Download doc - Assignment Ctu

Transcript
Page 1: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

PENDAHULUAN

Penjajahan negeri-negeri Melayu menjelang abad ke-19 oleh kuasa-kuasa besar

bukan sahaja meninggalkan impak yang maksimum kepada politik negara pada zaman

lalu, malah ia juga turut melibatkan bidang lain, terutamanya bidang ekonomi. Penjajahan

ekonomi pada zaman itu telah meninggalkan beberapa kesan, baik dari aspek negatif

mahupun positif. British mula menjajah Tanah Melayu sejak kejatuhan Melaka lagi iaitu

pada tahun 1511. Pada awalnya Portugis menjajah Melaka kemudian diambil alih oleh

Belanda pada 1641 dan akhirnya Tanah Melayu dijajah oleh British. British mula-mula

datang ke Tanah Melayu dan telah mengambil Pulau Pinang daripada tangan Sultan

Kedah pada 1786, menduduki Melaka untuk sementara waktu 1795 - 1818. Melalui

langkah-langkah ini British telah berjaya menguasai dan menjajah Tanah Melayu

sepenuhnya. Dengan penjajahan British ini telah banyak perubahan berlaku terutama dari

segi pentadbiran, pendidikan dan cara hidup masyarakat Islam. Walaupun penjajahan ini

banyak mengubah wajah Islam di Malaysia tetapi tidak sepenuhnya kerana ketebalan

keimanan sesetengah golongan masih kuat. Pada tahun 1946, Inggeris kembali berkuasa

di Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya. Namun

rakyat menolak penjajahan Inggeris kerana corak penjajahan Jepun yang zalim dan kejam

begitu menghantui.

1 Aini,Emah,Nurul

Page 2: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

Pada tahun 1957, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Walaupun begitu,

masyarakat melayu mengalami perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah Melayu

dijajah seluruhnya oleh Inggeris. Penjajahan Inggeris memperkenalkan bukan sahaja

dasar-dasar baru dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain,

tetapi juga nilai-nilai baru yang terselindung di sebalik dasar-dasar tersebut. Orang

Melayu, sama ada secara sedar atau tidak, turut mendokong nilai-nilai tersebut setelah

menerima (secara paksaan atau terpaksa) dasar-dasar penjajahan dalam bidang politik,

ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Pertembungan elemen-elemen baru yang

diperkenalkan oleh penjajah dengan amalan-amalan tradisi orang Melayu, banyak

mewujudkan konflik dan kontradiksi. Konflik dan kontradiksi ini, terutamanya atas paras

nilai, berlarutan hingga ke hari ini walau pun negara kita telah bebas dari cengkeman

penjajah. Ini kerana, pengaruh Barat dan nilai-nilai dari Barat terus melanda, malah

menjadi kian dominan. Program-program pembangunan dan perindustriaan yang

dilancarkan oleh negara-negara membangun termasuk Malaysia hari ini, masih

mengambil model Barat. Begitu juga dengan perkembangan teknologi maklumat

menjadikan dunia kini semakin kecil. Segala perkembangan yang berlaku terutamanya di

negara-negara maju di Barat, akan tersebar dengan begitu cepat di seluruh dunia. Dalam

soal agama, perluasan pentadbiran British telah memisahkan agama daripada urusan

sekular seperti politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi, pendidikan dan

sebagainya.

2 Aini,Emah,Nurul

Page 3: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

1) SISTEM POLITIK SELEPAS PENJAJAHAN

Apabila menyentuh mengenai sistem politik di tanah melayu umumnya dan di

Malaysia khususnya,secara keseluruhannya,di kebanyakan negara yang sedang

membangun aspek etnik selalunya mencorakkan pentas politiknya. Seperti yang telah kita

ketahui, Malaysia merupakan sebuah negara yang masih lagi mengamalkan sisitem

demokrasi secara berkesan. Hal ini adalah kerana sistem demokrasi di negara ini telah

berjalan lancar sejak pilihanraya umum yang pertama pada tahun 1955. hal ini

merupakan kesinambungan kepada penyatuan orang melayu,cina dan India yang

mendesak British memberikan kemerdekaan kepada tanah melayu.

Antara ciri-ciri demokrasi berparlimen yang diamalkan adalah raja

berperlembagaan . sistem pemerintahan ini adalah sistem yang mana masih mengamalkan

raja sebagai pemerintah tertinggi dengan dibantu oleh perdana menteri . selain daripada

itu, seperti mana yang telah diketahui,negara kita masih mengamalkan pilihanraya.

Melalui pilihanraya inilah,.rakyat berpeluang membentuk kerajaan di samping berhak

menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan yang telah sedia ada.

Seperti mana yang telah diketahui.penjajahan british di tanah melayu telah

mengundang kemarahan pemimpin- pemimpin tempatan. Hal ini adalah kerana

pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat dan pentadbir dari barat. Antara

faktor-faktor pemimpin tempatan menentang british termasuklah kerana:

a) Dasar penaklukan bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik

b) British menguasai ekonomi tempatan

c) Memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan tanah kepada

penduduk tempatan.

d) Campur tangan dalam adat resam masyarakat melayu.

e) Memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai dan budaya barat yang

bertentangan dengan budaya tempatan

f) Pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan3 Aini,Emah,Nurul

Page 4: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

g) Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran

Bil Tokoh tempatan Lokasi penentangan

i. Penghulu Dol Said Naning, Melaka

ii. Linggir Batang Lupar, Sarawak

iii. Rentap Kubu Nanga Skrang, Sarawak

iv. Syarif Masahor Kanowit, Sarawak

v. Mat Salleh Di pesisir pantai Sabah

vi. Dato’ Maharaja Lela Pasir Salak, Perak

vii. Yam Tuan Antah Sg. Ujong, Negeri Sembilan

viii. Dato’ Bahaman Lubuk Terua dan Jeram Ampai, Pahang

ix. Tok Janggut Pasir Puteh, Kelantan

x. Hj Abdul Rahman Limbong Kuala Berang, Terengganu

Jadual 1.1: Jadual menunjukkan tokoh-tokoh tempatan yang menentang Barat dan lokasi

Selain daripada itu, penjelajahan dan penerokaan British di tanah melayu telah

menyebabkan perundangan peribumi diubahsuai menyerupai sistem perundangan barat.

Sebagai contoh penaklukan Portugis terhadap Melaka telah meruntuhkan institusi raja

dan pentadbiran diketuai oleh kapten. Disamping itu, gabenor merupakan pemerintah

tertinggi negeri-negeri selat dan dibantu oleh residen bagi ketiga-tiga negeri tersebut.

4 Aini,Emah,Nurul

Page 5: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

1.1 PARTI POLITIK DI TANAH MELAYU

1. Malayan Democratic Union (MDU)

Ditubuhkan oleh golongan professional cina pada bulan disember 1945.

Merupakan pertubuhan buka melayu yang menentang Malayan Union

kerana dianggap tidak demokratik.

2. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

Ditubuhkan pada 11 Mei 1946 bertujuan untuk menumbangkan gagasan

Malayan Union.

Bertujuan untuk menyatukan orang melayu disamping melindungi dan

menjaga kepentingan orang melayu.

3. Malayan India Congress (MIC)

Ditubuhkan pada bulan Ogos 1946.

Menjaga kepentingan orang India di tanah melayu.

Memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lain.

4. Malayan Chinese Association (MCA)

Ditubuhkan pada tahun 1949.

Menjaga kepentingan politik kaum cina di tanah melayu.

Bekerjasama menentang keganasan komunis di tanah melayu.

5 Aini,Emah,Nurul

Page 6: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

5. Hizbul Muslimin

Pertubuhan politik yang pertama antara tahun 1945-1950.

Bermaksud pertubuhan kaum muslimin.

Bertujuan menubuhkan sebuah kerajaan islam di tanah melayu yang

merdeka.

Diasaskan oleh Haji Abu Bakar al-Baqir.

Perjuangan parti ini kemudiannya disambung oleh Parti Islam Se- Tanah

Melayu (PAS).

6. Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)

Ditubuhkan pada 24 November 1951.

Diasaskan oleh Haji Ahmad Fuad Bin Hassan.

Bertujuan untuk menubuhkan sebuah negara islam di tanah melayu

disamping menjadikan islam sebagai agama rasmi.

Seperti yang kita lihat dunia politik hari ini, senario politik telah banyak berubah.

Walaubagaimanapun sistem demokrasi masih diamalkan di Malaysia. Diharapkan

Malaysia akan menjadi sebuah negara yang terus kukuh sistem politiknya disamping

melahirkan pemimpin-pemimpin yang berwawasan dalam menjadikan tanah tumpahnya

darah pahlawan ini seiring dengan negara-negara yang membangun yang lain.

Dalam hal ini.rakyat memainkan peranan penting untuk memilih kerajaan yang

betul-betul adil dan saksama disamping prihatin kepada keperluan dan kepentingan

rakyat. Oleh itu, pemilihan kerajaan bukan hanya berdasarkan kepada parti politik malah

apa yang lebih penting ialah calon yang mentadbirnya.

6 Aini,Emah,Nurul

Page 7: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

2) SISTEM EKONOMI SELEPAS PENJAJAHAN

Perluasan pengaruh British di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan ke-20 telah

meninggalkan banyak impak terutamanya dalam bidang ekonomi. Kekayaan Tanah

Melayu dengan sumber bahan mentah seperti biji timah dan arang batu telah menarik

minat kuasa Barat, khususnya pihak British, untuk meluaskan pengaruh mereka di Tanah

Melayu akibat daripada tercetusnya Revolusi Perindustrian di Eropah yang memerlukan

lebih banyak bahan mentah. Apabila pihak British akhirnya berjaya menakluk Tanah

Melayu, pembukaan lombong biji timah dan ladang getah semakin meluas, lebih-lebih

lagi dengan kemasukan tenaga buruh daripada Cina dan India secara besar-besaran untuk

memanfaatkan kekayaan sumber bahan mentah di Tanah Melayu yang secara tidak

langsung membawa kepada penemuan beberapa sumber galian yang penting selain

daripada biji timah dan arang batu iaitu seperti emas, bauksit dan juga bijih besi. British

telah meninggalkan impak positif dan negatif ketika menjajah Tanah Melayu.

Dari segi ekonomi, British telah banyak melakukan perubahan dalam ekonomi di

Tanah Melayu iaitu dengan memperkenalkan ekonomi kapitalis di samping pelajaran dan

perkhidmatan kesihatan. Namun, sesetengah langkah yang dilakukan oleh British ini

adalah boleh dianggap sebagai 'melepas batuk di tangga' kerana walaupun banyak

perubahan telah dibuat oleh British namun ianya langsung tidak mendatangkan kebaikan

kepada orang-orang di Tanah Malayu terutamanya orang melayu. Ekonomi yang

bercorak pertanian sara diri telah berubah menjadi ekonomi komersil atau ekonomi

perdagangan. Perkembangan yang dapat dilihat adalah dalam sektor pertanian niaga dan

perlombongan. Dalam sektor perlombongan, perusahaan bijih timah menjadi semakin

maju. Ramai orang Cina telah dibawa masuk ke daerah Lukut, Ampang, Klang dan Kuala

Lumpur untuk mengusahakan kawasan lombong bijih timah. Kedatangan orang Cina

telah membekalkan tenaga buruh yang mencukupi. Selain itu, British turut

memperkenalkan pelbagai cara baru untuk melombong bijih timah. Antaranya ialah

lombong dedah dan cara pam. Penggunaan teknik baru ini telah menyebabkan hasil

lombong bijih timah meningkat berlipat kali ganda.

7 Aini,Emah,Nurul

Page 8: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

Dalam sektor pertanian, Sir Henry Wickham telah memperkenalkan penanaman

getah. Pada mulanya, sambutannya tidak begitu baik dan hanya dijalankan oleh

pengusaha Inggeris. Peladang-peladang tempatan lebih suka menanam kopi yang

mempunyai harga tinggi di pasaran dunia. Namun demikian, penanaman getah telah

berkembang dengan pesat pada awal abad ke-20 kerana permintaan tinggi bagi getah

dalam pasaran dunia. Selain itu, British telah memperkenalkan tanaman baru yang

mendapat pasaran baik diperingkat antarabangsa seperti kopi dan tembakau. Tanaman

tradisional seperti gambir dan lada hitam telah dikomersialkan. Kebanyakan tanaman-

tanaman ini diusahakan secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh yang dibawa

masuk dari China dan India. British telah memperkenalkan undang-undang pemilikan

tanah bagi meneruskan penguasaan ekonomi. Selain itu ia bertujuan untuk melindungi

dan mengelakkan tanah milik orang Melayu daripada dicerobohi oleh pemodal dan

pelabur asing.

Dasar ekonomi British juga mempengaruhi kemunculan bandar baru di Tanah

Melayu pada awal abad ke-20. Perkembangan kegiatan perlombongan bijih mewujudkan

Bandar Kuala Lumpur, Taiping dan Seremban manakala perkembangan pertanian

komersil mempengaruhi kewujudan Bandar Johor Bharu. Peningkatan pengeluaran

produk industri bijih timah dan getah telah menjadikan pelabuhan Klang, Melaka dan

Pulau Pinang sebagai bandar pelabuhan. Penguasaan terhadap pelabuhan utama di

kawasan ini mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat di

kawasan bijih timah dan penanaman getah. Kemajuan ekonomi yang berkembang dengan

pesat juga secara tidak langsung menyumbang ke arah pembangunan sistem

pengangkutan dan perhubungan pada zaman tersebut seperti jalan raya dan kereta api.

Pembangunan sistem pengangkutan dan perhubungan ini adalah penting untuk

menghubungkan ladang getah dan lombong biji timah dengan kawasan-kawasan

pelabuhan supaya bahan-bahan tersebut mudah diangkut keluar bagi tujuan eksport.

8 Aini,Emah,Nurul

Page 9: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

Selain meninggalkan kesan-kesan positif, British turut meninggalkan kesan-kesan

negatif. Semasa zaman penjajahan, pihak British mengamalkan sistem ekonomi yang

berasaskan ‘ Pecah dan Perintah’. Sistem ekonomi ini yang disifatkan sebagai penjajahan

ekonomi meninggalkan kesan kepada negara ini. Dasar ‘ Pecah dan Perintah’

menyebabkan wujudnya dominasi etnik tertentu dalam sesuatu bidang ekonomi. Semasa

pemerintahan British, kaum Melayu dikongkong pada ekonomi tradisional perikanan dan

pertanian yang berpendapatan rendah, manakala golongan bukan bumiputera dilibatkan

dalam ekonomi yang lebih moden iaitu perusahawanan biji timah dan getah. Malah,

golongan bukan bumiputera ditempatkan di kawasan bandar manakala kaum Melayu

dikekalkan di kawasan luar bandar. Kesannya dapat dilihat hingga kini apabila golongan

bukan bumiputera mendominasi ekonomi berteknologi tinggi yang berpendapatan tinggi

terutamanya bidang perusahawanan dan perdagangan manakala golongan bumiputera

masih lagi ketinggalan dari segi ekonomi dengan penggunaan teknologi yang rendah dan

penceburan yang kurang dalam bidang tersebut. Malah, golongan bukan bumiputera

masih mendominasi kawasan bandar.

Kesan penjajahan ekonomi juga menyebabkan wujudnya perbezaan pendapatan di

antara kaum dan wilayah akibat pengagihan bidang ekonomi menurut etnik. Di negara

ini, golongan bukan bumiputera terutamanya golongan Cina mempunyai kadar

pendapatan yang tinggi berbanding golongan bukan bumiputera. Pada tahun 2004, purata

kasar pendapatan bulanan isi rumah kaum Melayu adalah RM 2,711 jauh lebih rendah

berbanding kaum Cina, RM 4437 dan kaum India, RM 3456. Ini jelas menunjukkan

bahawa kaum bumiputera adalah jauh tertinggal dari kaum bukan bumiputera dari segi

bidang ekonomi dan menjustifikasikan ketidakseimbangan sosioekonomi masyarakat.

9 Aini,Emah,Nurul

Page 10: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

Selain itu, kesan penjajahan ekonomi meninggalkan kesan jangka panjang iaitu

kemiskinan tegar di negara ini. Semasa penjajahan, British tidak memberi perhatian

kepada meningkatkan pendapatan penduduk Tanah Melayu lantaran mereka hanya

mengutamakan penguasaan ekonomi mereka ke atas Tanah Melayu. Golongan yang

berpendapatan rendah yang kebanyakannya dari kaum Melayu tidak mendapat bantuan

dalam meningkatkan kadar pendapatan mereka malah mereka dikekalkan dalam bidang

ekonomi tradisional di kawasan luar bandar. Justeru itu, masalah ini berlanjutan hingga

kini apabila masyarakat yang kurang berkemampuan masih wujud walaupun kerajaan

telah mengambil banyak langkah telah diambil untuk mengatasinya. Kesan penjajahan

ekonomi juga menyebabkan wujudnya prejudis perkauman memandangkan struktur

sosioekonomi masyarakat adalah tidak seimbang. Justeru itu, wujud golongan yang tidak

berpuas hati dengan etnik yang lain dan menaruh prejudis perkauman yang kuat. Malah,

prejudis perkauman ini pernah menjadi parah pada 13 Mei 1969 apabila berlakunya

pergaduhan antara kaum.

Pihak British lebih menumpukan pembangunan ekonomi di kawasan atau wilayah

yang kaya dengan sumber bahan mentah, terutama di pantai barat Tanah Melayu.

Wilayah yang kaya dengan sumber bahan mentah menjadi maju manakala wilayah yang

tidak mempunyai sumber bahan mentah menjadi mundur. Akibatnya, negara kita pada

zaman sekarang telah mewarisi struktur ekonomi yang bersifat dwi ekonomi di mana

ekonomi yang bersifat moden lebih tertumpu di kawasan bandar, manakala ekonomi yang

bersifat tradisional dan sara diri berpusat di kawasan luar bandar.

10 Aini,Emah,Nurul

Page 11: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

3) SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS PENJAJAHAN

“Pendidikan merupakan aset yang paling penting bagi menentukan maju serta

mundurnya sesebuah masyarakat dan bangsa. Oleh itu, pendidikan amat penting bagi

kehidupan manusia untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu,berakhlak mulia,

berpotensi dalam membangunkan negara, serta dapat member sumbangan kepada

keharmonian masyarakat dan negara. Jadi, semua warganegara Malaysia sewajarnya

mendapat pendidikan yang seragam yang dapat meningkatkan taraf hidup masing-masing

tanpa adanya sekatan dan halangan.”(Sumber: Buku Falsafah Pendidikan) Sistem

pendidikan semasa penjajahan British telah memberi kesan terhadap sistem pendidikan

yang ada sekarang dan kesan terhadap penduduk Malaysia amnya . Sistem pendidikan

terdahulu tidak mengambil kira hal pembangunan,pembentukan identiti kebangsaan dan

perpaduan negara.Sebelum kemerdekaan Tanah Melayu, British mewujudkan sistem

pendidikan berdasarkan kaum,faktor politik,ekonomi,sosio-budaya dan agama.

“Sehingga Penyata Razak 1956, tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di

Tanah Melayu. Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlainan, iaitu aliran

Inggeris, Melayu, Cina dan India. Setiap kumpulan etnik mempunyai adunan dan acuan

pendidikan yang berbeza. Semasa zaman penjajahan, sistem pendidikan di Persekutuan

Tanah Melayu dibahagikan kepada tiga peringkat. Pertama, pendidikan British Rendah

dan Menengah yang dihadiri oleh anak-anak golongan bangsawan Melayu dan hartawan

Cina dan India. Kedua, sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu oleh British

dengan matlamat untk menjadikan mereka sebagai petani yang lebih baik sedikit daripada

ibu bapa mereka. Pihak British juga membenarkan kewujudan sekolah agama dan

mengaji Quran. Pada peringkat ini tiada sekolah menengah Melayu. Ketiga, sekolah

vernakular Cina dan India. Sekolah Cina dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri (Milne

dan Mauzy, 1986).”( Sumber:Modul Hubungan Etnik)

11 Aini,Emah,Nurul

Page 12: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

Kesan pertama penjajahan British terhadap sistem pendidikan sekarang ialah

masih wujud lagi sekolah aliran lain dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing

cuma bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib sesuai dengan memartabatkan

bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.Selain itu, sekolah aliran lain iaitu

Cina dan India tidak lagi berteraskan sukatan pelajaran daripada negara China dan

India.Ketika penjajahan British terdapat lima jenis persekolahan iaitu Sekolah Vernakular

Melayu, Sekolah Vernakular Cina , Sekolah Vernakular India, Sekolah Vernakular

Inggeris dan Sekolah Agama ( Madrasah ). Bahasa pengantar dan kurikulum yang

digunakan juga berbeza berdasarkan sukatan pelajaran di sekolah negara –nagara

asal.”Lantaran itu,timbulnya kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Tanah Melayu

ketika itu untuk membentuk sistem pendidikan mengikut negara kita sendiri. Dengan idea

para pemimpin terdahulu melalui Penyata Razak pada tahun 1956 dan Laporan Rahman

Talib pada tahun 1960 menjadi asas pembentukan sistem dan Dasar Pendidikan

( Pelajaran ) Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961.

Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk

mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tujuannya untuk memperbaiki

perlaksanaannya supaya matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan

berdisipilin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan

negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahuan

1976.”(Sumber: Jurnal: Sejarah Perkembangan Pendidikan Di Malaysia( 1600 –

1990 ) di www.scribd.com)

Kesan kedua,tahap pendidikan rakyat Malaysia selepas penjajahan masih lagi

tidak seimbang ekoran sistem pendidikan yang tidak releven ketika penjajahan British

terutamanya terhadap orang Melayu menyebabkan bangsa Melayu agak mundur

berbanding bangsa lain di Malaysia.Sebagai contoh,”70 peratus daripada jumlah pelajar

di Universiti Malaya pada tahun 1966-1967 terdiri daripada pelajar bukan Melayu.

Manakala taburan bukan Melayu di Fakulti Kejuruteraan ialah 98 peratus, sains 93

peratus dan perubatan 84 peratus. Di Universiti Teknologi Malaysia (dulunya Kolej

Teknik) Kuala Lumpur, 90 peratus pelajar ialah bukan Melayu.”(Sumber:Modul

12 Aini,Emah,Nurul

Page 13: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

Hubungan Etnik) Jumlah kemasukan pelajar Melayu di universiti adalah sedikit

berbanding bangsa lain kerana penjajah British sebenarnya tidak berminat untuk

membangunkan rakyat melalui pendidikan dan disebabkan itu terdapatnya jurang

perbezaan di antara pendidikan kaum Melayu,Cina dan India. Matlamat utama

pendidikan pada zaman penjajahan British adalah untuk memasyarakatkan kanak-kanak

dengan nilai-nilai asing ataupun nilai-nilai bukan pribumi.Kedua, penjajah British

menjadikan sekolah sebagai tempat bertapaknya segolongan kecil masyarakat Melayu

(terutamanya dari golongan pemimpin-pemimpin Melayu) bagi memenuhi tujuan-tujuan

tertentu pihak British.Ketiga,British menjadikan sekolah sebagai tempat untuk pelbagai

operasi bagi memenuhi keperluan tenaga manusia yang paling minimum dan diperingkat

yang paling rendah.Dari itu dapat dilihat bahawa tujuan British memperkenalkan sistem

pendidikan di Tanah Melayu adalah untuk kepentingan British sendiri dan bukannya

untuk kepentingan kaum Melayu atau kaum pendatang yang lain.

Kesan ketiga, terdapat kaum yang tidak berpuas hati terhadap hak keistimewaan

orang Melayu sehingga terjadinya peristiwa berdarah iaitu tragedi 13 Mei 1969.Andainya

pihak British tidak membawa masuk kaum pendatang yang lain untuk kepentingan

mereka, tragedi ini mungkin tidak akan berlaku.” Selepas tragedi 13 Mei 1969, parti

UMNO yang menerajui Parti Perikatan telah menegaskan bahawa pendidikan perlu

diseimbangkan bagi memperkasakan orang Melayu. Secara beransur-ansur, mulai Julai

1969, kerajaan telah melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

utama di semua sekolah bantuan kerajaan. Sebagai tindakan pengukuhan, kerajaan telah

merumuskan dasar kuota dan biasiswa bagi kemasukan ke universiti. Kerajaan juga telah

mengambil langkah memperbanyakkan penubuhan institusi pengajian tinggi bagi

mempertingkatkan bilangan pelajar Melayu ke universiti. Kesan daripada dasar ini,

kemasukan pelajar Melayu ke universiti telah meningkat daripada 20 peratus pada tahun

1960-1964 menjadi 65 peratus pada tahun 1975 (Milne dan Mauzy, 1986).”

( Sumber:Modul Hubungan Etnik)

13 Aini,Emah,Nurul

Page 14: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

Kesan keempat, terdapat jurang perbezaan di antara kaum dari segi pekerjaan.”Ini

merujuk kepda bilangan pelajar peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi

awam (IPTA) dalam negara pada tahun 1970,bagi Bumiputera ialah 40.2 peratus (3084

pelajar) berbanding bukan Bumiputera iaitu 56.2 peratus (4311 pelajar). Keadaan ini

tidak begitu baik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia kerana terdapat jurang

perbezaan golongan professional antara etnik. Sebagai contoh,golongan professional

Bumiputera (arkitek, akautan, jurutera, doktor, juruukur dan peguam) pada tahun 1970

ialah 4.9 peratus (225 orang) berbanding bukan Bumiputera iaitu 84.3 peratus(3859

orang) dan sehingga kini masih lagi ketinggalan.” ( Sumber:Modul Hubungan Etnik)

Kesan kelima, sistem pembelajaran sekarang bersumberkan bahan-bahan ilmiah

dari barat dan ilmu pengetahuan dari barat. Rakyat dididik supaya berkiblatkan barat atau

timur dalam mengurus negara atau menyelesaikan sesuatu permasalahan tanpa mahu

merujuk kepada Islam sebagai alternatif.Pemikiran beracun yang dipupuk oleh

kefahaman sekular peninggalan penjajah ke atas umat Islam dan rakyat di Malaysia telah

menyulitkan usaha-usaha dakwah di negara ini khususnya apabila terdapat orang Islam

sendiri yang menolak pembentukan “negara Islam.” Ini memberi peluang kepada orang

bukan Islam yang tidak suka kepada Islam samada secara khusus atau tidak khusus, untuk

turut sama menolak “negara Islam.” Ini bermakna golongan da’i menghadapi dua

kumpulan sasaran yang memerlukan penjelasan mengenai “negara Islam.”

Akhir sekali,kesan penjajahan menjadikan rakyat negara kita memandang rendah

keupayaan dan kebolehan diri sendiri dan memandang tinggi terhadap penjajah dan cara

hidup serta sistem yang diamalkan oleh penjajah. Sebagai penutup,kedatangan penjajah

British telah banyak menimbulkan masalah dan mempengaruhi perkembangan sistem

pendidikan negara kita.Terdapat banyak kesan positif dan negatif terhadap sistem

pendidikan. Walaupun begitu, sistem pendidikan negara kita semakin bertambah maju

sejajar dengan kemajuan negara.14 Aini,Emah,Nurul

Page 15: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

4) SISTEM SOSIAL SELEPAS PENJAJAHAN

Penjajahan British di Tanah Melayu sejak tahun 1874 bukan sahaja membawa

kepada perubahan dari segi politik dan ekonomi, bahkan penjajahan mereka juga

menyebabkan perubahan dari segi sosial. Sebelum British memperluaskan kuasanya di

Tanah Melayu, sistem perhubungan dan kesihatan yang ada ketika itu amat mundur.

Selepas penjajahan British, sistem sosial terutamanya dalam sistem perhubungan dan

kesihatan mengalami perkembangan yang pesat. British telah memperkenalkan cara

membina jalan raya seperti di negara Barat, cara membina landasan keretapi dan amalan

perubatan yang diamalkan oleh Barat. Semua ini telah berjaya meningkatkan taraf hidup

penduduk di Semenanjung Tanah Melayu.

Kesan pertama dari segi sistem sosial ialah perhubungan keretapi yang masih lagi

digunakan sampai sekarang.Keretapi merupakan cara pengangkutan moden yang pertama

di Semenanjung Tanah Melayu. Jalan-jalan keretapi telah dibina untuk mempercepatkan

pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport.

Jalan keretapi yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu telah dibina pada tahun 1855

oleh Sir Hugh Low bagi menghubungkan Taiping dengan Port-Weld. Jalan keretapi

sepanjang 12.8 kilometer ini dibuka kepada lalulintas pada bulan Jun 1885. Beberapa lagi

jalan keretapi telah dibina oleh British di Perak. Jalan keretapi di antara Tapah dengan

Teluk Anson telah dibina pada tahun 1893 manakala di antara Tapah dengan Ipoh pada

tahun 1895. Sir Frank Swettenham telah membina beberapa jalan keretapi di Selangor.

Jalan keretapi yang pertama telah dibina antara Kuala Lumpur dengan Bukit Kuda pada

tahun 1886. Menjelang tahun 1889 jalan keretapi ini dipanjangkan ke Port Swettenham.

Pada tahun-tahun 1892 dan 1893 British telah membina jalan-jalan keretapi yang pendek

bagi menghubungkan Kuala Lumpur dengan kawasan-kawasan perlombongan bijih timah

di Rawang, Kuala Kubu dan Sungai Besi. Perhentian keretapi tetap yang pertama dibina

15 Aini,Emah,Nurul

Page 16: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

di Kuala Lumpur pada tahun 1892. Jalan keretapi yang pertama di Negeri Sembilan, iaitu

di antara Port Dickson dengan Seremban telah siap dibina pada tahun 1891. Jalan

Keretapi sepanjang kira-kira 38 km ini dibina oleh Syarikat Keretapi Sungai Ujong. Pada

tahun 1908 Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah membelinya daripada

syarikat tersebut.

Selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896, jalan-jalan

keretapi yang sedia wujud mula disambungkan atas initiatif Sir Frank Swettenham.

Menjelang tahun 1903, terdapat jalan keretapi yang menghubungkan Seremban dengan

Perai. Jalan keretapi ini telah dipanjangkan ke Johor Bahru pada tahun 1909 dan ke

Singapura pada tahun 1923. Jalan keretapi di bahagian Utara Semenanjung Tanah

Melayu yang menghubungkan Perai, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar dan

Padang Besar di sempadan Siam telah siap dibina pada tahun 1918. Jalan keretapi di

bahagian Timur yang menghubungkan Gemas dengan Bahau, Mentakab, Kuala Lipis,

Gua Musang, Tumpat dan Sungai Golok disiapkan pada tahun 1931.

Kesan kedua, perhubungan jalan raya semakin maju Jalan-jalan raya yang pertama

dibina untuk meghubungkan kawasan-kawasan bijih timah dan getah dengan pelabuhan-

pelabuhan. Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan kenderaan

bermotor pada tahun 1902. Menjelang tahun 1906, Negeri-negeri Melayu Bersekutu

mempunyai kira-kira 2560 km jalan raya bertar (metal led roads). Mulai dekad pertama

abad ke-20, jalan-jalan raya yang lebih lebar dan kukuh telah dibina bagi memenuhi

keperluan kenderaan bermotor yang kian bertambah. Jalan raya utama ke Perai siap

dibina pada tahun 1911. Jalan raya utama dari Kuala Lumpur ke Kuantan telah siap pada

tahun 1899. Menjelang tahun 1928 terdapat jalan raya yang menghubungkan Singapura

di Selatan dengan Perlis di Utara. Jalan raya utama yang menghubungkan Terengganu

dan Pahang dengan pantai Barat telah dibina hanya selepas tahun 1945. Semasa

penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, terdapat kira-kira 9600 km jalan

raya motor yang baik.

16 Aini,Emah,Nurul

Page 17: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

Kesan ketiga, wujudnya sistem perhubungan yang lebih canggih iaitu melalui

udara.Syarikat perkhidmatan udara yang pertama di Tanah Melayu telah ditubuhkan pada

tahun 1937 oleh Wearne Brothers. Ia dikenali sebagai Wearne’s Air Service. Syarikat

tersebut telah memulakan perkhidmatan udara antara Singapura, Kuala Lumpur dan

Pulau Pinang. Perkhidmatan udara ini telah dihentikan apabila Perang Dunia Kedua

meletus. Pada tahun 1920-an, lapan buah lapangan terbang telah dibina di bandar-bandar

utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Taiping, Butterworth dan Alor Setar.

Dalam pada itu terdapat sebuah lapangan terbang antarabangsa yang kian maju di

Singapura. Pada tahun 1947, Malayan Airways Limited telah ditubuhkan. Pada tahun

1956, sebuah lapangan terbang antarabangsa dibina di Kuala Lumpur.

Kesan keempat, kemajuan dari segi perkapalan dan wujudnya banyak pelabuhan

penting di seluruh Tanah Melayu sehingga sekarang.Menjelang tahun 1870-an, terdapat

beberapa syarikat perkapalan yang menggunakan kapal-kapal stim untuk membawa hasil-

hasil Tanah Melayu ke Singapura. Dalam perjalanan balik ke pelabuhan-pelabuhan

Tanah Melayu, kapal-kapal tersebut membawa bekalan-bekalan dan alat-alat jentera.

Pada tahun 1890, Theodore Cornelius Bogaardt (seorang Belanda) mengasaskan Straits

Steamship Company yang muncul sebagai syarikat perkapalan yang terpenting. Selepas

tahun 1896, Straits Steamship Company memulakan perkhidmatan penumpang kelas

pertama. Perkhidmatan ini menjadi penting selepas Kuala Lumpur dijadikan pusat

pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan tidak dihubungi oleh jalan keretapi

persekutuan. Pelabuhan-pelabuhan yang penting ialah Port Swettenham, Port Dickson,

Teluk Anson dan Port Weld. Port Swettenham merupakan pelabuhan yang terpenting

sekali. Dalam tahun 1930-an, syarikat-syarikat perkapalan menghadapi persaingan hebat

dari sistem pengangkutan jalan raya dan keretapi.

17 Aini,Emah,Nurul

Page 18: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

Kesan kelima,taraf kesihatan rakyat Malaysia meningkat dengan wujudnya sistem

kesihatan yang lebih canggih dengan adanya klinik-klinik dan hospital-hospital serta

doktor-doktor yang bertauliah.Tanah Melayu menghadapi beberapa masalah kesihatan

pada abad ke-19. Penyakit-penyakit seperti malaria, disenteri, demam cacar dan kolera

biasa terdapat. Penyakit-penyakit tersebut telah mengakibatkan kematian ramai orang.

Sebagai contoh, kira-kira 65 orang telah menjadi mangsa kolera di Larut pada tahun

1874. Jumlah kes beri-beri yang dirawat di Selangor pada tahun 1894 ialah sebanyak

2817 di mana kadar kematian ialah 24%.Selepas tahun 1900, taraf kesihatan penduduk

Tanah Melayu telah bertambah baik. Penyakit-penyakit beri-beri dan malaria dapat

dikawal. Antara tahun-tahun 1900-50 kadar kematian bagi orang dewasa dan kanak-

kanak telah dikurangkan sebanyak 50%. Kerajaan British telah menubuhkan hospital-

hospital, pusat-pusat perubatan dan menjalankan penyelidikan perubatan. Hospital

kerajaan yang pertama di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibuka di Taiping pada tahun

1878. Pada kira-kira masa yang sama, sebuah hospital telah didirikan di Selangor.

Selepas tahun 1884, pusat-pusat perubatan telah dibuka di Tanjung Malim, Batu Gajah,

Gopeng, Kerian, Kuala Kangsar. Hospital Besar di Kuala Lumpur telah didirikan

manakala sebuah hospital baru di Kelang dibina.Masyarakat Cina juga membina

beberapa hospital seperti Hospital Tai Wah (1895) dan Hospital Tung Shin di Kuala

Lumpur.Menjelang tahun 1896, Perak mempunyai 15 buah hospital, Selangor 14, Negeri

Sembilan 3 dan Pahang 2. Menjelang tahun 1908, terdapat 52 buah hospital di Negeri-

negeri Melayu Bersekutu.Penyelidikan perubatan memainkan peranan penting dalam

mengawal penyakit-penyakit malaria dan beri-beri. Institusi Penyelidikan Perubatan telah

didirikan di Kuala Lumpur pada tahun 1901. Maktab Perubatan King Edward VII telah

ditubuhkan di Singapura pada tahun 1905. Maktab tersebut telah menghasilkan beberapa

orang doktor tempatan yang dapat berkhidmat di hospital-hospital kerajaan.Selepas tahun

1909, pusat-pusat spesialis bagi kesihatan mental dan penyakit kusta telah didirikan.

18 Aini,Emah,Nurul

Page 19: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

Menjelang tahun 1941, kira-kira satu pertiga daripada hospital-hospital di Tanah Melayu

merupakan institusi-institusi kerajaan. Hospital-hospital lain dikendalikan oleh estet-estet

(melalui undang-undang), persatuan-persatuan mubaligh dan pertubuhan-pertubuhan

Cina. Kebanyakan daripada kemudahan perubatan ini terdapat di bandar.

5) ISLAM SELEPAS PENJAJAHAN

Agama merupakan salah satu perkara penting dalam sesuatu masyarakat. Agama

dijadikan sebagai panduan dan pegangan hidup. Dalam kehidupan harian, agama

dijadikan peraturan supaya tidak melakukan kesilapan. Penjajahan Barat telah membawa

berbagai kesan terhadap umat Islam, terutamanya berkenaan kehilangan kuasa politik dan

pemerintahan daripada pimpinan orang-orang Islam sendiri kepada pimpinan kuasa Barat

yang beragama Kristian. Penguasaan penjajah ini adakalanya secara langsung ( direct rule

) ataupun tidak langsung ( indirect rule ) apabila mereka memerintah. Sebelum

kedatangan British, agama Islam tidak dipisahkan dari sistem politik Melayu. Agama

Islam dan adat istiadat Melayu serta kumpulan bumiputera lain terletak di bawah urus

tadbir dan kuasa sultan manakala segala perkara lain terletak di bawah kuasa British.

Namun, British kemudiannya gagal memenuhi janji mereka mengkhianati dasar “tidak

campur tangan” mereka sendiri dalam urusan berkaitan dengan agama Islam dan adat

istiadat Melayu.

Dalam Undang-undang Melayu Lama atau Hukum Kanun masih terdapat hukum-

hukum Islam yang masih digunakan seperti hukum potong tangan untuk kesalahan

mencuri dan hukuman sebat atau rotan untuk mereka yang berzina. Hakikat ini diakui

sendiri oleh Hakim-hakim Lord Action dan Thomas dalam kes Ramah lawan Laton

( 1927 ) yang mana dikatakan bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang asal

negeri ini bukan undang-undang asing. Bagaimanapun dengan kedatangan British,

mulalah diperkenalkan dengan sistem pentadbiran sekular, bahawa antara agama dengan

politik terdapat jarak yang tidak mungkin disatukan. Pemisahan ini lebih bererti dalam

Perjanjian Pangkor 1874 yang menegaskan semua urusan pentadbiran diserahkan kepada

19 Aini,Emah,Nurul

Page 20: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

Residen British kecuali soal-soal agama ( disempitkan maknanya ) dan adat istiadat

Melayu. British lebih pentingkan keduniaan dan hal-hal yang tidak berkaitan dengan

agama dan ia juga mengetepikan sebahagian besar undang-undang Islam. Walaupun

begitu hakikatnya undang-undang British yang diperkenalkan tidaklah diambil

sepenuhnya kerana undang-undang Islam masih kukuh dijiwa rakyat Malaysia.

Dengan pengaruh yang kuat, British berjaya menguasai pendidikan serta

pelajaran. Melalui pendidikan, British telah merancang strategi dengan menyerap idea-

idea, pandangan-pandangan hidup Barat itu ke dalam jiwa dan pemikiran rakyat umum

tanpa disedari sehingga terjadilah revolusi kebudayaan. Akibatnya aqidah agama

terpesong dan semangat keagamaan terpadam. Begitu juga dengan konsep kekeluargaan

yang mana penjajah British telah mengubah kedudukan suami di dalam keluarga iaitu

isteri lebih dipentingkan berbanding suami. Sedangkan di dalam Islam suami mempunyai

kedudukan tinggi sebagai ketua keluarga dan suami boleh membuat sebarang keputusan

tanpa menganiayai isteri dan ahli keluarganya. Tapi British telah mengubah dengan isteri

turut sama boleh berkuasa dalam keluarga itu dan ada kalanya isteri-isteri yang telah

meninggikan suara apabila berkata dengan suaminya. Sedangkan jelas ini adalah

bertentangan dengan Islam.

Perubahan yang paling nyata telah dilakukan oleh British di Malaysia adalah

corak pergaulan, yang mana ia telah mengamalkan corak pergaulan bebas diantara

masyarakat ataupun jantina, sedangkan dalam Islam hal pergaulan amat sensitif. Ini

kerana ada jurang atau tembok pemisah pergaulan antara lelaki atau perempuan yang

bukan muhrim. Tetapi ini telah diketepikan setelah Malaysia dijajah oleh British. Dengan

teknologi moden yang dibawa oleh British pada zaman penjajahan telah menyebabkan

anggota masyarakat, termasuk Pak Lebai dan Pak Haji begitu mudah terseret untuk jadi

penonton pertunjukkan fesyen di Paris dan Pertandingan Ratu Cantik di New York

melalui televisyen. Penularan dan pengaliran maklumat yang bersumberkan ideologi luar

yang didasari oleh kebudayaan asing dan ditentukan oleh kepentingan nasional negara

20 Aini,Emah,Nurul

Page 21: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

penyedia berita dan cerita juga boleh mengakibatkan penjajahan fikiran yang boleh

merosakkan aqidah dan kehidupan Islamiyah.

Apabila penganut Islam sendiri menolak sistem hidup Islam dan menganggapnya

sebagai bebanan, maka penolakkan itu merangkumi semua aspek samada nilai-nilai unik

ataupun universalnya. Ini termasuklah keadilan sosial menerusi sistem zakat. Ertinya

pembangunan ekonomi yang tidak berteraskan tauhid telah membawa kepada devolusi

kedudukan akhlak - moral Islam sehingga ia hanya berkembang dalam lingkungan,

pegangan dan pembabitan perbadi sahaja. Dalam bidang ekonomi, penjajahan British

juga telah berjaya mengubah pegangan Islam yang pernah digunakan. Antaranya di

dalam sukatan dan juga aktiviti perniagaan serta jual beli yang diperkenalkan. Jikalau

dahulu Islam mengharamkan riba' atau bunga ataupun faedah semasa menjalankan

aktiviti perdagangan tapi setelah penjajahan aktiviti ini adalah penting untuk

mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Aktiviti ini kekal hingga sekarang.

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan konsep Islam Hadhari sebagai asas

dalam pembentukkan dan pembangunan di Malaysia. Konsep Islam Hadhari menekankan

mengamalkan sikap selektif (tidak menentang dan menerima secara membuta tuli)

terhadap semua elemen pemodenan barat, khususnya terhadap program pembangunan,

yang dikesan mengandungi pelbagai kelemahan seperti sikap berlebihan yang

menumpukan sektor ekonomi yang mempergunakan sumber alam secara maksima tanpa

mempedulikan impak ekologi yang kemudiannya bakal mengancam kehidupan lain untuk

jangka masa panjang. Berbanding dengan Negara umat Islam lain yang begitu tertarik

dengan model pembangunan barat bagi memajukan Negara, pihak kerajaan Malaysia di

bawah RMK-9 telah mengamalkan sikap selektif terhadap model barat ini, yang boleh

dilihat dalam dua contoh yang utama.

21 Aini,Emah,Nurul

Page 22: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

Selain itu, konsep Islam Hadhari menekankan usaha dan dasar yang

memperbetulkan salah faham yang dinisbahkan oleh media barat kepada umat Islam.

Perdana Menteri Malaysia kerap menekankan isu ini samada di dalam dan luar negeri,

dan apa yang lebih penting lagi, pihak kerajaan Malaysia melalui dasar luar Negaranya

dan selaku ketua OIC telah menekankan inisiatif ini secara berterusan. Apa yang boleh

dibanggakan lagi, formula perpaduan untuk masyarakat majmuk yang dijalankan oleh

kerajaan Malaysia daripada DEB sehingga RMK-9 ini telah mula dipelajari oleh

masyarakat barat sendiri, yang memang mempunyai masalah besar terhadap isu polarisasi

kaum ini. Memandangkan Islam dan umatnya sering dijadikan sasaran ganas oleh media

massa barat, yang kebetulannya menguasai sebahagian besar pasaran berita global,

beberapa usaha dan gagasan telah dikemukakan oleh kalangan sarjana Islam telah

dipersetujui oleh pihak kerajaan (Resolusi persidangan OIC di Malaysia) untuk

mewujudkan rangkaian berita dan pengkalan data (database) Islam, bagi tujuan

penyebaran berita tentang Islam yang lebih berotoriti dan sekali gus boleh digunakan

sebagai medan utama untuk menjawab segala tohmahan buruk yang dinisbahkan kepada

Islam.

Secara ringkasnya, British telah mempengaruhi masyarakat Islam terhadap isu-isu

yang melibatkan persoalan keagamaan. Persepsi songsang umat Islam di negara ini

berpunca dari kecetakan ilmu keagamaan, pengaruh pemikiran Barat, finatikisme, phobia

Islam, tidak melihat Islam secara menyeluruh dan faktor-faktor lain. Sebagai seorang

Islam, kita seharusnya membuka minda dan mampu melihat propaganda Barat yang

mahukan kehancuran umat Islam. Apabila timbul sesuatu permasalahan umat Islam,

sewajarnya dirujuk kepada ahlinya, bermuzakarah secara baik bukannya menggunakan

22 Aini,Emah,Nurul

Page 23: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

media massa untuk menghantam golongan yang lain sehingga melebarkan lagi

perpecahan masyarakat Islam di negara ini.

KESIMPULAN

Menyingkap tirai sejarah, negara kita telah menempuh pelbagai halangan dalam

perjuangan menuntut kemerdekaan dan juga dalam perjuangan membentuk kerajaan

sendiri. Sungguhpun penjajahan ekonomi pada zaman dahulu mencerminkan struktur

ekonomi negara kita pada zaman kini. Kita seharusnya berasa bangga kerana segala

elemen-elemen negatif yang wujud pada zaman dahulu telah berjaya diatasi secara

berperingkat. Pada masa yang sama, hubungan etnik juga memainkan peranan yang amat

penting dalam menjamin pembangunan ekonomi negara yang seimbang. Sekiranya

hubungan di antara etnik sentiasa disulami dengan konflik yang tidak berkesudahan ,

pembangunan negara tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum,

agama dan budaya. Setiap kaum mengamalkan adatnya masing-masing. Dengan adanya

interaksi antara kaum telah mewujudkan satu persepaduan yang kukuh untuk

memantapkan lagi negara di samping mengharmonikannya. Seperti yang telah diketahui,

wujudnya masyarakat cina dan India adalah kerana kedatangan imigran tersebut ke tanah

melayu sejak abad ke 19. hal ini adalah kerana imigran tersebut dibawa untuk bekerja

dalam sector perladangan(India) dan perlombongan(cina). Meskipun pelbagai kumpulan

etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengamalkan kebudayaan masing-

masing, terdapat semangat persefahaman dan kerjasama inilah yang membolehkan negara

kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

23 Aini,Emah,Nurul

Page 24: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

Oleh hal yang demikian, jalinkanlah hubungan yang harmoni diantara semua

rakyat Malaysia walaupun masing-masing mempunyai adat dan kepercayaan tersendiri.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah generasi pada zaman kini mahupun yang akan

datang hendaklah menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh para tokoh zaman

silam supaya perpaduan di antara kaum akan terus unggul buat selamanya.

BIBLIOGRAFI

1. Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Islam Masa Kini : Sejarah dan Aliran,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1987.

2. Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah dan Pemikiran Islam, Penerbitan Pena Sdn

Bhd, Selangor, 1981.

3. Abdullah Ishak, Islam Di Nusantara, Al - Rahmaniah, Malaysia, 1990.

4. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Kebudayaan,

Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1975.

5. Khoo Kay Kim, Tamadun Islam Di Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala

Lumpur, 1980.

6. Muhamad Abu Bakar, Delima Dakwah : Pengislaman Dalam Era Pensejagatan,

Pemikir (bil 10), 1997.

7. Muhamad Abu Bakar, Selepas Kebangkitan Semula Islam ? Pengislaman dan

Pensejagatan Masa Kini Satu Overview, Ilmu Masyarakat XVl.

8. Zubeir Ahmad, Apa Derita Dunia Bila Islam Mundur, Media Da'wah, Jakarta Pusat,

1983.

9. Kamus Dewan (edisi 3), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994.

Siri kecemerlangan Sejarah SPM, Rusli Ramli, 2005

24 Aini,Emah,Nurul

Page 25: Assignment Ctu

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

SPM Sejarah Malaysia (Fakta Diagramatik), Hj. Nasir Hj. Sulaiman, Mary Tan, Sasbadi

2001.

file:///I:/kamilmajid%20PERUBAHAN%20SOSIAL%20DAN%20IMPAKNYA

%20TERHADAP%20PEMBENTUKAN%20MODAL%20INSAN%20MENURUT

%20IBN%20KHALDUN.htm

RUJUKAN

1. www.scribd.com

2. www.slideshare.net/kaichew/tajuk-3-pluralistik-zt1042-presentation - 57k -

3. members.tripod.com/PBMUM/sejarah/39.html - 16k –

4. jondegreat.blogspot.com/2007/08/erti-kemerdekaan.html - 41k –

5. Modul Hubungan Etnik

6. Falsafah Pendidikan

25 Aini,Emah,Nurul


Recommended