Download pdf - Bab 5 Kesantunan Bahasa

Transcript
  • 8/6/2019 Bab 5 Kesantunan Bahasa

    1/12

    Kesantunan Bahasa: Pertembungan antar aBudaya Melayu-Bukan Melayu danIslam-Bukan Islam

    Salinah Jaaf.uJabata n Linguisti]. , I fe/u_nr,.- 1 kadetn! f'ellglliillli :\.fetal'lI

    Uuivcrsiri vialava

    PendahuluanKonscp kcxaruunan hcrm uksud adab aruu tcuib arnu kchiaxuun yang dinm nlkan olchsesuaiu m axyarakar dalarn m cm cl ihura huburignn SCS:Ulla manusia dan Im:njagaiatasusi I.. da] am hcrk omun iLIS I da n bc rirucru ksi . .'\ ~1Il

  • 8/6/2019 Bab 5 Kesantunan Bahasa

    2/12

    50 / Jllmal Pe.-adaban Me/tJY(!

    Kesantunan perbuatan merupakan perilaku yang pcrlu dilakukan pad a waktumenerima tetamu yang bertandang ke rumah, tatacara duduk di knlangan golongantertentu, gerak clan sikap sernasa berbicara (bahasa badan?), perlakuan ketika beradadi ternpat umum, budaya mengikut pcraturan ketika menunggu gitiran dan erikaketika makan dan minum di rempat umurn. Kesanrunan perbuatan pula memerlukankaedah dan tatacara yang berbagai-bagai bergantung kepada perbuatan yang dilakukan

    Kesantunan bcrpakaian pula menurut beliau merupakun cam bcrpakaiau yangbersesuaian dengan suasnna dan keadaan. Terdapat dua pcrkara yang harusdititikberatkan dalam ke antunan berpakaian, iaitu berpakaian dcngan sopan dikhal ayak umum, dan yang kedua berpakaian dengan rapi dan scsuai dengan keadaan,iairu mcmaruhi ctika berpakaian scperti yang tclah ditetapkan, rnisalnya rctamuyang dirninta memakai kat dan tali lchcr, maka peraturan rersebur harus lah diik.utisckiranya tetamu ingin menghadiri majlis yang diadakan. Kcsantunan bahasa pulatercerrnin dal am tatacara bcrkomunikasi, di mana penutur haru s akur dcnganperaturan-peraruran dalam berbahasa. Ketika bcrbahasa, beberapa pcraruran harusdiketabui oleh penutur, iaitu:a. Apakah yang sebaiknya diluahkan pada wnkru dan kcadaan tcrtentub. Ragam bahasa apakah yang sewajamya digunakan dalarn situas. yang berbezac. B i 1 . 0 dan bagaimana penutur menggunakan gi Iiran untuk berbicara dan mencclah

    perbualan orang laind. Bagaimana rnengatur kcnyarmgan suara ketika bcrbicarae. Bagaimana sikap dan gerak geri ketika berbicara danf. Bila hams diam dan tidak berbicara.

    Berdasarkan pengertian yang telah dihuraikan mengenai kcsantunan di atas,tulisan iniakatt cuba mengupas dan membincangkan konscp kesantunan bahasahasil daripada pcngamatan dan pengalaman pcnulis selama sepuluh tahun bersamakcluarga bukan Melayu yang bukan Islam.

    Kesantunan datam Budaya Melayu-IslamMasyarakat Melayu me-nang sudah terkenal dengan budaya kesopanan dankesanrunan yang tinggi , Sedari ked! anak-anak sudah dinjar tentang tatacara dansopan sanrun kenka berbual arau mclakukan sesuaru Setiap perbuatan ada batasandan peraturan yang harus dipatuhi. Sesuai dengan pemaharnan bahawa bangsaMeJayu adalah beragarna Islam) maka setiap peri laku manusia dalam masyarakatMelayu akan dibatasi sama ada dengan hukum adat mahu pun hukum agarna itusendiri. Ketika bangun dad tidur misalnya, masyarakat Mclayu akan memulakanhari dengan doa, iairu kornunikasi antnru Pencipra dan Makhluk yang dibuat scwakrusubuh. Memulakan hari dengan doa telah mcnjadi sam amalan yang sudah sebatidalam masyarakat Melayu, sekiranya ada yang terlupa maka akan menjad isatukesalahan pula.

  • 8/6/2019 Bab 5 Kesantunan Bahasa

    3/12

    Mc lalui hubungan anruru Pencipta dan :>'lakhluk. scxcnraug pc ug amal hudayaelayu scc ara iidak l.mgsung ie lub mcng ikut diri mercka dalurn peI"Hlllran ~'allgujud dalarn agarnu iru scndiri. BerdaS1Irk;", pcmuluunnn rcrhud.rp tunuuun ug amuang berbcnruk rukun iman dan rukun Islam. mavvarakat Mcluvu tclah tcrrk.u kcpud

    pcrkaru-pcrkara yang disuruh dan ditcgah dalam agamn !--lam. Ini sccuraidak langsung akan rncrnhcm uk sahsiah dan ak iduh yang kukuh dalam buduyueragarna Islam.

    Apabila bcrinrcraksi scsuma manusia pula. bucluyu Il"'''y,u'akal 1 \ 1..:1:1)u am.uenit ikbcratkan budi bahasa yang: rnul ia. yakni sct iap pcringkur umurdan golongannasyarakat yang bc riritcruks imcmpunyai nilai dan NO"; yang terscndiri. Da lamahasa sapaan misalnya. hubungnn kc lua rga rclah mcnctapk.rn b.rhuv, a orang yang

    Ilia akan dipanggil dcngan pangg ilan rertcnru. abaug unruk lclak i d:"1 k nk akpcrcrnpuan. mlirlah Iiduk rnanis s c kirunyu orang yang lebi h iua di railggi 1nm ua s n h a j a . Hcgil11 juga sck ir u n ya p

  • 8/6/2019 Bab 5 Kesantunan Bahasa

    4/12

    52 / Joroot Peradaban Melayu

    Se lain akhlak budi juga memainkan peranan penting dalam nilai kesantunanbangsa Melayu. Kamus Dewan (J 996) mentakrifkan budi kepada bcberapa bahagian,iaitu:a. budi sebagai akal, kebijaksanaanb. budi sebagai perangai, tingkah laku, kelakuan, watakc. budi sebagai sifat baik, pcrbuatan baik, kebajikand. budi sebagai bicara, daya upaya

    Budi belch dibahagikan kepada rumpun atau gugusan yang bers iratan sepertiakal budi, Irati budi, bud; bccara, budi baltasa, budi pekerti . Berdasarkan kepadarumpun atau gugusan tcrscbut budi boleh dibahagikan kepada struktur dalaman(rohaniah) dan struktur permukaan (Iahiriah). Struktur dalaman ialah peri laku atauperlakuan yang tidak dapat dilihat atau didengar seperti akal budi, hal; bud; danbudi bicara. Srrukrur perrnukaan pula merupakan budi yang mel ibatkan perlakuanfizikal scpcrti bud;pekerti dan budi bahasa. Orang yang berbudi seringkali dianggapscbagai orang yang tinggi akhlak dan ilrnunya. Budi mernpunyai nilai yang amattinggi dalam budaya Melayu.

    Jika dilihat dari aspek kchidupan seharian, budi boleh membawa maksud sebagaibcradab sopan dalam tingkah laku, pandai menghormati orang lain (terutama orangyang lebih tua), berhati mulia, berbahasa dalam tutur kata, maksudnya tahu memilihbahasa yang sesuai ketika bcrkata-kata. Bagi rnasyarakat Melayu orang yangmemiliki budi akan dianggap orang yang budiman, iaitu seorang yang mulia sifatnya.Maka daripada itu, ban yak pantun-pantun Melayu yang memperkatakan tentangbudi, misalnya seperti pantun:

    Pisang emas dibawa belayar,Masak sebiji di atas peri;Hutan emas boleh dibayar,Hutang budi dibawa mati.Pulau Pandan jauh ke tcngah,Gunung Daik bercabang riga,Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikcnang juga.

    Budi Juga am at berkait rapat dengan bahasa, seperti dalam pcpatah Melayu, orangberbudi kita berbahasa. Dengan budi bahasa yang baik scscorang iru akan dianggapsebagai orang yang berakhlak dan beradap sopan.

    Selain daripada budi, bersikap toleransi juga rnerupakan suatu yang dirunrutdalarn budaya kesantunan Melayu Islam. Sebagai seorang yang beragama Islam,

  • 8/6/2019 Bab 5 Kesantunan Bahasa

    5/12

    orang Mcluyu 1 ' 1 1 1 < 1 tcrikut d..:ngan~i li!l-~i lin t(>kran~i yang d irunt III o leh ilgn rnaSikap tolerunsi bermaksud hckcrjnsa ma dan iolong-mcnolong untara S,HlI sarna lamianpa 111.;ngir" h,ltlgs,,_ kcturunan dan "1;"n1

  • 8/6/2019 Bab 5 Kesantunan Bahasa

    6/12

    54 / .Jurnet Perod"b,m Mel"y"

    tcliti harus dipatuhi agar manusia tidak akan secara langsung atau tidak langsungrnenyamakan Tuhan dengan bcnda-bcnda lain yang boleh mendatangkan syirik.Komunikasi antara Tuhan dengan manusia dalarn agama Islam tcrgambar dalamayat-ayat suci al-Quran, scperti yang terkandung dalam Surah al-Baqarah ayat31 yang bermaksud Dan Dia (yakni Allah) mengajarkan Adam nama-nama(bagi kejadian) seluruhnya , begiru juga dalarn Surah al-Alaq ayat 5 yangberrnaksud Allah meugajarkan (mengilmukan) manusia apa yang dia tidakketahui. Berdasarkan keriyataan terscbut jelas bah asa dalam berkomunikasiantara manusia dengan Tuhan, rerdapat tatacara yang tertentu digunakan, begitujuga sebaliknya.

    b. Hubungan an tara manusia dengan alamo Masyarakat Melayu juga berkornunikasidengan alam sekeliling. amun begitu arnalan berkomunikasi dengan alarn kinisudah tidak lagi diarnalkan kerana pengaruh agama Islam yang me larangmernpercayai tcntang adanya roh atau semangat pada sesuaru benda sepertipokok, tanah, api dan sebagainya. Masyarakat Melayu tradisi mempunyaiperaturan dalam kegiatan seharian terhadap alam sekeliling. Ketika mclaluisesebuah tanah terbiar misalnya, rnoreka akan mcrnohon izin kepada pcnungguranah, contohnya seperti "(abik tuk, cucu turnpang lalu," bcg iru juga jikabertcduh di bawah sebatang pokok bcsar, rncreka akan bcrkara "tabik tuk, CIICUtumpang berteduh. .. Kornunikasi antara rnasyarakat Melayu lama dengan alarnsekeliling ini juga menggunakan bahasa yang santun sifatnya

    c. Hubungan antara manusia dengan manus ia, Masyarakar Melayu sangatmernentingkan hubungan dengan orang sckeliling. Hubungan antara manusiadcngan manusla inijuga meliputi hubungan manusra dengan diri sendiri.Seseorang individu akan rncnggunakan bahasa khayalan ketika berkomunikas idengan diri sendiri, tenrunya bahasa yang digunakan iru bergantung kepadakeadaan kerika bcrkomunikasi, yakni ketika menghayalkan sesuaru yang indah,sudah tentu bahasa yang digunakan juga adalah indah, begiru juga sebaliknya.Manakala ketika berkomunikasi dengan individu yang bcrada di sekitarnya,sescorang itu akan menggunakan bahasa yang tertentu pula bergantung kepadakhalayak yang mendengar, Sctiap bahasa yang digunakan pula mempunyaitatacara dan pcraturan tertenru, Sescorang yang bersopan san tun, atau rnern-punyai kesantunan dalarn berbahasa akan rnenggunakan cara dan pcrkataanyang tidak akan menyakitkan atau melukakan hati orang yang dilawan bcrcakap.Dalarn sistcrn sapaan di kalangan keluarga rnisalnya, seseorang individu tidak

    boleh scwenang-wenangnya menggunakan perkataan yang dianggap kurang ajaratau kurang sopan, contohnya seperti dalam dialog "Ayah, kau tak ke mana-manake?, Aku nak guna kercta boleh?", sudah tenru si ayah tidak akan mengizinkananaknya merninjam kereta, walau pun panggilan ayah digunakan pada pangkal ayat.Bagi masyarakat Melayu Islam, setiap kornunikasi yang santun mernpunyai ayat

  • 8/6/2019 Bab 5 Kesantunan Bahasa

    7/12

    Kesenumon Bahasa /55

    au kata pengenalan sepern rnemberi salam terlebih dahulu, ataupun dimulakanpuj i-pujian terhadap Allah dan Rasul, atau pun dimulakan dengan kata-kata

    ng manis bergantung kepada siruas idan tempat komunikasi tersebur berlaku.Apabila berbicara bersarna ternan pula, pilihan bahasa yang digunakan akanrsifat lebih santai dan bersahaja. Penggunaan kata ganti diri sepcrti aku. engkau,

    mu, awak tidak akan dikira sebagai tidak santun atau sopan, sebaliknya akanenjadik.an ko mun ikasi Icb ih rne sra dan lancar. Pengggunaan bahasa yangdasarkan kepada koriteks dan siruasi inilah yang rnembenruk sifat-sifar kesantunanlam masyarakat Melayu ketika berbahasa. Penggunaan bahasa tersebut pula harusdasarkan kepada keperluan menjaga tcrtib dan adab dalam berinteraksi. Sescorang

    menjalani tcmu duga kcrja misalnya, tentu sahaja harus menggunakan bahasang formal dan rasrni, dan diucapkan dengan tatatertib yang rcrsendiri bersesuaianngan keadaan ternu duga, begitu juga dcngan cara bcrpak a ian yang akanempengaruhi kesantunan bahasa scscorang. Adalah tidak manis sekira seseorang

    mcmakai pakaian rasrni yang lengkap menggunakan bahasa yang kasar dansopan.

    esantunan dalam Budaya Bukan Melayu-Bukan Islamkop perbincangan tcntang kesantunan dalam budaya di kalangan bukanMelayu-

    Islam ini bukanlah secara rnenyeluruh. Sctiap huraian dan perbincanganng akan dibuat merupakan pcmcrhatian dan pengarnatan saya tcrhadap keluargaertua danjiran tctangga yang bukan bcrbangsa Melayu dan bukan Islam. Sekiranyaa kcsilapan dan kesalahan dalarn mernberikan pandangan dan pcndapat sayaernohon berbanyak maaf dan harap dapat dipcrbetulkan,Berdasarkan sejarah kcdatangan kaum India dan Cina kc ncgara kita Malaysia,

    ereka asalnya dibawa ke Malaysia untuk bekerja sebagai buruh di sektor-sektorrladangan dan perindustrian, Kedatangan rnereka ke Tanah Melayu dan bcrcampurul dengan masyarakar rernpatan tclab mcnirnbulkan satu pertembungan budaya.alah ada di kalangan rnereka yang datarig telah hcrkahwin dengan orang Melayun terus hidup sebagai sebahagian daripada orang Melayu, maka dari iru wuj udnyaum Cina Baba seperti yang tcrdapat di Melaka dan Penang, kaum Mamak bagiang India. Bagi mcrcka yang mengahwini masyarakat tcrnpatan tentunya akanragama Islam, tetapi bag imereka yang kekal dcngan agama masing-rnasing danrurnahtangga dengan orang yang sebangsa dan seagama pula telah melahirkannerasi India dan Cina baru yang berhak rneridapat hak kcrakyatan Malaysia.Sccara umurn, setiap ag3ll.13 dan bangsa mengajar penganut dan pengamalnya

    elakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Curna cara dan amalan sahaja yangerbeza an tara sesuatu bangsa dengan bangsa yang lain. Seperti yang kita kctahui,asyarakat Malaysia yang berbilang kaum terdiri daripada gabungan bangsaeribumi seperti Melayu, Kadazan, Iban. Murur, Bajau, Jawa dan bangsa yang asing

  • 8/6/2019 Bab 5 Kesantunan Bahasa

    8/12

    56/ Jamal Pe,adebal1Melayu

    sepcrri Cina, India, Scrani, Porrugis, Benggali dan sebagainya menganut pelbagaiagarna berdasarkan kepcrcayaan masing-masing. Masyarakat Cina misalnya, adayang beragama Kristian, ada juga yang beragarna Buddha, begiru juga dengan orangIndia yang beragarna Hindu atau Kristian Setiap masyarakat yang beragama inirncmpunyai nilai dan norma tcrscndiri dalam kebudayaan masing-masing yangdiwarisi daripada ncnek moyang rnereka, yang sedikit demi scdikit diubah suai dandiadaptasi scsuai dcngan perkembangan masa dan zarnan.

    Bagi kaum India, terdapat perbezaan gender dalam budaya kehidupan seharianmereka, Lelak i mernpunyai kuasa yang lebih dan dominan dalarn urusan scharian.Bagi rnereka, lelaki ibarat Tuhan, iaitu hams dihormati dan diruruti segala arahandan suruhannya. Sekiranya dalam sesuaru keluarga tidak mempunyai anak Ielak i,kcluarga tersebut akan dianggap tidak baik, atau bernasib malang. Budaya yangmengagungkan kaum lelak iolch kaum India tclah mcnjadikan kaurn pcrcrnpuandianggap lernah. Anak-anak lclaki akan diberi layanan istimewa, rnanakala anakperernpuan pula harus membuat segala kerja, termasuk kerja-kerja di rumah dan diluar rurnah. Budaya ini juga scbcnarnya lebih kurang sarna dengan budayamasyarakat Melayu tradisional pada saru ketika dahulu, Walaupun, budaya kaumIndia mernperl ihatkan kedominanan lelaki, narnun dengan peralihan zaman danpcrkernbangan pendidikan kaum perempuan India kini lebih bersikap terbuka danada yang tidak lagi memandang lelaki sebagai orang yang bcrkuasa dalam keluarga

    Dari aspek bahasa pula, masyarakar India berkomunikasi dengan nada suarayang tinggi dan agak kasar, berbanding dengan masyarakat Cina yang lebih halus.Mungkin kerana tradisi bahasa Tamil yang sudah terkenal dengan keriuhannyamenyebabkan penutur bahasa Tamil apabila berbahasa Melayu tidak dapat mcngawalintonasi dan nada suara mcrcka mcngikut rentak dan irarna bahasa Melayu sendiriBagi orang Cina, walaupun penggunaan bahasa Melayu rnereka kurang fasih, narnunrnercka balch bcrturur bahasa Mclayu dcngan nada dan intonasi yang Icbih sopan.Cantohnya dalam ayat di bawah yang diujar ketika proses tawar menawar hargajualan:

    Orang Tamil: Awak takda kepala ka? Mau beli harga murah saja.Orang Cina: Apasal ini rnacarn rna ...niaga ini maeam mana ada manyak untungBagi setiap individu bukan Melayu yang menganut sesuatu agama, mereka akan

    scdaya upaya mcmatuhi ajaran dan peraturan yang terdapat dalam agama rnereka.Mereka juga menghormati bangsa Mclayu yang beragarna Islam, sclain daripadaagarna yang berbeza asas arnalan dan budaya yang diamalkan adalah lebih kurangsama seperti bangsa Melayu, namun oleh kerana penggunaan bahasa ibunda yangbcrbcza, masyarakat bukan Mclayu yang bukan Islam ini agak sukar dikenal pastikesanrunan dalam berbanasa, terutarna ketika menggunakan bahasa Melayu. Olchkerana pcngalarnan saya lebih banyak bersarna keluarga India yang bukan Islam,maka perbincangan tentang kesantunan bahasa ini akan saya buat dengan mengambil

  • 8/6/2019 Bab 5 Kesantunan Bahasa

    9/12

    into h penggull:lan bahusn 'l.lc1H\'U \'ang digun:ll-:lIl o l ch k c lu .. rg" tI,l hu: Arna ap.: muxih ada ku:Saya: Mak m""ih ad" Inpi uvah cluh Illcllinggal _1111111

  • 8/6/2019 Bab 5 Kesantunan Bahasa

    10/12

    58/ J"mal Peredeben Malay"

    Apabila saya bcrtcmu suami saya selepas perbualan tclcfon tersebut, suamisaya memarahi saya kerana katanya sctclah bcrusaha meyakinkan ibunya ten tangperhubungan karni, saya pula yang scolah-olah tidak pcduli dan mcnghargai usahabcliau, Apabila saya ingat kcrnbalj apa yang tclah saya cakap dalarn perbualan telefonterscbut semcmangnya p il ihan perkataan dan ayat yang saya gunakan tidakmenunjukkan bahawa saya bcnar-benar berrninat untuk meyakinkan ibu suarni sayatentang perhubungan kami, Manakala ibu suarni saya pula pada awalnya bercakapdcngan agak sopan. bcrakhir dcngan nada suara kccewa dan agak rnarah. Menumtsuami saya, ibunya menelefon untuk mengenali saya dengan lebih dekat, tctapirnenjadi rnarah kcrana melatui perbualan tersebut, seolah-olah anaknya sahaja yangterg ila-gi lakan saya. tetapi saya tidak pula rricra sa apa-apa. Mungkin bcliaumengharapkan saya rncrnbcrikan tindak balas yang ber-lainan, tcrapi kerana beliaukurang faham ad at berbahasa, rnaka hasrat dan keinginan tersebut tidak kesampaian.

    Sctelah berurnah tangga, keluarga suarni saya dapat menerirna saya denganbaik, namun daripada cal-a rncreka berbicara saya dapat rncrasakan bahawa rnerekarnas ih rnerasa cur iga dcngan bangsa Me layu. Perria h juga kakak ipar sayamengutakan kepada suami saya seperti berikut, "Entah apa budak Melayu itu berikarnu makan, sarnpai kamu ikut saja katanya," (dalam bahasa Tamil, ditcrjcmahkanoleh suami saya kepada saya). Ayar rerscbut kcluar keuka saya rneminta suami sayamemotong bawang di rurnah ibunya, sebab ketika di rumah sememangnya bel iaumembanru saya di dapur. Manakala ibu suarni saya pula tanpa berselindung terussaja memarahi suarni saya dalam bahasa Melayu, seperti berikut "nanti Salinahduduk saja goyang kaki, lu saja yang masak." Mcrcka tidak dapat menerima yanganak lelaki mercka mclakukan kerja-kerja dapur, ini kerana mereka masih rcrikatdengan budaya India yang meletakkan le lak isebagai orang yang hams dihorrnaridan tidak bolch mengikut at au mendengar kata dari perernpuan. Ini scbcnarnyarnerupakan satu nilai kcsantunan bangsa India yang amat menghormati kaum lclaki.Di rumah rnereka, apabila waktu rnakan, lelaki akan makan dahulu, dan harus pulahidangan siap dengan lengkap. Maksudnya, lelaki hanya makan dan basuh tangantanpa pcrlu bangun dari kerusi, selepas mereka makan barulah kaum perernpuandibenarkan makan lebihan yang ada. Tradi si ini rnas ih lagi diamalkan o1chkebanyakan bangsa India, seperti mana yang dapat saya perhatikan di kalangansaudara mara dan ipar duai scbclah suarni.

    Berdasarkan aspek berbahasa pula, apa yang dapat saya rumuskan tentangkesantunan bahasa yang digunakan oleh keluarga India yang bercampur dcnganorang Melayu ialah scpcrti berikut:a. Bahasa sapaan - mercka juga rnernpunyai sistern sapaan yang terscndiri,jika di

    kalangan keluarga yang tua leLaki akan dipanggil marna (Ini termasuklah abangipar, bapa saudara, bapa merrua), datuk akan dipanggrl tala. manakala abangakan dipanggil aile (hanya untuk adik beradik saja), dan adik lelaki dipanggilthambi (bolch digunakan untuk lelaki lain yang bukan adik beradik). Bagi kaum

  • 8/6/2019 Bab 5 Kesantunan Bahasa

    11/12

    Keseatunen Bahasa /59

    perempuan, ibu merrua dipanggii mami, nenekpali atau amama, kakak dipanggiiakka, adik perempuan dipanggil tangachi. Penggunaan istem panggilan tersebutdigunakan kctika berbahasa dalarn bahasa Melayu. Misalnya ketika berinteraksidengan anak-anak saya, mereka akan menggunakan bahasa Mclayu sepertiberikut "Tasah (Natashu}, Nabila pergi main filar santa akka ", "minta angpausama lata ". "pergi makan dengan mama H Mama bukan saya tetapi abangsuarni saya.

    b. Bahasa basahan, Olch kerana keluarga suami berkornunikasi dalam bahasaTamil, dan saya pula berkornunikasi dcngan ipar duai dalam bahasa Inggeris,rnaka pcnggunaan bahasa Melayu hanya berlaku ketika saya berinteraksi dengansuarni dan ibu serta bapanya. Bahasa yang digunakan bersifat bahasa pasar,seperti ayah rnertua akan mcnggunakan ganti nama lu apabila berbual dcngansaya, misalnya "Pergi tengok apa anak lu buat ria/am bilik", ketika beliaumembcritahu anak-anak saya bennain dengan lipstik di dalarn bilik. Tetapiapabila berinteraksi dengan ipar yang lebih berpendidikan, terdapat peralihankod berlaku, dan penggunaan bahasa Melayu rnereka lebih sopan dan tcraturyang dicampur aduk sedikit dengan bahasa lnggeris, terutama dalam penggunaanganti nama diri. Misalnya dalarn ayat berikut ..Youcuba fikit; bagaimana anaksaya yang pandai bohasa Inggeris boleh dapat B saja? Apa silapnya? AyatApa silapnya rnerupakan peral ihan daripada What s wrong?

    Sekiranya mercka menggunakan bahasa Melayu untuk scsuaru acara yang rasrni,bahasa Melayu rnereka akan kclihatan kaku, maksudnya ayat yang digunakan akankelihatan sepcrti ayat yang disusun dengan rapi dan berbati-hati, bukan seperti bangsaMelayu berbicara dcngan penuh sopan dan bersahaja. Walaupun sudah lebih sepuluhtahun saya bergauJ dengan kaum India, namun penggunaan bahasa mereka masihtidak berubah, cuma dari segi nada dan intonasi sahaja yang narnpaknya sudahlebih perlaban.

    Berbanding dcngan bangsa dan bahasa Melayu, masyarakat India tidak fahamtentang simpulan bahasa, peribahasa ataupun pantun yang digunakan dalam bahasaMelayu. Banyak aspek kebahasaan lain juga seperti kiasan, perlambangan dansebagainya yang tidak difaharni langsung, kccuali apa yang pernah mereka pelajaridi sekolah, iru pun kadangkala disalahertikan dalarn penggunaannya. Mereka jugatidak mernaharnl bahasa badan, iaitu perilaku at an gerak gcri badan ketikaberinteraksi.

    RumusanUntuk rnemperkatakan kcsantunan bahasa di kalangan rnasyarakat Melayu dan bukanMelayu semernangnya rnemerlukan masa dan ruang yang lebih besar. Namun denganketerbatasan ruang dan waktu ini, dapat dikatakan baha wa masyarakat bukan Melayu

  • 8/6/2019 Bab 5 Kesantunan Bahasa

    12/12

    eo / Jumet Peradaban Mefayu

    juga mernpunyai kesanrunan bahasa ketika berkomunikasi dalam bahasa Melayudan rnereka akan Icbih santun sekiranya didedahkan dengan pcnggunaan bahasaMelayu yang lebih luas. Mereka tidak dapat mcnunjukkan kcsopanan kerana tidakmemahami penggunaan bahasa Mclayu dengan me ndalarn, sebal iknya hanyamenggunakan bahasa Mclayu pada waktu-waktu tertenru sahaja,Hasrat kerajaan dalam membudayakan bahasa Mclayu di kalangan masyarakatMalaysia semernangnya rnerupakan hasrat yang murni, namun dalam keadaanrnasyarakat majmuk yang berbilang kaum, tenrunya kaum-kaum lain juga inginrnemclihara bahasa ibunda masing-masing agar ridak hilang begitu sahaja, rnakasatu bangsa satu bahasa yang pernah dilaung-Iaungkan mungkin hanya dapatdilaksanakan di kalangan segelintir rnasyarakar sahaja, Keindahan dan kesantunandalarn bahasa Mclayu yang mernpunyai etika, keindahan dan kesopanan hanya dapatdiamalkan dan diikuti olch masyarakat Melayu itu sendiri.

    BibliografiAsrnah Omar, 2002. Selia dan Sall/UII Bahasa. Tanjong Malim: Penerbitan Universiti

    Pcndidikan Sultan Idris.Asrnah Ornar, 1993. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka.Abbas Mohd Shariff. 2002. Buday" dan Falsafah Ora Ill{Melayu. Singapura: ED Media

    Pub.Hashim Musa, 1994. Pengantar Faisafah Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    PuslakaNorazit Selar, Hashim Awang & orhisham Osman (ed.), 1997. Menitt Zaman: Masyarakat

    Melayu Amara Tradisi dan Moden, Kuala Lumpur: Akaderni Pengajian Mclayu.Sibarani. Robert. 2002. Fenornena Kesantunan Bahasa Dalam Bahasa Metayu/ lndonesia,

    Kcrras Kerja yang dibenrangkan dalarn Kolokium Bahasa dan Pemikiran Mclayu In.Songkhla, Partani pada 4-7 Mei 2002.

    Prof. R. H. A Socnarjo S.H. et al, 1971. Al-Qurun dan Terjemahan, Arab Saudi: AsysyarifMedinah Munawwarah.

    Karnus Dewan (Edisi Ketiga), 1996. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Recommended