Transcript
Page 1: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

PENGENALAN 2

0

`

TUGASANJANUARI 2014 SEMESTER

KOD KURSUS EFF 312

NAMA KURSUS FONETIK DAN FONOLOGI

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR AZMAN BIN

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR

AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN AEU KUDAT

Page 2: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

1. Transkripsi Fonetik bagi Lirik Lagu “Bunyi gitar” 3 dan “Getaran jiwa” oleh P. Ramlee

2. Esei : “Penggunaan Bahasa Baku Kurang 9 Diberi Perhatian Di Sekolah Rendah”

3. Ringkasan artikel : “Inventori Vokal Dialek 16

Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula”

(Oleh Adi Yusran Abdul Aziz)

RUMUSAN 22

RUJUKAN 23

PENGENALAN

Saya ingin memanjatkan setingg-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas

hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini dapat

disiapkan dengan jayanya.

1

Page 3: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

Objektif tugasan ini ialah membuat justifikasi sumbangan fonetik dan fonologi

terhadap perkembangan bahasa Melayu; mengenal pasti permasalahan dan perbezaan yang

wujud dalam pendekatan fonetik dan fonologi bahasa Melayu; mengaplikasikan pengetahuan

fonetik dan ejaan dalam sistem sebutan dan intonasi; menulis semula sistem bunyi bahasa

Melayu berdasarkan rumus fonologi generatif; dan juga menunjukkan rasa prihatin terhadap

kepentingan sistem bahasa baku.

Tugasan ini mengandungi tiga bahagian jawapan kepada setiap soalan tugasan .

Pertama : Penulisan lagu Bunyi gitar dan Getaran jiwa (oleh P. Ramlee) dalam bentuk

Transkripsi Fonetik; kedua : Penulisan esei bertajuk “Penggunaan Bahasa Baku

Kurang Diberi perhatian Di Sekolah Rendah”; dan yang ketiga : Ringkasan artikel

bertajuk “Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula” oleh Adi

Yusran Abdul Aziz.

Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih

kepada kepada pihak pensyarah dan penyelia tugasan di atas nasihat, dorongan dan tunjuk

ajar kalian. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang

telah menjalankan sesi kolaborasi bersama saya untuk berkongsi idea atau sebarang pendapat.

Kerjasama dan keperihatinan pihak pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan amat saya

hargai.

Saya yakin bahawa tugasan ini mampu menjelaskan kepada kita berkaitan cabang-

cabang fonetik, sifat-sifat bunyi bahasa Melayu, ciri-ciri fonem vokal, ciri-ciri fonem

konsonan seterusnya kaitan fonetik dan fonologi dengan sebutan baku dan serta sitem ejaan

dalam bahasa Melayu. Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha murni ini dalam meneruskan

penghayatan ilmu sepanjang masa.

Disediakan oleh :

AZMAN BIN 27 Mac 2014MAEU Kudat

1. Transkripsi Fonetik Lirik Lagu “Bunyi Gitar” Dan “Getaran Jiwa” Oleh P.

Ramlee Dalam Bentuk

Lirik Lagu “Bunyi Gitar” (Oleh P.Ramlee)

Oh bunyi gitar

Irama twist

2

Page 4: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

Tidak sabar

Si gadis manis

Dengar lagu rancak gembira

Hatinya rindu tergoda

Ingin dapat teman

Menari suka ria

Sungguh merdu

Lagu ini

Siapa mahu

Boleh menari

Pilih satu teman sendiri

Ataukah si hitam manis

Kalau sudi mari, kita menari twist

Oh gitar berbunyi

Menawan hati sedang berahi

Oh rancaknya irama

Dapat mikat sukma

Gadis dan teruna

Mari cari teman gembira

Gitar solo, Dan melodi

Ikut tempo

Kalau menari

Sila adik,

sila cik abang

Marilah kita berdendang

Irama gembira

Hati jadi riang

i. Transkripsi Fonetik bagi lirik lagu “Bunyi Gitar” (Oleh P.Ramlee)

Oh bunyi gitar :

[#ˀoh buɲi gitar#]

Irama twist :

[#ˀirama@ twis#]

3

Page 5: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

Tidak sabar :

[#tidaʔ sabar#]

Si gadis manis :

[#si gadis ma@nĩs#]

Dengar lagu rancak gembira :

[#dəŋa@r laᵂgu rančaʔ gəmbira#]

Hatinya rindu tergoda :

[#hatiɲa rinᵂdu tərgoda#]

Ingin dapat teman :

[#ˀiŋĩn dapat təma@n#]

Menari suka ria :

[#məna@ri ᵂsuka riʲa #]

Sungguh merdu :

[#ᵂsuŋᵂguh mәrᵂdu#]

Lagu ini :

[#laᵂgu ˀinĩ#]

Siapa mahu :

[#siʲapa ma@ᵂhu#]

Boleh menari :

[#ᵂboleh məna@ri#]

Pilih satu teman sendiri :

[#pilih saᵂtu təma@n səndiri#]

4

Page 6: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

Ataukah si hitam manis :

[#ˀataukah si hitam ma@nĩs#]

Kalau sudi, :

[#kalau ᵂsudi#]

Mari kita menari twist :

[#ma@ri kita məna@ri twis#]

Oh gitar berbunyi :

[#ˀoh gitar bərᵂbuɲi#]

Menawan hati sedang berahi :

[#məna@wan hati sədaŋ bərahi#]

Oh rancaknya irama :

[#ˀoh rančaʔɲa ˀirama@#]

Dapat mikat sukma :

[#dapat mĩkat ᵂsuʔma@#]

Gadis dan teruna :

[#gadis dan təᵂruna@#]

Mari cari teman gembira :

[#ma@ri čari təma@n gəmbira#]

Gitar solo : [#gitar ᵂsoᵂlo#]

Dan melodi :

[#dan meᵂlodi#]

Ikut tempo :

5

Page 7: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

Lirik Lagu “Getaran Jiwa” (Oleh P.Ramlee)

Getaran jiwa

Menlanda hatiku

Tersusun nada

Irama dan lagu

Walau hanya sederhana

Tetapi tak mengapa

Moga dapat membangkitkan

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

[#ˀiᵂkut temᵂpo#]

Kalau menari :

[#kalau məna@ri#]

Sila adik, :

[#sila ˀadiʔ#]

sila cik abang :

[#sila čiʔ ˀabaŋ#]

Marilah kita berdendang :

[#ma@rilah kita bərdendaŋ#]

Irama gembira :

[#ˀirama@ gəmbira#]

Hati jadi riang :

[#hati jadi riʲaŋ#]

6

Page 8: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

Lirik Lagu “Getaran Jiwa” (Oleh P.Ramlee)

Getaran jiwa

Menlanda hatiku

Tersusun nada

Irama dan lagu

Walau hanya sederhana

Tetapi tak mengapa

Moga dapat membangkitkan

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

ii. Transkripsi Fonetik Bagi Lirik Lagu “Getaran Jiwa” Oleh P.Ramlee

Getaran jiwa :

[#gətaran jiwa#]

Menlanda hatiku :

[#məlanda hatiᵂku#]

Tersusun nada :

[#tərᵂsuᵂsun na@da#]

Irama dan lagu :

[#ˀirama@ dan laᵂgu#]

Walau hanya sederhana :

[#walau haɲa sədərhana@#]

Tetapi tak mengapa :

[#tətapi taʔ məŋapa#]

7

Page 9: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

Moga dapat membangkitkan :

[#ᵂmoga dapat məmbaŋkitkan#]

Sedarlah kamu wahai insan :

[#sədarlah kaᵂmu wahai ˀinsan#]

Tak mungkin hilang :

[#taʔ ᵂmuŋkin hilaŋ#]

Irama dan lagu :

[#ˀirama@ dan laᵂgu#]

Bagaikan kembang :

[#bagaikan kəmbaŋ#]

Sentiasa bermadu :

[#səntiʲasa bərmaᵂdu#]

Andai dipisah :

[#ˀandai dipisah#]

Irama dan lagu :

[#ˀirama@ dan laᵂgu#]

Lemah tiada berjiwa hampa :

[#ləma@h tiʲada bərjiwa hampa#]

2. Esei :

“Penggunaan Bahasa Baku Kurang Diberi Perhatian Di Sekolah Rendah”

8

Page 10: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

Bahasa adalah alat komunikasi dan pengucapan. Ia mempunyai etos yang

menghubungkan manusia dengan manusia termasuklah budaya. Bahasa jiwa bangsa pula

menggambarkan sesuatu bahasa yang tidak saja diamal dan dihayati tetapi terkandung makna

yang menghubungkan pemikiran dan hati. Bahasa Melayu di Malaysia telah wujud ratusan

tahun di samping bangsa Melayu bersama-sama mengukir sejarah mengukir sejarah, tradisi

dan budayanya. Selepas merdeka bahasa Melayu ditempatkan dalam sistem pendidikan yang

membolehkan ia dipelajari secara tertib dengan pemahaman terhadap nahu dan ayat sehingga

menjadi baku dalam sebutan. Bahasa Melayu secara perlembagaan merupakan bahasa rasmi

dan dalam bidang pendidikan merupakan bahasa pengantar. Bahasa Melayu menjadi asas

kepada perpaduan negara. Kebakuan bahasa Melayu dalam perhubungan, percakapan dan

pengkaryaan amat penting diperkukuhkan supaya bahasa Melayu mampu tampil sebagai

bahasa ilmu, sains dan teknologi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), baku

bermaksud sesuatu yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah (bentuknya,

sifatnya dan lain-lain) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk yang lain

(bahasa, sebutan, ejaan, dan sebagainya) dan standard. Nik Safiah (1987) pula

mendefinisikan bahasa baku sebagai satu bentuk bahasa yang telah dikodifikasikan,

diterima dan dijadikan sebagai model oleh sekumpulan besar komuniti bahasa. Pembakuan

pula merujuk kepada proses pengkodan bahasa dalam aspek tatabahasa, sebutan ejaan,

pengkamusan dan peristilahan.

Walaubagaimanapun, sehingga kini bahasa Melayu masih menghadapi pelbagai

bentuk cabaran dan kesukaran dalam mempertahankan kebakuannya sehingga

menjadi bahasa rojak dan yang lebih dikhuatiri ia berlaku di peringkat sekolah rendah.

Melalui pengamatan dan pemerhatian saya di sekolah rendah tempat saya mengajar,

penggunaan bahasa baku masih lagi kurang diberi perhatian. Saya juga berkesempatan

menjalankan temubual bersama dua orang guru bahasa Melayu yang mengajar di salah

sebuah sekolah rendah di Daerah Kota Belud, Sabah bagi mendapatkan maklumat tentang

situasi yang melanda penggunaan bahasa baku di sekolah tersebut sama ada dalam kalangan

para pelajar mahu pun kalangan guru-guru. Kedua-dua guru tersebut hanya ingin dikenali

sebagai Guru X dan Guru Y.

Temubual bersama Guru X dan Guru Y membuktikan penggunaan bahasa baku

kurang diberi perhatian di sekolah rendah. Kedua-dua mereka mengajar di sekolah tersebut.

Guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah yang terletak di Kudat, Sabah itu terdiri daripada

9

Page 11: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

pelbagai suku kaum yang bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing. Sebagai contoh suku

kaum Rungus yang merupakan suku kaum terbesar di Kudat, seterusnya minoriti adalah suku

kaum Bajau, Bugis, Ubian, Suluk, Dusun, Murut dan Melayu. Guru X telah menjelaskan

tentang fenomena bahasa yang berlaku di sekolah tersebut iaitu bahasa baku kurang diberi

perhatian oleh kalangan segelintir guru dan majoriti para pelajarnya. Beliau menyatakan

beberapa masalah telah menyelubungi penggunaan bahasa baku di sekolah itu. Masalah

tersebut pertama adalah guru tidak menekankan penggunaan bahasa baku dan tidak

pula mengaplikasi sepenuhnya sewaktu perhimpunan rasmi sekolah, sewaktu menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sewaktu menjalankan perjumpaan

unit berunifom (aktiviti kokurikulum) dan sewaktu menyampaikan taklimat sesama guru.

Apa yang berlaku adalah terdapat segelintir selain guru bahasa Melayu telah

mencampuradukkan bahasa baku dengan penggunaan bahasa pasar. Demikian juga yang

berlaku dalam kalangan para pelajar di situ. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,

bahasa pasar ialah bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang

tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan

orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang

betul. Pengertian keduanya ialah campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa

kedua yang cuba ituturkannya. Beberapa contoh ayat yang mengalami percampuran bahasa

pasar tersebut adalah seperti berikut :

i. Jangan kasi besar suara kamu time guru becakap di depan. (Jangan berbuat bising

ketika guru berucap di hadapan.)

ii. Bukak muka surat tigak puluh sembilan dan pakai pensel kamu kasi tanda mana-

mana yang ada isi penting. (Buka muka surat tiga puluh Sembilan dan tandakan

perenggan yang mengandungi isi penting.)

iii. Bisuk semua kamu mesti pakai pakaian seragam Persatuan Puteri Islam. (Besok

semua pelajar mesti memakai pakaian seragam Persatuan Puteri Islam.)

iv. Astaga siapa suru kamu begusti dalam kelas ni? (Astaghfirullah, siapakah yang

menyuruh kamu bergaduh di dalam kelas?)

v. Asik-asik urang yang sama sejak yang balik-balik gaduh.

Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan ketidakperihatinan guru terhadap

penggunaan bahasa baku di sekolah rendah. Segelintir mereka lebih suka bertutur dalam

bahasa pasar sedemikian dengan alasan supaya murid cepat memberikan respon mereka. Ayat

10

Page 12: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

di atas juga mempunyai banyak kesilapan dari sudut bunyi, ejaan dan tatabahasanya. Ini

bererti dari sudut fonetik dan fonemiknya dalam bahasa baku juga tidak betul. Guru

seharusnya menggunakan bahasa baku ketika menyampaikan arahan, ucapan, penerangan,

pengumuman dan isi pelajaran semasa di sekolah. Dengan itu, bahasa Melayu baku mudah

diterap penggunaannya ke atas para pelajar.

Guru Y pula menambah penjelasannya dengan menyatakan masalah kedua yang

dihadapi oleh penggunaan bahasa baku di sekolah itu iaitu masalah penggunaan bahasa

ibunda yang dicampuradukkan dengan bahasa baku dalam kalangan para pelajar di

sekolah tersebut sama ada dalam bentuk lisan mahupun dalam penulisan ayat juga

karangan bahasa Melayu. Bahasa ibunda bermaksud bahasa yang ditutur secara khusus

oleh sesuatu bangsa dan diwarisi bergenerasi. Ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh

bahasa ibunda ke atas penggunaan bahasa baku. Sebagai contoh bahasa Melayu baku

bercampur aduk dengan bahasa Samah yang dituturkan oleh suku kaum Bajau, antaranya

seperti berikut :

i. Ei no jomo ei balik-balik muat salah. (Demikianlah akibatnya jika melakukan

kesalahan.)

ii. Bana-bana ataiku sedih. (Hatiku benar-benar sedih.)

iii. Jangan kita muat keburukan sebab itu nyiak alap. (Jangan melalukan keburukan

sebab ia perbuatan yang tidak baik.)

iv. Kita harus selalu moso buku. (Kita harus selalu membaca buku.)

v. Tekun berusaha ei amalan yang alap. (Tekun berusaha itu amalan yang mulia.)

Guru Y menyambung lagi penjelasan beliau tentang masalah yang melanda

penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar di sekolah itu. Para pelajar di

sekolah itu sering menggunakan bahasa Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Para pelajar di

situ sedang terdedah dengan alat atau gadjet komunikasi seperti telefon bimbit android, I-pad

dan sebagainya. Mereka juga terdedah dengan aplikasi internet seiring dengan perkembangan

zaman dan kemajuan teknologi informasi biarpun mereka mendiami Daerah Kudat salah

sebuah daerah di Sabah, Malaysia timur, sebelah utara pulau borneo. Ekoran daripada

penggunaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang kerap oleh para pelajar, ia telah

mengundang masalah kesalahan bahasa dari sudut penggunaan singkatan perkataan, lambang

angka atau kod tertentu untuk menggantikan maksud sebenar. Lalu ia terbawa-bawa dalam

situasi rasmi seperti karangan bahasa Melayu, surat rasmi, dan pelbagai penulisan bahasa

Melayu. Dengan kata lain ini adalah masalah pencemaran bahasa. Pencemaran bahasa

11

Page 13: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

adalah merangkumi kesalahan bahasa dan aspek tatabahasa, struktur ayat, ejaan, istilah,

penggunaan bahasa rojak dan sebagainya.

Guru X seterusnya menjelaskan tentang faktor-faktor yang menjadi punca kepada

penggunaan bahasa baku kurang diberi perhatian di sekolah tersebut. Faktor pertama ialah

ketidakbiasaan dalam menggunakan sebutan baku dalam bahasa Melayu. Para pelajar

menjadi janggal dan sukar untuk menyebutnya. Bahasa baku sememangnya kurang

digunakan melainkan dalam urusan-urusan rasmi seperti dalam majlis rasmi. Para pelajar itu

pula lebih selesa menggunakan bahasa pasar atau bahasa ibunda untuk berkomunikasi kerana

mereka telah biasa dengan laras bahasa tersebut. Apatah lagi dirumah mereka sendiri,

sepenuhnya bertutur dalam bahasa pasar atau bahasa ibunda.

Faktor kedua, penggunaan bahasa Melayu baku yang minima dalam kalangan

segelintir guru yang tidak mengajar bahasa Melayu di sekolah tersebut. Guru-guru

mengambil jalan mudah dan cenderung menggunakan bahasa pasar atau bahasa rojak dengan

alasan supaya pelajar lebih mudah dan lebih cepat memahami mesej yang ingin disampaikan,

mewujudkan suasana pembelajaran yang menghiburkan, menjalinkan kemesraan antara guru

dengan pelajar. Dengan kata lain, guru lebih selesa menggunakan bahasa pasar atau bahasa

rojak sama ada dalam sesi pengjaran mahupun dalam aktiviti di luar bilik darjah. Apa pula

bahananya ekoran daripada sikap guru yang meremehkan atau mengambil mudah akan

penggunaan bahasa Melayu baku ini? Sudah tentu sikap guru-guru ini akan melahirkan

pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa Melayu baku. Hal ini perlu dibendung secara

berterusan demi memerangi masalah kerancuan bahasa seperti ini tambahan pula ia kian

menular dalam kalangan segelintir guru. Kerancuan bahasa menurut Kamus Dewan Edisi

Keempat bermaksud keadaan penggunaan bahasa yang tidak teratur, mencampuradukkan

bahasa iaitu bahasa Melayu dengan bahasa lain.

Faktor ketiga, pengaruh bahasa ibunda, bahasa asing atau bahasa kedua. Pengaruh

bahasa ibunda turut menyumbang kepada penggunaan bahasa Melayu baku kurang diberi

perhatian di sekolah rendah tersebut. Guru X menyatakan bahawa sebahagian pelajar di situ

kerap menggunakan bahasa ibunda mereka bukan sahaja secara lisan tetapi dalam penulisan

bahasa Melayu. Ini jelas menunjukkan mereka telah melakukan kesalahan bahasa dari sudut

istilah yang menyalahi, merancu dan mencemari bahasa Melayu baku. Apabila pihak guru

tidak berkesempatan atau meremehkan aktiviti pembetulan ke atas jawapan yang salah atau

membiarkan sahaja pelajar melafazkannya secara lisan, sudah tentu amalan sedemikian akan

menjadi kebiasaan pelajar-pelajar tersebut. Hal ini jika berlarutan dikuatiri akan menjejaskan

pemahaman pelajar terhadap kosa kata bahasa Melayu yang betul dan sukar membezakan

12

Page 14: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

antara kosa kata bahasa Melayu dengan bahasa ibunda masing-masing. Justeru, para pelajar

tersebut perlu diberi kesedaran dan latih tubi insentif supaya mengelakkan berlaku

ketidakfahaman atau kekeliruan dalam penggunaan kosa kata baku yang betul.

Faktor keempat, para pelajar kususnya dan masyarakat secara amnya tidak dapat

menggunakan bahasa Melayu yang betul sepenuhnya kerana acuannya sendiri sejak sebelum

kemerdekaan lagi telah mengalami pelbagai fenomena. Sebagaimana Awang Sariyan (1994)

menyatakan bahawa salah satu punca utama terjadinya kerancuan bahasa Melayu ialh wujud

manusia yang bukan ahli tempat yang menentukan nasib bahasa Melayu itu sendiri.

Faktor kelima, kurangnya pendedahan dan penghayatan dalam kalangan pelajar dan

guru-guru yang tidak mengajar Bahasa Melayu tentang kehebatan bahasa Melayu, termasuk

perjuangan bahasa Melayu itu sendiri dalam menyatupadukan rakyat sejagat, peranannya,

keunikannya, keistimewaannya, dan keindahannya dalam kehidupan masyarakat sejak dulu,

sekarang dan akan datang. Kalaulah mereka mengenali dan menghayati sepenuhnya akan

bahasa Melayu tersebut, sudah pasti kecintaan terhadap bahasa Melayu akan terserlah bukan

sahaja hanya pada bibir mereka tetapi juga dalam apa jua amalan seharian mereka.

Sesungguhnya bahasa Melayu itu berperanan besar sebagai bahasa jiwa bangsa.

Setelah membicarakan tentang masalah yang menimpa penggunaan bahasa Melayu

baku, faktor-faktor utama yang menjadi punca masalah tersebut, tibalah pula untuk kita

mencari langkah-langkah penyeleasaiannya supaya masalah bahasa Melayu baku ini

dibendung segera. Langkah pertama, peranan guru-guru.dan pihak sekolah. Guru hendaklah

memperbaiki semua kelemahan yang dikesan dalam penggunaan bahasa Melayu baku kurang

diberi perhatian di peringkat sekolah. Sebagai contoh, memperbetulkan terlebih dahulu

kesalahan bahasa yang dilakukan oleh guru sendiri kemudian disusuli dengan

memperbetulkan kesalahan bahasa dalam kalangan pelajar. Pihak sekolah pula perlu

menganjurkan aktiviti-aktiviti bahasa seperti mengadakan program bulan bahasa dengan

pengisisan pertandingan seperti pidato, syarahan, kuiz bahasa, pertandingan mencipta

pantun, pertandingan bercerita bahasa Melayu dan banyak lagi. Dengan penyertaan pelajar

yang menggalakkan, secara tidak langsung mereka terdedah dengan penggunaan bahasa

Melayu yang betul bak kata pepatah “Sambil menyelam minum air”.

Langkah kedua, pihak kerajaan perlu meningkatkan kempen kesedaran untuk

memartabatkan bahasa Melayu baku. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan

bahasa Melayu yang gramatis dan memperkasakan kembali bahasa Melayu di peringkat

sekolah. Kempen itu pula lebih bermakna jika menyediakan penceramah berpenglaman untuk

menyampaikan ceramah ‘Cintailah bahasa Melayu’. Kempen ini juga selain daripada para

13

Page 15: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

pelajar menyertainya, guru-guru turut digalakkan untuk menyertainya. Selain itu, ia boleh

dilakukan dalam penyebaran media massa sebagaimana yang kita tahu media massa

merupakan satu kompenen yang paling mudah untuk berkongsi informasi. Selain itu

kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersama badan bukan kerajaan (NGO)

juga boleh diwujudkan untuk mengadakan kempen bahasa ke arah memerangi masalah

kerancuan bahasa dan pencemaran bahasa.

Langkah ketiga, peranan ibu bapa juga penting ke arah membendung masalah yang

menghalangi penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

Banyak cara boleh dilakukan oleh ibu bapa walaupun hanya berada di rumah kediaman

mereka. Antaranya membudayakan anak-anak mereka dengan budaya suka membaca.

Melalui pembacaan pelbagai bahan bacaan bermanfaat, anak-anak akan terdedah kepada kosa

kata Melayu baku yang betul. Kekeliruan penggunaan kosa kata dapat diminimumkan.

Amalan membaca juga membantu pelajar membezakan antara kosa kata Melayu baku dengan

kosa kata yang tidak diterima dalam bahasa Melayu baku. Contoh bahan bacaan yang baik

adalah seperti buku cerita bahasa Melayu berbentuk cerita pengajaran, buku rujukan

penulisan bahasa Melayu, buku rujukan tatabahasa Melayu, majalah-majalah ilmiah, surat-

surat khabar bahasa Melayu dan sebaginya. Melalui pembacaanlah, manusia boleh

menambah ilmu bahasa dan memperbanyakkan kosa kata bahasa Melayu.

Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa semua masalah berkaitan

kerancuan bahasa dan pencemaran bahasa telah menyebabkan penggunaan bahasa Melayu

baku di peringkat sekolah rendah kurang di beri perhatian. Setelah mencari faktor-faktor

utama yang menjadi punca masalah tersebut, kita perlu pula mencari jalan penyelesaiannya.

Oleh itu, semua pihak bermula daripada pihak berwajib diikuti dengan pihak sekolah, guru-

guru, individu pelajar seterusnya ibu bapa perlulah berganding bahu memartabatkan

penggunaan bahasa Melayu baku dengan memainkan peranan yang pragmatik. Dengan

adanya usaha yang berterusan serta efisien, bahasa Melayu yang merupakan bahasa

kebangsaan ini akan sentiasa dihormati dan penggunannya mampu dilindungi daripada

kerosakan bahasa dari masa ke semasa. Siapa lagi yang ingin memelihara dan meneruskan

penggunaan bahasa Melayu baku kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia. Sesungguhnya,

negara tidak mahu kehilangan bahasa yang indah ini, sebaliknya ingin memprioritikan bahasa

Melayu sebagai bahasa berprestij di persada dunia dengan harapan generasi akan datang

dapat menikmati keaslian dan ketulenan bahasa Melayu seterusnya tak lapuk dek hujan, dan

tak lekang dek panas.

14

Page 16: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

3. Ringkasan artikel : “Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian

Semula” (Oleh Adi Yusran Abdul Aziz; Sumber : Universiti Putra Malaysia, Jurnal

Persatuan Linguistik, 11. Pp. 1-19. IS1823-9242).

15

Page 17: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

i. Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah menilai semula dan memberikan penjelasan terhadap

inventori vokal dalam dialek Kelantan yang menimbulkan banyak persilisihan pendapat

dalam kalangan pengkaji. Penulis artikel mengkaji beberapa aspek utama terdiri daripada

aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem, vokal

oral sengau, serta penggunaan simbol vokal International Phonetic Alphabet (IPA).

ii. Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh penyelidik ialah dengan

menggunakan data berbentuk dokumen. Menurut Noeng (2000), dokumen bermaksud

segala bahan tertulis mahupun filem yang sudah tersedia pada tempat tertentu. Penulis artikel

menggunakan analisis dokumen bagi mendapatkan data secara objektif melalui dokumen.

Penulis artikel ini juga yang bertanggungjawab ke atas penyelidikan ini telah menngunakan

pendekatan fonologi generatif untuk menjalankan analisis ke atas aspek segmen vokal dialek

Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem, vokal oral sengau, serta penggunaan

simbol vokal International Phonetic Alphabet (IPA). Seterusnya data kajian pula terdiri

daripada sumber sekunder yang diperoleh daripada kajian kepustakaan sebelum ini seperti

kajian yang dilakukan oleh Nik Safiah (1965, 1966), Hashim (1971, 1974), Abdul Hamid

(1982, 1994), Ajid (1985) Ahmad Ramizu (2009), analisis oleh Farid (1980) dan analisis

semula oleh Teoh (1994).

Dapatan Kajian

16

Page 18: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

Penyelidik telah menemui beberapa dapatan kajian dalam analisisnya ke atas inventori

vokal dalam Dialek Kelantan menggunakan pendekatan fonologi generatif.

i. Inventori Vokal Dalam Dialek Kelantan Menggunakan Pendekatan Fonologi

Generatif

Vokal terbitan dalam Dialek Kelantan, iaitu vokal . Segmen vokal

[Ɛ] dan [ↄ] kedua-duanya mempunyai banyak persamaan dari segi fitur, iaitu [-tinggi], [-

rendah], [-ATR], dan [kendur], manakala segmen vokal [ɑ] pula berfitur [+rendah],

[+belakang], dan [tegang]. Kedua-dua vokal [ɐ, ↄ] adalah vokal terbitan dan bukan berstatus

fonem dalam Dialek Kelantan. Pendapat ini adalah berdasarkan beberapa generalisasi

fonologi. Pertama, fonem vokal dialek-dialek Melayu biasanya sama dengan fonem vokal

bahasa induknya, iaitu bahasa Melayu (BM) kerana wujudnya saling memahami antara

penutur dialek-dialek tersebut dan bentuk fonetik yang dihasilkan itu adalah direalisasikan

daripada bentuk fonemik yang sama. Ahli bahasa Melayu telah sepakat mengatakan bahawa

fonem bahasa Melayu hanya ada enam sahaja, iaitu /i, e, ǝ, a, o, u/. Kedua, kehadiran segmen

vokal [ɐ, ↄ] dalam kata adalah mudah diramal. Mengikut data yang terdapat dalam Dialek

Kelantan tiga kemungkinan kehadiran [ɐ] dan [ↄ], iaitu [ɐ] yang direalisasikan daripada /e/

(misalnya : /gelek/ S [ge.leʔ]), /ai/ dan /ia/ di tengah kata (missalnya : /haiyan/ S

/biasa / S [ ]. Manakala segmen vokal [ↄ] pula direalisasikan daripada /o/

(misalnya : /botol/ S [bↄ.tↄ:]) atau /au/ dan /ua/ di tengah kata (misalnya : /taubat/ S

[tↄ.baʔ], ± /buaia/ S [bↄ.jɑ). Bagaimanapun Teoh (1994) mengemukakan pandangan

yang berbeza daripada pengkaji-pengkaji sebelumnya dengan mengatakan bahawa vokal /i, u/

pada suku kata akhir tertutup direalisasikan sebagai vokal kendur (laxing vowel) [I, U]

bukannya vokal tegang [e, o]. Beliau beranggapan bahawa perealisasian /i, u/ kepada [e, o]

pada suku kata akhir tertutup, jarang berlaku dan boleh dianggap sebagai kekecualian.

Contoh yang diberikan oleh beliau adalah seperti di bawah :

17

Page 19: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

Penulis artikel berpendapat bahawa transkripsi fonetik yang betul bagi data di

atas ialah [bi.siʔ], [lu.kih], [hi.doʔ], dan [tu.toʔ]. Hanya Teoh (1994) pengkaji yang

menggunakan kedua-dua segmen vokal ini dalam data mereka. Penulis artikel sebaliknya

berpendapat bahawa kedua-dua bunyi vokal ini tidak dituturkan oleh penutur asli Dialek

Kelantan. Data yang digunakan oleh Teoh (1994) di atas agak meragukan dan mungkin

bersifat ideolek. Teoh juga menamakan bahasa Okpe, salah satu bahasa Benue-Congo yang

dituturkan di Nigeria, contohnya berlaku pengenduran vokal seperti ini. Hoffman 1973 (dlm.

Casali 1996) beranggapan bahawa dalam bahasa Okpe, segmen vokal [I, U] hanya wujud dari

segi fonologinya, tetapi masih [e, o] dari segi fonetiknya. Ini disebabkan kehadiran vokal

tersebut ditentukan oleh harmoni vokal. Harmoni vokal ialah satu perlakuan fonologi yang

menunjukkan vokal-vokal berdekatan dalam satu medan (biasanya perkataan) berkongsi satu

nilai yang sama bagi fitur atau fitur-fitur distingtif tertentu (Bakovic, 2003). Hasil daripada

analisis kesemua data Dialek Kelantan, didapati fitur yang boleh dikongsi bersama

seperti dalam definisi harmoni vokal di atas ialah [±ATR]. Dengan itu, harmoni vokal

Dialek Kelantan merupakan satu perlakuan fonologi yang menunjukkan segmen-segmen

vokal berdekatan dalam satu perkataan berkongsi satu nilai yang sama bagi fitur [±ATR].

Bagaimanapun Teoh (1994) mendakwa bahawa terdapat rumus fonologi dalam Dialek

Kelantan yang menyatakan bahawa vokal akan menjadi [-ATR] dalam suku kata akhir

tertutup kata dasar. Berdasarkan data DK yang diberikan Teoh, vokal suku kata akhir tertutup

Dialek Kelantan boleh terdiri daripada [I, U, Ɛ , ↄ, a, ɐ] yang bersamaan dengan semua vokal

terbitan kecuali [a]. Ini bermakna beliau melihat fenomena yang berlaku dalam skop yang

lebih sempit daripada harmoni vokal yang melampaui batas suku kata. Ini menunjukkan

bahawa penjelasan berdasarkan harmoni vokal adalah lebih berpada.

Berdasarkan prinsip harmoni vokal ini, data yang diberikan oleh Teoh di atas

menunjukkan bahawa segmen vokal dalam kedua-dua suku kata adalah tidak harmoni. Dalam

suku kata pertama [i, u] adalah berfitur [+ATR], sedangkan vokal dalam suku kata kedua [I, U]

berfitur [-ATR]. Kaedah analisis berdasarkan harmoni vokal telah terbukti berkesan. Bagi

tujuan tersebut, kaedah ini juga digunakan ke atas Dialek Kelantan, terutamanya bagi

menentukan fitur dalaman bagi vokal /i, e, o, u/ yang berfitur [+ATR] pada suku kata akhir

tertutup. Sebagai contoh :

18

Page 20: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

Berdasarkan keterangan b, terdapat /e/ dalam suku kata akhir tertutup itu yang

dianggap fonemik. Persoalannya mengapa /bilek/ tidak direalisasikan sebagai [bi.lƐʔ],

sebagaimana /golek/ direalisasikan sebagai [gↄ.lƐʔ]. Harmoni vokal sekali lagi memainkan

peranan penting kerana pasangan vokal [i+Ɛ] adalah tidak harmoni, iaitu tidak berasimilasi

pada fitur [ATR]. Segmen vokal [i] berfitur [+ATR] sedangkan [Ɛ] berfitur [-ATR].

Fenomena ini tidak akan berlaku dalam Dialek Kelantan. Bagi mematuhi syarat harmoni

vokal ini, pilihan terbaik ialah mengekalkan bentuk harmoni yang ada dalam input, iaitu /i, e/

yang berasimilasi pada fitur [+ATR]. Dengan menggunakan kaedah harmoni vokal di

atas, satu tanggapan boleh dibuat untuk membezakan segmen vokal [i] dan [e] dalam

suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan, iaitu kedua-duanya masing-masing

direalisasikan daripada vokal /i/ dan /e/ di peringkat dalaman. Hal yang sama juga berlaku

pada segmen vokal [u] dan [o] dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan yang juga

direalisasikan daripada dua vokal yang berbeza /u/ dan /o/. Pasangan harmoni vokal Dialek

Kelantan bagi /u/ dalam suku kata akhir tertutup ialah /i+u/, /u+u/, /ə+u/, dan /a+u/ seperti

berikut :

/tikus/ [ti.kuh]

/lutut/ [lu.tuʔ]

/letup/ [le.tuʔ]

/patuk/ [pa.tuʔ]

19

Page 21: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

Manakala kombinasi harmoni vokal bagi /o/ pada posisi yang sama, iaitu /i+o/, /u+o/, /ǝ+o/,

dan /a+o/ yang dikekalkan dalam outputnya, sebagai contoh :

/sibok/ [si.boʔ]/kutok/ [ku.toʔ]/pǝlok/ [pǝ.loʔ]

Kesemua harmoni vokal tersebut berkongsi fitur [-ATR]. Dengan itu penulis artikel ini

mencadangkan bahawa bentuk dalaman dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /e/ dalam suku kata

akhir tertutup Dialek Kelantan dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /o/ dalam suku kata akhir

tertutup dianggap sebagai bentuk dalaman bahasa Melayu, sebagaimana Zaharani (1999, 2005)

dan sistem ejaan Za’ba (1965).

ii. Vokal terbitan [ɑ]

Teoh (1994) menggunakan simbol [ɐ] bagi merujuk kepada segmen vokal [ɑ]. Istilah

IPA bagi simbol [ɐ] ialah vokal tengah hampir luas (near-open central vowel). Dalam kajian

fonologi ia masih boleh dianggap sebagai vokal rendah dan mempunyai fitur [+belakang].

Secara fonetik pula, ia masih dianggap sebagai vokal tengah. Oleh itu, penggunaan simbol ini

masih mengundang kekeliruan terutama dari segi fonetiknya. Contoh bunyi [ɐ] yang ditemui

dalam laman web Wikipedia dan Summer Institute of Linguistics (SIL) International didapati

agak berbeza dengan bunyi /a/ di akhir kata dialek Kelantan berbanding dengan bunyi [ɑ]

dalam laman web yang sama. Perbandingan bunyi [ɑ] juga dibuat dengan beberapa perkataan

bahasa Inggeris Amerika yang terdapat dalam Compass CD-ROM Oxford Advanced

Learners Dictionary (Edisi Ketujuh), iaitu pod [pɑ:d], pot [pɑ :t], dan rock [rɑ:k] yang

didapati hampir sama dengan bunyi [ɑ] dalam perkataan kata [ka.tɑ], kapak [ka.pɑʔ] dan

marah [ma.yɑh] dalam dialek Kelantan.

Trigo (1991, dlm. Howe, 2003) pula menggunakan simbol [ɒ] bagi melambangkan

segmen [ɑ] dalam Dialek Kelantan. Trigo beranggapan bahawa segmen tersebut mempunyai

fitur [+bundar]. Demikian juga pendapat kebanyakan ahli tatabahasa struktural Dialek

Kelantan yang beranggapan segmen tersebut adalah [ↄ] yang juga mempunyai fitur

[+bundar]. Generalisasi fonologi menjelaskan bahawa kehadiran fitur [+bundar] ini boleh

diuji dengan menambahkan imbuhan akhiran /-an/. Sekiranya fitur tersebut bundar,

contohnya : nya /u/, maka ia akan menyisipkan segmen [w] pada posisi onset imbuhan

akhiran /-an/, contohnya : /adu+an/ S [a.du.wƐ:]. Apabila perkara yang sama dilakukan ke atas

[ɑ] dan [ↄ] pada posisi akhir kata, sama ada dalam Dialek Kelantan mahupun BM, penyisipan

20

Page 22: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

segmen [w] tidak berlaku, contohnyanya : /duga+an/ S [du.gɑ.ʔƐ:], bukannya *[du.gɒ.wƐ:] atau

*[du.gↄ.wƐ:]. Kehadiran fitur [+bundar] daripada fonem vokal /a/ yang mempunyai fitur [-

bundar] sukar dijelaskan secara fonologi terutamanya persoalan dari mana datangnya fitur

tersebut. jika kedua-dua /a/ dan /o/ boleh direalisasikan sebagai [ↄ], contohnya : /tolak/ dan

/tolok/ direalisasikan sebagai [tↄ.lↄʔ] dalam Dialek Kelantan, ia akan menyebabkan kehadiran

[ↄ] dalam kata sukar diramal dan menjadikannya berstatus fonemik. Fenomena ini

bertentangan dengan perilaku fonologi Dialek Kelantan dan Bahasa Melayu yang

menunjukkan segmen vokal [ↄ] tidak fonemik.

Kesimpulan Kajian

Kesimpulannya, terdapat sembilan segmen vokal dalam Dialek Kelantan iaitu enam

fonem dan tiga vokal terbitan. Manakala fonemnya terdiri dari /i, e, Ə, a, o u/ dan vocal

terbitan ialah [Ɛ,ↄ,ɑ]. Fonem dialek Kelantan adalah sama dengan fonem bahasa Melayu dan

daripada pernyataan tersebut dapat disimpulkan juga bahawa dialek-dialek lain pun

mempunyai inventori fonem yang sama. Kajian ini juga telah mengenal pasti bahawa simbol

sebenar bagi fonem vokal rendah /a/ di akhir kata seperti dalam perkataan /duga/ ialah [ɑ]

bukannya [ↄ], [ ]. atau [ɒ] seperti yang dianggap oleh pengkaji sebelum ini. Artikel ini juga

menunjukkan bahawa inventori fonem sesuatu bahasa atau dialek hendaklah dinilai dengan

menggunakan pendekatan fonologi dan juga pendekatan fonetik bagi menghasilkan inventori

segmen bunyi yang lebih berpada. Sesungguhnya, artikel ini berjaya menyelesaikan persoalan

dan keraguan yang timbul daripada hasil kajian lepas yang banyak menggunakan kesilapan

transkripsi fonetik. Artikel ini sangat membantu para pengkaji Dialek Kelantan yang akan

datang.

21

Page 23: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

RUMUSAN

Setelah tugasan Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini berakhir, dapatlah disimpulkan

bahawa fonetik merupakan ilmu bahasa yang berkaitan penyebutan dan lambing yang

menunjukkan sebutannya. Transkripsi fonetik pula berupaya membantu pelajar

membebaskan diri daripada ikatan ejaan dan dapat menumpukan perhatian pada keaslian

bunyi fonetik. serta membentuk atau mencipta harmoni yang setepat mungkin antara teks

dengan bunyi. Seterusnya, untuk menguasaai bahasa Melayu baku dan mengelakkan daripada

penggunaannya kurang diberi perhatian di peringkat sekolah rendah, usaha memartabatkan

bahasa Melayu baku perlu digalas dan disedari oleh semua pihak bermula daripada pihak

berwajib, diikuti dengan pihak sekolah, barisan guru, ibu bapa seterusnya individu pelajar.

Pembakuan bahasa di sekolah rendah perlu dipelihara daripada masalah kerancuan bahasa,

kerancuan tatabahasa dan juga pencemaran bahasa. Akhir sekali, Dialek Kelantan

mengandungi sembilan segmen vokal iaitu enam fonem dan tiga vocal terbitan. Fonem

tersebut ialah /i, e, Ə, a, o u/ dan vocal terbitan ialah [Ɛ,ↄ,ɑ]. Artikel “Inventori Vokal Dialek

Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula” (Oleh Adi Yusran Abdul Aziz) ini juga telah

berjaya menjawab persoalan yang timbul daripada hasil kajian lepas yang banyak

menggunakan kesilapan transkripsi fonetik.

22

Page 24: Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologi

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312 )

RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik : Fonetik & Fonologi

Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Aslita Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa Dan Pustaka (1998). Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006). Fonetik Dan Fonologi, Kuala Lumpur : PTS

Profesional 2002.

Ismail Dahaman (1994). Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Selangor D. E. : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim (1989 : 16-27). Bahasa Melayu Baku Ke Arah Pembinaan Bahasa

Kebangsaan yang sempurna. Dalam Asraf (Editor), Bahasa Melayu Baku : Asas

Pembinaan Tamadun, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaludin. Asas Fonetik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sulaiman Masri (1989). Inilah Bahasa Baku, Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Zaharani Ahmad (1993). Fonologi Generatif : Teori dan Penerapan, Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

23