiri dari beberapa kwatrin yang berkait, dengan baris kedua dan keempat tiap stanza dijadikan baris pertama dan ketiga bagi stanza berikutnya, dan begitulah seterusnya hingga ke stanza yang terakhir. Baris pertama sesebuah pantoum juga menjadi baris penamatnya5. Umumnya pantoum mempunyi skema rima abab. Dalam tiap stanzanya pula terdapat dua tema atau perkara yang selari, satu pada kuplet pertama dan satu lagi pada kuplet berikutnya. Perlu juga disebut bahawa dalam pantoum tidak wujud keperluan khusus pada imej-imej alam seperti yang terdapat dalam pantun.

Jatuh Ke Laut Menjadi Pulau: Dari Pantun Ke PantoumPantun dari dunia Melayu mula menarik perhatian beberapa penyair romantik Eropah abad ke-19 apabila Victor Hugo, pengarang agong Perancis, menyelitkan sebuah terjemahan pantun di bahagian Nota bagi koleksi puisinya Les Orientales yang terbit pada tahun 1829. Pantun tersebut, yang dalam konteks Eropah kelihatan eksotik, ialah sebuah pantun berkait tentang cinta sebanyak empat rangkap yang bermula dengan baris Kupu-kupu terbang melintang.

Besar kemungkinn karya terjemahan Perancis itu diberikan kepada Hugo oleh temannya Ernest Fouinet, seorang sarjana Pengajian Ketimuran. Fouinet telah menterjemahkannya dari terjemahan Inggeris yang terdapat di dalam sebuah buku William Marsden. Buku Marsden yang bertajuk A Dictionary and Grammar of the Malayan Language diterbitkan di London pada tahun 1812 dengan menyertakan pantun asal berbahsa Melayu dalam tulisan jawi6. Teks penuh pantun tersebut dalam tulisan rumi adalah seperti berikut:

Kupu-kupu terbang melintangTerbang di laut di hujung karangHati di dalam menaruh bimbangDari dahulu sampai sekarang.Terbang di laut di hujung karangBurung nasar terbang ke BandanDari dahulu sampai sekarangBanyak muda sudah kupandang.Burung nasar terbang ke BandanBulunya lagi jatuh ke PataniBanyak muda sudah kupandangTiada sama mudaku ini.Bulunya jatuh ke PataniDua puluh anak marpatiTiada sama mudaku iniSungguh pandai membujuk hati.Sejak tersiarnya terjemahan karya dari dunia Melayu itu dalam buku Hugo maka bentuk pantun berkait mula menjadi model bagi beberapa orang penyair romantik Perancis yang melihat keunikan atau keistimewaan bentuk tersebut. Penyair-penyair ini juga memang cenderung kepada pencarian pengucapan bentuk baru dan ghairah pula dengan unsur-unsur eksotik, khususnya dari Timur. Justeru itu mereka telah mengusahakan suatu tulisan yang berbeza dari bentuk-bentuk puisi Perancis yang sedia ada. Bentuk baru dari benih pantun ini lama kelamaan dikenali sebagai pantoum. Turut terlibat dalam penghasilan dan pembinaan genre ini di Perancis dalam abad ke-19 ialah tokoh-tokoh seperti Theodore de Banville, Louisa Siefert, Leconte de Lisle, dan penyair agong Charles Baudelaire.

Patut disebutkan di sini bahawa walaupun pantoum mempunyai ciri-ciri struktur yang ketat seperti yang telah dijelaskan tidak semua penyair mematuhi semua ciri-ciri tersebut dalam penghasilan karya mereka. Umumnya yang kerap dipertahankan hanyalah stanza yang berbentuk kwatrin, kaitan antara stanza dengan stanza, dan dua tema atau persoalan yang selari dalam sesuatu stanza. Lihatlah, umpamanya, pantoum Baudelaire berikut ini, iaitu Harmonie du Soir dari koleksi tersohornya Les Fleurs du mal yang diterbitkan pada tahun 1857:

Voice venire les temps ou vibrant sur sa tigeChaque fleur sevapore ainsi quun encensoir;Les sons et les parfums tournent dans lair du soir;Valse melancolique et langoureux vertige!Chaque fleur sevapore ainsi quun encensoir;Le violon fremit comme un coeur qu;on afflige;Valse melancolique et langoureux vertige!Le ciel est triste et beau comme un grand reposoir.Le violon fremit comme un Coeur quon afflige,Un ceour tender, qui hait le neant vaste et noir!Le ceil est triste et beau comme un grand reposoir;Le soleilsest noye dans son sng qui se fige.Un Coeur tender, qui hait le neant vaste et noir,Du pass lumineux recueille tout vestige!Le soleil sest noye dns son sang qui se figeTon souvenir en moi luit comme un ostensoir!Karya ini jelas tidak mengikuti skema rima abab dan tidak juga menggunakan semula baris pertama sebagai penamat puisi. Namun, ia tetap dianggap pantoum dan dinilai sebagai karya yang cukup bermutu. Malah, Peter Broome dan Graham Chesters, umpamanya, memandang tinggi karya ini dan memasukkannya dalam buku apresiasi puisi Perancis moden mereka. Hal ini kerana perkaitan dan pergerakan dalaman pantoum tersebut yang amat indah, yang bersesuaian pula dengan lukisan keharmonian petang bersama ulitan memori personanya. Imej-imej agama dan nada rohaninya pula didapati membangkitkan kesan yang cukup syahdu8. Pandangan seperti ini tentunya jauh berbeza dari pandangan rendah seperti yang pernah diberi oleh Daillie9.Dari perspektif bandingan, genre pantoum sebenarnya memang mempunyai untung nasib yang baik. Hal ini kerana dari Perancis ia telah berjaya pula menjelajah Eropah dan diterima masuk, umpamanya, sebagai satu bentuk pengucapan puisi dalam kesusasteraan Inggeris. Penulisan pantoum dalam kesusasteraan ini melibatkan tokoh-tokoh seperti Austin Dobson dan Brander Matthews. Selain dari penerimaan di kalangan penulis dan khalayak kesusasteraan Inggeris pantoum terus memperlihatkan perkembangannya seperti yang akan ditunjukkan nanti.Pantoum: Suatu Kejayaan Re-kreasi GenerikDalam perbincangan mengenai hubungan pantun dan pantoum terdapat pihak yang meyuarakan rasa kesal kerana mersakan para penyair romantik Perancis tidak memahami tatacara pantun sebagai satu bentuk pengucapan puisi yang indah. Justeru itu apabila penyair-penyair ini menghasilkan pantoum maka bentuk itu tidak sama dengan bentuk yang asal. Daillie, umpamanya, menganggap kisah yang terjadi sebagai a rather confusing love story between some French poets and what they believed to be the Malay pantun. 10Sebenarnya hakikat bahawa bentuk pantoum tidak sama dengan bentuk pantun tidak perlu dilihat sebagai satu masalah atau kerugian. Sebaliknya, ia harus dilihat sebagai satu keuntungan. Ini kerana apabila para penyair Perancis menghasilkan pantoum, sedar atau tidak, mereka menghasilkan suatu genre yang baru, walaupun istilah pantoum mulanya digunakan untuk merujuk kepada pantun, dan pantun memang menjadi model mereka. Sesungguhnya, penyair-penyair Perancis yang berkenaan adalah individu-individu yang menghasilkan puisi moden dalam konteks tradisi tertulis, bukan puisi tradisional dan dalam bentuk lisan seperti pantun. Latar budaya mereka juga jauh berbeza dari latar masyarakat Melayu di Timur. Dalam konteks ini ubahsuaian dan perbezaan adalah sesuatu yang sewajarnya dijangka. Sebenarnya apa yang mereka lakukan ialah satu re-kreasi generik. Dalam proses ini genre pantun yang asing tapi menarik itu telah dicerna dan dicipta semula menjadi pantoum, genre yang lebih sesuai dengan keperibadian, pengalaman dan persekitaran mereka.Sebenarnya, sebagai fenomena sastera yang melibatkan dua kelompok manusia dan budaya yang berbeza, persamaan memang tak mungkin wujud. Dalam konteks ini kes hubungan pantun dan pantoum sepatutnya dilihat sebagai kes genre yang bergerak atau mengembara secara aktif dari suatu sastera dan budaya ke suatu sastera dan budaya lain. Dalam kes seperti ini perubahan pasti akan berlaku ke atas genre berkenaan. Apabila pantun tiba di Eropah dan dihidupkan dalam persekitaran sastera dan budaya yang baru, dalam ertikata penghasilan karya-karya baru, maka banyak atau sedikit perubahan pasti berlaku ke atasnya. Lainlah halnya jika yang dimaksudkan ialah sekadar kehadiran pasif karya-karya dari genre pantun itu, umpamanya untuk bacaan semata.

Dari sudut lain pula, adalah tidak mungkin untuk transplant pantun di Eropah atau Barat umumnya. Hal ini kerana pantun kuat berakar di bumi Melayu. Perlu ditegaskankan di sini bahawa sebagai puisi lisan tanpa hakcipta perseorangan sifat pantun kuat dipengaruhi oleh latar hidup dan budaya masyarakat Melayu tradisional. Di zaman dahulu orang Melayu tinggal di kampung dan cukup akrab dengan alam. Mereka juga terkenal dengan kehalusan budi bahasa, yang antaranya menjadikan mereka cenderung kepada ekspresi yang tidak bersifat terang-terangan. Justeru itu sebagai karya sastera yang halus dan indah, dalam pantun imej dan keperihalan manusia tidak terus dipaparkan, sebaliknya ia dibayangkan dahulu. Inilah yang menimbulkan kuplet yang dinamakan sampiran. Seterusnya, yang menjadi pembayangnya pula tidak lain tidak bukan ialah imej-imej alam, yakni fauna dan flora yang mereka dampingi setiap hari.

Walaupun penyair-penyair romantik Perancis dan Eropah mungkin tertarik kepada latar dan cara hidup seperti yang terpancar dalam pantun, hakikatnya mereka tidak dapat mengalaminya sendiri. Sebaliknya, mereka tetap terikat dengan cara hidup bandaran dan pengalaman manusia moden di Eropah. Justeru itu walaupun bertitiktolak pada pantun mereka tetap menghasilkan genre yang berbeza, bersama ciri-cirinya yang sesuai dengan pengalaman dan persekitaran mereka sendiri. Genre baru ini seiras atau serumpun dengan pantun, tapi tidak benar-benar sama, dan tidak perlu jadi demikian. Namun, irasan itulah bukti wujudnya kaitan genetik antara pantoum dengan pantun sekaligus menjadi unsur yang akan terus mengingatkan hakikat hubungan antara keduanya.Dari Abad 19 Ke Abad 21: Genre Pantoum Terus MajuSeperti yang dibayangkan terdahulu, pantun wujud bukan sahaja wujud di dalam kesusasteraan Perancis dan Inggeris dan bernafas dalam abad ke-19. Sebaliknya, ia telah masuk ke dalam kesusasteraan lain di Eropah dan Amerika Utara dan hidup hingga ke abad 20, malah telah melangkah pula ke abad 21 ini.

Salah sebuah negara Eropah yang dalamnya pantoum diterima dan dihidupkan ialah Czechoslovakia. Sebenarnya pantoum dan pantun sudah dikenali dalam kesusasteraan Czecho semenjak abad ke-19 lagi. Namun, manifestasinya yang jelas ialah dalam abad ke-20, khususnya melalui penglibatan pengarang agung Czecho, Jaroslav Seifert11. Seifert mempunyai seorang teman penyair, Konstantin Biebl, yang pernah mengembara ke Indonesia lantas menghasilkan kumpulan puisi tentang kapal dengan muatan kopi dan rempah pada tahun 1927. Puisi yang eksotik ini amat popular dalam kalangan masyarkat Czecho.

Melalui teman rapatnya itu Seifert mendapat gambaran yang jelas tentang dunia Melayu yang ia sendiri sudah lama berminat untuk mengetahui. Pada tahun 1937 Seifert menghasilkan pantoum dengan tajuk Dvanact pantoumu o lasce (Dua belas pantoum tentang cinta). Puisi ini amat digemari oleh khalayak Czecho tua dan muda. Justeru itu ia ikut dimuatkan dalam bunga rampai puisi Seifert yang bertajuk Ruce Venusiny (Tangan-tangan Dewi Venus) yang terbit pada tahun 1984. Pada tahun yang sama Seifert dianugerahkan Hadiah Nobel untuk bidang kesusasteraan.

Sepanjang abad ke-20 dan di awal abad ke-21 ini pantoum terus digemari dan dihasilkan di Eropah serta di Amerika Syarikat dan Kanada. Di Amerika Syarikat ia melibatkan, antaranya penyair-penyair dari New York School seperti John Ashberry dan penyair-penyair Iowa Writers Workshop seperti Donald Justice. Penyair-penyair ini menghasilkan pantoum dengan variasi tersendiri dan mempunyai pengikut dan peminat masing-masing.

Dalam era siber sekarang pun pantoum masih tetap mengalami perkembangan. Kini terdapat banyak sekali laman web tentang kesusasteraan di Eropah dan Amerika Utara yang memberi ruang kepada penggiat dan peminat pantoum. Malah, terdapat juga laman-laman yang didedikasikan untuk pantoum12. Dalam kedua-dua jenis laman ini terdapat contoh-contoh pantoum yang terkenal, perbincangan tentang pantoum, bengkel atau latihan penulisan, dan penerbitan karya-karya baru oleh penyair-penyair terkenal dan amatur dari seluruh dunia. Karya Sherley Geok-lin Lim, seorang pengarang berbahasa Inggeris yang berasal dari Malaysia, umpamanya, turut dipaparkan dalam sebuah laman web pantoum13.

Karya-karya pantoum yang dipaparkan di dalam laman web amat menarik, kerana ia meliputi pelbagai tema dan perkara. Selain dari tema-tema yang agak biasa, terdapat pantoum yang mengenai penjagaan anak, ada yang berbentuk catatan harian dengan fungsi terapi, dan ada pula yang mengungkapkan kisah atau ajaran dari Bible. Berikut ialah petikan tiga rangkap pertama karya keagamaan yang terdapat dalam sebuah laman web:

Psalms 23 in PantoumThe Eternl is my ShepherdI shall lack nothingHe gives me rest in green pasturesHe directs me to peaceful waters.I shall lack nothingHe restores my soulHe directs me to peaceful watersHe leds down path of justice.He restores my soulFor the sake of his nameHe leads me down path of justiceWhen I walk in the valley of Deaths shadow. 14Perkembangan seperti yang baru dihuraikan jelas menunjukkan bahawa pantoum yang muncul pada abad ke-19 ialah suatu genre sastera yang berkekalan kedudukannya. Ia bukanlah satu penyimpangan genre belum tentu wujudnya satu genre yang lain atau sekadar jelmaan pantun dalam satu singgahan seperti yang pernah dianggap oleh Abdul Ahmad. 15KesimpulanPerbincangan di atas menunjukkan kaitan yang jelas dan bermaka antara pantun Melayu dengan pantoum Barat. Pada abad ke-19 pantun telah menarik minat penyair-penyair Perancis. Justeru itu dengan bermodelkan pantun, khususnya pantun berkait, mereka telah mencipta satu bentuk baru yang dikenali sebagai pantoum. Ciri-ciri bentuk ini tidak sepenuhnya sama dengan ciri-ciri pantun. Justeru itu walaupun ia berasal dari pantun ia merupakan suatu genre yang tersendiri. Pantoum menduduki tempat yang tersendiri dalam kesusasteraan Perancis dan telah ikut memperkayakan kesusasteraan itu. Dari Perancis pantoum diterima pula masuk ke dalam kesusasteraan Inggeris. Pada abad ke-20 pantoum telah mempengaruhi kesusasteraan lain di Barat seperti kesusasteraan Czechoslovakia dan kesusasteraan Amerika. Kini ia ikut disuburkan dan dikembangkan di dalam ruang siber.Hubungan antara pantun dengan pantoum adalah sesuatu yang istimewa. Jika diambil tanaman sebagai analogi, pantun ialah benihnya sementara pantoum adalah pohon. Benih itu tercampak jauh ke laut, tetapi kerana baik mutunya maka tumbuhlah pohonnya hingga merendang, hatta menjadi pulau. Begitulah halnya dengan pantoum, kerana berasal dari genre yang ampuh dan indah maka ia menjadi bentuk yang digemari di sana sini dan tahan zaman berzaman.Arah-alir hubungan antara dua genre ini juga amat istimewa. Dalam bidang sastera dan budaya umumnya yang kerap menonjol ialah arah-alir dari Barat ke dunia Melayu. Genre novel berasal dari Barat. Begitu juga sajak, cerpen dan drama moden. Tetapi dalam kes yang dibincangkan arah-alirnya terbalik, iaitu dari dunia Melayu ke dunia Barat.Nota Hujung 1 Kertas yang dibentang di Seminar Antarabangsa Pantun, anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti Sains Malaysia, di Kuala Lumpur, 1-3 Julai 2002.2 Kini penulis sedang mengusahakan penyelidikan yang lebih menyeluruh ke atas bahan-bahan di Eropah dan Amerika Utara.3 Untuk senarai kajian dan kumpulan pantun yang agak panjang sila lihat Suripan Hadi Hutomo, Pengaruh Pantun Melayu Pada Pantun Kentrung Jawa, Jurnal Pengajian Melayu, Jil. 4 (1992), h. 60-63.4 Salah seorang bekas pelajar saya, Abdul Ahmad, telah menerbitkan esei tentang subjek ini, iaitu Pantoum: Suatu Singgahan Dalam Perjalanan Seni Melayu, dalam Kesusasteraan Bandingan Sebagai Satu Disiplin (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994), h. 164-173.5 Lihat umpmanya entri pantoum dalam Princeton Encyclopedia of Poetry and Poetics, ed. Alex Preminger (Princeton, New Jersey: Princeton University Press, 1977), h. 597.6 Untuk maklumat-maklumat ini lihat Daillie, 1988, h. 17-35; Princeton Encyclopedia of Poetry nd Poetics, 1972, h. 597; William Marsden, A Dictionary and Grammar of the Malayan Language (Singapore: Oxford in Asia Historical Reprints, 1984).7 Charles Baudelaire: The Flowers of Evil, ed. Marthiel dan Jackson Matthews (New York: New Directions Publishing Corporation, 1962); Baudelaire, ed. Francis Scarfe (Panguin Books, 1964), h. 143.8 Peter Broome dan Graham Chesters, The Appreciation of Modern French Poetry 1850-1950 (Cambridge: Cambridge University Press, 1976), h. 77-79.9 Daillie, 1988, h. 31.10 Daillie, 1988, h. 35 .11 Untuk semua maklumat tentang pantoum dalam kesusasteraan ini penulis merujuk sepenuhnya kepada tulisan Eva Vanicek, Pantun Dalam Puisi Ceko, Sempana: Himpunan Esei Penelitian oleh Sarjana Kesusasteraan Melayu Antarabangsa, ed. Ahmad Kamal Abdullah et.al. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994), h. 550-570.12 Dalam pengamatan penulis laman khas untuk pantun hanya ada satu!13 Pantoum for Chinese Women, http://woods.bianca.com/ shacklet/the_biki/pantoum.html.14 http://www.locustandhoney.com/pslms.html15 Abdul Ahmad, 1994, h. 171RujukanAbdul Ahmad. 1994. Pantoum: Suatu Singgahan Dalam Perjalanan Seni Melayu, Kesusasteraan Bandingan Sebagai Satu Disiplin. Ed. Abdul Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Broome, Peter dan Graham Chesters. 1976. The Appreciation of Modern French Poetry 1850-1950. Cambridge: Cambridge University Press.Daillie, Francois-Rene. 1988. Alam Pantun Melayu: Studies on the Malay Pantun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hamilton, A.W. 1959. Malay Pantuns. Singapore: Eastern University Press.Marsden. William. 1984. A Dictionary and Grammar of the Malayan Language. Singapore: Oxford in Asia Historical Reprints.Marthiel dan Jackson Matthews. Ed. 1964. Charles Baudelaire: The Flowers of Evil. New York: New Directions Publishing CorporationPreminger, Alex. Ed. 1977. Princeton Encyclopedia of Poetry and Poetics. Princeton, New Jersey: Princeton University Press.Scarfe, Francis .Ed. 1964. Baudelaire. Panguin Books.Stallnecht, Newton. P. dan Horst Frenz. Ed. 1973. Comparative Literature: Method and Perspective. London & Amsterdam: Feffer & Simon, Inc.Suripan Sadi Hutomo. 1992. Pengaruh Pantun Melayu Pada Pantun Kentrung Jawa, Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 4, hh. 37- 63.Zainal Abidin Bakar. 1983. Kumpulan Pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Sumber

4. Arti dan Makna Pantun

Telah maklum kepada kita akan arti perkataan pantun yakni sajak dan kiasan ataupun perumpamaan (24) AMIR HAMZAH. SASTRA MELAYU LAMA DAN RAJA-RAJANYA Jakarta: Dian Rakyat, cet I, 1942; cet III, 1996.

Pantun dalam arti pertama banyak dipakai, untuk memaparkan hati yang asyik pada maksyuknya. Contoh pantun jawaban Tun Teja pada ayahnya pada waktu raja Melaka hendak meminang dirinya, katanya: karena seperti pantun orangtua-tua yang enggang itu sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga. (8) AMIR HAMZAH. SASTRA MELAYU LAMA DAN RAJA-RAJANYA Jakarta: Dian Rakyat, cet I, 1942; cet III, 1996.Dalam bahasa Melayu lama, perkataan pantun mempunyai beberapa arti, yaitu:

a. Ukuran/Sukatan

Dalam tamadun Melayu-Islam, cukup banyak istilah yang digunakan untuk satuan ukuran atau sukatan. Kajian unit melalui peribahasa Melayu (Shaharir 2009) yang dipercayai muncul dalam tamadun Melayu-Islam itu lebih banyak lagi unit-unit sukatan yang selama ini belum pernah ditonjolkan. Contohnya: kutuk [= 4 genggam beras]; cercah [= sinar yang dapat ditangkap mata]; kerek [saiz piawai kepingan gula Melaka atau 10 kerat gula enau, kabung dan sebagainya]; ketiding [=bakul besar empat segi terbuat dari rotan/buluh untuk menyimpan padi/beras]; piak [=sukatan banyaknya emas]; pukal [=gumpal, bongkah benda terutamanya yang berharga seperti emas dan sebagainya]; sayak [sesayak=separuh tempurung]; tungkai [=bahagian badan dari pangkal paha hingga tapak kaki]; pura [= pundi-pundi yg terbuat dari kain untuk tempat uang, emas dan barang-brang berharga], dan tungku sejerangan [= empat orang pakar].

Unit-unit dalam sebutan penjodoh bilangan begitu banyak sekali (terutamanya yang gharib-gharib) yang banyak pula tiada padanannya dalam bahasa Inggeris seperti bongkol (sebongkol bawang), gagang (segagang sirih), kaki (sekaki bunga), pantun (sepantun kasau), rangkap (serangkap tombak) dan tapik (pecak setapik). http://www.kesturi.net/archives/810. Apa Ada Pada Bahasa Melayu?. By Shaharir Mohamad Zain Apr 9th, 2009 Category: Makalah

Ukuran pantun, contohnya: sepantun kasau mempunyai maksud seukuran kasau, yaitu kayu lurus yang disusun berbaris sejajar tempat mengikat/memaku atap rumah. Untuk satu atap diperlukan empat kasau yang disusun berbaris sejajar. Menurut analisa patik, ukuran sepantun kasau mempunyai hubungan dengan kaidah umum yang menjadi ciri khas pantun Melayu yang terdiri dari baris-baris berpasangan (biasanya empat baris; setiap baris biasanya terdiri dari empat kata).

b. Seperti/Seumpama

Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama."

http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=826&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1Ada pendapat yang mengaitkan makna pantun dengan arti seperti atau seumpama sebagai kiasan atau perumpamaan.

Bertalian dengan arti kata pantun, baik Wilkinson maupun Winstedt memberikan tekanan bahwa kata itu dalam kesusastraan Melayu abad XVI hanya terdapat dalam arti "persamaan, peribahasa" dan baru dalam tulisan-tulisan abad XVII mempunyai arti "kuatren". Untuk membuktikan ini digunakan Hikayat Hang Tuah yang menurut Wilkinson (lihat halaman 16) berasal dari pertengahan abad XVI menurut beberapa hal dalam tulisan itu. Dalam susunan cerita-cerita yang diketahui sekarang, kata pantun terdapat dalam kedua arti tersebut di atas. Selain itu, meskipun kita akan dapat menunjukkan bahwa penggunaan kata pantun dalam roman sejarah Hang Tuah dari abad XVI, hanya berarti "persamaan", kita belum dapat mengatakan ada kebiasaan penggunaan semacam itu dalam kesusastraan Melayu abad XVI. Dalam Sejarah Melayu yang disusun dalam tahun 1612, kata pantun digunakan dalam arti kuatren, dan tidak ada alasan untuk menerima bahwa penggunaannya pada waktu itu masih baru.

Benar dapat kita katakan bahwa kata pantun dalam arti "persamaan" dan sebagainya, terdapat juga dalam kuplet-kuplet pantun masa kini, seperti terbukti pada contoh-contoh yang dikemukakan oleh Van Ophuijsen. Dalam bahasa tulisan hal itu jarang terdapat, begitu jarangnya sehingga Marsden dalam bukunya Dictionary of the Malayan Language membedakan kata itu dalam artinya sebagai pantan dengan pantun yang berarti kuatren. Tentang prioritas yang mana bagi kedua arti kata pantun itu, tidak dapat diselidiki dalam kesusastraan. Sedangkan, kalau kita renungkan, arti "persamaan, peribahasa" dapat berasal dari arti kuatren, yaitu suatu bentuk yang di dalamnya dituangkan persamaan-persamaan, peribahasa-peribahasa dan ungkapan-ungkapan, dari pada arti yang kedua berasal dari yang kesatu. Menurut pernyataan Van Ophuijsen, di pantai barat Sumatra dan Bengkulu, bentuk pantun yang lebih dari empat baris disebut ibarat, sebuah kata pungut dari bahasa Arab yang berarti juga "persamaan", jadi dalam bahasa Melayu belum sangat tua.

http://melayuonline.com/article/?a=THFtL3FMZVZBUkU4Ng%3D%3D=&l=latar-belakang-magis-yang-mendasari-arti-pantun-melayu Oleh: R.A. Hoesein Djajadiningrat

c. Pepatah atau Peribahasa.

Kata pantun mengandung unsur pepatah dan peribahasa. Bahkan dalam Kamus Besar Besar Melayu Nusantara (2003:1981) pengertian yang kedua entri kata pantun adalah sejenis peribahasa yang digunakan sebagai sindiran. Sesungguhnya pengertian pantun sebagai pepatah atau peribahasa ada kaitannya dengan perkataan dan pengertian yang sama dalam bahasa-bahasa Nusantara yang lain. R. Hoesein Djajadiningrat, memetik keterangan Winter dalam Javaansche Zamenspraken bahwa pari yang berarti basa, babasan, yaitu peribahasa atau perbandingan; dan peribahasa itu dipakai bagi orang yang suka membuat perbandingan untuk mengolok-olok. Dalam bahasa Jawa, kata pantun itu adalah bentuk krama dari kata pari, yaitu bentuk pendek dari kata paribahasa atau pribhasja dalam bahasa Sanskrit. Artinya, kata pantun berarti juga paribasa atau peribahasa dalam bahasa Melayu.[2] Harun Mat Piah, 1989, Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 107.]

oooOOOooo

Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut

http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=826&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1BIMBINGAN BERKARYA PANTUNHoesein Djajadiningrat berkesimpulan bahwa arti kata pantun ialah bahasa terikat yang teratur atau tersusun. Disamping itu akar kata tun dalam dunia Melayu juga bisa berarti arah, pelihara, dan bimbing seperti diperlihatkan oleh kata tunjuk dan tuntun. Karena itu kata pantun dapat berarti sebagai sepasang bahasa terikat yang dapat memberi arah, petunjuk, tuntunan dan bimbingan.

Menurut pakar perbandingan bahasa-bahasa Polynesia-Austronesia; Brandstetter, kata Pantun berasal dari akar kata tun yang terdapat juga dalam bahasa-bahasa di Nusantara, misalnya bahasa Pampanga tuntun, yang berarti teratur; dalam bahasa Tagalog tonton, mengucapkan sesuatu dengan susunan yang tertentu; dalam bahasa Jawa Kuno tuntun berarti benang, atuntun, teratur, t matuntun, berarti memimpin. Dalam bahasa Bisaya, panton bermakna mendidik; bahasa Toba, pantun adalah kesopanan atau kehormatan. Ringkasnya akar kata tun dalam bahasa-bahasa Nusantara merujuk pada sesuatu yang teratur, yang lurus, baik secara konkret atau abstrak (lihat Piah 1989 Harun Mat Piah. 1989. Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.:105106 ; Liaw Yock Fang Liaw Yock Fang. 1993. Sejarah Kesusastraan Melayu Klasik. Jakarta: Erlangga.1993:195).

oooOOOooo

Dari mana asal kata pantun, cukup menarik diperhatikan. Sebab puisi tradisional Melayu yang bernama pantun ini telah memainkan peranan yang begitu istimewa dalam perjalanan hidup orang Melayu. Ada dugaan kata pantun berasal dari akar kata tun yang mempunyai arti teratur, sebagaimana yang dikemukakan oleh Renward Bransteter. Dari pendapat itu, Hoesein Djajadiningrat berkesimpulan bahwa arti kata pantun ialah bahasa terikat yang teratur atau tersusun. Disamping itu akar kata tun dalam dunia Melayu juga bisa berarti arah, pelihara, dan bimbing seperti diperlihatkan oleh kata tunjuk dan tuntun. Karena itu kata pantun dapat berarti sebagai sepasang bahasa terikat yang dapat memberi arah, petunjuk, tuntunan dan bimbingan.

Pantun telah mendapat perhatian dari berbagai kalangan. Para sarjana Eropa telah meneliti dan menelaah pantun sejak abad ke-18. Tidak kurang dari 10 sarjana Eropa telah mempelajari pantun. Mereka sangat tertarik terhadap dua bahagian pantun, yakni dua baris pertama bernama sampiran dan dua baris terakhir sebagai isi atau maksud. Pasangan sampiran dan isi benar-benar amat menggoda para sarjana Barat. Betapa tidak, sebab pasangan bentuk ini tidak hanya sebatas memberikan bentuk (bunyi) yang indah, tetapi juga sekaligus memancarkan kedalaman makna dalam suatu bingkai estetik yang harmonis.

William Marsden dalam kitabnya yang bertajuk Grammer of The Malayan Language tahun 1812, berpendapat; dua baris pertama yakni sampiran merupakan kiasan terhadap dua baris berikutnya yakni isi pantun. Pendapat ini didukung pula oleh John Craufurd dalam kitabnya Grammer and Dictionary of The Malayan Language terbitan pertama, tahun 1852. William Marsden berkesimpulan, atas sampiran sebagai kiasan terhadap isi, dipakai dengan teliti oleh orang Melayu. Sedangkan John Craufurd melihat hubungan sampiran dengan isi, bagaikan teka-teki, yakni teka-teki pengertian, karena kiasan yang dikandungnya.

Abbe P. Favre dalam kitabnya bertajuk Grammair de la language Malaise tahun 1876 menyatakan; dua baris pantun yang mula-mula sampiran) berfungsi sebagai lambang terhadap dua baris berikutnya (maksud/isi), bukan untuk menentukan maksud atau isi pantun. Pendapat ini disokong oleh W.R. van Hoevell dan L.K. Harmsen, mengatakan bahwa; dua baris pertama pada pantun sering menyatakan suatu yang bukan-bukan, sebab yang dipentingkan di situ hanyalah keindahan bunyi, sebab pantun itu dilagukan oleh orang Melayu. (134).

Kemudian daripada itu, Pijnappel membandingkan kata pantun dalam bahasa Melayu dengan umpama dalam bahasa Batak Toba dan kata Wangsalan dalam bahasa Jawa, yang merupakan teka-teki bunyi dalam perkataan. Dia berkesimpulan, seloka kadang-kadang disamakan dengan pantun. Beliau berkesimpulan kata pantun dalam bahasa Melayu itu berasal dari perubahan perkataan pribahasa, sehingga dua baris pertama pantun menjadi kiasan terhadap dua baris berikutnya, seperti yang diterangkannya dalam kitabnya Over der Maleische Pantoens.

Ch. A. Van Ophuysen dalam pidatonya Het Malaische Volkgedicht menduga bahwa pantun berasal dari bahasa daun-daun, setelah dia menjumpai ende-ende orang Mandailing yang memakai bahasa daun-daun untuk mengganti surat-surat percintaan. (BUATKAN CONTOH). Sedangkan R. J. Wilkinson dan R.O. Winsted justru mengatakan sebaliknya; bukan pantun berasal dari bahasa daun-daun, tetapi bahasa daun-daunlah yang berasal dari pantun. Selanjutnya Wilkinson dan Winsted menyatakan bahwa asas pantun yang utama ialah dua baris pertama berisi sugesti bunyi, yaitu bunyi yang memberi petunjuk kepada dua baris terakhir. Kebiasaan mempergunakan sugesti bunyi itulah yang akhirnya melahirkan pantun. H. Overbeck juga melihat hubungan bunyi dalam pantun. Pantun mempunyai hubungan bunyi dan hubungan fikiran, seperti yang diterangkannya dalam kajiannya tentang pantun yang bertajuk The Malay Pantun yang disiarkan tahun 1922.

UU. Hamidy. JAGAD MELAYU DALAM LINTASAN BUDAYA DI RIAU. (Pekanbaru: Bilik Kreatif Press, 2006).

oooOOOooo

3. Nama dan Istilah Lain Pantun

Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa Nusantara. Dalam bahasa Jawa, misalnya, dikenal sebagai parikan, dalam bahasa Sunda dikenal sebagai paparikan, dan dalam bahasa Batak dikenal sebagai umpasa (baca: uppasa).

Kata pantun terdapat juga dalam kesusastraan Sunda, tetapi dengan arti yang lain, yaitu sebuah cerita panjang berbentuk prosa, diselingi dengan bagian-bagian yang berirama dan berima, membicarakan tentang riwayat dari zaman dahulu dan dengan iringan kacapi, berganti-ganti dideklamasikan dan dinyanyikan (kecapi adalah semacam alat musik).Dalam perbedaan arti antara pantun Melayu dan pantun Sunda inilah terdapat keberatan terhadap uraian-uraian Prof. Pijnappel yang tajam pandangannya mengenai etimologi kata Melayu pantun, meskipun tentu saja kita tak usah a priori menerima bahwa dua kata itu mempunyai asal yang sama.

Barangkali kita masih dapat memperkuat pernyataan Pijnappel dengan menunjuk dalam buku Winter Javaansche Zamenspraken (jilid II, halaman 207) pada peribahasa sugih pari angawak-awakkak, yaitu kaya akan pari untuk membandingkan atau memperolok-olok orang lain dengan sesuatu. Menurut keterangan, di sini pari berarti basa, babasan ialah peribahasa, perbandingan, dan peribahasa itu diterapkan pada seseorang karena ia suka membuat perbandingan yang mengandung ejekan, misalnya dikatakan "hidung N.N. seperti. terong glatik" (semacam buah). Selanjutnya untuk lebih menjelaskan bentuk krama Jawa pantun untuk pari singkatan dari paribasa yang diambil dari bahasa Sanskerta paribhsj, kita menunjuk pada kata Melayu intan, permata, bahasa Jawa inten, bentuk krama dari bahasa Sanskerta hira. Juga kita menunjuk pada kata Melayu jintan (semacam biji), bahasa Jawa jinten, bentuk krama dari bahasa Sanskerta jira. Pantun memang mengandung arti paribasan, Melayu peribahasa. Tetapi dalam hal ini, suatu etimologi yang lain untuk kata ini mencakup juga pantun Sunda. http://melayuonline.com/article/?a=THFtL3FMZVZBUkU4Ng%3D%3D=&l=latar-belakang-magis-yang-mendasari-arti-pantun-melayu Oleh: R.A. Hoesein Djajadiningrat

Orang pertama yang sengaja mempelajari pantun adalah Dr. J. Pijnappel Gzn. dalam karangannya yang berjudul Over de Meleische Pantuns dan diterbitkan dalam Bijdragen van het Koninldijk Instituut voor de taal-, land-, en volkenkunde van Nederlands-Indi pada kesempatan kongres para orientalis internasional yang keenam di Leiden, tahun 1883.

Pijnappel berpendapat bahwa keterangan tentang adanya pantun harus berdasar atas keterangan tentang kata pantun. Lebih dahulu dalam penjelasannya dia pusatkan perhatiannya pada pengamatan Van Der Tuuk akan adanya persamaan antara umpama Toba-Batak dan pantun Melayu berdasarkan keterangan Van Der Tuuk tentang kedua bentuk sajak itu, yaitu bahwa dua baris yang pertama hanya dimaksudkan untuk rima dan hanya dalam pengecualian mempunyai hubungan arti dengan dua baris terakhir. Pijnappel membandingkan umpama Batak dan pantun Melayu dengan wangsalan Jawa, semacam teka-teki bunyi dan kata. Dalam teka-teki ini, hanya bunyi kata-kata yang merupakan kunci pemecahannya. Selanjutnya dia mengemukakan bahwa di satu pihak seloka Melayu, sebuah sajak ungkapan, dan pantun pernah dijelaskan sebagai sinonim; di pihak lain seloka Jawa yang dalam arti kiasannya umpama dan paribasan yang dalam arti kiasannya peribahasa, begitu saja dibedakan yang satu dari yang lain. Sesudah akhirnya mengemukakan bahwa kata-kata paribasan dan wangsalan dalam artinya semula, artinya itu hanya terdapat dalam bagian kedua, tetapi kemudian menjadi arti untuk seluruhnya, dan kata umpama dalam bahasa Melayu juga berarti gambaran atau peri, maka sampailah dia pada kesimpulan bahwa pantun Melayu tidak lain hanya perubahan dari paribasan dengan menghilangkan bagian terakhir kata itu dan kemudian memberikan pada kata pari, sesuai dengan arti Jawa, sebuah bentuk yang lebih gagah ialah pantun. Kesimpulannya demikian: "Sebuah pantun sebenarnya adalah sebuah kuplet yang mengandung suatu gambaran yang sedikit kurang jelas dan diterangkan oleh yang lain, tidak peduli isinya, meskipun dengan sendirinya gambaran-gambaran seperti itu yang digunakan sebagai sindiran mempunyai semangatnya sendiri." Kesimpulan ini diujikan kebenarannya pada pantun tentang telur itik yang datang dari Sanggora yang telah saya rebut tadi. Pijnappel berkata bahwa baris pertama bermaksud memberikan suatu gambaran adanya jarak yang jauh, dan yang kedua adanya jarak yang dekat sekali; dengan gambaran rangkap ini dimaksudkan bahwa pembunuhan dilakukan berjarak jauh dari tempat mayat dimakamkan. Dia masih menambahkan bahwa gambaran itu dapat juga dinyatakan dengan bunyi, seperti dalam wangsalan Jawa. Tentu saja ada juga gambaran-gambaran yang tidak jelas sehingga seluruh perbandingan itu tetap gelap bagi kita.

http://melayuonline.com/article/?a=THFtL3FMZVZBUkU4Ng%3D%3D=&l=latar-belakang-magis-yang-mendasari-arti-pantun-melayu Oleh: R.A. Hoesein Djajadiningrat

Ilmuwan Swiss, Dr. R. Brandstetter, yang mengadakan studi perbandingan bahasa-bahasa Indonesia, dalam deretan bukunya Wir Menschen der Indonesischen Erde, dalam salah satu jilidnya (jilid IV) menulis tentang Die indonesischen Termini der schnen Knste and der knstlerisch verklrten lebensfhrung (terbit tahun 1925). Dalam karyanya ini (halaman 20 dan 25) kata Sunda pantun dia salurkan dari akar tun, yang juga ditemukan dalam bahasa Pampanga tuntun, teratur, bahasa Tagalog tonton, membacakan sesuatu menurut aturan, Jawa Kuno tuntun, alur, atuntun, dalam barisan, dan matuntunan, membimbing, bahasa Bisaya panton, mendidik, dan bahasa Toba pantun kesopanan; sopan-santun. Jadi akar tun menunjuk pada yang teratur, yang lurus, baik konkret maupun abstrak. http://melayuonline.com/article/?a=THFtL3FMZVZBUkU4Ng%3D%3D=&l=latar-belakang-magis-yang-mendasari-arti-pantun-melayu

Oleh: R.A. Hoesein Djajadiningrat

Menurut pakar perbandingan bahasa-bahasa Polynesia-Austronesia Brandstetter, kata Pantun berasal dari akar kata tun yang terdapat juga dalam bahasa-bahasa di Nusantara, misalnya bahasa Pampanga tuntun, yang berarti teratur; dalam bahasa Tagalog tonton, mengucapkan sesuatu dengan susunan yang tertentu; dalam bahasa Jawa Kuno tuntun berarti benang, atuntun, teratur, dan matuntun, berarti memimpin. Dalam bahasa Bisaya, panton bermakna mendidik; bahasa Toba, pantun adalah kesopanan atau kehormatan. Ringkasnya akar kata tun dalam bahasa-bahasa Nusantara merujuk pada sesuatu yang teratur, yang lurus, baik secara konkret atau abstrak (lihat Piah 1989 Harun Mat Piah. 1989. Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.:105106 ; Liaw Yock Fang Liaw Yock Fang. 1993. Sejarah Kesusastraan Melayu Klasik. Jakarta: Erlangga.1993:195).

Banyak pakar juga yang mengaitkan kata tun dengan arti sebagai kiasan atau perumpamaan dengan maksud mengandung unsur-unsur pepatah dan peribahasa. Bahkan dalam Kamus Besar Melayu Nusantara (2003:1981) pengertian yang kedua entri kata pantun adalah sejenis peribahasa yang digunakan sebagai sindiran. Sesungguhnya pengertian pantun sebagai pepatah atau peribahasa ada kaitannya dengan perkataan dan pengertian yang sama dalam bahasa-bahasa Nusantara yang lain. R. Hoesein Djajadiningrat, memetik keterangan Winter dalam Javaansche Zamenspraken bahwa pari yang berarti basa, babasan, yaitu peribahasa atau perbandingan; dan peribahasa itu dipakai bagi orang yang suka membuat perbandingan untuk mengolok-olok. Dalam bahasa Jawa, kata pantun itu adalah bentuk krama dari kata pari, yaitu bentuk pendek dari kata paribahasa atau pribhasja dalam bahasa Sanskrit. Artinya, kata pantun berarti juga paribasa atau peribahasa dalam bahasa Melayu.[2][2 Harun Mat Piah, 1989, Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 107.] Bahkan dalam bahasa Dayak Suhaid di Kapuas Hulu Kalimantan Barat, ada satu tradisi yang disebut Sandai, yaitu sejenis puisi tradisional yang memiliki bentuk dan struktur yang mirip dengan Pantun Melayu. Sandai ini dalam tradisi lokal Dayak Suhaid disamakan maknanya dengan perumpamaan, kiasan atau peribahasa.[3] Perhatikan contoh berikut. Abis pehame kami-kami de baheBaju yang gahe sama-sama sepakaiLain de lage kami-kami de baheDaun de munte pakai-pakai belambai

Ante kunyahuk jadi-jadilah sampukUdahlah kutebuk de tiang pelempaiAntelah ante setahun lageNgante behue betubah jadi huaihttp://melayuonline.com/article/?a=aUxvL3FMZVZBUkU4Ng%3D%3D=&l=ungkapan-rasa-dan-pikir-dalam-pantun-melayu-kalimantan-baratOleh : Dedy Ari AsfaroooOOOooo

Nama dan bentuk lain pantun:

disebut peparikan di Jawa, kayat di Kuantan-Riau, pepantunan di Bali, Nenggung di Palembang, dan Jantuk di Betawi.a. Paparikan (Sunda)

b. Wangsalan (Jawa)

c. umpasa baca: uppasa (Batak)

d. pantoum atau pantounPantun merupakan salah satu dari lima jenis puisi Melayu tradisional (Mohd. Taib Osman, 1978), selain syair, gurindam, seloka, dan ikatan puisi bebas (seperti teromba, endui, mantera, pepatah, petatah-petitih). Berdasarkan minat dan sambutan masyarakat, pantun ternyata telah mendapat perhatian yang luas daripada sarjana, khususnya sarjana Barat dan peminat puisi antarabangsa. (ix).

Bilakah pantun mula dibawa berlayar ke Barat? Mungkin orang Portugis dan Belanda telah mengenali pantun lebih awal berbanding dengan orang Inggris, karena orang Portugis dan Belanda lebih dahulu meneroka dan menjelajah dunia sebelah Timur. Tetapi walau bagaimanapun, terdapat suatu bukti yang kukuh tentang peranan Inggeris membawa pantun Melayu ke Barat.

Dalam A Dictionary and Grammar of Malayan Language susunan William Marsden yang diterbitkan di london pada tahun 1812, telah memuat pantun berkait (yang dimuatkan dalam buku Marsden-Inggris yang diterjemahkan oleh Ernest Fouinet-Prancis sebelum diberikan kepada Victor Hugo dalam bahasa Melayu sebagai berikut:

Kupu-kupu terbang melintang

Terbang di laut di hujung karang

Hati di dalam menaruh bimbang

Dari dahulu sampai sekarang

(The butterflies are flying about on their wings;

The fly towards the sea, close to the chain of rocks.

My heart has been feeling sick in my bosom

Ever since my first days to the present hour)

Terbang di laut di hujung karang

Burung nazar terbang ke Bandan

Dari dahulu sampai sekarang

Banyak muda sudah kupandang

(The fly towards the sea, close to the chain of rocks.

The vulture directs its flight towards Bandan

Ever since my first days to the present hour)

Many of youth have I admired)

Burung nazar terbang ke Bandan

Bulunya lagi jatuh ke Pattani

Banyak muda sudah kupandang

Tiada sama mudaku ini

(The vulture directs its flight towards Bandan

Its lets some of its feathers fall on Pattani

Many of youth have I admired

But none to be compared with the one I have chosen)

Bulunya lagi jatuh ke Pattani

Dua puluh anak merpati

Tiada sama mudaku ini

Sungguh pandai memujuk hati

Its lets some of its feathers fall on Pattani

Here are two (sic) young pigeons

But none to be compared with the one I have chosen)

Clever as he is to touch the heart)(x-xi)

Menurut seorang penulis dan pengkaji sastra dari Prancis. Francois-Rene Daillie (1988), kemungkinan sahabat Victor Hugo (Victor Marie Hugo: 1802-1885) penulis Prancis dalam bidang novel, drama dan puisi; menjadi sangat terkenal karena novel sejarahnya The Hunchback of Notre Dame (1831). Antara kumpulan puisinya yang terpenting adalah Les Feuilles dAutomne (1831) dan Les Chatiment (1853) yang bernama Ernest Fouinet telah membaca buku Marsden dan terpengaruh dengan pantun tersebut. Fouinet kemudian menyerahkan terjemahan dalam bahasa Prancisnya saja kepada Hugo, dan diterimanya tanpa pindaan. Demikian bermula tumbuhnya istilah Pantoum dalam persuratan Prancis yang kemudian dikembangkan oleh penyair Theophile Gautier melalui Les Papilons (Pantoum) pada tahun 1838. (xi).

Pantun yang sampai ke Barat, lalu mempengaruhi persuratan Prancis yang ditemui dalam karya-karya Victor Hugo sebagaimana yang diperkatakan oleh C. Hugh Holman, begitu pula peneliti seperti Daillie juga membicarakan pengaruh pantun dalam karya Hugo (xi)

Pantun (khususnya pantun berkait) dalam buku Marsden telah diperkenalkan melalui bahasa Inggris, kemudian diterjemahkan kedalam bahasa Prancis. Sedang di Jerman, pantun diperkenalkan pada masa yang lebuh kurang sama melalui kajian seorang ilmuan dan budayawan Jerman Wilhelm von Humboldt, akhirnya juga diketahui oleh penyair romantis Jerman Adolbert von Chamisso yang dikatakan telah mencipta sejumlah pantun Jerman. Keseimpulannya Hans Overbeck sebagai perintis awal dan istimewa mengenai kajian sastra Melayu dari Jerman yang pernah diperkenalkan dalam Pantum Chamisso dan Pantun Victor Hugo (xii).

ANWAR RIDHWAN dan E.U KRATZ. HATI MESRA ; PANTUN MELAYU SEBELUM 1914 SUNTINGAN HANS OVERBECK. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004).

oooOOOooo

Delapan untai pantun yang dipakai Marsden yang membangkitkan alun pengaruh kepada sgolongan penyair Romantisme di Perancis sebagaimana dibentangkan baik oleh Jaques Jouet dalam tulisannya Le Pantoum, genre Francais (1988) juga oleh Francois Rene Daille yang bahkan menjadikan untaian tersebut dalam huruf jawi sebagai hiasan sampul bukunya (1990) terdapat pula dalam buku Haji Ibrahim (1877, hlm. 138). Hal ini menunjukkan kedelapan pantun tersebut, bo